Professional Documents
Culture Documents
1.1 PENGENALAN
Perbezaan kognitif, sosial emosi, fizikal dan rohani dalam kalangan kanak-kanak di
dalam sebuah bilik darjah merupakan perkara biasa. Namun, kadang kala kita akan
berjumpa dengan kanak-kanak yang perbezaannya agak ketara dan tidak mengikuti
norma-norma perkembangan seperti kanak-kanak lain. Kanak-kanak ini menunjukkan
ciri-ciri perkembangan yang berbeza daripada kanak-kanak biasa seperti keupayaan
kognitif, fizikal yang terhad, kesukaran berinteraksi dan berkomunikasi. Kanak-kanak ini
juga mungkin menghadapi masalah tertentu seperti masalah fizikal, masalah
penglihatan, pendengaran, pertuturan, tingkah laku, masalah pembelajaran, terencat
akal dan pintar cerdas. Kanak-kanak ini dikategorikan sebagai kanak-kanak
berkeperluan khas.
Kanak-kanak
Berkeperluan Khas
Desleksia Masalah
Attention/Deficit Hiperactivity Disorder Komunikasi:
(ADD/ADHD) Bahasa dan
Bermasalah Emosi dan Tingkah Laku Pertuturan
Lembam (Slow Leaner)
Terencat Akal
Sindrom Down
Autisme
Pintar Cerdas
Palsi Serebrum (Cerebral Palsy)
Sebelum merungkai lebih jauh lagi mengenai kanak-kanak berkeperluan khas ini,
adalah penting kepada kita untuk mengetahui definisi setiap kategori ini untuk melihat
perbezaan dan memahaminya dengan lebih mendalam. Perlu diingatkan bahawa
sebagai bakal pendidik yang akan berkhidmat secara khusus dalam bidang ini atau
lebih sinonim sebagai guru Pendidikan Khas, menghayati definisi setiap kategori kanak-
kanak berkeperluan khas adalah sangat penting. Hal ini perlu diambil berat bagi
mencari corak pembelajaran, intervensi dan sebagainya yang sesuai bagi setiap kanak-
kanak yang dikenalpasti dalam mana-mana kategori ini.
Kecacatan fizikal
Jadual 1.0: Kategori masalah yang dihadapi oleh individu dengan kecacatan fizikal.
Ahli patologi bahasa-pertuturan adalah salah satu daripada pakar lain yang
turut terlibat dalam kumpulan pelbagai disiplin. Mereka menyediakan terapi pertuturan,
intervensi bahasa, koordinasi motor oral seperti mengunyah dan menelan serta
komunikasi argumentatif dan alternatif. Pembantu kesihatan pula bertanggungjawab
dalam memberi perkhidmatan penjagaan kesihatan dan prosedur rawatan dalam kelas.
Pekerja sosial perubatan membantu pelajar dan keluarga untuk berfungsi sepenuhnya
dengan tidak menjadikan masalah yang dihadapi sebagai halangan.
Pengubahsuaian persekitaran dilakukan untuk membolehkan pelajar yang
mempunyai masalah fizikal dan kesihatan terlibat dengan sepenuhnya dalam aktiviti
dan secara berdikari di sekolah. Pengubahsuaian persekitaran penting supaya pelajar
dengan masalah fizikal dan kesihatan dapat dilihat dengan sepenuhnya secara
berdikari di sekolah. Salah satu pengubahsuaian yang boleh dilakukan adalah dengan
meningkatkan aksebiliti sekolah dan bilik darjah. Halangan arkitektural akan
mengehadkan pergerakan pelajar berkerusi roda atau mempunyai limitasi fizikal.
Halangan arkitektural berupa laluan jalan, rem, pintu, lantai yang tidak licin, dan
fountains.
Kanak-kanak ini mungkin mempunyai konsep kendiri yang rendah dan perhatian
lebih yang diberikan kepada mereka boleh menggalakkan pergantungan kepada guru
atau rakan untuk sentiasa membimbing mereka. Di samping itu, pengalaman mereka
yang terhad dalam dunia visual memberi kesan kepada perkembangan bahasa.
Contohnya, seseorang kanak-kanak normal boleh memberi pelbagai contoh untuk
perkataan ‘bulat’ dan menghuraikannya dengan jelas jika dibanding dengan kanak-
kanak yang mempunyai masalah penglihatan.
Psikomotor
i. Lemah dalam melukis saiz dan jarak dalam mata pelajaran Matematik.
ii. Lebih mengetahui konsep sejuk dan panas melalui sentuhan
Terdapat dua kategori masalah pekak iaitu separa pekak dan pekak. Separa pekak
bermaksud penggunaan alat pendengaran akan membolehkan kanak-kanak ini
menerima pendidikan secara audio. Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai pekak
perlu menerima pendidikan menggunakan sensori lain seperti penglihatan. Tahap
kehilangan keupayaan mendengar diukur dengan audiometer dalam unit decibel.
Seseorang dikategorikan sebagai pekak jika tahap kehilangan keupayaan mendengar
lebih daripada 70 decibel. Mereka yang tergolong sebagai separa pekak mempunyai
tahap kehilangan keupayaan mendengar antara 20 hingga 60 decibel.
Masalah pendengaran terdiri daripada beberapa tahap dan ada yang hanya
dikenalpasti apabila kanak-kanak tersebut telah berumur beberapa tahun. Kanak-kanak
yang menunjukkan masalah ini menunjukkan simptom seperti kerap meminta orang
mengulang apa yang telah disebut. Mereka juga menghadapi kesukaran untuk
mengikut arahan dan salah faham kerap berlaku. Pertuturan kanak-kanak ini tidak
lancar kerana masalah sebutan yang sangat lemah. Mereka juga sering mempunyai
nada suara yang tinggi atau rendah dan memusingkan kepala untuk mendengar.
Semasa mendengar radio atau televisyen kanak-kanak ini akan meninggikan nadanya
pada tahap yang agak kuat.
