You are on page 1of 12

PENGENALAN

Pneumothorax didefinisikan sebagai kehadiran/pengumpulan udara atau gas di dalam kaviti


pleural, di mana ia boleh menyebabkan ketidakseimbangan pada kemasukan oksigen atau
ventilasi ke dalam paru-paru. Kebiasaannya keadaan ini dapat di lihat melalui kes-kes MVA
(Motor Vehicle Accident) dan kes-kes injury lain. Udara yang terkumpul dapat dikeluarkan
dengan melakukan prosedur memasukkan chest tube ke atas pesakit tersebut.
Gas masuk akibat penembusan menerusi dinding dada (contohnya akibat kecederaan trauma
atau iatrogenic) atau pleura.
(F.A. Davis, 2009)
Antara manifestasi klinikal yang kerap berlaku dalam kes pneumothorax termasuklah
SOB (Short Of Breath), sakit dada, dispnea dan takikardia. Keputusan klinikal bergantung
kepada darjah (keterukan) paru-paru collapse pada bahagian yang dialami. Udara boleh
memasuki ruang intrapleural melalui penghubungan dari dinding dada (cth, trauma) atau
melalui lung parenchyma menerusi visceral pleura.
Keadaan pesakit yang mengalami pneumothorax bergantung kepada jenis-jenis
pneumothorax dan kadar dari asimptomatik sepenuhnya kepada masalah pernafasan yang
boleh membawa maut:

Primary spontaneous pneumothorax


Secondary spontaneous pneumothorax
Traumatic pneumothorax
Recurrent spontaneous
Iatrogenic pneumothorax
Tension pneumothorax

PENYATAAN MASALAH

Seorang lelaki melayu berumur 43 tahun telah dibawa oleh ahli keluarganya ke unit
kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh setelah terlibat dalam kemalangan jalan
raya berdekatan Jalan Bercham. Pesakit diambil vital signs dan pesakit didapati mengalami
kecederaan pada bahagian kiri dada, dispnea, anxiety serta takikardia. Pemerikssan fizikal
menunjukkan hyperresonance pada bahagian kiri dada semasa perkusi. Pergerakan dada
pesakit turut kelihatan terhad semasa inspeksi dilakukan.

PENCARIAN LITERATUR

1. Spontaneous pneumothorax terbahagi kepada primary dan secondary. bagi


primary pneumothorax, kebiasaannya ia menyerang masyarakat atau orang lelaki
yang sihat, tinggi lampai dalam lingkungan umur 16 hingga 24 tahun
(Way & Doherty 2003)
2. Traumatic pneumothorax, blunt trauma, adalah pneumothorax yang terjadi
disebabkan olehkemalangan jalan raya, terjatuh dari tempat tinggi atau semasa
cardiopulmonary resuscitation (CPR). Kepatahan tulang rangka (ribs)
menyebabkan punca utama kepada pneumotharax lebih kepada blunt trauma.
(Yamamoto et. al, 2005)
3. Terdapat prosedur yang dinamakan Pleurodesis: iaitu memasukkan agen kimia
seperti doxycycline kedalam ruang pleura. Oleh itu, inflammatory akan bertindak
menghasilkan scar tissue dan lekatan antara lapisan pleura. Prosedur ini dapat
mengurangkan kadar mendapat pneumothorax semula namun, kelemahan
prosedur ini ialah menyukarkan pembedahan dilakukan jika selepas ini terdapat
sebarang masalah pada bahagian tersebut.
(Way & Doherty, 2003)
4.

Dalam pembedahan Spontaneous Pneumotharax, selain daripada Thoracotomy,


pembedahan lain adalah Video Assisted Thoracoscopic Surgery (VATS).
Pembedahan ini merupakan teknik pembedahan invasive. Dalam pembedahan ini,
parietal pleura akan dilakukan insisi juga.
(Way & Doherty,2003)

5. Dalam pendidikan kesihatan, pesakit yang menghidap atau berpengalaman


menghidap pneumothorax, memerlukan suatu pengetahuan tentang penyakit
tersebut untuk persediaan mereka jika penyakit tersebut menghidap mereka lagi.
Ini kerana risiko untuk mereka menghidap penyakit tersebut, spontaneous
pneumothorax adalah 40% hingga 50%. Risiko tersebut akan meningkat dengan
episod atau ulangan penyakit tersebut.
(Way & Doherty, 2003)
PENGURUSAN DAN PERBINCANGAN

