Kepentingan Kontrak Sosial

You might also like

You are on page 1of 4

Kepentingan Kontrak Sosial

Selepas 54 tahun kemerdekaan Malaysia, formula kontrak sosial yang


telah dipakai telah berjaya menyatupadukan semua kaum di Malaysia tanpa
berlakunya sebarang konflik perkauman. Kontrak sosial merupakan satu istilah
permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di
kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India.

Oleh yang demikian, kepentingan pertama bagi Kontrak Sosial ialah


menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia menjadi satu negara bangsa yang kuat dan
kukuh ikatan perpaduannya dimana semua rakyat tertakluk dan menurut perintah atau
undang-undang yang telah dipersetujui ramai. Contohnya, Kontrak Sosial merupakan satu
perjanjian yang telah dipersetujui oleh pelbagai pihak dan ini juga membawa maksud
bahawa semua rakyat di negara ini mengetahui tentang kandungan-kandungan yang
terdapat di dalam perjanjian tersebut. Dengan ini, jika kelak terdapat apa-apa masalah
perkauman atau terdapat isu-isu yang sensitif yang telah dicungkilkan oleh mana-mana
pihak, maka kita semua boleh merujuk kepada Kontrak Sosial yang telah dipersetujui oleh
semua orang. Dengan adanya pengetahuan dalam aspek ini maka dapatlah
menggelakkan perkara-perkara seperti Rusuhan Perkauman 16 Mei berulang lagi. Rakyat
tidak akan lebih mudah diperdaya oleh kata-kata pihak tertentu malah semua rakyat akan
berganding bahu untuk sama-sama mengatasi pihak-pihak ini.

Kepentingan kontrk sosial yang seterusnya ialah memudahkan komunikasi semua


penduduk Malaysia yang menpunyai kepelbagaian dari segi bahasa dengan penggunaan
Bahasa Melayu. Salah satu unsur yang tertakluk di dalam Kontrak Sosial ialah
mengiktirafkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara kita. Dengan
adanya unsur yang telah diperjanjikan ini, maka masyarakat Malaysia yang menpunyai
pelbagai-bagai jenis bahasa ibunda tidak akan menpunyai masalah untuk berkomunikasi
dalam kalangan etnik yang pelbagai. Walaupun kita semua terdiri daripada kaum, etnik
yang lainan, kita menpunyai adat resam yang berlain, kita bertutur dalam bahasa ibunda
yang berlain juga, tetapi kita semua masih boleh berkomunikasi dan bersosial dengan etnik
yang lain, kita masih mampu meluahkan pemikiran kita dan boleh difahami oleh etnik yang
lain kerana kita sekurang-kurang menpunyai satu persamaan dari segi bahasa, iaitu
penggunaan Bahasa Melayu. Dengan adanya element Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan, ini juga bermaksud smeua rakyat di Malaysia tanpa mengira warna kulit,
agama ataupun umur lapisan masyarakat, semua orang perlu pelajari Bahasa Melayu,
bahasa yang melambangkan negara Malaysia. Kita boleh memahami pemikiran etnik yang
lain seperti ketidakpuasan mereka terhadap mana-mana isu, kita boleh menambah ilmu
pengetahuan kita tentang adat resam etnik yang lain, kita boleh saling berkongsi idea untuk
memajukan sesuatu kerja, semua ini boleh dicapai melalui komunikasi, dan komunikasi ini
memerlukan bahasa, oleh yang demikian, bahasa yang telah dipilih untuk digunakan
secara awam haruslah suatu bahasa yang boleh diterima oleh semua orang, semua etnik
dan semua lapisan masyarakat. Dengan tuahnya, Kontrak Sosial yang telah diperjanjikan
sebelum ini telah membantu kita menangani masalah ini dengan harmoni sekali tanpa
menyinggung perasaan mana-mana etnik. Ini secara tidak langsung boleh mengeratkan
pertalian perkauman di negara kita.

Pernahkah kita semua terfikir, dalam Malaysia, masih terdapat apa


keistimewaan yang negara lain tidak menpunyai? Sebenarnya keistimewaan
yang terdapat dalam pentadbiran Malaysia ialah sistem kesultanan yang masih
dikekalkan daripada sejarah Malaysia. Cubalah berpandang kepada negara
asing yang lain, mereka tidak lagi mengekalkan tradisi kesultanan sebaliknya
hanya melantikan seorang raja ataupun seorang president sahaja dalam
pentadbiran mereka. Sebaliknya, di negara kita, sistem kesultan masih terus
diamalkan di semua negeri Malysia. Pengamalan sistem pentadbiran ini juga
berkait rapat dengan Kontrak Sosial kerana salah satu element yang terkandung dalam
kontrak ini ialah kedudukan Raja Melayu. Dalam element ini, Yang Dipertuan Agong diberi
kuasa memerintah Persekutuan tetapi sebagai raja berperlembagaan. Baginda
dikehendaki mengikut nasihat jemaah menteri atau menteri yang diberi kuasa oleh jemaah
menteri. Selain itu, baginda juga memegang jawatan sebagai ketua agama Islam, ketua
ketenteraan Malaysia dan sebagainya. Jadi Yang Dipertua Agong merupakan satu
lambangan atau identiti yang terunggul kepada negara kita. Institusi beraja ini merupakan
satu tradisi yang telah diamalkan sejak Kesultanan Melayu Melaka lagi dan telah diwarisi
dan masih diaplikasikan dalam pentadbiran di negara kita. Ini telah menunjukkan bahawa
Kontrak Sosial ini penting untuk memeliharakan tradisi sejarah Melayu yang istimewa ini
dan seterusnya penting dalam pemeliharaan keunikan yang terdapat di negara kita.

