You are on page 1of 33

BAB 1: PERNIAGAAN DAN PERSEKITARAN

1.1 Pengenalan Perniagaan


a) Definisi Perniagaan
b) Objektif Perniagaan
1.2 Kepentingan Perniagaan Kepada Pihak Berkepentingan
a) Memenuhi Keperluan Masyarakat
b) Meningkatkan Peluang Pekerjaan
c) Meningkatkan Pembangunan Ekonomi & Negara
d) Memenuhi Kehendak Peluang Global
1.3 Fungsi Fungsi Perniagaan
a) Pengeluaran
b) Pemasaran
c) Kewangan
d) Sumber Manusia

1.4 Persekitaran Perniagaan


a) Persekitaran Tugas

Pihak pengurusan

Pelaburan/Pembiaya

Pekerja

Pengguna

Pembekal

Pesaing
b)

Persekitaran Umum

Ekonomi

Teknologi

Budaya

Politik & Undang-Undang

Global

OBJEKTIF
1. Memahami definisi dan objektif
perniagaan
2. Memahami kepentingan perniagaan
kepada pihak berkepentingan
3. Memahami fungsi-fungsi perniagaan
4. Memahami persekitaran tugas dan
umum

1.0 PERNIAGAAN DAN PERSEKITARAN


1.1 Pengenalan Perniagaan
1.1.1 Definisi Perniagaan
Aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan
dengan
menggunakan wang @ alatan lain bagi memenuhi keperluan
dan kehendak pelanggan pada harga, masa dan tempat yang
sesuai bagi mendapatkan keuntungan, faedah dan kepuasan.
Bermula dengan aktiviti penghasilan barangan atau
perkhidmatan seterusnya diedarkan untuk memuaskan
kehendak pengguna @ pelanggan
1.1.2 Proses Perniagaan
Peringkat yang perlu diikuti untuk menghasilkan barangan @
perkhidmatan.

PROSES PERNIAGAAN
UNTUNG

FAKTOR
INPUT

PROSES
TAMBAH
NILAI
(PROSES
PENGELUARAN)

JUALAN

OUTPUT

Aktiviti utama bahan mentah ( input ), tukarkan kepada barang


siap ( proses pengeluaran ) dan menghasilkan barang siap (output)

Input

Proses
Pengeluaran

Output

Input :- Mendapatkan bahan mentah untuk menjalankan aktiviti


pemprosesan
- Ianya terdiri daripada tanah, buruh, modal, usahawan dan
lain-lain.
Proses Pengeluaran :- Tukar bahan mentah kepada barangan siap
- Gabungjalinkan mesin, kemahiran pekerja,
bahan mentah dan sbgnya.
Output :- Hasil terakhir dari aktiviti pemprosesan samaada dalam
bentuk produk atau perkidmatan dan dinilai dlm bentuk
kuantiti,berat dan sbgnya.

Jualan :- Output / produk yang telah siap akan dijual kepada


pelanggan dan pengusaha atau peniaga bagi mendapatkan
hasil dan keuntungan dari jualan produk tersebut .
Pertukaran nilai akan berlaku setelah jualan dibuat di mana
penjual memperolehi wang manakala pelanggan atau
pengusaha memperolehi produk.
Untung:- Perbezaan diantara hasil yang diperolehi dengan
perbelanjaan yang telah dikeluarkan. Keuntungan yang
diperolehi akan digunakan untuk membeli bahan mentah /
input dan juga pembayaran hal hal yang berkaitan gaji,
utiliti , sewa dan sebagainya.

