You are on page 1of 46

Disediakan Oleh:

Jabatan Perkhidmatan Awam


Malaysia

Keterangan lanjut, sila hubungi:


Bahagian Perkhidmatan
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Aras 6, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
Tel: 03-8885 3000

Sekalung Ucapan

Ketua Pengarah Perkhidmatan


Awam

Assalamualaikum w.b.t.
Salam Sejahtera.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana
dengan
keizinan-Nya
Kit
Pengenalan Perkhidmatan
Awam ini dapat dikeluarkan.
Kit p engenalan ini m emberi
panduan k epada p egawai b aru b erhubung
dengan p ersekitaran p erkhidmatannya dalam
kerajaan. D engan m aklumat yan g d ibekalkan,
diharapkan pegawai baru akan mengetahui dan
menghayati d engan l ebih cepat perkaraperkara as as mengenai p erkhidmatan awam
dan seterusnya akan menjalankan tugas dengan
lebih berkesan.
Oleh i tu, saya berharap agar setiap pegawai
baru
dapat
memanfaatkan
sepenuhnya
maklumat yang disediakan ini dan dari semasa
ke s emasa memperkayakan l agi pengetahuan
dan s eterusnya memberi p erkhidmatan y ang
terbaik demi agama, bangsa dan negara.
Semoga perkhidmatan awam akan terus dinamik
dengan ad
anya
modal i
nsan yan
g
berpengetahuan dan berprestasi tinggi.
Sekian, terima kasih.

DATO SRI ABU BAKAR BIN HAJI ABDULLAH


Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Malaysia

Kandungan
Bil.

Perkara

Muka Surat

1.

Pendahuluan

2.

Sistem Pentadbiran
Kerajaan

Badan Perundangan

Badan Eksekutif

Badan Kehakiman

3.

Struktur P
entadbiran
Kerajaan Persekutuan

4.

Perkhidmatan Awam

Kedudukan
Perkhidmatan A wam
Dalam
Perlembagaan
Persekutuan

10

Kuasa M
elantik
Pegawai Awam

10

Pengekalan Pegawai
Dalam Perkhidmatan

12

Jentera P entadbiran
Awam

12

Bil.

Perkara

5.

Hal-hal Perkhidmatan

19

Pelantikan

20

Penetapan Gaji
Permulaan

20

Syarat Pengesahan
Dalam Perkhidmatan

20

Pegawai Boleh
Ditamatkan
Perkhidmatan
Perkara

Bil.

Muka Surat

21
Muka Surat

Pengemaskinian
Maklumat Pegawai
Dalam Aplikasi HRMIS

21

Opsyen Skim KWSP

22

Pergerakan Gaji
Tahunan

23

Kenaikan Pangkat

23

Kemudahan Latihan

25

Elaun Dan
Kemudahan

25

Bil.

Perkara

5.

Hal-hal Perkhidmatan

Muka Surat

Etika Berpakaian

25

Cuti Rehat

27

Tata Kelakuan Dan


Integriti
Pegawai
Awam

27

Hukuman Tatatertib

32

Faedah Persaraan

33

6.

Penutup

35

7.

Rujukan

37

8.

Penghargaan

40

PENDAHULUAN
Kit Pengenalan Perkhidmatan A wam ini
merupakan panduan asas kepada pegawai
baru yang d ilantik dalam p erkhidmatan
awam.
Kit pengenalan ini m enjelaskan
mengenai s istem pe ntadbiran K erajaan
Malaysia, p erkhidmatan aw am d an hal-hal
berkaitan p erkhidmatan pegawai. Maklumat
yang d inyatakan d alam kit pengenalan ini
berupaya
membantu p
egawai
untuk
mengetahui
persekitaran
pekerjaannya
dengan le bih c epat
dan
seterusnya
membantu pegawai d alam menjalankan
tugas dengan lebih berkesan.

SISTEM PENTADBIRAN KERAJAAN


2. Malaysia
merupakan
negara
yang
mengamalkan s istem d emokrasi b erparlimen
dan Raja B erperlembagaan yang ma na Seri
Paduka Bag inda Y ang di-Pertuan A gong
berperanan s ebagai Ketua Ne gara. Sebagai
pelengkap k epada p embentukan negara,
Perlembagaan Persekutuan telah digubal dan
menjadi
punca ku asa
serta
sumber
perundangan u tama ne gara. P erlembagaan
Persekutuan
menjelaskan
struktur
pembahagian ku
asa
dalam
sistem
pentadbiran n egara yang meliputi Badan
Perundangan (Legislative), Badan Eksekutif
(Executive) dan Badan Kehakiman (Judicial)
serta p eranan K erajaan P ersekutuan d an
Kerajaan N egeri serta pe rhubungan antara
kedua-duanya.
2.1. Badan Perundangan
Parlimen M alaysia ad alah
badan
perundangan dalam sistem K erajaan
Malaysia.
Dari
segi
struktur
pentadbirannya,
Parlimen
Malaysia
mengandungi tiga in stitusi utama iaitu
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong, Dewan N egara d an Dewan
Rakyat.
Parlimen M alaysia berfungsi sebagai
platform bagi K erajaan P ersekutuan
menggubal undang-undang. Dari segi
prosedur, u
ndang-undang y
ang
dibentang d an d iluluskan o leh Dewan
Rakyat dan Dewan Negara akan
diangkat u ntuk m endapat p erkenan Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,
sebelum diwartakan dan dikuatkuasakan
di seluruh negara.

