You are on page 1of 38

BUKU PERATURAN

DAN DISIPLIN

SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN DARULAMAN
Alor Setar, Kedah Darul Aman
1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DARULAMAN


ALOR SETAR, KEDAH
PERATURAN SEKOLAH
PANDUAN GURU/MURID SMK DARULAMAN .
BAHAGIAN A:
Tujuan :
1. Membentuk keperibadian murid-murid untuk melahirkan insan
atau warganegara yang sihat dan bertanguungjawab sesuai
dengan kehendak agama dan prinsip-prinsip Rukunegara.
2. Melatih murid-murid menerima dan mematuhi undangundang, peraturan-peraturan, kawalan-kawalan dan arahan ke
arah berfikiran minda kelas pertama.
3. Membina adab dalam kalangan murid-murid terutamanya
dalam membina hubungan baik mereka dengan sekolah dan
dengan masyarakat.
BAHAGIAN B:
Takrif masa:
1. Masa persekolahan :
Hari-hari Ahad, Isnin, Selasa, Rabu Khamis dan mana-mana
hari lain yang ditetapkan dari pukul 7.40 pagi hingga 2.10
petang.

2. Masa rehat :
Ialah masa yang kegiatan pelajaran atau kegiatan luar bilik
darjah diberhentikan sementara iaitu selama masa seperti
yang ditentukan oleh pihak sekolah.
3. Masa cuti :
Sebarang masa yang dihentikan masa persekolahan mengikut
peraturan kerajaan.(Takwim Persekolahan KPM)
BAHAGIAN C:
1. Pakaian sekolah :
1.1 : Semua murid mestilah berpakaian seragam sekolah
sama ada ke sekolah atau ke suatu tempat mewakili
sekolah atau kelas-kelas tambahan yang diselenggarakan
olehguru.
1.2 : Seluar panjang murid lelaki
- Warna hijau kehitam-hitaman
- Mengikut potongan biasa iaitu tidak terlalu ketat atau
terlalu longgar.
- Lilitan kaki seluar mestilah antara 40-45cm
- Pengawas : Seluar panjang biru gelap (blue black)
1.3 : Baju murid lelaki
- Kemeja putih berlengan pendek
- Mempunyai satu poket sahaja
- Pengawas : Baju kemeja biru berlengan panjang

1.4 : Murid perempuan melayu


- Baju kurung putih potongan tradisional dan berkain
sarung biru.
- Tudung mini telekung berwarna putih dan sederhana
labuh serta bersesuaian.
Pengawas : Baju kurung biru berkain sarung biru gelap.
1.5 : Murid perempuan bukan melayu
- Kemeja putih berlengan pendek dan pinafore berwarna
biru.
1.6 : Kasut
- Kasut kanvas berwarna putih
(tanpa campuran warna lain)
- Kasut hitam untuk Pengawas Sekolah sahaja
- Selipar, capal, boot, kasut bola dan lain-lain tidak
dibenarkan walaupun pada hari hujan.
1.7 : Tali leher
- Semua murid diwajibkan memakai tali leher sekolah.
- Pengawas hendaklah memakai tali leher yang telah
ditetapkan oleh sekolah sahaja.
1.8 : Lencana
- Lencana sekolah sahaja (di sebelah kiri baju)
- Tandanama dijahit di sebelah kiri atas lencana sekolah.
1.9: Barang kemas
- Dilarang memakai barang kemas seperti subang, rantai
leher, rantai tangan, gelang dan cincin emas dan lain-lain
4

logam / plastik kecuali yang berkaitan dengan


keagamaan yang dibenarkan oleh pihak sekolah.
1.10: Lain-lain
- Tidak dibenarkan memakai jaket atau sebarang baju
lain di dalam kelas kecuali blazer sekolah.
1.11: Tali pinggang
- Tidak dibenarkan memakai tali pinggang yang kepalanya
Besar,berhias dan melambangkan simbol tertentu.
1.12: Pakaian Pendidikan Jasmani
- Seluar panjang / track bottom warna hitam / biru.
- Baju `T sekolah sahaja.
- Murid-murid yang tidak boleh melakukan aktiviti PJ
hendaklah juga turun ke padang.
- Murid-murid beragama Islam dinasihatkan supaya
menutup aurat setiap kali mengadakan aktiviti padang.
1.13: Rambut
- Murid-murid dilarang menyimpan rambut panjang,
melebihi had yang dibenarkan seperti berikut:
- Rambut di bahagian belakang mestilah tidak mencecah
Kolar ketika berdiri .
- Rambut di bahagian depan tidak menutupi garisan
tengah dahi.
- Rambut di bahagian tepi tidak menutupi telinga dan
sideburn tidak melebihi setengah daripada telinga.
- Rambut di bahagian atas tidak melebihi 5 cm panjang.
- Murid-murid beragama Sikh yang berambut panjang
5

hendaklah memakai serban tetapi bagi mereka yang


tidak memakai serban mestilah mengikut peraturan
di atas.
- Murid-murid tidak dibenarkan menyimpan misai dan
janggut.
- Rambut murid-murid perempuan hendaklah tidak
melebihi paras bahu. Jika melebihi paras bahu mestilah
didandan atau diikat dengan riben yang berwarna biru
atau hitam sahaja (murid-murid bukan Islam).
- Rambut berwarna tidak dibenarkan.
2. Peralatanbelajar :
2.1: Semua murid mesti membawa buku teks, buku latihan
dan semua kelengkapan belajar yang diperlukan mengikut
jadual waktu pada setiap hari persekolahan.
2.2: Tiap-tiap murid adalah bertanggungjawab terhadap
kebersihan, kerosakan dan kehilangan buku-buku atau
lain-lain alat yang dipinjamkan oleh pihak sekolah.
2.3: Buku-buku teks, buku latihan dan semua kelengkapan
belajar tidak dibenarkan ditinggal di dalam meja selepas
waktu persekolahan.
3. Kenderaan
3.1: Basikal / motosikal yang digunakan mestilah berkeadaan
lengkap dengan loceng, lampu, tongkat, brake, kunci dan
cukai jalan (bagi motosikal).
3.2: Semua basikal / motosikal hendaklah diletakkan di tempat
6

khas pelajardisusun denganteratur dan berkunci.


