You are on page 1of 4

Tema 2 : Sejarah Tokoh

1.0 Tajuk

WAN MAT SAMAN : BAPA PEMBANGUNAN NEGERI KEDAH DARI TAHUN

1870 HINGGA 1898

2.0 Pengenalan

Penulisan ilmiah ini mengenai seorang tokoh iaitu Dato Wan Muhammad Saman bin

Wan Ismail atau Wan Mat Saman yang terkenal sebagai Bapa Pembangunan Negeri

Kedah. Beliau dilahirkan di Alor Janggus, Alor Setar sekitar tahun 1930-an. Beliau

berketurunan keluarga pembesar negeri Kedah. Datuknya bergelar Dato Seri Paduka Raja

Laksamana, Menteri Keempat Kedah. Ayahnya, Wan Ismail pernah dilantik sebagai penasihat

utama Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah, Sultan Kedah ke-24 (1854-1879). Wan

Muhammad Saman mendapat pendidikan awal daripada keluarganya sendiri iaitu dalam

bidang agama. Selain itu, beliau mahir berbahasa Thai dan sering dibawa ke Thailand untuk

melihat pembangunan di negara tersebut. Jasa dan sumbangan beliau yang besar terhadap

pembangunan negeri Kedah melayakkan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri yang

berperanan sebagai Menteri Besar Kedah yang pertama pada tahun 1870. Peranan dan

sumbangan beliau dapat dilihat dalam pelbagai bidang merangkumi politik, ekonomi dan

sosial.

3.0 Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengkaji sejarah Wan Mat Saman. Antara

objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan latar belakang tokoh. Seterusnya, untuk

mengenal pasti peranan beliau sebagai Menteri Besar Kedah yang pertama. Akhir sekali,

kajian ini juga untuk menjelaskan sumbangan beliau dalam bidang politik, ekonomi dan

sosial.
4.0 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, beberapa persoalan kajian akan diberi perhatian. Antaranya ialah

persoalan berhubung dengan latar belakang tokoh yang dikaji. Wan Mat Saman merupakan

anak jati Kedah yang membesar di negeri ini serta banyak jasanya dalam membangunkan

negeri Kedah. Seterusnya, persoalan berkaitan peranan tokoh sebagai Menteri Besar Kedah.

Jawatan Menteri Besar adalah jawatan utama dalam pentadbiran negeri dan peranan Wan Mat

Saman dapat dilihat melalui idea dan buah fikiran serta tindakan-tindakan yang dilakukan

semasa pentadbirannya. Akhir sekali, pengkaji juga akan memberi tumpuan kepada persoalan

yang lebih besar iaitu sumbangan tokoh dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Kejayaan

Wan Mat Saman dalam ketiga-tiga bidang ini dapat dilihat melalui hubungan diplomatik,

pembinaan terusan, pembukaan petempatan dan pembinaan sekolah di Kedah.

5.0 Skop Kajian

Skop kajian ini melibatkan seorang tokoh yang penting di negeri Kedah iaitu Wan Mat

Saman. Tokoh ini dipilih kerana keistimewaan beliau sebagai peneraju pentadbiran negeri

Kedah. Skop kajian juga merangkumi jangka masa selama 28 tahun, dari tahun 1870 hingga

1898 iaitu zaman pentadbiran Wan Mat Saman selaku Menteri Besar Kedah. Selain itu, skop

kajian meliputi kawasan Gurun hingga ke Alor Setar. Kawasan ini menjadi tumpuan Wan Mat

Saman dalam pembangunan ekonomi sehingga Kedah dikenali sebagai negeri Jelapang

Padi.