1.1.3

Barang Niaga dan Perkhidmatan

a) Barang Niaga
- Produk fizikal yang boleh disentuh, dipegang dapat dilihat
dan boleh dinikmati.
- Dihasilkan bagi bertujuan untuk dijual kepada pelanggan
bagi memenuhi keperluan dan kehendak serta citarasa
pelanggan; contohnya bas, pakaian, makanan, minuman.
b) Perkhidmatan
- Sesuatu produk yang tidak boleh dilihat atau disentuh
secara
fizikal tetapi boleh dirasai bila menggunakannya
- Menawarkan faedah dan kemudahan kepada pelanggan
contohnya; perkhidmatan hospital, salun
kecantikan

c)Konsep Keuntungan
- Matlamat utama perniagaan
- Diperolehi setelah hasil tolak belanja
- Digunakan sebagai kayu pengukur dalam perniagaan untuk
menilai prestasi ;

Untung = jumlah hasil jumlah kos/belanja


(Harga x Kuantiti) ( Kos tetap + kos
berubah)
- Sumber hasil meliputi jualan, hasil sewa, faedah simpanan,
dividen saham.
- Sumber kos/belanja meliputi belian bahan, bayaran sewa,
eletrik, air.

Keuntungan dapat dilihat daripada pelbagai perspektif yang berbeza.


Antaranya adalah :
Keuntungan Perniagaan : Untung = Hasil - Belanja
Keuntungan Ekonomi
: Untung = Hasil Belanja Kos Lepas
d) Konsep Faedah dan Kepuasan
Faedah :
- Manfaat yang diperolehi dari pengunaan sesuatu
barangan
atau perkhidmatan.
- Pengguna akan memperolehi faedah bila membeli dan
mengguna produk atau perkhidmatan tersebut
contohnya;
membeli motosikal manfaatnya ialah
memudahkan
pergerakan.
KEPUASAN: Keupayaan sesuatu barang untuk memenuhi
kehendak manusia
;
- Tercapai apabila prestasi barangan memenuhi atau
melebihi jangkaan /persepsi pengguna.
- Tahap kepuasan berbeza beza di antara seorang
pengguna dengan pengguna yang lain. Contohnya;
Kereta
kancil ada pelanggan rasa selesa bila
menggunakannya
dan sebaliknya.

Umumnya konsep faedah dan kepuasan adalah :


- pengguna mempunyai keperluan semulajadi terhadap
keperluan harian dan kehendaknya adalah berbeza.
- kehendak pelanggan tiada had kerana perubahan
persekitaran
- pengeluar perlu memastikan dapat memenuhi keperluan
dan kehendak pengguna dengan mengeluarkan pelbagai
barangan dan perkhidmatan

1.1.5 Objektif Perniagaan


Boleh dibahagikan kepada 4 :
a)

Keuntungan
DEFINISI-Perbezaan di antara perolehan dan
perbelanjaan
- Matlamat utama dalam perniagaan
- Boleh dilihat dari 2 sudut:
i. keuntungan perniagaan
ii. keuntungan ekonomi.
- keuntungan yang diinginkan adalah keuntungan
maksimum.
- Ianya penting sebagai kayu pengukur bagi
peniaga
samada untuk meneruskan perniagaan atau
tidak.

b)

Kemandirian
- Usaha perniagaan untuk terus wujud dan kekal dalam
persekitaran.
- Boleh dicapai dengan memastikan pengguna sedar
kewujudan barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan.
- Oleh itu, peniaga akan cuba pikat pengguna melalui
pelbagai strategi pemasaran termasuk perletakan harga
dan promosi yang dijalankan dengan harapan dapat
menarik perhatian pengguna.

c) Pertumbuhan
- Usaha sesebuah perniagaan untuk
memastikan perniagaan yang diusahakan
berkembang operasinya.
- Boleh dicapai dengan meluaskan pasaran dengan
cara membina agihan intensif, membentuk
kesedaran dan minat dalam pasaran massa

d) Tanggungjawab Sosial
-

Aktiviti organisasi perniagaan untuk mengimbangi komitmennya kepada


kumpulan dan individu individu dalam persekitarannya termasuklah pelanggan,
perniagaan lain, pekerja, pelabur dan masyarakat. - Griffin
- Aktiviti organisasi yang memberi kebaikan kepada pihak pihak lain.
- Contoh tanggungjawab sosial kepada:
pekerja gaji , cuti rehat, keselematan dan lain lain.
pelabur memaksimumkan pulangan pelaburan
perniagaan lain penghantaran tepat.
masyarakat sumbangan, peluang pekerjaan, produk yang bermutu dan selamat.

