You are on page 1of 27

PEMBANGUNAN POLITIK SABAH: SATU PENELUSURAN

SEJARAH

Sabihah Osman

PENGENALAN

Sabah atau sebelum merdeka dikenali dengan nama Borneo Utara muncul sebagai
sebuah unit politik pada Jun 1882 apabila negeri itu ditadbir oleh The British North
Borneo Chartered Company (BNBC). BNBC memerintah Sabah sehingga tahun 1941.
Selama tiga tahun lapan bulan berikutnya, Sabah diperintah oleh Tentera Jepun. Pada
bulan Julai 1946, Sabah telah dijajah terus oleh penjajah British selama 17 tahun
sebagai British Crown Colony. Sabah bersama-sama Sarawak dan Singapura
mendapat .kemerdekaan apabila menyertai Malaysia pada 16 September 1963, sekali
gus membentuk Persekutuan Malaysia bersama Persekutuan Tanah Melayu.
Tulisan ini mengkaji tentang pertumbuhan kesedaran politik dan pembangunan
politik Sabah. Turut diteliti ialah kemunculan persatuan-persatuan sosiopolitik seperti
Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan, Persatuan Kebangsaan Jesselton dan Barisan
Pemuda Society (BARIP). Seterusnya, perbincanganjuga menjurus kepada kemunculan
parti-parti politik, pilihan raya - pilihan raya negeri 1967 hingga pilihan raya negeri
2004 dan implikasinya terhadap pembangunan politik Sabah sehingga menjelang pilihan
raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008 yang lalu.

LATAR BELAKANG PENDUDUK DAN SEJARAH POLITIK SABAH

Penduduk Sabah terdiri daripada bcberapa kumpulan etnik yang melebihi 50


kumpulan mengikut bahasa pertuturan dan budaya. Kumpulan yang terbesar ialah
Kadazandusun, diikuti dengan Bajau, Murut, Melayu Brunei,lain-lain bumiputera
dan Cina. Dari segi komposisi pen dud uk, sepertijuga penduduk Sarawak, tidak wujud
satu kumpulan etnik yang dominan melebihi 50 peratus jumlahnya. Mengikut
perangkaan tahun 2007 jumlah semua penduduk Sabah ialah 3.15 juta. Pecahan
terperincinya ditunjukkan pad a Jadual 1.1
Bertitik tolak daripada latar belakang pen dud uk sedemikian, jelas difahami
sebab politik Sabah dan penyekutuannya kerap rapuh disebabkan tidak wujud satu
kumpulan etnik yang cukup besar untuk menguasai kumpulan lain. Dalam proses
mengejar kemenangan dalam beberapa pilihan raya negeri, setiap kumpulan berlumba-
lumba mengatur strategi untuk mendapatkan sokongan daripada kumpulan lain.
Sabah mula mengenali demokrasi secara rasmi melalui pilihan raya Majlis
Daerah pada bulan Disember 1962 dan pilihan raya tidak langsung menerusi "Residency
Colleges" yang diadakan pada bulan Julai 1963. 2 Pilihan raya ini diadakan untuk
memilih ahli-ahli yang bakal menduduki kerusi majlis Dewan Undangan Negeri (DUN).
Jaduall: Komposisi penduduk Sabah

Penduduk Bilangan
Bumiputera 1.91 juta
Melayu 381,000 ribu
Kadazandusun S4 7,000 ribu
Bajau 4 I 8,000 ribu
Murut 102.000 ribu
Bumiputera lain 457,000 ribu

Bukan Bumiputera 453,000 ribu


Cina 303.000 ribu
India 12,000 ribu
Lain-lain 138,000 ribu

Bukan Warganegara 790,000 ribu


Jumlah Penduduk 3.S I juta

Ketiadaan jentera pemilihan sebelum gagasan Malaysia diumumkan merupakan antara


faktor yang menyebabkan kelembapan pertumbuhan parti-parti politik di Sabah.

PERSAUDARAAN SAHABAT PENA MALAYA CAWANGAN SABAH,


PARTI KEBANGSAAN LABUAN DAN PARTI KEBANGSAAN MELAYU
JESSELTON 1

Sebelum Perang Dunia Kedua. tidak terdapat sebarang persatuan sosiobudaya


peribumi yang jelas dan terarah di Sabah seperti yang berlaku di negeri-negeri di
Tanah Melayu dan Sarawak. Hal yang nyata wujud di Sabah ketika itu ialah badan-
badan yang dibentuk oleh pemerintah seperti Majlis Ketua-ketua Anak Negeri yang
dianggotai oleh Ketua-ketua Anak Negeri yang dilantik oleh pemerintah. Dengan
itu, peranannya sebagai wakil masyarakat peribumi adalah terbatas kerana mereka
merupakan pegawai-pegawai pemerintah. Ketua-ketua Anak Negeri ini memainkan
peranan mereka dalam menyuarakan pandangan masyarakat peribumi tentang isu-
isu penting yang perlu ditangani pemerintah. Misalnya, isu pengajaran bahasa
Inggeris di sekolah vernakular Melayu, pelajaran bagi anak-anak perempuan
bumiputera, soal tanah bumiputera dan hutang-piutang petani bumiputera kepada
tauke Cina.Walau bagaimanapun, isu-isu yang diketengahkan ini kurang mendapat
layanan daripada pemerintah kerana dasar pemerintah yang mengehadkan pengajaran

2
w".~'6-- " ..,. ...-u .....

bahasa Inggeris dan alasan kekurangan dana bagi mendirikan sekolah untuk anak-
anak perempuan.4
Tambahan pula, isu-isu seperti ini tidak dapat disebarluaskan akibat ketiadaan
saluran seperti Persatuan Melayu Sarawak, Persatuan Melayu Selangor atau Kesatuan
Melayu Singapura, ataupun akhbar dan majalah seperti di Tanah Melayu dan Sarawak.
Pada ketika itu, di Sabah hanya ada persatuan sosiobudaya yang menekankan kegiatan
sosial semata-mata seperti meraikan sambutan hari rayaAidilfitri dan majlis perpisahan
residen. Persatuan yang dimaksudkan ialah Klub Muslim Jesselton (The JesseIton
Muslim Club) yang ditubuhkan pada 28 Januari 1933 dan diketuai oleh Mohammad
Yaakub dan Haji Mohammad Shamsudin Osman. Persatuan ini dirasmikan oleh
Residen lesselton sendiri iaitu Residen 1.Maxwell. 5 Walau bagaimanapun, penubuhan
cawangan Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) di JesseIton (Kota Kinabalu),
Tawau dan Labuan pad a tahun 19391ebih mirip ke arah persatuan yang mementingkan
kesedaran untuk meningkatkan keadaan sosial dan budaya ahli-ahlinya. Keadaan ini
terbukti apabiJa kegiatan PASPAM di cawangan-cawangan ini lebih tertumpu kepada
penggalakan budaya membaca dalam kalangan ahlinya terutama sekali mengenai
bahasa dan kesusasteraan Melayu di samping mengadakan majlis-majlis eeramah
dan perjumpaan sosial bagi merapatkan hubungan antara ahli sambil memupuk
perasaan persaudaraan dan kekitaan sesama mereka. Dalam hal ini misalnya, seorang
ahli PASPAM Brunei, Mohd. Zain Wali dikhabarkan telall menghadiahkan sebuah
novel Melayu bertajuk lakah Salmah kepada ahli PASPAM Tawau semasa beliau
berkunjung ke sana pad a bulan Ogos 1939. Seterusnya, seorang tokoh PASPAM
Labuan, Zakaria Gunn mengadakan lawatan sambil belajar di eawangan yang
berhampiran iaitu Brunei pada 15 Julai 1939.6
Kebanyakan ahli PASPAM terdiri daripada guru sekolah Melayu, pegawai
rendah kerajaan dan peniaga keci!. Kegiatan PASPAM ini terhad di bandar-bandar
yang mempunyai kemudahan perhubungan dan bcrlegar dalam kalangan mereka
yang berpendidikan dan celik huruf. Akan tetapi, bilangan yang berpendidikan dan
eelik huruf adalah keeil. Majoriti bumiputera masih buta huruf dan ketinggalan
dalam arus pembangunan di bandar. Oleh itu, kadar literasi yang rendah dan standard
pelajaran yang minimum, tanpa kemudahan pengajaran yang memberangsangkan
seperti kekurangan guru terlatih, tidak memungkinkan kesedaran sosial politik boleh
tercetus secara meluas. 7 Jika ada pun hanya beberapa orang tokoh yang
menggerakkan kelab dan cawangan PASPAM seperti Mohammad Yaakub, Haji
Mohammad Shamsudin Osman dan Zakaria Gunn.
Dalam tahun-tahun terdekat selepas Perang Dunia Kedua, kegiatan
berpersatuan diteruskan oleh bekas ahli PASPAM seperti Zakaria Gunn. Bersama-
sarna dengan rakan-rakannya yang lain iaitu Abu Bakar Ahmad, Hassan Wahab,
Aship Ahmad, Samad Hitam, Cikgu Suhaimi, Cikgu Abd. Rahman Bamawi dan

3
Soh/halt OSIfIQII

Mohamad bin Dali, mereka telah menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Labuan
(PKML) pada tahun 1946. Penubuhannya dicadang dan digerakkan oleh Cikgu
Harun Mohamad Amin atau lebih dikenali sebagai Harun Aminurrashid.'
Jawatakuasa pertamanya terdiri daripada Tengku Noordin sebagai Yang Dipertua,
Abu Bakar Ahmad sebagai Setiausaha dan Zakaria Gunn sebagai Penolong
Setiausaha. Apabila Tengku Noordin ditukarkan ke Jesselton, tempatnya digantikan
oleh Hassan Wahab, manakala Zakaria Gunn dilantik sebagai Setiausaha. PKML
banyak dipengaruhi oleh para pejuang nasionalis Indonesia terutamanya Soekarno,
Hatta dan Sutan Sjahrir. Yang Dipertua pertamanya pemah menyeru supaya para
pemuda-pemudi Melayu bersatu hati jika tidak mereka terus ditindas dan dihina
bang sa asing. Beliau menyeru supaya mereka "bersatu, bersahabat, bergerak untuk
menyokong yang terkena susah ialah seman gat yang sangat dikehendaki pada masa
ini.'" Walaupun PKML ditubuhkan dengan semangat yang membara, tetapi
penubuhannya tidak kekallama kerana kewujudannya sentiasa dicurigai pemerintah
penjajah British yang tidak senang dengan pengaruh nasionalisme Indonesia.
Sementara itu, jawatankuasanya yang penting seperti Tengku Noordin dan Zakaria
Gunn telah ditukarkan ke Jesselton. Pemerintah sedar tanpa ahli yang aktif persatuan
akan menjadi kaku.
Semasa bertugas di Jesselton, Tengku Noordin telah menubuhkan pula
Persatuan Kebangsaan Melayu Jesselton (PKMJ). Beliau kemudiannya disertai
Zakaria Gunn yang telah dipindahkan dari Labuan. Seperti PKML, PKMJ
berpendirian tegas dalam usaha membela nasib semua kelompok peribumi sarna
ada peribumi Borneo atau yang berasal dari Kepulauan Melayu. Keghairahan PKML
dan PKMJ tidak dapat bertahan lama Cita-citanya untuk menjadi pejuang memberi
kesedaran nasionalisme dan politik demi kepentingan bumiputera telah patah di
tengahjalan apabila pemerintah penjajah telah menggunakan beberapa helah untuk
mematikan persatuan tersebut. Kegiatan parti dilemahkan dengan cara memindahkan
kakitangan kerajaan yang memegang jawatan penting persatuan seperti Tengku
Noordin dan Zakaria Gunn ke daerah-daerah lain.
Pemerintah penjajah British bertindak demikian kerana khuatir pengaruh
nasionalisme Indonesia dalam PKML dan PKMJ akan menggugat kedudukannya
di Borneo British. Dalam hal ini Malcolm MacDonald, Pesuruhjaya British di Asia
Tenggara pernah mengingatkan Britain bahawa:

