You are on page 1of 18

TARIAN

1.0

PENDAHULUAN

Potensi pergerakan kanak-kanak boleh dirangsang melalui ritma dan pelbagai


bentuk tari. Kanak-kanak mempunyai keiginan untuk bergerak dan sentiasa aktif.
Salah satu satu cara untuk memuaskan keiginan untuk begerak ialah menerusi
tarian. Kanak-kanak dapat menikmati kepuasan melalui gerak-tari yang berentak
dan berirama dalam tarian. Aktiviti tarian sesuai untuk pertumbuhan fizikal dan
kreativiti kanak-kanak. Seni tari sebagai gerakan berirama, merupakan
mengucapan jiwa manusia melalui gerak tari berirama yang indah. Terdapat
pelbagai jenis tarian sama ada tarian asli atau tarian yang dipengaruhi unsur-unsur
moden. Tarian merupakan gerak tubuh. Melalui gerak tubuh, kanak-kanak mampu
untuk mengungkapkan idea-idea, perasaan dan pengalaman penari kepada oraang
lain. Tarian mengandungi segala gerakan tubuh badan yang mempunyai unsurunsur keindahan. Seni tari dapat dilihat pada pergerakan tangan, kaki, badan, mata
dan anggota tubuh badan yang lain. Dalam seni tarian gabungan muzik dan
gerakan adalah penting dan diperlukan bagi menambah keindahan seni tarian.
Seringkali kita lihat apabila muzik dimainkan secara semula jadi kanak-kanak akan
menggerakkan aggota badan mereka. Melalui tarian inilah kanak-kanak dilatih
untuk membuat gerakan mengikut rentak dan alunan muzik. Seni merupakan
intipati kepada ekspresi kreativiti seseorang kanak-kanak. Kanak-kanak yang kreatif
adalah kanak-kanak yang bijak dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan mudah
untuk menerima pembelajaran terutama dalam bidang seni tarian. Kanak-kanak
mempunyai naluri rentak dan irama, penghargaan nilai terhadap pergerakan
berirama dan mempunyai kemampuan kreativiti yang semulajadi.

2.0

DEFINISI KREATIVITI

Terdapat pelbagai takrifan tentang kreativiti. Pandangan dan pengertian yang


berbeza ini adalah berpunca daripada istilah kreativiti dalam pelbagai bentuk sesuai
dengan kajian dan pandangan tokoh-tokoh akademik dalam bidang dan disiplin
tertentu.

Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu creare yang membawa maksud
membuat. Manakala daripada perkataan Greek pula creare bermaksud
memenuhi. Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu
kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula
sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan
sesuatu idea baru dan asli. Dalam konteks ini , ia merujuk kepada kebolehan dan
kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga
pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu
yang tidak ada sebelumnya. Individu yang mempunyai kebolehan kreatif biasanya
mempunyai perasaan istimewa dan eksklusif kerana individu ini dianggap
mempunyai kualiti sejati yang jarang ditemui (Md Nasir Ibrahim & Iberahim Hassan,
2003)

3.0

DEFINISI SENI

Menurut Kamus Dewan Seni didefinisikan sebagai karya (sajak, lukisan, muzik, dll)
yang dicipta dengan bakat (kecekapan), hasil daripada sesuatu ciptaan.
Manakala kesenian bermaksud perihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan
(kehalusan). Kesenian ini menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu
sejak turun temurun lagi. Dengan adanya kesenian seperti ini identiti masyarakat
Melayu lebih terserlah dan dikenali ramai. Kementerian Kebudanyaan dan Kesenian
telah mengambil pebagai inisiatif bagi memantapkan dan memperkembangkan lagi
kebudayaan masyarakat Melayu. Kesenian bangsa Melayu telah diakui dunia
sebagai unik dan menarik. Istilah seni mempunyai konotasi yang amat rapat
dengan kemampuan dan penguasaan sesuatu medium dalam menyampaikan
maksud-maksud tertentu. Menentukan maksud yang ingin disampaikan,medium
dan cara berkesan untuk menyampaikan maksud tersebut; memerlukan asas kritis
yang baik dalam membuat penilaian.

4.0

DEFINISI TARIAN

Seorang ahli sejarah tarian dan muzik Jerman bernama C. Sachs telah memberikan
definisi seni tari sebagai gerakan yang berirama. Seni tari adalah pengucapan jiwa
manusia melalui gerak-geri berirama yang indah. Dalam kebudayaan melayu
terdapat berbagai-bagai jenis tarian , sama ada tarian asli ataupun tarian yang
telah dipengaruhi oleh unsur - unsur moden. Menurut Jaafar Mampak, tarian melayu
asli terbahagi kepada dua jenis. Pertama , tarian yang bercorak lemah lembut
seperti tarian Mak Inang dan Siti Payung. Kedua , tarian rancak yang merupakan

hasil daripada pengaruh tarian Portugis seperti tarian Ronggeng , Serampang Laut
dan Singapura Dua.

5.0

LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

Seni dalam pendidikan meletakkan Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard
Gardner sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan.
Teori ini amat jelas menyokong seni yang mengambil peranan penting dalam
kurikulum. Oleh itu guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan
menggunakan kelebihan diri mereka. Selain itu guru perlu merancang aktiviti
pembelajaran yang pelbagai untuk memenuhi keperluan murid yang mempunyai
gaya belajar, mencuba idea, pendekatan dan teknik yang baru serta persekitaran
yang memberi inspirasi.

