Istilah2 PAI SPM

You might also like

You are on page 1of 10

ISTILAH PENDIDIKAN ISLAM SPM

IBADAT

TINGKATAN 4

Aqiqah : Menyembelih binatang tertentu kerana menyambut kelahiran bayi sebagai tana
kesyukuran kepaa Allah S.W.T
Dam : Bahasa : Darah

Istilah : Denda yang dikenakan kepada orang yang melakukan kesalahan semasa
mengerjakan haji atau umrah kerana meninggalkan perkara wajib haji dan umrah
atau melakukan perkara yang dilarang semasa ihram haji atau umrah

D. Takhyir Takdil : Denda yang boleh dipilih berdasarkan ketetapan syarak dan boleh ditukar mengikut
nilaian harga dam
D. Takhyir Taqdir : Denda yang boleh dipilih berdasarkan ketetapan syarak mengikut kadar yang
ditentukan mengikut kemampuan
D. Tertib Takdil : Denda yang dibayar mengikut susunan dan boleh ditukar mengikut nilaian harga
dam
D. Tertib Taqdir : Denda yang dibayar mengikut susunan, dilaksanakan mengikut kadar yang
ditentukan berdasarkan kemampuan
Gadaian : Bahasa : Menahan sesuatu

Istilah : Sesuatu barangan bernilai yang dijadikan cagaran oleh pemiliknya untuk
mendapat pinjaman.
Hajarul Aswad : Batu hitam di Kaabah yang menjadi tanda permulaan dan penghabisan pusingan
tawaf.
Haji : Bahasa :Mengunjungi tempat yang mulia

Istilah :Mengunjungi Baitullahil Haram ( Kaabah) di Mekah kerana mengerjakan


ibadat-ibadat tertentu pada masa tertentu dengan syarat-syarat tertentu .

Haji Ifrad : Mengerjakan haji dan umrah secara berasingan di mana ibadat haji dilakukan
dalam bulan haji manakala umrah dilakukan sama ada sebelum atau selepas ibadat
haji
Haji Qiran : Mengerjakan haji dan umrah secara serentak
Haji Tamattu' : Mengerjakan haji dan umrah secara berasingan di mana umrah dikerjakan terlebih
dahulu dalam bulan haji diikuti ibadat haji dalam bulan haji
Hutang : Memberikan sesuatu barang kepada seseorang dengan syarat dikembalikan semula

1
Insuran (Takaful ) : Satu faedah iaitu satu kumpulan berikrar untuk mengumpul dan mengembeling
usaha serta sumber bagi mengaakan pakatan untuk saling bekerjasama an tolong
menolong apabila ditimpa musibah
Istito'ah : Berkemampuan melaksanakan ibadat haji .
Jamrah : Tempat melontar bagi mereka yang mengerjakan ibadat haji: dilontarkan ke ketiga-
tiga tempat [dan Jamrah al-Ula , Jamrah al-Wusta dan Jamrah al-Aqabah]

Korban : Menyembelih binatang ternakan yang dilakukan pada


Hari raya haji atau hari-hari tasyrik dengan tujuan beribadat kepada Allah S.W.T.

Marie' : Saluran pemakanan yang wajib diputuskan ketika melakukan sembelihan


Miqat : Sempadan masa atau tempat untuk memulakan niat ihram ibadat haji dan umrah.

Miqat Makani : Sempadan tempat bagi jemaah haji dan umrah memulakan niat ihram haji atau
umrah.
Miqat Zamani : Sempadan masa bagi jemaah haji bagi memulakan niat ihram bermula dari bulan
Syawal hingga sebelum terbit fajar 10 Zulhijjah.
Riba al-Fadl : Pertambahan yang diperolehi melalui pertukaran barang yang sama jenis.
Riba al-Nasiah : Pertambahan akibat penangguhan bayaran.
Riba' : Interest, bunga atau bayaran yang melebihi jumlah yang dipinjam.
Saham : Sejenis terbitan yang dikeluarkan oleh syarikat sebagai alat pemilikan
Saie : Berjalan berulang alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak 7 kali yang
dilakukan selepas tawaf.
Sembelihan : Menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan cara memutuskan urat
halqum dan marik dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah

Sewa : Satu perjanjian untuk memiliki manfaat atau faedah dari sesuatu barang yang
diterima daripada orang lain dengan bayaran yang sesuai dengan bayaran yang
sesuai dengan perjanjian yang telah ditentukan
Syarikat : Bahasa : Bercampur atau berkongsi

Istilah :Perjanjian prkongsian terhadap sesuatu perkara yang dilaksanakan antara


dua pihak atau lebih
Tahallul : Keluar daripada ihram haji atau umrah setelah melakukan beberapa perkara
tertentu
Tahallul Awal : Keluar daripada ihram haji atau umrah setelah melakukan dua daripada tiga perkara
berikut :Melontar Jamratu Aqabah pada 10 Zulhijjah/Bercukur/Melakukan tawaf
ifadah
Tahallul Thani : Keluar daripada ihram haji haji atau umrah setelah melakukan ketiga-tiga perkara
di atas

2
Tawaf : Mengelilingi kaabah sebanyak 7 kali bermula dan berakhir di sudut Hajarul Aswad
dengan syarat-syarat tertentu
Tawaf Ifadah : Tawaf rukun yang wajib ditunaikan oleh mereka yang mengerjakan haji sekiranya
ditinggalkan atau tertinggal menyebabkan ibadat haji tidak sah
Tawaf Qudum : Tawaf Selamat Datang
Tawaf Sunat : Tawaf yang boleh dikerjakan pada bila-bila masa
Tawaf Wadak : Tawaf selamat tinggal
Umrah : Bahasa :Ziarah

Istilah :Menziarahi Baitullahil Haram kerana mengerjakan ibadah tertentu pada


bila-bila masa dengan syarat-syarat tertentu pada bila-bila masa dengan syarat-
syarat tertentu .
Upah Haji : Melakukan ibadah haji bagi pihak orang lain.
Wukuf : Berada di padang Arafah walaupun seketika di antara gelincir matahari 9 zulhijjah
hingga terbit fajar 10 zulhijjah

SIRAH

Al-Dawawin : Jabatan-jabatan kerajaan


Al-Diwan : Jabatan
Baitul Mal : Institusi yang menguruskan perkara berkaitan kewangan umat islam
Diwan al-Aradh : Depot Simpanan
Diwan al-Azimah : Jabatan Audit Negara
Diwan al-Barid : Jabatan Pos
Diwan al-Jund : Kementerian Pertahanan
Diwan Al-Kharaj : Jabatan Hasil
Diwan al-Mazalim : Mahkhamah Tnggi Rayuan
Diwan al-Nafaqah : Jabatan Kewangan
Diwan al-Tasnif : Bahagian Sumber Manusia
Diwan al-Usul : Jabatan Dalam Negeri
Diwan al-Zimam : Jabatan Audit dan Kawalan
Fai' : Harta yang diperolehi melalui jalan perdamaian setelah pihak musuh menyerah
kalah
Ghanimah : Harta rampasan perang yang diperolihi daipada orang bukan islam
melalui peperangan.
Jizyah : Cukai kepala yang dikenakan kepada orang kafir dalam Negara Islam
Khalifah : Pengganti kepada nabi Muhamad s.a.w selepas kewafatan baginda,

3
gelaran bagi ketua agama dan raja Negara atau wilayah Islam
Kharaj : Cukai yang dikenakan kepada orang kafir kerana mengusahakan tanah
yang dimiliki oleh orang Islam hasil dari peperangan
Khulafa al- : Gelaran kepada empat orang sahabat yang memegang jawatan dalam
Rasyidin negara Islam selepas kewafatan Rasul dan sebelum kerajaan
Ummaiyah.
Majlis al-Taqrir : Bahagian Kewangan
Majlis Syura : Satu majlis yang membincangkan tentang pemilihan khalifah dan isu-
isu yang berkaitan dengan kepentingan Negara
Majlis Tahkim : Satu Majlis perbincangan yang melibatkan pihak Saidina Ali b Abi
Talib dan Muawiyah bin Abi Sufian selepas perang Siffin
Majlis Tahkim : Satu Majlis perbincangan yang melibatkan pihak Saidina Ali b Abi
Talib dan Muawiyah bin Abi Sufian selepas perang Siffin
Zakat : Harta yang dipungut daripada orang islam bagi harta tertentuuntuk
kadar tertentu an syarat tertentu.