Kepentingan Kontrak Sosial yang seterusnya ialah melahirkan satu masyarakat


yang seimbang dari pelbagai segi. Hal ini disebabkan salah satu unsur yang penting yang
terkandung di dalam Kontrak Sosial ialah mengenai hak keistimewaan orang Melayu.
Dalam unsur ini telah mneyatakan bahawa Kabinet berkuasa menjagai kedudukan orang
Melayu dan bumiputera di Sabah danSarawak dengan menentukan bagi mereka
kedudukan dalam perkhidmatan awam atau lain-lain kemudahan yang diberikan oleh
kerajaan. Ini merupakan salah satu pertimbangan untuk menyamakan taraf kaum
bumiputera atau Melayu dengan kaum-kaum yang lain khususnya Cina bagi menjamin
keseimbangan teruatamanya dalam bidang ekonomi, pendidikan dan agihan kekayaan.
Cara ini adalah pembantuan khusus kepada kaum yang masih lemah dan ketinggalan
supaya jurang ketidaksamaan tidak begitu besar antara etnik atau kaum. Jika jurang
ketidaksamaan ini dibiarkan berkemungkinan akan mencetuskan perasaan ketidakpuasan
dari beberapa etnik yang lain dan menjejaskan perpaduan negara kita. Jadi dengan adanya
element yang terkandung dalam Kontrak Sosial ini boleh menjaminkan semua golongan
rakyat berada di tahap kemajuan yang sama dimana tiada mana-mana kaum atau etnik
telah diadaikan atau dipinggirkan.

Kepentingan yang diikuti ialah untuk memupuk nilai tanggungjawab dan amanah di
dalam kalangan rakyat di Malaysia tanpa mengira apa jua peranan yang sedang seseorang
individu tersebut pegang, iaitu tidak kira sama ada individu tersebut seorang pelajar, atau
guru atau pengurus di syarikat swasta mahupun menteri atau raja, semua individu
menpunyai kewajipan diri dan mestilah mengjalankan kewajopan tersebut dengan
sempurna. Sebagi contoh, di dalam Kontrak Sosial telah menyatakan bahawa Raja
bertanggungjawab untuk memelihara hak keistimewaan orang Melayu atau bumiputera di
negara kita. Dan salah satu elemen di dalam Kontrak Sosial juga menyatakan bahawa
adalah menjadi tanggungjawab orang Melayu untuk melindungi dan menjaga agama Islam.
Manakala kita semua perlu belajar Bahasa Melayu kerana ia merupakan bahasa
kebangsaan di negara kita. Semua ini telah menyenaraikan kewajipan kita sebagai rakyat
Malaysia dan kita semua harus menpunyai kesanggupan untuk memikulkan kewajipan ini
serta melaksanakan tugas yang telah kita pikul dengan sempurna. Selain itu, kita harus
amanah untuk menjalankan kewajipan kita terutamanya mereka yang memegang jawatan
tinggi, yang berupaya menjadi wakil kepada rakyat. Dengan adanya Kontrak Sosial ini,
maka bolehlah menyeru semua rakyat Malaysia untuk menjalankan tanggungjawab diri
sendiri dengan penuh amanah yang berupaya menimbulkan kepercayaan dari semua
orang atau boleh mencetuskan perasaan hormat daripada etnik yang lain kepada etnik kita
sendiri. Kita sebagai rakyat Malaysia, menjagai ketenteraman di negara kita merupakan
kewajipan besar yang sedang kita semua pikulkan. Oleh yang demikian, kita perlu berusaha
untuk memelihara perpaduan yang sedang dikecapi oleh negara kita dan jangan sesekali
untuk mengungkitkan kemarahan awam dengan menyentuhkan perkara-perkara sensitif
yang tertakluk sama ada di dalam perlembagaan negara, dalam Kontrak sosial mahupun
dalam undang0undang negara.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, hubungan etnik yang erat memainkan peranan yang penting
dalam pembangunan negara kerana hanya dengan adanya hubungan etnik yang erat
barulah kita boleh saling memahami antara etnik serta menghulurkan batuan jika diperlukan
agar perpaduan negara kita boleh dikekalkan seterusnya membangunkan dan memajukan
negara kita serta meningkatkan kenamaan Malaysia di taraf antarabangsa.

You might also like