You are on page 1of 26

26

Hubungan Personaiit Warna dengan Minat


Kerjaya dalam Kalangan Staf UPSI
A h m a d J a zim in bin Jus oh

Abstrak

Dalam kajian ini penyelidik ingin mengkaji sejauh mana hubungan personaliti
warna dan minat kerjaya Holland dalam kalangan staf UPSI. Hipotesis umum
penyelidikan ini ialah terdapat hubungan antara personaliti warna dengan minat
kerjaya di kalangan staf UPSI. Reka bentuk kajian adalah expost facto, jenis
korelasi. Dalam kajian ini satu set soal selidik yang mengandungi tiga bahagian
telah digunakan untuk mengumpul data. Bahagian A: Borang maklumat diri,
Bahagian B: Soal Selidik Personaliti Warna (IPW) dan Bahagian C : Soal Selidik
Minat Kerjaya (SDS). Populasi kajian adalah di kalangan staf UPSI yang dipilih
seramai 186 orang berasaskan kepada enam tret personaliti oleh J.L. Holland.
Kepentingan kajian ini adalah untuk perkembangan ilmu itu sendiri. Data yang
didapati kemudiannya dianalisa menggunakan statistik deskriptif dan korelasi
Pearson pada aras signifikan .05. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat
hubungan yang signifikan antara minat kerjaya dalam bidang Realisitik dengan
personaliti warna Jingga, iaitu dengan nilai r (186) = .736, p < .05, terdapat
hubungan yang signifikan antara minat kerjaya dalam bidang Investigatif dengan
personaliti warna Hijau nilai r (186) = .754, p < .05, terdapat hubungan yang
signifikan antara minat kerjaya dalam bidang Artistik dengan personanti warna
Biru dengan r (186) = .662, p < .05, terdapat hubungan yang signifikan antara
minat kerjaya dalam bidang Sosial dengan personaliti warna Biru dengan r (186)
= .617, p < .05, terdapat hubungan yang signifikan antara minat kerjaya dalam
bidang Enterprising dengan personaliti warna Jingga dengan nilai r (186) = .779,
p < .05 dan terdapat hubungan yang signifikan antara minat kerjaya dalam bidang
Conventional dengan personaliti warna Emas dengan r (186) = .330, p < .05.
Diharap kajian ini menjadi perintis kepada kajian yang lain kelak. Sehubungan
dengan keputusan kajian yang diperolehi, beberapa implikasi dan cadangan telah
dikemukakan.

422 / M enanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Latar Belakang Kajian


Setiap individu yang wujud di muka bumi ini mempunyai sifat, sikap, gaya dan
personaliti tersendiri. Personaliti melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang
individu itu yang berbeza daripada seorang manusia dengan manusia yang lain.
Kekurangan maklumat dan kajian yang berkaitan hubungan personaliti warna
dengan minat kerjaya Holland telah mendorong penyelidik untuk membuat kajian
lanjutan daripada apa yang telah dijalankan oleh Zunaini Yah (2000) dan Ahmad
Jazimin (2000). Sudah tentu di dalam penulisan kajian penyelidik ini, tidak
banyak maklumat berkaitan dengan personaliti warna dapat ditonjolkan kerana
maklumat berkaitannya amat berkurangan.
Pendekatan Teori
Teori Personaliti Warna
Mengikut Fait (1999) (dalam Ahmad Jazimin 2000) sejarah penggunaan teori
personaliti warna dimulakan oleh Don Lowry melalui kad-kad aktiviti True
C olors. Don Lowry adalah seorang usahawan dan anak murid kepada David
Kiersey. David Keirsey adalah ahli terapi psikologi yang telah memperkenalkan
jenis personaliti iaitu A p o llo n ia n , D io n y sia n , P ro m e th e a n dan E p im eth ea n
(Hauck, 1998). Don Low ry telah m enggunakan model personaliti yang
diperkenalkan oleh Keirsey untuk dijadikan asas bagi mencipta True C o lo rs. True
C o lo rs yang dibuat oleh Lowry ini adalah merupakan sejenis kad-kad permainan
yang berasaskan personaliti yang melibatkan empat jenis warna, iaitu Emas,
Hijau, Biru dan Jingga. Warna Emas melambangkan seseorang yang mengikut
peraturan, warna Hijau melambangkan seseorang yang mementingkan intuisi
pemikiran, warna Biru melambangkan seorang yang mementingkan intuisi
perasaan dan warna Jingga melambangkan seorang yang gemarkan pengalaman
(Fait, 1999).
Berasaskan kad-kad personaliti warna True C o lo r s oleh Don Lowry, seorang
lagi anak murid David Keirsey, iaitu Carolyn Kalil telah menulis sebuah buku
yang bertajuk F o llo w Your True C o lo rs to th e W ork W ith L o v e (Beastley, 1999).
Dalam buku ini, Kalil (1999) telah menyatakan bahawa cara yang terbaik untuk
meningkatkan konsep kendiri anda ialah dengan melakukan apa yang anda suka.
Beliau juga menyebut bahawa terdapat empat jen is personaliti yang
diklasifikasikan sebagai T he T ru e C o lo r s S y s te m iaitu personaliti Emas
menunjukkan seorang yang berperancangan, personaliti Hijau menjadikan ilmu
sebagai kuasa, personaliti Biru adalah seorang penyayang dan personaliti Jingga
adalah seorang yang berorientasikan tindakan.
Sidek Mohd Noah (1997), telah membina suatu alat ukur yang dinamakan
Inventori Personaliti Warna dan item-item personaliti tersebut telah diperincikan

Hubungan Personaliti Warna dengan M inat Kerjaya dalam Kalangan S ta f UPSI / 423

mengikut sifat-sifat dominan setiap jenis personaliti dalam inventori itu.


Mengikut beliau, personaliti warna melalui inventorinya boleh dibahagi kepada
empat, iaitu personaliti Emas, Hijau, Biru dan Jingga.
P e r s o n a liti E m a s

Mengikut Sidek Mohd Noah (1998), individu yang berpersonaliti Emas dikatakan
bersikap keibubapaan, mengikut adat resam, bertanggungjawab, praktis, waras
fikiran, boleh dipercayai, setia, tradisional atau konservatif, hidup bersistem dan
berperaturan serta menaruh perhatian. Kata kunci utama personaliti Emas ialah
peraturan dan saya bertanggungjawab.
P e r s o n a liti H ijau

Menurut Sidek M ohd Noah (1998), individu berpersonaliti Hijau pula cenderung
dan cekap dalam pelbagai lapangan cenderung mereka cipta, cekap dalam
menjalankan tugas dengan sempurna, bersifat ingin tahu, memahami konsep,
berpengetahuan luas, berdasarkan teori, bijak dan mahir, panjang akal, kompleks,
tenang dan sabar, berfalsafah, berprinsip dan berasaskan logik. Kata kunci utama
personaliti Hijau ialah mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi .
P e r s o n a liti B iru

Mengikut Sidek M ohd Noah (1998), individu berpersonaliti Biru melambangkan


individu yang bersifat tulen, perhubungan mesra, mengasihani, bersimpati, unik,
berkebolehan mengalami perasaan dan fikiran orang lain, penyayang dan setia,
mesra, berseni, orang yang member, inspirasi, riang, gembira, petiuh kasih
sayang, bersemangat dan mempunyai perasaan simpati. Kunci utama personaliti
ialah romantis dan sukakan keharmonian.
P e r s o n a liti J in g g a

M enurut Sidek M ohd Noah (1998), individu yang berpersonaliti Jingga


menunjukkan individu yang cergas, pandai menggunakan kesempatan, bersifat
spontan, suka kepada pertandingan, tergopoh-gapah tetapi bersemangat, realistik,
tidak dipengaruhi oleh sentimen, berfikiran terbuka, gemar pengalaman luar biasa
yang berbahaya tetapi menyeronokkan, berani, tabah, bertindak atas desakan
fikiran, suka keseronokan, gurau senda, tidak takut serta berkemahiran. Kune
utama personaliti Jingga ialah suka mengembara.
Teori M inat Kerjaya Holland
Teori kedua yang digunakan dalam kajian ialah teori Holland yang merupakan
salah satu teori kerjaya yang penting. Fokus teori Holland tertumpu kepada dua
faktor, iaitu faktor personaliti dan faktor persekitaran. Jenis-jenis personaliti yang

