You are on page 1of 14

Denggi

Penyakit denggi merupakan penyakit berjangkit yang berbahaya dan boleh membawa

maut kerana sehingga hari ini belum ada ubat atau penawar untuk mengubati penyakit

ini.Penyakit ini boleh terjadi dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat daripada

gigitan nyamuk aedes.Penyakit ini biasanya berlangsung selama 10 hari kadangkala mengambil

masa yang lama untuk pulih sepenuhnya.Penyakit ini kerap berlaku di kawasan Bandar

berbanding dengan kawasan luar Bandar.

Disebabkan sejenis kuman virus yang dipanggil kuman virus denggi.Virus ini tergolong

dalam keluarga togaviridae merupakan virus yang berkembang biak dalam serangga.Terdapat 4

jenis serotypevirus yang telah dikenal pasti iaiti den 1,den 2,den 3 dan den 4.Semua jenis

serotype ini boleh merangsang pembentukan antibody yang berbeza-beza.Namun

begitu,kekebalan yang dihasilkan oleh pertahanan badan tidak menyeluruh terhadap semua jenis

virus denggi.Ia akan hanya melindungi individu untuk jenis virus tersebut sahaja.Virus ini masuk

ke dalam peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk aedes dan boleh didapati dalam

tempoh yang singkat sahaja iaitu 4 hingga 5 hari pada tahap awal penyakit.

Nyamuk aedes merupakan pembawa bagi kuman virus denggi.Gigitan nyamuk merupakan

satu cara penyebaran virus deggi dari seseorang ke seseorang yang lain.Daripada satu gigitan ia

boleh menghisap darah sebanyak 2 hingga 4 milligram darah iaitu 1 hingga 5 kali

beratnya.Nyamuk aedes ini boleh dikenali dengan tanda belang hitam dan putih di kaki.Terdapat

2 jenis nyamuk aedes yang membawa virus aedes iaitu:


Aedes aegypti Ciri-ciri nyamuk ini ialah tanda putih-perak berbentuk kecapi di

kepala.Nyamuk aedes aegypti berterbangan di sekitar rumah dan tinggal di tempat-tempat

gelap di dalam rumah.Ia bertelur dan berkembang biak di dalam bekas buatan di dalam

dan luar rumah.

Aedes albopictus Ciri-ciri nyamuk ini ialah terdapat garisan putih-perak di sepanjang

pertengahan kepala dan badan.Terdapat dalam kalangan perumahan di Bandar juga hutan

terdapat di luar rumah pada tumbuh-tumbuhan dan menggigit manusia di rumah.Kadang-

kadang ia memasuki rumah untuk menggigit manusia.Di samping bekas buatan,nyamuk

ini juga boleh berkembang biak dalam pelbagai bekas alamiah seperti lubang pada

pokok,tunggul pokok,buluh,ketiak daun seperti daun pandan dan nanas serta tempat

bertakung.

Jarak kedua-dua jenis nyamuk ini biasanya tidak melebihi 350 meter.

Cara jangkitan
Manusia dijangkiti kuman virus denggi melalui gigitan nyamuk.
Virus denggi ini hidup dan berkembang biak di dalam air liur nyamuk.
Memerlukan masa pengeraman selama 8 hingga 10 hari untuk berkembang

biak dan terkumpul di dalam air liurnya ke dalam system aliran darah

manusia.Apabila nyamuk aedes betina menghisap darah manusia yang

mengandungi virus denggi.ia akan melengkapi kitaran hidup virus tersebut

dan menyebarkan kepada orang lain.


Nyamuk yang telah dijangkiti akan terus membawa virus denggi sepanjang

hidupnya.

Penularan virus denggi bolah juga tergolong apabila nyamuk aedes betina

sedang menghisap darah orang yang dijangkiti virus denggi diganggu dan nyamuk

dengan segera menggigit orang lain pula.Ini menyebabkan virus yang terdapat

dalam belalai nyamuk tersebut akan masuk ke dalam peredaran darah orang kedua

tanpa memerlukan masa pengeraman.Cara ini dipanggil Penularan mekanikal.

Jangkitan virus denggi boleh juga berlaku melalui penularan transovari dimana ia

merupakan suatu proses penularan agen penyakit daripada serangga betina melalui

telur,jentik-jentik hingga kapada serangga dewasa generasi berikutnya.Proses ini

membolehkan virus tersebut berkekalan di persekitaran.Melalui proses ini nyamuk

bukan sahaja berperanan sebagai agen pembawa tetapi juga sebagai perumah

kepada agen penyakit.