Teori kecerdasan manusia.


i)
Howerd Gardner mengenegahkan otak kanan dan otak kiri sebagai subjek
teori pembelajaran.
ii)
Hermann(1991) menghasilkan Quadrant Concept yang membentuk
peranan otak kanan dan kiri yang sama.
iii)
Eistein juga sebenarnya mengenegahkan teori yang sama di mana
perananotak seharusnya dimantapkan untuk pembentukan sahsiah diri.

Seni Muzik
Tokoh-tokoh seni muzik seperti Emile Jacques Dalcroze, Carl Offf, Shinuchi Suzuki,
Zoltan Kodaly dan Erwin Gordon juga mengenegahkan teori pembelajaran
berasaskan otak kanan dan otak kiri. Walaupun setiap pengkaedahan muzik
mempunyai latar belakang yang berbeza tetapi setiap daripada mereka banyak
memberi perhatian kepada penghayatan kepada murid. Secara yang tersirat,
pengertian ini menunjukkan bahawa murid-murid akan belajar menggunakan
kemaahiran berfikir dan penghayatan secara berperingkat.

Seni Pergerakan
i)
Einstein mengatakan bahawa setiap pergerakan mendapat kawalan
yang dipantau oleh otak kiri dan otaak kanan melalui proses mengimaginasi.

Pergerakan-pergerakan kreatif sebenarnya berlaku melalui proses menaakul dan


pertimbangan-pertimbangan rasional mengenai apa yang ingin kita lakukan.
ii)
Gadner berpendapat bahawa otak yang kreaatif seringkali
menghasilkan pergerakan-pergerakan yang menarik dan seterusnya dapat
membina kamahiran-kemahiran yang berbagai.
iii)
Torrance (1969) menyatakan bahawa otaak yang kreatif seringkali
mempamerkan kebolehan murid mengatasi pelbagai masalahnya.

6.0

MATLAMAT SENI TARIAN DALAM PENDIDIKAN

Matlamat seni tari dalam pendidikan di sekolah rendah adalah untuk membentuk
keperibadian Generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika
yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum
mampu berupaya membantu kanak-kanak meningkatkan rasa kesyukuran terhadap
tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahaan seni dan warisan
bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembagunan diri, keluarga, masyarakat
dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Seni tarian dalam pendidikan sekolah rendah yang mengintegrasikan tiga


komponan akan melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. Bertitik tolak
daripada pengintegrasian inilah perkembagan menyeluruh dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek akan berlaku.

7.0

TARIAN PERGERAKAN KREATIF KANAK-KANAK

Kehendak untuk bergerak mengikut irama muzik merupakan kreativiti semula jadi
bagi kanak-kanak. Aktiviti tarian dan pergerakan kreatif memberi peluang kepada
kanak-kanak untuk bergerak mengikut rentak dan irama muzik. Aktiviti-aktiviti
gerakan yang dilaksanakan oleh guru mewujudkan bentuk pengalaman yang
kreatif kepada kanak-kanak dan melatih mereka untuk menilai estetika gerak dalam
persembahan tarian dan pergerakan kreatif.

Aktiviti pergerakan kreatif dapat meningkatkan imaginasi, kreativiti dan estetika


kanak-kanak dengan berimaginasi semasa aktiviti gerakan, menginterpretasikan

idea dan mengapreasiasi estetika. Aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif dapat melatih


kanak-kanak mengenal bahagian-bahagian tubuh badan sendiri, meningkatkan
kekuatan fizikal dan daya ketahanan, mengeksplorasi dan menggunakan ruang
dengan bijak, menghargai dan membahagikan masa mengikut keutamaan. Aktiviti
pergerakan kreatif menggabungkan elemen-elemen pergerakan seperti tubuh
badan, ruang, masa dan daya.

7.1

Elemen Tubuh Badan

Elemen tubuh badan merangkumi bahagian luaran tubuh seperti kepala, bahu, kaki
dan tangan. Kanak-kanak boleh menggunakan imaginasi dan keativiti masingmasing untuk mereka cipta gerak geri dengan menggunakan elemen tubuh badan.
Contoh gerak geri pusing kepala, turun naik bahu, berjalan dan melambai tangan.
Daripada gerak geri yang dihasilkan, kanak-kanak boleh meneka maksud gerakan
menilai estetika yang ada pada gerakan. Penggunaan tubuh badan adalah melatih
kanak-kanak menjelajahi ruang persembahan secara kreatif.

7.2

Elemen ruang

Elemen ruang dalam pergerakan kreatif merangkumi ruang diri, aras dan arah.
Ruang am dalam pergerakan kreatif untuk kanak-kanak merujuk kepada ruang
pentas, padang atau bilik untuk melakukan aktiviti pergerakan. Ruang diri dalam
pergerakan kreatif merujuk kepada ruang yang digunakan oleh kanak-kanak untuk
melakukan aktiviti pergerakan. Aras dalam pergerakan kreatif merangkumi aras
rendah, sederhana dan tinggi. Arah dalam pergerakan kreatif merangkumi arah ke
depan, ke belakang, ke sisi, ke bawah dan ke atas.
Proses pergerakan kreatif yang menggunakan elemen ruang dapat melatih
imaginasi dan kreativiti kanak-kanak terhadap elemen ruang dalam pergerakan dan
mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual secara kreatif.

