Professional Documents
Culture Documents
Teks Pengacara Majlis Persaraan
Teks Pengacara Majlis Persaraan
Pagi yang indah penuh ceria. hari yang berbahagia penuh bermakna kita raikan
Majlis Kasih Disemai Bakti Dituai sempena persaraan Tuan Haji Mawardi PK Kokurikulum SKPBS,.
BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T
Yang Berusaha Pn Hjjh Rokiah bt Ismail Guru Besar SK Pdg Besar (S). Yang Dihormati
En. Mohammad Saghir B. Mahmud, Guru Penolong Kanan 1, Pn. Bebee Arifa Bt. Said
Rastan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Yang Dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim, Yang Dipertua PIBG SKPBS.
Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi PK Ko-kurikulum SKPBS,.
Seterusnya, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.
Selamat datang ke :
Majlis Kasih Disemai Bakti Dituai sempena persaraan ,Tuan Haji Mawardi PK Kokurikulum SKPBS
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan
oleh:
Ustaz Zuraimy B. Ali. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz
Zuraimy atas bacaan doa itu tadi.
Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang
ditaburkan oleh Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman sepanjang
perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai PK Kokurikulum SKPBS
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil murid Muhd Alif Ajwad Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Muhd Alif Ajwad atas ucapan yang telah disampaikan
sebentar tadi.
Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan wakil guru En. Mohammad
Saghir B. Mahmud, ntuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada En. Mohammad Saghir B. Mahmud, atas ucapan
yang telah disampaikan sebentar tadi.
Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada yang Berusaha Pn
Hajjah Rokiah B. Ismail untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada yang Berusaha Pn Hajjah Rokiah B. Ismail atas
ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada yang dihormati Tuan
Haji Mohd Nor B. Ibrahim YDP PIBG untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada yang dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim YDP
PIBG atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan sajak oleh Adik Abadiah
dan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman PK
Ko-kurikulum SKPBS
Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan sajak dan multimedia
sempena persaraan Yang Diraikan. Mudah-mudahan persembahan tersebut dapat
memberi sumber inspirasi dan kenang-kenangan buat kita semua.
Buah mengkudu buah bidara
Mari disimpan didalam dulang
Hari ini tuan genap bersara
Jasa baik tuan tetap dikenang
Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang
Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman PK Ko-kurikulum SKPBS. Majlis dengan
segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.
Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan
persembahan daripada murid Tahun 4 A yang akan menyampaikan nasyid yang
bertajuk Buatmu Guru. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Demikianlah tadi persembahan nasyid yang sungguh
syahdu penampilan persembahan yang cukup istimewa.
Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan sketsa, persembahan daripada murid
tahun 5A. Dengan segala hormatnya di persilakan.
Begitu bersahaja murid-murid anak didik Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B.
Othman melakonkan watak guru kesayangan mereka.
Persemabahan seterusnya ialah persembahan pantun khas ditujukan untuk Yang
Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman Dengan segala hormatnya di persilakan.
Demikianlah tadi persembahan pantun yang mencuit rasa dan menjadi ingatan
untuk kita semua.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenangkenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Tuan Haji Mawardi B.
Othman
Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan
kepada Puan Hjjh Rokiah B. Ismail,untuk mengiringi Yang Diraikan Tuan Haji
Mawardi B. Othman untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.
Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-wakil kelas.
Dipersilakan wakil daripada kelas Pra-sekolah ,kelas 1 Arif, 1 Bestari, 2 Arif, 2 Bestari,
3 Arif, 3 Bestari, 4 Arif, 4 Bestari, 5 Arif, 5 Bestari, 6 Arif, dan 6 Bestari
Seterusnya Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati Pn Hjjh Rokiah Bt
Ismail untuk menyampaikan cenderamata daripada Badan Kebajikan Guru dan
Kakitangan SKBPBS.
Sekarang kita jemput Yang Dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim, Yang Dipertua
PIBG untuk menyampaikan cendamata kenang-kenangan kepada yang diraikan Tuan
Haji Mawardi B. Othman
Sekarang kita jemput wakil pekerja untuk menyampaikan cendamata kenangkenangan kepada yang diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman
Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang
Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B.
Othman atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan
ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha En. Saghir B. Mahmud, Guru
Penolong Kanan mengiringi Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman sebentar
tadi.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai
cenderamata sebentar tadi.
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai ke destinasi
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.
Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Tuan Haji
Mawardi B. Othman kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh
bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B.
Othman bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang
sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis Kasih Disemai Bakti
Dituai ini.
Di kesempatan ini juga, kami ingin menyampaikan seloka khusus buat yang diraikan
Tuan Haji Mawardi B. Othman.
PANTUN MAJLIS
PANTUN PEMBUKA ACARA
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.
Ingin rasa memakan kari,
Kari cendawan batang keladi;
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu tuan yang baik budi.
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.
Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.
Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.
Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Mega berarak indah berbalam,
Dipuput bayu ke pohon ara;
Pemanis kalam selamat malam,
Awal bismillah pembuka bicara.
PANTUN BACAAN DOA
Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.