Professional Documents
Culture Documents
Kelulut KertasKerja CONTOH en NIK REd Converted 2015 03 25 23 46 39 PDF
Kelulut KertasKerja CONTOH en NIK REd Converted 2015 03 25 23 46 39 PDF
Meliponini
TAJUK PROJEK :
PROJEK TERNAKAN LEBAH
KELULUT “TRIGONA
STINGLESS BEE HONEY” BAGI
PENGHASILAN MADU DAN
PROPOLIS ASLI BERKHASIAT
TINGGI
PENGENALAN
Lebah kelulut atau kelulut sahaja (juga digelar meliponini) ialah lebah tidak bersengat
yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu. Dianggarkan hampir 500 spesis kelulut
Madu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika
dibandingkan dengan madu lebah.Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang
dilapisi propolis. Madu kelulut tidak putih seperti yang didakwa. Rasanya masam sedikit
berbanding madu lebah. Lebah ini penting sebagai agen pendebungaan di hutan-hutan dan
kebanyakan spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain.
1.2 HABITAT
Lebah kelulut telah mengalami evolusi dengan pelbagai bentuk sarang dan kelakuan
pemakanan berbeza, mengikut setiap spesis. Semua kelulut membina sarang dalam sistem
tertutup. Kelulut spesis Melipona dan kebanyakan spesis Trigona biasanya membuat sarang
mereka di dalam geronggang tunggul kayu atau dahan pokok, dan sesetengah di dalam
rongga di dalam tanah atau sarang peninggalan tikus atau sarang burung kakak tua. Spesis
lain pula tinggal di dalam sarang semut atau sarang anai-anai. Kebanyakan spesis
mempunyai tempat-tempat tertentu membuat sarang. Contohnya Trigona thoracica selalu
dijumpai membuat sarang di geronggang pohon rambutan, manggis, atau durian.
Bentuk sarang kelulut berbeza daripada sarang lebah madu. Lebah madu membina sarang
kom lilin tergantung secara menegak. Sarang kelulut lazim dibina dengan kom eraman
mendatar, dengan sel pembukaan di atas, di mana semua kasta muncul (lahir).
Sarang kelulut mempunyai muncung yang ditutup oleh batumen, satu bahan istimewa
diperbuat daripada campuran resin, lilin dan pelbagai bahan seperti lumpur, minyak, cat,
dan kadang, najis haiwan. Ianya seperti propolis hitam dan gelap. Batumen boleh begitu
kuat dan tebal dan melindungi koloni daripada air dan musuh.
Kelulut kerap melawat pokok yang mengeluarkan resin kerana mereka memerlukannya
untuk pembinaan sarang. Kelulut mengangkut resin di dalam kantung debungan yang
terdapat di kaki belakang. Sarang kelulut kaya dengan propolis berbanding dengan sarang
lebah madu.
2
Bilik atau ruang eraman dikelilingi oleh dinding keselamatan diperbuat daripada lilin dan
propolis digelar involkrum. Di luar involkrum, kelulut membina tempayan lilin lembut
(berbentuk seperti telur) untuk penyimpanan madu dan debunga. Tempayan ini boleh
bersaiz dari lima sehingga 40 milimeter tinggi. Bagi sesetengah spesis, tempayan madu dan
tempayan debunga dipisahkan, manakala sesetengah spesis pula bercampuran
Kitar hidup kelulut berbeza daripada lebah madu. Di dalam sesebuah koloni kelulut, boleh
terdapat dua atau lebih ratu bertelur. Ratu baru dihasilkan berkala, tetapi kebanyakan
dibunuh dan tidak sempat menghasilkan telur. Sesetengah ratu mungkin dikurung dalam sel
khusus. Penukaran ratu bertelur tidak berlaku setiap tahun. Sesetengah ratu boleh hidup
untuk 3 hingga 7 tahun.
Secara ringkas, jantina untuk setiap lebah bergantung kepada nombor kromosom yang ia
terima. Lebah betina mempunyai dua set kromosom (diploid—satu set daripada ratu) dan
satu lagi daripada lebah jantan atau dron. Dron hanya mempunyai satu set kromosom
(haploid),.Dalam sistem lebah madu, lebah betina mungkin menjadi lebah pekerja atau ratu
bergantung kepada makanan apa yang ia terima semasa di peringkat larva (ratu diberi
makan jeli raja dan lebah pekerja diberi makan debunga). Sistem kasta dalam kelulut
berbeza, dan biasanya berdasarkan jumlah debunga yang dimakan. Namun demikian,
terdapat juga komponen genetik sehingga 25% (lazimnya 5-14%) eraman betina mungkin
menjadi ratu. Sel ratu boleh dibezakan dengan melihat sel yang lebih besar berbanding sel
biasa. Sel tersebut dipenuhi stok dengan debunga. Apabila ratu baharu menetas, lazimnya
ia akan meninggalkan sarang untuk mengawan tetapi kebanyakannya mati.