Powerful forces were ready to exploit any sign ofBritish weakness


in South East Asia... Chinese imperialism, Indian nationalism and
imperialism and above aI/Indonesian nationalism and the
Indonesia Raya or Greate, Indonesia movement. 10

4
Pembangunan Polillk Sabah

Kegiatan Tengku Noordin yang disyaki menggcrakkan PKMJ di se\wuh Sabah


dan bersama-sama dengan Indonesia bagi mewujudkan Republik Indonesia Raya amat
membimbangkan British. Dalam laporan British Political Intelligence Januari 1949 ada
menyebutkan terdapat ura-ura yang mengatakan Tengku Noordin sedang berusaha
menggiatkan semula PKIvtL dan dicatatkan juga bahawa PKMJ telah berjaya membuka
cawangan baharu di Keningau. lJ Gerakan nasionalisme Indonesia bukan sahaja amat
berpengaruh dalam kalangan pemimpin PKM Sabah, malah mendapat sokongan kuat
daripada ahli-ahlinya Mereka sangat aktif mendukung kuat dengan mengutip derma
bagi membantu tabung palang merah dan mangsa perang di Indonesia.
Sebuah lagi persatuan berunsur politik seperti PKML dan PKMJ yang
muncul di Sabah pada waktu itu ialah Barisan Pemuda Society (BARlP). BARIP
Sabah sebenarnya digerakkan oleh BARlP Brunei. BARlP Sabah ditubuhkan dengan
tujuan untuk menyatukan peribumi Sabah dan meninggikan taraf hidup mereka
yang selama ini terhimpit dan tertindas oleh penjajah dan golongan imigran. BARIP
Labuan diketuai Pengiran Ahmad dan dibantu oleh Soeharto, seorang pemimpin
masyarakat Indonesia di Labuan manakala di Jesselton BARlP dipimpin oleh Mandor
Mohd. Sharif. Beliau dibantu oleh Seruji Hj. Yaakub, Abang Zulkifli Apong Abang
Abd.Hadi, Abdul Hamid Mustapha dan Abdul LatifTaha. Seperti juga PKML dan
PKMJ, BARIP menyokong kuat perjuangan kemerdekaan Indonesia. Kegiatannya
yang pro-Indonesia dan membangkitkan kesedaran peribumi Sabah telah dicurigai
penjajah British. Oleh itu, BARlP akhimya menerima nasib yang sarna sepeni PKML
dan PKMJ. Pemerintah telah mengambil tindakan secara halus untuk melemahkan
BARIP seperti memindahkan pemimpin-pemimpin penting persatuan kerana
kebanyakan mereka adalah pcgawai pemerintah.
Sehingga tahun 1949, PKIvtL, PKMJ dan BARlP kelihatan tidak lagi aktifdan
parti-parti itu berkubur begitu sahaja. Sebagai gantinya pemimpin dan ahli telah
menubuhkan persatuan-persatuan berbentuk sosiobudaya dan agama seperti Khairat Jumaat
Muslim, Pergaulan Ikhwanul AI-Muslim in Sabah, Angkatan Gaya Bam dan Persatuan
Palang Merah Sabab. Oleh itu, dapat dikatakan selepas lenyapnya PKIvtL, PKMJ dan
BARIP tidak wujud lagi persatuan yang berunsur politik bagi meneruskan peIjuangan
persatuan-persatuan tadi di Sabah sehingga tertubuhnya United National Kadazan
Organization (UNKO) dan United Sabah National Organization (USNO) pada tahun 1961.

Persatuan-persatuan Sosiobudaya dan Sosiopolitik

Bekas-bekas pemimpin dan ahli PKML, PKMJ dan BARlP meneruskan kegiatan
mereka memberi kesedaran kepada bumiputera Sabah melalui penubuhan badan-badan
sosiobudaya dan agama Apabila kedua-dua persatuan yang berunsur politik kurang
aktif, segelintir bumiputera Islam telah menubuhkan Khairat Jumaat Muslimin di

5
Jesselton pada tahun 1948. Khairat diketuai oleh Imam Haji Mohd. Suhaili bin Haji
Yaakub dan dibantu oleh adiknya, Seruji Haji Yaakub. Kedua-dua mereka adalah
bekas ahli jawatankuasa BARIP. Pertubuhan ini hanya beroperasi beberapa tahun
12
kerana menghadapi masalah kepimpinan dan tekanan daripada pemerintah. Walau
bagaimanapun, pada tahun 1957 orang-orang Muslim di Jesselton telah menubuhkan
pula Pergaulan Ikhwanul AI-Muslim in pada tahun 1957 yang bertujuan untuk
menggalakkan umat Islam mematuhi undang-undang dasar Islam dalam hidup
mereka. Pergaulan juga berusaha untuk menjaga kebajikan umat Islam di Sabah.
Pertubuhan ini diketuai oleh Mohd. Edinin Kay dan dibantu oleh Zakaria Gunn
selaku setiausahanya. Penubuhan Pergaulan sebenamya dipengaruhi oleh Persatuan
Pergaulan yang berpusat di Singapura dan dipimpin oleh Syeikh Muhammad
Basmeh. Seperti juga persatuan-persatuan lain yang muncul pada waktu itu,
Pergaulan juga pendek usianya. Namun, kesedaran bekas ahli-ahli yang berterusan
dahagakan kegiatan berpersatuan akhimya telah melahirkan beberapa persatuan
Islam di seluruh Sabah seperti di Tawau, Putatan dan JesseJton.
Dalam kegiatan berpersatuan, bahagian Tawau merupakan antara bahagian
yang aktif sejak sebelum Perang Dunia Kedua. Selain mempunyai cawangan PASPAM
dan Parti Kebangsaan Melayu, Tawaujuga tidak kurang dengan kehadiran persatuan-
persatuan Islam seperti Persatuan Islam Wallace Bay (PERMUS) pada tahun 1953
dan Persatuan Islam Tawau (PIT) pada tahun 1955. J) Kedudukan Tawau yang
bersempadankan Indonesia dan berfungsi sebagai bandar pelabuhan serta pengeluar
hasil ke\uaran pertanian dan pembalakan telah banyak menarik kedatangan orang
keluar masuk dari pelbagai pelosok Nusantara termasuk Jepun dan Cina. Kehadiran
permastautin orang luar secara tidak langsung membawa budaya luar sama ada negatif
dan positif. Antaranya ialah kemasukan un sur nasionalisme Indonesia dan kesedaran
penduduk Islam (keturunan Arab dan India Islam) dalam kalangan mereka telah
melahirkan persatuan-persatuan sosiobudaya dan agama. Di bawah bimbingan Hj.
Abu BakarTitingan dan OKK Hj. Zainal Daeng Kerahu, PIT telah digerakkan untuk
kebajikan dan kesejahteraan masyarakat Islam di Tawau. Penubuhan persatuan
berpaksikan Islam yang dimulakan di Tawau itu telah membawa kepada kewujudan
persatuan-persatuan Islam di pantai barat Sabah seperti Persatuan Islam Putatan,
Persatuan Islam Sembulan dan Persatuan Islam Sabah. Persatuan-persatuan ini
kemudiannya bergabung di bawah satu persatuan yang lebih besar dengan nama
Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (United Sabah Islamic Association).
Selain persatuan Islam yang muncul pada tahun akhir 1950-an, wujud
beberapa buah persatuan sosiobudaya yang merentasi sempadan etnik dan agama
seperti Angkatan Gaya Baru (AGABA) yang ditubuhkan pada tahun 1957. Persatuan
kebudayaan ini didukung bersama oleh K. Bali dan Zakaria Gunn. Mereka dibantu
oleh Donald Stephens, Shafe Anterak dan Raskan Asing. Daripada nama-nama