1) Kurang pendengaran
a. Ringan (mild)
Tahap kehilangan pendengaran antara 27 – 40 dB
Memahami perbualan
Mengalami kesulitan mendengar bunyi-bunyi yang perlahan dan jauh
Memerlukan terapi pertuturan
b. Sederhana (moderate)
Tahap kehilangan pendengaran antara 41 – 55 Db
Dapat mendengar bunyi setakat 1 – 1.5 meter daripadanya
Sukar melibatkan diri dalam perbincangan secara kelas
Memerlukan laat bantu dengar
Memerlukan terapi pertuturan
c. Sederhana teruk (moderate – severe)
Tahap kehilangan pendenngaran antara 56 – 70 dB
Memerlukan alat bantu dengar dan latihan pendengaran
Memerlukan latihan pertuturan dan komunikasi
Orang yang ingin berhubung dengan mereka perlu bercakap dengan kuat
2) Pekak
a. Teruk (severe)
Sebelum lahir
Semasa lahir
a) Masa lahir yang terlalu lama atau susah menyebabkan tekanan pada telinga
b) Kelahiran tidak cukup bulan
c) Kecederaan semasa dilahirkan terutama pada bahagian telinga
Selepas lahir
Kelihatan nakal, tidak mempedulikan orang lain, sangat pasif dan menyendiri
Lebih banyak menunggu dan melihat apa yang dilakukan oleh orang lain terlebih
dahulu sebelum melakukan sebarang tugas
Akan membaca bibir, melihat isyarat visual, ekspresi muka dan gerak tangan
daripada mendengar
Perkembangan kognitif
Kaedah ini menekankan proses mendengar serta bertutur, dengan penggunaan saki
baki pendengaran secara lebih berkesan dan diperkukuhkan dengan penggunaan alat
bantu dengar dan deria lihat serta deria sentuh. Kaedah ini tidak menggunakan bahasa
isyarat atau ejaan jari tetapi menekankan kaedah membaca gerak bibir (lip reading).
Kaedah ini menggunakan implikasi bunyi bagi memperkembangkan kemahiran
mendengar dan bertutur, melibatkan latihan mendengar untuk membolehkan mereka
mendiskriminasikan bunyi-bunyi yang berbeza.
Kaedah bacaan bibir
Kaedah ini adalah satu kaedah yang menggabungkan ejaan jari, isyarat, bacaan bibir,
pertuturan dan implikasi auditori. Elemen penting dalam kaedah ini ialah penggunaan
isyarat dan pertuturan secara serentak.
Ahli audiologi adalah orang yang bertanggungjawab dalam mengenal pasti keadaan
dan tahap kehilangan pendengaran kanak-kanak manakala ahli patologi pertuturan
bahasa pula bertanggungjawab dalam memberi latihan pendengraan dan pertuturan
kepada kanak-kanak itu. Ahli audiologi akan menilai kemampuan pelbagai alat bantu
dengar, membuat acuan telinga, memilih dan memasang alat bantu dengar yang
memberi impliksi terbaik kepada kanak-kanak pekak termasuklah memberi kaunseling
kepada ibu bapa tentang cara memakai, penjagaan dan latihan yang perlu (Lokman,
2004). Dengan bantuan ahli patologi, kanak-kanak yang mendapat implikasi terbaik
akan dilatih menggunakan pendengaran untuk bertutur dan membentuk
bahasa(Lokman, 2004).
Masalah pertuturan yang dialami memberi kesan terhadap bunyi yang dikeluarkan oleh
kanak-kanak. Setiap kanak-kanak mempunyai suara yang unik tetapi perbezaan dalam
cara kanak-kanak itu bercakap menjadi suatu masalah apabila pertuturannya tidak
dapat difahami oleh orang yang mendengar, ataupun cara kanak-kanak itu bercakap
mengganggu pendengar daripada memahami apa yang cuba disampaikan.
i. Masalah artikulasi
i. penggantian
ii. pengguguran
iii. pengubahan, dan
iv. penambahan
Masalah atau gangguan suara melibatkan kualiti bunyi (akustik) suara yang tidak
normal atau luar biasa yang dihasilkan ketika kanak-kanak bercakap. Semua suara
berbeza dari segi nada, kualiti suara, dan punca suara dihasilkan. Suara kurang
menyenangkan apabila dikeluarkan secara sengau, serak atau garau (hoarseness),
dan berbisik. Semua ini akan mengganggu komunikasi yang berkesan.
Pertuturan sengau terhasil apabila udara dari paru-paru yang sepatutnya keluar
melalui rongga mulut telah keluar mengikut rongga hidung ketika bercakap. Keadaan
ini menjadikan suara sengau atau seperti hidung tersumbat. Oleh itu kanak-kanak
sumbing akan menyebut kebanyakan konsonan secara sengau kecuali bunyi vokal dan
bunyi-bunyi konsonan “n”, “m”, dan “ng “.
Antara punca masalah pertuturan ialah disebabkan kecacatan lelangit atau bibir ialah
kerenggangan tulang mulut, tisu lembut, dan struktur bahagian atas bibir yang
mengganggu pengeluaran udara melalui hidung dan menghasilkan suara yang sengau.
Masalah pertuturan juga boleh berpunca daripada kelumpuhan otak (brain damage)
yang mengawal sistem saraf tunjang dan pergerakan otot alat pertuturan. Kanak-kanak
akan menjadi sukar menerima atau mengeluarkan bunyi atau suara yang betul.
Ketika masih bayi lagi, kanak-kanak belajar bertutur dengan meniru pertuturan
orang dewasa. Kebiasaannya sebutan perkataan sengaja tidak lengkap bagi
memudahkan mereka meniru sebutan perkataan. Mereka juga menyebut perkataan
dengan pelat, misalnya “nacik” untuk “nasi”, “be’ ak” untuk “berak” dan sebagainya.
Sekiranya kesilapan sebutan ini tidak dibetulkan, maka kanak-kanak tersebut akan
mengalami masalah menyebut perkataan dengan betul.
a. Terapi Pertuturan
Aktiviti intervensi bahasa iaitu ahli terapi pertuturan akan berinteraksi dengan kanak-
kanak dan bercakap dengan mereka. Bahan-bahan seperti gambar, buku, objek, atau
peristiwa yang berlaku digunakan untuk merangsang perkembangan bahasa kanak-
kanak. Ahli terapi juga akan menunjukkan cara penyebutan yang betul dan
menggunakan kaedah latih tubi untuk membina kemahiran bertutur dan juga bahasa.
c. Pendekatan Interaktif
Melalui pendekatan interaktif ini, ahli intervensi yang mungkin terdiri daripada ibu bapa,
guru pendidikan khas, atau ahli terapi pertuturan akan cuba menggunakan sifat semula
jadi kanak-kanak untuk bercakap tentang apa yang dia sedang lakukan, merancang
untuk lakukan, ataupun perkara yang dia ingin lakukan. Sesi pemulihan ini dilakukan
semasa kanak-kanak sedang bermain, makan, atau semasa pergi ke restoran dengan
menggunakan bahasa dan sebutan yang betul. Menurut Bloom (1991), tujuan
pendekatan ini adalah untuk merangsang kanak-kanak supaya kanak-kanak banyak.