4. Perjalanan dan lalulintas
4.1: Semua murid dikehendaki mematuhi undang-undang
keselamatan jalanraya dan peraturan-peraturan
perjalanan dalam kawasan sekolah.
4.2: Semua pengguna basikal dan motosikal semasa dalam
kawasan sekolah hendaklah mematuhi peraturanperaturan di bawah :4.2.1 : Enjin motosikal hendaklah dimatikan sebelum
memasuki kawasan sekolah.
4.2.2 : Motosikal dan basikal hendaklah dituntun semasa
masuk dan keluar dari kawasan sekolah.
4.2.3 : Tidak bersaing antara satu sama lain.
4.3: Murid-murid yang berjalan kaki mestilah berjalan
mengikut barisan yang ditetapkan.
4.4: Murid-murid yang menggunakan motosikal mestilah
mempunyai lesen memandu yang sah.
5. Waktu sampai sekolah
5.1 : Semua murid dikehendaki sampai ke sekolah selewatlewatnya pada pukul 7.30 pagi sebelum loceng pertama
dibunyikan kecuali sebab-sebab yang tidak dapat
dielakkan.
5.2 : Murid-murid dikehendaki berbaris di tapak perhimpunan

setiap hari pada pukul 7.30 pagi.Setiap Khamis ,mulai 7.20


pagi murid muslimberkumpul untuk membaca Yaasin di
Dataran Embun.
5.3 : Murid-murid yang datang lewat (selepas loceng pertama
dibunyikan) hendaklah memberitahu sebab-sebab
kelewatannya kepada pengawas / Guru Bertugas /
Guru Disiplin.
6. Masuk ke bilik darjah
6.1 : Semua murid mestilah berbaris di luar bilik darjah dan
masuk ke bilik darjah apabila dibenarkan oleh guru yang
mengajar pada waktu kelima (selepas rehat).
6.2 : Apabila bergerak ke makmal / bengkel / perpustakaan /
padang, murid-murid hendaklah berbaris dan bergerak
secara senyap.
6.3 : Tidak dibenarkan masuk ke makmal / bengkel /bilik guru/
perpustakaan sebelum mendapat kebenaran.
7. Keadaan bilik darjah
7.1 : Semua murid adalah bertanggungjawab menjaga
kebersihan, kekemasan dan keceriaan bilik darjah.
7.2 : Ketua Tingkatan hendaklah mengawas murid dalam bilik
darjah dan menyediakan peralatan belajar (kapur,
pemadam dll.).
7.3 : Lampu dan kipas boleh digunakan apabila keadaan
8

memerlukan dan ditutup dengan segera apabila tidak


dikehendaki atau semasa murid hendak meninggalkan
bilik darjah.
7.4 : Murid bertugas harian hendaklah membersihkan
bilik darjah sebelum kelas bermula.
7.5 : Murid-murid tidak dibenarkan menggunakan kapur tulis
atau menulis di papan hitam tanpa kebenaran guru.
7.6 : Murid-murid tidak dibenarkan menggunakan meja guru
tanpa kebenaran guru.
7.7 : Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik darjah
lain tanpa kebenaran Pengetua / Penolong Kanan / Guru
bertugas / Guru Tingkatan / guru mengajar.
7.8 : Murid-murid tidak dibenarkan membawa keluar sebarang
benda seperti kerusi, meja, kapur dan lain-lain tanpa
kebenaran.
7.9 : Kerusi meja mestilah sentiasa kemas dan teratur.
7.10: Papan kenyataan hendaklah dipenuhi maklumat dan
dijaga keselamatannya oleh semua murid setiap darjah.
8. Masa pelajaran
8.1 : Apabila guru / Pengetua / pelawat-pelawat masuk ke bilik
darjah, semua murid hendaklah bangun MEMBERI SALAM
dan mengucapkan TERIMA KASIH sewaktu mereka
9

meninggalkan bilik darjah.

8.2 : Murid-murid hendaklah mempunyai buku nota yang


sentiasa dilengkapkan dan dikemaskini .
8.3 : Semua kerja rumah dan latihan yang diberi oleh guru
hendaklah disiapkan tepat pada masanya.
8.4 : Murid-murid mestilah mendapat kebenaran guru untuk
keluar dan masuk ke bilik darjah.
8.5 : Semasa guru tiada di dalam bilik darjah, Ketua Tingkatan
hendaklah berada di hadapan dan semua murid mestilah
mematuhi arahan-arahan Ketua Tingkatan.
8.6 : Sekiranya berlaku kelewatan guru memasuki bilik darjah,
Penolong Ketua Tingkatan hendaklah mengingatkan guru
berkenaan / memastikan guru yang menggantikan masa
tersebut masuk ke bilik darjah.
8.7 : Semasa pelajaran Pendidikan Jasmani semua murid
hendaklah keluar berkumpul di padang / gelanggang.
9. Masa Rehat
9.1 : Murid-murid dilarang berada di dalam bilik darjah pada
waktu rehat kecuali dalam keadaan tertentu.
9.2 : Sebelum meninggalkan bilik darjah, lampu-lampu dan
10

kipas angin mestilah ditutup.

