You are on page 1of 55

1.

PENDAHULUAN
Allah telah menurunkan al-Quran sebagai panduan dan sumber
rujukan kepada manusia untuk menjalani kehidupan di dunia. Selain
daripada itu, hadis, ijma, dan qias menjadi sumber rujukan seterusnya.
Begitu juga sekiranya jika kita membeli peti ais, mesin basuh, dan
televisyen, disediakan kepada kita buku manual sebagai panduan dan
sumber rujukan untuk menggunakan alat-alat tersebut.

Jadi, menjadi lumrah dan fitrah manusia memerlukan sumber dan


panduan dalam setiap perkara yang hendak dilakukan. Justeru, daripada
perspektif pendidikan sumber ini dipanggil sumber pengajaran dan
pembelajaran

yang

mana

sumber

ini

digunakan

sepanjang

proses

pengajaran dan pembelajaran. Sumber pengajaran dan pembelajaran ini


bukan semestinya perlu disediakan oleh guru, malah murid juga boleh
menyediakannya seperti membawa akhbar ke kelas. Akhbar tersebut boleh
digunakan oleh guru sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran.

Oleh itu, tugasan ini memerlukan saya menghuraikan sumber


pengajaran dan pembelajaran, melaksanakan pengajaran mikro, serta
mendokumentasikannya.

2. SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


2.1. DEFINISI SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Menurut istilah bahasa Melayu sumber bermaksud asal, mula,
dan punca1. Contohnya: Cukai eksport merupakan sumber kewangan
negara yang penting. Manakala menurut istilah bahasa Inggeris yang
merupakan bahasa kedua kebanyakkan rakyat Malaysia iaitu source yang
bermaksud a person, book, or document that provides information 2. Jika
dilihat

daripada

perspektif

pendidikan,

sumber

pengajaran

dan

pembelajaran (P&P) ialah sebarang penerbitan, gambar, carta, objek,


alat, radas, perkakas, model atau kemudahan yang berperanan untuk
memudahkan atau meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Ringkasnya

sumber

ialah

bahan

yang

digunakan

semasa

proses

pengajaran dan pembelajaran. Antara contoh sumber pengajaran dan


pembelajaran termasuklah buku teks, buku rujukan, buku latihan,
lampiran nota, dan alat audio visual. Tujuan sumber pengajaran dan
pembelajaran ini adalah membantu guru menyampaikan pelajaran
supaya murid-murid dapat memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap,
dan nilai yang ditetapkan mengikut objektif kurikulum.

2.2. JENIS DAN CIRI-CIRI SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


2.2.1. Jenis Sumber Pengajaran dan Pembelajaran
Terdapat beberapa jenis sumber atau bahan bantu pengajaran dan
pembelajaran yang boleh digunakan untuk membantu guru dalam
1 Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala
Lumpur. Hlm. 1541
2 Oxford Advanced Learnerners Dictionary International Students Edition.
(2006). Oxford University Press: New York. Hlm. 1409
2

proses

pengajaran.

Antaran

jenis-jenis

sumber

pengajaran

dan

pembelajaran adalah bahan bercetak, bahan teknologi maklumat dan


bahan maujud. Semua jenis bahan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza
tetapi bertujuan mencapai hasil yang sama iaitu untuk memastikan
murid-murid

memahami

isi-isi

pelajaran

serta

mencapai

objektif

pembelajaran.

Melalui sumber-sumber yang sedia ada mahupun yang direka


cipta mengikut kreativiti sendiri, guru perlu peka dalam memilih sumber
P&P yang hendak digunakan dalam proses pengajaran. Terdapat banyak
sumber-sumber yang boleh digunakan oleh guru-guru untuk mengajar.
Antara bahan-bahan yang boleh digunakan ialah buku teks, buku
rujukan, buku latihan dan lampiran nota. Kebanyakan sumber ini
biasanya digunakan oleh guru-guru di sekolah. Bagi memberi kelainan
atau penambahan yang lebih menarik kepada proses P&P, guru boleh
menggunakan alat audio visual contohnya LCD, peta, komputer,
gambar rajah, dan televisyen.
Menerusi penggunaan bahan-bahan ini, murid-murid akan lebih
tertarik untuk melihat serta mendengar apa yang hendak disampaikan
oleh guru dan secara tidak langsung murid dapat memberikan tumpuan
dengan sepenuhnya kepada guru. Melalui cara ini juga, objektif yang
hendak dicapai akan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan dan
hasilnya akan lebih memuaskan serta memberi manfaat kepada kedua
belah pihak iaitu murid-murid dan guru itu sendiri.

2.2.1.1. Bahan Bercetak


Bahan bercetak boleh didefinisikan sebagai bahan yang
mempunyai tulisan dan wujud secara fizikal. Bahan ini boleh disentuh
dan boleh dibaca secara terus. Ciri penting pada bahan bercetak ialah
3

bahan tersebut mestilah dihasilkan melalui cetakan dan bukan hasil


daripada tulisan tangan mana-mana individu.

Bahan bercetak meliputi buku, majalah, jurnal, ensiklopedia,


surat khabar, kad, katalog, kamus, buku teks, dan sebagainya yang
dihasilkan secara bercetak. Bahan bercetak seperti ini banyak
disimpan di pusat sumber atau di perpustakaan ataupun di arkib.
Semuanya dihasilkan oleh penulis-penulis atau pereka-pereka yang
mahir dan terkenal dalam bidang masing-masing.
Sumber pengajaran dan pembelajaran ini telah digunakan
secara meluas oleh guru-guru di sekolah sejak beberapa lama kerana
kelebihan yang terdapat pada bahan ini. Bahan ini murah dan senang
didapati di mana-mana. Selain itu bahan bercetak adalah bahan yang
kekal dan mudah dirujuk pada bila-bila masa. Kelebihannya yang lain
ialah mudah alih dan mudah diakses yang menyebabkannya menjadi
sumber pengajaran dan pembelajaran yang terkenal dan selalu
digunakan.

Namun begitu terdapat beberapa kelemahan yang ada pada


bahan bercetak ini. Kebiasaaannya bahan bercetak selalu didapati
dalam bentuk buku yang tebal contohnya buku teks. Jadi sukar untuk
dibawa kerana berat selain tidak boleh disunting dan akan menjadi
masalah

apabila

berlakunya

peredaran

zaman

yang

mana

isi

kandungan buku tersebut menjadi ketinggalan dan tidak terkini. Ini


kerana buku-buku selalunya perlu disunting terlebih dahulu kemudian
dicetak seterusnya diedar yang mana mengambil masa yang agak
lama untuk mengikut peredaran zaman.

2.2.1.2. Bahan Teknologi Maklumat


Bahan teknologi maklumat merupakan sumber pengajaran
dan pembelajaran yang semestinya mendapat perhatian daripada
murid-murid. Teknologi Maklumat ataupun Information Technology (IT)
adalah teknologi dunia yang terkini dan dapat memberi banyak
manfaat jika digunakan secara betul. Penggunaan sumber ini perlulah
dikendalikan oleh guru yang berkemahiran kerana pengguanaan IT
secara terancang dan bersesuaian dapat meningkatkan kecekapan
proses dan keberkesanan P&P itu.

Bagi guru yang menggunakan sumber P&P ini, mereka boleh


menggunakan

portal

pendidikan,

internet,

rangkaian

LAN,

dan

multimedia. Komputer adalah alat atau bahan utama yang perlu


digunakan oleh guru untuk menyampaikan isi pelajaran dalam proses
P&P. Dewasa ini guru-guru sudah mempunyai kemudahan kerana
terdapat perisian-perisian yang percuma disediakan oleh kerajaan
yang mana isi perisian tersebut bertepatan dengan sukatan pelajaran
yang sedia ada. Banyak kelebihan bahan ini jika digunakan secara
betul. Oleh itu, guru perlu kerap memantau pergerakan murid-murid
semasa proses P&P sedang berlangsung. Kelebihan bahan ini ialah
murid-murid cepat mudah faham kerana mereka akan tertarik dengan
grafik yang ada pada bahan ini dan secara tidak langsung telah
menarik perhatian mereka.

Selain itu, murid-murid mudah untuk mengulangkaji pelajaran


dan guru juga mudah untuk membuat suntingan sekiranya guru
mendapati terdapat perubahan yang perlu dibuat. Sebaliknya yang
menjadi masalah besar ketika menggunakan bahan ini adalah
sekiranya bekalan elektirk terputus, maka secara keseluruhannya
bahan ini tidak dapat berfungsi.