Tempat pembiakan
Di dalam takungan air jernih sama ada di dalam dan luar rumah tetapi

tidak boleh membiak di dalam air yang kotor.

Bahagian dalam rumah ia dapat membiak di piring alas pasu

bunga,tadah air seperti kolam mandi,tempayan atau baldi dan perangkap

semut.

Di luar rumah seperti di dalam tayar buruk,saluran air hujan,,tin-tin

kosong,kawasan pembinaan,cawan getah,lubang pokok,tingguk buluh,ketiak

daun seperti daun pandan dan nanas.


Jenis-jenis penyakit denggi
Deman denggi klasikal
Pesakit menunjukkan gejala demam,ruam,sakit badan,sakit sendi dan

sakit otot.Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang

menyebabkan kematian.Demam ini juga pernah dinamakan demam

patah tulang atau breakbone fever.

Demam denggi berdarah


Biasanya terjadi dalam kalangan kanak-kanak terutama dalam

lingkungan 2 hingga 13 tahun.Pada tahap awal selama 2 hingga 4

hari.Gejala yang dihadapi adalah sama seperti demam denggi klasikal

dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan

darah rendah,ruam dan bintik-bintik merah di badan,pendarahan

gusi,berak berdarah disertai dengan sawan dan tidak sederkan diri.Ia

sering menyebabakan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan

segera.Ia juga dipanggil sebagai demam berdarah Filipina.


Tanda-tanda gejala.
Demam denggi klasikal.

Bergantung kepada usia pesakit tersebut.


Bagi bayi dan kanak-kanak cirri utama ialah ruam yang disertai oleh

demam panas.
Orang dewasa dan remaja.demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba

yang berlangsung selama 2 hingga 7 hari,sakit kapalasakit di

belakang mata,sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul

pada hari ke 3 dan 4.Bintik-bintik merah di bawah kulit yang boleh

didapati dan hasil ujian makmal menunjukkan jumlah leukosit dan

platlet dalam darah menurun.

Demam denggi berdarah.

Mempunyai 4 ciri klininikal utama seperti demam yang sangat

panas,pendarahan,pembesaran hati dan kegagalan system peredaran

darah.
Pendarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah

kulit,pendarahan hidung,gusi,darah dalam najis,kencing berdarah dan

kadangkala mendapat haid tang berlebihan.


Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal.
Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda

seperti kesejukan dan kongesti kulit,kebiruan dan peningkatan kadar

nadi.
Kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami

renjatan atau sawan atau dipanggil sebagai Dengue Shock Syndrome


Rawatan demam denggi
klasikal
Rawatan yang diberikan adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung

kepada keadaan pesakit iaitu mengurangkan demam (suhu badan) dan

mengelakkan dari pendarahan berlaku.

Rawatan demam denggi berdarah.

Demam yang sangat panas,kehilangan salur makan dan muntah

menyebabkan dehidrasi.

Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak.


Demam yang sangat panas juga meningkatkan risiko penyakit

sawan.Oleh itu,demam patut dikawal oleh antiseptic.


Pesakit akan diawasi supaya gejala pendarahan dan sawan dapat

dikesan awal.
Masa yang paling penting ialah pada hari ke 5 hingga 7.
Maka pemberian aliran intravena perlu jika kiraan himatokrit

meningkat kerana ini menggambarkan darjag kehilangan plasma.


Kesimpulan
Oleh hal yang demikian,orang ramai perlu lebih peka terhadap kawasan

sekitar tempat tingggal mereka agar nyamuk ini tidak dapat membiak

denagan membersihkan kawasan rumah dan membuang segala sampah

sarap yang mungkin menjadi sarang nyamuk ini melakukan proses

pembiakan malah pihak berkuasa juga perlu memastikan setiap premis

bebas daripada denggi.


Minit Mesyuarat Projek
Tajuk : Mesyuarat Projek Berita/Buletin Warga Sihat(Demam Denggi)

Tempat : Kelas 5 Sains 1

Tarikh : 5 Januari 2010

Masa : 11.50 pagi 12.30 tengah hari

Ahli Mesyuarat :

1)Azizah bt. Ismail

2)Auji Shazwani bt. Samsudin

3)Nur Asmida bt. Mor Azari

4)Mohd Firdaus b. Mohd Shah

5)Narmatha A/P Muniandi

Tujuan : Membincangkan projek yang hendak dilaksanakan iaitu tentang penyakit


demam denggi.

