You are on page 1of 12

MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN IMAM AS-SYAFEI

Al- Imam as- Syafei dilahirkan pada bulan Rejab tahun 150 H bersamaan tahun 767 M, di satu
tempat bernama Ghuzzah, di wilayah Palestin tidak jauh dari Baitul Maqdis. Keturunan daripada
pihak ayahnya ialah Muhammad bin Idris bin al- Abbas bin Uthman bin Syafi bin Assib bin
Ubaid bin Abd Yazid bin Hasyim bin Abdul Muttalib bin Abd Manaf. Beliau ialah seketurunan
dengan Nabi Muhammad kerana Abd Manaf , datuk ketiga kepada Nabi Muhammad menjadi
datuk kesembilan kepada Imam Syafei. Imam as-Syafei dikenali dengan panggilan Abu
Abdullah sejak kecil lagi,setelah menjadi ulama yang terkenal, maka beliau dikenali dengan
panggilan Imam as- Syafei. Beliau adalah antara imam mazhab yang keempat, iaitu pengasas
Mazhab Syafei. Imam as- Syafei meninggal dunia pada tahun 204 Hijrah bersamaan tahun 820
Masihi ketika berusia 54 tahun dan dikebumikan di Arafah, Mesir.
Kewibawaannya sebagai seorang guru yang berpengaruh terserlah ketika beliau masih kecil
lagi. Hal ini terbukti apabila beliau membacakan ayat- ayat suci al-Quran yang telah
memberikan kesan mendalam kepada pendengarnya sehingga semuanya dapat menghayati
maksud al- Quran dan disusuli dengan titisan air mata kesedaran. Antara kaedah pengajaran
yang telah dilakukan oleh Imam As-Syafie dalam pengajarannya adalah seperti berikut:
1) Secara kuliah
Semasa menetap di Makkah, pemusatan pengajarannya ialah di Masjidil Haram
(Muhammad Abu Zuhrah, 1367). Beliau mengajar dengan duduk di atas kerusi dan
dikelilingi oleh murid- muridnya. Masa ini merupakan saat- saat yang paling subur dalam
keilmuannya, di mana Imam as- Syafei menumpukan pemikiran dalam kuliahnya dan
bersama murid- muridnya mencari jalan pengeluaran hukum yang ganjil dan
membandingkan antara sumber perundangan yang pelbagai. Selama Sembilan tahun,
Imam as- Syafei menghabiskan masanya di Makkah bersama- sama para ilmuan yang
lain, membahas , mengajar, mengkaji di samping berusaha melahirkan satu intisari dari
beberapa aliran dan juga persoalan yang sering bertentangan yang ditemui pada masa
itu.
Di Mesir , beliau juga mengajar di sebuah masjid bernama Masjid Amru bin Ash.
Kuliahnya bermula pada setiap hari dari pagi hingga tengah hari ( setelah selesai solat
subuh hingga waktu zohor). Setelah selesai solat zohor, baru lah beliau pulang ke
rumah bersama- sama dengan murid yang berdekatan dengan beliau, antaranya ialah al
Muzani, al- Rabi dan Muhammad bin Abdullah.
2) Secara halaqah

Pengajaran beliau semasa di Baghdad berbentuk halaqah. Di sini, beliau mengajar di