424 /M enang g a p i Keberkesanan dan Perubahan

dikemukakan oleh Holland (1973; 1985) dan ciri-ciri tertentu mengenainya


adalah seperti yang berikut;
P e r s o n a liti R e a lisitik

Individu jenis ini memilih aktiviti-aktiviti yang menggunakan objek, perkakas,


mesin dan binatang dan tidak suka kepada aktiviti yang banyak menggunakan
fikiran. Tingkah laku pula cenderung kepada kerja-kerja manual, mekanikal,
elektrikal, teknikal dan pertanian. Jenis personaliti ini agak kurang melibatkan
diri dalam kegiatan sosial. Selain daripada itu, mereka juga mempunyai sifat-sifat
din seperti pemalu, suka mengikut perintah, berterus terang, materialistik,
praktikal, natural, jujur, pemurah dan tekun.
P e r s o n a liti I n v e s tig a tif

Personaliti jenis ini pula suka kepada kerja-kerja seperti penyelidikan, simbolik
dan suka menyelidik hal-hal yang berhubung dengan fizikal, biologikal dengan
tujuan memahami dan menguasai fenomena tersebut. Sebaliknya mereka tidak
suka kepada aktiviti-aktiviti sosial. Oleh yang demikian mereka sangat cenderung
kepada aspek-aspek matematikal dan juga saintifik. Mereka yang berpersonaliti
seperti di atas mempunyai sifat-sifat seperti analitikal, berhati-hati, kritikal, ingin
tahu, bebas, introvert, rasional dan tidak popular.
P e rs o n a liti A rtistik

Individu yang tergolong dalam personaliti artistik pula merupakan individu yang
suka aktiviti-aktiviti yang bebas, tidak bersistematik dan kabur. Tingkah lakunya
pula mirip kepada aktiviti-aktiviti seperti seni, muzik, drama dan juga penulisan.
Mereka tidak begitu berminat kepada jenis-jenis perkeranian dan perniagaan. Jadi
mereka lebih suka pekerjaan dan suasana artistik supaya dengan itu boleh
melahirkan segala potensi dan kebolehan mereka dengan bebas. Kebolehan
artistiknya digunakan untuk m enyelesaikan m asalah yang dihadapi Ia
menganggap dirinya sebagai ekspresif, original, lembut, tidak terikut-ikut, tidak
teratur, bebas dan mempunyai kebolehan di dalam artistik dan muzik. Di samping
m enghargai nilai-nilai estetika, ia sangat benci kepada aktiviti-aktiviti
C o n ven tio n a l.
P e r s o n a liti S o sia l

Personaliti sosial pula lebih mengutamakan aktiviti yang memerlukan dan


mempengaruhi orang lain kepada bentuk memberitahu, latihan, perkembangan,
pemilihan di samping mengelakkan diri daripada aktiviti yang sistematik dan
teratur yang melibatkan benda, perkakas dan mesin. Ia mempunyai kebolehan di
dalam hubungan sosial untuk menyelesaikan masalah. Holland pula menyatakan
bahawa personaliti jenis ini suka menolong orang lain, memahami orang lain,

Hubungan Personaliti Warna dengan M inat Kerjaya dalam Kalangan S ta f UPSI / 425

mempunyai kecekapan mengajar tetapi kurang dalam bidang mekanikal dan juga
saintifik. Dengan itu, sudah tentulah mereka mempunyai sifat-sifat seperti
kerjasama, suka berkawan, murah hati, lemah lembut, suka menolong, idealistik,
baik hati, daya pujukan tinggi, bertanggungjawab serta saling memahami dan
bijaksana.
P e r s o n a liti E n te rp risin g

Personaliti jenis E n te r p r is in g sukakan aktiviti-aktiviti yang berbentuk


memanipulasikan orang lain untuk mencapai matlamat-matlamat tertentu atau
keuntungan ekonomi. Mereka sangat bencikan aktiviti berbentuk simbolik dan
pemerhatian sistematik. Mereka mempunyai kebolehan dalam kepimpinan,
interpersonal dan juga daya pujukan tetapi kurang kebolehan di dalam perkaraperkara saintifik. Sifat-sifat menarik yang terdapat pada diri mereka ialah
berusaha bersungguh-sungguh untuk memperolehi sesuatu, suka mengembara,
bercita-cita tinggi, suka berbahas, ingin menguasai orang lain, suka menonjolkan
diri dan suka bercakap.
P e r s o n a liti C o n v e n tio n a l

Personaliti jenis C o n v e n tio n a l pula suka kepada aktiviti-aktiviti yang melibatkan


data seperti menyimpan rekod, rnenyimpan dan mengeluarkan semula bahanbahan, mengendalikan mesin kira-kira dan memperoses data untuk mencapai
matlamat ekonomi. Selain daripada itu, mereka tidak suka kepada perkara-perkara
yang kabur, bebas dan tidak sistematik. Mereka mendakwa diri mereka sebagai
berperaturan dan mengikut arahan di samping mempunyai kecekapan perkeranian
dan perangkaan. Sifat-sifat yang jelas pada mereka ialah menyesuaikan diri
dengan keadaan, bersungguh-sungguh dan teliti, cekap, tegas, sopan, tenang dan
tidak khayal.
Penyataan Masalah
Perkara yang telah mendorong penyelidik untuk membuat kajian ini ialah apabila
timbulnya beberapa persoalan tentang personaliti warna. Penyelidik berasa
terdapat hubungan antara personaliti warna dan minat kerjaya Holland berasaskan
teori kedua-dua pemboleh ubah tersebut.
Ini dapat dilihat melalui ciri-ciri personaliti warna, iaitu Emas, Hijau, Biru
dan Jingga seakan-akan mempunyai persamaan dengan ciri-ciri personaliti dalam
minat kerjaya Holland iaitu Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, E n terp risin g
dan C o n ve n tio n a l. Sebagai contohnya, personaliti Emas yang dikatakan bersikap
keibubapaan, mengikut adat resam, bertanggungjawab, praktis, waras fikiran,
boleh dipercayai, setia, tradisional atau konservatif, hidup bersistem dan
berperaturan serta menaruh perbatian seakan-akan sama dengan minat kerjaya

426 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

C o n v e n tio n a l yang dikatakan suka kepada aktiviti-aktiviti yang melibatkan data


seperti menyimpan rekod, tidak suka kepada perkara-perkara yang kabur, bebas
dan tidak sistematik,
Penyelidik memilih minat kerjaya Holland dengan menggunakan alat ukur
S e lf-D ir e c te d S earch sebagai pemboleh ubah bersandar untuk kajian ini ialah
kerana instrumen ini telah disah dan diiktiraf kesahan dan kebolehpercayaannya
di peringkat antarabangsa. Ini akan membolehkan kajian ini lebih bermakna
kerana penyelidik dapat melihat sejauh mana hubungan personaliti warna sebagai
idea orang tempatan berbanding dengan minat kerjaya yang telah diasaskan oleh
Holland (Ahmad Jazimin, 2000). Maka, penyelidik melihat sekiranya kajian ini
dapat dilaksanakan dengan baik, secara tidak langsung akan memperlihatkan
sejauh mana kesahan alat ukur Inventori Personaliti Warna khususnya kesahan
gagasan. Kesahan gagasan boleh diperolehi dengan m elakukan kajian
interkorelasi antara Inventori Personaliti Warna dan S e lf-D ir e c te d S earch .
Lantaran itu, pengkaji berminat untuk melihat dan mendapatkan beberapa
kepastian mengenai beberapa persoalan seperti:
1. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti warna dan
minat kerjaya staf UPSI dalam bidang Realistik?
2. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti warna dan
minat kerjaya staf UPSI dalam bidang Investigatif?
3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti warna dan
minat kerjaya staf UPSI dalam bidang Artistik?
4. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti warna dan
minat kerjaya staf UPSI dalam bidang Sosial?
5. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti wama dan
minat kerjaya staf UPSI dalam bidang E n te r p r is in g ?
6. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti warna dan
minat kerjaya staf UPSI dalam bidang C o n v e n tio n a l ?

Tujuan Kajian
Untuk melihat keputusan kajian itu dengan lebih terperinci, maka tujuan yang
khusus perlu dinyatakan. Secara khususnya kajian ini bertujuan untuk:
1. Untuk mengenai pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara
personaliti warna dan minat kerjaya staf UPSI dalam bidang Realistik.
2. Untuk mengenai pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara
personaliti warna dan minat kerjaya staf UPSI dalam bidang Investigatif.
3. Untuk mengenai pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara
personaliti warna dan minat kerjaya staf UPSI dalam bidang Artistik.
4. Untuk mengenai pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara
personaliti warna dan minat kerjaya staf UPSI dalam bidang Sosial.

Hubungan Personaliti Warna dengan M inat Kerjaya dalam Kalangan S ta f UPSI /4 2 7

5.

