You are on page 1of 14

K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 77

UNIT PELAJARAN 7
KANAK-KANAK HIPERAKTIF (ADHD)

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharapkan dapat:

1. Menyatakan definisi hiperaktif


2. Mengenalpasti ciri tingkahlaku kanak-kanak hiperaktif.
3. Menjelaskan punca berlakunya hiperaktif

PENGENALAN
Perasaan marah, cemas dan gusar sering membelenggu ibu bapa setiap kali
menerima panggilan atau surat daripada pihak sekolah yang mengatakan anak
mereka nakal, tidak mendengar ajaran guru malah mendapat keputusan yang lemah
di dalam kelas. Sifat anak yang tidak boleh duduk diam dan asyik bermain
kemungkinan disebabkan sejenis sindrom dipanggil hiperaktif (attention deficit
hyperactivity disorder-ADHD). ADHD biasanya lapan peratus ke sepuluh peratus dikesan bagi
kanak-kanak yang sudah bersekolah. Lelaki adalah tiga kali ganda lebih ramai menghidap
ADHD berbanding kanak-kanak perempuan. Ibu bapa boleh memastikan anak mengalami
ADHD jika mereka kelihatan lebih bertenaga daripada biasa, cepat gelisah serta hilang
tumpuan.

Ramai ibu bapa yang mendapati sukar untuk menguruskan kanak-kanak yang terlalu
aktif. Kanak-kanak begini sentiasa bergerak ke sana ke mari menerokai persekitaran mereka
dan dalam proses ini menyebabkan berlakunya huru-hara ke atas ibu bapa dan individu yang
berada di persekitaran mereka. Sebenarnya ibu bapa tidak seharusnya cepat melatah untuk
melabelkan anak-anak mereka atau kanak-kanak yang terlalu aktif dan riuh sebagai hiperaktif
sebelum membuat pemeriksaan dan penilaian dari pihak tertentu. Adalah menjadi kelaziman
bagi kanak-kanak yang sedang mengalami tahap perkembangan mempunyai dorongan yang
kuat untuk mencuba sesuatu yang baru walaupun tingkahlaku mereka yang aktif mendatangkan
kerisauan kepada kedua ibu bapa.

Kanak-kanak ADHD gemar bertindak sebelum berfikir, terlalu aktif dan sukar
menumpukan perhatian terhadap sesuatu tugas. Kanak-kanak ini boleh memahami dan berfikir,
tetapi tidak mengendahkannya. Sememangnya lumrah semua kanak-kanak bersikap begini,
tetapi bagi ADHD perangai mereka agak luar biasa nakal daripada kebiasaannya, terutama jika
berminat terhadap sesuatu perkara baru. Kelemahan bagi kanak-kanak ini ialah mereka sukar
bergaul dengan masyarakat serta lemah dalam akademik.
K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 78

Apabila kanak-kanak gagal mencapai kejayaan yang cemerlang di sekolah atau tidak
pandai berinteraksi sesama rakannya, mungkin ini menandakan kanak-kanak menghadapi
masalah tingkah laku hiperaktiviti. Kerapkali kanak-kanak yang hiperaktif dianggap sebagai
nakal atau jahat. Walaupun kanak-kanak ini ada kalanya menunjukkan tingkah laku yang terlalu
aktif atau lasak, ibubapa harus berhati-hati agar tidak tersilap membuat andaian dan
menganggap anak mereka hiperaktif. Semangat berkobar-kobar, bertindak mengikut gerak hati
dan suka bergurau dianggap normal. Tetapi semuanya bergantung kepada usia dan tahap
pertumbuhan mereka.

Oleh sebab itu, topik 7 ini akan akan mengupas mengenai kanak-kanak yang
mengalami masalah ADHD. Penulisan ini akan membincangkan isu mengenai definisi dan
konsep ADHD untuk mengetahui dengan tepat apakah itu ADHD, punca yang menyebabkan
berlakunya ADHD, ciri-ciri individu yang mempunyai simptom ADHD dan masalah pendidikan
yang dihadapi oleh kanak-kanak yang mengalami ADHD.

DEFINISI KANAK-KANAK HIPERAKTIF(Attention Deficit Hyperactive


Disorder (ADHD) )

Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) adalah istilah perubatan yang digunakan kepada
kanak-kanak dan remaja yang mempunyai masalah daripada segi tingkah laku dan kognitif
dalam aspek penting kehidupan mereka seperti dalam keluarga dan hubungan peribadi di
sekolah dan ditempat kerja. Kesukaran ini mungkin disebabkan oleh desakan yang tidak
terkawal, terlalu aktif dan tidak memberi perhatian (Paul Cooper dan Katherine 2002: 9).