6
Pembangunan Po/illk Sabah

pendukungnya persatuan ini kelihatan terbuka kepada semua kaum dan agama.
Donald Stephens dilantik sebagai presiden dan K.Bali menjadi setiausahanya.
Kegiatan persatuan lebih bersifat kebudayaan dan kesenian, selaras dengan motonya,
"Menjunjung bahasa seni budaya Timur." Antara kegiatannya ialah mengadakan
perjumpaan sosial, persernbahan sandiwara, di samping memberi kelas pendidikan
penulisan dan penerbitan rnajalah dan kelas masak-memasak bagi ahIi-ahli
wanitanya. 14 Kejayaan AGABA yang paling bererti ialah mengatur Pesta AGABA
pada tahun 1957 dan seterusnya pesta ini diadakan setiap tahun. Kejayaan Pesta
AGABA pertama ini telah rnendorong Stephens untuk mencadangkan kepada
pemerintah penjajah British supaya menjadikan Pesta AGABA itu sebagai hari cuti
umum bagi masyarakat peribumi Sabah. Usul ini kemudiannya menjadi kenyataan
apabila pernerintah bersetuju pada Februari 1960 mengisytiharkan pesta tersebut
sebagai hari cuti umurn di Sabah. Pesta AGABA yang juga dikenali sebagai Hari
Pesta Peribumi akhirnya telah memberi laluan kepada hari Pesta Kaamatan (Harvest
Festival) dan diraikan di seluruh Sabah pada bulan Jun setiap tahun.
Menjelang pengumuman gagasan Malaysia pada Mei 1961 telah
menunjukkan penglibatan pemimpin-pemimpin Kadazandusun seperti Stephens
dalam AGABA mulai berkurangan. Pernimpin-pemimpin tersebut bergerak aktif
dalam kegiatan Persatuan Kadazan yang lahir daripada Kadazan Youth Association
pada tahun 1958. Kejayaan mendapatkan pengiktirafan Pesta Kaamatan sebagai
hari pelepasan umum telah memberi rangsangan kepada orang Kadazandusun untuk
memikirkan langkah ke arah menyatupadukan orang Kadazandusun-Murut di seluruh
Sabah. Pad a bulan Mac 1960, Persatuan Kadazan telah bersetuju untuk membentuk
satu organisasi pusat yang dikenali sebagai United National Kadazan Organisation
(UNKO). Pada peringkat ini, UNKO belum berfungsi sebagai parti politik. Hanya
apabila gagasan Malaysia diumumkan, cadangan menjadikan UNKO badan pusat
bagi persatuan kebudayaan seluruh Sabah bertukar menjadi badan politik dengan
nama yang sarna bagi membela kepentingan orang Kadazandusun dan Murut.
Kesibukan Stephens dan pemimpin-pemimpin lain dalarn menangani isu
gagasan Malaysia menyebabkan badan sosial seperti AGABA terabai. Ahli-ahlinya
rarnai yang berkecimpung dalarn parti politik yang baharu lahir seperti UNKO dan
USNO di samping dalam badan-badan bahasa dan persuratan yang dibentuk serentak
dengan perturnbuhan parti-parti politik. Antaranya ialah Angkatan Persuratan
Penulis-penulis Sabah (APMS) yang ditubuhkan pada tahun 1963 dan Persatuan
Penulis-penulis Sabah (PERPESA) yang ditubuhkan oleh bekas ahli-ahli APMS
yang mulai lumpuh. Meskipun PERPESA juga akhirnya turut mati, semangat penulis-
penulis Sabah untuk terus rnenulis tidak terbantut. Mereka yang pernah menganggotai
persatuan-persatuan itu telah berusaha untuk rnenubuhkan Badan Bahasa Sabah
(BAHASA) dengan tujuan untuk menggiatkan semula aktiviti bahasa, sastera dan

7
persuratan di nege~i Sabah. Jawatankuasanya terdiri daripada Yang Dipertua,
Dzulkifli Haji Abdul Hamid; Naib Yang Dipertua, Nooraini Haji Salleh; Setiausaha
I, Jamdin Buyong dan Bendahari, M.A.Ahyar'" Pembentukan BAHASA telah
merintisjalan ke arahjalinan dan kerjasama di antara penulis-penulis Sabah dengan
penulis-penulis Semenanjung dan Sarawak.
Perkembangan pendidikan rendah dan menengah serta kelahiran maktab
latihan perguruan seperti Maktab Perguruan Kent (1952) telah menyemarakkan
suasana untuk berkarya sarna ada dalam bentuk penulisan reneana atau kreatif dalarn
akhbar dan majalah yang turut berkembang sejak tahun I 950-an. Keadaan bertarnbah
menggalakkan selepas Sabah menyertai Malaysia. 16 Karya-karya ini diterbitkan
melalui akhbar dan majalah seperti North Borneo News & Sabah TImes (NBNST)
dan majalah The Kents. Dengan demikian, kewujudan persatuan-persatuan
sosiobudaya., sosiopolitik, badan bahasa dan persuratan, di samping kemunculan
akhbar dan majalah telah memberi kesan yang baik kepada kelahiran beberapa tokoh
terkemuka dalam memberi kesedaran masyarakat menggerakkan persatuan sebagai
saluran pertemuan dan perpaduan. Antara tokoh yang memainkan peranan penting
pada awal pertubuhan persatuan-persatuan itu ialah Zakaria Gunn, K.Bali, Jamdin
Buyong dan R.M. Jasni.

PERSATUAN SOSIOBUDAYA DAN POLITIK KADAZANDUSUN

Seperti masyarakat bumiputera Muslim, orang Kadazandusun telah menubuhkan


beberapa buah persatuan sosiobudaya. Antara persatuan yang menonjol dan
memainkan peranan penting dalam menggalakkan perpaduan dan seman gat
kebangsaan masyarakat Kadazandusun ialah Persatuan Kadazan yang kemudiannya
melahirkan parti politik UNKO. Persatuan Kadazan ditubuhkan untuk memaju dan
memperluaskan penggunaan bahasa, budaya dan pendidikan orang Kadazan. Melalui
persatuan ini masyarakat Kadazan dapat menyuarakan tuntutan dan pandangan
mereka berkaitan dengan perkara-perkara penting yang menyangkut masyarakat
mereka kepada pemerintah penjajah British. Antara tuntutan yang berkesan dan
dilaksanakan pemerintah ialah mengiktiraf Pesta Menuai sebagai hari kelepasan
am negeri Sabah. Pengiktirafan tersebut telah memarakkan lagi semangat kebangsaan
dan perpaduan orang-orang Kadazan. 17
Kesan daripada kegiatan persatuan yang merentasi sosiobudaya, maka
lahirlah usaha ke arah menyatukan semua kumpulan etnik Kadazandusun seluruh
Sabah. Usaha yang lebih serius untuk menyatupadukan masyarakat mereka
memuncak apabila Tunku Abdul Rahman mengumumkan gagasan Malaysia pada
bulan Mei 1961. Lantaran itu, dua bulan berikutnya pemimpin-pemimpin
Kadazandusun dalam Persatuan Kadazan menubuhkan sebuah parti politik yang

8
Pembangunan Polilik Sabah

tersusun dan sesuai dengan ciri-ciri parti politik moden UNKO. \8 Pembentukan
UNKO digerakkan oleh Donald Stephens, seorang ahli perniagaan peranakan
Australia-Kadazan dari Jesselton Kota Kinabalu). Di samping terkenal sebagai
saud agar balak, beliau juga terkenal sebagai editor akhbar The North Borneo News
& Sabah Times (NBNST) yang kemudiannya menjadi Sabah Times. Menerusi akhbar
NBNST, Stephens dan UNKO dapat menyalurkan pandangan mereka mengenai
politik Sabah dan Malaysia secara berkesan.
UNKO ditubuhkan dengan tujuan untuk menyatukan dan mengeratkan
perhubungan dalam kalangan masyarakat Kadazandusun supaya mereka dapat
memperjuangkan satu cita-cita dan matlamat dalam politik, ekonomi dan sosial, di
samping menggesa penjajah British tidak mengabaikan hak-hak bumiputera Sabah
khususnya masyarakat mereka. Pada awal pembentukannya, UNKO mendapat
sokongan besar daripada kalangan orang Kadazandusun dari Penampang dan Papar.
Keahliannya terbuka kepada orang Kadazandusun sahaja. Akan tetapi, kemunculan
USNO yang membuka keanggotaannya kepada semua masyarakat bumiputera Sabah
telah menyebabkan dasar keahlian UNKO tergugat kerana ramai bumiputera Dusun
yang tidak bersetuju dengan penggunaan perkataan Kadazan telah menyertai USNO.
Golongan orang Dusun ini khuatir tentang kedudukan mereka yang kurang maju
dari segi pendidikan dan ekonomi akan mudah didominasi oleh orang Kadazan
Penampang yang jauh lebih maju dalam aspek pendidikan dan ekonomi.
Kebanyakan orang Kadazandusun Penampang dan Papar menganggap
perkataan Dusun mengandungi konotasi yang negatif iaitu "orang mundur" "kasar",
"orang kampung" dan "primitif', manakala istilah Kadazan itu mengandungi makna
"keagungan", "seman gat yang baik", "moden" dan "berpendidikan".19 Walaupun
pemerintah dengan rasminya menerima penggunaan perkataan Kadazan sebagai salah
satu kategori kumpulan etnik bumiputera Sabah pada tahun 1963, masih ramai
masyarakat Dusun dari pedalaman seperti pemimpin orang Dusun Keningau iaitu
G.S.Sundang dan O.K. Sed oman dan Datu Indan Kari yang enggan menerima pakai
istilah itu. Pertikaian mengenai penggunaan kedua-dua nama ini telah membawa
kepada kumpulan yang menentang penggunaan nama Kadazan menubuhkan parti
United National Pasok Momogun (Pas ok Momogun) pimpinan G. S. Sundang.
Kontroversi penggunaan istilah ini berlarutan hingga tahun 1990-an. Sebagai jalan
penyelesaian akhirnya kedua-dua pihak bersetuju menggabungkan kedua-dua
perkataan itu menjadi Kadazandusun dan diterima pakai secara rasmi pad a tahun
1998.20
Pasok Momogun dibentuk oleh G.S. Sundang bersaudara pad a bulan Jun
1962. Selain daripada faktor ketidaksetujuannya dengan Donald Stephens tentang
dasar parti UNKO dan istilah Kadazan, tindakan Sundang menubuhkan Pasok
Momogun ada kaitannya dengan peranan peniaga Cina yang berasa cemas tentang

9
kemungkinan gagasan Malaysia berjaya diwujudkan. Orang-orang Cina terutamanya
golongan peniaga berasa khuatir penyertaan Sabah dalam Malaysia akan memberi
kuasa politik ke tangan anak negeri. Oleh itu, mereka beranggapan Kerajaan Malaysia
yang baharu ilu tidak akan bersimpati dengan golongan mereka yang selama ini
mendapat simpati dan perlindungan daripada penjajah British. Oleh sebab pada
ketika itu masyarakat Cina belum bersedia menubuhkan parti politik mereka sendiri,
maka mereka perlu menyokong us aha pembentukan sebuah parti politik pimpinan
anak negeri yang bersifat berbilang kaum dan antipenubuhan Malaysia. Parti ini
mendapat sokongan dan bantuan kewangan daripada dua orang saud agar Cina yang
kaya dan terkenal iaitu Peter Chin Khoo Siak Chiew.
Pasok Momogun ditubuhkan dengan tujuan untuk memperbaiki taraf
ekonomi, pertanian dan pendidikan peribumi. Keahlian dibuka kepada semua kaum
dan parti akan bekerjasama dengan UNKO. GS. Sundang dilantik sebagai presiden
parti dan Sedoman sebagai timbalannya. Kedua-dua pemimpin ini sangat
berpengaruh dalam kalangan peribumi di pedalaman. Apabila pemimpin-pemimpin
Cina telah mencapai kata sepakat menubuhkan parti politik mereka sendiri menerusi
kelahiran United Party dan Democratic Party, Pasok Momogun kehilangan sokongan
moral dan kewangan daripada orang Cina. Tambahan pula, pemimpin-pemimpin
Cina kini sudah boleh duduk semeja berunding dengan pemimpin-pemimpin UPKO
dan USNO bagi menghadapi sebarang kemungkinan menjelang penubuhan Malaysia.
Akibatnya, pemimpin-pemimpin Pasok Momogun tidak ada pilihan lain selain turut
serta menyokong penubuhan Malaysia dan menandatangani perjanjian di London
pada bulan Julai 1963. Pasok Momogun akhimya bergabung dengan UNKO bagi
melahirkan parti United Pasok Momogun Kadazan Organization (UPKO).
Sementara itu, USNO lahir pada bulan Disember 1961 hasil gabungan
beberapa buah persatuan sosiobudaya dan agama khususnya persatuan-persatuan
Islam seperti Persatuan Islam Putat dan Persatuan Islam Sabah. Kemunculan USNO
adalah hasil daya usaha Datu Mustapha Datu Harun dan pemimpin-pemimpin Islam
yang telah lama bergerak dalam persatuan-persatuan sosiopolitik dan sosiobudaya
di Sabah. Antara tokoh yang terbilang itu ialah Haji Zakaria Gunn, Ahmad Mahmud,
Hj. Yusuf Shamsudin, Parman Hasan Raji, Hj. Arimn dan Abdul Malik Jangkit.
USNO diterajui Datu Mustapha Datu Harun dan membuka keahliannya kepada
semua golongan bumiputera Sabah. Dengan cogan kata parti 'Bersatu, Bersedia
dan Berkhidmat', USNO memperjuangkan hak semua penduduk bumiputera Sabah,
biarpun dalam tindak-tanduknya lebih menekankan kepentingan bumiputera Islam.
Penekanan parti yang demikian ini membezakan perjuangan USNO dengan UNKO
yang lebih mengutamakan bumiputera bukan Islam. Perbezaan penekanan inilah
yang antara lain menjadi punca pertikaian di antara pemimpin USNO dengan UNKO.

