You are on page 1of 3

http://cikguazharrodzi.blogspot.my/2010/06/memilih-tajuk-penyelidikanselecting.

html

Thursday, June 24, 2010


MEMILIH TAJUK PENYELIDIKAN (SELECTING TOPIC FOR PREUNIVERSITY
RESEARCH)
Tajuk boleh diumpamakan sebagai jenama sesuatu barang atau keluaran. Contohnya,
demi disebut Nokia, hampir semua orang dapat mengaitkannya dengan telefon bimbit.
Walaupun Nokia juga mengeluarkan gajet teknologi maklumat yang lain seperti
komputer, sekurang-kurangnya satu bentukkawalan telah terbentuk dalam minda
pengguna bahawa Nokia ialah jenama telefon bimbit yang terkenal.

Menurut Kamus Dewan, tajuk ialah judul, mauduk, kepala atau pokok perbincangan.
Dalam bahasa Inggeris, tajuk ialah topic, iaitu subject to discuss something. Sebagai
asas kawalan, sesuatu tajuk macam juga stereng kereta, kemudi kapal, atau tali layanglayang.

Tanpa kawalan, kereta hampir pasti terbabas, kapal hilang arah tujuan dan layanglayang lesap entah ke mana-mana. Maka, kalau orang bercakap tanpa tajuk yang
khusus, dia sebenarnya bercakap kosong atau merapu. Demikian juga dalam
penyelidikan, tanpa tajuk yang khusus, proses seterusnya tidak boleh dimulai.
Memilih tajuk untuk penyelidikan bagaikan proses "mencipta" sesuatu (Abdul Rashid
Moten, 1998). Maksudnya, seseorang penyelidik melakukan proses penerokaan
baharu, atau proses penerokaan semula sebelum memulai sesuatu penyiasatan yang
mendalam. Dalam kata lain, seseorang penyelidik mengenal pasti dan membuat
keputusan tentang masalah yang hendak disiasat.
Tajuk mungkin telah ditetapkan oleh organisasi tempat penyelidik, atau oleh penaja
penyelidikan. Bagi penyelidik yang masih baharu, mereka perlu dilatih tentang proses
pemilihan tajuk supaya mendapat gambaran awal tentang data yang hendak
dikumpulkan. Seboleh-bolehnya tajuk hendaklah berkenaan dengan masalah atau
perkara yang hampir dengan organisasi, persekitaran atau tempat penyelidik berada.
Pertimbangan / Kriteria Memilih Tajuk
1 Masalah yang disiasat mempunyai kepentingan, atau signifikan kepada penyelidik,

organisasi, dan orang ramai;


2

Data berkaitan boleh dikutip dalam tempoh siasatan dan akses sumber yang ada;

Menjaga etika penyelidikan

Menghormati kerahsiaan subjek / responden penyelidikan

Kesilapan yang mesti dihindari:


1 Meliputi masalah yang terlalu besar / luas. Contohnya, "Stres dalam kalangan
pemandu Malaysia";
2 Terlalu ideal, atau emosional.
3 Menyimpang daripada logik / terlalu imaginatif
4 Menggambarkan matlamat yang terlalu banyak / cita-cita sangat tinggi
5 Pemboleh ubah kabur / tidak fokus
6 Mengandungi kontroversi / pendapat peribadi penyelidik yang berat sebelah

Sumber Pemilihan Tajuk


1 Pengalaman sendiri / orang lain
2 Menyambung kajian orang lain: tajuk sama, tetapi ubah persekitaran / populasi
3 Isu semasa: hadkan kajian sekadar populasi berhampiran penyelidik
4 Menguji teori sedia ada

Cara / Kaedah Memilih Tajuk


1 Sumbang saran:
Lontaran idea spontan --> disenaraikan tanpa susunan --> gunakan frasa ringkas -->

klasifikasi --> masukkan pemboleh ubah


2 Rujukan di pusat sumber / perpustakaan;
abstrak penyelidikan, akhbar, almanak, artikel, autobiografi, bibliografi, blog, buku,
CD-ROM, direktori, dokumen, ensaiklopedia, indeks, jurnal, kamus, laman
sesawang,
laporan rasmi, majalah, media massa, perangkaan, senarai semak, terbitan
berkala, VCD
3 Bantuan pakar / pensyarah / penyelia penyelidikan (guru akademik tingkatan 6)
janji temu / ikuti kuliah penyelidikan / perbincangan tidak rasmi / utuskan e-mel
4 Kongsi dengan rakan
berbincang dalam kumpulan kecil --> cadangan bidang tajuk --> senaraikan pilihan
--> buat keputusan --> dapatkan kelulusan

You might also like