You are on page 1of 10

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Modul PBL - pembelajaran berasaskan masalah adalah merupakan satu pendekatan


pembelajaran yang digunakan bersandarkan kepada penyelesaian masalah yang
akan diberikan oleh pensuarah kepada pelajar. Permasalahan yang akan diberi
kepada pelajar akan dirangka dan dirancang terlebih dahulu agar setiap strategi
yang diambil oleh pelajar untuk menyelesaikan masalah tersebut akan dapat
meliputi keseluruhan kurikulum yang ada. Pembelajaran berasaskan masalah
adalah disokong oleh konsep pembelajaran secara kendiri bagi memudahkan para
pensyarah dan pelajar melalui proses pembelajaran yang lebih berkesan dan efaktif.
Pembelajaran berasaskan masalah adalah merangkumi cabaran kepada keadaan
penyelesaian masalah sebenar berkaitan topik yang dibincangkan, melibatkan
peggunaan akal dan fikiran yang kritikal dan sepenuhnya, kemahiran meyelesaikan
pemasalahan yang berkaitan, memenuhi keperluan dan disiplin kerja atau tugasan,
pembelajaran yang kendiri, gerak kerja berpasukan dan menguasai kemahiran
komunikasi, serta bertanggungjawab dan gigih dalam menyelesaikan sebarang
masalah yang berkaitan.

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Seperti yang diketahui umum, sistem pendidikan di Malaysia adalah berorentasikan


peperiksaan iaitu pelajar wajib menduduki peperiksaan awam seperti UPSR, PMR,
SPM dan STPM. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lazimnya digunakan
ialah kaedah kuliah iaitu pembelajaran berpusatkan guru. Hasil dari pembelajaran
kaedah pengajaran secara kuliah didapati masih terdapat kelemahan dalam
melahirkan graduan yang menguasai kemahiran generik walaupun pencapaian
akademik yang terbaik (Hasyamudin dan Rahifa, 2005).

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed dalam kenyataan


akhbar, menyatakan bahawa beliau mahu melihat perubahan dalam corak
pendidikan agar melahirkan pelajar yang berani, mempunyai kemahiran dan
berpengetahuan (Hasyamudin dan Rahifa, 2005).

Oleh hal yang demikian, para pendidik perlu mengorak langkah bagi membaiki dan
meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) supaya ianya seiring
dengan teknologi terkini dan perkembangan semasa. Menjadi tanggungjawab
pendidik untuk menggunakan dan mempelbagaikan kaedah P&P bagi melahirkan
pelajar yang berkualiti. Antara kaedah P&P yang digunapakai ialah Pembelajaran
Berasaskan Masalah (PBL) yang merupakan salah satu contoh yang baik untuk
proses pembelajaran secara pengalaman dan pendekatan berpusatkan pelajar. Di

mana dalam kaedah PBL, pelajar akan berusaha untuk mencari maklumat dan
menyelesaikan masalah dengan usaha sendiri. Proses tersebut akan menggalakan
pelajar berfikir secara kritis dan kreatif (KUiTTHO, 2005).

Diperkukuhkan lagi apabila Lynda Wee (2004) menyatakan bahawa PBL adalah satu
pendekatan pemusatan pelajar yang merupakan pendekatan yang efektif dalam
meningkatkan kualiti pembelajaran, menggalakan penglibatan aktif, bekerjasama,
maklum balas yang cepat terhadap proses pembelajaran, pemahaman yang
mendalam terhadap subjek dan merujuk kesesuaian pembelajaran pelajar melalui
pembelajaran kendiri.

Sejarah PBL

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) mula diperkenalkan dalam pembelajaran


tradisional sekitar tahun 1960-an di McMaster University, Canada (Barrow &
Tamblyn, 1980). Merujuk kepada buletin KUiTTHO (2005), kaedah ini diperkenalkan
oleh Professor Howard Barrow. Pada mulanya, kaedah ini ditolak oleh semua orang.
Namun begitu, beliau menggunakan kaedah ini kepada pelajar perubatan di bawah
seliaannya dan mendapat reaksi yang positif di kalangan pelajar tersebut.
Pendekatan ini telah membuka mata dan menarik minat para pendidik yang lain
untuk menggunakannya. Kesannya, pendekatan ini telah digunapakai dalam
pelbagai bidang terutamanya dalam bilang kejuruteraan. Kini, Professor Barrow
menjadi role model bagi PBL dan Universiti McMaster menjadi perintis kepada PBL.
Selain itu, Don Wood merupakan bapa kepada PBL dalam bidang kimia. Beliau juga
dari Universiti McMaster.

