You are on page 1of 19

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PENGENALAN

1.0 KEPELBAGAIAN ETNIK DI MALAYSIA


1.1 Masyarakat Melayu (Pribumi Semenanjung
Malaysia, Sabah dan Sarawak)
1.1.1 Masyarakat Pribumi Semenanjung
Malaysia
1.1.2 Masyarakat Pribumi di Sabah
1.1.3 Masyarakat Pribumi di Sarawak
1.2 Masyarakat Cina
1.3 Masyarakat India
2.0 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK
2.1 Konsep Masyarakat
2.2 Konsep Budaya
2.3 Konsep Perpaduan dan Integrasi
2.3.1 Akomodasi
2.3.2 Amalgamasi
2.3.3 Akulturasi
2.3.4 Asimilasi
2.3.5 Segregasi

3.0 PENGHUBUNGKAITAN ANTARA ETNISITI DAN


EKONOMI SEMASA ZAMAN KOLONIAL BRITISH

4.0 RUMUSAN

5.0 REFLEKSI

6.0 RUJUKAN

PENGENALAN

Malaysia unik dengan kepelbagaian masyarakatnya yang berbilang bangsa,


etnik dan agama. Keunikan masyarakat di negara ini menjadikan Malaysia istimewa
di mata dunia. Penduduk dominan Malaysia sebelum wujudnya penjajahan dari
negara-negara luar adalah Melayu. Suatu ketika dulu, Malaysia juga dikenali dengan

1
nama Tanah Melayu. Pembentukkan Malaysia pada 16 September 1969, Tanah
Melayu digantikan dengan nama Malaysia. Mengikut rentetan sejarah, Malaysia telah
dijajah sejak 20 Mac 1824 sehingga 31 Ogos 1957. Tempoh 129 tahun telah banyak
memberi implikasi kepada pembangunan negara sehingga kini termasuklah
perhubungan etnik di negara ini. Malaysia telah mencapai kemerdekaan pada 31
Ogos 1957. Sejak merdeka dan sehingga 31 kini, Malaysia telah mengecapi
kemerdekaan untuk suatu tempoh panjang yang membolehkan rakyat Malaysia
membentuk kerajaan mengikut acuan sendiri. Terdapat tiga kaum terbesar di
Malaysia iaitu Melayu (termasuk masyarakat pribumi di Semenanjung Malaysia,
Sabah dan Sarawak), Cina dan India. Kepelbagaian kaum di Malaysia terhasil
daripada proses migrasi, perdagangan, hubungan diplomatik, dan perkahwinan.
Mengikut komposisi penduduk di Malaysia pada tahun 2011, masyarakat Melayu
terdiri daripada 16.06 juta mewakili 65.9 peratus penduduk diikuti oleh masyarakat
Cina terdiri daripada 6.15 juta mewakili 25.3 peratus dan masyarakat India terdiri
daripada 1.83 juta mewakili 7.5 peratus. Termasuklah masyarakat minoriti di
Malaysia terdiri daripada 0.32 juta mewakili 1.3 peratus. Kegemilangan Malaysia
dapat dilihat melalui pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, sosial, agama dan
budaya. Pencapaian Malaysia dalam aspek-aspek ini berlandaskan kepada
keharmonian dan perpaduan etnik secara amnya. di kalangan seluruh rakyat
Malaysia. Dalam era globalisasi pelbagai cabaran dihadapi dalam memupuk
perpaduan kaum. Pelbagai pendekatan telah diambil oleh pihak kerajaan untuk
memupuk perpaduan berterusan.

1.0 KEPELBAGAIAN ETNIK DI MALAYSIA

Masyarakat merupakan kelompok manusia yang mempunyai budaya dikongsi


bersama dan berbeza dengan budaya lain serta mempunyai kawasan geografi
tersendiri, bersepadu sebagai satu kelompok dan melihat diri mereka berbeza
berbanding orang lain. Umumnya, masyarakat saling berinteraksi dan berkongsi

2
wilayah sama serta terlibat atau mengamalkan budaya yang sama. Terdapat tiga
kumpulan etnik utama di Malaysia iaitu Melayu (pribumi Semenanjung Malaysia,
Sabah dan Sarawak), Cina dan India.

1.1 Masyarakat Melayu (Pribumi Semenanjung Malaysia, Sabah dan


Sarawak)

Konsep pribumi secara umum merujuk kepada kumpulan etnik yang naf
kepada wilayah dituntut dan dipertahankan sepenuhnya oleh sesebuah negara.
Konsep pribumi secara khusus pula merujuk kepada penduduk asal Malaysia yang
terdiri daripada orang melayu dan orang asli di Semenanjung Malaysia serta
kumpulan etnik pribumi di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 2000, penduduk Pribumi
meliputi 65 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia dan dianggarkan sebanyak
14.35 juta mengikut komposisi penduduk Malaysia. Pada tahun 2011, jumlah
penduduk Pribumi telah bertambah kepada 65.9 peratus daripada jumlah penduduk
Malaysia dan dianggarkan sebanyak 16.06 juta.