Rief (2005) pula mendifinisikan Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) sebagai

ADHD is neurobiological behavioral disorder characterized by chronic and


developmentally inappropriate degrees of inattention, impulsivity and in some
cases hyperactivity.
ADHD is a brain based disorder that arises out of differences in the central
nervous system (CNS)-both in structural and neurochemical areas.
ADHD is a developmental disorder of self-control, consisting of problem with
attention span, impulse control and activity level.
ADHD refers to a family of related chronic neurobiological disorders that interfere
with an individuals capacity to regulate activity level (hyperactivity), inhibit
behavior (impulsivity) and attend to task (inattention) in developmentally
appropriate way

Marilyn Friend (2006) pula mendefinisikan ADHD sebagai mereka yang memenuhi
kriteria seperti yang dinyatakan.

For some student with ADHD, inattention is the primary symptom. These student might skip
important parts of an assignment may appear to be day dreaming during large group instruction,
K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 79

cannot seem to get organized and generally seem forgetful both in school and at home. This
variation of the disorder is call ADHD.

Foe another group of student with ADHD, the primary symptom is combination of hyperactivity
and impulsivity and inability to put on the brakes before acting.

Menurut Oregan (2005) mendefinisikan ADHD seperti berikut

........ attention deficit hyperactivity disorder,more commonly known as ADHD,is a complex and
often controversial term. It is an internationally validated medical condition, involving brain
dysfunction, in which individuals have difficulty in controlling impulses, inhibiting their behaviour
and sustaining their attention span. This leads to a variety of educational, behavioural, social
and related difficulties.

Merujuk kepada Wintraub (1997) dalam Natural Treatments for ADD and Hyperactivity,
bunyi, imej, warna dan pergerakan semuanya berterusan bergerak dan berterusan
mengganggu. Pemikiran merawang dan mengembara kerana rangsangan yang ada. Mereka
sukar mengawal diri secukupnya untuk menumpukan perhatian dan menyelesaikan segala
tugasan. ingatan dan pemikiran berlaku dan ini akan menyebabkan mereka tidak menghiraukan
sesiapa yang bercakap dengan mereka. Manakala mengikut The DSM (Dragnostic & Statistical
ManualUS), hiperaktif adalah sebahagian dari ADHD, berlaku sebelum umur 7 tahun,
berulang-ulang selama tidak kurang 6 bulan. Ciri-ciri yang tetap ialah tingkahlaku yang sukar
dikawal disebabkan rangsangan-rangsangan luar, tumpuan yang singkat, pergerakan tangan
dan kaki yang kerap, menghilangkan barang dan gagal mendengar dengan baik (American
Psychiatic Association, 1987). Selain itu, menurut Lahey et.al (1997) ADHD adalah masalah
kanak-kanak yang mempunyai kesukaran untuk menumpukan perhatian keranan terhadnya
kebolehan untuk memberi tumpuan dan mereka menunjukkan tanda-tanda tingkah-laku yang
tidak sabar.

Menurut Azizi Yahaya et al. (2006) gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau ADHD
merujuk kepada suatu kecelaruan perkembangan yang berlaku ketika zaman kanak-kanak yang
mempunyai ciri-ciri seperti kurang tumpuan, keadaan hiperaktif-impulsiviti yang lebih kerap dan
teruk berbanding dengan keadaan yang biasa diperhatikan pada individu di peringkat
perkembangan yang normal. Selalunya ibu bapa dan guru-guru menggambarkan kanak-kanak
yang mudah terangsang, lasak atau tidak mendengar cakap ini sebagai hiperaktif. Istilah
gangguan hiperaktif atau kurang tumpuan (ADD) digunakan oleh profesional dalam bidang
perubatan untuk menggambarkan masalah yang lebih serius dan berpanjangan pada kanak-
kanak. Gangguan kurang tumpuan (ADD) tanpa hiperaktiviti (terutama sekali jenis yang tidak
memberi perhatian penuh) adalah subkategori kepada ADHD. Biasanya, kanak-kanak dalam
golongan ini kurang memberi perhatian penuh dan tumpuan mudah terganggu. Adalah
dikatakan bahawa ADD tanpa hiperaktiviti kerapkali tidak didiagnosa dengan tepat. Gangguan
hiperkinetik merupakan satu lagi istilah yang digunakan untuk menggambarkan ADHD. Justeru
itu, kanak-kanak ADD tidak hiperaktif, biasanya kanak-kanak ini tidak menimbulkan gangguan
di bilik darjah dan tingkah laku mereka tidak membimbangkan dan dapat di kawal oleh guru.
K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 80

