You are on page 1of 28

CAMPUR TANGAN BRITISH

DI TANAH MELAYU
Negeri-negeri Selat
Negeri-negeri Melayu
Bersekutu (Persekutuan)
Disediakan oleh : Adib
Misslani

Menjelang tahun 1874, dasar British terhadap


negeri-negeri Melayu berubah .
Kerajaan British telah menukar dasar tidak
campur tangan kepada dasar campur tangan.
Terdapat beberapa faktor yang mendorong British
menukar dasarnya.
Antaranya termasuklah:
-Faktor Ekonomi
-Faktor Politik
-Faktor Sosial

FAKTOR EKONOMI
Apabila Revolusi Perindustrian berkembang di Eropah pada kurun
ke-19, bekalan bahan mentah terutamanya bijih timah
diperlukan untuk pengeluaran barangan kilang.
Bagi
mendapatkan
bekalan
secara
berterusan,
British
memerlukan tanah jajahan baru yang kaya dengan sumbersumber tersebut.
Selain itu, British memerlukan tanah jajahan baru untuk dijadikan
pasaran bagi mengedarkan barangan siap keluaran Britaian.
Terdapat banyak pemodal-pemodal dari Eropah melabur untuk
memajukan kawasan perlombongan.
Pedagang dan pelabur British mendesak kerajaan British segera
campur tangan di negeri-negeri Melayu untuk menamatkan huruhara yang menyebabkan kegiatan perdagangan mereka terjejas.

FAKTOR POLITIK
1. Huru-hara ( anarki ) di negeri-negeri Melayu
Perebutan takhta antara pewaris-pewaris sultan
seperti di Perak.
Perebutan kuasa pembesar-pembesar Melayu ke
atas kawasan yang kaya dengan bijih timah.
Pergaduhan kongsi gelap Cina iaitu Ghee Hin dan
Hai San kerana berebut kawasan yang kaya
dengan bijih timah di Perak.
Serangan lanun terhadap kapal-kapal dagang
yang belayar di perairan Selat Melaka.

Keadaan huru-hara ini menimbulkan kebimbangan


British kerana :
-Mengganggu kegiatan melombong bijih timah dan
hampir
terhenti dan ia merugikan syarikat-syarikat
British.
-Merumitkan perdagangan Negeri-negeri Selat dan
negeri-negeri Melayu
-Mengancam keselamatan pelabur dan konsesi-konsesi
syarikat British di negeri-negeri melayu.
-Memberi peluang kepada kuasa asing yang lain seperti
Jerman untuk campur tangan di Negeri-negeri Melayu.
British berasa perlu campur tangan di negeri-negeri
Melayu untuk menamatkan huru-hara bagi menjamin
kedudukan mereka.

2. Bimbang Campur tangan Kuasa Asing Lain


Muncul negara imperialisme untuk mencari tanah
jajahan untuk mendapatkan bekalan bahan mentah
dan pasaran bagi barang mereka.
Terusan
Suez
dibuka
menghubungkan
Laut
Mediterean dan Laut Merah telah memendekkan
perjalanan dari Eropah ke Asia.
Kuasa Barat tertarik dan berminat terhadap negerinegeri Melayu kerana kekayaan sumber asli.
Kepentingan politik dan ekonomi British akan
terancam sekiranya Jerman berjaya mendapat
P.Langkawi.
British perlu campur tangan di NNM untuk menjaga
kepentingan mereka.

FAKTOR SOSIAL
1. Faktor Kemanusiaan
-Menurut Frank Swettenham, British campur tangan di
negeri-negeri Melayu atas sebab kemanusiaan. Menurutnya
lagi, adalah tanggungjawab British sebagai kuasa superior
dan bertamadun untuk tamatkan kekacauan.
2. Peranan Andrew Clarke
-Dilantik sebagai Gabenor NNS. Diarahkan untuk
menyiasat dan membuat laporan tentang keadaan di NNM
dan mengesyorkan memulihkan keamanan.
-Beliau bertindak mendahului arahan yang diberikan
oleh Lord Kimberly dengan mencampuri urusan dalam
pertelingkahan politik di NNM.

NEGERI-NEGERI SELAT
Selepas tahun 1824, British mempunyai 3 bentuk
petempatan iaitu Pulau Pinang yang telah ditubuhkan pada
1786.
Singapura yang diperolehi daripada Temenggung Abdul
Rahman pada tahun 1819 dan Melaka yang diterima selepas
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824.
Selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Pulau Pinang
ditadbir oleh Leftenan Gabenor sementara Melaka dan
Singapura ditadbir oleh Residen.
Pada tahun 1826, ketiga-tiga negeri tersebut digabungkan
bagi membentuk Negeri-negeri Selat. Penggabungan itu
bertujuan untuk menyeragamkan serta menjimatkan
perbelanjaan
pentadbiran.