Objektif PBL

Menurut Barrow & Tamblyn (1980), antara objekif pendidikan kaedah ini
diperkenalkan ialah:
a) Mengukuhkan kemahiran pelajar untuk mempelajari sesuatu prinsip, konsep dan
belajar menggunakan maklumat dalam pelbagai situasi.
b) Memperkembangkan kemahiran pelajar memberi hujah dan pendapat, berfikiran
kritis, serta kemahiran membuat keputusan.

c) Memperkembangkan kemahiran pelajar mengintegrasikan pengetahuan dalam


pelbagai disiplin ilmu dan kefahaman yang baik tentang peranan sikap kemanusian
terhadap kemajuan profesionalisme.
d) Menyediakan pelajar kepada konsep pembelajaran sepanjang hayat.
e) Menggalakkan pembelajaran kumpulan kecil, keperluan kepada keberkesanan
kerja berpasukan dan pembelajaran secara kolaboratif
(Barrow & Tamblyn dipetik daripada Suhaimi Makminin, 2005)

Ciri-ciri PBL

Definisi awal PBL memperkenalkan Model Klasik oleh Barrow dan Tamblyn, 1980
yang dinyatakan dalam penulisan Baden dan Mojor (2004) yang mempunyai ciri-ciri
seperti:
a) Situasi masalah sebenar yang kompleks iaitu tidak mempunyai jawapan yang
betul atau salah,
b) Pelajar bekerja dalam kumpulan untuk menangani masalah, mengenalpasti
jurang pembelajaran dan mengembangkan pelbagai penyelesaian,
c) Pelajar memperolehi informasi baru melalui pembelajaran kendiri,
d) Pensyarah sebagai pembimbing,
e) Masalah akan memandu ke arah perkembangan keupayaan penyelesaian
masalah ilmu perubatan.

Perlaksanaan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

Menurut Lynda Wee (2004), terdapat tujuh langkah dalam menerangkan proses PBL.
Langkah-langkah tersebut ialah seperti berikut:

a) Pembahagian Kumpulan

Pada peringkat ini, pelajar akan mengenali di antara satu sama lain dan pelajar
akan membentuk kumpulan masing-masing. Seterusnya, ketua kumpulan dan
pencatat akan dilantik dan peraturan-peraturan kumpulan akan dibentuk.

b) Mengenalpasti Masalah

Pelajar akan dikemukakan dengan masalah untuk diselesaikan. Pelajar perlu


mengenalpasti dan mengesahkan masalah tersebut dan menyatakan masalah
tersebut berdasarkan fakta-fakta yang diperolehi. Proses mengenalpasti masalah
melibatkan elemen-elemen pencetus idea terhadap masalah yang ingin dikaji, juga
dikenali sebagai trigger. Trigger boleh didapati dalam bentuk gambar, petikan surat
khabar, klip video, petikan jurnal dan juga kejadian sebenar yang berlaku. Trigger ini
akan menyebabkan sesuatu isu dipersoalkan, diperdebatkan dan memberi petunjuk
kepada penyelesaian masalah tersebut.

c) Menjana Idea

Pada peringkat ini, pelajar akan mengeluarkan idea-idea yang dapat membantu
dalam proses penyelesaian masalah tersebut.

d) Isu Pelajaran

Pelajar perlu mengenalpasti apakah yang perlu dipelajari dan mencari isu-isu yang
dapat membantu mereka untuk menyelesaikan masalah serta mengetahui apakah
langkah-langkah yang perlu diambil bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Seterusnya, pelajar akan mengenalpasti tindakan yang sesuai untuk menyelesaikan
masalah yang diberikan.

e) Pembelajaran Kendiri

Pada peringkat ini, pelajar akan mencari dan merumuskan informasi-informasi yang
relevan dan logik dengan masalah yang diberikan.

f) Sintesis dan Aplikasi

Punca-punca informasi perlu disahkan kesahihannya terutamanya daripada Internet.


