Professional Documents
Culture Documents
Suara Serunai Kelantan Seni Bunyi Di Alam Melayu PDF
Suara Serunai Kelantan Seni Bunyi Di Alam Melayu PDF
1.0
Pengenalan
Serunai Kelantan2 merupakan alat muzik tradisional yang digunakan untuk membawa melodi
seni persembahan masyarakat Melayu Kelantan seperti muzik wayang kulit Kelantan, muzik
makyung, muzik main puteri, muzik tari asyik, muzik gendang silat dan muzik rebana ubi.
Alat muzik ini merupakan artifak teknologi seni muzik yang dibangunkan oleh masyarakat
Melayu di Kelantan. Kewujudannya dipercayai berasal daripada timur tengah (Curtis Sach,
1940) dan telah wujud di negeri Kelantan hasil daripada difusi budaya seawal kewujudan
kesenian wayang kulit Kelantan iaitu pada kurun ke 14 (Ghulam - Sarwar Yousof, 2004).
Walau bagaimanapun kini warisan budaya ini semakin dilupakan oleh masyarakat dan
dikhuatiri akan pupus sekiranya tiada langkah proaktif yang diambil untuk membangunkan
alat muzik ini. Antara penyelesaian kepada masalah ini ialah kajian aspek teknikal Serunai
Kelantan. Usaha ini dapat memastikan alat muzik dan seni muziknya akan terus survival dan
relevan dalam konteks sosiobudaya masyarakat di Malaysia khususnya masyarakat Melayu
dalam mengharungi cabaran pemodenan dan globalisasi dunia.
Penulisan ini berfokus kepada analisis aspek teknikal suara yang dihasilkan Serunai
Kelantan di dalam permainan wayang kulit Kelantan, gendang silat, muzik rebana ubi, dan
lain-lain seni persembahan yang berkaitan menggunakan pendekatan kejuruteraan akustik
muzik dan sains fizik. Dapatan yang diperoleh daripada penyelidikan ini dijangka dapat
dijadikan panduan bagi membantu ahli-ahli industri pembuatan alat muzik tradisional, para
penggiat seni muzik tradisional, ahli-ahli akademik, agensi-agensi kerajaan dan lain-lain
pihak yang berkaitan dalam usaha pembangunan alat muzik tradisional di Malaysia
khususnya Serunai Kelantan.
1
Penulis telah menyempurnakan tesis M.A. yang bertajuk Serunai Kelantan: Teknologi dan Aplikasi pada 2007
di Universiti Malaya. Sekarang sedang menyempurnakan Ijazah Doktor Falsafah Pengurusan Persembahan Seni
di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan subjek kajian Rebab, alat muzik Makyung di Kelantan.
2
Fisiologi Serunai Kelantan terdiri komponen-komponen seperti pipit, menali, batang serunai dan kecopong
seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1.
2.0
Muzik wayang kulit Kelantan yang dimainkan oleh ensambel muzik wayang kulit
yang terdiri daripada Serunai Kelantan sebagai pembawa melodi diiringi dengan alat-alat
muzik lain seperti Geduk, Gedombak, Canang, Kesi dan Tetawak yang memberi elemen
rentak dan kalatomik3 (Patricia Martusky: 1993). Ensambel muzik ini memainkan lagu-lagu4
sama ada secara instrumental ataupun mengiringi nyanyian Tok Dalang sepanjang
berlangsungnya permainan wayang kulit.
Kalatomik ialah penanda masa dan pembahagian frasa lagu dalam bentuk dan tekstur muzik Gamelan Melayu
dan Gamelan Jawa. Sistem ini digunakan oleh Patricia Martusky (1993) untuk menganalisis muzik wayang kulit
Kelantan.
4
Senarai lagu-lagu umum wayang kulit Kelantan ialah Lagu Bertabuh, Lagu Tuk Maha Siku, Lagu Perang, Lagu
Dewa Panah, Lagu Dalang Berkhabar, Lagu Seri Rama Berkhabar, Lagu Seri Rama Berkhabar Belas, Lagu
Hulubalang, Lagu Seri Rama Berangkat Masuk Anjung,Lagu Blai-blai Berjalan, Lagu Tukar Dalang, Lagu Pak
Dogol, Lagu Mengulit, Lagu Dewa Berjalan, Lagu Binatang, Lagu Maharaja Rawana, dan Lagu Mati Geduk
(Mohamed Ghouse Nasaruddin, 2003:15-22).
