You are on page 1of 30

GEOGRAFI ALAM SEKITAR

MANUSIA
(SEKTOR PERKHIDMATAN)

PETA KONSEP
SEKTOR
PERKHIDMATAN

Jenis dan Ciri


Sektor
Perkhidmatan

Sektor
Pengangkutan
Dan
Perhubungan

Sektor
Pelancongan

SEKTOR PERKHIDMATAN
Sektor perkhidmatan dikenali sebagai sektor
ekonomi tertier atau sektor ekonomi peringkat
ketiga.
Sektor perkhidmatan ini tidak mengeluarkan
barangan tetapi ia membekalkan perkhidmatan
kepada pengguna.

Antara contoh sektor perkhidmatan ialah:sektor


pengangkutan dan perhubungan,kewangan dan
insuran,hartanah,perkhidmatan perniagaan,
pelancongan,hotel dan restoran,sektor utiliti elektrik,air
dan gas,sektor pembinaan infrastruktur serta
perkhidmatan kerajaan dan swasta.

Di Malaysia,sektor perkhidmatan dikategorikan sebagai


industri tertiar dan menjadi sektor ekonomi yang kedua
terpenting selepas sektor perkilangan.

Sektor perkhidmatan mempunyai potensi yang


besar untuk dimajukan sebagai sektor ekonomi
utama negara pada masa hadapan.
Kini,industri perkhidmatan negara tumbuh dan
berkembang pesat sejajar dengan
perkembangan pesat industri primer dan
sekunder.

JENIS DAN CIRI-CIRI


SEKTOR PERKHIDMATAN DI MALAYSIA
~INDUSTRI PELANCONGAN :
Muncul sebagai sektor perkhidmatan yang paling banyak
menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Antara contoh yang berkaitan dengan industri pelancongan
di Malaysia adalah seperti perkhidmatan hotel,resort,chalet,
perkhidmatan restoran, perkhidmatan pemandu pelancong,
pengangkutan dan telekomunikasi, aktiviti riadah atau
rekreasi, persidangan dan forum,pertandingan sukan dan
kebudayaan, perkhidmatan utiliti elektrik,air dan gas serta
perkhidmatan kewangan dan insurans yang melibatkan para
pelancong.

~INDUSTRI PENGANGKUTAN DAN TELEKOMUNIKASI


Industri pengangkutan dan telekomunikasi menjadi sektor
perkhidmatan yang kedua penting utama.
Industri pengangkutan melibatkan tiga bidang yang utama iaitu :
(1) pengangkutan darat --lebuh raya,jalan raya,jalan kereta api,
Sistem Transit Aliran Ringan(LRT),Sistem Komuter,Monorel dan
Jalinan Transit Express(ERL)
(2)pengangkutan air sistem pengangkutan sungai dan laut seperti
perkhidmatan feri,kapal pengangkut atau kapal dagang,bot dan
sampan.
~Perkembangan pesat sistem pengangkutan air menyebabkan
munculnya pelabuhan entreport seperti Pelabuhan
Klang,Pelabuhan Pulau Pinang dan lain-lain.

(3) pengangkutan udara :cth~kapal terbang dan


helikopter.
~Kewujudan KLIA,Kapal Terbang Antarabangsa Subang,
Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas dan lainlain lapangan membuktikan sistem pengangkutan di
Malaysia juga mengalami perkembangan pesat.
~Sistem Penerbangan Malaysia(MAS)dan Air Asia
merupakan syarikat pengangkutan udara yang
mendominasi industri penerbangan Malaysia pada masa
kini.

Dalam bidang telekomunikasi pula,melibatkan penggunaan


telefon dan telefon bimbit, faksimili,kemudahan teknologi
maklumat dan komunikasi(ICT),internet dan intranet dan
sebagainya yang menyebabkan penyebaran
maklumat,inovasi,aliran keluar masuk modal,urusan
perniagaan dan penerokaan pasaran menjadi lebih mudah dan
cepat.
Konsep e-dagang:bidang komunikasi perdagangan global
masa kini yang mesti dikuasai oleh Malaysia
Kerajaan telah menjayakan perlaksanaan Koridor Raya
Multimedia (MSC)sebagai usaha menjana dan
mempercepatkan ICT negara.