Pelajar akan mula berkongsi maklumat dengan pelajar yang lain dan
mengaplikasikan maklumat yang diperolehi untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Seterusnya, pelajar akan berbincang, membangunkan penyelesaian dan membuat
penerangan terhadap penyelesaian yang diambil.

g) Refleksi dan Tindak Balas

Pada peringkat ini, pelajar akan memberi tindak balas terhadap kerja kumpulan,
kerja individu, penjanaan pengetahuan, penyelesaian masalah dan juga peranan
fasilitator. Seterusnya, perbincangan akan dilakukan dalam kumpulan masingmasing.

Ini jelas menunjukkan bahawa kemahiran yang paling diperlukan ialah kemahiran
menyelesaikan masalah. Diperkukuhkan lagi apabila Nor Ratna Masrom (2006) telah
membuat kajian yang bertajuk "Problem Solving Skill in ICT and Multimedia
Application mendapati bahawa tanpa pengetahuan dan kemahiran penyelesaian
masalah, pelajar tidak mampu untuk melaksanakan dan mengaplikasikan kaedah
PBL dengan sempurna dan cekap.

Proses Menyelesaikan Masalah

Menurut George Polya (1957), sesuatu masalah boleh diselesaikan melalui empat
langkah penyelesaian iaitu:
a) Memahami masalah iaitu menentukan apa yang hendak diselesaikan dan
maklumat yang berkaitan dengannya;
b) Menyediakan rancangan penyelesaian iaitu mencari perkaitan antara maklumat
yang diberi dengan penyelesaian;
c) Melaksanakan rancangan iaitu melaksanakan apa yang dirancang dengan teliti,
langkah demi langkah; dan
d) Menyemak jawapan iaitu menyemak ketepatan dan kesesuian hasil penyelesaian
dengan apa yang hendak diselesaikan.
(Widad Othman, et al, 2003)

Menurut Razihan Abdul Jalil (2001) kaedah penyelesaian masalah merupakan salah
satu kaedah yang dapat melibatkan aktiviti pelajar mencari maklumat untuk
menyelesaikan masalah yang diberikan kepada mereka di samping memberi
peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman dan kemahiran (Mohd
Khairuddin Abdul Karim, 2005). Berdasarkan Smith (1997) dan Edward dan Monika
(1995) terdapat lima proses untuk menyelesaikan masalah. Proses-proses tersebut
ialah:

a) Mengenalpasti Masalah

Pada peringkat ini, pelajar akan diberikan masalah untuk diselesaikan. Tugas pelajar
adalah untuk mengenalpasti masalah yang diberi dan menjadikan masalah tersebut
sebagai persoalan yang perlu diselesaikan. Kemudian, pelajar perlu membuat
rumusan berdasarkan objektif masalah dan mengenalpasti sumber-sumber yang
perlu digunakan untuk memperolehi maklumat yang benar, relevan dan penting
untuk menyelesaikan masalah tersebut. Selain itu, pelajar perlu merancangan
kaedah penyelesaian dari peringkat awal sehingga permasalahan tersebut dapat
diselesaikan dengan sempurna. Menurut Mohd Azhar Abdul Hamid (2003)
menyatakan, pada mulanya masalah dikenalpasti daripada segi struktur masalah
dan dibuat definisi. Definisi yang tepat membantu pemahaman bagi menyelesaikan
masalah yang dihadapi dan memilih alternatif penyelesaian masalah yang tepat.

b) Menganalisis Masalah dan Mengumpulkan data

Pelajar perlu mengumpul data dan membuat penganalisian terhadap maklumat


yang diperolehi. Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan terdapat pelbagai teknik
pengumpulan data. Contohnya, gambar rajah tulang (analysis: couse dan effect),
carta pareto, carta pai, carta aliran dan lain-lain.

Proses menganalisis masalah ini diperlukan bagi mengembangkan pemikiran dan


mempertimbangkan semua kemungkinan. Objektif bagi peringkat ini adalah
mencari punca masalah tersebut berlaku. Menurut Kirby, Gary R, dan Goodpaster,
Jeffery. R (2002), sesuatu masalah itu tidak dapat diselesaikan sehinggalah punca
masalah tersebut ditemui. Beberapa persoalan perlu ditanya sama ada apa, di
mana, bila, siapa dan bagaimana masalah itu berlaku. Masalah dianalisis daripada
pelbagai sudut seperti ataupun kepentingan masalah, pengalaman diri, tindak balas
pihak lain, kos masalah, lokasi berlaku masalah, perbandingan dengan masalah lain
dan sebagainya ( Mohd Azhar Abdul Hamid, 2003).