3
1.3 KHASIAT
Madu Kelulut berasal daripada sari bunga yang kaya dengan khasiat seperti
antioksidan tinggi yang sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan
untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik termasuklahmeningkatkan metabolisme
badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang
baru bersalin dan merawati kecederaan dalaman serta melambatkan penuaan.
Rasanya sedikit masam manis buah serta mudah dimakan.
InsyaALLAH, sangat berkesan dan mujarab untuk mencegah, merawat dan menyembuhkan
berbagai jenis penyakit, diantaranya, Kencing Manis, Strok, Hepatitis Hati, Kanser, Darah
Tinggi, Batu Karang, Asma, Gout, Batuk, Selesema, Sakit Kerongkong dan lain-lain.
Propolis Kelulut terbentuk dari bahan resin yang diambil lebah kelulut dari pohon
yang mengandungi getah dan memprosesnya sehingga membentuk propolis yang
berwarna hitam, kuning atau coklat tua di sarang lebah kelulut. Propolis berfungsi
sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang.
GAMBAR PRDODUK
KELULUT DI PASARAN
4
2.1 PESERTA TERNAKAN LEBAH KELULUT GERAN PELANCARAN
BERKELOMPOK PKMD LIPIS
Peserta yang bakal menjayakan projek ini akan diberikan pendedahan kepada teknik
dan juga kemahiran dalam menguruskan ternakan lebah kelulut. Antara peserta yang
telah bersetuju untuk menjayakan projek ternakan kelulut ini adalah seramai X orang
dan di pecahkan kepada Y kelompok yang mana pada setiap satu kelompok akan
terdiri dari K orang peserta mengikut kawasan tempat tinggal. Geran Pelancaran
Berkelompok yang pertama akan dijayakan di Kawasan MMM MMM manakala untuk
kelompok yang kedua pula berada di Kawasan Kampung JJJJJJJ JJJJJ.
Berikut adalah senarai nama peserta yang berpotensi untuk menjayakan projek
ternakan Kelulut secara berkelompok.
5
2.2 JUSTIFIKASI KEPADA GERAN BERKELOMPOK PROJEK TERNAKAN KELULUT
KETERANGAN
BIL JUSTIFIKASI i. Ternakan kelulut amat mudah
1 TEMPAT untuk diusahakan dan hanya memerlukan ruang
yang kecil seperti di halaman rumah ataupun di kawasan kebun
ii. Sarang kelulut mudah untuk dipindahkan memandangkan ianya telah siap
diletakkan di dalam kotak tidak seperti ternakan lain seperti ayam, kambing dan
lembu yang memerlukan pembinaan reban dan kandang
iii. Tidak memerlukan kawasan yang luas
2 PESERTA / i.Pengusaha memperuntukan masa yang singkat untuk menguruskan ternakan.
PENGUSAHA ii. Tidak perlu kepada memberi makan dan minum serta vaksin kepada ternakan
kelulut.
iii. Boleh melakukan kerja ternakan lebah kelulut secara sampingan.
iii. memberikan pendapatan RM300.00 hingga RM600.00 sebulan yang mana
dapat melonjakan pendapatan keluarga dan melebihi dari garis kemiskinan
3 PRODUK i.Madu boleh dipasarkan di pasaran tempatan dengan harga sekitar RM30.00
Hingga RM40.00 sebotol 100ml-200ml
ii. Propolis dijual kepada pengusaha Kosmetik dengan harga RM300.00 sekilogram
iii. Beebread makanan minda dan boleh dipasarkan kepada pengusaha produk
kesihatan .
Iv .Royaljelly dijual kepada pengusaha Kosmetik.
4 PASARAN i. Mudah disimpan dan tahan lama serta mudah dipasarkan
ii.Permintaan yang tinggi di pasaran tempatan dan harga pasaran RM30.00 hingga
RM40.00 sebotol 200ml.
iii. Pasaran secara pukal kepada pemborong madu lebah kelulut kepada Syarikat
XXXXXX
iv. Pasaran secara internet
5 MASA i.Masa tuaian hasil yang singkat dan tidak memerlukan untuk bekerja sepanjang
hari
ii. Dengan sumber makanan yang cukup setiap sarang kelulut
mampu mengeluarkan 0.5 hingga 1.5 kilogram purata 3 minggu
iii. Tiada musim tertentu untuk menghasilkan madu kelulut berbanding
madu lebah tualang yang hanya sekali setahun.
