You are on page 1of 24

PENGENALAN

Jepun merupakan sebuah negara yang terdiri daripada beberapa buah pulau. Antara pulau-pulau
utama termasuklah Hokkaido, Honshu, Shikoku dan Kyushu dan beberapa buah pulau yang
berhampiran1. Lantaran itu jugalah Jepun dikenali sebagai sebuah negara kepulauan yang
mempunyai keadaan semulajadi yang berpotensi untuk menyumbang kepada pembangunan
ekonomi, kebudayaan, politik mahupun sosial yang disegani. Dari segi kedudukan geografi,
Jepun merupakan sebuah negara yang terletak di Zon Asia Timur yang berdekatan dengan negara
China, Korea, Taiwan dan Vietnam2. Justeru tidak hairanlah jika negara Jepun pada awalnya
sudah mula menjalinkan hubungan dengan negara-negara yang berhampiran terutamanya dengan
negara China. Masyarakat Jepun mempunyai satu kepercayaan agama yang dikenali sebagai
Shintoisma3. Hal ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Jepun kebiasaannya memuja
kejadian alam dan hal ini saling berkaitan dengan pemujaan keturunan Jimmu yang diangggap
berasal dari keturunan Tuhan Matahari. Selain itu, mereka juga peka terhadap sifat-sifat
kedewaan4.
Sistem pemerintahan di Jepun merupakan diantara sistem pemerintahan yang kompleks
dan sangat berpengaruh.Arena politik di Jepun mula berkembang sekitar abad ke 17 melalui
pimpinan Tokugawa Ieyasu. Konsep Shogun Tokugawa juga dikenali sebagai bakufu Tokugawa
dan Edo Bakufu iaitu rejim feudal Jepun yang ditubuhkan oleh Tokugawa Ieyasu dan diperintah
oleh keluarga Shogun Tokugawa. Tempoh ini dikenali sebagai tempoh Edo dan ia mendapat
namanya bersempena dengan nama ibu kota Edo, yang kini dikenali sebagai Tokyo selepas nama
telah ditukar pada tahun 1868. Shogun Tokugawa memerintah dari Istana Edo bermula pada
1Jaginder Singh Jessy. (1978). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur: Anthonian Store Sdn Bhd. Hlm
93
2Reischauer.E.O. Diterjemah oleh Azhar Mad Aros. (2006). Jepun: Sejarah Sebuah Negara. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm. 2
3Jaginder Singh Jessy. (1978). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur: Anthonian Store Sdn. Bhd. Hlm
95
4Morton.W.S. Diterjemah oleh Azhar Mad Aros. (2006). Jepun: Sejarah dan Budaya. Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya. Hlm. 1
1

tahun 1603 sehingga 1868, apabila ia telah dihapuskan semasa pemulihan Meiji. Tokugawa
Ieyasu telah mendominasi arena politik Jepun dari tahun 1603- hingga 1616. Beliau merupakan
pemimpin terulung yang mengasaskan Keshogunan Tokugawa (1603-1867). Konsep
Keshogunan Tokugawa ini merupakan kerajaan tentera yang memerintah paling lama dalam
sejarah Jepun yang telah berjaya menyatuan masyarakat Jepun5.
Peperangan Sekigahara pada bulan Okober 1600 boleh dikatakan sebagai pencetus
kepada pembentukan Keshogunan Tokugawa. Dalam corak pemerintahan Tokugawa Ieyasu,
beliau telah memperkenalkan satu sistem pentadbiran yang dinamakan Bakufu yang telah
berkembang selama lebih dari dua setengah kurun lamanya6. Tokugawa Ieyasu merampas kuasa
dan menubuhkan sebuah kerajaan di Edo (kini dikenali sebagai Tokyo) pada tahun 1600 7.
Shogun Tokugawa berlanjutan sehingga 1867, apabila Tokugawa Yoshinobu meletak jawatan
sebagai shogun dan melepaskan kuasanya kepada Maharaja Meiji. Tokoguwa Ieyasu didapati
memiliki 1/7 daripada keseluruhan Jepun. Pada tahun 1603, Maharaja telah menganugerahkan
Ieyasu gelaran Shogun. Maka bermulalah pemerintahan Keshogunan Tokugawa yang
memerintah dari 1603 hingga 1867.

5M. Rajendran. (1988). Sejarah Jepun. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn.Bhd. Hlm 1
6Jaginder Singh Jessy. (1978). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur: Anthonian Store Sdn. Bhd. Hlm
107
7A.K.Saxena. (2007). World Infopaedia. New Delhi: Pragun Publication. Hlm 73
2

POLITIK
Sistem Sankin Kotai
Sistem sankin kotai yang juga dikenali sebagai kehadiran bergilir-gilir merupakan salah satu
cara yang dilakukan keshogunan Tokugawa demi mengukuhkan kedudukan mereka. Perkataan
giliran merujuk kepada golongan daimyo yang terdiri daripada dua kumpulan iaitu yang hadir
ke Edo, dan yang berada di negara. Sankin kotai adalah satu sistem kehadiran bergilir yang
dilakukan bagi mengelakkan ancaman kepada shogun.8 Melalui sistem ini, golongan daimyo
dipaksa untuk tinggal di Edo sekitar empat hingga enam bulan secara bergilir-gilir setiap tahun.
Setelah tamat tempoh tersebut, ia menghendaki daimyo-daimyo tersebut untuk mengirimkan
orang- orangnya ke Edo sebagai tebusan.9 Kebiasaannya, isteri dan anak-anak mereka yang perlu
tinggal di Edo sebagai penjamin. Keadaan ini adalah untuk mengelakkan berlakunya
pemberontakan yang akan menjejaskan kedudukan shogun.
Semasa berada di Edo, mereka perlu untuk menjalankan tugas pentadbiran dan upacaraupacara tertentu untuk shogun. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa bersedia untuk membantu
shogun dalam menjalankan fungsi pemerintahan di Edo. Golongan daimyo ini sebenarnya perlu
memberikan sumbangan untuk membesarkan Edo namun, mereka tidak dibenarkan untuk
memungut cukai ke atas penduduk di kawasan mereka. Perlaksanaan sistem sankin kotai ini
ternyata menampakkan hasil di mana ia bukan sahaja mencetuskan keamanan kepada kedudukan
shogun, malah ia juga membawa kepada pembangunan ekonomi. Hal ini demikian kerana,
golongan daimyo dan shogun bukan sahaja dapat memberikan tumpuan kepada hal-hal
8Morton.W.S. (2006). Jepun Sejarah dan Budaya. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm 135
9Maswari Rosdi. (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1933. Kuala Lumpur: Adabi Publication
Sdn.Bhd. Hlm. 68
3

kemanusiaan,

tetapi

juga

kepada

sumber-sumber

ekonomi

seperti

pengeluaran

dan

perdagangan.10 Maka tidak mustahillah jika pada akhir abad ke-17, Jepun muncul sebagai salah
satu masyarakat termoden di dunia.