Walau bagaimanapun, ADHD boleh memberi masalah kepada kanak-kanak dan menyebabkan
pencapaian dan konsep kendiri yang rendah.

a.Bincangkan masalah kognitif yang dialami oleh kana-kanak hiperaktif


b. Jelaskan ciri-ciri tingkahlaku utama kanak-kanak hiperaktif
b. Terangkan masalah sosial dan emosi kanak-kanak hiperaktif

PUNCA DAN CIRI TINGKAHLAKU

Punca yang pertama adalah keturunan. Kajian oleh Friend (2006) menunjukkan
bahawa sifat dan ciri ibu bapa, adik beradik atau ahli keluarga yang rapat
mempengaruhi kecacatan. Individu yang mengalami ADHD selalunya dipengaruhi
oleh faktor keturunan. Kanak-kanak yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai ADHD
adalah tiga kali ganda lebih berpotensi menjadi ADHD berbanding mereka yang tidak
mempunyai sejarah ADHD. Beliau juga membuat kajian terhadap sepasang kembar di mana
kembar ini dibesarkan dalam dua persekitaran yang berbeza. Hasilnya beliau mendapati
bahawa kanak-kanak ini tetap menunjukkan sindrom hiperaktif walaupun dibesarkan di
kawasan dan suasana yang berbeza. Menurut Baekley (1998) 80 peratus kanak-kanak ADHD
adalah berpunca daripada keturunan. Pendapat ini turut dipersetujui oleh Lombroso et.al
(1998). Kanak-kanak yang mengalami simptom ADHD biasanya mempunyai ibu atau bapa, adik
beradik, nenek moyang ataupun saudara rapat yang mempunyai masalah atau simptom ADHD
semasa kanak-kanak.

Menurut Mohd Sharani Ahmad (2004) kejadian ADHD berkait dengan baka ia bermula
dengan hubungan seksual suami dan isteri. Ia dibahagikan kepada dua iaitu jika ibu bapa
mempunyai kecacatan maka ia akan diwarisi oleh anak dan jika ibu bapa tidak cacat tetapi anak
adalah cacat. Umumnya suami menghasilkan sperma dalam 23 pasangan kromosom. Begitu
juga isteri menghasilkan 23 pasang ovum. Setiap pasang kromosom yang wujud dalam
pasangan itu akan menghasilkan empat percantuman apabila berlaku persenyawaan. Dalam
keadaan inilah anak mungkin mewarisi sifat cacat (ketidaksempurnaan). Ketidakseimbangan
kromosom yang pertama iaitu autosomal dominant di mana pewarisan baka ini diwarisi oleh
anak. Perwarisan autosomal excessive iaitu kedua ibu bapa pembawa gen cacat. Jika salah
seorang sahaja pembawa baka cacat maka anak yang dilahirkan tidak cacat tetapi cuma
pembawa baka cacat. Namun bagi pasangan yang normal tetapi pembawa baka cacat maka
kemungkinan anak yang dilahirkan cacat adalah tinggi. Rajah 1 di bawah menunjukkan
pewarisan baka daripada ibu bapa kepada anak-anak.
K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 81

Sumber daripada : Eric J. Mash & David A. Wolfe, 2004

Menurut Sandra (2005) ADHD juga berlaku disebabkan kekurangan aktiviti dan tahap
metabolisma yang rendah di bahagian otak yang tertentu. Kajian juga menunjukkan bahawa
mereka yang mengalami ADHD menghadapi masalah kekurangan aktiviti di bahagian otak
berbanding dengan mereka yang tidak mengalami ADHD di mana aktiviti ini mengawal
perjalanan bahagian otak yang lain. Bahagian ini akan mengawal tahap aktiviti otak, dorongan
dan perhatian seseorang. Friend (2006) menyatakan kajian yang dijalankan ke atas bahagian
otak menunjukkan bahawa terdapat tiga bahagian otak iaitu prefrontal cortex, basal ganglia dan
cereblum. Ketiga-tiga bahagian otak ini mengawal fungsi yang berlainan. Bagi penghidap ADHD
mereka kekurangan electrical activity dan kekurangan tindak balas kepada stimulasi di
bahagian otak. Rajah di bawah menunjukkan penghidap ADHD