Pemindahan pentadbiran ke London pada tahun 1867


adalah kerana Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di
India tidak mengambil berat kebajikan Negeri-Negeri
Selat.
Desakan oleh para saudagar yang tidak berpuas hati
dengan dasar Pejabat Tanah Jajahan British di India
dan cadangan Syarikat Hindia Timur Inggeris untuk
menghapus taraf pelabuhan bebas Singapura
mengancam kemajuan perdagangan di Negeri-Negeri
Selat.
Kemasukan pendatang dari China secara tidak
terkawal menyebabkan berlaku kekacauan akibat
penubuhan kongsi gelap dan penduduk membantah
tindakan Pejabat Tanah Jajahan British di India
Singapura
dijadikan sebagai tempat pembuangan
banduan
dari
India
telah
mempercepatkan
pemindahan pusat pentadbirannya ke London.

NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUT


Melalui Perjanjian Persekutuan tahun 1896, negerinegeri Selangor, Perak, Pahang, dan Negeri Sembilan
disatukan di bawah satu pemerintahan pusat.
Negeri-negeri ini di kenali sebagai Negeri-negeri Melayu
Bersekutu.
Beberapa faktor mendasari penubuhannya ialah
-Masalah yang dihadapi oleh negeri Pahang
-Untuk tujuan kecekapan pentadbiran dan keseragaman
-Untuk mengawal kuasa residen
-Faktor keselamatan

KEADAAN DI PERAK, SELANGOR, NEGERI SEMBILAN


DAN SELANGOR MEMBERI PELUANG
BRITISH CAMPUR TANGAN

Ketidakstabilan di Perak
Perang Klang di Selangor

Perbalahan di Sg Ujung di Negeri Sembilan


Bimbang Pertapakan Kuasa Eropah Lain di
Pahang

CAMPUR TANGAN BRITISH


DI PERAK
Campur tangan didasari oleh faktor-faktor untuk
menjaga kepentingan saudagar-saudagar Inggeris.
Berlakunya kekacauan : Perang Laut ( perebutan ke
atas penguasaan lombong bijih timah ) melibatkan
kongsi gelap cina Hai San dan Ghe Hin
Perang saudara iaitu perebutan takhta di antara Raja
Abdullah dengan Raja Ismail
Permintaan pembesar-pembesar Ngah Ibrahim dan
Raja Abdullah untuk British campurtangan
Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 20 Januari
1874
J.W.W.Birch dilantik sebagai Residen yang pertama.

CAMPUR TANGAN BRITISH


DI SELANGOR
Perang saudara melibatkan Raja Mahadi dan Raja
Abdullah
Raja Abdullah disokong oleh Tengku Kudin dan Yap Ah Loy
Raja Mahadi disokong oleh putera-putera Sultan Selangor
dan Sayid Mansor.
Niat British untuk campur tangan tidak tercapai kerana
pembesar Melayu tidak mahu Inggeris campur tangan.
Pada 1873, kapal dagang British diserang lanun dan ini
menjadi asas British untuk campur tangan.
Pada bulan Ogos 1874 Frank Swettenham dilantik
sebagai penasihat rasmi sultan
J.G. Davidson dilantik sebagai Residen.

CAMPUR TANGAN BRITISH


DI SG UJONG
Rebutan kuasa di Sg Linggi di antara Dato Kelana
Sayid Abdul Rahman dengan Dato Bandar Kulup
Tunggal.
Dato Kelana meminta bantuan Inggeris dan
seterusnya diiktiraf sebagai ketua Sungai Ujong.
Namun perlantikan Dato Kelana dan kehadiran
Inggeris ini ditentang oleh Dato Bandar Kulup
Tunggal.
Tentera Inggeris yang diketuai oleh W.A Pickering
berjaya mengalahkan Dato Bandar Kulup Tunggal.
Sungai Ujong menerima penasihat Inggeris bernama
W.I Tatham.

CAMPUR TANGAN BRITISH


DI PAHANG
Perang saudara berlaku untuk jawatan Bendahara
antara Wan Mutahir dengan Wan Ahmad.
Cadangan Sultan Ahmad untuk memberikan
konsesi perdagangan kepada kuasa Barat
membimbangkan Inggeris.
Pada bulan Februari 1888, seorang warganegara
Inggeris berbangsa cina dibunuh di Pekan.
British menjadikan pembunuhan tersebut sebagai
alasan untuk campur tangan.
Sultan Ahmad menerima Residen British bernama
J.P. Rodger.