Sistem Bakufu
Kejayaan menewaskan angkatan yang cuba menjatuhkan kedudukan shogun telah membawa
kepada terbentuknya satu sistem pentadbiran yang dikenali sebagai sistem bakufu. Sistem ini
dibentuk melalui dasar-dasar yang digunakan oleh keshogunan Kamakura, dan ianya telah
berkembang lebih daripada dua setengah kurun.11 Umumnya, pada ketika ini masyarakat Jepun
telah terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan daimyo feudal dan golongan Tozama. Jika
dilihat, shogun begitu memberi perhatian kepada pihak Tozama kerana mereka berkemungkinan
besar akan menjadi penentang kepada keshogunan Tokugawa. Oleh itu, untuk mengelakkan
berlakunya masalah ini, sistem bakufu telah menggariskan beberapa perkara. Antaranya, hanya
ahli-ahli daimyo feudal sahaja yang layak memegang jawatan dalam Bakufu di Yedo. Namun,
pegawai-pegawai yang dipilih tersebut adalah mereka yang telah memberi perkhidmatan cekap
dan jujur sepanjang berkhidmat dengan pemerintah Tokugawa. Selain itu, mereka juga
diperuntukkan tanah-tanah di kawasan Kwanto yang telah berjaya mengukuhkan kedudukan
daimyo-daimyo feudal itu sendiri.12
Tambahan lagi, sistem pentadbiran di bawah Keshogunan Tokugawa juga mengalami
perubahan yang drastik apabila sususan kerajaannya telah dicantum menjadi menjadi satu unit, di
mana ianya akan berfungsi serentak walaupun berada di bawah pemerintahan shogun yang
lembab. Tairo ataupun juga dikenali sebagai Perdana Menteri akan bertindak sebagai pemimpin
10A.K.Saxena. (2007). World Infopaedia. New Delhi: Pragun Publication. Hlm 78
11Jaginder Singh Jessy. (1978). Sejarah China dan Jepun. Anthonian Store Sdn. Bhd. Hlm. 113
12Pyle.K.B. (1996). The Making Of Modern Japan (Second Edition). Canada: B.C.Heatit and Company.
Hlm. 13
4

pentadbiran. Sekiranya shogun yang dilantik masih lagi kecil, maka Tairo ini akan bertindak
sebagai wakilnya yang sah. Langkah ini diambil bagi mengelakkan shogun yang masih kecil itu
ditindas oleh golongan anti Tokugawa. Dalam urusan pentadbiran tersebut, Tairo akan dibantu
oleh dua majlis khas iaitu Majlis Negeri dan Majlis Rendah, di mana Majlis Negeri akan
berfungsi sebagai pengawal golongan daimyo, dan mengendalikan hubungan dengan istana
diraja di Kyoto. Majlis Rendah pula berfungsi sebagai pemerhati kepada pegawai rendah
golongan daimyo. Di bawah kedua-dua majlis ini, diwujudkan pula Satu Badan dan Suruhanjaya
Khas yang berfungsi untuk mengambil alih tugas-tugas pentadbiran dan bertanggungjawab
kepada majlis tertentu yang melantik mereka.13
Sebagai langkah untuk menghalang daripada wujudnya sebarang pergerakan anti
Tokugawa, jawatan-jawatan dalam politik telah dibahagi- bahagikan supaya setiap pegawai dapat
mengawasi tingkah laku pegawai yang lain. Selain itu, Majlis Negeri juga telah bertindak
melantik sebilangan besar perisik untuk membekalkan segala maklumat tentang pergerakan, serta
tingkah laku para pegawai. Aspek seterusnya yang diberi perhatian dalam sistem Bakufu adalah
berkaitan dengan pihak Tozama. Pemerintah Tokugawa amat menitikberatkan golongan ini
kerana mereka mungkin akan dimanfaatkan oleh golongan jahat untuk menentang pentadbiran
shougun Tokugawa. Umumnya, pihak Tozama ini adalah terdiri daripada mereka yang kaya raya.
Oleh itu, mereka akan diarahkan untuk menjalankan kerja-kerja awam seperti membaiki kuil,
membina jambatan, jalan raya, dan kerja-kerja awam lain. Tindakan ini sebenarnya diambil bagi
membuatkan pihak Tozama sentiasa berada dalam keadaan sibuk, dan yang pastinya ia akan
mengembalikan taraf ekonomi mereka ke tahap yang asal. Kesannya, mereka tidak akan dapat
menggunakan wang tersebut untuk menempah senjata dan peralatan perang yang boleh
menjejaskan kedudukan pemerintahan Tokugawa.

Perlembagaan Tokugawa
Kekacauan ataupun pemberontakan yang berlaku semasa pemerintahan Keshogunan Tokugawa
telah menyebabkan dua peraturan baru dibentuk. Peraturan ini adalah dikenali sebagai
Perlembagaan Tokugawa yang terdiri daripada Peraturan-peraturan Rumah-rumah Tentera dan
13Jaginder Singh Jessy. (1978). Sejarah China dan Jepun. Anthonian Store Sdn. Bhd. Hlm. 116
5

Peraturan-peraturan Istana Diraja dan Istana Bangsawan.14 Peraturan-peraturan Rumah-rumah


Tentera adalah merujuk kepada golongan Daimyo dan samurai, di mana mereka bukan sahaja
dikehendaki untuk mendapatkan latihan ketenteraan, tetapi juga mempelajari ilmu kesusasteraan.
Peruntukkan ini sebenarnya diwujudkan bagi memastikan masa golongan ini tidak terluang
dengan begitu sahaja, malah untuk mengelakkan mereka terdedah kepada sebarang ideologi
pihak anti Tokugawa. Di samping itu, golongan daimyo diingatkan untuk tidak memberi
sebarang perlindungan kepada musuh negara seperti pemberontak, pembunuh, dan penjenayah.
Mereka juga dikehendaki untuk merisik segala kegiatan jiran-jiran dan melaporkannya kepada
shogun. Perhubungan di antara kawasan-kawasan feudal yang berjiran, perkahwinan di antara
daimyo, serta pembinaan semula istana adalah perlu mendapat kelulusan dan kebenaran shogun
terlebih dahulu.15
Peraturan-peraturan Istana Diraja dan Istana Bangsawan pula menjelaskan cara-cara bagaimana
Shogun dapat mengenakan pegaruhnya ke atas pembesar-pembesar bangsawan di Istana Diraja.
Peraturan ini diwujudkan kerana pemerintah Tokugawa menyedari bahawa pembesar-pembesar
bangsawan boleh mendatangkan malapetaka yang lebih dahsyat daripada golongan tentera yang
tidak terkawal, sekiranya mereka dibiarkan bersendirian tanpa sebarang kawalan. Peruntukkan
ini adalah bagi memastikan kedudukan pemerintahan Tokugawa tidak diganggu gugat oleh
mana-mana musuh. Di samping itu, sama seperti peraturan pertama, para pembesar bangsawan
juga dikehendaki untuk menghabiskan sebahagian daripada hayat mereka untuk mempelajari
ilmu sastera, serta semua perlantikan, perletakan jawatan, dan pemberhentian adalah tertakluk
kepada kelulusan shogun. Tambahan lagi, permohonan untuk mendapatkan anak angkat juga
termaktub dalam peraturan ini. Buktinya, proses pengambilan anak angkat hendaklan dibuat oleh
keluarga yang ingin mengambil, dan pengambilan anak angkat perempuan adalah dilarang sama
sekali.
Hubungan di antara Maharaja dan para pembesar juga dititikberatkan dalam peraturan ini.
Hal ini demikian kerana, sesiapapun tidak dibenarkan untuk menghadap Maharaja kecuali
14Vinacke.H.M. (1967). Sejarah Timur Jauh Dalam Zaman Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. Hlm. 114
15Joginder Singh Jessy. (1978). Sejarah China dan Jepun. Anthonian. Hlm 114
6