9.3 : Tempat-tempat berikut adalah menjadi larangan bagi


semua murid semasa rehat :bilik darjah, tempat letak basikal / motosikal, bilik guru,
pejabat sekolah, kaki lima pejabat/ bilik darjah,
dan tempat letak kereta guru.
10.
Kantin
10.1 : Murid-murid dibenarkan berada di kantin sebelum jam
7.30 pagi, waktu rehat dan selepas waktu persekolahan.
10.2 : Murid-murid tidak dibenarkan membuat bising di kantin.
10.3 : Murid-murid mestilah membeli makanan / minuman
secara tertib.
10.4 : Bekas-bekas makanan / minuman (pinggan, gelas, botol,
sudu, garfu dan lain-lain) hendaklah diletakkan dalam
bekas yang telah ditetapkan.
10.5 : Kertas pembalut makanan atau sampah hendaklah
dibuang ke dalam tong-tong yang telah disediakan.
11. Tandas / bilik air
11.1 : Setiap murid adalah bertanggungjawab menjaga
kebersihan, kesempurnaan dan keselamatan tandas.
11.2 : Tandas untuk murid perempuan adalah dilarang
11

bagi murid lelaki dan sebaliknya.


11.3 : Jangan membuat bising di dalam tandas terutamapada
masa rehat, sebelum dan selepas pendidikan jasmani.
11.4 : Jangan membuang benda-benda yang sukar hancur ke
dalam lubang tandas bagi mengelak tandas tersumbat.
11.5 : Jangan melukis / menconteng / mengotorkan dinding /
pintu dan siling tandas.
11.6 : Semua paip air hendaklah ditutup selepas digunakan.
gunakan air dengan cermat dan tidak membazir.
12.Harta benda sekolah
12.1 : Semua perabot, alat, perkakas yang berada dalam
bangunan dan kawasan sekolah adalah menjadi hak dan
tanggungjawab pihak sekolah ini.
12.2 : Murid-murid ditegah mengambil atau meminjam harta
sekolah tanpa kebenaran dan akan diambil tindakan
kepada murid-murid yang mengganggu atau merosakkannya.
12.3 : Murid-murid bertanggungjawab menjaga harta sekolah
dengan baik. Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan
dan murid-murid yang merosakkannya hendaklah
menggantikannyaatau membayar kerosakan tersebut.
13. Barang-barang larangan
12

13.1 : Sebarang objek yang berbahaya dan dilarang dari segi


undang-undang negara tidak dibenarkan dibawa masuk
ke dalam kawasan sekolah termasuk telefon bimbit .
13.2 : Tindakan tegas mengikut arahan Kementerian Pelajaran
Malaysia akan diambil ke atas murid-murid yang
membawa, mengedar atau menghisap rokok atau
sebarang jenisDADAH.
14. Kehilangan barang
14.1 : Murid-murid yang kehilangan barang hendaklah
melaporkansegera kepada Guru Tingkatan / Guru
Bertugas /Guru Pengawas.
Kehilangan telefon bimbit (barang yangdilarang dibawa
ke sekolah) adalah atas tanggungjawabsendiri.
14.2 : Murid-murid yang menjumpai barang-barang dalam
bangunandan kawasan sekolah hendaklah menyerahkan
nya kepadamana-mana guru atau pengawas. Adalah
menjadikesalahan kepada murid yangmenyimpan
barangtersebut tanpakebenaran.
14.3 : Murid-murid adalah dinasihatkan supaya jangan
meninggalkanbarang-barang berharga (jam tangan dan
lain-lain) di dalam bilik darjah semasa Pend. Jasmani, ke
makmal,bengkel, perpustakaan atau ke bilik seni lukis.
15. Murid sakit / kemalangan
15.1 : Murid-murid yang memerlukan rawatan bolehlah telefon
ibu/bapa/penjaga supaya datang mengambilsurat
13

Kebenaran di pejabat untuk membawa mereka pulang.

16. Murid tidak hadir


16.1 : Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah hendaklah
mengemukakan suratakuan doktor atau surat
penjaganya kepada Guru Tingkatan.
16.2 : Pihak sekolah akan mengambil tindakan tegas kepada
murid yang mempunyai rekod kehadiran yang tidak
memuaskan sepertimana yang diarahkan oleh
Kementerian pelajaran Malaysia.
17. Perhimpunan
17.1 : Murid-murid dikehendaki menghadiri semua bentuk
perhimpunan yang diarahkan oleh pihak sekolah.
17.2 : Murid-murid dikehandaki menjaga adab perhimpunan
dan jangan membuat bising semasa bergerak ke
Perhimpunan, dalam perhimpunan dan sesudah
perhimpunan.
17.3 : Murid-murid tidak boleh membuat sebarang bentuk
perhimpunan sendiri di luar bidang pelajaran, olahraga
dan persatuan-persatuan sekolah yang diikuti.
17.4 : Murid-murid yang ditugaskan untuk sesuatu acara pada
masa perhimpunan hendaklah melaksanakannya dengan
serius dan bertanggungjawab.