sebuah masjid di sebelah barat kota Baghdad. Pada mulanya terdapat 20 halaqah
pengajian di masjid itu. Setelah kedatangan Imam as- Syafei, halaqah itu digabungkan
menjadi tiga sahaja dan halaqah yang lain bergabung ke dalam halaqah Imam asSyafei. Pengajaran beliau dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat yang terdiri
daripada para ulama, cerdik pandai dan para pegawai kerajaan.
3) Secara imlak
Cara ini diamalkan sewaktu beliau menyusun kitab Al- Umm. Pernah as- Syafei
mengimlakkan kepada murid- muridnya, dan sebahagian lagi ditulis oleh beliau sendiri.
Kadangkala dirombak pula oleh murid- muridnya apa yang ditulis oleh beliau, kemudian
dibacakan kepada beliau apa yang telah dirombak itu.
4) Secara bertukar- tukar fikiran
Kaedah ini dilakukan oleh Imam as- Syafei ketika berhadapan dengan para ulama
Baghdad, di mana beliau sering bertukar- tukar fikiran tentang masalah agama,
terutama dengan ahli fikah dari Mazhab Hanafi. Masalah- masalah agama yang
ditimbulkan oleh pembesar- pembesar Harun al- Rasyid (khalifah) pada masa itu, dapat
dijawab oleh Imam as- Syafei dengan penjelasan yang memuaskan.
5) Kaedah usuli
Cara ini digunakan beliau di Baghdad (Iraq) semasa kebanyakan para ilmuan
terpengaruh dengan Mazhab Hanafi. Tegasnya kaedah usuli adalah berlandaskan
sumber asal rujukan pengajarannya. Ini terbukti sebagaimana kata- kata al- Karabisi,
Kami sebelum ini tidak mengenal istilah al- kitab, al- sunnah dan ijmak, sehinggalah
datangnya as- Syafei , beliaulah yang menerangkan maksud al- kitab, al- sunnah dan
ijmak.
6) Secara membaca
Cara ini dilakukan oleh beliau dengan membaca kitab karangannya dalam khalayak
ramai. Menurut Ahmad Muhammad Shakir; as- Syafei telah mengarang beberapa buah
kitab, sebahagiannya pula beliau merencanakannya sahaja ( kepada para sahabatnya).
Melihat daripada model pengajaran Imam as- Syafei , secara keseluruhannya
memberikan kesan yang baik kepada para pelajarnya yang kemudiannya menjadi ulama
dan pemuda Islam pada masa itu. Antara yang terkenal ialah Imam Abu Tsaur, AlMuzani, Imam al- Rabi, Imam al- Hassan bin Muhammad al-Zafarani dan sebagainya.
7) Cara perbincangan

Murid- murid Imam as- Syafei digalakkan supaya mengadakan perbincangan kerana
dalam sesuatu permasalahan yang ditimbulkan, mereka tidak dirantai atau dikekang
pendapat. Sifat taklid amat tidak digemari oleh Imam as- Syafei , justeru terdapat dalam
kalangan murid Imam Syafei yang tidak bertaklid buta kepada gurunya, bahkan ada
antara mereka yang tidak menyetujui sebahagian pendapat Imam as- Syafei. Contohnya
al-Muzani seorang alim bekas murid Imam Syafei yang terkenal sebagai orang yang
menghimpun dan menyusun kitab- kitab Imam as- Syafei akhirnya dikenali juga sebagai
pembela Mazhab Syafei.
Kesimpulannya, Imam as- Syafei merupakan model pengajaran yang perlu
dicontohi oleh semua golongan masyarakat, sama ada yang bergelar pendidik atau
murid. Daripada apa yang telah dibincangakn, jelas menunjukkan bahawa beliau
sentiasa bersungguh- sungguh semasa mencari ilmu pengetahuan atau memberikan
pengajaran. Kemiskinan tidak menghalang beliau untuk muncul sebagai penghafaz alQuran dan dapat menimba banyak ilmu pengetahuan, sama ada daripada setiap siri
pengembaraan dan pertemuan dengan ulama sehinggalah dikurniakan Allah menjadi
ahli dalam mengeluarkan hukum atau fatwa.
Kaedah beliau menyampaikan pengajaran melalui kuliah berbentuk halaqah
yang menganjurkan pertukaran pendapat dan perbincangan telah berjaya melahirkan
murid- muridnya sebagai ulama dan cendikiawan yang meneruskan jejak langkah
beliau. Imam as-Syafei juga Berjaya menghasilkan karya- karya yang bermutu tinggi
untuk diwarisi oleh umat Islam.
Kaedah pendidikan Imam as- Syafei telah meninggalkan pengaruh yang besar
dalam pendidikan tradisional di Malaysia, misalnya sistem pendidikan pondok,
pengajian- pengajian di masjid, surau- surau, sekolah- sekolah agama. Begitu juga mata
pelajaran yang diajarkan di institusi- institusi tersebut yang mengamalkan kitab Mazhab
Syafei.

MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN IMAM MALIK


Imam Malik dilahirkan di Madinah pada tahun 93 Hijrah. Nama sebenarnya ialah Malik bin Anas
bin AmAR AL- Asbahi bin Amru bin al- Haris bin Saad bin Auf bin Adi bin Malik bin Yazid.
Daripada pihak ibunya ialah Al- Aliah binti Syarik bin Abdul Rahman. Beliau berasal daripada
keturunan Arab yang terhormat dan dimuliakan oleh masyarakat. Datuknya Abu Amir ialah
seorang sahabat Rasulullah yang telah banyak menyumbangkan tenaganya menjadi tentera
Islam dalam peperangan melawan kaum kafir, kecuali peperangan Badar. Beliau meninggal
3

dunia pada tahun 179 Hijrah ketika berusia 86 tahun dengan meninggalkan tiga orang putera
dan seorang puteri. Antara kaedah pengajaran yang telah dilakukan oleh Imam Malik dalam
pengajarannya adalah seperti berikut:
1) Kaedah syarahan
Kaedah syarahan atau kuliah merupakan kaedah yang paling banyak digunakan oleh
Imam Malik dalam menyampaikan pengajaran. Majlis kuliah beliau di adakan di Masjid
Madinah dan di rumah beliau sendiri. Dalam majlis tersebut, Imam Malik seorang sahaja
yang menyampaikan ucapan dan syarahan sementara orang lain mendengar dengan
penuh perhatian. Tidak ada sedikit pun suara yang mengganggu orang ramai dalam
mendengar kuliah beliau. Begitu juga tidak ada suara yang membantah atau
seumpamanya. Para pendengar tunduk dan tenang mendengar pengajaran yang
disampaikan beliau. Imam Malik mula menyampaikan kuliah atau syarahan sejak
berusia 17 tahun lagi. Beliau tidak mengajar melainkan setelah mendapat pengakuan
daripada 70 orang gurunya.
2) Kaedah menyelesaikan masalah
Kaedah menyelesaikan masalah juga digunakan oleh Imam Malik khususnya dalam
perkara yang berkaitan dengan hukum. Setiap masalah yang tidak dapat diselesaikan
oleh murid- muridnya akan dirujuk kepada Imam Malik. Sepanjang hidup Imam Malik,
beliau banyak dihujani dengan bermacam- macam masalah yang berkaitan dengan
hukum. Masalah yang dikemukakan oleh beliau bukan sahaja datang daripada
penduduk sekitar Madinah, malahan dari wilayah- wilayah yang jauh.
Dalam menyelesaikan sesuatu masalah, Imam Malik tidak suka kepada masalah
andaian atau khayalan yakni masalah yang direka- reka dan tidak pernah berlaku.
Beliau hanya akan menyelesaikan masalah yang benar- benar berlaku dalam
masyarakat atau masalah yang waqI sahaja. Imam Malik amat berhati hati dalam
menyampaikan jawapan kepada masalah yang dikemukakan. Beliau tidak akan
menjawab sebelum memikir dan mengkaji dengan mendalam.
3) Kaedah perbincangan
Dalam menyampaikan pengajaran, Imam Malik juga menggunakan kaedah
perbincangan. Seperti yang diketahui, murid- murid Imam Malik bukan sahaja terdiri
daripada orang kebanyakan. Ulama yang sudah terkenal pun datang menghadiri majlis
Imam Malik. Kesempatan ini digunakan oleh Imam Malik untuk berbincang dengan
mereka tentang masalah yang dikemukakan oleh murid yang lain. Kaedah perbincangan
ini juga digunakan oleh Imam Malik dalam menyampaikan pengajaran beliau kepada