7.3

Elemen masa

Elemen masa dalam pergerakan kreatif marangkumi tempo, rentak, pola beritma,
aksen dan jangka masa. Tempo merujuk kepada kalajuan muzik atau pergerakan

yang perlahan atau cepat; rentak merujuk kepada ukuran masa tanpa mengira
masa dalam pergerakan kreatif; pola ritma merujuk kepada kronologi pergerakan
atau bunyi dalam jangka masa yang berubah; aksen merujuk kepada suatu
pergerakan yang lebih kuat daripada pergerakan sebelum atau selepasnya
manakala jangka masa merujuk kepada pendek atau panjang setiap rentak
pergerakan.
Pengiraan rentak dan tempo dalam pergerakan kreatif kanak-kanak dapat
mempertingkatkan kecerdasan logikal kanak-kanak. Kanak-kanak dapat memahami
kiraan rentak dan tempo dan seterusnya dapat membilang nombor dengan betul.

7.4

Elemen daya

Elemen daya atau tenaga dalam pergerakan kreatif merangkumi pergerakan


perkusif, pergerakan pendular, pergerakan staccato, pergerakan bergetar, pergerak
meruntuh dan pergerakan kawal-lambat. Pergerakan perkusif dalam pergerakan
kreatif merujuk kepada pergerakan yang bertenaga kuat dilepaskan dalam satu
tempoh yang singkat; pergerakan pendular dalam pergerakan kreatif merujuk
kepada pergerakan secara berayun; pergerakan staccato merujuk kepada
pergerakan yang bersifat terputus-putus, cepat dan ringan; pergerakan bergetar
dalam pergerakan kreatif merujuk kepada pergerakan yang menggigil; pergerakan
meruntuh dalam pergerakan kreatif merujuk kepada pergerakan yang lemah dan
tidak bertenaga manakala pergerakan kawal-lambat merujuk kepada pergerakan
yang dikekalkan dalam tempo yang panjang dalam aktiviti pergerakan kreatif.
Berdasarkan imaginasi dan kreativiti kanak-kanak, guru boleh membimbing kanakkanak menggunakan pelbagai pergerakan dalam elemen daya untuk mereka cipta
persembahan pergerakan kreatif yang unik.

8.0

RANGSANGAN DALAM AKTIVITI PERGERAKAN KREATIF

Muzik dan props dapat memberi rangsangan kepada kanak-kanak dalam


pergerakan kreatif. Muzik dapat memberi mood dan emosi seperti gembira, sedih,
marah dan takut emasa aktiviti pergerakan kreatif manakala props yang boleh
digunakan dalam aktiviti pergerakan kreatif seperti reben, bola, kipas,lilin, dan
gelung dapat membantu kanak-kanak memahami hubungan antara objek, ruang
dan diri sendiri.

8.1

Muzik

Muzik dapat menimbulkan suasana dan mood yang pelbagai kepada kanak-kanak
dalam aktiviti pergerakan kreatif. Irama dan rentak muzik yang pelbagai dapat
menarik perhatian kanak-kanak untuk melakukan aktiviti pergerakan kreatif. Kanakkanak perlu diberi peluang membuat pergerakan secara bebas dan kreatif dengan
bimbingan pendidik. Aktiviti -aktiviti pergerakan kreatif untuk kanak-kanak
merangkumi pergerakan asas bersama muzik, pergerakan mengikut lirik lagu dan
pergerakan bebas bersama muzik.

8.2

Props

Props yang boleh digunakan dalam aktiviti pergerakan kreatif seperti reben, bola,
kipas, lilin dan gelung melatih kanak-kanak prihatin dan membentuk pola-pola
pergerakan yang kreatif. Props yang bahaya tidak boleh digunakan dalam aktiviti
pergerakan kreatif dan pendidik perlu memberi arahan menggunakan props dengan
cara yang betul dan selamat serta melatih kanak-kanak mematuhi peraturanperaturan dalam aktiviti pergerakan kreatif.

9.0
SUMBANGAN SENI TARIAN KEPADA PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KANAKKANAK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

9.1

Ekspresi

Seni tarian menyarankan pelbagai aktiviti melalui perasaan, pernyataan, emosi,


idea dan manifestasikan pemikiran. Aktiviti tarian dapat memberi peluang untuk
kanak-kanak membina keyakinan menajamkan persepsi, menigkatkan kreativiti dan
meningkatkan nilai estetika. Terdapat enam bentuk ekspresi iaitu bentuk imaginasi,
penglibatan diri, emosi, bentuk ruang, muzik, dan kinestetik.
Melalui tarian kanak-kanak dapat membina kreativiti tersendiri. Setiap penari
mempunyai keistimewaan dan apa yang mereka tonjolkan itu merupakan satu
kreativiti. Melalui tarian dapat meningkatkan keupayaan pemikiran kanak-kanak.
Kanak-kanak perlu membuat perbandingan, perbezaan menganalisa dan menilai
karya. Kesemua ini membantu murid menggerakkan daya pemikiran mereka.

