You are on page 1of 6

Pembinaan pemikiran kanak-kanak diberi penekanan untuk perkembangan kognitif

kanak-kanak ini. Ia tertumpu kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang


berlaku daripada satu peringkat perkembangan kepada seterusnya.

Menurut Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas
lahir sehingga kita mencapai kematangan,. Setiap individu akan sentiasa mencuba
untuk memahami dan mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di
persekitaran mereka. Piaget juga telah mengenalpasti empat faktor yang saling
berkait yang boleh mempengaruhi proses pemikiran individu iaitu kematangan
biologi, interaksi individu dengan persekitaran, pengalaman sosial dan
keseimbangan.

Kematangan biologi merupakan proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor baka
ataupun genetik. Kemudian, interaksi individu dengan persekitaran pula merupakan
komunikasi atau interaksi antara individu dengan persekitaran untuk memahami
perkara-perkara yang berlaku. Mereka akan meneroka, menguji, memerhati dan
menyusun maklumat yang diperolehi. Seterusnya ialah pengalaman sosial iaitu
pergaulan individu dengan orang-orang di persekitaran seperti ibu bapa, adik
beradik, rakan, guru dan sebagainya. Faktor terakhir ialah keseimbangan yang
merupakan salah satu cara yang digunakan oleh individu untuk mengadaptasi
dengan situasi-situasi yang baru dialami.

Menurut Vygotsky pula, perkembangan kognitif individu berlaku dalam dua


peringkat iaitu, peringkat sosial dan peringkat individu. Pada peringkat sosial,
maklumat atau pengetahuan individu diperolehi melalui interaksi individu dengan
individu lain yang ada di persekitaran seperti ibu bapa, adik beradik, guru, rakan
sebaya, keluarga terdekat dan jiran. Peringkat individu pula ialah kebolehan individu
menukar maklumat dan pengetahuan yang diperolehi daripada interaksi sosial
kepada kefahaman individu. Maklumat yang diperolehi ini boleh menukar skemata
individu.

CIRI-CIRI PERUBAHAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Terdapat empat peringkat dalam perkembangan kognitif iaitu peringkat


Sensorimotor, peringkat Pra Operasi, peringkat Operasi Konkrit, dan peringkat
Operasi Formal, menurut Piaget.

Pada peringkat Sensorimotor iaitu bayi berumur bawah 2 tahun, bayi menggunakan
deria dan pergerakan fizikal untuk mempelajari tentang persekitarannya. Pada
peringkat ini, bayi akan menggunakan mulut untuk merasa sesuatu objek dan
mengkoordinasi mata dan tangan bagi mencapai sesuatu objek. Sebagai contoh,
bayi akan memasukkan jari dan merasa puas apabila dapat merasa dan menghisap
jarinya. Kepuasan ini akan menyebabkan mereka melakukan perbuatan ini berulang
kali. Selain itu, kanak-kanak pada peringkat ini akan mula menunjukkan permulaan
pemikiran logik. Sebagai contoh, kanak-kanak ini akan dapat mengatur skemaskema yang mudah dan logik seperti mengeluarkan barang-barang daripada
sebuah bekas yang bertutup, atau boleh mengambil barang yang jauh.

Seterusnya, pada peringkat Pra operasi iaitu kanak-kanak berumur 2 hingga 7


tahun, kanak-kanak telah mula menggunakan minda bagi membentuk skemaskema baru. Kanak-kanak telah menggambarkan dan merancang pergerakan
ataupun aktiviti mereka dengan menggunakan minda untuk membentuk skema.
Perubahan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak dalam peringkat ini ialah mereka
dapat mewakili sesuatu dengan simbol mental iaitu bahasa, isyarat, gambar dan
sebagainya. Kanak-kanak menggunakan simbol ini untuk menyatakan sesuatu
objek, orang atau peristiwa yang dialami oleh mereka. Sebagai contoh, kanak-kanak
mewakili imej sebenar buku dengan perkataan `buku ataupun dengan
menggunakan gambar. Pada peringkat ini juga, kanak-kanak berumur 2-3 tahun
boleh menceritakan pengalamannya ataupun peristiwa yang telah berlaku.

Pemikiran kanak-kanak pada peringkat Pra operasi juga bersifat intuitif iaitu
pemahaman mereka tentang objek bergantung pada ciri-ciri yang bersifat nyata.
Mereka tidak mampu lagi untuk berfikir secara logik dan rasional. Sebagai contoh,
sepuluh keping kad sama saiz diletakkan secara dua baris, iaitu lima keping kad
setiap baris, dan satu baris dipanjangkan. Kanak-kanak akan mengatakan baris
yang lebih panjang tersebut mempunyai lebih kad daripada baris yang pendek,
walaupun kedua-dua baris tersebut mempunyai bilangan kad yang serupa.

Pada peringkat ini juga, kanak-kanak telah menunjukkan sifat egosentrik di mana
mereka melihat dan memahami persekitaran melalui perspektif mereka sendiri.
Kanak-kanak menyangka semua orang mempunyai minat, perspektif, perasaan dan
reaksi yang sama dengan mereka, contohnya seorang kanak-kanak yang suka
dengan sesuatu siri kartun, mereka akan beranggapan orang lain juga suka dengan
siri kartun berkenaan.