1.1.1 Masyarakat Pribumi Semenanjung Malaysia

Masyarakat Pribumi di Semenanjung Malaysia meliputi orang Melayu dan


orang asli. Orang asli terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu Negrito, Senoi dan
Melayu Asli atau Melayu-Proto. Kumpulan Negrito terdiri daripada suku bangsa
Kinsui, Kintak, Lanoh, Jahai, Mendrig dan Bateq. Kumpulan Senoi terdiri daripada
suku bangsa Temiar, Semai, Semoq Beri, Che Wong, Jah Hut dan Mahmeri.
Kumpulan Melayu Asli dan Melayu-Proto terdiri daripada suku bangsa Temuan,
Semelai, Jakun, Orang Kanaq, Orang Kuala, Orang Seletar dan Orang Laut.

1.1.2 Masyarakat Pribumi di Sabah

Masyarakat di Sabah terdiri daripada empat kelompok utama seperti Kadazan


Dusun mewakili 24.8 peratus daripada jumlah populasi masyarakat Sabah diikuti
kategori pribumi lain sebanyak 20.6 peratus, Bajau 18.5 peratus dan Melayu 18.5
peratus. Masyarakat Pribumi di Sabah dikatakan berasal daripada Tanah Besar Asia
yang bertutur dalam kelompok bahasa Austronesia. Masyarakat Pribumi di Sabah
adalah Kadazan / Dusun, Murut, Lun Dayeh, Bisaya, Bajau, Kedayan, Orang Sungei,
Melayu Brunei, Iranun dan Suluk.

1.1.3 Masyarakat Pribumi di Sarawak

3
Di Sarawak etnik Dayak, Melayu dan Melanau berjumlah 73.2 peratus
daripada 2.181 juta orang penduduk Sarawak. Etnik Dayak mewakili 44.3 peratus
daripada jumlah penduduk diikut oleh etnik Melayu sebanyak 23.2 peratus dan
Melanau sebanyak 5.7 peratus. Masyarakat Pribumi di Sarawak adalah Bidayuh,
Iban, Melayu, Kayan, Kenyah, Kelabit, Murut dan Lun Bawang, Punan, Penan,
Melanau, Kedayan dan Bisayah.

1.2 Masyarakat Cina

Menurut sejarah, Masyarakat Cina mula bertapak di Malaysia pada zaman


Keagungan kerajaan kerajaan Melayu Melaka. Petempatan awal orang Cina adalah
di Melaka. Pada tahun 1403, Laksamana Yin Ching mengetuai rombongan di Melaka
membawa permintaan Parameswara kepada Maharaja China memohon untuk
bernaung di bawah perlindungan negara China. Pada tahun 1405, utusan dari China
diketuai Laksamana Cheng Ho membawa perutusan pengiktirafan Parameswara
sebagai pemerintah kerajaan Melaka oleh maharaja China. Melaka terus
berkembang sebagai pusat perdagangan yang masyhur.
Kegemilangan Melaka menyebabkan maharaja China menghantar puterinya
iaitu Puteri Hang Li Po untuk dikahwinkan dengan sultan Melaka iaitu Sultan Mansur
Syah. Puteri Hang Li Po bersama pengikutnya kira-kira 500 orang telah disambut
baik oleh sultan Melaka dan kesemuanya memeluk agama Islam. Dipercayai Puteri
Hang Li Po dan pengikutnya menetap di suatu tempat dalam daerah Melaka yang
dihadiahkan oleh sultan. Kawasan petempatan dinamakan Bukit Cina. Perkahwinan
sekufu dan silang budaya masyarakat Cina telah meningkatkan hubungan diplomatik
di antara negara China dengan Melaka serta mewujudkan masyarakat Cina terawal
di Melaka khasnya dan di negara ini amnya.
Mengikut catatan sejarah, masyarakat Cina di Malaysia berasal dari China
Selatan iaitu dari wilayah Fukien, Kwangtung dan Kwangsi. Kelompok utama etnik
Cina adalah Hokien, Kantonis, Hakka, Teochew dan Hailam. Kemasukan etnik Cina
di Malaysia dipercayai melalui sistem Kontrak yang diperkenalkan sejak tahun 1848
hingga 1914. Selepas tahun 1914, majoriti kemasukan orang-orang Cina adalah
secara persendirian. Etnik Cina aktif sebagai pekerja lombong (di kawasan Kuala
Lumpur, Ipoh, Taiping, Ampang, Seremban dan lain-lain) dan membuka kedai runcit.

1.3 Masyarakat India

4
Mengikut catatan sejarah, masyarakat India di Malaysia berasal dari India
Selatan (Tamil Nadu). Kelompok utama etnik India adalah Tamil, Malayani, Telugu
dan Sikh. Kemasukan etnik India di Malaysia dipercayai melalui sistem Kontrak yang
diperkenalkan sejak tahun 1880an hingga 1910. Pada tahun 1891, terdapat 75,000
orang India di Tanah Melayu dan jumlah ini telah meningkat kepada 471,536 orang
pada tahun 1921. Etnik India aktif sebagai buruh ladang getah dan pekerja
kemudahan asas (buruh pembinaan) seperti membina jalanraya dan keretapi.

2.0 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

Terdapat tiga konsep asas hubungan etnik di Malaysia iaitu masyarakat,


budaya dan perpaduan.