pemerintah. Beliau selalu mengadakan perbincangan dengan khalifah Abbasiyah,


antaranya ialah al- Mansur tentang talak orang yang dipaksa.
4) Kaedah cerita
Pengajaran secara cerita kadangkala digunakan oleh Imam Malik. Kebanyakan cerita
yang disampaikan adalah bertujuan mendidik manusia. Ia juga banyak mengandungi
nilai dan teladan untuk diikuti. Imam Malik membawa contoh pekerjaan yang baik yang
dikerjakan oleh orang terdahulu seperti Sayidina Umar al- Khattab. Beliau berharap
supaya khalifah mengikut jejak langkah Umar. Beliau menambah kata: Sesungguhnya
khalifah tidak berpeluang atau mampu mengikuti sepenuhnya, tetapi hendaklah
sekurang- kurangnya menuju ke satu hala agar rakyat berpuas hati dengan cara itu
sekalipun ini tidak sama dengan taraf Khalifah Umar al- Khattab (Dr. Ahmad
Shurbasyi,1978).
5) Kaedah penulisan
Bidang penulisan merupakan satu lagi kaedah yang digunakan oleh Imam Malik dalam
pengajaran beliau. Ada dua bidang penulisan yang digunakan oleh Imam Malik iaitu
penulisan kitab dan surat. Kitab karangan Imam Malik yang masyhur ialah kitab alMuwatta, kitab ini dianggap sebagai kitab yang pertama menghimpunkan hadis Nabi
dan fikah sekali. Kitab ini disusun dalam bab- bab yang berdasarkan tajuk dan masalah
yang dibincangkan. Selain kitab al- Muwatta, ada lagi kitab lain yang dinisbahkan
kepada Imam Malik seperti kitab Al-Mudawwanah. Di samping penulisan kitab, beliau
juga menulis surat khusus kepada pihak berkuasa. Dalam surat tersebut banyak
pengajaran yang telah diterapkan oleh beliau.
6) Kaedah ulangan
Pengajaran secara ulangan atau tikrar juga digunakan oleh Imam Malik untuk
mengukuhkan kefahaman kepada murid- muridnya. Imam Malik meminta penulisnya
yang bernama Habib untuk menulis segala kandungan pelajaran yang disampaikan
beliau, kemudian membacakan semula pengajaran- pengajaran tersebut kepada orann
ramai. ( Munawwar Khalil, 1985).
7) Kaedah pergaulan
Pergaulan merupakan satu lagi kaedah yang diambil oleh Imam Malik. Beliau
menggunakan kaedah ini khususnya untuk mendekati para pemimpin bagi
menyampaikan pengajaran. Beliau juga sering bergaul dengan murid- muridnya. Imam
Malik pernah menjemput murid- muridnya datang ke rumah. Dengan pergaulan

seumpama ini, secara tidak langsung Imam Malik dapat menerapkan banyak perkara
yang baik sebagai panduan untuk mereka. ( Dr. Ahmad Shurbasyi, 1978).
8) Kaedah nasihat
Sepanjang hidup Imam Malik, beliau banyak memberikan nasihat kepada orang ramai,
sama ada golongan atasan yang terdiri daripada pemerintah, golongan ulama mahupun
orang kebanyakan. Antara nasihat beliau yang masyhur ialah urusan bidaah, taklid,
memilih guru dan yang seumpamanya (Munawwar Khalil, 1985).
Demikianlah antara kaedah- kaedah yang telah digunakan oleh Imam Malik
dalam menyampaikan ilmu pengetahuan. Beliau tidak hanya menggunakan kaedah
yang tertentu sahaja, malahan mempelbagaikannya sesuai dengan keadaan. Langkah
ini adalah untuk menjamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Kesimpulannya, jelas kepada kita bahawa kepelbagaian kaedah dalam pengajaran
adalah amat penting.
MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN IMAM AHMAD BIN HANBAL
Imam Ahmad bin Hanbal dilahirkan di Bandar Baghdad, pada bulan Rabiulawal tahun 164
Hijrah, iaitu setelah ibunya berpindah darai Bandar Murva tempat tinggal ayahnya. Nama penuh
beliau ialah Abu Abdullah bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal bin Asad bin Idris bin Abdullah
bin Hayyain bin Abdullah bin Anas, digelar al- Mururi, kemudian al- Baghdadi. Keturunan Ibnu
Hanbal bertemu dengan keturunan Rasulullah pada Mazin bin Muad bin Adnan (Dr. Ahmad
Syurbasyi, 1995).
Setelah beliau menjadi ulama yang terkenal dengan penyelidikan dalam masalah hukumhukum Islam, beliau terkenal dengan panggilan Imam Hanbal. Beliau ialah pengasas Mazhab
Hanbali. Semasa hidupnya beliau merupakan seorang ahli sunnah yang terbesar, soleh dan
zuhud. Sesetengah ulama menganggap beliau ialah Mujaddid bagi abad ke-3 Hijrah. Al- Imam
Ahmad meninggal dunia pada tahun 241 Hijrah bersamaan dengan tahun 855 Masihi ketika
berusia 77 tahun.
Imam Hanbal telah menggunakan teknik- teknik berikut dalam proses pengajaran dan
pembelajarannya:
1) Pengajaran
Pengajaran Imam Ahmad dalam pendekatan perseorangan dapat dibuktikan daripada
suasana majlis ilmu yang dikendalikan olehnya seperti yang dinyatakan dalam buku
Pokok Pengajaran Imam- Imam Mazhab hal.269. Antaranya berbunyi; Imam Ahmad di
dalam pengajarannya, adakalanya meriwayatkan hadis dan adakalanya memberikan
fatwa. Hal ini jelas membuktikan bahawa tradisi pengambilan hadis akan melalui proses
6

