You are on page 1of 9

PERLAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS), ISU DAN

CABARAN

Hasiran Lemat, Issma Izzaili Zamri, Mohd Nazer Ayub, Nurul Najwa Mohd Yasin & Siti Sahara
Mohd Sani

Abstrak

Kajian ini bertujuan membincangkan isu dan cabaran dalam pelaksanaan Petaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) dalam kalangan guru-guru sekolah. Satu mini kajian dilaksanakan kepada 24 guru
di sebuah sekolah menengah Ampang bagi mengukur reaksi para guru terhadap pengenalan PBS.
Isu- isu dan cabaran beserta cara memperkasa Pentaksiran Berasaskan Sekolah juga dihuraikan
daripada kajian-kajian lalu dan bahan- bahan penulisan yang berkaitan. Diharapkan kajian-kajian
lanjuntan berkaitan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dapat dilaksanankan demi memertabatkan
pendidikan yang bermutu.

Pengenalan

Dapatan penyelidikan Profesor Madya Dr. Faizah binti Abdul Majid, dari Fakulti Pendidikan
UiTM yang diterbitkan dalam Journal of US-China Education Review, Vol.8, No.10, 2011.
ISSN1548-6613 memberikan perspektif asas tentang pelaksanaan pentaksiran berasaskan
sekolah (PBS) di Malaysia dan cabaran yang bakal dihadapi. Menurut beliau, PBS belum sampai
ke tahap pelaksanaan penuh (full swing). Shanusi Ahmad (LPM) dalam kertas cadangan Ph.D
beliau menegaskan bahawa PBS di Malaysia lebih berbentuk gabungan dengan sistem
peperiksaan berpusat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan Majlis Peperiksaan
Malaysia (MPM)

Dasar kenaikan automatik murid ke tingkatan empat dan persijilan terbuka mulai tahun 1992
telah membuka jalan kepada titik tolak pelaksanaan PBS menerusi ujian lisan bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris oleh guru di sekolah masing-masing. Pengenalan kerja kursus dan folio kajian
tempatan sejak sekolah rendah lagi mengukuhkan pelaksanaan PBS. Penambahbaikan ujian
pencapaian sekolah rendah (UPSR) dan pemansuhan penilaian menengah rendah (PMR) mulai
tahun 2014 juga bakal menyaksikan pelaksanaan PBS yang lebih menyeluruh
Isu-isu Pelaksanaan PBS

Secara teorinya, pelaksanaan PBS sangat memberi manfaat kepada guru, pelajar dan masyarakat.
Guru tidak lagi terbeban untuk mengejar A bagi setiap mata pelajaran dan pelajar juga lebih
bersemangat kerana penilaian dijalankan secara berterusan dan menyeluruh. Bertitik tolak
dengan kejayaan pelaksanaan PBS sedia ada seperti ULBS, PEKA, KAFA dan sebabagainya
yang telah diambil kira sebagai markah dalam peperiksaan awam , maka timbul idea daripada
KPM untuk memansuhkan UPSR menjelang tahun 2012 untuk digantikan dengan PBS
sepenuhnya.

Namun, dari segi pelaksanaannya, masih belum menunjukkan kejayaan yang sepenuhnya.
Pelbagai punca, kekangan dan masalah yang menjejaskan pelaksanaan PBS di sekolah antaranya
dari segi faktor amalan profesionalisme dan falsafah pegangan guru dan faktor budaya, tradisi,
kepimpinan dalam pendidikan termasuk kesesuaian acuan penilaian dan amalan birokrasi yang
perlu mengambil kira keperluan pelajar. Sebagai contoh, jika PBS dilaksanakan sepenuhnya
untuk menggantikan UPSR masalah timbul untuk menilai gred murid bagi kemasukan ke sekolah
elit seperti MRSM , SBP dan sebagainya. Selain itu, pelbagai isu lain juga timbul di mana ianya
dikatakan membebankan guru. Tugas-tugas guru yang sedia banyak akan dibebankan lagi
dengan pelbagai jenis folio dan dokumen berkaitan yang perlu disediakan dan dilaksanakan.
Bilangan pelajar yang ramai juga menyebabkan guru tidak cukup masa untuk melaksanakan PBS
dengan sistematik. Guru boleh juga dilabel sebagai "kerani" dengan bebanan tugas yang banyak
ini.

Pengurusan PBS secara atas talian merupakan satu alternatif yang terbaik bagi mengurangkan
beban tugas guru ini namun ianya juga mempunyai kelemahan yang tersendiri seperti jaringan
internet yang terhad, capaian internet yang sibuk dan tidak memuaskan dan sebagainya.