2.1 Konsep Masyarakat

Masyarakat menurut definisi Kamus Dewan (2005) ialah kumpulan manusia


yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu,
keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat.
Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnya melalui hubungan
bersemuka. Daripada pergaulan ini, terbina pola hubungan sosial yang berulang
sifatnya seperti kegiatan gotong royong, bersama-sama merayakan sesuatu
perayaan melalui rumah terbuka, berkumpul menyambut pembesar yang datang
berkunjung, menghadiri kenduri majlis perkahwinan, membantu mereka yang ditimpa
malapetaka atau menziarahi jiran yang sakit tenat atau yang telah meninggal dunia.
Kekerapan pergaulan ini membina satu kesepaduan dalam masyarakat tersebut
sebagai satu unit sosial. Dalam konteks Malaysia, hubungan harmonis antara
pelbagai kumpulan etnik dapat membina sebuah masyarakat Malaysia yang teguh.
Setiap masyarakat pula mempunyai budayanya yang tersendiri yang

5
terbentuk daripada hubungan rapat sesama anggotanya semenjak masyarakat itu
wujud. Sebagai contoh, masyarakat melayu kampung di kawasan luar bandar
Malaysia telah wujud berpuluh abad lamanya, semenjak sbelum kedatangan
kebudayaan asing (sama ada dari negara China, India, Tanah Arab atau Eropah).
Masyarakat melayu luar bandar yang paling baru dibentuk pada tahun 1956 ialah
perkampungan FELDA (Federal Land Development Authority atau Lembaga
Kemajuan Tanah Persekutuan). Perkampungan FELDA adalah untuk mereka yang
berpendapatan rendah.
Para sarjana sains sosial dan kajian kemanusiaan telah menegaskan bahawa
kebudayaan tidak wujud jika tidak ada masyarakat. Pendapat ini berasaskan fakta
sejagat bahawa manusia sebagai anggota masyarakat telah bertanggungjawab
mencipta, mengubah, menokok dan melestarikan budaya, dan telah menurunkannya
daripada generasi kepada generasi untuk jutaan tahun dalam peradaban manusia
sedunia. Proses mewariskan budaya melibatkan interaksi dua generasi; pertama,
generasi yang menurunkan budaya; dan kedua, generasi yang menerima budaya.
Generasi yang menurunkannya ketika menerima budaya tersebut telah pun
mengubahsuaikannya secocok dengan keadaan persekitaran sosial dan fizikal
semasa mereka. Begitu jugalah yang dilakukan oleh generasi yang menerima, iaitu
anak-anak mereka pun turut mengubah suai budaya yang mereka terima berasaskan
situasi sosial dan fizikal semasa. Dengan cara inilah, sesuatu budaya terus menerus
diperturun, diubah suai dan dilestarikan sepanjang zaman, yang selanjutnya menjadi
asas pembinaan sesebuah tamadun besar seperti di Mesir, negara China, India atau
di wilayah yang lain.
Masyarakat yang berbudaya berkembang dengan menurunkan dua bentuk
budaya: budaya material seperti Tembok Besar China dan Piramid di Mesir; dan
budaya bukan material sepeti sistem kepercayaan dan agama, falsafah dan
kesusasteraan, dan pemikiran sains serta kemampuan mencipta teknologi. Paduan
kedua-dua komponen budaya inilah yang menjadi pemacu kepada perkembangan
dan kemajuan sesebuah masyarakat. Penglibatan setiap anggota masyarakat
diperlukan bukan setakat untuk mengatur kehidupan berlandaskan undang-undang,
sistem politik, ekonomi dan pentadbiran tetapi juga dari segi nilai, norma, emosi dan
semangat mencintai masyarakat atau sesebuah negara, yang seterusnya pula
mengandungi pelbagai rupa bentuk masyarakat.
Kita semua perlu memahami secara jelas konsep-konsep masyarakat itu
sendiri atas sebab-sebab berikut:

6
Memahami hakikat bahawa manusia, demi kelangsungan hidup, tiada
pilihan lain tetapi untuk hidup bermasyarakat.
Manusia mesti memahami sebaik mungkin cara hidup
bermasyarakat
Memahami budaya masyarakat sendiri dan juga masyarakat lain;
dan
Terus memupuk kerjasama dalam masyarakat sendiri dan dengan
masyarakat lain. Sehubungan dengan itu, sifat dan ciri-ciri masyarakat
juga perlu diketahui dan difahami kerana masyarakat itu adalah
sesuatu yang dinamik.
Ciri-ciri utama masyarakat adalah seperti berikut
Berkelompok
Berbudaya
Mengalami perubahan
Berinteraksi (dalaman dan dengan pihak luar)
Mempunyai kepimpinan dan
Mempunyai aturan sosialnya
Berdasarkan pemahaman mengenai masyarakat yang dihuraikan tadi ternyata
bahawa Malaysia ialah sebuah masyarakat yang mengandungi pelbagai kumpulan
etnik dan budaya. Dari segi sejarahnya, masyarakat Malaysia juga telah terbukti
mempunyai asas kukuh untuk mewujudkan masyarakat berilmu, bermoral dan
mendukung cita-cita murni bangsa Malaysia berteraskan konsep negara bangsa. Hal
ini telah dimanifestasikan oleh pemimpin dan rakyat melaui pemikiran, nilai
sosiobudaya, perlambangan dan jiwa kemanusiaan serta kerohanian tinggi yang
mereka amalkan sehingga hubungan etnik yang harmonis terus bertahan dengan
baik.
Namun begitu, konsep masyarakat Malaysia tidak boleh disamakan dengan
konsep bangsa Malaysia kerana kedua-duanya mempunyai maksud yang berbeza,
walaupun merujuk kepada sebuah entiti politik yang sama, iaitu Malaysia.
Masyarakat Malaysia adalah sebuah konsep yang lebih luas skopnya, atau boleh
dianggap sebagai sebuah konsep payung, yang merangkumi konsep bangsa
Malaysia yang merujuk pula kepada satu cita-cita politik, seperti yang diungkapkan
dalam Wawasan 2020. Melalui Wawasan 2020, para pemimpin Malaysiabersama-
sama masyarakatanya telah menggariskan cita-cita untuk menjadikan Malaysia
sebuah negara maju menjelang tahun 2020 yang berasaskan satu bangsa
bersepadu yang dikenali sebagai bangsa Malaysia. Dari satu segi, bangsa Malaysia