10
Pembangunan Politilc Saban

USNO sejak awalnya menyokong gagasan Malaysia kerana berpendapat


persekutuan yang bakal dibentuk itu akan dapat memperjuangkan kepentingan hak
peribumi terutama sekali peribumi Islam yang selama ini diabaikan oleh penjajah
British manakala pend irian UNKO pada awalnya adalah menentang gagasan
Malaysia kerana beranggapan penggabungan Sabah dalam Malaysia akan membawa
kepada orang Melayu dan bumiputera Islam terutamanya Melayu Malaya ke atas
bumiputera Sabah. Di samping itu, merekajuga beranggapan kemerdekaan melalui
penyertaan dalam Malaysia secara 'mendadak' itu akan memberi ruang kepada orang
Cina menguasai bidang ekonomi dan pendidikan. Mereka lebih senang melihat
ketiga-tiga tanah jajahan British Borneo itu digabungkan dan diberi pemerintahan
sendiri terlebih dahulu. Akan tetapi, selepas beberapa bulan berlalu Donald Stephens
dan pemimpin-pemimpin UNKO yang lain mengubah pend irian dari menentang
kepada menyokong gagasan Malaysia
Faktor utama yang mempengaruhi perubahan itu ialah peranan Kerajaan
British dan pegawai-pegawai kanannya terutama di Sabah dan Sarawak yang
berusaha keras bagi memastikan gagasan Malaysia itu menjadi satu kenyataan.
Beberapa langkah diatur bagi memberi peluang yang secukupnya untuk pemimpin-
pemimpin Sabah dan Sarawak mengambil bahagian dalam semua mesyuarat yang
berkaitan dengan penubuhan Malaysia. Dari menyertai mesyuarat Persatuan Parlimen
Komanwel kepada mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Perpaduan Malaysia
sehinggalah kepada Jawatankuasa Antara Kerajaaan.
Melalui penyertaan dan keahlian dalam jawatankuasa-jawatankuasa itu,
pemimpin-pemimpin daripada parti-parti politik Sabah dapat memahami dengan
jelas tentang gagasan Malaysia. Tambahan pula, tuntutan mereka dalam 20 Perkara
Sabah telah diambil kira dan dibahaskan dengan serius dalam mesyuarat
lawatankuasa Antara Kerajaan dan sebahagian besar dimaktubkan dalam
Perlembagaan Malaysia. Setelah wujudnya titik persefahaman dan permuafakatan
di antara pemimpin-pemimpin parti-parti terse but maka soal kerjasama di antara
parti-parti politik itu tidak mendatangkan masalah. Lebih-Iebih lagi pada waktu itu
parti politik orang Cina, Chinese United Party dan Democratic Party berjaya
digabungkan bagi melahirkan Sabah National Party (SANAP). SANAP kemudiannya
bergabung dengan persatuan-persatuan kecil lain iaitu Sabah Chinese Association
bagi mewujudkan parti politik tunggal orang Cina dengan nama yang sama iaitu
Sabah Chinese Association (SCA) pada bulan Mac 1965. 21
Seterusnya, kerjasama dan permuafakatan yang dicapai di antara parti-
parti politik Sabah akhirnya melahirkan Parti Perikatan Sabah pada bulan September
1962. Walau bagaimanapun, perbezaan asas dan pandangan politik parti komponen
Perikatan Sabah itu terus wujud. Pertelingkahan akibat perbezaan pendapat dan
kepentingan begitu jelas berlaku antara UPKO dan USNO. Bagaimanapun,

11
SaM,ah Osma1l

kepentingan kemerdekaan Sabah, ancaman tuntutan Filipina ke atas Sabah dan


konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia telah menyebabkan parti-parti itu dapat
bekerjasama dan melupakan buat sementara penentangan asas mereka. Oleh itu,
dalam pilihan raya Majlis Daerah dan Majlis Perbandaran pada bulan Disember 1962
hingga Mei 1963, dapat disaksikan unsur-unsur perkauman dan keetnikan memainkan
peranan penting bagi menentukan kemenangan seseorang calon. Keputusan pilihan
raya menunjukkan bahawa setiap parti mendapat sokongan majoriti daripada kumpulan
etnik calon dan parti yang mempe~uangkan etnik sendirL Sebagai contoh calon parti
USNO di pantai barat dan pantai timur mendapat sokongan daripada majoriti
masyarakat bumiputera Islam. Kebanyakan orang Cina di bandar-bandar menyokong
calon SANAP, manakala calon parti UNKO dan Pasok Momogun di pantai barat dan
pedalaman mendapat sokongan besar daripada etnik Kadazadusun dan Murut. Daripada
137 kerusi yang dipertandingkan USNO mendapat 53 kerusi, UNKO 39, Pasok
Momogun 12, SANAP 27 dan Bebas 6 kerusLu Keputusan pilihan raya menunjukkan
tidak ada satu parti yang mendapat kemenangan besar sehingga boleh menguasai
Majlis Daerah dan Perbandaran secara bersendirian.

KERAJAAN PERIKATAN 1963-1976

Parti Perikatan menerajui Kerajaan Negeri Sabah yang pertama antara tahun 1963
hingga 1967 selepas komponen parti itu memenangi pilihan raya secara tidak
langsung melalui "Residency Electoral Colleges" apabila USNO mendapat lapan
kerusi, UNKO lima, SANAP empat dan Pasok Momogun satu dalam Dewan
Undangan NegeriY Pada peringkat awal Perikatan Sabah dianggotai USNO,UNKOI
UPKO, SANAP/SCA dan Sabah Indian Congress. Selepas Pilihan raya Negeri 1967,
Perikatan Sabah terdiri daripada USNO dan SCA setelah UPKO dibubarkan dan
majoriti ahlinya menyertai USNO.
Kerajaan negeri yang pertama diterajui oleh Donald Stephens dari UNKO
dan Datu Mustapha Datu Harun dari USNO dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri.
Buat beberapa ketika hubungan antara kedua-dua tokoh ini kelihatan baik akan tetapi
menyedari hakikat bahawa jawatan Yang Dipertua Negeri adalah lambang dalam
upacara atau perayaan tanpa kuasa eksekutif seperti Ketua Menteri yang mempunyai
kuasa dalam pentadbiran negeri menyebabkan Datu Mustapha berasa kurang senang
dan enggan memberi kerjasama kepada Ketua Menteri dalam pentadbiran negeri.
Akibatnya, beJiau mengambil keputusan meletakkan jawatan dan bergiat aktif dalam
politik. Dalam hal ini, beliau mendapat sokongan daripada pemimpin-pemimpin SCA
yang menganggap pemimpin-pemimpin UNKO dan UPKO "anti-Cina".
Oleh hal yang demikian, krisis dalam Parti Perikatan berterusan kerana
persaingan di an tara kedua tokoh USNO dengan tokoh UPKO. Pertelingkahan
seterusnya berkisar di sekitar dakwaan ketidakadilan pengagihan jawatan dalam

12
Pembangunan Polilik Sabah

kerajaan, pelantikan John Dusing sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri, pengagihan


projek kerajaan yang dianggap lebih menguntungkan masyarakat Kadazandusun
dan isu pindaan un dang-un dang pengeluaran lesen balak baharu yang dianggap
menggugat pemegang lesen balak lama yang lebih menguntungkan pembalak Cina.
Pertelingkahan di antara kedua tokoh ini telah menjejaskan proses pembangunan
negeri serta perhubungan kaum di Sabah. Keadaan yang tegang ini juga telah
memberi ruang kepada Kerajaan Persekutuan cam pur tangan. Pertelagahan
diselesaikan buat sementara waktu apabila Peter Lo, Presiden seA dilantik menjadi
Ketua Menteri Sabah. Donald Stephens ditarik ke kabinet pusat sebagai Menteri
Hal Ehwal Sabah.
Campur tangan Kerajaan Persekutuan dan tindak-tanduk pemimpin USNO
dan SCA ini telah menambahkan prasangka dan kebimbangan pemimpin dan
masyarakat Kadazandusun terhadap Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Disebabkan
tertekan dan kecewa mereka menggunakan kesempatan peristiwa terkeluarnya
Singapura daripada Persekutuan Malaysia untuk mendesak Kerajaan Persekutuan
mengkaji semula kedudukan Sabah dalam Malaysia. Donald Stephens dan pemimpin-
pemimpin UPKO yang lain mencabar Kerajaan Persekutuan mengadakan pungutan
suara di Sabah bagi menentukan sarna ada kolonialisme masih wujud di Sabah.
Tindakan Donald Stephens ini telah mengundang kemarahan Kuala Lumpur dan
meningkatkan ketegangan hubungan di antara kedua pihak. Untuk mengurangkan
ketegangan, Donald Stephens terpaksa meletakkan jawatan sebagai Presiden Parti
UPKO buat sementara waktu. Menjelang pilihan raya negeri 1967, Donald Stephens
kembali semula aktif dan memimpin UPKO.
Pilihan raya 1967 berkesudahan dengan USNO mendapat 14 kerusi, UPKO
12 kerusi, SCA lima kerusi dan Bebas satu kerusi. Datu Mustapha telah dilantik
sebagai Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri yang baharu ini terdiri daripada
gabungan USNO dan SCA. Parti UPKO telah dipinggirkan dan menjadi parti
pembangkang. Perkembangan seterusnya menyebabkan kedudukan UPKO terus
terdesak, tertekan dan menjadi begitu lemah. Akhimya demi kepentingan kedudukan
orang Kadazandusun dan perpaduan bumiputera keseluruhannya di samping
kedudukan masa depan politiknya, Donald Stephens telah membubarkan parti UPKO
dan menyeru ahli-ahlinya menyertai USNO. 24 Ekoran daripada peristiwa itu, Donald
Stephens tclah dilantik scbagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia.
Suasana politik Sabah di antara tahun 1963 hingga 1967 memperlihatkan
keadaan yang tidak stabil berpunca dari persaingan di antara dua tokoh utama USNO
dan UPKO. Masing-masing mahu merebut kedudukan nombor satu sekali gus
menguasai pentadbiran negeri. Segal a tindakan dan keputusan diambil berdasarkan
perhitungan kaum atau etnik. Walaupun Kerajaan Perikatan pimpinan USNO/SCA
1967 hingga 1976 dapat mewujudkan kestabilan sekali gus membolehkan rancangan