Bangunan Parlimen
Malaysia di Jalan
Parlimen, Kuala Lumpur

Selain pe nggubalan undang-undang,


Parlimen Malaysia berfungsi meluluskan
pindaan k
epada u
ndang-undang
Persekutuan, m emeriksa
dasar-dasar
serta meluluskan p erbelanjaan K erajaan
Persekutuan dan hasil-hasil cu kai y ang
baru. Parlimen M alaysia ju ga me njadi
forum untuk a hli parlimen m embahaskan
isu-isu berkepentingan n asional s erta
menyampaikan pa ndangan d an k ritikan
berhubung perkara-perkara yang berlaku
dalam dan di luar negara.
2.2. Badan Eksekutif
Jemaah M enteri atau b adan eksekutif
merupakan badan pe merintah bagi
Kerajaan M
alaysia.
Badan in
i
bertanggungjawab menjalankan kuasakuasa e ksekutif m engikut P erlembagaan
Persekutuan dan u ndang-undang yang
berkuat ku asa. Badan ini d ibantu o leh
jentera p entadbiran
awam
yang
bertanggungjawab m elaksana
dan
menguatkuasakan
undang-undang,

dasar-dasar
negara.

awam d

an

mentadbir

Jabatan Perdana Menteri:


Lokasi Mesyuarat Jemaah Menteri

Kuasa
Jemaah M enteri
dijelaskan
di ba wah Perkara 39,
Perlembagaan
Persekutuan. Be rdasarkan p eruntukan
tersebut,
kuasa m emerintah bagi
Persekutuan t erletak p ada Seri P aduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong dan
kuasa t ersebut boleh d ijalankan o leh
Jemaah Menteri a tau M enteri-menteri
yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri.
2.3. Badan Kehakiman
Badan K
ehakiman b
erperanan
menyelesaikan
sesuatu b
entuk
perselisihan di kalangan rakyat dan
di antara rakyat dengan pihak berkuasa.
Perkara 121 , Perlembagaan P ersekutuan
menjelaskan bahawa kuasa kehakiman
bagi P ersekutuan terbahagi ke pada dua
Mahkamah
Tinggi,
yang
mana
pewujudan
mahkamah in i
adalah
bersesuaian dengan bidang ku asa d an
tarafnya.

(a) Mahkamah Tinggi Bagi Tanah Melayu


Kuasa ke hakiman b agi n egeri-negeri
Tanah M elayu terletak d i b awah
bidang ku asa Mahkamah T inggi
Malaya.

Istana Kehakiman, Putrajaya:


Kompleks Bagi Institusi Kehakiman
Menjalankan Fungsi Perundangan Negara

(b) Mahkamah T inggi bagi S abah dan


Sarawak
Kuasa ke hakiman b agi n egeri-negeri
Sabah d an S arawak pula ad alah
terletak d i bawah b idang ku asa
Mahkamah Tinggi Borneo.
Sebagaimana y ang d itetapkan o leh
undang-undang
Persekutuan,
Mahkamah T inggi y ang b erkaitan
dan ma na-mana m ahkamah y ang
lebih rendah mempunyai bidang
kuasa tertentu sebagaimana yang
diperuntukkan di ba wah undangundang Persekutuan.
Selain M ahkamah T inggi, t erdapat
juga M ahkamah R ayuan
yang
berperanan m emutuskan r ayuan
terhadap ke putusan-keputusan y ang

dibuat o leh Mahkamah T inggi a tau


seseorang haki mnya. M anakala,
Mahkamah P
ersekutuan p
ula
mempunyai bid ang kuasa u ntuk
memutuskan
rayuan t
erhadap
keputusan-keputusan yang dibuat
di p eringkat Mahkamah R ayuan,
Mahkamah Tinggi a tau s eseorang
hakim mahkamah tersebut.
Struktur Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
3. Struktur
pentadbiran K
Persekutuan adalah seperti berikut:

erajaan

STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN


PERSEKUTUAN MALAYSIA
Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong
SuruhannjayaSuruhanjaya

Kabinet
JawatankuasaJawatankuasa
Kabinet

Majlis
Perundingan
Ekonomi/
Keselamatan
Negara

Jabatan Perdana
Menteri

KementerianKementerian

Jabatan-Jabatan

Majlis
Perancangan
Dan
Pembangunan
Negara

Perbadanan-Perbadanan
Awam

PERKHIDMATAN AWAM
Kedudukan Perkhidmatan
Perlembagaan Persekutuan

Awam

Dalam

4. Peruntukan m engenai pe rkhidmatan


awam d ijelaskan d i b awah F asal 1 , P erkara
132, Perlembagaan Persekutuan seperti
berikut:
Bagi
maksud-maksud
perkhidmatan awam ialah:
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)
(vii)
(viii)

Perlembagaan

ini,

angkatan tentera;
perkhidmatan kehakiman dan perundangan;
perkhidmatan awam am Persekutuan;
pasukan polis;
dimansuhkan;
perkhidmatan awam bersama;
perkhidmatan awam setiap satu Negeri; dan
perkhidmatan pelajaran.

Dalam konteks tersebut, perkhidmatan awam


Persekutuan m eliputi p erkhidmatan a wam
am P ersekutuan, p erkhidmatan p elajaran,
perkhidmatan kehakiman dan pe rundangan,
perkhidmatan po lis d an angkatan t entera,
tidak termasuk p erkhidmatan aw am ne geri.
Manakala, perkhidmatan bersama adalah
perkhidmatan d i m ana pe ngisian pe gawai
boleh dibuat o leh Persekutuan tetapi
perjawatannya d ipunyai o leh n egeri y ang
berkenaan.
Kuasa Melantik Pegawai Awam
5. Kuasa untuk melantik seseorang pegawai
dalam perkhidmatan awam Persekutuan dan
penentuan
syarat-syarat
perkhidmatan
mereka a dalah t erletak di ba wah bidang
kuasa Seri P aduka Bag inda Y ang d i-Pertuan
Agong, manakala bagi perkhidmatan a wam
sesuatu n egeri adalah Raja a tau Y ang
di-Pertua N egeri. Pada m asa i ni, u rusan

10

pengambilan pegawai aw am di pe ringkat


Persekutuan
dilaksanakan
oleh P
ihak
Berkuasa Melantik (PBM) berikut:
PBM
Majlis
Angkatan
Tentera
Suruhanjaya
Perkhidmatan
Kehakiman
dan
Perundangan
Suruhanjaya
Perkhidmatan
Awam
Suruhanjaya
Pasukan Polis
Suruhanjaya
Perkhidmatan
Pelajaran

Peruntukan
Perlembagaan
Perkara 137
Perkara 138

Perkara 139

Perkara 140
Perkara 141A

Bidang Kuasa
Pengambilan
Angkatan Tentera
Malaysia
Pengambilan
pegawai
perkhidmatan
kehakiman dan
perundangan
Pengambilan
pegawai
perkhidmatan
awam am
Persekutuan
Pengambilan Polis
DiRaja Malaysia
Pengambilan
pegawai
perkhidmatan
pelajaran

