Professional Documents
Culture Documents
Format Penulisan Proposal
Format Penulisan Proposal
6. Kumpulan Sasaran
MENINGKATKAN KEMAHIRAN
MENGAPLIKASIKAN FORMULA
PENDARABAN 2 DIGIT DENGAN
MENGGUNAKAN KAEDAH
PISTOL & HAMMER ON THE STAIRS
Oleh:
Masalah sifir ialah masalah utama bagi pelajar dalam membuat pengiraan Matematik. Bagi
pelajar-pelajar saya di tahun 4, mereka ini tahu menggunakan penguasan sifir tetapi bagi kelas yang
lemah mereka lambat untuk menghafal sifir. Walaupun mereka lambat yang penting mereka tahu
menggunakan sifir itu. Yang menjadi masalah saya sekarang ialah apabila saya mengajar topik hasil
darab 2 digit bagi kelas 4 cerdik iaitu kelas pertengahan ada antara murid nya yang pandai , sederhana
dan lemah. Mereka ini tahu sifir, masalahnya adakala mereka keliru tentang cara atau langkah-langkah
yang perlu dijalankan untuk mendapatkan jawapan tersebut.
Hal ini dapat dibuktikan daripada pemerhatian saya di dalam kelas. Apabila saya memberi
soalan berbentuk 1 digit ramai pelajar dapat menjawab dengan tepat dan cepat. Oleh itu saya
berpendapat untuk mencari hasil darab 2 digit pasti mudah. Malangnya sangkaan saya meleset apabila
saya beri mereka soalan darab 2 digit mereka tercengang-cengang. Tidak dinafikan ada antara
murid yang tahu tetapi majoritinya tidak pasti.
Saya cuba menerangkan di papan hitam. Ada antaranya faham dan ada antaranya masih keliru.
Saya bagi latihan tubi kepada mereka dan saya dapati separuh antaranya tidak faham. Saya terangkan
semula berulang-ulang kali dan akhirnya saya dapati 10 orang daripada 32 orang pelajar dari kelas 4
Cerdik masih lemah dalam pendarapan. 2 digit. Hal ini saya buktikan dalam ujian formatif 1 yang lalu.
Mereka hanya menulis soalan dalam bentuk lazim tetapi mereka tidak dapat mengaplikasikan langkah-
langkah pendaraban yang saya terangkan. Saya rasa kecewa sekali kerana telah berulang kali saya
terangkan langkah-langkahnya. Saya bertanya kembali kepada diri sendiri mungkin cara penerangan
saya tidak difahami oleh mereka.
Ada juga saya bertanyakan kepada rakan-rakan guru Matematik yang lain. Apakah cara yang
mereka lakukan dan kenapa sebilangan mereka ini masih tidak dapat menjawab soalan pendaraban 2
digit. Antaranya menyatakan mereka malas berfikir, tidak membuat latihan yang diberikan dan tidak
mahu hafal sifir.
Saya telah berusaha dengan pelbagai kaedah tetapi sesetengah murid ini masih lambat dan lemah
dalam pengiraan. Oleh itu saya berfikir sekiranya saya tidak mancari cara yang betul atau formula yang
senang bagi mereka untuk mendarab 2 digit pasti masalah ini akan berlanjutan dan akan meyebabkan
kemerosotan markah mereka.
2. FOKUS KAJIAN
Daripada refleksi di atas, didapati murid tidak dapat menjawab soalan hasil darab 2 digit adalah
kerana :
(a) murid kurang cekap dalam penguasaan sifir.
(b) Murid susah mengingat dan memahami langkah-langkah penyelesaian.
(c)
Masalah ini berlaku dikalangan murid adalah kerana mereka tidak mahu dan malas menghafal
sifir, keliru apabila terdapat hasil darab yang memerlukan pengumpulan semula dan kadang-kala
mereka lupa langkah-langkahnya disebabkan tidak membuat latihan yang diberikan guru.
Jika perkara ini tidak ditangani akan menjadi lebih teruk. Murid akan terus keliru dan lupa
langkah-langkah yang harus diselesaikan. Murid juga akan terlepas peluang untuk mendapatkan markah
kerana soalan yang dikemukakan kebiasaannya dianggap mudah sahaja.
Bagi mengatasi masalah ini, saya telah mencuba menerapkan unsur berbentuk mainan dalam
pengajaran dan pembelajaran.Kaedah yang saya jalankan ialah Pistol dan Hammer on the stairs.
