You are on page 1of 243

Faculty of Science and Technology

SBFS1103
Kemahiran Berfikir dan
Penyelesaian Masalah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


SBFS1103
KEMAHIRAN
BERFIKIR DAN
PENYELESAIAN
MASALAH
Dr Haresh Kumar Kantilal
Dr Anton Espira

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Pengarah Projek: Prof Dato’ Dr Mansor Fadzil
Prof Madya Dr Norlia T. Goolmally
Open University Malaysia

Penulis Modul: Dr Haresh Kumar Kantilal


MAHSA University College Malaysia

Dr Anton Espira

Penyederhana: Prof Madya Dr Arifin Hj Zainal


P Rajesh Kumar
Open University Malaysia

Penterjemah: Prof Madya Dr Rozainee Khairudin


Universiti Kebangsaan Malaysia

Dibangunkan Oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi


Open University Malaysia

Edisi Pertama, Ogos 2012

Hak cipta © Open University Malaysia (OUM), Ogos 2012, SBFS1103


Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-
mana cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia
(OUM).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Isi Kandungan
Panduan Kursus xi-xviii

Topik 1 Penyelesaian Masalah 1


1.1 Apa Itu Masalah? 2
1.1.1 Masalah Sebagai Peluang 3
1.2 Apa Itu Penyelesaian Masalah? 4
1.2.1 Tahap-tahap dalam Penyelesaian Masalah 5
1.3 Kepentingan Matlamat dalam Penyelesaian Masalah 7
1.4 Garis Panduan Umum Bagi Penyelesaian Masalah 9
1.4.1 Meneroka Masalah 11
1.4.2 Bina Matlamat Anda 15
1.4.3 Dapatkan Idea 16
1.4.4 Pilih Idea Anda 17
1.4.5 Implimentasi Rancangan Tindakan Anda 17
1.4.6 Nilai dan Tindakan Susulan 18
1.5 Analisis Akar Umbi 19
1.6 Kekangan 20
1.7 Apa Itu Penyelesaian? 21
1.7.1 Pendekatan Stop It 21
1.7.2 Pendekatan Mop It 23
1.8 Mengenal Pasti Penyelesaian yang Mungkin 24
1.9 Merancang Penyelesaian 24
1.10 Mengambil Tanggungjawab 25
Rumusan 25
Kata Kunci 27
Ujian 27
Rujukan 28

Topik 2 Penyelidikan Mengenai Pemikiran dan Penyelesaian Masalah 30


2.1 Anteseden Utama Sains Psikologi 31
2.1.1 Assosiasinisme 31
2.1.2 Fakulti Minda 33
2.2 Psikologi Pemikiran 34
2.2.1 William James 34
2.2.2 Fungsionalisme 34
2.2.3 Fungsionalisme yang Kemudian 35
2.2.4 Behaviorisme 35

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


iv X ISI KANDUNGAN

2.2.5 Psikologi Gestalt 37


2.3 Penyelidikan Tentang Konsep 39
2.3.1 Elemen-elemen Umum Konsep 40
2.3.2 Proses-proses Pengantara dan Hipotesis 40
2.3.3 Strategi-strategi dan Jenis-jenis Konsep 41
2.4 Kajian Tentang Penyelesaian Masalah 43
2.4.1 Cuba Jaya 44
2.4.2 Celik Akal 45
2.4.3 Penetapan Penyelesaian Masalah 46
2.4.4 Pemindahan Prinsip-prinsip 48
2.5 Kajian Tentang Penakulan 49
2.5.1 Kesan Atmosfera 49
2.5.2 Kesan Kandungan 51
2.6 Transisi Kepada Era Kognitif Baru 53
Rumusan 53
Kata Kunci 55
Ujian 55
Rujukan 56

Topik 3 Mengenal Pasti Sebab dan Penyelesaian 59


3.1 Menentukan Sama Ada Wujudnya Penakulan 60
3.2 Contoh-contoh Penakulan 62
3.3 Bahasa Penakulan 64
3.4 Peta Pemikiran Untuk Pemahaman dan Penilaian Penakulan 66
3.5 Penerimaan Sebab 69
3.6 Mempertimbangkan Kebolehterimaan Sesuatu Dakwaan 71
3.7 Mempertimbangkan Kredibiliti Sumber 73
3.8 Menilai Inferens 75
Rumusan 79
Kata Kunci 81
Ujian 81
Rujukan 81

Topik 4 Perkembangan dalam Penyelesaian Masalah 82


4.1 Perkembangan dalam Penyelesaian Masalah 83
4.1.1 Perkembangan Strategik 84
4.1.2 Perkembangan Perwakilan 88
4.1.3 Regulasi Kendiri 92
Rumusan 97
Kata Kunci 98
Ujian 99
Rujukan 99

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN W v

Topik 5 Kemahiran Berfikir 105


5.1 Definisi Berfikir 107
5.2 Kepentingan Berfikir 110
5.3 Meningkatkan Kuasa Berfikir 112
5.3.1 Fasa Pengeluaran 112
5.3.2 Fasa Pertimbangan 113
5.4 Peranan dan Fungsi Otak Kanan dan Kiri 116
Rumusan 118
Kata Kunci 119
Ujian 119
Rujukan 120

Topik 6 Pemikiran Kritikal dan Kreatif 121


6.1 Pemikiran Kritikal 123
6.1.1 Lapan Ciri Pemikiran Kritikal 124
6.1.2 Permainan Klasifikasi dalam Pengajaran Pemikiran 128
Kritikal
6.1.3 Halangan Kepada Pemikiran Kritikal 129
6.1.4 Kepentingan Pemikiran Kritikal 130
6.2 Pemikiran Kreatif 131
6.2.1 Lima Ciri Pemikiran Kreatif 132
6.2.2 Mengaplikasi Kreativiti Kepada Masalah dan Isu 136
6.3 Pemikiran Lateral 139
6.4 Persilangan Otak Kanan dan Kiri 141
Rumusan 143
Kata Kunci 144
Ujian 144
Rujukan 145

Topik 7 Strategi-strategi Penyelesaian Masalah 147


7.1 Konsep Penyelesaian Masalah 148
7.2 Strategi-strategi Penyelesaian Masalah 150
7.2.1 Pembahagian Masalah atau Sub-masalah 150
7.2.2 Bergerak ke Belakang 152
7.2.3 Mendaki Bukit 153
7.2.4 Analisis Cara Akhir 155
7.2.5 Rantaian Hadapan 156
7.3 Strategi-strategi Lain Penyelesaian Masalah 157
7.3.1 Analogi dalam Penyelesaian Masalah 157
7.3.2 Pengkhususan dan Generalisasi 159
7.3.3 Penggunaan Kes-kes Ekstrem 160

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


vi X ISI KANDUNGAN

Rumusan 163
Kata Kunci 165
Ujian 165
Rujukan 145

Topik 8 Alat Penyelesaian Masalah 167


8.1 Percambahan Minda 168
8.2 Penanda Aras 171
8.3 Gambar Rajah Sebab dan Kesan 172
8.4 Carta Alir 175
8.5 Analisis SWOT 178
8.6 Matriks Keutamaan 180
Rumusan 183
Kata Kunci 184
Ujian 184
Rujukan 185

Topik 9 Pembuatan Keputusan 186


9.1 Apa itu Pembuatan Keputusan? 187
9.2 Jenis-jenis Keputusan 188
9.3 Pembuatan Keputusan adalah Proses Rekursif 189
berulang-alik
9.4 Faktor-faktor Mempengaruhi Proses Pembuatan Keputusan 189
9.5 Empat Kuadran Otak dan Gaya Pemikiran Berbeza 191
9.6 Pembuatan Keputusan dalam Kehidupan Seharian 194
9.7 Pusingan Pembuatan Keputusan Berpandukan Bukti 195
9.8 Kesan Kuantiti Pada Pembuatan Keputusan 200
9.9 Aliran Keputusan 201
9.10 Kualiti Keputusan 201
9.11 Risiko 202
Rumusan 203
Kata Kunci 204
Ujian 205
Rujukan 205

Topik 10 Strategi dan Alat Bagi Membuat Keputusan Akhir 207


10.1 Pendekatan Pembuatan Keputusan 208
10.2 Strategi Pembuatan Keputusan 209
10.3 Pembuatan Keputusan Kumpulan: Kaedah 210
10.4 Alat-alat Pembuatan Keputusan 212
10.4.1 Analisis Grid: Membuat Pemilihan di mana Banyak 212
Faktor Perlu Dipertimbangkan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN W vii

10.4.2 Analisis Pokok Keputusan: Memilih antara Pilihan- 214


pilihan dengan Tumpuan Kepada Hasil
Berkemungkinan Berlaku
10.4.3 PMI: Menimbang Persetujuan dan Penolakan 215
Keputusan
10.5 Beberapa Panduan Bagi Pembuatan Keputusan Akhir 218
Rumusan 219
Kata Kunci 221
Ujian 221
Rujukan 222

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


viii X ISI KANDUNGAN

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS  xi

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal
sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan
membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah
tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan
sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda
membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan
komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas
pandang.

PENGENALAN
SBFS1103 Kemahiran Berfikir dan Penyelesaian Masalah adalah salah satu kursus
yang ditawarkan oleh Fakulti Sains dan Teknologi di Open University Malaysia
(OUM). Kursus ini bernilai 3 jam kredit untuk tempoh antara 8 ke 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN


Kursus ini adalah kursus wajib di Open University Malaysia.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran
kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan persekitaran
yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum
dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut
dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawaian OUM yang memerlukan pelajar memperuntukkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap jam kredit, maka kursus ini memerlukan peruntukan
masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran penggunaan masa adalah seperti
yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xii  PANDUAN KURSUS

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Jam
Aktiviti Pembelajaran
Pembelajaran
Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam 2
perbincangan awal
Membaca modul 60
Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 8
Perbincangan atas talian 12
Ulang kaji 18
Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20
JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

OBJEKTIF KURSUS
Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan proses penyelesaian masalah dan pendekatan penyelesaian


masalah yang berbeza;

2. Menerangkan penyebab utama dan penyelidikan dalam sains psikologi;

3. Membincangkan proses penaakulan, kebolehterimaan alasan dan menilai


kesimpulan;

4. Menerangkan perkembangan penyelesaian masalah;

5. Menerangkan teori, model dan kerangka konseptual yang terlibat dalam


penyelesaian masalah dan konsep bertahap penyelesaian masalah;

6. Menerangkan proses pemikiran, kepentingan dan aplikasinya;

7. Menjelaskan proses pemikiran kritikal, pemikiran kreatif dan pemikiran


lateral;

8. Membincangkan berbagai strategi yang diguna dalam penyelesaian masalah


termasuklah alat-alatan dan teknik yang biasa;

9. Menerangkan pembuatan keputusan, faktor-faktor yang mempengaruhi


proses tersebut dan keupayaan kita membuat keputusan; dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xiii

10. Mengenal pasti strategi pembuatan keputusan, risiko dan alat-alatan.

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini akan memberi pengetahuan tentang kemahiran berfikir dan
penyelesaian masalah, terutamanya tertumpu kepada proses pemikiran,
kepentingannya dan fasa yang terlibat, peranan dan fungsi otak kanan dan kiri,
ciri-ciri dan aplikasi kedua-dua pemikiran kritikal dan pemikiran kreatif,
mengenalpasti penaakulan, kebolehterimaan alasan dan pengakuan, dan
penilaian kesimpulan. Sebagai tambahan, terdapat fokus kepada strategi
penyelesaian masalah, teknik dan peralatan biasa. Bahagian akhir kursus ini
mencakupi proses dan strategi penyelesaian masalah.

Topik 1 membentangkan pendekatan-pendekatan konseptual alternatif untuk


mendefinisi sesuatu masalah dan memperkenalkan kedua-dua proses dan tahap
yang terlibat dalam penyelesaian masalah. Kepentingan penetapan masalah dan
menghasilkan soalan yang tepat untuk ditanyakan apabila berhadapan dengan
sesuatu masalah juga dibincangkan. Juga, memperkenalkan analisa faktor akar
umbi dan kekangan yang dihadapi dalam penyelesaian masalah. Topik ini
diakhiri dengan definisi solusi dan memperkenalkan pendekatan Êstop itÊ dan
Êmop itÊ dalam penyelesaian masalah.

Topik 2 memperkenalkan penyebab-penyebab utama dalam sains psikologi dan


psikologi pemikiran. Juga dijelaskan kajian-kajian yang telah dilakukan tentang
konsep, penyelesaian masalah dan penaakulan. Topik ini diakhiri dengan
menerangkan transisi ke era kognitif.

Topik 3 membincangkan bagaimana untuk mengenal pasti alasan dan


kesimpulan, contoh-contoh penaakulan, bahasa penaakulan, menimbangkan
kebolehterimaan pengakuan, menimbangkan kredibiliti sumber, menilai validiti
inferens dan deduktif.

Topik 4 memperkenalkan perkembangan penyelesaian masalah termasuk


perkembangan strategik, perkembangan perwakilan dan perkembangan regulasi
kendiri. Juga membentangkan berbagai teori, model dan kerangka konseptual
dalam penyelesaian masalah. Topik ini diakhiri dengan menerangkan konsep
berperingkat penyelesaian masalah.

Topik 5 membincangkan definisi dan kepentingan pemikiran, cara-cara


meningkatkan kuasa pemikiran, dua fasa proses pemikiran dan peranan serta
fungsi otak kanan dan kiri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xiv  PANDUAN KURSUS

Topik 6 membincangkan proses pemikiran kritikal termasuklah ciri-cirinya,


contoh, halangan dan kepentingan. Juga menerangkan bagaimana menerapkan
kreativiti kepada masalah dan isu. Topik ini diakhiri dengan menerangkan
pemikiran lateral dan penyilangan antara otak kanan dan kiri.

Topik 7 membentankan kedua-dua penggunaan starategi berbeza ke atas satu


dan gabungan strategi penyelesaian masalah. Juga memperkenalkan lain-lain
konsep seperti pertimbangan masalah analogous, pengkhususan, generalisasi
dan pertimbangan kes-kes ekstrem.

Topik 8 memperkenalkan teknik dan peralatan umum yang digunakan dalam


penyelesaian masalah.

Topik 9 memperkenalkan proses pembuatan keputusan dan menerangkan jenis-


jenis pemutusan yang berbeza dan berbagai faktor yang mempengaruhi
pembuatan keputusan. Topik ini memperkenalkan Ê Four Quadrants of the Brain
TheoryÊ dan menjelaskan bagaimana ia berkaitan dengan keupayaan kita untuk
membuat keputusan. Topik ini juga memasukkan ÊKitaran pemutusan keputusan
berasaskan buktiÊ (Evidence-Driven Decision Making Cycle) dan kesan kuantiti
ke atas pemutusan keputusan. Topik ini berakhir dengan menerangkan aliran
pemutusan, kualiti pemutusan dan risiko.

Topik 10 memperkenalkan pendekatan-pendekatan pemutusan keputusan yang


berbeza. Topik ini diakhiri dengan menerangkan teknik dan peralatan asas yang
boleh membantu proses pembuatan keputusan.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda mengetahui
akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.
Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai
setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik anda
digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk
memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini
akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu
topik.

Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang
anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xv

perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan-


soalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah
memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda
menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan-
soalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan
prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga
memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan
anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat,
berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca
artikel jurnal dan seumpamanya.

Rumusan: Di akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan.


Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula
keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap
pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Kata Kunci: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap
perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan
dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam
beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di
akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian-
bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan
maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS
Tiada prasyarat kelulusan daripada kursus lain diperlukan bagi menjalani kursus
ini.

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myINSPIRE.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xvi  PANDUAN KURSUS

RUJUKAN
Adair, J. (2010). Decision making and problem solving strategies: Learn key
problem solving strategies; Sharpen your creative thinking strategies; Make
effective decisions (2nd ed.). Kogan Page. London, UK.

Bedell, J. R., & Lennox, S. S. (1997). Handbook for communication and problem-
solving skills training: A cgnitive-behavioural approach (1st ed). Wiley.

Butterworth, J., & Thwaites, G. (2005). Thinking skills. Cambridge International


Examinations (Paperback).

De Bono, E. (2005). Thinking course. Revised Edition (Hardcover).

Elder, L. (2007). Critical thinking: Tools for taking charge of your professional
and personal life. Kindle Edition.

Fisher, A. (2001). Critical thinking: An introduction. Cambridge University Press


(Paperback).

Harrison, A. F., & Bramson, R. M. (2002). The art of thinking. The Berkley
Publishing Group (Paperback).

Hurson, T. (2007). Think better: An innovatorÊs guide to productive thinking (1st


ed.). McGraw-Hill. New York, USA.

John, C. (2006). Thinking critically. Houghton Mifflin Co.

Lumsdaine, E., & Lumsdaine, M. (1995). Creative problem solving. McGraw-Hill,


Inc.

Meador, K. (1997). Creative thinking and problem solving for young learners
teacher. Ideas Press (Paperback).

Moore, B. N., & Parker, R. (2005). Critical thinking (8th ed.). (Paperback).

Paul, R., & Linda, E. (2002). Critical thinking. Pearson Education. Inc.

Sternberg, R. J. (1998). Thinking and problem solving: Handbook of perception


and cognition (2nd ed). Academic Press.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xvii

Vaughn, L. (2004). The power of critical thinking: Effective reasoning about


ordinary and extraordinary claims. (Paperback).

Wright L. (2001). Critical thinking: An Introduction to analytical reading and


reasoning. New York: Oxford University Press.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xvi  PANDUAN KURSUS
ii

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Penyelesaian
1 Masalah
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisikan apa itu masalah;
2. Menghuraikan bagaimana suatu masalah boleh menyediakan
peluang bagi pembaikan;
3. Menjelaskan empat tahap dalam proses penyelesaian masalah;
4. Menjelaskan kepentingan penetapan matlamat dalam proses
penyelesaian masalah;
5. Menghuraikan garis panduan umum untuk penyelesaian masalah
yang berkesan;
6. Mengenal pasti peranan teknik Analisis Akar Umbi (Root Cause
Analysis) dalam proses penyelesaian masalah;
7. Mengenal pasti kekangan yang biasa dihadapi dalam proses
penyelesaian masalah; dan
8. Membandingkan perbezaan pendekatan-pendekatan dalam
penyelesaian masalah.

 PENGENALAN
Bagi kebanyakan pelajar, penyelesaian masalah merupakan satu prosedur yang
perlu dijalankan untuk menyiapkan satu tugasan yang diberi oleh guru. Mereka
melihat masalah sebagai sesuatu yang perlu diselesaikan dalam satu jangka masa
tertentu bagi mengelak tindakan tatatertib yang tidak diingini. Namun begitu,
para pelajar dan orang ramai secara umumnya cenderung untuk terlalu
menganalisis secara kritikal setiap tindakan atau peristiwa dalam kehidupan
yang dilihat sebagai bermasalah tanpa mengambil kira kemungkinan yang
timbul hasil daripada masalah tersebut (sila lihat Rajah 1.1).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
2  TOPIK 1 PENYELESAIAN MASALAH

Tidak kira apa yang kita lakukan bagi menyara kehidupan atau di mana kita
tinggal, ramai daripada kita menghabiskan masa di tempat kerja atau di rumah,
dan sentiasa menyelesaikan masalah. Tidak kira sama ada masalah yang
dihadapi itu kecil atau kompleks, semua perlu diselesaikan dengan cara yang
konstruktif dan bukannya merasakan bahawa seolah-olah ini adalah hari kiamat.
Maka, penyelesaian masalah adalah satu kemahiran penting dalam banyak aspek
kehidupan kita sama ada profesional atau peribadi. Apa yang penting adalah
bagaimana kita menghadapi masalah; ini akan menghasilkan penyelesaian yang
berkesan atau tidak berkesan.

Rajah 1.1: Bagaimana kita melihat sesuatu masalah itu adalah kunci untuk
menyelesaikannya
Sumber: http://beautybrainsnbeyond.blogspot.com

1.1 APA ITU MASALAH?


Beberapa kamus mendefinisi penyelesaian masalah sebagai:
(a) Satu persoalan bagi pertimbangan atau penyelesaian (WordNet©2.0,
Princeton University 2003).
(b) Satu persoalan yang dipertimbangkan, diselesaikan atau dijawab (The
American Heritage©Dictionary of the English Language, Fourth Edition,
Updated 2009).
(c) Apa-apa sahaja perkara, seseorang dan lain-lain, yang sukar diambil
tindakan, diselesaikan atau diatasi (Collins English Dictionary ă Complete
and Unabridged Sixth Edition 2003).
(d) Sebarang persoalan atau perkara yang melibatkan ketidakpastian,
ketidaktentuan, atau kesukaran (Dictionary.com Unabridged).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENYELESAIAN MASALAH  3

Bergantung kepada konteks, sesetengah masalah mungkin kecil, bersifat peribadi


atau disebabkan oleh faktor luaran. Sesetengah masalah mungkin terlalu besar
atau kompleks dan perlu diberikan kepada orang yang lebih berupaya untuk
mengendalikannya. Rajah 1.2 menunjukkan contoh mengendalikan masalah
dengan cara yang salah.

Rajah 1.2: Cara negatif dalam menyelesaikan masalah

Penulis yang berbeza akan mendefinisi masalah secara berlainan. Secara umum,
kita boleh mendefinisikan masalah menggunakan tiga pendekatan berikut:
(a) Masalah adalah peluang bagi pembaikan.
(b) Masalah adalah perbezaan antara keadaan semasa anda dengan keadaan
matlamat anda.
(c) Masalah terhasil dari pengecaman satu ketidakkesempurnaan semasa dan
kepercayaan yang mungkin masa depan lebih baik.

1.1.1 Masalah sebagai Peluang


Dengan berfikir secara luar dari kotak, seseorang itu boleh melihat masalah
sebagai peluang, iaitu peluang bagi membuka cara baharu melihat dan
bertindakbalas terhadap kesukaran yang dihadapi. Dilihat dari perspektif ini,
masalah-masalah tidak semestinya terhasil dari faktor luaran atau dipersepsikan
sebagai negatif atau peristiwa „buruk‰. Anjakan paradigma ini membawa
kepada satu perspektif baharu atau kesedaran tentang masalah tersebut.
Peluang-peluang baharu bagi pembaikan akan memanfaatkan anda. Peluang-
peluang ini mewujudkan cabaran-cabaran yang memerlukan penyelesaian dari
anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


4  TOPIK 1 PENYELESAIAN MASALAH

Situasi seumpama ini memerlukan kelenturan dalam mendekati masalah yang


dialami. Keperluan kelenturan sebegini memberikan satu kebaikan tersendiri
kepada orang yang kreatif semasa menyelesaikan masalah, kerana perubahan-
perubahan dalam masalah memerlukan pembaikan inovatif dan pintar dalam
cara mana masalah itu diselesaikan. Mempersepsi masalah sebagai peluang bagi
pembaikan, mendidik satu set minda positif yang boleh menukar anda kepada
seorang yang lebih yakin dengan lebih kawalan dalam kehidupan.

Kadangkala satu masalah boleh memanifestasi dirinya dalam cara yang berbeza.
Sebagai contoh, kita menghadapi konflik antara situasi semasa dengan situasi
yang diingini. Apabila kita boleh mengenal pasti perbezaan antara situasi semasa
dan situasi yang diingini, kita boleh mendefinisikan masalah, yang mana kita
boleh berusaha untuk menyelesaikannya supaya kita dapat mencapai
matlamatnya.

„Setiap masalah mempunyai satu peluang tersembunyi yang amat berkuasa


sehingga ia menyembunyikan masalah itu. Cerita yang paling berjaya dicipta oleh
orang yang mengecam satu masalah dan menukarnya kepada satu peluang.‰
Joseph Sugarman (Inglish, 2011).

„Tiada batasan pada peningkatan harga makanan dan minyak, merupakan satu
situasi yang menyebabkan ramai pengguna dan pengusaha mengalami satu
bebanan yang berat.‰ (The Star, 23 June 2008). Kenal pasti satu masalah berkaitan
pengguna yang boleh terhasil dari situasi yang dilaporkan di atas. Bolehkan
anda menganggap masalah ini sebagai satu peluang? Jelaskan jawapan anda.

1.2 APA ITU PENYELESAIAN MASALAH?


Penyelesaian masalah dan teknik yang berkaitan dengannya adalah komponen
bebas ă iaitu domain penakulan, yang menggariskan pola-pola tingkah laku
yang boleh diguna kembali merentasi aplikasi (Fensel & Motta, 1997). Ini
bermakna penyelesaian masalah adalah satu siri teknik, melibatkan kedua-dua
aspek iaitu kognitif dan tingkah laku, yang boleh diaplikasi pada pelbagai
bidang untuk mendapatkan penyelesaian.

Woods dan rakan-rakan (1975) mencadangkan bahawa „penyelesaian masalah


adalah proses perolehan satu penyelesaian yang memuaskan bagi satu masalah
baharu atau satu masalah yang mana sebelum ini individu yang cuba
menyelesaikannya tidak pernah mengalaminya.‰

Secara keseluruhan, penyelesaian masalah melibatkan satu siri tahap yang


bermula daripada pengenal pastian satu masalah dan seterusnya membawa
kepada pembinaan satu penyelesaian. Penyelesaian masalah boleh dilihat sebagai

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENYELESAIAN MASALAH  5

satu proses berstruktur serta berorientasi terarah. Walau bagaimanapun, dalam


menentukan arah bagi penyelesaian, kita perlu mendefinisi masalah terlebih
dahulu, diikuti dengan matlamat yang diingini atau perubahan yang diperlukan.

1.2.1 Tahap-tahap dalam Penyelesaian Masalah


Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam bahagian terdahulu, untuk memahami
penyelesaian masalah dan memperbaiki keupayaan personal anda menyelesaikan
masalah dengan lebih baik, adalah penting untuk tidak melihat kepada produk
penyelesaian masalah tetapi melihat penyelesaian masalah sebagai satu proses
yang membawa satu hasil positif. Kepentingan pendekatan ini adalah kerana ia
menfokus pada proses mendapatkan penyelesaian, bukannya penyelesaian itu
sendiri. Ini bermakna penekanan yang lebih diberikan pada tahap-tahap dalam
mencapai penyelesaian daripada hasil terakhirnya. Dengan itu, adalah penting
kita memahami pelbagai tahap yang terlibat.

Empat tahap yang terlibat adalah:


(a) Mengecam dan mendefinisi satu masalah ă Satu masalah hanya boleh
diselesaikan apabila kewujudannya dicam. Walau bagaimanapun, dalam
sesetengah situasi, satu masalah hanya dicam apabila ia telah menjadi satu
perkara serius. Setelah pengecaman satu masalah, tindakan seterusnya
adalah mendefinisinya secara menyeluruh. Sesuatu masalah boleh dirujuk
sebagai masalah tertutup atau terbuka. Satu masalah tertutup melibatkan
kesemua keadaan di sekeliling penyimpangan daripada norma yang perlu
didefinisi. Di sebaliknya, satu masalah terbuka melibatkan pengenal
pastian dan pendefinisian objektif dan apa jua kekangan yang boleh
menghalang anda daripada mendapatkannya. Perbezaan utama antara
masalah tertutup dan terbuka dirumuskan dalam Jadual 1.1. Menganalisis
satu masalah secara menyeluruh adalah penting untuk memahami
sepenuhnya dan menghasilkan pelbagai penyelesaian yang boleh
membantu dalam mencapai matlamat anda. Mengenal pasti dan membawa
bersama maklumat yang berkaitan dan mempersembahkannya dengan
cara yang bermakna adalah satu komponen penting dalam menganalisa
satu masalah. Selain daripada itu, analisis juga membantu untuk membuat
keputusan tentang apakah penyelesaian yang terbaik, yang akhirnya
memudahkan dan mendorong anda dalam pencarian penyelesaian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


6  TOPIK 1 PENYELESAIAN MASALAH

Jadual 1.1: Perbezaan antara Masalah Tertutup dan Terbuka

Masalah Tertutup Masalah Terbuka


Peroleh satu atau sejumlah terhad Boleh diselesaikan dengan
kemungkinan penyelesaian menggunakan banyak metod berbeza
Menganalisisnya membantu dalam Menganalisisnya melibatkan pencarian
mengenal pasti semua sebab yang maklumat yang akan membantu
berkemungkinan dan memastikan mencadangkan satu senarai cara-cara
sebab atau halangan adalah benar, yang berkemungkinan untuk
sebelum mencari penyelesaian menyelesaikan masalah

(b) Mencari kemungkinan penyelesaian ă Secara umum, mengilhamkan


pelbagai tindakan untuk menyelesaikan satu masalah melibatkan
pencarian tindakan yang sesuai, mengenal pasti kekangan dan akhir sekali
bekerja ke arah mencapai matlamat. Adakalanya, perlu untuk menukar dan
menggabung idea menggunakan apa jua teknik kreatif yang ada bagi
menghasilkan satu penyelesaian. Lebih banyak idea untuk dipilih, semakin
tinggi kebarangkalian bagi memperoleh satu penyelesaian berkesan.
(c) Memilih penyelesaian terbaik ă Satu proses pembuatan keputusan yang
berasaskan satu perbandingan hasil berpotensi bagi penyelesaian alternatif.
Tahap ini melibatkan langkah-langkah berikut:
(i) Mengenal pasti ciri-ciri penyelesaian terbaik, termasuklah apa juga
halangan yang mungkin dihadapi;
(ii) Membuang penyelesaian yang tidak boleh mengatasi halangan;
(iii) Menilai penyelesaian yang masih ada; dan
(iv) Memilih satu keputusan untuk mengimplimentasi penyelesaian ini.

Adalah dipercayai bahawa satu masalah dianggap selesai apabila satu


penyelesaian telah diimplimentasikan. Walau bagaimanapun, dalam
sesetengah keadaan, penyelesaian yang dipilih perlu diterima atau
diperakui oleh individu lain supaya ia boleh diimplimentasi dan ini
mungkin melibatkan beberapa strategi menggalak.
(d) Melaksanakan penyelesaian ă Tiga langkah terlibat dalam tahap ini (sila lihat
Jadual 1.2):

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENYELESAIAN MASALAH  7

Jadual 1.2: Langkah-langkah Pelaksanaan Sesuatu Penyelesaian

Langkah-langkah Huraian
Merancang dan Melibatkan penyelesaian bagi kesemua usaha dan
menyediakan perancangan menyeluruh yang menghurai urutan
pelaksanaan tindakan yang perlu bagi memenuhi objektif, tempoh
penyelesaian. masa dan sumber yang diperlukan pada setiap tahap.
Mengambil tindakan Masalah atau bakal masalah perlu ditanggani secepat
sesuai dan memantau mungkin bagi memastikan semuanya berjalan lancar.
kesannya.
Menyemak semula Penting untuk mengagak efikasinya dalam
kejayaan mutlak bagi menyelesaikan masalah yang sama di masa hadapan
tindakan. dan memastikan masalah itu telah diselesaikan.

Bagi masalah-masalah terakhir-tertutup, penekanan adalah pada pendefinisian


dan penganalisaan masalah itu untuk menunjukkan sebab yang
berkemungkinan, manakala bagi masalah-masalah terakhir-terbuka, usaha yang
lebih diberikan kepada tahap perolehan idea untuk menghasilkan satu ruang
luas bagi kemungkinan penyelesaian diperlukan. Mungkin perlu untuk berpatah
balik dan mengadaptasi kerja yang telah dilakukan terdahulu, semasa dalam
mana-mana tahap dalam penyelesaian masalah.

SEMAK KENDIRI 1.1

1. Jelaskan empat tahap penyelesaian masalah.


2. Jelaskan secara ringkas perbezaan antara masalah terakhir-
terbuka dan terakhir-tertutup.

1.3 KEPENTINGAN MATLAMAT DALAM


PENYELESAIAN MASALAH
Penyelesaian masalah berpusat pada matlamat dan keadaan unggul yang
seseorang ingin capai. Selalunya, apabila satu matlamat dicapai, masalah
sepatutnya telah diselesaikan. Walau bagaimanapun, ini hanya akan berlaku jika
matlamat asal yang ditentukan adalah sesuai. Mendefinisi satu matlamat adalah
penting bagi menentukan betapa banyak satu masalah itu wujud atau sama ada
sudah terdapat satu masalah terlebih dahulu. Memang terdapat terlalu banyak
masalah yang perlu diselesaikan. Namun, jangan terlalu asyik dan cuba
menyelesaikan setiap masalah yang anda kenal pasti dan jangan membiarkan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


8  TOPIK 1 PENYELESAIAN MASALAH

orang lain menetapkan matlamat yang anda tidak terdaya mencapainya


(sebagaimana diilustrasikan dalam Rajah 1.3).

Rajah 1.3: Tetapkan matlamat yang kita mampu mencapai. Jangan cuba menyelesaikan
semua masalah sekali gus dan jangan biarkan orang lain yang menetapkan matlamat
yang kita tidak terdaya untuk mencapainya.

Robert (1998) dalam petikan berikut memberi satu contoh yang sangat baik bagi
mengilustrasi keperluan satu matlamat untuk membantu mengenal pasti sama
ada terdapatnya satu masalah:

Katakan anda baru sahaja membawa pizza pulang ke rumah daripada kedai
pizza dan ia mula sejuk.

Jika keadaan ideal anda adalah memakan pizza yang panas, maka anda
menghadapi satu masalah, oleh itu anda mendefinisinya sama ada sebagai
bagaimana hendak mengelak pizza daripada sejuk, bagaimana hendak
memanaskannya semula atau bagaimana hendak memakannya dengan cepat.
Sebaliknya, jika anda suka pizza yang tidak begitu panas, maka anda tidak
menghadapi masalah. Sama juga, jika rakan anda datang sejam kemudian dan
anda mempelawanya untuk memakan lebihan pizza, dan mendapati oven
anda tidak berfungsi, anda ada masalah: bagaimana hendak memanaskan
pizza. Tetapi jika rakan anda berkata, „Saya sangat suka pizza yang sejuk
berbanding dari yang panas,‰ anda tidak ada masalah.

Sumber: http://www. Virtualsalt.com/crebook3.htm

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENYELESAIAN MASALAH  9

Sebagaimana diilustrasikan dalam contoh tadi, bagi menentukan sama ada satu
masalah wujud, dan sejauh manakah ia wujud, anda perlu terlebih dahulu
mengambil kira:
(a) Matlamat anda; dan
(b) Keadaan semasa anda.

Matlamat perlu tercapai dalam had keupayaan anda dan peralatan yang anda
miliki. Ambil masa untuk berfikir tentang matlamat dan rancang strategi anda.
Ingat, gagal merancang adalah merancang untuk gagal.

Matlamat adalah tidak statik. Keutamaan anda akan bertukar sepanjang masa
begitu juga matlamat anda. Perubahan mungkin melibatkan sesuatu yang penting
seperti pemikiran semula tentang tujuan hidup atau ia mungkin perubahan kecil
pada belanjawan percutian anda. Apa jua perubahan, adalah penting anda
menyimpan masalah dan penyelesaian sejajar dengan matlamat anda.

1.4 GARIS PANDUAN UMUM BAGI


PENYELESAIAN MASALAH
Garis panduan ini bertujuan membantu anda menganalisis, mendefinisi dan
menyelesaikan masalah dalam cara teratur dan memberi struktur pada pelbagai
aktiviti masalah yang anda hadapi. Apabila mengguna garis panduan ini, adalah
penting untuk mengingat bahawa penyelesaian masalah tidak bergerak melalui
satu urutan langkah-langkah yang ditentukan terlebih dahulu pada setiap masa
serta ia bukan juga seharusnya linear. Sebaliknya, penyelesaian masalah adalah
satu proses berulang iaitu anda mesti pergi ke depan dan belakang secara
berterusan antara langkah-langkah dan mengulang beberapa langkah. Ini boleh
dilihat sebagai satu pusingan penyelesaian masalah (diilustrasi dalam Rajah 1.4)
yang mana setiap proses boleh masuk ke dalam proses lain melalui maklum
balas dan pembetulan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


10  TOPIK 1 PENYELESAIAN MASALAH

Rajah 1.4: Pusingan penyelesaian masalah. Perhatikan bagaimana penyelesaian masalah


merupakan proses yang berulang.

Bila mana kita menghadapi masalah, satu penyelesaian berkesan bagi masalah
boleh dibentuk melalui langkah-langkah berikut:
(a) Meneroka masalah;
(b) Membina matlamat realistik dan boleh tercapai;
(c) Peroleh idea-idea;
(d) Pilih idea-idea;
(e) Melaksana rancangan tindakan; dan
(f) Menilai dan tindakan susulan.

Langkah-langkah ini boleh dipecahkan setiap satu kepada langkah-langkah lebih


kecil untuk lebih memudahkan anda menjalankan proses penyelesaian masalah.
Langkah-langkah tersebut ditunjukkan dalam Rajah 1.5.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENYELESAIAN MASALAH  11

Rajah 1.5: Langkah-langkah dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusan

Kita akan melihat dengan lebih lanjut setiap langkah dalam bahagian-bahagian
berikut:

1.4.1 Meneroka Masalah


Ini adalah langkah pertama dalam proses penyelesaian masalah yang berkesan.
Masalah disiasat dan dipecah-pecahkan kepada sub-masalah; istilah didefinisi
dan sifat masalah ditentukan. Penyelidikan sepatutnya dilakukan untuk
menentukan sama ada masalah telah dihadapi pada masa lampau dan jika ya,
bagaimana ia diselesaikan sebelum ini.

Adalah ketara bahawa sifat masalah akan menentukan berapa banyak masa
diberi pada penerokaan masalah. Masalah mudah mungkin tidak memerlukan
penerokaan mendalam tetapi masalah kompleks mungkin memerlukan
penerokaan mendalam. Bandingkan, sebagai contoh, jumlah penerokaan yang
diperlukan bagi menentukan mengapa sebuah lampu kecil tidak berfungsi
dalam rumah anda dan mengapa sebuah kereta tidak berfungsi dengan baik.
Penerokaan masalah mungkin melibatkan beberapa langkah yang merangkumi:
(a) Pernyataan Masalah
(i) Apakah masalah itu?
 Adakah masalah itu bermulti-faset? Jika ya, apakah pelbagai
fasetnya atau aspeknya?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


12  TOPIK 1 PENYELESAIAN MASALAH

 Jika masalah diberikan pada anda oleh seseorang (individu atau


jabatan lain, contohnya), mungkin berguna untuk memperoleh
satu pernyataan asal tentang masalah tersebut sebagaimana ia
telah diberikan pada anda dan pernyataan baharu menyatakan
masalah itu dalam perkataan anda sendiri.
 Dalam mana-mana definisi atau pernyataan masalah, adalah
berguna untuk menyatakan apa yang bukan dan tiada kaitan
dengan masalah itu. Dengan berbuat demikian, anda akan
memperoleh idea yang lebih jelas tentang apa masalah itu.
(ii) Menyatakan semula secara berbeza
 Menyatakan masalah itu semula dalam cara yang sangat berbeza.
 Lakukan ini beberapa kali dengan cara yang berbeza.
 Ini membantu mengasingkan masalah sebenar daripada
pernyataan lisan kita tentangnya.
(iii) Lakukan satu pernyataan meluas tentang masalah
 Nyatakan masalah dalam bentuk abstrak, mungkin juga dengan
perspektif falsafah. Selalunya, bagaimana masalah itu
diperkatakan mencerminkan satu contoh spesifik tentang isu yang
lebih meluas. Dengan menyatakannya semula dalam istilah yang
lebih umum, seseorang berupaya untuk menentukan sama ada ia
benar atau tidak.
 Menggunakan pernyataan-pernyataan umum membolehkan isu-
isu yang mengelilingi masalah itu dihujahkan daripada perspektif
yang berbeza, mencadangkan penyelesaian yang mungkin tidak
diambil kira.
(b) Penjelasan Masalah
(i) Apakah istilah utama masalah?
 Guna perkataan yang sama maksudnya.
 Definisi istilah berulangan, membuatkannya lebih umum atau
lebih spesifik, sehingga masalah disebutkan dengan sebaik
mungkin.
 Dengan teknik ini, masalah dipecahkan kepada atributnya,
komponen dan ciri-ciri umum, supaya penyelesaian
berkemungkinan boleh menjadi lebih ketara.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENYELESAIAN MASALAH  13

 Apa sahaja yang tidak jelas atau tidak pasti tentang masalah mesti
dijelaskan. Adalah sesuatu yang biasa jika pernyataan masalah
adalah tidak jelas dan kabur, dan perlu diperincikan.
(ii) Apakah tanggapan yang dibuat tentang masalah? Dalam keadaan apa
penyelesaian itu memuaskan?
 Langkah ini melibatkan penyenaraian secara sedar kesemua
tanggapan yang boleh dikenal pasti. Senarai mesti neutral, tanpa
prejudis atau pertimbangan.
 Adalah penting apabila penyenaraian tanggapan dibuat, kita
menyenarai perkara yang ketara sebab selalunya perkara itulah
yang perlu ditukar.
 Kebanyakan tanggapan adalah perlu sementara yang lain tidak.
(iii) Dapatkan maklumat lanjut tentang masalah
 Dapatkan idea bagi menyelesaikan masalah dengan mencari
bagaimana masalah yang sama dihadapi atau diselesaikan pada
masa dahulu.
 Selalunya anda mungkin mendapat penyelesaian alternatif yang
pernah digunakan terdahulu untuk menyelesaikan masalah sama
yang dihadapi sekarang.
(c) Memberi sebab tentang masalah
(i) Jalankan aktiviti percambahan minda dengan orang lain tentang isu
di sekitar masalah tersebut:
 Sebutkannya dengan berhati-hati dan dengarkan penjelasan anda
sendiri; kemudian cuba bayangkan bagaimana orang lain
mungkin melihat masalah itu.
 Perbincangan mungkin membantu anda mencari satu
penyelesaian daripada orang lain yang pernah menghadapi
masalah sama atau memperoleh perspektif berbeza.
 Secara umum, apabila membincang masalah atau idea, dengar
pendapat anda dan juga orang lain.
(ii) Lihat masalah daripada perspektif berbeza
 Adakah masalah anda kelihatan berbeza pada orang lain?
Bagaimanakah isu yang anda anggap masalah kelihatan sama
apabila ia dilihat dari perspektif berbeza?
 Untuk mendapatkan perspektif terbaik, masalah sepatutnya
dilihat daripada kaca mata mereka yang menyebabkannya,
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
14  TOPIK 1 PENYELESAIAN MASALAH

mereka yang mengalaminya, mereka yang perlu


membetulkannya, mereka yang perlu menanggung beban dan
lain-lain lagi.
(iii) Menyoal satu siri penjelasan „Mengapa?‰
 Bertanya „Mengapa?‰ boleh menghasilkan satu tujuan yang sama
dengan memperluaskan definisi masalah, yang akan membawa
kepada cara baharu melihat masalah dan kemungkinan
penyelesaian.
 Anda boleh juga menyoal diri sendiri jika masalah itu adalah satu
simptom atau hasil daripada masalah lain. Misalnya, pada
pandangan pertama keluaran kereta berkualiti rendah nampak
seolah-olah sebagai satu masalah kawalan kualiti. Walau
bagaimanapun dengan satu analisis lebih mendalam, mungkin
menunjukkan ia adalah simptom satu masalah yang lebih besar,
seperti pengurusan yang tidak cekap, tabiat kerja buruk, alat ganti
dan peralatan yang tidak boleh dipercayai, mesin lama, penjagaan
tidak baik dan sebagainya.
(d) Letakkan masalah dalam konteks
(i) Apakah sejarah dan konteks sejarah masalah tersebut?
 Adalah membantu untuk mengetahui sejarah masalah tersebut.
Dengan mengetahui apa yang berjaya dan tidak berjaya pada
masa dahulu, anda boleh memberikan perhatian dan usaha pada
penyelesaian yang lebih berkemungkinan untuk berjaya.
 Walaupun masalah nampak seakan sama, konteks dalam mana
penyelesaian berkesan (atau tidak berkesan) pada masa lepas
akan meletakkan keadaan yang berbeza pada penyelesaian itu
sekarang.
(ii) Apakah persekitaran masalah?
 Apakah konteks yang mengelilingi masalah?
 Faktor apakah yang menyumbang kepada sebab masalah dan
menyebabkannya berterusan sebagai satu masalah?
 Dengan memahami faktor penyumbang atau penyebab masalah
berkekalan, anda akan berupaya mengambil langkah untuk
menghindar masalah daripada berlaku lagi.
(iii) Apakah keadaan yang mempengaruhi masalah?
 Adakah masalah dipengaruhi oleh keadaan tertentu?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENYELESAIAN MASALAH  15

 Adakah keadaan berbeza menjadikan masalah lebih teruk atau


lebih baik?
 Adakah dengan mengubah keadaan menghapuskan masalah?
(iv) Apakah halangannya?
 Halangan adalah kekangan yang wujud atau keperluan yang mesti
disediakan dalam menyelesaikan masalah. Ia adalah sebahagian
daripada kerangka penyelesaian yang perlu diingati. Maka adalah
penting untuk mengenal pasti halangan-halangan itu.
 Contoh halangan-halangan adalah seperti tanggungjawab
undang-undang, keperluan kontrak, keperihatinan persekitaran,
keadaan fizikal, pertimbangan kewangan dan belanjawan, faktor
luar kawalan anda dan sebagainya.

AKTIVITI 1.1

Kekangan masalah oleh belanjawan atau realiti perundangan sentiasa


dihadapi oleh kerajaan dan industri besar. Cuba anda fikirkan
beberapa contoh masalah kekangan dalam kehidupan benar? Dan cari
satu atau dua contoh dalam suratkhabar?

1.4.2 Bina Matlamat Anda


Sekarang, mari kita lihat pada langkah kedua penyelesaian masalah ă
menetapkan matlamat.
(a) Matlamat apa yang anda anggap sebagai ideal?
(i) Selalunya, kita hanya memilih satu penyelesaian yang cepat daripada
memikirkan apakah penyelesaian ideal bagi masalah tersebut.
(ii) Kita mungkin mengurangkan jangkaan atas sebab-sebab praktikal seperti
halangan-halangan yang telah dibincangkan di atas tetapi kita tidak perlu
melakukannya hingga kita telah menggambarkan senario ideal.
(iii) Kadangkala senario ideal, selepas dibincang dan dianalisis, mungkin
nampak lebih mudah dicapai daripada apa yang difikir dahulu.
(b) Bina matlamat realistik dan praktikal
(i) Untuk membolehkan matlamat diukur, ia mesti jelas, pasti dan tepat.
Satu senarai matlamat seumpama itu boleh digunakan untuk
memantau peningkatan usaha penyelesaian masalah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


16  TOPIK 1 PENYELESAIAN MASALAH

(ii) Menetapkan matlamat memberi hala tuju pada tugasan penyelesaian


masalah dan memberi penyelesai masalah satu objektif untuk dicapai.
(iii) Matlamat mesti realistik, kalau tidak sukar untuk mencapainya.
(iv) Cuba menjadi spesifik setakat mana yang boleh dalam menghuraikan
matlamat; teruskan mencuba jika matlamat anda masih kabur atau
tidak boleh dikuantifikasikan.

1.4.3 Dapatkan Idea


Bagi menyelesaikan masalah itu, kita perlu mendapatkan idea bagi mencari
kemungkinan penyelesaian. Perenggan berikutnya boleh memberi anda idea
tentang bagaimana untuk mencari kemungkinan penyelesaian.