Keputusan Mesyuarat :

1.Semua ahli kumpulan telah bersetuju untuk memilih tajuk demam denggi.

2.Mesyuarat telah bersetuju dengan pembahagian tugas yang telah dicadangkan.

Tindakan susulan :

Semua ahli telah menjalankan tugas masing-masing bagi menyiapkan projek ini.
Objektif Projek :

1.Dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan para pelajar tentang bulletin warga
sihat.

2.Dapat meningkatkan kefahaman dalam diri para pelajar tentang jenis-jenis


penyakit dan punca-puncanya.

Pelaksanaan Projek

Perancangan

Perancangan untuk mengadakan projek ini telah dibuat pada 5/1/2010 dalam

mesyuarat kali pertama yang diadakan pada 5/1/2010.Semua ahli telah

bersetuju untuk membuat projek tentang berita/bulletin Warga

Sihat(Denggi).Mesyuarat juga telah bersetuju untuk mengadakan projek

secara berkumpulan.Dalam mesyuarat yang diadakan,ahli telah diberi tugas

masing-masing.Mesyuarat juga telah membincangkan cara projek tersebut

dijalankan.

Secara keseluhurannya,Projek tentang Buletin/Berita Warga Sihat(Denggi) ini

dapat dilaksanakan dengan jayanya.Semua aktiviti yang dijalankan telah

dapat mencapai objektif yang dijalankan.


Refleksi
Secara keseluhurannya,projek ini telah berjaya dilaksanakan apabila semua

ahli dapat menjalankan tugas dan peranan masing-masing dengan

baik.Berikut ialah rumusan daripada refleksi yang dikemukakan oleh setiap

ahli kumpulan.

1.Semua ahli mengetahui prosedur mengadakan dan mengendalikan


mesyuarat.

2.Semua ahli mendapat pengetahuan dan pengalaman tentang perkata yang


berkaitan dengan mesyuarat seperti menyusun agenda mesyuarat.mencatit
minit dan sebagainya.

3.Setiap ahli berpeluang untuk mengemukakan pendapat atau cadangan


tentang sesuatu perkara.

4.Setiap ahli berpeluang untuk menjalankan peranan yang telah


dipertanggungjawabkan.

5.Setiap ahli dapat bekerjasama antara satu sama lain untuk mengendalikan
sesuatu projek.

6.Setiap ahli mendapat pengalaman tentang cara berkomunikasi dengan


mesyarakat luar.

7.Setiap ahli mendapat maklumat tentang Buletin Warga Sihat(Denggi).


Selain itu,setiap ahli juga telah dapat mengenal pasti masalah ketika

menjayakan projek ini :

1.Kesukaran untuk menetapkan masa yang sesuai bagi mengadakan

mesyuarat kerana masing-masing mempunyai komitmen yang lain.

2.Dari segi kewanagan,peruntukan yang terhad juga dapat mempengaruhi

aktiviti yang hendak dijalankan.

3.Dari segi masa pula,pihak sekolah juga ada menjalankan aktiviti lain.Oleh

itu,aktiviti yang dijalankan ini bertindih dengan beberapa aktiviti lain.

4.Ahli juga menghadapi masalah untuk mendapatkan penajaan dari segi

kewangan.

5.Masalah yang ketara juga ialah komitmen daripada semua ahli.Hal ini

demikian kerana setiap ahli terpaksa juga membuat projek untuk

matapelajaran lain selain terpaksa menghadiri aktiviti kokurikulum lain.

Walaubagaimanapun,projek ini berjaya juga dilaksanakan kerana semua

masalah yang dihadapi telah dapat diatasa.Projek ini berjaya kerana

mencapai objektif yang ditetapkan.


Penghargaan
Kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pelbagai pihak

yang telah membantu uutuk menjayakan projek ini.Kami amat berterima

kasih kepada guru matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan,iaiti Cik

Shakirah dan juga guru-guru lain yang telah terlibat dalam memberikan

khidmat bakti,pandangan dan nasihat.Tidak lupa juga diucapkan kepada ibu

bapa dan ahli keluarga yang memberikan sumbangan dari segi

kewangan,bahan-bahan,dan sokongan moral.Penghargaan dan terima kasih

juga ditujukan kepada rakan-rakan sekelas yang terlibat secara langsung dan

tidak langsung.

You might also like