9.2

Emosi

Emosi merupakan perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut, kecewa,
marah,dan geli. Emosi yang mempengaruhi ingatan boleh digolongkan dalam dua
jenis iaitu:
i)

seronok dan tenang

Tarian merupkan salah satu cara untuk menyediakan suasana riang terhadap kanakkanak. Irama dan rentak muzik yang ceria dapat menarik perhatian kanak-kanak
menghidupkan suasana aktif pembelajaran. Tarian menggalakkan interaksi di antara
murid dan guru menyebabkan pembelajaran lebih menyeronokkan.

ii)

kurang seronok dan cemas.

Tarian memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan perasaan dan emosi
yang tidak menyenangkan. Di samping itu dengan mendengar dan terlibat dalam
aktiviti tarian dapat menenangkan perasaan kanak-kanak. Kanak-kanak rasa
sungguh terhibur dan mengurangkan tekanan ketika belajar. Apabila kanak-kanak
menari, mereka akan berasa lega dan perasaan bimbang serta cemas akan
berkurangan kerana alunan muzik dan lenggok tarian tersebut mampu memberi
ketenangan menghiburkan.

9.3

Imaginasi

Kanak-kanak sememangnya suka berimaginasi. Proses kreativiti dan imaginasi


boleh melibatkan:
i)

perasaan dalaman kanak-kanak , imaginasi, dan kreativiti

ii)

pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil

iii)

kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah

Melalui aktiviti tarian, daya estetik kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Sebagai


contoh, kanak-kanak menarikan tarian kuda kepang. Semasa menarikan tarian Kuda
Kepang kanak-kanak akan bergerak mengikut irama seperti kuda yang sedang
berlari atau berjalan. Kemudian kanak-kanak cuba mengayakan seperti kuda
berjalan dengan terhenjut-henjut. Kanak-kanak cuba untuk mengimaginasikan
pergerakan seekor kuda. Semasa menari kanak-kanak membina konsep kendiri
dalam kumpulan rakan sebaya.

Kebolehan kanak-kanak adalah selari dengan perkembangan diri mereka. Untuk


mencipta sesuatu yang baru kanak-kanak akan bergantung kepada pengalaman
dan kreativiti dalam memanipulasikan alatan dan bahan yang mereka gunakan.

9.4

Kognitif

Dari segi kognitif, kanak-kanak dapat meningkatkan daya ingatan, dan pendengaran
mereka. Selain itu, kanak-kanak juga dapat membezakan nada tinggi, rendah,
rentak laju atau perlahan. Melalui aktiviti tarian juga, kanak-kanak dapat
menghidupkan suasana aktif pembelajaran, meningkatkan kefahaman terhadap
imej dan bahasa visual, serta dapat membantu murid mempelajari seni tarian
pelbagai budaya di Malaysia. Melalui tarian juga kanak-kanak dapat menyemai
kefahaman di antara satu sama lain dan murid memahami bahawa setiap seni
tarian yang dihasilkan mempunyai makna yang berbeza.
Semasa melakukan aktiviti tarian dengan menggunakan muzik latar kanak-kanak
dapat membina keyakinan diri. Mereka dikehendaki mengingat setiap langkah
dengan betul bersama iringan muzik atau lagu. Disinilah mereka perlu ada
keyakinan pada diri sendiri tanpa bergantung dengan orang lain.

9.5

Fizikal

Tarian juga menggunakan muzik latar dan pergerakan anggota tubuh badan setiap
kanak-kanak. Kanak-kanak perlu membuat pergerakan mengikut rentak muzik yang
dimainkan. Setiap rentak muzik mempunyai lenggok tarian yang tersendiri. Melalui
tarian juga kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran moto serta menggalakkan
koordinasi tubuh badan seperti kaki, tangan, mata, bahu dan jari. Tubuh badan
kanak-kanak yang aktif dalam tarian biasanya akan menjadi lebih sihat berbanding
kanak-kanak yang tidak aktif.

9.6

Sosial

Melalui tarian pelbagai budaya yang terdapat di Malaysia kanak-kanak dapat


mengenali rakan mereka yang berlainan bangsa. Aktiviti ini akan memberi ruang
kepada kanak-kanak untuk berinteraksi dan mengenali di antara satu sama
lain. Secara tidak langsung tarian boleh mengeratkan perpaduan dan persahabatan
di antara kanak-kanak. Proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan lebih
mudah kerana tiada perbezaan warna kulit di antara mereka. Kanak-kanak di asuh
agar dapat bergaul dan bekerjasama dalam apa jua aktiviti yang dilakukan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

10.0
TARIAN MENINGKATKAN KESEDARAN KANAK-KANAK TERHADAP
KEPELBAGAIAN BUDAYA DI MALAYSIA
Malaysia merupakan negara berbilang kaum dan mempunyai masyarakat majmuk
iaitu terdiri daripada masyarakat Melayu, Cina, India, Iban dan Semazau bagi
penduduk negeri Sabah dan Sarawak. Setiap kaum di Malaysia mempunyai budaya
dan adat resam yang tersendiri dan budaya tersebut biasanya menjadi warisan
turun temurun dan sudah dikenalpasti pengamalnya. Pelbagai adat dan budaya
kaum di Malaysia dapat dipelajari melalui seni tarian. Kekayaan seni budaya dalam
tarian di Malaysia sudah dikenali ramai malahan hingga ke peringkat antarabangsa.
Tarian bukan sahaja ditarikan oleh orang dewasa, malahan kini tarian sudah
menjadi satu bentuk aktiviti seni kreatif bagi kanak-kanak di sekolah. Kanak-kanak
perlu sedar bahawa melalui tarian mereka dapat:
i)