Mendapatkan Idea bagi Kemungkinan Penyelesaian


(a) Baca, selidik, fikir, tanya soalan dan bincang.
Mula dengan mengumpul maklumat tentang masalah anda. Ini
merangkumi membaca, berbincang, percambahan minda, bertanya soalan
dan mencari pendapat. Jadilah individu yang ingin tahu, cari idea dan
belajar sebanyak mana yang anda boleh tentang masalah.
(b) Guna teknik mendapatkan idea seperti percambahan minda, secara paksa,
rangsangan rambang dan sebagainya (ini akan dibincang dengan lebih
lanjut dalam topik seterusnya).
Dapatkan kesemua jenis idea sebanyak mungkin. Ini akan memberi anda
satu koleksi besar idea yang mana anda boleh pilih, adaptasi atau gunakan
untuk merangsang idea lain.
(c) Luangkan masa bagi mengembangkan idea semasa pelbagai tahap
mendapatkan idea.
Kitaran utama kreativiti mempunyai beberapa tahap, iaitu:
(i) Persediaan: Pemikiran pertama, penyelidikan, belajar, bekerja;
(ii) Inkubasi: Masa untuk membenarkan pemikiran tidak sedar bekerja;
(iii) Celik akal: Memperoleh pengecaman satu laluan penyelesaian, juga
dikenali sebagai pengalaman atau detik eureka;
(iv) Implimentasi: Memperoleh dan melaksanakan penyelesaian; dan
(v) Penilaian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENYELESAIAN MASALAH  17

1.4.4 Pilih Idea Anda


Sekarang, berdasarkan idea yang telah ditemui, nilai dan pilih penyelesaian yang
terbaik.
(a) Nilai kemungkinan penyelesaian bagi memperoleh kejayaan
(i) Nilai idea dan kemungkinan penyelesaian yang telah anda
kumpulkan setakat ini.
(ii) Tetapkan satu lagi kemungkinan penyelesaian yang boleh
diimplimentasi („Rancangan B‰) jikalau rancangan utama anda tidak
berjaya.
(iii) Penilaian anda akan merangkumi pencarian penyelesaian yang paling
berkesan, efisyen (kos paling kurang, dari segi wang, masa etc.) dan
mempunyai kesan sampingan yang paling sedikit.
(iv) Bina satu susunan kemungkinan penyelesaian ikut keutamaan.
(b) Pilih Penyelesaian
(i) Pilih satu atau lebih penyelesaian untuk dicuba.
 Dari senarai penyelesaian yang telah disusun, pilih satu atau lebih
yang paling atas untuk dicuba. (Penyelesaian yang terpilih untuk
diimplimentasi tidak semestinya atau perlu yang paling atas
dalam susunan).
(ii) Benarkan orang lain melihat dan mengkritik penyelesaian yang anda
pilih dan mencadang pembaikan dan alternatif.
 Adalah penting untuk membenarkan orang lain mengkritik dan
menilai penyelesaian anda sebab anda akan ada peluang untuk
memperbaikinya.
 Jangan biarkan kritikan mempengaruhi keyakinan terhadap idea
yang anda percaya adalah baik, juga jangan resah dengan kritikan
yang menunjukkan kelemahan anda. Selalu bersedia untuk
menerima idea baharu.

1.4.5 Implimentasi Rancangan Tindakan Anda


Sebaik sahaja anda telah memilih satu penyelesaian, anda boleh
mengimplimentasi rancangan tindakan tersebut. Walau bagaimanapun, adalah
baik jika anda terlebih dahulu mencuba penyelesaian dan lakukan perubahan
yang perlu sebelum diimplimentasi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


18  TOPIK 1 PENYELESAIAN MASALAH

(a) Cuba penyelesaian


Eksperimen dengan idea; ujinya dengan sesuatu yang sangat sama dengan
senario kehidupan sebenar yang anda hadapi. Ini adalah penting
khususnya jika penyelesaian tersebut mungkin mempengaruhi kesihatan
atau hidup seseorang.
(b) Buat anggaran atau perubahan sebagaimana yang diperlukan semasa
implimentasi
(i) Selalu kekal fleksibel dalam fasa aplikasi. Secara praktikalnya setiap
penyelesaian perlu beberapa modifikasi apabila digunakan.
(ii) Ingat, matlamat adalah untuk menyelesaikan masalah, bukan untuk
mengimplimentasi penyelesaian; jangan terlalu mengharap agar
penyelesaian anda akan jadi seperti mana yang anda sarankan pada
permulaannya.

1.4.6 Nilai dan Tindakan Susulan


Sekarang, selepas anda telah melengkapi semua langkah terdahulu dalam
penyelesaian masalah, tibalah masanya untuk anda menilai sama ada langkah-
langkah yang telah anda ambil itu berkesan.
(a) Siasat sama ada penyelesaian berkesan dan sejauh mana keberkesanannya
(i) Adakah ia perlu dimodifikasi? Adakah penyelesaian lain perlu diuji?
Adakah perlu pendekatan lain?
(ii) Salah satu daripada kegagalan paling kerap dalam penyelesaian
masalah adalah kekurangan penilaian terhadap penyelesaian yang
diimplimentasi. Penyelesaian itu mungkin tidak berjaya atau tidak
berkesan langsung atau ia mungkin menyebabkan timbulnya masalah
lain semasa dalam proses itu.
(b) Jangan nilai secara mutlak (iaitu hanya kejayaan atau kegagalan sahaja)
(i) Perlu diingati bahawa kebanyakan penyelesaian adalah lebih baik
dihuraikan sebagai separa berjaya atau tidak berjaya, daripada
sejumlah kejayaan atau kegagalan sepenuhnya.
(ii) Dalam kebanyakan kes, satu jawapan yang tidak lengkap adalah lebih
baik daripada tiada jawapan langsung.

Seterusnya, mari kita belajar satu mekanisma popular dalam meneroka satu
masalah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENYELESAIAN MASALAH  19

1.5 ANALISIS AKAR UMBI


Analisis akar umbi atau root cause analysis (RCA) adalah satu teknik popular
dan kerap digunakan untuk membantu individu dalam mencari punca sesuatu
masalah. Secara asasnya, matlamat utama adalah menyiasat asal sesuatu masalah
itu, yang boleh dijalankan dengan menggunakan satu set langkah-langkah
khusus bersama dengan peralatan. Dengan mengenal pasti sebab utama
masalah, anda boleh menentukan apa yang telah berlaku, mengapa ia berlaku
dan juga mencari langkah yang sepatutnya diambil bagi mengelak ia berlaku
sekali lagi di masa hadapan. Tiga jenis punca sebab yang selalunya dilihat
merangkumi:
(a) Sebab fizikal ă Item yang konkrit atau benar, item kebendaan yang gagal
dalam cara tertentu
(b) Sebab manusia ă Satu kesilapan dilakukan oleh individu atau satu tugas
khusus yang tidak dilaksanakan secara betul oleh individu
(c) Sebab organisasi ă Satu sistem, proses atau polisi sikap yang diguna orang
untuk membuat keputusan

RCA telah didapati berkesan dalam penyiasatan pola-pola kesan negatif,


mengenal pasti kesilapan tersembunyi dalam sesuatu sistem tertentu dan juga
mencadangkan tindakan khusus yang boleh menyumbang pada masalah itu.
Maka RCA boleh diaplikasi pada semua jenis masalah asalkan seseorang
bersemangat untuk pergi jauh dalam siasatannya dengan satu pertimbangan
baik dan common sense. Langkah-langkah yang terlibat dalam proses RCA
merangkumi yang berikut:
(a) Mendefinisi masalah ă Dalam langkah ini anda memerhati apa yang
sedang berlaku dan pada masa yang sama mencari simptom-simptom
khusus.
(b) Mengumpul data ă Langkah ini adalah penting bagi membuktikan bahawa
masalah itu wujud atau masalah telah pun ada bagi satu tempoh masa dan
telah meyebabkan satu impak khusus. Dalam langkah ini, bantuan dari
individu-individu yang memahami situasi dan paling biasa dengan
masalah tersebut akan membantu anda dalam menanggani masalah
dengan lebih baik. CATWOE adalah satu alat berguna yang boleh
digunakan pada tahap ini supaya anda boleh melihat masalah dari
perspektif berbeza (pembeli, orang yang mengimplimentasi penyelesaian,
proses transformasi yang terlibat, pandangan hidup, tuan punya proses
dan kekangan persekitaran].
(c) Mengenal pasti faktor-faktor kemungkinan penyebab ă Tahap ini
membenarkan anda mengecam urutan peristiwa yang membawa kepada
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
20  TOPIK 1 PENYELESAIAN MASALAH

masalah, keadaan yang membenarkan masalah itu wujud dan masalah-


masalah lain yang mengelilingi kewujudan masalah utama. Fakta yang
paling penting adalah seseorang sepatutnya selalu mencari sebanyak
mungkin faktor penyebab.
(d) Mengenal pasti pangkal sebab ă Langkah ini dilaksanakan bagi
mendapatkan sebab di belakang kewujudan faktor penyebab dan
kewujudan masalah.
(e) Cadangan dan implimentasi penyelesaian ă Dalam langkah terakhir ini,
anda sepatutnya menyediakan idea bagi mengelak masalah daripada
berlaku lagi, perancangan dan implimentasi penyelesaian oleh individu
dan mengenal pasti risiko yang mungkin wujud dengan implimentasi
penyelesaian terpilih.

Anda digalakkan untuk merancang ke hadapan bagi meramal kesan


penyelesaian anda supaya potensi kegagalan dikenal pasti sebelum ia berlaku
menggunakan peralatan seperti Mod Kegagalan dan Analisis Kesan (FMEA),
Analisis Impak dan Kaizen.

1.6 KEKANGAN
Menurut Donner dan Wearing (1995) dan Funke (1991), sesetengah kekangan
yang dihadapi dalam menyelesaikan masalah yang sukar merangkumi:
(a) Kurang jelas tentang situasi ă Dalam hal ini, seseorang mungkin
menghadapi kesukaran dalam sama ada memulakan atau meneruskan
penyelesaian masalah.
(b) Polytely ă Ini merangkumi penyelesaian masalah yang dicirikan oleh
kehadiran beberapa matlamat atau pengakhiran.
(c) Kompleksiti ă Masalah dengan jumlah item yang banyak, saling berkaitan
dan keputusan
(d) Dinamik ă Masalah-masalah yang tidak boleh diselesaikan kerana
kerangka masa yang disediakan tidak cukup. Dalam sesetengah kes, masa
yang tepat yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah tidak boleh
dijangka.

Akhir sekali, kita akan meneroka istilah penyelesaian sekali lagi dan melihat
semula pada perancangan penyelesaian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENYELESAIAN MASALAH  21

1.7 APA ITU PENYELESAIAN?


Dalam kehidupan harian, pemahaman kita tentang penyelesaian masalah adalah
bermaksud menghapuskan masalah itu. Ini hanyalah satu pendekatan pada
penyelesaian masalah. Walau bagaimanapun terdapat masalah-masalah, yang
tidak dapat diselesaikan dengan mudah. Ini merangkumi perkara seperti bahan
buangan, kerosakan atau kehadiran penyakit. Kerap kali, masalah-masalah
seperti itu adalah berkaitan dengan hukum semulajadi dan adalah satu bahagian
dari keseluruhan kewujudan kita. Apabila berhadapan dengan masalah-masalah
tersebut, tugas utama kita adalah membuatkannya kurang mengganggu proses
mencapai matlamat kita. Bagi tujuan ini, Harris (1998) mendefinisi
„penyelesaian‰ sebagai pengurusan yang dibina untuk mengendali satu masalah
yang mencapai matlamat dengan jayanya. Harris (1998) meneruskan dengan
menjelaskan bahawa „kadangkala matlamat adalah untuk menghapus masalah
sama sekali; kadangkala matlamat hanya untuk mengendali kesan masalah.
Justeru, adalah penting untuk menyedari bahawa matlamat anda sebagai
penyelesai masalah akan dibentuk oleh pelbagai faktor yang merangkumi
kesungguhan, sumber, nilai dan jangkaan anda, juga kemungkinan yang
terkandung dalam masalah itu sendiri.

Masalah-masalah boleh diselesai dengan mengaplikasi dua pendekatan asas:


(a) Mengambil kira sebab atau sumber masalah; dan
(b) Mengambil kira kesan-kesan atau simptom-simptom masalah.

Harris (1998) dengan mudahnya menamakan pendekatan ini sebagai stop it dan
mop it, secara berturutan. Setiap satu dari pendekatan ini tidak mempunyai
bentuk asas.

1.7.1 Pendekatan Stop It


Apabila kita menggunakan pendekatan stop it, kita menguruskan masalah
sehingga ia tidak lagi wujud. Terdapat tiga cara masalah itu mungkin boleh
diurus:
(a) Mengelak masalah;
(b) Menghapus masalah; dan
(c) Mengurang masalah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


22  TOPIK 1 PENYELESAIAN MASALAH

(a) Mengelak masalah


(i) Mengelak masalah daripada terjadi (atau terjadi semula) pada
mulanya adalah mungkin penyelesaian yang ideal.
(ii) Ini kerap kali dilakukan dengan mengendali apa jua tugas dengan
tujuan memperoleh kualiti terhebat, dengan tidak mengambil kira kos
atau masa
(iii) Pendekatan mengelak kerap kali sukar untuk diaplikasi sebab ia
memerlukan celik akal yang boleh meramal (kebolehan untuk melihat
masalah sebelum ia berlaku).
(iv) Walau bagaimanapun, kebanyakan masalah seolah-olah tidak boleh
dijangka.
(v) Dengan mengelak perselisihan faham, keperluan bagi mengawal
kerosakan dan pengurusan emosi boleh dielakkan.
(b) Menghapus masalah
(i) Cara terbaik bagi mengendali satu masalah adalah menghapusnya.
(ii) Tidak terdapat kejadian masalah timbul semula jika penghapusan
dilakukan dengan betul.
(iii) Anda sepatutnya selalu mengambil kira penyelesaian dengan cara
penghapusan sebagai kemungkinan penyelesaian.
(iv) Walau bagaimanapun penyelesaian dengan cara penghapusan
mungkin tidak selalu boleh dicapai. Sebagai contoh, masalah AIDS
mungkin diselesaikan dengan menghapuskan tingkah laku-tingkah
laku sosial yang tidak diingini, seperti kegiatan seksual dan
penggunaan dadah. Pihak-pihak berminat dijangka menolak
implimentasi penyelesaian tersebut. Oleh itu, pendekatan mop it
adalah pendekatan yang selalu diambil bagi menyelesai masalah
AIDS.
(c) Mengurang masalah
(i) Terdapat masalah-masalah, seperti penghasilan sampah, yang tidak
boleh dihapuskan sama sekali. Apabila berhadapan dengan situasi
tersebut, mengurangkan masalah boleh terbukti sangat berkesan.
(ii) Kita boleh mengurangkan impak apa sahaja masalah dengan
mengurangkan saiznya. Satu contoh kehidupan sebenar adalah
pendekatan semasa yang diambil pada kemasukan dadah haram ke
dalam banyak negara. Kebanyakan kerajaan menggunakan strategi
pengurangan bagi mendekati masalah dadah tersebut. Pengaliran
kemasukan dadah tidak boleh dihapuskan selagi permintaan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENYELESAIAN MASALAH  23

berterusan, maka pihak berkuasa cuba mengurangkan sebanyak


mungkin laluan kemasukan, orang tengah mengendali dadah di
jalanan dan jumlah pengguna.

1.7.2 Pendekatan Mop It


Pendekatan mop it lebih memfokus pada kesan masalah daripada masalah itu
sendiri. Terdapat tiga bentuk pendekatan mop it:
 Merawat masalah;
 Mengarah semula masalah; dan
 Bertolak ansur dengan masalah.
(a) Merawat masalah
(i) Dalam bentuk ini, kerosakan disebabkan oleh masalah diperbaiki
atau dirawat.
(ii) Perhatian, walau bagaimanapun, dengan dirinya sendiri,
penyelesaian dengan cara „merawatnya‰ tidak akan berkesan seperti
beberapa bentuk penyelesaian stop it.
(b) Mengalih masalah
(i) Dalam pendekatan ini, masalah itu ditukar arah, sama ada secara
fizikal dengan mengalihnya kepada kawasan lain (satu penyelesaian
biasa dalam masalah sampah) atau menangguh penyelesaiannya
dengan mendefinisi semula sebagai bukan satu masalah.
(ii) Ingat bahawa sesuatu masalah dianggap masalah hanya bila
seseorang mendefinisinya sebegitu.
(c) Bertolak ansur dengan masalah
Kesan-kesan masalah dihadapi dengan sifat toleransi. Sama ada ini
merupakan penyelesaian masalah boleh dipertikaikan. Dalam senario
sebegini, kesan-kesan masalah diambil mudah dan dihadapi sahaja tanpa
mengambil sebarang tindakan.

Pendekatan terbaik ialah pendekatan stop it. Walau bagaimanapun, ini tidaklah
seharusnya betul dalam semua kes, dan mungkin satu-satunya penyelesaian
untuk suatu masalah adalah mop it. Namun begitu, satu penyelesaian masalah
yang berkesan akan selalu mengambil kira penyelesaian stop it sebelum
meneroka alternatif mop it. Adalah juga penting masalah yang perlu
diselesaikan mengambil kira punca ia berlaku dan bukan hanya menfokus pada
simptom-simptom.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


24  TOPIK 1 PENYELESAIAN MASALAH

1.8 MENGENAL PASTI PENYELESAIAN YANG


MUNGKIN
Adalah dipercayai bahawa „cara terbaik untuk mendapat satu idea yang bagus
adalah dengan memperoleh banyak idea‰. Maka, mengenal pasti kemungkinan
penyelesaian untuk masalah tertentu juga dikenali sebagai mencari
„penyelesaian pilihan‰. Ini ialah kerana objektif utama adalah untuk
menyelesaikan senarai semua kemungkinan alternatif bagi masalah tersebut.
Pelbagai kemungkinan penyelesaian boleh didapati menggunakan pelbagai
teknik kreatif.

Cara terbaik adalah mengambil kira pendapat daripada satu kumpulan. Setiap
ahli kumpulan mesti menyumbang satu atau lebih cadangan supaya semua idea
diambil kira. Ini penting sebab apabila semua pandangan ahli diambil kira secara
menyeluruh oleh kumpulan, maka ahli-ahli akan merasakan mereka juga
memberi sumbangan secara langsung dalam proses membuat keputusan. Lama
kelamaan, ini boleh membantu kumpulan untuk memperoleh satu persetujuan
dalam proses membuat keputusan.

1.9 MERANCANG PENYELESAIAN


Kerap kali adalah penting untuk merancang sebelum anda boleh meneruskan
penyelesaiannya atau memilih alat yang paling sesuai untuknya.
Merancang pendekatan penyelesaian boleh didekati dengan cara berikut:
(a) Mendefinisi empat atau lima sebab utama masalah, diikuti dengan
mengenal pasti intervensi yang perlu untuk menyelesaikannya.
(b) Mungkin terdapat beberapa alternatif dan yang terbaik bergantung pada
kos, keberkesanan dan tenaga yang memihak atau menghalangnya.
(c) Anda boleh menentukan pendekatan terbaik dengan cara berikut:
(i) Tulis dengan jelas apa yang anda harapkan sebagai hasil
(ii) Nilai kemungkinan-kemungkinan alternatif. Adakah alternatif boleh
dilaksanakan, praktikal dan boleh didapati? Teknik berikut akan
membantu:
 Dapatkan idea dengan percambahan minda.
 Kenal pasti bagaimana tenaga boleh mempengaruhi daya maju
alternatif dengan menggunakan analisis ruang tenaga.
 Kenal pasti dan meneroka kekuatan, kelemahan, peluang dan
ancaman alternatif penyelesaian menggunakan analisis SWOT.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENYELESAIAN MASALAH  25

 Buat penanda aras antara proses pilihan anda dengan organisasi


lain yang sama dan cari peluang belajar.
(iii) Ikut proses analisis untuk penyelesaian berdasarkan faktor paling
penting menyebabkan masalah:
 Banding keberkesanan dan daya maju alternatif penyelesaian
dengan menggunakan matriks keutamaan.
 Bagi strategi terpilih, guna carta aliran hierarki untuk menentukan
aktiviti mana fokus utama dan apakah turutan kronologi
pelaksanaannya.
(iv) Sebagai sebahagian daripada perancangan implimentasi anda, guna
matriks program untuk mendefinisi matlamat dan sumber (manusia,
material, kewangan, masa) yang anda perlu.

Teknik-teknik ini akan diteroka sekali lagi dalam topik-topik seterusnya.

1.10 MENGAMBIL TANGGUNGJAWAB


Akhir sekali, adalah penting untuk bertanggungjawab terhadap masalah jika kita
mahukan perubahan konstruktif pada situasi. Apabila kita memesongkan
tentang orang yang bertanggung jawab dan menyalahkan hanya keadaan luaran
bagi masalah yang kita hadapi, ia boleh membawa kepada perasaan tidak
berdaya yang akan melemahkan keupayaan kita untuk mencari jalan keluar
daripada masalah.

„Lokus kawalan luaran‰ merujuk kepada seseorang yang percaya masalah


adalah disebabkan dan ditentukan oleh rangsangan luaran, bukan daripada
kawalan personalnya dan tiada apa yang boleh dilakukannya untuk menukar
situasi. Set minda ini boleh menjadi tidak sihat dalam konteks pemikiran positif.
Kita tidak sepatutnya mengalah dengan kepercayaan bahawa kuasa luar
daripada diri kita mempengaruhi keupayaan kita untuk berjaya.

 Satu masalah wujud apabila terdapat ketidak padanan antara apa yang
sebenarnya berlaku dengan apa yang kita mahu atau jangkakan akan
berlaku.

 Satu masalah boleh dilihat sebagai satu peluang untuk pembaikan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


26  TOPIK 1 PENYELESAIAN MASALAH

 Penyelesaian masalah adalah proses perolehan penyelesaian yang


memuaskan, sebaik-baiknya dalam cara yang tidak disangka.

 Penyelesaian masalah boleh dilihat sebagai satu struktur atau arah. Tahap-
tahap dalam penyelesaian masalah adalah:
- Mengecam dan mendefinisi satu masalah;
- Mencari kemungkinan penyelesaian;
- Memilih penyelesaian terbaik; dan
- Mengimplimentasi penyelesaian.

 Mendefinisi satu matlamat adalah penting dalam menentukan kewujudan


masalah dengan langkah-langkah berikut:
- Meneroka masalah;
- Membina matlamat;
- Peroleh ide;
- Pilih ide;
- Implimentasi; dan
- Nilai atau tindakan susulan.

 Analisis Akar Umbi (RCA) melibatkan proses-proses berikut:


- Mendefinisi masalah;
- Mengumpul data;
- Mengenal pasti faktor kemungkinan penyebab atau punca; dan
- Cadangan dan implimentasi penyelesaian.

 Kekangan dihadapi dalam penyelesaian masalah merangkumi kekurangan


kejelasan, polytely, kompleksiti dan dinamik.

 Dua pendekatan asas bagi menyelesaikan masalah adalah mengatasinya dari


punca atau mengatasi simptom-simptomnya atau kesan.

 Adalah penting untuk merancang penyelesaian bagi masalah sebelum


meneruskan kepada proses sebenar menyelesaikannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENYELESAIAN MASALAH  27

Analisis Akar Umbi Masalah tertutup


Analisis SWOT Pendekatan Mop it
Berfikir luar kotak Pendekatan Stop it
Lokus Kawalan Luaran Pusingan Penyelesaian Masalah
Masalah terbuka

1. Berdasarkan pemahaman anda, jelaskan apa itu masalah?


2. Sesuatu masalah boleh dilihat sebagai satu peluang untuk pembaikan dan
satu kayu ukur menunjukkan perbezaan antara keadaan semasa dan
keadaan ideal anda. Bolehkah anda huraikan kedua-dua keadaan ini?
3. Huraikan proses penyelesaian masalah.
4. Jelaskan dengan ringkas langkah-langkah yang terlibat dalam
mengimplimentasi penyelesaian kepada masalah.
5. Penyelesaian masalah berpusat pada pemikirkan tentang keadaan ideal
yang seseorang ingin capai. Bagaimana penetapan matlamat berguna
dalam mempertingkatkan proses penyelesaian masalah?
6. Apabila menghadapi masalah, satu penyelesaian berkesan boleh dibina
dengan langkah-langkah berikut:
(a) Meneroka masalah;
(b) Membina matlamat;
(c) Peroleh ide;
(d) Pilih ide;
(e) Implimentasi; dan
(f) Nilai atau tindakan susulan.

Jelaskan dengan ringkas proses-proses terlibat dalam setiap langkah-


langkah ini.
7. Apakah tiga jenis sebab yang selalunya dilihat dalam teknik Analisis Akar
Umbi?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


28  TOPIK 1 PENYELESAIAN MASALAH

8. Senaraikan kekangan umum yang dihadapi dalam masalah sukar.


9. Terdapat dua pendekatan asas menyelesaikan masalah:
(a) Di mana sebab atau sumber masalah itu ditangani;
(b) Di mana kesan atau simptom masalah ditangani.

Bolehkan anda jelaskan pendekatan-pendekatan ini?


10. Huraikan dengan ringkas bagaimana menggunakan pendekatan Analisis
SWOT dalam perancangan penyelesaian.

Adair, J. (2010). Decision making and problem solving strategies: Learn key
problem solving strategies; Sharpen your creative thinking strategies; Make
effective decisions. (2nd ed.). London, UK: Kogan Page.

Bedell, J. R., & Lennox, S. S. (1997). Handbook for communication and problem
solving skills training: A cognitive-behavioural approach. (1st ed.). Canada:
John Wiley and Sons.

Dörner, D., & Wearing, A. (1995). Complex problem solving: Toward a


(computer-simulated) theory. In P. A. Frensch & J. Funke (Eds.), Complex
problem solving: The European Perspective (pp. 65-99). Hillsdale, NJ:
Lawrence Erlbaum Associates.

Fensel, D., & Motta, E. (2001). Structured development of problem solving


methods. IEEE Transactions on Knowledge and Data Engineering. (913-
932). Retrieved from http://people.kmi.open.ac.uk/motta

Funke, J. (1991). Solving complex problems: Human identification and control of


complex systems. In R. J. Sternberg & P. A. Frensch (Eds.), Complex problem
solving: Principles and mechanisms (pp. 185-222). Hillsdale, NJ: Lawrence
Erlbaum Associates.

Harris, R. (1998). Introduction to problem solving. Retrieved August 2008 from


http://www.virtualsalt.com/crebook3.htm

Sternberg, R.J. (1998). Thinking and problem solving (Handbook of Perception


and Cognition). (2nd ed). San Diego, California: Academic Press.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENYELESAIAN MASALAH  29

Woods, D. R. (1975). Teaching problem-solving skills. Engineering Education, 66


(3), 238-243.

Woods, D. R. (1980). Problem solving workshop. Annual Conference of American


Society for Engineering Education. University of Massachusetts, Amherst.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Penyelidikan
2 Mengenai
Pemikiran dan
Penyelesaian
Masalah
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan anteseden utama sains psikologi;
2. Menjelaskan psikologi pemikiran;
3. Mengenal pasti pelbagai konsep penyelesaian masalah;
4. Membincangkan penyelidikan yang dijalankan dalam penyelesaian
masalah dan penaakulan; dan
5. Menjelaskan transisi ke era kognitif baharu.

 PENGENALAN
Perwakilan mental dan komputasi mental adalah dua isu utama yang
mencirikan psikologi moden. Kebanyakan individu merasakan bahawa
pemikiran adalah berkaitan dengan sesuatu aspek dalaman atau kognitif,
bukannya tingkah laku sahaja. Dalam kata lain, berfikir adalah sesuatu yang
berlaku secara tersirat; maka, kita tidak boleh membuat pemerhatian secara
langsung terhadapnya. Pemikiran tentang berfikir bermula sejak zaman ahli

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN  31
MASALAH

falsafah kuno lagi seperti Aristotle. Kita akan mendapati sesetengah teori moden
tentang berfikir dalam topik ini. Kita juga akan meneroka lebih jauh tentang
penyelidikan mengenai proses berfikir berkaitan dengan penyelesaian masalah
dan penaakulan.

2.1 ANTESEDEN UTAMA SAINS PSIKOLOGI


Pemikiran yang dibuat terhadap versi dunia luaran dikenali sebagai perwakilan
yang wujud dalam otak manusia. Pemikiran juga melibatkan proses-proses
memodifikasi atau mempertingkatkan perwakilan ini, yang mana adalah aspek
fungsi atau komputasi pemikiran. Menurut Dellarosa (1988), sejak dahulu lagi
usaha-usaha terawal memahami pemikiran manusia dalam bidang falsafah dan
domain-domain persoalan lain, telah menitikberatkan pada salah satu atau
kedua-dua isu perwakilan dan komputasi ini.

AKTIVITI 2.1

Rutin berfikir merupakan alat berguna dalam menjadikan berfikir satu


proses yang boleh diperhatikan. Satu rutin berfikir yang kita temui
berguna dalam banyak keadaan melibatkan dua persoalan utama: „Apa
yang berlaku di sini?‰ dan „ Apa anda nampak yang membuatkan anda
berkata begitu?‰ Bincangkan dua persoalan utama ini di dalam kelas.

2.1.1 Assosiasinisme

Rajah 2.1: John Locke


Sumber: http://www.philosophypages.com/ph/lock.htm

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


32  TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN
MASALAH

Assosiasinisme adalah gerakan pertama dalam sains dan falsafah untuk


menghuraikan secara formal masalah perwakilan dan komputasi yang bermula
sejak Aristotle, yang menyatakan bahawa dunia ini diwakili dalam diri kita, dan
tingkah laku kita diarah oleh perkaitan yang terbentuk dalam kalangan idea-idea
ini. John Locke (Rajah 2.1), seorang ahli falsafah Inggeris yang mencirikan
psikologi sebagai kajian kehidupan mental, menyatakan minda mewakili dunia
sebagai satu rangkaian idea-idea, yang saling berkaitan dengan yang lain melalui
pengalaman. Satu idea boleh didefinisikan sebagai unit perwakilan pemikiran
manusia yang terkecil yang mewakili makna, pengetahuan dan abstraksi. Apa
sahaja yang boleh difahami oleh minda manusia adalah diwakili oleh satu set
idea-idea kompleks yang boleh dianalisis kepada komponen elemen idea. Locke
meneruskan dengan berkata bahawa idea-idea bukannya datang secara semula
jadi atau diwarisi, sebaliknya dibina daripada pengalaman (Boring, 1950). Locke
menyatakan bahawa minda manusia tanpa pengalaman boleh diumpamakan
sebagai sehelai kain putih; maka pengalaman mesej pada kain ini dan
meninggalkan tanda yang diterjemahkan kepada idea-idea.

Idea-idea kompleks adalah hasil daripada ikatan dan kaitan idea-idea mudah.
Tahap kerumitan dan perkaitan antara idea dibentuk dari zaman kanak-kanak ke
zaman dewasa melalui pengalaman. Dua sumber eksperimental idea-idea
mudah adalah pancaindera kita yang merasa perubahan dalam persekitaran dan
minda itu sendiri, melalui refleksi terhadap aktivitinya sendiri. Maka, minda
berupaya untuk sedar tentang subjek dan prosesnya sendiri; satu fenomena yang
dipanggil introspeksi. Berdasarkan pada kenyataan bahawa minda adalah secara
asas berdikari daripada tingkah laku ketara, keupayaan individu untuk
menjelaskan adalah satu-satunya cara aktivitinya boleh diketahui. Sekali lagi, hal
ini mengandaikannya itu satu tahap kesedaran tentang perwakilan mental
dan/atau komputasi.

Prinsip-prinsip di sebalik perkaitan idea-idea dan tetap utuh sehingga ke hari ini
termasuklah:
(a) Kontiguiti ă dua idea yang berlaku secara serentak dari segi masa atau
ruang berkemungkinan berkaitan atau berhubung antara satu sama lain;
(b) Persamaan ă makin tinggi darjah kesamaan antara dua idea, makin besar
kebarangkalian mereka adalah berhubungan; dan
(c) Ulangan ă makin kerap dua idea wujud bersama, makin besar kekuatan
perkaitan mereka.

Ahli falsafah British, James Mill dan anaknya John Stuart Mill, membezakan
antara sensasi dan idea sebagai kelas asas elemen-elemen dalam minda. Menurut
mereka, sensasi adalah elemen utama fikiran sedar yang mana idea, iaitu
abstraksi tulen, dikeluarkan. Mereka membina kriteria kekuatan yang
merangkumi:
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN  33
MASALAH

(a) Ketetapan ă lebih tegar sesuatu perkaitan sepanjang masa, lebih besar
kekuatan permulaannya;
(b) Kepastian ă lebih yakin seorang individu dengan perkaitan, lebih besar
kekuatan; dan
(c) Kemudahan ă lebih besar kelajuan dan kemudahan dari mana perkaitan itu
datang, lebih besar kekuatannya.

2.1.2 Fakulti Minda


Menurut Sekolah Falsafah Scottish (Boring, 1950), minda bukanlah satu set idea
atau perwakilan dunia tetapi satu set fakulti, kuasa atau keupayaan komputasi
yang beroperasi terhadap sensasi yang mendatang. Perselisihan utama mereka
tentang perkaitan adalah kepentingannya terhadap elemen-elemen asas, yang
mana antara lain, kelihatan seperti bertentangan dengan pendapat agama
konvensional pada masa itu tentang kesatuan minda dan roh.

Walau bagaimanapun, lama kelamaan, psikologi semakin cenderung kepada


Perkaitan. Thomas Brown menyarankan bahawa adalah perlu untuk
mengemuka prinsip-prinsip perkaitan atau perwakilan, bersama fakulti-fakulti
untuk memberikan penjelasan berkenaan siri pemikiran yang tipikal dengan
kehidupan mental. Brown menyarankan satu siri hukum sebagai panduan bagi
proses-proses perkaitan dan menjelaskan perbezaan jitu dalam kalangan idea-
idea seperti frekuensi relatif, kebaruan dan keterangan.

SEMAK KENDIRI 2.1

Aristotle telah memperkenalkan satu lagi prinsip untuk mengawal


perkaitan idea-idea yang dikenali sebagai „The Law of Contrast‰.
Apakah yang anda faham tentang teori ini?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


34  TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN
MASALAH

AKTIVITI 2.2

Brown telah memperluaskan prinsip-prinsip Perkaitan dan dengan itu


menjadi orang pertama mengenal pasti hukum-hukum sekunder
Perkaitan. Hukum-hukum utama bertanggungjawab mengubah idea-
idea mudah kepada idea-idea kompleks. Hukum-hukum sekunder,
walau bagaimanapun, menjelaskan mengapa satu perkaitan boleh
menjadi lebih kuat daripada yang lain. Jalankan satu pencarian dalam
Internet tentang enam hukum sekunder perkaitan ini.

2.2 PSIKOLOGI PEMIKIRAN


Umumnya, ahli-ahli psikologi awal Amerika lebih mementingkan „mengapa‰
dan „bagaimana‰ fikiran sedar dan tingkah laku berlaku daripada „apa‰
kandungannya. Kepentingan terletak pada kesignifikanan fungsi minda,
peranannya dalam adaptasi organisme dengan persekitaran, dan sifat-sifatnya
sebagai satu mekanisme yang mengawal tingkah laku manusia.

2.2.1 William James


Seorang ahli teori dan seorang penyusun yang mempunyai kedudukan penting
dalam psikologi telah diperkenalkan dalam satu buku klasik bertajuk Principles
of Psychology (1890). Menurut James, minda manusia boleh dihuraikan sebagai
satu susunan fungsi-fungsi dan fikiran sedar sebagai satu aliran dinamik
peristiwa-peristiwa yang berinteraksi. Beliau menyifatkan psikologi sebagai satu
kajian proses adaptif. Sebagai seorang yang mempercayai pada yang praktikal,
beliau cuba menjelaskan kedua-dua tingkah laku dan fikiran sedar melalui
konsep minda sebagai satu organ quasi-biologikal yang fungsinya boleh
digunakan untuk adaptasi persekitaran. Selain daripada kerumitan, abstraksi
dan kompleksiti yang tinggi, minda adalah hampir sama dengan struktur tubuh
lain seperti jantung dan paru-paru. Tambahan lagi, menurut James, minda juga
telah berkembang dalam manusia sehingga fungsinya lebih versatil dan pervasif
berbanding organ-organ yang lain.

2.2.2 Fungsionalisme
Fungsionalisme menfokus pada fikiran sedar dan Elementisme, dan dipimpin
oleh William James dan John Dewey. Prinsip-prinsip James adalah asas kepada

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN  35
MASALAH

Fungsionalisme, namun, ia dipertingkatkan dengan penanggapan dan


pemerhatian oleh Dewey dan lain-lain.
(a) Kesignifikanan Fikiran Sedar
Walaupun kepentingan fikiran sedar tidak disangkal oleh ahli fungsionalis,
namun mereka tidak bersetuju bahawa ia merupakan masalah utama
dalam bidang psikologi. Fikiran sedar dianggap oleh ahli fungsionalis
sebagai pengantara dan proses-proses simbolik.
(b) Teori Pemikiran Dewey
Dewey (1910) mendefinisi pemikiran sebagai satu proses pelbagai tahap
dan berorientasi matlamat yang mempunyai ciri-ciri berikut:
(i) Pengecaman satu masalah, atau satu „kesulitan yang dirasai‰;
(ii) Lokasi dan definisi masalah serta pengasingan sifat-sifatnya;
(iii) Formulasi kemungkinan penyelesaian alternatif ;
(iv) Memikirkan atau menakul melalui pelbagai kemungkinan untuk
menentukan pilihan penyelesaian yang paling berkemungkinan; dan
(v) Menguji kemungkinan penyelesaian yang dipilih.

Satu analisis menyerupai tahap pemikiran telah dimurnikan oleh Graham Wallas
berdasarkan pada satu tinjauan bukti anekdotal tentang proses-proses simbolik
ahli-ahli saintis kreatif. Empat tahap tindakan kreatif merangkumi:
(i) Persediaan ă pengumpulan dan penyusunan maklumat masalah relevan;
(ii) Inkubasi ă tempoh renungan;
(iii) Iluminasi atau penanggapan ă konsepsi satu penyelesaian; dan
(iv) Pengesahan ă proses memastikan penyelesaian adalah berkesan.

2.2.3 Fungsionalisme yang Kemudian


Menurut kajian-kajian yang dijalankan oleh Thorndike (1898), pembelajaran dan
penyelesaian masalah adalah, umumnya, proses beransur-ansur berdasarkan
pada peningkatan kekuatan perkaitan antara situasi rangsangan dan
kemungkinan respons tertentu. Hukum Pengulangan atau Latihan dan Hukum
Akibat menguatkan perkaitan antara rangsangan dengan tindak balas.

Hukum Akibat yang hampir sama dengan prinsip Peneguhan Moden


menyatakan bahawa satu tindakan atau respons yang diikuti dengan satu
keadaan yang menyenangkan lazimnya dikaitkan dengan situasi rangsangan
yang meninggalkan kesan pada masa ia berlaku. Sebaliknya, perkaitan antara
satu respons yang diikuti oleh satu keadaan yang tidak menyenangkan dan
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
36  TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN
MASALAH

rangsangan yang wujud biasanya menjadi lemah. Berdasarkan pada hakikat


bahawa data eksperimen kedua-dua subjek manusia dan haiwan adalah sama,
Thorndike menyatakan bahawa respons-respons adalah berhubung secara
langsung pada situasi rangsangan sebagaimana ia dikesan oleh subjek.

2.2.4 Behaviorisme
Sistem yang diperkenalkan oleh Watson (1924), yang dikenali sebagai
Behaviorisme, meletakkan tingkah laku atau prestasi sebagai tumpuan perhatian;
membuatkannya elemen yang asas dalam psikologi. Menurut ahli behavioris,
tidak ada gunanya untuk cuba memahami fikiran sedar yang tidak boleh dicapai
dan mungkin tidak wujud apabila data psikologi yang sebenar adalah terbuka,
boleh diperhatikan dan tersedia untuk diukur secara langsung. Hukum Akibat:
Teori Pengelakan Kesakitan berlawanan dengan Teori Keseronokan telah
dikemukakan oleh Edward L. Thorndike (Rajah 2.2) yang mencadangkan
bahawa tingkah laku yang memberikan hasil menyeronokkan, mempunyai
kecenderungan diulangi; manakala tingkah laku yang membawa akibat yang
tidak menyeronokkan, tidak akan diulangi.

Rajah 2.2: Edward L. Thorndike


Sumber:http://www-distance.syr.edu/pvitaelt.html

Watson berpendapat bahawa keadaan dan proses fikiran sedar yang dirujuk
adalah tidak penting bagi ahli psikologi, mereka hanya berminat untuk
mengetahui tentang prestasi yang biasa dilakukan.

Watson terus menambah bahawa kita akhirnya patut mengetahui bahawa apa
yang lazminya dianggap mentalistik adalah sebenarnya aktiviti motor yang tidak
diluahkan atau yang kecil, kebanyakannya dalam bentuk mekanisme suara.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN  37
MASALAH

Perkataan, juga dikenali sebagai simbol, adalah respons yang kita telah pelajari
untuk diaplikasi pada objek dan peristiwa dalam persekitaran.

Seseorang boleh memikirkan objek-objek atau peristiwa-peristiwa ini dari segi


pasangan lisannya. Apabila kita „berfikir pada diri sendiri‰ tentang mereka, kita
pada dasarnya memendam respons lisan yang ketara untuk menamakan
sehingga ke tahap ia menjadi sukar atau tidak mungkin untuk orang lain
mengetahuinya. Walau bagaimanpun, dengan alat rakaman dan pengukuran
yang sensitif dan sesuai, kita patut menjumpai bukti tentang mereka dalam
pergerakan kecil anak tekak. Maka, berfikir adalah sebenarnya pertuturan di
bawah tahap yang boleh didengari atau apa yang dikenali sebagai teori motor
berfikir, yang memberi penekanan pada perubahan muskular atau glandular dan
bukannya pada perubahan idea.

Dapatan daripada kajian Jacobson (1930) menunjukkan bahawa pola-pola aktiviti


muskular tertentu mengiringi dan berkorelasi dengan kandungan proses
pemikiran. Tambahan lagi, Freeman (1931) melaporkan bahawa aktiviti-aktiviti
mental asas boleh dibantu dengan mendorong satu peningkatan dalam nada
muskular biasa dalam subjek. Ini membawa kepada kesimpulan bahawa
terdapat korelasi antara pergerakan muskular (terutamanya vokal) dengan
pemikiran.

Dalam kata lain, mungkin juga aktiviti mental bergantung pada nada muskular
tertentu. Walau bagaimanapun, tiada bukti yang cukup untuk meyakinkan
semua ahli psikologi bahawa pemikiran dan tindakan adalah sama atau
pemikiran boleh diwakili oleh pola-pola aktiviti periferal.

2.2.5 Psikologi Gestalt


Gestalt adalah satu perkataan Jerman yang bermaksud „keseluruhan
berorganisasi‰ atau „konfigurasi‰. Para pengikut psikologi ini merasakan
bahawa pengalaman psikologikal adalah anti-elementaristik atau dalam kata
lain, tidak dibentuk daripada elemen perwakilan yang berasingan, tetapi
beberapa peristiwa tersusun dinamik yang berinteraksi atau saling
mempengaruhi satu sama lain. Satu organisme bertindak pada keseluruhan
konfigurasi apabila ia merasai persekitarannya.

Ciri-ciri keseluruhan bidang psikologi adalah berlainan daripada campuran


bahagian-bahagian individu. Maka dengan itu tiada analisis kepada bahagian-
bahagian boleh berjaya secara keseluruhannya. Ia juga menyatakan bahawa
sensasi, persepsi, imej, perkaitan, refleks dan apa-apa yang sama adalah tidak
boleh diterima sebagai unit-unit elemen psikologi yang bermakna. Bagi
memahami fenomena psikologikal, seseorang perlu mengambil kira satu sistem
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
38  TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN
MASALAH

rangsangan iaitu perubahan dalam apa jua bahagian boleh mempengaruhi


semua bahagian lain.
(a) Huraian Gestalt tentang pemikiran
Dalam pandangan Gestalt, satu masalah dianggap wujud apabila terdapat
ketegangan atau tekanan yang tidak boleh diselesai dalam bidang
psikologikal, yang terhasil daripada interaksi faktor-faktor perseptual
dan/atau ingatan. Pemikiran terjadi apabila tekanan wujud, seterusnya
memaksa organisme yang berfikir untuk bertindak. Ia menekankan proses
komputasi yang mengikuti prinsip-prinsip teori dalam bidang fizik.
Pengalaman lepas dengan masalah berkaitan tidak menjanjikan
penyelesaian; sebaliknya, penyelesaian timbul daripada masalah seperti
mana ia dipersepsikan.

Berfikir adalah satu proses penyelesaian tekanan. Melihat masalah dari


sudut berbeza adalah penting sebelum interaksi peristiwa-peristiwa
membawa kepada gambaran lebih jelas tentang penyelesaian. Dalam kata
lain, sebaik sahaja seseorang menganalisis masalah dengan betul,
penyelesaian menjelma dengan serta merta. Teori Gestalt mempercayai
terdapat satu hubungan yang jelas dan kuat antara berfikir dan persepsi
yang mana kedua-duanya adalah dikawal oleh prinsip yang sama dalam
teori bidang. Perbezaan utama antara keduanya adalah berfikir terjadi
secara simbolik dan tidak banyak di bawah kawalan faktor-faktor luaran.
(b) Penilaian
Penekanan ahli-ahli psikologi Gestalt pada kepentingan fundamental dan
asas celik akal sebagai satu prinsip pembelajaran membuatkan mereka
terlibat dalam kontroversi berpanjangan dengan individu yang
menganggap pembelajaran sebagai satu proses beransur-ansur. Psikologi
Gestalt muncul semasa eksperimentalisme berada dalam genggaman kuat
Behaviorisme yang melihat organisme sebagai sebuah mesin, tertakluk
kepada banyak sumber rangsangan luaran yang berbeza dan bertindak
balas padanya secara automatik. Secara keseluruhan, teori Gestalt
membantu psikologi mendapat satu keseimbangan yang lebih dan
pandangan praktikal tentang tingkah laku kompleks manusia yang
mungkin sukar untuk dihuraikan berdasarkan Behaviorisme.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN  39
MASALAH

SEMAK KENDIRI 2.2

Kesamaan, kesinambungan, penutupan, kedekatan dan bentuk serta


latar adalah di antara prinsip-prinsip Gestalt. Dalam contoh-contoh
berikut, kenal pasti prinsip yang telah diaplikasi:
(a) Bayangan: Adakah 11 objek yang kelihatan sebagai satu unit
tunggal nampak sama?

(b) Bayangan: Walaupun panda tidak lengkap, apa yang


dipersembahkan adalah memadai bagi mata untuk
melengkapkan bentuk; persepsi pemerhati melengkapkan satu
bentuk.

2.3 PENYELIDIKAN TENTANG KONSEP


Dua persoalan penting yang diperlukan bagi memahami tingkah laku
konseptual manusia adalah:
(a) Bagaimana konsep didefinisi?
(b) Bagaimana konsep diperolehi?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


40  TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN
MASALAH

2.3.1 Elemen-elemen Umum Konsep


Hull (1920) mendefinisi konsep-konsep sebagai abstraksi elemen-elemen yang
lazim bagi satu kategori rangsangan dan terikatnya satu respons tunggal
terhadap elemen-elemen itu. Beliau menambah bahawa rangsangan baharu yang
berkongsi elemen-elemen tersebut akan mengeluarkan respons yang sama,
menghasilkan satu fenomena digelar generalisasi rangsangan. Menurut Hull,
proses pembelajaran secara relatifnya berlaku secara tidak sedar dan automatik.
Bagaimanapun, kedua-dua idea iaitu konsep-konsep adalah didefinisi oleh
elemen-elemen umum dan konsep pembelajaran adalah satu proses beransur-
ansur, proses perkaitan automatik, telah kekal popular untuk tempoh masa yang
panjang. Sebaliknya, Osgood (1953) merasakan bahawa pendekatan elemen
umum adalah terlalu sempit dan tidak menjelaskan maksud pembentukan
konsep. Selanjutnya, banyak konsep yang tidak berasaskan pada elemen-elemen
umum memerlukan pelajar menunjukkan hanya satu respons konsisten, tidak
membezakan antara pelabelan mudah dan pemahaman menyeluruh tentang satu
konsep.

2.3.2 Proses-proses Pengantara dan Hipotesis


Bertentangan dengan konsep elemen-umum, Smoke (1932) mengkaji
pembelajaran konsep-konsep yang tidak berdasarkan elemen-elemen fizikal
umum tetapi pada hubungan perseptual umum atau pengalaman kederiaan
langsung. Osgood (1953) menyatakan bahawa hubungan perseptual umum tidak
mencukupi untuk menghurai banyak konsep. Satu contoh baik adalah persepsi
umum bahawa Singapura, Malaysia dan Myanmar adalah semuanya negara.
Walau bagaimanapun, Osgood menambah bahawa tanggapan utama adalah
konsep mencerminkan proses-proses pengantara didapati daripada konsep novis
dan bukannya daripada faktor-faktor luaran.