13
pembangunan dilaksanakan dengan lancar, perhitungan kaum alau etnik ilu tidak
dapat diketepikan.
Kerajaan Negeri telab bertindak menyelaraskan beberapa dasar Persekutuan
seperti babasa dan pendidikan demi memastikan pembinaan nasion Malaysia dan
integrasi nasional dilaksanakan tanpa halangan. Untuk tujuan ini Datu Mustapha
telab menjalin hubungan yang erat di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan
Negeri. Kerajaan Persekutuan sentiasa bersedia memberi bantuan dan kerjasama
bagi memastikan pembangunan pendidikan yang terabai sewaktu penjajaban berjalan
dengan lancar.
Bagi meningkatkan bilangan sekolab dan pelajar bumiputera di peringkat
menengab dan tingg~ Datu Mustapha telab menubuhkan Yayasan Sabah. Beliau telah
memperkasakan peranan Yayasan Sabab dalam pendidikan dengan mengagih-agihkan
bantuan biasiswa dan pinjaman kepada semua lapisan warga Sabah tanpa mengira
etnik atau agama. Oleh itu, Kerajaan Perikatan USNO-SCA kelihatan berjaya
membangunkan Sabah tanpa banyak gangguan. Tambahan pula peristiwa rusuhan
kaum 13 Mei 1969 memberi kesempatan kepada Datu Mustapha untuk mengatur
strategi membina kekuatan dengan mengambil tindakan terhadap sebarang anasir yang
boleh menjejaskan kestabilan politik kerajaan pimpinannya. Oleh sebab itu. dalam
pilihan raya negeri 1971 Parti Perikatan USNO-SCA memenangi kesemua 32 kerusi.
Di sebalik kemenangan besar dalam pilihan raya negeri 1971 dan
perkembangan pendidikan serta pembangunan ekonomi, wujud rasa tidak puas hati
dalam kalangan sebahagian masyarakat dan pemimpin Kadazandusun dan Cina
terhadap pemerintahan Datu Mustapha terulama sekali dalam tindakannya
melaksanakan dasar pengislaman di Sabah. Dasar pengislaman yang pada asasnya
untuk mewujudkan 'perpaduan' dan keharmonian dalam kalangan bumiputera
akhimya mencetuskan rasa marah dan bend orang Kadazandusun. Murut dan Cina.
Tindak-tanduk Datu Mustapha pada tahun-tahun akhir pemerintahannya
bukan saja menimbulkan perasaan tidak puas hati dan kegelisahan dalarn kalangan
bumiputera bukan Islam dan orang-orang Cina malahjuga mewujudkan ketegangan
hubungan di antara Kerajaan Persekutuan dengan Negeri. Isu-isu yang menimbulkan
ketegangan adalah seperti desakan untuk mendapatkan kuasa autonomi Sabah.
peranan Datu Mustapha dalam Pertubuhan Islam Antarabangsa, bantahan Mustapha
terhadap jalinan hubungan diplomatik Malaysia-China dan saranan Mustapha untuk
membawa Sabah keluar dari Malaysia.
Akibat daripada perkembangan yang tidak memberangsangkan dari segi
hubungan Kuala Lumpur- Kota Kinabalu dan ketidaksenangan kebanyakan warga
Sabah terutamanya bumiputera bukan Islam dan orang Cina terhadap pemerintahan
Datu Mustapha telab membawa kepada penubuhan sebuab parti politik baru iaitu
Parti Bersatu Rakyat lelata Sabah (BERJAYA). BERJAYA muncul pada 15 lulai

14
Pembangunan POlillk Sabah

1975 dan kelahirannya direstui kepimpinan Persekutuan dan digerakkan oleh


kepemimpinan tempatan yang tidak berpuas hati dengan kepemimpinan Datu
Mustapha seperti Donald Stephens (Fuad Stephens), Harris Salleh dan Peter
Mojuntin. Dalam pilihan raya negeri 1976 parti BERJAYA telah menewaskan parti
Perikatan USNO-SCA sekali gus membolehkannya menubuhkan Kerajaan Negeri
Fuad Stephens telah dilantik menjadi Ketua Menteri yang baharu dan Harris Salleh
sebagai timbalannya. Daripada 48 kerusi yang dipertandingkan, BERJAYA mendapat
28 kerusi dan USNO 20 kerusi. Kebanyakan kerusi yang dimenangi oleh BERJAYA
datang dari kalangan pengundi Kadazandusun dan Cina manakala USNO mendapat
kerusi di kawasan majoriti bumiputera Islam, SCA gagal mendapat sebarang kerusi. 25
Kemenangan BERJAYA sebagai multi-racial party membawa satu
perubahan kepada sokongan majoriti pengundi kepada parti pelbagai kaum. Situasi
ini terbukti dalam pilihan raya tersebut apabila BERJAYA mendapat 53.86 peratus
undi, USNO 37.33 peratus dan SCA 6.42 peratus. Kejayaan BERJAYA dan
pelantikan Fuad Stephens memberi harapan baharu kepada masyarakat
KadazanDusun dan Murut yang merasakan mereka terpinggir pada zaman
pemerintahan USNO-SCA. Harapan masyarakat Kadazandusun dan Murut tidak
kesampaian sepenuhnya apabila Stephens terbunuh dalam nahas kapal terbang pada
6 Jun 1976 bersama-sama pemimpin-pemimpin BERJAYAyang lain seperti Salleh
Sulong, Chong Thian Vun, Peter Mojuntin dan Darius Binion. 26
Harris Salleh, timbalan presiden BERJAYA dilantik menggantikan tempat
Fuad Stephens sebagai Ketua Menteri Sabah. Pemimpin-pemimpin KadazanDusun
yang lain seperti James Ongkili dan Joseph Pairin Kitingan terus memainkan peranan
aktif dalam memperjuangkan hak masyarakat bumiputera bukan Islam khususnya
dan masyarakat Sabah amnya. Di pihak Ketua Menteri, Harris Salleh menjalankan
tugasnya mengikut lunas parti yang berasaskan pelbagai kaum dan cuba memenuhi
janji-janji seperti dalam manifesto pilihan raya BERJAYA. Dengan sokongan padu
daripada majoriti penduduk Sabah dalam penggal pertama pentadbirannya Harris
Salleh telah beljaya melaksanakan rancangan-rancangan pembangunan negeri Sabah.
Dasar pembangunan negeri adalah selaras dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan
dalam hal ini Harris mendapat sokongan kuat daripada Kerajaan Pusat terutama
sekali dari segi bantuan kewangan. Kejayaan BERJAYA dalam melaksanakan
rancangan pembangunan negeri telah menyebabkan BERJAYA beroleh mandat besar
dalam pilihan raya negeri 1981.2' BERJAYA mendapat 44 kerusi daripada 48 kerusi
yang dipertandingkan iaitu 91.67 peratus manakala USNO hanya mampu
memperoleh empat kerusi atau 8.33 peratus (Suruhanjaya Pilihan raya 1981).
Pad a masa penggal pertama pemerintahannya Harris Salleh memberi
kebebasan bergerak kepada semua agama dan budaya di samping memberi perhatian
kepada kepentingan bumiputera Islam. Beliau telah meneruskan dasar penyebaran

15
agama Islam dan menggalakkan Majlis Ugama Islam Sabah (MUlS) menjalankan
kegiatan dakwah Islamiah secara sistematik. Akan tetapi, penyebaran dakwah Islam
dan usaha-usahanya menjaga kepentingan bumiputera Islam itu dianggap tidak dapat
menandingi usaha yang telah dilakukan oleh Datu Mustapha dan USNO. Malah,
bumiputera Islam menganggap Harris Salleh lebih mementingkan keperluan dan
kepentingan bumiputera bukan Islam terutamanya orang Kadazandusun untuk
bergerak aktif dalam gerakan agama Kristian dan budaya mereka. Harris Salleh
menjalankan dasar demikian untuk mendapatkan sokongan daripada kedua-dua pihak
bumiputera Islam dan bukan Islam tetapi tindakannya itu mengelirukan kedua-dua
pihak yang akhimya menyebabkan beliau tidak mendapat sokongan sepenuhnya
daripada bumiputera Islam dan bukan Islam. Situasi ini terserlah dalam penggal
kedua pemerintahannya, 1982 hingga 1985.
Dalam penggal kedua pemerintahannya Harris Sal\eh bukan saja
menghadapi tentangan dari luar partinya terutama sekali USNO, malah beliau
mendapat tentangan dari kalangan pemimpin BERJAYA sendiri khususnya pemimpin
KadazanDusun. Pergeseran ini telah membawa keretakan hubungan dalam parti
sekali gus melemahkan kepemimpinan parti BERJAYA dan ketokohan Harris Salleh
sendiri.lI Antara tindakan Harris Salleh yang menjejaskan hubungan dan sokongan
terbadapnya ialah:

Memecat Kumpulan 17 dan pemimpinnya Datu Abd. Hamid Datu Mustapha


dari jawatannya sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan
menyinggung perasaan bumiputera Islam.
Menekankan pembangunan di bandar, sekali gus bumiputera di pedalaman
berasa terpinggir.
Kesan tindakan Joseph Pairin Kitingan yang keluar dari BERJAYA dan
kemenangannya dalam pilihan raya keeil Tambunan atas tiket Bebas pada
29 Disember 1984.
Tindakan memecat Joseph Pairin Kitingan dari BERJAYA dan melucutkan
jawatan Menteri Kerajaan Tempatan dan Peru mahan menyinggung perasaan
masyarakat Kadazandusun yang amat menghormati Pairin sebagai
pemimpin agung mereka.
Tindakan Harris Salleh 'menghukum' orang Tambunan dengan menurunkan
tarafTambunan sebagai sebuah daerah selepas calon BERJAYA kalah dalam
pilihan raya kecil Tambunan.
Mengelompokkan semua etnik bumiputera tennasuk keturunan Filipina
dan Indonesia dalam kategori Peribumi dalam Banci Pen dud uk 1980
dianggap cuba menghapuskan identiti etnik tertentu dan menyinggung
perasaan bumijlUtera Sabah terutamanya orang KadazanDusun dan Murut.

