You are on page 1of 1

Dalam konteks Amerika syarikat, penyertaan awam yang dilakukan ialah public

hearing. Dalam situasi ini, perwakilan yang mewakili kerajaan akan mengemukakan hujah
dan pembentangan terhadap sesuatu keputusan yang akan dibuat, kemudian masyarakat akan
diberi ruang untuk mengemukakan pandangan dan pendapat mereka terhadap cadangan yang
diajukan oleh timbul pelbagai kecaman dan kritikan yang tidak setuju terhadap cadangan
yang dikemukakan. Walaupun pihak kerajaan amnya boleh menerima sebarang teguran dan
kritikan daripada masyarakat terhadap apa yang mereka rasai, namun jarang daripada
penyertaan begini yang akan memberikan satu keputusan baik secara efektif apatah lagi untuk
menyelesaikan masalah itu dengan baik. Ini jelas kepada kita walaupun ruang yang besar
diberikan oleh pihak kerajaan terhadap penyertaan awam, namun ia bukanlah satu penunjuk
yang boleh diguna pakai bagi mencapai satu keputusan yang baik.

Dalam konteks Malaysia, penyertaan awam yang dilakukan ialah penyertaan


sebahagian (Without binding effect) dan penyertaan penuh (Binding effect). Penyertaan
sebahagian adalah sebahagian sahaja daripada masyarakat namun keputusan adalah
muktamat dan mutlak terletak sepenuhnya kepada pihak berkuasa atau kerajaan pembuat
dasar. Penyertaan penuh pula bermaksud rakyat mempunyai hak mutlak dan kuasa untuk
menentukan sebarang keputusan yang bakal diambil.

You might also like