Manakala, peraturan-peraturan mengenai


pelantikan, pe
ngesahan d
alam
perkhidmatan, ke naikan p angkat, s araan,
tatatertib dan h al-hal berkaitan d engan
persaraan b agi pegawai aw am Persekutuan
terletak
di
bawah
fungsi
Jabatan
Perkhidmatan
Awam M
alaysia
(JPA).
Tertakluk ke pada p enerimaan, p eraturanperaturan t ersebut d iterima pa kai o leh
perkhidmatan-perkhidmatan lain.
6. Bagi
perkhidmatan
awam
negeri,
pelantikan d
ibuat o
leh
suruhanjaya
perkhidmatan N egeri m asing-masing ke cuali
Perlis, P ulau Pinang, Melaka d an N egeri
Sembilan yang pelantikan pegawainya
dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Malaysia. M anakala, bagi p erkhidmatan
di peringkat pihak berkuasa berkanun dan

11

pihak berkuasa tempatan, pe lantikan d ibuat


oleh PBM masing-masing.
Pengekalan Pegawai Dalam Perkhidmatan
7. Status s eseorang p egawai sebagai
penjawat awam, keperluan perkhidmatan
atas s uatu j awatan i tu d itentukan selagi
mana diperkenan o leh Seri P aduka Bag inda
Yang di-Pertuan Agong atau Raja atau Yang
di-Pertua Negeri bagi negeri yang berkenaan.
Perkara i ni d iperjelaskan di b awah F asal 2 A,
Perkara 132:
Kecuali sebagaimana diperuntukkan dengan
nyatanya oleh Perlembagaan ini, tiap-tiap orang
anggota bagi mana-mana perkhidmatan yang
tersebut dalam perenggan (a), (b), (c), (d), (f) dan
(h) Fasal (1) adalah memegang jawatan selama
diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, dan
kecuali sebagaimana diperuntukkan dengan
nyatanya oleh Perlembagaan Negeri, tiap-tiap
orang anggota bagi perkhidmatan awam Negeri
adalah memegang jawatan selama diperkenankan
oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri
itu.

Justeru, s etiap pe gawai a wam hendaklah


melaksanakan
tugas
dengan
penuh
tanggungjawab serta mematuhi dasar dan
peraturan y ang d ikeluarkan o leh ke rajaan
dari semasa ke semasa.
Jentera Pentadbiran Awam
8. Perkhidmatan
awam
merangkumi
jentera pentadbiran di peringkat Persekutuan
dan Negeri. Di peringkat Persekutuan, jentera
pentadbiran terdiri d aripada k ementerian
dan j abatan serta pihak be rkuasa be rkanun
yang d ibahagikan ke pada s tatus s ebagai
agensi pusat, agensi teras dan agensi
pelaksana mengikut s kop f ungsi d an
tanggungjawab yang ditetapkan. Manakala,

12

di pe ringkat n egeri, j entera pe ntadbiran


terdiri daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan,
jabatan-jabatan, pihak b erkuasa b erkanun
dan pihak berkuasa tempatan.
8.1. Agensi Pusat
Agensi
pusat
merupakan
agensi
di
peringkat P
ersekutuan y
ang
bertanggungjawab m enggubal da sar
kewangan dan ekonomi negara serta
pengurusan sumber manusia sektor
awam.
Selain
itu, a
gensi
ini
bertanggungjawab u ntuk
memantau
dan mengawal selia p elaksanaan d asardasar awam y ang berkaitan.
Agensi
pusat tersebut adalah:
(i) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Ditubuhkan pa da 2 2 O gos 1 934, JPA
berperanan dalam pengurusan dan
pembangunan s umber m anusia
sektor aw am meliputi m enggubal
dasar p embangunan o rganisasi dan
perkhidmatan; kerjaya dan latihan;
saraan dan perhubungan pekerjamajikan;
pengurusan m
aklumat
sumber m
anusia;
perkhidmatan
kaunseling d an pengurusan faedah
persaraan.
(ii) Perbendaharaan Malaysia
Ditubuhkan pa da t ahun 1 957,
Perbendaharaan
Malaysia
berperanan
mengurus K umpulan
Wang Yang Disatukan serta menyelia,
mengawal dan menentukan semua
perkara y ang be rhubung d engan
kewangan ne
gara.
Selain
bertanggungjawab me
nguruskan
13

dana aw
am,
Perbendaharaan
Malaysia
berperanan
dalam
mewujudkan i nfrastruktur ke wangan
serta ekonomi yang cekap dan
berkesan b
agi m
emastikan
pertumbuhan e
konomi
negara
mapan
dan s
eimbang.
Perbendaharaan
Malaysia
juga
berperanan
merancang d
an
melaksanakan d
asar-dasar
kewangan d an be lanjawan n egara,
antaranya
menggubal da
n
melaksanakan d asar f iskal ke wangan
dan e
konomi;
menyediakan
belanjawan
tahunan
negara;
mendapatkan pinjaman ba gi pi hak
kerajaan dan memberi pinjaman
kepada ag ensi-agensi kerajaan d an
sektor s wasta
serta m emantau
pengurusan ke
wangan
dan
perolehan agensi kerajaan.
(iii) Unit Perancang Ekonomi (EPU)
Ditubuhkan pada tahun 1961 , E PU
berperanan merancang ekonomi
dan pe mbangunan s osial n egara.
Cabaran
bagi
EPU
adalah
memastikan aspirasi negara dapat
dicapai m enjelang 2 020 melalui
usaha m eningkatkan ekonomi d alam
rantaian n
ilai le
bih
tinggi;
meningkatkan ke
upayaan
pengetahuan d an in ovasi negara
serta '
minda ke
las p
ertama';
menangani masalah ketidaksamaan
sosioekonomi s ecara m embina d an
produktif; m eningkatkan t ahap d an
kemapanan
kualiti h idup
dan
memperkukuhkan l agi
keupayaan
institusi pelaksanaan negara.