Untuk mengenai pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara
personaliti warna dan minat kerjaya staf UPSI dalam bidang E n terprising.
6. Untuk mengenai pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara
personaliti warna dan m inat kerjaya staf UPSI dalam bidang
C o n ve n tio n a l.

Secara tidak langsung kajian ini juga akan cuba memperoleh maklumat
mengenai kesahan alat ukur Inventori Personaliti Warna khususnya kesahan
gagasan.
Hipotesis Kajian
H u b u n g a n P e r s o n a liti W arna d en g a n M in a t K e rja y a R e a listik

H la

Terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti Jingga dan minat


kerjaya staf UPSI dalam bidang Realistik.

H u b u n g a n P e r s o n a liti W arna d e n g a n M in a t K e rja y a In v e s tig a tif

H2a

Terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti Hijau dan minat


kerjaya staf UPSI dalam bidang Investigatif.

H u b u n g a n P e r s o n a liti W arna d e n g a n M in a t K e r ja y a A rtistik

H3a

Terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti Biru dan minat


kerjaya staf UPSI dalam bidang Artistik.

H u b u n g a n P e r s o n a liti W arna d e n g a n M in a t K e r ja y a S o sia l

H4a

Terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti Biru dan minat


kerjaya staf UPSI dalam bidang Sosial.

H u b u n g a n P e r s o n a liti W arna d e n g a n M in a t K e rja y a E n terp risin g

H5a

Terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti Jingga dan minat


kerjaya staf UPSI dalam bidang E n terprisin g .

H u b u n g a n P e r s o n a liti W arna d en g a n M in a t K e rja y a C o n ven tio n a l

H6a

Terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti Emas dan minat


kerjaya staf UPSI dalam bidang C on ventional.

Definisi Pemboleh ubah-Pemboleh ubah Kajian


Personaliti
Dalam konteks kajian ini personaliti merujuk kepada skor yang diperolehi oleh
responden dalam Inventori Personaliti Warna iaitu personaliti Emas, Hijau, Biru
dan Jingga.

428 / M enanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Minat Kerjaya
Dalam konteks kajian ini minat kerjaya merujuk kepada skor yang diperolehi
dalam Self-Directed Search iaitu enam jenis skala yang dikemukakan oleh
Holland (1973; 1985). Enam jenis skala tersebut ialah Realistik (R), Investigatif
(I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) dan Conventional (C).
Staf
Dalam konteks kajian ini staf merujuk kepada staf di Universiti Pendidikan Sultan
Idris, Tanjong Malim, Perak dalam bidang pengkhususan yang ditetapkan oleh
penyelidik.
Kepentingan Kajian
Pertama, kajian tentang hubungan personaliti warna dengan minat kerjaya di
kalangan staf UPSI amat penting untuk perkembangan ilmu itu sendiri. Sebelum
ini, belum lagi terdapatnya kajian yang melihat hubungan antara personaliti warna
dan minat kerjaya secara serius. Maka, keputusan yang didapati daripada kajian
ini kelak akan menjadi perintis kepada kajian-kajian yang berkaitan sama ada
secara langsung atau tidak langsung. Penyelidik telah membuat pemerhatian
secara kasar tentang hubung kait antara personaliti warna dan minat kerjaya dan
didapati ia amat menarik untuk dijelajahi. Dengan terlaksananya kajian ini, maka
ilmu atau konsep daripada personaliti warna dan minat kerjaya itu dapat
digarapkan menjadi suatu lmu yang lebih besar dan akan berkembang.
Kedua, kajian ini penting daripada aspek pengaplikasian ilmu itu sendiri. Ini
melibatkan pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris, kaunselor dan bagi
penyelidik-penyelidik akan datang. Kajian ini penting untuk pihak-pihak tertentu
di UPSI untuk mengetahui trait personaliti staf mereka dan boleh dijadikan asas
untuk merancang program sama ada di peringkat jabatan ataupun di peringkat
universiti.
Seterusnya, kajian ini juga penting bagi penyelidik-penyelidik akan datang
yang ingin melakukan kajian lanjutan. Mereka mungkin boleh melihat kajian ini
daripada aspek yang lain seperti melibatkan hubungan antara ras, jantina dan
hubungan yang wujud antara personaliti warna dan minat kerjaya di kalangan
pekerja yang mewakili trait personaliti R, I, A, S, E dan C.

Hubungan Personaliti Warna dengan M inat Kerjaya dalam Kalangan S ta f UPSI / 429

Kajian-Kajian Lepas
Hubungan Personaliti Dengan Minat Kerjaya
Kajian Luar Negara
Mervielde dan Fruyt (1997) telah membuat kajian tentang hubungan antara F ive
F a c to r M o d e l o f P e rs o n a lity (Model Personaliti Lima Faktor) dengan model
RIASEC oleh Holland. Model Personaliti Lima Faktor yang dimaksudkan ialah
ex ra v e rsio n , a g re e a b le n e ss, co n sc ien tio u sn ess, em o tio n s ta b ility dan intellect.
Kajian ini dibuat juga adalah untuk melihat hubungan antara trait-trait dan
konsep-konsep Holland seperti kekongruenan, ketekalan dan pembezaan serta
melihat hubungan antara trait Model Lima Faktor dengan inventori minat kerjaya.
Kajian ini dibuat ke atas 934 orang pelajar tahun akhir dalam bidang yang
berbeza. Kajian ini mengunakan alat ukur D u tch /F le m ish oleh N E O -P I R (Costa
& McRae 1992) yang mewakili Model Personaliti Lima Faktor manakala alat
ukur S e lf-D ir e c te d S ea rc h (Holland 1977, 1979) mewakili RIASEC.
Perhubungan antara kedua-dua model ini telah diuji dengan menggunakan
korelasi dan penyelidikan analisis faktor. Keputusan kajian menunjukkan
kesemua kelima-lima faktor utama Model Personaliti Lima faktor adalah berkait
secara signifikan dengan sekurang-kurangnya satu atau lebih dalam komponen
RIASEC tetapi tidak semua skala RIASEC berkorelasi dengan Personaliti Model
Lima Faktor terutamanya skala Realistik dan Investigatif. Penemuan korelasi
tersebut telah dikembangkan oleh Costa, Me Crae dan Holland (1984) dan
Gottfredson, Jones dan Holland (1993) telah mencadangkan bahawa terdapat
perhubungan antara kedua-dua model, namun masih terdapat beberapa kelainan
yang unik.
Kajian Dalam Negara
Zunaini Yah (2000) telah membuat kajian untuk menentukan sama ada wujud
hubungan yang signifikan antara minat kerjaya pelajar berdasarkan kepada minat
kerjaya Holland iaitu RIASEC dengan personaliti warna (Emas, Hijau, Biru dan
Jingga). Kajian yang dijalankan adalah berbentuk e x -p o st f a c to jenis korelasi.
Subjek kajian terdiri daripada 300 orang pelajar yang dipilih secara rawak
berlapis daripada populasi seramai 998 orang pelajar tahun dua daripada program
Bacelor Kejuruteraan, Bacelor Sains Bioteknologi, Bacelor Muzik, Bacelor
Pendidikan Bim bingan dan Kaunseling, Bacelor Ekonomi dan Bacelor
Perakaunan. Alat kajian yang digunakan ialah S e lf-D ir e c te d S earch dan Inventori
Personaliti Warna Sidek. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan
statistik korelasi Pearson dengan aras keyakinan ditetapkan pada .05.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan antara
minat kerjaya dalam bidang Realistik dengan personaliti Jingga ( r = .187), minat