2.2.1.3. Bahan Maujud


Sumber pengajaran dan pembelajaran bahan maujud adalah
merupakan bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh
dan dipegang. Bahan maujud ini juga adalah nyata yang ada dalam
lingkungan alam, baik digunakan dalam keadaan hidup ataupun yang
sudah diawetkan. Contoh bahan maujud bukan sahaja tergolong
dalam sumber P&P adalah kota atau bangunan yang kekal serta alam
persekitaran. Manakala daripada segi sumber P&P pula bahan-bahan
yang mungkin terlibat ialah alat komputer, OHP, alat tulis, dan
perkakas sains.

Bahan maujud terbahagi pula kepada tiga jenis iaitu realia


asli, realia awet, dan spesimen. Realia asli pula terbahagi kepada dua
iaitu bahan yang hidup dan bahan bukan hidup. Bahan yang pertama
ialah bahan hidup yang sebenar dalam dunia realiti dan masih hidup
contohnya cacing tanah. Manakala bahan bukan hidup pula ialah
seperti jentera ataupun bangunan. Realia awet pula mestilah berasal
daripada benda hidup yang kemudiannya diawet dan disimpan di
dalam bendalir kimia. Jenis bahan maujud yang ketiga ialah spesimen.
Spesimen ialah sample atau contoh hidupan yang dapat mewakili
kumpulan hidupan-hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau
ciri-ciri yang lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut.
Kebiasaannya spesimen seperti ini boleh dilihat dalam bentuk bahan
awetan. Contoh bahan hidup yang boleh dijadikan spesimen ialah
daun-daun. Aplikasi penggunaan bahan maujud boleh menggunakan
situasi, gambaran, atau kenyataan sebenar. Murid akan didedahkan
dengan

pengalaman

sebenar

yang

mana

turut

melibatkan

pengalaman sedia ada mereka dan juga merangsang penggunaan

deria penglihatan, pendengaran, rasa, sentuhan dan bauan muridmurid.

2.2.2.Ciri-Ciri Sumber Pengajaran dan Pembelajaran


Ciri-ciri lain yang mempengaruhi mutu sesuatu bahan bantu
mengajar ialah semestinya dapat memberi maklumat terkini. Ini amat
penting

kerana

jika

kita menggunakan bahan yang tidak memberi maklumat terkini


dikhuatiri

murid

akan mudah keliru dengan fakta-fakta yang tidak tepat.

Selain itu, bahan tersebut seboleh-bolehnya tidak terlalu


mahal berbanding dengan faedah yang dapat diberikan oleh bahan
tersebut. Jika kos membeli alat tersebut agak mahal namun faedah
yang boleh didpati daripadanya tidak seberapa maka bukanlah satu
bahan bantu mengajar yang baik dan bermutu. Biarlah kosnya rendah
namun faedah yang dapat disumbangkan adalah besar dan menepati
pengajaran guru.

Terdapat banayak aspek yang dapat menilai kebaikan dan


mutu sesuatu bahan bantu mengajar. Antaranya yang lain ialah bahan
tersebut mudah diperolehi dan mudah digunakan iaitu guru dan murid
mudah memahami dan dapat menggunakannya dengan seoptimum
mungkin.

Selain

bahan

tersebut

juga

mudah

alih

dan

dapat

disenggarakan. Ini bermaksud, bahan tersebut mudah digunakan dan


disimpan semula dan jika berlaku kerosakan maka dapat dibaiki
dengan mudah.

Aspek yang paling penting menentukan mutu dan kualiti


sesuatu bahan bantu mengajar ialah apakah bahan tersebut dapat
memberi pelbagai ransangan dan menggunakan pelbagai deria. Murid
lebih memahami sesuatu pelajaran jika melibatkan kesemua deria
mereka. Maka bahan bantu mengajar yang baik dan bermutu patut
memberi ransangan yang dapat menarik minat murid untuk belajar
selain melibatkan diri mereka secara langsung ke dalam pelajaran
dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang digunakan.

Apsek lain yang perlu diambill kira ialah apakah bahan bantu
mengajar
tersebut dapat digunakan berulang kali dan dapat digunakan didlam
situasi

yang

berlainan. Ini merujuk kepada keupayaan dan ketahanan alat tersebut


untuk digunakan berulang kali malah dapat dipergunakan pula di
dalam situasi yang berlainan. Contohnya jika guru telah menyediakan
bahan yang menunjukkan pelbagai tanda baca, maka bahan tersebut
juga boleh digunakan untuk mengajar ayat seru, ayat tanya, dialog
dan sebagainya.

2.3. PENGURUSAN SUMBER


Sumber pengajaran dan pembelajaran terbahagi kepada dua kelas yang
besar, iaitu bahan cetak dan bahan bukan cetak. Rajah dibawah
menunjukkan pengelasan sumber pengajaran dan pembelajaran.

Rajah 1: Pengelasan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (Poh Swee


Hiang, 1996)
Berdasarkan Rajah 1, jadual dibawah pula menerangkan fungsi utama
bahan-bahan tersebut.
SUMBER
Poster dan Carta

1.

FUNGSI UTAMA
Menyampaikan maklumat secara grafik.

2.

Merumuskan perhubungan antara fakta.

3.

Menunjukkan struktur dan organisasi.

4.

Membolehkan bacaan pada kadar kecepatan murid.

5.
1.

Merupakan bahan pameran yang baik.


Menggantikan bahan sebenar.

2.

Membawa situasi luar ke dalam bilik darjah.

3.

Membenarkan cetakan yang diperbesarkan.

4.

Meningkatkan motivasi dan minat.

Transparensi

5.
1.

Merupakan bahan pameran yang baik.


Menyampaikan fakta secara sistematik.

Radio dan Pita Audio

2.
1.

Menyampaikan maklumat secara berperingkat.


Menyediakan pengalaman pendengaran yang konkrit.

2.

Menerapkan sikap dan nilai.

3.
1.

Membenarkan ulang dengar.


Menunjukkan bahan visual yang bergerak.

2.

Menunjukkan bahan atau peristiwa dengan terperinci.

3.

Meningkatkan motivasi, minat, dan sikap positif.

4.
1.

Membenarkan ulang tayang.


Membenarkan pembelajaran individu.

2.

Menyediakan kegiatan pemulihan dan pengayaan.

3.

Membenarkan penyampaian aneka media.

4.

Merangsang pemikiran kritis dan kreatif.

Gambar Foto

TV dan Pita Video

Bahan Komputer

Bahan 3 Dimensi

Bahan Permainan dan Simulasi

5.
1.

Memudahkan pembelajaran interaktif.


Menunjukkan bahan sebenar atau perwakilannya.

2.

Membolehkan pengenalpastian struktur dan bahagian.

3.

Membenarkan pergerakan didemonstrasikan.

4.
1.

Menghasilkan kesan kepaduan dan realisme.


Merangsangkan pemikiran kritis dan kreatif.

2.

Meningkatkan motivasi, minat, dan sikap positif.

3.

Memupuk semangat persaingan dan kerjasama sosial.

4.

Mewujudkan situasi seakan-akan situasi sebenar,

Jadual 1

2.3.1. Prosedur Penghasilan Dan Penggunaan Bahan Teknologi


Pendidikan yang Sesuai dan Tatacara Penyelenggaraannya
dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam
Melihat daripada segi perspektif teknologi pendidikan, bahan yang
diguna untuk menyampaikan pengajaran dan menjadi rangsangan
pelajaran digolongkan sebagai media pendidikan.

2.3.1.1 Bahan Bercetak


Bahan-bahan cetak merupakan media pendidikan yang paling mudah
didapati dan disediakan. Penggunaan bahan cetak sebagai bahan
pengajaran tidak terhad asalkan menepati objektif. Contoh bahan
bercetak adalah seperti buku teks, buku kerja, buku fiksyen, buku
rujukan, majalah, risalah, surat, berita, surat khabar dan nota-nota
bercetak. Bahan bercetak seperti ini mengandungi maklumat dalam
bentuk perkataan, lukisan atau gambar.