Mengenali budaya setempat

Melalui tarian kanak-kanak dapat mengenali budaya bagi setiap bangsa di Malaysia.
Penduduk Malaysia yang berbilang kaum mengamalkan pelbagai adat dan seni
warisan turun temurun. Melalui tarian juga kanak-kanak mampu mengenali sesuatu
kaum dan pengamalnya. Sebagai contoh, apabila di sebut tarian Singa secara
automatik kanak-kanak tahu bahawa itu adalah tarian kaum cina. Begitu juga bila
disebut tentang tarian joget kanak-kanak boleh mengintepritasikan itu adalah tarian
kaum melayu.
ii)

Menghormati budaya bangsa lain

Tarian juga mampu mendidik kanak-kanak agar menghormati budaya bangsa lain
yang ada di Malaysia. Ini bukan bermakna setiap bangsa hanya mengenali bangsa
itu sendiri.
iii)

Warisan

Tarian tradisional setiap kaum biasanya adalah tarian turun temurun yang diwarisi
oleh nenek moyang mereka. Sekiranya tarian ini tidak diamalkan sudah pasti
generasi akan datang tidak mengenali budaya bangsa mereka. Biarpun masa kini
tarian sudah mengalami perkembangan yang begitu pesat namun, tarian-tarian
klasik setiap kaum tidak harus dilupakan.
iv)

Bahasa

Terdapat pelbagai jenis bahasa yang terdapt di Malaysia seperti bahasa Melayu,
bahasa Mandarin, Bahasa Tamil, bahasa Iban dan banyak lagi. Tarian setiap kaum
menunjukkan bahasa bagi kaum tersebut. Sebagai contoh tarian Kuda Kepang yang
pada asalnya ditarikan oleh orang Jawa. Tarian Singa yang ditarikan oleh kaum cina
manakala tarian Khatak ditarikan oleh kaum India. Biarpun kanak-kanak tidak dapat

memahami bahasa tersebut, tetapi mereka belajar untuk mengenali jenis bahasa
yang dituturkan oleh penyanyi.
Aktiviti menyanyi sambil menari adalah satu cara bagaimana kanak-kanak
memperkembangkan penguasaan bahasa mereka. Melalui aktiviti tarian juga dapat
memperkenalkan pelbagai konsep dan bahasa dapat ditingkatkan kerana ia mudah
diingati dan difahami oleh kanak-kanak. Peningkatan perkembangan bahasa dapat
berkembang melalui sebutan semasa kanak-kanak menyanyi sambil menari.

Jenis-jenis tarian mengikut kaum di Malaysia adalah seperti berikut:

10.1

TARIAN KAUM MELAYU

Seni tari boleh dikategorikan dalam berbagai-bagai jenis. Antara pembahagian yang
boleh dibuat terhadap seni tari melayu adalah seperti berikut :
Tarian tarian yang bercorak seni tari istana yang dipersembahkan pada waktu
perkahwinan , pertabalan , istiadat menyembah dan sebagainya. Tarian tarian ini
termasuklah tarian Siti Payung , Mak Inang , Asyik , Gamelan dan sebagainya.
Tarian - tarian yang memperlihatkan wujudnya pengaruh Arab dan Parsi seperti
tarian rodat , hadrah dan sebagainya.
Tarian rakyat seperti dondang sayang , ronggeng , joget dan sebagainya.
Tarian yang khusus ditarikan oleh kaum lelaki sahaja seperti tarian kuda kepang ,
tarian labi -labi , tarian berdayung dan sebagainya.
10.1.1 Tarian Asli
Tarian ini dicipta berdasarkan lagu-lagu melayu asli dengan mengikuti irama lagulagu melayu asli yang tertentu. Seni tari jenis ini ialah tarian yang dicipta daripada
lagu Makan Sirih , Gunung Banang , Sapu Tangan , Asli Selendang , Bentan , Telani ,
Asli Abadi dan sebagainya.
10.1.2

Tarian Asyik

Tarian ini adalah sejenis tarian klasik dari daerah daerah di Kelantan yang
ditarikan di istana raja raja Kelantan dan Patani. Asyik bererti kekasih , oleh itu
tarian ini bersesuaian dengan gerak geri bersifat lemah lembut dan penuh dengan
ketertiban. Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang penari masuk ke dewan tarian
terlebih dahulu , lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian tampillah Puteri
Asyik dan mereka pun mula menari.Tarian asyik ini ditarikan dalam upacara

perkahwinan dan pada malam berinai. Tiga alat muzik penting yang digunakan ialah
rebab , gambang dan gedombak.

10.1.3

Tarian Ayam Didik

Tarian ini dikatakan berasal daripada gerakan berlaga ayam, iaitu sejenis sukan
yang diminati oleh orang Melayu pada masa lampau. Tarian ini dicipta oleh ahli
tarian dinegeri Perlis. Tarian ini diringi dengan nyanyian lagu ayam didik.

10.1.4 Tarian Balai


Tarian ini berasal dari daerah-daerah dinegeri Terengganu. Tarian ini ditarikan oleh
gadis-gadis kampung dalam bentuk simbolik seperti melakukan pekerjaan sawah.
Penari-penari akan menari mengelilingi balai, iaitu sejenis payung panjang
berwarna-warni yang diletakan dibawah gelanggang.