14

(iv) Unit
Pemodenan
Tadbiran
dan
Perancangan P engurusan Malaysia
(MAMPU)
Ditubuhkan pa da 2 5 M ei 1 977,
MAMPU b erperanan s ebagai agen
perubahan
atau
pembaharuan
dalam as pek pe ntadbiran d an
pengurusan kerajaan.
Matlamat
MAMPU adalah meningkatkan lagi
kualiti, kecekapan dan keberkesanan
sistem p entadbiran awam d an
penyampaian pe rkhidmatan a wam
kepada stakeholders dan pelanggan.
(v) Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)
Peranan pe
nyelarasan d
an
pelaksanaan bermula pada tahun
1969 melalui Pejabat Kemajuan
Negeri
(PKN) y ang d iletakkan
di ba
wah K
ementerian
Pembangunan N egara d an L uar
Bandar ( KPNLB). Hasil d aripada idea
Perdana Menteri Malaysia Ke-2, ICU
ditubuhkan pa da tahun 1971 , dan
fungsinya dari semasa ke s emasa
diperluaskan khususnya dalam urusan
pemantauan
dan
pelaksanaan
projek-projek aw am. ICU kini be rada
di bawah Jabatan Perdana Menteri.
8.2. Agensi Teras
Agensi t eras m erupakan ag ensi ke rajaan
di pe ringkat P ersekutuan y ang d ikenali
sebagai k ementerian. K
ementerian
diwujudkan de ngan f ungsi s ektoral yang
bertanggungjawab m enggubal da sar
sektoral,
merancang,
melaksana,
memantau da n
menilai pr ogramprogram d i ba wah pe ntadbiran s eorang
15

Menteri m engikut bid ang k uasa d an


fungsi sektoral yang ditetapkan.
8.3. Agensi Pelaksana Di Bawah Kementerian
Di ba wah k ementerian, d iperuntukkan
agensi-agensi pelaksana iaitu jabatanjabatan d an pihak b erkuasa berkanun
Persekutuan untuk melaksanakan dasardasar d an p rogram-program sektoral
secara sp esifik.
Contoh a gensi-agensi
pelaksana m engikut ke menterian ad alah
seperti berikut :
Bil.

Agensi Teras

1.

Kementerian
Dalam Negeri

2.

Kementerian
Kewangan

3.

Kementerian
Kerja Raya

4.

Kementerian
Pembangunan
Wanita,
Keluarga dan
Masyarakat

Agensi Pelaksana
-Jabatan Pendaftaran
Negara
-Jabatan Imigresen
Malaysia
-Jabatan Akauntan
Negara
-Jabatan Kastam Diraja
Malaysia
-Jabatan Kerja Raya
-Lembaga Lebuhraya
Malaysia
-Jabatan
Pembangunan Wanita
-Jabatan Kebajikan
Masyarakat
-Lembaga Penduduk
dan Pembangunan
Keluarga Negara

8.4. Pihak Berkuasa Berkanun merupakan


agensi
pelaksana
yang d itubuhkan
mengikut peruntukan suatu Akta Tubuh
yang diluluskan di peringkat Parlimen. Pihak
berkuasa b erkanun bo leh j uga d itubuhkan
di peringkat negeri dengan Enakmen
Tubuhnya y ang d iluluskan d i pe ringkat
Dewan Undangan Negeri.

16

Penubuhan pihak berkuasa berkanun sama


ada d i p eringkat P ersekutuan at au N egeri
adalah be rtujuan u ntuk m emberi le bih
fleksibiliti s erta m eningkatkan k ecekapan
dan ke berkesanan d alam o perasinya.
Pihak berkuasa b erkanun mendapat
sumber k uasa b erdasarkan p eruntukan
Akta T ubuh atau E nakmen T ubuh d an
mempunyai s ebuah b adan pe ngurusan
tersendiri.
Contoh
pihak b
erkuasa
berkanun
di pe ringkat P ersekutuan ia lah L embaga
Kemajuan P erindustrian Malaysia ( MIDA),
Lembaga G etah M alaysia (LGM), I nstitut
Penyelidikan K emajuan Pertanian M alaysia
(MARDI) d an P erbadanan K emajuan F ilem
Nasional Malaysia (FINAS). Antara pihak
berkuasa berkanun di peringkat Negeri
ialah P erbadanan P erpustakaan Awam
Negeri d an P erbadanan K emajuan
Ekonomi Negeri (PKEN).
8.5. Pihak Berkuasa T empatan (PBT) juga
dikenali s ebagai kerajaan tempatan
merupakan agensi pelaksana dan penguat
kuasa d asar-dasar kerajaan di pe ringkat
daerah at au kaw asan y ang d itetapkan
oleh undang-undang tubuhnya. C ontoh
PBT adalah Majlis Bandaraya Shah Alam,
Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis
Daerah Tanjong Malim.
PBT t erletak d i b awah b idang ku asa
Kerajaan N egeri seperti y ang d itetapkan
di ba wah bu tiran 4 S enarai K edua, Jadual
Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
Walau bagaimanapun, Perkara 76(4)
Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa
kepada P arlimen u ntuk m enentukan
keseragaman undang-undang dan dasar
mengenai kerajaan tempatan. P erkara

17

95A Perlembagaan Persekutuan juga


memperuntukkan pe
nubuhan M
ajlis
Negara bagi K erajaan T empatan (MNKT)
selaku ba dan t ertinggi y ang m enggubal
dasar d
an u
ndang-undang
untuk
dilaksanakan di peringkat PBT.
9. Dengan
kedudukan
dan pe
ranan
perkhidmatan a wam yang t ersusun m eliputi
perkhidmatan aw am di p eringkat Persekutuan,
negeri d an j entera pe ntadbiran y ang lebih
fleksibel meliputi pihak b erkuasa b erkanun dan
pihak b erkuasa tempatan, ke rajaan d ilihat
mempunyai ke upayaan untuk m elaksanakan
fungsinya dengan berkesan. Oleh yang
demikian, setiap pegawai yang dilantik
bertanggungjawab melaksanakan amanah
memelihara ke
selamatan d
an
untuk
memajukan
negara s
erta me
njamin
kesejahteraan rakyat.