RESIDEN MENGGUGAT KUASA


SULTAN DAN PEMBESAR
RESIDEN BRITISH DI NEGERINEGERI MELAYU

RESIDEN MENGGUGAT KUASA SULTAN


DAN PEMBESAR

MENGUASAI
PENTADBIRA
N

MENGAMBIL ALIH
PUNGUTAN CUKAI

MEMAKSA
MENERIMA
NASIHAT

MENCAMPU
RI ADAT

MENCAMPURI ADAT
Residen melampaui bidang kuasa mereka
apabila
menghapuskan
amalan
perhambaan.
Bagi sultan dan pembesar, amalan
perhambaan merupakan amalan turun
temurun
dalam
masyarakat
melayu
tradisional.

MEMAKSA MENERIMA NASIHAT


Residen menasihati sultan dalam semua
perkara
pentadbiran
kecuali
yang
berkaitan dengan agama islam dan adat
istiadat melayu.
Nasihat residen
dilaksanakan

mesti

dipatuhi

dan

MENGAMBIL ALIH PUNGUTAN CUKA


Residen mengambil alih pungutan cukai
yang sebelum itu dipegang oleh sultan
dan pembesar.
Pungutan cukai akan diambil alih oleh
pegawai british iaitu pegawai majistret dan
pemungut hasil.

AKTOR-FAKTOR PENUBUHAN NEGERI-NEG


MELAYU BERSEKUTU
KELEMAHAN SISTEM RESIDEN
FAKTOR KESELAMATAN
SISTEM PERHUBUNGAN
KRISIS KEWANGAN
PERKONGSIAN PERKHIDMATAN

PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN
1896
AKHIR 1895, IANYA DITANDATANGANI
DAN
BERKUATKUASA 1 JULAI 1896
PERAK,SELANGOR, NEGERI SEMBILAN
DAN
PAHANG DISATUKAN
PUSAT PENTADBIRAN DI KUALA
LUMPUR
( DIKETUAI RESIDEN JENERAL)
RESIDEN JENERAL PERTAMA
FRANK SWETTENHAM

PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN MENCABAR


KEWIBAWAAN SULTAN
Kuasa pentadbiran - Residen Jeneral
Kerajaan pusat menubuhkan jabatan diketuai
Pegawai British.
Penglibatan orang Melayu terhad.
Sultan mengikut nasihat Residen Jeneral kecuali
hal ehwal agama dan adat Melayu
Sultan tidak berpuas hati apabila kuasa
pentadbiran diambil alih oleh Residen Jeneral
1897 - British menubuhkan Durbar

DURBAR
(PERSIDANGAN RAJARAJA MELAYU)

AHLI-AHLI
1.Pesuruhjaya
2. Raja-raja
Melayu
3.Residen Jeneral
4. 4 orang
Residen

Durbar Pertama
di Kuala Kangsar
Perak.

Durbar Kedua di
Kuala Lumpur
1903

DURBAR KEDUA
Desakan Sultan Idris
Kuasa Raja-raja Melayu dikembalikan
Bilangan
pegawai
Melayu
yang
berkhidmat dengan kerajaan ditambah
dan dilantik ke jawatan lebih tinggi
Bahasa Melayu diiktiraf bahasa rasmi

TINDAKAN BRITISH (1909)


Menggantikan
Durbar
dengan
Majlis
Mesyuarat Persekutuan
Menggantikan Residen Jeneral dengan
Ketua Setiausaha
Setuju serah semula kuasa mentadbir
kepada Majlis Mesyuarat Negeri

RUJUKA
Nazaruddin Hj.Mohd Jali (2000). Pengajian Malaysia
N
:Kenegaraan Dan Kewarganegaraan.
Selangor :
Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.
Mahdi Shuid (2009). Teks Pra-U STPM : Sejarah
Malaysia. Selangor : Pearson Education Malaysia Sdn.
Bhd.
Graham Saunders (1978). Perkembangan Masyarakat
Majmuk. Longman Malaysia Sdn. Berhad.
Akasha Ismail (2005) . Sejarah Tingkatan 5.
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Campur
tangan
British
di
Tanah
Melayu.
http://ngahibrahimmatang.blogspot.com/2008/05/cam
pur-tangan-british-di-tanah-melayu.html

You might also like