You are on page 1of 20

TEKS PENGACARAAN MAJLIS CERAMAH SEMPENA SAMBUTAN

MAULIDUR RASUL PERINGKAT INSTITUT PERGURUAN TEKNIK,


KUALA LUMPUR

TARIKH : 20 APRIL 2009


MASA : 10.00 PAGI
TEMPAT:
DEWAN BESAR INSTITUT PERGURUAN TEKNIK KULA LUMPUR
CUE : KETIBAAN PENGARAH

ANN : MENGUMUMKAN KETIBAAN YANG BERBAHAGIA PUAN


HAJJAH ZAKIAH BT. AHMAD PENGARAH INSTITUT
PERGURUAN TEKNIK KUALA LUMPUR DIIRINGI OLEH
KETUA-KETUA JABATAN.

PARA PELAJAR DIMINTA BERDIRI.


CUE : UCAPAN ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS

ANN : Assalamulaikum dan selamat sejahtera


Selamat datang ke Majlis Ceramah Agama Sempena Sambutan
Maulidur Rasul anjuran Institut Perguruan Teknik, Kuala Lumpur.

Pergi ke pasar membeli ikan,


Ikan dimasak diatas bara,
Selamat datang kami ucapkan,
Ucapan bismillah pembuka acara.
: Bismillallahirrahmanirrahim
Yang Berbahagia
Puan Hajjah Zakiah bt.Ahmad
Pengarah
Institut perguruan Teknik, Kuala Lumpur.

Yang Berusaha
Ustaz Azani bin Ilyas
Pengerusi Jawatankuasa Program Maulidur Rasul,
: Yang Berusaha
Pn. Hajah Rahmah bt. Idris
Pengerusi Jawatankuasa Perhimpunan Bulanan
Institut Perguruan Teknik Kuala Lumpur.

Ketua-ketua Jabatan, Setiausaha-setiausaha, Ketua-ketua Unit,


Penyarah-penyarah, staf-staf sokongan juga guru-guru pelatih yang
Dikasihi sekalian,
CUE : BACAAN DOA

ANN : Untuk meneruskan lagi acara kita pada hari ini, marilah
Sama-sama kita momohon keberkatan ilahi agar program
Ini berjalan dengan lancar, oleh itu dengan sukacitanya saya
Menjemput Ammar bin Abd Aziz pelajar daripada PBM 2 untuk
Mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.
CUE : BACAAN DOA SELESAI

ANN : Amin, amin yarabbal amin.


Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ammar bin Abd Aziz
atas bacaan doa itu tadi. Semoga majlis kita mendapat
keredhaan-Nya.
CUE : PERSEMBAHAN NASYID 1

ANN : Seterusnya, untuk meriahkan lagi majlis ini, majlis ingin


menjemput kumpulan As-Syakirin untuk membuat persembahan.
Kumpulan As-Syakirin akan mempersembahkan nyanyian nasyid
yang bertajuk “Rasul Junjungan”. Dipersilakan.
CUE : PERSEMBAHAN NASYID 1 SELESAI

ANN : Syabas diucapkan kepada Kumpulan As-Syakirin diatas


persembahan yang mantap sebentar tadi. Diharap para hadirin
berasa terhibur dengan persembahan mereka.
CUE : UCAPAN PENGARAH

ANN : Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,


Kini tibalah masa bagi Pengarah Institut perguruan Teknik Kuala
Lumpur untuk memberi ucapan beliau.
CUE : Ucapan daripada pengarah

ANN : Hadirin sekalian, sekarang tibalah masanya untuk kita


mendengar sepatah dua kata daripada Yang Berbahagia
Puan Hajah Zakiah binti Ahmad, pengarah Institut
Perguruan Teknik Kuala Lumpur. Dipersilakan.
CUE : Ucapan pengarah selesai

ANN : Terima kasih diucapkan kepada tuan pengarah atas ucapan


yang disampaikan oleh beliau sebentar tadi.
CUE : Ceramah

ANN : Sekarang, kita menjemput penceramah luar jemputan kita


pada hari ini iaitu Ustaz Mohammad Aqil bin Haji Harun
untuk memulakan ceramah beliau.
CUE : Ceramah selesai

ANN : Ribuan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohammad


Aqil atas ceramah beliau yang begitu menarik tadi.
Diharapkan agar para hadirin mengambil iktibar daripada
apa yang telah disampaikan oleh penceramah kita dalam
ceramah beliau sebentar tadi.
CUE : Persembahan kedua

ANN : Kini, tibalah saat –saat yang dinantikan untuk para hadirin
menyaksikan persembahan pelajar daripada Persatuan Seni
dan Kebudayaan Islam. Semoga anda semua terhibur.
CUE : Persembahan kedua selesai

ANN : Tahniah diucapkan kepada kumpulan Persatuan Seni dan


Kebudayaan Islam atas persembahan mereka yang begitu
bertenaga sekali. Diharapkan agar persembahan yang
menarik seperti ini dapat diteruskan lagi di masa yang akan
datang.
CUE : Penyampaian cenderamata

ANN : Majlis kita pada hari ini sudah sampai ke penghujungnya.


Maka, dijemput Puan Hajah Zakiah binti Ahmad untuk naik
ke pentas bagi menyampaikan cenderamata kepada
penceramah jemputan kita. Dipersilakan.
CUE : Penyampaian cenderamata selesai

ANN : Dengan sempurnanya majlis penyampaian cenderamata itu


tadi maka berakhirlah majlis kita pada hari ini.
CUE : Penutup dan selawat

ANN : Sebelum majlis melabuhkan tirai, marilah kita sama – sama


berselawat bagi memperingati junjungan besar Nabi
Muhammad SAW. Hadirin diminta berdiri.
CUE : Nyanyian selawat selesai

ANN : Kalau ada sumur di ladang,

Boleh kita menumpang mandi,

Kalau ada umur yang panjang,

Boleh kita berjumpa lagi.

Sekian, terima kasih.

You might also like