Sumber daripada : Eric J. Mash & David A. Wolfe, 2004


K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 82

KATEGORI HIPERAKTF
Mengikut perkembangan ADHD (Aftention Deficit Hyperactivitiy Disorder) untuk mengenalpasti
kanak-kanak yang hiperaktif terdapat 3 gejala utama yang harus dikenalpasti iaitu Inatesi,
Impulsif dan Hiperaktif.

a. Inatesi (Kekurangan tumpuan perhatian ) :

Kanak-kanak yang sangat senang beralih pandangan dari satu perbuatan ke perbuatan
yang lain dan seolah-olah tidak mendengar apabila orang cuba bercakap dengannya
tergolong sebagai kanak-kanak yang lemah kuasa penumpuan perhatian terhadap
sesuatu. Kanak-kanak ini selalu tidak boleh duduk bermain dengan lama seperti kanak-
kanak lain.

b. Impulsif (Mengikut dorongan hati ) :

Kanak-kanak ini tidak pernah merancang dahulu sesuatu pekerjaannya itu malah
melakukannya sahaja. Dia membuat sesuatu dan dia akan dengan cepatnya berubah
pada membuat sesuatu yang lain. Ibubapa dan guru-guru mendapati sukar
mengawalnya kerana dia tidak mengikut arahan yang diberikan .

c. Hiperaktif ( Berlaku terlalu aktif ) :

Kanak-kanak yang berkelakuan seperti suka berlari-lari, memanjat-manjat perabot sukar


duduk diam dan seolah-olah ada kuasa yang menyebabkan dia tidak boleh berdiam diri
juga tergolong sebagai hiperaktif. Kelakuan hiperaktif selalunya mendapat perhatian
serta merungsingkan ibu bapa apabila kanak-kanak yang berusia 2 tahun atau 3 tahun
sudah pandai berlari, memanjat dan melompat. Pemeriksaan urat saraf di kalangan
kanak-kanak yang dikatakan mengalami Sindrom Hiperaktif, selalu tidak menunjukkan
apa-apa gangguan. Malahan di kalangan kanak-kanak yang dikatakan brain damaged
ramai yang tidak berkelakuan hiperaktif. Anggapan umum ialah kanak-kanak yang
hiperaktif menghadapi gangguan urat saraf yang minimum, tetapi anggapan ini juga
penuh kontroversi.

CIRI-CIRI KANAK-KANAK HIPERAKTIF


Menurut William Cruickshank (1986) cirri-ciri kanak-kanak hiperaktif terbahagi kepada 2 jenis
iaitu :
K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 83

1. Sensory Hyperactive (pancaindera) :

Lemah dan gagal memberi tumpuan :


Kanak-kanak hiperaktif ini biasanya lemah dalam pelajaran kerana terlalu suka bermain
dan pemikiran sentiasa tertumpu kepada sesuatu yang menghiburkan walaupun
seketika. Selalunya mereka gagal memberikan tumpuan yang baik di dalam proses
pembelajaran.

Mudah hilang tumpuan :


Apabila proses pembelajaran sedang berlangsung, kanak-kanak ini hanya memberi
tumpuan untuk seketika sahaja tetapi selepas beberapa minit mereka akan mengalihkan
tumpuan mereka kepada sesuatu yang lain yang lebih memberikan sesuatu perasaan
yang menghiburkan hatinya.

Tumpuan perhatian dengan melihat dan mendengar berulang kali :


Di dalam kelas juga atau di tempat-tempat lain seperti di rumah, perhatiannya tertumpu
pada pandangan dan pendengaran yang berulang kali.

Tidak boleh membuat gambaran, pengasingan dan menyatakan kaitan atau


perhubungan :
Biasanya kanak-kanak ini tidak dapat membayangkan sesuatu objek, membezakannya
dan menghuraikan sesuatu perkara yang ada hubung kait seperti perbezaan di antara
lori dan bas sebagainya contohnya.

Lemah dalam hal-hal yang berkaitan dengan ruang :


Kanak-kanak ini tidak dapat membezakan suasana dan keadaan persekitaran dari segi
saiz, jarak dan keadaan ruang.