16
Pembangunan Polilik. Sabah

Segal a tindakan dan kesan berikutnya telah membawa kepada munculnya


sebuah parti politik baharu iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS) pimpinan Joseph Pairin
Kitingan pada awal tahun 1985. Di sam ping Pairin Kitingan, PBS didukung oleh
pemimpin-pemimpin muda KadazanDusun seperti Mark Koding, Bernard Dompok,
Joseph Kurup, Andrew Vitalis dan Mathius Majihi. PBS adalah parti pelbagai kaum
tetapi pucuk pimpinannya didominasi oleh kaum Kadazandusun. Parti yang baharu
ini berjaya menumbangkan BERJAYA dalam pilihan raya negeri pada 10 Apri11985,
40 hari selepas kemunculannya. PBS berjaya mendapat 25 kerusi daripada 48 kerusi
yang dipertandingkan sekali gus membolehkannya menubuhkan Kerajaan Negeri yang
baharu. USNO mendapat 16 kerusi dan BERJAYA enam kerusi 29 (Suruhanjaya Pilihan
Raya 1985). Keputusan piJihan raya itu menunjukkan majoriti orang KadazanDusun
dan Cina mengundi PBS iaitu 98, 843 bumiputera Islam kembali menyokong USNO
iaitu seramai 74,087 dan BeIjaya hanya mendapat 13 peratus undi.
Kemenangan PBS tidak dapat diterima oleh sebahagian pimpinan USNO
yang menganggap Pairin Kitingan 'mungkir janji' untuk bekerjasama dengan USNO
jika kedua-dua parti itu berjaya menumbangkan BERJAYA. Lantaran itu, penyokong-
penyokong USNO dan BERJAYA telah bekerjasama mengadakan demonstrasi di
Kota Kinabalu. USNO juga mengajukan writ di mahkarnah membantah penubuhan
kerajaan PBS yang mendakwa pelantikan Datu Mustapha sebagai Ketua Menteri
pada malam 23 April adalah sah. Untuk meredakan ketegangan, para pemimpin
Persekutuan mencadangkan satu formula perkongsian kuasa yang dinamakan
Formula Sabah diterapkan dalam Kerajaan Negeri. Formula ini menggariskan PBS
dan USNO diterima dalam Barisan Nasional (BN), Pairin Kitingan terus kekal
menjadi Ketua Menteri dan Pengerusi BN negeri. Datu Mustapha menarik balik
writ yang diajukan di mahkamah. Bagaimanapun, Formula Sabah itu ditolak oleh
Pairin Kitingan. Lantaran itu, pilihan raya negeri 1986 diadakan untuk menguji
sejauhmana PBS terus diterima oleh majoriti rakyat Sabah.
Dalam pilihan raya terse but PBS mendapat kemenangan besar apabila paTti
itu berjaya mendapat 34 kerusi berbanding dengan 25 kerusi yang diperolehinya
dalam pilihan raya negeri 1985, pertambahan sembi Ian kerusi, manakala USNO
hanya mendapat 12 kerusi sahaja. Pengundi bumiputera Islam berpecah-belah sarna
ada menyokong USNO, Berjaya mahu pun PBS. Sedangkan, majoriti Kadazandusun
dan orang Cina mengundi PBS.
Setelah beIjaya mendapat mandat yang besar PBS telah diterima masuk
dalam gabungan BN. Walau bagaimanapun, hubungan di antara Pairin Kitingan
dengan pemimpin-pemimpin Federal terutama sekali Perdana Menteri Dr. Mahathir
Mohamed adalah dingin. Hubungan semakin tegang apabiJa PBS lantang membuat
tuntutan demi tuntutan memperjuangkan 'hak Sabah untuk orang Sabah'. Antara
tuntutan yang dimaksudkan ialah: 30

17
Menuntut dikaji semula Perkara 20 Sabah yang sebahagian besamya te1ab
dimaktubkan dalam Perlembagaan Malaysia manakala perkara-perkara
agama. bahasa dan pendidikan telah diselaraskan oleh Kerajaan Negeri
setelah diluluskan dalarn Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah semasa
Datu Mustapha menjadi Ketua Menteri.
Menuntut tambahan royalti minyak daripada lima peratus kepada 20 perarus.
Menuntut pelaksanaan dasar Borneonisasi untuk semua jawalan
Persekutuan di Sabah.
Menuntut dikembalikan semula pentadbiran Labuan daripada Persekutuan
kepada Negeri Sabah.
Meminta Kerajaan Persekutuan hertindak tegas terhadap isu Pendatang
Tanpa Izin (PTI) Filipina dan Indonesia dan menghantar mereka pulang ke
negeri asal.
Menuntut supaya Sahah mempunyai rangkaian stesen radio dan
televisyennya sendiri.
Meminta Kerajaan Persekutuan mengkaji semula Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA).

Segala tuntutan PBS itu telah menimbulkan keresahan dan ketidaksenangan


di pihak pemimpin-pemimpin dan Kerajaan Persekutuan sekali gus menambahkan
ketegangan hubungan kedua-duanya. Keadaan bertarnbah meruncing apabila isu-
isu ini berkumandang dalam manifesto pilihan raya PBS 1990 dengan laungan 'Sabah
untuk orang Sabah'. Laungan yang lantang itu telah membakar semangat anti-Federal
dan anti-Semenanjung malah anti-Islam dalarn kempen-kempen pilihan raya negeri
1990. Akibatnya. PBS berjaya memperoleh kemenangan besar terutama sekali di
kawasan majoriti orang KadazanDusun, Murut dan orang Cina. Situasi ini
mendatangkan kesan tidak sihat bukan sahaja dari segi hubungan Persekutuan dengan
Negeri malah dari segi perpaduan warga Malaysia umumnya dan Sabah khususnya.
Keputusan pilihan raya negeri 1990 itu menunjukkan PBS berjaya mendapat
36 kerusi dan USNO memperoleh 12 kerusi di kawasan majoriti bumiputera Islam
terutarnanya di pantai timur Sabah. J1 Keputusan itu mempunyai implikasi penting
dari segi perirnbangan politik antara bumiputera Islam dan bukan Islam dan impaknya
ke atas hubungan Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

The 1990 state elections have had an important impact on,


and pose serious implications for the state and for the nation.
The issues raised reflected ethnicity and religious tensions and
strained relations between the federal and slate governments
on such important issues as religion,education, language,

18
Pembangunan Polilik Sabah

Borneonization and immigration. Although the PBS was


returned to power in Sabah with a strong two-third majority,
the state-centre relationship did not improve. The elections
results indicated the polarization ofvoters toward the Christian-
led PBS and the Muslim-led USNO.32

Kemenangan besar yang diperoleh PBS telah memberi keyakinan penuh


kepada pucuk pimpinan PBS untuk terus berjuang mengikut tempo kenegerian yang
di anggap membelakangkan hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan dan
membawa Sabah jauh dari pemupukan pembinaan negara-bangsa dan perpaduan
Malaysia. Faktor kemenengan besar dan keyakinan yang baharu diperoleh ditambah
pula dengan rasa yang amat kecewa terhadap layanan Kerajaan Persekutuan yang
dianggap tidak adil kepada negeri menyebabkan kepimpinan PBS berpaling kepada
Tengku Razaleigh Hamzah pemimpin gabungan parti pembangkang Semangat 46,
Democratic Action Party (DAP) dan Parti Rakyat Malaya dan bekerjasama dengan
mereka pada saat akhir menjelang pilihan raya umum 1990.
PBS telah keluar dari BN lima hari sebelum pilihan raya berlangsung.
Sesungguhnya, tindakan Pairin Kitingan ini mengundang kemarahan Perdana
Menteri Dr. Mahathir Mohamed yang menganggapnya 'menikam dari belakang'.
Tambahan pula, pada waktu itu pengagihan kerusi sudah dilakukan dan tentunya
pada anggapan BN, PBS akan memperoleh kerusi tersebut secara 'automatik' .Kesan
tindakan PBS ini telah meningkatkan ketegangan hubungan pusat-negerLTekanan
demi tekanan dirasakan PBS terutama sekali dari segi bantuan pembangunan dan
pentadbiran yang melibatkan Kerajaan Persekutuan. Di pihak Persekutuan pula
mereka mengkaji semula pcruntukan kewangan pusat kepada negeri Sabah. Keadaan
ini telah melemahkan kedudukan negeri, akan tetapi tidak menggugat keutuhan
kepimpinan PBS. PBS terus memperjuangkan tuntutan Sabah untuk orang Sabah
walaupun pad a masa yang sarna PBS dianggap meminggirkan bumiputera Islam.
Untuk memecah kebuntuan krisis politik yang melanda Sabah itu
kepimpinan Pus at berpendapat ada baiknya permintaan sebahagian warga Sabah
yang menginginkan UMNO bertapak di Sabah dipenuhi pada saat yang genting inL
UMNO berjaya dibawa masuk ke Sabah pada bulan Februari 1991 dan calon UMNO
memenangi pilihan raya kecil Usukan pada 12 Mei 1991.33 Menjelang pilihan raya
negeri 1994 UMNO dan BN telah mengatur strategi berkempen dengan slogan
"Sabah Baru" iaitu menjanjikan pelaksanaan be be rap a program. Antara lain ialah
program pembangunan luar bandar dan pedalaman, meningkatkan prasarana sekolah-
sekolah di Sabah, menubuhkan sebuah universiti di Sabah dan projek perindustrian
melalui pembentukan zon perdagangan bebas.34 Pada masa yang sarna, pemimpin-
pemimpin kanan PBS seperti Mark Koding dan Yong Teck Lee telah keluar daripada