Pemilihan dan penghasilan bahan bercetak sebagai sumber pengajaran


dan pembelajaran dalam Pendidikan Islam perlu menitikberatkan
aspek-aspek yang berikut:
10

1. Anggaran kos
Bahan bercetak amat murah dan mudah untuk didapati.
Pencetakan bahan yang banyak akan mengurangkan kos jika
dibandingkan dengan bahan pandang-dengar yang lain. Bahanbahan

bercetak,

cetakan

tempatan

atau

cetakan

sendiri

berharga murah dan boleh disediakan dengan cepat.


2. Kebolehgunaan
Teknologi pendidikan ini memudahkan guru untuk mengajar
murid melalui bahan bercetak yang maujud. Guru boleh
menggunakan bahan bercetak sekerap mungkin sehingga murid
benar-benar dapat mengingati fakta atau perkara yang ingin
diperlajari. Murid-murid boleh menggunakannya mengikut kadar
kecepatan mereka sendiri. Bahan-bahan tercetak boleh dibaca
dengan cepat dan maklumat penting boleh dipelajari tanpa
mengikut sesuatu masa pengajaran.
Bahan

bercetak

tidak

mempunyai

masalah

dari

segi

penggunaannya kerana ia tidak memerlukan sumber tenaga


elektrik

seperti

komputer.

Walaubagaimanapun,

ia

perlu

digunakan di tempat yang terang atau mempunyai cahaya


kerana jika tidak bahan yang dipaparkan tidak dapat dilihat
3. Mobiliti
Bahan bercetak ini boleh digunakan di mana sahaja sama ada di
dalam atau di luar kelas. Jika bahan tersebut ingin digunakan di
kawasan yang luas seperti dewan, bahan tersebut hendaklah
diperbanyakkan.

Selain

itu,

murid-murid

juga

boleh

menggunakan pada bila bila masa bahan bercetak tersebut


walaupun tanpa guru.

4. Bahan mentah

11

Hampir kesemua bahan bercetak menggunakan kertas sebagai


bahan mentah. Penggunaan kertas sangat popular kerana ia
mudah didapati selain kos mencetak yang rendah.
5. Saiz dan warna
Jika gambar atau poster digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran, guru mestilah memastikan saiznya besar dan
boleh dilihat oleh semua murid. Perkara ini penting dalam
menyampaikan maklumat dan mengekalkan perhatian serta
minat murid. Pemilihan warna juga perlu diberi perhatian oleh
guru. Warna yang terlalu terang dan terlalu gelap akan
menjejaskan fokus murid terhadap penyampaian guru.
6. Tatahias dan kemasan
Sekiranya guru menggunakan lukisan sebagai bahan bantu
mengajar, guru perlu memastikan lukisan tersebut mudah
difahami oleh murid. Guru juga perlu mengelakkan penggunaan
lukisan yang terlalu abstrak. Hal ini akan menyukarkan murid
memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Jika guru
mencetak bahan-bahan yang mengandungi tulisan tangan,
pastikan tulisan tersebut kemas dan mampu dibaca oleh murid.
Bahan bercetak yang terlalu banyak gambar dan warna juga
tidak digalakkan untuk diguna sebagai bahan bantu mengajar
kerana boleh mengganggu tumpuan murid dalammencapai
objektif pembelajaran yang sebenar
7. Simpanan dan penyelenggaraan
Bahan bercetak ini perlu disimpan dengan kemas dan teliti
kerana bahan ini mudah koyak atau rosak, seperti disimpan di
dalam fail, folder, plastik menyimpan kertas dan sebagainya.
Gambar-gambar seperti foto dan rajah boleh dimasukkan dalam
teks untuk penerangan lebih lanjut mengenai konsep, hujahhujah dan juga untuk menambahkan minat murid. Bahan-bahan

12

cetakan tambahan boleh dimuatkan di dalam buku teks atau


buku latihan sebagai lampiran atau bahan tambahan.
Penggunaan bahan dengan cermat serta disimpan di tempat
yang selamat memudahkan pengesanan semula dan menjamin
ketahanan bahan tersebut.

2.3.2.Prosedur
Maklumat

Penghasilan
dan

dan

Penggunaan

Komunikasi

Penyelenggaraannya

dalam

yang

Bahan

Sesuai

Pengajaran

Teknologi

dan

dan

Tatacara

Pembelajaran

Pendidikan Islam
Penggunaan

teknologi

maklumat

dan

komunikasi

secara

terancang boleh mengukuhkan proses P&P di sekolah-sekolah serta


memberi

peluang

kepada

setiap

murid

untuk

menguasai

ilmu

pengetahuan dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar


dengan

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan

untuk

mengembangkan

potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu.

Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu


proses

pengaliran,

penyebaran,

pemprosesan

dan

penyimpanan

maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui


umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang
membolehkan

pengaliran

maklumat

menjadi

sangat

pantas.

Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan


komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah
alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan
maklumat kepada penerima.

Terdapat

tiga

asas

penting

dalam

penggunaan

teknologi

maklumat. Pertama teknologi maklumat adalah untuk mengumpul

13

maklumat.

Ia

digunakan

untuk

suntingan

dengan

menggunakan

teknologi. Contoh,dengan menggunakan komputer ia boleh merekod


bunyi,imej dan sebagai pengesan gerakkan. Kedua, adalah untuk
memanipulasikan maklumat dan proses semula imej. Ketiga, digunakan
untuk

berkomunikasi

maklumat

digunakan

iaitu

ia

untuk

menjelaskan

bagaimana

berkomunikasi

bagi

teknologi

mendapatkan

maklumat daripada sumber kepada penerima.


2.3.2.1.

Penghasilan Bahan Teknologi Maklumat: Persembahan

Elektronik Multimedia
Terdapat

beberapa

perisian

yang

boleh

digunakan

untuk

menghasilkan Persembahan Elektronik Multimedia, sesuai digunakan


dalam kelas. Antara perisian yang biasa digunakan ialah Microsoft
Office Powerpoint.

Sebelum

membina

persembahan

elektronik

multimedia

Powerpoint, guru perlu memastikan elemen grafik yang digunakan


menepati keperluan murid-murid. Grafik ialah kombinasi gambargambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf, angka,perkataan,
lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep
dan idea dari pengirim (guru) kepada sasarannya (murid) dalam
proses menyampaikan maklumat. Grafik penting untuk menyediakan
bahan-bahan pandangan (visual).

Selain aspek grafik, reka letak visual juga mempengaruhi kualiti


persembahan elektronik multimedia Powerpoint yang dihasilkan.
Terdapat beberapa perkara yang perlu dikenalpasti oleh guru semasa
menghasilkan

sebuah

persembahan

Powerpoint iaitu:
1. Simplisiti

14

elektronik

multimedia

Visual yang ditayangkan hendaklah dihadkan kepada satu


idea. Idea yang banyak dalam satu visual akan mengelirukan
dan

seterusnya

akan

mengalih

tumpuan

murid

keluar

daripada objektif pembelajaran.


2. Dominan
Dominan bererti pusat penumpuan atau minat. Di dalam slaid
persembahan Powerpoint, guru perlu mewujudkan sesuatu
yang boleh menarik minat murid-murid. Sebagai contoh, jika
guru ingin mengajar tentang negeri Kedah, guru boleh
mempersembahkan gambar sawah padi bagi menimbulkan
inkuiri

murid.