penghafalan antara pengambil dengan periwayat, ini sudah semestinya mengambil


pendekatan perseorangan.
2) Pengajaran berkumpulan
Manakala dalam pendekatan pengajaran berkumpulan, Imam Ahmad telah
menggunakannya dalam pengajaran di masjid. Pengajaran ini amat sesuai dengan
suasana masjid yang terbuka. Jika masjid boleh menampung jumlah murid yang ramai,
maka pendekatan pengajaran berkumpulan amat sesuai. Ini dikenali sebagai kelas
umum atau terbuka.
3) Teknik bercerita
Teknik bercerita untuk mengajar merupakan satu teknik yang telah lama digunakan.
Teknik yang sama juga digunakan oleh Imam Ahmad. Teknik bercerita mudah menarik
minat seseorang, dapat menumpukan perhatian mereka dan pembelajaran dapat
berjalan dengan baik. Dengan itu, pembelajaran dalam keadaan yang ideal
penerimaannya akan menjadi lebih kekal. Hal ini dapat dijelaskan semasa Imam Ahmad
menyampaikan hadis, beliau akan menceritakan tentang rawi- rawinya satu persatu
sehingga sampai kepada Rasulullah s.a.w. Hal ini amat penting dalam pengajaran hadis
kerana sifat- sifat perawinya dari segi amalan mereka, thiqah, kuat ingatan dan lain- lain
lagi akan menentukan kesahihan sesuatu hadis.
4) Bersyarah
Bersyarah bukan sahaja sekadar membaca, tetapi memberikan interpretasi dan
menghuraikan idea- idea supaya murid dapat memahaminya. Teknik ini juga digunakan
oleh guru- guru yang masyhur, termasuk nabi- nabi dan golongan bijak pandai. Teknik
yang sama juga digunakan oleh Imam Ahmad dalam pengajarannya. Hal ini dapat
dibuktikan dalam buku Pokok Pegangan Imam- Imam Mazhab dalam Membina Hukum
halaman 268 yang membentangkan kaedah pengajaran Imam Ahmad yang dilakukan di
masjid. Pengajaran oleh Imam Ahmad di masjid sudah pasti dalam bentuk kelas
terbuka. Imam Ahmad menggunakan teknik bersyarah atau proses satu hala.
5) Perbincangan
Perbincangan merupakan satu teknik pengajaran yang berlaku antara murid dengan
penyeliaan guru. Teknik ini digunakan oleh Imam Ahmad dalam pengajarannya. Dalam
merumuskan sesuatu pendapat dalam bidang fekah, Imam Ahmad lebih gemar
mengadakan perbincangan kerana beliau menyedari bahawa dalam memahami ilmu
fikah antara satu tempat dengan tempat yang lain amat berbeza, mengikut kesesuaian