430 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

kerjaya Sosial dengan personaliti Biru ( r = .234) dan Hijau (r2 = .099), minat
kerjaya E n te rp risin g dengan Jingga ( r = .040) dan minat kerjaya C o n ve n tio n a l
dengan Emas ( r - .230). Manakala tidak terdapat hubungan yang signifikan
antara minat kerjaya Investigatif dan Artistik dengan mana-mana personaliti
warna. Rumusan daripada kajian ini iaitu daripada 24 hipotesis yang diuji
sebanyak 5 hipotesis khusus diterima dan 19 lagi ditolak.
Ahmad Jazimin (2000) telah membuat kajian untuk menentukan sama ada
wujud hubungan yang signifikan anatara minat kerjaya pelajar berdasarkan kepada
minat kerjaya Holland iaitu RIASEC dengan personaliti warna (Emas,Hijau, Biru
dan Jingga). Kajian ini berbentuk e x -p o st f a c to jenis korelasi. Subjek kajian terdiri
daripada 417 orang pelajar yang dipilih secara rawak berlapis daripada populasi
seramai 530 orang pelajar dari program Bacelor Kejuruteraan Mekanikal, Bacelor
Sains (Alam Sekitar), Bacelor Muzik, Bacelor Pendidikan (Bimbingan &
Kaunseling), Bacelor Pentadbiran Perniagaan dan Bacelor Sains Komputer. Alat
kajian yang digunakan ialah S e lf-D ir e c te d S ea rch dan Inventori Personaliti Warna.
Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan statistik korelasi P ea rso n
dengan aras keyakinan ditetapkan pada .05.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan
antara personaliti Emas dan minat kerjaya C o n ven tio n a l, iaitu (r(103) = .341, p <
.05), personaliti Hijau dan Investigatif iaitu (*(52) = .774, p < .05), personaliti Biru
dan Artistik iaitu (r(19) = .449, p > .05), personaliti Biru dan Sosial (r(97) = .302,
p > .05), personaliti Jingga dan Realistik <r( 73) = .614, p > .05) dan personaliti
Jingga dan E n te rp risin g (r(73) = .634, p > .05). Manakala, rumusan kajian yang
dapat dibuat secara khusus ialah terdapat hubungan yang signifikan antara per
sonaliti Jingga dan minat kerjaya dalam bidang Realisitik, terdapat hubungan
yang signifikan antara personaliti Hijau dan minat kerjaya dalam bidang
Investigatif, terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti Biru dan minat
kerjaya dalam bidang Artistik, terdapat hubungan yang signifikan antara
personaliti Biru dan minat kerjaya dalam bidang Sosial, terdapat hubungan yang
signifikan antara personaliti Jingga dan minat kerjaya dalam bidang E n te rp risin g
dan terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti Emas dan minat kerjaya
dalam bidang C on ven tion al.
Metodologi Kajian
Reka bentuk Kajian
Reka bentuk kajian adalah e x -P o st F acto, jenis korelasi. Menurut Mohd Majid
Konting (1990), kajian korelasi memberi penekanan kepada penentu sejauh mana
kaitan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah. Kajian e x -P o st F a cto sesuai
digunakan untuk kajian awal bagi kajian pemboleh ubah seperti atribut personal.

Hubungan Personaliti Warna dengan M inat Kerjaya dalam Kalangan S ta f UPSI / 431

Alat Kajian
Dalam kajian in satu set soal selidik yang mengandungi tiga bahagian telah
digunakan untuk mengumpul data. Bahagian-bahagian itu ialah: Bahagian A:
Maklumat Diri; Bahagian B: Soal Selidik Personaliti Warna (IPW); dan Bahagian
C: Soal Selidik Minat Kerjaya S e lf-D ir e c te d S earch (SDS).
Kesahan dan Kebolehpercayaan Alat Kajian
In v e n to ri P e r s o n a liti W arna

Responden yang digunakan untuk menghasilkan soal selidik ini ialah 88 orang
yang terdiri daripada pelajar Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling),
Universiti Putra Malaysia, Terengganu. Nilai pekali kebolehpercayaan A lp h a
C ro n b a c h yang diperolehi ialah .72. Namun begitu pekali kebolehpercayaan
a lp h a c ro n b a c h telah meningkat kepada .84 setelah kajian rintis yang kedua
dilakukan (Sidek e t al. 1997).
S e lf-D ir e c te d S earch

SDS mempunyai kesahan yang tinggi. Holland (1979 dalam Healy; dan Mourton,
1984) melaporkan hasil kajian ke atas pelajar kolej yang baru, rs adalah antara .64
hingga .84. Menurut Zunker (1990), kajian yang dilakukan ke atas 2000 hingga
6000 orang pelajar kolej telah menggunakan formula K u d e r R ica rd so n 20 untuk
menentukan ketekalan dalaman alat ukuran. Keputusannya, didapati ketekalan
dalaman SDS adalah antara .67 hingga .94. Pekali untuk lelaki adalah antara .63
hingga .88 dan antara .53 hingga .85 untuk pelajar perempuan.
Tempat Kajian
Kajian dilakukan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berlainan
fakulti dan jabatan mengikut bidang pekerjaan. Bidang pekerjaan yang dipilih
adalah berasaskan kepada personaliti yang dikemukakan oleh Holland iaitu
Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), E n terp risin g (E) dan
C o n v e n tio n a l (C).
Subjek Kajian
Populasi Kajian
Populasi kajian ini adalah dalam kalangan staf UPSI yang telah dikategorikan
kepada enam bidang pekerjaan menurut teori Minat Kerjaya Holland
sebagaimana dalam Jadual 2.

432 / M enanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Jadual 2: Populasi Kajian Menurut M inat Kerjaya dan Jenis Pekerjaan


Minat Kerjaya

Jenis Pekerjaan

Realistik

Juruteknik

Investigative

Pensyarah FST
Pembantu M akmal

Artistik

Pensyarah FSM

Sosial

Pegawai Tadbir
Pensyarah FSKPM

Enterprising

Pensyarah FPE

Pensyarah FTMK

Conventional

Pustakawan

Sampel Kajian
Krejcie dan Morgan (1970) menyatakan bahawa untuk setiap populasi pelajar
mengikut bidang pengajian yang dikaji, maka terdapat saiz sampel yang tertentu
diperlukan sebagaimana dalam jadual 3 di bawah.

Jadual 3; Bilangan Populasi dan Sampel Enam Bidang Pekerjaan


Bidang pekerjaan

Populasi

Sampel

Mewakili bidang

Juruteknik

21

21

Realistik

Pensyarah FST
Pembantu Makmal

30

36

Investigatif

Pensyarah FSM

20

15

Artistik

Pensyarah FSKPM
Pegawai Tadbir

31
49

64

Sosial

Pensyarah FPE

20

19

Enterprising

Pensyarah FTMK
Pustakawan

27

31

Conventional

Jumlah

10

216

Sumber: Krejcie dan Morgan (1970)

186

Hubungan Personaliti Warna dengan M inat Kerjaya dalam Kalangan S ta f UPSI / 433

Penganalisisan Data Statistik


Kaedah Pemarkatan
In v e n to ri P e r s o n a liti W arna

Berikut disenaraikan item yang mewakili personaliti warna sepertimana Jadual 4


di bawah ini:
Jadual 4: Jenis Personaliti Warna dan Item yang Berkaitan
Jenis Personaliti Nombor item
Emas

l | 5, 9, 13.17, 21, 25, 29, 33, 37, 41, 45, 49, 53, 57, 61, 65, 69, 73, 77, 81, 85, 89, 93 dan 97.

Hijau

2, 6, 10, 14, 18, 22, 26, 30, 34, 38,42, 46, 50, 54, 58, 62, 66, 70, 74, 78, 82, 86, 90, 94 dan 98.

Biru

3, 7, 11, 15, 19, 23, 27, 31, 35, 39, 43, 47, 51, 55, 59, 63, 67, 71, 75, 79, 83, 87, 91, 95 dan 99.

Jingga

4, 8, 12, 16, 20, 24. 28. 32, 36, 40, 44, 48, 52, 56, 60, 64, 68, 72, 76, 80, 84, 88, 92, 96 dan 100.

S e lf-D ir e c te d S ea rch

Dalam soal selidik SDS bahagian Realistik mempunyai 32 item, Investigatif


mempunyai 32 item, Artistik mempunyai 32 item, Sosial mempunyai 32 item,
E n te r p risin g mempunyai 32 item dan C o n v e n tio n a l mempunyai 32 item seperti
yang ditunjukkan dalam Jadual 5.
Jadual 5: Jenis Personaliti Holland dan Item yang Berkaitan
Persnaliti

Item

Realistik (R)

1,2,3,4,5,6,7,8.9,10,61, 62, 63, 64, 65, 66,67, 6 s |s 9 , 70, 121, 122, 123, 124, 125, 126, 127,
128. 429, 130, 431, 132.

Investigatif (I)

11, 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18, 19, 20 ,7 1 ,7 2 , 73,74, 75, 76,77, 78, 79, 80, 133, 134, 135,
136, 137, 138, 139, 140, 141, 142, 143, 144.

Artistik (A)

21,22, 23,24, 25, 26, 27, 28, 29. 30, 81, 82, 83, 84, 85, 86, 87, 88, 89, 90, 145,146, 147, 148,
149, 150, 151. 152, 153, 154, 155, 156.

Sosial (S)

31,32, 33, 34, 35, 36, 37, 38, 39, 40, 91, 92, 93, 94, 95, 96, 97, 98, 99, 100, 157, 158, 159,
160, 161, 162, 163, 164, 165, 166, 167, 168.