14

18. Perbalahan dan perkelahian murid


18.1 : Murid-murid adalah tidak dibenarkan terlibat dalam
perbalahan, pertengkaran atau per kelahian.
18.2 : Sebarang tanda-tanda perbalahan / perkelahian yang
mungkin berlaku, maka murid yang terlibat atau murid murid yang dapat mengesan gejala itu hendaklah segera
melaporkan kepada mana-mana guru.
18.3 : Tindakan tatatertib akan diambil sekiranya murid-murid
tidak mematuhi peraturan 18.1 dan 18.2.
19. Laporan kemajuan dan surat-surat rasmi
19.1 : Sebarang dokumen yang diikirim kepada ibubapa/penjaga
adalah menjadi tanggungjawab murid-murid untuk
disampaikan segera.
19.2 : Setiap murid adalah bertanggungjawab menyampaikan
segala jemputan rasmi sekolah kepada ibu bapa atau
penjaga supaya mereka hadir.
20. Masa pulang (meninggalkan bangunan dan kawasan sekolah)
20.1 : Apabila arahan pulang diberi atau loceng akhir dibunyikan
semua murid dikehendaki keluar tanpa membuat bising.
20.2 : Murid-murid hendaklah mematuhi arahan-arahan
pengawas semasa di tempat letak basikal / motosikal
dalam kawasan sekolah.
20.3 : Peraturan perjalanan dan lalulintas adalah mengikut
15

peraturan bahagian (4).


20.4 : Murid-murid yang mengalami masalah untuk pulang
hendaklah melaporkan segera kepada Guru Bertugas.
21. Kegiatan Persatuan-Persatuan / Olahraga dan lain-lain kegiatan
luar
21.1 : Sekiranya seseorang murid itu dipanggil menghadiri
sebarang kegiatan sekolah, maka dia hendaklah hadir
tepat pada waktunya. Murid yang tidak hadir hendaklah
terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada guru
berkenaan.
21.2 : Murid-murid dilarang mengadakan atau menubuhkan
sebarang bentuk kegiatan persatuan / olahraga dan
lain-lain kegiatan tanpa kebenaran daripada pihak
sekolah.
21.3 : Murid-murid hendaklah memberitahu Guru Penasihat
terlebih dahulu apabila menjalani sesuatu kegiatan luar
bilik darjah.
21.4 : Murid-murid tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam
mana-mana persatuan, kelab-kelab sukan dan seumpamanya selain kegiatan sekolah tanpa kebenaran Pengetua.
21.5 : Untuk tujuan permainan / sukan, murid-murid hendaklah
memakai pakaian yang sesuai seperti perkara 1.13.
22. Bilik Guru
16

22.1 : Semua murid dilarang berkumpul di hadapan bilik


guru atau masuk ke dalamnya tanpa kebenaran.
22.2 : Murid-murid yang mendapat kebenaran masuk ke bilik
guru tidak dibenarkan mengambil sebarang benda kecuali
dengan arahan guru.
23. Pusat Sumber Sekolah
23.1 : Murid-murid dibenarkan masuk ke perpustakaan untuk
membaca, membuat rujukan dan meminjam buku-buku
yang ada di dalam perpustakaan.
23.2 : Murid-murid tidak dibenarkan membawa masuk bukubuku teks / ulangkaji sendiri dan lain-lain bahan bercetak
ke dalam perpustakaan.
23.3 : Beg-beg dan buku-buku hendaklah ditinggalkan di luar
perpustakaan sebelum murid-murid masuk ke dalam
perpustakaan.
23.4 : Murid-murid hanya dibenarkan membawa masuk bukubuku nota / catatan matapelajaran.
23.5 : Murid-murid hendaklah sentiasa menjaga kebersihan
perpustakaan. Gunakan tong sampah yang disediakan
untuk membuang sampah.
23.6 : Murid-murid tidak dibenarkan menyentuh / mengambil
kad-kad pinjaman.

17

23.7 : Murid-murid dilarang membuat bising.


23.8 : Murid-murid tidak dibenarkan makan / minum.
23.9 : Murid-murid dilarang keras merosakkan buku-buku atau
bahan-bahan lain yang terdapat di dalam perpustakaan.
Tindakan disiplin akan dikenakan ke atas murid-murid
yang didapati mengoyakkan dan menconteng bahanbahan bacaan.
23.10: Murid-murid yang berpakaian sekolah sahaja dibenarkan
masuk ke dalam perpustakaan.
23.11: Buku-buku, majalah dan akhbar yang telah digunakan
hendaklah diletakkan di tempat asalnya dengan baik.
23.12: Kad pinjaman dan kad ahli hendaklah ditunjukkan semasa
hendak membuat pinjaman.
23.13: Denda akan dikenakan terhadap murid-murid yang lewat
memulangkan buku pinjaman.
23.14: Buku-buku yang hilang hendaklah segera diganti semula
oleh murid yang meminjamnya.
24. Peraturan dalam makmal
24.1 : Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal
tanpakebenaran guru dan kakitangan makmal.
24.2 : Murid-murid tidak dibenarkan membawa masuk beg ke
dalammakmal.
18

24.3 : Bahan-bahan di dalam makmal hanya digunakan untuk


tujuan yang dibenarkan oleh guru dalam sebarang ujikaji
dan tidak boleh melanggar perintah guru.
24.4 : Jangan membawa apa-apa bahan atau alatan keluar dari
makmal.
24.5 : Jangan melakukan apa-apa ujikaji tanpa arahan guru.
24.6 : Jangan cuba merasa sesuatu atau memakan sebarang
bahan yang terdapat di dalam makmal dan jangan membawa sebarang makanan ke dalam makmal.
24.7 : Murid-murid dikehendaki beratur sehingga menerima
arahan guru sebelum masuk ke dalam makmal.
24.8 : Gunakan bakul sampah yang disediakan. Jangan sekali-kali
membuang sampah ke dalam sinki atau di bawah meja.
24.9 : Jaga keselamatan diri sendiri apabila berada di dalam
makmal kerana kebanyakan bahan yang terdapat di dalam
makmal adalah beracun.
KELALAIAN AKAN MENGAKIBATKAN KEMALANGAN YANG TERUK