18

19

HAL-HAL PERKHIDMATAN
Pelantikan
10. Pelantikan d alam pe rkhidmatan a wam
dibuat oleh Pihak Be rkuasa M elantik ( PBM)
sama ad a secara t etap, s ementara at au
kontrak. S
emua p
elantikan d
ibuat
berdasarkan merit yang ma na hanya caloncalon y ang
memenuhi s yarat y ang
ditetapkan dalam skim pe rkhidmatan dan
berjaya d alam tapisan pe ngambilan akan
dilantik dalam p erkhidmatan a wam. Rujukan
mengenai skim perkhidmatan dalam sektor
awam bo leh dibuat b erdasarkan Lampiran
B7, Pekeliling P erkhidmatan Bi langan 4 T ahun
2002 yang d ikeluarkan o leh J PA dan
pekeliling-pekeliling p
erkhidmatan y
ang
dikeluarkan dari semasa ke semasa.
Penetapan Gaji Permulaan
11. Seseorang pegawai y ang dilantik akan
ditawarkan g aji p ermulaan yang ditetapkan
dalam skim perkhidmatannya. Pertimbangan
untuk m endapatkan g aji pe rmulaan le bih
tinggi ditentukan oleh PBM berdasarkan:
(i) pengalaman relevan; dan
(ii) kelayakan khas atau bakat.
Syarat Pengesahan Dalam Perkhidmatan
12. Pegawai l antikan tetap d ikehendaki
memenuhi
syarat
pengesahan
yang
ditetapkan d alam s kim p erkhidmatannya,
antaranya:
(i)

memenuhi tempoh percubaan;

20

(ii) menghadiri dengan ja


induksi yang ditetapkan;

ya

kursus

(iii) lulus
peperiksaan
perkhidmatan
(sekiranya berkenaan); dan
(iv) diperakukan oleh Ketua Jabatan.
Pegawai Boleh Ditamatkan Perkhidmatan
13. Seseorang p egawai boleh d itamatkan
perkhidmatan s ekiranya g agal d isahkan
dalam p
erkhidmatan da
lam t
empoh
percubaan. S elain it u, pegawai y ang be lum
disahkan d alam p erkhidmatan j uga b oleh
ditamatkan perkhidmatan sekiranya didapati:
(i) menyembunyikan a
pa-apa
maklumat t entang k esihatannya
dalam b
orang
pemeriksaan
perubatan;
(ii) membuat akuan palsu dalam akuan
berkanun s
ebagaimana y
ang
dikehendaki s
ebagai s
yarat
pelantikan;
(iii) tidak m enandatangani S urat Aku
Janji;
(iv) memalsukan ap a-apa d
yang be
rhubungan d
pelantikannya; atau

okumen
engan

(v) gagal tapisan keselamatan.


Pengemaskinian M aklumat P egawai D alam
Aplikasi HRMIS
14. Aplikasi HR MIS at au Sistem M aklumat
Pengurusan S
umber M
anusia (
Human
Resource Management Information System)

21

adalah s atu p rojek teras di bawah A plikasi


Perdana
Kerajaan
Elektronik,
bertujuan
meningkatkan l
agi ke
cekapan d
an
keberkesanan pe ngurusan s umber m anusia
sektor awam. Antara modul yang terkandung
di dalam aplikasi ini adalah Modul Pengurusan
Rekod Peribadi, Perolehan Sumber Manusia,
Pengurusan P restasi d an P engurusan Kerjaya,
Pengurusan Saraan, F aedah d an G anjaran
dan Penamatan Perkhidmatan.
Melalui
aplikasi in i, m aklumat pegawai d apat
disediakan secara real time dan bo leh
digunakan d alam membuat s uatu k eputusan
strategik sumber m anusia s ektor aw am. O leh
itu, setiap p egawai bertanggungjawab u ntuk
mengemas kini maklumat p eribadi dan
maklumat perkhidmatan masing-masing.
Opsyen Skim KWSP
15. Pegawai lantikan tetap ad alah t ertakluk
kepada p eraturan p encen y ang berkuat
kuasa. Selaras d engan peraturan t ersebut,
seseorang pegawai berhak untuk ditawarkan
skim K umpulan Wang Simpanan Pekerja dan
menjadi t anggungjawab p egawai u ntuk
membuat opsyen sama ad a bersetuju a tau
tidak be rsetuju m emilih skim t ersebut.
Pegawai y ang b ersetuju u ntuk memilih skim
KWSP akan mendapat faedah di bawah skim
tersebut dan f aedah-faedah la in y ang
diputuskan
oleh
kerajaan,
manakala
pegawai yang tidak bersetuju memilih skim
KWSP, akan d
iperakukan o leh K etua
Jabatannya ke pada PBM untuk diberi t araf
berpencen. Bagi p egawai pihak be rkuasa
berkanun dan pihak berkuasa tempatan,
perakuan untuk d iberi t araf berpencen
dibuat
kepada Bahag
ian P
asca
Perkhidmatan,
JPA.
Pegawai
adalah
dinasihatkan s
upaya
mendapatkan
penjelasan terperinci mengenai opsyen KWSP

22

daripada K etua J abatan atau JPA sebelum


membuat k eputusan. Pemilihan yang d ibuat
oleh pe gawai akan m enjadi muktamad
setelah
pegawai
disahkan
dalam
perkhidmatan.
Pergerakan Gaji Tahunan
16. Pegawai bo
leh d
ipertimbangkan
pergerakan g aji
tahunan b erdasarkan
pergerakan g aji yang d itetapkan d alam
sistem saraan kerajaan yang berkuat kuasa.
17. Pergerakan Gaji Tahunan pada tahun
semasa diberi berdasarkan pr estasi pe gawai
atau ap a-apa kae dah l ain yang ditentukan
berdasarkan tarikh la ntikan atau t arikh
kenaikan pangkat seperti berikut:
Tarikh Lantikan/ Kenaikan
Pangkat