Pada peringkat Operasi Konkrit iaitu kanak-kanak berumur 7 hingga 11 tahun,


kanak-kanak ini telah boleh berfikir secara logik walaupun masih terikat dengan
situasi konkrit. Pada peringkat ini juga, kanak-kanak sudah boleh menguasai konsep
pengekalan. Prinsip asas konsep ini adalah prinsip identiti, prinsip ganti rugi dan

prinsip keterbalikan. Prinsip identiti adalah mereka sudah tahu jika tiada
penambahan atau pengurangan bilangan objek, maka bilangannya tetap sama
walaupun bentuknya berubah. Prinsip ganti rugi pula adalah mereka tahu
perubahan dari satu segi akan ditukar oleh perubahan dalam satu aspek yang lain.
Manakala, prinsip keterbalikan pula mereka boleh mengulang proses yang berlaku
kepada keadaan yang asal kembali. Contohnya, jika air di dalam cawan, dituang ke
dalam gelas yang lebih tinggi dan tirus, mereka dapat tahu bahawa kuantiti air
tersebut masih sama.

Selain itu, kanak-kanak dalam peringkat ini juga dapat mengkategorikan objek
mengikut kumpulan masing-masing. Contohnya, mereka mengelaskan objek
mengikut warna, saiz dan sebagainya. Mereka juga boleh melakukan proses
menyusun secara bersiri, iaitu susunan secara menaik dan menurun. Sebagai
contoh, mereka boleh membuat susunan logik seperti 1<2<3,>2>1.

Seterusnya ialah peringkat Operasi Formal iaitu kanak-kanak berumur 11 tahun ke


atas. Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh melakukan andaian dan jangkaan
berdasarkan fakta. Pemikiran mereka juga tidak lagi bertumpu kepada objek konkrit
semata-mata, namun boleh memikirkan idea secara abstrak dan membuat
hipotesis. Sebagai contoh, mereka boleh memberi idea kepada punca kemalangan
jalanraya. Selain itu, kanak-kanak sudah boleh berfikir secara abstrak, iaitu
menyelesaikan masalah matematik di mana melibatkan perwakilan abstrak.
Contohnya, 2y + 3y = 20. apakah nilai y? Mereka juga boleh berfikir secara
sistematik, iaitu memberi beberapa kemungkinan penyelesaian. Contohnya,
sekiranya anda pergi ke perkhemahan, anda membawa 4 helai t-shirt, 4 helai seluar
track dan 4 helai jaket, berapa kombinasi pakaian yang akan anda perolehi? Selain
itu, kanak-kanak juga telah berupaya untuk melakukan hipotesis dan mencari
alternatif untuk menyelesaikan masalah. Mereka sudah boleh menaakul secara
induktif dan deduktif. Pemikiran secara induktif merupakan berfikir aspek yang
khusus kepada yang lebih umum. Contohnya, mereka dapat memberikan kesan
pencemaran sungai pada masa akan datang berdasarkan pencemaran sungai yang
ada pada masa sekarang.

Seterusnya, pada peringkat ini juga, egosentrik remaja juga telah timbul. Mereka
lebih fokus kepada idea dan pemikiran mereka sendiri dan susah menerima
pendapat orang lain.

4 Peringkat Perkembangan Kognitif Piaget

Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif


kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut
perubahan umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai
peringkat sensori motor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal.
Sensori motor (0-2 tahun)
Pra-operasi (2-7 tahun)
Operasi konkrit (7-12 tahun)
Operasi formal (12 tahun ke atas)

1. Peringkat deria motor/ sensori motor (0-2 tahun)

gambar hiasan

Penggunaan deria dan pergerakan fizikal sebagai saranan perkembangan kognitif


berkaitan persekitarannya;
Pengekalan objek (gambaran objek di dalam memori);
Permulaan pemikiran logik dengan aktiviti yang bertujuan serta pengulangan proses
ke bentuk asal

2. Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun)

gambar hiasan
Penggunaan minda sebagai medium pembentukan skema baharu (perancangan);
Perwakilan sesuatu objek menerusi simbol (fungsi semiotik);
Kemahiran berbahasa kian meluas;
Tidak mampu menguasai proses transformasi, keterbalikan dan penaakulan;
Sikap egosentrik (pemahaman persekitaran bersumberkan perspektif sendiri).
Implikasi teori dalam P&P

Penggunaan BBM yang konkrit;


Arahan ringkas dan difahami;
Penggunaan bahasa kanak-kanak yang sesuai;
Penyediaan variasi pengalaman pembelajaran.

3. Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun)

gambar hiasan
Pemikiran secara logik dan masih terikat dengan situasi konkrit;
Berkebolehan menguasai konsep pemuliharaan (conservation) yang terdiri daripada
tiga prinsip asas, iaitu; prinsip identiti, prinsip ganti rugi (compensation) dan prinsip
keterbalikan;
Penguasaan proses pengelasan berdasarkan trait;
Penguasaan proses penyusunan secara bersiri;
Implikasi teori dalam P&P
Penggunaan bahan konkrit (3-Dimensi);
Peluang memanipulasi dan menguji deretan objek;
Pembacaan dan pembentangan mudah kepada kompleks;
Contoh sesuai dan berkaitan pengalaman pelajar;
Penyediaan soalan berkaitan logik dan analitik.

4. Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun)

gambar hiasan
Pemikiran abstrak;
Pemikiran sistematik;
Kebolehan berhipotesis;
Egosentrik remaja (susah menerima pendapat orang lain dan merasa sentiasa
diperhatikan sekeliling).

Implikasi teori dalam P&P


Penggunaan bahan konkrit untuk mengilustrasi konsep yang lebih kompleks;
Peluang bermetafizik (sebab-akibat) kepada penyelesaian sesuatu masalah;
Pengemukaan konsep yang luas dan tidak terikat kepada fakta-fakta.
Boleh mengaitkan simbol-simbol matematik dalam menyelesaikan masalah secara
logik.

credit to : Pelangi Petang

~~~ Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca entri ini ~~~

<3<3<3<3 SHARING IS CARING <3<3<3<3

You might also like