Heidbreder (1946) menjelaskan idea bahawa konsep-konsep boleh berasaskan


pada jenis kriteria berbeza. Walau bagaimanapun, tiada konsep yang beliau
tunjukkan adalah berasaskan pada elemen-elemen fizikal umum; malah,
kategori-kategori adalah berdasarkan pada sama ada objek-objek konkrit
(contohnya, pokok), bentuk spatial (contohnya, apa-apa yang bulat) atau nombor
(contohnya, lima objek). Menurut kajian Heidbreder, ahli-ahli dalam satu konsep
selalunya memperoleh „sesuatu yang umum‰, walau bagaimanapun, „sesuatu‰
itu mungkin kompleks atau abstrak. Bagi Osgood, menerbitkan satu respons
simbolik umum bagi bahan rangsangan fizikal berbeza adalah pada dasarnya
berbeza daripada respons pada elemen-elemen fizikal umum.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN  41
MASALAH

Kedua-dua Hull (1920) dan Heidbreder (1924) memberi pandangan bertentangan


tentang proses pembelajaran konsep. Menurut pendekatan Hull, pembelajaran
adalah pasif iaitu elemen-elemen bahan rangsangan dilazimkan bagi respons-
respons secara automatik. Sebaliknya, Heidbreder melaporkan dua jenis tingkah
laku, iaitu tingkah laku peserta dan penonton. Bagi para peserta, mereka
menformulasi dan menguji secara aktif hipotesis-hipotesis berdasarkan konsep-
konsep yang mereka pelajari. Namun, orang yang memerhati, selalunya selepas
satu siri memberi respons yang salah, memberi respons „secara rambang‰ dalam
mengkategorikan rangsangan, menanti satu hipotesis baharu untuk dicadangkan
sendiri.

Dua kesimpulan penting yang boleh kita capai pada tahap ini adalah:
(a) Orang yang mempelajari konsep pada sesuatu masa melanjutkan idea-idea
mereka secara aktif tentang apa konsep yang mungkin; dan
(b) Satu tugas pembelajaran-konsep mungkin didekati dalam lebih daripada
satu metode.

2.3.3 Strategi-strategi dan Jenis-jenis Konsep


Penekanan yang besar difokus pada kegunaan strategi-strategi bagi memperoleh
konsep-konsep. Beberapa strategi berbeza telah dijelaskan, dengan setiap strategi
mengambil kira dari segi logik, sifat-sifat perolehan-maklumat, juga ketegangan
kognitifnya. Bruner dan rakan-rakan (1956) menghuraikan ketegangan kognitif
dengan beban pada ingatan dan inferens. Pengkaji-pengakaji ini juga menyedari
bahawa terdapat konflik antara memaksimakan perolehan maklumat dan
meminimakan ketegangan kognitif, supaya orang yang belajar tentang konsep
boleh menggunakan satu strategi kurang-daripada-optima bagi mengekalkan
ketegangan kognitif pada satu tahap yang boleh ditanggung.

Satu strategi dikenali sebagai tumpuan atau memfokus secara konservatif boleh
diaplikasi pada pembelajaran konsep-konsep elemen umum di bawah prosedur
pemilihan, kedua-duanya memaksima perolehan maklumat dan pada masa yang
sama mengekalkan ketegangan kognitif pada satu tahap rendah. Strategi ini
merangkumi pemilihan satu contoh yang berbeza dalam satu dan hanya satu ciri
daripada contoh positif permulaan, mengambil perhatian sama ada contoh
terpilih adalah positif atau negatif. Strategi ini adalah satu metode terbaik bagi
mengenal pasti satu konsep konjunktif (penyambung) (silal lihat Rajah 2.3).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


42  TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN
MASALAH

Rajah 2.3: Satu kajian pembentukan konsep (Bruner et al., 1956)


Sumber: http://www.palgrave.com/psychology/malim/pdfs/chap_15.pdf

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN  43
MASALAH

Pengimbasan berturutan adalah satu lagi strategi diperkenalkan oleh Bruner dan
rakan-rakan (1956) yang mengandungi tekaan tentang apa kemungkinan konsep
sasaran dan hanya berpegang padanya sehingga ia dibuktikan salah, diikuti
dengan membuat satu lagi tekaan, dan seterusnya. Didapati bahawa semasa
tugas pembelajaran-konsep menjadi lebih „tertekan‰, kebarangkalian pelajar
akan menggunakan strategi yang lebih mudah dan kurang berkesan akan
meningkat.

Mengikut logik, ramalan betul selalunya membawa kepada pengekalan


hipotesis-hipotesis, manakala ramalan salah sepatutnya diikuti oleh penggunaan
hipotesis-hipotesis baru dalam harmoni dengan maklumat yang
dipersembahkan. Jenis contoh (positif atau negatif) tidak menjadi hal; walau
bagaimanapun, ia boleh dijangka mempengaruhi prestasi di sebabkan oleh
kehendak pemprosesan yang lebih besar selalunya dikaitkan dengan contoh-
contoh negatif. Pengkaji-pengkaji ini terus menambah bahawa pelajar adalah
kurang cenderung menghasilkan inferens betul daripada percubaan yang
melibatkan ramalan salah tentang contoh-contoh negatif. Mereka juga
menyatakan bahawa strategi-strategi berbeza mempunyai peluang yang tidak
sama menjumpai pelbagai jenis percubaan, maka menyediakan satu penjelasan
pemprosesan percubaan-demi percubaan tentang keseluruhan perbezaan dalam
kadar kejayaan strategi.

AKTIVITI 2.3

Bersama dengan seorang kawan simulasi prosedur Bruner dalam cara


berikut: Ambil satu pek kad daun terup yang mempunyai atribut-atribut
sut (heart, diamond, spade dan club), warna (hitam dan merah) dan
nombor (ace ke sepuluh, Jack, Queen dan King). Minta kawan anda pilih
satu konsep dan semak prosedur Bruner. Mula-mula minta kawan
tunjukkan satu contoh positif konsep yang dipilih, kemudian pilih kad-
kad seterusnya dan bagi setiap satu tanya, „Adakah ini dia?‰ Ambil
kedua-dua strategi yang dihuraikan di atas satu persatu dan putuskan
strategi yang mana adalah paling berkesan.

2.4 KAJIAN TENTANG PENYELESAIAN


MASALAH
Terdapat persetujuan rasional bahawa ciri-ciri penting sesuatu masalah adalah
seorang individu mempunyai satu matlamat, tetapi kurang jelas tentang laluan
yang perlu untuk mencapai matlamat tersebut. Maka kepentingan dalam kajian

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


44  TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN
MASALAH

tentang penyelesaian masalah adalah pada penemuan respons atau dalam kata
lain, bagaimana individu tiba ke tingkah laku berkesan, pencapaian-matlamat.

2.4.1 Cuba Jaya


Disebabkan oleh fakta bahawa seorang penyelesai masalah perlu mencari satu
penyelesaian bersesuaian, adalah dijangka bahawa satu aktiviti penting adalah
mencuba pendekatan berbeza dan melakukan kesalahan sehingga berjaya
menemui pendekatan yang betul. Cuba jaya adalah dihubungkan dengan
pandangan bahawa perolehan penyelesaian adalah satu proses berperingkat,
tidak berarah yang tidak melibatkan persepsi atau pemahaman keperluan atau
struktur masalah. Dalam kajiannya tentang tingkah laku haiwan (Rajah 2.4),
Thorndike (1898) meletakkan seekor kucing lapar di dalam sebuah sangkar di
mana makanan tidak boleh dicapai dari dalam sangkar melainkan kucing itu
memicu mekanisme sama ada dengan menarik tali atau menolak satu tiang di
dalam sangkar itu.

Rajah 2.4: Kotak teka teki Thorndike


Sumber: http://www.nickyhayes.co.uk/nicky/OHP/ch18ohp.html

Thorndike memerhati sepanjang percubaan berulangan, tingkah laku kucing


beransur-ansur berubah, dan selepas banyak percubaan haiwan melakukan
usaha langsung secara relatif untuk mengaktifkan mekanisme membuka pintu.
Beliau memerhati dalam pola tingkah laku ini, tiada bukti kucing „melihat
melalui‰ masalah. Malah, penyelesaian masalah dianggap sebagai satu proses
dalam mana respons-respons tidak berjaya adalah dihapuskan secara beransur-
ansur dan respons berjaya menjelma. Satu ciri penting masalah kotak teka teki

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN  45
MASALAH

adalah mekanisme penyelesaian tertutup dan elemen-elemen kritikal situasi


adalah tidak tersedia untuk diperiksa.

Woodworth dan Scholsberg (1954) dengan jelas menyatakan bahawa kaedah


cuba jaya adalah perlu pada masa-masa tertentu, sebagai satu strategi meneroka
persekitaran dan mendapat maklumat. Tambahan lagi, pengujian hipotesis juga
boleh dianggap sebagai satu bentuk cuba jaya.

2.4.2 Celik Akal


Thorndike menyimpulkan bahawa tiada persepsi tentang hubungan kritikal
yang terlibat. Sebaliknya, Yerkes (1916) melaporkan satu peralihan secara
mengejut daripada cuba jaya kepada penyelesaian masalah dalam kalangan
beberapa ekor cimpanzi, yang menunjukkan pengekalan yang baik bagi
penyelesaian dan dipindahkan kepada penyelesaian baharu. Kohler (1925; 1976)
menyedari bahawa apabila diberikan dengan satu masalah, cimpanzi-cimpanzi
mencuba beberapa metode berbeza seperti, meregang, melompat, mencapai
sehingga memukul apa-apa objek yang boleh dicapai. Selepas beberapa ketika,
cimpanzi-cimpanzi ini melalui satu tempoh tenang, mungkin untuk memikir
secara menyeluruh tentang misi mereka. Lama-kelamaan, dengan satu
pergerakan tiba-tiba dan terancang, mereka menggunakan objek kritikal untuk
mendapatkan buah-buahan dalam eksperimen tersebut (Rajah 2.5).

Rajah 2.5: Hasil kerja Kohler yang paling terkenal tentang kognisi cimpanzi adalah dalam
penggunaan alat untuk mendapat makanan
Sumber: http://wkprc.ev.mpg.de/english/files/wolfgang_joehler.htm

Kohler menunjukkan bahawa terdapat pelbagai perbezaan signifikan dalam


masa yang diperlukan untuk sampai ke satu penyelesaian. Sesetengah haiwan
dapat menyelesaikan tugas dalam masa kurang dari 15 minit, sementara
sesetengah memerlukan berjam-jam sebelum berupaya mendapat satu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


46  TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN
MASALAH

penyelesaian. Tambahan pula, Kohler juga memerhati bahawa kedudukan


objektif dan alat (implement) dalam ruang visual haiwan adalah penting.
Kedudukan buah-buahan dan alat kritikal yang digunakan pada hujung yang
berlawanan di dalam sangkar telah secara mendadak mengurangkan pencapaian
penyelesaian. Ini disebabkan haiwan tersebut tidak berupaya melihat kedua-dua
objek ini pada masa yang sama. Maka, kesan pemisahan visual adalah sangat
penting pada pendedahan pertama satu situasi masalah, satu penemuan yang
selari dengan pendapat bahawa menyelesai sesuatu masalah melibatkan satu
perubahan dalam mempersepsi situasi.

2.4.3 Penetapan Penyelesaian Masalah


Fenomena penetapan berlaku dalam banyak situasi, mencerminkan satu keadaan
persediaan bagi satu input dan respons tertentu. Dalam kebanyakan situasi di
mana satu reaksi pantas tetapi tepat adalah diingini, penetapan memainkan
peranan yang positif. Oleh itu, bersedia sebenarnya bermaksud mengenal pasti
dan bertindak lebih pantas daripada apa yang sebaliknya. Kesan positif
penetapan yang disebut di atas adalah paling baik difahami sebagai persediaan
biasa. Aspek lain penetapan adalah menyediakan individu bagi jenis input atau
respons tertentu.

Sebagaimana dinyatakan oleh Woodworth dan Schlosberg (1954), istilah „arah‰


disaran oleh Maier (1930) yang memandu usaha-usaha penyelesaian masalah,
adalah satu jenis penetapan. Arah bukanlah tabiat tetapi menunjukkan pengaruh
situasi masalah. Dalam kata lain, struktur situasi masalah adalah dikekalkan
untuk mempengaruhi arah yang diikuti. Maier (1940) membezakan antara arah
lazim dan arah baharu sebagaimana disimpulkan dalam Jadual 2.1.

Jadual 2.1: Arah Lazim dan Baharu

Arah Lazim Arah Baharu


Adalah diatasi apabila penyelesaian Adalah dibuat apabila penyelesaian
masalah perlu membuat sesuatu yang masalah perlu membuat sesuatu yang
baharu baharu
Dihasilkan dalam melahirkan semula Menerbitkan satu gabungan baharu
penyelesaian lama pengalaman-pengalaman
Diambil kira oleh ingatan dan proses- Memerlukan satu arah yang dibentuk
proses perkaitan dalam situasi masalah dan mengawal
integrasi ingatan

Kebekuan fungsi, salah satu contoh ketetapan negatif, adalah satu istilah yang
disarankan oleh Duncker (1945) yang merujuk kepada fakta bahawa sesuatu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN  47
MASALAH

objek dengan satu jangkaan fungsi yang kuat tidak boleh diperhatikan sebagai
memainkan peranan berbeza. Dalam satu eksperimen klasik menjelaskan
kebekuan fungsi, Duncker (1945) memberi subjek-subjek eksperimen sebatang
lilin, satu kotak paku dan beberapa objek lain, dan meminta mereka melekatkan
lilin pada dinding supaya ia tidak menitik pada meja di bawah (Rajah 2.6).

Rajah 2.6: Eksperimen klasik kotak lilin yang mengilustrasikan kebekuan fungsi

Beliau mendapati bahawa kebanyakan subjek sama ada mencuba memaku lilin
secara langsung pada dinding atau menggamnya pada dinding dengan
mencairkannya. Tidak ramai daripada mereka terfikir untuk menggunakan
bahagian dalam kotak paku tersebut sebagai pemegang lilin dan memakunya ke
dinding. Dalam istilah Duncker, peserta „tertumpu‰ pada fungsi biasa kotak
iaitu untuk menyimpan paku dan tidak boleh mengkonsepsikannya dalam satu
pendekatan yang membenarkan mereka menyelesaikan masalah.

Kajian tentang kebekuan fungsi menekankan pada kegunaan objek tertentu. Satu
pendekatan yang agak berlainan bagi ketetapan penyelesaian masalah
mengambil kira dominasi jenis respons tertentu pada situasi yang mempunyai
darjah kesamaan permukaan yang tinggi. Prosedur biasa adalah menyediakan
individu dengan satu siri masalah serupa yang diselesaikan dengan „cara sama‰,
diikuti dengan menguji mereka dengan masalah serupa yang mungkin atau
mesti diselesaikan menggunakan satu pendekatan berbeza. Satu contoh yang
sesuai adalah demonstrasi masalah „jag air‰ (Luchin, 1942). Dalam eksperimen
ini, individu disediakan dengan tiga jag berlainan dengan isian khusus tetapi
tanpa sebarang penandaan. Mereka diperlukan menunjukkan bagaimana mereka
mendapatkan satu isi padu air tertentu. Misalnya, satu isi padu 100 kuart boleh
didapati daripada tiga jag berasingan 21 kuart (jag A), 127 kuart (jag B) dan 3
kuart (jag C) dengan mulanya memenuhkan jag B yang terbesar, diikuti dengan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


48  TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN
MASALAH

memenuhi jag kedua terbesar jag A sekali daripada B, dan akhirnya memenuhi
jag terkecil jag C iaitu dua kali daripada B. Ini akhirnya meninggalkan sejumlah
isi padu 100 kuart dalam jag terbesar jag B sebagaimana ditunjukkan oleh
persamaan B-A-2C.

SEMAK KENDIRI 2.3

Bayangkan anda ada tiga jag: A, B dan C. Bagi setiap tujuh masalah di
bawah, kapasiti tiga jag adalah disenaraikan. Anda mesti menggunakan
jag-jag ini bagi mendapat amaun cecair khusus dalam ruang Matlamat.
Anda boleh mendapat amaun matlamat dengan menambah atau
menolak kuantiti disenarai di dalam A, B dan C.

Masalah A B C Matlamat
1 24 130 3 100
2 9 44 7 21
3 21 58 4 29
4 12 160 25 98
5 19 75 5 46
6 23 49 3 20
7 18 48 4 22

2.4.4 Pemindahan Prinsip-prinsip


Pemindahan yang baik kepada situasi baharu yang tepat adalah dianggap
sebagai satu ciri celik akal dalam penyelesaian masalah. Misalnya, Thorndike
(1898) mendapati kucing-kucing yang telah mahir menyelesaikan satu kotak
teka-teki mempelajari versi yang diubah suai masalah tersebut dalam satu
tempoh masa yang singkat. Begitu juga, Kohler (1925; 1975) melaporkan bahawa
monyet-monyet yang telah menggunakan kotak sebagai platfom untuk
mendapatkan buah yang tergantung mempunyai kecenderungan yang lebih
tinggi untuk menggunakan objek-objek lain seperti meja atau batu untuk
mencapai matlamat mereka. Kajian yang dijalankan oleh Harlow (1949)
bersependapat dengan kajian di atas menunjukkan bahawa latihan mendalam
dengan beberapa contoh masalah mendiskriminasi objek menjadikan monyet-
monyet itu dapat menyelesai masalah dengan lebih berkesan.

Dua pendekatan berbeza dicadangkan dalam kajian pemindahan penyelesaian


masalah yang melibatkan latihan sebelum diberi masalah ujian. Pendekatan
pertama menfokus pada latihan yang menekankan pemahaman prinsip-prinsip

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN  49
MASALAH

penyelesaian yang menghasilkan pemindahan yang lebih baik (Katona, 1940;


Bartlett, 1951). Latihan kedua pula menekankan pada „penghafalan‰ dalam
penyelesaian.

2.5 KAJIAN TENTANG PENAAKULAN


Penaakulan boleh didefinisi sebagai menggarap inferensi dan menilai maklumat
tersedia, dan merupakan satu komponen penting bagi kesemua tugasan berfikir.
Seorang individu mungkin menggunakan satu strategi berkesan secara logik
untuk menyelesaikan satu masalah trouble-shooting atau sebaliknya,
memperoleh inferensi-inferensi bersesuaian daripada percubaan dalam satu
ekperimen pembelajaran konsep. Proses penaakulan menggunakan tugas yang
menekankan penggunaan maklumat terutamanya berkaitan dengan tugasan.
Ahli psikologi telah berupaya menonjolkan perbezaan antara penaakulan
manusia „lazim‰ dan arahan logik formal.

2.5.1 Kesan Atmosfera


Cara konvensional latihan dan menaksir penaakulan dikenali sebagai silogisme.
Dalam metode ini, dua premis dan satu kesimpulan dipersembahkan yang mana
sejumlah tiga terma terlibat. Pada umumnya, kesimpulan menghubungkan dua
terma yang belum hadir secara serentak dalam premis-premis yang berkaitan.
Dalam peristiwa ini, persoalan paling penting adalah sama ada kesimpulan
mengikuti secara logik daripada premis-premis yang dipersembahkan. Satu
contoh bersesuaian adalah dipersembahkan di bawah:

Premis 1: Semua X adalah N.


Premis 2: Sesetengah N adalah Y.
Kesimpulan: Sesetengah X adalah Y.

Kesimpulan di atas adalah tidak sah sebab kesimpulan tidak secara logik
mengikut premis-premis yang dipersembahkan. Kajian telah menunjukkan
bahawa orang selalu menerima kesimpulan yang tidak sah.

Woodworth dan Sells (1935) mencadangkan atmosfera yang dibina oleh premis-
premis adalah penentu mustahak bagi ralat-ralat ini. Biasanya, atmosfera
menunjukkan pengubahsuaian yang dijumpai dalam premis-premis (kesemua,
sesetengah, tiada) dengan pandangan bahawa premis-premis negatif akan
mewujudkan satu atmosfera negatif dan seterusnya. Adalah dipercayai satu
premis negatif boleh menentukan atmosfera, dan oleh itu menyimpul jenis
kesimpulan tidak sah yang diterima oleh individu. Tambahan pula, Sells (1936)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


50  TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN
MASALAH

mendapati bahawa kesimpulan-kesimpulan tidak sah adalah kerap diterima jika


disokong oleh atmosfera.

Penaakulan deduktif adalah mengenai silogisme iaitu kesimpulan mengikut


secara logik daripada premis-premis tersebut. Satu contoh bersesuaian tentang
penaakulan deduktif adalah diberikan di bawah:

Premis 1: Amar tahu bahawa seseorang memerlukan baju sejuk dalam cuaca
sejuk.
Premis 2: Sangat sejuk di London semasa musim sejuk.
Kesimpulan: Amar memerlukan baju sejuk di London.

Sebaliknya, proses pemerhatian mudah tentang sesuatu jenis dibuat dan


diaplikasi melalui generalisasi pada masalah berbeza bagi membuat keputusan
dikenali sebagai penaakulan induktif. Satu contoh penaakulan induktif yang baik
diberi di bawah:

Premis: Semua cengkerik dilihati oleh Eric dan isterinya adalah hijau.
Kesimpulan: Maka, mereka menakul bahawa semua cengkerik di bumi ini
adalah hijau.

Rajah 2.7 menunjukkan hubungan antara penaakulan deduktif dan induktif,


manakala Jadual 2.2 menunjukkan perbezaan antara kedua-dua jenis
penaakulan.

Rajah 2.7: Hubungan antara penaakulan deduktif dan induktif

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN  51
MASALAH

Jadual 2.2: Perbezaan antara Penaakulan Deduktif dan Induktif

Penaakulan Deduktif Penaakulan Induktif


Premis- Dinyatakan sebagai fakta atau Berdasarkan pada pemerhatian
premis pernyataan biasa. terhadap kes-kes khusus.
Kesimpulan Kesimpulan adalah lebih khusus Kesimpulan adalah lebih biasa
daripada maklumat yang daripada maklumat yang
disediakan oleh premis-premis. disediakan oleh premis-premis.
Ia dicapai secara langsung Ia dicapai dengan
dengan mengaplikasikan mengeneralisasikan maklumat
peraturan-peraturan logik pada premis-premis.
premis-premis.
Keesahan Jika premis-premis adalah Jika premis-premis adalah
benar, maka kesimpulan benar, maka kesimpulan adalah
mestilah benar. mungkin benar.
Penggunaan Lebih sukar digunakan. Digunakan selalu dalam
Seseorang perlu fakta-fakta kehidupan harian. Bukti
yang sememangnya benar. digunakan bukannya fakta-
fakta yang telah terbukti.

2.5.2 Kesan Kandungan


Dari segi logiknya, jenis kandungan tertentu yang ditemui dalam satu tugas
penaakulan tidak penting. Dalam kata lain, tanpa menghiraukan apa X, Y dan N,
keesahan kesimpulan pada satu silogisme tetap tidak berubah. Walau
bagaimanapun, pengkaji-pengkaji terus meneroka jika penaakulan individu
mungkin dipengaruhi oleh kandungan masalah. Perbezaan antara kandungan
abstrak dan konkrit adalah dijelaskan oleh dua silogisme berikut:

Silogisme A (Silogisme Abstrak): Silogisme B (Silogisme Konkrit):


Diberi: Semua P adalah R Diberi: Semua gajah adalah mamalia
Diberi: Semua Q adalah R Diberi: Semua lembu adalah mamalia
Maka: Semua P adalah Q Maka: Semua gajah adalah lembu.

Adalah dipercayai bahawa sejumlah peratusan pelajar dalam pendidikan tinggi


yang signifikan akan menerima kesimpulan tidak sah yang didapati daripada
silogisme abstrak yang mempunyai sedikit kelebihan berbanding silogisme
konkrit (Wilkins, 1928). Pada keseluruhannya, individu-individu secara asasnya
menakul lebih baik dengan bahan konkrit kerana mereka lebih biasa dengannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


52  TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN
MASALAH

Morgan dan Morton (1944) melaporkan bahawa individu-individu lebih biasa


mengikuti bias berbanding dengan atmosfera atau logik. Kemudian, pengkaji-
pengkaji menyatakan kesan-kesan bias dengan kekuatan yang berbeza; minat
pada kesan-kesan kandungan meluas hingga ke tugasan penaakulan lain; dan
kerumitan isu-isu dileraikan mengikut masa.

SEMAK KENDIRI 2.4

1. Adam: Saya perasan sebelumnya bahawa setiap kali saya menyepak


bola ke atas, ia jatuh balik ke bawah. Jadi saya rasa lain kali bila saya
menyepaknya ke atas, ia akan jatuh balik ke bawah juga.

Razak: Itu adalah Hukum Newton. Apa sahaja yang naik ke atas
mesti jatuh ke bawah. Oleh itu, jika anda menyepak bola ke atas, ia
mesti jatuh ke bawah.

Apakah penaakulan yang digunakan oleh kedua-dua Adam dan


Razak?

2. Manakah antara pernyataan berikut paling terbaik menunjukkan


penaakulan deduktif?
A. Kadar pertumbuhan populasi California perlahan tahun lepas.
B. Penduduk California menghargai cuaca baik yang mereka
perolehi.
C. Penduduk California adalah penduduk Amerika Syarikat.
D. Lebih banyak kereta berdaftar di California berbanding
negeri-negeri lain.

3. Mana antara pernyataan berikut paling baik diekspreskan oleh


penaakulan induktif?
A. Gred kuiz anda yang pertama selalunya menunjukkan
bagaimana prestasi anda dalam kursus.
B. Peperiksaan akhir mengambil kira 30% daripada gred kursus.
C. Kertas yang lambat tidak akan diterima
D. GravityÊs Rainbow adalah pembacaan yang diperlukan dalam
kursus anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN  53
MASALAH

2.6 TRANSISI KEPADA ERA KOGNITIF BARU


Kajian dalam pemikiran mengambil satu perubahan baharu pada permulaan
1960 apabila ia mula menunjukkan dinamisme signifikan, terutamanya pada
konsep pembelajaran dan penyelesaian masalah. Konsep-konsep kognitif seperti
hipotesis, strategi, heuristiks, pengkodan dan ingatan kembali adalah digunakan
dalam perbincangan tentang konsep pembelajaran dan penyelesaian masalah.
Lanjutan itu, perkembangan teori maklumat (Shannon & Weaver, 1949) telah
memandu pengkaji-pengkaji psikologi untuk mengkaji tugas-tugas dari segi
beban maklumat dan menumpu perhatian bagaimana maklumat diproses.

Ahli linguistik seperti Noam Chomsky (1957) menangani keterangan tentang


bahasa oleh ahli behavioris dengan menfokus kepada aspek-aspek kreatif
bahasa, iaitu menghasil dan memahami ayat-ayat baharu. Pengkaji-pengkaji ini
mencadangkan satu keterangan berdasarkan perbezaan antara kompeten
(pengetahuan) dan prestasi (tindakan), menjelaskan kompeten linguistik dari
segi peraturan-peraturan abstrak, dan tidak setuju bahawa perkembangan
bahasa memerlukan tanggapan terhadap satu alat perolehan-bahasa yang
tersedia secara biologi. Teori-teori yang diberi oleh ahli-ahli linguistik adalah
berbeza daripada keterangan ahli behavioris, dan hujah mereka adalah agak
meyakinkan.

Psikologi pemikiran adalah sangat dipengaruhi oleh kemunculan teknologi


komputer yang dianggap sebagai sistem pemprosesan simbol-simbol, bagi
operasi maklumat. Newell et al. (1958) menyimpulkan satu teori pemikiran
manusia berdasarkan pada fakta bahawa manusia adalah sistem pemprosesan
maklumat dan menjalankan satu perbandingan menyeluruh antara pemprosesan
manusia dan komputer. Kehadiran teknologi komputer menyokong hipotesis
tentang proses-proses berfikir yang „tidak nampak‰. Ini membawa kepada kajian
aktiviti-aktiviti yang lebih kompleks dan satu jenis mekanisme baharu sebagai
satu keterangan tentang tingkah laku manusia.

 Perkaitan menyatakan bahawa dunia adalah diwakili dari dalaman diri kita
dan tingkah laku kita diarah oleh perkaitan yang terbentuk daripada idea-
idea ini.

 Minda adalah satu set fakulti, kuasa atau keupayaan komputasional


mengoperasi sensasi-sensasi yang datang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


54  TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN
MASALAH

 William James menghurai minda manusia sebagai satu susunan fungsi-


fungsi, dan fikiran sedar sebagai satu aliran dinamik peristiwa-peristiwa
yang saling berinteraksi.

 Fungsionalisme menfokus terutamanya kepada fikiran sedar dan


elementisme.

 Pembelajaran dan penyelesaian masalah adalah proses-proses beransur


berasaskan pada peningkatan kekuatan hubungan antara situasi rangsangan
dan kemungkinan respons-respons tertentu.

 Behaviorisme memberi fokus tumpuan pada tingkah laku atau prestasi, dan
membuatkannya fakta asas psikologi.

 Psikologi Gestalt mempercayai bahawa pengalaman-pengalaman


psikologikal adalah „anti-elementaristik‰ atau tidak terbentuk daripada
elemen-elemen perwakilan yang berasingan, tetapi adalah satu peristiwa
tersusun, dinamik yang berinteraksi atau saling mempengaruhi satu sama
lain.

 Konsep elemen biasa mendefinisi konsep-konsep sebagai abstraksi elemen-


elemen biasa pada satu kategori rangsangan dan ikatan satu respons tunggal
pada elemen-elemen tersebut.

 Cuba jaya adalah dikaitkan dengan pandangan bahawa mendapatkan satu


penyelesaian adalah satu proses beransur-ansur, tidak terarah yang tidak
melibatkan persepsi atau keperluan pemahaman atau struktur masalah.

 Kebekuan fungsi merujuk kepada fakta bahawa satu objek dengan fungsi
tertentu tidak boleh diperhatikan dalam peranan berlainan.

 Silogisme adalah satu cara konvensional penaakulan latihan dan penilaian


penaakulan.

 Penaakulan deduktif adalah berkenaan dengan silogisme yang mana


penyelesaian mengikuti premis-premis secara logik.

 Penaakulan induktif adalah proses satu pemerhatian mudah dibuat dan


diaplikasikan melalui generalisasi pada masalah yang sangat berbeza untuk
membuat keputusan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN  55
MASALAH

 Transisi kepada era kognitif baru merangkumi konsep-konsep seperti


hipotesis, strategi, heuristiks, pengkodan, dan ingatan kembali, dan
dipengaruhi oleh kehadiran teknologi komputer.

Behaviorisme Kesan kandungan


Cuba jaya Penaakulan deduktif
Elemen-elemen biasa Penaakulan induktif
Elementisme Penfokusan konservatif
Fikiran sedar Pengimbasan beransur
Fungsionalisme Perkaitan
Kebekuan fungsi Psikologi Gestalt
Kesan atmosfera Silogisme

1. Nyatakan dua masalah utama yang mencirikan psikologi moden.


2. Terangkan prinsip-prinsip yang menguasai gabungan idea dan telah
bertahan ujian masa dan data.
3. Nyatakan tahap analisis pemikiran yang diperkenalkan oleh Graham
Wallas.
4. Terangkan "Behaviourisma" secara ringkas yagn diperkenalkan oleh John B
Watson.
5. Apa yang anda faham dengan istilah "Psikologi Gestalt"?.
6. Takrifkan konsep elemen biasa.
7. Bandingkan dan bezakan antara "tumpuan konservatif" dan "pengimbasan
beransur".
8. Nyatakan tiga perbezaan utama antara haluan kebiasaan dan haluan baru.
9. Apakah faedah pemindahan yang baik kepada situasi baru yang sesuai
dalam menyelesaikan masalah.
10. Terangkan secara ringkas "kesan atmosfera".

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


56  TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN
MASALAH

Bartlett, F. C. (1951). The mind at work and play. London: Allen.

Boring, E. G. (1950). A history of experimental psychology. New York: Appleton-


Century-Crofts.

Bruner, J. S., Goodnow, J.J. & Austin, G.A. (1956). A study of thinking. New York:
Wiley.

Chomsky, N. (1957). Syntactic structures. The Hague: Mouton.

Dellarosa, D. (1988). A history of thinking. In R.J. Sternberg & E.E. Smith (Eds),
The psychology of human thought. Cambridge: Cambridge University Press.

Dewey, J. (1910). How we think. Boston: Heath.

Duncker, K. (1945). On problem-solving. Psychological Monographs, 58: (5,


Whole No. 270).

Freeman, G. L. (1931). Mental activity and the muscular process. Psychological


Review, 38: 428-447.

Harlow, H. F. (1949). The formation of learning sets. Psychological Review, 56:


51-65.

Heidbreder, E. (1946). The attainment of concepts: II The problem. Journal of


General Psychology, 35: 191-223.

Hull, C. L. (1920). Quantitative aspects of the evolution of concepts. Psychological


Monographs (Whole No. 123).

Jacobson, E. (1930). Electrical measurements of neuro-muscular states during


mental activities: IV. Evidence of contraction of specific muscles during
imagination. American Journal of Physiology, 93: 703-712.

James, W. (1890). Principles of Psychology. New York: Holt

Katona, G. (1940). Organizing and memorizing. New York: Columbia University


Press.

Kohler, W. (1925; 1976). The mentality of apes. New York: Liveright.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN  57
MASALAH

Luchins, A. S. (1942). Mechanization in problem solving: The effect of


Einstellung. Psychological Monographs, 54(Whole No. 248)

Maier, N. R. F. (1930). Reasoning in humans: I. On direction. Journal of


Comparative Psychology, 10: 115-143.

Maier, N. R. F. (1940). The behavior mechanisms concerned with problem


solving. Psychological Review, 47: 43-58.

Morgan, J. J. B., & Morton, J. T. (1944). The distortion of syllogistic reasoning


produced by personal convictions. Journal Of Social Psychology, 20: 39-59.

Newell, A., Shaw, J. C., & Simon, H. A. (1958). Elements of a theory of human
problem solving. Psychological Review, 65, 151-16.

Osgood, C. E. (1953). Method and theory in experimental psychology. New York:


Oxford University Press.

Sells, S. B. (1936). The atmosphere effect: An experimental study of


reasoning. Archives of Psychology of New York, No. 200.

Shannon, C. E., & Weaver, W. (1949). The mathematical theory of


communication. Urbana: University of Illinois Press.

Smoke, K. L. (1932). An objective study of concept formation. Psychological


Monographs, 42 (Whole No. 191).

Thorndike, E. L. (1898). Animal intelligence: An Experimental study of the


associative processes in animals. Psychological Monographs, No. 8.

Thorndike, E. L. (1911). Animal intelligence. NewYork: Macmillan.

Watson, J. B. (1924). Behaviorism. New York: PeopleÊs Institute.

Wilkins, M. C. (1928). The effect of changed material on ability to do formal


syllogistic reasoning. Archives of Psychology of New York, No. 102.

Woodworth, R. S., & Schlosberg, H. (1954). Experimental psychology (rev. ed.)


New York: Holt.

Woodworth, R. S., & Sells, S. B. (1935). An atmosphere effect in formal syllogistic


reasoning. Journal of Experimental Psychology, 18: 451-460.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


58  TOPIK 2 PENYELIDIKAN MENGENAI PEMIKIRAN DAN PENYELESAIAN
MASALAH

Yerkes, R. M. (1916). The mental life of monkeys and apes, a study of ideational
behavior. Behavior Monographs, No. 12.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Mengenal Pasti
3 Sebab dan
Penyelesaian
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti sama ada penaakulan wujud dalam sesuatu hujah;
2. Mengenal pasti perkataan yang digunakan dalam bahasa
penaakulan;
3. Menggunakan Peta Pemikiran bagi menganalisis dan menilai hujah;
4. Mengaplikasikan ujian-ujian bagi menilai keesahan dan penerimaan
dakwaan; dan
5. Mengenal pasti tanggapan dan menilai inferens dalam sesuatu
hujah.

 PENGENALAN
Kerap kali kita menghadapi situasi di mana seseorang cuba meyakinkan kita
tentang sesuatu pandangan dan mengharap kita akan menerima pandangan itu.
Ini dikenali sebagai „menghujah kes‰ atau „membentangkan sesuatu hujah‰.
Kadang kala penaakulan mudah difahami tetapi ada juga masanya ia amat
sukar. Sama juga apabila kita cuba membentangkan sesuatu kes, kadang kala
ianya mudah bagi orang lain memahaminya pada masa lain mungkin sukar.
Topik ini akan menghuraikan metode bagi mengenal pasti apakah penaakulan
yang dibentangkan apabila seseorang menghujah kes dan bagaimana untuk
membentangkan penaakulan dengan jelas.

Terdapat beberapa kemahiran asas pemikiran kritikal yang perlu kita mahir jika
kita mahu berjaya dalam pemikiran kritikal dalam situasi sebenar. Anda tidak
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
60  TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN PENYELESAIAN

boleh menilai sesuatu kes bagi menyokong kepercayaan atau keputusan


melainkan anda jelas dengan kes itu.

3.1 MENENTUKAN SAMA ADA WUJUDNYA


PENAAKULAN
Pertama sekali, perlu disedari bahawa kita menggunakan bahasa untuk pelbagai
tujuan. Di samping menggunakannya untuk mempengaruhi orang lain, kita juga
menggunakan bahasa bagi tujuan huraian dan maklumat, seperti melaporkan
sesuatu peristiwa, menghurai perkara-perkara, bercerita, berjenaka, berjanji dan
sebagainya.

Walaupun bahasa mempunyai peranan penting dalam perbualan, apa yang


menjadi minat ialah bagaimana bahasa digunakan dalam penaakulan. Penaakulan
ialah satu proses pembuatan inferens daripada maklumat yang diberikan.

Perenggan-perenggan berikut disediakan untuk melihat sama ada anda dapat


mengenal pasti wujud atau tidak penaakulan.

Senario 1

Sebuah jam mahal dan beberapa ketul berlian terjatuh dari begnya, semasa James
tergesa-gesa keluar dari Bahagian Kastam. Sebaik sahaja tiba di tempat
menunggu teksi, beliau mendapati semua teksi di sana sudahpun mempunyai
penumpang. James berlari ke arah teksi berdekatan yang tiada penumpang dan
melompat ke dalamnya semasa ia mula bergerak, lalu mengacu pistol ke kepala
pemandu sambil berkata, „Ke bandar!‰. Teksi itupun membelok ke jalan raya
(Morton, 1988).

Perenggan di atas adalah hanya perenggan huraian mudah, ia tidak


menyediakan sebab-sebab bagi penyelesaian, walaupun kita secara semula jadi
membuat inferens semasa membaca perenggan tersebut.

Senario 2

Kebanyakan masalah persekitaran tidak boleh diselesaikan oleh individu,


mahupun komuniti; misalnya, pencemaran alam yang disebabkan oleh asap
ekzos kenderaan sebenarnya adalah masalah global, maka masalah seperti itu
hanya boleh ditangani oleh badan di peringkat antarabangsa.

Senario 2 menyediakan sebab-sebab bagi penyelesaian yakni, sesetengah


masalah hanya boleh diselesaikan di peringkat antarabangsa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN PENYELESAIAN  61

Rajah 3.1: Philip Henry Gosse


Sumber: http://www. Parlouraquariums.org.uk/

Seorang ahli teologi dan biologi, Gosse (1810-1888) (Rajah 3.1) menghadapi satu
dilema. Beliau merupakan seorang penganut agama Kristian yang kuat dan
menerima penerangan yang tercatat dalam Kitab Injil tentang asal usul manusia;
tetapi pada masa yang sama beliau juga seorang ahli sains. Gosse sedar bahawa
bumi ini sudah tua dan berumur berjuta tahun. Fakta ini disokong oleh bukti
daripada kajian-kajian geologi dan fosil. Bagaimanakah beliau hendak
menyelesaikan konflik fakta antara agama dan sains ini? Bumi ini dicipta oleh
Tuhan dalam tahun 4004 sebelum Masehi yang bertentangan dengan rekod fosil
yang menyatakan bumi adalah lebih tua daripada itu. Sudah tentu tidak ada
bukti yang boleh menyokong atau menyangkal dakwaannya. Ini hanyalah satu
senario. Ia tidak mengandungi apa-apa fakta sensitif. Walau bagaimanapun,
beliau menyerahkan kepada ahli fakulti untuk menentukan kebenarannya.

Senario 3 tidak menyediakan sebab bagi penyelesaian. Ia hanya mengolah satu


„penyelesaian‰ yang mungkin kepada masalah tetapi tiada sebarang
penaakulan.

Maka, adalah terbukti bahawa ada kalanya kita menggunakan bahasa untuk
tujuan menghurai sesuatu keadaan. Ada kalanya pula kita menggunakan bahasa
untuk menakul dan mencapai satu penyelesaian. Ada pula masanya kita
menggunakan bahasa untuk mencemuh, menghina atau menyinggung perasan
orang lain. Kebanyakan artikel dalam surat khabar melaporkan peristiwa tetapi
beberapa artikel dan surat yang ditulis kepada editor surat khabar selalunya
mengandungi hujah dalam menyokong sesuatu kesimpulan. Jarang sekali bagi
novel-novel mengandungi penaakulan. Sebaliknya bagi buku teks, selalunya
penulis akan berusaha untuk menyampaikan maklumat dan hujah-hujah. Akhir
sekali, perdebatan di Parlimen selalunya mengandungi penaakulan dan cemuhan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


62  TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN PENYELESAIAN

3.2 CONTOH-CONTOH PENAAKULAN


Untuk memahami penaakulan, kita akan mengkaji contoh berikut. Bayangkan
terdapat seorang pelajar bernama Peter. Beliau baru selesai mengikuti kursus
Pemikiran Kritikal dan gagal dalam peperiksaan yang telah diambilnya pada
akhir semester. Bayangkan pula beliau menghantar nota ini kepada
pensyarahnya:

„Peperiksaan itu tidak adil. Saya sudah belajar subjek ini selama beberapa hari,
membaca bahan sebanyak empat kali, menumpu kepada perincian penting dan
belajar lagi. Sepatutnya saya mendapat gred yang baik selepas melakukan semua
ini. Peperiksaan itu yang tidak adil.‰

Merujuk kepada nota ini, jelas bahawa Peter menghujah bahawa „peperiksaan
itu tidak adil‰ dan pada dasarnya itulah kesimpulan beliau. Perhatikan bahawa
kesimpulan dalam contoh ini dinyatakan pada permulaan penaakulan dan
dinyatakan sekali lagi pada akhir nota ini, mungkin untuk menekankan
rungutannya. Anda juga mungkin menganggap bahawa harapan Peter adalah
agar pensyarahnya menyemak semula peperiksaan itu atau pada jawapannya
atau jawapannya sepatutnya diberi markah baik oleh pensyarah atau pensyarah
lain yang pakar dalam bidang ini. Yang penting ialah sesuatu perlu dilakukan
bagi menyelesaikan kesilapan ini, dan ini tersirat dalam nota tersebut. Maka,
anda mungkin berkata bahawa inilah cara Peter menyelesaikan masalah. Ada
masanya orang tidak meluahkan sepenuhnya perasaan mereka.

Peter menyatakan beberapa sebab bagi meneguhkan kesimpulannya apabila


beliau berkata, „Saya sudah belajar subjek ini selama beberapa hari, membaca
bahan sebanyak empat kali, menumpu kepada perincian penting dan belajar lagi‰.
Ini adalah sebab-sebab mengapa Peter mengatakan peperiksaan itu tidak adil.

Antara pengajaran yang boleh kita dapati daripada contoh di atas adalah:
(a) Mudah bagi kita untuk melihat sebab-sebab yang dipersembahkah bagi
setiap penyelesaian. Apa yang diperlukan hanyalah pemahaman pada
penggunaan biasa bahasa.
(b) Anda sekarang telah memahami apa yang dimaksudkan dengan
„kesimpulan‰ dan „sebab‰ dalam konteks yang ditunjukkan di atas. Kita
mengguna perkataan ini dalam kegunaan harian.
(c) Kesimpulan boleh diselit pada permulaan dan penghujung sesuatu hujah.
Walaupun ia tidak diluahkan, ia masih boleh difahami daripada apa yang
tersirat dalam pernyataan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN PENYELESAIAN  63

(d) Bagi menentukan sama ada sesuatu hujah itu adalah baik atau tidak, bukan
sesuatu yang mudah. Apa yang diperlukan adalah memahami apa yang
telah dikatakan, apa yang diandaikan dan apakah konteksnya.

SEMAK KENDIRI 3.1

1. Baca perenggan di bawah yang telah diadaptasi dari sekeping surat


kepada akhbar Amerika yang diterbitkan beberapa tahun yang lalu.

Kita patut membawa balik tentera dari Eropah. Ancaman dari


Rusia telah berakhir, Empayar Kejam telah jatuh; sekarang orang
Eropah boleh menjaga diri mereka sendiri kerana ancaman pada
keamanan telah berkurangan dan negara sudah menjadi kaya; dan
kita perlu mengurangkan defisit kerajaan persekutuan dengan
cepat jika kita mahu memastikan ekonomi negara tidak jatuh.
(a) Apakah kesimpulam dalam hujah ini?
(b) Apakah yang hendak diyakinkan oleh pengarang?
(c) Apakah sebab-sebab yang diberikan untuk menyokong
kesimpulannya?
(d) Adakah terdapatnya andaian (sesuatu yang tidak dinyatakan
dalam teks)?
(e) Sekali lagi, anda mungkin mahu memberi komen ringkas
sama ada hujah ini baik atau tidak.

2. Kita perlu menjadikan perjalanan dengan kereta api lebih menarik


kepada pelancong. Terdapat terlalu banyak kereta di jalanan
sehingga mengancam persekitaran dan keselamatan manusia.
Semua orang mahukan jalan menjadi kurang sesak tetapi mereka
masih mahukan keselesaan perjalanan dengan kereta. Orang tidak
akan mengenepikan kereta dan diganti dengan kereta api tanpa
sebarang insentif baru.
(a) Apakah penyelesaian hujah ini?
(b) Apakah yang hendak diyakinkan oleh pengarang?
(c) Apakah sebab-sebab yang diberikan untuk menyokong
penyelesaian (yakni, secara implisit tetapi tidak dinyatakan)?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


64  TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN PENYELESAIAN

3.3 BAHASA PENAAKULAN


Terdapat beberapa perkataan dan frasa yang selalunya mempunyai ciri-ciri bagi
menunjukkan bahawa seseorang itu berhujah akan sesuatu kes atau
membentangkan sebab-sebab bagi penyelesaian. Antara perkataan dan frasa
yang digunakan bagi menunjukkan pengakuan itu adalah penyelesaian kepada
sebab-sebab yang telah dibentangkan adalah:
(a) Oleh itu
(b) Jadi
(c) Maka
(d) Oleh sebab itu
(e) Oleh yang demikian
(f) Yang membuktikan bahawa
(g) Mewajarkan kepercayaan/memperlihatkan
(h) Boleh disimpulkan bahawa
(i) Dari mana kita boleh membuat kesimpulan
(j) Justeru itu/ia menunjukkan bahawa
(k) Mesti

Walau bagaimanapun, tidak semestinya penggunaan frasa-frasa tersebut


menunjukkan kewujudan penyelesaian pada sesuatu hujah, tetapi selalunya
begitulah. Tambahan pula, bahasa seperti itu selalunya memberikan kita
petunjuk kepada struktur penaakulan. Frasa-frasa ini dikenali sebagai „penunjuk
kesimpulan‰ kerana ia memberi petanda kewujudan sesuatu kesimpulan di
mana penaakulan telah diberikan.

Sebagai tambahan, terdapat juga perkataan atau frasa yang selalu digunakan
bagi menunjukkan kewujudan sebab, dan dikenali sebagai „penunjuk sebab‰.
Antara penunjuk sebab yang biasa digunakan ialah:
(a) Oleh kerana
(b) Semenjak
(c) Terhadap
(d) Diikuti daripada fakta bahawa
(e) Sebabnya ialah
(f) Pertamanya
(g) Keduanya

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN PENYELESAIAN  65

Apabila kita merujuk kepada kedua-dua „penunjuk penyelesaian‰ dan


„penunjuk sebab‰ kita selalunya merujuk kepada „penunjuk hujah‰, yakni
petanda yang membantu memahami sama ada penaakulan dan hujah itu wujud
dan apakah hujah pengarang.