Tarikh Pergerakan
Gaji

1 Januari hingga 31 Mac

1 Januari

1 April hingga 30 Jun

1 April

1 Julai hingga 30 September

1 Julai

1 Oktober hingga 31 Disember

1 Oktober

Selain itu, Pergerakan Gaji Tahunan juga


boleh berubah a kibat be rlakunya pe lanjutan
tempoh pe rcubaan d engan d enda d an
hukuman tatatertib.
Kenaikan Pangkat
18. Skim perkhidmatan memperuntukkan
gred kenaikan p angkat. K enaikan pa ngkat
bermaksud p eningkatan s ecara haki ki, d ari
gred ke gred yang le bih t inggi d alam s kim
23

perkhidmatan yang sama. Kenaikan pangkat


lazimnya akan dilaksanakan apabila terdapat
kekosongan j awatan ke naikan p angkat.
Walau
bagaimanapun,
bagi
skim
perkhidmatan
tertentu
seperti S
kim
Perkhidmatan P egawai P enyelidik
dan
Pensyarah Universiti, urusan kenaikan pangkat
dibuat t anpa ke kosongan jawatan tertakluk
kepada p
egawai m
emenuhi as
as
pertimbangan d an k riteria k enaikan pa ngkat
yang ditetapkan.
19. Kenaikan p angkat bukan m erupakan
hak pe gawai, tetapi d ilaksanakan a tas
perakuan
Ketua
Perkhidmatan/
Ketua
Jabatan serta h anya bo leh d ipertimbangkan
oleh suatu Lembaga Kenaikan Pangkat. Oleh
itu, hany a p egawai y ang layak dan
mencapai merit akan dipertimbangkan
kenaikan
pangkat d
alam s
kim
perkhidmatannya. Bagi memastikan setiap
urusan kenaikan pangkat dibuat secara telus,
adil d an s aksama, as as p ertimbangan y ang
digunakan adalah seperti berikut:
(i) kecekapan d
pegawai itu;

an p

restasi ke

rja

(ii) kelayakan, p engetahuan, k emahiran


dan pengalaman pegawai itu;
(iii) sifat-sifat
peribadi,
termasuk
kesesuaiannya d engan j awatan
kenaikan p angkat i tu, ke utuhan,
potensi d an kepimpinan pegawai itu;
dan
(iv) kegiatan l uar d an s umbangan
kepada negara dan masyarakat.

24

Kemudahan Latihan
20. Pegawai be rpeluang m engikuti pr ogram
latihan s ekurang-kurangnya t ujuh (7) h ari
setahun s ebagai m emenuhi s yarat d asar
latihan s ektor aw am.
Pegawai ju ga
berpeluang untuk mengikuti kursus lain seperti
kursus pe nyeliaan d an pe ngurusan y ang
ditawarkan oleh I nstitut T adbiran Awam
Negara dan la in-lain pusat la tihan d i ba wah
agensi. D i samping it u, pe gawai y ang
memenuhi kelayakan d an s yarat d itetapkan
boleh m engikuti kursus j angka p endek dan
pengajian lanjutan di p eringkat S arjana d an
Doktor F alsafah. Selain itu, p egawai d alam
Kumpulan S okongan j uga d iberi k emudahan
Cuti S eparuh Gaji untuk mengikuti k ursus
di pe ringkat s ijil d an d iploma
bagi
meningkatkan
lagi
pengetahuan d an
kemahiran mereka.
Elaun dan Kemudahan
21. Pegawai lantikan t etap selain dibayar
gaji, me reka j uga dipertimbangkan e laun,
imbuhan tetap dan kemudahan tertentu.
Kemudahan y
ang d
iberi, a
ntaranya
kemudahan rawatan perubatan percuma
di hospital dan klinik kerajaan; kemudahan
pinjaman pe rumahan; kenderaan d an
komputer t ertakluk kepada syarat d an kad ar
yang
dikeluarkan
oleh
JPA
dan
Perbendaharaan M alaysia dari s emasa ke
semasa.
Etika Berpakaian
22. Pegawai
tertakluk ke
pada e
tika
berpakaian y ang d ijelaskan d alam P ekeliling
Perkhidmatan B ilangan 2 T ahun 1 985. S elain
keperluan be rpakaian s eragam dan rasmi
bagi perkhidmatan tertentu, pakaian pada
25

waktu bekerja untuk pegawai lelaki dalam


Kumpulan P
engurusan T
ertinggi s
erta
Kumpulan P engurusan d an P rofesional
adalah "lounge suite" atau b aju ke meja
berlengan pa njang d engan t ali le her dan
berseluar pa njang serta berkasut kulit at au
lain-lain kasut y ang s ejenis d engannya. B agi
Kumpulan
Sokongan,
pegawai
lelaki
digalakkan memakai b aju ke meja b erlengan
panjang d engan tali leher s erta be rseluar
panjang at au s ekadar b aju ke meja d engan
warna sesuai yang dimasukkan ke dalam dan
berseluar pa njang serta memakai kas ut ku lit
atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya.
23. Pegawai w
anita
pula,
mereka
hendaklah berpakaian sesuai semasa bekerja
sama ad a b erpakaian kebangsaan at au
berpakaian mengikut kaum ma sing-masing
serta memakai kasut, cerpu atau yang sejenis
dengannya yang sesuai.
24. Pegawai ad alah ditegah sama sekali
daripada m emakai "Jeans" atau s eluar
pendek serta memakai selipar, kasut getah
dan kas ut s ukan s emasa b ekerja. S elain
daripada tegahan tersebut, pe gawai w anita
juga ditegah daripada memakai "slacks" dan
apa-apa pakaian yang disifatkan tidak
bersesuaian semasa bekerja.
25. Pegawai d iwajibkan b erpakaian batik
buatan M alaysia pada s etiap h ari K hamis.
Pegawai j uga b oleh b erpakaian batik
semasa m enyertai r ombongan k e lu ar n egeri
atas urusan rasmi atau apabila menghadiri
sesuatu u pacara, p erjumpaan at au m anamana jemputan. Selain it u, k erajaan t elah
memperkenalkan f esyen pakaian al ternatif
sebagai
salah s atu d aripada
etika
berpakaian b agi p egawai a wam. P eraturan
mengenainya d ijelaskan d alam S urat