25. Tindakan semasa kebakaran atau kecemasan


Loceng akan dibunyikan beberapa kali berturut-turut sebagai
isyarat berlakunya sebarang kecemasan atau kebakaran.
Tindakan berikut perlu diambil dengan segera:
19

25.1 : Semua murid keluar dari bilik darjah dan makmal dengan
segera. Berjalan dengan pantas tetapi bukan berlari atau
merempuh.
25.2 : Bawa barangan yang mudah dan cepat diambil sahaja.
25.3 : Tutup semua suis dan kipas di dalam bilik.
25.4 : Berbaris dalam dua barisan dan bergerak pantas mengikut
laluan yang ditetapkan dalam pelan kecemasan kebakaran
25.5 : Guru-guru dan kakitangan sekolah yang berada di manamana tempat atau bangunan hendaklah keluar dengan
segera. Pastikan semua suis alatan elektrik ditutup.
25.6 : Penolong Kanan HEM bertugas mengambil dan membawa
jadual kedatangan murid yang ada di pejabat ke tempattempat perhimpunan.
25.7 : Di medan perhimpunan:
25.7.1: Murid-murid akan beratur dalam barisan
mengikuttingkatan .
25.7.2: Guru Tingkatan / Ketua Tingkatan akan menyemak
bilangan muridtingkatan masing-masing.
25.8 : Panggilan kecemasan
25.8.1: Panggilan kecemasan kepada pihak Bomba / Polis/
Ambulans akan dibuat oleh kakitangan pejabat.
25.9 : Elakkan daripada panik.
20

25.10: Segala-galanya akan selamat. Insya Allah jika kita cermat


dan berhati-hati.
26. Harta benda sekolah
Semua jenis peralatan dan kemudahan yang ada di sekolah
adalah dikategorikan sebagai harta sekolah. Oleh itu adalah
menjadi tanggungjawab semua untuk menjaganya.
26.1 : Keselamatan harta benda sekolah seperti meja, kerusi dan
sebagainya hendaklah dijaga. Laporkan kepada guru jika
berlaku sebarang kerosakan.
26.2 : Seandainya kerosakan itu sengaja dilakukan oleh murid
maka pelajar tersebut akan dikenakan bayaran gantirugi.
26.3 : Gunakanlah kemudahan yang disediakan dengan baik dan
cermat.
27. Aktiviti kokurikulum
Semua pelajar SMK Darulaman mesti menjadi ahli bagi setiap
salah satu daripada Unit Beruniform, Persatuan / Kelab dan
Sukan / Permainan.
27.1 : Kehadiran bagi aktiviti kokurikulum adalah wajib.
27.2 : Pakaian ketika aktiviti mestilah pakaian yang dibenarkan
mengikut peraturan yang ditetapkan.
27.2.1: Aktiviti Pasukan Beruniform mestilah memakai
uniform pasukan masing-masing.
21

27.2.2: Aktiviti Persatuan dan Kelab mesti memakai


uniform sekolah yang lengkap.
27.2.3: Sukan dan Permainan mestilah memakai pakaian
sukan atau pakaian pendidikan jasmani sekolah.
27.2.4: Prestasi setiap murid dalam aktiviti kokurikulum
akan dinilai oleh Guru Penasihat untuk diberi sijil
dan penganugerahan.
28. Sebarang pekeliling yang berkaitan dengan disiplin pelajar yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia akan diterimapakai selepas penerbitan buku panduan ini.
29. Rampasan
29.1 : Guru Disiplin, pengawas dan guru-guru adalah berhak
merampas barang-barang yang tidak dibenarkan di
sekolah.
29.2 : Barang-barang tersebut adalah seperti berikut:
a) pisau, alat-alat berbahaya
b) mercun, mancis, pemetik api
c) pita kaset / video / CD / VCD / telefon bimbit dll.
d) barang-barang kemas, rantai, cincin, anting-anting
e) poster / surat / foto / komik / majalah yang tidak
berkaitan dengan pelajaran
f) barang-barang berharga seperti kamera, walkman,
radio dll.
g) sikat yang besar dan berbentuk tajam
22

h) cermin, bahan-bahan solekan


i) baju, seluar, kasut dll yang tidak mengikut peraturan
pakaian seragam sekolah.
* Senarai di atas akan diubahsuai jika perlu dengan
pengumuman tertentu.
30. Kesalahan-kesalahan berat
Berikut adalah jenis-jenis tingkah laku yang dianggap kesalahan
berat yang dibahagikan kepada 5 KUMPULAN. Tindakan berat
akan DIAMBIL TERHADAP SESIAPA YANG MELAKUKANNYA.
30.1 : PERBUATAN MELANGGAR PERATURAN YANG BERLAKU
DAN DIANGGAP SEBAGAI TINGKAHLAKU JENAYAH:
a) Memeras ugut
b) Menjadi anggota kumpulan jahat / haram.
c) Terlibat dengan dadah
d) Berjudi
e) Mencuri
f) Memukul dan mengancam guru / pengawas / murid /
kakitangan sekolah.
g) Memiliki / mengedar majalah atau filem / kaset lucah.
h) Membawa senjata yang berbahaya dengan tujuan
jahat.
i) Meminum minuman keras atau yang memabukkan
dalam kawasan sekolah.
j) Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif
dengan tujuan menimbulkan kacau-bilau dan perpecahan kaum.