Pada peringkat ini, pelajar boleh mengsahkan kesahihan maklumat yang diperolehi
dan mampu mengenalpasti penyarah yang boleh dirujuk untuk menyelesaikan
masalah tersebut. Selain itu, pelajar mampu mencari punca utama masalah
tersebut. Pelajar juga perlu berbincang dan berkongsi maklumat dangan ahli
kumpulan yang lain serta perlu mamastikan sama ada maklumat yang dikumpulkan
mencukupi ataupun tidak.

c) Membuat Keputusan

Pelajar perlu membuat pemilihan penyelesaian masalah dengan tepat dan pastikan
penyelesaian yang dibuat merupakan penyelesaian yang terbaik. Disamping itu,
pelajar perlu mempunyai alasan yang kukuh untuk menyokong penyelesaian yang
diambil. Pemilihan penyelesaian ini dijana dengan menggunakan pelbagai kaedah
bagi memastikan idea yang diperolehi berkualiti. Menurut Mohd Azhar Abdul Hamid
(2003) menyatakan bahawa salah satu kaedah mencari penyelesaian adalah
brainstorming. De Janasz, et al (2002), kaedah ini mengundang banyak ideea untuk
menyelesaikan masalah kerana kaedah ini merupakan salah satu teknik di mana
ramai orang dari satu kumpulan berkongsi idea terhadap suatu perkara tanpa
mengkritik. Ini adalah supaya perbincangan terbuka di dalam kumpulan tersebut
digalakkan bagi menghasilkan idea kreatif. Kaedah ini sesuai digunakan bagi
masalah kumpulan.

d) Mengenalpasti Penyelesaian yang Terbaik

Kini, pemusatan pemikiran diperlukan bagi menilai, membanding dan menjalankan


percubaan melaksanakan jalan penyelesaian (Mohd Azhar Abdul Hamid, 2003).
Pada peringkat ini, pelajar perlu merancang bagaimana untuk menyelesaikan
masalah tersebut dengan sewajarnya. Ini kerana, faktor paling penting dalam
penilaian adalah kesan kepada jalan penyelesaian. Kesan ini terdiri daripada kesan
posivif dan negatif. Oleh itu, pertimbangan yang teliti amat diperlukan bagi
memastikan keputusan yang dipilih mempunyai kelebihan dan memberi manfaat
kepada ahli kumpulan yang lain. Selain itu, pelajar seharusnya mampu untuk
memastikan keputusan yang dipilih boleh mengembangkan atau menghadkan
penyelesaian masalah serta keputusan yang dipilih merupakan alternatif yang
terbaik.

e) Melaksanakan Keputusan

Mohd Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan bahawa keempat-empat peringkat di


atas hanya terkandung dalam peringkat perancangan. Selepas penentuan alternatif
jalan penyelesaian, ianya perlu dilaksanakan dengan teknik yang betul dan tepat.
Ini juga membantu penyelesaian masalah bagi mengorganisasikan proses
pelaksanaan dan menguji sama ada hasil yang dijangka dapat dijana atau tidak.

Kelebihan PBL

Menurut Montgomery (2000), antara kelebihan utama PBL berbanding strategi


pembelajaran lain yang dicadangkan oleh teori konstruktivisme ialah rangsangan
atau stimulasi yang berjaya dihasilkan olehnya dalam membentuk kognitif pelajar
agar lebih bersifat ingin tahu. Ini seterusnya menurut mereka berjaya
meningkatkan minat atau motivasi pelajar untuk terus belajar. Masalah
yang menyerupai masalah dunia sebenar yang digunakan pula membolehkan
pelajar mencuba pelbagai jalan penyelesaian dalam persekitaran
pembelajaran yang lebih selamat (Jamalludin Harun, et al, 2005).

Prof Madya Dr Khairiyah Mohd Yusof di dalam Berita Harian 25 Jan 2007,
menyatakan keinginan menyelesaikan masalah mendorong pelajar
melaksanakan pembelajaran kendiri dan pengajaran antara rakan sebaya
(peer teaching) dalam kumpulan dan antara kumpulan. Pelajar yang melalui
PBL dapat membina kemahiran pemikiran kritis dan kreatif, menganalisis
dan menyelesaikan masalah. Tse dan Chan, (2003) menyatakan bahawa
kaedah PBL sangat berkesan dalam meningkatkan pemahaman dan
pengetahuan teknikal pelajar. Melalui kaedah ini, setiap pelajar diberi
banyak peluang untuk mempraktikan teknik pembelajaran kendiri yang
merupakan elemen penting dalam menentukan kerjaya masa depan
mereka. Selain itu, kebolehupayaan pembelajaran pelajar dapat
ditingkatkan melalui kerjasama dalam kumpulan yang diamalkan untuk
subjek kejuruteraan.

