You are on page 1of 18

The 4th Annual International Quranic Conference 2014 (MUQADDAS IV)

April 14-15, 2014, Organize by The Centre of Quranic Research (CQR), University of Malaya

TERAPI RUQYAH BERASASKAN AL-QURAN: ANALISIS


SIGNIFIKANNYA DALAM RAWATAN PENYAKIT1
Khadher Ahmad, PhD & Mohd Farhan Md Ariffin
Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya,
Kuala Lumpur. Emel: khadher82@um.edu.my

Abstrak
Penggunaan ayat-ayat al-Quran sebagai terapi dan ruqyah dalam rawatan
penyakit pada masa kini adalah tidak asing lagi. Pertumbuhan dan
perkembangan pusat-pusat rawatan alternatif Islam yang menyediakan
khidmat rawatan turut pesat bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
Perkhidmatan rawatan yang ditawarkan meliputi rawatan terhadap penyakit
rohani dan juga penyakit fizikal. Cumanya, dalam pendekatan rawatan
yang disediakan, setiap pengamal akan menggunakan ayat-ayat al-Quran
atau daripada doa-doa tertentu sebagai ruqyah (jampi) bagi membantu
mengubati penyakit yang dihadapi. Persoalannya, apakah faktor dan
signifikan sesuatu ayat al-Quran yang digunakan sebagai ruqyah
mempunyai kaitan rapat dengan penyakit? Bagaimana sesorang pengamal
menentukan ayat-ayat tersebut bertepatan dengan penyakit yang dirawat?
Melalui aplikasi metodologi analisis induktif dan deduktif, artikel ini
bertujuan untuk menganalisis ayat-ayat al-Quran yang digunakan bagi
rawatan terhadap sesuatu penyakit dan meneliti signifikan ayat-ayat
tersebut sebagai al-shifa kepada penyakit manusia. Hasil kajian
mendapati terdapat tiga signifikan yang menjadi faktor kepada penetapan
sesuatu ayat dijadikan sebagai ruqyah iaitu [1] Mempunyai kalimah atau
perkataan utama secara jelas yang berkaitan dengan penyakit; [2]
Pengajaran terhadap kisah disebalik penurunan ayat; [3] Pemahaman
tersirat disebalik maksud ayat al-Quran; dan [4] Pengalaman dan ilmu yang
dipelajari atau diwarisi daripada pengalaman orang lain. Semoga
perbincangan isu ini akan dapat membantu kefahaman semua pihak
berhubung dengan penggunaan ayat al-Quran sebagai ruqyah dan
kaitannya dengan penyakit manusia.
Kata kunci: Terapi Ruqyah, Rawatan Islam, Alternatif, Penyakit, al-Quran.

PENGENALAN
Kitab suci al-Quran merupakan Kalam Allah yang agong yang menjadi rujukan dan
panduan kepada seluruh umat Islam. Keistimewaan al-Quran apabila ia menjadi salah
satu daripada mukjizat Nabi SAW. Apa yang diceritakan dan dikhabarkan dalam alQuran adalah bersifat hidup dan tidak basi ditelan zaman sama ada kepada umat
Artikel ini adalah hasil penyelidikan di bawah geran UMRG yang berjudul Pusat-Pusat Rawatan
Alternatif Islam Berteraskan al-Quran dan al-Sunnah: Kajian di Malaysia yang bernombor: RG41912HNE dan dibentangkan dalam The 4th Annual International Quranic Conference 2014
(MUQADDAS IV) pada 14-15 April 2014 bertempat di Centre of Quranic Research (CQR), Wisma
R&D, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
1

The 4th Annual International Quranic Conference 2014 (MUQADDAS IV)


April 14-15, 2014, Organize by The Centre of Quranic Research (CQR), University of Malaya

Islam pada masa lalu, sekarang mahupun akan datang sehingga tibanya Kiamat. Jelas
daripada ayat 9 surah al-Hijr, Allah SWT memberikan jaminan pemeliharan al-Quran
daripada segala bentuk penyelewengan, penambahan dan pengurang. Al-Quran yang
ada dan dibacakan pada hari ini adalah menyamai al-Quran yang diturunkan kepada
Nabi SAW.
Dalam pada itu, perkara akar yang meletakkan al-Quran itu sebagai penawar kepada
penyakit adalah berdasarkan kepada keterangan ayat 82 surah al-Isra, ayat 44 surat
Fussilat dan ayat 57 surah Yunus.
Intipati ayat-ayat tersebut jelas menyatakan bahawa al-Quran mampu untuk
membantu menyembuhkan penyakit manusia daripada jenis penyakit fizikal dan
penyakit rohani. Berasaskan kepada kenyataan ini, dapat dinyatakan bahawa
menggunakan ayat-ayat al-Quran sebagai ruqyah penyembuhan penyakit merupakan
tindakan yang berasas serta bertepatan dengan kehendak al-Quran itu sendiri.
Persoalannya adalah bagaimana sesuatu surah atau ayat itu dijadikan sebagai ruqyah
untuk mengubati sesuatu penyakit? Realiti pada hari ini, didapati bahawa sesuatu
penyakit yang dihadapi, perawat Islam atau pengamal pengubatan alternatif Islam,
akan menggunakan ayat-ayat tertentu yang berbeza untuk rawatan penyakit yang
berbeza. Bagaimana perawat itu mengetahui bahawa sesuatu ayat itu sesuai untuk
rawatan sesuatu penyakit? Oleh yang demikian, melalui kajian dan penelitian ini akan
dapat didedahkan signifikan sesuatu ayat digunakan dalam rawatan penyakit yang
tertentu.
SKOP DAN METODOLOGI
Melalui metodologi analisis induktif, deduktif dan diskriptif, artikel ini berusaha
untuk meneliti dan menganalisis ayat-ayat al-Quran yang dijadikan sebagai ruqyah
(jampi) dalam merawat pelbagai jenis penyakit manusia sama ada berbentuk penyakit
fizikal (jasmani) atau penyakit rohani.
Berhubung dengan ayat-ayat al-Quran yang dijadikan sebagai ruqyah dalam rawatan
sesuatu jenis penyakit, pengkaji merujuk kepada bahan rujukan berbentuk buku yang
digunapakai sebagai nota rujukan dalam kuliah pengajian ilmu pengubatan Islam.
Fokus utama adalah terhadap penggunaan ayat-ayat al-Quran yang dijadikan sebagai
ruqyah bagi rawatan sesuatu penyakit. Dengan itu, kajian ini memberi fokus terhadap
buku lima jilid yang diterbitkan oleh Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam
Malaysia (Darussyifa') yang ditulis oleh Dato Dr. Haron Din selaku pengasas dan
penasihat Darussyifa. 2 Selain itu, pengkaji juga merujuk kepada buku Ikhtiar
Penyembuhan Penyakit yang ditulis oleh penulis yang sam.3 Sebab utama pemilihan
kedua-dua buku ini adalah kerana ia mengandungi maklumat lengkap cara rawatan
Buku tersebut adalah Siri Pengajian Pengubatan Islam yang dijadikan sebagai teks pengajian
pengubatan Islam di Darussyifa, Bangi dan semua cawangannya. Siri buku ini terdiri daripada 5 jilid
iaitu: Jilid 1: Pengantar Pengubatan Islam; Jilid 2: Rawatan Penyakit Jasmani (I); Jilid 3: Rawatan
Penyakit Jasmani (II); Jilid 4: Rawatan Penyakit Rohani; dan Jilid 5: Rawatan Penyakit Akibat Sihir.
Siri buku ini telah diterbitkan pada tahun 2011 oleh Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam
Malaysia (Darussyifa').
3
Rujuk: TG Dato Dr. Haron Din, Ikhtiar Penyembuhan Penyakit: Dengan Ayat-Ayat dan Doa-Doa
Mustajab, (Bandar Baru Bangi, Selangor: Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia
(Darussyifa'), 2008).
2

The 4th Annual International Quranic Conference 2014 (MUQADDAS IV)


