You are on page 1of 2

Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) KPM dan KPI Ketua

Pengarah Pelajaran Malaysia


YAB Perdana Menteri telah mengumumkan fokus Bidang Keberhasilan
Utama (NKRA) bagi kerajaan apabila beliau mula memegang tampuk
pimpinan negara. NKRA tersebut turut merangkumi bidang pendidikan
negara

yang dipertanggungjawabkan kepada

Kementerian Pelajaran

Malaysia. Bidang keutamaan yang dikenalpasti yang diberi keutamaan


oleh negara ialah meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti
dan berkemampuan. Di bawah NKRA KPM tersebut difokuskan kepada 4
sub-NKRA iaitu:
1. Prasekolah - dimana peningkatan 20% penyertaan kanak-kanak 5 tahun
ke

atas

ke

pendidikan

prasekolah

dengan

menjadikan

pendidikan

prasekolah sebagai aliran perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan


pada tahun 2012.
2. Literasi dan Numerasi - di mana semua kanak-kanak yang tidak
mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi
dan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4 pada tahun 2012.
3. Sekolah Berprestasi Tinggi - di mana usaha KPM membangunkan 100
buah ' high performance schools ' termasuk 'trust schools' pada akhir
tahun 2012.
4.

Pengetua/Guru

Besar

di

mana

bai'ah

atau

akujanji

kepada

Pengetua/Guru Besar berdasarkan 'performance based assessment' mulai


tahun 2010.
Key Performance Indicator (KPI) atau Bidang Pengukuran Prestasi bagi
KPPM telah ditetapkan berdasarkan kepada beberapa kpi :
1.

Nisbah

Guru:Murid

mengikut

sasaran

tahun

semasa

Sekolah

Menengah 1:17, Sekolah Rendah 1:16)


2. Penurunan kes disiplin sekolah sebanyak 0.02% setahun bagi semua
jenis sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh negara.
3. Peratus peningkatan sebanyak 1.0 % setahun bagi kadar pencapaian
murid dalam Kelas Intervensi Awal (KIA2M).

4. Pencapaian pelajar berdasarkan Gred Purata Nasional pada peringkat


UPSR (GPN=3.00), PMR (GPN=3.50), dan SPM (GPN = 6.00).
5. Peningkatan 2 % Guru Ijazah Terlatih di sekolah rendah dan 1 % di
sekolah menengah.
6. Penurunan peratus jurang pencapaian pelajar bandar dan luar bandar
(UPSR - 0.3%, PMR - 0.3%, dan SPM - 0.2%)

You might also like