7
merupakan satu bangsa idaman yang kita kehendaki. Tentunya bangsa malaysia
yang kita idamkan itu berteraskan hubungan etnik yang harmonis.
Pembentukan bangsa malaysia boleh diukur berpandukan tiga perspektif
utama : kenegaraan, kewarganegaraan dan kebangsaan. Semangat kenegaraan
perlu ditanam dan dipupuk dalam diri setiap rakyat demi keutuhan negara sebagai
kumpulan sosial. Semangat ini boleh ditanam melalui simbol yang mewakili keutuhan
negara seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan dan rukun negara. Daripada
aspek kewarganegaraan, bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain dapat disatukan
melalui kewarganegaraan yang sama, iaitu warganegara Malaysia. Aspek
kebangsaan pula dapat ditonjolkan melalui kebudayaan kebangsaan yang
merupakan penggerak dalam menguatkan semangat kebangsaan dan menjadi batu
asas kepada pembentukan bangsa malaysia. Pada hakikatnya, hubungan antara
kebudayaan kebangsaan dengan semangat kebangsaan adalah bertimbal balik
kerana masing-masing saling menyokong dan menguatkan antara satu sama lain.

2.2 Konsep Budaya

Perkataan budaya diambil daripada bahasa Sanskrit dan melayu iaitu


daripada perkataan budhi dan daya. Budhi bermaksud kecergasan fikiran dan akal.
Daya pula bermaksud kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Menurut Kamus
Mutakhir Bahasa Melayu (1992), budaya didefinisikan sebagai cara hidup sesuatu
masyarakat hasil kegiatan dan ciptaan akal manusia seperti kepercayaan, kesenian,
adat istiadat dan lain-lain lagi. Menurut Norazit Selat (1989), Leslie White
berpendapat bahawa Kebudayaan adalah satu orgnaisasi fenomena-perlakuan
(pola-pola tingkah laku); objek-objek (alat-alat bertukang dan barang-barang lain
yang dibuat daripada alat-alat tadi); idea-idea (kepercayaan dan ilmu pengetahuan);
dan sentiment-sentimen (sikap, nilai) yang bergantung kepada penggunaan simbol-
simbol.
Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2007), ciri-ciri budaya adalah seperti
berikut:-
Dipelajari
Dikongsi
Bersifat sejagat
Diwarisi
Berubah-ubah
Mempunyai unsur simbolik
Adanya worldview (pandangan semesta)

8
2.3 Konsep Perpaduan dan Integrasi

Menurut Jayum A. Jawan (1997), perpaduan dan integrasi merupakan dua


konsep yang saling berkait rapat dan sering digunakan bersilih ganti. Perpaduan dan
integrasi adalah merujuk kepada proses menggbungkan bahagian-bahagian menjadi
satu unit. Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2007), perpaduan adalah satu proses
menyatupadukan masyarakat dan engara supaya setiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti, nilai bersama, perasaan cinta dan bangga akan tanah air.
Integrasi pula adalah satu proses mewujudkan satu identiti nasional dalam kumpulan
terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan
seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan
tanah air. Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional
dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi
dalam sesebuah unit politik (Ahmad Haji Kambar, 1987). Unsur integrasi yang terdiri
daripada:
Integrasi wilayah yang bertujuan mengurangkan jurang perbezaan
pembangunan ekonomi dan sosial antara wilayah yang maju dengan
yang mundur. Di Malaysia, tumpuan integrasi wilayah ialah antara
Malaysia Barat dan Malaysia Timur dan Pantai Timur Semenanjung
Malaysia dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
Integrasi ekonomi yang boleh diertikan sebagai usaha-usaha untuk
mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik
Integrasi kebudayaan melibatkan usaha membentuk suatu kebudayaan
kebangsaan
Integrasi sosial merangkumi usaha-usaha menyatupadukan rakyat
melalui progam sosial seperti sukan, pendidikan, perumahan dan
kesihatan
Integrasi pendidikan bertujuan untuk mewujudkan satu sistem
pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek,
jasmani dan rohani
Integrasi politik yang merangkumi usaha-usaha menyatukan rakyat
melalui kerjasama dan pembahagian kuasa politik.
Proses mencapai sebuah masyarakat integrasi bukanlah suatu yang mudah.
Menurut Ting Chew Peh (1987), integrasi ialah suatu proses yang sangat kompleks.

9
Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah kedkatan bermula dengan
hubungan terpisah iaitu segregasi sehinggalah hubungan berbentuk sebati iaitu
amalgamasi. Perhubungan yang lebih rapat antara wilayah dapat mewujudkan
integrasi dalam bidang politik dan nilai. Perhubungan ini seterusnya mampu
mengurangkan konflik dan mengutamakan persefahaman serta mewujudkan
perasaan harmonis antara pelbagai etnik.