i)
Kumpulan Pertama - Kumpulan lagu yang dimainkan untuk mengiringi upacaraupacara ritual dan watak-watak mistik seperti Tuk Maha Siku, Dewa Panah dan Tukar
Dalang.
ii)
iii)
iv)
Kumpulan Keempat Lagu-lagu yang menandakan emosi seperti lagu Seri Rama
Berkhabar Belas dan lagu Mengulit
Melodi merupakan antara elemen yang penting di dalam muzik wayang kulit
Kelantan. Melodi muzik wayang kulit Kelantan datang daripada Serunai Kelantan atau
dinyanyikan oleh Tok Dalang (Patricia Martusky dan Tan Sooi Beng, 1997:21). Dalam
ensambel muzik wayang kulit, dua buah serunai akan digunakan untuk membawa melodi
iaitu Serunai Ibu dan Serunai Anak. Kedua-duanya memiliki kesamaan dari segi konstruksi
fizikalnya serupa, cara menghasilkan bunyi ialah dengan menggunakan dua lelidah,
dimainkan dengan cara meniup dengan berterusan (circular breathing) serta manipulasi
lubanglubang pada batang dan diiringi dengan alat-alat pukulan (tabuh) dari jenis perkusi.
Perbezaan yang wujud pula adalah dari segi saiz, suara bunyi dan peranannya dalam gubahan
muzik wayang kulit kerana Serunai Anak digunakan untuk mengiringi secara berselang-seli
dengan vokal Dalang Wayang Kulit manakala Serunai Ibu
3
bersendirian. Dari segi persembahan, Serunai Ibu biasanya lebih mendominasi persembahan
berbanding Serunai Anak, malah terdapat juga sesetengah kumpulan wayang kulit Kelantan
yang tidak lagi menggunakan Serunai Anak di dalam persembahan mereka (Patricia
Martusky, 1993:29-30).
Permainan Serunai Kelantan dan muzik wayang kulit sering digunakan untuk
mengiringi seni-seni persembahan di Kelantan. Menurut Mohamed Ghouse Nasaruddin
(2003:62), kumpulan Makyung Seri Temenggung telah menggunakan Serunai Kelantan
sebagai pembawa melodi apabila lagu-lagu wayang kulit dimainkan dalam persembahan
Makyung. Antara lagu yang dimainkan ialah lagu Berjalan, Tuk Maha Siku dan Hulubalang.
Lagu Silat juga dimainkan untuk babak temasya perkahwinan, pertabalan dan sebagainya.
Selain itu lagu-lagu moden yang dimainkan melodinya menggunakan Serunai Kelantan di
dalam persembahan Makyung seperti Ayam Didik, Joget dan Mak Inang. Serunai diiringi
dengan alat-alat muzik wayang kulit Kelantan yang lain bagi menghasilkan kesan
transformasi magis bagi menandakan aksi super natural seperti Watak Bentara Guru naik dan
turun daripada kayangan. Selain itu Serunai Kelantan turut digunakan untuk menghasilkan
melodi di dalam ensembel muzik yang mengiringi tarian asyik yang dipersembahkan di istana
sebagai hiburan diraja di negeri Kelantan.
Satu lagi seni persembahan tradisional Kelantan yang menggunakan Serunai Kelantan
ialah permainan rebana ubi. Di Kelantan, permainan rebana ubi di persembahkan bagi
meraikan musim menuai padi di kawasan-kawasan kampung dan meraikan festival-festival di
bandar (Gulam Sarwar Yousof, 2004:72). Pada dasarnya, ensambel muzik rebana ubi
4
melibatkan penggunaan beberapa buah rebana ubi. Namun hasil daripada daya kreativiti
masyarakat Kelantan telah menyebabkan alat muzik seperti Serunai Kelantan digunakan bagi
memberi sentuhan improvisasi kepada permainan rebana ubi. Dengan menggunakan Serunai
Kelantan, melodi lagu-lagu daripada persembahan wayang kulit Kelantan seperti Berjalan
dan Hulubalang dimainkan dengan diiringi 6 sehingga 8 buat buah rebana ubi bersama-sama
dengan alat muzik pengawal masa seperti canang, kesi dan tetawak.
