You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN TABUAN ULU

JALAN FOOCHOW NO 1
93300 , KUCHING

Nama Guru :
No Fail Peribadi :
No. Kad Pengenalan :

Tuan/Puan,

BIDANG / SENARAI TUGAS

1. Bertanggungjawab sebagai guru kelas atau guru mata pelajaran bagi Tahap 1/Tahap 2.
2. Memahami dan mematuhi pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata
pelajaran yang diajar serta menentu dan menetapkan matlamat yang harus dicapai di akhir
setiap penggal bagi setiap kelas.
3. Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk
tempoh setahun/sepenggal/seminggu/seharian dan melaksanakan pelajaran mengikut
Rancangan Pelajaran yang disediakan.
4. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang mencukupi, memeriksa buku/kertas
latihan murid, memberi markah dan memulangkan semula secepat mungkin.
5. Menjalankan Ujian Progresif dan penilaian kepada murid serta merekodkan soalan-soalan
dan keputusan ujian di dalam Buku Rekod Mengajar dan mengemaskini rekod fleksi guru.
6. Mengesan kelemahan pelajar dan melaporkan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling /
Guru Pemulihan Khas jika terdapat kemerosotan pelajaran di kalangan murid.
7. Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran, menghadiri, mematuhi dan melaksanakan
keputusan mesyuarat.
8. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang digunakan,
memastikan bahawa alat-alat bantuan mengajar digunakan secara optimum.
9. Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar.
10. Melaksanakan segala arahan dan tugasan yang diberi oleh Guru Besar dari semasa ke
semasa.
.... .......
[ GURU ] [GURU BESAR)
SEKOLAH KEBANGSAAN TABUAN ULU
JALAN FOOCHOW NO 1
93300 , KUCHING

Ruj. Kami :

Tarikh
Nama Guru / No Fail Peribadi :
No. Kad Pengenalan :

Tuan/Puan,

PELANTIKAN SEBAGAI GURU KELAS, GURU MATA PELAJARAN, GURU PENYELARAS DAN
GURU-GURU KHAS SEKOLAH

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa atas kepentingan perkhidmatan, tuan/puan


telah dilantik sebagai guru khas sekolah bagi jawatan seperti di bawah mulai 5 Januari
2009 hingga 31 Disember 2009. Senarai dan bidang tugas disertakan untuk rujukan dan
panduan tuan/puan.

Bil Tugas-Tugas Khas Catatan


1
2
3
4
5

( Sila rujuk Buku Panduan Pengurusan Sekolah dan Pekeliling-Pekeling yang berkaitan)

3. Pihak sekolah berkeyakinan dan percaya dengan pengalaman tuan/puan, dapat


melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini dengan cemerlang. Kerjasama tuan/puan
menerima pelantikan ini saya dahului dengan ucapan terima kasih dan selamat
menjalankan tugas.

Sekian.Harap maklum.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Gita No.2
KUCHING

s.k. Pegawai Pelajaran Daerah Kuching


Fail Peribadi

You might also like