Secara amnya, jelas membuktikan bahawa Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)


mampu untuk melahirkan dan mendidik pelajar menjadi seorang pemimpin
yang mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah. Selain itu, pelajar
dapat meningkatkan minat dan motivasi untuk terus belajar, membina
kemahiran pemikiran kritis dan kreatif, menganalisis dan menyelesaikan
masalah. Oleh hal demikian, pelajar dapat meningkatkan pemahaman dan
pengetahuan isi pelajaran bagi sesuatu matapelajaran dengan mudah dan
mendalam. Secara tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian
akademik pelajar tersebut. Penyataan ini disokong dengan kajian yang
dilakukan oleh Ward dan Lee (2004) menyatakan bahawa pelajar yang
mengikuti kaedah PBL dapat memahami isi pelajaran dengan lebih
mendalam bagi matapelajaran Teknologi Makanan dan Nutrisi.

Banyak kajian yang membuktikan bahawa kaedah PBL mampu meningkatkan


kemahiran generik para pelajar terutamanya dalam kemahiran
menyelesaikan masalah. Kenyataan ini disokong oleh Hasyamuddin dan
Rahifa (2005) bertajuk Kemahiran Generik Dalam Kelas Bercirikan
Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) di Kalangan Pelajar Kolej Universiti
Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) mendapati bahawa PBL membantu pelajar

dalam memperolehi kemahiran generik dan penglibatan aktif dalam kelas


berbanding pelajar yang menggunakan kaedah kuliah.

Kesimpulan

Kesimpulannya, kaedah PBL banyak menekankan dan menitikberatkan cara pelajar


menganalisis masalah dan menyelesaikannya. Kemahiran ini adalah penting bagi
melahirkan dan mendidik bakal-bakal pemimpin yang bertanggungjawab dan
berkeyakinan dalam menyelesaikan masalah dan mampu untuk membuat
keputusan yang tepat dan adil. Secara amnya, kaedah PBL boleh dijadikan salah
satu pendekatan dan latihan yang berkesan untuk melahirkan pemimpin-pemimpin
yang mempunyai jati diri yang kuat, berwawasan tinggi, mengamalkan cara
komunikasi yang betul, dan berkemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah dengan tepat. Ciri-ciri tersebut merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam
diri seseorang pemimpin yang disenangi dan disukai oleh pengikut-pengikutnya.
Oleh hal yang demikian, orang-orang yang dipimpin akan lebih menghormati dan
berasa selamat di bawah jagaannya.

Rujukan

Ainon Mohd. (2003). Teori dan Teknik Kepimpinan Panduan Aplikasi di Tempat
Kerja. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd: Pahang.
Baden, M.S & Major, C.H. (2004).Foundation of Problem-Based Learning. USA: Mc
Graw Hill Education.
Berita Harian 25 Jan 2007. Pembelajaran Berpasukan Bentuk Kemahiran Insan.
Oleh Muhammad Amir.
Borrows, H.S., (1996). Problem Based Learning in Medician and Beyond: A Brief
Overview dalam Wilkerson, L.A and Gijselaers W.H. Bringing Problem Based Learning
to Higher Education: Theory and Practice. San Francisco: Jossey Bass Publishers. 312
De Janasz, Suzanne, C. et al (2002). Interpersonal Skill in Organization. USA: Mc
Graw Hill.
Edward, L., Monika, L. (1995). Creative Problem Solving: Thinking Skill for A
Changing Wold. USA: Mc Graw Hill

Hasyamudin Othman dan Rahifa Mustafa. (2005). Kertas Kerja Perbentangan


Kemahiran Generik dalam Kelas Bercirikan Pembelajaran Berasaskan-Masalah (PBL)
di Kalangan Pelajar Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein ONN (KUiTTHO).
Kirby, Gary, R. & Goodpaster, Jeffery, R. (2002). Thinking. USA: Prentice Hall.
Koonts dan ODonnel. (1976).Management: A system and Contigency Analysis of
Managerial Functions. Mc Graw Hill: New York, Vol 6.

You might also like