dengan kebenaran pegawai-pegawai Tokugawa di Yedo atau Kyoto. Pemerintah Tokugawa


bertindak sedemikian demi mengelakkan pembesar-pembesar cuba untuk menghasut Maharaja
bagi menjatuhkan mereka.16 Perlembagaan Tokugawa ini kemudiannya telah diperkukuhkan lagi
semasa pemerintahan Iyematsu dan Yoshimune. Pelbagai kelemahan telah dikenalpasti dan
tindakan membaikinya telah diambil. Antaranya, satu perintah telah dikeluarkan pada tahun 1626
di mana sesiapa dari daimyo yang didapati meninggalkan Yedo menuju ke kawasan feudal
hendaklah menyediakan orang-orang tebusan sebagai gantian. Perintah ini dikenali sebagai
sistem Sankin Kotai.

Kerajaan di peringkat Domain


Kekuasaan Pemerintahan Shogun Tokugawa dapat dilihat dari segi beberapa aspek
terutama dari segi politik iaitu corak pentadbiran untuk memperkukuhkan kedudukannya antara
langkah yang diambil ialah telah menggunakan sistem dua pentadbiran. Dalam sistem dua
pentadbiran ini maharaja telah ditempatkan di Kyoto iaitu ibu negara, manakala pemerintah iaitu
Shogun Tokugawa dan keluarga yang memerintah pula menggunakan Yedo sebagai pusat
pentadbiran atau juga ibu negeri.17 Di bawah pelaksanaan sistem ini juga rakyat negara jepun
tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan maharaja kecuali atas kebenaran daripada pegawaipegawai Tokugawa di Yedo atau Kyoto. Peraturan ini bertujuan untuk menyingkirkan sebarang
kemungkinan berlakunya penentangan politik oleh maharaja. Ahli keluarga Tokugawa ini juga
merupakan golongan feudal iaitu mereka yang sentiasa menyokong dan memberi bantuan kepada

16Dening.S.E. (1966). Nation Of The Modern World (Japan). United States of America: New York. Hlm.
40
17Maswari Rosdi. (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi
Publishing Sdn.Bhd. Hlm. 69
7

Tokugawa

sebelum

dan

semasa

peperangan

Sekigahara.18

Kerajaan Kampung
Kerajaan kampung melibatkan sistem pentadbiran peringkat kampung yang kebanyakan
masyarakatnya adalah petani. Kerajaan ini akan ditadbir oleh ketua kampung yang datang
daripada golongan petani itu sendiri yang mempunyai ciri-ciri seperti golongan tua, berprestij,
dan keluarga yang kaya.19 Namun tuan yang dilantik dalam kalangan pengikut penyelia akan
menyelia atau memantau kerja-kerja yang dilakukan oleh ketua kampung. Jawatan ketua
kampung ini berputar dalam kalangan keluarga yang kaya namun kebanyakan adalah secara
warisan atau keturunan. Bidang tugas ketua kampung adalah bertanggungjawab untuk
menyimpan rekod, menyelesaikan masalah pergaduhan, mengekalkan keamanan dan mengutip
cukai. Sesebuah kampung mempunyai

kuasa kawalan yang agak besar di mana kampung

tersebut tidak akan digugat selagi mengikut perintah dan membayar cukai kepada tuan mereka.
Ketua kampung akan dibantu oleh perhimpunan kampung dan kod kampung. Bagi
melambangkan status sosial ketua kampung ini mereka dibenarkan untuk berpakaian mewah dan
masyarakat mestilah menghormati ketua mereka. Biasanya dalam sesebuah kampung terdiri
daripada 15 dan 40 kelompok rumah dan masyarakatnya bercirikan semangat perpaduan dan
sifat kerjasama dalam pertanian.

Perubahan Dasar
Semasa Shogun Tokugawa mengambil tampuk pemerintahan jepun banyak arus
perubahan yang telah dilakukan. Dari segi dasar, jepun telah menjalankan dasar tutup pintu atau
isolasi kepada dunia luar. Dasar isolasi telah dilaksanakan sejak tahun 1638 oleh Shogun Iematsu
tujuannya adalah untuk menghalang Daimyo Tozama berhubungan dengan masyarakat luar.20
18Joginder Singh Jessy. (1978). Disunting Ghazali bin Basri. Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur:
Anthonian Store Sdn.Bhd. Hlm 112.
19Pyle.K.B. (1996). The Making of Modern Japan. Canada: B.C.Heath and Company. Hlm 22
20Maswari Rosdi. (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi
Publishing Sdn.Bhd. Hlm. 69
8

Semasa pemerintahan Iyematsu beliau telah menjalankan dasar tutup pintu kepada Belanda dan
dunia luar sebagai satu langkah keselamatan di mana hasil-hasil karya dan buku asing tidak
dibenarkan dibawa masuk ke Jepun dan masyarakat Jepun tidak dibenarkan untuk mempelajari
bahasa Belanda kecuali jurubahasa.21 Keadaan ini mengalami sedikit perubahan apabila Shogun
Yoshimune mengambil alih pemerintahan di mana beliau telah membenarkan kemasukan bukubuku asing ke Jepun kecuali buku yang berkaitan dengan ajaran Kristian iaitu pada tahun 1716
buku-buku dalam bahasa Belanda ini dibawa masuk melalui kawasan Deshima di Nagasaki. 22
Namun perkara yang berkaitan dengan agama Kristian seperti buku-buku yang mempunyai unsur
agama ini tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke Jepun selain sekatan ke atas pedagang asing
tetap dikenakan. Selain itu juga sebilangan kecil pelajar Jepun yang menuntut di Belanda telah
menganjurkan supaya pelabuhan Jepun dibuka kepada pihak luar, namun cadangan ini ditolak
sama sekali.23 Kapal-kapal asing yang muncul di kawasan perairan Jepun seperti Rusia, Belanda
dan Amerika telah menekan kerajaan Jepun untuk mengubah dasar mereka kerana kapal-kapal
ini memerlukan pelabuhan di Jepun untuk mendapatkan bekalan selain keadaan sekeliling dan
cadangan dari orang Jepun sendiri untuk membuka pintu.

