You are on page 1of 5

TEKS UCAPAN PERASMIAN

JOGATHON JAYA 2012


SMK CHERAS JAYA

OLEH :
HAJI AZMAN BIN IDRIS
YANG DIPERTUA PIBG
PADA :
8 OGOS 2012

Bismillahirrahmanirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.
Terima kasih puan pengerusi majlis.

Yang berusaha,
Puan Hashimah Binti Hashim

Pengetua SMK Cheras Jaya

Puan Sofia Nor Binti Molhit

Penolong Kanan SMK Cheras Jaya

Encik Othman Bin Omar

Penolong Kanan HEM

Puan Anita Mazlina Bt Azman Arash En. Azhari Bin Mohd Yusop

Pen.Kanan Kokurikulum
Pen. Kanan Pendidikan Khas

Yang dihormati,
Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran
Guru-guru Cemerlang
Seterusnya pelajar-pelajar yang saya kasihi sekalian.

Terlebih dahulu, masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat berpuasa
sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini. Marilah kita semua panjatkan
kesyukuran kepada Allah SWT atas limpah dan kurnia-Nya maka kita dapat berada di
sini, masih menghirup udara segar dan berpeluang menikmati keindahan alam dan
mengejar cita-cita dan impian. Bagi pelajar-pelajar Tingkatan Tiga yang sedang
menghadapi peperiksaan percubaan, saya ucapkan selamat menempuh peperiksaan

dan semoga anda berjaya dalam peperiksaan ini dan seterusnya peperiksaan sebenar
nanti.

Pelajar-pelajar yang saya kasihi sekalian,

Seperti mana yang kita sedia maklum, selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa
Guru saya berasa terpanggil untuk mampir sebentar ke sini untuk menyampaikan mesej
penting kepada pelajar-pelajar sekalian dan seluruh warga sekolah tentang agenda
penting yang diamanahkan kepada saya, iaitu program Jogathon Jaya 2012.

Pada tahun ini, sekolah kita akan sekali lagi menjalankan program ini demi
merealisasikan hasrat kita yang masih belum terlaksana, iaitu untuk membina bumbung
gergasi atau Lindungan Suria. Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk menambah dana
bagi melaksanakan projek pembinaan bumbung gergasi yang menjadi impian dan
harapan seluruh warga sekolah agar sekolah menyediakan suasana pembelajaran
yang lebih kondusif. Hasil kutipan program Jamuan Amal Jalinan Kasih tahun 2011
yang lalu, jauh daripada mencukupi untuk membina bumbung yang diidam-idamkan
iaitu sekitar 5 peratus sahaja daripada kos keseluruhan.

Walaupun sekolah kita ini merupakan sebuah sekolah kerajaan, namun anda dapat
saksikan sendiri bahawa masih terdapat kekurangan dari segi kemudahan dan
keselesaan pelajar terutama ruang untuk majlis perhimpunan diadakan. Pelajar-pelajar
terpaksa duduk di bawah panas matahari dan bertempiaran lari apabila hujan menimpa
bumi. Banyak sudah sekolah berhampiran kita sudah mempunyai bumbung seperti
SMK Sungai Long, SMK Jalan Empat, dan SMK Taman Jasmin yang terbina hasil
usaha PIBG dan kerjasama seluruh warga sekolah. Jadi, sebagai mewakili ibu bapa,
hasrat untuk melihat anak-anak bernaung di bawah bumbung yang dibina sendiri oleh
PIBG amatlah membara sekali.

Selain itu, pelajar-pelajar sesi petang pula terpaksa menahan panas terik matahari yang
suhunya semakin meningkat akhir-akhir ini. Perhimpunan rasmi yang diadakan di ruang
legar pula tidak mampu menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat saban
tahun. Jadi, marilah kita ikhlaskan diri menghulurkan khidmat bakti dengan menjayakan
program ini. Setiap pelajar dan warga sekolah akan dibekalkan dengan sekeping kad
yang dinamakan Jogathon Jaya. Hulurkan kad tersebut kepada ibu atau bapa anda dan
sampaikan pesanan pihak sekolah agar ibu bapa anda bertindak untuk memenuhkan
ruang dalam kad tersebut bagi mendapatkan dana untuk sekolah kita. Tambahan lagi,
kita berada dalam bulan yang mulia ini, setiap sen yang disedekahkan dengan seribu
keikhlasan, pahalanya akan digandakan oleh Allah SWT dan akan berkekalan sehingga
hari kiamat.

Pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian,


Seterusnya, pada penghujung tahun nanti, acara larian Jogathon Jaya akan diadakan.
Sekali lagi saya menyeru kepada semua pelajar agar mengambil bahagian dalam acara
tersebut yang mana, pelajar yang mengembalikan kad kepada pihak sekolah sekurangkurangnya mempunyai RM50.00 akan dibenarkan mengambil bahagian dalam acara
larian tersebut. Selain itu, setiap kad yang mencapai sasaran kutipan RM100.00 bagi
setiap pelajar akan diberi peluang untuk cabutan bertuah yang akan diadakan nanti.
Insya-Allah, pihak sekolah akan berusaha untuk mendapatkan hadiah yang menarik
kepada pemilik kad yang berjaya mendapatkan sumbangan yang tertinggi. Ambillah
peluang dan kesempatan ini yang untuk menghilangkan tekanan dan meningkatkan
kecergasan melalui acara larian beramai-ramai Jogathon Jaya.

Sekian dahulu, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya merasmikan program


Jogathon Jaya tahun 2012.

You might also like