2. Motor Hiperaktif (motor kasar dan motor halus) :

Tingkahlaku yang aktif dan melampau :


Kanak-kanak ini terlalu aktif dalam aktiviti sehariannya. Dalam lain perkataan, kanak-
kanak ini tidak boleh duduk diam dan ada ketikanya mereka bersikap agak agresif
sehingga menyebabkan pergaduhan mencederakan rakan-rakan.

Memanipulasikan bahan atau apa saja yang dipegang :


Apabila mereka mendapat sesuatu, mereka akan mencuba pelbagai cara seperti
menghentak, memukul, membaling atau sebagainya terhadap benda tersebut.
Sasarannya adalah orang atau benda yang berada berhampiran dengannya.

a. Bincangkan perbezaan hiperaktif sensori dengan hiperaktif motor.


b. Sebagai guru apakah cadangan anda untuk mengurangkan masalah hiperaktif
murid berkeperluan khas di dalam bilik darjah.
K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 84

CIRI-CIRI INTELEKTUAL KANAK-KANAK HIPERAKTIF


Terdapat beberapa ciri-ciri intelektual kanak-kanak hiperaktif yang perlu kita ketahui terutama
ibu bapa dan guru-guru. Ciri-cirinya adalah seperti :

Mudah terganggu :
Kanak-kanak yang aktif keterlaluan ini adalah mudah terganggu sama ada terganggu
daripada orang lain atau dengan dirinya sendiri. Fikirannya sentiasa terganggu oleh
perkara-perkara lain semasa melakukan sesuatu perkara yang dianggap penting.

Tidak boleh tumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara :


Apabila disuruh oleh guru untuk menumpukan sesuatu perkara yang sedang diajar di
dalam kelas, kanak-kanak hiperaktif ini tidak boleh memberikan perhatian sepenuhnya.
Mereka asyik memikirkan perkara yang lain dalam tempoh pembelajaran tersebut.
Begitu juga di rumah atau di tempat lain, mereka biasanya tidak dapat memberikan
perhatian yang sepenuhnya apabila diminta untuk melakukan sedemikian. Sebagai
contoh, apabila disuruh memegang sesuatu benda, kanak-kanak tersebut boleh
memegangnya tetapi dalam masa yang sama mereka akan memikirkan sesuatu yang
lain sehingga boleh mengakibatkan sesuatu yang dipegang itu boleh terjatuh atau
sebagainya.

Tidak boleh menyiapkan kerja atau tugasan :


Sekiranya kanak-kanak hiperaktif ini disuruh untuk melakukan sesuatu tugasan atau
kerja, mereka biasanya tidak boleh menyiapkannya sendirian. Mereka hanya boleh
melakukan kerja atau tugasan tersebut dengan baik hanya dipermulaannya sahaja akan
tetapi untuk menyiapkan dengan baik dan sempurna mereka tidak mampu lakukannya.
Ini kerana kanak-kanak ini cepat bosan dengan sesuatu perkara atau kerja yang
memenatkan dan menyusahkan.

Menghasilkan kerja yang tidak berkualiti :


Oleh kerana kanak-kanak yang terlalu aktif ini tidak suka kepada sesuatu perkara yang
membosankan dan memenatkan, maka kerja yang diarahkan supaya dilakukan dengan
sempurna tidak dapat dilakukan. Kesannya, hasil kerja yang diperolehi tidak berkualiti
dan memberangsangkan.

Suka membuat sesuatu aktiviti tetapi sedikit sahaja yang siap :


Untuk pengetahuan, kanak-kanak yang mempunyai perlakuan hiperaktif ini adalah suka
membuat sesuatu aktiviti, tetapi aktiviti tersebut hanya berkesan untuk seketika sahaja
dan menyebabkan sedikit sahaja yang siap. Ini kerana kegemaran atau sikap yang ada
padanya adalah berbentuk sementara sebagai contoh mereka hanya suka kepada
sesuatu aktiviti yang ringkas dan pendek sesuai dengan dirinya yang mempunyai naluri
suka berubah-ubah dan tidak gemar kepada sesuatu yang memenatkan.

