Professional Documents
Culture Documents
Strategi PengajaranPembelajaran Dalam Pedagogi Bestari
Strategi PengajaranPembelajaran Dalam Pedagogi Bestari
PEMBELAJARAN MASTERI
Strategi pedagogi bestari yg paling sesuai utk pembelajaran secara individu. Menggunakan pendekatan individual yg bergantung rapat kepada pengalaman sedia ada dan gaya pembelajaran seseorang pelajar.
PEMBELAJARAN KOPERATIF
Murid-murid belajar secara kerjasama, biasanya dalam bilik darjah. Di dalam pembelajaran koperatif murid-murid berinteraksi dan saling bantu-membantu dalam aktiviti pembelajaran dengan tujuan mencapai kemajuan dan prestasi yang cemerlang.
PELAJARAN KOLABORATIF
Berusaha bersama untuk mencapai sesuatu matlamat yang sama. Pembelajaran kolaboratif melibatkan sekumpulan murid yang berusaha bersama ke arah mencapai prestasi yang baik, sama ada dalam bidang akademik atau bidang kokurikulum.
PELAJARAN KOLABORATIF
Mengikut Colen, pembelajaran kolaboratif mempunyai tiga matlamat yang utama, iaitu matlamat intelek, matlamat sosial dan matlamat penyelesaian masalah disiplin bilik darjah. Melalui pembelajaran kolaboratif, keberkesanan pembelajaran dapat dipertingkatkan, nilai-nilai sosial dan kerjasama dapat dipupuk dengan baik dan masalah disiplin dapat dikurangkan ke tahap yang minimum.
Sheingold (et al. 1984): di dalam proses berinteraksi dengan computer, didapati pelajar lebih gemar belajar secara kolaboratif terhadap tugasan guru. Komputer merupakan media yg menggalakkan pembelajaran koperatif.
Sharan (1994) mengenal pasti ciri asas pembelajaran seperti berikut: Merancang dan membahagikan pelajar dalam beberapa kumpulan mengikut pelbagai kebolehan Membina kesalingbergantungan yg positif di dalam kumpulan Pengajaran kemahiran sosial dalam proses pembelajaran kolaboratif. Memastikan akauntabiliti individu. Membantu kumpulan-kumpulan memproses maklumat.
langkah mengajar, Memeringkat isi sukatan pelajaran; dan Mempelbagai kaedah mengajar.
Isi sukatan pelajaran boleh dibahagikan kepada tiga bahagian utama: bahan teras, bahan pengayaan dan bahan pemulihan.