Melodi Serunai Kelantan yang berbeza digunakan pada muzik gendang silat. Muzik
jenis ini digunakan oleh masyarakat Melayu di Kelantan dan Terengganu untuk mengiringi
persembahan seni silat yang dipersembahkan di majlis keramaian di kampung-kampung dan
acara-acara negeri. Dalam ensambel muzik gendang silat, Serunai Kelantan akan diiringi
dengan sepasang gendang dan sepasang tetawak (Ghulam Sarwar Yousof, 2004:73). Muzik
gendang silat mampu meningkatkan semangat pesilat secara tidak langsung meningkatkan
dinamik persembahan dan pertarungan silat yang diiringinya.
Keistimewaan melodi lagu wayang kulit menjadikan alat muzik ini istimewa dan unik
berbanding alat-alat muzik lain yang ada di dunia terletak pada suara yang dihasilkan
daripada Serunai Kelantan. Dalam konteks kejuruteraan dan sains fizik, aspek suara Serunai
Kelantan ini boleh dilihat secara teknikal melalui pendekatan akustik muzik dan sifat-sifat
gelombang bunyi.
3.0
Cabang akustik yang mengkaji dan menerangkan muzik dalam konteks Sains Fizik dikenali
sebagai Akustik Muzik.
mekanisme di dalam pemprosesan bunyi atau reka bentuk bilik untuk bunyi dan juga persepsi
bunyi sebagai muzik. Asas bagi mengkaji akustik muzik ialah studi bunyi. Wilmer T.
Bartholomiew (1942) menyatakan bahawa tiga perkara diperlukan untuk menghasilkan bunyi
iaitu 1) peralatan untuk menghasilkan getaran 2) medium yang berupaya memindahkan
getaran tadi daripada sumber kepada penerima dan 3) alat penerima iaitu telinga manusia.
Donald E. Hall (2003) telah mengembangkan lagi kajian yang dilakukan oleh Bartholomiew
dengan meringkaskan ketigatiga perkara tadi kepada 1) penghasilan bunyi iaitu bagaimana
5
bunyi dihasilkan 2) perambatan bunyi iaitu bagaimana bunyi bergerak daripada satu tempat
ke satu tempat yang lain dan 3) persepsi bunyi iaitu bagaimana bunyi mempengaruhi deria
dan emosi pendengar (Donald E. Hall, 2003:3-4).
pemain serunai wayang kulit Kelantan yang berpengalaman iaitu Hamzah Yusof dari
Kampung Gelam Emas, Jajahan Pasir Mas, Kelantan.
4.0
Bunyi boleh didefinisikan sebagai sensasi yang dihasilkan oleh getaran. Terhasil apabila
berlaku perubahan tekanan, halaju zarah di mana perambatan berlaku di dalam medium yang
elastik atau super posisi dalam perambatan yang berubah. Di interpretasi oleh manusia
melalui pengalaman sensasi yang wujud apabila zarahzarah udara bergetar menyentuh
gegendang telinga sehingga melahirkan emosi pada manusia (Harry F. Olson, 1952:3).
Berdasarkan teori akustik muzik oleh Donald E. Hall, penghasilan bunyi Serunai
Kelantan bermula di penjana bunyinya iaitu bahagian pipit. Pemain serunai akan
memasukkan pipit ke dalam mulutnya sebelum meniupnya. Tiupan yang menggunakan
teknik pernafasan berterusan menghasilkan hembusan aliran udara yang stabil dan berterusan
tanpa henti. Aliran udara laju yang melalui salur udara pipit menghasilkan tekanan udara
yang mengayunkan keduadua lelidah pipit seperti yang ditunjukkan pada Rajah 2.
Che Isa Samad merupakan Adiguru Kraf Serunai (1997) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia melalui
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.
melaluinya disebabkan oleh interaksi di antara halaju V dan tekanan bendalir P berdasarkan
Teorem Bernoulli yang diasaskan oleh D. Bernoulli (1738). Bernoulli mengatakan bahawa
bagi bendalir yang mengalir secara mendatar, kadar aliran bendalir meningkat tekanan akan
berkurang manakala sekiranya kadar aliran bendalir mengurang tekanan bendalir pula yang
akan meningkat (Crowe CT, 2005:99). Teori tersebut boleh digambarkan seperti persamaan
matematik di bawah:
V = halaju bendalir.
g = pecutan graviti.
h = ketinggian.
P = tekanan bendalir.
Prinsip penghasilan bunyi Serunai Kelantan ini boleh diteliti pada ayunan pipit.