Dengan

yang

demikian,

murid

dapat

mengekalkan minat untuk mengikuti pembelajaran yang


seterusnya
3. Pola
Pola merupakan susunan item-item dalam sesuatu rekaan
visual. Susunan item perlulah mematuhi urutan yang rasional
bagi memudahkan pemahaman murid. Sebagai contoh, guru
menggunakan gambar anak panah bagi menunjukkan proses
mengambil wudhuk.
4. Seimbang
Guru perlu bijak untuk menggunakan ruang di dalam slaid
persembahan. Keadaan kesamaan dari segi berat, tarikan dan
tumpuan perhatian yang terdapat dalam suatu susunan slaid
akan menjadikan persembahan lebih kemas dan teratur.
5. Warna
Warna merupakan satu elemen reka letak visual yang penting.
Pemilihan

warna

persembahan.
pertama,

yang

Warna

warna

tepat

membantu

mempunyai

membantu

15

beberapa

membuat

keberkesanan
fungsi

iaitu

penegasan

dan

mewujudkan tumpuan. Kedua, warna memudahkan sesuatu


item dilihat. Ketiga, warna mewujudkan perasaan harmoni
dan melahirkan kesan tertentu seperti panas, sejuk, bergetar,
kesan psikologi dan sebagainya kepada murid-murid.
6. Huruf
Pemilihan

huruf

juga

penting

dalam

menghasilkan

persembahan elektronik multimedia. Saiz dan jenis huruf


mempengaruhi penerimaan murid-murid terhadapa apa yang
disampaikan oleh guru. Guru perlu memilih jenis huruf yang
senang dibaca. Penggunaan huruf besar hanya sesuai untuk
tajuk yang pendek manakala untuk tajuk yang panjang, huruf
bersaiz kecil digunakan mengikut kesesuaian. Guru juga perlu
memastikan bahawa jarak di antara dua perkataan ialah
1atau 1 lebar huruf. Biarkan ruang di antara huruf kelihatan
sama walaupun jaraknya berbeza. Hurufan terang yang
diletakkan di atas latar belakang gelap di dapati lebih jelas
daripada sebaliknya.
7. Tatahias dan Kemasan
Guru perlu memilih warna yang mempunyai kontras antara
latar dengan imej atau teks. Selain itu, guru juga perlu
memilih warna yang lembut dan selesa dipandang oleh
penerima iaitu murid. Bagi memastikan slaid yang dihasilakn
tersebut kemas dan teratur, gunakan empat warna sahaja
dalam satu skrin/slaid. Tatahias warna juga dapat menjelaskan
konsep

atau

menunjukkan

penegasan.

Contohnya

slaid

berlatarbelakangkan warna merah menunjukkan penegasan


dan perhatian.

16

2.3.2.2.

Penyelenggaraan

Bahan

Teknologi

Maklumat:

Persembahan Elektronik Multimedia.


Setiap bahan bantu mengajar perlu diselenggara dengan baik
termasuklah persembahan elektronik multimedia. Persembahan yang
telah siap dihasilkan perlu disimpan dalam beberapa bentuk iaitu
dalam bentuk dokumentasi (hard copy) dan dalam bentuk perisian
(soft copy).

Persembahan elektronik yang dicetak dan didokumenkan boleh


dijadikan rujukan pada bila-bila masa manakala persembahan yang
disimpan dalam bentuk perisian mempunyai beberapa kelebihan.
Antaranya ialah, isi kandungan di dalam persembahan elektronik
tersebut boleh disunting pada bila-bila masa mengikut keperluan
murid dan keperluan semasa. Selain itu, persembahan elektronik
yang disimpan dalam bentuk perisian juga dapat disalin ke dalam
alat-alat teknologi maklumat yang lain seperti cakera padat, thumbdrive, external hard disc, dan lain-lain.

3. KEMAHIRAN-KEMAHIRAN MIKRO
3.1. Kemahiran Set Induksi
Set

induksi

adalah

bahagian

permulaan

sesuatu

proses

pengajaran. Tujuan utama mengadakan set induksi ini ialah untuk


membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya
mereka akan menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran yang
hendak disampaikan.

Terdapat

beberapa

cara

yang

boleh

digunakan

untuk

menyampaikan set induksi atau permulaan pelajaran ini. Antaranya ialah


penggunaan

bahan

bantu

mengajar,
17

motivasi,

teknik

menyoal,

mengulangkaji topik yang berkaitan, membimbing murid mengingat


kembali pelajaran yang telah dipelajari, dan sebagainya.

Bagaimanapun,

oleh

sebab

itu

tujuan

set

induksi

hanya

digunakan untuk membina aliran fikiran murid sahaja dan bukan


merupakan salah satu isi pelajaran yang hendak disampaikan, masa
peruntukan dalam pelaksanaan set induksi ini haruslah ringkas dan
singkat, biasanya tidak melebihi lima minit dalam sesuatu waktu
pelajaran.

3.1.1. Prinsip-Prinsip Panduan Kemahiran Set Induksi


Bagi mencapai tujuan set induksi ini, seorang guru harus memahami
dan mematuhi beberapa prinsip berikut:
1. Aktiviti set induksi hendaklah sesuai dengan pengalaman,
kebolehan, dan umur murid.
2. Aktiviti set induksi ini hendaklah dikaitkan dengan isi pelajaran
yang hendak disampaikan.
3. Aktivisi

set

induksi

ini

hendaklah

dikaitkan

juga

dengan

pengetahuan sedia ada murid.


4. Aktiviti set induksi hendaklah dapat menarik minat dan perhatian
murid.
5. Aktiviti

set

induksi

hendaklah

disampaikan

dengan

cara

berkesan, demi mencapai tujuannya dalam tempoh masa yang


singkat.

18

3.1.2. Objektif-Objektif Set Induksi


Penggunaan set induksi dalam P&P mempunyai beberapa objektif
berikut:
1. Menarik perhatian murid terhadap aktiviti pengajaran yang akan
dijalankan.
2. Membina

aliran

fikiran

murid

supaya

mereka

bersedia

mempelajari sesuatu yang berkaitan.


3. Memotivasikan murid-murid supaya bersedia untuk belajar.
4. Mengaitkan pengalaman atau pengetahuan lepas murid dengan
isi pelajaran baru yang hendak disampaikan.
5. Menadangkan cara-cara melaksanakan sesuatu aktiviti, tugas,
atau projek.
6. Menyatakan had tugas yang akan dijalankan dalam aktiviti
pembelajaran murid.
7. Membantu murid mengikuti pelajaran dengan lebih mudah dan
bermakna.

3.1.3.

Kesan

Kemahiran

Set

Induksi

ke

Atas

Pengajaran-

Pembelajaran
Jika objektif-objektif set induksi boleh dicapai, kesan penggunaan
kemahirannya dapat diperhatikan seperti berikut:

19

1. Motivasi murid terhadap pelajaran yang akan disampaikan


adalah tinggi. Mereka akan menunjukkan tanda persediaan untuk
mengikuti aktiviti pengajaran guru selanjutnya.
2. Semua murid akan menumpukan perhatian terhadap pelajaran
yang

akan

disampaikan.

Kesan

ini

membolehkan

guru

menjalankan aktiviti pengajaran dengan lebih lancar tanpa


sebarang gangguan yang tidak diingini.
3. Murid-murid boleh menggunakan pengetahuan lepasnya untuk
membina konsep yang baru dengan lebih mudah dan bermakna.
4. Murid-murid akan bersedia dan berusaha bersungguh-sungguh
untuk menjalankan tugas dan aktiviti yang diberikan oleh guru.
5. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat ditimbulkan dengan
suasana yang aktif dan seronok.
6. Masalah disiplin dapat dikurangkan kerana aktiviti set induksi ini
dapat menarik minat murid menumpukan perhatian sepenuhnya
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang selanjutnya.

3.1.4. Komponen-Komponen Kemahiran Set Induksi


Kemahiran set induksi lazimnya dibahagikan kepada empat jenis
komponen, iaitu menarik perhatian, mewujudkan motivasi, membuat
berkaitan, dan menstruktur. Jadual dibawah menghuraikan secara
ringkas

cara-cara

yang

digunakan

untuk

melaksanakan

setiap

komponen kemahirannya.

KOMPONEN-KOMPONEN KEMAHIRAN SET


INDUKSI
Menarik Perhatian

20

CARA PELAKSANAAN
1.

Menggunakan nada suara.

2.

Menggunakan bahan bantu mengajar.

3.

Menggunakan

gerakan,

isyarat,

dan

kontak mata.

Mewujudkan Motivasi

4.

Menunjukkan suatu aktiviti yang luar

1.

biasa.
Membangkitkan rasa ingin tahu.

2.

Menggunakan teknik bercerita.

3.

Menunjukkan suatu aktiviti yang berguna.

4. Menggunakan soalan yang mencabar.


1. Menyatakan had tugas yang akan

Membuat Perkaitan

dijalankan.
2.

Menggunakan

satu

siri

soalan

yang

berkaitan.
3.

Menyatakan

cara-cara

melaksanakan

tugas.
Menstruktur

4.
1.

Menyatakan aktiviti, tugas, atau projek.


Mengaitkan pengetahuan lepas murid.

2.

Mengaitkan isi pelajaran baru.

3.

Mengaitkan peristiwa semasa.

4.

