You are on page 1of 2

Ideologi PAP

Budaya politik di Singapura telah mengalami berbagai pengaruh dari luar


terutama pengaruh ketika dijajah oleh kolonial British, sehingga perkembangan sistem
politik di Singapura lebih signifikan dan telah mengalami kemajuan daripada Negara
lain. Arena politik dikuasai oleh Partai Tindakan Rakyat (PAP) yang telah
memerintah

sejak

Singapura

merdeka.

Pemerintah

PAP

sering

dikatakan

memperkenalkan undang-undang yang tidak memberi kesempatan tumbuhnya


penumbuhan parti-parti lawan yang efektif. Cara pemerintahan PAP dikatakan lebih
cenderung kepada autokrasi daripada demokrasi yang sebenarnya. Namun, cara
pemerintahan tersebut berhasil menjadikan Singapura sebuah negara yang maju, bebas
daripada korupsi dan memiliki pasar ekonomi yang terbuka. Para ahli politik
menganggap Singapura sebuah negara yang berideologi Demokrasi Sosialis.
PAP telah ditubuhkan pada tahun 1955 hasil daripada keputusan British untuk
mengadakan pilihan raya pada tahun itu. Parti itu bermula pada pilihan raya kecil
tersebut, yang bertanding empat kerusi dan menang tiga. 1 Pada pilihan raya 1959
mengundi menjadi wajib dan sebagai hasil daripada perubahan dalam kepimpinan
parti, PAP menikmati kemenangan besar dengan memenangi 43 daripada 51 kerusi
yang ditandingi.2 Walaupun PAP ini dilihat sedikit berhaluan kiri tetapi PAP tetap
mendapat keyakinan penuh daripada British.
Sejak kemenangan itu, PAP telah berkembang dengan sendiri iaitu dengan membentuk
parti secara besar-besaran dan cuba untuk mendaftar seberapa ramai yang mungkin.
Mereka melakukan ini dalam beberapa cara iaitu melalui kesatuan sekerja, dengan
mengikuti kaedah Komunis dalam menyampaikan kelebihan idea-idea strategik secara
besar-besaran, mereka juga mengambil pelbagai persatuan, membela atau menawan
semula organisasi parti dari serangan pro-Komunis, menyediakan program-program
yang menarik, dan mereka menggunakan kuasa mereka sebagai kerajaan untuk
meningkatkan kuasa.3

1 Mauzy, D K. and Milne, R.S. (2002). Singapore Politics Under The Peoples Action Party.
London: Routledge. Hlm.15.
2 Ibid. 16.

3 Ibid. 17.

You might also like