Terdapat lima bentuk integrasi iaitu segregasi, akomodasi, akulturasi, asimilasi


dan amalgamasi seperti berikut: -

2.3.1 Akomodasi

Akomodasi diwakili formula A+B+C = A+B+C. Dikatakan bahawa A, B dan C


merujuk kepada budaya. Akomodasi adalah proses yang menyebabkan setia
kumpulan etnik menyedari dan menghormati nilai-nilai kumpulan etnik lain serta
mempertahankan budaya masing-masing. Umpamanya, setiap kumpulan etnik
mempunyai wakil dalam pentadbiran negara. Akomodasi merupakan proses yang
menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai
kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing.
Konsep ini diwakili oleh formula A + B + C = A + B + C, disini A, B dan C merujuk
kepada budaya. Pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmonis dan menghormati
antara satu sama lain. Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik
mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan dan mereka saling
bergantung. konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana setiap kumpulan
etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni. Jika dilihat di
luar Malaysia, Switzerland ialah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat
akomodasi kerana etnik Jerman, Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian
antara mereka.

2.3.2 Amalgamasi

Amalgamasi diwakili formula A+B+C = D. Dikatakan bahawa A, B dan C


adalah golongan etnik berbeza dan D adalah satu kumpulan baru terhasil daripada
penyatuan A, B dan C. Amalgamasi adalah satu proses yang terjadi apabila budaya
atau ras bercampur untuk membentuk budaya dan ras baru. Amalgamasi merupakan
satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis

10
budaya dan ras baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi adalah
dengan terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik. Teori amalgamasi
dinyatakan dalam bentuk formula A+B+C=D, disini A,B, dan C mewakili kumpulan
etnik berlainan dan D mewakili amalgam, satu kumpulan baru terhasil daripada
penyatuan A,B dan C. Sebagai contoh, kumpulan-kumpulan etnik yang sedia wujud
mengamalkan parkahwinan campur lalu membentuk satu genarasi baru atau budaya
baru tanpa menuruti budaya asal mereka.

2.3.3 Akulturasi

Akulturasi adalah satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan


individu atau kelompok dari suatu kebudayaan yang berbeza. Akulturasi tidak
menyebabkan kehilangan identiti asal sesuatu etnik. Akulturasi merupakan satu
proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari
sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Akulturasi terjadi apabila satu kelompok
manusia dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu
kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya
diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi,
proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat penerima.
Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku pertemuan atau pertembungan
antara dua atau lebih kebudayaan. Proses ini menyebabkan berlakunya proses
pinjam meminjam. Pada peringkat awal, unsur pinjaman digunakan secara langsung
dan kemudian diolah serta dijadikan usur kebudayaan sendiri. Di Malaysia, beberapa
kes boleh dijadikan rujukan seperti penggunaan tali leher, angpau, makanan, hiburan
dan sebagainya. Tetapi, jika unsur budaya yang diambil itu tidak diolah dengan baik,
pastinya tindakan ini akan memberi kesan yang tidak baik kepada sesuatu
masyarakat. Tidak mudah untuk membentuk sebuah masyarakat yang mencapai
tahap akulturasi. Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat
kebendaan yang mendatangkan manfaat seperti pakaian barat. Unsur-unsur budaya
yang tidak berbentuk kebendaan seperti ideologi dan pemikiran adalah lebih sukar
diterima.

2.3.4 Asimilasi

Asimilasi diwakili formula A+B+C = A. Dikatakan bahawa A adalah golongan


etnik dominan manakala B dan C adalah kumpulan etnik minoriti. Asimilasi adalah

11
satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya
sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti sama.
Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan
etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan
dan identiti yang sama. Menurut Vander Zanden (seorang ahli sosiologi), asimilasi
ialah satu proses dalam mana kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan
bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang
sama. Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan
penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. konsep ini diwakili dengan
formula A+B+C =A, disini A dalam hal ini mewakili golongan dominan sementara B
dan C mewakili kumpulan etnik minoriti. Contohnya, orang melayu di Thailand telah
mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua
aspek cara hidup mereka (kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan cara
hidup orang Thai. Di Malaysia, apa yang berlaku keatas masyarakat Jawa, Cina
Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh berlakunya proses asimilasi. Namun,
bagi etnik cina di Kelantan serta Baba dan Nyoya, asimilasi berlaku dalam konteks
budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama. Proses asimilasi berlaku
apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik etnik berbeza
budaya bagi suatu tempoh yang lama. kejayaan asimilasi umumnya bergantung
kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima
identiti kumpulan etnik majoriti; terdapt banyak persamaan budaya antara kumpulan
etnik; dan kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan etnik minoriti.

2.3.5 Segregasi

Pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan


etnik lain dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa perkara
seperti tempat tinggal, sistem persekolahan dan pengangkutan serta kemudahan
awam. Segregasi wujud didasari oleh undang-undang atau sebaliknya. Segregasi
merupakan pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan
kumpulan etnik yang lain dalam sesubuah negara. Pemisahan berlaku dalam
beberapa keadaan, antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem
persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Segregasi wujud sama ada
didasari oleh undang-undang atau sebaliknya seperti Dasar Aparteid di Afrika
Selatan yang dilaksanakan antara tahun 1948-1994