April 14-15, 2014, Organize by The Centre of Quranic Research (CQR), University of Malaya

sesuatu penyakit dan menjadi rujukan utama bagi semua ahli dan pelajar di
Darussyifa. Bahkan, ia turut menjadi teks pengajian pengubatan Islam di Darussyifa
sendiri.
Oleh itu, ayat-ayat al-Quran yang telah dikenalpasti dan digunakan sebagai ruqyah
bagi rawatan terhadap sesuatu penyakit itu akan dianalisis daripada sudut signifikan
penggunaan ayat-ayat tersebut terhadap sesuatu jenis penyakit. Hasil kajian ini dapat
mendedahkan kepada awam tentang peri pentingkan al-Quran dalam membantu
menyembuhkan penyakit manusia dan bagaimana al-Quran itu menjadi panduan
kepada kehidupan manusia khususnya dalam mengubati pelbagai penyakit yang
dihadapi oleh manusia sama ada penyakit jasmani ataupun rohani.
PENGGUNAAN AYAT AL-QURAN SEBAGAI RUQYAH PADA ZAMAN
RASULULLAH SAW DAN SAHABAT
Penggunaan ayat-ayat al-Quran sebagai ruqyah (jampi) dalam rawatan penyakit
merupakan satu perkara yang telah bermula sejak zaman penurunan al-Quran itu
sendiri lagi. Baginda SAW dan sebahagian daripada para Sahabat telah menggunakan
sebahagian daripada ayat-ayat al-Quran sebagai ruqyah untuk merawat pelbagai jenis
penyakit.
Antara peristiwa yang pernah berlaku adalah apabila Abi Said al-Khudri yang telah
membacakan surah al-Fatihah bagi membantu merawat seorang ketua kabilah yang
telah disengat kala jengking. Dengan keyakinan yang teguh daripada pihak Abi Said
al-Khudri dan takdir daripada Allah SWT, ketua kabilah tersebut disembuhkan oleh
Allah SWT. Selepas itu, Nabi SAW memperakukan apa yang dibacakan dan
dilakukan oleh Abi Said al-Khudri tersebut sehingga terbit ungkapan baginda:
Bagaimana kamu tahu bahawa al-Fatihah itu ubat (penawar)?4
Dalam situasi yang lain, Nabi SAW pernah ditimpa kesakitan dan baginda akan
membacakan al-Muawwidhat5 bagi merawat kesakitan tersebut. Hal yang sama juga
pernah dilakukan oleh Aishah ketikamana beliau membantu membacakan alMuawwidhat atas permintaan Nabi SAW bagi tujuan merawat kesakitan yang
dihadapi oleh Nabi SAW. Selepas itu beliau telah meniupkannya ke tapak tangan
Nabi SAW sebelum disapu ke seluruh tubuh badan Nabi SAW sepertimana dalam
hadith yang diriwayatkan daripada 'A'ishah RA.6


Hadith riwayat Muslim [Kitab al-Salam, Bab (
) ,
no.hadith 2201]. Muslim

bin al-Hajjaj Abu Husain al-Qusyairi al-Naisaburi, Sahih Muslim, ditahqiqkan oleh Ahmad
Muhammad Syakir, (Beirut: Dar Ihya al-Turath al-Arabi, 2014), j.4, h. 1727.
5
Al-Muawwidhat adalah merujuk kepada kombinasi tiga surah dalam al-Quran iaitu surah al-Ikhlas,
surah al-Falaq dan surah al-Nas.
6
Hadith daripada Aishah RA berkata:
4

Maksudnya: "Bahawasanya Nabi SAW telah merawat dirinya ketika sakit dengan membaca alMuawwidhat (tiga Qul). Apabila baginda sakit agak tenat (sebelum kewafatan), baginda meminta
agar aku ('Aishah RA) membaca dan meniupkan Muawwidhat ke tangannya (Nabi SAW) dan
menyapu (ke tubuh badan) baginda untuk mendapat keberkatan (daripada tangan baginda sendiri)."
Hadis riwayat al-Bukhari dalam sahihnya [Kitab al-Tibb, Bab {
} , no.hadith 5310]. Abu
Abd Allah Muhammad bin Ismail al-Bukhari al-Jafi selepas ini al-Bukhari, al-Jami al-Musnad al-

The 4th Annual International Quranic Conference 2014 (MUQADDAS IV)


April 14-15, 2014, Organize by The Centre of Quranic Research (CQR), University of Malaya

Kemudian, selain daripada situasi di atas, Nabi SAW turut menyarankan umat
baginda untuk beramal dengan surah-surah dan ayat-ayat tertentu bagi tujuan untuk
perlindungan diri daripada terkena penyakit sama ada penyakit fizikal ataupun
penyakit rohani. Antaranya galakan Nabi SAW supaya beramal dengan ayat 255
surah al-Baqarah atau dikenali sebagai ayat Kursi dengan tujuan untuk perlindungan
daripada gangguan dan hasutan syaitan.7 Demikian juga saranan supaya beramal dan
membaca surah al-Baqarah kerana rumah-rumah yang penghuninya tidak
membacakan surah al-Baqarah digambarkan sebagai tanah perkuburan yang merujuk
kepada rumah yang usang, berpenghunikan makhluk-makhluk halus dan tidak
mempunyai keberkatan di dalamnya. Bahkan, syaitan tidak akan memasuki rumah
yang sentiasa penghuninya membacakan surah al-Baqarah. Perkara ini jelas
disebutkan dalam hadith riwayat Abu Hurairah RA.8
Merujuk kepada apa yang telah disebutkan, jelas menunjukkan bahawa penggunaan
ayat-ayat al-Quran atau daripada surah-surah tertentu sebagai ruqyah dan amalan
boleh membantu untuk menyembuhkan penyakit serta membantu dalam melindungi
seseorang daripada terkena sesuatu penyakit. Apa yang jelas adalah, Nabi SAW dan
para sahabat turut mempraktikannya sebagai satu bentuk rawatan serta pencegahan
daripada terkena penyakit.
KONSEP AYAT AL-QURAN SEBAGAI RUQYAH DALAM RAWATAN
PENYAKIT
Apabila dirujuk kepada al-Quran, dalam konteks melihat al-Quran sebagai ruqyah
kesembuhan penyakit dapat diteliti pemahaman terhadap beberapa ayat yang jelas
menyebutkan hal tersebut.

Sahih al-Mukhtasar min Umur Rasulullah SAW wa Sunaninih wa Ayyamih (Sahih al-Bukhari),
ditahqiqkan oleh Muhammad Zahir bin Nasir al-Nasir, j.18, (Mansurah, Mesir: Dar Tuq al-Najah,
1422H)
7
Hadith daripada riwayat Abu Hurairah RA berkata:








:

:
.
.







Maksudnya: Rasulullah SAW telah menugaskan aku untuk menjaga hasil zakat kutipan pada bulan
Ramadan (makanan dll), tiba-tiba datang seseorang yang mengambil makanan. Aku pun merampasnya
(menangkapnya) dan berkata: Aku akan adukan hal kamu kepada Rasulullah SAW. Kemudian aku
pun menceritakannya, termasuk pesanan orang itu (kepadaku) yang berkata: Jika kamu ingin tidur
bacalah ayat al-Kursi nescaya kamu akan selalu berada dalam lindungan dan penjagaan Allah dan
syaitan tidak akan mendekatimu sehingga ke pagi. Nabi SAW bersabda lagi: Dia telah jujur
kepadamu padahal dia adalah pendusta, dia itu adalah syaitan.

Hadis sahih riwayat al-Bukhari [Kitab al-Wakalah, (







), no.hadith 2311). Lihat al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, j.3, h.101.
8
Hadith daripada Abi Hurayrah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: Janganlah kamu menjadikan rumah-rumah kamu sebagai


Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah
riwayat Muslim [Kitab Salah al-Musafirin wa Qasriha, (
no.hadith 780]. Lihat Muslim, Sahih Muslim, j.1, h.789.

tanah perkuburan.
al-Baqarah. Hadith
),


The 4th Annual International Quranic Conference 2014 (MUQADDAS IV)


April 14-15, 2014, Organize by The Centre of Quranic Research (CQR), University of Malaya

Pertama: Melalui al-Quran Allah SWT menyatakan pendirianNya bahawa kalam


Allah itu mampu untuk memberi kesembuhan penyakit kepada manusia sama ada
penyakit rohani ataupun jasmani (fizikal). Kenyataan ini berasaskan kepada
keterangan daripada ayat 82 surah al-Isra. Apabila dirujuk kepada tafsiran ayat ini,
Fakhr al-Din al-Razi contohnya menyatakan bahawa keseluruhan al-Quran adalah
penyembuh bagi orang-orang yang beriman. Ketahuilah bahawa kesembuhan itu
adalah terhadap semua penyakit rohani dan juga penyakit jasmani (fizikal).
Sedangkan, dari sudut penyembuhan terhadap penyakit rohani merangkumi dua jenis
iaitu penyembuhan dari sudut iktikad dan juga sudut akhlak yang buruk. Manakala
dari sudut penyembuhan penyakit jasmani, didapati bahawa mengambil keberkatan
dengan membacanya (yakni ayat-ayat al-Quran yang dijadikan sebagai ruqyah) dapat
membantu memyembuhkan banyak daripada penyakit manusia.9
Kedua: Al-Quran diturunkan untuk membantu menyembuhkan penyakit rohani
masyarakat. Antaranya adalah penyakit hati. Penyakit hati disebutkan dalam beberapa
ayat yang dikaitkan dengan sifat nifaq golongan munafik dan juga golongan yang
kufur kepada Allah SWT. Kenyataan ini dapat dirujuk kepada beberapa tempat di
dalam al-Quran seperti surah al-Baqarah ayat 10, surah al-Anfal ayat 49; surah alTawbah ayat 125; surah al-Hajj ayat 53; surah al-Nur ayat 50; surah al-Ahzab ayat 12
dan 60; surah Muhammad ayat 20 dan 29; dan surah al-Mudaththir ayat 31.
Selain daripada penyakit hati tersebut, terdapat beberapa jenis lagi penyakit rohani
yang turut berkaitan dengan hati yang disebutkan dalam al-Quran iaitu hati keras
(surah al-Anam ayat 34); penyakit riya (surah al-Nisa ayat 38); penyakit was-was
(surah Taha ayat 120 dan al-Araf ayat 20); penyakit lupa (surah al-Kahf ayat 63,
surah Yusuf ayat 42 dan surah al-Anam ayat 68); dan sifat membazir (surah al-Isra
ayat 27). Dengan bantuan dan petunjuk daripada al-Quran, pelbagai penyakit yang
berkaitan rohani dapat diubati. Keterangan ini bertepatan dengan kenyataan Allah di
dalam al-Quran dalam ayat 13 surah al-Rad yang menyatakan bahawa hanya dengan
mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Ini bermakna bahawa apabila sering
membaca kitab Allah, merenung dan menghayatinya, pasti dekat dengan Allah dan
dianugerahkan Allah ketenangan apabila sentiasa dekat denganNya.
Ketiga: Al-Quran menyebutkan penyakit yang pernah dihadapi oleh seseorang, lalu
dikemukakan juga solusi dalam penyelesaian terhadap penyakit tersebut. Pengajaran
ini dapat dirujuk kepada kisah Nabi Ayyub AS yang ditimpa penyakit kulit. Selepas
menceritakan perihal tersebut, Allah SWT menyebutkan juga penyelesaian terhadap
penyakit iaitu iaitu usaha daripada pihak baginda sendiri. Nabi Ayyub AS mengadu
kepada Allah sehingga Allah SWT memerintahkan agar baginda menghentak kaki
sehingga terpancarnya air. Air itu digunakan sebagai bahan rawatan melalui kaedah
minum dan mandi. Hal ini diceritakan dalam surah al-Anbiya ayat 83 dan surah Sad
ayat 42. Demikian juga sebab penurunan tiga surah yang dinamakan al-Muawwidhat
iaitu gabungan antara surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas yang diturunkan untuk
membantu menyembuhkan kesakitan yang dihadapi oleh Nabi SAW setelah baginda
telah disihir oleh seorang Yahudi bernama Labid bin al-Asam.