1.2 Kepentingan Perniagaan Kepada Pihak


Berkepentingan
Penuhi Keperluan
masyarakat

Meningkatkan peluang
pekerjaan

Kepentingan Perniagaan

Memenuhi kehendak
Peluang global

Tingkatkan Pembangunan
Ekonomi & Negara

a)

Memenuhi Keperluan Masyarakat


- Peniaga cuba untuk memenuhi keperluan dan kehendak
masyarakat dengan menyediakan pelbagai barangan dan
perkhidmatan yang bermutu dengan harga, tempat yang sesuai
kepada pelanggan.

b)

Meningkatkan Peluang Pekerjaan


- Peluang perniagaan yang banyak akan dapat memberi ruang
pekerjaan kepada masyarakat.
- Ditawarkan oleh usahawan tunggal, perkongsian atau syarikat
multinasional kepada masyarakat.
- Dapat tingkatkan taraf kehidupan melalui peluang pekerjaan
- Tingkatkan pembangunan negara melalui proses urusniaga yang
dibuat oleh masyarakat terhadap barangan dan perkhidmatan
yang ditawarkan oleh peniaga.

c) Meningkatkan Pembangunan Ekonomi dan Negara


- Peniaga tingkatkan prestasi dan membaiki pengendalian perniagaan
dengan melihat dari pelbagai sudut seperti :
# Menyakinkan pihak institusi kewangan.
# Dapat bekalan dari pembekal yang mudah dan
bermutu.
# Menyuarakan kepada pihak yang tertentu untuk
memperbaiki infrastruktur sesuatu tempat.
- Secara tidak langsung memberi kesan positif kepada peningkatan
keperluan masyarakat.
- Galakan peningkatan teknologi yang terlibat bagi membantu
rangsangan aktiviti-aktiviti perniagaan dan meningkatkan peluang
pekerjaan untuk meningkatkan taraf hidup.
- Hasil cukai kepada kerajaan, peningkatan eksport dan pengaliran
wang masuk.

d) Memenuhi Kehendak dan Peluang Global


- Peluang perniagaan tidak terhad dalam negera sahaja tetapi
meliputi luar negara seperti Jepun, Australia, Brunei dll.
- Setiap negara berpeluang menikmati pelbagai produk dari
pelbagai negara
- Perniagaan global dapat meningkatkan peluang perniagaan.
- Pendedahan teknologi baru.
- Meningkatkan pelaburan.
- Meningkatkan taraf hidup.
- Meningkatkan ilmu perniagaan supaya mampu bersaing dengan
syarikat-syarikat luar dan antarabangsa.

1.3 Fungsi-fungsi Perniagaan


a) Pengeluaran
- satu proses transformasi input kepada output yang lebih bernilai.
- Dikenali sebagai pengurusan operasi.
- Melibatkan aktiviti perancangan, penyusunan, pengstafan,
pengarahan dan pengawalan dalam menguruskan operasi
pengeluaran produk.
- Pengeluar harus memastikan produk yang dikeluarkan memenuhi
kehendak dan citarasa pengguna.

b) Pemasaran
- DEFINISI PEMASARAN: Satu sistem aktiviti
perniagaan yang dibentuk untuk merancang dan
melaksanakan konsepsi, penentuan harga, promosi dan
pengedaran
produk
(merangkumi
barangan,
perkhidmatan, organisasi ,orang, tempat dan juga idea)
untuk menggalakkan berlaku pertukaran yang dapat
memenuhi keperluan pengguna dan dapat mencapai
objektif organisasi.
Persatuan Pemasaran Amerika
- Ianya merupakan satu bidang yang
berkembang pesat dan mesti
seiring dengan teknologi terkini.
- Melalui aktiviti pemasaran, produk yang
ditawarkan oleh
pengeluar kepada pengguna akan dinikmati
oleh pengguna.

c) Kewangan
- Melibatkan aktiviti menguruskan sumber dana seperti
mendapatkan
sumber dana dan perancangan kewangan yang lain.
- Jika kewangan tidak diuruskan dengan baik, matlamat
kewangan
perniagaan tidak dapat dicapai.

d) Sumber Manusia
- Menguruskan sumber manusia (pekerja) organisasi bagi
menggerak
jentera operasi pengeluaran, pemasaran dan kewangan.
- Contoh aktiviti pengurusan sumber manusia termasuklah
pengurusan pampasan, latihan dan pemilihan pekerja.