SEMAK KENDIRI 3.2

1. Dalam contoh-contoh yang berikut, kenal pasti perkataan dan frasa


„penunjuk hujah‰. Juga, kenal pasti ayat-ayat yang menunjukkan
sebab dan kesimpulan berkaitan:
(a) Dalam satu perlawanan bolasepak, John Terry telah
melakukan satu kesalahan serius dan dihantar ke luar
padang.
(b) Pembantu rumah berada di dapur. Dalam kes ini, tidak
mungkin beliau menembak majikannya yang berada di bilik
bacaannya. Maka, tidak mungkin pembantu rumah yang
melakukannya.
(c) Tanggapan Gerakan Hijau adalah salah kerana menyeru agar
kita mengitar semula bahan seperti kertas dan kaca sebab
kertas berasal daripada pokok, satu sumber yang boleh
diperbaharui dan kaca dibuat daripada pasir yang banyak
dan murah. Malah, sesetengah bandar raya di Amerika, skim
kitar semula diberhentikan disebabkan kos terlalu mahal.

2. Dalam perenggan di bawah, nyatakan perkataan manakah yang


digelapkan adalah penunjuk sebab dan yang mana adalah
penunjuk kesimpulan, kemudian nyatakan yang manakah adalah
ayat sebab dan kesimpulan. Akhir sekali, nyatakan sebab yang
diberi oleh pengarang untuk menyokong kesimpulan berkaitan.

Kebanyakan ibu bapa mahukan anak mereka memperoleh kejayaan


dalam kerjaya. Memandangkan pendidikan itu penting bagi
kejayaan, adalah menjadi tanggung jawab ibu bapa untuk
memberikan anak-anak mereka pendidikan terbaik. Juga kerana
kepentingan ekonomi negara untuk mempunyai penduduk
berpendidikan yang tinggi, kerajaan sepatutnya membantu ibu bapa
memberi pendidikan kepada anak-anak mereka. Justeru itu, semua
ibu bapa harus mendapat bantuan kewangan untuk menampung
kos pendidikan anak-anak mereka, jadi ibu bapa berpendapatan
rendah mendapat kredit cukai pendapatan dan mereka yang
berpendapatan tinggi mendapat pengecualian cukai pendapatan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


66  TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN PENYELESAIAN

3.4 PETA PEMIKIRAN UNTUK PEMAHAMAN


DAN PENILAIAN PENAAKULAN
Setakat ini, kita telah melihat banyak penaakulan berbeza dan penjelasan tentang
bagaimana untuk memahami dan menilai penaakulan itu. Kita telah melihat
cebisan penaakulan kecil, memikirkan bagaimana hendak mengendalikannya
dan menumpu pada kesilapan biasa dalam tindakan terhadap penaakulan.
Tanpa bantuan, kebanyakan individu cenderung bertindak segera dengan
mencabar dakwaan yang mereka tidak setuju. Mereka akan membentangkan
pendapat mereka sendiri tanpa memikirkan hujah yang tersedia dan sebagainya.

Kunci kepada pemikiran kritikal berkesan adalah dengan bertanyakan soalan


yang betul. Di sini dibentangkan satu model asas atau „peta pemikiran‰ ă satu
alat yang boleh membantu dalam menilai penaakulan sebagaimana yang dapat
dilihat dalam Jadual 3.1. Pada dasarnya, peta pemikiran ini adalah satu senarai
soalan-soalan utama yang sepatutnya anda tanya apabila menganalisa hujah ă
biarpun hujah anda sendiri atau orang lain.

Jadual 3.1: Peta Pemikiran ă Analisis Kemahiran dan Penilaian Hujah

Analisis

1. Apakah kesimpulan/ beberapa kesimpulan utama?


(Mungkin tersurat atau tersirat; boleh dinyatakan dalam bentuk cadangan, atau
penjelasan dan sebagainya. Kewujudan petunjuk penyelesaian seperti „oleh itu‰
boleh membantu)
[Tujuan: Ia membantu dalam mengorganisasikan pemikiran anda tentang
penaakulan jika anda tahu apa yang pengarang cuba pujuk dan/atau meyakinkan
anda]
2. Apakah sebab-sebab (data, bukti dan sebagainya.) dan struktur?
3. Apa yang diandaikan (yakni, implisit atau tidak diendahkan, mungkin dalam
konteks tersebut)?
4. Menjelaskan maksud (berdasarkan terma, dakwaan atau hujah) yang
memerlukannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN PENYELESAIAN  67

Penilaian

5. Adakah sebab-sebab itu diterima oleh anda?


(Ini termasuklah sebab eksplisit dan tanggapan yang tidak dinyatakan ă ini
mungkin juga melibatkan penilaian dakwaan fakta, definisi dan pertimbangan
nilai dan pertimbangan ketelusan sumber).
(a) Adakah penaakulan menyokong penyelesaian?
(Contohnya, adakah hujah yang menyokong itu kuat tanpa sebarang
keraguan (beyond reasonable doubt) atau lemah)?
(b) Adakah terdapatnya pertimbangan/hujah lain berkaitan yang menguatkan
lagi atau melemahkan kes?
(Anda mungkin telah tahu ini atau mungkin perlu membangunnya)
[Tujuan: Juga dikenali sebagai „critico-creative thinking‰, yang memerlukan
kita memikirkan tentang idea-idea lain yang membantu dalam mencapai
pertimbangan baik.
6. Apakah penilaian keseluruhan anda berdasarkan pada apa yang anda telah
perolehi?

Set soalan pertama adalah berdasarkan analisis. Anda tidak boleh memberi
respon dengan sewajarnya terhadap sesuatu hujah tanpa memahami hujah itu
terlebih dahulu. Maka, soalan analitikal yang diberikan di atas membantu anda
untuk memahami apa yang dinyatakan dan dihujahkan. Ini diikuti oleh soalan-
soalan penilaian yang akan membantu anda dalam menentukan sama ada anda
diyakinkan oleh hujah tersebut.

Peta Pemikiran bukan sahaja sepatutnya digunakan semasa mempertimbangkan


penaakulan orang lain, ia juga sepatutnya digunakan apabila anda membangun
penaakulan sendiri. Jika anda mempunyai kes yang bagus, anda sepatutnya
boleh menyusunnya agar pembaca atau pendengar dapat memahami dengan
jelas apa yang anda hendak nyatakan. Penggunaan „bahasa penaakulan‰ banyak
membantu dalam pembuatan kesimpulan dan penaakulan yang jelas dan tidak
kabur.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


68  TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN PENYELESAIAN

SEMAK KENDIRI 3.3


1. Ada kalanya, kita boleh dipesongkan dengan „penaakulan‰ yang
tidak betul tetapi meyakinkan. Perhatikan berikut:

Tiga sekawan makan di sebuah restoran. Bil berjumlah RM25.


Disebabkan RM25 tidak mudah dibahagikan dengan 3, mereka
memutuskan untuk memberi RM10 seorang. Mereka memberi
RM30 kepada pelayan restoran yang memberi balik RM5. Dari
lebihan itu, mereka mengambil RM1 setiap orang dan memberi tip
kepada pelayan restoran RM2 selebihnya. Jadi, sebenarnya mereka
membayar RM9 seorang (RM10 tolak RM1 yang dikembalikan).

Tiga kali RM9 ialah RM27. Pelayan restoran mengambil RM2. Jadi
jumlahnya ialah RM29. Apa yang berlaku pada RM1 selebihnya?

Walaupun tidak kelihatan seperti itu, ini adalah satu masalah logik
bukannya matematik. Anda dibawa kepada penyelesaian salah
bahawa RM1 selebihnya tidak boleh dikira, oleh kerana
penaakulan salah. Di manakah kesalahan dalam penaakulan ini?
Bolehkah pengaplikasian Peta Pemikiran mendedahkannya? Jika
boleh, huraikan lebih lanjut jawapan anda.
2. Bagi perenggan berikutnya, gunakan peta pemikiran untuk
membantu anda menganalisis hujah (tonjolkan sebarang
tanggapan penting) dan tuliskan satu respons penilaian ringkas:

Pameran seni yang besar yang mengumpul lukisan daripada


seluruh dunia adalah tidak bagus bagi lukisan. Apabila lukisan-
lukisan dialihkan, terdapat bahaya kemalangan dan kerosakan atau
kemusnahan, dan juga tidak bagus untuk lukisan terdedah kepada
tekanan dan kepanasan.

Jumlah jenayah yang dilakukan oleh individu di bawah umur 17


tahun berganda dalam tujuh tahun kebelakangan. Akta Keadilan
Jenayah yang telah menjadi peraturan tahun ini sepatutnya
menukar trend ini. Kanak-kanak yang melakukan jenayah tahu
bahawa hukuman adalah minimal. Tetapi Akta baru akan
membolehkan ibu bapa bertanggungjawab ke atas denda dan
kompaun, dan juga dipaksa hadir dengan anak mereka yang
berumur bawah 17 tahun di mahkamah. Jumlah denda mengikut
pendapatan ibu bapa dan ibu bapa kaya mungkin perlu membayar
sehingga $5,000 bagi jenayah anak mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN PENYELESAIAN  69

3.5 PENERIMAAN SEBAB


Kita telah pun melihat bahawa sesetengah teknik diperlukan bagi memahami
apa yang dimaksudkan oleh pengarang, terutamanya dalam proses penaakulan.
Seterusnya, kita akan melihat proses penilaian penaakulan pengarang. Ini adalah
penting kerana apabila seseorang memberi sebab yang bertujuan untuk
memujuk kita bersetuju dengan sesuatu pendapat, kita bukan sahaja mahu
memahaminya, malah ingin menilai dakwaannya. Dalam kata lain, kita mahu
menentukan sama ada ia adalah satu penaakulan baik dan sama ada kita patut
meyakini. Bagi melakukannya dengan berkesan, kita perlu menanyakan soalan-
soalan yang betul.

Secara amnya, orang selalu bertindak dengan dua cara terhadap penyelesaian
yang dibuat oleh orang lain. Jika mereka setuju dengan penyelesaian, mereka
berkata, „Ya, saya setuju dengan itu‰, tanpa mempertimbangkan perincian
hujah. Jika mereka tidak setuju, mereka berkata, „Saya tidak setuju dengan itu‰,
dan menyatakan sesuatu yang berlawanan dengan penyelesaian, seperti
menyangkalnya. Bukanlah menjadi kebiasaan bagi pendengar untuk mengambil
hujah secara serius dan menganalisis keesahannya. Bagi memperoleh kebenaran
tentang sesuatu isu, seseorang perlu menjadi sistematik dan berkemahiran. Kita
akan melihat bagaimana hendak melakukannya dengan lebih lanjut.

Bagi membentuk konteks, mari kita lihat pada contoh, dan menggunakannya
untuk menjelaskan persoalan yang akan ditanya, dan bagaimana ia dijalankan:

Dalam konteks umum, kebanyakan bakal ibu bapa lebih menyukai anak lelaki.
Maka, jika orang boleh memilih jantina anak mereka, kemungkinan besar
terdapat lebih ramai lelaki berbanding perempuan dalam populasi kita dalam
masa akan datang. Ini akan mengakibatkan satu masalah sosial yang serius. Oleh
itu kita sepatutnya menghalang penggunaan teknik yang boleh menentukan
jantina anak.

Jika kita perlu menilai secara sistematik, kita mesti bertanya soalan-soalan
berikut:
(a) Adakah sebab-sebab ini boleh diterima (benar, sah, fakta, dan sebagainya.)?
(b) Adakah penaakulan menyokong kesimpulannya?
(c) Adakah terdapatnya pertimbangan/hujah lain yang berkaitan?
(d) Apakah penilaian keseluruhan anda tentang topik ini?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


70  TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN PENYELESAIAN

Pertama sekali, kita harus menentukan sama ada benarkah bahawa „kebanyakan
bakal ibu bapa lebih menyukai anak lelaki berbanding anak perempuan‰.
Berdasarkan pada pengetahuan am, dakwaan ini mungkin benar dalam
sesetengah budaya, misalnya di India dan Cina, tetapi tidak benar di negara lain.
Bagi mengesahkan hal ini, kita mesti membuat kajian atau mencari maklumat
untuk mengesahkan kenyataan ini.

Persoalan yang menyusul ialah: „Adakah penaakulan ini menyokong


kesimpulan yang diberi?‰. Jika benar bahawa „kebanyakan bakal ibu bapa lebih
menyukai anak lelaki‰, maka bukankah juga benar bahawa jika orang boleh
memilih jantina anak mereka, kebarangkalian terdapatnya lebih ramai lelaki dari
perempuan dalam populasi? Jika orang lebih suka lelaki dan boleh mendapat
anak lelaki, tidakkah lebih berkemungkinan bahawa lebih ramai lelaki daripada
perempuan yang akan dilahirkan? Sukar untuk melihat apa-apa yang salah
berkenaan inferens korelasi ini.

Alasan berikutnya ialah, „Ini akan mengakibatkan satu masalah sosial yang
serius‰, dan persoalannya ialah sama ada dakwaan ini boleh diterima atau tidak.
Bukan mudah untuk menentukan sebabnya kerana ia bergantung sama ada
terdapatnya lebihan lelaki yang besar atau kecil dalam masyarakat. Persoalan
seterusnya ialah, „Adakah dakwaan yang sebelumnya menyokong kesimpulan
bahawa kita sepatutnya menghalang penggunaan teknik yang boleh
menentukan jantina anak?‰. Jika kita membenarkan teknik ini digunakan
memang akan menghasilkan ledakan populasi lelaki, yang akan menghasilkan
masalah sosial yang serius; mungkin kita perlu menghalangnya.

Walau bagaimanapun, ada satu lagi persoalan yang perlu ditanya: „Adakah
pertimbangan atau hujah lain yang berkaitan dengan pernyataan ini?‰. Inilah
masanya pemikiran kita tentang sesuatu isu itu perlu kritikal dan kreatif. Di sini
kita perlu berfikir dari-luar-kotak untuk sampai kepada penerimaan sesuatu
hujah atau dakwaan.

Mengapakah ia sangat penting? Ini bermaksud kita telah pun menganalisis


pernyataan secara konstruktif dan sekarang lebih jelas dan bersedia untuk
menentukan keesahan dan kebolehpercayaan dalam menyokong sesuatu
penyelesaian yang kita bukan sahaja faham, malah boleh terima.

Bagi membuat kesimpulan, apabila anda telah jelas tentang apa yang pengarang
hendak katakan dan apakah sebab dan penyelesaiannya, anda bolehlah menilai
penaakulannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN PENYELESAIAN  71

AKTIVITI 3.1

Nyatakan pertimbangan atau hujah tambahan yang berhubung dengan


persoalan larangan penggunaan teknik bagi pemilihan jantina anak.

3.6 MEMPERTIMBANGKAN
KEBOLEHTERIMAAN SESUATU DAKWAAN
Terdapat beberapa persoalan tentang penerimaan sesuatu dakwaan, yang akan
membawa kepada pertimbangan terhadap tahap kebolehpercayaan. Secara
umum, terdapat enam tahap bagi pertimbangan kebolehpercayaan sesuatu
dakwaan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.2.

Rajah 3.2: Enam langkah dalam menilai kebolehpercayaan sesuatu dakwaan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


72  TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN PENYELESAIAN

Sekarang, mari kita teroka setiap langkah dalam proses penilaian


kebolehterimaan dengan terperinci.
(a) Sejauh mana pastinya dakwaan itu?
Sama ada sesuatu dakwaan itu boleh diterima atau tidak bergantung
kepada kekuatan komitmen. Dakwaan yang diberi boleh diterima sebagai
„tekaan‰ atau „kemungkinan‰, walau bagaimanapun, penerimaan akan
dipertimbangkan dengan piawai yang lebih teliti jika ia dinyatakan sebagai
benar atau pasti.
(b) Adakah konteks dakwaan mempengaruhi penerimaannya?
Sama ada sesuatu dakwaan itu diterima atau tidak bergantung pada
konteks dan cara ia dibina.
(c) Adakah dakwaan memerlukan penentuan pakar/kajian?
Ada kes-kes yang mana sebab-sebab yang diberikan untuk kesimpulan
terpilih memerlukan pengetahuan khusus atau input kepakaran dalam
menentukan kesahihannya. Kadangkala anda memperoleh pengetahuan,
ada kalanya tiada disebabkan bukan bidang anda. Maka, ia menjadi satu
cabaran atau tidak mungkin bagi anda untuk mempertimbang kekuatan
hujah itu.
(d) Adakah ia diketahui atau dipercayai ramai?
Ada kala sebab yang dibentangkan itu diketahui atau dipercayai oleh ramai
orang.
(e) Sejauh manakah dakwaan itu sepadan dengan kepercayaan dan pendapat
kita yang lain ?
Kadang kala sebab yang anda fikirkan „selari‰ dengan kepercayaan yang
lain, ada kalanya tidak.
(f) Adakah ia datang dari sumber yang boleh dipercayai?
Kita boleh menerima atau menolak sesuatu dakwaan berdasarkan
kredibiliti, kebolehpercayaan dan keesahan sumbernya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN PENYELESAIAN  73

SEMAK KENDIRI 3.4


Bincangkan penerimaan dakwaan dalam perenggan berikut.

Sebuah syarikat besar Norway bernama Norsk Hydro mahu menternak


lebih banyak ikan di laut dengan menabur baja ke laut. Syarikat produk
baja terbesar ini percaya bahawa ini akan menambah penumbuhan
algae, seterusnya menambah jumlah ikan. Ahli sains marin dari Norway
dan Kanada yang diupah oleh Norwegian Research Council berkata
bahawa ini tidak mungkin. Mereka berkata teknik ini tidak
menghiraukan prinsip asas ekologi marin dan mungkin akan
mengakibatkan kemusnahan.

[Diadaptasi daripada „NorwayÊs fish plan- a recipe for disaster‰, New


Scientist, 13 Januari 1996]

3.7 MEMPERTIMBANGKAN KREDIBILITI


SUMBER
Kepercayaan dan pendapat kita dibentuk oleh apa yang dibaca dalam surat
khabar, apa yang ditonton di TV atau dengar di radio. Sumber-sumber ini boleh
menjadi rujukan apabila kita perlu menentukan sama ada apa yang diperkatakan
itu benar atau tidak.

Pada bahagian ini, kita akan melihat kriteria yang diperlukan bagi
mempertimbangkan kredibiliti sumber-sumber dakwaan. Antara kriteria yang
perlu kita tumpukan adalah:
(a) Reputasi sumber boleh dipercayai;
(b) Sama ada sumber mempunyai kepentingan diri;
(c) Sama ada terdapatnya bukti atau kesahan dakwaan daripada sumber-
sumber bebas;
(d) Sama ada sumber mempunyai kepakaran atau latihan yang berkaitan;
(e) Sifat dakwaan itu sendiri; dan
(f) Sama ada sumber boleh memberi sebab-sebab yang boleh dipercayai bagi
dakwaan yang dibuat.

Untuk memeriksa kebolehpercayaan sumber-sumber dakwaan, mari kita lihat


setiap soalan dalam Jadual 3.2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


74  TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN PENYELESAIAN

Jadual 3.2: Lima Kriteria Diperlukan bagi Mempertimbangkan Kredibiliti Sumber


Dakwaan

1. Soalan-soalan tentang individu/sumber


(a) Adakah mereka memiliki kepakaran/pengetahuan/latihan/pengalaman
berkaitan?
(b) Adakah mereka mempunyai keupayaan untuk memerhati dengan teliti
(termasuk keupayaan lain seperti pendengaran, hampirnya dengan
peristiwa, ketiadaan gangguan, kesesuaian peralatan dan kemahiran
dalam mengendali peralatan)
(c) Adakah reputasi mereka mencadangkan mereka boleh dipercayai?
(d) Adakah sumber mempunyai kepentingan diri atau menunjukkan berat
sebelah?

2. Soalan-soalan tentang keadaan/konteks di mana dakwaan dibuat

3. Soalan-soalan tentang bidang kuasa sumber yang memberi/atau boleh


memberi sokongan dakwaan.
(a) Adakah dakwaan berdasarkan sumber-sumber utama atau sekunder?
(b) Adakah dakwaan berdasarkan pada bukti secara langsung atau tidak
langsung?
(c) Adakah dakwaan berdasarkan pada rujukan terus kepada pertimbangan
kredibiliti?

4. Soalan-soalan tentang sifat dakwaan yang mempengaruhi kredibilitinya.


(a) Adakah ia boleh dipercayai atau tidak?
(b) Adakah ia satu pemerhatian asas atau pertimbangan yang dirumus?

5. Adakah terdapatnya bukti atau keesahan daripada sumber-sumber lain?

Kesimpulannya, kita boleh mengkategorikan kriteria di atas kepada lima


bahagian yang mengandungi soalan-soalan tentang:
(a) Individu/sumber yang kredibilitinya kita pertimbangkan;
(b) Keadaan/konteks di mana dakwaan dibuat yang mempengaruhi
kredibilitinya;
(c) Justifikasi bahawa sumber memberi atau boleh memberi sokongan dalam
menyokong dakwaan yang mempengaruhi kredibilitinya;
(d) Sifat dakwaan yang mempengaruhi kredibilitinya; dan
(e) Sama ada terdapatnya bukti/keesahan daripada sumber-sumber lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN PENYELESAIAN  75

SEMAK KENDIRI 3.5

Anda sedang mendengar kes di mahkamah tentang kereta Jason yang


berlanggar dengan kereta lain. Beliau didakwa memandu melebihi dua
kali had laju yang ditetapkan dan tiga kali had alkohol yang dibenarkan
dalam darah. Jason menafikan dakwaan itu tetapi doktor yang
memeriksanya mengatakan bahawa beliau berbau alkohol dan ujian
darah menunjukkan terdapatnya alkohol dalam darah tiga kali lebih
daripada had yang dibenarkan. Siapakah yang boleh dipercayai dan
mengapa?

AKTIVITI 3.2

Fikirkan beberapa contoh orang atau „sumber‰ (seperti BBC atau


TV3) yang anda tahu dan tentukan bidang di mana mereka
mempunyai reputasi yang baik dan bidang di mana mereka
mempunyai reputasi yang tidak baik. Bincangkan dengan rakan anda.

3.8 MENILAI INFERENS


Apabila kita berhujah tentang sesuatu kes, kita membentangkan sebab bagi
menyokong kesimpulan, tafsiran dan pembuatan keputusan. Dalam kata lain,
kita membuat kesimpulan berdasarkan alasan kita sendiri. Selalunya, hujah-
hujah mengandungi kedua-dua alasan dan inferens, dan „inferens‰lah yang kita
gunakan untuk berpindah dari alasan ke kesimpulan. Ini boleh dilihat dalam
contoh berikut.

Sesetengah orang telah menyelesaikan masalah pengangguran mereka sama ada


dengan mencari kerja atau sanggup bekerja dengan pendapatan rendah. Jadi
semua penganggur boleh buat perkara yang sama.

Dalam contoh di atas, inferens ialah pergerakan daripada „Sesetengah orang


telah menyelesaikan masalah pengangguran mereka‰ kepada „semua
penganggur boleh buat perkara yang sama‰. Namun demikian, sebab-sebab dan
inferens-inferens perlu dinilai secara berbeza. Dalam kebanyakan situasi, penting
untuk menilai sama ada sebab yang diberikan adalah benar atau boleh diterima.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


76  TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN PENYELESAIAN

Sebaliknya, pertimbangan sama ada inferens berasaskan sebab-sebab itu adalah


benar atau tidak adalah satu perkara yang lain.

Mari kita lihat contoh berikut.

Otak kaum wanita adalah pada puratanya lebih kecil berbanding otak kaum
lelaki, oleh sebab itu wanita adalah kurang cerdik daripada lelaki.

Kebanyakan orang tidak pasti mengapa otak wanita lebih kecil daripada otak
lelaki tetapi mereka sangat yakin bahawa kesimpulan yang dikemukakan itu
tidak benar. Walaupun sebab itu benar, tiada hubungan antara saiz otak dan
kepintaran, maka alasan yang diberi tidak menyokong kesimpulannya.

Respons pertama menunjukkan fakta bahawa kita menjangka dapat melihat


hubungan antara sebab dan kesimpulan jika salah satu daripadanya dapat
menjustikasikan yang lain ă satu kaitan yang kita boleh persepsikan dan terima.

Respons kedua pula menyatakan, walaupun sebab adalah benar tetapi ada sebab
untuk kita memikirkan bahawa penyelesaian itu tidak benar, maka inferens yang
dibuat adalah tidak bagus. Namun begitu, respons kedua adalah lebih
munasabah. Maka, idea yang penting di sini ialah sebab bukanlah sesuatu yang
membuatkan kita menerima kesimpulan yang diberi, dan jika anda boleh
memikirkan cara lain untuk membuktikan sebab itu benar dan pada masa yang
sama, kesimpulan itu salah, maka inferens yang dibuat adalah salah. Ujian untuk
pertimbangan inferens adalah:

Adakah alasan yang diberi itu benar (atau sekurang-kurangnya boleh diterima)
dan kesimpulannya salah (atau sekurang-kurangnya tidak boleh diterima)
berlaku pada masa yang sama?

Jika jawapan pada persoalan di atas adalah „Tidak‰, maka inferens (yakni
progres dari sebab ke kesimpulan), memaksa anda menerima kesimpulan jika
alasannya adalah benar. Sebaliknya, jika jawapan adalah „Ya‰, maka inferens
gagal, atau tidak boleh dijustifikasikan.

Dalam contoh di atas, kita menghadapi keadaan di mana alasan itu adalah benar
tetapi inferens dari sebab ke kesimpulan tidak dapat dibuktikan. Dalam kata
lain, inferens tidak didapat dijustifikasikan kerana alasannya mungkin benar dan
pada masa yang sama kesimpulannya adalah salah. Maka, terbuktilah bahawa
cara untuk menentukan sama ada inferens dijustifikasikan adalah amat berbeza
daripada ujian penentuan sama ada sebab boleh diterima atau tidak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN PENYELESAIAN  77

Jika anda telah menghafal fakta utama dalam buku ini, anda akan berjaya dalam
peperiksaan pemikiran kritikal, dan anda telah menghafalnya. Oleh itu anda
akan berjaya dalam peperiksaan.

Dalam contoh di atas, alasannya adalah benar, maka, kesimpulannya juga


mestilah benar, dan ini membuatkan inferens yang baik. Walau bagaimanapun,
sebab yang mengatakan bahawa anda hanya menghafal fakta bagi berjaya dalam
peperiksaan adalah tidak benar. Oleh itu, hujah ini gagal untuk membuktikan
kesimpulan bukan kerana ia menghasilkan inferens yang tidak baik, tetapi
disebabkan oleh salah satu daripada alasan yang diberi adalah palsu.

Kesimpulannya, bagi sesuatu hujah untuk berjaya membuktikan kesimpulan, ia


mesti menepati dua perkara berikut:
(a) Alasannya mestilah benar atau sekurang-kurangnya boleh diterima; dan
(b) Inferens yang digarap daripada alasan tersebut perlulah bagus.

SEMAK KENDIRI 3.6

Aplikasikan ujian yang telah dijelaskan untuk menentukan sama ada


inferens yang dikenal pasti dalam perenggan di bawah boleh
dijustifikasikan.
(a) Kerja seorang instruktor memandu adalah mencabar dan
berganjaran. Seseorang memperoleh kebebasan bekerja untuk diri
sendiri dan tidak perlu lulus dalam peperiksaan „A‰ levels. Oleh
sebab itu, kerja yang sesuai bagi sesiapa yang tidak memiliki „A‰
levels adalah instruktor memandu.
(b) Jika iklim dunia menjadi lebih panas, ais di Kutub Utara dan
Kutub Selatan akan cair dengan kadar yang sangat pantas. Jika ais
cair, kita akan melihat kesan air naik di lautan. Terdapat bukti
paras air naik, jadi iklim dunia mestilah lebih panas.

Seterusnya, akan diperkenalkan konsep „sah secara deduktif‰, standard tertinggi


bagi semua pertimbangan inferens. Bolehkah anda fikirkan satu cara yang mana
alasannya mungkin benar dan kesimpulannya mungkin salah? Jika jawapan
pada persoalan adalah „Tidak‰, maka inferens adalah sah secara deduktif, dan
jika jawapannya adalah „Ya‰, maka inferens tidak sah secara deduktif.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


78  TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN PENYELESAIAN

Maka, jika sesuatu hujah adalah sah secara deduktif, kebenaran alasan akan
menjanjikan kebenaran kesimpulannya; jika alasannya adalah benar, kesimpulan
juga mestilah benar, tidak ada kemungkinan lain. Satu contoh yang baik adalah
jika benar „semua ikan paus adalah mamalia‰ dan „semua mamalia melahirkan
anak‰, maka mestilah benar bahawa „semua ikan paus melahirkan anak‰. Di sini
tidak mungkin alasannya benar dan kesimpulannya salah. Oleh itu, ini adalah
hujah sah secara deduktif.

SEMAK KENDIRI 3.7

1. Bandingkan silogisme berikut.


(a) Semua manusia adalah mortal atau akan mati. Socrates
adalah seorang manusia. Oleh itu, Socrates adalah mortal.
(b) Semua pemerhati burung mempunyai teropong. Bob
mempunyai teropong. Oleh itu, Bob adalah pemerhati
burung.

Apakah perbezaannya, jika ada, antara dua silogisme di atas? Adakah


kedua-dua kesimpulan mengikuti penegasan masing-masing secara
logik? Adakah kedua-dua kesimpulan boleh diterima?

2. Pertimbangkan yang mana satu antara hujah berikut adalah sah


secara deduktif dan yang mana tidak. Jelaskan dalam setiap kes
mengapa anda membuat keputusan sebegitu.
(a) Tom benci semua orang yang Mary suka dan Mary sukakan
Tom. Jadi Tom mesti bencikan dirinya sendiri.
(b) Pembantu rumah berada di dapur. Dalam kes ini, tidak
mungkin beliau menembak majikannya yang berada di bilik
bacaan. Maka, tidak mungkin pembantu rumah yang
melakukannya.

Dalam kebanyakan teks, mudah untuk menjumpai andaian.

Instruktor sekolah memandu adalah satu pekerjaan yang mencabar dan


berganjaran. Seseorang memperoleh kebebasan bekerja untuk diri sendiri dan
tidak perlu lulus dalam peperiksaan „A‰ levels. Oleh sebab itu, kerja yang sesuai
bagi sesiapa yang tidak memiliki „A‰ levels adalah instruktor memandu.

Sesiapa yang membaca perenggan di atas akan cepat mengandaikan bahawa jika
satu „perkerjaan yang mencabar dan berganjaran dengan kebebasan bekerja
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN PENYELESAIAN  79

untuk diri sendiri‰ menarik pada anda, maka menjadi seorang instruktor
memandu tidak memerlukan lebih daripada „tidak memiliki A levels‰. Ini
dikenali sebagai tanggapan implisit (tersirat atau tidak diperkatakan). Inferens di
sini adalah lemah disebabkan alasannya boleh jadi benar tetapi kesimpulannya
salah. Sukar untuk kita tentukan apa yang diandaikan dan dalam situasi ini, kita
terus kepada tanggapan yang menonjol, terutamanya apabila kualiti inferens
adalah penting. Oleh itu, strategi amnya ialah kita patut meletakkan pada hujah
dan penjelasan tanggapan yang:
(a) Berkemungkinan dalam konteks, atau
(b) Memahami apa yang diperkatakan; atau
(c) Nampak perlunya membuatkan penaakulan sekuat mungkin (jika benar)

 Sesuatu kes tidak boleh dinilai bagi menyokong kepercayaan atau keputusan
melainkan individu jelas akan apa kesnya. Seseorang perlu menentukan
alasan dan kesimpulan yang dibuat dalam kes itu.

 Bahasa penaakulan menggunakan beberapa jenis perkataan dan frasa,


dikenali sebagai „penunjuk kesimpulan‰, yang menunjukkan satu
kesimpulan dibina daripada sesuatu dakwaan.

 Peta Pemikiran digunakan dalam pemahaman dan penilaian sesuatu


penaakulan merangkumi satu senarai persoalan penting seperti:
ă Apakah kesimpulan/beberapa kesimpulan utama;
ă Apakah sebab dan strukturnya;
ă Apa yang diandaikan;
ă Menjelaskan apa yang diperlukan;
ă Adakah alasannya boleh diterima atau tidak; dan
ă Apakah penilaian keseluruhan apabila analisis sesuatu hujah
dilakukan.

 Dalam penilaian penerimaan alasan, persoalan penting yang perlu ditanya


merangkumi:
ă Sama ada alasan itu diterima atau tidak
ă Adakah penaakulan menyokong kesimpulannya

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


80  TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN PENYELESAIAN

ă Adakah terdapatnya pertimbangan/hujah lain; dan


ă Apakah penilaian keseluruhan.

 Enam langkah terlibat dalam pertimbangan penerimaan secara mahir sesuatu


dakwaan adalah:
ă Sejauh manakah dakwaan boleh dipastikan;
ă Adakah konteks dakwaan mempengaruhi penerimaannya;
ă Adakah dakwaan memerlukan keputusan pakar;
ă Adakah dakwaan diketahui atau dipercayai ramai;
ă Sejauh manakah dakwaan selari dengan kepercayaan kita yang lain; dan
ă Adakah dakwaan dibuat daripada sumber yang boleh dipercayai.

 Dalam mempertimbangkan kredibiliti sesuatu sumber dengan mahir, kriteria


utama yang memerlukan perhatian adalah reputasi sumber yang boleh
dipercayai:
ă Sama ada sumber mempunyai kepentingan sendiri;
ă Sama ada terdapatnya bukti/keesahan daripada sumber-sumber bebas;
ă Sama ada sumber mempunyai kepakaran atau latihan berkaitan;
ă Sifat dakwaan itu sendiri;
ă Sama ada sumber boleh memberi alasan yang boleh dipercayai bagi
dakwaan yang dibuat.

 Apabila kita berhujah tentang sesuatu kes, kesimpulan adalah dirujuk


(dibuat inferens) daripada alasan-alasan.

 Bagi mencapai kejayaan dalam sesuatu hujah dalam menjustifikasikan


kesimpulannya, alasannya mestilah benar atau sekurang-kurangnya boleh
diterima dan inferens yang didapati daripada alasan-alasan itu perlulah
inferens yang baik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 MENGENAL PASTI SEBAB DAN PENYELESAIAN  81

Inferens Penerimaan dakwaan


Keesahan deduktif Penerimaan sebab
Kredibiliti sumber Peta pemikiran
Penaakulan

1. Jika iklim dunia menjadi lebih panas, ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan
akan cair dengan kadar yang sangat pantas. Jika ais cair kita akan melihat
kesan air naik di lautan. Terdapat bukti paras air naik, jadi iklim dunia
mestilah lebih panas. Adakah hujah ini mempunyai andaian implisit?
2. Dalam setiap contoh berikut, tentukan sesuatu yang diandaikan secara
implisit dan jelaskan bagaimana tanggapan mempengaruhi inferens
(adakah ia membuatkannya lebih diterima atau menunjukkan yang ia
lemah)?
(a) Jika sebuah bangunan itu terbakar habis, apa yang tinggal hanya
debu dan serpihan batu. Sekarang terdapat debu dan serpihan batu.
Oleh itu, bangunan telah terbakar habis.
(b) Seorang guru sedang berbual dengan rakan sekerjanya tentang
muridnya, Jones, sebelum peperiksaan. Beliau mengatakan bahawa
Jones telah bekerja keras, maka dia akan lulus peperiksaan.

Moore, B. N., & Parker, R. (2005). Critical thinking (8th ed.). New York: McGraw
Hill.

Vaughn, L. (2004). The power of critical thinking: Effective reasoning about


ordinary and extraordinary claims, USA: Oxford University Press.

Wright, L. (2001). Critical thinking: An introduction to analytical reading and


reasoning. New York: Oxford University Press.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Perkembangan
4 Dalam
Penyelesaian
Masalah
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan perkembangan strategik dalam penyelesaian masalah;
2. Menghuraikan perkembangan perwakilan dalam penyelesaian
masalah;
3. Menjelaskan kegunaan perwakilan luaran sebagai alat penyelesaian
masalah;
4. Menghuraikan peranan bahasa dan perancangan dalam penyelesaian
masalah;
5. Mengenal pasti pelbagai perwakilan khusus yang digunakan dalam
penyelesaian masalah;
6. Menjelaskan peranan interaksi dalam penyelesaian masalah;
7. Menghuraikan kepentingan regulasi-kendiri dalam penyelesaian
masalah; dan
8. Membanding dan membezakan keupayaan penyelesaian masalah
antara kanak-kanak dan remaja.

 PENGENALAN
George (berumur 2 tahun) mahu melontar batu ke luar tingkap dapur. Pemotong
rumput terletak di luar. Bapanya berkata George tidak boleh melontar batu ke luar

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERKEMBANGAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH  83

kerana dia mungkin akan „pecahkan pemotong rumput dengan batu itu‰. Sarah
berkata „Saya ada satu idea‰. Beliau pun berlari ke luar dan mengambil buah pic
lalu berkata, „Buah pic ni takkan pecahkan pemotong rumput‰.
(Waters, 1989, m/s 7)

Contoh tadi adalah daripada Sternberg, R.J. (1998) yang menjelaskan sifat asas
penyelesaian masalah iaitu kita mempunyai satu matlamat, satu halangan dan
pencapaian matlamat itu. Penyelesaian masalah dalam konteks sosial telah
menjadi sesuatu yang menarik minat ahli psikologi kognitif semenjak
kebelakangan ini. Terdapat peningkatan dalam kajian tentang cara kanak-kanak
memikirkan tentang penakulan orang lain (Wellman, 1990; Feinman, 1992;
Siegler, 1993) dan bagaimana perhubungan sosial mempengaruhi perkembangan
pemikiran (Brown, et al., 1989; Resnick et al., 1991) dan bagaimana hubungan
sosial mempengaruhi perkembangan penyelesaian masalah (Azmitia &
Perlmutter, 1989; Rogoff, 1990). Dalam topik ini, tiga aspek berbeza tentang
perkembangan dalam penyelesaian masalah akan dibincangkan ă strategi-
strategi pembentukan, perwakilan dan regulasi-kendiri.

4.1 PERKEMBANGAN DALAM PENYELESAIAN


MASALAH
Kita akan beri tumpuan kepada tiga aspek perkembangan dalam penyelesaian
masalah:
(a) Pembentukan strategi-strategi;
(b) Perwakilan; dan
(c) Regulasi-kendiri

Didapati bahawa aspek yang berbeza adalah lebih penting pada tahap
kehidupan yang berbeza seperti disimpulkan dalam Jadual 4.1.

Jadual 4.1: Tahap Penting dalam Kehidupan bagi Ketiga-tiga Aspek dalam
Perkembangan Penyelesaian Masalah

Aspek Tahap Penting dalam Kehidupan


Strategi-strategi pembentukan Memainkan peranan penting dari bayi (lahir ke 12
bulan)
Penggunaan pelbagai Lebih menonjol semasa zaman kanak-kanak (satu
perwakilan (seperti bahasa, peta sehingga tiga tahun)
dan model)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


84  TOPIK 4 PERKEMBANGAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH

Regulasi-kendiri kognitif Menjadi lebih penting semasa alam prasekolah (tiga


hingga lima tahun) apabila kanak-kanak memperoleh
banyak strategi yang pelbagai dan perwakilan untuk
dipilih dan sumber kognitif yang lebih besar bagi
perancangan, regulasi-kendiri dan proses-proses
regulasi lain.

4.1.1 Perkembangan Strategik


Strategi-strategi penyelesaian masalah boleh didefinisikan sebagai prosedur-
prosedur yang mengatasi halangan dan mencapai matlamat. Menurut pengkaji-
pengkaji, strategi-strategi begini wujud sejak lahir lagi (Butterworth & Hopkins,
1998; Willats, 1990). Ini dapat diperhatikan apabila bayi menkomunikasikan
kehendaknya untuk menarik perhatian penjaga jika inginkan keselesaan dan
makanan. Walau bagaimanapun, hanya pemerhatian sahaja tanpa bahasa atau
kriteria tingkah laku lain, sukar untuk menentukan sama ada tindakan mereka
menunjukkan kehendak untuk mencapai matlamat atau dibuat tanpa apa-apa
matlamat.

Satu bukti kukuh bagi menunjukkan perwakilan matlamat kepada bayi berumur
enam bulan ialah dari eksperimen oleh Rovee-Collier (1987). Dalam eksperimen
ini, bayi mempelajari tindakan menendang membuatkan mainan (yang diikat di
kaki dengan tali) bergerak ke arah berbeza. Terdapat pelbagai cara untuk menilai
keupayaan berfikir bayi yang merangkumi mempelbagaikan ciri-ciri mainan serta
kedudukan di mana mainan itu diletakkan, dan juga jumlah masa antara sesi.

Rajah 4.1: Eksperimen Rovee-Collier


Sumber: http://psycnet.apa.org

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERKEMBANGAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH  85

Kajian yang dijalankan oleh Mast et al. (1980) menunjukkan bahawa bayi semuda
tiga bulan boleh mengekalkan satu perwakilan kontigensi peneguhan sehingga
24 jam, dan pada masa yang sama terganggu emosi apabila mereka tidak dapat
matlamat asal sepenuhnya. Dalam satu kajian berasingan, Tronick (1989)
melaporkan bahawa tingkah laku bayi adalah merupakan sejenis strategi
penyelesaian masalah, dan sejauh mana mereka melibatkan diri dalam tingkah
laku itu, akan menentukan kejayaan mereka. Case (1985) mencadangkan
keupayaan untuk mewakili bagaimana tindakan mencapai matlamat
mempengaruhi perolehan strategi-strategi baru. Walaupun terdapat model
untuk dicontohi dan tindakan adalah dalam ruang tugasan bayi, bayi boleh
menggunakan individu lain, terutamanya ibunya, untuk membantu sebagai alat
dalam penyelesaian masalah (Papousek & Papousek, 1987). Ini adalah sama
dengan dapatan Rogoff et al. (1992) iaitu bayi menunjukkan strategi-strategi bagi
mendapatkan pertolongan orang dewasa dalam memanipulasi objek yang tidak
mungkin boleh dilakukan oleh bayi itu sendiri. Bayi memperoleh keupayaan
menggunakan bentuk mudah analisis means-end dalam separuh kedua tahun
pertama bayi seperti mana dilaporkan oleh Willats (1989).

Didapati bahawa pembangunan strategi-strategi penyelesaian masalah mengikut


pola yang berbeza apabila kanak-kanak memperoleh pengalaman luas dengan
tugasan berbanding dengan jika tiada pengalaman. Tugasan atau masalah yang
mana kanak-kanak hanya mempunyai sedikit pengalaman selalunya
diselesaikan dengan satu strategi. Sebaliknya, pelbagai strategi digunakan pada
tugasan jika kanak-kanak mempunyai pengalaman luas.

Inhelder dan Piaget (1958) menggunakan model penimbang sebagai cara


menguji operasi penakulan formal (Rajah 4.2). Salah satu sebab penggunaan
penimbang ini agak meluas kerana peraturan turutan hierarki yang mudah dan
melaluinya kanak-kanak dari umur yang berbeza maju berkembang pada
sesuatu tugasan (Siegler, 1976). Ini disimpulkan dalam Jadual 4.2.

Rajah 4.2: Model penimbang ă masalah yang ditunjukkan adalah masalah jarak, dengan
berat yang sama diletakkan pada jarak berbeza daripada penengah
Sumber: Inhelder & Piaget, 1958.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


86  TOPIK 4 PERKEMBANGAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH

Jadual 4.2: Peraturan yang Digunakan oleh Kanak-kanak Umur Berbeza pada Skala
Timbang

Peraturan Huraian
Tiada peraturan Kebanyakan kanak-kanak berumur 3 tahun tidak menggunakan apa-
digunakan apa peraturan sistematik; sama ada mereka meneka atau kerap kali
bertukar antara pendekatan alternatif.
I Sesetengah kanak-kanak 3 tahun dan lebih ramai kanak-kanak
berumur 4 tahun menggunakan pendekatan separa sistematik.
Kanak-kanak 4 tahun yang lebih mahir dan kebanyakan kanak-
kanak 5 tahun menggunakan satu pendekatan sistematik secara
konsisten (Siegler, 1976).
II Kebanyakan kanak-kanak berumur 8 atau 9 tahun menggunakan
peraturan lebih canggih yang mengambil kira berat pada setiap
bahagian serta jarak dari penengah (Siegler, 1976),
III Satu pendekatan yang hanya jarak dikira apabila berat adalah sama
di kedua-dua belah.
IV Satu pendekatan yang mana pemahaman tentang berat relatif dan
jarak kedua-dua berat dari penengah telah dicapai.

Dalam tahun 1992, Trudge mengarahkan kanak-kanak melakukannya:


(a) Seorang diri;
(b) Dengan seorang rakan yang pada mulanya menggunakan peraturan sama;
dan
(c) Dengan rakan yang pada mulanya menggunakan peraturan berlainan.

Beliau menyimpulkan bahawa:


(a) Dalam keadaan tanpa maklum balas, pasangan berada di peringkat
permulaan tidak akan berganjak ke tahap yang lebih tinggi.
(b) Dalam keadaan tanpa maklum balas, kanak-kanak dipasangkan dengan
seorang yang lebih mahir akan menampakkan kemajuan.
(c) Apabila seorang daripada pasangan adalah lebih mahir, peraturan yang
paling tinggi dicapai ialah peraturan daripada pasangan mahir (Miller &
Brownel, 1975; Mugny & Doise, 1978; Mackie, 1983; Russell et al., 1990;
Radziszewska, 1993).

Kebanyakan kajian melibatkan penyelesaian masalah yang bersifat kolaboratif


tidak memberikan kanak-kanak maklum balas berkenaan jawapan yang betul.
Umumnya, maklum balas menyediakan asas bagi memilih perspektif alternatif

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERKEMBANGAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH  87

dan juga metode kepada kanak-kanak. Ellis et al. (1993) mengkaji kesan manfaat
kolaborasi bersama kombinasi maklum balas pada keupayaan kanak-kanak
membanding saiz relatif pecahan perpuluhan. Pengkaji mendapati bahawa:
(a) Lebih kurang 50% daripada kanak-kanak yang melakukannya dengan
pasangan dan kerap kali menerima maklum balas, menunjukkan prestasi
pasca ujian yang betul.
(b) Kurang daripada 25% kanak-kanak yang melakukan seorang diri dan
menerima maklum balas, berprestasi sama baik.
(c) Kanak-kanak (sama ada melakukannya sendiri atau bersama pasangan)
yang tidak menerima maklum balas tidak menunjukkan prestasi baik.

Justeru, pelajar yang melakukannya dengan rakan dan menerima maklum balas
adalah yang terbaik. Ini mencadangkan bahawa maklum balas adalah kritikal
bagi janaan idea baik dan juga penggunaannya. Ellis et al. (1993) juga
melaporkan bahawa kanak-kanak yang melakukannya dengan pasangan
menggunakan peraturan betul pada kedua-dua keadaan adalah dijangka akan
menggunakan peraturan yang betul juga apabila melakukannya sendiri semasa
pasca ujian berbanding dengan mereka dengan pasangan yang menggunakan
peraturan betul hanya pada peluang terkemudian (67% berlawanan 15%). Ini
adalah disebabkan pasangan yang menggunakan peraturan betul pada kedua-
dua keadaan menunjukkan hujah yang lebih meyakinkan; sebaliknya kanak-
kanak yang menggunakan peraturan betul hanya pada saat kemudian dan juga
berdebat tentang penggunaannya, membuatkan pasangan yang kurang mahir
menjadi kurang yakin dalam menggunakan peraturan itu. Ini menunjukkan
maklum balas tidaklah wajib bagi kanak-kanak pada tahap permulaan untuk
menggunakan pendekatan baru dalam menyelesaikan masalah matematik.
Tambahan lagi bukti luaran tentang keesahan pendekatan lebih baik (tersedia
daripada maklum balas) atau hujah meyakinkan (diberi oleh kanak-kanak yang
menggunakan peraturan betul pada kedua-dua situasi) adalah penting bagi
strategi baik untuk sentiasa berjaya.