6.0 Sorotan Kajian Lepas

Daripada hasil tinjauan yang telah dibuat didapati bahawa kajian terhadap tokoh ini

sudah banyak dihasilkan. Antaranya, kajian oleh Ismail bin Haji Saleh; Wan Muhammad

Saman bin Wan Ismail : Dato Perdana Menteri Kedah dari 1870 hingga 1898. Kajian
beliau menumpukan kepada Sejarah Kedah dan sedikit sumbangan Wan Mat Saman dalam

bidang politik. Aspek ekonomi pula dikaitkan dengan pembinaan terusan, pembukaan kebun

dan beberapa lagi kegiatan ekonomi di Kedah. Aspek sosial langsung tidak disentuh oleh

beliau. Para pengkaji juga lebih gemar mengkaji tentang terusan yang dibina oleh Wan Mat

Saman, antaranya ialah Abdul Haris bin Mohd Zain dan Samirah Mat Saad. Kajian mereka

yang berjudul Terusan Wan Mat Saman tersimpan di Arkib Negara Malaysia. Kedua-dua

kajian ini membincangkan Terusan Wan Mat Saman dari segi pembinaan dan kesan-kesan

daripada pembinaanya.

Terdapat juga kajian tentang salasilah keluarga Wan Mat Saman. Kajian-kajian ini

menjurus kepada asal usul keluarga Wan Mat Saman dan saudara maranya, kaum kerabat dan

waris-warisnya seperti yang terdapat di http://projekbh.blogspot.my/

Dalam kajian ini, aspek politik, ekonomi dan sosial akan digabungkan dan dijelaskan

secara terperinci bagi membezakan dengan kajian-kajian terdahulu.

7.0 Kaedah Kajian

Terdapat beberapa kaedah yang dilakukan bagi melaksanakan latihan ilmiah ini. Antara

kaedah yang digunakan nanti ialah kaedah melayari internet. Kaedah ini digunakan kerana

banyak maklumat mengenai tokoh boleh didapati secara pantas daripada internet. Kaedah lain

yang akan digunakan ialah kaedah pembacaan. Beberapa jenis bahan seperti buku dan surat

khabar yang berkaitan dengan tokoh akan digunakan. Pengkaji juga akan menggunakan

kaedah kerja lapangan dan temubual bagi memantapkan lagi latihan ilmiah ini.

8.0 Pembahagian Struktur Esei

Penulisan ilmiah ini dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu pengenalan, isi-isi

penting dan kesimpulan. Pada bahagian pengenalan, pengkaji akan menulis secara umum
tentang Wan Mat Saman. Pada bahagian isi, pengkaji akan bahagikan kepada tiga sub tajuk

iaitu latar belakang tokoh, peranan sebagai Menteri Besar dan sumbangan tokoh dalam

bidang politik, ekonomi dan sosial. Akhir sekali pengkaji akan membuat kesimpulan iaitu

merumuskan semula peranan dan sumbangan Wan Mat Saman selaku Bapa Pembangunan

Negeri Kedah.

9.0 Penutup

Melalui kajian ini, pengkaji berharap agar masyarakat akan lebih mengetahui latar

belakang Wan Mat Saman, peranan beliau sebagai Menteri Besar Kedah dan sumbangan-

sumbangan beliau dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Segala sumbangan tokoh

seharusnya dihargai oleh masyarakat kini. Bukan mudah bagi tokoh ini untuk memajukan

negeri Kedah pada waktu itu. Berkat ketekunan, kesabaran dan kebijaksanaannya, negeri

Kedah terkenal sebagai negeri Jelapang Padi.

10.0 Bibliografi

Arkib Negara Malaysia, Abdul Haris bin Mohd Zain, Terusan Wan Mat Saman, Maktab
Perguruan Kota Bharu : Kelantan, 1991.

Arkib Negara Malaysia, Samirah Mat Saad, Terusan Wan Mat Saman, Institut Perguruan
Darul Aman : Jitra, 2008.

Dato Haji Wan Shamsudin dan Faudziah Awang, Sejarah Menteri-Menteri Besar Kedah
Darul Aman, Koperasi Serbaguna Penulis Utara Malaysia Berhad : Alor Setar, 2006.

Siti Fatimah Mohamaed Anwar, Wan Muhammad Saman : Bapa Pembangunan Kedah,
keluargawangosman.blogspot.com

You might also like