Dalam melakukan pengendalian kes pneumothorax ini, beberapa investigasi dan ujian
makmal dijalankan:
1. ABGs (Arterial Blood Gases)
untuk menentukan konsentrasi CO dan O dalam darah
untuk menentukan tahap pH darah
untuk mengesan tahap asidosis dalam respiratori dan alkalosis respiratori serta
metabolic
2. FBC (Full Blood Count)
Investigasi dilakukan untuk mengesan sebarang keabnormalan atau infeksi
yang terdapat pada komponen-komponen darah.
- Haemoglobin
- Haematocrit
- MCV
- MCH
- MCHC
- RDW
- TRBC
- WBC
- Platlet
- MPV
- Neutrophils%
- Lymphocytes%
- Eusinophil%
- Basophils%
- Monocyte%
- NRBC
3. X-Ray (CXR) merupakan suatu investigasi yang dilakukan secara sinaran x ke dada
untuk mengenalpasti atau mengesan sebarang kepatahan tulang rusuk atau
keabnormalan pada paru-paru dan kawasan sekitarnya.
4. CT Scan investigasi ini digunakan adalah untuk menentukan diagnosis yang lebih
tepat. CT scan ini akan digunakan pada bahagian dada untuk melihat sama ada
terdapat pengumpulan cecair,udara serta darah yang berada di dalam paru-paru.

Pesakit dibuka pakaiannya. Pemeriksaan dada mendapati pergerakan asimetrikal. Pesakit


mengalami trauma brusing, ketenderan- fraktur tulang rusuk, kedudukan trakea teralih,
perkusi: hyperresonance pneumothorax.
Prosedur memasukkan chest tube harus dilakukan bagi mengeluarkan udara yang
terkumpul, seterusnya membolehkan pesakit kembali bernafas seperti biasa (paten).

Penjagaan Sebelum Prosedur


1) Prosedur ini biasanya dilakukan oleh MO dan dibantu oleh paramedic.
2) Semak arahan dalam BHT pasakit.
3) Beritahu pesakit tentang prosedur yang akan dijalankan.
4) Dapatkan consent daripada pesakit atau warisnya.
5) Nilai keadaan pesakit sama ada boleh atau tidak menduduki pembedahan.
6) Sediakan troli dan set pembedahan.
7) Berikan privasi kepada pesakit.
8) Posisikan pesakit (up-right)
9) Sediakan pelindung disposible kepada pesakit
10) Dedahkan bahagian untuk insisi.
11) Beritahu doktor tentang keadaan pesakit
12) Basuh tangan secara surgikal

Penjagaan Semasa Prosedur

Prosedur sterile dilakukan


Pakai glove sterile
Langkah-langkah yang dijalankan :
1) Posisikan pesakit dalam baringan supine atau 45
2) Pada bahagian yang yang terlibat, tangan pesakit di angkat ke atas dan
diletakkan bersebelahan dengan kepala (abducted dan externally rotated)
3) Kenalpasti interkostal kelima dan midaxillary line- bahagian kulit yang dibuat
insisi mestilah di antara midaxillary dan anterior axillary line.
4) Local anesthetic
Gunakan 5ml anesthetic solution pada kawasan subcutaneous tissue

superior di bahagian insisi.


Gunakan dalam 10ml anesthetic solution lagi pada periosteun,

interkostal muscle dan pleura.


5) Skin insicion
Gunakan blade no.10 untuk lakukan insisi sepanjang 4cm dengan insisi
selari dengan kedudukan rib.
6) Blunt dissection
Gunakan hemostat atau medium Kelly clamp untuk bluntly dissect

pada bahagian tisu subcutaneous


Fungsi close and clamp pada Kelly clamp adalah untuk membuka
lapisan dinding dada ke pleural cavity

Jari digunakan untuk palpate arah kemasukan chest tube dan untuk

merasa adhesion sebelum chest tube dimasukkan.


Bahagian hujung proximal chest tube di clamp dengan Kelly clamp

supaya chest tube dapat melalui tract dengan betul semasa dimasukkan.
Sambungkan chest tube kepada sistem drainage.
0 atau 1/0 silk atau nylon suture digunakan untuk pastikan chest tube

berada dalam keadaan static.