masa, tempat dan keadaan. Oleh itu terdapat pada masa itu Fiqh Pasri, Fiqh Kufi, Syami
dan lain- lain lagi.
6) Hafalan dan latih tubi
Dalam buku Pokok Pegangan Imam- Imam Mazhab dalam Membina Hukum, halaman
269 menyatakan; Imam Ahmad ini di majlisnya adakala meriwayatkan hadis. Petikan
ini membuktikan bahawa teknik hafalan dan latih tubi merupakan satu keperluan dalam
pengajaran Imam Ahmad dalam meriwayatkan hadis. Hafalan bermaksud hafalan
secara rasional melibatkan fahaman bermakna tentang prinsip- prinsip yang diperlukan
termasuk sepatah demi sepatah. Antara ciri hafalan adalah:
- Memikirkan
- Mengulang
- Menyebut
- Mengingat semua ciri ini amat penting dalam proses penyampaian hadis di mana
latih tubi dilakukan sebagai pengulangan fakta- fakta atau kecekapan daripada
bentuk hadis yang dirawikan.
Inilah antara pendekatan Imam Ahmad dalam proses pengajaran dan pembelajarannya.
Hal ini juga membuktikan bahawa Imam Ahmad merupakan seorang model dalam pendidikan
yang begitu peka semasa pengajaran. Imam Ahmad menggunakan pengajaran dan
pembelajaran yang menepati pendekatan, kaedah dan teknik mengikut kesesuaian masa. Oleh
sebab tokoh- tokoh Islam tidak ditonjolkan secara berkesan, maka penglibatan mereka dalam
bidang pendidikan dirasakan amat sedikit. Sedangkan dalam keadaan sebenarnya, tokohtokoh Islam seperti Imam Ahmad merupakan model dalam pendidikan, di mana keadaan dan
teknik pengajaran mereka adalah tepat untuk dijadikan panduan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran pada zaman moden ini.
MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN IMAM ABU HANIFAH
Abu Hanifah dilahirkan pada tahun 80 Hijrah bersamaan tahun 660 Masihi. Nama asal Abu
Hanifah ialah Annuman. Beliau berketurunan Farsi ( Kabul- Afghanistan) yang kemudiannya
berpindah ke Kota Kufah. Beliau digelar Abu Hanifah kerana beliau sentiasa bersama tinta
untuk mencatat ilmu pengetahuan yang dipelajarinya. Imam Abu Hanifah meninggal dunia pada
tahun 150 Hijrah bersamaan tahun 767 Masihi dalam penjara ketika berusia 70 tahun dan
dikebumikan di Baghdad. Beliau adalah pengasas Mazhab Hanafi.
Dalam menyampaikan pengajaran, banyak kaedah yang digunakan beliau bergantung kepada
keadaan atau situasi pembelajaran serta keadaan persekitaran. Antara kaedah pengajaran
yang telah dilakukan oleh Imam Abu Hanifah dalam pengajarannya adalah seperti berikut:
1) Kaedah mujadalah

Cara dan kaedah ini banyak digunakan ketika beliau berdepan dengan anak- anak
muridnya yang dewasa. Beliau sama sekali tidak membenarkan mereka bertaklid sahaja
sebaliknya dididik berfahaman merdeka. Mereka bebas berfikir untuk turut memecahkan
persoalan- persoalan dan dibenarkan membantah pengajaran atau pendapat Imam Abu
Hanifah yang dianggap bertentangan dengan wahyu Allah dan hadis nabi yang disertai
dengan akal yang bersih dari segala bentuk pengaruh.
2) Kaedah menyelesaikan masalah
Kaedah ini banyak digunakan oleh beliau ketika berhadapan dengan golongan
pembesar, ketua- ketua jabatan dan orang yang datang menemui beliau dengan
membawa beberapa masalah atau persoalan untuk diselesaikan. Seringkali timbul
masalah- masalah baru yang tidak menemui hukum atau keputusan berdasarkan alQuran dan hadis Berjaya diselesaikan oleh beliau berdasarkan ijtihadnya. Imam Abu
Hanifah merupakan seorang yang bijak menyelesaikan masalah yang rumit bagi orang
lain untuk menyelesaikannya.
3) Kaedah nasihat
Kaedah lain yang sering digunakan oleh beliau ialah kaedah memberikan ajaran dalam
bentuk nasihat secara langsung kepada anak- anak muridnya, sama ada yang berkaitan
dengan keagamaan, adat kekeluargaan, adab bergaul dan sebagainya. Contohnya
nasihat yang telah diberikan beliau kepada beberapa orang anak muridnya seperti Abu
Yusof Yaacob bin Ibrahim, Al- Qadhi dan rakan- rakannya. Nasihat tersebut dianggap
nasihat yang luar biasa. Beliau telah membawa satu perlembagaan yang aneh tentang
cara berbudi bahasa terhadap raja- raja dan juga orang ramai. Beliau menunjukkan
kepada anak- anak muridnya jalan bagi mendapat taufik dan kejayaan dalam bidang
ilmu pengetahuan dan pengajaran.
4) Kaedah contoh teladan yang baik
Kaedah ini merupakan satu cara tidak langsung semasa beliau menyampaikan ajaran
kepada anak muridnya. Beliau banyak menunjukkan contoh, sikap, tindakan serta tutur
kata yang baik, yang daapt dilihat dan dicontohi oleh murid- muridnya. Secara tidak
langsung, beliau mendidik murid- muridnya melalui contoh teladan yang baik yang
ditunjukkan beliau kepada umum. Contohnya beliau telah menunjukkan satu ajaran
melalui sikapnya yang tidak menyukai atau tidak bekerjasama dalam hal rasuah,
ganjaran kebendaan dan sebagainya yang terlalu berbentuk keduniaan.
5) Kaedah syarahan atau ceramah