Justeru, sebutan mereka akan menjadi lebih tepat di samping meningkatkan lagi
perbendaharaan kata mereka.
d. Komunikasi Tambahan
e. Terapi kumpulan
Apabila tiba masa yang sesuai, individu gagap akan menghadiri sesi terapi secara
berkumpulan. Di sini dia akan bertemu dengan orang lain yang menghadapi masalah
yang sama dan berkongsi pengalaman masing-masing.
i. Fonologi
Kanak-kanak dengan masalah fonologi berkemungkinan menghadapi
masalah dalam bahasa lisan. Mereka kerap membuat kesalahan
menggantikan bunyi dalam perkataan seperti “nama” untuk “mama”, “blink”
untuk drink”.
ii. Morfologi
Kecelaruan yang melibatkan morfologi termasuklah penggunaan imbuhan
yang luar biasa, struktur ayat yang salah, dan penggunaan “tenses” yang
salah (bahasa Inggeris).
iii. Sintaksis
Masalah yang berkaitan sintaksis (ayat) pula melibatkan kesalahan
tatabahasa yang boleh memberi kesan dalam menyusun dan
menyampaikan pendapat yang kompleks.
iv. Semantik
Masalah semantik dapat dilihat melalui perkembangan perbendaharaan kata
yang lemah, menggunakan makna perkataan yang tidak sesuai, dan tidak
berupaya memahami makna perkataan.
v. Pragmatik
Masalah berkaitan pragmatik melibatkan ketidakupayaan kanak-kanak
memahami atau menggunakan bahasa dalam konteks atau perbualan dalam
situasi yang berbeza.
1. Kelewatan bahasa
Ada kanak-kanak yang memperolehi bahasa lewat daripada kebiasaannya.
Sesetengah kanak-kanak akan dapat menguasai bahasa walaupun agak lambat
daripada yang lain, tetapi terdapat juga kanak-kanak yang tidak menunjukkan
perubahan dan memerlukan intervensi awal untuk membantunya.
2. Aphasia
Aphasia merujuk kepada masalah bahasa akibat daripada ketidakupayaan untuk
membentuk, atau memperoleh semula, dan memberi makna kepada simbol-
simbol arbitrari bahasa (Holland & Reinmuth, 1982). Aphasia berpunca daripada
kerosakan otak. Bagi kanak-kanak kerosakan otak berpunca akibat kecederaan
otak semasa lahir atau ketumbuhan (tumor) otak. Manakala bagi orang dewasa
pula mungkin akibat daripada strok atau kecederaan akibat kemalangan.
iii. Bercakap tentang apa yang mereka fikir atau lakukan. Kanak-kanak mesti
dilatih bercakap dan menyampaikan buah fikiran mereka. Satu cara
mudah merangsang mereka bercakap adalah dengan meminta mereka
bercakap tentang apa yang mereka sedang fikirkan atau perkara yang
mereka sedang lakukan.
2.5.1 DISLEKSIA
Disleksia adalah gabungan dua perkataan Greek iaitu “dys” bermaksud “kesukaran”
dan “lexia” bermaksud “perkataan”. Terjemahannya membawa maksud “kesukaran
dengan perkataan bertulis”. Menurut Sanders dan Myers (1996), kanak-kanak yang
mengalami ciri-ciri disleksia mempunyai kesukaran-kesukaran khusus dalam bacaan,
menulis dan mengeja. Kesukaran-kesukaran ini termasuklah masalah yang serupa
dalam kerja nombor dan mengenali symbol-simbol, seperti not muzik atau symbol
matematik. Manakala menurut Drake (1989) [dalam Madya Zhagan (1999)] masalah
pembelajaran disleksia merujuk kepada beberapa ciri, iaitu:
a) Keturunan/Genetik
Menurut Bradford (2001), dalam kebanyakkan kes murid disleksia, terdapat
beberapa orang ahli keluarga; sama ada ibu bapa, adik-beradik atau saudara
terdekat; yang mengalami masalah yang sama. Ini menunjukkan ada tanda-tanda
berkemungkinan disleksia berpunca daripada pengaruh genetic, iaitu disleksia boleh
diwarisi. Namun, darjah keterukan disleksia yang dialami mungkin berbeza. Kajian
yang telah dijalankan telah dapat membuktikan bahawa disleksia disebabkan oleh
kromosom 15, 1 dan 16 diwarisi secara turun-temurun (British Psychological
Society, 1991).
b) Biologi
Secara umum ianya disebabkan oleh sejarah kesukaran semasa dilahirkan, seperti
lahir tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang
amat menyukarkan. Semua faktor ini adalah kemungkinan menjadi punca
kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan sebahagian daripada
kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak tersebut menghadapi masalah
belajar disleksia (Hammond & Hughes, 1996) dan kerosakan ini adalah minima.
Mercer, (1997), yang menjalankan kajian mendapati pembentukan otak mereka
yang mengalami disleksia adalah tidak sama dengan mereka yang tidak mengalami
disleksia.
c) Kematangan
Biasanya terdapat perbezaan dalam perkembangan sistem saraf manusia mengikut
jantina. Kebiasaannya kanak-kanak lelaki lebih lambat matang daripada kanak-
kanak perempuan (Hammond & Hughes, 1996).
2.5.3 KATEGORI DISLEKSIA
a) Disleksia Perolehan
Menurut Ott (1997), disleksi perolehan adalah kesan daripada kerosakan pada otak
seperti kecederaan pada otak atau ketumbuhan dalam otak yang dialami sejak
kelahiran. Terdapat empat jenis simptom yang berlainan pada kanak-kanak yang
mengalami disleksia perolehan, iaitu:
i. Disleksia yang dalam teruk, yang melakukan kesilapan menyebut ketika
membaca, yang menyebabkan berubah makna.
ii. Disleksia phonologi yang tidak boleh menyebut atau membaca perkataan dan
bukan perkataan.
iii. Disleksia permukaan yang melibatkan gangguan penglihatan seseorang kanak-
kanak dalam mendiskriminasi abjad atau perkataan yang rupanya agak sama.
iv. Disleksia huruf, di mana seseorang yang mengalaminya hanya boleh faham apa
yang dibaca secara kuat dengan menyebut setiap huruf dalam sesuatu
perkataan.
b) Disleksia Perkembangan
Menurut Kennedy (1984), disleksia perkembangan ialah kanak-kanak yang
membaca kurang baik berbanding dengan kanak-kanak lain, yang lebih muda 2
tahun atau lebih daripadanya. Ianya berpunca daripada kerosakan tisu-tisu tertentu
atau gagal berfungsi secara keseluruhannya kerana jangkitan penyakit atau
ketidakseimbangan kimia dalam badan. Kanak-kanak ini mempunyai intelek yang
normal serta tidak mempunyai kekurangan daripada segi persekitaran dan sosial.
b. Kemahiran Motor
Koordinasi yang lemah
Pergerakan tangan yang luar biasa
Lambat menulis
Sukar memegang pensil dengan betul
Sukar mengimbangkan diri
Sukar menyepak dengan baik
Sukar menggunting
c. Masalah Fizikal/Pengurusan Diri/Sosial
Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor
Butang baju salah butang
Tali kasut tidak diikat rapi
Kidal
Perhatian singkat - keliru antara depan/belakang - kiri/kanan – bawah/atas
Tidak berminat dalam pelajaran dan dilabel sebagai pemalas/bodoh
1) Membaca
Kebolehan membaca adalah penting bagi membolehkan murid mempelajari apa
yang tersenarai di dalam kurikulum sekolah. Kesukaran membaca menyebabkan
murid tidak dapat belajar sendiri. Murid rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan
tentang kebolehan sendiri.