TINGKATAN 5

IBADAT
Anak angkat : Anak yang dipelihara oleh bukan ibubapa kandungnya.
Fasakh : Bahasa: Batal

Istilah: Pembatalan ikatan perkahwinan melalui kuasa Qadhi yang dipohon oleh
isteri atau dengan sebab-sebab yang diharuskan oleh syara'

Hadhanah : Hak penjagaan anak yang masih kecil yang belum mumaiyiz dan tidak mampu
menguruskan diri sendiri
Iddah : Bahasa: Tempoh,pengiraan

Istilah: Tempoh masa larangan berkahwin yang wajib dipatuhi oleh isteri selepas
berpisah dengan suami.
Iddah : Bahasa: Tempoh,pengiraan

Istilah: Tempoh masa larangan berkahwin yang wajib dipatuhi oleh isteri selepas
berpisah dengan suami.
Ijab perkahwinan : Lafaz nikah yang diucapkan oleh Wali/jurunikah/wakilnya.

4
Kabul : Penerimaan yang iucapkan oleh bakal suami seperti aku terima nikah..
Khuluk : Bahasa: Mencabut/menanggalkan

Istilah: Penceraian antara suami isteri dengan bayaran tertentu.


Lafaz Kinayah : Lafaz yang menggunakan bahasa kiasan.
Lafaz Sorih : Lafaz yang dilakukan dengan kata-kata berterus terang.
Lian : Bahasa: Laknat

Istilah : Sumpah suami yang disertakan dengan laknat daripada Allah untuk
menolak hukuman Qazaf disebabkan tuduhan Zina terhadap isteri @ untuk
menafikan nasab.
Mahar : Mas kahwin atau pemberian wajib daripada suami kepada isteri samaada
berbentuk wang, atau sesuatu yang bernilai
Mahar Misil : Mahar yang ditentukan kadarnya mengikut kadar mahar saudara-saudara
perempuan pihak isteri.
Mahar Musamma : Mahar yang ditentukan kadarnya dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Mahkamah : Institusi kehakiman yang membicarakan perkara mal ( harta ) dan jenayah yang
Syariah melibatkan orang Islam mengikut bidang kuasa yang diperuntukan oleh Enakman
Pentadbiran Hukum Syarak Negeri-negeri.
Mahram : Golongan yang haram dikahwini atau tidak batal wuduk
Meminang : Lamaran dari seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri.
Nafkah : Sara hidup atau perbelanjaan harian orang yang berada di bawah tanggungannya
Nafkah Batin : Suami wajib menunaikan keperluan-keperluan seks isteri menurut syarak.
Nafkah Zahir : Keperluan-keperluan asas seperti tempat tinggal yang sesuai, makanan, perubatan
dan pakaian.

: Bahasa: Derhaka/Ingkar
Nusyuz
Istilah: Keengganan isteri menunaikan kewajipan terhadap suami tanpa alasan
yang munasabah mengikut hukum syarak.
Nusyuz : Bahasa: Derhaka/Ingkar

Istilah: Keengganan isteri menunaikan kewajipan terhadap suami tanpa alasan


yang munasabah mengikut hukum syarak.

Perkahwinan : Bahasa: Cantum atau himpun

Istilah: Akad yang menggunakan lafaz nikah atau bahasa lain-lain yang memberi
makna nikah yang menghalalkan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan.
Perkahwinan : Nikah sementara waktu atau nikah kontrak.
Mut'ah

5
Poligami : Bahasa: Banyak isteri

Istilah : Lelaki yang beristeri lebih dari seorang tetapi tidak lebih 4 orang pada
satu masa.
Poligami : Bahasa: Banyak isteri

Istilah : Lelaki yang beristeri lebih dari seorang tetapi tidak lebih 4 orang pada
satu masa.
Rujuk : Bahasa: Kembali

Istilah: Suami yang mengambil kembali isteri yang telah diceraikan ke


pangkuannya.
Talak : Bahasa: Cerai atau melepaskan ikatan.