Enterprising (E)

41, 42, 43, 44, 45, 46, 47, 48, 49, 50, 101, 102, 103, 104, 105, 106, 107, 108, 109, 110, 169,
170, 171, 172, 173, 174, 175, 176, 177, 178, 179, 180.

Conventional (C)

51, 52, 53, 54, 55, 56, 57, 58, 59, 60, 111, 112, 113, 114, 115, 116, 117, 118, 119, 120, 181,
182, 183, 184, 185, 186, 187, 188, 189, 190, 191, 192.

434 / M enanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Pengujian Hipotesis
D ata-data yang berkaitan dengan biodata responden dianalisis dengan
m enggunakan statistik deskriptif, m anakala statistik inferensi dengan
menggunakan alat statistik korelasi pearson telah digunakan untuk menguji
semua hipotesis yang dikemukakan. Pemilihan statistik untuk menguji sesuatu
hipotesis adalah berpandukan kepada jadual yang terkandung dalam buku
c o n d u c tin g e d u c a tio n a l re sea rch oleh tuckman (1978). Menurut Sulaiman (1996)
analisa data masa kini dilakukan oleh kom puter yang kebanyakannya
menggunakan atur cara s ta tis tic a l p a c k a g e s f o r th e s o s ia l s c ie n c e s (sp ss). Untuk
keterangan lanjut sila rujuk jadual 6.

Jadual 6: Pemilihan Statistik Inferensi berasaskan Skala Pengukuran


Mengikut Tuckman
Pemboleh Ubah
Bebas (IV)

Pemboleh Ubah
Bersandar (DV)

Alat
Statistik

Terdapat hubungan yang


signifikan antara personaliti
Jingga dan minat kerjaya staf
UPSI dalam bidang Realistik.

Personaliti
Jingga
(sela)

M inat Kerjaya
Realistik
(sela)

Korelasi

Terdapat hubungan yang


signifikan antara personaliti
Hijau dan minat kerjaya staf
UPSI dalam bidang Investigatif.

Personaliti
Hijau
(sela)

M inat Kerjaya
Investigatif
(sela)

Korelasi

Terdapat hubungan yang


signifikan antara personaliti
Biru dan minat kerjaya staf
UPSI dalam bidang Artistik.

Personaliti
Biru
l(sela)

M inat Kerjaya
Artistik
(sela)

Korelasi

Terdapat hubungan yang


signifikan antara personaliti
Biru dan minat kerjaya staf
UPSI dalam bidang Sosial.

Personaliti
Biru
(sela)

M inat Kerjaya
Sosial
(sela)

Korelasi

Terdapat hubungan yang


signifikan antara personaliti
Jingga dan minat kerjaya staf
UPSI dalam bidang Enterprising,

Personaliti
Jingga
(sela)

M inat Kerjaya

Korelasi

Enterprising

Pearson

Terdapat hubungan yang


signifikan antara personaliti
Emas dan minat kerjaya staf
UPSI dalam bidang Conventional.

Personaliti
Emas
(sela)

M inat Kerjaya

Korelasi

Conventional

Pearson

Bil.

Hipotesis

H la

H2a

H3a

H4a

H5a

H6a

Pearson

Pearson

Pearson

Pearson

(sela)

(sela)

H ubungan Personaliti Warna dengan M inat Kerjaya dalam Kalangan Sta f UPSI / 435

Keputusan Kajian
Statistik Deskriptif Kekerapan
Berdasarkan Jadual 7 di bawah, menunjukkan minat kerjaya sosial menunjukkan
peratusan yang tertinggi dengan 34.4 peratus dan diikuti dengan minat kerjaya
investigatif iaitu 19.4 peratus. Bagi minat kerjaya Conventional menunjukkan
peratusan sebanyak 16.7 peratus, manakala minat kerjaya Realistik dan
Enterprising adalah 11.3 dan 10.2 peratus masing-masing. Minat kerjaya Artistik
mempunyai bilangan dan peratusan yang rendah iaitu 15 orang kakitangan dan
8.1 peratus.
Jadual 7: Taburan Peratusan Minat Kerjaya Mengikut Jenis Pekerjaan bagi Staf UPSI
Jumlah

Peratus (%)'

Juruteknik

21

11.3

Investigatif

Pensyarah FST
Pembantu Makmal

36

19.4

Artistik

Pensyarah FSM

15

8 .1

Sosial

Pegawai Tadbir
Pensyarah FSKPM

64

34.4

Enterprising

Pensyarah FPE

19

1 0 .2

Conventional

Pensyarah FTMK
Pustakawan

31

16.7

Minat Kerjaya

Jenis Pekerjaan

Realistik

Jadual 8 menunjukkan keputusan personaliti warna yang diwakili oleh staf


Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), didapati personaliti warna Emas
menunjukkan peratusan yang tinggi dengan 65.1 peratus. Ini diikuti dengan warna
Biru dan Hijau dengan 16.7 peratus dan 12.4 peratus. Personaliti warna Jingga
menunjukkan peratusan yang terendah sekali dengan 6.5 peratus.
Jadual 8: Peratusan Personaliti Warna Kakitangan di Universili Pendidikan
Sultan Idris (UPSI)
Personaliti Warna

Bilangan

Peratus (%)

Emas

121

65.1

Hijau

23

12.4

Biru

31

16.7

Jingga

12

6.5

436 / M enanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Keputusan dalam jadual 9 menunjukkan min yang tertinggi bagi kategori


Inventori Personaliti Warna (IPW) adalah personaliti warna Emas dengan 1.311.
Manaka min tertinggi bagi Inventori SDS adalah .688 bagi kategori minat kerjaya
Sosial.
Jadual 9: Min dan Sisihan Piawai bagi Personaliti Warna dan Minat Kerjaya
Kategori IPW dan SDS

Min

Sisihan Piawai

Personaliti Warna Emas


Personaliti Warna Biru
Personaliti W arna Jingga
Personaliti Warna Hijau

1.311
.333
.129
.247

.952
.747
.492
.660

M inat Kerjaya Realistik


M inat Kerjaya Investigatif
M inat Kerjaya Artistik
M inat Kerjaya Sosial
M inat Kerjaya Enterprising
M inat Kerjaya Conventional

.225
.397
.161

.634
.800
.546
.952
.607
.756

.6 8 8

.204
.344

N=186

Pengujian Hipotesis Kajian


Berdasarkan jadual 10 didapati wujud hubungan yang signifikan antara
personaliti warna emas dengan minat kerjaya Conventional dengan r (186) = .330,
p < .05.
Jadual 10: Hubungan antara Personaliti Warna Emas dengan Kerjaya Conventional
Minat Kerjaya
Conventional

Sig. r

186

.330**

.0 0 0

Nota:|jL* kolerasi signifikan pada aras 0.01

Analisis jadual di bawah menunjukkan nilai r (186) = .754, p< .05. Ini
menunjukkan hubungan yang signifikan antara personaliti warna hijau dengan
minat kerjaya Investigatif di kalangan pensyarah FST dan pembantu makmal d
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Berdasarkan analisis Jadual 12 didapati wujud hubungan signifikan antara
personaliti warna Biru dan minat kerjaya Sosial dengan r (186) = .617, p< .05.
Nilai r yang diperolehi oleh minat kerjaya Artistik menunjukkan hubungan yang
kuat (Jaacard & Becker 1990 ) dengan r (186) = .662, p< .05. Ini menunjukkan

Hubungan Personaliti Warna dengan M inat Kerjaya dalam Kalangan Sta f UPSI / 437

Jadual 11: Hubungan antara Personaliti Warna Hijau dengan Minat Kerjaya Investigatif
Minat Kerjaya
Investigatif

Sig. r

186

.754**

.0 0 0

Nota: ** kolerasi signifikan pada aras 0.01

Jadual 12: H u b u n g a n A n ta ra P e rso n a liti W arn a B iru d e n g an M in a t K erjay a


A rtistik d a n S osial

Minat Kerjaya
Artistik
Sosial

Sig. r

186
186

662**
.617**

.0 0 0

.0 0 0

Nota: ** kolerasi signifikan pada aras 0.01

wujud hubungan yang signifikan antara minat kerjaya Artistik dan Sosial dengan
personaliti warna Biru.
Jadual 13 menunjukkan hubungan yang kuat wujud antara personaliti warna
Jingga dengan minat kerjaya Enterprising dan Realistic (Jaacard & Becker, 1990)
dengan nilai r (186) = .779, p < .05 bagi minat kerjaya Enterprising dan nilai r
(186) w .736, p < .05 bagi minat kerjaya Realistik. Maka ini menunjukkan terdapat
hubungan yang signifikan antara personaliti warna Jingga dengan minat kerjaya
Enterprising dan Realistik.
Jadual 13: Hubungan Antara Personaliti Warna Jingga dengan Kerjaya Enterprising

dan Realistik
Minat Kerjaya
Enterprising
Realistik

Sig. r

186
186

.779**
.736**

.0 0 0

.0 0 0

Nota: * kolerasi signifikan pada aras 0.01

Jadual analisis 14 memaparkan kesahan gagasan personaliti warna dengan


minat kerjaya. Didapati personaliti warna Emas, Hijau, Biru dan Jingga
menunjukkan wujudnya hubungan dengan minat kerjaya Realistik, Investigatif,
Artistik, Sosial, Enterprising dan Conventional di kalangan staf Universit
Pendidikan Sultan Idris mengikut bidang pekerjaan.