Hamzah dan Sinnasamy (2009) mendapati bahawa pelaksanaan ujian lisan berasaskan sekolah
(PLBS dan ULBS) tidak akur sepenuhnya dengan kehendak garis panduan LPM. Hal itu
berpunca daripada tahap kesedaran inovasi dan perubahan yang masih belum mencukupi.
Kepimpinan PBS yang diterajui oleh pengetua juga belum benar-benar mantap dari segi
kefahaman konseptual PBS dan peranan ikhtisas yang perlu dipatuhi.
Kecairan maklumat akibat kaedah latihan teragih yang bermula daripada kementerian, jabatan
pelajaran negeri, pejabat pelajaran daerah, sekolah, jawatankuasa kurikulum dan panitia mata
pelajaran mengakibatkan proses pendedahan kepada guru pelaksana PBS menjadi suntuk.
Jurulatih utama (JU) berkursus selama seminggu, tetapi apabila sampai kepada panitia, taklimat
hanya mengambil masa dua jam. Guru juga berhadapan dengan peruntukan aktiviti bilik darjah
untuk menyelesaikan segala keperluan kurikulum dan kemahiran insaniah yang lain.

Pemantauan oleh pakar dan pihak berkuasa pelajaran juga berhadapan dengan kekangan
kewangan dan tatacara pergerakan guru keluar daripada kawasan sekolah masing-masing. JU dan
pentaksir kawasan tidak boleh bertugas di luar kawasan sekolah melebihi 30 peratus daripada
waktu rasmi di sekolah. Maka, tanggungjawab pemantauan diserahkan pula kepada pengetua,
penolong kanan (pentadbiran dan kurikulum) dan guru-guru kanan mata pelajaran yang sudah
sedia sibuk dengan pelbagai jenis borang dan data.

Bagi memastikan bahawa pihak sekolah akur dengan konsep PBS, pengetua dikehendaki
menyediakan sistem data dan fail yang berfungsi sebagai bukti hitam putih hasil kerja setiap
orang murid. Bilangan fail mungkin mencecah angka ribu dan puluhan unit almari untuk
penyimpanan fail berkenaan. Sistem kod dan nombor fail mesti seragam supaya carian fail dapat
dilakukan secara serta-merta jika diminta oleh pegawai atasan yang memantau pelaksanaan PBS
secara mengejut.

Pengurusan PBS secara atas talian

Kemajuan teknologi maya dan jaringan ialah jawapan kepada isu timbunan fail dan pembaziran
kos cetakan dan penjilidan folio murid, kecuali untuk projek pendidikan seni visual atau kerja
pertukangan kemahiran hidup. Eza Shafinaz binti Mohamed Zaharin (2011) menerusi kertas
projek sarjana sains maklumat, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mencadangkan sistem e-
folio. Eza menyenaraikan manfaat e-folio yang dapat menangani masalah kehilangan bukti
dokumentasi bertulis, ciplak, ruang penyimpanan, kos cetak dan jilid, melengkapkan pelbagai
format borang, kecuaian manusia dan sebaran maklumat PBS kepada semua pihak yang
berkepentingan.

Penggunaan e-folio juga memberi kesempatan kepada murid untuk mempersembahkan hasil
kerja mereka secara multimedia. Folio kerja kursus tidak lagi terhad kepada bentuk kertas
berjilid, sebaliknya boleh dinaik taraf kepada format audio visual, animasi dan grafik yang
canggih. Nilai tambah pelaksanaan PBS menerusi sistem e-folio sudah tentu lebih ketara.

Capaian e-folio boleh dilakukan di mana-mana lokasi yang mempunyai akses internet, serta
boleh dilindungi menerusi kata laluan, fail read-only dan had akses untuk orang awam. Capaian
penuh hanya dibenarkan untuk pemilik folio, pentaksir dan pihak berkuasa pendidikan tertinggi.
Pihak lain hanya boleh membaca bahagian abstrak atau sinopsis, serta perlu mendapat keizinan
pemilik folio menerusi e-mel yang tertera jika hendak memperoleh versi folio yang lengkap.

Sistem e-folio boleh diletakkan di bawah sistem analisis peperiksaan sekolah (SAPS) sedia ada
dan skor markah terus ke laman sesawang LPM atau MPM. Untuk keselamatan data, segala fail
hendaklah juga disimpan secara talian tempatan (off-line, LAN) dan peranti mudah alih lain
seperti cakera padat (CD), pemacu jari (thumb-drive) dan lain-lain. Selain itu, murid dan
pentaksir sekolah juga digalakkan mewujudkan sistem e-mel sebagai salinan fail tambahan untuk
pelan B kepada risiko ancaman serangan penggodam dan virus terhadap sistem induk e-folio.

Cabaran Pelaksanaan PBS

PBS ialah sebahagian proses perubahan konsep pentaksiran yang terlaksana di seluruh dunia.
Finland misalnya telah melaksanakan PBS tanpa peperiksaan secara berpusat dalam tempoh 9
tahun persekolahan awal kanak-kanak. Australia, Hong Kong dan New Zealand juga boleh
dianggap berjaya melaksanakan PBS secara sistematik. Kepesatan perubahan persekitaran
pendidikan, dinamika masyarakat dan industri bererti PBS ialah suatu keperluan yang kritikal
dan segera.

