You are on page 1of 2

Abdul Aziz Kidam (1988) menyatakan sistem mentoran sebagai hubungan di antara seorang pensyarah yang dianggap sebagai

seorang guru berpengalaman yang dilantik sebagai mentor menggunakan kebijaksanaanya menolong sekumpulan guru-guru pelatih yang merupakan guru-guru pelatih di sekolah. Dalam konteks ini ia merupakan satu amalan di maktab-maktab perguruan dalam proses membentuk personaliti guru dan kemahiran mengajar guru-guru pelatih di maktab-maktab perguruan di Malaysia. Guruguru pelatih di maktab perguruan merupakan protege atau mentee yang akan dibimbing oleh pensyarah-pensyarah maktab terutama sewaktu latihan praktikum yang dijalankan sebagai satu syarat wajib dalam pemberian diploma yang dianugerahkan oleh maktabmaktab perguruan. Nur Aini Yaman (1989) melihat sistem mentoran ini sebagai satu sistem tutorial . Dalam konteks ini mentornya ialah guru-guru di sekolah dan mentee atau protegenya ialah pelajar-pelajar sekolah. Guru-guru ini membimbing pelajar-pelajar yang kadangkadang dikenali dalam bahasa yang mudah sebagai anak angkat. Segala aspek pembelajaran pelajar ini diambil perhatian oleh mentor atau ibu bapa angkat . Pelbagai pendekatan digunakan oleh guru-guru ini dalam proses mentor-mentee di antara guru dan murid ini yang fokus utamanya membimbing, memberi semangat dan mendorong pelajarpelajar untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Program mentor-mentee seperti ini telah banyak menghasilkan kejayaan di beberapa buah sekolah di Malaysia. Komitmen merupakan kunci kepada kejayaan sistem mentor-mentee seperti ini kerana terdapat guru-guru yang bersedia menjalankan proses mentor-mentee ini di luar waktu persekolahan terutamanya apabila program mentor mentee ini dijalankan di luar bandar. Komitmen guru-guru ini terbina apabila melihat murid-murid tadi berlatarbelakangkan status sosio-ekonomi yang rendah. Satu lagi skop yang boleh dicadangkan di Malaysia seperti yang ditulis oleh Anderson E.M dan Shanone A.L (1988), sebagai satu sistem untuk mengembang potensi, sebagai model, memberi perhatian , mendorong, membimbing dan sahabat kepada mentee atau protege. Mungkin dalam konteks ini mungkin pegawai-pegawai pejabat pendidikan daerah sebagai mentor dan pengetua-pengetua atau guru besar sebagai

mentee. Untuk melaksanakan sistem mentoran ini soal kategori DG 3 datau DG 6 perlu diketepikan kerana soal input bagi menjalankan tugas dengan berkesan adalah lebih penting daripada memikirkan soal pegawai-pegawai DG6 yang terpaksa menjadi mentor bagi pengetua=pengetua DG3 , DG2 atau D1. Perkara ini boleh dilakukan keran sistem mentoran yang terbuka mentor sebagai pembimbing dan tidak ada salahnya dalam beberapa aspek mentor juga belajar daripada mentee. Satu lagi sistem mentoran yang telah diwujudkan ialah sistem mentoran sebagai sistem tutorial. Paradigma lam , pelajar-pelajar mencacti mentor mereka tetapi dalam paradigma baru sekolah secara aktif mendapatkan pelajar mentor mereka.Kajian oleh Sipe, C (1996), dalam Mentoring, a syntehsis of P/PVs research 1988 1993 menyatakan bahawa sistem mentoring semakin penting apabila mentoring dapat memberi kesan kepada akademik dan perkembangan remaja. Dapatan Ghazali Ismail (1989) juga demikian. Sipe, C (1996) pula menggalakkan penglibatan pihak luar sekolah namun demikian komennya hanya sedikit sahaja yang berjaya dilaksanakan dengan pihak luar sekolah walaupun keadaan disiplin sekolah dalam keadaan yang semakin teruk. Dalam laporan oleh Rochester city schools district (1995) menyatakan walau apapun bentuk sistem mentoran itu, sistem ini memerlukan satu pendekatan yang berstruktur, pendekatan yang profesional, berpenilaian dan mempunyai latihan yang berterusan. Tanpa satu latihan yang berterusan sistem mentoran ini hanya akan mati di tengah jalan tanpa menghasilkan apa-apa. Misalnya kita pernah mendengar ada sekolah yang mengadakan sistem mentoran hanya melakukan perjumpaannya pada awal tahun dan kemudian mentornya berjumpa murid tersebut di sebuah restoran KFC sehari sebelum cuti akhir tahun bermula. Sistem mentoran yang dilakukan begini sebenarnya tidak membawa apa-apa erti melainkan hanya satu hubungan guru dan murid yang tidak ada objektif yang jelas.

You might also like