438 / M enanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Jadual 14: Kesahan Gagasan Personaliti Warna dengan M inat Keijaya


r
Personaliti Warna Jingga dengan Minat Kerjaya Realistik
Personaliti Warna Hijau dengan M inat Kerjaya Investigatif
Personaliti Warna Biru dengan Minat Kerjaya Artistik
Personaliti Warna Biru dengan M inat Kerjaya Sosial
Personaliti Warna Jingga dengan M inat Kerjaya Enterprising
Personaliti W ama Emas dengan M inat Kerjaya Conventional

Sig. r

.736**
.754**
.662**
.617**
7 7 9 **

.0 0 0

.330**

.0 0 0

.0 0 0
.0 0 0
.0 0 0
.0 0 0

Nota: ** kolerasi signifikan pada aras 0.01

Perbincangan, Implikasi dan Cadangan


Perbincangan
Kajian pemadanan individu dengan persekitarannya telah lama dilakukan dalam
bidang psikologi dan ia telah berjaya menarik perhatian pengkaji masa kini
(Spokane, 1985). M enurut kajian-kajian ini, individu cenderung memilih
persekitaran yang konsisten dengan orientasi personalnya (Holland, 1962; 1968;
Ashby & Wall, 1966). Mengikut Holland (1973), personaliti yang dominan akan
mempengaruhi pemilihan bidang pekerjaan seseorang individu. Individu akan
memilih pekerjaan yang menyerupa jenis personaliti sekunder dan tertiary hanya
apabila mereka dihalang memilih persekitaran yang secocok dengan jenis
personaliti yang dominan (Kwak dan Pulvino, 1982). Dapatan kajian ini telah
menyempumakan tujuan kajian iaitu untuk mengenai pasti hubungan personaliti
warna dengan minat kerjaya dalam bidang Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial,
Enterprising dan Conventional. Daripada 6 hipotesis khusus yang diuji,
semuanya diterima.
Hubungan personaliti warna dengan minat kerjaya Realistik
Kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara minat kerjaya staf
UPSI dalam bidang Realistik dengan personaliti Jingga. Ini j uga berkemungkinan
bidang realistik diwakili oleh kerjaya juruteknik yang seakan-akan mempamerkan
personaliti yang suka kepada alat dan benda. Menurut Holland (1973) (dalam
Weinrach dan Srebalus, 1990), setiap jenis personaliti memperlihatkan minat dan
kecekapan kerja tertentu. Hubungan yang signifikan ini wujud menunjukkan
responden yang memilih kerjaya Realistik adalah kerana bidang tersebut selaras
dengan ciri personaliti Jingga. Antara ciri yang mempunyai keselarasan itu ialah
sering bosan dan gelisah jika dapat kerja yang berstruktur, rigid dan mengikut

Hubungan Personaliti Warna dengan M inat Kerjaya dalam Kalangan S ta f UPSI / 439

rutin, berpuas hati dalam kerja yang memberi kebebasan, dapat menggunakan
koordinasi fizikal dan alatan dan seorang performer semulajadi. Selain itu orang
yang berpersonaliti Jingga biasanya menghadapi kesulitan yang besar untuk
menyesuaikan diri dengan rutin sekolah, suka belajar dengan membuat atau
mengalami dan bukannya membaca atau mendengar, dalam proses pembelajaran
ia memerlukan penglibatan fizikal dan dorongan yang kuat, bersifat suka bersaing
dan inginkan kegembiraan dan keseronokan.
Dapatan kajian ini juga disokong oleh Zunaini Yah (2000) yang telah
menjalankan kajian terhadap hubungan minat kerjaya Holland dengan personaliti
warna. Kajian beliau menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan
antara bidang Realistik dengan personaliti warna Jingga iaitu ( r = .187). Ini
menunjukkan bahawa ciri-ciri orang yang meminati bidang Realistik berkorelasi
dengan Personaliti Jingga.
Dapatan kajian Ahmad Jazimin (2000) menunjukkan terdapat hubungan yang
signifikan antara minat kerjaya pelajar dalam bidang Realistik dengan personaliti
warna Jingga iaitu (r(73) = .614, p > .05). Ianya seakan-akan menunjukkan
bahawa ciri-ciri orang yang meminati bidang Realistik berkorelasi dengan
personaliti Jingga.
Hubungan personaliti warna dengan minat kerjaya Investigatif
Dapatan kajian menunjukkan hipotesis umum kedua diterima. Ini bermakna
terdapat hubungan yang signifikan antara minat kerjaya dalam bidang Investigatif
dengan personaliti Hijau yang mempunyai hubungan yang kuat iaitu nilai r (186)
= .754, p < .05.
Walau bagaimanapun hasil dapatan pengkaji bertentangan dengan dapatan
Zunaini Yah (2000) di mana tidak wujud hubungan yang signifikan antara minat
kerjaya Investigatif dengan personaliti warna. Kajian Zunaini juga menunjukkan
bahawa hubungan Personaliti Warna khususnya personaliti Hijau adalah negatif
dengan minat kerjaya Investigatif.
Namun begitu hasil kajian ini selaras dengan apa yang diperolehi oleh kajian
Ahmad Jazimin (2000) iaitu wujud hubungan yang signifikan antara personaliti
Hijau dan Investigatif iaitu (r(52) = .774, p < .05) di kalangan pelajar Bacelor
Sains Alam Sekitar.
Dapatan kajian dalam penyelidikan ini yang sangat signifikan mungkin
berkaitan dengan persampelannya yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah
Sains dan Teknologi dan pembantu makmal UPSI. Seakan-akan kecenderungan
minat mereka yang berorientasikan penyelidikan, suka untuk melibatkan diri
dalam membahaskan teori-teori baru, mereka cipta kaedah pengajaran, banyak
bersifat ingin tahu terhadap sesuatu perkara dan mencari penemuan terbaru
selaras dengan personaliti dan kerjaya mereka.

440 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

H ubungan personaliti warna dengan m inat kerjaya A rtistik

Dapatan kajian yang dijalankan menunjukkan hipotesis umum yang ketiga


diterima. Oleh itu, terdapat hubungan yang signifikan antara minat kerjaya dalam
bidang Artistik dengan personaliti warna jingga. Kewujudan jenis personaliti
Artistik pada pensyarah Seni dan Muzik adalah selaras dengan pengetahuan,
kebolehan dan pengalaman yang telah terbentuk pada diri mereka. Bakat seni
mereka telah diperkukuhkan lag: melalui mata pelajaran bercorak kesenian
seperti seni nyanyi, seni lakon, seni lukis, seni ukir dan seni muzik. Ditambah
pula dengan pengalaman mengikut aktiviti seperti menyertai pertandingan puisi,
drama, nyanyian, pameran lukisan, pameran seni ukir dan terlibat aktif dalam
dalam aktiviti seni lakon dan penyelidikan dalam seni lukis, tentu sedikit
sebanyak akan mempengaruhi personaliti mereka. Pendedahan mereka dalam
bidang kesenian sangat membantu untuk mencorakkan personaliti mereka.
Dapatan kajian ini disokong oleh Ahmad Jazimin (2000) yang memperolehi
personaliti Biru dan Artistik iaitu (r( 19) .449, p > .05). Dalam dapatan tersebut
juga ada dibincangkan tentang kemunculan jenis personaliti Artistik dalam
Bacelor M uzik kemungkinan juga dipengaruhi oleh sampel kajian yang
mempunyai sampel pelajar perempuan yang lebih ramai, iaitu 78.94% berbanding
pelajar lelaki seramai 21.06% sahaja. Mengikut Keeling dan Tuck (1979 dalam
Wan Hamzah 1993) sampel wanita adalah lebih tingi rumusan kiraannya dalam
jenis Sosial (S), Artistik (A) dan Conventional (C). Dapatan ini juga selaras
dengan dapatan Wan Hamzah (1993) mengenai pola-pola personaliti sampel
perempuan guru sekolah rendah iaitu SAK (Sosial - Artistik - Conventional).
Beliau juga telah mengunakan sampel guru perempuan sermai 277 orang
berbanding lelaki 102 orang.
Hasil kajian ini juga bertentangan dengan dapatan dari kajian Zunaini Yah
(2000), di mana tidak terdapat hubungan yang signifikan antara minat kerjaya
Artistik dengan Personaliti Jingga.
H ubungan personaliti warna dengan m inat kerjaya Sosial