Abu Abd Allah Muhammad bin Umar bin al-Hasan al-Razi dikenali dengan nama Fakhr al-Din alRazi, Mafatih al-Ghaib, (Beirut: Dar Ihya al-Turath, 1420H), j.21, h.390.
9

The 4th Annual International Quranic Conference 2014 (MUQADDAS IV)


April 14-15, 2014, Organize by The Centre of Quranic Research (CQR), University of Malaya

Keempat: Selain menyebutkan tentang penyakit, al-Quran turut menyeru supaya


memohon perlindungan daripada terkena penyakit. Perkara ini dirujuk kepada usaha
dan ikthiar pemeliharaan diri daripada terkena penyakit. Antaranya al-Quran
mengajak supaya berlindung daripada hasutan dan gangguan syaitan (surah alMuminun ayat 97-98; surah al-Isra ayat 27; surah al-Anbiya ayat 82; surah alBaqarah ayat 168 dan ayat 275; dan surah Ali Imran ayat 36). Selain itu, al-Quran
turut menyatakan bahawa peri penting kepada perlindungan tersebut kerana syaitan
berusaha untuk mengikat manusia. Ikatan tersebut akan membawa kepada penyakit
kepada manusia. Perkara ini dapat dirujuk kepada beberapa ayat dalam surah al-Nisa
ayat 76; surah Fussilat ayat 36; surah Sad ayat 41-42; surah al-Nahl ayat 98; dan surah
al-Araf ayat 200.
Kelima: Al-Quran turut membantu mengkhabarkan bahan-bahan yang baik yang
sesuatu dijadikan sebagai ubat atau penawar kepada penyakit manusia. Contohnya,
Allah SWT menyebutkan tentang khasiat madu lebah yang bermanfaat untuk
penyembuhan dan penjagaan kesihatan manusia ini. Perkara ini dapat dirujuk pada
ayat 69 surah al-Nahl. Demikian dalam kisah ibu Nabi Isa AS yang menanggung
kesakitan bersendirian ketika mahu melahirkan anaknya itu. Bahkan ketika itu juga
Maryam berada dalam keadaan dukacita terhadap apa yang dihadapi itu. Namun,
Allah SWT telah membantu Maryam dengan meminta agar beliau mengoncangkan
pohon tamar agar dapat memakan buah tamar yang hampir masak itu sebagai salah
satu usaha untuk membantu meringankan bebanan yang ditanggung itu. Hal ini
diceritakan dalam surah Maryam pada ayat 23-25.
Berdasarkan kepada keterangan yang disebutkan jelas memberi pentunjuk bahawa alQuran adalah kalam Allah yang boleh membantu untuk penyembuhan penyakit
manusia sama ada penyakit rohani ataupun jasmani. Cuma, bagaimana manusia atau
umat Islam menjadikan al-Quran itu sebagai penyembuhan adalah terletak kepada
pemahaman, kemahuan dan kemahiran masing-masing.

RUQYAH DARIPADA
RAWATAN PENYAKIT

AL-QURAN

YANG

DIGUNAKAN

DALAM

Dalam penelitian yang dijalankan terhadap buku-buku yang dijadikan sebagai bahan
penyelidikan, pengkaji akan memilih secara rawak jenis penyakit yang ditawarkan
perkhidmatan rawatan di Darussyifa yang menggunakan ayat-ayat tertentu dan
khusus bagi sesuatu penyakit. Perlu untuk dinyatakan bahawa bagi rawatan
menggunakan ruqyah ini, tidak semestinya sesuatu penyakit hanya satu ayat sahaja
yang digunakan. Bahkan, kebanyakannya adalah kombinasi beberapa ayat, doa-doa
daripada hadith dan doa-doa yang baik serta selawat Nabi SAW. Cumanya, dalam
penelitian ini, fokus hanya kepada ayat al-Quran yang dijadikan sebagai ruqyah bagi
penyakit-penyakit tertentu sama ada berbentuk penyakit rohani ataupun jasmani.
Bagi mengelakkan perbahsan yang panjang, pengkaji meringkaskan dalam Jadual 1.0
di bawah:
Jadual 1.0: Senarai Penyakit dan Ruqyah Yang Digunakan Dalam Rawatan

The 4th Annual International Quranic Conference 2014 (MUQADDAS IV)


April 14-15, 2014, Organize by The Centre of Quranic Research (CQR), University of Malaya
NO.

JENIS PENYAKIT

NAMA SURAH DAB AYAT AL-QURAN YANG


DIJADIKAN SEBAGAI RUQYAH
Yunus (10): 81-82; Al-Araf (7): 118-122; Taha (20): 69;
al-Nisa (4): 84 & Yusuf (12):64
Al-Shuara (26): 130 & al-Buruj (85): 12-16
al-Waqiah (56): 19
Hud (11): 44
Al-Anbiya (21): 30
Al-Anbiya (21): 89; Ali Imran (3):38 & Al-Anbiya
(21): 30

1.

Rawatan Sihir

2.
3.
4.
5.
6.

Sakit Pinggang
Pening Kepala/ Sakit Kepala
Kayap
Lumpuh
Masalah Zuriat

7.

Sakit Dalam Dada Akibat


Sesak Nafas

Al-Sharh (94): 1-8; Al-Anam (6): 125 & al-Zumar (39):


22

8.

Sakit Dada: Dada Berdebardebar

Al-Rad (13): 28; Al-Anam (6): 13; Al-Syura(42):33 &


Al-Furqan: 45

Al-Nisa (4): 164


Al-Anbiya (21): 69
Al-Isra (17): 80
Taha (20): 1-5
Al-Qalam: 1-2
Hud (11): 44
Yasin (36): 78-79; Al-Baqarah (2): 259 & Al-Anbiya
(21): 30
Sumber: Buku Ikhtiar Penyembuhan Penyakit, , 2008 dan Siri Pengajian Pengubatan Islam, 2011
karya TG Dato Dr. Haron Din.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.

Lambat bercakap
Terkena Api
Tercekik Tulang
Pelembut Hati
Barah
Kencing Malam
Tulang Patah

PERBINCANGAN
Berdasarkan kepada perbahasan yang dikemukakan dapat jelaskan beberapa perkara
yang penting yang perlu diberikan perhatian, iaitu:
[Pertama]: Sebahagian al-Quran atau keseluruhan al-Quran itu sebagai penyembuh.
Imam al-Baghawi mengatakan bahawa min dalam ayat 82 surah al-Isra itu bukan
menunjukkan sebahagian tetapi membawa maksud bahawa diturunkan al-Quran itu
yang mengandungi keseluruhannya penyembuhan, yakni penyembuhan daripada
kesesatan, kejahilan, menerangkan segala percanggahan, menjelaskan kemusykilan,
menyembuhkan dari segala bentuk keraguan (syubhah) dan memberi petunjuk kepada
kekeliruan, bahkan ia penyembuh bagi hati iaitu dengan menghilangkan segala
kejahilan serta menjadi rahmat kepada orang-orang yang beriman. Kemudian alQuran tidak memberi manfaat kepada orang yang zalim, sedangkan bagi orang-orang
yang beriman dapat manfaat dan rahmat dari al-Quran itu.10
Imam al-Zamakhshari juga mengatakan bahawa min al-Quran itu dimaksudkan
juga li al-tabid (yakni sebahagian), iaitu segala sesuatu yang diturunkan daripada
al-Quran adalah penyembuhan bagi orang-orang yang beriman. Al-Quran
menambahkan keimanan mereka, memperbaiki agama mereka lalu al-Quran
menempatkan untuk mereka sebagai faktor (tempat) bagi penyembuhan daripada
Abu Muhammad al-Husayn bin Masud bin Muhammad bin al-Fara al-Baghawi, Maalim al-Tanzil
fi Tafsir al-Quran, ed. Abd al-Razzaq al-Mahdi, (Beirut: Dar Ihya al-Turath al-Arabi, 1420H), j.3,
h.158.
10