Sistem-Sistem Pentadbiran
Pada tahun 1853 Rusia telah menghantar laksamana Putyatin ke Jepun bersama empat
buah kapal untuk satu perjanjian perniagaan pada masa itu juga angkatan Amerika di bawah
Commodore Matthew Perry telah menyampaikan surat daripada Presiden Fillmore yang meminta
supaya dibuka perhubungan perniagaan. Amaran juga diberikan kepada jepun untuk memberikan
jawapan tahun pada berikutnya jika tidak beliau akan kembali bersama dengan angkatan yang
lebih besar. Angkatan Commodore Matthew Perry berundur ke China untuk menunggu jawapan
daripada Shogun. Keadaan ini berlaku kerana Amerika memerlukan pelabuhan untuk berlabuh
21Joginder Singh Jessy. (1978). Disunting Ghazali bin Basri. Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur :
Anthonian Store Sdn.Bhd. Hlm. 121.
22Storry.R. (1982). Sejarah Jepun Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 65
23Reischauer.E.O. (2006). Jepun Sejarah Sebuah Negara. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm. 82
9

untuk mendapatkan bekalan dan berlabuh pada masa kecemasan kerana kapal-kapal dari
Amerika mula belayar masuk ke Lautan Pasifik.24 Di bawah tekanan senjata daripada kapal laut
Amerika menyebabkan pihak Edo tidak mempunyai pilihan, pada 1854, selepas berunding
selama enam minggu satu persetujuan telah dicapai dan perjanjian Kanagawa telah
ditandatangani yang membawa kepada pembukaan dua pelabuhan kepada kapal-kapal dari
Amerika iaitu pelabuhan Shimoda dan Hakodate. Kuasa barat lain yang telah mengikuti langkah
Amerika ialah Inggeris apabila Jepun terpaksa memberikan kemudahan perdagangan di
Hakodate dan Nagasaki manakala di Hakodate dan Shimoda pada tahun155. Pada tahun1858,
Townsend Harris, Konsul Amerika pertama telah berbincang berkaitan dengan untuk
menjalankan perjanjian perdagangan sepenuhnya dengan Jepun termasuklah tuntutan yang akan
menguntungkan Amerika perjanjian tersebut dikenali sebagai Perjanjian Harris atau Perjanjian
Edo. Dasar yang diperjuangkan selama ini terhapus apabila pemerintah Shogun Tokugawa
menjalankan dasar baru iaitu dasar buka pintu kepada dunia luar terutama berkaitan dengan
perdagangan. Orang asing dibenarkan untuk mempunyai kediaman tetap di lima kawasan
pelabuhan dan di bandar-bandar besar seperti Osaka dan Edo.

Hubungan Diplomatik
Dari segi hubungan luar pula, Rusia dikatakan antara negara yang terawal yang cuba
untuk menjalin hubungan diplomatik dengan Jepun iaitu sekitar abad ke-18. Namun pelayaran
Kapten Spanberg pada tahun 1739 tidak mendatangkan sebarang hasil begitu juga rombongan
pada tahun 1792 dan 1804. Sebenarnya sebelum negara Eropah datang ke Jepun, negara tersebut
telah mengadakan perhubungan dengan China yang telah membawa banyak pengaruh pada
sejarah budaya dan lembaga-lembaga negara Jepun.25 Agak sukar bagi dunia luar untuk
menjalankan hubungan diplomatik dengan Jepun kerana negara Jepun tidak melihat sebarang
kepentingan untuk menjalinkan hubungan disebabkan kelakuan orang asing itu sendiri dan
24Jaginder Singh Jessy. (1978). Disunting Ghazali bin Basri. Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur:
Anthonian Store Sdn.Bhd. Hlm. 126
25Beasley.W.G. (2003). Pengalaman Jepang:Sejarah Singkat Jepang. Jakarta: Yayasan Obor Indonesia.
Hlm. 170
10

keadaan di Eropah, mendorong Jepun mengehadkan perhubungan mereka.26 Selain terdapat


cerita berkenaan gerakan Sepanyol di Filipina, tindakan British dan Perancis di India dan
pemerasan orang Belanda di Pulau Hindia Timor keadaan ini memberi tanggapan negatif kepada
Jepun. Selepas perjanjian Nanking ditandatangani Amerika, Inggeris dan Belanda telah cuba
untuk menjalinkan hubungan dengan Jepun tetapi gagal. Sebaliknya pada tahun 1825, satu
peraturan baru telah dikeluarkan di mana ia memerintah untuk melakukan pemusnahan terhadap
kapal-kapal asing yang menghampiri pantai-pantai Jepun. Pada tahun 1837 ada usaha yang
dilakukan orang Amerika yang ketika itu berada di pelabuhan Carton di China untuk
mengadakan hubungan perdagangan dengan Jepun. Terdapat peristiwa di mana beberapa orang
kelasi kapal Jepun yang karam di Laut telah diselamatkan oleh orang Amerika di kawasan Pantai
Amerika Utara dan telah menghantar mereka balik ke Jepun, tujuan orang Amerika berbuat
demikian agar dapat menjalinkan hubungan dengan Jepun, tetapi tidak berjaya. Kuasa Eropah
telah cuba pelbagai cara untuk menjalin perhubungan diplomatik dengan Jepun selain
kedatangan wakil Amerika Commodore Perry yang berjaya membuat rundingan dan mengikat
perjanjian dengan kerajaan Jepun dan merubah dasar negara Jepun. Selepas perjanjian yang
dibuat oleh Townsend Harris telah menguatkan hubungan diplomatik dengan negara Jepun.
Kejayaan Amerika dalam menjalinkan hubungan dengan Jepun telah menarik minat negara barat
yang lain seperti British, Rusia dan Belanda.