Kaedah ini merupakan satu kaedaah umum yang dilakukan oleh ramai tenaga pengajar.
Imam Abu Hanifah juga tidak terlepas dari menggunakan kaedah ini. Setiap hari pada
waktu yang telah ditentukan, orang ramai akan datang berduyun- duyun dari sekitar
Kota Kufah menuju ke masjid untuk mendengar pengajaran atau pengajian beliau
tentang soal- soal keagamaan dan sebagainya. Disebabkan bilangan pelajarnya yang
kian bertambah, Imam Abu Hanifah telah menjadikan masjid Kufah sebagai pusat
pengajiannya. Ramai anak muridnya yang datang dari dalam dan luar kota Kufah untuk
mendengar syarahan atau ceramah pengajiannya.
6) Kaedah tanrin atau latihan
Kaedah ini pernah digunakan oleh seorang guru beliau, kemudian beliau pula telah
menjadikannya sebagai satu cara pengajiannya. Cara yang dilakukan dalam kaedah ini
ialah guur menyediakan beberapa masalah atau persoalan untuk diselesaikan oleh anak
muridnya. Pada kebiasaannya, tiga soalan akan diberikan dalam sehari dan ia perlu
diselesaikan oleh murid, diingatkan serta dipelajari. Setelah pasti pelajarnya mendapat
pengajaran atau kefahaman daripada masalah tersebut, barulah beliau beralih pula
kepada masalah atau persoalan yang lain. Bagitulah yang dilakukan oleh Imam Abu
Hanifah dalam menyampaikan ilmu kepada sebahagian para pelajarnya.
Sebagai kesimpulan, kaedah pengajaran Imam Abu Hanifah pada
keseluruhannya menggunakan kaedah secara langsung. Iaitu berdepan dengan muridnya
secara lisan atau dalam suasana pembelajaran. Para pelajarnya berhimpun di masjid Kufah
dan beliau menyampaikan pengajarannya secara interaksi (lisan) seperti ceramah dan
bermuzakarah di samping nasihat kepada para pelajarnya. Beliau tidak menggunakan kaedah
penulisan. Lantaran itu tidak ditemui walau sebuah pun buku yang ditulis sendiri oleh beliau
pada zamannya. Sebaliknya, pandangan serta ajaran beliau telah dikumpulkan dan dibukukan
oleh murid- muridnya untuk dijadikan panduan dan rujukan umat Islam sejagat.
MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN IMAM AL- GHAZALI
Imam al- Ghazali dilahirkan di At- Tibran, Tus pada tahun 1058 Masihi. Bapanya bernama
Muhammad al- Ghazali yang bekerja sebagai pemintal bulu kambing. Nama sebenarnya ialah
Abu Hamad Muhammad bin Ahmad al- Ghazali. Beliau digelar al- Ghazali bersempena dengan
gelaran bapanya yang bekerja sebagai pemintal bulu kambing. Beliau berasal daripada
keluarga yang miskin. Bapanya mempunyai cita- cita yang tinggi, iaitu ingin melihat anaknya
menjadi seorang yang alim dan soleh. Al- Ghazali ialah seorang pemikir Islam yang ulung. AlGhazali mempunyai banyak keistimewaan hinggakan dalam usia 34 tahun beliau telah dilantik