AKTIVITI 4.1

Lakukan carian dalam Internet maklumat tentang kebolehan bayi


menggunakan bentuk mudah analisis means-end semasa ia berusia 18
bulan. Jelaskan dengan ringkas fenomena ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


88  TOPIK 4 PERKEMBANGAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH

4.1.2 Perkembangan Perwakilan


Sejumlah besar kemajuan dalam penyelesaian masalah di kalangan kanak-kanak
selepas berumur setahun muncul daripada peningkatan keupayaan mewakili
secara dalaman matlamat, tindakan, objek dan peristiwa. Peningkatan pada
kemahiran perwakilan membuatkan kanak-kanak baru belajar berjalan berupaya
menggunakan julat lebih besar sumber dunia sosial. Umumnya, mereka
membina perwakilan jangka panjang metode-metode yang mereka perhatikan
individu lain gunakan. Kemudiannya, mereka akan menggunakan metode ini
dalam kehidupan mereka nanti. Tambahan lagi, peningkatan pada keupayaan
bahasa, kedua-dua ekspresif dan reseptif, juga menyumbang kepada
perkembangan penyelesaian masalah. Adalah sesuatu yang mengejutkan apabila
bayi boleh menarik perhatian penjaga akan masalah yang ia hadapi dan ingin
selesaikan. Namun dengan kemahiran bahasa yang diperoleh oleh kanak-kanak,
menyediakan mereka peluang untuk meluahkannya dengan tepat apa yang
mereka mahu dan mengapa mereka tidak boleh melakukannya sendiri.

Apabila mereka meningkat umur hampir melengkapi tahun pertamanya, bayi


mula menunjukkan keupayaan berjalan atau merangkak ke tempat yang pada
mulanya tidak dapat dilihat untuk mengambil mainan yang mereka tidak
nampak pada mulanya (Benson et al., 1989). Selepas itu, hingga umur bayi
mencecah 18 bulan, mereka mula mengambil langkah yang membantu
mengekalkan perwakilan. Membenarkan kanak-kanak mengingat tindakan
berpusatkan matlamat yang ditunjukkan oleh orang dewasa atau rakan sebaya
merupakan sebahagian daripada cara bagaimana meningkatkan kemahiran
perwakilan dapat menyumbang kepada perkembangan penyelesaian masalah
(Meltzoff, 1985; Hannah & Meltzoff, 1993).

Selanjutnya, peningkatan perwakilan khusus dan berkekalan membenarkan


kanak-kanak menempuh jalan ke arah mencapai matlamat khusus dalam sesuatu
aktiviti, di sebalik menfokus pada aktiviti itu secara keseluruhan. Dapatan
menunjukkan reaksi afektif positif seperti senyuman dan pergerakan tangan dan
lengan secara tiba-tiba di atas kejayaan membuat sesuatu tugasan, akan
meningkat dengan umur. Nampaknya, sebahagian daripada perkembangan
penyelesaian masalah pada kanak-kanak berumur dalam linkungan satu hingga
dua tahun merangkumi perwakilan matlamat khusus yang lebih nyata dalam
ingatan, dan mengikuti matlamat itu tanpa diganggu.

Keupayaan menyelesaikan masalah bertambah baik apabila kanak-kanak


berkebolehan untuk mengekspresikan diri mereka menggunakan bahasa dalam
pelbagai situasi. Ini disebabkan bahasa adalah medium untuk pindahan
pembelajaran dari masalah terdahulu ke masalah baharu. Ini termasuklah
kebolehan memahami apa yang diperkatakan kepada mereka oleh orang lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERKEMBANGAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH  89

Dapatan menunjukkan kanak-kanak semuda dua tahun sudah pun boleh


memindahkan strategi-strategi kepada masalah baharu dan apabila kanak-kanak
diingatkan bahawa masalah-masalah pada dasarnya sama sifatnya (Crisafi &
Brown, 1986).

Di samping perwakilan dalaman, kanak-kanak juga menunjukkan peningkatan


kebolehan untuk membentuk perwakilan luaran sebagai alat bagi menyelesaikan
masalah. DeLoache (1987) melaporkan pemahaman kanak-kanak tentang
hubungan antara model skala dan ruangan lebih besar adalah bergantung pada
darjah kesamaan secara fizikal antara kedua-dua ruang. Pengkaji-pengkaji ini
menjalankan satu eksperimen di mana kanak-kanak antara 2.5 dan 3.5 tahun
memerhati satu mainan disorok di sebuah lokasi dalam sebuah model rumah.
Selepas itu, mereka diminta mencari mainan serupa di dalam bilik sebenar.
Secara keseluruhan, kebolehan kanak-kanak mencari mainan meningkat dengan
darjah peningkatan kesamaan antara model skala dan bilik sebenar, walaupun
kanak-kanak lebih muda memerlukan darjah kesamaan yang lebih tinggi untuk
memahami hubungan antara model-bilik jika dibandingkan dengan kanak-kanak
lebih berumur. Mereka menyimpulkan tahap kesamaan antara objek-objek
dalam dua ruang dan saiz keseluruhan kedua-dua ruang mempunyai kesan kuat
pada prestasi kanak-kanak. Oleh itu, kesamaan mungkin mempengaruhi akses
di mana kebarangkalian bagi perwakilan satu ruang akan menyediakan akses
kepada perwakilan ruang lain. Oleh demikian, kanak-kanak boleh menggunakan
model-model skala sebagai alat untuk menyelesaikan masalah, tetapi
mempunyai kesamaan untuk menjadi keliru antara perwakilan sebagai objek
dengan peranannya sebagai simbol dalam situasi lain.

SEMAK KENDIRI 4.1

Dalam eksperimen yang dijalankan oleh DeLoache (1987), kanak-kanak


berumur 2.5 tahun menunjukkan kesukaran dalam menukar antara
model dan bilik sebenar. Apakah sumber kesukaran kanak-kanak ini
dengan model skala? Cadangkan alat lain yang mungkin lebih mudah
untuk digunakan daripada model skala sebagai perwakilan objek lain.

Istilah „model mental‰ digunakan untuk merujuk kepada perwakilan


pengetahuan dalam ingatan jangka panjang, yang mungkin mempunyai
keserupaan struktur dengan model yang digunakan dalam penakulan. Ahli
psikologi telah mengkaji model mental sistem fizikal seperti mesin kira, sistem
solar dan pengaliran elektrik (Gentner & Stevens, 1983). Mereka telah mengkaji
bagaimana kanak-kanak membentuk model seperti itu (Halford, 1993),
bagaimana mereka bentuk artifak dan sistem komputer yang mana mudah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


90  TOPIK 4 PERKEMBANGAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH

untuk mendapatkan model (Ehrlich, 1996), dan bagaimana model satu domain
mungkin boleh menjadi analogi kepada domain lain. Menurut Halford (1993),
ciri penting sesuatu model mental ialah model mesti mewakili dengan tepat
struktur masalah. Sebaliknya, kejayaan model mental bergantung pada sama ada
ciri-ciri struktur penting sesuatu masalah adalah dienkod. Kanak-kanak
cenderung untuk membina analogi yang mana sistem hubungan antara domain
sasaran menyerupai sistem hubungan asas. Objek dalam setiap domain tidak
semestinya perlu mempunyai kesamaan. Malah, kunci kepada analogi yang baik
adalah kesamaan hubungan sepadan antara dua situasi. Model mental bagi
analogi klasik „Haba mengalir seperti air mengalir‰ menekankan persamaan
antara hubugan struktur antara pemboleh ubah yang mempengaruhi dua jenis
aliran itu (Gentner, 1989)(Rajah 4.3).

Rajah 4.3: Kesamaan struktur dalam analogi air/haba


Diadaptasi daripada: Gentner, 1989

Tidak seperti bahasa, imej mental dan perwakilan ruang diperoleh semasa
kanak-kanak berumur dua tahun, perwakilan khusus diperoleh lebih lambat
dalam kehidupan seseorang. Tambahan lagi, perolehan perwakilan khusus tidak
begitu universal dan lebih berubah-ubah dari segi masa daripada perolehan
perwakilan yang diguna lebih meluas. Pertuturan, imej mental dan perwakilan
ruang yang dapat diperhatikan pada kanak-kanak adalah hasil interaksi antara
kematangan biologikal dan pengalaman umum. Sebaliknya, keupayaan menulis
pada kanak-kanak; melukis peta dan rajah; memahami graf dan nombor garisan;
menggunakan alat ukuran konvensional; dan melakukan eksperimen saintifik
terkawal bergantung pada pengalaman kanak-kanak itu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERKEMBANGAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH  91

Peta adalah satu daripada perwakilan khusus dan selalu digunakan. Fungsi peta
merangkumi:
(a) Satu metode mewakili lokasi dan sempadan entiti politik seperti bandar
raya, negeri atau sistem jalan raya.
(b) Satu perwakilan aspek alam yang tidak boleh dipersepsikan dalam bentuk
yang boleh dipersepsi.
(Liben & Downs, 1989)

Kebanyakan kanak-kanak boleh memahami peta mudah yang dilukis oleh


individu lain pada umur 5 tahun, dan menggunakan peta ini sebagai alat untuk
mencari objek (Bluestone & Acredolo, 1979; Uttal & Wellman, 1989). Semakin
meningkat umur, keupayaan mereka untuk melukis peta dan melibatkan
hubungan topologi penting antara mercu tanda juga meningkat, dan
pengambilan satu perspektif konsisten datang kemudiannya (Piaget & Inhelder,
1956). Selain daripada peta, perwakilan khusus lain merangkumi pembaris,
skala, jam, kalendar dan artifak budaya lain. Dapatan menunjukkan kesukaran
utama bagi kanak-kanak menggunakan pelbagai alat pengukuran bukan pada
kegunaannya tetapi pada pengetahuan bagaimana dan bila untuk
menggunakannya. Sebagai kesimpulan, alat pengukuran dan perwakilan khusus
lain meningkatkan secara signifikan potensi kanak-kanak dalam penyelesaian
masalah. Walau bagaimanapun, kegunaan mereka bergantung pada keupayaan
pemahaman kanak-kanak.

SEMAK KENDIRI 4.2

Sekumpulan kanak-kanak diarah memberi makan kepada dua ekor


kura-kura dengan jumlah yang sama. Mereka membahagikan makanan
dengan memberi secebis kepada seekor kura-kura, secebis lagi kepada
kura-kura lain, dan sebagainya. Bincang strategi yang digunakan oleh
kanak-kanak dalam memenuhi objektif eksperimen ini. Sebagai seorang
dewasa, bagaimanakah anda menasihat kanak-kanak dalam persediaan
strategi yang digunakan?

Menurut Brown et al. (1989), perbezaan utama antara masalah di sekolah dan
masalah dunia sebenar adalah kesukaran di sekolah bagi menentukan apakah
masalah sebenarnya. Kanak-kanak sering mengintepretasikan masalah supaya ia
masuk akal pada mereka, bukannya menyelesai masalah sebagaimana ia
dibentangkan. Apabila kanak-kanak diberi hipotesis tidak mungkin, mereka
mengelak menguji hipotesis itu dan sebaliknya menghasilkan hipotesis yang
lebih bermakna dan mengumpul bukti untuk menyokongnya. Sebaliknya, orang
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
92  TOPIK 4 PERKEMBANGAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH

dewasa akan menguji hipotesis tanpa mengira kemungkinannya, dan mendapati


hipotesis yang tidak mungkin itu sebenarnya betul. Oleh itu, sebahagian
daripada perkembangan penyelesaian masalah kanak-kanak yang lebih berusia
melibatkan penerimaan matlamat ditentukan oleh persekitaran sosial apabila
tugasan mendesaknya (Klahr et al., 1993).

AKTIVITI 4.2

Cari maklumat tentang hipotesis lakaran matlamat yang disarankan


oleh Siegler & Jenkins (1989) di mana kanak-kanak boleh membuat satu
penemuan tanpa jana dan uji. Bincang dapatan anda dengan rakan.

4.1.3 Regulasi Kendiri


Kebolehan kanak-kanak dalam meregulasi secara berkesan aktiviti-aktiviti
pemikiran mereka menjadi penting pada penyelesaian masalah ketika mereka
memperoleh kedua-dua peningkatan dalam penggunaan strategi dan keupayaan
perwakilan. Salah satu daripada perkara penting dalam proses regulasi kendiri
ialan perancangan, oleh sebab ia boleh digunakan dalam banyak situasi berbeza
untuk mengelak ralat. Teka teki Tower of Hanoi telah dicipta oleh seorang ahli
matematik berbangsa Perancis bernama Edouard Lucas pada tahun 1883 di mana
kanak-kanak diberi satu menara dengan lima cakera, disusun menurut saiz
menaik pada satu daripada tiga tiang. Objektif utamanya ialah untuk menukar
seluruh menara cakera ke satu tiang lain (yang paling kanan dalam Rajah 4.4),
menggerakkan hanya satu cakera pada satu masa, yang besar tidak boleh berada
di atas cakera yang kecil dan menggunakan jumlah langkah yang minimum.
Walaupun kita tahu pergerakan pertama adalah betul, kita masih diperlukan
untuk menggerakkan seluruh masalah dari mula hingga akhir. Oleh sebab itu,
menyelesaikan masalah sebegini dalam cara berterusan memerlukan
perancangan keseluruhan urutan peristiwa sebelum memulakannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERKEMBANGAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH  93

Rajah 4.4: Tower of Hanoi


Sumber: http://www.labspaces.net

Kebanyakan aktiviti penyelesaian masalah yang dijalankan oleh kanak-kanak


dalam kehidupan seharian mereka adalah bersama orang dewasa, bukannya
seorang diri. Dalam situasi sebegini, orang dewasa patut merancang aktiviti
yang mengurangkan beban bagi kanak-kanak dan akan memberikan manfaat
kepada mereka. Istilah yang digunakan untuk menghurai apa yang dilakukan
oleh orang dewasa untuk membantu penyelesaian masalah kanak-kanak ialah
scaffolding yang melibatkan penggunaan strategi-strategi khusus difokus untuk
membolehkan kanak-kanak menyertai aktiviti, mengekalkan minat dan pada
masa yang sama meningkatkan kompetensi mereka (Wood et al., 1976).
Umumnya, orang dewasa melakukan bahagian tugasan yang paling penting dan
sukar seperti membahagi tugasan kepada submatlamat, menghasilkan
perancangan dan memantau kejayaan strategi berbeza, manakala kanak-kanak
dibenarkan melakukan bahagian tugasan yang mereka boleh lengkapkan dengan
jayanya (Wertsch, 1978). Ketika kanak-kanak menunjukkan peningkatan
kemahiran pada tugasan tertentu, orang dewasa akan secara perlahan-lahan
melepas dan membiarkan kanak-kanak melakukan tugasan secara bersendirian
bagi kedua-dua aspek iaitu tindakan dan regulasi kendiri tugasan itu. Kajian
yang dilakukan telah menunjukkan bahawa scaffolding melibatkan aktiviti
dalam persekitaran harian dan ia juga membantu kanak-kanak mempelajari
perancangan dan kemahiran regulasi kendiri lain. Orang dewasa kerap kali
menyediakan kanak-kanak prasekolah dengan arahan scaffolding dan
memodifikasikan jenis arahan mengikut kompetensi pelajar (Wertsch et al., 1980;
Rogoff et al., 1984; Gauvain, 1992). Moss (1992) mendapati bahawa ibu bapa,
khususnya ibu, menyediakan scaffolding yang melibatkan tiga strategi berikut:
(a) Seorang ibu mengarah anaknya dengan strategi-strategi yang tidak
mungkin diketahui dan tidak mampu dibuat tanpa bantuan;
(b) Seorang ibu menggalakkan anaknya terus menggunakan strategi berguna
yang ditunjukkan oleh anak itu; dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


94  TOPIK 4 PERKEMBANGAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH

(c) Seorang ibu meyakinkan anaknya agar tidak menggunakan strategi yang
dianggap tidak matang.

Tambahan lagi Conner et al. (1997) mendapati bahawa bapa adalah sebaik ibu
dalam scaffolding. Mereka juga mendapati bahawa kanak-kanak yang telah
menerima scaffolding mempamerkan penambahbaikan jangka panjang dan juga
penambahbaikan segera.

Bahasa memainkan peranan penting dalam meregulasi aktiviti pemikiran dan


digunakan untuk menkomunikasikan pada orang lain serta mengarah
penyelesaian masalah kanak-kanak. Pada umumnya, pertuturan mengarah pada
diri secara spontan wujud dalam penyelesaian masalah sekitar umur 4 atau 5
tahun. Sebelum umur itu, kanak-kanak ada kalanya bercakap pada diri sendiri,
walaupun, pertuturan berarah pada diri sendiri tidak berkoordinasi dengan
tingkah laku penyelesaian masalah mereka (Luria, 1961). Sebaliknya, kanak-
kanak lebih tua juga menggunakan bahasa berarah pada diri untuk meregulasi
aktiviti pemikiran mereka; walau bagaimanapun pertuturan mereka tidak
didengari seperti kanak-kanak prasekolah (Frauenglass & Diaz, 1985; Berk, 1986;
Bivens & Berks, 1990). Kanak-kanak selalunya bercakap dengan diri sendiri
semasa menyelesaikan masalah yang mencabar tetapi tidak semestinya ia tidak
mungkin diselesaikan (Berk & Garvin, 1984; Behrend et al., 1989). Ia paling kerap
berlaku semasa kanak-kanak menghadapi kesukaran menyelesaikan masalah
atau gagal dalam penyelesaian masalah (Goodman, 1981). Pertuturan berarah
pada diri sendiri memainkan peranan penting dalam situasi di mana masalah
kanak-kanak adalah untuk mengelak tindakan yang tidak optimal. Dalam kata
lain, banyak masalah adalah sukar tetapi bukan disebabkan oleh kesukaran
menentukan apa yang sepatutnya dilakukan tetapi sebab ia sukar untuk
menghindar diri daripada menggunakan laluan alternatif yang kurang diingini.

SEMAK KENDIRI 4.3


Bincang secara ringkas sebab-sebab mengapa pertuturan berarah
pada diri sendiri mungkin membantu dalam penyelesaian masalah.

Apabila berhadapan dengan beberapa strategi dalam menyelesaikan masalah,


kanak-kanak menggunakan pengetahuan fikiran sedar, eksplisit, metakognisi
tentang masalah yang dibentangkan, strategi tersedia dan keupayaan kognitif
mereka sendiri (Flavell & Wellman, 1977). Umumnya, strategi-strategi yang
berjaya pada masa lampau juga akan dipilih. Ketika kanak-kanak membesar,
mereka menjadi mahir dalam memantau perancangan dan menyesuaikan diri
mereka mengikuti situasi (Gardner & Rogoff, 1990). Sebaliknya, kanak-kanak
yang lebih muda tidak memodifikasikan perancangan mengikut arahan berbeza.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERKEMBANGAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH  95

Namun demikian, beberapa pengkaji melaporkan kegagalan kanak-kanak


sekolah untuk merancang pelbagai tugasan seperti menulis (Bereiter &
Scardamalia, 1987), merancang perjalanan (Gauvain & Rogoff, 1989), mengarah
kanak-kanak lain (Ellis & Rogoff, 1986) dan komunikasi rujukan (Cosgrove &
Patterson, 1977). Perancagan mempunyai kedua-dua kebaikan dan keburukan
seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.3.

Jadual 4.3: Kebaikan dan Keburukan Perancangan dalam Penyelesaian Masalah

Kebaikan Keburukan
Membuat penyelesaian tepat dan langsung Mengambil masa dan leceh.
menjadi nyata.
Membenarkan masalah diselesaikan dalam Tidak membawa kepada perolehan
cara sistematik. matlamat secara langsung.

Interaksi dengan orang dewasa adalah salah satu faktor utama yang
menghasilkan perancangan dalam kalangan kanak-kanak. Hudson & Fivush
(1991) mendapati kanak-kanak lebih cenderung untuk merancang apabila
mereka bekerjasama dengan seorang dewasa berbanding dengan apabila mereka
melakukannya seorang diri. Tambahan lagi, pengalaman merancang dengan
orang dewasa juga menghasilkan perancangan yang lebih canggih apabila
mereka kemudiannya menyelesaikan masalah sendiri (Radziszewska & Rogoff,
1988; Gauvain, 1992). Sebaliknya, pengalaman dengan rakan sebaya dan kanak-
kanak lebih berusia didapati tidak begitu berkesan berbanding pengalaman
dengan orang dewasa. Ini mungkin disebabkan orang dewasa jika
membincangkan strategi dengan kanak-kanak lebih muda, kerap mengingatkan
mereka tentang matlamat tugasan dan memantau kemajuan mereka. Lagi pun,
orang dewasa adalah lebih sensitif dengan memodifikasikan jenis bantuan yang
mereka berikan menurut keperluan kanak-kanak itu (Rogoff et al., 1984;
Gauvain, 1992).

Blaye et al. (1991) melaporkan kanak-kanak yang melakukannya secara


berpasangan berprestasi lebih baik dalam penyelesaian masalah berbanding
rakan sebaya yang melakukannya sendirian, dan berprestasi lebih baik pada
pascaujian individu. Ini disebabkan kanak-kanak yang melakukannya secara
berpasangan, sedar akan kepentingan membahagikan masalah kepada matlamat
yang lebih kecil, oleh itu mengarah aktiviti pemikiran mereka ke arah yang dapat
membuahkan hasil. Walau bagaimanapun, kanak-kanak di bawah umur
persekolahan jarang berkolaborasi dengan jayanya disebabkan kesukaran
mereka dalam berfikir secara analitikal tentang penakulan orang lain (Azmitia &
Perlmutter, 1989; Perlmutter et al., 1989).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


96  TOPIK 4 PERKEMBANGAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH

SEMAK KENDIRI 4.4

„Kesan kolaborasi antara kanak-kanak muda yang merupakan orang


baru belajar dan kanak-kanak lebih tua yang merupakan orang lebih
mahir kurang memberikan manfaat kepada kanak-kanak baru belajar
berbanding dengan menyelesaikan masalah dengan orang dewasa.‰
Bincang pernyataan di atas.

Penyelesai masalah yang mahir selalunya mempraktikkan beberapa aktiviti


pemantauan kendiri merangkumi menyoal dan menghuraikan lebih lanjut
pengetahuan sendiri, menilai darjah pemahaman mereka, dan memikirkan
contoh-berlawanan dan kemungkinan generalisasi (Palincsar & Brown, 1984).
Pengajaran resiprokal adalah satu contoh keterlibatan ini dan ia menekankan
empat aktiviti strategik iaitu menyimpulkan, menjelaskan, menyoal dan
menjangkakan soalan akan datang (Palincsar & Brown, 1984; Brown & Palincsar ,
1989).

SEMAK KENDIRI 4.5

1. Bincangkan peraturan yang digunakan oleh kanak-kanak berbeza


umur terhadap skala timbang.
2. Nyatakan satu kebaikan maklum balas dalam penyelesaian
masalah kolaboratif.
3. Tentukan faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan
model mental.
4. Nyatakan fungsi peta sebagai satu perwakilan khusus.
5. Apakah yang anda faham dengan istilah scaffolding?
6. Kenal pasti kebaikan dan keburukan perancangan dalam
penyelesaian masalah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERKEMBANGAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH  97

SEMAK KENDIRI 4.6

1. Nyatakan tiga aspek perkembangan penyelesaian masalah dan


tahap signifikan kehidupan berkaitan.
2. Strategi penyelesaian masalah wujud semenjak lahir lagi. Jelaskan
pernyataan ini dengan menggunakan eksperimen Rovee-Collier.
Dalam penjelasan anda, tunjukkan apa yang dimaksud dengan
kemahiran perwakilan.
3. Reka bentuk Tower of Hanoi menggunakan satu tiang dan tiga tiang
digunakan untuk membentuk mainan kanak-kanak berbeza umur.
Bincang perkembangan kemahiran perspektif dan kumpulan umur
kanak-kanak yang sesuai bermain dengan mainan ini.

 Strategi-strategi penyelesaian masalah boleh didefinisikan sebagai prosedur


yang mengatasi halangan dan mencapai matlamat.

 Kebanyakan kajian terlibat dalam penyelesaian masalah kolaboratif tidak


melengkapi kanak-kanak dengan maklum balas jawapan yang betul.

 Kemajuan penyelesaian masalah dalam kalangan kanak-kanak selepas


berumur setahun wujud daripada penambahbaikan keupayaan untuk
mewakili matlamat, tindakan, objek dan peristiwa secara dalaman.

 Kebolehan menyelesaikan masalah bertambah baik ketika kanak-kanak


menjadi lebih berkebolehan untuk mengekspresikan diri mereka
menggunakan bahasa dalam pelbagai situasi dan peristiwa.

 Selain daripada perwakilan dalaman, kanak-kanak juga mempamerkan


peningkatan keupayaan untuk membina perwakilan luaran sebagai alat
untuk menyelesaikan masalah.

 Model mental merujuk kepada perwakilan pengetahuan dalam ingatan


jangka panjang, yang mungkin mempunyai struktur sama dengan model
yang digunakan dalam penakulan.

 Tidak seperti bahasa, imej mental dan perwakilan ruang diperoleh semasa
kanak-kanak berumur dua tahun, perwakilan khusus diperoleh
kemudiaannya dalam kehidupan kanak-kanak.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
98  TOPIK 4 PERKEMBANGAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH

 Peta adalah salah satu perwakilan khusus dan selalu digunakan.

 Perbezaan utama antara masalah di sekolah dan dunia sebenar ialah di


sekolah sukar untuk menentukan apa masalah itu sebenarnya.

 Kebolehan kanak-kanak dalam meregulasi secara berkesan aktiviti-aktiviti


pemikiran menjadi penting pada penyelesaian masalah mereka ketika
mereka memperoleh kedua-dua peningkatan dalam strategi dan keupayaan
perwakilan.

 Bahasa memainkan peranan penting dalam meregulasi pemikiran,


berkomunikasi dengan orang lain dan mengarah penyelesaian masalah
kanak-kanak itu sendiri.

 Dalam menyelesaikan masalah, kanak-kanak menggunakan pengetahuan,


fikiran sedar, eksplisit dan metakognitif tentang masalah serta strategi
tersedia dan keupayaan kognitif mereka sendiri.

 Perancangan berkesan memerlukan keupayaan menformulasi tindakan


terdahulu, serta kemahiran memantau dan memodifikasikan perancangan;
mengikut kehendak situasi dan matlamat.

 Regulasi aktiviti-aktiviti kognitif selalunya dicapai melalui interaksi antara


orang yang bekerja bersama bukannya melalui usaha seorang individu.

 Penyelesai masalah yang mahir selalunya mempraktikkan aktiviti-aktiviti


pemantauan-kendiri merangkumi menyoal dan menghurai lebih lanjut
pengetahuan sendiri; menilai darjah kefahaman mereka; dan memikirkan
tentang contoh berlawanan dan generalasasi berkemungkinan.

Hipotesis lakaran matlamat Perancangan


Maklum balas Perkembangan perwakilan
Model mental Perkembangan strategik
Pemantauan kendiri Pertuturan berarah kendiri
Pengajaran resiprokal Peta
Penyelesaian masalah Scaffolding

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERKEMBANGAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH  99

1. Nyatakan tiga aspek perkembangan penyelesaian masalah dan tahap


kehidupan signifikan yang berkaitan.
2. Strategi penyelesaian masalah wujud semenjak lahir lagi. Jelaskan
pernyataan ini dengan menggunakan eksperimen Rovee-Collier. Dalam
penjelasan anda, tunjukkan apa yang dimaksudkan dengan kemahiran
perwakilan.
3. Rekabentuk "Tower of Hanoi" menggunakan satu tiang dan tiga tiang
digunakan untuk membentuk mainan kanak-kanak berbeza kumpulan
umur. Bincangkan perkembangan kemahiran berkaitan dan kesesuaian
kumpulan umur untuk kedua-dua alat permainan.

Azmitia, M., & Perlmutter, M. (1989). Social influences on children cognition:


State of the art and future directions. In H.Reese (Ed). Advances in child
development and behavior (Vol. 22, pp 89-144). San Diego: Academic Press.

Behrend, D. A., Rosengren, K. S., & Perlmutter, M. (1989). A new look at


childrenÊs private speech: The effects of age, task difficulty, and parental
presence. International Journal of Behavioral Development, 12: 305-320.

Benson, J. B., Arehart, D. M., Jennings, T., Boley, S., & Kearns, L. (1989). Infant
crawling: Expectations, action-plans and goals. Paper presented at the
biennial meeting of the Society for Research in Child Development, Kansas
City, MO.

Bereiter, C., & Scardamalia, M. (1987). The psychology of written composition.


Hilsdale, NJ: Erlbaum.

Berk, L. E. (1986). Relationship of elementary school childrenÊs private speech to


behavioral accompaniment to task, attention and task performance.
Developmental Psychology, 22: 671-680.

Berk, L. E., & Garvin, R. A. (1984). Development of private speech among low-
income Appalachian children. Developmental Psychology, 20: 271-286.

Bivens, J. A., & Berk, L. E. (1990). A longitudinal study of the development of


childrenÊs private speech. Merill-Palmer Quarterly, 36: 443-463.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


100  TOPIK 4 PERKEMBANGAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH

Blaye, A., Light, P., Joiner, R., & Sheldon, S. (1991). Collaboration as a facilitator
of planning and problem solving on a computer based task. British Journal
of Developmental Psychology, 9: 471-483.

Bluestone, N., & Acredolo, L. (1979). Developmental changes in map-reading


skills. Child Development, 50: 691-697.

Brown, A. L. & Palinscar, A. S. (1989). Guided cooperative learning and


individual knowledge acquisition. In L.B. Resnick (Ed.). Knowing, learning
and instruction: Essays in honor of Robert Glaser (pp. 393-451). Hilsdale,
NJ:Erlbaum.

Brown, J. S., Collins, A., & Duguid, P. (1989). Situated cognition and the culture
of learning. Educational Researcher, 18:32-42.

Butterworth, G., & Hopkins, B. (1988). Hand-mouth coordination in the newborn


baby. British Journal of Developmental Psychology, 6: 303-314.

Case, R. (1985). Intellectual development: A systematic reinterpretation. Orlando,


FL: Academic Press.

Conner, D. B., Knight, D. K., & Cross, D. R. (1997). Mothers and fathers
scaffolding of their two-year-olds during problem-solving and literacy
interactions. British Journal of Developmental Psychology, 15, 323-338.

Cosgrove, J. M., & Patterson, C. J. (1977). Plans and the development of listener
skills. Developmental Psychology, 13: 557-564.

Crisafi, M. A. & Brown, A. L. (1986). Analogical transfer in very young children:


Combining two separately learned solutions to reach a goal. Child
Development, 57: 953-968.

DeLoache, J. S. (1987). Rapid change in the symmbolic functioning of young


children, Science, 238: 1556-1557.

Ehrlich, K. (1996). Applied mental models in human-computer interaction. In J.


Oakhill and A. Garnham (Eds.), Mental Models in Cognitive Science.
Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.

Ellis, S., & Rogoff, B. (1986). Problem solving in childrenÊs management of


instruction. In E.Mueller & C.Cooper (Eds.), Process and outcome in peer
relationships (pp.301-325) Orlando, FL: Academic Press.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERKEMBANGAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH  101

Ellis, S., Klahr, D., & Siegler, R. S. (1993). Effects of feedback and collaboration on
changes in children's use of mathematical rules. Paper presented at the
meeting of the Society for Research in Child Development, New Orleans.

Feinman, S. (1992). Social referencing and the social construction of reality in


infancy. New York: Plenum.

Flavell, J. H., & Wellman, H. (1977). Metamemory. In R.V. Kail & J.W. Hagen
(Eds.), Perspectives on the development of memory and cognition (pp 3-33).
Hilsdale, NJ: Erlbaum.

Frauenglass, M. H., & Diaz, R. M. (1985). Self-regulatory functions of childrenÊs


private speech: A critical analysis of recent challenges to VygotskyÊs theory.
Developmental Psychology, 21: 357-364.

Freund, L. S. (1990). Maternal regulation of childrenÊs problem solving behavior


and its impact on childrenÊs performance. Child Development, 61: 113-126.

Gardner, W., & Rogoff, B. (1990). ChildrenÊs deliberateness of planning according


to task circumstances. Developmental Psychology, 26: 480-487.

Gargiulo, R. (2003). Special education in contemporary society: An introuction to


exceptionality. Belmont, CA: Wadsworth/Thomson Learning.

Gauvain, M. (1992). Social influences on the development of planning in advance


and during action. International Journal of Behavioral Development, 15:
377-398.

Gauvain, M., & Rogoff, B. (1989). Collaborative problem solving and childrenÊs
planning skills. Developmental Psychology, 25: 139-151.

Gentner, D. (1989). The mechanisms of analogical transfer. In S. Vosniadou & A.


Ortony (Eds.), Similarity and analogical reasoning. New York: Cambridge
University Press.

Gentner, D., & Stevens, A. L. (Eds.). (1983). Mental models. Hillsdale, NJ:
Lawrence Erlbaum Associates.

Goodman, S. (1981). The integration of verbal and motor behavior in preschool


children. Child Development, 52: 280-289.

Halford, G. (1993). ChildrenÊs understanding: The development of mental


models. Hilsdale, NJ: Erlbaum.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


102  TOPIK 4 PERKEMBANGAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH

Hannah, E., & Meltzoff, A.N. (1993). Peer imitation by toddlers in laboratory,
home and day-care contexts: Implications for social learning and memory.
Developmental Psychology, 29: 701-710.

Hudson, J. A., & Fivush, R. (1991). Planning in the preschool years: The
emergence of plans from general event knowledge. Cognitive
Development, 6: 393-415.

Inhelder, B., & Piaget, J. (1958). The Growth of Logical Thinking from Childhood
to Adolescence. Basic Books, Inc. Publishers. (Trans. by A. Parsons and S.
Milgram).

Klahr, D., Fay, A., & Dunbar, K. (1993). Heuristics for scientific experimentation:
A development study. Cognitive Psychology, 5: 111-146.

Liben, L. S., & Downs, R. M. (1989). Understanding maps as symbols: The


development of map concepts in children. In H.W.Reese (Ed.). Advances in
child development and behavior (Vol 22, pp 145-201) San Diego: Academic
Press.

Luria, A. R. (1961). The role of speech in the regulation of normal and abnormal
behavior. London: Pergamon.

Mackie, D. (1983). The effects of social interaction on conservation of spatial


relations. Journal of Cross-Cultured Psychology, 14: 131-151.

Mast, V. K., Fagan, J. W., Rovee-Collier, C. K., & Sullivan, M. W. (1980).


Immediate and long-term memory for reinforcement contexts: The
development of learned expectancies in early infancy. Child Development,
51: 700-707.

Meltzoff, A. N. (1985). Immediate and deferred limitation in fourteen and


twenty-four-month-old infants. Child Development, 56: 62-72.

Miller, S. A., & Brownel, C. (1975). Peers, persuasion and Piaget: Dyadic
interaction between conservers and non-conservers. Child Development,
46: 972-997.

Moss, E. (1992). The socioaffective context of joint cognitive activity. In L. T


Winegar & J. Valsiner (Eds.), Children's development within social context:
Vol. 1. Metatheory and theory (pp. 117-154). Hillsdale, NJ: Erlbaum.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 PERKEMBANGAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH  103

Mugny, G., & Doise, W. (1978). Socio-cognitive conflict abd structure of


individual and collective performances. European Journal of Social
Psychology, 8: 181-192.

Palincsar, A. M., & Brown, A. L. (1984). Reciprocal teaching of comprehension-


monitoring activities. Cognition and Instruction, 1:117-175.

Papaousek, H., & Papousek, M. (1987). Intutive parenting: A didactic counterpart


to the infantÊs precocity in integrative capacities: In J.Osofsky (Ed.).
Handbook of infant development (2nd ed. Pp. 669-720). New York: Wiley.

Perlmutter, M., Behrend, S. D., Kuo, F., & Muler, A. (1989). Social influences on
childrenÊs problem solving. Developmental Psychology, 25: 744-754.

Piaget, J., & Inhelder, B. (1956). The childÊs conception of space (F.J. Langdon &
J.L. Lunzer, Trans.) New York: Norton.

Radziszewska, B. (1993). Sociocognitive processes in adult-child and peer


collaboration on area and volume tasks. Paper presented at the meetings of
the Society for Research on Child Development, New Orleans, LA.

Radziszewska, B., & Rogoff, B. (1988). Influence of adult and peer collaborators
on childrenÊs planning skills. Developmental Psychology, 24: 840-848.

Resnick, L. B., Levine, H. M., & Teasley, D. S. (Eds) (1991). Perspectives on


socially shared cognition. Washington, DC: American Psychological
Association.

Rogoff, B. (1990). Apprenticeship in thinking: Cognitive development in social


context. New York: Oxford University Press.

Rogoff, B., Ellis, S., & Gardner, W. P. (1984). Adjustment of adult-child


instruction according to childÊs age and task. Child Development, 20: 193-
199.

Rogoff, B., Mistry, J., Radzisewska, B., & Germond, J. (1992). InfantsÊ
instrumental social interaction with adults. In S. Feinman (Ed.), Social
referencing and the social construction of reality in infancy (pp. 323-348).
New York: Plenum.

Rovee-Collier, C. (1987). Learning and memory in infancy. In J.Osofsky (Ed.).


Handbook of infant development. New York: Wiley.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


104  TOPIK 4 PERKEMBANGAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH

Russell J., Mills, I., & Reiff-Musgrove, P. (1990). The role of symmetrical and
asymmetrical social conflict in cognitive change. Journal of Experimental
Child Psychology, 49: 58-78.

Siegler, R. S. (1976). Three aspects of cognitive development. Cognitive


Psychology, 8: 481-520.

Siegler, R. S., & Jenkins, E. A. (1989). How children discover new strategies.
Hilsdale, NJ: Erlbaum.

Siegler, R. S. (1993). Adaptive and nonadaptive characteristics of low-income


children's mathematical strategy use. In L. A. Penner, G. M. Batsche, H. M.
Knoff, & D. L. Nelson (Eds.), The challenge in mathematics and science
education: Psychology's response (pp. 341-366). Washington, DC: American
Psychological Association.

Sternberg, R. J. (1998). Thinking and problem solving. (2nd ed.). London, UK:
Elsevier.

Tronick, E. Z. (1989). Emotions and emotional communication in infants.


American Psychologist, 44: 112-119.

Trudge, J. R. H. (1992). Processes and consequences of peer collaboration:


A Vygotskian analysis. Child Development, 63, 1364-1379.

Uttal, D., & Wellman, H. M. (1989). Young childrenÊs representation of spatial


information acquired from maps. Developmental Psychology, 25: 128-138.

Wellman, H. M. (1990). The childÊs theory of mind. Cambridge, MA: MIT Press.

Wertsch, J. V., Mc Namee, G. D., McLane, J. B., & Budwig, N. A. (1980). The
adult-child dyad as a problem-solving system. Child Development, 51:
1215-1221.

Willats, P. (1990). Development of problem solving strategies in infancy. In


D.Bjorklund (Ed.), ChildrenÊs strategies: Contemporary views of cognitive
development (pp. 23-66). New York: Erlbaum.

Wilats, P. (1989). Development of problem solving in infancy. In A. Slater & J.G.


Bremner (Eds.), Infant development (pp. 143-182). Hilsdale, NJ: Erlbaum.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik X Kemahiran
5 Berfikir

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisikan pemikiran;
2. Menerangkan corak pemikiran yang berbeza;
3. Mengenal pasti elemen penting di antara pemikir baik dan lemah;
4. Menerangkan kepentingan berfikir;
5. Membandingkan kedua fasa dalam proses berfikir; dan
6. Menerangkan fungsi dan peranan otak kiri dan kanan.

X PENGENALAN
William James (1842 ă 1910), kerap dirujuk sebagai bapa psikologi Amerika,
pernah mengatakan, „Sebilangan besar orang fikir mereka berfikir tetapi mereka
sebenarnya menyusun semula prasangka mereka.‰ Menurut beliau, hakikat jika
terdapat aktiviti mental dalam fikiran individu tidak bermakna mereka berfikir. Di
dalam buku yang bertajuk You Were Born Rich, Bob Proctor telah menulis,
„Berfikir adalah fungsi tertinggi yang mampu dilakukan oleh manusia.‰ Beliau
menambah ramai orang menghubung cara berfikir kepada aktiviti minda mudah
seperti aktiviti mengimbau kenangan lampau, memainkan wayang lama dan
mengingati peristiwa lampau. Jelas, ini bukan apa yang dipaparkan oleh kerja seni
ulung Rodin.

Kita semua berfikir secara berterusan tanpa disengajakan dan tanpa paksaan.
Antara sebab utama ramai orang tidak menyelami proses pemikiran mereka
kerana ia memerlukan kita untuk bersifat menerima di samping dicabar untuk
pemikiran dengan lebih lanjut. Ini adalah sebab mengapa hanya segelintir orang
sebenarnya berfikir. Edison pernah menyatakan, „Tiada manfaat di mana manusia
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
106 X TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR

akan pergi untuk mengelakkan kerja berfikir sebenar‰ dan menurut Emerson,
tugasan paling sukar dilakukan di dunia ialah berfikir.

Salah satu sebab utama kenapa orang tidak berfikir lebih atau dengan mendalam
adalah disebabkan mereka terlalu sibuk dengan perkara lain dan mereka tiada
masa untuk melahirkan, memikir dengan mendalam dan mempertimbangkan.
Manusia hari ini sudah terbiasa dihibur dan dimomokkan dengan terlalu banyak
informasi menyebabkan mereka ketiadaan masa untuk merefleksi mahupun
mengimbas cebisan pemikiran mereka.

„Jarang kita jumpa manusia secara sukarela menumpu dalam berfikir dengan
mendalam. Seolah terdapat pencarian sejagat untuk jawapan mudah dan
penyelesaian tidak lengkap. Tiada apa yang memberi kesengsaraan kepada
seseorang lebih daripada keperluan untuk berfikir.‰
(Martin Luther King)

Berfikir adalah satu proses semula jadi. Kita biasa diingatkan oleh orang yang
berkuasa untuk berfikir dan „menggunakan akal‰ sedangkan apa sebenarnya
yang perlu kita tahu adalah bagaimana untuk melakukan proses berfikir secara
mendalam serta kemahiran berfikir secara reflektif. Memandangkan individu hari
ini sudah terbiasa dengan jawapan mudah dan jalan penyelesaian yang siap sedia
untuk diguna pakai sedangkan masalah dan cabaran dalam kehidupan adalah
sukar dan kompleks. Oleh itu, masalah-masalah ini sebenarnya memerlukan kita
memupuk pemikiran lebih mendalam dan bukan hanya sekadar berfikir di
peringkat permukaan.

Perlu difahami bahawa nilai pembacaan paling berharga bukanlah informasi yang
diperolehi tetapi apa sebenarnya yang kita fikirkan dan bagaimana kita
memproses informasi semasa membaca. Oleh yang demikian pilihan bahan
bacaan sangat mustahak untuk diambil kira. Seseorang perlu memahami bahawa
objektif utama membaca bukanlah untuk memenuhkan minda dengan informasi
tetapi untuk merangsang minda berfikir dan membuat pertimbangan. Pembaca
perlu berhenti seketika dari masa ke semasa untuk merenung dan membuat
refleksi tentang apa yang telah dibaca. Ini akan merangsang proses berfikir serta
berupaya mengaplikasi apa yang dibaca ke dalam kehidupan seharian. Kejelasan
adalah kuasa dan ia lahir daripada berfikir.

Manusia bukan hanya perlu berfikir tetapi perlu berfikir dengan mendalam
tentang pilihan dan arah kehidupan mereka. Masa adalah sumber paling berharga
yang seseorang individu ada. Dipercayai kehidupan seseorang itu adalah jumlah
keseluruhan apa yang dilakukan dengan masa tersebut. Oleh itu, sesungguhnya
amat berharga melabur lebih banyak masa dalam proses berfikir secara mendalam
dan konstruktif.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR W 107

5.1 DEFINISI BERFIKIR

Rajah 5.1: Aktiviti dalam minda individu berfikir hanya berlaku apabila ia terarah
Sumber: http://www.sonic.net

Berfikir telah didefinisikan oleh Ruggiero, V. R. (2008) sebagai aktiviti mental


bersebab yang sedikit sebanyak berada di bawah kuasa atau kawalan kita. Ini
boleh difahami bila melihat senario orang yang duduk di tempat duduk pemandu
dalam sebuah kereta yang mana pemanduan hanya dilakukan apabila tangan
berada pada stering untuk mengawal pergerakan kereta. Oleh itu, aktiviti dalam
minda individu berfikir hanya berlaku apabila ia terarah seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 5.1.

SEMAK KENDIRI 5.1

„Aktiviti mental perlu bersebab, terarah dan terkawal serta perlu


dilaksanakan secara sedar sebelum ia boleh dianggap sebagai
berfikir.‰

Adakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas? Untuk menjawab


persoalan ini, tanya diri sendiri sama ada aktiviti mental boleh
bersifat bertujuan, terarah dan terkawal dan dalam masa yang sama
dilakukan secara separa sedar.

Ada banyak tujuan berfikir sama seperti mengembara. Kerap kali kita berada
dalam situasi pemanduan melalui jalan berpanorama menarik tanpa sebarang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


108 X TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR

destinasi tertentu dalam minda. Begitu juga, kita mungkin mengembara dalam
keadaan berbeza dengan tahap kompetensi berbeza. Sama ada kita mengembara
dalam keadaan yang terang mahupun gelap, laju atau perlahan, haluan yang betul
atau salah, asalkan minda kita sedang memandu arah, kita berfikir.

Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa berfikir itu hanya berlaku di
dalam keadaan sedar. Bukti telah menunjukkan bahawa berfikir dalam keadaan
separa sedar mahupun tidak sedar berupaya menghasilkan keputusan yang amat
baik. Seperti mana ramai antara kita lalui, pemikiran konstruktif dan idea
adakalanya datang apabila kita melakukan sesuatu yang tidak berkenaan dengan
persoalan yang sedang dikaji. Adakala kita berhadapan masalah tetapi memilih
untuk tidak menyelesaikannya pada ketika itu lalu disimpan dua tiga hari
walaupun gambaran umum penyelesaiannya telah ada. Kemudian di suatu pagi
yang permai tatkala berjalan atau berjoging tiba-tiba dengan tidak semena-mena
timbul jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut. Ini adalah contoh kepada
pemikiran separa sedar. Menurut satu kajian, keputusan yang dibuat mengikut
gerak hati akan melalui otak. Pemikiran separa sedar adalah keputusan yang
mengikut gerak hati di mana ia bergantung kepada pengalaman lampau dan
isyarat luaran. Walau bagaimanapun, tindakan refleks bersifat pantas dan
dilakukan tanpa berfikir. Ia melibatkan isyarat yang memintas otak dan
dilaksanakan pada tahap tidak sedar.

Ruggierio, V. R. (2008) telah mendefinisikan berfikir secara formal sebagai,


„sebarang aktiviti mental yang membantu memformulasi atau menyelesaikan
sesuatu masalah, membuat keputusan atau memenuhi kehendak untuk
memahami.‰

SEMAK KENDIRI 5.2

Pertimbangkan definisi formal berfikir dalam perenggan yang lalu.

Bagaimana definisi ini berbeza dengan definisi bahawa berfikir adalah,


„aktiviti mental bersebab di mana kita mempunyai kuasa untuk
mengawal‰? Terangkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR W 109

Antara aktiviti mental penting yang termasuk dalam proses berfikir termasuklah:
(a) Penelitian cermat;
(b) Mengingati;
(c) Mengelamun;
(d) Bertanya;
(e) Menggambarkan;
(f) Menilai;
(g) Menimbang; dan
(h) Mentafsir.

Dalam penyelesaian masalah atau pembuatan keputusan, kombinasi aktiviti-


aktiviti yang telah disebutkan di atas diperlukan. Apabila berhadapan dengan
pelbagai masalah, kita biasa bertanya pada diri sendiri dan menganalisa secara
terperinci situasi tersebut sebelum membuat keputusan atau kesimpulan.