EKONOMI
Seterusnya ialah kekuasaan Jepun di bawah pemerintahan Shogun Tokugawa juga dapat di lihat
melalui struktur dan aspek ekonominya. Hal ini demikian kerana aspek ekonomi memainkan
peranan yang begitu penting dalam memastikan kekuasaan sesebuah pemerintahan itu untuk
terus kekal memerintah sesebuah Negara. Tidak lengkap sejarah sesuatu masyarakat dan sebuah
kekuasaan sekiranya aspek ekonomi ditinggalkan. Kekuasaan Jepun di bawah pemerintahan
26Vinacke.H.M. (1967). Sejarah Timur Jauh dalam Zaman Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. Hlm. 118.
11

Shogun Tokugawa merupakan satu titik tolak di mana berlakunya perubahan yang begitu ketara
di Negara Jepun. Pada era Tokugawa terdapat beberapa pembangunan ekonomi semasa tempoh
pembandaran dijalankan dan aspek ekonomi yang dijalankan iaitu perdagangan dan perniagaan
serta perkapalan dan perkembangan industri kraftangan. Oleh hal yang demikian dari aspek
ekonomi dibahagikan kepada dua iaitu perkembangan kelas saudagar dan perkembangan
perdagangan. Selain itu pada kekuasaan Shogun Tokugawa telah menjalankan empat polisi
ekonomi

bagi menstabilkan pemerintahan baru iaitu pengukuran tanah, memisah dan

mengasingkan tentera daripada petani, monopoli hak duit syilling pudina dan juga monopoli hak
bagi perdagangan.27 Antara kegiatan ekonomi yang dijalankan pada zaman Shogun Tokugawa
ialah pertanian, perdagangan, kemunculan kumpulan saudagar dan perniagaan.28

Pertanian
Aktiviti pertanian merupakan salah satu aspek dan kegiatan ekonomi yang dijalankan
oleh masyarakat pada kekuasaan Shogun Tokugawa. Pertumbuhan ekonomi banyak dipengaruhi
oleh peningkatan pengeluaran pertanian akibat bertambahnya keluasan tanah pertanian.29 Oleh
hal yang demikian jelas menunjukkan bahawa aktiviti pertanian memainkan peranan yang
begitu penting pada kekuasaan Shogun Tokugawa. Sebagai contohnya pengeluaran pertanian
telah meningkat dan bertambah melalui kegiatan tebus guna tanah. 30 Selain itu juga peningkatan
sumber dan hasil pertanian juga turut disumbangkan oleh penggunaan benih dan peralatan yang
lebih baik dan setrusnya penggunaan haiwan sebagai jentera untuk membajak kawasan
pertanian.31. pada zaman tokugawa ini juga telah diperkenalkan teknik pertanian melalui buku,
27Yoshinobo Tokugawa, Shizaburo Oishi, Keiza Saito dan Tokugawa Bijutsukan. (1983). The Shogun
Age Exhibition From The Tokugawa Art Museum, Japan. Japan: University Of California. Hlm. 24
28Abu Talib Ahmad. (2005). Tamadun Jepun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 54
29Ibid
30Ibid
31Abu Talib Ahmad. (2005). Tamadun Jepun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 55
12

dan penanaman dua kali setahun untuk tanaman tertentu bagi memudahkan kelangsungan hidup
masyarakat setempat. Ikutan daripada penggunaan tanah dan peningkatan penduduk secara
besar-besaran telah menyebabkan kekurangan tanah dan kawasan untuk menjalankan aktiviti
pertanian.32 Namun begitu daripada aktiviti pertanian ini telah menimbulkan kesan yang negatif
kepada golongan petani amnya kerana wujudnya masalah kebuluran yang berlaku sekitar tahun
1675 sehingga awal abad ke-19. Di samping itu juga berlakunya pembunuhan kanak-kanak di
dalam isi keluarga berikutan kekurangan makanan. 33 Oleh hal demikian jelas menunjukkan
bahawa, masyarakat dan penduduk Jepun pada zaman kekuasaan Shogun Tokugawa terlalu
bergantung kepada aktiviti pertanian.

Perkembangan Dan Kemunculan Kumpulan Saudagar


Seterusnya kemunculan golongan saudagar amat berkait rapat dengan struktur sosial
masyarakat pada zaman kekuasaan shogun tokugawa. Hal ini demikian kerana, kumpulan
saudagar in berada di peringkat bawah sekali dalam struktur politik pada era tokugawa. 34
Golongan saudagar (chonin) memperolehi kuasa yang semakin meningkat dengan pertumbuhan
ekonomi Tokugawa dan proses urbanisasi yang pesat membangun. 35 Pertumbuhan ekonomi telah
membwa kepada kemunculan Bandar seperti Edo, Osaka, Nagoya dan Sendai serta pekan-pekan
seperti Kagoshima dan Fukuoka berkembang menjadi pusat pentadbiran dan perdagangan
tempatan.36 Di samping itu, saudagar memainkan peranan yang begitu penting di mana sebagai
penghubung antara bushi dengan petani dan seterusnya saudagar turut menjalankan fungsi
kewangan bagi pihak daimyo atau bakufu serta menyediakan pinjaman.37 Oleh hal yang demikian
jelas menunjukkan bahawa peranan dan fungsi kumpulan saudagar ini semakin meningkat
32Ibid
33Storry.R. (1982). Sejarah Jepun Moden. Kuala lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 58
34M.Rajendran. (1988). Sejarah Jepun. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn.Bhd. Hlm. 45
35Ibid
36Abu Talib Ahmad. (2005). Tamadun Jepun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 55
13

selepas berlaku perubahan dan pertumbuhan ekonomi pada zaman kekuasaan Tokugawa dan
dengan itu telah menunjukkan bahawa wujudnya sistem ekonomi kebangsaan yang berpusat di
Osaka. Sebagai contohnya menjelang tahun 1760 terdapat 200 keluarga saudagar yang wujud
pada zaman itu dan mempunyai harta dan kekayaan melebihi sebilangan besar daimyo.38Antara
keluarga saudagar ialah Mitsui, Konoike dan Sumitomo. 39Pertumbuhan ekonomi ini telah
membawa banyak perubahan kepada struktur politik di Jepun khususnya pada zaman kekuasaan
Tokugawa terutamanya kewujudan dan kemunculan kelas saudagar yang akhirnya telah
menguasai dan mengawal ekonomi di Jepun. Di samping itu juga kesan yang dapat dilihat ialah
pertumbuhan bandar-bandar seperti Kyoto, Edo dan Osaka yang menjadi pusat perhubungan dan
pengangkutan. Oleh itu jelas menunjukkan bahawa pada zaman kekuasaan Shogun Tokugawa
telah mengubah kedudukan ekonomi di Jepun.

Perkembangan Perdagangan
Perdagangan telah wujud ketika zaman Ieyasu yang telah merubah struktur masyarakat
pada zaman Shogun Tokugawa. Perdagangan merupakan salah satu aspek ekonomi yang di
tekankan kerana melalui perdagangan sudah pasti ia akan meningkatkan kadar pertumbuhan
sesebuah kerajaan atau kekuasaan pada masa itu. Aktiviti perdagangan ini telah dijalankan secara
besar-besaran di mana hubungan perdagangan asing dengan Negara-negara luar untuk
kelangsungan ekonomi. Ieyasu telah menaruh anggapan bahawa perdagangan asing adalah
penting dan telah mula menggalakkan pedagang-pedagang Portugis dan Sepanyol singgah di ibu
negeri Yedo dan tidak menumpukan kegiatan mereka di pelabuhan-pelabuhan di selatan.40 Selain
itu, Ieyasu memainkan peranan yang besar dalam memperjuangkan kegiatan perdagangan ini, di
samping beliau juga turut melonggarkan perintah dan peraturan perdagangan pada ketika itu bagi
37Ibid
38Abu Talib Ahmad. (2005). Tamadun Jepun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 55
39Ibid
40Jaginder Singh Jessy. (1978). Disunting Ghazali bin Basri. Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur :
Anthonian Store Sdn.Bhd. Hlm. 109
14