Kemudian letakkan gauze dressing di sekitar kemasukan chest tube

dan lekatkannya dengan dressing tape (micropo)


Pada penghujung prosedur ini, lakukan chest x-ray untuk pastikan
kemasukan chest tube tepat ke ruang pleura.

Penjagaan Selepas Prosedur


1)
2)
3)
4)
5)
6)
7)

Selesakan pesakit
Pastikan botol drainage/tubing di ikat di bawah katil
Pastikan chest tube dan set under water seal berfungsi
Lakukan pemeriksaan vital sign
Kemaskan pesakit termasuk lakukan dressing
Kemaskan troli dan peralatan
Rekod dalam buku prosedur harian

PENGURUSAN
PRE-SURGICAL

Physical examination IPPA


Monitoring vital sign/SPO
Investigation
- X-Ray (CXR)
- FBC (Full Blood Count)

- ABGs (Arterial Blood Gases)


- TWDC (Total White Diffriential Count)
NBM

POS-SURGERY

Chest tube size 32FR was inserted


IV tranal infusion 10mg/h
C. Celebrex 200mg Od
T. Paracetamol 1g QID
Fentanyl Patch 50mg 72 H/g
Bisolvan 8mg tds
Syp. Benadryl 15ml tds
Chest physio-perkusi dada
Spirometri
- Menguji fungsi paru-paru
- Mengesan keabnormalan fungsi ventilator pulmonary
- Mengukur isipadu udara smasa fasa inspirasi atau expirasi
Nebulizer saline 4h/g
Penjagaan kebersihan chest tube

PERBINCANGAN
1. Primary Spontaneous Pneumothorax
Penyebab terjadinya pneumothorax ini ialah disebabkan blebs apical pleura yang
berada di bawah visceral pleura. Kebanyakkan ini berlaku pada orang yang muda
yang tinggi lampai dan perokok. Kadang-kadang pneumothorax berlaku
disebabkan genetic iaitu Marfan syndrome, Homocystinuria, and Birt-Hogg-Dube
syndrome. Kebanyakkan orang yang mempunyai sindrom genetic ini mudah
mendapat primary spontaneous pneumothorax.
2. Secondary Spontaneous Pneumothorax
Penyebab terjadinya secondary pneumothorax ini ialah disebabkan pesakit itu
mempunyai kaitan dengan penyakit paru-paru sama ada yang kronik ataupun tidak
kronik. Biasanya penyakit yang boleh menyebabkan pneumothorax ialah chronic
obstructive pulmonary disease (COPD). Penyakit lain yang juga menganggu serta
senang mendapat pneumothorax ini ialah tuberculosis, sarcoidosis, cystic fibrosis,
malignancy, dan idiopathic pulmonary fibrosis. Kebanyakkan penyakit ini
menggangu sistemik di dalam badan terutama di bahagian respiratori jadi
senanglah untuk mendapat serangan secondary spontaneous pneumothorax.
3. Traumatic Pneumothorax
Penyebab terjadinya traumatic pneumothorax ini ialah disebabkan luka tikaman
(penetrating) atau tumpul (nonpenetrating) pada paru-paru. Selain itu penyebab
lain juga ialah paru-paru tertusuk benda tajam atau luka dari tembakan.

Akibat daripada luka tikaman atau tertusuk tadi maka ia akan menghasilkan hanya
satu injap satu-hala pada ruang pleura tersebut. Dan kesan daripada injap satu-hala
ini udara hanya boleh masuk kedalam ruang pleura tetapi tidak boleh keluar. Ini
akan membuatkan lebihan gas berlaku di dalam ruang pleura. Traumatic
pneumothorax juga boleh menyumbang kepada tension pneumothorax.

4. Tension Pneumothorax
Penyebab terjadinya tension pneumothorax adalah disebabkan oleh berlakunya
koyakan pada lapisan pleura akibat kecederaan bronkus atau tisu parenkimal paru

paru akibat luka tikaman atau tertusuk yang membentuk injap sehala.
Keadaan ini hanya membenarkan udara masuk ke ruang pleura melalui injap

tersebut tetapi malangnya tidak dapat keluar semula.


