You are on page 1of 2

Tugasan 1a: Ujian 1 (72 markah)

Arahan: Jawab kedua-dua soalan. Anda diberi masa selama 3 ½ hari mulai jam 8.00 malam
hari Jumaat, 29 April 2011 sehingga 11.59 malam hari Isnin, 2 Mei 2011. Sila muat naik
jawapan anda sebagai dokumen Word melalui sistem MyGuru2. Klik pada “Assignment” dan
pilih “Tugasan 1a Kumpulan EL-...” mengikut kumpulan EL masing-masing atau “Ujian 1”.
Anda dibenarkan berbincang dan merujuk mana-mana rujukan tetapi tidak dibenarkan
berkongsi jawapan yang ditaip pada dokumen Word.

1. Kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa langkah dalam penyoalan yang


apabila diikuti mampu merangsang kemahiran berfikir dan pembelajaran di bilik
darjah. Dengan menggunakan contoh-contoh yang spesifik, bincangkan bagaimana
langkah-langkah penyoalan dapat dilaksanakan bagi menyokong dapatan kajian
tersebut.
[20 markah]

2. Kaedah inkuiri induktif terbimbing merupakan salah satu kaedah yang boleh
digunakan bagi menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan
penyiasatan tentang perhubungan antara pembolehubah.

a. Kenal pasti satu hasil pembelajaran bagi setiap domain hasil pembelajaran yang
boleh dicapai melalui aktviti tersebut di atas.
[6 markah]

b. Beri justifikasi pemilihan hasil pembelajaran iaitu mengapakah anda berpendapat


hasil pembelajaran yang anda pilih itu boleh dicapai dengan melaksanakan
pengajaran dan pembelajarannya melalui kaedah ini?
[6 markah]

c. Jana dan huraikan dengan terperinci aktiviti pengajaran dan pembelajaran


semasa fasa kedua pengajaran (menstruktur/menstruktur semula idea) mengikut
model pengajaran 4-fasa dengan memberikan contoh-contoh spesifik merujuk
kepada tajuk yang dipilih dengan peruntukan masa lebih kurang 30 minit.
[28 markah]

d. Apakah ciri utama dalam aktiviti yang anda janakan itu yang menunjukkan
pengajaran dan pembelajaran itu mengaplikasi pendekatan inkuiri induktif
terbimbing?
[4 markah]

e. Huraikan dengan ringkas aktiviti fasa 2 menggunakan kaedah inkuiri terbimbing


yang tidak melibatkan penyiasatan perhubungan antara pembolehubah.
[8 markah]

SOALAN TAMAT

You might also like