memberi peluang kepada pedagang-pedagang yang berminat untuk menjalankan aktiviti


perdagangan di Jepun.
Namun begitu perkembangan perdagangan tidak sehebat kemunculan kumpulan atau
kelas saudagar kerana motif pedagang asing berdagang di Jepun hanyalah untuk menyebarkan
agama meraka sahaja dan di samping mereka hanya suka berdagang di selatan. Selain itu juga,
pedagang-pedagang dari Belanda terutamanya mempunyai sikap sombong dan bongkak. Oleh
hal yang demikian, pada tahun 1614 telah mengeluarkan perintah untuk mengusir mubalighmubaligh asing. Seterusnya Jepun telah menjalankan dasar pemencilan kerana mereka bimbang
akan kemasukan pedagang-pedagang asing yang boleh merosakkan hubungan dan kemakmuran
yang di capai semasa kekuasaan Shogun Tokugawa.

SOSIAL
Aspek

sosial merupakan satu aspek yang paling besar dan penting pada zaman Shogun

Tokugawa. Walaupun terdapat perubahan pada zaman Shogun Tokugawa menguasai Jepun,
namun sistem sosial yang pada masa itu memperlihatkan ketidakstabilan bagi masyarakat Jepun.
Pemerintahan Shogun Tokugawa berlandaskan kepada sistem feudal yang secara turun-temurun
kepada masyarakat Jepun. Perubahan sosial yang pertama dapat dilihat dalam bidang pendidikan
yang merupakan satu bidang yang sangat penting bagi masyarakat di Jepun. Perubahan ini
menunjukkan kekuasaan Jepun di bawah pemerintahan Shogun Tokugawa.

Pendidikan
Perubahan dari aspek sosial yang berlaku pada zaman Shogun Tokugawa boleh dilihat dari segi
perkembangan intelektual iaitu pendidikan. Walaupun pemerintahannya telah mencapai beberapa
kemajuan pada zaman tersebut sebelum berlakunya pemodenan Meiji namun pada zaman
Shogun Tokugawa tidak terlepas dari sikap menindas. Terdapat beberapa hasil penulisan yang
penting telah dibukukan. Sebagai contoh, sebuah undang-undang yang berjudul For Military
Houses dapat dibukukan pada tahun 1615. Hasil penulisan ini kemudiannya disemak semula

15

pada tahun 1635.41 Hal ini telah membuka minda dan pandangan masyarakat Barat terhadap
kemampuan Jepun dalam pembangunan negara.Dalam bidang kesusasteraan dan kesenian,
Tokugawa menyaksikan perkembangan yang membawa dalam kebudayaan Jepun. Pada tahun
1715, sebuah buku mengenai sejarah telah disusun. Pada tahun 1827 pula, sejarah mengenai
Shogun juga telah disiapkan.
Pada zaman ini, kita dapat melihat bahawa dengan adanya galakan Shogun Tokugawa,
maka lahirlah sarjana-sarjana dan ahli-ahli falsafah yang menyumbang tenaga kepada sejarah
pada hari ini. Pada tahun 1872 kerajaan telah melaksanakan satu sistem pendidikan rendah
universal, kehadiran persekolahan mempunyai kadar kehadiran tertinggi di dunia melalui sistem
persekolahan rendah swasta pada zaman Shogun Tokugawa. Pada zaman ini, sistem pendidikan
sebenarnya dilarang pada awalnya seperti bidang hukum, sejarah, sastera dan agama kerana
bimbang perkara ini akan menjadi media kepada kemasukan agama kristian yang dianggap akan
mengganggu penguasaanya. Namun disebabkan perkembangan pandangan yang luas untuk masa
depan, pada zaman ini telah menunjukkan perubahan walaupun tidak begitu ketara.

Agama dan Kepercayaan


Bagi menjaga kekuasaan dan kedudukan, Shogun Tokugawa telah mengamalkan agama dan
kepercayaan tradisi yang secara turun-menurun iaitu Shinto Negara yang berasal daripada agama
Shintonisme. Agama ini merupakan sebuah agama dan kepercayaan yang sememangnya
diamalkan oleh masyarakat Jepun sebelum bermulanya pemerintahan Meiji lagi iaitu sejak
zaman purba.42 Oleh hal yang demikian, penyebaran agama Kristian adalah agak terhad di bawah
kawalan Shogun. Hal ini adalah bagi memelihara pengaruh agama nenek moyang mereka iaitu
agama shinto. Shinto adalah agama yang merangkumi perjalanan, festival dan pemujaan kepada
sekelompok dewa. Perkataan Shinto bererti para dewa. Dewa tertinggi Shinto adalah dewa

41 Maswari Rosdi. (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi
Publishing Sdn.Bhd. Hlm. 69
42Morton.W.S. (2006). Jepun Sejarah dan Budaya. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm. 15
16

matahari yang dikenali sebagai tuhan yang mengatur syurga.43 Para dewa disembah dengan
memberikan sejenis tuak yang diperbuat daripada nasi yang disebut sebagai sake.
Ajaran Shinto ini mula dengan kepercayaan tradisi masyarakat Jepun kepada alam sekitar.
Mereka percaya bahawa alam sekeliling mempunyai kuasa yang ghaib dalam penentuan
kehidupan bagi masyarakat Jepun. Mereka percaya sekiranya tidak mematuhi ajaran Shinto akan
mendapat sesuatu yang malang atau musibah. Kepercayaan Shinto ini mengandungi 4 bahagian
utama iaitu Shinto keluarga diraja, Shinto Keramat, Shinto Mazhab dan Shinto Rakyat. Tujuan
bagi ajaran Shinto Keramat adalah untuk menghalau hantu, penyucian dan persembahan untuk
menghormati nenek moyang.44Kerajaan Jepun telah bertindak sebagai penaung kepada
perkembangan agama Shinto malahan beribu-ribu rumah berhala telah didirikan 45. Kedatangan
agama Kristian telah dihapuskan oleh Shogunan Tokugawa iaitu mewajibkan setiap rakyat
mendapat surat pengesahan biara. Surat biara merupakan bukti yang menyatakan bahawa
masyarakat Jepun tidak mempunyai sebarang kaitan dengan agama Kristian.46 Di sini kita dapat
melihat sejauh mana kebijaksanaan Shogun Tokugawa mengendalikan negara Jepun tanpa
kemasukan pengaruh yang lain.