10.1.5

Tarian Canggung

Kata tanggung berasal dari bahasa Thai yang bererti menari. Tarian Canggung
berasal dari negeri Perlis dan menjadi popular di negeri Kedah, Perlis dan Pulau
Pinang. Tarian ini dicipta oleh seorang ahli tarian dari Kangar selepas perang dunia
kedua. Penari-penari akan menyanyi sambil menari . Nyanyian dalam tariaan ini
adalah berbentuk berbalas pantun.Selain dipersembahkan di majliss kenduri
kahwin, tarian ini seringkali ditaaikan selepas sahaja selesai musim menuai. Pantunpantun yang dinyanyikan oleh mereka adalah berbentu berjenaka, usikmengusik ,menyindir dan banyak lagi. Mereka akan menari secara berpasangan di
antara lelaki dan wanita dewasa.

10.1.6 Tarian Siti Wau Bulan


Tarian ini berasal dari negeri Kelantan, ditarikan pada musim menuai sempena
dengan temasya dan permainan wau. Penari tarian ini adalah terdiri daripada anakanak muda lelaki dan wanita. Tarian ini telah diberi nama Tarian Siti Wau bulan
adalah bertujuan untuk menarik serta mendapatkan sabmbutan mayarakat
terhadap aktiviti permainan wau pada musim menuai. Tarian ini lebih kepada
mengisahkan tentang bagaimana cara anak muda bermain wau dengan
kegembiraan serta liak lintuk jari-jemari ketika menari. Alat muzik yang digunakan
ketika menarikan lagu ini ialah serunai, rebab,endang, gong,kesi dan banyak lagi.

10.1.7 Tarian Cinta Sayang


Tarian Cinta Sayang merupakan tarian yang terkenal di negeri Kedah. Tarian ini
berasal dari yang menggambarkan keluarga nelayan. Tarian ini menunjukan
bagaimana keluarga nelayan mengucapkan selamat jalan kepada para nelayan
sebelum turun ke laut. Tarian Cinta Sayang merupakan tarian untuk bersukaria dan
penarinya terdiri daripada lelaki dan wanita yang berpasang-pasangan. Pakaian
yang dikenakan oleh penari lelaki adalah baju melayu manakala penari wanita
memakai baju kurung dan mengenakan selendang panjang diletakkan di atas bahu.
10.1.8 Tarian Dabus
Tarian ini berasal dari negeri Perak dan mengandungi unsur keagamaan yang
berkait dengan kepahlwanan Sayidina Ali. Dikatakan ketua bagi kumpulan tarian ini
dipanggil khalifah. Kebiasaannya penari bagi tarian ini adalah seramai 11 orang
manakala alat muzik yang digunakan dalam persembahan tarian ini ialah gong,
rebana besar dan rebana kecil. Sebelum tarian bermula, para pemuzik akan
membawa lagu daripada buku-buku berzanji. Kemudian barulah tarian bermula
serta diiringi dengan nyanyian. Apabila sampai kepada kemuncak tarian,
para penari mula tidak sedarkan diri. Tanpa ada unsur paksaan mereka akan
mencucuk-cucuk lengan mereka menggunakan batu atau apa sahaja benda tajam.

10.1.9 Tarian Inai


Tarian ini adalah tarian istana yang ditarikan semasa majlis berkhatan anak
pembesar-pembesar istana. Ianya dipersembahkan kepada kanak-kanak ini semasa
mereka hendak dikhatankan dan duduk diatas pelamin. Namun kini, Tarian Inai
sudah tidak ditarikan di istana sahaja malahan tarian ini mula ditarikan di hadapan
mempelai ketika bersanding.

10.1.10

Tarian Joget

Tarian Joget merupakan sejenis tarian melayu tradisional. Tarian ini dipengaruhi oleh
kebudayaan portugis iaitu Branyo, satu cabang daripada tarian Coridinho. Joget
telah dijadikan sebagai tarian sosial serta diterima oleh berbagai-bagai kaum
di Malaysia Ia juga biasanya ditarikan secara berpasangan lelaki dan wanita.
Pada masa kini terdapat pelbagai jenis lagu-lagu yang dihasilkan seperti Joget
Serampang Laut, Joget 106, Joget Johore Sport Club dan lain-lain. Joget juga popular
ditarikan secara beramai-ramai dalam pesta keramaian dan dikenali sebagai joget
lambak.

10.1.11

Tarian Kuda Kepang

Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa yang terpengaruh dengan islam. Ciri
kejawaan itu jelas pada pakaian penari-penari dan unsur islam jelas semasa cerita
itu ditarikan iaitu mengisahkan peperangan Rasulullah dan para sahabat. Tarian ini
turut mengandungi pengaruh Islam. Pakaian penari-penarinya diadaptasikan
daripada kebudayaan Jawa. Unsur Islam terserlah jelas pada jalan cerita tarian ini
kerana ia mengisahkan situasi peperangan pada zaman Nabi Muhaammad s.a.w
dan para sahabat baginda. Diwarisi dari tarian diperkenalkan oleh pendakwah Islam
untuk menarik perhatian penduduk setempat datang beramai-ramai untuk
menyaksikan persembahan mereka. Pendakwah akan berdakwah sebelum atau
selepas persembahan tarian kuda kepang.