Beberapa percubaan telah dilakukan untuk menjelaskan sifat semula jadi berfikir.
Pandangan paling popular (buat masa kini dianggap sebagai tidak penting)
menganggap berfikir sepenuhnya sebagai lisan. Teori ini menyarankan individu
menyusun atur perkataan dalam minda atau secara senyap berbisik pada diri
sendiri apabila berfikir. Walau bagaimanapun, jika ini benar, Albert Einstein tidak
boleh diambil kira sebagai seorang pemikir memandangkan pemikirannya
kebanyakannya merangkumi gambaran berbanding perkataan. Ramai intelektual
terkini percaya pemikiran yang berlaku di minda individu selalunya berbentuk
lisan, walaupun ia tidak semestinya sedemikian. Pakar-pakar merasakan sama
seperti idea boleh diluahkan dengan simbol-simbol matematik atau gambar rajah
selain daripada perkataan, individu juga boleh melahirkan pemikiran dalam cara
yang sama.

Rajah 5.2: Albert Einstein


Sumber: http://www.widelec.org

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


110 X TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR

Albert Einstein (1879-1955), (Rajah 5.2) adalah ahli fizik Amerika berketurunan
Jerman yang mereka cipta teori umum dan khusus berkenaan relativiti dan
menerima Hadiah Nobel pada tahun 1921. Beliau menyatakan, „imaginasi lebih
penting daripada pengetahuan. Pengetahuan terhad kepada apa yang kita tahu
dan faham manakala imaginasi merangkumi seluruh dunia serta segala apa yang
ingin diketahui dan difahami.‰

5.2 KEPENTINGAN BERFIKIR


Untuk menganalisa sesuatu masalah atau isu dengan jayanya seseorang perlukan
fakta (termasuk mengetahui konteks sejarah permasalahan atau pun isu) dan
pemahaman terhadap prinsip dan konsep berkaitan.

Fakta adalah sesuatu yang telah sedia maklum. Dalam kebanyakan kes, jalan
penyelesaian bukan sahaja tidak diketahui oleh individu yang berhadapan dengan
masalah malah ia suatu yang baru dan direka bentuk secara spesifik bagi
menangani sesuatu isu. Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa mempunyai fakta
tidak semestinya membolehkan seseorang itu dijamin berupaya menyelesaikan
sesuatu masalah. Mungkin kebanyakan daripada kita menganggap diri sendiri
sebagai „ensaiklopedia bergerak‰ tetapi apabila tiba masanya, mungkin kita tidak
berupaya menyelesaikan sesuatu masalah tertentu. Untuk menjadi seorang
penyelesai masalah yang berkesan, seseorang itu perlu mempunyai kedua-dua
fakta dan kemahiran berfikir yang baik.

Kepentingan mempunyai keupayaan berfikir dengan baik hanya akan dihargai


apabila seseorang itu berhadapan dengan pelbagai situasi kehidupan di mana
keadaan-keadaan tersebut memerlukan kemahiran seperti menganalisa,
penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan yang tepat. Sebagai contoh, ini
termasuk menentukan dan menilai aspek-aspek seperti:
(a) Ijazah apa yang hendak dipelajari di universiti;
(b) Bagaimana hendak melabur dengan bijak;
(c) Bagaimana hendak mengendalikan anak-anak dalam situasi tertentu;
(d) Bagaimana hendak bekerja dengan ketua yang sukar;
(e) Apa yang perlu dilakukan apabila ibu bapa kita tidak boleh menjaga diri
mereka sendiri; dan
(f) Calon politik mana yang hendak diundi dalam pilihan raya.

Dewasa ini, individu yang mempunyai kemahiran dalam penyelesaian masalah,


analisa isu dan pembuatan keputusan mempunyai peluang lebih baik dalam

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR W 111

sektor pekerjaan dan mereka ini dianggap sebagai aset di dalam organisasi di
mana mereka bekerja. Di masa lampau, kebanyakan proses berfikir dilakukan oleh
eksekutif dan pekerja lain hanya perlu melaksanakan tugasan yang telah diberikan
kepada mereka. Walau bagaimanapun, sekarang pekerja dengan kuasa berfikir
yang berkeupayaan menjana idea bagi penambah baikan organisasi amat dihargai
oleh majikan.

Hal ini terjadi disebabkan oleh tiga perkembangan berikut:


• Ledakan ilmu;
• Teknologi komunikasi; dan
• Peningkatan ekonomi global.
(a) Ledakan Ilmu
Peningkatan dalam dapatan kajian telah meningkatkan jumlah informasi
yang ada sekarang dalam semua bidang menjadikan amat sukar bagi mana-
mana individu hanya mahir dalam satu disiplin.
(b) Teknologi Komunikasi
Begitu juga dalam bidang komunikasi, teknologi berkembang begitu pesat
dalam masa kurang dua dekad setelah terciptanya komputer peribadi yang
mana beribu-ribu produk perisian dan perkakasan telah dilancarkan dalam
pasaran. Pertumbuhan organisasi seperti Microsoft, Intel, Dell and beberapa
„dot.coms‰ telah membawa ketidakstabilan kepada banyak syarikat
termasuk syarikat-syarikat yang telah mantap dan berjaya. Dalam era ini,
individu yang mempunyai kemahiran penyelesaian masalah dan pembuatan
keputusan yang bagus akan bertahan serta kurang berisiko menjadi mangsa
dibuang kerja apabila syarikat mengecil. Walau pun dibuang kerja, mereka
ini mampu mencari pekerjaan lain.
(c) Peningkatan Ekonomi Global
Banyak perubahan telah membawa kepada perkembangan ekonomi global.
Ini termasuk transmisi satelit siaran televisyen, peningkatan persaingan
bisnes daripada pelbagai negara, pembukaan negara bekas Soviet untuk
berdagang dan acara menandatangani perjanjian perdagangan baru seperti
Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) dan Perjanjian
Umum untuk Tarif dan Perdagangan (GATT). Bagi memenuhi cabaran dan
mengambil peluang yang ditawarkan oleh ekonomi global, amat mustahak
mempunyai ramai pakar dalam pemikiran kritikal dan kreatif. Ini bermakna
individu yang mempunyai kemahiran tersebut adalah lebih dikehendaki
berbanding sebaliknya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


112 X TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR

AKTIVITI 5.1

1. Nyatakan definisi formal berfikir.


2. Senaraikan aktiviti mental yang termasuk dalam proses berfikir.
3. Terangkan kepentingan proses berfikir.
4. Adakah anda bersetuju dengan Einstein yang menyatakan
„imaginasi adalah lebih penting berbanding pengetahuan‰?
Kenapa?

5.3 MENINGKATKAN KUASA BERFIKIR


Merujuk kepada proses pemikiran, minda manusia ada dua fasa iaitu fasa
pengeluaran dan fasa pertimbangan (Rajah 5.3).

Rajah 5.3: Proses berfikir dalam minda manusia mempunyai dua fasa berbeza

Kemahiran berfikir memerlukan kepakaran dalam semua bidang bersesuaian


dengan setiap fasa dan kemahiran untuk bergerak ke depan dan ke belakang di
antara fasa-fasa tersebut.

5.3.1 Fasa Pengeluaran


Fasa pengeluaran ini berhubung rapat dengan pemikiran kreatif. Pada tahap ini,
minda menjana berbagai konsepsi masalah, pelbagai kaedah mengendalikannya
dan kemungkinan penyelesaian. Secara ringkas, fasa ini merujuk kepada berfikir
di luar kotak.

Dipercayai pemikir yang baik mampu mengeluarkan idea yang lebih baik
berbanding dengan pemikir yang lemah. Ini adalah kerana pemikir yang baik
lebih bersifat inovatif yang membolehkan mereka melahirkan lebih banyak idea.
Tambahan pula pemikir baik cenderung untuk melihat masalah daripada pelbagai

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR W 113

sudut berbeza sebelum memilih satu dan mempertimbangkan banyak pendekatan


berbeza bagi satu masalah. Mereka mampu menjana banyak idea sebelum
membuat keputusan. Lebih baik lagi, mereka lebih bersedia untuk mengambil
risiko intelektual, lebih bersifat berani dan imaginatif.

Sebaliknya, pemikir lemah hanya melihat sesuatu masalah daripada arah terhad
dan dengan gelojoh menerima pendekatan pertama yang minda mereka jangka
sebagai penyelesaian, melakukan pertimbangan yang tergesa dan jarang-jarang
memikirkan lebih banyak idea. Pada kebanyakan masa, mereka membuat
keputusan seperti yang dijangkakan.

5.3.2 Fasa Pertimbangan


Fasa pertimbangan lebih berhubung rapat dengan pemikiran kreatif iaitu minda
mengkaji dan menilai apa yang telah dijana, membuat keputusan dan di mana
perlu melakukan pengubah suaian.

Dalam fasa ini, pemikir yang baik sangat berhati-hati dan bersifat analitikal.
Mereka menilai tanggapan pertama, membuat perbezaan penting dan menyokong
kesimpulan berdasarkan fakta berbanding emosi dan perasaan. Memandangkan
mereka menyedari limitasi dan kekangan, mereka menyemak semula logik
pemikiran dan kebolehgunaan penyelesaian mereka. Mereka memurnikan idea
dengan mengenal pasti sebarang komplikasi dan ketidaksempurnaan serta
menjangkakan sebarang respon negatif yang timbul daripada keputusan mereka.

Sebaliknya, pemikir yang lemah dikenali sebagai pembuat pertimbangan yang


sangat cepat tanpa berfikir secara kritikal serta bersandarkan emosi dan perasaan
berbanding bukti dalam membuat keputusan. Mereka juga tidak sedar limitasi
dan kekangan. Justeru itu, membentuk kebarangkalian yang mana berlakunya
kelemahan dalam proses pemikiran mereka.

Semua pemikir mempunyai kekeliruan, kekangan mental dan kegagalan masing-


masing. Walau bagaimanapun, pemikir yang baik telah membentuk kepakaran
dalam berhadapan dengan kekecewaan sedangkan pemikir yang lemah
mempunyai tabiat terlalu memikirkan situasi dan membenarkan kegagalan
menjadikan mereka berasa tidak upaya dan tidak cekap.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


114 X TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR

Jadual 5.1 menyenaraikan pelbagai perbezaan yang diperhatikan di antara pemikir


baik dan lemah.

Jadual 5.1: Ciri-ciri Pemikir Baik dan Lemah

Pemikir Baik Pemikir lemah


Mengkaji sesuatu masalah secara Tidak pasti bagaimana hendak mendekati
menyeluruh dan melaksanakan rancangan masalah.
konstruktif bagi menyelesaikannya.
Aplikasi pengetahuan mereka dalam Mempunyai tanggapan bahawa
menyelesaikan masalah sewajarnya. pengetahuan mereka tidak memadai.
Mengkaji dengan bersifat reflektif dan Terlalu yakin idea asal betul.
mendalam di mana perlu.
Menyelesaikan masalah secara sistematik Berpindah dari satu peringkat masalah
dan analitikal. kepada peringkat lain tanpa pemikiran dan
perancangan yang menyeluruh.
Mempunyai kepercayaan dan keyakinan Tiada keyakinan terhadap kuasa
kepada kuasa penaakulan mereka dan penaakulan dan kurang yakin.
tahap keyakinan.
Bertekad dan fokus sepanjang tempoh Kurang sikap serius dan mengambil
penyelesaian masalah. sesuatu perkara dengan mudah dan sambil
lewa.
Menyemak semula matlamat bila perlu. Tidak menyemak semula matlamat.
Terbuka kepada pelbagai kemungkinan Tidak memikirkan jalan alternatif kepada
dan hasil. penyelesaian.

Adakah anda tahu...

Pemikir yang baik bersedia untuk berfikir dan mungkin mendapati berfikir
suatu yang menyeronokkan. Mereka boleh melakukan pencarian apabila perlu
dan menggantung pertimbangan. Mereka menghargai sifat rasional,
mempercayai bahawa berfikir berguna dalam usaha menyelesaikan masalah,
mencapai keputusan dan membuat pertimbangan. Sebaliknya, pemikir yang
lemah perlu kepastian, menghindari berfikir dan perlu mencapai penamatan
dengan cepat dan bergantung penuh dengan gerak hati.

Adaptasi daripada Kjos, B. (1995)

Kebanyakan orang mempercayai pemikir yang baik dilahirkan berbanding dicipta.


Walau bagaimanapun, ini tidak sepenuhnya betul bersandarkan beberapa alasan.
Kerap kali, kita berjumpa orang yang mempunyai keupayaan berfikir lebih baik
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR W 115

daripada orang lain. Namun, individu boleh memperbaiki keupayaan berfikir


mereka dalam satu tempoh masa. Berfikir secara efektif adalah kemahiran yang
mana semua orang boleh bentuk secara progresif dengan bimbingan dan latihan
yang sesuai.

Untuk menjadi seorang pemikir yang baik, anda tidak perlu mempunyai IQ yang
tinggi. Malah, telah dibuktikan oleh E. Paul Torrance bahawa 70% daripada orang
yang kreatif mempunyai nilai IQ lebih rendah daripada 135 (dirujuk dalam
Mackall, D. D., 1998).

AKTIVITI 5.2

Adakah anda menyokong pernyataan, „Pemikir yang baik dilahirkan


berbanding dicipta‰? Jelaskan perbincangan anda.

Orang yang cuba untuk meningkatkan kemahiran berfikir berhadapan masalah


mengubah cara lama dan set minda mereka. Walau bagaimanapun, sekiranya
seseorang individu mempunyai keinginan mendalam untuk memperbaiki diri
sendiri dan tidak sabar-sabar hendak mengaplikasi pengetahuan yang sudah
diperolehi, berfikir menjadi menarik dan boleh dicapai. Kita perlu sedar bahawa
tiada yang mustahil dalam kehidupan.

AKTIVITI 5.3

1. Kenal pasti dua fasa yang terlibat dalam proses berfikir. Berikan
contoh aktiviti yang terdapat dalam setiap fasa.
2. Banding dan bezakan ciri-ciri pemikir baik dan pemikir lemah
dalam kedua-dua fasa yang melibatkan proses berfikir.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


116 X TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR

5.4 PERANAN DAN FUNGSI OTAK KANAN


DAN KIRI

Rajah 5.4: Hemisfera kanan dan kiri pada otak manusia


Sumber: http://creativitymeansbusiness.com

Kajian otak yang dilakukan oleh saintis perubatan mendedahkan bahawa struktur
otak lebih kompleks daripada apa yang dijangkakan. Penemuan pertama adalah
apabila seorang pakar bedah neuro mula merawat pesakit sawan menggunakan
kaedah baru. Dalam rawatan tersebut, beliau telah memotong korpus kallosum
iaitu saraf utama yang menghubungkan kedua-dua hemisfera pada korteks
sereberal bagi mengurangkan simptom penyakit. Pemisahan kedua-dua hemisfera
penting kerana ia membenarkan saintis mengkaji peranan yang dimainkan oleh
kedua-dua hemisfera kiri dan kanan (Rajah 5.4).

AKTIVITI 5.4

Layari laman sesawang dan cari sebanyak mana maklumat berkenaan


dengan anatomi otak manusia. Bincangkan penemuan anda dengan
rakan sekelas.

Saintis neuro percaya hemisfera kanan terlibat dalam proses pembelajaran dan
mengawal tindak balas tanpa lisan, simbolik dan gerak hati. Sebaliknya, hemisfera
kiri mengawal bahasa, alasan logik, kuasa analitikal dan keupayaan tugasan
bersifat urutan (Rajah 5.5).

Hal ini telah membawa kepada idea bahawa wujudnya individu „otak kanan‰ dan
individu „otak kiri.‰ Sehingga kini, data yang diperolehi menyarankan tiada
seorang individu yang hanya menggunakan satu bahagian otak pada satu-satu
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR W 117

masa dan kehadiran korpus kallosum meneguhkan bukti bahawa terdapat


integrasi signifikan di antara kedua-dua hemisfera ini.

Rajah 5.5: Penerimaan secara umum fungsi dominan hemisfera kanan termasuk ciri
khayalan dan gerak hati, sebaliknya hemisfera kiri berhubung kemahiran analitikal dan
organisasi
Sumber: http://theswash.com

Saintis perubatan percaya kedua-dua belah otak berupaya menaakul sesuatu


masalah tetapi dengan menggunakan strategi berbeza yang mana satu bahagian
mungkin lebih dominan daripada yang satu lagi. Dalam menyelesaikan sesuatu
masalah, otak kiri menggunakan pendekatan analitikal, manakala otak kanan
menggunakan pendekatan holistik atau global. Pengguna otak kiri, yang juga
dikenali sebagai successive processor, cenderung mempelajari secara langkah
demi langkah menurut urutan bermula dengan perincian dan berakhir dengan
pemahaman konseptual kemahiran. Sebalinya, pengguna otak kanan
(simultaneous processor), cenderung memahirkan kemahiran bermula dengan
konsep umum dan bergerak ke arah perincian.

AKTIVITI 5.5

Pertimbangkan aktiviti berikut (sukan, hobi dan sebagainya) yang anda


gemar lakukan. Senaraikan proses berfikir yang perlu bagi anda untuk
melakukan aktiviti tersebut. Daripada situ, teroka bahagian mana otak
yang bersifat lebih dominan.

(Untuk pengesahan jawapan, cuba kuiz di laman sesawang di alamat


berikut: http://web-us.com/brain/braindominance.htm)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


118 X TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR

AKTIVITI 5.6

1. Nyatakan fungsi hemisfera kanan dan kiri otak manusia.


2. Banding dan bezakan pendekatan yang diguna pakai oleh otak
kanan dan kiri dalam menyelesaikan masalah.
3. Adakah anda pengguna otak kanan atau kiri?

• Berfikir adalah aktiviti mental bersebab yang sedikit sebanyak berada di


bawah kuasa atau kawalan kita. Bukti menunjukkan berfikir boleh dilakukan
dalam keadaan minda separa sedar dan tanpa sedar.

• Beberapa percubaan telah dilakukan untuk menerangkan sifat semula jadi


berfikir dan pandangan paling popular dewasa ini yang dianggap tidak
penting adalah berfikir sepenuhnya bersifat lisan.

• Kepentingan berfikir hanya dihargai apabila seseorang berhadapan dengan


situasi kehidupan yang memerlukan mereka menggunakan kemahiran seperti
menganalisa, menyelesai masalah dan membuat keputusan yang betul.

• Proses berfikir mempunyai dua fasa yang berbeza: pengeluaran dan


pertimbangan.

• Kemahiran berfikir memerlukan kepakaran semua pendekatan bersesuaian


terhadap setiap fasa dan kemahiran untuk bergerak ke hadapan dan ke
belakang di antaranya.

• Keseluruhannya, pemikir yang baik telah mahir bagaimana untuk berhadapan


dengan kehampaan mereka sedangkan pemikir yang lemah bersedih dengan
situasi mereka dan membenarkan kegagalan membuatkan mereka merasa
tidak berupaya.

• Saintis perubatan mempercayai bahawa kedua-dua belah bahagian otak boleh


menaakul masalah tetapi dengan melaksanakan strategi yang berbeza, satu
bahagian mungkin lebih dominan berbanding bahagian satu lagi.

• Dalam menyelesaikan masalah, otak kiri menggunakan pendekatan analitikal


dan otak kanan menggunakan pendekatan holistik atau global.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR W 119

Fakta ilmu Saintis neuro


Fasa pengeluaran Separa sedar
Fasa pertimbangan Serebral
Fasa tersendiri Successive processor (pemeroses
berurutan)
Gerak hati
Simultaneous processor (pemeroses
Halangan mental
serentak)
Korpus kallosum
Teknologi komunikasi
Ledakan ilmu
Tidak sedar
Pemikir baik
Tingkah laku refleks
Pemikir lemah
Pemikiran kreatif

1. Analisa pernyataan berikut dan tentukan sama ada ia wajar dan sekiranya
wajar, ia sampai ke tahap mana. Terangkan pemikiran anda secara
mendalam.

„Keputusan terkini peperiksaan kebangsaan menunjukkan 75% daripada


pelajar sekolah menengah di Amerika berada di bawah paras purata dalam
keupayaan membaca mereka.‰

2. Baca dialog berikut dengan baik. Kemudian tentukan sama ada apa yang
tercatat (atau yang dimaksudkan) masuk akal. Terangkan penaakulan anda
secara mendalam.

John Adakah anda rasakan kelompok massa mempunyai sebarang


kuasa besar di Amerika Syarikat sekarang?
Bill Itu bergantung kepada kelompok apa yang diambil kira dalam
„kelompok massa.‰ Adakah anda akan memasukkan golongan
profesional ă doktor, peguam, guru...?
John Guru? Gaji mereka tidak besar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


120 X TOPIK 5 KEMAHIRAN BERFIKIR

Butterworth, J., & Thwaites, G. (2005). Thinking skills. Cambridge International


Examinations (Paperback).

De Bono, E. (2005). Thinking course. Revised Edition (Hardcover).

Elder, L. (2007). Critical thinking: Tools for taking charge of your professional
and personal life. Kindle Edition.

James, W. (1980). Principles of Psychology. New York: Holt.

Kjos, B. (1995). Brave New Schools. Harvest House Publishers.

King, M. L. (2011). Brainy Quote. Thinking Quotes. Retrieved from


http://www.brainyquote.com/quotes/keywords/thinking.html.

Macall, D. D. (1988). Problem solving (2nd ed.). Ferguson Publishing.

Paul, R. W., & Elder, L. (2007). Critical thinking: Tools for taking charge of your
professional and personal life. US: Pearson Education, Inc.

Proctor, B. (1997). You Were Born Rich. Life Success Productions.

Ruggiero, V. R. (2008). The art of thinking: A guide to critical and creative


thought (9th. ed.). Essex, United Kingdom: Longman Publishing Group.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik X Pemikiran
6 Kritikal dan
Kreatif
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisikan pemikiran kritikal, kreatif dan lateral;
2. Menjelaskan ciri-ciri pemikiran kritikal dan kreatif;
3. Memberikan contoh-contoh pemikiran kritikal dan kreatif;
4. Memperihalkan halangan-halangan dalam pemikiran kritikal;
5. Mengenal pasti aplikasi pemikiran kritikal dalam penyelesaian
masalah;
6. Memperihalkan enam teknik pemikiran lateral; dan
7. Memperihalkan persilangan otak kanan dan kiri.

X PENGENALAN
Terdapat dua kemahiran asas dalam pemikiran seperti ditunjukkan dalam
Rajah 6.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


122 X TOPIK 6 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF

Rajah 6.1: Dua kemahiran asas pemikiran

Kemahiran pertama menekankan kebolehan analitikal: bagaimana untuk


meneliti hujah, bagaimana membanding, mengkategori dan menyusun, dan
bagaimana menggunakan penakulan deduktif dan induktif untuk mencapai
kesimpulan. Kemahiran pemikiran ini dipanggil pemikiran kritikal.

Kemahiran kedua memfokus kepada penerokaan idea, menjana kemungkinan-


kemungkinan baru, melihat fleksibiliti dalam jawapan dan membangunkan
pendapat yang membawa kepada penghuraian. Kemahiran pemikiran ini
dipanggil pemikiran kreatif.

Kedua-dua kemahiran pemikiran kritikal dan kreatif adalah penting untuk


menyelesaikan masalah dan memperoleh pengetahuan.

Dalam topik ini, kita akan meneroka kedua-dua kemahiran berfikir, meneliti ciri-
cirinya dan melihat bagaimana ia diaplikasi dalam penyelesaian masalah dalam
dunia sebenar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF W 123

AKTIVITI 6.1

Dalam Topik 5, kita mempelajari mengenai fungsi-fungsi hemisfera


kanan dan kiri otak manusia. Berdasarkan pemerihalan ringkas
mengenai pemikiran kritikal dan kreatif dalam Pengenalan di atas,
bagaimana anda fikir kedua-dua kemahiran pemikiran berpadanan
dengan model kefungsian „otak kanan, otak kiri‰?

6.1 PEMIKIRAN KRITIKAL


Apabila perkataan „kritikal‰ digunakan, ia selalunya mempunyai konotasi
negatif. „Kritikal‰ sering dimaksudkan dengan „kecenderungan untuk mencari
dan membawa perhatian terhadap kesilapan dan kecacatan,‰ seperti apabila
seseorang itu „kritikal‰ terhadap apa yang kita lakukan atau katakan.

Walau bagaimanapun, kritikal juga bermaksud „melibatkan atau menggunakan


penilaian atau pemerhatian kemahiran.‰ Berdasarkan maksud inilah perkataan
„kritikal‰ dalam „pemikiran kritikal‰ digunakan. Jadi, apabila kita menyebut
„pemikiran kritikal,‰ kita maksudkan berfikir secara jelas dan intelektual.
Pemikiran kritikal merangkumi pelbagai kemahiran kognitif dan ciri-ciri
intelektual yang diperlukan untuk mengenal pasti, menganalisis dan menilai
dengan berkesan hujah atau kebenaran sesuatu dakwaan. Untuk berfikir secara
kritikal bermaksud membongkar dan mengatasi prejudis dan bias peribadi,
menyediakan alasan-alasan meyakinkan untuk menyokong kesimpulan dan
membuat keputusan rasional dan bijak mengenai apa yang hendak dipercayai
dan apa yang hendak dibuat.

Dengan kata lain, pemikiran kritikal boleh didefinisi sebagai „pemikiran


berdisiplin yang dikawal oleh piawai intelek yang jelas. Piawai intelek yang
paling penting yang telah dikenal pasti adalah kejelasan, ketelitian, ketepatan,
relevan, ketekalan, kebenaran logik, kesempurnaan dan keadilan (Bassham, 2000,
ms. 7).

Kita akan melihat secara ringkas setiap satu piawai intelek ini untuk
memahaminya dengan lebih baik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


124 X TOPIK 6 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF

6.1.1 Lapan Ciri Pemikiran Kritikal


Sekarang, mari kita lihat lapan ciri pemikiran kritikal.

(a) Kejelasan
Langkah pertama yang terlibat sebelum menilai sesuatu hujah atau
dakwaan seseorang adalah untuk memahami dengan jelas apa yang
mereka katakan. Walau bagaimanapun, kebanyakan masa ini boleh jadi
mencabar kerana individu sering gagal meluahkan percakapan mereka
dengan jelas dan lancar. Ini mungkin disebabkan beberapa faktor termasuk
malas, cuai atau kurang kemahiran asertif. Terdapat juga beberapa contoh
yang disebabkan oleh usaha salah untuk nampak bijak, pintar atau penting.
Jadi, dengan memberi perhatian terhadap bahasa, kita boleh
menyelamatkan diri daripada salah komunikasi dan kekecewaan yang
tidak sepatutnya berlaku. Wittgenstein (2001) pernah berkata, „Semua
perkara yang boleh dikatakan boleh dikatakan dengan jelas.‰ („Everything
that can be said can be said clearly‰).

Selain daripada mencari kejelasan dalam bahasa, pemikiran kritikal juga


melihat kepada kejelasan maksimum pemikiran. Seperti mana penulis
motivasi sentiasa mengingatkan kita untuk mencapai matlamat peribadi
dalam hidup, kita memerlukan matlamat dan keutamaan yang jelas
dibentuk, pegangan realistik mengenai kebolehan dan pemahaman jelas
mengenai masalah dan peluang yang dihadapi. Namun demikian,
pemahaman kendiri sebegitu hanya boleh dicapai jika kita menghargai dan
mengamalkan kejelasan pemikiran. Charles Larmore (The National Post, 29
Julai 2000) pernah menyuarakan bahawa „kejelasan bukan setakat
perhiasan intelek; ia adalah inti pati kemuliaan intelek.‰ („clarity is not
mere embellishment of the intellect; it is the very heart of intellectual
virtue‰).

(b) Ketelitian
Beberapa contoh terbaik pemikiran kritikal boleh dilihat dalam cerita-cerita
detektif seperti Sherlock Holmes, iaitu penciptaan abadi oleh penulis
British Sir Arthur Conan Doyle. Elemen penting cerita-cerita ini adalah:
melalui pemerhatian yang teliti, Holmes mampu mencari petunjuk yang
tidak dapat dilihat oleh orang lain. Ini diikuti dengan proses inferensi logik,
di mana beliau dapat menggunakan petunjuk-petunjuk yang ada untuk
menyelesaikan misteri.

Ketelitian diperlukan dalam pelbagai bidang khusus seperti perubatan,


matematik, seni bina dan kejuruteraan. Pemikir-pemikir kritikal sedar
tentang kepentingan pemikiran yang teliti dalam kehidupan seharian

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF W 125

untuk mengkaji kekeliruan dan ketidaktentuan yang mengelilingi banyak


masalah dan isu. Adalah wajib memperoleh jawapan-jawapan teliti bagi
soalan-soalan yang teliti. Menurut Peirce (dlm. Bassham et al., 2011), „Idea-
idea berharga hanya boleh diperoleh melalui perhatian yang teliti.‰
(„Really valuable ideas can only be had at the price of close attention‰).

(c) Ketepatan
Slogan yang terkenal mengenai sistem input-output menyatakan, „Sampah
masuk, sampah keluar.‰ Otak manusia bekerja atas konsep yang sama.
Seorang individu boleh dikatakan sangat bijak tetapi jika beliau membuat
keputusan berdasarkan maklumat palsu, kemungkinan keputusan tersebut
merupakan keputusan yang tidak baik. Pemikir-pemikir kritikal bukan
sahaja menghargai kebenaran tetapi juga mempunyai obsesi terhadap
maklumat yang tepat dan bersesuaian. Mereka mencuba bersungguh-
sungguh membuat keputusan berdasarkan perkara yang tersedia maklum.

Memetik kata-kata Socrates (dlm. Bassham et al., 2011): „Hidup yang tidak
diteliti tidak berbaloi jika individu berhenti belajar, berkembang dan
bertanya‰ („An unexamined life is not worth living if an individual stops
learning, growing and inquiring‰).

SEMAK KENDIRI 6.1

Dalam pengukuran saintifik, perbezaan antara „ketelitian‰ dan


„ketepatan‰ adalah jelas. Bagaimana anda membezakan antara dua
konsep ini dari segi pemikiran kritikal?

(d) Relevan
Pada masa kita mendapati diri dalam sesuatu situasi di mana persekitaran
dan manusia adalah membosankan, kita mula menghargai kepentingan
menumpukan perhatian terhadap idea dan maklumat yang relevan. Ramai
pendebat telah berjaya menggunakan teknik membangkitkan isu-isu tidak
penting untuk mengalihkan perhatian pendengar dan pihak lawan.
Abraham Lincoln sewaktu beliau seorang peguam, pernah menggunakan
jenaka dan cerita untuk mengambil hati juri dan peguam lawan sering
mengadu kepada hakim bahawa cerita-cerita Lincoln adalah tidak relevan
dan mengalih perhatian juri.

Seperti Plato (dlm. Bassham et al., 2011) pernah berkata, „Tiada


perbincangan yang remeh dan tidak relevan akan dibenarkan; apa yang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


126 X TOPIK 6 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF

diperkatakan mestilah jitu‰. Ini jelas menunjukkan bahawa relevan adalah


sebenarnya faktor penting dalam pemikiran kritikal.

(e) Ketekalan
Logik memberitahu kita bahawa jika seseorang memegang kepercayaan-
kepercayaan yang tidak tekal, maka sekurang-kurangnya satu daripada
kepercayaan tersebut mestilah tidak benar. Pemikir-pemikir kritikal
menghargai kebenaran, jadi mereka sentiasa mencari ketidaktekalan, dalam
kedua-dua keadaan iaitu pemikiran mereka sendiri dan dalam hujah dan
dakwaan orang lain.

Ketidaktekalan logik, yang melibatkan percakapan atau mempercayai


perkara-perkara yang tidak konsisten adalah jenis ketidaktekalan pertama
yang perlu kita elakkan. Jenis kedua ialah ketidaktekalan praktikal, yang
melibatkan mengatakan satu perkara tetapi melakukan perkara lain.

Kebanyakan masa individu sedar bahawa apabila kata-kata bertentangan


dengan tindakan, mereka dilabelkan sebagai hipokrit. Namun demikian,
contoh-contoh sebegitu tidaklah begitu menarik daripada pandangan
pemikiran kritikal. Lebih menarik adalah situasi-situasi di mana individu
tidak menyedari bahawa kata-kata mereka bertentangan dengan perbuatan
mereka. Apa yang penting dalam situasi-situasi sebegitu adalah manusia
sentiasa mempamerkan kebolehan luar biasa terhadap penipuan diri.
Seperti perumpamaan Morpheus yang berbunyi, „Terdapat perbezaan
antara mengetahui jalan dan melalui jalan tersebut‰ („There is a difference
between knowing the path and walking the path‰) (dlm. Bassham et al.,
2011).

Pemikiran kritikal membantu kita daripada terperangkap dalam


ketidaktekalan logik dan praktikal. Ketidaktekalan praktikal mungkin tidak
disedari tetapi ia terhasil melalui tindakan kita dan pemikiran kritikal
membantu kita menyedarinya. Bagi ketidaktekalan logik, Socrates telah
menyedari bahawa ketidaktekalan logik yang tidak disedari adalah lebih
kerap berlaku daripada yang selalu disangka. Dengan pemikiran kritikal,
ini boleh dikenal pasti dan dielakkan.

(f) Kebenaran Logik


Untuk berfikir secara logik adalah untuk menakul secara tepat; dengan kata
lain, ia bermaksud untuk membuat rumusan berasas daripada
kepercayaan-kepercayaan yang kita pegang. Untuk berfikir secara kritikal,
kita bukan sahaja memerlukan kepercayaan-kepercayaan tepat dan berasas
tetapi kita juga perlu tahu menggunakannya untuk mencapai kesimpulan
logik. Talmud mengatakan, „Kecerdasan bermaksud seseorang yang boleh

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF W 127

mengenal pasti implikasi dan mencapai kesimpulan‰ (dlm. Bassham et al.,


2011).

(g) Kelengkapan
Kebanyakan masa, kita memilih pemikiran cetek dan dangkal daripada
pemikiran mendalam dan lengkap. Kita sering terlibat dalam perbincangan
dangkal: mengutuk penyiasatan jenayah yang kurang teliti, perbincangan
juri yang terburu-buru, arahan memandu yang tidak jelas dan diagnosis
perubatan yang tidak tepat. Pemikiran adalah lebih baik apabila ia adalah
mendalam daripada cetek, dan menyeluruh daripada dangkal. Hsun Tzu
(dlm. Bassham et al., 2011) pernah mengatakan, „Hanya apabila ada
kesempurnaan dan ketuntasan adanya kesarjanaan‰

(h) Keadilan
Ciri terakhir pemikiran kritikal adalah keadilan yang merangkumi fikiran
terbuka, tidak berat sebelah dan bebas daripada bias dan tanggapan awal.
Walau bagaimanapun, ini agak sukar dicapai. Menurut H. G. Wells, „Ia
bukanlah satu pemikiran yang baik tentang sesuatu kecuali anda
memikirkannya dengan mendalam‰ (dlm. Bassham et al., 2011).

Kaji dua contoh berikut mengenai situasi yang mennggunakan pemikiran


kritikal:

(a) Pemikiran Kritikal di dalam Kelas


Apabila pelajar-pelajar mendaftar di kolej, mereka terkejut bila mendapati
profesor-profesor kurang berminat dengan bagaimana mereka mendapat
kepercayaan-kepercayaan berbanding dengan sama ada kepercayaan-
kepercayaan itu mampu bertahan dengan penelitian kritikal. Secara
umumnya, fokusnya adalah terhadap pemikiran tahap tinggi, penilaian
aktif, penilaian bijak mengenai idea-idea dan maklumat. Jadi, pemikiran
kritikal memainkan peranan penting dalam kurikulum kolej.

Dalam kursus pemikiran kritikal, antara kemahiran yang dipelajari oleh


pelajar-pelajar yang boleh meningkatkan kebolehan-kebolehan mereka
dalam kelas adalah:
(i) Memahami hujah-hujah dan kepercayaan orang lain;
(ii) Menilai hujah-hujah dan kepercayaan secara kritikal; dan
(iii) Membangun dan mempertahankan hujah-hujah dan kepercayaan
mereka yang mempunyai sokongan kuat.

John J. Mearsheimer pernah berkata, „Kita tidak mahu anda hanya


menerima kebijaksanaan konvensional mengenai subjek tertentu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


128 X TOPIK 6 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF

Sesungguhnya, naluri pertama anda adalah sepatutnya untuk


mempersoalkannya‰ (dlm. Bassham et al., 2011).

(b) Pemikiran Kritikal di Tempat Kerja


Sekarang ini, majikan bukan sahaja mencari pekerja-pekerja yang mahir
dengan kelayakan akademik yang tinggi tetapi juga individu-individu
dengan kemampuan baik untuk berfikir dan berkomunikasi secara
berkesan di tempat kerja. Mereka mencari individu yang boleh belajar
dengan pantas, boleh menyelesaikan masalah, berfikir secara kreatif,
mengumpul dan menganalisis maklumat, menghasilkan kesimpulan
bersesuaian dengan data dan menyampaikan idea-idea mereka dengan
jelas dan berkesan. Seperti yang dikatakan oleh Pusat Pemikiran Kritikal
(Foundation for Critical Thinking), „Tiada yang lebih praktikal daripada
pemikiran yang baik‰

6.1.2 Permainan Klasifikasi dalam Pengajaran


Pemikiran Kritikal
Adalah dipercayai bahawa klasifikasi memainkan peranan penting dalam
perkembangan pemikiran logik dan konsep-konsep abstrak daripada kanak-
kanak awal hingga dewasa. Gerhard (1975) menyatakan bahawa kemahiran
klasifikasi adalah penting terhadap perkembangan perbendaharaan-konsep, dan
seterusnya, terhadap pembacaan dan penyimpanan maklumat. Menurut Furth
dan Wachs (1974), semua tugas klasifikasi memerlukan pengenal pastian fitur
dan pengasingan kepada kategori-kategori mengikut peraturan-peraturan
tertentu.

Terdapat beberapa bahan komersil dengan analogi lisan, penyelesaian masalah


bergambar dan simbolik, teka-teki logik dan permainan fitur. Walau
bagaimanapun, aplikasi pelbagai objek persekitaran mesti dipatuhi. Gabungan
aktiviti-aktiviti klasifikasi kepada kawasan kandungan juga adalah penting
untuk menentukan kegunaan mereka. Sekarang ini, aplikasinya kepada
matematik dan sains, khususnya pendekatan penerokaan dalam sains, adalah
jelas.

Menurut teori skema, maklumat yang perlu disimpan mesti dikumpulkan


dengan sesuatu yang sudah tersedia ada dalam ingatan (Tonjes & Zintz, 1987).
Teknik-teknik melibatkan percambahan minda yang membantu dalam
memahami proses dicadangkan untuk membantu pelajar-pelajar mengingat
kembali pengetahuan lama mengenai tajuk tertentu untuk dibaca, dan kemudian
mengkategori dan menyimpan maklumat baru ini dalam ingatan mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF W 129

Devine (1986) menyatakan bahawa adalah perlu untuk menyusun semula skema
pelajar-pelajar bila pengalaman lepas yang terhad kepada perspektif berbeza
menghalang pemahaman konsep baru. Beliau menggunakan contoh pelajar-
pelajar yang berhadapan masalah memahami hubungan antara konsep kelas
sosial dan sistem kasta. Dalam latihan hubungan-perkataan, pelajar-pelajar
diminta membuat senarai mengenai semua yang mereka tahu tentang setiap
istilah secara berasingan. Kemudian, mereka diminta untuk mencari persamaan,
contohnya, semasa mengkategori fakta dan peristiwa, mengenal pasti ciri-ciri
yang sama antara kedua-duanya dan melabelkannya, seterusnya
membangunkan konsep atau skema baru.

6.1.3 Halangan kepada Pemikiran Kritikal


Walaupun pemikiran kritikal adalah penting, ramai individu yang
berpendidikan tinggi dan bijak mendapatinya sesuatu yang mencabar untuk
diamalkan. Berikut adalah beberapa halangan biasa kepada pemikiran kritikal:
• Kurang maklumat latar belakang yang relevan
• Kemahiran membaca yang lemah
• Bias
• Prejudis
• Kepercayaan karut
• Pemikiran berpusat kendiri
• Pemikiran berpusat
• Tekanan rakan sebaya
• Keakuran
• Pegangan kedaerahan
• Pemikiran sempit
• Pemikiran tertutup
• Ketidakpercayaan terhadap penakulan
• Pemikiran kerelatifan
• Stereotaip
• Andaian tak berasas
• Menyalahkan orang lain

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


130 X TOPIK 6 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF

• Rasionalisasi
• Penafian
• Pemikiran angan-angan
• Pemikiran jangka pendek
• Persepsi berpilih
• Ingatan berpilih
• Dikuasai emosi
• Penipuan diri
• Menyelamatkan maruah
• Takut kepada perubahan

SEMAK KENDIRI 6.2

Huraikan mana-mana lima halangan seperti yang disenaraikan di


atas.

6.1.4 Kepentingan Pemikiran Kritikal


Pertamanya, pemikiran kritikal mengelak kita daripada melakukan keputusan
peribadi yang kurang bijak dengan mengajar kita untuk berfikir mengenai
keputusan hidup yang penting dengan lebih berhati-hati, jelas dan logik.
Keduanya, ia memainkan peranan penting dalam menggalakkan proses
demokratik. Albert Einstein (www.leadershipnow.com/probsolvingquotes.htm)
pernah berkata bahawa, „masalah-masalah penting yang kita hadapi tidak boleh
diselesaikan pada tahap pemikiran di mana kita berada sewaktu kita
menciptanya‰. Ketiganya, pemikiran kritikal dipercayai membawa kekayaan
peribadi dalam hidup kita.

Pemikiran kritikal boleh membebaskan manusia daripada andaian-andaian yang


tidak diteliti dan bias mengenai cara kita dibesarkan dan masyarakat.

Howard Kahane (dlm. Bassham et al., 2011) pernah berkata bahawa,


„warganegara yang berfikir untuk diri mereka sendiri, daripada menelan segala
apa yang pemimpin-pemimpin katakan kepada mereka, adalah ramuan yang
perlu ada untuk masyarakat menjadi bebas dalam erti kata yang sebenar‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF W 131

AKTIVITI 6.2

Dalam kumpulan tiga atau empat orang, definisikan ciri-ciri


pemikiran kritikal berikut: kejujuran intelek, keterbukaan minda,
keadilan minda, keberanian intelek dan ketabahan intelek.

6.2 PEMIKIRAN KREATIF


Didapati bahawa sebelum pertengahan tahun 1950-an, tidak banyak perhatian
telah diberikan kepada kreativiti. Seorang penyelidik yang mengkaji lebih
daripada 121,000 senarai artikel dalam jurnal Psychological Abstracts sejak 23
tahun kebelakangan ini mendapati hanya 186 artikel, yang diterjemahkan
kepada kurang dua-persepuluh daripada 1% keseluruhan, yang mempunyai isi
mengenai kreativiti. Dari tempoh itu dan seterusnya, perhatian terhadap
kreativiti meningkat dengan hebatnya dan banyak buku telah ditulis mengenai
subjek ini. Penyelidik-penyelidik telah mengkaji secara menyeluruh kehidupan
individu-individu kreatif, meneroka proses kreatif dan menguji prestasi kreatif
dalam pelbagai situasi yang dapat difikirkan dan pada setiap tahap umur.

Usaha-usaha mereka membantu memperbaiki pemahaman kita mengenai


kreativiti dan menyelesaikan banyak salah faham yang selama ini tidak dicabar.
Menggantikan tanggapan-tanggapan salah tersebut dengan fakta adalah langkah
penting dalam mengembangkan potensi kreatif seseorang. Fakta-fakta berikut
adalah antara yang paling penting:
(a) „Melakukan perkara secara sendiri‰ bukan semestinya tanda kreativiti
(b) Kreativiti tidak memerlukan bakat intelektual khas atau IQ tinggi
(c) Penggunaan ubat-ubatan menghalang kreativiti
(d) Kreativiti mencerminkan kesihatan mental

Pemikiran kreatif boleh didefinisikan sebagai „berada dalam keadaan minda


yang optimum yang boleh menjana idea-idea baru‰ (www.brainstorming.co.uk).
Dalam kata lain, pemikiran kreatif adalah pemikiran yang bertujuan
meningkatkan peluang pemikiran-pemikiran baru terhasil. Beberapa penulis
percaya bahawa pemikiran kreatif adalah berfikir di luar kotak yang mana
seseorang menghasilkan idea-idea asli, berlainan dan rumit (Rajah 6.2).

„Berfikir di luar kotak adalah sukar untuk sesetengah orang. Teruskan


mencuba.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


132 X TOPIK 6 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF

Rajah 6.2: Pemikiran kreatif melibatkan berfikir di luar kotak yang mungkin boleh jadi
sukar sesetengah masa

6.2.1 Lima Ciri Pemikiran Kreatif


Sekarang, mari kita baca lebih lanjut mengenai lima ciri pemikiran kreatif.

(a) Dinamisme
Pada asasnya, dinamisme bermaksud idea perubahan ă perubahan sebagai
respons kepada, dan mungkin terkehadapan dari keadaan atau maklumat.
Ia bermaksud interaksi aktif, berbanding dengan penerimaan pasif.

Minda pemikir kritikal tidak pernah dibiarkan untuk menjadi pasif, tidak
bertanya dan menerima. Sebaliknya, bagi pemikir kreatif semangat ingin
tahu selalunya terbakar, atau sekurang-kurangnya dinyalakan semula dari
semasa ke semasa. Sikap suka bermain dikatakan satu elemen penting
dalam dinamik ini. Individu kreatif boleh dianggap sebagai kanak-kanak
kecil yang suka menyusun semula blok mainan mereka dalam kombinasi
yang pelbagai, dan melihatnya dari perspektif berbeza.

Isaac Newton (dlm. Ruggiero, 2009, ms.6) pernah menulis, „Saya tidak tahu
apakah tanggapan dunia terhadap saya; tetapi kepada diri sendiri, saya
seolah-olah seorang kanak-kanak lelaki bermain di tepi pantai, dan sekali
sekala menemui....batu kerikil yang lebih licin atau kerang yang lebih
cantik daripada yang biasa padahal saya masih belum menemui segala

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF W 133

lautan kebenaran luas yang terbentang di hadapan saya‰ („I do not know
what I may appear to the world; but to myself, I seem to have been only
like a boy playing at the seashore, and diverting myself in now and then
finding...a smoother pebble or a prettier shell than ordinary whilst the great
ocean of truth lay all undiscovered before me‰).

Einstein (dlm. Ruggiero, 2009, ms.6) membuat spekulasi satu langkah lagi:
beliau nampak sikap suka bermain sebagai „ciri penting dalam pemikiran
produktif.‰ Satu daripada sumbangan paling penting sikap suka bermain
dalam kalangan individu kreatif adalah ia memberikan individu-individu
ini dengan koleksi idea yang lebih kaya dan pelbagai berbanding individu
biasa.

(b) Keberanian
Berfikir adalah satu pengembaraan bagi orang-orang kreatif. Ini kerana
mereka bebas daripada idea dan tanggapan awal dan pandangan-
pandangan prejudis. Tambahan pula, individu-individu kreatif kurang
cenderung untuk menerima pandangan sedia ada, mempunyai perspektif
yang lebih luas dan kurang berkemungkinan untuk bersetuju dengan orang
lain di sekeliling mereka. Orang-orang kreatif boleh menghasilkan idea-
idea berani. Mereka sanggup mencuba idea-idea yang tidak diterima oleh
orang lain dan bereksperimen dengan kebarangkalian yang tidak disukai
oleh orang lain. Ciri ini dikongsi oleh Galileo, Columbus, Edison dan adik
beradik Wright. Individu-individu ini bersedia untuk menerima idea
kreatif baru berbanding orang-orang lain yang sezaman dengan mereka.

Keberanian adalah satu kemuliaan kerana ia menjadikan individu-individu


yang memiliki ciri ini kurang terdedah untuk menyelamatkan maruah
berbanding orang lain. Individu-individu yang berani menerima
pengalaman-pengalaman buruk, menggunakan sifat ingin tahu dan belajar
daripada pengalaman-pengalaman tersebut. Jadi, mereka kurang
berkemungkinan untuk mengulang kegagalan yang sama berbanding
orang lain.

(c) Panjang Akal (Banyak Sumber)


Panjang akal boleh didefinisi sebagai kebolehan untuk bertindak secara
berkesan dan mengkonseptualkan pendekatan yang menyelesaikan
masalah. Di samping itu, bersikap panjang akal juga bermaksud mampu
menyelesaikan masalah yang membingungkan orang lain bila sumber yang
ada tidak mencukupi.