The 4th Annual International Quranic Conference 2014 (MUQADDAS IV)


April 14-15, 2014, Organize by The Centre of Quranic Research (CQR), University of Malaya

penyakit. Keterangan ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud:
Sesiapa yang tidak menjadikan al-Quran sebagai (sumber) penyembuhan, maka
tiadalah kesembuhan Allah padanya.11
Ibn Atiyyah memetik pandangan al-Qadi Abu Muhammad yang berkata bahawa alQuran itu benar diturunkan dalam bentuk sebahagian-sebahagian dalam usaha
penurunannya (kepada Nabi SAW). Seolah diturunkan al-Quran satu persatu yang
mana terdapat padanya (ayatnya) itu keseluruhannya shifa (penyembuhan).
Penggunaan istiah al-Shifa bagi al-Quran dikirakan sebagai al-Quran
menghilangkan keraguan, membuka penutup hati bagi memahami mukjizat dan tandatanda kekuasaan Allah yang menetapkan syariatNya. Diandaikan juga bahawa
dimaksudkan al-Shifa iaitu manfaatnya (yakni al-Quran) terhadap (penyembuhan)
penyakit dengan menggunaan ruqyah-ruqyah dan doa-doa perlindungan dan
sebagainya daripada al-Quran. Bahkan secara zahir al-Quran sendiri itu adalah
merupakan satu rahmat (Allah SWT). 12
Fakhr al-Din al-Razi mengatakan min pada ayat tersebut bukan bermaksud li altabid tetapi untuk menunjukkan jenis (li al-jins). Makna diturunkan daripada jenis
al-Quran itu yang terdapat padanya kesembuhan. Bahkan keseluruhan al-Quran itu
adalah penyembuhan bagi orang-orang yang beriman. Ketahuilah bahawa al-Quran itu
penyembuh bagi penyakit rohani dan juga penyakit jasmani. Penyembuhan terhadap
penyakit rohani adalah pada zahir al-Quran itu sendiri.13
Terdapat dua jenis penyakit rohani iaitu iktiqad yang batil dan akhlak yang buruk.
Iktiqad batil iailah merujuk kepada iktiqah yang rosak terhadap aspek ketuhanan,
kenabian, hari kiamat, serta qada dan qadar. Dengan itu, al-Quran menjadi dalil bagi
kebenaran tentang perkara-perkara tersebut dan menbatalkan segala anutan yang batil.
Al-Quran membatalkan segala anutan yang salah daripada segala penyakit batin dan
dengan sebab itu al-Quran adalah penyembuhan bagi jenis penyakit rohani ini.
Kemudian bagi akhlak yang buruk, maka al-Quran mengandungi keterangan dan
penjelasan terhadap segala bentuk kerosakan dan memberi petunjuk kepada akhlak
yang baik lagi sempurna dan amalan yang terpuji. Pandangan yang sama juga
dikemukakan oleh al-Khazin dalam tafsirnya.14
Oleh itu, kata Fakhr al-Din al-Razi lagi, al-Quran menjadi penyembuhan bagi
penyakit sedemikian. Maka, jelas bahawa al-Quran adalah penyembuh bagi segala
bentuk penyakit rohani. Manakala penyembuhan bagi penyakit jasmani pula adalah
mengambil barakah dengan membacanya yang dapat mengatasi pelbagai penyakit.15

Abu al-Qasim Mahmud bin Amru bin Ahmad al-Zamakhshari, al-Kashshaf an Ghawamid alTanzil, (Beirut: Dar al-Kitab al-Arabi, 1407H), j.2, h.689.
12
Abu Muhammad Abd al-Haq bin Ghalib bin Abd al-Rahman bin Tamam bin Atiyyah, alMuharrar al-Wajiz fi Tafsir al-Kitab al-Aziz, ed. Abd al-Salam Abd al-Shafi Muhammad, (Beirut:
Dar al-Kitab al-Arabi, 1407H), j.3, h.480
13
Abu Abd Allah Muhammad bin Umar bin al-Hasan bin al-Husayn al-Razi atau dikenali Fakhr alDin al-Razi, Mafatih al-Ghayb (al-Tafsir al-Kabir), (Beirut: Dar Ihya al-Turath al-Arabi, 1420H),
j.21, h.389-391.
14
Ala al-Din Ali bin Muhammad bin Ibrahim bin Umar al-Shiyahi atau lebih dikenali dengan alKhazin, Lubab al-Tawil fi Maani al-Tanzil, ed. Muhammad Ali Shahin, (Beirut: Dar al-Kutub alIlmiyyah, 1415H), j.3, h.143-144.
15
Fakhr al-Din al-Razi, Mafatih al-Ghayb, j.21, h.390.
11

The 4th Annual International Quranic Conference 2014 (MUQADDAS IV)


April 14-15, 2014, Organize by The Centre of Quranic Research (CQR), University of Malaya

Ibn Kathir pula menyatakan bahawa al-Quran tidak membawa datang kebatilan sama
ada dari apa jua keadaan. Al-Quran menghilangkan di dalam hati segala penyakit
manusia seperti penyakit syak, nifaq, syirik dan kecenderungan kepada kejahatan.
Bahkan al-Quran menyembuhkan segala penyakit tersebut. Al-Quran juga menjadi
rahmat iaitu melalui al-Quran akan meningkatkan keimanan, hikmah, kebaikan dan
cenderung kepada kebaikan. Hal ini tidak berlaku melainkan kepada sesiapa yang
membenarkan dan mengikutinya (yakni mengikuti petunjuk al-Quran).16
Dalam keterangan daripada hadith Nabi SAW, daripada Abi al-Ahwas bahawa
seorang lelaki bertemu dengan Abd Allah dan berkata:

" :






:

"

Maksudnya: Sesungguhnya saudaraku sakit, iaitu menanggung sakit pada


perutnya. Sesungguhnya bolehkah aku memberikan kepadanya arak untuk
diminum (bagi mengubatinya)? Kata Abd Allah: Maha Suci Allah, Allah tidak
sekali-kali memberikan kesembuhan pada bahan yang najis, tetapi Dia berikan
kesembuhan pada dua perkara iaitu: madu yang menyembuhkan penyakit
(fizikal) manusia, dan al-Quran yang dapat menyembuhkan (penyakit) di dalam
dada.17

Merujuk kepada perbincangan di atas, dapat dinyatakan bahawa al-Quran


keseluruhannya adalah penawar kepada penyakit manusia. Ini bermakna bahawa apa
jua penyakit dapat dirawat melalui terapi al-Quran. Walaupun demikian, ia
bergantung kepada bagaimana seseorang individu itu mengambil pengajaran dan
manfaat daripada al-Quran itu sendiri. Bahkan ia juga berkait rapat dengan tujuan dan
niat seseorang ketikamana menjadikan al-Quran itu sebagai wasilah penyembuhan.
Tambah lagi, apa yang diusaha yang dilakukan untuk mencari kesembuhan bagi
sesuatu penyakit, ia adalah ikhtiar semata-mata tetapi kesembuhan adalah milik Allah
SWT jua.
[Kedua]: Adakah merawat melalui ruqyah menafikan peranan doktor dalam rawatan
penyakit.
Berhubung dengan ikhtiar rawatan penyakit melalui kaedah terapi ruqyah, adakah
bermaskud bahawa menafikan peranan doktor dalam rawatan penyakit? Dalam isu
berkaitan dengan peranan doktor perubatan di hospital dan klinik, rawatan melalui
terapi ruqyah adalah sebagai salah satu bentuk ikhtiar rawatan sepertimana
mendapatkan rawatan daripada seorang doktor. Tidak wujud soal menafikan peranan
doktor dalam konteks usaha untuk mencari penawar bagi sesuatu penyakit. Hal ini
boleh dirujuk kepada beberapa hadith yang menyatakan bahawa Allah tidak
menurunkan sesuatu penyakit, melainkan bersamanya ubat. Ini bermakna Nabi SAW
memberikan galakkan dan sarankan agar berikhtiar mencari ubat apabila sakit atau
Abu al-Fida Ismail bin Umar bin Kathir al-Basri, Tafsir al-Quran al-Azim, ed. Shami bin
Muhammad Salamah, (Taybah: Dar Taybah li al-Nashr wa al-Tawzi, 1999), j.5, h.112.
17
Hadith riwayat al-Tabarani,[ no.hadith 8910]. Lihat Sulayman bin Ahmad bin Ayyub Abu al-Qasim
al-Tabarani (1404H/1983M), al-Mujam al-Kabir, ditahqiqkan oleh Humaidi bin Abd al-Majid alSalafi, al-Mawsal: Maktabah al-Ulum wa al-Hakam, j.9, h.184.
16