12
3.0 PENGHUBUNGKAITAN ANTARA ETNISITI DAN EKONOMI SEMASA
ZAMAN KOLONIAL BRITISH

Pengalaman sejarah membuktikan terdapat hubung kait yang jelas antara


ekonomi dan etnisiti, khususnya identifikasi kegiatan dalam sesuatu sekto ekonomi
dengan sesuatu kaum. Daripada keadaan ini, timbul persepsi yang kemudian
menjadi stereotaip bahawa majoriti etnik Melayu terdiri daripada petani dan nelayan,
etnik Cina pula terlibat dalam perniagaan dan sektor perlombongan manakala
sebilangan besar etnik India merupakan buruh di estet. Di Sabah dan Sarawak pula,
streotaipnya pula ialah kelompok peribumi terus menetap di kawasan pedalaman
dalam keadaan serba serbi mundur sedangkan faktor ekonomi dikuasai oleh etnik
Cina. Ertinya, apabila kita menyebut hal ekonomi, ini akan menyentuh secara
langsung atau tidak langsung hal etnisiti dan begitu juga sebaliknya, seperti kata
pepatah "cubit paha kanan, paha kiri sakit juga."
Berdasarkan keadaan tersebut, para penyelidik, sarjana dan pemerhati
mengenai masyarakat Malaysia pernah menghujah bahawa memang tidak dapat
dinafikan akan peri pentingnya faktor pertumbuhan ekonomi dan faktor kestabilan
politik sebagai teras kejayaan Malaysia selama ini. Bagi mereka anak kunci bagi
survival Malaysia ialah hubungan etnik yang harmonis. Menurut mereka lagi,
sekiranya hubungan etnik yang harmonis ini tergugat maka survival Malaysia
sebagai sebuah negara bangsa juga turut tercabar, biarpun kadar pertumbuhan
ekonominya memuaskan dan kestabilan politik kelihatan baik. Pandangan ini
dinyatakan dengan jelas oleh Joseph Stiglitz, bekas Ketua Ahli Ekonomi, Bank Dunia
(1997-2000) dan penerima anugerah nobel (bidang ekonomi), 2001: "I had the
opportunity to talk to Malaysia's Prime Minister after the riots in Indonesia. His
country has also experienced ethnic riots in the past. Malaysia has done a lot to
prevent their recurrence, including putting in a program to promote employment for
ethnics Malays. Mahathir knew that all gains in building a multiracial soceity could be
lost, had he left the IMF dictate its policies to him and his country and then riots had
broken out. For him, preventing a severe recession was not just a matter of
economics, it was a matter of the survival of the nation."
Kenyataan Stiglitz inimenekankan bahawa dalam konteks Malaysia, apabila
berlakunya sesuatu kegawatan ekonomi yang tenat (seperti yang terjadi pada tahun
1997-1998), penyelesaian ekonomi sahaja ternyata tidak mencukupi kerana seperti

13
yang kita sedia maklum akan hubung kait ekonomi dan etnisiti amat rapat. Ertinya,
jika masalah ekonomi terjadi, maka dengan sendirinya masalah ini akan menjadi
masalah etnisiti. Maka sebarang penyelesaian terhadap sesuatu masalah ekonomi di
Malaysia mesti diambil kira impaknya terhadap hubungan etnik. Hubungan timbal
balik antara ekonomi dan etnisiti merupakan satu ciri penting sistem sosial Malaysia
yang hingga sekarang masih bertahan dengan baik, sehingga mendapat pujian
daripada beberapa negara mundur, membangun dan maju di dunia hari ini. Malahan,
beberapa negara telah menjadikan Malaysia sebagai negara contoh.
Intipati daripada huraian tersebut ialah hubungan etnik merupakan satu ciri
penting yang mencorakkan sistem sosial Malaysia dan seterusnya mewarnai
kehidupan harian smua rakyat Malaysia. Cuma, seluas dan sedalam manakah
pengetahuan setiap rakyat Malaysia mengenai dinamika yang menjadi landasan
proses hubungan etnik tersebut, iaitu pengetahuan yang melewati pandangan mata
kasar dan pendapat popular? Hal ini masih diragui kerana kita tidak pernah mengkaji
atau mencipta indeks untuk mengukur paras kefahaman tersebut. Kalau ada pun
aspek ini masih dalampercubaan dan belum diaplikasikan. Tambahan pula, untuk
mengukur erat longgarnya perpaduan etnik di Malaysia bukan suatu tugas yang
mudah berbanding dengan menilai kepesatan pertumbuhan ekonomi negara. Dalam
bidang ekonomi, kita mampu menjelaskan bagaimana kita membina asas ekonomi
yang kukuh dan akhirnya mampu menempatkan kedudukan ekonomi pada tahap
yang dihormati di seluruh dunia. Kenyataan ini mudah disokongoleh angka
pertumbuhan ekonomi yang sihat. Sebaliknya, petunjuk dalam bidang hubungan
etnik kita masih memerlukan suatu pendekatan yang mudah difahami, mantap dan
realitistik untuk menghuraikan kejayaan Malaysia secara umum dalam mengekalkan
keharmonian antara kaum.
Walaupun kita menghadapai kesukaran dalam mengukur tahap perpaduan
nasional, namun negara-negara asing seluruh dunia masih melihat Malaysia secara
perbandingan sebagai sebuah negara yang berjaya mewujudkan hubungan etnik
yang harmonis. Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa pemilihan Malaysia
beberapa tahun lalu sebagai Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan
Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) mempunyai kaitan langsung dengan
prestasi baik ekonomi dan kestabilan politiknya yang terbina dalam acuan hubungan
etnik yang harmonis.