Walaupun kebolehan ini tidak diukur oleh ujian IQ, ia adalah satu aspek
yang paling penting untuk kecerdasan praktikal. Contoh terbaik bagi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


134 X TOPIK 6 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF

menjelaskan ciri ini ialah satu penerbitan oleh Scientific American lebih
daripada 50 tahun dahulu. Dalam artikel ini, seorang banduan dalam
penjara daerah barat melepaskan diri tetapi ditangkap semula selepas
beberapa minggu. Pegawai-pegawai penjara menyoal siasat beliau selama
beberapa hari dan berulang kali bertanya tentang di mana beliau
mendapatkan gergaji untuk memotong palang besi. Akhirnya, beliau
menjawab bahawa beliau mengumpulkan cebisan daripada pintalan dalam
kedai mesin, memasukkannya di dalam gam dan kemudian di dalam
jejalur kayu, dan menyeludupnya masuk ke dalam sel penjaranya. Setiap
malam selama tiga bulan, beliau telah menggergaji palang besi sebanyak 1
inci. Pegawai-pegawai penjara berpuas hati dengan penjelasan beliau,
mengunci beliau dan merasa yakin bahawa banduan tersebut tidak akan
mengunjungi kedai mesin itu lagi.

Walau bagaimanapun, selepas tiga setengah tahun dalam penjara, banduan


tersebut melarikan diri sekali lagi di waktu malam. Pegawai-pegawai
penjara menemui palang besi dipotong dengan cara yang sama seperti kali
pertama beliau melepaskan diri. Namun, beliau tidak dapat ditangkap
semula, dan cara bagaimana beliau melepaskan diri masih menjadi tanda
tanya.

Sebenarnya, beliau telah berbohong menggunakan bahan daripada kedai


mesin pada kali pertama. Beliau lebih panjang akal daripada itu. Beliau
telah menggunakan tali kapas daripada stokin beliau, membasahkannya
dengan air liur, dan menggosoknya dalam debu di sel penjara beliau.

(d) Ketekunan
William Gordon (dlm. Ruggiero, 2009, ms.7) pernah berkata, „Semua
masalah dibentangkan kepada minda sebagai ancaman kegagalan‰. Hanya
individu-individu yang tidak takut dengan kemungkinan kegagalan dan
mempunyai keinginan tidak berbelah bahagi untuk berjaya tidak kira apa
usaha yang diperlukan, mempunyai peluang untuk berjaya.

Individu-individu kreatif bersedia untuk memberikan komitmen yang


diperlukan. Thomas Edison (dlm. Ruggiero, 2009, ms. 7) mempunyai
komitmen dalam mindanya bila beliau berkata, „Orang genius adalah 99
peratus usaha dan 1 peratus inspirasi‰. Seorang lagi personaliti hebat,
George Bernard Shaw (dlm. Ruggiero, 2009, ms. 7) pernah berkata,
„Sewaktu saya muda, saya perhatikan bahawa sembilan daripada sepuluh
perkara yang saya buat gagal. Saya tidak mahu menjadi seorang yang
gagal, jadi saya usaha lebih sepuluh kali lagi‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF W 135

Satu ciri penting yang ada dalam orang-orang kreatif adalah kebolehan
untuk menjadi terlalu asyik dengan sesuatu masalah dan memberikan
sepenuh perhatian terhadap masalah tersebut. Di samping itu, oleh kerana
sifat daya saing orang-orang kreatif, mereka memberikan perhatian lebih
terhadap idea-idea mereka berbanding orang lain. Satu contoh yang baik
ialah Lester Pfister, yang menghasilkan idea pembiakan daripada batang
pokok dan bekerja dengan tangan, musim demi musim. Selepas lima tahun,
beliau hanya mempunyai empat batang sahaja tinggal dan beliau sangat
miskin. Orang-orang yang kurang keazaman mungkin akan berputus asa
dengan kekecewaan dan kehampaan dalam situasi begitu tetapi Pfister
tidak bersedia untuk menerima kegagalan. Beliau tabah dan akhirnya
diberi ganjaran dengan sejenis baka yang lebih baik.

(e) Berdikari
Setiap kali kita memikirkan idea baru, kita mengasingkan diri daripada
orang lain. Pengluahan idea sudah cukup untuk meningkatkan
pengasingan ini sebanyak sepuluh kali ganda.

Bagi kebanyakan orang, terutama mereka yang memperoleh kuasa


daripada berkomunikasi dengan orang lain dan yang bergantung kepada
orang lain untuk menjaga identiti mereka, pengasingan begini agak
menakutkan. Individu-individu ini tidak berasa selesa meluahkan idea-idea
baru kerana mereka bimbang ditolak oleh masyarakat.

Individu-individu kreatif adalah berbeza. Walaupun menerima


persahabatan dan sokongan daripada orang lain, mereka tidak bergantung
sepenuhnya kepada orang lain itu. Mereka mencari kekuatan dari dalam
diri sendiri dan dengan demikian, lebih yakin, lebih berdikari dan kurang
takut tampil pelik atau luar biasa dalam khalayak ramai (Rajah 6.3).

Rajah 6.3: Individu-individu kreatif dikatakan lebih berdikari


Sumber: http://www.h2euro.org/latest-news/eu-policy-news/fch-ju-
independent-as-of-november-15th-2010

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


136 X TOPIK 6 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF

Memahami dan mengetahui lima ciri ini boleh membantu anda membina
kebolehan-kebolehan kreatif jika anda bersedia meletakkan usaha untuk
mengembangkannya. Walau bagaimanapun, jika anda sudah
memilikinya, ia akan membantu anda memperbaiki dan
memperkasakannya. Ini suatu tugas yang sukar tapi tidak mustahil ă
seperti ungkapan „Tabiat lama sukar hilang‰ („Old habits die hard‰).
Namun begitu, hanya sedikit kemajuan pun boleh membawa perubahan
dalam kualiti pemikiran anda.

SEMAK KENDIRI 6.3

Senaraikan lima ciri penting individu kreatif dan jelaskan setiap


satunya dalam ayat anda sendiri.

6.2.2 Mengaplikasi Kreativiti kepada Masalah dan Isu


Dua aplikasi ekstensif kreativiti secara khusus yang menarik terhadap
kebanyakan individu adalah menyelesaikan masalah dan isu-isu kontroversi.
Kedua-duanya merujuk kepada situasi tidak menyenangkan yang mencabar
kecerdasan kita, atau situasi yang tidak mempunyai penyelesaian sesuai. Situasi-
situasi sedemikian seringkali memecah belahkan orang ramai kepada dua
kumpulan berlawanan, satu dengan tanggapan bahawa ia adalah benar dan
pihak lawan adalah salah.

Metode paling penting untuk mengaplikasi kreativiti kepada masalah dan isu
adalah:
• Mengambil pendekatan inovatif dan baru;
• Mencipta atau mengubah suatu proses atau sistem;
• Menghasilkan produk atau servis baru;
• Mencari kegunaan-kegunaan baru untuk perkara-perkara sedia ada;
• Menambahbaik perkara-perkara sedia ada; dan
• Menemui atau mendefinisi semula konsep

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF W 137

Sekarang, mari kita baca mengenai setiap metode bersama dengan contoh untuk
benar-benar memahaminya.

(a) Mengambil Pendekatan Inovatif dan Baru


Inspektor-inspektor Humane Society yang menjumpai dua ekor anjing di
dalam kereta tertutup dalam panas terik 92ÀC telah menggunakan
pendekatan baru untuk menghukum pemilik-pemilik anjing berkenaan.
Mereka menawarkan pemilik-pemilik tersebut alternatif atas dakwaan
kekejaman terhadap binatang: mereka sendiri menghabiskan masa satu jam
di dalam kereta tertutup dalam suhu yang sama sepertimana dialami
anjing-anjing itu sementara anjing-anjing menghabiskan masa satu jam di
dalam bangunan Humane Society yang berhawa dingin [„Couple Learns
Golden Rule...,‰ Oneonta Star, 29 Ogos 1981].

Satu lagi contoh yang baik untuk pengambilan pendekatan inovatif adalah
kisah D. B. Kaplan, yang diberi tugas menghasilkan cara baru menulis
menu untuk restoran. Beliau mengambil cabaran ini dan item-item yang
dihasilkan dalam menu termasuk Tongue Fu, the Italian Scallion, Chive
Turkey, Ike and Tina Tuna, Dr. Pepperoni, the Breadless Horseman,
Annette Spinachello, dan Quiche and Tell. Bahan-bahannya juga adalah
sama kreatif seperti nama-namanya.

(b) Mencipta atau Mengubah Proses atau Sistem


Sistem perpuluhan Dewey dan sistem Perpustakaan Kongres adalah dua
teknik yang dicipta untuk mengklasifikasi buku-buku.

Contoh-contoh lain adalah prosedur yang dicipta pada satu atau dua dekad
lepas untuk menyiasat kesihatan fetus. Prosedur seperti amniosintesis dan
persampelan chorionic villus melibatkan pengambilan cecair amniotik,
sementara pengimejan ultrabunyi melibatkan lantunan gelombang bunyi
dari fetus untuk membentuk imej.

Cap jari DNA adalah satu lagi contoh kreativiti. Teknik ini berasaskan fakta
bahawa setiap individu yang pernah hidup mempunyai pembawaan
genetik unik. Sehelai rambut atau setitik air kencing, air liur atau semen
yang ditemui di tempat kejadian jenayah boleh dibandingkan dengan
sampel DNA suspek dan menjadi faktor penting dalam mencari identiti
individu yang bersalah atau penjenayah.

(c) Menghasilkan Produk atau Servis Baru


Dalam tahun 1845, seorang lelaki memerlukan wang untuk membayar
hutang beliau. Beliau berfikir mengenai apa yang boleh dicipta untuk

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


138 X TOPIK 6 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF

membayar hutang tersebut. Tiga jam kemudian, beliau menghasilkan pin


keselamatan, satu idea yang beliau jual dengan harga $400.

Contoh lain adalah Graffiti Gobbler, satu sebatian kimia yang boleh
menghilangkan dakwat atau cat daripada kayu, batu atau besi, dan Moto-
Stand, trak bermotor dengan tiga tayar dan berlapik yang telah dicipta oleh
seorang lelaki yang lumpuh dari dada ke bawah. Kenderaan ini
membolehkan beliau untuk bergerak di sekitar rumahnya dalam posisi
berdiri [Crippled Inventor is Standing Proud, Oneonta Star, 30 November
1981].

(d) Mencari Kegunaan Baru untuk Perkara-perkara Sedia Ada


Sumber pertanian telah lama diguna untuk tujuan-tujuan luar biasa.
Sebagai contoh, lin kapas telah digunakan untuk menghasilkan bahan
letupan sementara tembakau yang dihancurkan digunakan untuk membuat
racun serangga.

Ahli-ahli sains menemui cara-cara baru untuk menggunakan tanaman


pertanian terbesar di Amerika iaitu jagung. Sebagai contoh, jagung telah
digunakan untuk membuat bahan de-icing, pelekat, botol pakai buang dan
beg sampah [„New Inventions from the Cornfield,‰ New York Times, 10
January 1988].

(e) Menambahbaik Perkara-perkara Sedia Ada


Beberapa contoh baik mengenai perkara-perkara sedia ada yang telah
ditambahbaik adalah perkembangan terbaru dalam telefon, seperti
menyekat dan mengesan panggilan, panggilan keutamaan, panggilan
kembali, ulangan panggilan dan ID pemanggil. Setiap satu ciri ini dicipta
sebagai respons kepada keperluan khusus yang tidak dipenuhi oleh alat
sedia ada.

(f) Menemui atau Mendefinisi Semula Konsep


Kebanyakan kita mempunyai tanggapan bahawa banyak konsep yang
membantu kita berfikir dan menangani realiti adalah kekal selama-
lamanya. Walau bagaimanapun, ini tidak semestinya benar. Sama seperti
produk dan servis dicipta, begitu juga dengan konsep-konsep. Konsep
cukai dan hukuman penjenayah, sebagai contoh, mungkin sudah lama,
tetapi ia adalah baru pada satu ketika dahulu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF W 139

AKTIVITI 6.3

1. „Semakin banyak pendidikan formal yang dimiliki oleh


seseorang, semakin dia boleh menganalisis, tetapi semakin
kurang dia boleh membuat improvisasi.‰

Bincangkan kenyataan ini dalam konteks pemikiran kritikal dan


kreatif.

2. Menjadi kreatif bukan sahaja bermaksud memiliki ciri-ciri


tertentu tetapi juga bertingkah laku secara kreatif; mendekati
cabaran yang dihadapi dengan imaginasi dan keaslian. Ia
bermaksud mempamerkan kemahiran dalam mengaplikasi
proses kreatif. Lakukan pencarian Internet untuk menentukan
tahap-tahap yang terlibat dalam proses kreatif. Huraikan setiap
tahap.

6.3 PEMIKIRAN LATERAL


Edward de Bono (www.generations.gs/TQ11/Creativity /sites/vs.htm) (tokoh
terkenal dalam bidang pemikiran kreatif) mendefinisikan pemikiran lateral
sebagai „penerokaan pelbagai kebarangkalian dan pendekatan dan bukannya
mengejar satu pendekatan.‰ Selain daripada mengajar anda berfikir dalam cara
kreatif, pemikiran lateral mempunyai kebolehan mengubah masalah-masalah
kepada peluang, mencari penyelesaian alternatif dan meningkatkan secara
signifikan bilangan idea asli dan praktikal dengan menggunakan teknik-teknik
pemikiran luar biasa yang selalunya bukan dalam kebolehan pemikiran biasa
kita.

Pemikiran lateral selalunya digunakan oleh individu-individu yang diberikan


tanggung jawab menghasilkan strategi-strategi baru dalam sektor penyelidikan
dan pembangunan. Walau bagaimanapun, mana-mana individu yang sedang
mencari inovasi, penjanaan idea, pembangunan konsep, penyelesaian masalah
kreatif atau strategi untuk mencabar situasi sedia ada boleh mendapat manfaat
dari pemikiran lateral. Umumnya, dalam dunia moden, individu-individu yang
berhadapan dengan trend yang cepat berubah, persaingan sengit dan mereka
yang perlu menghasilkan keputusan-keputusan luar biasa boleh mendapat
faedah daripada pemikiran lateral.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


140 X TOPIK 6 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF

Jadual 6.1 merumuskan enam teknik pemikiran lateral yang berbeza.

Jadual 6.1: Enam teknik pemikiran lateral

Teknik Penerangan
1. Alternatif/Penghasilan Menggunakan konsep-konsep untuk menghasilkan idea-
Konsep idea baru.
2. Fokus Menukar atau menumpukan fokus untuk memperbaiki
usaha kreatif.
3. Cabaran Berfikir di luar cara operasi biasa yang diterima.
4. Kemasukan rawak Menggunakan input tidak berkaitan untuk meluaskan
ruang pemikiran.
5. Pengumpulan hasil Memilih idea-idea yang paling sesuai dan
membentuknya kepada pendekatan-pendekatan yang
boleh digunakan.
6. Rawatan idea Mengembangkan idea-idea untuk memasukkannya
dalam situasi-situasi atau organisasi-organisasi tertentu.

Pemikiran lateral mungkin berguna bila diaplikasi dalam beberapa keadaan


berikut:
(a) Mencabar situasi sedia ada dengan cara positif untuk memberi ruang
kepada idea-idea baru.
(b) Mencari dan membina konsep di sebalik idea untuk menjana lebih banyak
idea.
(c) Menyelesaikan masalah-masalah dengan cara-cara yang tidak difikirkan
sebelumnya.
(d) Menggunakan alternatif untuk menghasilkan dan memanfaatkan tenaga
kreatif sesuatu organisasi.
(e) Mengubah masalah kepada peluang.
(f) Memilih idea alternatif yang optimum dan meletakkannya dalam tindakan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF W 141

SEMAK KENDIRI 6.4

1. Soalan-soalan berikut dibentuk untuk menguji kebolehan anda


menggunakan pemikiran lateral.
(a) Apa yang anda boleh pegang dengan tangan kanan anda,
tetapi bukan dengan tangan kiri?
(b) Seorang lelaki dan anaknya terlibat dalam kemalangan
kereta. Bapanya terbunuh dan anaknya dibawa ke hospital
dengan kecederaan serius. Doktor yang merawatnya berkata
dengan nada terkejut: „Tetapi, ini anak saya!‰.
Bagaimana ini boleh berlaku?
(c) Namakan tiga hari berturut-turut dalam bahasa Inggeris
tanpa menggunakan perkataan Tuesday, Thursday atau
Saturday.
2. Jelaskan enam teknik pemikiran lateral.

6.4 PERSILANGAN OTAK KANAN DAN KIRI


Secara umum, seseorang individu menggunakan kedua-dua belah bahagian otak
apabila membuat keputusan. Ini kerana apabila menggunakan sebelah bahagian
otak sahaja, anda menafikan kepada diri anda peluang untuk menggunakan
kesemua kuasa penuh otak dalam proses pembuatan keputusan.

Persilangan otak kanan dan kiri menghasilkan keputusan rasional dan logik
yang memberikan anda kepuasan. Hemisfera kanan otak adalah bertanggung
jawab terhadap pemikiran intuitif, subjektif dan holistik. Maka, seorang individu
yang hanya menggunakan otak sebelah kanan mungkin berakhir dengan
membuat keputusan yang kurang penakulan logik dan objektif. Sebaliknya, otak
sebelah kiri adalah bertanggungjawab terhadap penakulan logik, analitik,
rasional dan objektif. Jadi, pengguna otak kiri yang bekerja dengan fakta-fakta,
data dan logik tanpa komponen perasaan dalam membuat keputusan biasanya
gagal menyedari kepentingan menggunakan emosi mereka. Individu-individu
ini percaya bahawa fakta-fakta, data dan logik bukan sahaja lebih baik daripada
emosi apabila membuat sesuatu keputusan tertentu tetapi juga selalu
menghasilkan keputusan-keputusan yang lebih baik. Perasaan adalah komponen
penting kewujudan manusia. Adalah penting untuk mengambil kira perasaan-
perasaan sewaktu proses pembuatan keputusan untuk memastikan anda
berpuas hati dengan keputusan akhir yang anda telah lakukan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


142 X TOPIK 6 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF

Alan Bean [Rajah 6.4(a)] dan Florence Nightingale [Rajah 6.4(b)] adalah antara
individu yang memperoleh banyak pencapaian dalam kehidupan mereka
dengan persilangan kuat otak kanan dan kiri. Alan Bean merupakan juruterbang
ujian tentera, dan merupakan lelaki keempat yang menjejakkan kaki di bulan.
Pekerjaan beliau memerlukan otak kiri yang kuat untuk menggunakan
penakulan logik, analitik, rasional dan objektif. Selepas perletakan jawatan beliau
dari NASA, Alan Bean menjadi pelukis sepenuh masa yang melukis
pengembaraan Apollo yang berwawasan dan bersejarah; satu tugas yang
memerlukan otak kanan yang kuat untuk menggunakan pemikiran intuitif,
subjektif dan holistik. Florence Nightingale, seorang jururawat mempamerkan
penggunaan kedua-dua belah otak kiri dan kanan. Beliau membuktikan
kepentingan keadaan kebersihan dalam merawat pesakit-pesakit yang cedera.
Beliau menggunakan otak sebelah kiri untuk ini manakala kualiti penyayangnya
menunjukkan penggunaan otak sebelah kanan.

Rajah 6.4: Alan Bean (a) dan Florence Nightingale (b), kedua-duanya mempamerkan ciri-
ciri persilangan otak kanan dan kiri yang kuat
Sumber: http://www.talentbookingusa.com/speakers/alan-bean.htm
http://en.wikipedia.org/wiki/Florence_Nightingale

SEMAK KENDIRI 6.5


1. “Pilihan mengenai otak sebelah mana yang mengawal situasi
mana adalah apa yang membentuk personaliti dan menentukan
karakter kita.” Bincangkan kenyataan ini.
2. Pada pendapat anda, adakah sistem pendidikan kita sekarang
meletakkan kepentingan tinggi terhadap otak sebelah kanan atau
kiri? Cadangkan cara-cara dan langkah-langkah yang boleh
diambil untuk memperbaiki keadaan ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF W 143

Ć Pemikiran kritikal adalah istilah umum yang diberikan kepada pelbagai


kemahiran kognitif dan karakter intelektual yang diperlukan untuk
mengenal pasti, menganalisis dan menilai hujah-hujah dan dakwaan-
dakwaan kebenaran secara berkesan; untuk membongkar dan mengatasi
prejudis dan bias peribadi; untuk membentuk dan mempersembahkan
alasan-alasan meyakinkan dalam menyokong kesimpulan; dan untuk
menghasilkan keputusan-keputusan munasabah dan bijak mengenai apa
yang hendak dipercayai dan dilakukan. Ia merupakan pemikiran berdisiplin
yang dikawal oleh penanda aras intelektual yang jelas telah terbukti nilainya
melalui sejarah manusia.

Ć Ciri-ciri penting pemikiran kritikal adalah: kejelasan, ketelitian, ketepatan,


relevan, ketekalan, kebenaran logik, kelengkapan dan keadilan.

• Pemikiran kreatif penting dalam dunia persaingan hari ini. Orang-orang


kreatif berkongsi beberapa ciri penting, antaranya ialah dinamik, keberanian,
panjang akal, ketekunan dan berdikari.

• Cara-cara paling penting untuk mengaplikasi kreativiti kepada masalah dan


isu adalah mengambil pendekatan inovatif dan baru; mencipta atau
mengubah suatu proses atau sistem; menghasilkan produk atau servis baru;
mencari kegunaan-kegunaan baru untuk perkara-perkara sedia ada;
menambahbaik perkara-perkara sedia ada; dan menemui atau mendefinisi
semula konsep.

• Pemikiran lateral menggunakan inspirasi dan imaginasi untuk


menyelesaikan masalah dengan melihatnya daripada perspektif yang tidak
dijangka; ia juga melibatkan membuang apa yang jelas, meninggalkan mod
pemikiran tradisional, membuang konsepsi/tanggapan awal.

• Persilangan otak kanan dan kiri menghasilkan keputusan rasional dan logik
kerana kedua-dua hemisfera otak bertanggung jawab untuk fungsii dan
pendekatan berbeza dalam proses pembuatan keputusan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


144 X TOPIK 6 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF

Persetujuan Ketekunan
Persilangan otak Dinamik
Kelengkapan Keadilan
Pemikiran kreatif Pemikiran lateral
Pemikiran kritikal Kebenaran logik
Keberanian Panjang akal

1. Berapa kegunaan untuk sepasang stokin lama yang boleh anda fikirkan?
Pastikan anda tidak meletakkan batasan dalam pemikiran anda dan
menahan diri daripada menjana idea yang terlalu sedikit.
2. Sejauh mana pendidikan yang diterima menyediakan anda untuk berfikir
secara jelas, teliti, tepat, logik dan sebagainya? Pernahkah anda bertemu
dengan seorang individu yang menjadi model yang baik untuk piawaian
pemikiran kritikal yang telah dibincangkan dalam topik ini? Jika pernah,
bagaimana beliau melakukannya?
3. Fikirkan tentang tugas yang paling tidak menyenangkan yang pernah anda
lakukan. Gunakan kreativiti anda untuk menjadikannya lebih
menyenangkan. Gunakan pengetahuan yang telah anda peroleh daripada
topik ini untuk menjawab soalan ini.
4. Seorang wanita tinggal di tingkat 10 sebuah pangsapuri. Setiap pagi, beliau
menaiki lif untuk turun ke tingkat bawah dan pergi ke tempat kerja. Pada
waktu petang, beliau menaiki lif, dan jika ada orang lain di dalam lif beliau
terus naik ke tingkat 10. Sekiranya tiada orang, beliau akan naik ke tingkat
8 dan menaiki tangga sehingga tingkat 10. Bagaimana anda menerangkan
keadaan ini dengan menggunakan konsep pemikiran lateral?
5. Kategorikan ciri-ciri yang disenaraikan mengikut otak kanan dan kiri.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF W 145

Menggunakan Falsafah dan Mengakui Menghargai Percaya


perasaan agama
„Gambaran Orientasi Perkataan dan Simbol dan Mengetahui
luas‰ bahasa imej
Mengambil Selamat Menggunakan Peraturan Berasaskan
risiko logik fakta fantasi
Peraturan Berasaskan Orientasi Praktikal Boleh
imaginasi realiti kepada memahami
perincian

Bassham, G. (200). Critical thinking: A studentÊs introduction. Chapter 1:


Introduction to Critical Thinking, pp. 7. East Tennessee State University-
ETSU, (2006). Seven Step Decision-Making Model. Retrieved June 2006
from: http://www.etsu.edu/acadvantage/acadv/decision.htm.

Bassham, G., Irwin, W., Nardone, H. & Wallace, J. M. (2011). Critical thinking: A
studentÊs introduction (4th. Ed.). New York: McGraw Hill International
Edition.

Devine, T. G. (1986). Teaching reading comprehension: From theory to practice.


Boston: Allyn and Bacon.

Dewey, J. (1910). How we think. Boston: Heath.

Edward de Bono. Unleash your creativity. Retrieved December 1 dari


http://www.generations.gs/TQ11/Creativity/sites/vs.html

Fisher, A. (2001). Critical thinking: An introduction. London: Cambridge


University Press.

Furth, H. G. & Wachs, H. (1974). Thinking goes to school: PiagetÊs theory in


practice. New York: Oxford University Press.

Gerhard, C. (1975). Making sense: Reading comprehension improved through


categorizing. Newark, DE: International Reading Association.

Harrison, A. F. & Bramson, R. M. (2002). The art of thinking. New York: The
Berkley Publishing Group.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


146 X TOPIK 6 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN KREATIF

Kahane, H. & Cavender, N. (2006). Logic and contemporary rhetoric: The use of
reason in everyday life (10th. Ed.). USA: Thomson Learning.

Larmore, C. (2000). Robert FulfordÊs review of Hegel: A biography, by Terry


Pinkard. Retrieved December 1, 2011, dari
http://www.Robertfulford.com/Hegel.html.

Meador, K. S. 91997). Creative thinking and problem solving for young learners.
Colorado: Teacher Ideas Press.

Ruggiero, V. V. (2009). The art of thinking: A guide to critical and creative


thought (9th. Ed.). USA: Pearson Education, Inc.

Tonjes, M. J. & Zintz, M. V. (1987). Teaching reading, thinking, study skills in


content classrooms. Dubuque, IA: Wm. C. Brown.

Definitions. (1997-2011). Retrieved December 1, 2011 dari


http://www.brainstorming.co.uk/tutorials/definitions.html.

Wittgenstein, L. (2001). Verfall und Ende des offentlichen Lebens. Die Tyrannei
Der Intimitat, (12th. Ed.). Frankfurt/M.:Fischer.

Leading Thoughts: Quotes on problem solving. Retrieved December 1, 2011 dari


http://www.leadershipnow.com/probsolvingquotes.html.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik X Strategi-
7 strategi
Penyelesaian
Masalah
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan konsep penyelesaian masalah;
2. Menghurai pendekatan pemecahan atau submatlamat dalam
penyelesaian masalah;
3. Menjelaskan pendekatan bergerak ke belakang dan „mendaki bukit‰
dalam penyelesaian masalah;
4. Menghurai strategi-strategi analisis „means-end‰ dan „forward
chaining‰ dalam penyelesaian masalah;
5. Menghurai metod-metod penyelesaian masalah lain seperti
penggunaan analogi, pengkhususan dan generalisisi;
6. Menjelaskan penggunaan metod kes ekstrim bagi penyelesaian
masalah; dan
7. Mengenal pasti tiga strategi lain penyelesaian masalah.

X PENGENALAN
Sebelum kita mulakan topik baharu ini, mari kita imbas kembali pelajaran dalam
Topik 1. Masihkah anda ingat dalam sub-topik 1.4, anda telah mempelajari dua
garis panduan berbeza dalam menyelesaikan masalah? Garis panduan ini
berdasarkan kepada konsep-konsep yang telah ada.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


148 X TOPIK 7 STRATEGI-STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH

Justeru itu, topik ini merupakan lanjutan terhadap sub-topik tersebut. Topik
baharu ini akan bermula dengan membincangkan konsep penyelesaian masalah
berdasarkan pandangan empat tokoh popular dalam bidang ini. Kemudian kita
akan mempelajari lima strategi popular dalam penyelesaian masalah. Strategi-
strategi ini adalah langkah penting dalam proses penyelesaian masalah yang boleh
membantu anda merancang tindakan anda. Akhir sekali, anda juga akan
mempelajari tiga strategi lain yang boleh digunakan dalam penyelesaian masalah.
Diharapkan anda dapat menggunakan pengetahuan dalam topik yang menarik ini
dalam kehidupan anda.

7.1 KONSEP PENYELESAIAN MASALAH


Sebelum kita pelajari strategi-strategi dalam penyelesaian masalah, mari kita
pelajari dahulu apakah itu konsep penyelesaian masalah. Tahukah anda apakah
konsep umum penyelesaian masalah? Umumnya, kebanyakan pengkaji telah
mengkonsepkan penyelesaian masalah sebagai satu proses langkah demi langkah
(stepwise).

Antara penyelidik awal dalam perkembangan konsep ini ialah George Polya, John
R. Hayes, John D. Bransford dan Barry S. Stein. Pernahkah anda mendengar nama-
nama penyelidik ini? Mari kita ketahui apakah sumbangan dan idea mereka
dalam konsep penyelesaian masalah.

Penyelidik pertama yang mengetengahkan konsep penyelesaian masalah ialah


George Polya. Pada tahun 1957, beliau telah mengenal pasti empat langkah
penting dalam penyelesaian masalah. Menurut Polya, penyelesaian masalah
sepatutnya dilakukan mengikut empat kaedah berikut:
(a) Memahami masalah;
(b) Membina satu perancangan;
(c) Melaksanakan perancangan itu; dan
(d) Melihat kembali.

Kemudian, pada tahun 1981, Hayes meluaskan lagi konsep ini dengan menambah
dua langkah lain. Pertama, satu rujukan khusus untuk mewakilkan masalah.
Kedua, beliau mengembangkan langkah "melihat kembali" kepada menilai
penyelesaian (sama seperti melihat kembali), dan menggabung keuntungan
(pembelajaran yang berguna pada masa hadapan setelah penyelesaian dinilai).
Rajah 7.1 menunjukkan kepada anda enam langkah tersebut. Dapatkah anda kenal
pasti dua langkah baharu tersebut?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 STRATEGI-STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH W 149

Rajah 7.1: Enam langkah dalam penyelesaian masalah (Hayes, 1981)

Seterusnya, Bransford dan Stein (1984) menyarankan satu lagi konsep


penyelesaian masalah yang berasaskan akronim di bawah:

Identify I = Mengenal pasti masalah


Define D = Mendefinisi dan mewakili masalah
Explore E = Meneroka strategi-strategi
Act A = Bertindak pada strategi
Look L = Melihat kembali dan menilai kesan aktiviti anda

Terdapat ramai lagi penyelidik lain yang mencipta variasi konsep „stepwise‰
masing-masing berdasarkan konsep asas penyelesaian masalah yang telah
diperkenalkan oleh Polya (1954). Cuba anda cari apakah variasi-variasi konsep
tersebut di Internet.

AKTIVITI 7.1

Cari dalam Internet dan jelaskan secara ringkas senarai operasi


mental dalam penyelesaian masalah. Ia dikenali sebagai „PUPILS‰
dan telah diperkenalkan oleh George Polya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


150 X TOPIK 7 STRATEGI-STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH

7.2 STRATEGI-STRATEGI PENYELESAIAN


MASALAH
Sekarang mari kita pelajari apakah strategi-strategi penyelesaian masalah.
Tahukah anda terdapat banyak strategi yang khusus pada bidang tertentu? Walau
bagaimanapun, terdapat juga strategi yang berkesan dalam semua bidang.

Secara umum, terdapat satu tukar ganti (trade-off) antara julat kesesuaian dan
kuasa. Lebih besar kegunaan/kesesuaian sesuatu strategi itu, semakin kurang ia
bergantung pada sesuatu bidang. Oleh itu, penting untuk kita mengetahui strategi
mana yang patut digunakan supaya kita memperoleh kelebihan/kebaikan yang
merentas pelbagai domain.

Jadi, apakah strategi-strategi yang boleh kita gunakan utnutk menyelesaikan


sesuatu masalah? Kita akan mempelajari lima strategi yang telah ditemui oleh
pengkaji melalui kaedah pengalaman iaitu:
(a) Pembahagian masalah atau sub-masalah;
(b) Bergerak ke belakang;
(c) Mendaki bukit (hill-climbing);
(d) Analisis cara akhir (means-end); dan
(e) Rantaian hadapan (forward chaining).

Kita akan melihat kelima-lima strategi ini dengan lebih mendalam dalam sub-
topik yang seterusnya. Mari kita mulakan.

7.2.1 Pembahagian Masalah atau Sub-masalah


Kadang kala, kita mungkin menghadapi masalah yang dianggap terlalu besar dan
kompleks untuk diselesaikan. Apakah cara yang sesuai untuk kita menyelesaikan
masalah tersebut dengan bijak dan berkesan? Cara yang sesuai untuk kita
menyelesaikan masalah tersebut dengan bijak dan berkesan ialah dengan
memecahkan masalah kompleks tersebut kepada satu set jujukan bermula dengan
masalah mudah dahulu. Kemudian, barulah kita cuba selesaikan masalah
kompleks dengan cara menggabungkan beberapa penyelesaian sub-masalah
mudah yang telah diselesaikan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.2 berikut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 STRATEGI-STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH W 151

Rajah 7.2: Hierarki dan pemecahan sesuatu masalah kepada sub-sub masalah

Pada masa tertentu, masalah boleh jadi terlalu besar untuk diselesaikan. Cara yang
sesuai ialah memecahkan masalah kompleks kepada satu set sekuen masalah
mudah dahulu. Kemudian, selesaikan masalah kompleks dengan menggabungkan
penyelesaian kepada sub-masalah yang lebih mudah (Rajah 7.2).

Tahukah anda, apakah bidang yang menggunakan aplikasi ini? Aplikasi ini
digunakan dengan meluas dalam program komputer di mana masalah kompleks
dianggap sebagai gabungan program-program mudah. Oleh itu, proses
pemecahan boleh dilakukan pada beberapa tahap. Apabila masalah besar
dipecahkan kepada komponen-komponen lebih kecil, kedua-dua penentuan
penyelesaian menjadi lebih mudah. Malah, seseorang juga boleh memahami
masalah dengan lebih baik (Polya, 1957; Hayes, 1981).

Walau bagaimanapun, terdapat risiko dalam kaedah ini. Risiko yang mungkin
dihadapi ialah pendekatan ini mungkin boleh mengubah sifat masalah dengan
menghapuskan aspek kritikalnya; sama ada semasa memecahkan masalah atau
ketika menggabungkan penyelesaian sub-masalah.

AKTIVITI 7.2

Terdapat beberapa cara untuk membuat pemecahan masalah. Antara yang


paling terkenal ialah pemecahan rekursif, pemecahan data, pemecahan
kefungsian, pemecahan jelajah dan pemecahan spekulatif. Cuba anda cari
dalam Internet dan jelaskan dengan ringkas strategi-strategi ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


152 X TOPIK 7 STRATEGI-STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH

7.2.2 Bergerak ke Belakang


Sekarang mari kita lihat strategi kedua untuk penyelesaian masalah iaitu kaedah
bergerak ke belakang. Sesetengah pengkaji berpendapat sesuatu masalah
sepatutnya digambarkan sebagai satu perjalanan di mana seorang bermula di titik
A (keadaan permulaan) dan berusaha untuk tiba ke titik B (matlamat). Cabaran
utama dalam pendekatan ini ialah menentukan laluan manakah yang boleh
membawa seseorang itu dari titik permulaan ke titik tamat dengan berjaya.

Tahukah anda terdapat dua cara dalam pendekatan ini? Dua cara tersebut ialah:
(a) Mencari jalan dari titik A ke B; atau
(b) Mencari penyelesaian secara terbalik (dari titik B ke A) seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 7.3 berikut.

Rajah 7.3: Strategi bergerak ke belakang dalam penyelesaian masalah


Sumber:
http://www.1000ventures.com/business_guide/crosscuttings/problem_solving_workbac
k.html

Tahukah anda, seseorang juga boleh bergerak ke belakang bukan sahaja dari segi
matlamat terakhir, bahkan dari segi matlamat pertengahan? Ini boleh dilakukan
apabila ada cara yang dapat mengenal pasti matlamat pertengahan ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 STRATEGI-STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH W 153

SEMAK KENDIRI 7.1


Ravi terlupa memeriksa berapa banyak duit yang dimilikinya pada hari
ini. Seingatnya, dia telah berbelanja RM8.00 untuk sarapan,
mengeluarkan RM 40.00 dari mesin ATM, mengambil baju dari kedai
dobi dengan caj RM12.00, dan kemudian membeli lima helai baju
berjumlah RM 22.00 sehelai (ditambah 8% cukai jualan).

Di penghujung hari, Ravi mendapati dia mempunyai baki RM100.00.


Jadi, berapa banyakkah wang beliau ada pada permulaan hari tersebut?
Cuba anda gunakan strategi bergerak ke belakang untuk menyelesaikan
masalah ini.

7.2.3 Mendaki Bukit


Strategi ketiga ialah mendaki bukit. Tahukah anda, bila waktu yang sesuai untuk
menggunakan strategi ini? Mendaki bukit sesuai digunakan untuk kes-kes di
mana matlamat seseorang ialah untuk sampai ke puncak bukit, tetapi tiada laluan
jelas untuk diikuti olehnya. Oleh itu, satu strategi yang boleh digunakan oleh
seseorang ialah dengan cara sentiasa bergerak ke atas. Apabila dia sedar langkah
yang diambilnya adalah ke bawah dan bukannya ke atas, dia boleh berpatah balik
dan mengambil laluan yang berlawanan.

Dalam erti kata lain, apabila diaplikasi pada penyelesaian masalah, seseorang akan
sentiasa mengambil langkah yang membawanya dekat pada matlamat. Namun,
terdapat kelemahan dalam pendekatan ini. Tahukah anda, apakah kelemahan
tersebut?

Kelemahan utama pendekatan ini ialah seseorang mungkin tersekat di puncak


bukit kecil atau kadang kala pada lereng bukit besar. Ada kalanya, dia perlu
mengambil beberapa langkah ke belakang dalam usaha untuk sampai ke puncak.
Rajah 7.4 menunjukkan anda gambaran strategi ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


154 X TOPIK 7 STRATEGI-STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH

Rajah 7.4: Strategi mendaki bukit

Kadang kala dalam strategi ini kita perlu mengambil langkah-langkah lain yang
seakan-akan jauh dari matlamat sebenar dalam usaha kita untuk sampai ke situ.
Namun secara realitinya, tidak ramai orang yang dapat melaksanakan jalan
penyelesaian seperti ini (Anderson, 1990).

SEMAK KENDIRI 7.2

Mari kita selesaikan masalah menyeberang sungai. Anda dikehendaki


menggunakan strategi mendaki bukit dalam menyelesaikan masalah
ini. Jelaskan bagaimana anda menggunakannya.

Untuk makluman, terdapat beberapa pemangsa di tepi sungai,


beberapa orang di seberang sungai dan sebuah sampan yang
mempunyai kapasiti terhad. Matlamatnya ialah semua orang perlu
berada di sebelah sungai yang berlawanan.

Selain itu, anda mesti menentukan keadaan asal dan matlamat tanpa
melupakan fakta (sampan mempunyai kapasiti terhad untuk
membawa penumpang). Perlukah anda menggunakan langkah turun
ke bawah dalam menyelesaikan masalah ini? Jelaskan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 STRATEGI-STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH W 155

7.2.4 Analisis Cara Akhir


Tahukah anda secara umumnya, pendekatan ini sama dengan pendekatan
mendaki bukit? Walau bagaimanapun, ia lebih fleksibel dan sesuai bagi pelbagai
jenis penyelesaian masalah. Newell dan Simon (1972) telah menjelaskan
pendekatan ini dengan teliti dan menggunakannya dengan meluas dalam
pembinaan program penyelesaian masalah berkomputer.

Bagaimanakah cara pendekatan ini dilaksanakan? Perkara pertama yang perlu


dilakukan oleh individu apabila menggunakan strategi ini ialah menentukan
keadaan matlamat diikuti dengan senarai menyeluruh perbezaan antara keadaan
matlamat dengan keadaan asal. Akhir sekali, individu perlu menentukan satu
prosedur untuk mengurangkan perbezaan antara keadaan asal dan keadaan
matlamat.

Tahukah anda terdapat tindakan yang boleh mengurangkan perbezaan antara


keadaan asal dan keadaan matlamat? Terdapat dua tindakan utama yang boleh
diambil bagi mengurangkan jarak di antara keadaan asal dan keadaan matlamat
iaitu dengan cara:
(a) Mengambil langkah yang akan menyebabkan keadaan asal menyerupai
keadaan matlamat; atau
(b) Bergerak ke belakang iaitu individu akan membawa matlamat dekat dengan
keadaan asal.

Tahukah anda, seseorang boleh tersekat jika ia terlalu mengikut peraturan? Selain
itu, individu juga boleh tersekat jika tidak mengambil langkah yang boleh
mengurangkan jurang di antara keadaan asal dan keadaan matlamat.

Menurut Anderson (1993), analisis cara akhir adalah komponen semula jadi mesin
berfikir bagi manusia dan primat. Jadi, apakah kepentingan pendekatan ini?
Analisis cara akhir adalah penting bagi menyelesaikan masalah harian seperti
menaiki komuter dan mengambil transit yang betul.

Bagi masalah menaiki komuter, pertama sekali, anda perlu tahu di mana hendak
mengambil komuter dan di mana anda hendak pergi. Jika perlu bertukar tren,
anda perlu mencari lokasi pertukaran transit. Akhir sekali, anda perlu tahu apakah
waktu yang paling sesuai untuk bertolak dan tiba, platform mana untuk anda
bertolak dan tiba, serta perlu menggabungkan semua maklumat ini bersama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


156 X TOPIK 7 STRATEGI-STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH

AKTIVITI 7.3

Cari dalam Internet tentang kebolehan bayi menggunakan analisis


cara akhir (means end) yang mudah dalam kehidupan mereka selepas
enam bulan pada tahun pertama. Jelaskan dengan ringkas fenomena
ini.

7.2.5 Rantaian Hadapan


Akhir sekali, mari kita lihat pendekatan rantaian hadapan. Tahukah anda dalam
strategi ini, seseorang bermula dengan tugasan dan dibuat terus ke arah
matlamat? Anda boleh merujuk Rajah 7.5 untuk melihat gambaran bagaimana
pendekatan ini dilakukan.

Rajah 7.5: Strategi rantaian hadapan


Sumber: http://www.cs.bham.ac.uk/~mmk/Teaching/AI/12.html

Rantaian hadapan bermula dengan data tersedia dan individu boleh


menggunakan peraturan inferens untuk mendapat lebih data sehingga matlamat
dicapai. Walau bagaimanapun, strategi ini hanya boleh diguna oleh individu yang
mempunyai pemahaman cukup dan menyeluruh tentang masalah, agar ia boleh
membentuk perwakilan konkrit yang betul daripada pernyataan masalah tersebut
(Simon & Simon, 1978).

Selain itu, strategi ini selalunya digunakan oleh pakar, dan bukannya pelajar. Ini
adalah kerana pelajar lebih suka menggunakan strategi lain seperti analisis cara

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 STRATEGI-STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH W 157

akhir dan bergerak ke belakang (Larkin et al., 1980a; 1980b) manakala pakar pula
mempunyai kebolehan mengkategorikan masalah dari segi prinsip-prinsip asas.
Malah, pakar juga mempunyai pengetahuan yang lebih tentang strategi mana
yang lebih berkesan untuk mengatasi masalah tertentu.

Walau bagaimanapun, apabila individu diberi lebih latihan dengan masalah


tertentu, mereka akan bertukar secara spontan dari strategi analisis cara akhir ke
strategi rantaian hadapan.

7.3 STRATEGI- STRATEGI LAIN PENYELESAIAN


MASALAH
Tahukah anda terdapat beberapa strategi lain selain daripada strategi-strategi
yang telah anda pelajari tadi? Antaranya ialah:
(a) Analogi dalam penyelesaian masalah;
(b) Pengkhususan dan generalisasi; dan
(c) Penggunaan kes-kes ekstrem.

Kita akan mempelajari ketiga-tiga strategi ini dengan lebih lanjut dalam sub-topik
yang seterusnya. Selain itu, tahukah anda kita juga boleh mencampurkan strategi-
strategi yang ada? Gabungan/campuran ini dapat membantu kita menyelesaikan
sesuatu masalah dengan lebih baik dan berkesan.

7.3.1 Analogi dalam Penyelesaian Masalah


Ada masanya individu boleh memperoleh penyelesaian bagi satu analogi dengan
mudah. Tahukah anda bagaimana ini boleh berlaku? Masalah beranalogi menjadi
mudah disebabkan penyelesai masalah (individu) mungkin telah menyelesaian
masalah yang serupa di masa lalu. Jadi, dia boleh merujuk kepada pengalaman
dan pengetahuan lepas yang telah dilalui dan diperoleh. Berikut adalah contoh
yang menunjukkan bagaimana strategi ini digunakan.

Terdapat enam orang pekerja di dalam sebuah lif. Bolehkah anda tunjukkan
bahawa sekurang-kurangnya tiga daripada mereka adalah kenalan atau
sekurang-kurangnya tiga daripada mereka adalah orang yang tidak dikenali?

[Adaptasi daripada: Poundstone (1990)]

Menurut Poundstone, kita boleh menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan


kaedah analog bergrafik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.6.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


158 X TOPIK 7 STRATEGI-STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH

Rajah 7.6: Analog Bergrafik Poundstone

Berdasarkan Rajah 7.6, Poundstone dapat menyelesaikan masalah tadi yang pada
mulanya dianggap tidak begitu logik. Menurutnya, kita boleh mewakilkan enam
orang pelawat tadi dengan enam titik yang berbeza pada sehelai kertas. Titik-titik
ini boleh diletak dalam apa juga cara, melainkan tiada tiga antara mereka berada
di atas garisan yang sama.

Kita biarkan satu garisan penuh membelah antara mana-mana dua titik bagi
mewakili kenalan dan biarkan garisan putus-putus menunjukkan individu
tersebut adalah orang yang tidak dikenali.

Menurut Poundstone, dengan menggunakan sistem ini, satu segi tiga penuh
mewakili tiga kenalan manakala segi tiga terputus-putus mewakili tiga orang
tidak dikenali akan terhasil. Persoalan utama di sini ialah, dengan menggunakan
sama ada garisan penuh atau terputus-putus di antara mana-mana pasangan titik,
mungkinkah kita boleh menyambungkan setiap titik dengan titik yang lain
dengan syarat tiada segi tiga padu dan tiada segi tiga terputus-putus terhasil?
Pada dasarnya, masalah ini serupa dengan masalah lif dan penyelesaian satu
masalah ini akan secara automatik menunjukkan penyelesaian kepada masalah
lain.

Oleh itu, boleh diperhatikan bahawa masalah menyambung titik adalah lebih
mudah untuk diselesaikan daripada masalah lif. Maka ini adalah prinsip utama
strategi ini iaitu masalah terdahulu merupakan analogi yang membantu masalah
seterusnya.

Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan dalam pendekatan ini. Apakah


kelemahan tersebut? Kelemahan utama dalam penggunaan strategi ini ialah
penentuan satu analogi bagi masalah yang hendak diselesaikan dalam sesetengah
kes, nampak seperti cara yang betul tetapi sebenarnya tidak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 STRATEGI-STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH W 159

SEMAK KENDIRI 7.3

1. Nyatakan tiga sifat penting bagi satu analogi yang baik.


2. Analogi memudahkan kita untuk menggarap idea untuk pelbagai
perkara. Tahukah anda, pola pemahaman dalam minda kita
adalah seperti teka-teki? Analogi membantu kita dalam
melengkapkan cebisan-cebisan teka-teki agar menjadi lebih jelas.
Cuba anda berikan jawapan yang sesuai bagi analogi-analogi
berikut:
(a) Seperti mana bumi mengelilingi matahari ______________
(b) Kaedah diagnostik seorang doktor bersamaan dengan
____________________
(c) Seperti mana pedang adalah senjata seorang pahlawan
____________________

7.3.2 Pengkhususan dan Generalisasi


Sebelum kita pelajari lebih lanjut tentang pengkhususan dan generalisasi, mari kita
ketahui dahulu definisi pengkhususan. Menurut Masan et al. (1985),
pengkhususan boleh didefinisikan sebagai mengambil kira satu contoh konkrit
tentang satu masalah abstrak. Misalnya, jika seseorang hendak menyelesaikan
masalah yang berkaitan dengan ciri-ciri segi empat selari, maka beliau perlu mula
dengan mengambil kira satu segi empat selari tertentu, atau beberapa segi empat
selari tertentu.