23

30.2 : PERBUATAN-PERBUATAN YANG DILAKUKAN DAN


DIANGGAP SEBAGAI TINGKAHLAKU LUCAH:
a) Membaca, menunjukkan atau menyebarkan bahanbahan dan gambar lucah.
b) Mengintai / mengendap murid-murid perempuan.
c) Bercumbu-cumbuan.
d) Memegang atau meraba tubuh murid perempuan.
e) Menggunakan kata-kata lucah.
f) Melukis atau menulis gambar / kata-kata lucah.
30.3 : PERBUATAN-PERBUATAN MELANGGAR PERATURAN YANG
BERLAKU KERANA TINGKAHLAKU ANTI-SOSIAL
a) Merosakkan harta benda sekolah atau orang lain.
b) Mencemarkan kebersihan kawasan dan bangunan
sekolah.
c) Membuat bising dan mengganggu kelas.
d) Bergaduh dan berlawan.
e) Biadap terhadap guru.
f) Melakukan perbuatan buli (ragging)
30.4 : PERBUATAN YANG BERLAKU KERANA TINGKAHLAKU
TIDAK JUJUR:
a) Meniru dalam ujian / peperiksaan.
b) Meniru tandatangan ibubapa / penjaga.
c) Bercakap bohong.
d) Meminda / mengubah markah.
e) Ponteng sekolah.
24

30.5 : PERBUATAN-PERBUATAN YANG BERLAKU KERANA


TINGKAHLAKU TIDAK SOPAN:
a) Berbahasa kasar dan mencarut
b) Tidak menghormati guru / pengawas / kakitangan
sekolah.
c) Berambut panjang / bermisai / berjanggut.
d) Menghisap rokok.
e) Tidak memberi perhatian semasa guru mengajar.
f) Selalu datang lewat ke sekolah / kelas.
g) Sikap lalai dan cuai terhadap pelajaran.
h) Berpeluk tubuh, mencekak pinggang atau memasukkan tangan ke dalam kocek semasa bercakap dengan
guru / pengawas / kakitangan sekolah.
i) Menulis kepada surat khabar tanpa memberitahu
pihak sekolah.
j) Masih membantah hukuman guru / pengawas sekalipun sudah tiga atau empat kali diberi amaran.
k) Menunjukkan sifat bongkak dan membuat penghinaan
kepada guru atau Pengetua.
31. Kategori Kesalahan
Kesalahan kategori A:
1 : Membawa, menyimpan, mengedar atau menggunakan
sebarang jenis dadah.
2 : Membawa, menyimpan, mengedar atau meminum arak di
dalam kawasan sekolah.
3 : Berjudi (sebarang judi dan penggunaan wang).
25

4 : Membawa, menyimpan atau menggunakan senjata yang


berbahaya di dalam kawasan sekolah.
5 : Mencuri.
6 : Memeras ugut.
7 : Berkhalwat atau bercumbuan.
8 : Mengancam atau memukul guru / kakitangan bukan
akademik / pengawas / murid termasuk pekerja swasta.
9 : Membawa, menyimpan, mengedar atau meletupkan
semua jenis bahan letupan.
10 : Menganggotai sebarang kumpulan jahat atau yang bertentangan dengan aqidah / ajaran sesat.
11 : Menunjuk perasaan / berpiket / memboikot aktiviti sekolah
12 : Menimbulkan sesuatu yang sensitif dengan tujuan
menimbulkan kekacauan dan perpecahan kaum.
Hukuman (merujuk kepada Pekeliling Ikhtisas Bil.7&9/1975):
Kesalahan kategori B:
1 : Bergaduh
2 : Membawa, menyimpan dan mengedar rokok dalam
kawasan sekolah dengan berpakaian seragam sekolah.
3 : Membawa, mengedar, menunjuk, membaca, melukis
atau menulis sebarang bentuk bahan lucah.
4 : Membawa, menyimpan, mengedar atau menggunakan
sebarang bentuk pemetik api / mancis atau bahan bakar
ke sekolah.
5 : Biadap, bongkak, berbahasa kesat dan tidak menghormati
guru, pengawas, murid-murid lain dan kakitangan bukan
akademik termasuk pekerja swasta.
6 : Menipu, berbohong dan tidak amanah.
26

7 : Mencacatkan atau merosakkan harta benda sekolah, guru,


kakitangan bukan akademik dan murid termasuk pekerja
swasta.
8 : Mengintai murid perempuan (dalam keadaan mencurigakan).
9 : Makan dan minum di siang hari dalam bulan puasa
(pelajar Islam).
10 : Menceroboh bilik-bilik khas, kawasan-kawasan larangan
atau masuk ke dalam kawasan sekolah bukan melalui
pintu yang dikhaskan.
Hukuman (merujuk kepada Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1975,
Bil.4/1997 dan Pekeliling JPN Bil.7/1981):
Kesalahan kategori C:
1 : Berkuku panjang.
2 : Berambut panjang.
3 : Memakai pakaian seragam yang tidak mengikut peraturan
sekolah.
4 : Berbahasa kesat / mencarut.
5 : Menulis dan menerima surat cinta.
6 : Berada di dalam kelas semasa waktu rehat.
7 : Tidak keluar kelas, tidak berdiri tegak / tertib semasa
menyanyikan atau menghormati Lagu Kebangsaan, Lagu
Negeri dan bacaan doa.
8 : Meletakkan kenderaan di tempat-tempat yang tidak
dibenarkan.
9 : Mengganggu pengajaran dan pembelajaran.
10 : Makan di dalam kelas kecuali semasa jamuan kelas.
11 : Membuang sampah di merata-rata tempat.
27

12 : Merayau-rayau tanpa sebab di luar kelas semasa pengajaran dan pembelajaran.