~Sektor Kewangan,insurans,hartanah dan perkhidmatan perniagaan


Perkhidmatan kewangan melibatkan syarikat kewangan dan bank.
Bank menyediakan kemudahan perbankan seperti penyimpanan wang manakala
syarikat kewangan pula menyediakan perkhidmatan pinjaman wang kepada
pengusaha dan peniaga.
Terdapat pelbagai jenis yang menawarkan perkhidmatan tersebut seperti Bank
Islam ,Maybank,Bank Bumiputera Commerce dan Bank Simpanan Nasional serta
lain-lain lagi.
Perkembangan pesat sektor perbankan di Malaysia menyebabkan ia berjaya
menubuhkan Pusat Kewangan Luar Pesisiran Antarabangsa Labuan(IOFC)yang
terletak di Wilayah Persekutuan Pelabuhan Labuan.

Di sini diaglomerasikan pelbagai jenis syarikat kewangan


antarabangsa yang menyediakan perkhidmatan pinjaman
kepada pelabur asing dan tempatan.
Perkhidmatan insurans ~menyediakan perkhidmatan
perlindungan kepada manusia daripada bencana
alam,kemalangan,rawatan dan pendidikan dengan
menggunakan pelbagai nama seperti insurans
nyawa,insurans kesihataan,insurans kemalangan dan
insurans pendidikan.

Terdapat dua jenis insurans di Malaysia iaitu :


(a)insurans konvensional
(b)insurans takaful

Sektor hartanah ~melibatkan perkhidmatan jual


beli rumah kediaman,rumah kedai,ruang pejabat
dan lain2.
Manakala,bagi perkhidmatan perniagaan
~melibatkan perkhidmatan seperti guaman,
perundingan(konsultansi), perubatan,
pendidikan, keselamatan dan kebersihan serta
kerjaya.

~Sektor Utiliti Elektrik,Air dan Gas


Merupakan perkhidmatan asas kepada penduduk dan
menjadi keperluan asasi pada masa kini.
Utiliti elektrik melibatkan pembekalan dan
penyelenggaran sumber tenaga kepada kediaman
penduduk ,industri,komersial,perniagaan dan organisasi.
Di Malaysia,pembekalan tenaga elektrik dimonopoli oleh
syarikat bersekutu kerajaan(SBK)iaitu Tenaga Nasional
Berhad( TNB) manakala bekalan air pula dilaksanakan
oleh Jabatan Bekalan Air (JBA )di bawah kerajaan negeri
masing-masing.

Namun begitu,terdapat juga sesetenganh negeri


menswastakan perkhidmatan bekalan air
kepada penduduk seperti SYABAS di Selangor
dan Air KELANTAN SDN BHD di Kelantan .
Pada tahun 2000,100%daripada kawasan
bandar dan 93%kawasan luar bandardi Malaysia
telah dubekalkan dengan kemudahan tenaga
elektrik.
Manakala 98%penduduk bandar dan 87%
penduduk luar bandar menikmati perkhidmatan
bekalan air bersih.

~Perkhidmatan Kerajaan
Di malaysia,perkhidmatan kerajaan masih lagi menjadi
perkhidmatan yang amat pentingkepada penduduknya
walaupun negara telah mengamalkan dasar
penswastaan.
Ini kerana keupayaan rakyat untuk membayar kos
perkhidmatan swasta masih rendah.
Oleh sebab itu,sestengah bidang perkhidmatan kerajaan
amat relevan sebagai usaha untuk membantu
keselesaan ,kesejahteraan, kebajikan dan keselamatan
rakyat.