2) Mengeja
Pada jangka panjang, kebolehan mengeja akan memberi kesan yang lebih negatif
daripada kelemahan membaca. Kelemahan mengeja akan mengehadkan kebolehan
murid untuk menyampaikan pengetahuan yang telah dipelajari di dalam kelas.
Kelemahan ini juga akan menyebabkan murid sentiasa mendapat markah yang
rendah dalam ujian dan peperiksaan.
3) Menulis
Masalah utama adalah perbezaan antara kebolehan murid untuk menyampaikan
pengetahuannya secara lisan dan bertulis. Kesukaran-kesukaran olelh murid
disleksia akan memberi kesan negatif terhadap penguasaan kemahiran menulis
tersebut.
4) Tulisan
Tiga aspek tulisan perlu diambil kira iaitu boleh membaca, kepantasan menulis, dan
kematangan menulis. Kelemahan dalam mana-mana aspek ini akan menyebabkan
kanak-kanak menghadapi masalah dalam pembelajarannya.
5) Nombor
Kesukaran yang dihadapi dalam numerasi adalah sama dengan kesukaran yang
dihadapi dalam literasi. Murid menghadapi masalah untuk membaca teks, menulis
bentuk digit dan menulis digit bagi sesuatu nilai nombor.
6) Bahasa
Kebiasaannya murid mengalami kesukaran untuk menyampaikan pengetahuan,
menggunakan perkataan, menamakan benda, mengingat suku kata bagi perkataan
yang panjang. Ia juga dikenali sebagai kecacatan tersembunyi dan kesan negatifnya
juga merentas kurikulum.
7) Emosi/Tingkah Laku
Pencapaian prestasi yang rendah menyebabkan murid rendah diri dan kecewa. Ini
boleh menyebabkan masalah tingkah laku yang lebih teruk, diikuti dengan
pencapaian akademik yang rendah dan seterusnya. Selain itu, masalah tingkah laku
menyebabkan murid menghadapi masalah sosial seperti tidak boleh berinteraksi
dengan rakan sebaya.
i. Auditori
ii. Visual
iii. Oral
iv. Kinestetik
Bagi menjalankan kaedah ini, gabungan semua deria dijalankan serentak. Penggunaan
huruf-huruf yang dibuat daripada kayu di mana pelajar boleh:
Selain itu, pelajar juga boleh menggunakan pasir atau garam dengan
menggunakan dulang sebagai wadahnya. Pelajar boleh:
1) Faktor Keturunan
Individu dengan ADHD berkemungkinan besar mempunyai corak ADHD dalam
keluarganya. Malah, kanak-kanak yang ibu atau bapanya mengalami ADHD
berkemungkinan tiga kali ganda mempunyai ADHD.
2) Perbezaan Fungsi Otak
Ahli sains mendapati tiga bahagian otak iaitu prefrontal cortex, basal ganglia, dan
serebelum kerap berfungsi secara berbeza-beza pada individu dengan ADHD
berbanding individu lain. Khusus bagi ADHD, terdapat kurang aktiviti elektrikal dan
kurang tindak balas terhadap rangsangan bagi bahagian-bahagian tersebut.
3) Faktor Biokimia
Bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai neutransmitter yang memancarkan
malmukat daripada tiga bahagian di atas kepada bahagian yang lain, tidak
dipecahkan dan diserap semula dengan sempurna dalam otak individu dengan
ADHD.
4) Persekitaran
Kajian-kajian terkini menunjukkan bahawa faktor fisiologi merupakan punca utama
terjadinya ADHD, dan faktor persekitaran pula dilihat sebagai penyumbang kepada
tahap keterukan ADHD yang dialami oleh kanak-kanak.
5) Kecederaan Otak
Kecederaan otak mungkin terjadi semasa tempoh prenatal akibat daripada
penggunaan dadah, merokok, atau akibat kekurangan oksigen.
2.6.10 CARA MENGATASI
Sokongan Persekitaran
i. Memberi ganjaran dan pengukuhan bagi tingkah laku yang dingini ditunjukkan
ii. Strategi pencegahan – iaitu memberhentikan tingkah laku yang tidak sesuai ketika
baru bermula atau ketika masih ringan
iii. Token ekonomi – memberi ganjaran dalam bentuk token (sticker, syiling plastic dan
lain-lain) yang mempunyai nilai ekonomi, iaitu boleh ditukarkan dengan barang
yang disukai
Intervensi Pengajaran
Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya (IDEA, 1990) menggunakan istilah gangguan
emosi. Seseorang didefinisikan sebagai gangguan emosi mempunyai satu atau lebih
daripada ciri-ciri berikut dalam satu tempoh masa yang panjang yang mempengaruhi
pencapaian akademiknya:
Ketidakupayaan untuk belajar yang tidak ada kaitan dengan kekurangan kebolehan
intelektual, kekurangan sesuatu deria, atau faktor kesihatan.
Ketidakupayaan untuk membina hubungan sosial yang berkekalan dengan rakan
sebaya dan guru.
Mudah merasai sedih dan kerap megalami depresi
Menunjukkan simptom-simptom fizikal seperti pening kepala, muntah, sakit perut,
serta ketakutan terhadap sesuatu.
Menghadapi masalah pembelajaran tetapi ketidakupayaan ini tidak dapat dijelaskan
oleh faktor-faktor kesihatan, sensori, atau intelek.
Terdapat dua dimensi tingkah laku yang dipamerkan iaitu tingkah laku luaran dan
tingkah laku dalaman. Bentuk tingkah laku yang biasa dilakukan oleh kanak bermasalah
emosi adalah tingkah laku luaran (external behaviour). Contohnya, kerap membangun
dari tempat duduk, menjerit, bercakap kuat, memaki hamun, mengganggu rakan,
memukul, bergaduh, tidak menghiraukan guru, kerap mengadu, bertengkar keterlaluan,
menipu, merosakkan harta benda (Walker, 1997).
Beberapa teori dan kajian telah mengusulkan sebab-sebab wujudnya masalah emosi di
kalangan kanak-kanak. Faktor genetik, faktor biologi otak, faktor persekitaran dan faktor
keluarga telah dicadangkan sebagai menyebabkan masalah emosi dan tingkah laku
dikalangan kanak-kanak.
