You are on page 1of 2

Pengenalan Zoltan Kodaly

Zoltan Kodaly (1882-1967) merupakan salah satu pendekatan yang digunakan di


dalam pengajaran dan pembelajaran muzik di sekolah. Zoltan Kodaly merupakan
tokoh muzik dari Hungary yang mengambil berat dengan muzik rakyat kerana
beliau tidak mahu muzik tersebut lupus ditelan zaman. Beliau tidak
menggunakan sistem gred seperti yang sering digunakan dalam kaedah pengajaran
piano atau alat muzik lain. Di samping muzik rakyat, nyanyian sebagai kemahiran asas
menjadi falsafah yang utama di mana kanak-kanak boleh menyanyikan lagu-lagu rakyat
dengan menggunakan suara mereka sendiri.

Pengenalan Carl Orff


Carl Orff(1895-1982) mengenalkan satu pendekatan yang digunakan di dalam
pengajaran dan pembelajaran muzik di sekolah. Carl Orff merupakan tokoh music dari
Jerman.Beliau telah memperkenalkan kepada dunia tentang imaginasi dan fantasasi
kanak-kanak terhadap dunia muzik . Pendekatan Orff telah digunakan dalam
permainann alat muzik di peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
Pengenalan Dalcroze
Kaedah Dalcroze diperkenalkan oleh Emile Jaques-Dalcroze (1865 - 1950)
seorang pendidik muzik Swiss. Kaedah ini adalah bersaskan prinsip bahawa muzik dan
gerakan sentiasa berkaitan. Dalam setiap muzik akan ada satu gerakan yang dapat
dikaitkan dengan muzik tersebut. Kaedah ini mengandungi tiga elemen penting iaitu:
Irama, Solfa dan Improvisasi. Elemen-elemen tersebut, menurut Dalcroze adalah satu
latihan muzikal yang menyeluruh dalam membentuk ahli muzik yang baik. Dalam
kaedah ini, elemen-elemen dalam setiap subjek diadun melalui aktiviti kreativiti muzik
dan pergerakan.

You might also like