10

sebagai reactor Universiti Baghdad. Selepas itu, al- Ghazali mengembara mencari kebenaran
dan kedamaian selama 12 tahun sehingga berjaya mendapat kepuasan dalam ilmu sufi. AlImam al- Ghazali meninggal dunia pada tahun 505 Hijrah di Tus dan jenazahnya dikebumikan di
tempat kelahirannya.
Dalam menyampaikan pengajarannya, banyak kaedah yang digunakan oleh Imam al- Ghazali.
Antaranya ialah:
1) Kaedah perbandingan
Kaedah perbandingan digunakan dalam pengajaran, perbincangan dan untuk
membuktikan kebenaran fikiran dan kepercayaan mereka terhadap karya- karyanya.
Dalam kitab Ihya Ulumuddin, Imam al- Ghazali menerangkan perbezaan pendapat
dalam kalangan cerdik pandai tentang kebaikan dan keburukan akhlak.
2) Kaedah halaqah
Kaedah ini terus menerus digunakan oleh yayasan- yayasan pendidikan dalam dunia
Islam. Semenjak bermulanya dakwah Islamiah, pelajar- pelajar mengelilingi gurunya
dalam separa bulatan untuk mendengar syarahannya. Al- Ghazali telah mendirikan
sebuah sekolah berhampiran dengan rumahnya untuk penuntut- penuntut ilmu dan
sebagai tempat persinggahan bagi golongan sufi. Maka, tidak dapat dielakkan, Imam alGhazali juga melaksanakan kaedah halaqah di sekolah tersebut ketika menyampaikan
ilmu kepada penuntut- penuntutnya.
3) Kaedah petunjuk dan bimbingan
Imam al- Ghazali ialah seorang peneliti dan selalu mengadakan percubaan sebelum
memberikan pendapatnya. Pendapat- pendapat beliau diperah daripada kemurnian
hidup yang dihayatinya, dimensi- dimensi ilmu pengetahuan yang dicapainya melalui
percubaan- percubaan yang telah dilakukan dan daripada beberapa kesulitan yang
dialami di dalam kehidupannya. Misalnya dalam menanamkan dasar- dasar agama
kepada anak- anak, Imam al- Ghazali memulakan dengan meniru, iaitu menunjuk cara,
diikuti dengan meyakini dan menguatkan dengan dalil- dalil, membaca ayat- ayat alQuran dan menerangkan kandungan serta maknanya (Fathiyyah Hassan Sulaiman,
1986).
4) Kaedah dialog dan perbincangan
Kaedah dialog ialah kaedah yang berdasarkan dialog, perbincangan melalui soal jawab
untuk sampai kepada fakta yang tidak dapat diragukan, dikritik dan dibantah lagi. Imam
al- Ghazali pernah menggunakan kaedah perbincangan dan dialog bagi mendalamkan
lagi kefahaman seseorang terhadap ilmu pengetahuan (Abdullah Ishak, 1989). Kaedah

11

ini dapat mengasah otak dan memperkuatkan pendapat di samping kepercayaan


kepada diri sendiri dan berkemampuan untuk berbicara tanpa teks.
Kesimpulannya, Imam al- Ghazali meletakkan asas- asas sewajarnya digunakan
dalam kaedah pengajaran. Beliau melukiskan kaedah pendidikan agama dan budi
pekerja secara jelas yang berdasarkan langkah yang tegas lagi sesuai dengan falsafah
dan tujuan yang hendak dijangkau. Oleh itu, beliau berdiri sama tegak dengan filosofifilosofi pendidikan yang terpenting dalam menyusun suatu system pendidikan
terencana, sesuai dengan fikiran yang matang lagi konsisten dengan aliran falsafah
khusus seperti Plato, Rousseau dan lain- lain ( Fathiyyah Hassan Sulaiman, 1986).
Pendapat- pendapat Imam al- Ghazali diperah daripada keadaan kehidupannya
yang penuh dengan kemurnian, ilmu pengetahuan yang dicapainya melalui percubaanpercubaan yang dilakukan dari kesulitan- kesulitan yang menimpa hidupnya. Justeru,
tidak dapat disangkal bahawa semua kaedah pengajaran dan pembelajaran yang di
amalkan di seluruh dunia pada hakikatnya adalah berpunca daripada al- Quran dan assunnah. Pelbagai kaedah tersebut bukan sahaja sesuai bagi menyampaikan ilmu- ilmu
keduniaan (fardhu kifayah).

12

You might also like