Faktor Biologi
Sesetengah pendapat mengaitkan masalah emosi dan tingkah laku dengan biologi otak
seseorang. Terdapat pandangan yang menyatakan masalah emosi dan tingkah laku
disebabkan oleh perkembangan otak yang tidak normal atau kerosakan otak yang
disebabkan oleh kesan daripada penyakit atau trauma yang membawa kecederaan
kepada struktur dan fungsi otak. Walau bagaimanapun, sehingga kini masih tidak ada
bukti yang kukuh menunjukkan bahawa masalah emosi dan masalah tingkah laku
berlaku disebabkan oleh kecederaan pada otak.
Faktor Persekitaran
(a) Asuhan
Hubungan yang wujud di antara kanak-kanak dan ibubapa sejak kecil adalah cara yang
krikal untuk mereka berkelakuam. Pemerhatian terhadap interaksi di antara ibu bapa
dan anak menunjukkan bahawa ibu bapa yang mengasuh anak mereka dengan penuh
kasih saying, akan lebih peka terhadap keperluan anak mereka. Mereka lebih
memerhati setiap tindak-tanduk anak mereka bagi memastikan anak mereka bertingkah
laku positif. Banyak kajian-kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang antisosial
berpunca daripada keluarga iaitu :
(b) Sekolah
Sesetengah kanak-kanak telah pun mempunyai masalah emosi atau masalah tingkah
laku sebelum memasuki sekolah. Kebanyakan kanak-kanak bermasalah emosi dan
tingkah laku tidak dapat dikenalpasti sehinggalah mereka berada di sekolah dan ini
menimbulkan persoalan sama ada sekolah juga menjadi faktor kepada masalah tingkah
laku. Apabila memasuki sekolah, masalah emosi mereka mungkin berkurangan atau
menjadi lebih teruk. Masalah emsoi muncul semasa di sekolah, mungkin disebabkan
oleh pengalaman dan amalan di sekolah. Contohnya, pengajaran kegagalan akademik,
peraturan yang tidak jelas, peneguhan yang tidak konsisten, denda lebih bersifat
menghukum, kekurangan pujian oleh guru terhadap tingkah laku yang baik dan kaedah
mengajar yang tidak member perhatian kepada keperluan pelajar. pelajar bermasalah
emosi dapati sukar bercampur gaul dan berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya.
Akhirnya, mereka disingkirkan atau diabaikan oleh pelajar lain. Ini pula memudaratkan
lagi masalah emosi yang dialami dan membawa kepada tingkah laku antisosial.
LAKU
Masalah Pertuturan
Masalah Bahasa
• Masalah dalam:
- penggunaan nada
- kekuatan dan kualiti suara (harsh)
- berangin (breathy)
- tegang (strained)
Masalah Bacaan
Mengulang perkataan
Menambah perkataan
Salah sebutan
Lemah daya ingatan
Teragak-agak
Mengeja semasa membaca
Kemahiran sosial adalah komponen kurikulum yang penting untuk pelajar bermasalah
emosi dan tingkah laku. Ramai dari kanak-kanak ini mempunyai masalah untuk berbual
dengan kawan menunjukkan perasaan mereka, mengambil bahagian dalam aktiviti
kumpulan dan member respons dengan cara yang positif dan membina. Mereka sering
terlibat dalam pergaduhan kerana kurang kemahiran sosoal atau menghadapi dengan
tenang peristiwa yang kurang menyenangkan. Contohnya, isu yang biasa akan menjadi
bahan ketawa atau diabaikan oleh kebanyakkan kanak-kanak tetapi boleh menjadi
punca untuk kanak-kanak bermasalah bertindak ganas.
Menurut Hallahan dan Kaufman (2006), Akta Pendidikan Individu dengan Keperluan
Khas (IDEA-1997) mendefinisikan Masalah Pembelajaran Khusus Kanak-kanak
lembam sebagai satu atau lebih kecelaruan pada proses asas psikologikal kanak-kanak
yang mengaitkan pemahaman atau penggunaan bahasa (penulisan atau bacaan) yang
boleh mengganggu kemahiran mendengar, berfikir, bertutur, membaca, menulis,
mengeja dan mengira. Namun, masalah ini bukanlah berpunca daripada masalah
pendengaran atau penglihatan, masalah motor atau masalah mental.
Mengajar secara konkrit lebih mudah daripada abstrak kerana kanak-kanak lembam
dapat melihat apa yang disuruh daripada membayangkan sesuatu maklumat.
Contohnya ialah membuat sebuah model kereta, cara-cara memasak dan sebagainya.
Evans (1983) mendefinisikan kerencatan mental sebagai individu yang tidak dapat
belajar secepat orang yang normal; tidak dapat menyimpan maklumat sebaik mereka
yang normal dan yang, dan tidak memahami dengan jelas serta sukar menggunakan
maklumat yang diperlukan dalam sesuatu situasi kepada situasi yang lain.
Antara dua perkara yang perlu diberi perhatian sebelum seseorang itu boleh
diklasifikasikan sebagai kerencatan mental ialah:
a. Kefungsian Intelektual
Kanak-kanak kerencatan mental dikenal pasti sebagai berfungsi pada tahap
intekletual di bawah paras normal. Untuk menentukan tahap ini, ujian
kecerdasan lazim digunakan.
Ciri Kognitif
i. Ingatan
Kanak-kanak terencat akal mempunyai masalah ingatan seperti kerap terlupa
perkara yang sepatutnya dilakukan atau lupa perkara baru yang dipelajari.
ii. Generalisasi
Kanak-kanak terencat akal menghadapi masalah membuat genealisasi dalam
akademik, tingkah laku, dan interaksi sosial.
iii. Metakognisi
Sekiranya menghadapi sesuatu masalah dalam rutin harian, mereka sukar
menyelesaikannya.
iv. Motivasi
Mereka mengalami masalah motivasi yang rendah seperti tidak mahu meneruskan
sesuatu tugasan dan mudah putus asa.
v. Bahasa
Kebanyakannya lewat dalam perkembangan bahasa seperti mengambil masa yang
lama untuk memahami konsep mudah seperti atas, bawah, tepi dan sebagainya.
Perolehan bahasa mereka kurang tepat daripada segi struktur dan kandungan.
Ciri Akademik
Dalam proses pembelajaran kanak-kanak terencat akal biasanya perlu bekerja lebih
keras, membuat latihan banyak, dan memerlukan masa yang lama berbanding murid-
murid normal yang lain.
Ciri Sosial
Terdapat sesetengah kanak-kanak terencat akal yang menunjukkan tingkah laku yang
khusus seperti mahukan ganjaran tertentu, menarik rambut, menggigit atau tabiat suka
mencederakan diri.
Ciri Emosi
Mereka perlukan perhatian akibat daripada perasaan kesunyian, kemurungan, dan juga
kemahiran sosial.