Antara sektor penting ialah kerajaan dan tidak


diswastakan sepenuhnya seperti sektor
pendidikan,kesihatan pentadbiran, keselamatan
negara.
Perkhidmatan kerajaan ini berlangsung dalam tiga
peringkat iaitu:

(a) Kerajaan negeri


(b) Peringkat kerajaan pusat
(c) Pihak berkuasa tempatan

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI


PERKEMBANGAN SEKTOR PERKHIDMATAN
Faktor-faktor
mempengaruhi
perkembangan
Sektor
perkhidmatan

Faktor
Fizikal

Faktor
Ekonomi

Faktor
Governan

Faktor
Teknologi

Faktor Fizikal
Kekayaan sumber semula jadi yang dimiliki oleh
Malaysia
Misalnya perlombongan petroleum dan gas asli di luar
pantai Terengganu dan Sarawak telah memajukan
sektor pengangkutan,pelabuhan, dan bekalan tenaga
elektrik dan gas kepada penduduk penduduk serta
industri perkilangan.
Manakala kewujudan sunggai yang besar dan dalam
pula menggalakkan perkembangan sektor pengangkutan

Dalam konteks sektor pelancongan,hampir 90%


daripadanya bergantung kepada keindahan semula jadi
atau alam sekitar.
Produk ekopelancongan di Malaysia misalnya penting
dalam menjana perkembangan pesat sektor
pelancongan negara terdapatnya unsur-unsur semula
jadi seperti keindahan pantai dan pulau,tanah tinggi dan
pulau,tanah tinggi beriklim sejuk ,hutan lipur dan air
terjun, tasik, gua dan lain-lain.

FAKTOR EKONOMI
Kemajuan sektor ekonomi primer dan sekunder menjadi
asas penting untuk memperkembangan sektor
perkhidmatan negara kerana sektor perkhidmatan
bergantung kepada produk ekonomi primer dan sektor
sekunder sebagai inputnya.
Hasil-hasil pertanian,perlombongan dan perindustrian
perlu diangkut dan dipasarkan ke kawasan pasaran.
Keadaan ini memerlukan perkhidmatan pengangkutan
dan telekomunikasi yang moden dan cepat supaya
produk tersebut boleh sampai dengan segera kepada
pengguna.

Oleh itu,rangkaian lebuh raya dan jalan kereta api


memainkan peranan penting.
Selain itu,permintaan terhadap perkhidmatan
pengangkutan, pelancongan,kesihatan dan pendidikan
tinggi bergantung kepada pendapatan perkapita pengguna
untuk menjamin kuasa beli yang tinggi.
Jika pendapatan perkapita pengguna masih rendah maka
permintaan kepada sektor perkhidmatan juga
berkurangan.

FAKTOR GOVERNAN
Di Malaysia,kerajaan memainkan peranan penting dalam
memajukan sektor perkhidmatan.
Antara perananya yang diambil oleh kerajaan ialah
menggalakkan pelabur asing menanam modal dalam sektor
pelancongan, membuka pusat pengajian tinggi dan
menyediakan perkhidmatan insurans dan bank.
Contohnya pelabur diberi pengecualian cukai antara 85%
hingga 100% bagi menggalakkan mereka melabur di Malaysia.
Selain itu,usaha mempromosikan sektor pelancongan di luar
negara terus dilakukan oleh kerajaan menerusi TDC.

Dalam Rancangan Malaysia Kelapan,kerajaan pula


bersungguh-sungguh mengembangkan industri francais,
memperluaskan konsep e-dagang mejayakan MSC,
menyediakan infrastruktur yang lengkap seperti membina
jaringan lebuh raya dan rangkaian telekomunikasi canggih.
Tujuan pelaksanaan yang diambil oleh kerajaan ini adalah
untuk menjana sektor perkhidmatan dalam negara.
Menerusi dasar penswastaan negara pula,kerajaan telah
memajukan perkhidmatan utiliti seperti bekalan air
bersih,tenaga dan telekomunikasi.Justeru itu,muncul
syarikat kongmelarat swasta yang membeikan
perkhidmatan yang cekap kepada rakyat seperti
TELEKOM,CELCOM,MAXIS dan sebagainya.