Daripada prinsip berkenaan kitaran ayunan lelidah pipit boleh dibahagikan kepada 4 darjah
kitaran yang berbeza iaitu 0, 90, 180, dan 270 seperti yang ditunjukkan pada Rajah 3.
i) Kitaran 1, 00
7
Apabila pemain mula meniup serunai, hembusan permulaan yang kuat pada permulaan tiupan
akan menghasilkan aliran udara yang laju mengalir melalui salur udara pipit. Halaju aliran
udara V1 di dalam salur udara yang meningkat berbanding V2 di permukaan pipit
mengurangkan tekanan P1 di dalam salur udara pipit dan meningkatkan tekanan P2 ke atas
permukaan pipit sehingga keduadua lelidah cenderung menutup di antara satu sama lain.
Perubahan yang berlaku sehingga kedua-dua lelidah menutup antara satu sama lain.
ii) Kitaran 2, 900
Pada kitaran ini salur udara tertutup sepenuhnya sehingga hampir tiada aliran udara yang
mengalir melaluinya. Halaju udara V2 pada permukaan atas dan bawah pipit yang tinggi
mula mengurangkan tekanan P2 di permukaan pipit serta meningkatkan tekanan P1 di dalam
salur udara pipit sehingga membuka semula salur udara pipit dengan mengayun kembali
lelidah ke kedudukan asal.
iii) Kitaran 3, 1800
Salur udara akan terbuka sepenuhnya sehingga kembali ke keadaan asal. Aliran udara V1 di
dalam salur udara pipit mula mengalir kembali. Tekanan P1 di dalam salur udara pipit yang
mengayunkan lelidah serunai ke kedudukan kitaran 3.
iv) Kitaran 4, 2700
Menurut Donald E. Hall (2003:1-2), dua prinsip getaran asas untuk menghasilkan bunyi,
muzik dan sebagainya ialah 1) elastik iaitu kecenderungan badan untuk kembali ke
kedudukan asal apabila gangguan berlaku dan 2) momentum iaitu kecenderungan untuk
bergerak melebihi posisi rehat (overshoot), menjadi kedudukan berubah pada kedudukan
yang lain. Daripada kitaran 3, salur udara pipit terus membuka sehingga melebihi kedudukan
asal (overshoot) disebabkan oleh momentum. Kemudian sifat elastik lelidah pipit cenderung
mengembalikan lelidah kepada kedudukan asal sehingga kembali semula ke kitaran 1.
Keempatempat kitaran ini akan berulang semasa proses tiupan pernafasan berterusan
berlaku. Ayunan lelidah yang berterusan mengganggu aliran udara V1 yang mengalir masuk
ke dalam salur udara pipit menggetarkan partikel udara sehingga menghasilkan gelombang
bunyi. Gelombang bunyi yang dijanakan oleh pipit serunai ialah dalam bentuk yang
kompleks hasil campuran pelbagai frekuensi pada darjah yang sama menyamai hingar putih.
5.0
Bunyi yang dihasilkan daripada pipit ialah hingar putih iaitu gelombang yang bercampur
dengan pelbagai frekuensi yang dinamai berdasarkan konsep cahaya putih yang dihasilkan
daripada semua frekuensi warna (Martin S. Roden, 1996:128). Bunyi janaan daripada ayunan
pipit serunai akan merambat melalui batang menali, batang serunai dan kecopong sebelum
bebas ke ruang udara.
Proses perambatan gelombang bunyi serunai pada salur udara serunai akan
menghasilkan kawasankawasan regangan dan mampatan molekulmolekul udara dan
seterusnya mengakibatkan terjadinya perubahan ketumpatan dan tekanan di kawasan yang
terlibat. Oleh itu rambatan gelombang bunyi ini boleh digambarkan sebagai rambatan
gelombang tekanan. Donald E. Hall (2003) telah menggambarkan perkaitan antara sesaran
dan tekanan gelombang bunyi terhadap panjang pada salur udara untuk alat muzik tiupan
Resonans ialah satu fenomena yang terjadi akibat daripada satu jasad yang dipaksa bergetar pada frekuensi
aslinya (Rahim Sahar, 1996:60). Udara yang ada di dalam salur udara merupakan jasad yang kenyal mempunyai
frekuensi yang tersendiri dinamai frekuensi asli apabila bergetar. Jika satu daya berkala dan mempunyai
frekuensi yang berbeza dikenakan pada salur udara serunai, gangguannya akan menyebabkan terjadinya
getaran yang kecil pada jasad dan kemudiannya terhenti akibat ayunan terlembap. Jika frekuensi daya berkala
yang dikenakan adalah sama dengan frekuensi asli salur udara tersebut, maka amplitud getaran akan menjadi
maksimum dan fenomena ini dinamakan resonans.
kayu berlidah (reed woodwind) jenis kon seperti Serunai Kelantan pada Rajah 4, Rajah 5
dan Rajah 6.