Ibu yang hamil apabila meminum alkohol berlebihan mungkin melahirkan bayi
terencat akal dan juga kerosakkan otak. Kesan alkohol dalam saluran darah ibu
mungkin disalurkan kepada janin. Kanak-kanak ini lazimnya, hiperaktif, mengalami
gangguan tidur, lebih agresif dan menghadapi masalah pembelajaran. Kanak-
kanak yang mengalami masalah ini adalah kecil berbanding dengan kanak-kanak
normal dan keadaan ini berterusan sepanjang hayat.
(d) Mikrorganisma
(e) Kemiskinan
Ibu yang hamil daripada keluarga miskin mungkin melahirkan bayi yang kurang
sihat kerana tidak mengambil makanan seimbang semasa mengandung..
Kekurangan vitamin dan protein dalam pemakanan ibu boleh menyebabkan
kelahiran bayi kerencatan mental.
(b) Penyakit herpes simplex ialah sejenis penyakit yang berjangkit melalui hubungan
seks. Ibu yang menghidap herpes simplex berkemungkinan tinggi melahirkan bayi
kerencatan mental.
(c) Kekurangan oksigen semasa kelahiran juga boleh mencederakan otak seorang bayi
sehingga menyebabkannya kerencatan mental.
I. Penyakit
Encephalitis disebabkan oleh sejenis virus yang menyerang otak dan jika tidak dirawat
boleh menyebabkan kerencatan akal. Virus ini dibawa oleh nyamuk dan haiwan yang
menghidap rabies. Meningitis disebabkan oleh virus dan bacteria yang menyerang tisu
otak dan tulang belakang. Jika tidak dirawat dengan segera, kerencata akal mungkin
berlaku.
II. Persekitaran
Kanak-kanak yang terdedahkan kepada logam berat seperti pelambum dan merkuri
melalui makanan atau melalui pernafasan menghadapi pelbagai masalah pembelajaran
dan masalah emosi dan sebahagian mengalami kerencatan mental. Contohnya,
keracunan pelambum berpunca daripada sesetengah cat rumah, paip air dan petrol.
(i) Model Home- Based – kanak-kanak menerima perkhidmatam di rumah daripada ibu
bapa dengan bantuan ahli profesional bagi mengenal pasti keperluan,
memperkembangkan program pengajaran dan memantau peningkatan.
(ii) Program center-based – kanak-kanak terencat akal mendapat perkhidmatan dan
pengajaran di pusat-pusat penjagaan daripada staf dan ibu bapa.
(iii) Program combination home-center-based – kanak-kanak menerima pengajaran di
rumah dan juga di pusat. Ibu bapa diberi laltihan di pusat untuk mengajar anak
mereka di rumah. Staf-staf akan melawat ke rumah untuk membuat pemantauan
dan membincangkan perkembangan anak mereka.
Banyak kesalahan yang mungkin berlaku semasa proses pembahagian sel. Dalam
proses meiosis, pasangan kromosom sepatutnya terbahagi (berpecah) kepada dua dan
pergi ke tempat yang berlainan dalam sel yang terbahagi itu, peristiwa ini dikenali
sebagai ‘disjunction’. Namun begitu, adakalanya terdapat sepasang kromosom yang
tidak berpecah dan menyebabkan keseluruhan pasangan kromosom itu pergi ke dalam
satu tempat. Ini bermakna dalam sel-sel terbabit, satu sel mempunyai 24 kromosom
dan satu sel lagi mempunyai 22 kromosom sahaja. Kejadian ini dikenali sebagai
‘nondisjunction’.
Kesannya, apabila sperma atau telur dengan jumlah kromosom yang tidak
normal ini bergabung dengan pasangannya yang normal, maka telur yang terhasil
seterusnya akan mempunyai jumlah kromosom yang tidak normal juga.
Antara strategi yang boleh dilaksanakan ialah bagi membantu kanak-kanak Sindrom
Down ialah:
Masalah Penglihatan
Masalah Pendengaran
2.6. AUTISME
Istilah autisme berasal daripada perkataan autos yang bermakna diri sendiri dan isme
yang bermaksud aliran. Ini bermakna autisme membawa maksud kanak-kanak berada
dalam dunianya sendiri. Persatuan Autisme Amerika Syarikat mendefinisiskan autisme
sebagai ketidakupayaan yang rencam yang ada pada kebiasaannya kelihatan pada
masa kanak-kanak itu belum meningkat umur tiga tahun. Keadaan ini adalah kesan
daripada kecelaruan neurologikal yang mengganggu fungsi otak. autisme dan tingkah
laku yang berkaitan dengannya dianggarkan terdapapt dalam 1 daripada 500 idividu.
Kekerapan kanak-kanak lelaki mengalami autisme adalah empat kali ganda daripada
kanak-kanak perempuan.
Punca autisme adalah kompleks dan dalam kebanyakkan kes, punca yang
menyebabkan autisme adalah tidak diketahui. Autisme mempunyai kecelaruan yang
pelbagai dan kajian-kajian terkini lebih tertumpu kepada masalah genetik, kefungsian
otak, dan faktor-faktor neurochemical dan imunilogikal.
Dari segi genetik, adik-beradik kepada individu autistik lebih berisiko mengalami
autisme berbanding orang lain, terutamanya pasangan kembar seiras. Selain itu,
autisme juga dikaitkan dengan kecelaruan genetik dan masalah yang berkaitan dengan
perubatan seperti Fragile X Syndrome, tuberous sclerosis, dan phennylketonuria (PKU).
Berkaitan dengan fungsi otak, terdapat bukti yang kukuh behawa ketidakfungsian
serebelum, sistem limbik, dan kemungkinan juga temporal lobe dan cortex terjadi
kepada individu autisme.
Autisme juga dikaitkan dengan faktor kecelaruan autoimunne dan juga faktor
persekitaran. Dalam sesetengah keluarga yang mempunyai anak autisme,
ketidakfungsian pelalian (immune dysfunction) akan berkait dengan beberapa faktor
persekitaran terutamanya alahan kepada makanan seperti susu dan gandum yang tidak
dapat dicernakan dengan baik menyebakan protein daripada makanan ini tidak bertukar
menjadi asid amino ataupun pepton, iaitu bentuk makanan yang akhirnya dibuang
melalui kencing. Bagi kanak-kanak autistic, pepton ini diserap kembali oleh tubuh,
memasuki aliran darah, terus ke otak dan diubah menjadi morfin atau casomorfin dan
gliadorfin, yang merosakkan sel-sel otak dan menyebabkan fungsi otak terganggu.
Fungsi otak yang terganggu adalah yang melibatkan fungsi kognitif, tumpuan perhatian,
dan tingkah laku (Jamila K.A Mohamed, 2005).