Istilah : Merungkaikan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak /cerai/yang


mengandungi makna keduanya.
Talak Bain Kubra : Talak 3 yang mengharamkan bekas suami mengahwini semula isterinya kecuali
selepas isterinya berkahwin dengan lelaki lain dan diceraikan setelah berlaku
persetubuhan.
Talak Bain Sugra : Talak yang tidak membolehkan suami merujuk isterinya kecuali dengan akad dan
mahar yang baru.
Talak Bid'i : Talak yang menyalahi peraturan syarak iaitu menceraikan isteri ketika haid, nifas
atau ketika suci tetapi selepas disetubuhi suaminya atau menceraikan isteri dengan
talak 3 sekaligus.
Talak Raj'ie : Talak satu atau dua yang belum tamat edahnya dan boleh dirujuk semula.
Talak Sunni : Talak yang sesuai dengan peraturan syarak, iaitu suami menceraikan isteri dengan
talak satu/dua ketika isterinya suci daripada haid, nifas dan tidak disetubuhi.
Talak Ta'lik : Talak yang disandarkan kepada sesuatu syarat.
Wali : Bahasa : Bantuan atan perlindungan daripada Allah

Istilah : Orang yang berkuasa mengahwinkan seseorang perempuan.


Wali Akrab : Wali yang hampir dengan perempuan termasuk atuk dan bapa
Wali Bukan : Mereka yang selain bapa dan datuk seperti saudara lelaki seibu sebapa atau
Mujbir sebapa.
Wali Hakim : Mereka yang diberi kuasa oleh sultan atau pemerintah untuk mengkahwinkan
perempuan ketiaaan wali atau wali hilang
Wali Mujbir : Bapa atau datuk yang berhak mengahwinkan anak gadis tanpa persetujuannya
terlebih dahulu.
WalimatulUrus : Kenduri / Jamuan yang diadakan untuk meraikan perkahwinan.
Zihar : Bahasa: Belakang

Istilah: Suami menyamakan isterinya @ mana-mana anggotanya dengan ibunya


@ dengan mana- mana perempuan mahram baginya.

6
SIRAH

Al Wazir : Perdana Menteri atau Ketua Pentadbir yang dibantu oleh menteri-menteri dan
jabatan-jabatan kerajaan.
Al-Islah : Pembaikan atau perubahan terancang ke arah yang lebih baik.
Astronomi : Ilmu mengenai bintang, bulan, planet dan sistem cakrawala.
Baitul Hikmah : Perpustakaan terulung di Baghdad pada zaman Abbasiyah dibina oleh khalifah
Harun Al-Rasyid
Baitul Mal : Institusi yang menguruskan perkara berkaitan kewangan umat islam
Majlis al-Taqrir : Bahagian Kewangan
Suk Baghdad : Pasar yang menjadi tumpuan para pedagang Parsi

TINGKATAN EMPAT DAN LIMA

TILAWAH & HADIS

Al-Quran : Wahyu Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang kini telah
ditulis dan dibukukan. Membacanya merupakan suatu Ibadah.
Asi : Orang islam yang melanggar perintah agama
Aurat : Bahagian anggota badan manusia yang wajib ditutup menurut syara'.
Benci membenci : Perasaan marah dan tidak menyenangi orang lain yang lahir dari sifat angkuh dan
sombong.
Berpaling muka : Tiak bertegur sapa dan hidup mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan
orang lain.
Bersyukur : Menyatakan rasa terima kasih kepada Allah s.w.t atas segala nikmat yang
dikurniakan.
Dakwah : Bahasa : Seru/ajak

Istilah: menyeru atau mengajak manusia beriman dan beribadah kepada Allah
dengan melakukan suruhan dan meninggalkan larangannya.
Fardhu Ain : perkara yang wajib ditunaikan oleh setiap umat Islam. Berdosa jika ditinggalkan
seperti puasa ramadan, zakat
Fardhu Kifayah : Perkara yang wajib dilakukan oleh sekurang-kurangnya seorang/sebahagian umat
islam jika tidak dilakukan semua sekali menanggung dosa seperti belajar ilmu
sains, matematik kedoktoran dan lain-lain .
Fasik : Orang yang tidak taat kepada Allah dan rasulnya dengan melakukan dosa besar
atau berterusan melakukan dosa kecil.