10.1.12

Tarian Mak Inang

Tarian Mak Inang merupakan tarian Melayu asli yang wujud sejak zaman kesultanan
Melayu Melaka. Tarian ini sangat popular pada zaman tersebut. Tarian ini selalu
ditarikan di hadapan sultan dan pada majlis-majlis perkahwinan orang kenamaan.
Penari-penari wanita memakai selendang. Tarian ini biasanya diiringi dengan lagu
dan pantun. Alat-alat muzik yang digunakan terdiri daripada rebana, gendang dan
biola.

10.1.13

Tarian Zapin

Tarian ini dikatakan berasal dari negeri Parsi . Ianya diringi dengan alat-alat muzik
seperti dabus dan marwas. Pakaian yang digunakan ialah Baju Melayu. Tarian ini
sangat terkenal di negeri Johor ini dikatakan dibawa masuk dari Hadramaut, Yaman
oleh para pedagang Arab pada awal abad ke-16. Zapin telah dijadikan tarian
hiburan di istana. Pada masa itu, Johor telah menggantikan peranan Melaka sebagai
pelabuhan enterport pada abad ke-16. Tarian ini mementingkan pergerakan
kumpulan. Antara alat muzik yang mengiringi tarian zapin adalah gambus, rebana,
gendang ,rebab dan marakas.

10.1.14 Tarian Gamelan


Tarian gamelan mula dipersembahkan di Istana di Empayar Riau dan Lingga pada
kurun ke-17. Ia mula dipersembahkan buat kali pertama kali di khalayak ramai di
Pekan Pahang dalam tahun 1811 dalam upacara persandingan Tengku Hussain.
Menurut Tengku Mariam, pada asalnya tarian ini terdiri daripada 77 jenis gamelan
tetapi pada hari ini hanya tinggal 33 jenis Gamelan sahaja kesan daripada
ketiadaan tenaga pengajar jenis tarin ini.Tarian ini dipersembahkan secara eksklusif

oleh penari wanita boleh dipentaskan secara dalaman ataupun persembahan


terbuka. Unsur jawa boleh dilihat dari segi seni tari tersebut. Secara estetikanya,
tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari
segi jenisnya dalam kebanyakan adat tarian orang melayu.

10.1.15

Tarian Rodat

Tarian Rodat merupakan salah satu tarian yang terkenal di negeri Terengganu.
Menurut sejarah, Tarian Rodat ini biasa ditarikan di Istana sahaja. Namun kini tarian
Rodat sudah mula ditarikan di atas pentas untuk tatapan umum. Biasanya tarian
Rodat terdiri daripada 10 hingga 12 orang penari yang menari sambil membawa
rebana. Terdapat dua kumpulan dalam tarian ini. Kumpulan penari yang pertama
membawa alat muzik manakala kumpulan kedua akan dikenali sebagai
pelenggok. Dua kumpulan ini akan berganti-ganti menarikan tarian ini. Tarian Rodat
menggunakan tiga buah gendang dan sebuah gong sebagai alat muzik ketika
menari.

10.2
10.2.1

TARIAN KAUM CINA


Tarian Singa

Tarian ini, yang lazimnya dipersembahkan ketika perayaan hari Tahun Baru Cina,
adalah merupakan persembahan yang penuh bertenaga dan
menghiburkan. Menurut lagenda, singa adalah satu-satunya haiwan yang boleh
menghalang Nian sejenis haiwan dongeng yang selalu menyerang
negara China dan mengorbankan manusia pada hari sebelum Tahun Baru Cina.
Tarian naga adalah sebuah tarian bersemangat yang sentiasa diiringi paluan
gendang tagu Cina, dan simbal, serta memerlukan keberanian dan penatan gerak
tarian yang tepat diantara penari-penarinya.

10.2.2

Tarian Naga

Tarian naga ialah sebentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya cina.
Seperti tarian Singa, tarian naga sering dipersembahkan pada musim perayaan.
Orang Cina selalu menyebut keturunan Naga sebagai lambang identiti etnik.
Pada fikiran orang cina, naga adalah sejenis hidupan yang menguntungkan. Naga
mewakili kekuatan yang tiada bandinganyang boleh menghilangkan nasib buruk
dan mencegah jenayah. Oleh sebab itu, sejak zaman nenek moyang semasa

mereka merayakan Tahun Baru Cina, atau memimpin prosesi untuk menyambut
seorang dewa, bahkan ketika ada bencana alam atau bencana peribadi berlaku,
mereka akan mengadakan tarian naga untuk bedoa supaya mendapat berkat dari
syurga.

10.2.3

Tarian Kipas

Tarian kipas merupakan satu jenis tarian yang memerlukan 9 orang ahli, di mana 7
wanita dan 2 lelaki. Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti
yang sebati dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa
menjadikan kipas sebagai alat keperluan. Tambahaan laagi, angin merupakan sati
tradisi masyarakat cina yang mana masyarakat cina mempercayai ung Shui iaitu
suatu kepercayaan masyarakat cina umumnya tentang suatu petanda yang baik
dan buruk terhadap sesuatu kehidupan di tempat mereka. Oleh itu, jenis tarian ini
dimainkan supaya tarian ini boleh membawa kebaikan atau Fung Shui yang baik
kepada seluruh anggota masyarakat.