2.6. CIRI-CIRI AUTISME
Jamila K.A Mohamed (2005) dalam bukunya Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak
Istiemwa telah menggabungkan kesemua ciri kanak-kanak autisme kepada enam
bidang iaitu:
1 Komunikasi
a Perkembangan bahasa lambat atau tiada langsung
b Kelihatan seperti bermasalah pendengaran dan tidak mengendahkan apa yang
diperkatakan oleh orang lain
c Jarang menggunakan bahasa
d Sukar diajak bercakap
e Kadangkala dapat menuturkan sesuatu tetapi buat seketika sahaja
f Perkataan atau jawapan yang dituturkan tidak sesuai dengan pertanyaan
g Mengeluarkan bahasa yang tidak difahami
h Suka menarik tangan orang lain apabila meminta sesuatu
2 Interaksi Sosial
a Suka bersendirian
b Tiada kontak mata dan sentiasa mengelak daripada memandang orang lain
c Tidak gemar bermain dengan rakan dan sering menolak ajakan rakan
d Suka menjauhkan diri dan duduk di suatu sudut
3 Gangguan Deria
a Sensitif pada sentuhan
b Tidak suka dipegang atau dipeluk
c Sensitif dengan bunyi yang kuat dan menutup telinga
d Suka mencium dan menjilat mainan atau benda lain
e Kurang sensitif pada rasa sakit atau takut
4 Pola Bermain
a Tidak suka bermain seperti rakan-rakan sebayanya
b Tidak suka bermain dengan rakan sebaya
c Tidak bermain mengikut cara biasa, dan suka memutar-mutar atau melambung-
lambung dan menyambut mainan atau apa sahaja yang dipegangnya
d Suka dengan objek-objek yang berputar seperti kipas
e Apabila menyukai sesuatu benda terus dibawa ke mana-mana sahaja
5 Tingkah Laku
a Sama ada hiperaktif atau hipoaktif
b Melakukan perbuatan yang sama dan berulang-ulang seperti menepuk-nepuk
tangan
c Sidak suka pada perubahan daripada apa yang dilakukannya
d Dapat duduk lama tanpa berbuat apa-apa dan tanpa sebarang reaksi
6 Emosi
a Sering marah, ketawa, dan menangis tanpa sebab, mengamuk tidak terkawal
jika tidak dituruti kemahuannya atau dilarang melakukan sesuatu yang
diingininya
b Merosakkan apa sahaja yang ada di sekitarnya jika emosinya terganggu
c Ada kalanya mencederakan diri sendiri
d Tidak rasa simpati da tidak memahami perasaan orang lain
Perkembangan Kognitif
Selain itu, mereka juga tidak mampu menumpukan perhatian terhadap perkara-
perkara kecil yang boleh dikaitkan dengan ingatan masa lalu dan mengimbas kembali
untuk melihat perkara penting yang ada. Mereka juga tidak dapat melihat perkaitan
antara dua perkara menyebabkan mereka sukar membuat atau memahami jenaka,
membuat analogi dan seumpamanya.
Namun terdapat juga individu autistic yang mempunyai kemahiran tertentu yang
tinggi melebihi ukuran umum seperti kecerdasan yang tinggi atau bakat yang luar biasa,
contohnya dalam muzik, matematik dan seni lukis.
Perkembangan Bahasa
Dibahagikan kepada:
A. Nonsegmental Phonology
Kanak-kanak autistik yang lemah dalam menghasilkan pertuturan yang
nonsegmental atau prosodi iaitu:
i. Irama yang streotaip atau berlagu-lagu dengan bunyi yang dipanjangkan
secara berlebihan
ii. Pengeluaran bunyi vokal yng berubah-ubah turun naiknya dan tidak seperti
biasa
iii. Pertuturan yang monotonus dengan nada suara yang terhad
iv. Tidak menunjukkan perbezaan dalam intonasi dalam percakapan
B. Bahasa Idiosinkratik
Kanak-kanak autistik mempunyai bahasa mereka yang tersendiri iaitu perkataan
atau frasa yang dikeluarkan unik. Semua bnetuk bahasa yang dikeluarkan
menunjukkan proses semantik yang ganjil dan kekurangan dalam kefahaman.
D. Ekolalia
Ekolalia bermaksud kanak-kanak autisme mengulang-ulang apa yang dicakapkan
tanpa niat untuk berkomunikasi dan berlaku secara automatik. Boleh dibezakan
iaitu:
i. Ekolalia serta-merta – pengulangan yang tepat dan serta-merta apabila
perkataan disebut.
ii. Ekolalia lewat – diucapkan agak lewat atau agak lama selepas perkataan
tersebut.
iii. Ekolalia ringan – pengulangan segera tetapi terdapat perubahan apa yang
dipertuturkan.
Perkembangan Komunikasi
Mereka tidak mempunyai sebarang niat dan keinginan untuk berkomunikasi dengan
orang lain. Mereka tidak akan memberitahu atau menunjuk kepada barang yang
dikehendaki, sebaliknya memegang tangan bapa atau ibu dan membawanya ke tempat
itu. Mereka juga tidak memberi perhatian terhadap apa yang diperkatakan oleh orang
lain dan sukar memahami bahasa badan serta ekspresi orang lain.
Perkembangan Sosial
Boleh dikategorikan kepada:
Perkembangan Emosi
Kanak-kanak autistik sukar membuat hubungan secara emosi dengan orang lain
kerana mereka tidak sedar bahawa perasaan tertentu boleh ditunjukkan dalam cara
yang tidak disalah faham. Mereka juga tidak menyembunyikan perasaan suka atau
tidak suka kepada orang lain dan ada kalanya menunjukkan kemesraan yang
melampau.
Proses intervensi untuk kanak-kanak autistik bermula sebaik sahaja masalah ini
dikesan. Tumpuan intervensi pada peringkat awal tertumpu kepada rawatan perubatan
dan pengurusan tingkah laku. Rawatan perubatan yang sering digunakan bagi kanak-
kanak autistik ialah penggunaan ubat Ritalin bagi merawat masalah kurang tumpuan
dan hiperaktif serta pengambilan vitamin B6 bersama magnesium untuk membantu
meningkatkan kesedaran dan tumpuan mereka.
Pintar cerdas sering dikaitkan dengan kebolehan intelek atau kecerdasan yang tinggi.
Ross (1993) mendefinisikan kanak-kanak pintar cerdas sebagai kanak-kanak
dikenalpasti semasa pra sekolah, sekolah rendah atau menengah yang menunjukkan
prestasi bakat yang cemerlang atau menunjukkan potensi untuk melakukan pencapaian
di tahap yang sangat tinggi apabila dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang
sebaya umurnya, sama pengalaman atau persekitaran. Kanak-kanak ini menunjukkan
prestasi yang tinggi dari segi intelek, kreativiti, seni atau memiliki kepimpinan yang luar
biasa, atau cemerlang dalam bidang akademik yang khusus.