Murid akan menggunakan bentuk pistol dan hammer yang dibina untuk mengaplikasikan formula hasil
darab 2 digit.
3. OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini selesai dijalankan pelajar diharap akan mencapai objektif berikut:
Kajian ini melibatkan 10 orang pelajar daripada 30 orang pelajar tahun 4 Cerdik yang terdiri daripada :
3 orang pelajar India
1 orang pelajar Cina
6 orang pelajar Melayu
5. PELAKSANAAN KAJIAN
Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah yang telah dibuat adalah berdasarkan seperti berikut:
(i) Pemeriksaan buku sifir.
(ii) Ujian Pra
Sebelum memulakan P&P saya akan memberi murid 5 soalan sifir hasil darab 2 digit. Antara soalan
yang diberikan ialah 2 soalan mudah iaitu sifir di bawah 30 dan 3 soalan sukar iaitu sifir lebih daripada
30.
Contoh soalan yang diberikan ialah:
a. 2321 X 12 d. 5241 X 65
b. 1245 X 24 e. 3282 X 97
c. 1437 X 38
Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran seramai 10 orang yang sentiasa mendapat 0-2 markah di
dalam soalan sifir. Tujuannya adalah untuk mengesan sejauh mana kefahaman dan ingatan mereka
dalam mengira hasil darab 2 digit.
Kesilapan ditemui
X 24
1460
730
2190
(d) Pengumpulan semula nombor yang salah.
5.3 Tindakan yang dicadangkan
Setelah analisis tinjauan dijalankan, saya akan mengumpulkan murid kumpulan sasaran saya untuk
memperkenalkan kaedah terbaru iaitu menggunakan teknik pistol dan hammer on the stairs untuk
mencari hasil darab 2 digit. Terdapat 2 aktiviti yang saya rancangkan dan murid perlu lakukan iaitu:
Langkah 1
Setiap murid akan menggunakan 4 kertas transparent yang berlainan warna.
Murid akan membuat kotak yang sama besar pada setiap kertas tersebut.
Murid melakar pistol dan hammer menggunakan 2 kertas transparent yang berlainan warna.
Kemudian gunting.
Langkah 2
Gunting bahagian tengah setiap kotak untuk dijadikan lubang nombor.
Langkah 3
Menggunakan kertas transparent yang lain pula lakarkan stairs dan answer box.
Lubangkan bahagian tengah kotak.
(ii) Aktiviti 2 : Menembak dan memahat dengan tepat. (mengisi nombor dan
menyelesaikannya).
Setelah pistol dan hammer dibina, murid akan memulakan aktiviti kedua dengan menembak dan
memahat pada sasaran yang tepat ( mengisi nombor dan menyelesaikan masalah hasil darab 2 digit ).
Langkah-langkahnya ialah :
Langkah 1
Guru akan memberikan soalan dalam bentuk ayat matematik (mathematics sentences) untuk
diselesaikan oleh murid.
contoh:
342 x 12 = ?
Murid akan mula mengisikan nombor pada pistol dahulu.
Cara dan pengisian nombor :
Letakkan pistol di atas sehelai kertas dan mulakan dengan mengisi nombor di dalam kotak pistol .
Kemudian selesaikan jawapan.
Langkah 2
Seterusnya, letakkan bentuk hammer pada kertas yang sama, bertindan dengan pistol .
Mula mengisi nombor.
Selesaikan jawapan.
Nota:
Pada langkah ini, murid hanya perlu mengisi satu nombor sahaja lagi kerana barisan nombor pertama
telah diisi oleh bentuk pistol.
Langkah 3
Setelah jawapan pistol dan hammer dapat diselesaikan, murid akan menggunakan bentuk stairs
untuk di isikan dengan jawapan yang telah dibuat.
contoh : jawapan pistol = 684
jawapan hammer = 342
Langkah 4
Langkah akhir ialah dengan menggunakan kotak jawapan ( answer boxes ).
Cari hasil tambah bagi jawapan pistol dan hammer.
Isikan di dalam kotak jawapan.
6. Bahan yang digunakan
Gunting,
pisau lipat ,
pembaris ,
magik pen / pensil
kertas A 4
transparent yang berlainan warna
7. Jadual Pelaksanaan Kajian
Disediakan oleh,
Jurulatih Utama
Kajian Tindakan