1.4 Persekitaran Perniagaan Elemen elemen yang mempengaruhi operasi


sesebuah perniagaan.
Secara umumnya persekitaran perniagaan boleh dibahagikan kepada 2 :
a) Persekitaran Tugas Elemen yang memberi kesan secara langsung dan di dalam
kawalan perniagaan.

# Pihak Pengurusan
- Terdiri daripada individu yang menggunakan kepakaran, kemahiran dan kecekapan
dalam pengurusan syarikat.
- Tugas pihak pengurusan mengintegrasikan kesemua fungsi fungsi pengurusan
yang berbeza dalam organisasi ke arah pencapaian matlamat organisasi yang telah
ditetapkan.
- Perniagaan akan menjadi lebih baik dan berpotensi jika pihak
pengurusan membuat strategi pengurusan yang cekap.
Kegagalan pihak pengurusan menjalankan tanggungjawab dengan berkesan
mengakibatkan matlamat organisasi tidak tercapai.

# Pelabur/ Pembiaya
- Pembiaya: pihak yang memberikan pinjaman dan mengharapkan pulangan
dalam bentuk faedah seperti pihak bank dan institusi kewangan lain.
- Pelabur: Pihak yang melaburkan modal kepada syarikat dan mengharapkan
pulangan dalam bentuk dividen seperti pemegang saham.
- Perniagaan akan dapat diperluaskan hasil sumbangan modal pelabur.
- Kedudukan kewangan syarikat yang kukuh memberi keyakinan
kepada pelabur untuk melambuat pelaburan ke dalam syarikat.
- pelabur tidak perlu terlibat secara langsung dalam menjalankan aktiviti
perniagaan tetapi berhak untuk mendapatkan keuntungan dan boleh
mempengaruhi keputusan syarikat bagi perniagaan.

# Pekerja
- Individu yang menyumbangkan kemahiran untuk melaksanakan
aktiviti syarikat dan mendapat upah sebagai ganjaran.
- Pekerja terdiri dari golongan mahir, separuh mahir dan tidak
mahir.
- Semangat kerjasama pekerja membantu perniagaan mencapai
matlamat yang ditetapkan.
- Gelagat pekerja mempengaruhi kejayaan dan kegagalan syarikat
serta menggambarkan imej sesebuah perniagaan.
- Pekerja yang berkemahiran, berpengetahuan dapat menyumbang
kepada pertumbuhan perniagaan.

# Pengguna
- Pengguna adalah individu yang menggunakan sesuatu produk
- Golongan fokus utama perniagaan
- Keputusan pembelian pelanggan mempengaruhi kejayaan &
kegagalan sesebuah perniagaan.
- Perubahan citarasa pengguna mempengaruhi jenis keluaran, harga
dan kualiti keluaran.
- Citarasa pengguna yang berbeza menyebabkan mereka membuat
keputusan untuk mereka membeli pelbagai barangan dan
perkhidmatan yang ditawarkan dipasaran.
- Perubahan citarasa juga menggalakan inovasi perniagaan.

# Pembekal
- Pembekal ialah pihak yang membekalkan bahan/produk yang
diperlukan oleh perniagaan lain. Ini termasuklah bekalan bahan
mentah atau barang siap.
- Pembekal dan peniaga merupakan kumpulan yang saling
memerlukan bagi melicinkan operasi perniagaan.
- Bahan mentah, barang separuh siap dan peralatan yang
dibekalkan
berterusan memastikan kelancaran proses pengeluaran dan
penjualan.
- Sekiranya bekalan yang dibekalkan adalah berkualiti, imej
perniagaan akan akan meningkat dengan produk berkualiti di
pasaran.