Pintar cerdas diertikan mempunyai IQ yang tinggi (130 mata), (Grinder, 1985). Menurut
Clark, 1997, mengatakan bahawa IQ semata-mata bukanlah faktor menentukan pintar
cerdas. Beliau menyatakan kefungsian intelek yang tinggi dan cepat dalam empat
komponen intelek menunjukkan prestasi yang tinggi pada individu pintar cerdas iaitu
kognitif, efektif, fizikal dan intuitif.
Pemprosesan Maklumat
Sternberg & Zhang, 1995 berpendapat bahawa kanak-kanak pintar cerdsa mempunyai
kebolehan-kebolehan seperti berikut:
i. Asas pengetahuan dan kebolehan untuk mengingat semula maklumat dari ingatan
yang tersimpan
ii. Mengguna kemahiran dan strategi menyelesaikan masalah
iii. Kemahiran metakognitif yang akan meregulasi, mengawal penggunaan strategi
menyelesaikan masalah.
Kreativiti Tinggi
Guilford & Torrance menyatakan kanak-kanak pintar cerdas mempunyai daya kreativiti
yang tinggi dan menunjukkan kebolehan-kebolehan berikut:
MENGANTUK …
SBLM TDO NAK TULIS SESUATU “ACT AND PLAY IN THIS SCARY WORLD
NICELY, YOU WILL SUCCESS. (ROSE NOTE_ANA MARISSA)
3.1.6 Ciri-ciri
Dianggarkan terdapat kira-kira 50 tanda klinikal kanak-kanak Sindrom Down,
tetapi jarang sekali seseorang itu mempunyai semua ciri-ciri tersebut. Antara
cirri-ciri fizikal yang ketara ialah :
(i) Kepala yang kecil, leher yang pendek, serta mata sepet
(ii) Hidung leper, telinga dan mulut yang kecil
(iii) Tangan yang pendek, tapak kaki yang lebar dan igu jari kaki yang
pendek
(iv) Otot yang lemah
(v) Badan yang lebih kecil berbanding dengan kanak-kanak biasa
a) Masalah menulis
Ramai pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi masalah menulis.
Kemahiran menulis memerlukan seorang penterjemahan pemahaman bahasa
ke dalam system symbol. Berikut ialah beberapa masalah kemahiran menulis di
kalangan pelajar bermasalah pembelajaran :
Kesukaran memegang pen atau pensil ketika dengan tangan
Menulis huruf yang berlainan saiz.
Bagi sesuatu perkataan, terdapat ruang diantara huruf
Kelemahan dalam ejaan ( meninggikan atau menambahkan huruf-huruf
tertentu )
Tidak menggunakan tatabahasa yang betul
Organisasi perenggan yang tidak teratur
Penjanaan idea yang tidak matang
Kurang menggunakan struktur ayat yang kompleks
b) Masalah Matematik
Para penyelidik mendapati bahawa 1 daripada 4 pelajar bermasalah
pembelajaran menghadapi kesukaran matematik. Diskalkulia merupakan istilah
yang digunakan secara meluas bagi ketidakupayaan dalam kemahiran
matematik. Secara umumnya, dikakulia bermakna ketidakupayaan untuk
mengira. Berikut ialah beberapa masalah matematik di kalangan pelajar
bermasalah pembelajaran :
i. Tidak menguasai sepenuhnya peraturan campur, bahagi, tolak dan darab
ii. Kesukaran menyelesaikan masalah matematik bentu ayat atau bahasa.
iii. Kesilapan yang dilakukan adalah sistematik dan ini menunjukkan bahawa
kanak-kanak tersebut telah menggunakan strategi menjawab soalan yang
salah secara konsisten.
iv. Kesukaran mengingati kembali fakta (mengingat semula fakta lebih
perlahan berbanding pelajar biasa).
v. Mudah melakukan kesilapan sekiranya tidak menerima contoh atau
pengajaran yang sepenuhnya daripada guru.
c) Masalah Interaksi Sosial
Setelah megkaji semula lebih seratus penyelidikan, Kavale dan Forness
membuat kesimpulan bahawa kira-kira 75% pelajar bermasalah pembelajaran
menunjukkan kekurangan kemahiran social. Pelajar yang mempunyai kemahiran
social yang lemah dapati sukar untuk mencari kawan, diketepikan oleh pelajar
lain dan tidak kerap berinteraksi dengan guru. Mereka kurang mempunyai
teman-teman dari kalangan kanak-kanak biasa disebabkan mereka tidak
berupaya untuk mengetahui kenapa dan bagaimana untuk menjalinkan serta
mengekalkan hubungan. Adakalanya pelajar bermasalah pembelajaran tidak
mempunyai kemahiran untuk menolak rakan sebaya yang negative serta tidak
dapat mengenalpasti model rakan sebaya yang baik untuk ditiru.
Akibatnya, harga diri mereka pun rendah yang mungkin disebabkan dengan
kekecewaan usaha mereka berinteraksi dengan orang lain. Kadang-kadang hal
ini berlaku menyebabkan mereka bertingkah laku negative dan menyakiti orang
lain. Kompetensi social yang rendah di kalangan pelajar bermasalah adalah
rendah dalam kerana mereka tidak dapat membaca situasi social di sekitar
mereka.
a) Kecederaan Otak
Ramai professional perubatan berpendapat kebanyakan masalah pembelajaran
ada kaitan dengan kecederaan otak. Kecederaan otak kecederaan otak atau
trauma pada system saraf pusat ( central nervous system ) biasanya berlaku
sebelum kelahiran bayi ( postnatal ) dan selepas kelahiran bayi ( postnatal ).
c) Ketidakseimbangan biokimia
Selain factor-faktor kecederaan otak dan keturunan, kandunga biokimia yang
tidak seimbang juga dikatakan sebagai salah satu sebab berlakunya masalah
pembelajaran. Sesetengah ketidakseimbangan bahan-bahan kimia dikatakan
boleh menjadi punca kepada masalah hiperaktif yang boleh mengakibatkan
kesukaran memberi tumpuan kepada kerja sekolah. Isu ketidakseimbangan
biokimia dan kaitannya dengan masalah pembelajaran seharusnya ditafsir
dengan hati-hati.
d) Persekitaran
Sepertimana kecederaan otak, genetic dan ketidakseimbangan biokimia sukar
dipastikan sebagai penyebabmasalah pembelajaran. Bagaimana terdapat
beberapa kajian yang menunjukkan bahawa persekitaran yang serba
kekurangan kerana kemiskinan, keadaan rumah yang tidak selesa, atau
persekitaran yang kotor boleh menimbulkan masalah pembelajaran di kalangan
kanak-kanak. Contahnya, kajian jangka panjang yang dilakukan oleh Hart
mendapati bayi dan kanak-kanak yang tidak banyak berkomunikasi dengan ibu
bapa mereka, mempunyai kosa kata dan penggunaan bahasa yang terhad
sebelum memasuki sekolah.
Bibliografi