Apabila tiupan mula dikenakan pada pipit serunai oleh pemain serunai, sesaran dan
mampatan udara pada salur udara serunai ialah seperti Rajah 4. Pada separuh masa pertama
kitaran, udara mula termampat (A) pada pangkal serunai X1 menghasilkan harmonik pertama
gelombang bunyi. Zarahzarah udara akan tersesar sedikit sebanyak y dan tekanan P yang
tinggi wujud. Di hujung serunai X2 berlaku regangan udara (B) akibat daripada tekanan yang
berkurangan. Udara yang teregang memudah pergerakan zarahzarah udara bergerak
menyebabkan sesaran menjadi tinggi.
Mampatan A dan regangan B berlaku secara berselang seli semasa harmonik ketiga
seperti Rajah 6. Tekanan P juga berubahubah dengan sesaran y. Apabila nilai tekanan P
maksimum sesaran y akan menjadi sifar begitu juga apabila amplitud sesaran y maksimum,
tekanan P akan menjadi sifar.
Pada separuh masa kedua kitaran (garisan putusputus) kesemua nilainilai tekanan P dan
sesaran y akan berulang dan merupakan nilai songsangan kepada kitaran separuh masa
pertama. Setiap harmonik memiliki kadar kitarannya tersendiri. Harmonik pertama dikenali
sebagai harmonik asas dengan frekuensi resonans fR. Nilai frekuensi untuk harmonik kedua
pula ialah 2 kali nilai fR dan nilai frekuensi untuk harmonik ketiga pula ialah 3 kali nilai fR.
Bilangan harmonik bergantung kepada ciriciri salur udara yang bergetar. Bagi alat muzik
yang memiliki sudut bukaan kon yang sempit seperti Serunai Kelantan, memiliki komponen
harmonik yang berfrekuensi tinggi berbanding dengan alat muzik seperti Soprano Saksofon
yang memiliki sudut bukaan kon yang lebih luas (seperti pada Rajah 7). Sudut yang besar
10
Hall
(2003), hubungan panjang kon serta halaju bunyi dengan frekuensi resonannya apabila
gelombang bunyi bergetar melaluinya seperti Persamaan 3.
Gelombang yang terhasil daripada tiupan serunai dan keluar daripada kecopong ialah
gelombang hasil yang mengandungi gelombang asas dan harmonikharmoniknya yang
berbezabeza amplitud dan frekuensinya, dikenali sebagai warna ton7. Warna ton ini
memberikan sifatsifat timbrik8 Serunai Kelantan yang membezakan antara bunyi tiupannya
dengan alatalat muzik yang lain.
Tujuh lubang petik dan satu lubang jerit digunakan untuk mengawal panjang akustik
L yang efektif bagi mengubah nilai frekuensi resonans fR. Kesemua lubanglubang ini sama
saiznya dan nisbah bandingan diameternya amat kecil jika dibandingkan dengan saiz
diameter salur udara serunai. Apabila serunai ditiup, frekuensi resonans fR yang berbeza
dihasilkan daripada penutupan dan pembukaan lubanglubang tersebut. Seperti Rajah 8(a),
apabila keseluruhan lubanglubang ini ditutup perambatan gelombang bunyi pada salur udara
serunai berada pada keadaan asas iaitu naik turun tekanan P selesai sehingga di hujung
serunai. Apabila lubang petik pertama dibuka seperti Rajah 8(b), naik turun pecutan
gelombang teranjak ke belakang menyebabkan panjang akustik L teranjak sebanyak Y
daripada hujung serunai (garisan putusputus). Ini kerana dinding yang menampung angin
sudah bocor dan tekanan tidak boleh lagi berada pada nilai yang asal kerana kehadiran lubang
tersebut. Walau bagaimanapun panjang akustik L masih berada di hadapan lubang yang
dibuka kerana saiz lubang tersebut kecil dan tidak mampu melarasi panjang akustik L supaya
berada betulbetul berada pada lubang tersebut.
Warna ton bunyi Serunai Kelantan terdiri daripada frekuensi asas dan komponen-komponen harmonik.
Daripada ujikaji makmal akustik yang dilakukan, frekuensi asas dan komponen-komponen harmonik Serunai
Kelantan adalah seperti Jadual 1.