Mengaitkan

minat

dan

pengalaman

murid.

Jadual 2
Semasa sesi pengajaran mikro, boring bimbingan kemahiran-kemahiran
set induksi digunakan untuk membuat penilaian terhadap kesan
penyampaiannya. Contoh boring bimbingan kemahiran set induksi
adalah seperti berikut:
KOMPONEN-KOMPONEN

ADA (SESUAI)

KEMAHIRAN SET
INDUKSI DAN CARA
PELAKSANAANNYA
Menarik Perhatian
1.

Menggunakan nada
suara.

2.

Menggunakan
bahan

bantu

mengajar.
3.

Menggunakan
gerakan,

isyarat,

dan kontak mata.


4.

Menunjukkan suatu
aktiviti

yang

luar

21

ADA (TIDAK

TIDAK

SESUAI)

KELIHATAN

biasa.
Mewujudkan Motivasi
1.

Membangkitkan
rasa ingin tahu.

2.

Menggunakan
teknik bercerita.

3.

Menunjukkan
suatu aktiviti yang
berguna.

4.

Menggunakan
soalan

yang

mencabar.
Membuat Perkaitan
1.

Menyatakan
tugas

yang

had
akan

dijalankan.
2.

Menggunakan satu
siri

soalan

yang

berkaitan.
3.

Menyatakan caracara
melaksanakan
tugas.

4.

Menyatakan
aktiviti,

tugas,

atau projek.
Menstruktur
1.

Mengaitkan
pengetahuan lepas
murid.

2.

Mengaitkan

isi

pelajaran baru.
3.

Mengaitkan
peristiwa semasa.

4.

Mengaitkan minat
dan

pengalaman

murid.
Tandakan () pada ruang yang berkenaan.

Jadual 3

22

3.2. Kemahiran Varisai Rangsangan


Variasi rangsangan merupakan teknik mempelbagaikan kaedah
dan teknik penyampaian guru dengan tujuan menarik perhatian dan
minat pelajar terhadap aktiviti pengajarannya. Dalam proses pengajaran
dan pembelajaran, masa tumpuan perhatian pelajar adalah singkat.
Mereka biasanya cepat hilang minat jika aktiviti pengajaran guru tidak
dipelbagaikan.

Kemahiran variasi rangsangan meliputi kemahiran mengubahubah tingkah laku guru, mempelbagaikan aktiviti pengalihan saluran
deria pelajar, menukar corak interaksi di antara guru dengan pelajar,
serta mempelbagaikan kaedah dan teknik mengajar.

3.2.1. Prinsip Variasi Rangsangan


Bagi menggunakan kamahiran variasi rangsangan dengan berkesan,
guru hendaklah memahami dan mematuhi beberapa prinsip berikut :
1. Perubahan kaedah dan teknik penyampaian guru hendaklah
dikaitkan dengan tujuan dan isi pelajaran.
2. Perubahan aktiviti pengajaran haruslah lancar dan dikaitkan
dengan langkah-langkah penyampaian di antara satu sama lain.
3. Penggunaan alat bantu mengajar untuk mempelbagaikan
pengalihan saluran deria haruslah dirancang dan disampaikan
dengan teknik yang berkesan.
4. Setiap langkah penyampaian haruslah mengandungi aktiviti
pengajaran yang berbeza dengan langkah penyampaian yang
lain. Sekiranya masa penyampaian sesuatu langkah mengajar
melebihi

lima

minit,

corak

dipelbagaikan.
23

aktiviti

pengajaran

haruslah

5. Guru harus mengubah rangsangan berdasarkan maklum balas


yang didapati daripada pelajarnya.

3.2.2. Objektif Penggunaan Variasi Ransangan


1. Memusatkan perhatian pelajar & mengekalkan perhatian mereka
terhadap pengajaran guru.
2. Melibatkan pelajar secara aktif dalam berbagai pengalaman
baru dalam pembelajaran.
3. Memberi peluang kepada

pelajar

menggunakan

berbagai

saluran deria untuk memperoleh ilmu.


4. Memotivasi dan membangkitkan naluri ingin tahu melalui
pelbagai aktiviti pengajaran guru.
5. Memberi peluang kepada pelajar menikmati pelbagai aktiviti
yang dijalankan.
6. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang positif
dan seronok.

3.2.3. Kesan Penggunaan Variasi Ransangan Ke Atas Pengajaran Dan


Pembelajaran
Apabila kemahiran variasi rangsangan digunakan dengan betul,
kesan-kesan positif berikut dapat dilahirkan.
1. Aktiviti P&P akan menjadi lebih seronok & menarik. Kanak-kanak
lebih ceria dan seronok untuk belajar. P&P menjadi lebih
bermakna dan berjaya meninggalkan kesan yang mendalam.
2. Minat & perhatian mereka akan ditumpukan sepenuhnya
terhadap

aktiviti

pengajaran

guru.

Mereka

akan

dapat

memahami bahan konsep pengajaran guru dengan lebih baik


lagi.
3. Naluri

ingin

tahu

pelajar

akan

dibangkitkan

dan

mereka

berusaha melibatkan diri secara aktif. Contohnya melukis,


melabel, memain peranan dan sebagainya.
4. Murid berpeluang menggunakan pelbagai saluran deria untuk
mempelajari sesuatu. Guru akan melakukan pergerakkan badan
24

dan ini akan meneguhkan P&P. Dapat mewujudkan suasana


pembelajaran yang positif. Dengan bantuan BBM yang sesuai
dapat merangsangkan P&P kanak-kanak.
5. Masalah disiplin dapat dikawal apabila pelajar menumpukan
sepenuh perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru.

3.2.4. Komponen Kemahiran Variasi Ransangan


1. Komponen perubahan pergerakan langkah guru.
Guru bergerak ke kiri dan kanan, belakang dan depan semasa
mengajar. Pergerakan langkah guru perlu dilakukan secara
perlahan supaya tidak mengganggu P&P dan tumpuan kanakkanak.
2. Komponen perubahan pergerakan anggota guru.
Guru juga boleh menggunakan bahagian anggota badan yang
baru contohnya tangan untuk menegaskan penerangan dan
penyampaian.
3. Komponen perubahan nada suara guru.
Guru tidak hanya menggunakan suara yang mendatar tetapi
perlu mengubah nada suara mengikut kepentingan bahan
pengajaran.
4. Komponen perubahan fokus deria murid.
Perhatian kanak-kanak akan berubah apabila guru mengubah
cara mengajar dengan menggunakan BBM.
5. Komponen perubahan bentuk lisan murid.
Kanak-kanak
boleh
dilibatkan
secara

lisan

contohnya

penggunaan bahasa.
6. Komponen perubahan bentuk fizikal murid.
Perubahan bentuk fizikal murid seperti lakonan, menulis, dan
simulasi.

3.2.5. Cara Mengendalikan Pengajaran Mikro

25

Guru pelatih yang memilih kemahiran variasi rangsangan untuk


melatih diri dalam sesi pengajaran mikro harus merancang aktiviti
pengajaran

dengan

berbagai-bagai

aktiviti

rangsangan.

Semasa

menjalani aktiviti pengajaran dalam sesi pengajaran mikro, tumpuan


harus diberikan kepada tiga komponen yang berasaskan kepada
perubahan tingkah laku guru dan tiga komponen yang berasaskan
kepada perubahan tingkah laku pelajar.

Sebagai aktiviti penilaian, pensyarah dan guru-guru pelatih yang


terlibat boleh menggunakan boring bimbingan kemahiran variasi
rangsangan berikut:

KOMPONEN

30 SAAT BAGI TIAP-TIAP RUANG


1

KEMAHIRAN

10

11

12

13

14

Pergerakan langkah guru yang


sesuai
Pergerakan anggota guru yang
berpatutan
Perubahan
pertuturan

nada

guru

dalam

Perubahan fokus deria pelajar


Perubahan bentuk lisan pelajar
Perubahan bentuk fizikal pelajar
Tandakan () dalam ruang yang berkenaan apabila perubahan tingkah laku guru dan murid dapat diperhatikan.

Jadual 4

3.3. Kemahiran Penyoalan

26

15

Teknik menyoal merupakan teknik yang penting dalam aktiviti


pengajaran guru. Hampir semua proses pengajaran dan pembelajaran
melibatkan penggunaan teknik menyoal. Misalnya, dalam set induksi ,
iaitu peringkat permulaan sesuatu pelajaran, kemahiran penyoalan
digunakan untuk menolong murid mengingat kembali ilmu pengetahuan
lepas

yang

berkaitan.