Hipotesis umum yang keempat menyatakan terdapat hubungan yang signifikan


antara minat kerjaya dalam bidang Sosial dengan personaliti warna. Dapatan
kajian m em perlihat bahawa pensyarah di Fakulti Sains K ognitif dan
Pembangunan Manusia dan Pegawai Tadbir mempunyai ciri sosial yang tinggi
dan ia berkorelasi dengan personaliti biru.
Dapatan kajian ini disokong oleh kajian Ahmad Jazimin (2000) menunjukkan
bahawa terdapat hubungan yang signifikan minat kerjaya Sosial dengan
personaliti Emas ( r = .134) dan Biru ( r = .092). Berdasarkan Holland (1973)
telah menggolongkan pelajar Pendidikan sebagai didominasikan oleh personaliti
Sosial. Perolehan personaliti ini penting m em andangkan pelajar Bacelor

Hubungan Personaliti Warna dengan M inat Kerjaya dalam Kalangan S ta f UPSI / 441

pendidikan (Bimbingan & Kaunseling) akan bekerja sebagai seorang guru dan
guru perlu berinteraksi dengan pelajar-pelajar, harus mempunyai sikap ingin
membantu, memahami dan murah hati. Oleh itu mereka seharusnya mempunyai
kod dominan jenis Sosial (Holland, 1973; Shuttenberg, 1990).
Dalam kajian Zunaini Yah (2000) menyatakan bahawa terhadap hubungan
yang signifikan antara minat kerjaya Sosial dengan Personaliti Biru dan Hijau. Ini
bertentangan sedikit dengan dapatan pengkaji iaitu minat kerjaya sosial
mempunyai hubungan yang signifikan dengan Personaliti Warna Emas dan Biru.
Hubungan personaliti warna dengan minat kerjaya Enterprising
Keputusan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan minat
kerjaya Enterprising dengan personaliti Jingga. Suatu hubungan yang kuat
diperolehi antara minat kerjaya Enterprising dengan personaliti Jingga. Teori
Holland (1973), mengatakan individu Enterprising akan melibatkan diri dalam
aktiviti pencapaian ekonomi. Keputusan kajian kelihatan menyokong pendapat ini
apabila ciri-ciri pensyarah Fakulti Pengajian Ekonomi UPSI mempunyai sedikit
persamaan dengan apa yang ada dalam Personaliti Jingga. Kenyataan ini benar,
kerana persekitaran pembelajaran sering mendedahkan mereka kepada maklumat
ekonomi serta cara menguasai dunia perniagaan. Keadaan ini jelas apabila
pensyarah dikehendaki mengajar kursus-kursus yang melibatkan pengurusan
sumber m anusia, pengurusan pemasaran, pengurusan jualan, perniagaan
ru n c if, keusahawanan, ekonomi makro dan ekonomi mikro. Rumusannya,
subjek bukan setakat hadir dalam persekitaran yang secocok dengan jenis
personaliti, malah mereka telah cuba mengaplikasikan kursus yang mereka ajar
untuk diperpanjangkan kepada pelajar. Pengkaji juga berpendapat bahawa
pensyarah dalam bidang di FPE ini juga mempunyai latar belakang untuk
mengurus dan memanipulasi masalah dengan baik. Mereka sangat sukakan
persaingan dan cabaran yang banyak bertemakan keuntungan dan realistik dalam
kehidupan.
Keputusan kajian ini selari dengan kajian oleh Zunaini Yah (2000), yang
m enunjukkan terdapat hubungan personaliti Jingga dengan minat kerjaya
Enterprising. Namun demikian, hubungan anatara pemboleh ubah tersebut adalah
lemah.
Keputusan kajian oleh Ahmad Jazimin (2000) memperlihatkan terdapat
hubungan yang signifikan antara personaliti Jingga iaitu personaliti Jingga dan
Enterprising (r (73) = .634, p > .05).
Hubungan personaliti warna dengan minat kerjaya Conventional
Dapatan kajian menunjukkan hipotesis keenam iaitu terdapat hubungan yang
signifikan antara minat kerjaya bidang Conventional dengan personaliti warna

442 / M enanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Emas diterima. Keputusan kajian ini selaras dengan hasil kajian oleh Zunaini Yah
(2000) yang menunjukkan terdapat hubungan yang senderhana kuat antara
personaliti Emas dan minat kerjaya Conventional. Pengkaji membei tumpuan
kepada hubungan antara personaliti Emas dan minat kerjaya Conventional kerana
pada pandangan pengkaji terdapat keserasian dari segi personaliti antara kedua
pemboleh ubah tersebut. Personaliti Conventional yang disifatkan individu yang
suka bekerja dengan data dan nombor, mempunyai kemahiran dalam bidang
perkeranian serta mempunyai kebolehan dan kemahiran dalam menggunakan
nombor dianggap menepati ciri-ciri yang wujud di dalam personaliti Emas.
Sememangnya pensyarah di Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi
sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti yang berbentuk pengiraan dan perekodan
namun demikian tidak kurang juga kursus yang diajar oleh mereka menghendaki
mereka berfikir secara kreatif dan bebas. Ini dapat dilihat kepada subjek-subjek
yang melibatkan subjek yang berkaitan dengan sistem pengaturcaraan komputer.
Dalam mempelajari subjek pengaturcaraan komputer sebagai contoh, untuk
membina idea baru bagi membolehkan sistem yang dihasilkan itu bermutu tinggi
dan lain dari yang sedia ada. Nampaknya aliran yang sama pada kerjaya sebagai
pustakawan yang bukan terhad kepada pengurusan keluar masuk buku sahaja
malah lebih mementingkan kepuasan pelanggan. Namun begitu sekiranya sifat
Conventional dan warna Emas terlalu rendah di kalangan pustakawan ada
kemungkinan matlamat untuk mencapai ISO 2000 tidak akan tercapai kerana
ahli-ahli tidak mempunyai penstrukturan yang jelas dan konkrit tentang matlamat

yang ingin dicapai.


Selain itu dapatan Ahmad Jazimin (2000) memperlihatkan bahawa terdapat
hubungan yang signifikan antara personaliti Emas dan minat kerjaya dalam
bidang Conventional iaitu (r(103) = .341, p < .05). Secara tidak langsung ia
meneguhkan lagi dapatan kajian oleh penyelidik tentang hubungan personaliti
Emas dan minat kerjaya dalam bidang Conventional.
K esahan G agasan IPW

Hasil kajian menunjukkan keempat-empat jenis personaliti warna Emas, Hijau,


Biru dan Jingga berkorelasi tinggi dengan R, I, A, S, E, C. Ini bererti bahawa
sekiranya hubungan kedua-dua pemboleh ubah itu tinggi maka kesahan gagasan
yang wujud dalam IPW juga tinggi. Hubungan korelasi yang tinggi antara
personaliti warna dan minat kerjaya dapat dikemukakan berdasarkan Jadual 15 di
bawah.