The 4th Annual International Quranic Conference 2014 (MUQADDAS IV)


April 14-15, 2014, Organize by The Centre of Quranic Research (CQR), University of Malaya

ditimpa sesuatu penyakit. Cuma, ia memerlukan usaha, kegigihan serta kesabaran


yang tinggi untuk mencari dan mendapatkan penawar yang sesuai dengan penyakit
tersebut.18 Daripada Abi Hurayrah RA, daripada Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: Tidaklah Allah SWT menurunkan sesuatu penyakit


melainkan diturunkan baginya ubat (kesembuhan).19
Manakala dalam riwayat Usamah bin Syarik RA berkata, sabda Nabi SAW:

Maksudnya: "Berubatlah kalian wahai hamba-hamba Allah, kerana Allah SWT tidak
menciptakan penyakit kecuali diciptakan juga bersamanya ubat, melainkan satu
penyakit sahaja iaitu penyakit tua."20
Dalam hadith yang lain, diriwayatkan dari Abi Darda RA, Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dan ubat dan menyediakan


bagi setiap penyakit itu ubat. Maka berubatlah, dan janganlah kamu berubat dengan
benda yang diharamkan.21
Ibn Battal mengatakan bahawa pada hadith riwayat al-Bukhari di atas (yakni hadith
Abi Hurayrah RA), jelas menunjukkan bahawa keharusan untuk berikhtiar mencari
ubat. Bahkan beliau menyangkal pendapat golongan sufi yang menyangka bahawa
kewalian (mencapai tahap seorang wali) tidak sempurna melainkan reda terhadap
semua musibah atau bala yang diturunkan dan tidak perlu baginya untuk mencari ubat.
Sedangkan, Nabi SAW jelas mengharuskan perkara tersebut. 22 Manakala Ibn Hajar
dalam Fath al-Bari merumuskan dengan mengaitkan pada semua riwayat di atas
18

Selain daripada hadith yang disebutkan, terdapat hadith-hadith lain yang menggalakkan umat Islam
berikhtiar mencari ubat bagi mengubati suatu penyakit, iaitu: Daripada Jabir RA, daripada Rasulullah



SAW bersabda: (
) Maksudnya: Setiap penyakit ada ubatnya.

Apabila sesuatu ubat dapat mengubati sesuatu penyakit, maka ia sembuh dengan izin Allah Azza wa
) , no.hadith 5741]. Lihat
Jalla. [Hadith riwayat Muslim [Kitab al-Salam, (


Muslim bin al-Hajjaj Abu Husain al-Qusyairi al-Naisaburi, Sahih Muslim dalam Mawsuah al-Hadith
al-Sharif al-Kutub al-Sittah, (al-Riyad: Dar al-Salam li al-Nashr wa al-Tawzi. 2000), h. 1069.
19
Hadith riwayat al-Bukhari [Kitab al-Tibb, (
) ,
no.hadith 5678]. Lihat Bukhari,
Abu Abd Allah Muhammad bin Ismail al- al-Jafi, Sahih al-Bukhari dalam Mawsuah al-Hadith alSharif al-Kutub al-Sittah, (al-Riyad: Dar al-Salam li al-Nashr wa al-Tawzi, 2000), h.486.
20
Hadith riwayat Ibn Majah [Kitab al-Tibb, (
) ,
no.hadith 3436. Ibn Majah, Abu
Abd Allah Muhammad bin Yazid al-Qazwaini (1417H), Sunan Ibn Majah, dalam Mawsuah alHadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah, al-Riyad: Maktabah al-Maarif li al-Nashr wa al-Tawzi, h. 2684
21

Hadith riwayat Abu Dawud [Kitab al-Tibb, (


) ,
no.hadith 3874. Abu Dawud,
Sulayman bin al-Asyat al-Sajastani al-Azdi (2000), Sunan Abi Dawud, dalam Mawsuah al-Hadith alSharif al-Kutub al-Sittah, al-Riyad: Dar al-Salam li al-Nashr wa al-Tawzi, h.1507
22
Abu al-Hasan Ali bin Khalf bin Abd al-Malik bin Battal al-Kubra al-Qurtubi selepas ini Ibn Battal
(1423H/2003M), Sharh Sahih al-Bukhari, ditahqiqkan oleh Abu Tamim Yasir bin Ibrahim, al-Riyad:
Maktabah al-Rushd, j.9, h.394.

10

The 4th Annual International Quranic Conference 2014 (MUQADDAS IV)


April 14-15, 2014, Organize by The Centre of Quranic Research (CQR), University of Malaya

dengan tambahan daripada beberapa riwayat yang lain bahawa setiap penyakit ada
ubatnya kerana Allah SWT menurunkan sesuatu penyakit bersama dengan
penawarnya.23
Oleh yang demikian, dalam hadith-hadith yang dinyatakan, Rasulullah SAW
menggalakkan umat baginda untuk berikhtiar mencari ubat, namun cara dan
pendekatan berikhtiar tersebut adalah bergantung kepada kepandaian dan kepintaran
masing-masing. Perkara utama yang diberi penekanan adalah tidak mencampurkan
antara hak dengan batil yakni tidak berubat dengan menggunakan bahan ubatan yang
diharamkan seperti najis, arak dan sebagainya. Apa yang penting dan utama adalah
ketika berusaha mencari ikhtiar rawatan, pastikan mengikuti syariat Islam.
Kemudian dalam berubat pula, keyakinan tentang kesembuhan pula adalah hanya
milik Allah SWT sahaja. Hal ini kerana apa jua pekerjaan yang dilakukan, niat adalah
perkara utama yang ditekankan. Dengan niat yang baik, akan menentukan hala tuju
sesuatu amalan itu sama ada diterima atau ditolak. Oleh itu, ketika berikhtiar mencari
ubat, letakkan keyakinan bahawa hanya Allah yang Maha Penyembuh penyakit,
lainya adalah sekadar ikhtiar dan usaha manusia sahaja.
Dari itu, jelas menunjukkan bahawa al-Quran adalah kalam Allah yang mampu untuk
memberikan nilai kesembuhan penyakit jasmani dan rohani manusia. Bahkan, bukan
sekadar ayat-ayat tertentu sahaja, tetapi keseluruhan al-Quran itu mendatangkan
petunjuk dan hidayah kepada semua manusia. Kemudian, melalui panduan hadith
Nabi SAW, baginda sangat menggalakkan orang yang sakit supaya berikhtiar mencari
ubat dan penawar sesuatu penyakit. Pendekatan rawatan melalui penggunaan ruqyah
daripada al-Quran adalah salah satu pendekatan yang boleh diamalkan dan bertepatan
dengan keterangan al-Quran dan penjelasan daripada Nabi SAW.
HASIL ANALISIS
ANALISIS SIGNIFIKAN PENGGUNAAN AYAT-AYAT AL-QURAN DALAM
RAWATAN PENYAKIT
Berdasarkan kepada jenis penyakit dan ayat-ayat yang digunakan sebagai ruqyah bagi
sesuatu penyakit itu, pengkaji dapat menyatakan bahawa terdapat empat signifikan

23

Maksud diturunkan ubat adalah diturunkan ilmu tentang penyakit itu di atas lidah Nabi SAW, atau
diibaratkan dengan turun itu sebagai takdir. Tambahan lagi, konsep berubat itu terikat hanya kepada
perkara-perkara yang dihalalkan sahaja, kerana tidak harus untuk berubat dengan sesuatu yang
diharamkan. Manakala hadith riwayat Jabir pula mengisyaratkan bahawa kesembuhan terhadap
penyakit tertakluk kepada keizinan Allah SWT. Hal ini kerana, kemungkinan sesuatu penyakit itu telah
dilakukan pelbagai kaedah dan rawatan serta berapa jumlah ubat yang diberi, namun masih tidak
berjaya. Tambahan lagi, dalam hadith Ibn Masud pula, ia adalah isyarat bahawa sebahagian ubat tidak
diketahui oleh sesiapa pun kerana ia telah ditetapkan sebab-sebabnya demikian. Akan tetapi ia tidak
pula menafikan tawakkal kepada Allah SWT. Oleh itu, sesiapa yang beriktikad bahawa kesembuhan
itu adalah dengan izin Allah dan takdirnya (iaitu ketentuan dari Allah), sesungguhnya ia yakin dengan
kekuasaan Allah padanya. Bahkan, sesuatu ubat itu boleh menjadi penyakit atau racun jika ditakdirkan
Allah SWT sedemikian. Dari itu, penyakit yang dihadapi adalah di atas takdir (ketentuan) dan
kehendak Allah SWT terhadapnya, sedangkan berubat (ikhtiar rawatan) bukan pula menafikan konsep
tawakkal kepadaNya sepertimana untuk menghilangkan lapar dan dahaga, sudah pasti perlu makan dan
minum. Lihat Ibn Hajar (1421H/2001M), Fath al-Bari, op.cit., j.10, h.141-142.