26

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun


2006.
Cuti
26. Pegawai yang baru dilantik diberikan
kemudahan cuti rehat sebanyak 20 hari atau
25 h ari dalam s etahun. Kelayakan untuk
mengambil c uti ini adalah t ertakluk ke pada
pertimbangan
Ketua
Jabatan, s etelah
mengambil kira kepentingan perkhidmatan.
Kemudahan cuti ini diberikan d engan tujuan
memperbaiki
kecekapan d
an
untuk
kepentingan pegawai.
27. Selain c uti r ehat, pe gawai bo leh
dipertimbangkan cuti lain, antaranya cuti
separuh g aji, cu ti t anpa g aji, cu ti s akit, cu ti
sakit lanjutan, c uti be rsalin bagi p egawai
wanita, c uti is teri be rsalin bagi pe gawai
lelaki, cuti haji bagi yang beragama Islam,
cuti ke rana b erkursus, c uti tanpa r ekod serta
cuti t ibi, k usta d an ba rah. P emberian
kemudahan cuti tersebut dibuat berdasarkan
syarat d an kad ar y ang ditetapkan m engikut
peraturan yang d ikeluarkan o leh J PA d ari
semasa ke semasa.
Tatakelakuan dan Integriti Pegawai Awam
28. Setiap pegawai hendaklah mempunyai
integriti dan kawalan diri yang tinggi. Integriti
bermaksud ku aliti u nggul y ang w ujud s ecara
keseluruhan dan padu pada pegawai dan
organisasinya. D alam k onteks in dividu,
integriti adalah keselarasan antara apa yang
dikatakan o leh in dividu d engan a pa yang
dikotakannya;
keselarasan
di
antara
tindakannya d engan pr insip moral, etika dan
undang-undang; s erta ke selarasan d i ant ara
kepentingan diri dengan kepentingan awam.

27

29. Pegawai
yang b
erintegriti akan
melaksanakan am anah d an ku asa y ang
diberikan kepadanya m enurut kepentingan
awam. Apabila be rlaku k onflik k epentingan,
pegawai hendaklah menyelesaikan konflik
tersebut d engan m emberi k eutamaan
kepada kepentingan awam.
30. Dalam memenuhi prinsip integriti tersebut,
seseorang p egawai he ndaklah p ada s etiap
masa m emberikan t aat setianya ke pada S eri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,
negara d an kerajaan. U ntuk i tu, s eseorang
pegawai tidak boleh:
(i) membelakangkan t ugas aw amnya
demi kepentingan peribadinya;
(ii) berkelakuan dengan sedemikian
cara y ang m ungkin m enyebabkan
kepentingan
peribadinya
bercanggah de
ngan t
ugas
awamnya;
(iii) berkelakuan d engan a pa-apa car a
yang m ungkin m enyebabkan s yak
yang munasabah bahawa:
(a) dia t
elah m
embiarkan
kepentingan pe
ribadinya
bercanggah de ngan t ugas
awamnya
sehingga
menjejaskan ke bergunaannya
sebagai s
eorang
pegawai
awam; atau
(b) dia t
elah m
enggunakan
kedudukan aw amnya b agi
faedahnya sendiri;
(iv) berkelakuan dengan sedemikian
cara s ehingga m emburukkan nam a

28

atau m
encemarkan nam
perkhidmatan awam;

(v) kurang cekap atau kurang berusaha;


(vi) tidak jujur atau tidak amanah;
(vii) tidak bertanggungjawab;
(viii)membawa at au cu ba m embawa
apa-apa bentuk pengaruh atau
tekanan l uar untuk m enyokong atau
memajukan ap
a-apa t
untutan
berhubung d engan atau t erhadap
perkhidmatan a wam, s ama ad a
tuntutan i tu ia lah tuntutannya s endiri
atau tuntutan m ana-mana p egawai
lain;
(x) ingkar p erintah a tau b erkelakuan
dengan a pa-apa car a y ang b oleh
ditafsirkan d engan m unasabah
sebagai ingkar perintah; dan
(ix) cuai d alam m elaksanakan t ugastugasnya.

29

31. Peraturan-Peraturan P egawai


Awam
(Kelakuan D an T atatertib) 1 993 t elah
memperuntukkan s ebanyak 13 l arangan
mutlak dan 7 larangan dengan kebenaran
yang perlu dipatuhi oleh pegawai.
13 Larangan Mutlak
Peraturan

Jenis Larangan Atau Tegahan (Mutlak)

4A

Melakukan gangguan seksual


Menyalahgunakan dadah (mengguna
atau mengambil)

8/9

Menerima atau memberi hadiah/


keraian

11

Menyelenggarakan taraf kehidupan


melebihi emolumen dan pendapatan
persendirian yang sah

12

Meminjam wang atau menjadi penjamin

13

Terlibat dalam keterhutangan kewangan


yang serius

15

Meminjamkan wang dengan faedah

16

Terlibat dalam pasaran niaga hadapan

17

Terlibat dalam cabutan bertuah dan


loteri

18

Menerbitkan buku berdasarkan


maklumat rasmi terperingkat

20

Menyunting akhbar, majalah atau jurnal

21

Terlibat dalam kegiatan politik bagi


pegawai dalam kumpulan pengurusan
tertinggi serta pengurusan dan
profesional

24

Tidak hadir bertugas tanpa cuti atau


tanpa kebenaran atau tanpa sebab
30
yang munasabah
30

7 Larangan Dengan Kebenaran


Jenis Larangan Atau
Tegahan

Peraturan

Kebenaran

Melakukan
pekerjaan luar

Ketua Jabatan

Etiket berpakaian

Ketua
Pengarah
Perkhidmatan
Awam

Menerima hadiah

Ketua Jabatan

10

Pemunyaan harta

Ketua Jabatan

19

Membuat
pernyataan
awam

Y.B. Menteri

21

Terlibat dalam
kegiatan politik
(a) Dalam tempoh
cuti sebelum
bersara
(Kumpulan
Pengurusan
Tertinggi dan
Kumpulan
Pengurusan
dan
Profesional)

(b) PPPS Gred


DG41hingga
DG48 yang
bertugas di
institusi
pendidikan
KPM

Ketua
Pengarah
Perkhidmatan
Awam (b
agi
Pegawai
Perkhidmatan
Gunasama);
atau
Ketua
Setiausaha
(bagi P egawai
Perkhidmatan
Bukan
Gunasama)
Ketua
Setiausaha
KPM
(bagi P egawai
PPPS)