8
Timbrik bermaksud sifat bunyi sesuatu alat muzik (Glosari Seni Muzik, 1996).
11
Apabila lubang kedua pula dibuka seperti Rajah 8(c), panjang akustik L akan terlaras
lagi dan berada di antara lubang pertama dan lubang kedua (garisan putusputus). Kedudukan
panjang akustik L akan berubahubah mengikut bukaan lubang petik. Semakin banyak
lubang petik yang dibuka semakin pendek panjang akustik L. Setelah semua lubang petik
dibuka, panjang akustik L boleh dipendekkan lagi dengan membuka jerit. Perubahan nilai L
turut mengubah nilai frekuensi resonans salur udara serunai melalui hubungan frekuensi
resonans fR dan panjang serunai L di dalam Persamaan 3.
Jadual 1: Nilai Frekuensi Asas dan Bilangan Komponen Harmonik Tangga Nada Serunai
Kelantan
No
Nada
Bil
Freq Asas,
Nada
Peratus
Nada
Peratus
Kompone
Hz
terhampir
Perbezaan
Skala D
Perbezaan
Major
(A =440H
Frekuensi
z)
1.
Rendah
40
226
A3
+46.58
A3
+46.58
2.
Pertama
33
301
D4
+42.71
D4
+42.71
3.
Kedua
30
323
E4
-35.17
E4
-35.17
4.
Ketiga
27
345
F4
-21.09
F#4
-121.09
5.
Keempat
26
366
F#4
-18.79
G4
-118.79
6.
Kelima
24
388
G4
-17.73
A4
-217.74
7.
Keenam
22
441
A4
+3.93
B4
-196.07
8.
Ketujuh
20
484
B4
-34.9
C#4
-234.99
9.
Kelapan
19
506
C5
-58.04
D5
-258.04
Laras frekuensi fR juga boleh dibuat dengan melaraskan halaju udara yang melalui
salur udara serunai dengan mengawal kekuatan tiupan. Sekiranya hembusan kuat dikenakan
halaju udara V akan meningkat maka frekuensi resonans fR juga akan meningkat. Teknik ini
12
juga digunakan untuk menghasilkan notnot tambahan dengan cara meningkatkan frekuensi
resonans fR apabila panjang akustik L tidak boleh dilaraskan lagi.
6.0
Bunyi hasil daripada tiupan Serunai Kelantan akan keluar daripada kecopong sebelum bebas
ke ruangan. Dengan menggunakan udara di ruangan sebagai medium, gelombang bunyi akan
merambat dan diterima telinga manusia. Gelombang bunyi yang tersebar akan diterima
telinga manusia yang berada di dalam lingkungan zon perambatan. Di dalam telinga manusia
gelombang bunyi akan terus merambat menuju ke gegendang telinga. Tenaga yang dibawa
oleh gelombang bunyi serunai akan menggetarkan gegendang telinga manusia seperti Rajah
9. Gegendang telinga akan memindahkan getaran melalui tulangtulang telinga tengah iaitu
malleus, incus dan stapes sebelum tiba di cochlea iaitu organ dalaman telinga yang sensitif
kepada frekuensi. Isyarat bunyi akan diasingkan mengikut frekuensi di cochlea dan dibawa
ke otak manusia melalui 4000 talian saraf. Melalui prosesproses ini, otak manusia dapat
menginterpretasikan parameter fizikal gelombang bunyi9 seperti seperti keamatan dan
frekuensi dan kesan sampul10 kepada persepsi bunyi secara psikologi seperti kekuatan bunyi,
kenyaringan bunyi dan timbrik (Harry F. Olson, 1952:243-255
Kekuatan bunyi serunai bergantung kepada aras keamatan gelombang bunyi serunai.
Perubahan tekanan udara yang besar menyebabkan perubahan amplitud yang besar pada
getaran gegendang telinga, tulang telinga tengah, tetingkap oval, perilymph dan membran
basilar. Lebih banyak pergerakan di dalam membran basilar bermakna lebih terangsang sel
rerambut dan menyebabkan lebih banyak denyutan dihantar ke otak manusia melalui saraf.
Kelangsingan bunyi serunai dipengaruhi oleh frekuensi gelombang bunyi. Kebolehan cochlea
pada Rajah 9, mengasingkan isyarat bunyi mengikut frekuensi membolehkan manusia
menilai spektrum akustik gelombang bunyi serunai seperti pada Rajah 11. Ini memberikan
gambaran bagaimana otak manusia dibezakan ton warna bunyi serunai dan sifatsifat ini
dipanggil timbrik.