11

The 4th Annual International Quranic Conference 2014 (MUQADDAS IV)


April 14-15, 2014, Organize by The Centre of Quranic Research (CQR), University of Malaya

yang membawa kepada penggunaan ayat-ayat al-Quran tertentu sebagai ruqyah


rawatan iaitu:
[Pertama]: Signifikan dengan tema ayat atau kalimah yang terkandung di dalam ayat
yang berkaitan dengan penyakit.
Dalam aspek ini, didapati bahawa kebanyakan ruqyah yang dibacakan ke atas
penyakit adalah merujuk kepada tema atau terdapat kalimah khusus yang mewakili
penyakit atau berkaitan dengan tempat yang sakit atau mewakili anggota badan yang
terkena penyakit.
Contohnya, kombinasi ruqyah yang digunakan dalam rawatan penyakit yang
berkaitan dengan sihir adalah terdiri daripada komibinasi beberapa ayat yang jelas
berkaitan dengan tema sihir iaitu ayat 81-82 surah Yunus; ayat 118-122 surah alAraf; ayat 69 surah Taha; ayat 84 surah al-Nisa dan ayat 64 surah Yusuf. 24
Keseluruhan ayat tersebut menyentuh tentang sihir.
Dalam ayat 81-82 surah Yunus, ayat 118-122 surah al-Araf dan ayat 69 surah Taha
Allah SWT menyebutkan tentang sihir yang berlaku pada zaman Nabi Musa AS,
usaha Nabi Musa AS bersama Nabi Harun AS memerangi sihir dan berlawan dengan
ahli tukang sihir Firaun serta Allah membatalkan sihir-sihir yang dilakukan oleh
tukang-tukang sihir Firaun tersebut. Manakala ayat ayat 84 surah al-Nisa dan ayat 64
surah Yusuf adalah kombinasi ayat untuk memohon pemeliharaan dan penjagaan
daripada Allah SWT daripada terkena penyakit sihir khususnya dan umumnya
daripada segala gangguan makhluk halus.
Manakala dalam rawatan sakit kepala atau pening kepala, ayat yang digunakan
sebagai ruqyah adalah ayat 19 surah al-Waqiah. Dalam ayat itu terdapat tema ayat
yang menyebutkan tentang keadaan golongan yang mendapat Syurga Allah yang akan
hidup di dalamnya dalam keadaan senang lenang dan disediakan pelbagai
kenikmatan. Bahkan mereka tidak akan merasai pening dan tidak pula mabuk.
Kemudian, sama juga dalam rawatan terhadap sakit dalam dada akibat sesak nafas.
Kombinasi ruqyah rawatnnya adalah terdiri daripada ayat 1-8 surah al-Sharh, ayat 125
surah al-Anam dan ayat 22 surah al-Zumar. Keseluruhan ayat tersebut mempunyai
tema yang berkaitan dengan dada dan permohonan supaya dilapangkan dada di mana
Allah SWT menyatakan bahawa apabila seseorang itu diberikan hidayah Islam, maka
Allah SWT akan melapangkan dada mereka. Jadi, konsep lapang dada itu
menunjukkan permintaan supaya masalah sesak dada dapat disembuhkan dan
dilapangkan dada.
Demikian dalam rawatan sakit dada iaitu dada berdebar-debar. Kombinasi ayat yang
dijadikan ruqyah dalam rawatan adalah ayat 28 surah al-Rad, ayat 13 surah alAnam, ayat 33 surah al-Shura dan ayat 45 surah al-Furqan. Keseluruhan ayat itu
mengandungi tema khusus iaitu memohon ketenangan dan ketenteraman daripada
segala kegelisahan dan permasalahan. Terdapat kalimah sakana dan tatmainn
yang membawa maksud ketengangan.
Haron Din, Dato Dr., Rawatan Penyakit Akibat Sihir, Jilid 5, (Bandar Baru Bangi, Selangor:
Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa), 2011), h. 161-163.
24

12

The 4th Annual International Quranic Conference 2014 (MUQADDAS IV)


April 14-15, 2014, Organize by The Centre of Quranic Research (CQR), University of Malaya

Kemudian, dalam merawat masalah tulang patah akibat terjatuh, kemalangan dan
sebagainya, ruqyah yang digunakan dalam rawatan adalah kombinasi ayat 78-79
surah Yasin, ayat 259 surah al-Baqarah dan ayat 30 surah al-Anbiya. Signifikan
penggunaan ayat-ayat tersebut adalah berkait rapat dengan tema tersebut. Dalam ayat
78-79 surah Yasin Allah SWT menyebutkan tentang kekuasaanNya yang mampu
untuk menghidupkan kembali tulang bendulang yang telah hancur seperti debu.
Manakala pada ayat 259 surah al-Baqarah juga Allah SWT mahu menunjukkan
kekuasaanNya menghidupkan kembali keldai daripada tulang-tulang keldai yang telah
hancur itu. Pada ayat 30 surah al-Anbiya, seperti yang disebutkan ia menjelaskan
tentang asal kejadian makhluk daripada air dan kekuasaan Allah SWT untuk
menghidupkan sesuatu.
[Kedua]: Pengajaran terhadap kisah dan pengajaran disebalik penurunan ayat.
Dalam situasi yang kedua pula, sebahagian ayat yang digunakan dalam rawatan
sesuatu penyakit adalah bersesuai dengan pengajaran terhadap kisah dan disebalik
penurunan ayat tersebut. Contohnya, ayat 1-5 dari surah Taha, digunakan sebagai
ruqyah untuk rawatan pelembut hati iaitu berkaitan dengan penyakit seseorang yang
bersikap kasar dan keras hati atau keras hati. Kisah disebalik ayat ini adalah merujuk
kepada pengajaran yang dipetik daripada kisah pengislaman Saidina Umar al-Khattab
yang mendengar ayat tersebut sehingga melembutkan hati beliau yang keras
menentang Islam sebelum itu. Ayat tersebut menjadi faktor Saidina Umar al-Khattab
mendapat hidayah Allah dan melembutkan hati beliau untuk menerima Islam. Pada
masa yang sama Allah memaqbulkan doa Nabi SAW agar dikuatkan Islam dengan
salah seorang daripada dua Umar.25
Demikian juga dalam rawatan berhubung dengan masalah sukar mendapatkan zuriat,
ayat yang digunakan sebagai ruqyah adalah ayat 30 dan 89 surah al-Anbiyadan ayat
38 surah Ali Imran.
Dalam ayat 89 surah al-Anbiya dan ayat 38 surah Ali Imran, terdapat signifikan
yang jelas daripada kisah berkaitan dengan permohonan dan doa Nabi Zakaria AS
untuk mendapatkan anugerah anak. Signifikan terhadap doa yang dipohon oleh Nabi
Zakaria tersebut, ia dijadikan sebagai ruqyah dalam usaha ikhtiar untuk mendapatkan
zuriat dan juga mengambil pengajaran daripada kisah tersebut. Manakala dalam ayat
30 surah al-Anbiya' pula, terdapat signifikan yang jelas di mana Allah SWT
menyatakan bahawa setiap sesuatu asal kejadian makhluk itu adalah daripada air.
Berasaskan kepada keterangan Allah bahawa kejadian makhluk itu semuanya
berasaskan kepada air, maka amat sesuai ruqyah itu digunakan sebagai ruqyah untuk
rawatan kesukaran mendapatkan anak. Hal ini kerana manusia dan semua makhluk itu
adalah ciptaan Allah SWT.
25

Rujuk kepada hadith daripada Ibn Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: Ya Allah! Engkau kuatkan Islam dengan (pengislaman) Abu Jahal bin Hisham atau
dengan (pengislaman) Umar bin al-Khattab. Kata Ibn Abbas lagi: Setelah paginya (pagi Jumaat),
maka pergilah Umar bertemu dengan Rasulullah SAW dan beliau memeluk Islam. Kata al-Tirmidhi
hadith ini gharib dengan wajah ini. Lihat Muhammad bin Isa Abu Isa al-Tirmidhi al-Sulami, al-Jami
al-Sahih Sunan al-Tirmidhi, ditahqiqkan oleh Ahmad Muhammad Syakir et.al, (Misr: Sharikah
Maktabah wa Matbaah Mustafa al-Babi al-Halabi, 1975), j.5, h.618.