4.0 RUMUSAN

14
Malaysia mengecapi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 setelah lebih dari 100
tahun berada di bawah kekuasaan dan penjajahan kuasa-kuasa asing dan sehingga
kini negara telah mengecapi kemerdekaan hampir mencecah 52 tahun. Penjajahan
dan pemerintahan kuasa-kuasa asing seperti British dan Jepun meninggalkan
implikasi kepada negara secara tidak langsung. Termasuklah mempengaruhi
populasi rakyat Malaysia sehingga kini. Kewujudan masyarakat majmuk di negara ini
dipercayai semakin ketara di zaman pemerintahan British yang menggalakkan
migrasi orang-orang Cina dan India ke negara ini untuk bekerja sebagai buruh kasar.
Dasar Pecah dan Perintah yang diamalkan oleh pihak British telah memberi kesan
yang amat besar kepada penyatuan kaum di negara ini. Populasi etnik di Malaysia
sehingga kini meliputi tiga etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Pelbagai
usaha diambil untuk meneruskan agenda nasional dan secara tidak langsung
memupuk ke arah hubungan etnik yang harmoni dan bersatu padu. Diantaranya
adalah pelaksanaan Wawasan 2020, pelaksanaan pelan pembangunan lima tahun,
Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan sebagainya.
Usaha untuk memupuk perhubungan etnik di negara ini tidak akan mencapai
matlamatnya tanpa adanya kerjasama daripada semua pihak. Dalam era globalisasi
terdapat banyak cabaran yang mampu menggugat perpaduan di kalangan etnik di
negara ini. Isu-isu internal dan external menyumbang kepada kegoyahan hubungan
etnik jika tidak ditangani dengan bijak. Kestabilan ekonomi dan politik merupakan
asas kepada perpaduan hubungan etnik. Perpaduan yang dikecapi pada hari ini
perlu dihargai agar terus dirasai oleh generasi akan datang. Kegagalan mengekalkan
perpaduan memudahkan dominasi negara-negara lain untuk menakluki negara kita.
Semua etnik tanpa mengira batas agama, budaya dan adat perlu belajar daripada
sejarah agar sejarah penjajahan yang telah berlangsung lebih dari seratus tahun
tidak akan berulang. Cabaran era globalisasi hadir tanpa mampu dielak oleh
sesebuah negara. Justeru itu, sesebuah negara perlu bijak dalam membuat
perancangan agar dapat mengharungi cabaran yang datang. Keupayaan sesebuah
negara mengharungi cabaran-cabaran dengan baik mampu menjadikan negara
berkenaan sebaris dengan negara-negara maju yang lain.

5.0 REFLEKSI

15
Pertama sekali menerima tugasan ini persoalan utama yang berlegar-legar
dan muncul di kotak minda saya ialah dapatkah saya menyiapkan kerja kursus ini
memandangkan pada masa yang sama terdapat beberapa kerja kursus yang lain
yang perlu disiapkan dalam tempoh yang sama. Keadaan ini sedikit sebanyak
memberi tekanan dan menguji daya tahan saya untuk melaksanakan tugasan
tersebut. Walau bagaimanapun, saya tidak mengambil mudah untuk memberi alasan
dan helah untuk tidak menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah diberikan.
Sebaliknya, saya menyahut cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini mengikut
arahan yang telah diberikan. Hal ini kerana, saya memikirkan bahawa soalan
tugasan yang diberikan tidaklah begitu sukar memandangkan tajuk-tajuk yang
dibincangkan adalah tajuk-tajuk yang sudah kami pelajari.
Sepanjang melaksanakan tugasan ini, pelbagai inisiatif telah saya ambil bagi
mengatasi masalah-masalah yang telah saya hadapi tersebut. Antaranya
termasuklah mencari bahan rujukan buku yang terdapat di perpustakaan IPRM untuk
mencari dan mengumpul maklumat berkaitan tajuk tugasan yang telah diberikan.
Bagi mempelbagaikan sumber dan bahan rujukan yang digunakan, saya juga telah
meminjam dan menggunakan bahan rujukan buku daripada rakan-rakan saya.
Dalam memastikan bahan rujukan yang saya gunakan adalah bersesuaian dan
menepati kehendak serta dapat menjawab soalan, saya telah melakukan kolaborasi
atau perbincangan dengan para pensyarah dan rakan-rakan dalam penulisan
tugasan ini terutamanya bagi soalan yang sedikit sukar untuk difahami.
Selepas berjaya menyiapkan tugasan ini sepenuhnya, saya telah berjaya
mempelajari dan mengetahui beberapa pengetahuan yang baru berkaitan tajuk
tugasan. Walaupun tajuk tugasan sudah pun dipelajari dalam sesi kuliah oleh
pensyarah yang mengajar kami, namun, pelaksanaan tugasan ini telah membantu
meningkatkan dan menambahkan lagi pengetahuan yang sedia ada yang telah saya
perolehi tersebut. Dalam erti kata lain, pelaksanaan tugasan ini dapatlah dikatakan
sebagai sesi ulangkaji secara tidak langsung kerana, dalam penulisan tugasan
sebenarnya saya melakukan bacaan terhadap rujukan yang saya gunakan. Melalui
bacaan inilah saya dapat menambahkan lagi pengetahuan saya berkaitan tajuk
soalan yang dibincangkan.
Manakala, dari segi nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari sepanjang
pelaksanaan tugasan ini, saya belajar untuk lebih menghargai masa yang ada dalam
melaksanakan penulisan tugasan ini. Maksudnya di sini ialah, apabila sudah
mendapat soalan tugasan daripada pensyarah, saya haruslah bertindak lebih proaktif