13 : Memakai pakaian luar seperti jaket dan lain-lain pada
waktu persekolahan.
14 : Memakai baju-T pelbagai corak semasa datang aktiviti
kokurikulum.
15 : Tidak memakai tali leher atau lencana atau keduanya sepanjang masa persekolahan.
Hukuman (merujuk kepada Pekeliling KPM KP/bs8548/12(7)
dan Borang OM9.2.77):
Kesalahan kategori D:
1 : Lewat masuk ke kelas.
2 : Mengubah markah dalam ujian / peperiksaan.
3 : Menjerit di dalam kelas / membuat bising.
4 : Beradu domba.
5 : Meniru dalam ujian / peperiksaan.
6 : Tidak memakai tali leher dan lencana semasa
perhimpunan.
7 : Melompat pagar dan keluar pada waktu persekolahan.
Hukuman (merujuk kepada Pekeliling KPM KP/bs8548/12(17)):
Kesalahan kategori E
1 : Ponteng dari mana-mana subjek / kelas pada hari persekolahan.
2 : Ponteng sekolah
2.1 : Tidak hadir ke sekolah berturut-turut
28

Hukuman:
2.1.1 : Surat amaran pertama pada hari ketiga (3).
2.1.2 : Surat amaran kedua 7 hari selepas amaran
2.1.3 : Surat amaran terakhir 7 hari selepas amaran
kedua
2.1.4 : Buang sekolah 14 hari selepas amaran terakhir.
(JUMLAH : 31 hari)
2.1.5 : Nama dan semua kesalahan direkodkan dalam
Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM).
2.2 : Tidak hadir ke sekolah bukan berturut-turut
Hukuman :
2.2.1 : Surat amaran pertama pada hari kesepuluh (10).
2.2.2 : Surat amaran kedua 10 hari selepas amaran
pertama.
2.2.3 : Surat amaran terakhir 20 hari selepas amaran kedua
2.2.4 : Buang sekolah 20 hari selepas amaran terakhir.
(JUMLAH : 60 hari)
2.2.5 : Nama dan semua kesalahan direkodkan dalam
Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM).
2.3 : Ponteng yang melebihi 20% daripada jumlah
kehadiran sepatutnya, sebelum bermula satu-satu
ujian / peperiksaan, secara automatik tidak layak
untuk menduduki ujian / peperiksaan dalaman.

29

Kesalahan kategori F
1 : Memasuki kawasan larangan
1 : Makmal Komputer, Makmal Sains, Makmal KHB,
Makmal Lukisan Kejuruteraan dan Makmal Teknologi
Kejuruteraan.
2 : Kawasan tempat letak kenderaan guru dan kakitangan
sekolah.
3 : Kawasan tempat letak kenderaan pelajar.
4 : Pejabat sekolah.
5 : Bilik Guru.
6 : Bilik air guru.
7 : Bilik cetak / bilik peperiksaan.
8 : Bilik bilik khas.
9: Stor sukan.
10 : Surau dan kawasan sekitarnya.
11 : Bilik Pengetua, Penolong Kanan dan Guru Kanan.
12 : Bilik kelas pada waktu rehat.
13 : Bahagian dalam kantin kecuali dengan kebenaran.
14 : Bilik ibu sawat elektrik dan pencawang elektrik serta
kawasan sekitarnya.
15 : Tangki kumbahan najis dan kawasan sekitarnya.
16 : Semua tempat yang diwartakan dari semasa ke
semasa oleh pihak sekolah.

30

Kesalahan kategori G
1 : Meninggalkan kelas tanpa menutup lampu / kipas angin.
2 : Meletakkan kenderaan di kawasan yang tidak dibenarkan
seperti di laluan.
3 : Membuang sampah di sekitar kawasan sekolah.
4 : Memakai barangan kemas.
5 : Membawa alat muzik, permainan dan majalah bukan
akademik.
Catatan :
1 : Semua guru berhak mengambil tindakan merampas
barangan tersebut.
2 : Wang kompaun hendaklah diserahkan kepada Setiausaha
Lembaga Disiplin Sekolah.
* Lembaga Disiplin Sekolah (SMK Darulaman) mempunyai
kuasa untuk memutuskan sesuatu hukuman yang tidak tersenarai dan mengambil sesuatu tindakan yang sesuai terhadap
murid-murid yang melakukan pelbagai kesalahan lain yang
tidaktersenarai di dalam buku peraturan ini.
32.