6
Jadual 1.2 Justifikasi Faedah projek kepada pengusaha
2.2 AKTIVITI TERNAKAN KELULUT (CARTA ALIR PROSES MADU LEBAH KELULUT)
3.PENUAIAN / PENGAMBILAN
MADU
7
2.3 LAWATAN KERJA KE PROJEK TERNAKAN KELULUT DI XXXXXXX DAN YYYYYY
8
2.4 PERBANDINGAN HARGA SARANG LEBAH KELULUT
2.4.1 SARANG LEBAH KELULUT DARI XXXXXX BERHARGA RM1,260.00 BAGI SATU UNIT
2.4.2 SARANG LEBAH KELULUT En. YYYYY bin ZZZZZ BERHARGA RM550.00 BAGI SATU UNIT
9
3.1 PULANGAN PROJEK BERKELOMPOK UNTUK 15 SARANG
1 kilogram =RM120.00
2 Bulan ke 6 :
1 kilogram =RM120.00
10
3 Bulan ke 12 :
200grams = RM40.00
1 kilogram =RM120
Beberapa kaedah dan justifikasi pemasaran telah diselidiki dan berpotensi untuk membantu aliran kewangan
peserta . Perkara ini adalah untuk mengelakkan dari berlaku lebihan produk yang tidak dapat dipasarkan atau
produk tidak laku. Kaedah-kaedah ini juga telah difikirkan baik kepada setiap peserta dan dapat mencegah
peserta daripada menjaja di kaki lima. Antaranya adalah seperti berikut:
Produk boleh dipasarkan terus kepada pemborong pada harga RM100.00 = 1 Liter.
Harga yang ditetapkan oleh pihak pemborong setelah ditolak kos botol kaca dan label
yang dikenakan bagi setiap 200ml iaitu dengan kadar RM6.00. Ini bermakna, RM 30.00
akan ditolak dari harga pasaran semasa iaitu dengan harga RM120.00 hingga
RM140.00 bersamaan RM100.00 hingga RM110.00 seliter.
b. Jualan di Kedai runcit – Jualan runcit ini dilakukan kepada peruncit yang dapat
menerima produk untuk dipasarkan dalam jangka masa yang tertentu.
11
3. Kelompok yang dilihat Berjaya dan berpotensi untuk maju akan digalakkan untuk
berdaftar Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia . Kelebihan berdaftar dengan
SSM adalah bertujuan seperti yang berikut:-
4. Promosi:
a. Iklan
i. Laman Sosial (F.B)
ii. Iklan kecil di Akhbar (Flyers)
5. Pembangunan kepada Produk adalah proses yang dilihat dapat membantu untuk memperkenalkan
produk ke peringkat yang lebih luas bagi pemasaran produk. Setiap kelompok yang menunjukkan
komitmen yang baik dan berminat untuk mempelbagaikan produk serta jualan akan dirujukkan ke
mana-mana agensi yang dapat memberikan bimbingan dan dorongan yang bersesuaian untuk
meningkatkan mutu pengeluaran seperti perkara yang berikut :
12
kelompok mestilah menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi
memandangkan perlu mendapatkan latihan dan kursus yang sesuai dari Industri
Kecil Sederhana (IKS).
6. Harga dan pendapatan peserta amatlah bergantung dengan beberapa kaedah jualan yang
di jalankan dan bagi setiap pengeluaran madu peserta diminta untuk merekod bagi
mengukur pendapatan dari masa ke semasa berikut adalah harga berbanding kaedah
jualan:
a. Harga kepada pemborong RM100.00 seliter
b. Sesuai dengan Pasaran semasa RM120.00- RM140.00 seliter (sebotol)
c. Pembotolan kepada botol-botol yang lebih kecil dan sesuai dengn penggunaan
sebulan produk contoh penggunaan botol 250 mililiter dengan harga RM40.00
dan dapat melonjakkan harga pe liter dari RM RM120.00 kepada RM160.00
7. Saluran Pengedaran
a. Pengedaran secara terus (Jualan terus)
b. Pengedaran secara Pos (melibatkan kos penghantaran)
3.2SEBUT HARGA
--------------------------------------------- ----------------------------------------------
DISAHKAN OLEH;
----------------------------------------------
BBBB BIN
CCCCC TARIKH :
CATATAN:
14