Bentuk gelombang bunyi serunai Kelantan boleh digambarkan melalui graf keamatan bunyi (dB) melawan
frekuensi seperti bentuk gelombang bunyi nada pertama Serunai Kelantan pada Rajah 11.
10
Kesan sampul bunyi ADSR Serunai Kelantan terdiri daripada masa serentak (attack), lengah (delay), masa
bertahan (sustain), dan masa lepas (release) seperti yang ditunjukkan pada Jadual 2.
13
Bil
Nada
Atack,
Decay,
Sustain
Release
1.
Pertama
0.253
0.026
6.915
0.102
2.
Kedua
0.016
0.015
10.346
0.107
3.
Ketiga
0.222
0.026
9.708
0.085
4.
Keempat
0.164
0.034
9.7
0.060
5.
Kelima
0.151
0.021
7.141
0.080
6.
Keenam
0.070
0.027
8.097
0.058
7.
Ketujuh
0.158
0.015
9.901
0.081
8.
Kelapan
0.038
0.013
9.997
0.098
9.
Rendah
0.267
0.054
12.559
0.056
Nilai Purata
0.149
0.026
9.374
0.081
Purata Perbezaan
0.072
0.009
1.326
0.015
7.0
14
Gelombang udara akan bebas keluar ke ruangan melalui lubang di hujung serunai
iaitu bahagian kecopong. Pemain yang turut berada di dalam zon perambatan akan menerima
bunyi serunai melalui telinga seterusnya isyarat bunyi di interpretasi oleh otak. Otak manusia
akan bertindak balas dengan memberi arahan seterusnya kepada pengawal iaitu jarijari bagi
melaksanakan manamana kombinasi penjarian dan mulut bagi mengawal peniupan supaya
mendapat bunyi yang diinginkan telinga. Proses ini berulangulang sepanjang proses
memainkan serunai berlaku.
8.0
Kesimpulan
Berdasarkan penerangan di atas jelaslah bahawa tiga perkara diperlukan oleh seorang pemain
Serunai untuk menghasilkan bunyi iaitu i)Serunai Kelantan: peralatan untuk menghasilkan
getaran ii)Udara: medium yang berupaya memindahkan getaran tadi daripada sumber kepada
penerima dan iii)Telinga manusia: alat penerima. Berdasarkan pendekatan Akustik Muzik
terdapat tiga proses yang berinteraksi apabila Serunai Kelantan dimainkan dan proses-proses
tersebut ialah penghasilan bunyi oleh Serunai Kelantan, perambatan bunyi melalui udara dan
persepsi
bunyi
oleh
telinga
manusia.
Kombinasi
bunyi
secara
kesatuan
dan
Daripada penulisan ini dapat disimpulkan bahawa pendekatan akustik muzik mampu
menerangkan aspek teknikal seni bunyi alat muzik tradisional Melayu seperti Serunai
Kelantan. Aspek teknikal ini mempunyai potensi yang amat luas untuk diterokai dengan lebih
lanjut dan boleh digunakan untuk memajukan alat-alat muzik tradisional yang ada di
Malaysia. Pengetahuan ini seharusnya dimanfaatkan oleh khalayak industri kreatif seni
budaya dan warisan (IKSBW) - alat muzik tradisional di Malaysia seperti Akademi Seni
Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Istana Budaya melalui penubuhan Orkestra
Tradisional Malaysia (2010), Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, dan lain-lain pihak
yang berkaitan.
15
Rujukan
1. Azhar Abdul Latiff. 2007. Serunai Kelantan: Teknologi dan Aplikasi. Tesis M.A.
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
2. Curtis Sach. 1940. The History of Music Instrument. W.W. Norton, New York.
3. David B. Sharp. How You Ever Found An Oboe and Wondered Where It Came
From? Open University. D.E.M.E. , Faculty of Technology, Open University,
Walton Hall, Milton Keyness, MK7 6AA, UK.
4. David D. Boyden. 1956. An Introduction of Music. Alfred A. Knopf Inc. , New York.
5. David Lapp. 2003. Fundamental of Acoustic Music Wright Centre for Sceince
Education.Tufts University, Medford, M.A.
6. Donald E.Hall. 2003. Musical Acoustic. California State University, Sacramento.
7. Dournon, Genevieve. 1992.Organology. In Ethnomusicology: An Introduction, ed
Helen Myers.W.W. Norton & Co.