Proses perubahan sentiasa menggugat status quo dan kelompok zon selesa. Pembaharuan akan
mengakibatkan kehilangan kedudukan, kebiasaan dan kepakaran lama. Usaha menarik perhatian
ke arah melemahkan rintangan terhadap perubahan dan mengukuhkan daya pacu perubahan
perlu dikendalikan secara paling bijaksana, cermat dan hormat.

Kepercayaan terhadap pelaksanaan PBS sebagai ganti sistem pentaksiran berpusat LPM dan
MPM sepenuhnya perlu dipupuk dalam kalangan murid, guru dan masyarakat. Murid akan lebih
bertanggungjawab terhadap proses pembelajaran kendiri, guru dengan tanggungjawab ikhtisas
dan masyarakat menerima PBS sebagai kayu ukur pencapaian pembelajaran murid. Pihak LPM
dan MPM pula akan bertindak sebagai pemantau, penyelaras dan penjaga kesahan, serta
kebolehpercayaan PBS kepada semua pihak yang berkepentingan.

Langkah Memperkasa PBS

Guru akan sentiasa menjadi tulang belakang dan tumpuan pelaksanaan PBS. Maka, keperluan
latihan dalam perkhidmatan (Ladap, in-service training atau Inset) harus berorientasi praktikum
(hands-on). Ladap berbentuk ceramah, taklimat dan kursus aras komunikasi dua hala terhad perlu
kepada proses ubah suai. Gaya pengajaran guru dengan gaya pembelajaran murid menerusi
pelaksanaan PBS mestilah sentiasa akur dan sejajar.

Memandangkan begitu banyak data dan fail yang hendak diuruskan, pelantikan pembantu guru
hendaklah dibuat dengan segera. Pembantu guru hanya dikhususkan untuk meningkatkan
kecekapan kemasukan data pembelajaran, bukan untuk membantu kerja-kerja pejabat seperti
urusan stok dan percetakan. Spesifikasi dan terma tugas pembantu guru hendaklah secara jelas
menegaskan hal berkenaan, terutama sistem pengurusan data dan fail PBS.

Kesimpulannya, kami berpendapat bahawa pelaksanaan PBS di sekolah adalah sangat tepat dan
bermanfaat namun ianya perlu dilaksanakan secara perlahan-lahan dan mengambilkira luahan
dalam kalangan guru sendiri tentang pelaksanaan PBS ini. Hanya guru yang mengetahui
kekangan yang dialami mereka dan mungkin mereka juga mempunyai cadangan sebagai jalan
penyelesaian dalam melaksanakan PBS. Saya sendiri sebagai guru tidak menafikan akan
kepentingan dan kebaikan pelaksanaan PBS di sekolah, malah ingin mencadangkan supaya KPM
menyediakan pembantu guru bagi merialisasikan hasrat untuk melaksanakan PBS sepenuhnya di
sekolah.
Mini Kajian: Reaksi Guru Terhadap Pengenalan PBS

Tujuan: Kajian adalah untuk mengukur reaksi para guru terhadap pengenalan PBS bagi
mengimbangi sisitem pendidikan yang berorentasikan peperiksaan.

Persampelan: Sampel dipilih secara rawak yang melibatkan 24 guru di Sekolah Menengah
Bukit Indah, Ampang (Seminda).

Instrumen: Responden dikehendaki menjawab satu set soal jawab secara berasingan yang mana
perbincangan adalah tidak digalakkan.

Dapatan Kajian:

Soalan 1: Secara peribadi adakah anda bersetuju dengan sistem PBS yang diperkenalkan oleh
kementerian?

Setuju
Tidak Setuju
Tidak Pasti
Soalan 2: Latihan dan penjelasan mengenai kemahiran mengaplikasikan sistem PBS telah
diberikan dengan sepenuhnya terhadap guru yang terlibat.

Setuju
Tidak Setuju
Tidak Mencukupi

Soalan 3: Adakah keputusan Kementerian memansuhkan pepepriksaan PMR wajar?

Wajar
Tidak Wajar
Tidak Pasti
Soalan 4: Apakah cabaran yang paling utama dalam menjayakan sistem PBS buat masa ini?

sistem yang masih


baru

sukar menilai
murid secara
subjektif
masalah akses
dan capaian
(internet)

Soalan 5: Secara peribadi adakah anda merasakan bahawa sistem PBS ini akan berjaya atau
gagal?

Berjaya
Gagal
Kurang Pasti
Kesimpulan Kajian:

Reaksi guru kebanyakkan bersetuju PBS mengarahkan sistem pendidikan Negara kini ke arah
isstem yang lebih sistematik. Hal ini kerana sistem pentaksiran kini lebih menyeluruh dan
standard. PBS secara keseluruhannya menilai pencapaian murid dengan mengubah penekanan
dalam peperiksaan awam daripada terlalu berasaskan kandungan (content based) kepada yang
lebih berasaskan kemahiran (skill based) atau daripada yang bersifat ujian pencapaian
(achievement test) kepada yang bersifatkebolehan am (general ability test).

You might also like