Hubungan Personaliti Warna dengan Minat Kerjaya dalam Kalangan S ta f UPSI / 443

Jadual 15: Kesahan Gagasan Personaliti Warna dengan Minat Kerjaya

Personaliti
Personaliti
Personaliti
Personaliti
Personaliti
Personaliti

Warna
Warna
Warna
Warna
Warna
Warna

Jingga dengan M inat Kerjaya Realistik


Hijau dengan M inat Kerjaya Investigatif
Biru dengan M inat Kerjaya Artistik
Biru dengan M inat Kerjaya Sosial
Jingga dengan M inat Kerjaya Enterprising
Emas dengan M inat Kerjaya Conventional

Sig. r

.736**
.754**
.662**
.617**

.0 0 0
.0 0 0
.0 0 0
.0 0 0

7 7 9 **

.0 0 0

.330**

.0 0 0

Nota: ** kolerasi signifikan pada aras 0.01

Im plikasi K ajian
Im plikasi teoritikal

Dapatan kajian ini pada keseluruhannya menunjukkan, terdapat keselarasan


antara minat kerjaya dengan personaliti warna di kalangan staf UPSI. Pengkaji
berpandangan bahawa hubungan dan keselarasan minat kerjaya Holland ini
dengan personaliti Emas, Hijau, Biru dan Jingga memberi implikasi yang baik
terhadap keberkesanan sistem penyaluran minat dan personaliti staf UPSI dalam
kerjaya mereka. Pengkaji akan mengetengahkan implikasi teoritikal yang agak
sama oleh kajian yang dibuat oleh Ahmad Jazimin (2000) kerana konsep kajian
agak sama. Secara tidak langsung dapatan dalam kajian ini meneguhkan lagi asas
bahawa personaliti warna dan minat kerjaya saling berkaitan antara satu sama
lain. Maka tugas individulah untuk menambah dan mengurangkan personaliti dan
minat yang mereka pilih untuk perkembangan organisasi.
Kajian yang dijalankan ini secara langsung menyokong teori Holland tentang
pemilihan kerjaya. Individu yang mempunyai personaliti yang sama atau seakanakan sama sudah tentu akan memilih jenis pekerjaan yang seakan-akan sama
dengan personaliti mereka juga.
A plikasi praktikal

Hasil ujian ini menunjukkan bahawa, staf-staf ini boleh diberi penerangan tentang
personaliti mereka dan kelebihan mereka terhadap keputusan tersebut. Secara
tidak langsung setiap individu akan dapat mengenali personaliti masing-masing
dalam urusan kerja di UPSI. Ini sangat memudahkan seseorang itu khususnya
majikan untuk mengagihkan tugas selaras dengan minat dan personaliti mereka.
Dalam kajian ini, ada di antara responden yang tidak selaras antara minat
kerjaya dengan personaliti. Banyak kemungkinan yang menyebabkan hal
sedemikian berlaku, antaranya ialah staf UPSI dari awal mungkin terdedah

444 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

dengan persekitaran yang berbeza dengan bidang pekerjaan mereka. Faktor minat
individu juga mempengaruhi hubungan antara minat kerjaya dengan personaliti.
Sebagai contohnya pekerja yang minat dalam bidang teknikal sudah semestinya
lebih selesa dengan persekitaran yang realistik. Pengkaji juga mengakui bahawa
staf di bahagian Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan M anusia tidak
semestinya dapat mendominasikan personaliti biru dalam hidup mereka walaupun
ia dikategorikan di bawah minat kerjaya sosial. Ini kerana mereka juga mungkin
telah didedahkan dengan pelbagai kursus yang melibatkan pentadbiran, cara gaya
berfikir ataupun bidang pengkhususan yang berlainan.
Cadangan-cadangan

Hasil kajian ini memainkan peranan yang penting dalam mengetengahkan sejauh
manakah minat dan personaliti staf untuk melihat personaliti kerja yang sesuai
dengan diri mereka. Para staf dan kaunselor haruslah mengetahui isu-isu kerjaya
dengan lebih meluas dan bersifat semasa sebab mereka hendaklah mengakui
bahawa personaliti seseorang berubah-ubah kerana kehidupan kerjaya adalah
suatu proses.
Selain itu, dicadangkan juga bahawa hasil kajian ini bukan sahaja dilihat,
kepada staf malah dalam pemilihan pelajar ke setiap program pengajian. Secara
tidak langsung ia telah membantu pelajar untuk menggunakan potensi mereka
dalam bidang pengajian yang diceburi oleh mereka. Dengan mengadakan ujian
minat kerjaya dan personaliti kepada setiap pelajar, mereka akan mendapat ruang
untuk melihat potensi yang mereka ada. Dengan cara ini pelajar akan mendapat
tahu sejauh mana kesesuaian mereka dengan bidang yang sesuai dengan minat
dan personaliti mereka.
Rum usan

Secara keseluruhannya, kajian ini telah menjawab persoalan kajian yang


dikemukakan oleh pengkaji Sama ada Terdapat Hubungan Yang Signifikan Antara
Minat Kerjaya Dengan Personaliti Staf UPSI Iaitu:
1. Terdapat Hubungan Yang Signifikan Antara Personaliti Warna Jingga
Dengan Minat Kerjaya Dalam Bidang Realistik Di Kalangan Staf UPSI.
2. Terdapat Hubungan Yang Signifikan Antara Personaliti Warna Hijau
Dengan Minat Kerjaya Dalam Bidang Investigatif Di Kalangan Staf
UPSI.
3. Terdapat Hubungan Yang Signifikan Antara Personaliti Warna Biru
Dengan Minat Kerjaya Dalam Bidang Artistik Di Kalangan Staf UPSI.
4. Terdapat Hubungan Yang Signifikan Antara Personaliti Warna Biru
Dengan Minat Kerjaya Dalam Bidang Sosial Di Kalangan Staf UPSI.

Hubungan Personaliti Warna dengan M inat Kerjaya dalam Kalangan S ta f U PSI! 445

5.

Terdapat Hubungan Yang Signifikan Antara Personaliti Warna Jingga


Dengan Minat Kerjaya Dalam Bidang Enterprising Di Kalangan Staf
UPSI.
6. Terdapat Hubungan Yang Signifikan Antara Personaliti Warna Emas
Dengan Minat Kerjaya Dalam Bidang Conventional Di Kalangan Staf
UPSI.

R u ju k a n

Ahmad Jazimin Jusoh, 1998. M asalah Pelajar Dan Hubungannya Dengan Keperluan
Perkhidmatan Kaunseling Di Kolej Keenam UPM. Projek Penyelidikan Sarjana Muda
Pendidikan (Bimbingan Dan Kaunseling) yang tidak diterbitkan. Serdang:Fakulti
Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.
Ahmad Jazimin Jusoh, 2000. Hubungan minat kerjaya dengan personaliti di,kalangan
pelajar IPT. Tesis Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) yang tidak diter
bitkan. Serdang: Fakulti Pengajian Pendidikan.Universiti Putra Malaysia.
Amla H. M. Salleh, 1992. An investigation of the validity of hollands self-directed search
for utilization by Malaysian Population. Jurnal Perkama, 3 & 4 : 165-173.
Fait, J., 1999. Book review: follow your true colors to the work you love at http://www.
review.com.products-services/atpr/truecol/.index.htm on September 1, 2000.
Hauck, D. W., 1998. W hole Life Times at http://w w w .truecolors.org./internet-store/page 1.
html on September 2000.
Healy, C. C. and Mourton, D. L., 1984. The self directed search personality scale and
career maturity. Journal o f M easurem ent and E valuation in Counselling and
D evelopm ent, 17.
Holland, J. L., 1962. Some explorations of a theory of vocational choice. 1. One and two
year longitudinal studies. P sychological M onographs, 76: 26-545.
Holland, J. L., 1973. M aking Vocational Choices: A theory o f careers. New Jersey:
Englewood Cliffs, Prentice - hall Inc.
Holland, J. L., 1985. M aking Vocational Choices: A theoiy o f vocational personalities and
work envirom ents. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.
Jaccard, J. and M. Becker, 1990. Statistic for the behaviour sciences. Belmont: Wadswoeth
Publishing Company.

446 / M enanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Kalil, C., 1999. F ollow Your True Colors to the Work You Love. Canada: Career Life Skill
Resources Inc.
Krejcie, R. V. and Morgan, D. W 1970. Determining sample size for research activities.
E ducational an d m easurement. 30: 607-610.
Mervielde, I. and Fruyt D. F., 1997. The five factor model of personality and Hollands
RIASEC interest types. Journal Person Individual D ifferences. 23(1): 87-103.
Mohd Aziz Shah Mohd Arip, 1997. Keselarasan antara p erso n a liti dan persekitaran
latihan di kalangan pelajar-pelajar U niversiti Putra M alaysia berdasarkan teori
H olland. Latihan ilmiah yang tidak diterbitkan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Sidek Mohd. Noah. 1996. K eselarasan p ersona liti dan persekitaran latihan: Satu kajian
di kalangan p ela ja r universiti berasaskan teori keselarasan individu persekitaran
H olland. Tesis yang tidak diterbitkan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sidek Mohd. Noah, 1998. Pengujian D alam P sikologi dan K aunseling. Selangor:
Perkhidmatan Percetakan Fakulti Pendidikan Universiti Putra Malaysia.
Sidek et. al., 1997. Penilaian D alam Kaunseling. Terengganu: Universiti Putra Malaysia.
Tuckman, B. W., 1978. Conducting educational research. New York: Harcout Brace
Jovanovich Inc.
Weinrach, S. G. and Srebalus, D. J., 1990. H o lla n d s theory o f career: career choice and
developm ent. San Francisco: Jossey Bass Publishers.
Zunaini Yah, 2000. H ubungan antara m inat kerjaya dengan p erso n a liti pelajar. Kajian
ilmiah yang tidak diterbitkan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

You might also like