13

The 4th Annual International Quranic Conference 2014 (MUQADDAS IV)


April 14-15, 2014, Organize by The Centre of Quranic Research (CQR), University of Malaya

[Ketiga]: Pemahaman tersirat disebalik maksud ayat al-Quran


Dalam kisah berkaitan dengan Nabi Musa AS, Allah SWT telah memberikan
kemampu kepada baginda untuk bercakap secara terus. Perkara itu diabadikan dalam
ayat 169 surah al-Nisa'. Permahaman terhadap maksud disebalik kisah ini, maka ayat
ini telah dijadikan sebagai ruqyah bagi merawat kanak-kanak yang lambat bercakap.
Signifikannya adalah kerana kemampuan bercakap secara terus itu adalah
kemampuan tertinggi yang dianugerahkan Allah SWT kepada Nabi Musa AS. Oleh
sebab itu, dijadikan ayat ini sebagai ruqyah rawatan bagi kanak-kanak yang lambat
bercakap.
Demikian juga bagi kesakitan akibat daripada terkena api atau sesuatu yang panas,
maka ruqyah yang digunakan adalah ayat 69 surah al-Anbiya'. Dalam ayat ini
menyebutkan tentang arahan Allah SWT terhadap unggun api yang digunakan oleh
Raja Namrud yang mahu membakar Nabi Ibrahim AS. Arahan Allah SWT, sifat api
yang panas dan membakar itu menjadi sejuk dan tidak membakar menjadi signifkan
terhadap penggunaan ayat ini sebagai ruqyah bagi merawat kesan terbakar atau
terkena api atau bahan yang panas.
Manakala dalam rawatan penyakit lumpuh pula, ayat yang dijadikan sebagai ruqyah
adalah ayat 30 surah al-Anbiya. Lumpuh adalah penyakit yang menyebabkan
anggota badan mati atau tidak dapat berfungsi disebabkan oleh gangguan pada saraf.
Oleh sebab itu, pada ayat 30 surah al-Anbiya ini, Allah SWT menyebutkan bahawa
segala makhluk ciptaanNya adalah daripada sumber air. Jadi, difahami bahawa dalam
ayat itu menyeru supaya aggota yang tidak berfungsi itu kembali hidup yakni
berfungsi seperti sediakala. Namun demikian, dalam rawatan lumpuh terdapat
beberapa pendekatan lain yang dilakukan seperti urutan, menanam pesakit dalam
pasir dan sebagainya. Ayat tersebut hanya sebagai ruqyah sahaja.
Dalam rawatan terhadap masalah tercekik tulang pula, ruqyah yang digunakan adalah
ayat 80 surah al-Isra. Pengunaan ayat ini adalah berasaskan kepada pemahaman
terhadap ayat iaitu konsep masuk dan keluar. Apabila masuknya makanan ke dalam
mulut makan masuklah dengan baik, sedangkan apabila keluar juga keluarlah dengan
baik. Jadi, tercekik tulang itu menandakan wujudnya masalah. Melalui doa ini
dipohon agar yang tercekik itu dapat dilepaskan dan menyelamatkan orang yang
tercekik itu.
Bagi penyakit barah pula, ayat yang dijadikan sebagai ruqyah adalah ayat 1 dan 2
surah al-Qalam. Barah adalah penyakit yang disebabkan oleh virus yang menggangu
sel dalam badan manusia. Berlakunya barah apabila sel dalam badan tersebut menjadi
gila. Oleh sebab itu, dijadikan ayat tersebut sebagai usaha dan ikhtiar untuk
memohon agar sel tersebut tidak memberontak sehingga menyebabkan berlakunya
barah. Semuanya adalah pemahaman berasaskan kepada maksud yang tersirat
daripada ayat dan dikaitkan dengan penyakit tersebut.
Demikian juga berkaitan dengan masalah kencing malam yang sering berlaku kepada
kanak-kanak apabila tidur. Sebagai usaha dan ikhtiar masalah ini, ayat ruqyah yang
digunakan adalah daripada ayat 44 surah Hud. Dalam ayat ini Allah SWT
memerintahkan agar bumi menelan air dan langit berhenti menurunkan hujan dalam

14

The 4th Annual International Quranic Conference 2014 (MUQADDAS IV)


April 14-15, 2014, Organize by The Centre of Quranic Research (CQR), University of Malaya

peristawa banjir besar yang berlaku pada zaman Nabi Nuh AS sehingga
menenggelamkan semuanya termasuk gunung ganang. Signifikan kepada arahan
Allah supaya bumi menahan air daripada keluar dan langit menahan air daripada
turun, menjadi sebab kepada penggunaan ruqyah ini sebagai penahan daripada
kencing malam.
[Keempat]: Merujuk kepada pengalaman dan ilmu yang dipelajari atau diwarisi
daripada pengalaman orang lain.
Perkara ini merujuk kepada sebahagian penyakit yang dirawat menggunakan
kombinasi ayat-ayat tertentu sebagai ruqyah, namun dalam ayat tersebut tidak
menjelaskan ketiga-tiga ciri sebelum ini. Pengkaji melihat bahawa ia sangat berkait
dengan pengalaman dan ilmu warisan daripada orang-orang tua terdahulu. Ini
bermakna bahawa sesuatu ayat itu telah menjadi satu amalan turun temurun atau
daripada petua-petua orang tua-tua telah diamalkan bagi rawatan penyakit dan
berdasarkan pengamalan itu, ternyata ia memberi kesan kesembuhan terhadap
penyakit tersebut. Sedangkan pada ayat itu tidak mengandugi tema, mempunyai asbab
al-nuzul namun tiada kaitan dengan penyakit dan sebagainya lagi.
Contohnya, dalam rawatan sakit pinggang, ayat yang digunakan sebagai ruqyah
adalah kombinasi ayat 130 surah al-Shuara dan ayat 12-16 surah al-Buruj. Dalam
ayat 130 surah al-Shuara menyebutkan tentang memukul dan menyeksa dengan
kejam. Manakala dalam ayat 12-16 surah al-Buruj menceritakan tentang kekuasaan
Allah SWT. Jadi, tiada sebarang tema atau sebab penurunan yang dapat dikaitkan
dengan penyakit. Namun, ia adalah berasaskan kepada pengamalan dan ilmu yang
diwarisi daripada orang-orang tua terdahulu yang menggunakan ayat ini sebagai
ruqyah dalam rawatan penyakit tersebut.
Demikian juga dalam rawatan penyakit kayap. Ruqyah yang digunakan dalam ayat 44
surah Hud. Secara umumnya, tiada sebarang tema dalam ayat untuk dikaitkan
penyakit atau berkait dengan sebab penurunan ayat. Ayat ini dijadikan ruqyah
berasaskan kepada pengalaman dalam kalangan masyarakat yang mendalami ilmu
berkaitan dengan penyakit. Bahkan, berasaskan kepada pengalaman itu, mereka telah
berjaya untuk membantu menyembuhkan penyakit tersebut dengan izin Allahn SWT.
Pengkaji meringkaskan perbahasan dalam bentuk jadual di bawah. Lihat Jadual 2.0 di
bawah.
Jadual 2.0: Senarai Jenis Penyakit, Ayat-Ayat Ruqyah Rawatan dan Signifikan Ayat Terhadap
Rawatan Penyakit
NO.

JENIS PENYAKIT

16.

Rawatan Sihir

AYAT AL-QURAN
YANG DIJADIKAN
SEBAGAI RUQYAH
Yunus (10): 81-82
Al-Araf (7): 118-122
Taha (20): 69
al-Nisa (4): 84
Yusuf (12):64

15

SIGNIFIKAN AYAT DENGAN


PENYAKIT
Tema Sihir
Konsep memohon pembatalan sihir
Menceritakan tentang kemenangan di pihak
yang hak dan hancurnya kebatilan (sihir)
Sihir adalah tipu daya dan perbuatan tukang
sihir tidak akan berjaya
Pengakuan kekuatan Allah
Memohon pemeliharaan daripada kejahatan

The 4th Annual International Quranic Conference 2014 (MUQADDAS IV)


April 14-15, 2014, Organize by The Centre of Quranic Research (CQR), University of Malaya
Al-Shuara (26): 130
al-Buruj (85): 12-16
al-Waqiah (56): 19

17.

Sakit Pinggang

18.
19.
20.

Pening
Kepala/
Sakit Kepala
Kayap
Lumpuh

21.

Masalah Zuriat

22.

Sakit Dalam Dada


Akibat Sesak Nafas

23.

Sakit Dada: Dada


Berdebar-debar

24.

Lambat bercakap

Al-Anbiya (21): 89
Ali Imran (3):38
Al-Anbiya (21): 30
Al-Sharh (94): 1-8/
Al-Anam (6): 125
al-Zumar (39): 22
Al-Rad (13): 28
Al-Anam (6): 13
Al-Syura(42):33
Al-Furqan (25): 45
Al-Nisa (4): 164

25.

Terkena Api

Al-Anbiya (21): 69

26.

Tercekik Tulang

Al-Isra (17): 80

27.

Pelembut Hati

Taha (20): 1-5

28.

Barah

Al-Qalam: 1-2

29.

Kencing Malam

Hud (11): 44

30.

Tulang Patah

Yasin (36): 78-79


Al-Baqarah (2): 259
Al-Anbiya (21): 30

Hud (11): 44
Al-Anbiya (21): 30

Pengalaman pengamal
Terdapat istilah pening dalam ayat
(tema ayat)
Pengalaman pengamal
Tema ayat: menyebutkan bahawa setiap yang
hidup itu diciptakan daripada air- signifikan
kepada lumpuh yang disebabkan kematian sel
tulang belakang dll
Pengajarah daripada kisah Nabi Zakaria AS

Tema ayat: Memohon dilapangkan dada

Tema ayat: berhubung dengan kalimah


sakana dan itainna yang merujuk kepada
maksud
memohon
ketenangan
dan
ketenteraman
Pengajaran daripada kisah Nabi Musa yang
boleh berkomunikasi secara langsung dengan
Allah
Pengajaran daripada kisah Nabi Ibrahim yang
dicampakkan ke dalam api
Tersirat:
Kalimah: konsep masuk dan keluar dengan
kemuliaan (baik/selamat)
Pengajaran Kisah pengislaman Umar alKhattab
Berkaitan dengan virus barah yang menggila
(terkait dengan kalimah majnun)
Ayat supaya air ditahan daripada keluar
(bumi menelan air dan langit menahan
daripada menurunkan air (hujan)
Tema ayat: menghidupkan tulang-tulang
Penyusunan tulang bendulang oleh Allah
Setiap kejadian daripada air

Sumber: Hasil rumusan terhadap analisis yang dijalankan.