(c) Kumpulan
Sokongan
22

Membawa
perbicaraan
undang-undang
atau bantuan
guaman

31

Ketua
Setiausaha

Pegawai j uga ad alah d ilarang t erlibat d engan


Skim Cepat K aya sama ada s ebagai
penganjur, pe rantara a tau pe labur d an
larangan in i m elalui P ekeliling P erkhidmatan
Bilangan 2 T ahun 2 009. K erajaan j uga m elalui
Surat P ekeliling Am B ilangan 3 T ahun 2 010
melarang p egawai m embuat ke nyataan y ang
menyentuh sensitiviti kaum dan agama
sehingga menjejaskan perpaduan kaum.
Hukuman Tatatertib
32. Sekiranya p egawai d idapati b ersalah a tas
suatu kesalahan tatatertib, bergantung kepada
merit sesuatu kes itu, pegawai boleh dikenakan
mana-mana satu atau apa-apa kombinasi dua
atau le bih h ukuman dengan ke sannya seperti
berikut:
a) Kesan Hukuman Tatatertib Terhadap Urusan
Kenaikan Pangkat
Tempoh Tidak Layak
Dipertimbang Untuk
Kenaikan Pangkat

Hukuman
Amaran

12 Bulan

Denda

18 Bulan

Lucut Hak Emolumen

24 Bulan

Tangguh Pergerakan
Gaji

30 Bulan

Turun Gaji

36 Bulan

Turun Pangkat

48 Bulan

32

b) Kesan
Hukuman T atatertib T erhadap
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)/
Imbuhan Tahunan
Pegawai y ang d idapati bersalah d an
dikenakan
tindakan t atatertib m aka
tidak l
ayak
pegawai t
ersebut
dipertimbangkan APC. Manakala pegawai
yang b ersalah d an d ikenakan hu kuman
yang le bih be rat d aripada h ukuman
amaran pada sesuatu t ahun tidak l ayak
dibayar Imbuhan Tahunan.
c) Kesan Hukuman Buang Kerja
Hukuman b uang ke rja ad alah hu kuman
yang p aling b erat d ikenakan ke a tas
seseorang p egawai aw am y ang d idapati
melakukan ke salahan s erius. K esan
hukuman b uang ke rja m enyebabkan
seseorang p egawai s ecara au tomatik
bukan l agi s ebagai p egawai a wam m aka
pegawai tidak layak t erhadap g aji, e laun
dan kemudahan yang disediakan kerajaan
serta t idak d ibayar ap a-apa f aedah
pencen a tau g anjaran walaupun t empoh
perkhidmatan pegawai yang telah lama.
Pegawai t ersebut j uga t idak bo leh d ilantik
semula dalam perkhidmatan awam.
Faedah Persaraan
33. Pegawai yang telah disahkan dalam
perkhidmatan dan diberi taraf berpencen serta
tertakluk k epada pe rkhidmatan y ang ba ik,
layak d ipertimbangkan f aedah pe rsaraan
seperti d iberi k ad pe sara, g anjaran, pe ncen
dan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat
(GCR). P embayaran f aedah p ersaraan i ni
dibuat m engikut s yarat d itetapkan d alam
peraturan p encen y ang b erkuat ku asa. Antara
penambahbaikan yang dibuat oleh kerajaan

33

adalah pe mberian pe ncen m inimum ba gi


pegawai y
ang
mempunyai t
empoh
perkhidmatan yang baik selama 25 tahun atau
lebih serta pertimbangan ex-gratia bagi ibu
dan ba pa pe gawai y ang m eninggal d unia
dalam pe rkhidmatan dan t idak m empunyai
waris.

34

35

PENUTUP
34. Kit Pengenalan Perkhidmatan Awam in i
diharapkan dapat memberi pengetahuan asas
dan kefahaman kepada pegawai mengenai
sistem pe ntadbiran K erajaan, pe rkhidmatan
awam
dan
hal-hal
mengenai
perkhidmatannya.
35. Dengan penjelasan t ersebut, diharapkan
pegawai
akan
dapat
melaksanakan
tanggungjawabnya dengan lebih jujur dan
berintegriti serta menyampaikan p erkhidmatan
kepada stakeholders dan pelanggan de ngan
lebih cekap dan berkesan.

36

37

RUJUKAN
1. Malaysia Kita (2008), International Law Book
Service, Cetakan Kesembilan.
2. Perlembagaan Persekutuan, Percetakan
Nasional M alaysia Be rhad, Cetakan K elima
(1995).
3. Pelan I ntegriti Nasional ( 2004),
Integriti Malaysia.

Institut

4. Peraturan-Peraturan P
egawai
Awam
(Pelantikan, K enaikan P angkat d an
Penamatan P erkhidmatan) 2 005/ [ P.U.(A)
176/ 2005].
5. Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan
Pangkat Perkhidmatan Awam 2010 [P.U.(A)
75/2010].
6. PeraturanPeraturan P
egawai
Awam
(Kelakuan D an Tatatertib) 1 993 [P.U.(A)
395/1993].
7. Perintah Am Bab B, C, E, F dan G.
8. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun
1985, Jabatan Perkhidmatan Awam.
9. Pekeliling P erkhidmatan Bilangan 2 0 T ahun
2005, Jabatan Perkhidmatan Awam.
10. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun
2009, Jabatan Perkhidmatan Awam.
11. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun
2009, Jabatan Perkhidmatan Awam.
12. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun
2010, Jabatan Perkhidmatan Awam.

38

13. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun


2010, Jabatan Perkhidmatan Awam.
14. Sistem S araan M alaysia ( 2002), K erajaan
Malaysia.
15. Surat P ekeliling P erkhidmatan B ilangan 1
Tahun 2006, Jabatan Perkhidmatan Awam.
16. Surat P ekeliling P erkhidmatan B ilangan 1
Tahun 2008, Jabatan Perkhidmatan Awam.
17. Surat P ekeliling Am B ilangan 3 T ahun 2 010,
Jabatan Perdana Menteri.
18. Undang-Undang Pencen Malaysia.

39

Setinggi-tinggi
penghargaan ditujukan khas
buat semua yang terlibat
dalam menyumbangkan buah
fikiran dan tenaga bagi
menjayakan penerbitan Kit
Pengenalan Perkhidmatan
Awam ini.

40

You might also like