Institusi Kekeluargaan
Insitusi asas bagi semua lapisan masyarakat zaman Shogun Tokugawa adalah unit kekeluargaan.
Gaya hidup yang baru pada zaman Tokugawa adalah untuk membantu mengukuhkan prinsip
hidup masyarakat Jepun. Antara yang penting adalah saling pergantungan terhadap ekonomi
kekeluargaan. Ciri yang kedua sistem Tokugawa iaitu penekanan terhadap perpaduan dan
43Abu Talib Ahmad. (2005). Tamadun Jepun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 179
44Mohd Shuib dan Saliza Saad. (2003) Tamadun Dunia. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn.Bhd. Hlm.
154
45Joginder Singh Jessy. Disunting Ghazali Bin Basri. (1978). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur:
Anthonian Store Sdn Bhd. Hlm. 120
46Abu Talib Ahmad. (2005). Tamadun Jepun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 26
17

kesinambungan kekeluargaan melalui masa. Ciri ketiga ialah penekanan terhadap hubungan mak
ayah bersama-sama anak-anak harus diutamakan berbanding hubungan suami isteri. Ciri
keempat iaitu mengutamakan anak lelaki sulung dalam masyarakat Jepun. Kebiasaanya, anak
lelaki sulung akan mewarisi kepimpinan rumah tangga secara langsung. Kekuasaan dan sifat
tanggungjawab seseorang ketua keluarga merupakan ciri yang kelima pada zaman Shogun
Tokugawa dalam institusi kekeluargaan.47 Institusi kekeluargaan ini telah mengubah cara hidup
masyarakat Jepun yang seterusnya meningkat taraf hidup mereka berbanding pada zaman
sebelumnya.

Jaringan Pengangkutan
Jaringan pengangkutan yang telah berkembang di bawah pemerintahan Shogun Tokugawa bukan
sahaja dapat mengubah taraf hidup masyarakat Jepun, malah perkara ini juga telah menakjubkan
orang Barat. Sebagai contoh, jalan Tokaido (Jalan Laut Timur) yang menghubungkan Yedo
(Tokyo sekarang ini) dengan Kyoto. Lima batang lebuh raya bermula dari Nihonbashi di Yedo.
Keunggulan jalan Tokaido dalam masa lebih kurang seratus tahun terakhir pemerintahan Shogun
Tokugawa yang warna-warni dan daya penarik hanya dapat ditandingi dengan Jalan Raja Besar.
Perarakan daimyo barat berulang alik di jalan Tokaido itu dalam perjalanan mereka ke istana
Tokugawa di Yedo.48Sistem jalan raya utama di Jepun seperti Tokaido, Nakasendo, Koshudo,
Nikkodo dan Oshindo telah dikawal ketat bagi tujuan keselamatan dan politik.49 Perkembangan
sistem pengangkutan telah membawa kemajuan dan pembagunan dalam negara Jepun itu sendiri.

Transformasi Kelas Samurai


47Pyle.K.B. (1996). The Making of Modern Japan (second edition). Canada: B.C. Heath and Company.
Hlm. 22
48Storry.R. (1982). Sejarah Jepun Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 52
49Abu Talib Ahmad. (2005). Tamadun Jepun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 296
18

Pada zaman Shogun Tokugawa, rakyat Jepun juga telah dibahagikan kepada beberapa kelas
berdasarkan pembahagian kelas seperti negara Asia Timur yang lain. Kelas Samurai berada di
hierarki yang paling atas. Samurai mempunyai hak kirisute. membunuh dan pergi, iaituhak
membunuh dan bebas daripada hukuman, tanpa sebarang soalan atau penjelasan diberikan.

50

Sebagai mana yang ditunjukkan pada zaman ini, peperangan tidak lagi merupakan gaya hidup
masyarakat Jepun, Samurai telah dipaksa untuk menyesuaikan diri dengan syarat-syarat
keamanan.51 Zaman pemerintahan Shogun Tokugawa memperlihatkan zaman yang aman,
semangat perjuangan pahlawan-pahlawan samurai masih dikekalkan, cuma tidak dapat
disalurkan menerusi peperangan.52Hal ini demikian kerana Shogun boleh mengelakkan
pemberontakan yang boleh mengancam keamanan sejak sekian lama.
Selain daripada itu, golongan samurai merupakan golongan yang peringkat di bawah
daimyo. Samurai adalah orang-orang Shogun atau daimyo yang bertanggungjawab ke atas
mereka. Samurai kadangkala dikehendaki mempertahankan, apabila perkhidmatan mereka tidak
diperlukan, mereka akan tinggal bersama-sama petani tanpa membuat apa-apa kerja. 53
Sebahagian besar samurai telah kehilangan tanah mereka sepenuhnya. Mereka hanya boleh
menduduki di dalam atau di sekitar istana, mereka juga tidak lagi mampu untuk menyelia sendiri,
hak-hak yang ada telah diambil alih oleh tuan feudal yang bertindak sebagai pegawai. Tugasan
mereka juga berubah lebih kepada perkhidmatan sebagai pengawal, pengantaraan, dan petugas.54
Aspek transformasi yang paling menarik dan penting adalah meningkatkan kadar celik huruf dan

50Morton.W.S. (2006). Jepun Sejarah dan Budaya. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm. 135
51Pyle.K.B. (1996). The Making of Modern Japan (second edition). Canada: B.C. Heath and Company. Hlm. 31
52Gilbert Khoo. (1978). Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hlm. 1029
53Ibid Hlm. 1028
54Livingston.J, Moore.J, Oldfather.F. (1973) Imperial Japan 1800-1945. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya. Hlm. 16
19

pendidikan samurai. Pembelajaran adalah sangat penting untuk mengetahui cara-cara


mengendalikan sebuah birokrasi yang berdisiplin dan asas kerajaan samurai itu sendiri.55

KONFLIK
Bagi mencapai matlamat untuk memperluaskan kuasa, pelbagai pendekatan yang dilaksanakan
oleh Shogun termasuklah melaksanakan dasar berdasarkan kepentingan mereka. Semasa awal
pemerintahan Shogun Tokugawa, mereka telah banyak mengalahkansuku kaum lain. Oleh itu
tidak hairanlah perasaan dendam masih tertanam dalam kalangansuku - suku kaum tersebut.
Walaupun mereka menyatakan taat setia dan mengakui kekuasaan Tokugawa namun mereka
tetap mencari jalan untuk menentang Tokugawa. Suku kaum seperti Satsuma, Chonshu, Toza
dan Hizen merupakan golongan yang aktif menentang Shogun Tokugawa. Salah satu jalan untuk
menjayakan rancangan itu adalah dengan menyokong maharaja yang selama ini di pencil oleh
Tokugawa. Mereka juga telah bersatu dengan golongan bangsawan Kyoto serta golongan
saudagar yang anti-Tokugawa terutama di bandar Osaka. Mereka juga telah menggunakan alasan
penerimaan Shogun Tokugawa terhadap orang asing seperti Amerika, Belanda dan Perancis
untuk mendapatkan sokongan maharaja dan rakyat Jepun. Mereka telah mengecam perjanjian
Kanagawa yang ditandatangani pada tahun 1854 oleh Tokugawadengan Amerika ternyata isu ini
benar benar telah menggugat kedudukan Shogun Tokugawa.56 Dengan ini di dapati bahawa
kedatangan Perry dan perjanjian Kanagawa telah menjadi salah satu sebab yang membawa
kepada kejatuhan Shogun Tokugawa.