Perkembangan bahasa yang lambat :


K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 85

Dalam masalah kanak-kanak yang terlalu aktif ini, perkembangan mereka juga terbantut
misalnya perkembangan bahasa. Oleh kerana kanak-kanak ini sentiasa aktif dengan
perlakuannya, sentiasa suka bermain, mengusik orang di sekitarnya, berkhayal dan
sebagainya maka mereka mengalami masalah bahasa yang lambat dan pertuturan
mereka juga turut terjejas. Boleh dikatakan di sini bahawa kanak-kanak ini tidak boleh
berbahasa dengan baik.

CIRI-CIRI TINGKAHLAKU KANAK-KANAK HIPERAKTIF


Begitu juga dengan tingkahlaku kanak-kanak hiperaktif, terdapat pelbagai ciri-ciri yang telah
dikenalpasti. Ciri-cirinya adalah :

Suka memberontak
Bertindak sebelum berfikir
Memerlukan kepuasan dengan segera
Tidak boleh menunggu giliran
Suka mengganggu kawan
Suka mencuri
Sentiasa bermasalah
Selalu merosakkan harta benda orang
Selalu bergaduh dengan rakan
Kadangkala berani mencederakan diri sendiri dan orang lain
Suka membuat bising
Perlakuan secara tiba-tiba
Degil dan sukar dikawal
Lemah merancang
Perlukan perhatian yang lebih
Tidak suka dengar nasihat
Tidak tahu mempertahankan diri
Selalu tukar aktiviti
Tidak suka dibelai
Suka menjerit
Sensitif terhadap bau-bauan
Suka bermain tanpa mengira bahaya.

CIRI-CIRI PERKEMBANGAN MOTOR


Risau/resah/gelisah :
Kanak-kanak ini sentiasa risau, mereka resah dan gelisah apabila tidak dapat
melakukan sesuatu perkara yang mereka suka dan berminat.

Suka mengelamun/berkhayal :
Apabila kanak-kanak ini bersendirian, mereka banyak berkhayal dan mengelamun
tentang perkara-perkara yang digemarinya dan apabila tersedar dari lamunannya
mereka akan mengaplikasikan.
K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 86

Tidak tahu erti bahaya :


Kanak-kanak ini biasanya tidak pernah membayangkan tentang bahaya atau
kecederaan yang akan mereka alami dan tempuhi disebabkan mereka sentiasa
berkhayal seterusnya dengan tidak disedarinya mereka terus melakukan sesuatu di luar
kawalannya.

Selalu melakukan perlakuan yang merbahaya :


Kanak-kanak ini selalu melakukan aktiviti yang merbahaya seperti melompat longkang
yang besar, memanjat pagar seterusnya terjun ke bawah, memegang kaca yang pecah
dan sebagainya. Mereka ini merasa seronok apabila dapat melakukannya.

Agresif iaitu suka berlari-lari :


Apabila berada di dalam kelas atau berada di mana-mana sahaja, kanak-kanak ini suka
berlari ke sana ke mari untuk memuaskan hatinya. Mereka merasakan berlari itu
sesuatu yang menyeronokkan tanpa mempedulikan orang lain walaupun akan
mengakibatkannya terjatuh atau tersungkur.

Tidak berhati-hati :
Apabila kanak-kanak hiperaktif ini melakukan sesuatu perkara, mereka tidak berhati-hati
dan sentiasa terdedah dengan perkara-perkara yang akan mendatangkan masalah
kepada diri sendiri atau orang lain.

Tingkahlaku yang memerlukan pengawasan yang rapi :


Biasanya kanak-kanak hiperaktif akan sentiasa berkelakuan dengan mengikut perasaan
tanpa memikirkan tentang keselamatan diri sendiri. Oleh kerana itu, kanak-kanak ini
perlu pengawasan yang rapi oleh guru-guru, ibu bapa atau seseorang yang lebih
dikenalinya atau rapat dengannya.

Tidak boleh menyesuaikan diri dalam permainan :


Apabila berada di dalam sesuatu permainan atau pasukan, kanak-kanak hiperaktif ini
tidak dapat untuk menyesuaikan dirinya dengan permainan tersebut atau tidak dapat
untuk bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain kerana kanak-kanak ini biasanya
berada dalam dunianya sendiri tanpa memikirkan tentang orang lain.

Masalah tidur yang lasak, berjalan-jalan dan kurang tidur :


Sewaktu tidur pula, kanak-kanak ini biasanya tidur dalam keadaan yang tidak menentu
iaitu seringkali beralih ke kiri dan ke kanan, ke atas atau ke bawah dan posisinya sering
beralih arah. Semasa sedang tidur juga, kanak-kanak boleh berjalan mengikut suka
hatinya sama ada pergi tidur bersama adik-beradik yang lain atau mencari tempat yang
lebih selesa. Kadang-kadang mereka juga kurang tidur ataupun suka tidur lewat.