19
Sablhah Osman

PBS dan menubuhkan parti politik masing-masing. Mark Koding menubuhkan Parti
Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR)dan Yong Teck Lee menubuhkan Sabah People
Progressive Party (SAPP). Kedua-dua parti ini telah diterima masuk BN.
Keputusan pilihan raya negeri 1994 menyaksikan PBS masih memenanginya
biarpun mendapat kemenangan yang tipis iaitu 25 kerusi berbanding dengan keputusan
pilihan raya negeri 1990 manakala BN yang ditunjangi UMNO dan dianggotai AKAR,
SAPP dan Liberal Democratic Party (LDP) telah mendapat 23 kerusi. u Walaupun
PBS memenangi pilihan raya itu, Kerajaan Negeri yang dibentuk menghadapi beberapa
rintangan kerana upacara angkat sumpah Ketua Menteri tertangguh selama 36 jam.
Belurn pun sampai tiga minggu mentadbir, enam ahli Dewan Undangan dari PBS
keluar dari parti dan menyertai gabungan BN. Keadaan ini telah menggoncangkan
kedudukan PBS dan Pair in Kitingan sebagai Ketua Menteri. Akibatnya, pada 17 Mac
1994 Pairin Kitingan dan PBS terpaksa berundur bagi membolehkan parti-parti
gabungan BN menubuhkan Kerajaan Negeri yang baharu. Sakaran Dandai daripada
Parti UMNO dilantik menjadi Ketua Menteri.
Perkembangan pada masa terdekat pasca-pilihan ray a dan muslihat yang
digerakkan oleh pihak-pihak yang berkaitan dengan BN telah membawa kepada
pemimpin-pemimpin utama PBS meninggalkan parti dan menubuhkan parti
politik KadazanDusun dan Murut yang baharu iaitu Parti Demokratik Sabah
(PDS) (kemudiannya dikenali sebagai United Pasokmomogun KadazanDusun
Murut Organization (UPKO diterajui Bernard Dompok dan Parti Bersatu
Rakyat Sabah (PBRS) pimpinan Joseph Kurup. Kedua-dua parti ini kemudiannya
telah diterima menyertai BN.
Perkembangan seterusnya ialah Perdana Menteri telah mengotakan janji
pilihan raya negeri 1994 bagi melaksanakan penggiliran jawatan Ketua Menteri
Sabah dalam kalangan komponen parti gabungan BN Sabah. Tempoh penggiliran
ditetapkan dua tahun bertujuan memberi peluang kepada setiap presiden parti
komponen yang terdiri daripada pelbagai etnik atau kaum itu memegang jawatan
Ketua Menteri mengepalai pentadbiran negeri. Dalam sistem penggiliran ini
seramai tujuh orang pemimpin BN Sabah berkesempatan memegangjawatan Ketua
Menteri. Penggiliran dimulakan dengan Sakaran Dandai untuk beberapa bulan
kerana dilantik menjadi Yang Di-Pertua Negeri. Beliau diganti oleh Salleh Said
Keruak dari Parti UMNO, diikuti oleh Yong Teck Lee dari SAPP dan selepas itu
Bernard Dompok dari PDSIUPKO. Bernard Dompok hanya berpeluang menjadi
Ketua Menteri selama satu tahun kerana tewas dalam pilihan ray a negeri 1999.
Jawatan Ketua Menteri selepas itu disandang oleh Osu Sukam dari UMNO. Setelah
dua tahun menerajui pentadbiran negeri tempatnya diambil alih oleh Chong Kah
Kiat dari Parti LDP. Pada tahun 2003, jawatan Ketua Menteri dipegang pula oleh
MusaAman dari UMNO. Setelah keadaan politik menjadi stab ii, sistem penggiliran

20
Pembangunan Polilik Sabah

jawatan ketua menteri tidak lagi dilaksanakan. Tambahan pula, pada awal tahun
2002 PBS telah kembali ke pangkuan BN sekali gus Sabah tidak lagi berdepan
dengan parti pembangkang.
Sejak BN mengambil alih pimpinan Kerajaan Negeri, Sabah mengalami
kepesatan pembangunan kerana dana bantuan pembangunan Persekutuan terus
mencurah masuk seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya 'Sabah Baru'
1994. Sebuah institusi pengajian tinggi awam iaitu Universiti Malaysia Sabah telah
berjaya ditubuhkan. 36 Kerajaan BN telah melaksanakan rancangan pembangunan
berdasarkan Rangka Rancangan Jangka Panjang Sabah dcngan penekanan kepada
Pelan Induk Perindustrian Sabah. Hubungan Kerajaan Negeri dengan Kerajaan
Persekutuan terus dipupuk erat
Setelah lima tahun mentadbir Sabah, kerajaan BN negeri berjaya mendapat
mandat baharu yang lebih selesa setelah BN memenangi 31 daripada 48 kerusi
dalam Pilihan raya Negeri 1999. 17 lagi kerusi diperoleh PBS yang pada waktu itu
masih menjadi pembangkang. Pada awal tahun 2000, PBS menyertai kerajaan apabila
diterima masuk dalam gabungan BN negeri. Politik Sabah kelihatan bertambah stabil
walaupun kedengaran rungutan dan bantahan berterusan tentang isu-isu seperti
pendatang tanpa izin dan isu tanah peribumi. Hal yang dipentingkan majoriti rakyat
Sabah ialah pembangunan terutama sekali pembangunan di luar bandar dan
pedalaman.)7 Oleh itu, politik pembangunan mengatasi politik ethno-nationalism
('the politics of development appears to have replaced the politics of ethno-
nationalism in the rural areas'). Oleh itu, pembangunan di Sabah tetap diteruskan
biarpun pucuk pimpinan bertukar ganti. Kesernua peneraju komponen parti BN itu
mengamalkan visi dan misi yang selaras dengan hasrat dan aspirasi Kerajaan
Persekutuan dalam kerangka Dasar Pembangunan Nasional.
Dalam keadaan politik Sabah yang stabil tanpa parti pembangkang yang
kuat kecuali calon-calon Parti Keadilan, Pasok, DAP, Bersekutu dan Bebas, tidak
menghairankan apabila BN Sabah memperoleh kemenangan yang besar dalam
pilihan raya negeri 2004. BN mendapat 59 daripada 60 kerusi yang dipertandingkan.
Satu kerusi lagi dimenangi oleh calon Bebas iaitu John Ghani dari N.26 Kuala Penyu.
Dalam pilihan ray a 2004 ini ramai calon BN yang menang tanpa bertanding,
manakala calon Bebas rarnai yang hilang wang pertaruhan. 31
Keputusan pilihan raya negeri 2004 adalah selaras dengan keputusan pilihan
raya urnum 2004 kerana kedua-duanya mendapat kernenangan yang besar. Isu
pembangunan dan perpaduan yang dibangkitkan dalam kernpen-kernpen pilihan
raya telah berjaya meraih keyakinan majoriti pengundi mernilih BN. Keadaan ini
ditambah pula dengan sumbangan faktor BN sebagai kerajaan yang memerintah
memiliki jentera pilihan raya yang cekap, sumber kewangan yang banyak dan bagi
Sabah kemasukan semula PBS dalam gabungan BN telah menggalakkan ramai

21
Sob/halt Osmon

pengundi Kadazandusun dan Murut mengundi BN. Sementara itu., di pihak calon-
calon pembangkang, kebanyakannya tidak mempunyai jentera pilihan raya yang
teratur dan kekurangan sumber kewangan telah membataskan gerakan kempen
mereka. Tambahan pula, pada waktu itu kurangnya isu yang benar-benar boleh
meyakinkan pengundi supaya menyokong mereka kecuali di Kuala Penyu kerana
masalah calon. BN yang tidak popular dalam kalangan penduduk di kawasan pilihan
raya tersebut.)'

KESIMPULAN

Masalah ini telah membincangkan bagaimana pembangunan politik Sabah banyak


ditentukan oleh faktor pemimpin, parti politik, pilihan raya dan isu-isu yang
dibangkitkan sarna ada dalam manifesto ataupun dalam kempen-kempen pilihan
raya. Kesemua faktor ini menentukan nasib parti-parti yang bertanding dalam pilihan
raya. Sejak mencapai kemerdekaan melalui penyertaannya dalam Malaysia, warga
Sabah menyaksikan kemunculan beberapa buah parti politik yang dapat
mempengaruhi dan meraih ramai sokongan dan pengikut. Bagaimanapun, terdapat
parti politik yang kerdil sifatnya dan tenggelarn ditelan masa tetapi ada juga parti
yang kuat, sangat berkuasa sehingga dapat bertahan memerintah Sabah selama tiga
penggal seperti USNO yang mendominasi pemerintahan Parti Perikatan USNO-
SeA, 1967-1975, Berjaya 1976-19865 dan PBS 1985-1994.
Kejayaan dan kegagalan parti politik memperoleh kuasa sangat bergantung
kepada peranan yang dimainkan oleh pemimpin. Akan tetapi, kepemimpinan poJitik
kerap terjebak dalam pertelagahan dan persaingan di antara tokoh-tokoh besar negeri
seperti Datu Mustapha Datu Harun, pemimpin USNO dengan Donald Stephens.
pemimpin UPKO, Harris Salleh dari Parti BERJAVA dengan Joseph Pair in Kitingan
dari PBS. Malah, percekcokan juga berlaku di antara Harris SalJeh dengan Datu
Mustapha pada tahun 1975-1985 dan Datu Mustapha dengan Pairin Kitingan pada
tahun 1985-1990. Pertelagahan dan persaingan amat ketara dalam empat era
pemerintahan Kerajaan Negeri Sabah anlara tahun 1963 hingga 1994.
Seperti yang berlaku di Semenanjung, pergolakan politik yang melibatkan
parti dan pemimpin sering dikaitkan dengan faktor perkauman atau keetnikan yang
mendasari kepelbagaian penduduk Malaysia amnya dan warga Sabah khususnya.
identiti kaum atau etnik pula masih terikat kepada unsur agama, bahasa dan budaya.
Dalam mengharungi perkembangan pembangunan dan cabaran politik pasca
kemerdekaan, pertentangan bercorak perkauman atau keetnikan sentiasa menghantui
perjalanan pembangunan politik Sabah di samping faktor hubungan Kerajaan Negeri
dengan Kerajaan Persekutuan.

22
Pembangunan Po/iltk Sabah

NOTA

1 Untuk keterangan lanjut sila Iihat Jabatan Perangkaan Malaysia 2007, Jadual
2.2 Negeri Sabah.

1 J.P. Ongkili 1967, The Borneo Response to Malaysia 1961 -63. Singapore: Donald
Moore Press; dan Iihat juga Margaret RofT, 1974, The Politics of Belonging: The
Political Change in Sabah and Sarawak. Kuala Lumpur: Oxford University Press,
hIm 86.

3Untuk keterangan lanjut mengenai hal ini, sila rujuk tulisan penulis "Perkembangan
politik Sabah", dalam Hairi Abdullah et al. 1986 Sabah Perubahan dalam
Pembangunan Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia-Yayasan Sabah.