KESIMPULAN

55Pyle.K.B. (1996) The Making of Modern Japan (second edition). Canada: B.C. Heath and Company.
Hlm. 32
56Alexander. F, Isaacs. S, Law. J dan Lewis. P. ( 1998). Encyclopedia of World History. New York:
Oxford University Press. Hlm. 429
20

Secara rangkumannya, zaman kemuncak Shogun Tokugawa pada asalnya telah berjaya untuk
menyatupadukan serta mewujudkan keadaan yang tenteram dalam kalangan masyarakat. Namun
lantaran beberapa faktor yang mengekang, kegemilangan pemerintahan Shogun Tokugawa telah
berakhir. Lantaran itu, punca kejatuhan Shogun Tokugawa dapat dicerakinkan kepada tiga faktor
iaitu faktor ekonomi, politik dan sosial. Pada zaman Shogun Tsunayoshi (1680-1709) negeri
Jepun mencapaikemewahan tetapi semasa pemerintahan Yoshimune negeri Jepun telah
mengalamimasalah ekonomi sehingga berlaku peristiwa kebuluran57. Keadaan ini bertambah
buruk lagi apabila shogun - shogun selepas Yoshimune merupakan

shogun yang lemah.

ContohIeshige (1745-1788) adalah bebal dan berpenyakit gagap sehingga sukar untuk
memahami percakapanya. Shogun berikutnya iaitu Ieharu adalah pemalas dan tidak mengambil
berat tentang urusan pentadbiran. Abad ke 18 dan awal abad ke 19 merupakan zaman kejatuhan
ekonomi. Zaman ini dikatakan musim kebuluran. Keadaan ini juga telah melibatkan golongan
daimyo kerana kekurangan hasil pendapatan. Untuk mengatasi masalah ini daimyo dan tuan
tanah telah memeras petani58. Akibatnya, daimyo menjadi semakin bergantung kepada golongan
saudagar

dan

peminjam

wang

untuk

membantu

mereka

dalam

masalahkewangan.

Kemelesetan ekonomi mulai dirasai dalam tahun tahun 1830-an dan ia merupakan zaman krisis
bagi Shogun Tokugawa. Pertambahan pengaruh diraja ini di sebabkan beberapa faktor misalnya
munculnyabeberapa sarjana sejarah dan pelajar pelajar Shinto. Ahli sejarah Shinto pula
menulisbuku - buku yang memperkenalkan kembali tradisi dan mitos kepada masyarakat
Jepun.Kesan yang penting dari penulisan buku sejarah ini ialah orang Jepun mendapati
bahawamaharaja adalah keturunan Dewi Matahari (Amiterasu). Oleh itu, maharaja adalah
berkuasa dan mesti dihormati serta tempat untuk meletakkan taat setia. Tetapi keadaan
sebaliknya telah berlaku di mana Shogun Tokugawa yang berkuasa sepenuhnya bukan maharaja.
Keadaan ini akhirnya menimbulkan rasa kurang senang di kalangan orang Jepun terhadap
Tokugawa lebih - lebih lagi tindakan Tokugawa mengasingkan maharajadi Kyoto. Sistem yang

57Maswari Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publishing
Sdn.Bhd. Hlm. 71
58Norman. Terjemahan Ismail Ahmad. (1991). Kemunculan Jepun Sebagai Negara Moden. Kuala Lumpur:
Yayasan Penataran Ilmu. Hlm. 22

21

di amalkan oleh Shogun memudahkan kuasa asing untuk menceroboh dan mengambil
wilayah Jepun. Kisah kegemilangan Shogun Tokugawa akhirnya telah terhenti pada tahun 1867.
Akhirnya, pemulihan Meiji pada tahun 1868 telah merangsang pemodenan Jepun melalui
penghapusan sistem pemencilan. Dalam pada itu, Jepun juga semakin mengorak langkah untuk
menjalin perhubungan dengan negara-negara luar termasuklah menyerap kebudayaan moden dari
negara Barat.

BIBLIOGRAFI

Jaginder Singh Jessy. (1978). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur: Anthonian Store Sdn.
Bhd.

22

Reischauer.E.O. Diterjemah oleh Azhar Mad Aros. (2006). Jepun: Sejarah Sebuah
Negara. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Morton.W.S. Diterjemah oleh Azhar Mad Aros. (2006). Jepun: Sejarah dan Budaya. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
M. Rajendran. (1988). Sejarah Jepun. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn.Bhd
A.K.Saxena. (2007). World Infopaedia. New Delhi: Pragun Publication.
Maswari Rosdi. (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1933. Kuala Lumpur: Adabi
Publication Sdn.Bhd.
Pyle.K.B. (1996). The Making Of Modern Japan (Second Edition). Canada: B.C.Heatit and
Company.
Vinacke.H.M. (1967). Sejarah Timor Jauh Dalam Zaman Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Dening.S.E. (1966). Nation Of The Modern World (Japan). United States of America: New
York.
Maswari Rosdi. (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800 1955. Kuala Lumpur: Adabi
Publishing Sdn. Bhd.
Storry.R. (1982). Sejarah Jepun Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Beasley.W.G. (2003). Pengalaman Jepang:Sejarah Singkat Jepang. Jakarta: Yayasan Obor
Indonesia.
Yoshinobo Tokugawa, Shizaburo Oishi, Keiza Saito dan Tokugawa Bijutsukan. (1983). The
Shogun Age Exhibition From The Tokugawa Art Museum, Japan. Japan: University Of
California
Abu Talib Ahmad. (2005). Tamadun Jepun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Mohd Shuib dan Saliza Saad. (2003) Tamadun Dunia. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn.Bhd.

23

Gilbert Khoo. (1978). Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia.
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Livingston.J, Moore.J, Oldfather.F. (1973) Imperial Japan 1800-1945. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.
Alexander. F, Isaacs. S, Law. J dan Lewis. P. (1998). Encyclopedia of World History. New
York: Oxford University Press.
Norman. Terjemahan Ismail Ahmad. (1991). Kemunculan Jepun Sebagai Negara Moden. Kuala
Lumpur: Yayasan Penataran Ilmu.
Morton.W.S. (2006). Jepun: Sejarah dan Budaya. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Butt. J.J. (2006). The Greenwood Dictionary of World History.Westport : GreenwoodPress.
Friday.K.F (2004). Warfare and History: Samurai, Warfare and The State in Early Medieval
Japan. London and New York: Routledge, Taylor and Francis Group
Gordon.A (2003). A Modern History of Japan: From Tokugawa Times to The Present Day. New
York: Oxford University Press.

24

You might also like