FAKTOR TEKNOLOGI
Kepesatan pembangunan sektor perkhidmatan amat dibantu oleh
kemajuan teknologi dan inovasi baru.
Justeru itu,penyelidikan dan pembangunan(R&D) yang berterusan
sentiasa dilakukan oleh kerajaan dan swasta bagi menyediakan
perkhidmatan yang terbaik dan memenuhi cita rasa pengguna.
Teknologi moden bukan sahaja dibangunkan melalui R&D dalam
negara malah ada yang dipindahkan atau diimport dari luar negara.
Secara jelas teknologi telekomunikasi berkembang dengan pesat di
Malaysia dan perkembangan teknologi telekomunikasi ini amat
seperti sektor pelancongan,kewangan,pengangkutan,perniagaan
dan lain-lain.

KEPENTINGAN SEKTOR PERKHIDMATAN KEPADA


PEMBANGUNAN EKONOMI DAN SOSIAL NEGARA.

Sektor perkhidmatan turut melibatkan dalam menjana pembangunan


ekonomi dan sosial di Malaysia.
Salah satu sumbangan sektor ini ialah membantu meningkatkan
KDNK negara dan meningkatkan penggunaan sumber tenaga
manusia yang sekaligus mengurangkan pengangguran.
Penting dalam membangunkan ekonomi lain berkaitan khususnya
sektor primer dan sektor sekunder.
Dengan adanya sektor perkhidmatan maka sektor-sektor lain juga
akan turut berkembang sebagai satu rantaian tindak balas ekonomi.

Misalnya bahan mentah dan barangan siap untuk


perindustrian yang diangkut ke kilang atau ke pasaran
menerusi sistem pengangkutan darat,air dan udara.
Sektor kewangan dan bank ~beri perkhidmatan
pinjaman kredit untuk pekilang atau pengusahapengusaha untuk menjalankan operasinya.
Pembekalan tenaga elektrik dan air~menjamin sektor
industri berkembangdengan baik.Kesannya seluruh
peringkat kegiatan ekonomi akan dapat dimajukan.

Sektor perkhidamatan penting :


~meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.
~Cth:perkhidmatan kesihatan yang disediakan seperti
hospital,poliklinik,klinik desa,bekalan ubat dan doktor
terlatih
~kesannya:mengurangkan kadar kematian
penduduk,meningkatkan kelahiran dan memanjangkan
jangka hayat penduduk.
~disediakan khususnya kepada golongan miskin dan
kurang berkemampuan yang tinggal di luar bandar bagi
menikmati kesihatan yang sempurna.

Dalam konteks pendidikan,kerajaan turut menyediakan


sekolah,kolej,IPT yang memberikan pendidikan terbaik kepada
rakyat.
~Kesannya akan mengurangkan kadar buta huruf dan
meningkatkan golongan celik teknologi.
Memainkan peranan penting dalam meningkatkan teknologi dan
kualiti buruh dalam negara.
~perkembangan ICT menyebabkan Malaysia telah berjaya
menjana inovasi baru dan menghasilkan teknologi baru yang
mampu berdaya saing bagi mengeluarkan produk yang
berkualiti.
~Teknologi reka bentuk dan teknologi kawalan mutu dicipta.
~Cthnya,MIMOS banyak melahirkan teknologi baru yang
digunapakai dalam aspek pengurusan maklumat.

Aspek pemindahan teknologi dari luar negara menjadi cepat


dengan adanya kemudahan perkhidmatan ICT.
Dari segi kualiti buruh,,tenaga buruh mahir dapat ditingkatkan
melalui kemudahan ICT.
~Latihan ,perkembangan dan pembangunan sumber tenaga
manusia (HRD)dalam perkhidmatan kerajaan dan swsta -dapat
melahirkan ramai golongan profesional.
Sektor perkhidmatan juga penting dalam :
~menambahkan aliran masuk modal ke dalam negara khususnya
daripada pelabur asing.

Dengan adanya,kemudahan perbankan luar pesisir


seperti di Labuan maka pelabur asing dengan mudah
boleh membuat pinjaman untuk menjalankan pelbagai
kegiatan ekonomi.
Perkhidmatan bank-bank dan syarikat kewangan
tempatan membantu penambahan modal khususnya
kalangan pengusaha-pengusaha tempatan.

You might also like