Setiap kali pesakit menarik nafas makin bertambah banyak pengumpulan udara di
dalam paru-paru dan akan menyebabkan berlaku peningkatan tekanan pada
hemitoraks dan menyebabkan paru-paru ipsilateral kempis (collapses) dan

seterusnya pesakit akan menjadi hypoxia iaitu kekurangan oksigen.


Seterusnya tekanan dalam ruang torak menjadi meningkat dan menyebabkan
gangguan darah vena kembali pada jantung dan juga menggangu pengeluaran
darah keluar dari jantung ke setiap badan menjadi lemah dan tidak dapat berfungsi

dengan baik.
Maka seterusnya akan berlaku hipontensi pada pesakit dan kegagalan
hemodinamik serta boleh menyebabkan kematian.

Pesakit mengalami Traumatic Pneumothorax kerana bahagian kiri dadanya mengalami


hentakan yang amat kuat pada stering kereta yang dipandunya.

Tujuan merawat pneumothorax adalah untuk melegakan tekanan ke atas paru-paru,


membolehkan ia berkembang semula. Bergantung kepada punca pneumothorax itu, matlamat
kedua mungkin untuk mengelakkan ia daripada berulang. Kaedah-kaedah untuk mencapai
matlamat ini bergantung kepada tahap paru-paru collapse dan kadang-kala kesihatan tubuh
badan secara keseluruhan juga memainkan peranan.
Jika tahap paru-paru collapse itu sedikit, doktor hanya boleh memantau keadaan pesakit
dengan melalui X-ray dada sehingga udara yang berlebihan diserap sepenuhnya dan paruparu anda telah berkembang semula. Biasanya ini mengambil masa satu atau dua minggu.
Oksigen tambahan boleh mempercepatkan proses penyerapan.
Jika tiub dada tidak menyelesaikan masalah pneumothorax, pesakit akan dibawa untuk
melakukan pembedahan bagi menutup kebocoran udara. Dalam kebanyakan kes,
pembedahan boleh dilakukan melalui incisions kecil, menggunakan kamera fiber optik yang
kecil. Pakar bedah akan mencari bleb yang bocor dan menutupnya.

KESIMPULAN
Pneumothorax boleh berlaku secara langsung apabila terdapat sebarang penyebab yang
mengakibatkan masalah kepada paru-paru. Antaranya ialah, trauma kepada bahagian dada
dan disebabkan iatrogenic. Bagi pesakit yang merokok haruslah berhenti daripada merokok
untuk memelihara paru-parunya daripada terkena jangkitan pada paru-paru. Sentiasa menjaga
kebersihan pada tempat luka yang ditebuk bagi mengelakkan daripada berlaku infeksi pada
tempat tersebut. Jika pesakit itu ialah penyelam, pesakit tersebut hendaklah elakkan diri
daripada menyelam lagi. Ini akan member tekanan kepada paru-paru serta pneumothorax
terjadi balik.
Sentiasa rujuk kepada hospital dan klinik yang berdekatan bertujuan untuk rawatan
susulan dan memeriksa kembali keadaan kesihatan supaya dalam keadaan baik dan makan
ubat seperti yang diarahkan oleh doctor untuk meningkatkan balik keadaan kesihatan seperti
sedia kala. Pesakit juga digalakkan sentiasa ke klinik atau hospital berdekatan untuk mencuci
luka yang ditebuk bagi mengelakkan berlaku infeksi.

RUJUKAN

Donald Venes, M.D., M.S.J., Tabers Cyclopedic Medical Dictionary

Murray Longmore, Ian B Wilkinson, Tom Turmezei, Chee Kay Cheung,


Oxford Handbook of Clinical Medicine, Oxford University Press Inc, New
York, 2007.

Priscilla LeMone, RN, DSN, FAAN and Karen Burke, RN, MS, MedicalSurgical Nursing, PEARSON International Edition, fourth edition,2008.

Perry, A.G and Potter, P.A (2005) Fundamentals of Nursing (6 th edition),


Elsevier Mosby, United States of America

Cullinane DC, Morris JA Jr, Bass JG, Rutherford EJ. Needlethoracostomy


may not be indicated in the trauma patient. Injury. 32(10):749-52, 2001

Eckstein M. Suyehara D. Needle thoracostomy in the prehospital setting.


Prehospital Emergency Care. 2(2):132-5, 1998

You might also like