16
dengan melaksanakan penulisan tugasan seberapa langsung. Hal ini kerana, jika
saya dapat melaksanakan tugasan ini lebih awal lagi, saya dapat mengelakkan untuk
melaksanakan tugasan pada saat-saat akhir bagi memastikan tugasan yang saya
hasilkan adalah benar-benar berkualiti dan menepati standard atau piawai yang telah
ditetapkan. Pada masa yang sama juga, saya akan dapat menguruskan masa
dengan baik dan berkesan seterusnya mengelakkan budaya kurang sihat seperti
tidur lambat hanya semata-mata untuk menyiapkan tugasan ini.
Sebagai penambahbaikan, saya melihat aspek pengurusan masa ini sebagai
kelemahan saya yang paling ketara sekali. Dalam hal ini, saya mengambil sedikit
pengajaran untuk lebih proaktif apabila menerima tugasan daripada pensyarah agar
saya dapat menguruskan masa yang saya ada dengan sebaiknya dan berkesan.
Dengan yang demikian, saya akan dapat menghasilkan tugasan yang berkualiti
selain menggunakan masa yang lebih tersebut untuk tujuan lain yang berfaedah.
Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan
sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang
diperlukan.

6.0 RUJUKAN

Amir Hasan Dawi, 2002. Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Tanjung Malim:
Thinker's Library Sdn. Bhd.

17
Aziz Deraman, Perancangan kebudayaan dan perpaduan negara, : Djambatan,
1979.

Mohd Salleh Lebar, 1998. Sosiologi Sekolah dan Pendidikan. Selangor Nurin
Enterprise.

Mohd. Salleh Lebar, 1992. Perubahan Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur :


Quantum Books.

Joseph Selvam, Nadi perpaduan, : Pustaka Ilmu, Jasin, 1972. Sulaiman Zakaria,
Perpaduan negara, Kuala Lumpur: Cahaya Kesturi, 2007.

Syed Mahadzir, Rukun tetangga, Selangor: Cooray's House of Publications, 2007.

Ting Chew Peh, Hubungan ras dan etnik : suatu pengantar, : Pustaka Dimensi, Kuala
Lumpur, 1987.

Wan Abdul Halim Othman, Asas hubungan etnik : Yayasan Nurul Yaqeen, 1989.

Abdul Latiff Abu Bakar. (1996). Melaka dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia.
Institut Kajian Sejarah Malaysia Cawangan Melaka dan Kerajaan Negeri Melaka
(diterbitkan bersama Universiti Malaya, Kuala Lumpur)

Abdul Rahim Abu Bakar. (2001). Kelangsungan Hidup Bahasa Melayu Sebagai
Tonggak Negara Barat Dalam Gelombang Globalisasi. Dewan Bahasa. Oktober
2001, Jilid 1 Bil.10

Ann Wan Seng. (1994). Perayaan Orang Cina. Kuala Lumpur. Penerbitan Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Arena Wati. (1978). Pribumi Sabah (Kadazan/Dusun). Yayasan Sabah. Kota
Kinabalu.

Asmad. (1990). Seni Kehidupan & Kemasyarakatan. Melaka. Associated Educational


Distributors (m) Sdn. Bhd.

Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan. (1997). Kenegaraan Malaysia.


Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia

Mohd. Mahadee. (2007). Isu-Isu Kontemporari: Politik dan Media. Titas. Penerbit
Universit Putra Malaysia. Serdang.

18
Nazaruddin Mohd. Jadi et. Al. (1996). Kenegaraan Malaysia. Sejarah Awal,
Kemerdekaan & Pembentukan Malaysia. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.

Norazit Selat. (1989). Konsep Asas Antropologi. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala
Lumpur.

Nurdeng Deuraseh. (2007). Isu-Isu Kontemporari: Hegemoni Barat dan Globalisasi.


Titas. Penerbit Universiti Putra Malaysia. Serdang.

Marof Redzuan, Mohamad Shatar Sabran & Zahid Emby. (2001). Pengantar
Sosiologi dan Antropologi Sosial. Penerbit Universiti Putra Malaysia. Serdang.

Mark H. & Zainuddin Z. (1990). Muzium Negara Kuala Lumpur : Sejarah dan
Kehidupan Malaysia. Kuala Lumpur. Syarikat S.Abdul Majeed.

Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Hubungan Etnik. Pusat Penerbitan Unviersiti


(UPENA) Universiti Teknologi Mara. Shah Alam.

______. (2002). Kamus Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

______. (2006). Kamus Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
______. ( ). Pembentukan Masyarakat Majmuk di Malaysia.
http://zanas.wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/pembentukan-masyarakat-
majmuk-di-malaysia/

______. ( ). Cabaran Peranan Hubungan Etnik.


http://www.scribd.com/doc/15080867/cabaran-peranan-hubungan-etnik

Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Modul Hubungan Etnik. Shah Alam. Pusat
Penerbitan Universiti. Muka surat 9

Norazit Selat, Konsep Asas Antorpologi , Dewan Bahasa dan Pustaka 1989, m/s 50
m/s 51

Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Modul Hubungan Etnik. Shah Alam. Pusat
Penerbitan Universiti. Muka surat 9

Md. Bohari Ahmad. (1997). Kenegaraan Malaysia: Perlembagaan Malaysia.


Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia. Muka surat 137-138.

19

You might also like