Bertindak cepat tetapi kurang berkesan :


Apabila diberikan tugas oleh guru, kanak-kanak hiperaktif akan segera melakukan
tugasan dengan penuh semangat dan berkeyakinan tetapi dalam masa yang sama
tugasan tersebut kurang berkesan kerana dilakukannya dengan tidak teliti dan tiada
peraturan atau strategi tertentu.
K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 87

Lemah koordinasi :
Perlu juga kita ketahui bahawa kanak-kanak hiperaktif ini adalah lemah koordinasinya.
Mereka sebenarnya tidak dapat menyeimbangkan dirinya atau pemikiran serta
perlakuannya dengan lebih sempurna.

CIRI-CIRI PERKEMBANGAN SOSIAL

Di samping itu juga, keadaan individu yang mengalami ADHD mereka cepat berasa bosan dan
pada waktu yang sama tidak berdaya hendak menumpukan perhatian pada tugas yang perlu
disiapkannya. Mereka juga mungkin kurang faham atau tidak empati pada perasaan orang lain.
Ini dapat dilihat daripada tindakan yang mengikut gerak hati dan mereka juga gagal memahami
kenapa mereka dihukum kerana perbuatan yang dilakukan. Kanak-kanak ADHD kerap
mengalami kesukaran pemprosesan auditori. Apa yang dimaksudkan adalah mereka mungkin
mempunyai pendengaran yang baik dan boleh mendengar arahan tetapi tidak berkeupayaan
memahami bunyi yang didengar. Selain daripada itu, mereka juga seorang yang pelupa dan
tumpuan mereka mudah terganggu. Mereka juga selalunya gagal mencapai kejayaan yang
cemerlang di sekolah atau tidak pandai berinteraksi sesama rakannya APA (2000) dalam
dalam Azizi Yahaya et al. (2006)

RAWATAN DAN PENGENDALIAN KANAK-KANAK ADHD

Di sini terdapat tiga cara rawatan bagi kanak-kanak hiperaktif :

Terdapat beberapa jenis ubat yang telah digunakan oleh doktor untuk mengurangkan
keadaan hiperaktif seperti Amphetamine, Ritalin dan Haloperidol. Tetapi malangnya
dengan cara ini, kesannya tidak berpanjangan. Sebaik sahaja ubat diberhentikan
kelakuan hiperaktif akan timbul balik. Kadangkala rawatan ini tidak berkesan dan
sebaliknya memberi kesan yang negatif.

Teknik pengubahsuaian kelakuan (behavioural modification) cara ini lebih berkesan


tetapi cara-caranya perlulah ditunjukkan oleh pakar psikologi, supaya dapat dilakukan
dengan cara yang betul. Teknik ini perlu diamalkan.

Pendekatan pembelajaran (educational approach) cara ini bertujuan untuk


mengurangkan aktiviti kanak-kanak ini dan sebaliknya melebihkan kemampuan mereka
menumpukan perhatian terhadap aktiviti-aktiviti yang boleh memperkembangkan intelek
mereka.

Teknik kedua dan ketiga lebih berkesan jika digunakan satu demi satu. Bagi kanak-kanak
mestilah disesuaikan secara orang perseorangan. Misalnya ada kanak-kanak yang memerlukan
cara pertama dan kedua dan ada pula yang berjaya dirawat dengan cara kedua sahaja.
K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 88

CARA-CARA MEMBIMBING KANAK-KANAK HIPERAKTIF


Selain daripada rawatan kanak-kanak hiperaktif, juga mesti mendapat bimbingan daripada
pihak ibu bapa dan guru-guru. Di sini ada beberapa cara membimbing kanak-kanak hiperaktif :

Bermula dengan mendapatkan perhatian anak-anak sebelum bercakap dengannya.


