You are on page 1of 2

7.

4 Sharif Masahor Wira Sarawak


(Teks m/s: 172-173

(i) Latar belakang


- pembesar Sarikei di kawasan Sungai Rajang
- berasal dari Kampung Igan di muara Sungai Rajang
- dilantik oleh Sultan Abdul Mumein dariBrunei
- berpengaruh di kalangan orang Melanau di Sungai Rajang dan orang Iban di Sungai Skrang
(ii)Faktor Penentangan
- James Brooke mengambil wilayah Sungai Rajang daripada SultanBrunei
- kewibawaan Sharif Masahor tergugat apabila Sarikei diletakkan di bawah pentadbiran Brooke
- pembinaan kubu di Kanowit dan pelantikan Henry Steele sebagai wakil British dianggap telah
mengambil alih kuasa pentadbiran Sharif Masahor
- Sharif Masahor menentang tindakan James Brooke meluaskan kuasa ke wilayahnya
(iii)Peristiwa Penentangan
- tahun 1855 Sharif Masahor mengetuai 150 buah perahu menyerang Mukah dan mengusir
Pangeran Matusin yang menyokong perluasan kuasa James Brooke
- James Brooke bertindak balas dengan melucutkan kuasa Sharif Masahor di Sarikei
- Sharif Masahor marah dengan tindakan James Brooke
- Sharif Masahor berpakat dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur dari Kuching untuk mengusir
keluar James Brooke dariSarawak
- tahun 1859 pasukan Sharif Masahor menyerang Kanowit
- peristiwa ini membimbangkan orang Eropah di Sarawak

- tahun 1860 Sharif Masahor, Datu Patinggi Abdul Ghapur dan Temenggung Hashim dari
Sadong membuat pakatan sulit untuk menyerang Kuching bagi menggulingkan Brooke
- Charles Brooke dengan bantuan Belanda menahan Datu Patinggi Abdul Ghapur dan
dipenjarakan di Betawi
- pertempuran antara Sharif Masahor dengan Charles Brooke berlaku di Sungai Sadong
- kapal dan perahu pasukan Sharif Masahor ditenggelamkan dan seramai 64 orang pengikutnya
terbunuh
- Sharif Masahor berundur ke Mukah
- tahun 1861 James Brooke memaksa SultanBruneimenyerahkan Mukah dan menahan Sharif
Masahor
- Sharif Masahor dibuang negeri ke Singapura
(iv)Kesan Penentangan
- walaupun perjuangan Sharif Masahor berjaya dipatahkan tetapi gerakan menentang Brooke
tidak pernah berakhir
- pentadbiran Brooke kemudiannya menghadapi kebangkitan daripada pemimpin Banting pada
tahun 1894 iaitu pemimpin orang Iban di hulu Sungai Batang Lupar
- tahun 1931 pula bangkit penentangan daripada Penghulu Asun iaitu pemimpin orang Iban di
Sungai Kanowit

You might also like