Pada

peringkat

perkembangan,

kemahiran

penyoalan digunakan untuk mencungkil fikiran murid untuk membantu


mereka mengikuti pelajaran dengan lebih berkesan. Pada peringkat
penutup, kemahiran penyoalan digunakan untuk menilai pencapaian
objektif

pelajaran.

Kaedah

Socrates

adalah

satu

kaedah

yang

menggunakan satu siri soalan untuk membimbing murid menemui


sesuatu kesimpulan.

Justeru itu, guru pelatih harus menguasai kemahiran penyoalan


ini untuk mencapai kejayaan dalam aktiiti pengajarannya.

3.3.1. Perinsip-Prinsip Panduan Penggunaan Kemahiran Penyoalan


Bagi menggunakan kemahiran penyoalan dengan berkesan dalam
aktiviti pengajaran, guru haruslah memahami dan mematuhi prinsipprinsip berikut:
1. Pembentukan Soalan
a) Aras soalan hendaklah sesuai dengan murid mengikut
umur, kebolehan, dan pengalaman masing-masing.
b) Sebelum aktiviti pengajaran dimulakan, guru haruslah
merancangkan jenis-jenis soalan yang berkaitan.

27

c) Bagi memastikan soalan mudah difahami oleh muridmurid, perkataan dan istlilah yang digunakan harus mudah
dan telah dipelajari oleh mereka.
d) Bagi menarik perhatian murid, bentuk soalan hendaklah
diubah daripada semasa ke semasa.
e) Soalan yang dibentuk harus mendorong murid berfikir.
Elakkan soalan yang mengandungi jawapan sendiri seperti
Bumi kita adalah suatu sfera yang besar, betulkan?
f) Bentuk soalan haruslah ringkas, tepat, dan jelas.
2. Teknik Mengemukakan Soalan
a) Bagi

mengelakkan

memikirkan

setiap

jawapan,

murid

guru

dalam

haruslah

bilik

darjah

mengemukakan

soalan terlebih dahulu, berhenti sekejap untuk memberi


masa murid-murid berfikir, kemudian menyebut namanya
supaya menjawab soalan itu.
b) Soalan-soalan

yang

dikemukakan

haruslah

ditujukan

kepada seluruh kelas dan bukan hanya murid cerdas


sahaja diberi peluang menjawab soalan-soalan guru. Guru
juga harus mengelakkan daripada emberi soalan-soalan
mengikut susunan tempat duduk murid dalam kelas.
c) Bagi memastikan semua murid mengambil perhatian
terhadap jawapan yang diberi oleh seseorang murid, guru
kadangkala boleh memanggil seorang murid yang lain
mengulang jawapan murid itu.
d) Bagi menarik perhatian murid, guru hanya menyebutkan
soalan sekali sahaja, dengan syarat sebutan guru cukup
lantang dan jelas didengar oleh semua murid. Pastikan
semua murid telah bersedia mendengar soalan guru.
3. Penerimaan Jawapan Murid
28

a) Bagi menggalakkan murid berusaha memberi jawapan


dengan baik, pujian hendaklah diberikan kepada murid
yang telah memberi jawapan yang betul.
b) Guru

hendaklah

mengelakkan

amalan

mengulangi

jawapan murid kerana cara ini secara tidak langsung akan


menggalakkan murid-murid yang lain tidak mempedulikan
jawapan yang diberi oleh murid, dan hanya menunggu
guru mengulangi jawapan itu.
c) Jika jawapan yang diberikan adalah baik dan penting, guru
boleh meminta murid yang lain mengulangi jawapan itu.
d) Jika jawapan yang diberikan kurang lengkap, guru boleh
meminta murid yang lain melengkapkannya atau guru
sendiri boleh menambahkan maklumat-maklumat kepada
jawapannya.
e) Jika

murid

tidak

boleh

menjawab,

guru

hendaklah

membantunya menjawab dengan mengubah aras soalan


ke peringkat yang lebih rendah atau memberi petua-petua
yang berkaitan.
f) Melarang murid-murid memberi jawapan secara beramairamai. Memberi jawapan secara beramai-ramai bukanlah
tujuan menyoal.
g) Bagi mendorong murid supaya sentiasa berusaha dan
cuba menjawab soalan guru, guru hendaklah mengelakkan
diri daripada mengejek murid yang memberi jawapan yang
salah atau jawapan yang bersifat bodoh.

3.3.2. Objektif-Objektif Penyoalan

29

Penggunaan penyoalan dalam aktiviti pengajaran mempunyai beberapa


objektif yang tertentu. Antaranya ialah:
1. Menguji pengetahuan dan kefahaman murid.
2. Merangsang dan mencungkil fikiran murid.
3. Membimbing
untuk

murid

membuat

menggunakan

kesimpulan

kaedah

atau

inkuiri-penemuan

menyelesaikan

sesuatu

masalah yang kompleks.


4. Menarik perhatian murid supaya menumpukan perhatian mereka
kepada aktiviti pengajaran guru atau kepada sesuatu penegasan.
5. Menilai keberkesanan pengajaran guru dan pencapaian objektif
pelajaran.
6. Membantu murid mengulangkaji pelajaran untuk menyediakan
diri dalam ujian yang akan datang.
7. Menjalin perhubungan yang baik diantara guru dengan murid
melalui aktiviti soal jawab.
8. Membantu murid mengukuhkan konsep dan kefahaman yang
baru dipelajari pada peringkat akhir pelajaran.
9. Menimbulkan

minat

dan

rasa

ingin

tahu

murid

dengan

mengemukakan soalan yang menarik atau mencabar.


10.Mengembangkan daya pemikiran murid melalui satu siri soalan
yang terancang.
11.Melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
12.Memberi

contoh

serta

mengalakkan

murid

supaya

berani

menyoal apabila mereka ada keraguan atau kurang faham


sesuatu.

30

3.3.3.

Kesan

Kemahiran

Penyoalan

ke

Atas

Pengajaran

dan

Pembelajaran
1. Melalui aktiviti soal jawab, murid-murid akan melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka.
2. Minat murid terhadap pelajaran akan ditambah dan mendorong
mereka memberi perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru.
Kesannya ialah murid dapat belajar sesuatu dengan lebih
menyeluruh dan berkesan.
3. Daya pemikiran murid dapat dikembangkan kepada tahap yang
lebih tinggi.
4. Melalui soalan menguji pengetahuan lepas murid, guru boleh
merancang aktiviti pengajaran yang sesuai berdasarkan jawapan
murid. Kesannya ialah muriddapat mengikuti pelajaran dengan
lebih bermakna dan mudah difahami.
5. Soalan

yang

digunakan

sebagai

aktiviti

penilaian

akan

membolehkan guru mengenal pasti masalah yang dihadapai oleh


murid. Kesannya ialah membolehkan guru merancang aktiviti
pengayaan, pemulihan, atau aktiviti pengajaran yang selanjutnya
dengan lebih berkesan.
6. Melalui aktiviti soal jawab, perhubungan guru dan murid dapat
dijalin dengan baik. Murid akan menyukai pengajaran guru dan
tidak merasa segan atau malu untuk bertanya kepada guru
apabila mereka menghadapi masalah dalam pembelajaran.
7. Menggunakan

soalan-soalan

untuk

menolong

murid

mengulangkaji pelajaran akan menambahkan prestasi mereka


dalam peperiksaan yang akan datang.
8. Penyoalan dalam membantu murid mengukuhkan konsep-konsep
yang baru dipelajari.
31

3.3.4. Komponen-Komponen Kemahiran Penyoalan


KOMPONEN-KOMPONEN

KRITERIA-KRITERIA TEKNIK MENYOAL

KEMAHIRAN PENYOALAN
Penbentukan Soalan

1. Jelas
2. Tepat
3. Ringkas
1. Soalan yang ditumpukan kepada

Fokus (Tunggal)

satu idea.
2. Soalan konvergen.
1. Soalan ditumpukan lebih kepada

Fokus (Pelbagai)

satu idea.
Sebaran

2. Soalan divergen.
1. Soalan disebarkan kepada seluruh

Hentian

kelas.
1. Memberi

Melayani Jawapan

memikirkan jawapannya.
1. Memberi pujian.

masa

kepada

murid

2. Melengkapkan jawapan.
Memberi petunjuk Menjawab

3. Membaiki jawapan.
1. Memberi petua atau

Mencungkil Fikiran

untuk membantu murid,


1. Mengemukakan satu siri soalan

petunjuk

untuk mencungkil fikiran.