Kemudian pastikan anak hiperaktif bertentang mata dengan mata anda ketika bercakap.
Berikan arahan dengan tepat dan jelas.
Buatkan satu jadual untuknya. Pastikan kanak-kanak hiperaktif ini mengikuti jadual
tersebut.
Suruh mereka mengulangi bahagian yang anda pilih untuk diingati. Berikan ganjaran
kepada tingkahlaku yang baik dan bersesuaian.
Benarkan kanak-kanak hiperaktif ini berehat untuk menyegarkan dirinya (semasa
membuat kerja sekolah). Mereka akan lebih baik selepas berehat selama 5 hingga 10
minit.
Jangan galakkan permainan kasar dan tidak terkawal dengan orang dewasa.
Bagi kanak-kanak yang bersekolah, suruhlah mereka selalu berkomunikasi dengan
guru. Jika perlu, pertimbangkan untuk mendapatkan pertolongan dalam pelajaran
kanak-kanak ini dari guru yang sesuai.

RUMUSAN

1. Hiperaktif adalah perlakuan atau tingkahlaku yang dianggap bertentangan nilai sosial
yang disebabkan oleh ketidakseimbangan sistem saraf pusat otak dalam mentafsir
rangsangan-rangsangan yang ada di persekitaran.

2. Pencegahan lebih baik dari rawatan. Kanak-kanak hiperaktif ini memerlukan rawatan
yang terperinci dan pemeriksaan fizikal serta penilaian perkembangan intelek dan
emosinya. Kaunseling yang intensif diperlukan untuk meningkatkan kemampuan ibu
bapa melatih dan memberi rawatan kepada anak mereka. Ini memerlukan kesabaran,
pengorbanan masa, tenaga dan kewangan.

3. Matlamat rawatan supaya kanak-kanak ini boleh menyesuaikan diri di sekolah dan
masyarakat dengan sebaik mungkin. Dari masa ke semasa pencapaian perlu dinilai dan
strategi perlu diperkemaskan agar sesuai dengan usia serta keadaan. Apa yang paling
penting ialah setiap ibu bapa perlu mempertingkatkan ilmu pengetahuan tentang
permasalahan-permasalahan kanak-kanak hiperaktif.

4. Kepada guru-guru juga tindakan dan kaedah yang sesuai hendaklah diaplikasikan dan
direalisasikan bagi mengelakkan kanak-kanak yang hiperaktif ini daripada berterusan
dengan kepelbagaian masalah yang mereka timbulkan serta dapat mengawal dan
membantu mereka dengan sewajarnya.
K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 89

RUJUKAN

Fitzgerald, M. 2004. Autism And Creativity: in there a link between autism in men and
expectional ability?. Brunner- Routledge, Taylor & Francis Group Hove and New York.

Hamid Arshat. 2009. Kanak-kanak Autistik.


http://www.hamidarshat.com/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=1999
(akses pada 24 Disember 2011.).

Ives, M. & Munro, N. 2002. Caring For A Child With Autism: A Practical Guide For Parents.
Jessica Kingsley Publishers, London and Philadelphia, Published with the National
Austistic Society.

Khairul Anwar Bin Sharin. 2009. Kanak-kanak Autisme: Ciri-ciri dan Implikasi Dalam Proses
Pengajaran dan Pembelajara.(akses pada 26 Disember 2011.).

Mohd Hisyammieddy Bin Esa. 2009. Punca Kejadian.


http://hisyammieddy.blogspot.com/2009/01/punca-dan-kadar-kejadian-autisma.html.
(akses pada 24 Disember 2011).

NASOM. 2009. Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia.


http://rehabmalaysia.org/images/2008-03-17/Press_release_ Voc_Klang_(BM).pdf.
(akses pada 24 Disember 2011).

Wikipedia. 2009. Autisme. www.wikipedia.com. (akses pada 25 Disember 2011).

*Worth, S. 2005. Autistic Spectrum Disorders. Continuum International Publishing Group,


London.

Philips. N. et al, 2007, Teching Play to Children with Autism Practical Interventions during
Interplay. Paul Chapman Publishing, London

Hanbury. M. 2005. Educationg Pupils with Autistic Specktrum Disorder: A Practical Guide. Paul
Chapman Publishing, London

Seach.D. et al, 2003, Supporting Children with Autism in Mainstream School. The Questions
Publishing Company Ltd. Birmingham

Plotnik. R.2001. Introduction to Psychology. 6th edition. Wadsworth Thomson Learning, US.

Scott. J., Clark. C., Brady. M. 2000. Students with Autism: Characteristics and Instruction
Programming for Special Educators. Singular Publishing Group, San Diego California.

Smith.C. 2005. Writing and Developing Social Stories Practical Interventions in Autism.
Speechmark Publishing Ltd, UK.
K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 90

You might also like