8. Ghulam - Sarwar Yousof (pngr.). 2004. The Encyclopedia of Malaysia: Performing
Arts. Archipelago Press, Kuala Lumpur.
9. Glosari Seni Muzik. 1996. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
10. Harry F. Olson, 1952. Music , Physics and Engineering. Dover Publications, New
York
11. John Backus. 1969. The Acoustical Foundation of Music. W.W. Norton &
Company.Inc. New York.
12. Kamus Dewan. Edisi Ketiga, 1994. Dewan Bahasa Dan Pustaka , Kuala Lumpur.
13. Martin S. Roden, 1996. Analog and Digital Communication System. Prentice Hall,
Upper Saddle River, New Jersey.
14. Md. Rahim Sahar. 1996. Gelombang Bunyi dan Optik. Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur.
15. Mohamed Ghouse Nasuruddin.1989. Malay Tradisional Music. Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur.
16. Mohamed Ghouse Nasuruddin. 2003. Muzik Tradisional Malaysia. Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kuala Lumpur.
17. Mohd. Rakib Mat Daud. 1989. Main Puteri. Dlm. Omar Farouk Bajunid (pnyt.) Eseiesei Budaya dan Sejarah Kelantan. Asrama Zaaba. Universiti Malaya, Kuala
Lumpur.
16
18. Mohd. Yusof Setafa. 1989. Makyong. Esei-esei Budaya dan Sejarah Kelantan.
Asrama Zaaba, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
19. Nik Mustapha Nik Mohd Salleh. 1998. Alat Muzik Tradisional di dalam Masyarakat
Melayu di Malaysia. Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan Malaysia,
Kuala Lumpur.
20. Panagiotis Tzevelekos dan Georgious Kouroupetroglou. 2004. Acoustical analysis of
woodwind musical instrument for virtual instrument implementation by physical
modeling. Proc. Conference ACOUSTICS 2004, Thessalonica, Greece.
21. Patricia Martusky. 1993. Malaysian Shadow Play and Music; Continuity of an oral
tradition. Oxford University Press, Kuala Lumpur.
22. Patricia Matusky dan Tan Sooi Beng (pnyt.). 1997. Muzik Malaysia : Tradisi Klasik,
Rakyat
dan Sinkretik. The Asian Centre, Pulau Pinang.
23. Rahmah Bujang & Nor Azlin Hamidon. 2002. Kesenian Melayu. Akademi Pengajian
Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
24. Wan Abdul Kadir. 2003. Pengkaedahan Penyelidikan Pengajian Melayu. Akademi
Pengajian Melayu Universiti Malaya Kuala Lumpur.
25. Wilmer T. Bartholomew. 1942. Acoustic of Music. Prentice Hall. Inc. Englewood
Cliffs, New Jersey.
17
P2
V2
V1
P1
V2
P2
Rajah 2: Keratan Rentas Pipit Serunai Kelantan dan Hubungannya dengan Teorem
Bernoulli.
18
x
P
A1
X1
A2
X2
Rajah
4: Sesaran Gelombang Bunyi (y) dan Tekanan Udara (P) Terhadap Kedudukan (x) di
dalam Salur Udara serunai pada Harmonik Kedua
19
Harmonik pertama, fR
P
x
X1
X2
Rajah 5: Sesaran Gelombang Bunyi (y) dan Tekanan Udara (P) Terhadap Kedudukan (x)
di dalam Salur Udara Serunai Kelantan pada Harmonik Pertama.
20
L
P
A1
X1
B1
A2
B2
A3 B3
X2
Rajah 6: Sesaran Gelombang Bunyi (y) dan Tekanan Udara (P) Terhadap Kedudukan (x) di
dalam Salur Udara Serunai Kelantan pada Harmonik Ketiga.
21
=40
L = 69cm
a) Soprano Saksofon
= 1.4 o
b) Serunai Kelantan.
Rajah 7: Perbandingan antara Sudut Bukaan Kon bagi Saksofon dengan Serunai Kelantan.
22
a)
b)
c)
XY
23
Rajah 10: Gelombang Bunyi Serunai Nada Pertama: Peratus Keamatan Bunyi (% dB)
Melawan Masa (t) pada t = 0.8 saat
24
Rajah 11: Spektrum Akustik Nada Pertama Serunai Kelantan: Nisbah Keamatan Bunyi
Melawan Frekuensi (f)
25