Jenis-jenis hukuman:
32.1 : Buang sekolah
i) Hukuman yang boleh dikenakan ke atas mana-mana
murid yang didapati bersalah, bersabit dengan mana
- mana kategori salahlaku berat selaras dengan
Peraturan-peraturan Pelajaran (DisiplinSekolah)1959
ii) Seseorang murid yang telah melakukan salahlaku
31

atau tingkah laku yang mengganggu berulang kali


dandidapati tidak berubah selepas tindakan
memulihnyadiambil oleh Pengetua atau tingkah
lakunya mendatangkan gangguan yang serius
kepada murid-murid lain, tindakan yang sesuai
diambil ialahmengarahkan pembuangannya dari
sekolah.
32.2 : Gantung sekolah:
i) Hukuman penggantungan merupakan satu arahan di
mana seseorang murid itu dilarang dari memasuki
kawasan sekolah atau menikmati sesuatu
kemudahan sekolah. Penggantungan adalah bersifat
sementara sahaja dalam jangka masa yang berpatutan, sehingga tidak lebih 14 hari persekolahan.
ii) Dalam keadaan di mana seseorang murid itu berkelakuan liar dan mengganggu sehingga perlu diasingkan dari sekolah sementara menunggu hasil
siasatan mengenai cara (hukuman) yang paling
sesuai untuk dikenakan, Pengetua / Guru Besar
berkuasa mengarahkan penggantunganpersekolahan
murid itu sehingga tidak lebih 14 hari.
a) Penggantungan yang dibuat sementara menunggu
hasil sesuatu siasatan hendaklah dibezakan dengan
penggantungan sebagai satu hukuman yang
dijatuhkan oleh Pengetua / Guru Besar, seperti
diperuntukkan dalam Peraturan 8, Peraturan
Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.
32

b) Bila penggantungan dibuat sebagai tindakan


menghukum, peluang yang secukupnya untuk
murid itumembuat penjelasan hendaklah diberikan.
(Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan
Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988:13)
32.3 : Hukuman Dera (corporal punishment):
i) Hukuman dera (rotan) boleh dikenakan (kecuali ke
atas murid-murid perempuan) tertakluk kepada
syarat-syarat yang dinyatakan dalam PeraturanPeraturan (Disiplin Sekolah) 1959.
ii) Dijalankan sebaik sahaja sesuatu salahlaku itu dilakukan oleh murid dan hendaklah dilaksanakan setelah
sesuatu salahlaku dapat disahkan.
a) Dijalankan oleh Pengetua sendiriatau oleh
seorang guru yang telahdiberikan kuasa secara
nyata atau khas iaitumengikut keadaan (Perkara
6 Ordinan Pelajaran1957, Peraturan-peraturan
Pelajaran (Disiplin)Sekolah 1959).
b) Hukuman dera hendaklah dijalankan dengan
menggunakan rotan ringan dan pukulan rotan
hanya boleh dibuat pada tapak tangan atau di
bahagian punggung yang berlapik. Hukuman
dera ke atas murid perempuan dilarang secara
nyata dalam (Perkara 5 Ordinan Pelajaran 1957),
33

Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin) Sekolah


1959).
(Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar
dan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia,1988:14)
32.4 : Hukuman Penahanan (detention):
i) Hukuman penahanan adalah untuk mengawal
murid-murid yang ingkar (delinquent) supaya
tingkah lakunya pada masa akan datang diharap
dapat dipengaruhi dan dibaiki dengan cara menafikannya dari menikmati dan menggunakan masa
lapangnya.
ii) Arahan penahanan itu hendaklah ditentukan masa
dan jumlah jam seseorang itu ditahan. Kehadiran
kelas penahanan mendatangkan kesan mencegah
kepada murid berkenaan dan juga murid yang lain.
Aktiviti semasa penahanan hendaklah merupakan
sesuatu yang berfaedah dan membina.
(Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan
Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988:15)
32.5 : Hukuman denda:
i) Hukuman denda terpulang kepada Pengetua / Guru
Besar untuk memberi pertimbangan secara teliti
mengenai hubungan antara denda dengan
kemampuan seseorang murid untuk membayarnya.
(Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan
34

Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988:15-16)


32.6 : Hukuman amaran bertulis:
i) Hukuman amaran adalah sesuai apabila Pengetua /
Guru Besar atau guru yang diberi kuasa setelah
mempertimbangkan keadaan, jenis salahlaku dan
kelakuan murid yang telah melakukan salahlaku itu
beranggapan bahawa hukuman lebih berat adalah
tidak wajar.
ii) Tindakan hukuman amaran merangkumi Amaran 1,
2 dan 3 bagi kategori salahlaku ringan, Amaran dan
Amaran Keras bagi kategori salahlaku sederhana dan
Amaran Keras bagi kategori salahlaku berat.
(Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan
Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988:16)
32.7 : a) Murid-murid yang telah melakukan salahlaku
disiplinhendaklah menjalani sesi kaunseling di
sekolah.
b) Jumlah sesi kaunseling bergantung kepada jenis
kekerapan salahlaku yang dilakukan oleh murid
tersebut.
c) Kegagalan murid menghadiri sesi kaunseling yang
telah ditetapkan adalah juga satu salahlaku.

35

AKU JANJI
JAMINAN MURID UNTUK TIDAK PONTENG DAN BERKELAKUAN BAIK
Nama dan Alamat Sekolah

Tarikh:..

.
Bahawa saya (nama).
..
No.Mykad..
Tingkatan
Mengaku dan berjanji untuk tidak ponteng dan berkelakuan baik serta
mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh sekolah, Jabatan Pelajaran
Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Jika saya mengulangi dan
melakukan kesalahan, pihak sekolah boleh mengambil tindakan tatatertib
mengikut Peraturan 1950, Peraturan Sekolah 1956, Peraturan Sekolah 1957,
Peraturan Sekolah 1958, Peraturan Sekolah 1959 dan Pekeliling Ikhtisas KPM
termasuk buang sekolah.

.
(Tandatangan dan nama waris/penjaga)
No.Mykad:

..
(Tandatangan dan nama saksi)
No.Mykad:
36

37

38

You might also like