Jadual 5

3.3.5. Penyoalan Mencungkil Fikiran


Kemahiran

ini

digunakan

untuk

mencungkil

fikiran

murid

sehingga mereka memberi satu jawapan yan tepat dan sempurna.


Tujuan menggunakan kemahiran ini ialah untuk menolong murid-murid
berfikir secaa mendalam supaya memahami sesuatu fakta, konsep,
hukum atau teorem dengan lebih jelas lagi.

32

Kemahiran menggunakan soalan mencungkil fikiran murid boleh


dijalankan dengan menyediakan beberapa soalan yang berkenaan serta
berkaitan,

kemudian

mengemukakan

soalan-soalan

itu

mengikut

susunan yang sesuai.

3.3.6. Aras-Aras Penyoalan


Selain teknik menyoal, kemahiran mempelbagaikan jenis soalan
mengikut aras-arasnya juga boleh dikuasai melalui pengajaan mikro.

Aras kemahiran soalan boleh dikelaskan kepada enam peringkat


seperti yang dinyatakan oleh Bloom dalam bukunya Taxonamy of
Education

Objectives. Peringkat-peringkat itu ialah

pengetahuan,

kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Lihat rajah


dibawah.

Rajah 2

33

3.3.7. Cara Pengendalikan Pengajaran Mikro


Semasa merancang aktiviti pengajaran mikro berasaskan kepada
kemahiran penyoalan, guru pelatih hendaklah menyediakan berbagaibagai jenis soalan seperti soalan konvergen dan soalan divergen
mengikut beberapa aras kemahiran penyoalan yang boleh mencungkil
fikiran murid.

Semasa menjalankan aktiviti pengajaran mikro, guru pelatih yang


terlibat harus cuba menggunakan teknik menyoal mengikut prinsipprinsip

panduan

dan

merujuk

komponen-komponen

kemahiran

penyoalan yang disarankan dalam Jadual 6.


KOMPONEN

NOMBOR SOALAN

KEMAHIRAN (TEKNIK

10

11

12

13

14

15

10

11

12

13

14

15

MENYOAL)
Pembentukan Soalan:
Jelas,

ringkas,

dan

tepat
Fokus

kepada

satu

idea
Fokus

kepada

lebih

daripada satu idea


Sebaran ke seluruh
kelas
Hentian yang sepatut
Melayan
jawapan
dengan baik
Memberi
petunjuk
atau petua
Mencungkil fikiran
ARAS-ARAS

KEMAHIRAN
Pengetahuan
Kefahaman
Aplikasi
Analisis
Sintesis
Penilaian
Tandakan () pada ruang yang berkaitan dengan ciri-ciri yang dapat dilihat bagi tiaptiap soalan yang dikemukakan dalam sesi pengajaran mikro.

Jadual 6

34

3.4. Kemahiran Penutup


Penutup pelajaran dalah bahagian terakhir sesuatu pelajaran.
Aktiviti-aktiviti rumusan, pengukuhan dan penilaian biasanya dilakukan
dalam bahagian penutup ini. Oleh itu guru-guru menggunakan bahagian
ini untuk membantu murid-murid mengukuhkan konsep atau kemahiran
yang baru sahaja dipelajari dengan merumuskan semua isi penting atau
memberikan aktiviti susulan kepada mereka. Disamping itu, guru juga
boleh menggunakan bahagian penutup ini untuk menilai objektif dan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan. Hasil
penilaian akan digunakan untuk melakukan perubahan pada pengajaran
yang seterusnya.
Terdapat dua jenis penutup yang biasanya digunakan oleh guru
didalam pengajaran, iaitu penutup kognitif dan penutup
Penutup

kognitif

adalah

penutup

yang

bertujuan

untuk

memberikan peneguhan kepada isi pelajaran atau kemahiran yang baru


dipelajari oleh murid. Penutup kognitif boleh dilakukan melalui aktiviti
rumusan, pengukuhan dan susulan. Antara cara-cara melakukan penutup
kognitif adalah:
1. Guru boleh merumuskan

isi-isi penting sesuatu pelajaran

dengan tujuan mengukuhkan lagi apa yang telah dipelajari oleh


murid-murid.
2. Dilakukan

di

akhir

satu

sesi

pelajaran,

selepas

sesuatu

perbincangan atau sesi latihan dan diakhir satu pembelajaran.


a) Contohnya, guru mengajar huruf hijaiah kepada murid, guru
mungkin berkata Sekarang kita berhenti sekejap dan kamu
cuba sebutkan huruf-huruf hijaiah yang kita belajar tadi.

35

3. Guru boleh memberikan kerja bertulis didalam buku atau


lembaran kerja kepada murid.
4. Memberi aktiviti pengayaan kepada murid.
5. Menyoal murid mengenai isi penting yang telah dipelajari
Penutup

sosial

bertujuan

memberikan

sesuatu

perasaan

pencapaian kepada murid-murid yang telah diajar tentang sesuatu topik.


Contohnya, guru memberikan pujian dan galakan kepada pelajar yang
berjaya menjawab soalan dengan betul. Misalnya: Murid-murid berjaya
menjawab semua soalan ustaz mengenai solat hari raya dengan betul
dan tepat, dalam pelajaran akan dating, ustaz akan mengajar mengenai
zakat.

3.4.1. Prinsip Penggunaan Kemahiran Penutup


Untuk menggunakan kemahiran penutup dengan berkesan, guru
haruslah memahami dan mematuhi beberapa prinsip berikut:
1. Penutup hendaklah bermakna kepada murid-murid dari segi
minat, kebolehan dan umur mereka.
2. Penutup hendaklah berkaitan dengan isi dan objektif P&P.
3. Penutup hendaklah ada kaitan dengan pengetahuan sedia ada,
pengalaman murid dan konsep baru yang telah dipelajari.
4. Penutup harus berkaitan dengan aspek satu-satu pelajaran yang
telah dipelajari.
5. Penutup sepatutnya dapat menilai keberkesanan satu-satu
pelajaran.
6. Perlu mengandungi aktiviti-aktiviti susulan untuk murid-murid.

3.4.2. Objektif-Objektif Kemahiran Penutup


36

1. Membuat satu
disampaikan.

rumusan

tentang

pelajaran

2. Membuat perkaitan antara pengetahuan


pengalaman murid dengan topik yang baru.

yang

sedia

ada

telah
dan

3. Meneguhkan satu-satu pelajaran yang baru dipelajari.


4. Menggunakan prosedur yang sesuai untuk menilai objektif P&P
murid.
5. Mengemukakan aktiviti susulan.
6. Menimbulkan motivasi melalui kemesraan, menghairankan dan
aktiviti susulan.

3.4.3.Kesan Kemahiran Penutup Kepada Proses Pengajaran Dan


Pembelajaran
1. Pembelajaran menjadi lebih bermakna kerana murid-murid dapat
penyelesaian kepada suatu pembelajaran.
2. Membantu murid mengingati pelajaran yang baru dipelajari.
3. Dapat meneguhkan suatu konsep yang baru dipelajari.
4. Murid terdorong untuk belajar dengan tekun turutan daripada
penggunaan penutup sosial.
5. Guru dapat mengetahui sejauh manakah objektif P&P telah
dicapai.

3.4.4.Komponen-Komponen Kemahiran Penutup


Kemahiran penutup mempunyai dua kemahiran yang utama iaitu
kemahiran penutup kognitif dan penutup social. Rajah dibawah
menerangkan mengenai aktiviti penutup yang terkandung dalam
kedua-dua komponen tersebut.

KOMPONEN37
KOMPONEN
KEMAHIRAN

Perkaitan
Kognitif

Perkaitan
Sosial

Guru
menggunakan
pelbagai
jenis
pujian
apabila
murid
dapat
menjawab
soalan
di
peringkat penutup.

Guru membuat rumusan


yang berkaitan dengan
pengalaman murid.

Penutup ada hubungan


dengan bahagian penting
pelajaran.