Perbincangan tentang isu-isu ini boleh dirujuk dalam Sabihah Osman, 1985,
Penladbiran Bumiputera Sabah 1881-1941, Bangi, UKM-Yayasan Sabah dan
D.S.Ranjit Singh, 2000, The Making of Sabah 1865-1941 The Dynamics of
indigenous Society. Kuala Lumpur: University of Malaya Press.

, British North Borneo Herald, 1933,1 Februari 1933, 1934 dan 1935.

6Sabihah Osman, 1986, Perkembangan PoUlik Sabah ,hIm. 74, temu bual penulis
dengan Datuk Haji Zakaria Gunn pada 26 Jun 1979 dan pada 28 bulan Januari
1982.

7 Sepanjang pemerintahan SBBUB, tidak terdapat sebuah pun maktab latihan


perguruan di Sabah. Dalam hal ini, Sabah jauh tertinggal ke belakang daripada
Semenanjung dan Sarawak. Lihat Sabihah Osman, "D.J. Jardine and Native
Education", SUMBER, Jumal Ilmu Pembangunan dan Sumber Alam,UKM,Bangi,
1986, hlm.94.

Keterangan lanjut tentang Harun Aminurrasid boleh dirujuk Sabihah Osman,


"Perkembangan Politik Sabah."

9 Ibid, hlm.79.

10 Ibid, hIm. 82.

1\ Ibid, hlm.83.

23
1% Hamdan bin Aziz, "Parti Politik USNO dan BERJAYA di Sabah 1961-1996....

Tesis Sarjana Sastera (Sejarah), Universiti Malaysia Sabah. 2005, hlm.49. lihatjuga
Mohd Sarim Mustajab, "Kcgiatan Persuratan dan Persatuan Sosio-budaya di Sabah....
Mohd Sarim Mustajab, (ed.). Warisan Budaya Sabah Etnisiti J(Jn MasyaraJwt, Kota
Kinabalu, Universiti Malaysia Sabah. him. 152.

J] Ahmad Adam, 1999, The Genesis of Socio-Political Consciousness in Sabah


dalam Piyanart Bunnag 'franz Knipping,'Sid Chonchirdsin (cds.) Europe-Southea.u
Asia in the Contemporary World: }.Iutuallmages and Reflections I 940-1 960s, Asia-
Europe Sludies Series Vol. 6 Nomos Verlagsgesellschaft Baden-Baden.

14 Abd. Naddin Shaiddin. uK.Bali Dalam Kcnangan".Dewan Bahasa, DBP,Ogos.,


1999 dan Yamamoto Hiroyuki, "Forcigners'Nationalism"in Malaysia: Donald
Stephens and K.Bali in the Making of Sa bah Nationhood", SEJAR.4H, Jurnal Jabatan
Sejarah Universiti Malaya. No.9 2001, him. 57.

IS Mohd. Sarim Mustajab, "Kegiatan Persuratan dan Persatuan Sosio-budaya di


Sabah". him. 155-156.

16 Keterangan lanjut mengenai perkembangan persekolahan dan maktab latihan


perguruan dan kesannya boleh dirujuk. Maili Lamsin, "Sejarah Maktab Perguruan
Sabah: 1952-1996".Tesis Sarjana Sekolah Sains Sosial Universiti Malaysia Sab~
2004 dan Sabihah Osman 2005 "Dari Sekolah ke Menara Gading: Perkembangan
Pendidikan di Sabah". Ahmat Adam, (ed.). Kenang-kenangan Sepuluh Tahun
Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu.

17 Sabihah Osman, 1986, Perkembangan Politik Sabah, dalam Hairi Abdullah et 01.

Sabah Perubahan dalam Pembangunan Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia!


Yayasan Sabah 71-134.

IIUntuk keterangan lanjut sila lihat J.P. Ongkili, 1967, The Borneo Response to
Malaysia 1961-63. Singapore: Donald More Press, him. 68 .

Sabihah Osman. Perkembangan Politik Sabah. 71-133.

20Uesugi Tomiyuki. 2000, Migration and Ethnic Categorisation atlnternational Frontier.


A Case of Sabah, East Malaysia dalam Abe Ken-ich~ Ishii Masako (eds.) Popu/aJiol1
Movement in Southeast Asia: Changing Identities and Slrategies for Survival, The Japan
Center for Area Studies National Museum of Ethnology Osaka, 33-56.

24
Pembangunan Polilik Sabah

21Edwin Lee, 1977, The Towkay o/Sabah. Singapore: Singapore University Press.
hIm. 77.

22 Roff, 1974. hIm. 91.

2] Ibid, hIm. 86.

14J.P. Ongkili 1972, Modernization in East Malaysia, 1960-70. Kuala Lumpur:OUP


66 dan Margaret Roff, 1969, The Rise and Demise of the Kadazan Nationalism,
Journal o/Southeast Asian History, Vol. 10 No.2. him. 343.

25 Suruhanjaya Pilihan Raya 1976.

26 Bernard Sta. Maria, 1978. The Golden Son o/the Kadazan. Seremban: Unknown
Publisher. him. 65.

27Darman Shah Hj. Asakil, 1985/6, Sejarah Pertumbuhan dan Perkembangan Faham
Perkauman di Sabah: Satu Analisis dari Sudut Peranan Parti-parti Politik 1961-
1985, Latihan I1miah labatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
202,204 dan Jenar Lamdah 1981 Datuk Harris Mohd Salleh dengan PolitikSabah.
Kuala Lumpur:Atta Sdn. Bhd. 88 dan 91.

21Dzulkifli Abdul Hamid, 1986, Integrasi Politik Untuk Pembangunan, Seminar


Kebangsaan Integrasi dan Pembangunan Sabah, Fakulti Sains Pembangunan UKM
Bangi, 31 dan Darman Shah, 1985/86, 234.

29 Suruhanjaya Pilihan Raya 1985.

Sabihah Osman, 1992, The 1990 Sabah State Elections: Implications for Malaysian
10

Unity, Asian Survey, April 1992, 380-391.

3\ Suruhanjaya Pilihan Raya 1990 dan Berita Harian 18 lulai 1990.

J2 Sabihah Osman 1992, hIm. 388 .

)) Ibid, hIm. 390.

25
,. Francis Loh Kok Wah 1991, Sabah Baru dan Pujukan Pembangunan: Penyelesaian
Hubungan Persekutuan-Negeri Dalam Malaysia., dalam Francis Loh Kok Wah, (ed.)
Sabah and Sarawak: The Politicl ofDevelopment and Federalism, Kajian Malaysia..
Vol. xv. No.l&2 JanJDec. 1991,3.

lS Suruhanjaya Pilihan Raya 1994.

J6Sabihah Osman 2005, Dari Sekolah Ke Menara Gading: Sejarah Pendidikan di


Sabah dalam Ahmat Adam (ed.), Kenang-kenangan Sepuluh Tahun Universili
Malaysia Sabah, Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah, 43-68.

J7 Temu bual dengan Datuk Joseph Pairin Kitingan di Seri Bersatu, Luyang 7
Januari 2004.

JI Laporan Akhir Penyelidikan Kajian Pilihan raya Negeri Sabah 2004: Isu dan

Cabaran, Sekolah Sa ins Sosial, Universiti Malaysia Sabah.

,. Ibid.

RUJUKAN

Darman Shah Hj. Asakil. 1985/1986. Sejarah Pertumbuhan dan Perkembangan


Faham Perkaurnan di Sabah: SaruAnalisi~ Dari Sudut Peranan Parti-part.i Politik
1961-1985, Latihan Ilmiah Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia..
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. (Tidak Diterbilkan).
D.S.Ranjit Singh. 2000. The Making of Sabah /865-/941 The Dynamics of
Indigenous SOCiety. Kuala Lumpur: University of Malaya Press.
Edwin Lee. 1977. The Towkay of Saban Singapore: Singapore University Press.
Francis Loh Kok Wah. 1997. (ed.). Sabah and Sarawak: The Politics ofDevelopmeru
and Federalism. Kajian Malaysia, Vol. XV. No.1. hIm: 7-13.
Hamdan bin Aziz. 2005. Parti Politik USNO dan BERJAYA di Sabah 1961-1996.
Tesis Sarjana Sastera [Sejarah), Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia
Sabah. (Tidak Diterbitkan).
HaiTi Abdullah, et 01. 1986. Sabah: Perubahan dalam Pembangunan. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia-Yayasan Sabah.
J.P. Ongkili. 1967. The Borneo Response to Malaysia /96/-63. Singapore: Donald
Moore Press.
J.P. Ongkili. 1912. Modernization in East Malaysia, /960-70. Kuala Lumpur: Oxford
University Press.

26
Pembangunan Poliliic Sabah

Jenar Lamdah. 1981. Datuk Harris Mohd Salleh Dengan Politik Sabah. Kuala
Lumpur: Atta Sdn. Bhd.
Margaret RofT. 1974. The Politics of Belonging: The Political Change in Sabah
and Sarawak. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Margaret Roff. 1969. The Rise and Demise ofthe Kadazan Nationalism. Journal of
Southeast Asian History. Vol. 10, No.2. him. 343.
Maili Lamsin. 2004. Sejarah Maktab Perguruan Sabah: 1952-1996. Tesis SaJjana [Sejarah),
Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah. (Tidak Ditcrbitkan).
Mohd Sarim Mustajab. 2004. "Kegiatan Persuratan dan Pcrsatuan Sosiobudaya di Sabah",
Dim. Mohd Sarim Mustajab [editor]. Warisan Budaya Sabah Etnisiti dan
Masyarakat. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
Sabihah Osman. 1985. Pentadbiran Bumiputera Sabah 1881-1941. Bangi: UKM-
Yayasan Sabah.
Sabihah Osman. 1986. "Dol. Jardine and Native Education", SUMBER: Jurnal I1mu
Pembangunan dan Sumber Alam. Vol. 1: him. 94.
Sabihah Osman. 1992. The 1990 Sabah State Elections: Implications for Malaysian
Unity, Asian Survey, Vol. 1. April. him. 380-391.
Sabihah Osman. 2005. "Dari Sekolah ke Menara Gading: Perkembangan Pendidikan
di Sabah". Dim. AhmatAdam. (ed.). Kenang-kenangan Sepuluh Tahun Universiti
Malaysia Sabah. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. 1985. Laporan Pilihan Raya 1985. Kuala Lumpur:
Government Printing.
Uesugi Tomiyuki. 2000. "Migration and Ethnic Categorisation at International Frontier:
A Case of Sabah, East Malaysia". Dim. Abe Kenichi & Ishii Masako (eds).
Population Movement in Southeast Asia: Changing Identities and Strategies
for Survival. The Japan Center for Area Studies National Museum of Ethnology
Osaka, Jepun.

27

You might also like