KESIMPULAN
Daripada segala perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa:
Pertama: Al-Quran merupakan kitab wahyu dan Kalam Allah yang merupakan
mukjizat kepada Nabi SAW. Salah satu kemukjizatan al-Quran adalah mampu untuk
membantu menyembuhkan penyakit jasmani dan rohani manusia. Cumanya
diserahkan kepada manusia bagaimana untuk memanfaatkan wahyu dan Kalam Allah
tersebut. Apa yang pasti al-Quran itu adalah petunjuk jalan kepada manusia dan Nabi
SAW sebagai utusan yang bertanggungjawab untuk menjelaskan kandungannya.
Kedua: Merujuk kepada perbincangan, hanya sebahagian daripada ayat-ayat al-Quran
yang digunakan sebagai ruqyah dalam rawatan sesuatu penyakit. Bahkan, kadang kala
hanya satu ayat atau sepotong ayat sahaja. Oleh itu, perlu untuk dijelaskan bahawa
ketika rawatan dijalankan, tidak bermakna bahawa hanya ayat tersebut dibacakan

16

The 4th Annual International Quranic Conference 2014 (MUQADDAS IV)


April 14-15, 2014, Organize by The Centre of Quranic Research (CQR), University of Malaya

sebagai ruqyah. Kemungkinan ayat tersebut dikombinasikan dengan doa-doa yang


lain atau ayat-ayat lain sebagai tambahan dalam rawatan tersebut. Dalam hal ini, tidak
timbul isu bahawa sesuatu penyakit itu bergantung kepada satu jenis ruqyah sahaja,
tetapi kemungkinan gabungan dan kombinasi dengan beberapa doa yang lain.
Ketiga: Walaupun sesuatu penyakit itu mempunyai signifikan yang jelas tersurat atau
tersirat, merujuk kepada penelitian, pengkaji dapat menyatakan bahawa ia bergantung
sepenuhnya kepada sumber ilmu yang dipelajari oleh seseorang perawat atau
pengamal itu dalam menggunakan sesuatu ayat atau kombinasi ayat-ayat tertentu
sebagai ruqyah. Hal ini dibuktikan bahawa dalam kajian yang pernah dijalankan oleh
pengkaji sebelum ini.26 Sekalipun jenis penyakit yang sama, kadang kala kombinasi
ayat-ayat ruqyah tersebut adalah berbeza. Kadang kala, ilmu yang dipelajari daripada
beberapa orang guru itu digabungkan atau disenergikan sehingga lahir kombinasi baru
berdasarkan kepada ijtihad pengamal itu sendiri. Oleh sebab itu, ia kombinasi ayatayat ruqyah untuk merawat sesuatu penyakit adalah berbeza.

BIBLIOGRAFI DAN RUJUKAN


Abu Dawud, Sulayman bin al-Asyat al-Sajastani al-Azdi (2000), Sunan Abi Dawud,
dalam dalam Mawsuah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah, al-Riyad:
Dar al-Salam li al-Nashr wa al-Tawzi.
Baghawi, Abu Muhammad al-Husayn bin Masud bin Muhammad bin al-Fara alBaghawi, Maalim al-Tanzil fi Tafsir al-Quran, ed. Abd al-Razzaq alMahdi, (Beirut: Dar Ihya al-Turath al-Arabi, 1420H).
Bukhari, Abu Abd Allah Muhammad bin Ismail al- al-Jafi, Sahih al-Bukhari dalam
Mawsuah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah, (al-Riyad: Dar al-Salam
li al-Nashr wa al-Tawzi, 2000).
Bukhari, Abu Abd Allah Muhammad bin Ismail al-Bukhari al-Jafi selepas ini al-,
al-Jami al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar min Umur Rasulullah SAW wa
Sunaninih wa Ayyamih (Sahih al-Bukhari), ditahqiqkan oleh Muhammad
Zahir bin Nasir al-Nasir, j.18, (Mansurah, Mesir: Dar Tuq al-Najah, 1422H)
Fakhr al-Din al-Razi, Abu Abd Allah Muhammad bin Umar bin al-Hasan al-Razi,
Mafatih al-Ghaib, (Beirut: Dar Ihya al-Turath, 1420H).
Fakhr al-Din al-Razi, Abu Abd Allah Muhammad bin Umar bin al-Hasan bin alHusayn al-Razi, Mafatih al-Ghayb (al-Tafsir al-Kabir), (Beirut: Dar Ihya
al-Turath al-Arabi, 1420H).
Haron Din, Dato Dr., Rawatan Penyakit Akibat Sihir, Jilid 5, (Bandar Baru Bangi,
Selangor: Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia
(Darussyifa), 2011).
Haron Din, Dato Dr., Rawatan Penyakit Akibat Sihir, Jilid 5, (Bandar Baru Bangi,
Selangor: Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia
(Darussyifa), 2011).
Khadher Ahmad, Analisis Hadith-Hadith Mengenai Rawatan Sihir Dalam al-Kutub al-Sittah:
Aplikasi di Pusat Rawatan Islam di Malaysia, (Tesis PhD, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2012).
26

17

The 4th Annual International Quranic Conference 2014 (MUQADDAS IV)


April 14-15, 2014, Organize by The Centre of Quranic Research (CQR), University of Malaya

Haron Din, TG Dato Dr. Ikhtiar Penyembuhan Penyakit: Dengan Ayat-Ayat dan
Doa-Doa Mustajab, (Bandar Baru Bangi, Selangor: Persatuan Kebajikan
dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa'), 2008).
Ibn Atiyyah, Abu Muhammad Abd al-Haq bin Ghalib bin Abd al-Rahman bin
Tamam bin Atiyyah, al-Muharrar al-Wajiz fi Tafsir al-Kitab al-Aziz, ed.
Abd al-Salam Abd al-Shafi Muhammad, (Beirut: Dar al-Kitab al-Arabi,
1407H).
Ibn Battal, Abu al-Hasan Ali bin Khalf bin Abd al-Malik bin Battal al-Kubra alQurtubi, Sharh Sahih al-Bukhari, ditahqiqkan oleh Abu Tamim Yasir bin
Ibrahim, (al-Riyad: Maktabah al-Rushd, 2003).
Ibn Kathir, Abu al-Fida Ismail bin Umar bin Kathir al-Basri, Tafsir al-Quran alAzim, ed. Shami bin Muhammad Salamah, (Taybah: Dar Taybah li alNashr wa al-Tawzi, 1999).
Ibn Majah, Abu Abd Allah Muhammad bin Yazid al-Qazwaini (1417H), Sunan Ibn
Majah, dalam Mawsuah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah, al-Riyad:
Maktabah al-Maarif li al-Nashr wa al-Tawzi.
Khadher Ahmad, Analisis Hadith-Hadith Mengenai Rawatan Sihir Dalam al-Kutub
al-Sittah: Aplikasi di Pusat Rawatan Islam di Malaysia, (Tesis PhD,
Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti
Malaya, Kuala Lumpur, 2012).
Khazin, Ala al-Din Ali bin Muhammad bin Ibrahim bin Umar al-Shiyahi, Lubab
al-Tawil fi Maani al-Tanzil, ed. Muhammad Ali Shahin, (Beirut: Dar alKutub al-Ilmiyyah, 1415H).
Muslim bin al-Hajjaj Abu Husain al-Qusyairi al-Naisaburi, Sahih Muslim,
ditahqiqkan oleh Ahmad Muhammad Syakir, (Beirut: Dar Ihya al-Turath
al-Arabi, 2014).
Muslim bin al-Hajjaj Abu Husain al-Qusyairi al-Naisaburi, Sahih Muslim dalam
Mawsuah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah, (al-Riyad: Dar al-Salam
li al-Nashr wa al-Tawzi. 2000).
Tabarani, Sulayman bin Ahmad bin Ayyub Abu al-Qasim al-, al-Mujam al-Kabir,
ditahqiqkan oleh Humaidi bin Abd al-Majid al-Salafi, (al-Mawsal:
Maktabah al-Ulum wa al-Hakam. 1983)
Tirmidhi, Muhammad bin Isa Abu Isa al-Sulami, al-Jami al-Sahih Sunan alTirmidhi, ditahqiqkan oleh Ahmad Muhammad Syakir et.al, (Misr:
Sharikah Maktabah wa Matbaah Mustafa al-Babi al-Halabi, 1975).
Zamakhshari, Abu al-Qasim Mahmud bin Amru bin Ahmad al-Zamakhshari, alKashshaf an Ghawamid al-Tanzil, (Beirut: Dar al-Kitab al-Arabi, 1407H).

18

You might also like