Guru mencadangkan
beberapa aktiviti susulan.

Dengan ini, murid dapat


merasa dan
perasaan

menikmati
mencapai

Rajah 3

4. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

: -: :

38

:
:


:
:
. .
:
. .
:
. .
:
. .
. .
::
. .
:
39

. .
:
. :.
. .
:
. .
:
. .
..
/

.


.
.

40

.
.


.
.

:

. .

.
. :

: .
.
.
.

. :
.

.


.
.

41

.
.

.
.

.
.

.

.
.

..
.

42

.
.

.
.

.
.

.
.


.

43

.
.

.

.

.


.
.


.
.


.
.

44

.
.

.

.



.
.

.
.

45

.
.

.
.

.
.
.

.
.

-
.
.


.
.

46

.
.

.
.



.
.

Jadual 7

47

5. PELAKSANAAN MICRO TEACHING


5.1. DOKUMENTASI MICRO TEACHING
5.1.1. Foto

Foto 1

Foto 2

48

Foto 3

5.1.2. Video
Sila rujuk video yang dilampirkan.
5.2 REFLEKSI MICRO TEACHING
Sebelum

membuat

micro

teaching,

saya

telah

membuat

perancangan terlebih dahulu iaitu dengan menyediakan Rancangan


Pengajaran Harian (RPH). Namun, oleh sebab micro teaching saya hanya
membuat bahagian set induksi sahaja. Saya melakukan set induksi
tersebut

selama

dicadangkan

lima

untuk

minit

membuat

sahaja

iaitu

masa

set

induksi.

yang

Kemudian

maksimum
saya

telah

menyenaraikan pengetahuan sedia ada murid untuk membuat soalansoalan

yang

hendak

dikemukakan

pada

langkah

ini.

Saya

juga

menyediakan gambar sebagai rangsangan dan motivasi kepada murid


untuk menumpukan perhatian terhadap pelajaran.

49

Semasa

melaksanakan

micro

teaching,

saya

memaparkan

gambar dan bahan-bahan yang telah saya sediakan. Begitu juga dengan
menyoal murid-murid berdasarkan soalan-soalan yang telah disediakan.
Selain itu, saya juga telah memberikan peneguhan dan membantu
mereka ketika mereka menjawab soalan. Seterusnya saya mengaitkan
jawapan mereka dengan tajuk yang akan dipelajar.

Selepas melakukan micro teaching, saya mendapati bahawa


soalan yang saya kemukakan kepada murid tidak sesuai kerana saya
mengungkapkan ayat dan menggunakan istilah yang tinggi yang tidak
sesuai dengan tahap umur mereka seperti perkataan fungsi. Selain itu,
terdapat juga murid tidak menumpukan perhatian terhadap bahan yang
saya sediakan. Ini mungkin disebabkan saya tidak begitu tegas dalam
memberikan arahan. Justeru, saya hendaklah meminta perhatian mereka
terlebih dahulu dengan menggunakan nada suara yang berbeza, meminta
murid mengosongkan meja, dan duduk di tempat masing-masing.

6. REFLEKSI PELAKSANAAN KERJA PROJEK


Sebelum

melaksanakan

tuasan

ini,

saya

terlebih

dahulu

mengumpul maklumat daripada nota kuliah, perpustakaan, internet, dan


sebagainya. Setelah memperoleh maklumat yang diperlukan, saya telah
berkolaborasi dengan rakan-rakan mengenai maklumat yang sebenar
diperlukan selain bertukar-tukar bahan dengan mereka. Kemudian, saya
menyusun maklumat dan bahan-bahan tersebut mengikut soalan yang
dikemukakan.

50

Semasa membuat tugasan ini, saya telah cuba menkonstruk idea


yang diperoleh daripada buku rujukan dan mengambil ayat-ayat yang
diperlukan. Selain itu, saya turut menukarkan contoh-contoh yang tidak
berkaitan dengan Pendidikan Islam kepada yang berkaitan dengannya.

Melalui tugasan ini, terdapat beberapa kebaikkan yang saya


peroleh antaranya adalah saya lebih jelas mengenai maksud pengajaran
mikro yang sebenarnya iaitu pengajaran yang hanya menumpukan
kepada sesuatu langkah dalam pengajaran seperti pendahuluan set
induksi, dan penutup. Selain itu, saya turut memahami kehendak yang
dikehendaki pada setiap

langkah

dalam pengajaran

mikro seperti

kemahiran menyoal yang perlu mempunyai soalan yang berfokus kepada


satu idea dan lebih daripada satu idea. Malah saya juga dapat praktikkan
apa yang saya pelajari semasa menjalani praktikum di sekolah.

Ironinya terdapat juga beberapa kelemahan yang terdapat


daripada tugasan ini antaranya sumber dan maklumat yang terhad
terutama

maklumat

mengenai

ciri-ciri

sumber

pengajaran

dan

pembelajaran. Selain itu, saya keliru di antara Sumber Pengajaran dan


Pembelajaran dengan Media Pengajaran. Kekeliruan ini timbul kerana
maklumat yang terdapat dalam Sumber Pengajaran dan Pembelajaran
terdapat dalam sub-topik Media Pengajaran.

Konklusinya dapatlah saya fahami bahawa Sumber Pengajaran


dan Pembelajaran adalah sebahagian daripada Media Pengajaran. Jadi
tidaklah menjadi masalah yang besar terhadap saya untuk memahami
dengan lebih mendalam terhadap tajuk ini.

51

7. PENUTUP
Sebagai seorang bakal guru, seharusnya kita dapat memilih dan
menggunakan sumber pengajaran dan pembelajaran yang disediakan
selain membuat bahan bantu mengajar sendiri. Guru Pendidikan Islam
boleh

menggunakan

bahan

bantu

mengajar

yang

dibekalkan

oleh

kementerian kepada guru-guru j-QAF kerana bahan tersebut sesuai


digunakan

semasa

aktiviti

pengajaran.
52

Antara

bahan

bantu

yang

dibekalkan oleh kementerian adalah kad perkataan, carta, cakera padat,


dan sebagainya.

Selain itu, guru juga boleh membina bahan mereka sendiri


mengikut kebolehan dan tahap keupayaan murid sesuatu kelas. Adapun
bahan yang paling berkesan adalah bahan maujud yang boleh dilihat,
dipegang, dan dirasa oleh murid. Sebagai contoh model dan diorama.
Matapelajaran Pendidikan Islam juga boleh menggunakan diorama seperti
ketika hendak mengajar tajuk Rukun Haji, guru boleh menjadikan diorama
kaabah sebagai bahan bantu mengajar.

Tuntasnya, guru perlu kreatif dan bijak memilih bahan bantu


mengajar yang sesuai untuk digunakan. Ini kerana tujuan bahan bantu
mengajar ialah memudahkan pencapaian fakta terutama fakta yang
abstrak

seperti

untuk

menerangkan

tentang

Mukjizat

al-Quran.

Penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan dapat mencapai hasil


pembelajaran yang diingini selain murid ceria dan gembira untuk belajar.

BIBLIOGRAFI
Hiang, P. S. (1999). Pedagodi Sains 4 PENGURUSAN MAKMAL DAN SUMBER
SAINS. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

53

Khairi, M. (2008). PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Retrieved


April 16, 2011, from Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran:
http://www.freewebs.com/ptk2/ptkkhusus2.htm
Salleh, A. B. (n.d.). Perkembangan Seni dan Kanak-Kanak. Retrieved April 17,
2011, from Scribd: http://www.scribd.com/doc/2688621/PerkembanganSeni-dan-Kanak-kanak
Salleh, M. R. (2011, Mac 13). Sumber Pengajaran dan Pembelajaran dalam
Pengajian Sosial. Retrieved April 16, 2011, from KUMPULAN PGSR
BAHASA MELAYU IPGM KKB:
http://kumpulansiswazahguru.blogspot.com/2011/03/sumberpengajaran-dan-pembelajaran.html
Sang, M. S. (1992). Pedagogi 2 Strategi Pengajaran-Pembelajaran,

Pengajaran mikro, dan Persediaan Untuk Pengajaran Praktik. Selangor:


Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Sang, M. S. (2003). PEDAGOGI UNTUK KURSUS DIPLOMA PERGURUAN
SEMESTER 2. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

LAMPIRAN

54

ULASAN PENSYARAH

55

You might also like