# Pesaing
- Beberapa firma yang berlainan dalam industri yang sama
mengeluarkan produk yang sama atau hampir sama.
- Tindakan atau strategi pesaing boleh mempengaruhi harga dan
kualiti produk yang dihasilkan.
- Memerlukan perniagaan melakukan inovasi untuk mengatasi
persaingan.
- Strategi dan perancangan yang dibentuk untuk mengatasi
persaingan membolehkan perniagaan lebih menjadi kompetitif.

b) Persekitaran Umum Elemen persekitaran yang berada di luar kawalan


organisasi yang boleh mempengaruhi perniagaan secara tidak langsung.
# Ekonomi
- Merujuk kepada keadaan dan jenis sistem ekonomi di mana perniagaan
beroperasi
- Persekitaran ekonomi yang baik akan menentukan operasi, prestasi
dan dasar perniagaan.
- Keadaan ekonomi yang baik meningkatkan aktiviti perniagaan dan
menjamin peluang perniagaan.
- Pendapatan penduduk yang meningkat menjamin peningkatan jualan
dan keuntungan perniagaan.

# Budaya
- Merujuk kepada satu set nilai norma yang dipegang dan
diamalkan oleh sesuatu kelompok masyarakat
- Setiap individu mempunyai corak kehidupan budaya yang
berbeza
dari segi agama, adat resam dan cara hidup.
- Perubahan citarasa masyarakat memaksa perniagaan
menyesuaikan barangan dan perkhidmatan mengikut kehendak
mereka.
- Perubahan populasi penduduk memaksa peniaga mengeluarkan
barangan dan perkhidmatan bagi memenuhi kehendak majoriti
masyarakat.

# Teknologi
- Suatu penemuan sains yang diperolehi untuk membantu
kehidupan
manusia
- Perkembangan teknologi memberi kesan dalam perniagaan yang
menggunakan mesin bermutu lebih produktif daripada syarikat
yang
menggunakan mesin biasa.
- Penciptaan peralatan baru seperti robot mempercepatkan proses
pengeluaran dan meningkatkan produktiviti.
- Pengeluaran dapat ditingkatkan dan operasi berjalan dengan
lancar.
- Penggunaan internet meningkatkan daya saing perniagaan
kerana
penyampaian maklumat menjadi lebih cepat.

# Politik dan Undang- undang


- Politik: Sistem pemerintahan yang menjadi amalan sesebuah negara
- Undang-undang: Peraturan yang dikuatkuasakan oleh sesebuah
negara
- Bagi sesuatu tempat mempunyai dasar dan politik yang berbeza.
- Peniaga haruslah peka dengan situasi politik supaya perancangan
masa depan dapat dirancang dengan baik.
- Sokongan kerajaan seperti memberi bantuan subsidi membantu
mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan daya saing
perniagaan.
- Kestabilan politik menjamin suasana yang baik untuk perniagaan
terus berkembang maju.
- Undang-undang dan peraturan sesebuah negara seperti Malaysia
menetapkan Akta Jualan Langsung 1993, Akta Barangan Kawalan,
Akta Kontrak dan sebagainya.

# Global
- Perniagaan yang bergerak ke arah pembentukan operasi di
serata tempat di dunia di samping membangunkan standard
produk dan pemasaran
- Peniaga menjalankan perniagaan diluar dari negara
tempatan.
- Mereka mampu bersaing dalam peringkat antarabangsa.
- Dasar buka pintu yang diamalkan oleh sesebuah negara
memboleh perniaga menjalankan perniagaan diperingkat yang
lebih jauh.
- Melalui perniagaan global membolehkan peniaga sentiasa
mementingkan kualiti dan menjaga imej syarikat serta negara.
- Melalui perniagaan ini juga pihak peniaga terdedah kepada
selok belok perniagaan dari luar dan aspek-aspek yang positif
boleh digunakan oleh peniaga dalam syarikat mereka supaya
sistem pengurusan syarikat menjadi lebih cekap dan
berpotensi pada masa depan.

You might also like