7
Ghaib : Tidak dapat dilihat, tersembunyi
Hadith : Setiap ucapan, perbuatan ,pengakuan dan sifat-sifat yang disandarkan kepada
Rasulullah
Halal : Dibolehkan dan tidak ditegah oleh Islam
Hasad : Dengki dan iri hati sama ada untuk kebaikkan diri atau untuk menjatuhkan orang
lain.
Hidayah : Bahasa: Petunjuk

Istilah: Cahaya petunjuk ke arah kebenaran yang dikurniakan oleh Allah kepada
sesiapa yang dikehendaki.
Infak : Membelanjakan harta pada jalan Allah
Menipu : Perbuatan sama ada melalui tutur kata atau tingkah laku yang dilakukan secara
tidak jujur yang bertujuan untuk kepentingan diri sendiri
Mukjizat : Perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah kepada rasul untuk membuktikan
kerasulan mereka
Mukjizat Hissi : Mukjizat yang hanya dapat dirasai dengan pancaindera.seperti tongkat nabi Musa
a.s bertukar menjadi ular
Mukjizat Maknawi : Mukjizat yang diketahui keluarbiasaanya biasanya menggunakan kekuatan akal
fikiran. Contoh :al -Quran
Mukmin : Orang yang percaya dan yakin sepenuh hati kepada Allah serta beramal dengan
segala suruhanNya
Rasul : Seorang lelaki yang dipilih oleh Allah yang diturunkan wahyu kepadanya untuk
diamalkan oleh dirinya dan diperintahkan untuk menyampaikannya kepada
umatnya.
Sujud Sahwi : Sujud 2 kali yang dilakukan selepas tahiyat akhir sebelum memberi salam kerana
menambah atau mengurangkan rukun solat secara tidak sengaja atau
meninggalkan sunat Ab'ad secara sengaja atau tidak sengaja
Sujud Syukur : Sujud yang dilakukan di luar solat kerana mendapat nikmat atau terlepas daripada
bala
Sujud Tilawah : Sujud yang dilakukan di luar atau dalam solat kerana membaca atau mendengar
ayat sajadah
Tahlil : Mentauhidkan Allah dengan kalimah Tiada Tuhan Melainkan Allah
Tahmid : Segala puji bagi Allah .
Takbir : Allah Maha Besar.
Taqqarub : Mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan Ibadat
Tasbih : Maha Suci Allah
Tawakal : Berserah diri kepada Allah setelah berusaha dan berikhtiar.
Wahyu : Kalamullah yang diutuskan oleh kepada nabi atau rasul melalui perantaraan Jibril
a.s

8
TINGKATAN EMPAT DAN LIMA

AKHLAK

Adab : Tingkah laku atau tutur kata yang halus dan bersopan.
Amar makruf : Menyeru / menyuruh melakukan kebaikan
Hadiah : Pemberian sebagai satu penghargaan , tanda kasih sayang atau pujian
Jidal : Berhujah/ berdebat.
Jual Beli : Menukarkan barangan dengan barang mengikut cara tertentu.
Kemudahan Awam : Kemudahan yang disediakan oleh pehak tertentu untuk kegunaan orang ramai

Mungkar : Perbuatan yang menyalahi syarak/hukum hakam sama ada terhadap Allah s.w.t,
manusia dan alam sekitar
Musafir : Orang yang sedang dalam perjalanan melebihi 2 marhalah (90 km) dengan
niat/tujuan yang baik.
Rekreasi : Kegiatan yang menyeronokan yang boleh menyegarkan kembali kesihatan badan.

Sedekah : Satu pemberian yang ikhlas tanpa mengharapkan balasan untuk mendekatkan diri
kepada Allah.
Zikir : Mengingati Allah sama ada dalam hati atau menyebutnya secara lisan

9
10

You might also like