10.3

TARIAN KAUM INDIA

10.3.1 Tarian Bhangra

Banghra memaparkan tarian serta muzik masyarakat Sikh. Pada mulanya Banghra
adalah sebuah tarian menyambut musim menuai, tetapi kini ianya memainkan
peranan dalam pelbagai sambutan kemasyarakatan termasuk majlis perkahwinan
dan sambutan Tahun Baru. Tarian ini lazimnya adalah berdasarkan tema-tema
romantis, di mana nyanyian serta tarian yang diiringi paluan dholo, iaitu sejenis
gendang bermuka dua, menjadikan tarian Banghra sangat menghiburkan.

10.3.2 Tarian Kathak

Tarian ini merupakan salah satu tarian klasikal India yang berasal dari utara India.
Perkataan Khatak berasal dari perkataan India iaitu katha yang bermaksud seni

cerita dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan diri kepada
dewa-dewa Hindu. Khatak talah berkembang ke istana-istana pemerintah.
Pada kurun ke-11 dan 12, diwaktu pemerintahan era mogul di India persembahan
tarian Khatak telah berpindah dari kuil ke istana-istana Mogul. Seni tarian Khatak
ketika itu juga telah dicampuri tarian budaya Turki dan Parsi. Ketika era inilah teknik
chakkar (pusing) diperkenalkan dipercayai dari tarian Sufi dan Turki.

10.3.3

Tarian Bharatha Natyam

Tarian klasik india ini bagaikan sebuah puisi dalam gerak tari. Tarian yang dramatik
dan bersemangat ini berdasarkan kisah epik India purba, dan memaparkan lebih
dari 100 gerak tarian dan gaya badan. Memandnagkan tarian ini memakan masa
yang lama untuk dikusai, terdapat sesetengah penari kanak-kanak yang mula
berlatih pada umur semuda lima tahun.

10.4

TARIAN DI SABAH & SARAWAK

10.4.1 Ngajat
Ngajat adalah sejenis tarian pahlawan tradisional suku kaum Iban di Sarawak. Tarian
ini lazimnya dipersembahkan ketika perayaan Gawai Kenyalang. Pada masa dahulu,
pemburu kepala dari suku kaum ini, yang dikatakan antara yang paling bengis di
Sarawak, diraikan dengan perayaan Gawai Kenyalang. Pahlawan lelaki
mempertunjukkan pergerakan yang tangkas di sepanjang persembahan tarian ini,
sambil memakai topi tradisional yang panjang dan memegang sebuah perisai
panjang yang berukir.
10.4.2

Datun Julud

Tarian Kenyalang adalah sebuah tarian tradisional suku kaum Kenyah di Sarawak.
Tarian ini dicipta oleh seorang putera Kenyah bernama Nyik Selong bagi
menggambarkan kegembiraan serta kesyukuran. Pada masa dahulu tarian ini
dipersembahkan sewaktu perayaan kemasyarakatan bagi menyambut kepulangan
para pahlawan dari berburu, atau sewaktu perayaan tahunan yang menandakan
tamatnya musim menuai. Tarian ini diiringi bunyi alat muzik sape dan
dipersembahkan oleh seorang penari wanita, menggunakan kipas tangan anggun
yang diperbuat daripada bulu burung kenyalang yang melambangkan sayap burung
suci tersebut.

10.4.3

Tarian Buluh

Tarian Buluh, satu lagi tarian tradisional yang popular serta menghiburkan,
menggunakan sepasang buluh panjang yang dipegang mendatar pada paras buku
lali. Kedua-dua buluh tersebut diketuk antara satu sama lain dengan rentak yang
pantas. Penari perlu tangkas bergerak sambil melompat di antara kedua-dua batang
buluh tersebut tanpa tersepit.

10.4.4

Tarian Sumazau

Tarian Sumazau adalah tarian kaum Kadazan yang lazimnya dipersembahkan


sewaktu acara-acara keagamaan dan kemasyarakatan. Ia dipersembahkan sebagai
tanda kesyukuran atas hasil tuaian padi yang banyak, untuk menghindar roh yang
jahat, dan untuk mengubati penyakit. Penari lelaki dan perempuan
mempersembahkan tarian yang mengasyikkan ini dengan gerak-geri yang perlahan
serta pergerakan yang menggambarkan burung yang sedang terbang.

11.0

PENUTUP

Seni tarian penting kepada perkembangan diri individu kanak-kanak. Aktiviti seni
yang terancang membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan
pemahaman serta membantu memperkembangkan potensi mereka secara
menyeluruh. Melalui aktiviti seni tarian kanak-kanak telah melibatkan diri dalam
seni muzik. Adakalanya seni drama, seni lukis dan kraftangan digabungkan ketika
melakukan aktiviti seni tarian. Seni tarian adalah salah satu cabang seni kreatif
yang boleh membina semangat cintakan negara dan dengan adanya pelbagai jenis
tarian yang terdapat di Malaysia, kanak-kanak dapat mengenali budaya setempat
seterusnya dapat membina perpaduan di kalangan kanak-kanak yang berlainan
bangsa. Pengalaman dalam melakukan aktiviti seni tarian secara berkesan
membolehkan kanak-kanak meluahkan keinginan dan keperluan mereka. Melalui
tarian juga mereka dapat membina pengalaman baru hasil daripada beberapa
penerokaan dalam kehidupan seharian dan akan berasa seronok apabila dapat
mencipta sesuatu yang baru.

You might also like