Bagaimana pula dengan generalisasi? Penyelidik menyatakan generalisasi


penakulan melibatkan penumpuan terhadap aspek umum tertentu kepada banyak
contoh, dan menghindarkan aspek lain. Mereka menghuraikan dengan lebih lanjut
bahawa proses generalisasi adalah bergerak dari beberapa contoh untuk
membentuk beberapa tekaan mengenai satu kumpulan kes yang besar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


160 X TOPIK 7 STRATEGI-STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH

SEMAK KENDIRI 7.4


Cuba anda teliti dua huraian di bawah. Tentukan huraian manakah
yang menjelaskan konsep generalisasi dan yang manakah
pengkhususan.
(a) Konsep ini adalah satu cara penting bagi menjana pengetahuan
proposisi dengan mengaplikasi pengetahuan am. Misalnya, teori
graviti kepada contoh-contoh yang spesifik seperti „bila saya
lepaskan epal ini, ia akan jatuh ke lantai‰.
(b) Ia adalah elemen asas logik dan penakulan manusia. Ia juga
merupakan asas penting bagi semua inferens deduktif yang sah.
Proses pengesahan adalah perlu untuk menentukan sama ada
konsep ini adalah benar bagi apa juga situasi.

7.3.3 Penggunaan Kes-kes Ekstrem


Tahukah anda, pendekatan ini adalah satu contoh pengkhususan? Ia telah
dijelaskan dengan baik oleh Polya (1954). Pandangan tradisional kaedah ini adalah
kes-kes ektrem menyumbang pada pemikiran. Ia merupakan penyemak kepada
sesuatu penyelesaian masalah; apabila jawapan masalah dinyatakan dalam bentuk
fungsi matematik, ketepatan fungsi itu boleh disahkan dengan meletakkan nilai-
nilai ekstrem seperti kosong atau infiniti, bagi pemboleh ubah bebas (Polya, 1954).

Dalam kebanyakan keadaan, seseorang boleh menyimpulkan jawapan yang


sepatutnya, dan dalam kes ini, daripada situasi fizikal. Kemudian, dia boleh
melihat sama ada fungsi tersebut memberi ramalan yang sama terhadap situasi
fizikal lain.

Mari kita lihat contoh dalam Rajah 7.7 yang menjelaskan fakta ini dengan lebih
mendalam.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 STRATEGI-STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH W 161

Rajah 7.7: Kes-kes ekstrem menyediakan fakta data


Sumber: Zietsman dan Clement, 1997

Rajah 7.7 menunjukkan kepada anda perbandingan situasi dua tuas, A dan B.
Umumnya, berdasarkan intuisi/gerak hati, pelajar akan mengatakan bahawa adalah
lebih mudah mengangkat muatan dalam Kes A berbanding dengan Kes B. Oleh itu,
boleh disimpulkan bahawa semakin kurang jarak dari muatan ke fulkrum/sangga
tuas, semakin kurang tenaga yang diperlukan bagi mengangkat muatan.

Dipercayai bahawa kes ekstrem boleh memberikan seseorang tentang „fakta data‰
yang diperlukan untuk membuat kesimpulan yang lebih umum terhadap sesuatu
hubungan perubahan. Fungsi ini sepatutnya lebih berguna dalam memahirkan
diri dengan idea asas sains, di mana hubungan seperti ini selalunya wujud.
Tambahan lagi, boleh didebatkan bahawa hubungan seperti ini juga memberi satu
asas intuitif/gerak hati bagi pemahaman hubungan matematikal dalam sains.

Tahukah anda terdapat beberapa strategi lain yang boleh digunakan bagi
penyelesaian masalah selain strategi-strategi yang telah diterangkan tadi?
Walaupun terdapat banyak strategi lain, anda perlu tahu bahawa strategi-strategi
yang telah dibincangkan tadi adalah antara strategi yang mendapat banyak
perhatian.

Beberapa orang penyelidik menekankan kepentingan strategi tertentu tetapi tiada


siapa yang dapat menyarankan bahawa satu strategi spesifik adalah cukup bagi
memastikan penyelesaian masalah yang berjaya. Dalam kes-kes tertentu, adalah
lebih baik jika seseorang menggunakan gabungan strategi-strategi dalam
penyelesaian masalah. Berikut adalah contoh gabungan yang saling
memperkuatkan antara satu sama lain:
(a) Bergerak ke belakang dengan analisis akhir cara; dan
(b) Pembahagian masalah atau sub-masalah dengan salah satu strategi
penyelesaian masalah.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
162 X TOPIK 7 STRATEGI-STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH

AKTIVITI 7.4

Azad melawat muzium dan berjumpa dengan seorang wanita yang


cantik. Tanpa membuang masa, Azad meminta nombor telefon wanita
tersebut dan menulisnya di atas sehelai kertas. Malangnya ketika dalam
perjalanan pulang, kertas tersebut tercicir dan hilang dari poketnya.
Azad menjadi gelisah dan berusaha mengingat kembali nombor-
nombor tersebut sewaktu di dalam komuter. Akhirnya, dia berjaya
mengingat semua tujuh digit (4,3,7,8,2,6,5) nombor telefon wanita itu.

Walau bagaimanapun, beliau tidak dapat mengingat kembali turutan


nombor telefon tersebut dengan betul. Azad berazam untuk duduk di
hadapan telefon sepanjang malam untuk cuba menelefon wanita itu.
Jadi, berapakah kombinasi nombor telefon yang perlu Azad cuba dalam
usahanya untuk menghubungi wanita tersebut? Cuba anda fikirkan.

SEMAK KENDIRI 7.5

1. Nyatakan risiko yang mungkin dihadapi dalam pendekatan


pembahagian masalah atau sub-masalah.
2. Definisikan pendekatan bergerak ke belakang dalam
penyelesaian masalah.
3. Apakah kelemahan utama dalam pendekatan mendaki bukit?
4. Tentukan dua tindakan utama yang boleh diambil untuk
mengurangkan jarak di antara keadaan semasa dan keadaan
matlamat dalam kaedah analisis cara akhir.
5. Nyatakan kelemahan utama dalam pendekatan masalah
analogi.
6. Definisikan istilah „pengkhususan‰ dan „generalisasi‰ dalam
penyelesaian masalah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 STRATEGI-STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH W 163

• Konsep penyelesaian masalah ialah satu proses langkah demi langkah


(stepwise).

• Polya (1957) telah mengenal pasti empat langkah penting dalam penyelesaian
masalah:
(a) Memahami masalah;
(b) Membina satu perancangan;
(c) Melaksanakan perancangan itu; dan
(d) Melihat kembali.

• Hayes (1981) meluaskan lagi konsep ini dengan menambah dua langkah lain
menjadikannya kepada enam langkah iaitu:
(a) Mengenal pasti masalah;
(b) Mewakili masalah;
(c) Merancang penyelesaian;
(d) Melaksanakan perancangan;
(e) Menilai penyelesaian; dan
(f) Menggabung keuntungan.

• Bransford dan Stein (1984) menyarankan satu lagi konsep penyelesaian


masalah yang berasaskan akronim IDEAL:
Identify = Mengenal pasti masalah
Define = Mendefinisi dan mewakili masalah
Explore = Meneroka strategi-strategi
Act = Bertindak pada strategi
Look = Melihat kembali dan menilai kesan aktiviti anda

• Lima strategi penyelesaian masalah yang popular ialah:


(a) Pembahagian masalah atau sub-masalah;
(b) Bergerak ke belakang;
(c) Mendaki bukit (hill climbing);
(d) Analisis cara akhir (means end); dan
(e) Rantaian hadapan (forward chaining).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


164 X TOPIK 7 STRATEGI-STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH

• Pemecahan masalah atau sub-masalah melibatkan pemecahan satu masalah


kompleks kepada satu set masalah lebih mudah dan kemudian menyelesaikan
masalah kompleks dengan menggabungkan penyelesaian sub-sub masalah
mudah.

• Bergerak ke belakang melibatkan penyelesaian satu masalah daripada


matlamat ke keadaan permulaan.

• Mendaki bukit ialah satu pendekatan dalam penyelesaian masalah iaitu


individu sentiasa bergerak ke atas.

• Dalam analisis cara akhir, individu mengenal pasti keadaan matlamat diikuti
menyenarai secara menyeluruh perbezaan antara keadaan matlamat dengan
keadaan asal, dan pada akhirnya, menggunakan satu prosedur terjamin bagi
mengurangkan perbezaan antara keadaan asal dan matlamat.

• Rantaian hadapan bermula dengan data tersedia dan individu boleh


menggunakan peraturan inferens untuk mendapat lebih data sehingga
matlamat dicapai.

• Tiga strategi lain penyelesaian masalah ialah:


(a) analogi dalam penyelesaian masalah;
(b) pengkhususan dan generalisasi; dan
(c) penggunaan kes-kes ekstrem.

• Dalam meneliti masalah analogi, masalah itu mungkin menjadi lebih mudah
disebabkan penyelesai masalah mungkin telah menyelesaikan satu masalah
serupa pada masa lampau.

• Pengkhususan boleh didefinisi sebagai penelitian satu contoh konkrit tentang


satu masalah abstrak, manakala penakulan generalisasi melibatkan
penfokusan terhadap aspek umum tertentu pada banyak contoh, dan
menghindarkan aspek-aspek lain.

• Mengambil kira kes-kes ekstrem adalah satu pendekatan heuristik yang selalu
digunakan untuk penyelesaian masalah matematikal dan bukan matematikal.

• Dalam sesetengah kes penyelesaian masalah, cara terbaik adalah dengan


menggabungkan pelbagai strategi daripada menggunakan hanya satu
pendekatan sahaja.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 STRATEGI-STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH W 165

Analisis cara akhir Mendaki bukit


Bergerak ke belakang Pembahagian masalah
Generalisasi Pengkhususan
Kes-kes ekstrem Rantaian hadapan
Konsep Sub-masalah
Masalah analogi

1. Bincangkan pelbagai konsep yang boleh digunakan dalam penyelesaian


masalah.
2. Bincangkan kebaikan dan kelemahan strategi-strategi penyelesaian berikut:
(a) Pemecahan
(b) Bekerja ke belakang
(c) Mendaki bukit
(d) Analisis cara akhir
(e) Rantaian hadapan
3. 9. Bincangkan penggunaan pelbagai strategi dengan menggunakan satu
contoh.

Anderson, J. R. (1990). Cognitive psychology and its implications (3rd ed.).


New York: Freeman.

Anderson, J. R. (1993). Problem solving and learning. American Psychologist,


48: 35-44.

Bransford, J. D., & Stein, B. S. (1984). The ideal problem solver: A guider for
improving thinking, learning and creativity. New York: Freeman.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


166 X TOPIK 7 STRATEGI-STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH

Hayes, J. R. (1981). The complete problem solver. Philadelphia: Franklin


Institute Press.

Kerber, M. (2004). Introduction to AI. Retrieved December, 2011, from


http://www.cs.bham.ac.uk/~mmk/ Teaching/AI12.html

Larkin, J. H., McDermott, J., Simon, D. P., & Simon, H. A. (1980a). Expert and
novice performance in solving physics problems. Science, 208: 1335-1342.

Larkin, J. H., McDermott, J., Simon, D. P., & Simon, H. A. (1980b). Modes of
competence in solving physics problems. Cognitive Science, 4: 317-345.

Mason, J., Burton, L., & Stacey, K. (1985). Thingking mathematically. Menlo
Park, CA: Addison-Wesley Publishers.

Newell, A., & Simon, H. A. (1972). Human problem solving. Eaglewood Cliffs,
NJ: Prentice Hall.

Polya, G. (1954). Mathematics and plausible reasoning (vol. 1): Introduction


and analogy in mathematics. Princeton, NJ: Princeton University Press.

Polya, G. (1957). How to solve it: A new aspect of mathematical method.


Garden City, NY: Dobleday.

Poundstone, W. (1990). Labyrinths of reason. New York: Dobleday.

Simon, D. P., & Simon, H. A. (1978). The role of extreme case reasoning in
instruction for conceptual change. The Journal of the Learning Sciences.
6(1): 61-89. Lawrence Erlbaum Associates, Inc.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik X Alat
8 Penyelesaian
Masalah
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyenarai alat paling umum yang digunakan dalam penyelesaian
masalah;
2. Menghurai percambahan minda, penanda aras, gambar rajah kesan
dan sebab, carta alir, analisis SWOT dan matriks senarai keutamaan
sebagai alat penyelesaian masalah;
3. Menentukan bila dan bagaimana setiap alat penyelesaian masalah
digunakan; dan
4. Mengaplikasi alat bersesuaian secara berkesan pada masalah yang
anda hadapi.

X PENGENALAN
Selamat datang ke Topik 8. Topik ini berkisar kepada alat penyelesaian masalah di
mana kita akan melihat pelbagai alat yang selalu digunakan dalam penyelesaian
masalah. Alat-alat ini akan membantu anda dalam memahami situasi yang rumit
dan sukar. Tanpa alat-alat ini, sesetengah masalah akan menjadi kompleks. Jika
digunakan dengan betul, alat-alat ini boleh membantu anda dalam memecahkan
masalah kepada komponen-komponen yang boleh dikendali, dan ini seterusnya
dapat membantu dalam pembinaan penyelesaian.

Terdapat enam alat utama penyelesaian masalah yang anda akan pelajari sebentar
lagi. Kita akan mulakan dengan peralatan umum yang paling mudah iaitu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


168 X TOPIK 8 ALAT PENYELESAIAN MASALAH

percambahan minda. Ini diikuti oleh alat yang lebih kompleks iaitu penanda aras,
gambar rajah sebab dan kesan, carta alir, analisis SWOT, dan matriks keutamaan.

Setiap alat ini secara umumnya akan diterangkan dari segi definisi, dan bagaimana
menggunakannya. Sudahkah anda bersedia untuk mempelajari keenam-enam alat
ini? Mari kita mulakan!

8.1 PERCAMBAHAN MINDA


Kita mulakan topik ini dengan percambahan minda. Pertama sekali, mari kita
pelajari apakah itu percambahan minda?

Percambahan minda adalah satu teknik yang membantu satu kumpulan


menjana sebanyak mungkin idea dalam masa yang singkat.

(a) Apakah percambahan minda?


Sedarkah anda bahawa kita sebenarnya menggunakan percambahan minda
dalam cara yang tidak formal dalam banyak situasi kehidupan harian.
Katakan anda bersama sekumpulan rakan cuba membuat keputusan hendak
makan di mana. Anda mungkin terlibat dalam bentuk percambahan minda
paling asas iaitu semua orang memberi cadangan hendak makan di mana
dan yang mana kebanyakan rakan anda setuju, itulah yang dipilih.

Percambahan minda boleh dimulakan oleh sesi „mencambah‰ dengan


perkataan-perkataan terpilih secara rawak. Perkataan ini bertindak sebagai
pemangkin bagi menjana idea.

Memandangkan idea di sebalik percambahan minda ialah membuka satu


kemungkinan tak dijangka bersifat pelbagai dan menghapuskan prekonsepsi
yang mungkin dikaitkan dengan masalah, adalah penting tiada kritikan idea
semasa percambahan minda. Idea-idea sepatutnya dianalisis dengan kritikal
untuk membuang kemungkinan yang kurang berkesan atau praktikal hanya
selepas sesi percambahan minda itu selesai.
(b) Siapa menggunanya?
Tahukah anda siapa yang menggunakan teknik ini? Sesiapa sahaja patut
dijemput bersama menyertai sesi percambahan minda. Umumnya, terdapat
had praktikal bagi siapa yang sepatutnya menyertai tetapi dengan alat yang
betul (hardware), beratus orang boleh terlibat (seperti sesi atas talian). Lebih
ramai yang terlibat, lebih lama idea terkumpul, dan ini kadang kala
menyebabkan lebih sukar untuk menentukan satu idea yang terbaik.
Namun, ada kebaikannya jika ramai yang terlibat dalam sesi percambahan
minda, iaitu terjelmanya idea-idea baru dan radikal. Jika anda menjemput

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 ALAT PENYELESAIAN MASALAH W 169

orang dengan perspektif yang berbeza, anda berkemungkinan dapat melihat


lebih penjanaan idea inovatif oleh kumpulan itu.
(c) Bagaimana menggunanya?
Bagaimanakah caranya untuk kita menggunakan percambahan minda ini?
Percambahan minda boleh dilaksanakan dengan mengikuti enam langkah
berikut:
(i) Definisikan dan bersetuju dengan objektif. Jelaskan kepada ahli apa
tujuan sesi percambahan minda ini dilakukan.
(ii) Jelaskan kaedah yang akan digunakan. Beritahu ahli-ahli yang anda
terbuka pada apa jua idea dan pandangan lain supaya ahli-ahli boleh
meluahkan banyak idea kreatif.
(iii) Berikan masa untuk merujuk kembali tujuan sesi itu. Minta ahli-ahli
memikirkan tentang objektif yang dicadang atau topik dalam satu
jangka masa yang ditetapkan.
(iv) Jana idea. Inilah bahagian sesi percambahan minda yang sebenarnya.
Ahli-ahli kumpulan akan mencadang idea dan penyelesaian, manakala
anda mencatitnya di atas carta flip (flip chart).
(v) Bincangkan idea-idea. Apabila senarai sudah lengkap, berbincanglah
dengan ahli-ahli untuk:
• Menjelaskan maksud sesetengah idea,
• Menggabungkan idea-idea yang mengandungi maksud yang sama,
dan
• Membuang idea yang keluar dari topik.
(vi) Akhir sekali, capai persetujuan. Semasa anda berbincang dengan yang
lain di dalam kumpulan, akan ada yang bercanggah pendapat tentang
idea dan pendapat yang diberikan. Walau bagaimanapun, pastikan
kumpulan bersetuju dengan idea yang diterima daripada sesi
percambahan minda. Benarkan diri anda mengambil masa selama lima
hingga 15 minit untuk mencapai kata sepakat. Akhir sekali, anda dan
ahli-ahli lain perlu sedar bahawa idea yang dipersetujui ramai adalah
penyelesaian terbaik bagi masalah tersebut.

Selain itu, bagi memastikan percambahan minda sebagai teknik yang


berguna dan berkesan ketika digunakan, anda perlulah mematuhi beberapa
garis panduan.Terdapat lima garis panduan yang boleh diikuti, seperti
berikut:
(i) Seorang ketua perlu dicalonkan bagi mengawal sesi percambahan
minda. Beliau perlu mendefinisi masalah, menetapkan kriteria dan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


170 X TOPIK 8 ALAT PENYELESAIAN MASALAH

memantau sesi itu. Beliau juga perlu bertindak sebagai pemangkin


untuk memulakan perbincangan dan menggalakkan penyertaan aktif
daripada semua yang terlibat. Sebaik mungkin, beliau tidak perlu
memberikan ideanya sendiri kerana ini mungkin akan menyekat
peluang orang lain memberi idea.
(ii) Sebarang sesi percambahan minda perlu melibatkan individu daripada
pelbagai bidang dan kepakaran agar keputusan yang dibuat
mengambil kira sudut dan pandangan daripada pelbagai aspek dan
bidang.
(iii) Elemen gembira atau lucu boleh dimasukkan ke dalam latihan
percambahan minda. Ini dilakukan dengan cara menggalakkan
kreativiti seperti membenarkan penjanaan idea-idea yang tidak
praktikal. Anda perlu ingat bahawa tiada isu „idea bodoh‰ dalam sesi
percambahan minda. Walau bagaimanapun, ketua perlu memastikan
ahli berada dalam perspektif dan had yang munasabah. Misalnya, jika
sekumpulan ahli perancang bandar duduk bersama memikirkan
masalah sampah berlebihan, menghantar sampah ke Marikh bukannya
satu idea yang munasabah.
(iv) Sebagaimana dinyatakan tadi, pentingnya tiada kritikan atau penilaian
idea semasa sesi dijalankan kerana ini mungkin menghadkan kreativiti.
(v) Sesi sepatutnya direkod untuk penilaian pada masa hadapan. Ini boleh
dilakukan dengan mencatat nota tetapi yang adalah lebih ideal
merekod secara audio atau video untuk menonjolkan atmosfera
kreativiti dan individu yang paling kreatif.

Akhir sekali, tahukah anda bahawa latihan percambahan minda boleh


dilaksanakan oleh individu secara berasingan, dalam kumpulan, atau
gabungan kedua-duanya? Ini adalah kerana percambahan minda secara
individu mungkin boleh menghasilkan lebih kepelbagaian dalam idea tetapi
pembinaan idea itu tidak dilakukan dengan baik.
(d) Percambahan minda individu dan kumpulan
Sebaliknya, percambahan minda secara berkumpulan pula mungkin kurang
menjana idea tetapi cenderung untuk membina idea yang lebih mendalam.
Selain itu, tahap kreativiti dan pengetahuan antara ahli kumpulan cenderung
membenarkan lebih penerokaan terhadap apa jua idea. Walau
bagaimanapun, terdapat satu masalah dengan percambahan minda secara
berkumpulan iaitu individu yang amat kreatif tetapi tidak suka bercakap
atau malu bercakap cenderung untuk kurang menyumbang. Ini merupakan
satu kerugian daripada segi sumbangan idea yang bernas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 ALAT PENYELESAIAN MASALAH W 171

AKTIVITI 8.1

Dalam sesi percambahan minda, selalu terdapat kecenderungan untuk


mengenepikan idea-idea yang nampak seolah-seolah tidak/kurang
bagus, walau pun terdapat usaha untuk tidak melakukannya.

Fikirkan peraturan yang anda boleh pakai untuk menggalakkan


perkara seperti ini tidak berlaku semasa sesi percambahan minda
(misalnya, „idea-stopper‰ perlu tinggal lebih lama untuk membersih
bilik selepas sesi dibuat). Anda mungkin mahu percambahan minda
idea tentang hal ini.

8.2 PENANDA ARAS


Sekarang kita beralih pula ke penanda aras. Sebelum kita pergi lebih jauh, pertama
sekali tahukah anda apakah maksud penanda aras?
(a) Apa dia penanda aras?
Penanda aras adalah proses mengukur dan membanding proses-proses
dalaman organisasi dengan proses-proses dalaman organisasi lain yang
mempunyai amalan terbaik untuk mengkaji cara memperbaiki proses-proses
tersebut.

Selain itu, ia merupakan satu teknik yang digunakan untuk membina idea-
idea baru bagi penambahbaikan dengan cara menentukan, memahami dan
mengadaptasi proses-proses terpilih.
(b) Siapa penggunanya?
Siapakah yang menggunakan teknik ini? Mana-mana pihak yang
mempunyai minat tersendiri boleh menggunakannya. Namun perlu diingat
bahawa anda perlu melibatkan individu yang berpengetahuan dalam proses-
proses yang sedang dianalisis kerana penglibatan mereka adalah penting
dan amat diperlukan.
(c) Bagaimana menggunanya?
Bagaimanakah pula cara menggunakannya? Terdapat lapan cara untuk kita
menggunakan teknik penanda aras, seperti berikut:
(i) Pilih sebuah organisasi yang anda hendak buat sebagai penanda aras.
(ii) Hubungi organisasi yang hendak ditanda aras bagi menjelaskan
keinginan anda.
(iii) Jika boleh, lawati organisasi itu untuk mengumpul data:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


172 X TOPIK 8 ALAT PENYELESAIAN MASALAH

• Fikirkan maklumat apa yang anda ingin kumpulkan.


• Hantar soalan-soalan ke organisasi yang hendak dilawati terlebih
dahulu supaya mereka boleh bersedia dengan lawatan anda.
(iv) Pastikan agenda lawatan anda sudah sedia dan lengkap.
(v) Tentukan mesyuarat, dan kemudian lawati organisasi yang hendak
ditanda aras dan kumpulkan jawapan kepada persoalan anda.
(vi) Perkongsian maklumat seharusnya wujud secara bersama, dan anda
sepatutnya bersetuju menyediakan data yang boleh dibanding tentang
organisasi anda sendiri dengan organisasi yang ditanda aras.
(vii) Analisis perbezaan dalam proses-proses antara organisasi anda dan
organisasi yang ditanda aras.
(viii) Bentangkan hasil penemuan kepada ahli kumpulan, kemudian
tentukan sasaran baru dan guna hasil dalam proses penambahbaikan
tersebut.

8.3 GAMBAR RAJAH SEBAB DAN KESAN


Alat penyelesaian ketiga yang akan anda pelajari ialah gambar rajah sebab dan
kesan. Pertama sekali, tahukah anda apakah maksud gambar rajah sebab dan
kesan ini?
(a) Apakah dia gambar rajah sebab dan kesan?
Gambar rajah kesan dan sebab merupakan teknik yang menggabungkan
percambahan minda dengan kegunaan satu peta konsep.

Ia berguna dalam membantu kita mengambil kira kesemua sebab masalah


lebih jauh dari apa yang boleh kita bayangkan pada mulanya. Terdapat
beberapa gambar rajah alternatif berkaitan tentang sebab dan kesan yang
termasuklah gambar rajah ikan atau tulang ikan dan gambar rajah ishikawa.
Anda boleh merujuk Rajah 8.1 dan Rajah 8.2 yang menunjukkan gambar
rajah tulang ikan dan contohnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 ALAT PENYELESAIAN MASALAH W 173

Rajah 8.1: Komponen utama gambar rajah tulang ikan

Rajah 8.2: Satu contoh gambar rajah tulang ikan yang kompleks

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


174 X TOPIK 8 ALAT PENYELESAIAN MASALAH

Berdasarkan dua rajah tadi, cuba anda perhatikan jumlah sebab atau faktor
yang boleh terkandung dalam sesuatu gambar rajah? Bagaimanakah gambar
rajah ini boleh membantu dalam mengenal pasti sebab sesuatu masalah?
Cuba anda fikirkan.
(b) Bagaimana menggunakan alat ini?
Bagaimanakah pula caranya untuk kita menggunakan alat ini? Anda boleh
mengikuti lima langkah berikut untuk membina dan menggunakan gambar
rajah sebab dan kesan. Kita akan merujuk Rajah 8.2 sebagai contoh untuk
menggambarkan bagaimana gambar rajah tulang ikan dibuat berdasarkan
lima langkah ini:
(i) Kenal pasti masalah:
Pada sebelah kiri kertas, tulis masalah dan kemudian lukis satu garisan
secara mendatar merentas kertas bermula daripada masalah.
(ii) Fikirkan faktor-faktor utama yang terlibat:
Lukis garisan-garisan berlabel daripada tengah garisan yang dilukis di
atas bagi mewakili setiap faktor yang menyumbang kepada masalah.
Teroka semua faktor terlibat sehingga semua telah termasuk. Faktor-
faktor yang diambil kira mungkin merangkumi keterlibatan orang,
sistem, alat, bahan dan sebagainya.
(iii) Kenal pasti sebab-sebab yang mungkin:
Ambil kira faktor yang mungkin berkaitan dengan sebab masalah yang
anda telah kenal pasti di atas. Lukiskan ini dengan garisan mendatar
lebih kecil dari garisan yang dilukis pada bahagian (ii) di atas.
(iv) Analisis gambar rajah anda:
Teroka setiap faktor dengan lebih mendalam. Siasat sama ada penilaian
anda adalah betul dan sama ada anda perlukan pencarian lebih lanjut
tentang sebab-sebab masalah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 ALAT PENYELESAIAN MASALAH W 175

SEMAK KENDIRI 8.1

Masalah: Lebih ramai pelajar sekolah pergi ke kafe siber selepas


sekolah

Gunakan diagram tulang ikan untuk mengenal pasti punca sebab-


sebab masalah. Faktor penyebab dikategorikan kepada 4M
(Manpower, Machines, Methods, Materials). Kategori utama lain yang
selalu digunakan ialah:
(a) 4P (Place, Procedure, People, Policies)
(b) 4S (Surrounding, Suppliers, Systems, Skills)

Anda boleh menggunakan satu daripada kategori di atas, gabungan


apa jua cara atau kaedah sendiri. Kategori-kategori ini bukanlah
acuan di dalam batu (cast in stone); ia adalah untuk membantu anda
mengorganisasikan idea anda dengan lebih tersusun.

8.4 CARTA ALIR


Alat penyelesaian masalah keempat yang akan diperkenalkan kepada anda ialah
carta alir. Pertama sekali, anda perlu mengetahui apakah yang dimaksudkan
dengan carta alir. Tahukah anda apakah maksudnya?
(a) Apa dia carta alir?
Carta alir ialah satu bentuk gambar rajah sistem yang dipermudahkan untuk
mempamerkan bagaimana langkah-langkah dalam satu proses berkaitan
antara satu sama lain.

Carta alir merupakan satu alat yang berguna dalam penyelesaian masalah
kerana ia membantu kita mendefinisi dan menganalisis masalah. Selain itu,
ia juga dapat memberi gambaran langkah demi langkah yang jelas tentang
potensi sebab-sebab masalah. Pendekatan langkah demi langkah ini
membenarkan kita mereka bentuk penyelesaian bagi bidang-bidang spesifik
yang memerlukan penambahbaikan.
(b) Bagaimana menggunakannya?
Apakah komponen-komponen dalam carta alir? Berikut adalah komponen-
komponen yang terlibat dalam carta alir:
(i) Simbol-simbol yang dikaitkan dengan anak panah mewakili langkah-
langkah proses dan hubungan mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


176 X TOPIK 8 ALAT PENYELESAIAN MASALAH

(ii) Tiga simbol utama digunakan dalam melukis carta alir.


• Bulatan memanjang digunakan bagi mewakili permulaan atau
tamatnya sesuatu proses;
• Segi empat bagi menunjukkan arahan atau tindakan; dan
• Tiga segi mewakili keputusan (lihat Rajah 8.3 dan Rajah 8.4).

Terdapat banyak lagi simbol yang boleh digunakan di dalam carta alir.
Anda boleh mencari apakah simbol-simbol tersebut di Internet.

(iii) Setiap simbol dilabel bagi menunjukkan apa yang diwakilinya dan
semua adalah berkait antara satu sama lain dengan anak panah bagi
menunjukkan kemajuan proses.

Rajah 8.3: Bahagian komponen satu carta alir biasa

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 ALAT PENYELESAIAN MASALAH W 177

Rajah 8.4: Satu carta alir mudah menunjukkan satu proses dan mengenal pasti
bagaimana ia meneruskan/maju

(c) Melukis carta alir


Jadi, bagaimanakah caranya melukis carta alir menggunakan komponen-
komponen yang telah dibincangkan tadi? Terdapat lima langkah dalam
melukis carta alir. Lima langkah tersebut ialah:
(i) Mula dengan menyenaraikan semua tugasan berhubung dengan
proses yang anda kaji;
(ii) Lukis dan labelkan 'MULA' di carta alir (di dalam bulatan memanjang);

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


178 X TOPIK 8 ALAT PENYELESAIAN MASALAH

(iii) Teruskan membina carta alir dengan melukis tindakan dan keputusan
yang bersesuaian dalam turutan supaya semua ini dapat dihubungkan
dengan anak panah. Jangan lupa menggunakan simbol yang betul bagi
setiap tugasan.
(iv) Teruskan membuat carta alir sehingga anda sampai ke tamat. Label
tugasan akhir sebagai 'TAMAT' (di dalam bulatan memanjang, sama
seperti Langkah ii); dan
(v) Cuba sedaya upaya memadankan setiap proses di atas pada SEHELAI
kertas sahaja. Jika proses anda terlalu rumit untuk dilukis, cuba lihat
semula. Sekiranya carta alir tersebut perlu diteruskan melangkaui
keluasan sehelai kertas, anda perlu menggunakan simbol dikenali
sebagai 'penyambung'. Penyambung ini adalah berbentuk bulatan
nombor dan ianya digunakan untuk menghubungkan carta alir yang
berasingan.

Cuba anda perhatikan kegunaan bentuk-bentuk yang telah diterangkan tadi dan
bagaimana ia digunakan dalam Rajah 8.4. Adakah anda rasa mudah atau tidak?
Mari kita cuba dengan membuat semak kendiri berikut.

SEMAK KENDIRI 8.2


Proses: Bagaimana hendak membuat tiga cawan kopi yang berbeza:
(a) Tiada susu atau gula;
(b) Mengandungi susu atau gula; dan
(c) Mengandungi susu tetapi tiada gula.

Cuba anda lukis satu carta alir bagi proses di atas.

8.5 ANALISIS SWOT


Sekarang kita beralih pula ke analisis SWOT. Seperti biasa, anda perlu mengetahui
apakah itu yang dimaksudkan SWOT. Tahukah anda apakah maksudnya?
(a) Apa dia SWOT?
SWOT ialah singkatan bagi KEKUATAN (STRENGTH), KELEMAHAN
(WEAKNESSES), PELUANG (OPPORTUNITIES) dan ANCAMAN
(TREATS). SWOT merupakan satu teknik yang selalu digunakan dalam
konteks perniagaan bagi membolehkan organisasi mengenal pasti bidangnya
dalam sesuatu pasaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 ALAT PENYELESAIAN MASALAH W 179

Selain itu, ia juga boleh digunakan secara peribadi untuk memahami cara
terbaik bagi anda mengambil kesempatan terhadap kebolehan
dan kelebihan anda sendiri untuk berjaya.

Analisis SWOT juga membolehkan anda membuka peluang yang mungkin


anda sendiri tidak sedar selain membantu anda bersedia untuk menghadapi
ancaman atau bahaya yang akan datang.

Bilakah masanya analisis SWOT boleh digunakan? Analisis SWOT boleh


digunakan dalam banyak konteks berbeza. Konteks yang paling berkesan
adalah apabila digunakan sebagai alat dalam situasi di mana terdapatnya
persaingan daripada orang lain. Ini merangkumi bukan sahaja persekitaran
perniagaan tetapi juga aktiviti-aktiviti lain seperti sukan (terutamanya sukan
berpasukan seperti bolasepak). Anda boleh melihat Rajah 8.5 bagi
memahami bagaimana analisis SWOT dilakukan.

Rajah 8.5: Ilustrasi analisis SWOT (analisis menyeluruh tentang keseluruhan situasi)

(b) Bagaimana menggunakannya?


Akhir sekali, bagaimanakah caranya menggunakan SWOT? Berdasarkan
Rajah 8.5, anda dapat membuat:
(i) Analisis Dalaman: Kaji kekuatan dan kelemahan organisasi anda, dan
nilaikan keupayaan organisasi anda.
(ii) Analisis Luaran: Daripada fakta utama dalam analisis persekitaran,
kenal pasti peluang dan ancaman yang terbuka bagi organisasi anda.
Maklumat tambahan boleh didapati daripada pengguna atau
pelanggan anda dengan cara tinjauan atau menggunakan „lembaran
catatan‰ (tally sheet).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


180 X TOPIK 8 ALAT PENYELESAIAN MASALAH

(iii) Tentukan sama ada data yang terkumpul merangkumi peluang luaran
atau ancaman.
(iv) Melalui maklumat yang dikumpul dalam Langkah i dan ii, bentangkan
data dalam bentuk jadual.
(v) Maklumat dalam bentuk jadual ini boleh digunakan untuk membina
strategi yang dapat:
• memaksimumkan kekuatan dan peluang organisasi anda;
• mengurangkan kelemahan; dan
• meminimumkan ancaman yang dihadapi supaya objektif
organisasi boleh tercapai.

AKTIVITI 8.2

Cari maklumat lanjut tentang analisis SWOT dari laman sesawang


berikut dan bincangkan dengan rakan anda manakah yang lebih
bagus penerangannya:
1. http://www.quickmba.com/strategy/swot/
2. http://www.mindtools.com/pages/article/newTMC_05.htm

8.6 MATRIKS KEUTAMAAN


Akhir sekali, mari kita lihat alat penyelesaian terakhir yang akan kita pelajari iaitu
matriks keutamaan. Sebelum kita pergi jauh, adakah anda tahu apa maksudnya?
(a) Apa dia matriks keutamaan?
Matriks keutamaan ialah satu alat yang berguna untuk mencapai
persetujuan dalam satu kumpulan bagi penyelesaian masalah atau
pembuatan keputusan.

Ia membenarkan anda menyusun isu-isu berdasarkan skor dalam kriteria


tertentu yang mengikut kepentingan anda atau pasukan anda. Ini
membuatkannya menjadi alat yang berguna bagi masalah mengikut
keutamaan.
(b) Bagaimana menggunakannya?
Bagaimanakah cara untuk kita menggunakannya? Terdapat lima langkah
dalam matriks keutamaan yang perlu anda ikuti. Lima langkah tersebut
ialah:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 ALAT PENYELESAIAN MASALAH W 181

(i) Jalankan satu sesi percambahan minda dan penuhkan matriks


keutamaannya.
(ii) Di dalam lajur pertama, tuliskan masalah yang dinyatakan dalam sesi
percambahan minda itu.
(iii) Di dalam lajur kedua hingga keempat, definisikan kriteria anda.
Contoh kriteria biasa ialah:
• Kekerapan: Berapa kerap masalah timbul?
• Kepentingan: Masalah mana yang paling penting berdasarkan pada
kriteria terpilih?
• Boleh dilaksanakan: Sejauh mana usaha menyelesaikan masalah
terpilih adalah praktikal dan realistik?
(iv) Anda boleh membina apa jua kriteria yang anda rasa penting bagi
masalah anda. Kriteria lain termasuklah kos, nilai, keselamatan, masa
dan tempoh.
(v) Selepas sahaja anda habis mendefinisikan kriteria, biarkan individu
yang menyertai dalam pembinaan penyelesaian mengundi. Setiap
orang boleh mengundi setiap kriteria (selalunya sebanyak tiga kali).
Jumlah undi ini membolehkan anda menyusun masalah anda
mengikut keutamaannya.

Jadual 8.1 menunjukkan satu contoh matriks keutamaan yang dibina oleh
sekumpulan individu. Ia adalah untuk mendapatkan kata sepakat tentang
bagaimana mengendalikan masalah umum yang dihadapi oleh sebuah organisasi
hospital tertentu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


182 X TOPIK 8 ALAT PENYELESAIAN MASALAH

Jadual 8.1: Menyusun Keutamaan Masalah Menggunakan Matriks Keutamaan


Boleh Jumlah
Masalah Kekerapan Kepentingan
Dilaksanakan Markah
Tiada temujanji waktu
5 0 0 5
tenghari
Lewat mendaftar 6 1 5 12
Analisis makmal tidak
9 11 6 26
lengkap
Jagaan pergigian tidak
10 12 8 30
cukup
Doktor tidak mencukupi 6 0 5 11
Tidak cukup bahan
3 0 0 3
makmal
Ambulans rosak 0 3 0 3
Pengasingan pesakit 7 12 11 30
Masa menunggu lama 7 14 15 36
Pesakit tidak
4 6 10 20
menghormati staf

Akhir kata, anda boleh meneroka Internet untuk mengetahui apakah alat-alat
penyelesaian masalah yang lain. Antara alat menarik yang mungkin menarik
perhatian anda ialah:
(a) Penghargaan (maklumat lanjut di laman
http://www.mindtools.com/pages/article/newTMC_01.htm);
(b) „Drill Down‰ (maklumat lanjut di laman
http://www.mindtools.com/pages/article/newTMC_02.htm); dan
(c) Gambar rajah sistem (maklumat lanjut di laman
http://www.mindtools.com/pages/article/newTMC_04.htm).

Sebagai penutup, berikut adalah garis panduan asas yang boleh anda ikuti bagi
mencari penyelesaian terhadap sesuatu masalah:
• Jika masalah yang ingin anda selesaikan sudah pun diselesaikan orang lain,
pelajarilah terlebih dahulu penyelesaian tersebut, walau pun anda ingin
memperbaikinya.
• Mula dengan menyelesaikan versi termudah bagi masalah tersebut.
• Bina penyelesaian anda secara meningkat.
• Elakkan dari menfokus pada satu penyelesaian.
• Elakkan tanggapan tersembunyi.
• Bersabar dan tekun.
• Jangan mengharap untuk menjumpai jawapan yang tekal.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 ALAT PENYELESAIAN MASALAH W 183

AKTIVITI 8.3
Bina satu matriks keutamaan dengan rakan sekelas, rakan sekerja
atau keluarga anda. Apakah isu semasa yang paling penting pada
anda dan rakan sekelas/sekerja anda? Pilih apa sahaja isu yang
menarik perhatian anda (isu kontemporari dan terkini adalah satu
pilihan menarik; cuba cari dalam suratkhabar isu-isu atau masalah
yang anda fikirkan perlu diberi perhatian). Kendalikan isu pilihan
tersebut melalui satu matriks keutamaan. Adakah anda akan
mendapat hasil yang menarik dan tidak terjangka?

• Alat-alat penyelesaian masalah merangkumi teknik-teknik mudah dan biasa


digunakan seperti gambar rajah alir ke teknik khusus seperti analisis SWOT.

• Alat ini digunakan bagi mengendali analisis terperinci terhadap masalah


untuk membantu anda melihat banyak faktor dalam cara berstruktur dan
bermetodologi.

• Alat penyelesaian masalah boleh dibahagikan kepada dua kategori. Set


pertama mengandungi alat umum yang boleh digunakan untuk menyelesai
apa jua situasi. Ini merangkumi: percambahan minda, penanda aras, gambar
rajah kesan dan sebab; dan carta alir.

• Set kedua diaplikasikan pada situasi khusus. Ini termasuklah analisis SWOT;
meramal dengan spreadsheet; analisis risiko.

• Percambahan minda adalah satu kaedah untuk membina penyelesaian kreatif


bagi masalah dengan memikirkan sebanyak mungkin penyelesaian dan
dengan menekankan idea sejauh mungkin.

• Penanda aras ialah satu tenik di mana anda membandingkan proses-proses


satu organisasi dengan organisasi serupa untuk mengkaji cara bagi
memperbaiki proses-proses itu.

• Gambar rajah sebab dan kesan membantu anda memikirkan melalui sebab-
sebab masalah dengan teliti. Pendekatan ini menggabungkan percambahan
minda dengan penggunaan peta konsep. Gambar rajah sebab dan kesan juga
dikenali sebagai gambar rajah tulang ikan dan gambar rajah Ishikawa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


184 X TOPIK 8 ALAT PENYELESAIAN MASALAH

• Carta alir ialah gambar rajah menunjukkan bagaimana langkah-langkah dalam


satu proses sepadan bersama. Ini membuatkannya menjadi alat yang berguna
bagi menunjukkan bagaimana proses-proses dijalankan. Ia juga dapat
mendokumentasikan secara jelas bagaimana sesuatu kerja itu dilakukan.

• Analisis SWOT ialah satu teknik yang berkesan bagi memahami kekuatan
(strength) dan kelemahan (weakness), dan juga mencari peluang (opportunity)
dan ancaman (treat).

• Matriks keutamaan ialah satu teknik yang berguna di mana anda boleh
menggunakannya dengan ahli pasukan lain untuk mencapai persetujuan
tentang sesuatu isu. Matriks membantu anda menyusun masalah atau isu
(selalunya dijana melalui percambahan minda) dengan kriteria tertentu yang
penting pada anda.

Alat penyelesaian masalah Matriks keutamaan


Analisis SWOT Penanda aras
Carta alir Percambahan minda
Gambar rajah sebab dan kesan

1. Alat-alat penyelesaian masalah boleh dibahagikan kepada dua kategori.


Apakah DUA kategori ini? Berikan contoh alat dalam setiap kategori ini.
2. Sebelum menyelesaikan masalah dan sebelum memilih alat paling sesuai
untuk menyelesaikan masalah, anda terlebih dahulu perlu merancang
penyelesaian. Apakah kepentingan merancang proses penyelesaian
masalah?
3. Apakah maksud percambahan minda dan berapa kerap ia digunakan?
4. Bagi memastikan kejayaan percambahan minda, terdapat beberapa
peraturan yang perlu diikuti. Apakah peraturan-peraturan tersebut?
5. Gambar rajah sebab dan kesan membantu anda memikirkan tentang sebab-
sebab masalah secara teliti. Pendekatan ini menggabungkan percambahan
minda dengan kegunaan peta konsep. Kebaikan utamanya ialah ia
membuatkan anda memikirkan semua sebab masalah, daripada hanya

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 ALAT PENYELESAIAN MASALAH W 185

menfokus pada yang ketara sahaja. Ini dikenali sebagai gambar rajah
tulang ikan dan gambar rajah Ishikawa. Bagaimanakah gambar rajah-
gambar rajah ini dibina? Huraikan dengan ringkas langkah-langkah yang
terlibat dan lukis satu gambar rajah bagi menggambarkannya.
6. Apakah maksud carta alir? Bolehkah anda bina satu carta alir mudah untuk
menunjukkan sesuatu proses asas pilihan anda?
7. Apakah maksud analisis SWOT?
8. Matriks keutamaan ialah satu teknik yang berguna untuk anda gunakan
bersama ahli pasukan bagi mencapai persetujuan tentang sesuatu isu.
Bagaimanakah caranya anda menyusun keutamaan isu-isu yang perlu
diberi perhatian?

DeBono, E. (1992). Serious creativity. New York:Harper Business.

Harris, R.(1998). Introduction to problem solving. Retrieved December 2, 2011,


from http://www.virtualsalt.com/crebook3.htm.

MindTools.com. (2010). Problem solving techniques. Retrieved December 2, 2011,


from http://www.mindtools.com/pages/main/newMN_TMC.htm.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik X Pembuatan
9 Keputusan

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisikan pembuatan keputusan;
2. Menyenaraikan jenis-jenis keputusan yang berbeza dan faktor-
faktor yang mempengaruhi proses pembuatan keputusan;
3. Memperihalkan Empat Kuadran Teori Otak dan bagaimana ia
berkait dengan kebolehan kita untuk membuat keputusan;
4. Menjelaskan pusingan pembuatan keputusan yang berpandukan
bukti; dan
5. Menjelaskan pendekatan-pendekatan berbeza dalam pembuatan
keputusan.

X PENGENALAN
„Tiada yang lebih sukar, dan oleh itu lebih berharga daripada kebolehan
untuk membuat keputusan‰ („Nothing is more difficult, and therefore more
precious, than to be able to decide‰).
(Napoleon)

Pembuatan keputusan yang baik adalah kemahiran penting untuk kejayaan


peribadi dan kerjaya dan ia juga penting khusus untuk kepimpinan yang
berkesan. Kita diperlukan untuk membuat keputusan setiap hari dan jika kita
boleh belajar untuk membuat keputusan yang dipertimbangkan dan tepat pada
masanya, maka kita boleh membawa diri atau pasukan kita kepada kejayaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN W 187

Namun, jika kita membuat keputusan-keputusan yang tidak baik, kita sudah
pasti menghadapi risiko kegagalan.
Topik ini memperkenalkan kita kepada proses pembuatan keputusan serta
membantu kita mengembangkan pemahaman mendalam mengenai apa yang
terlibat dalam pembuatan keputusan yang baik. Dengan menggabungkan
teknik-teknik berkesan dan pengetahuan yang relevan, kita boleh menjadi
pembuat keputusan yang berkesan.

Anda juga akan diperkenalkan dengan konsep aliran keputusan, juga peranan
risiko. Perbincangan kita akan diakhiri dengan Topik 10 yang akan
memperkenalkan beberapa alat pembuatan keputusan.

9.1 APA ITU PEMBUATAN KEPUTUSAN?


Satu keputusan biasanya didefinisikan sebagai:
(a) Tindakan atau proses memutuskan; menentukan, mengenai satu soalan
atau keraguan, dengan membuat pertimbangan; tindakan atau keperluan
untuk menetapkant pemikiran
(http://english.stackexchange.com)
(b) Sesuatu yang diputuskan, penyelesaian; pertimbangan, mengenai satu
keputusan yang dinyatakan oleh mahkamah; skor akhir dalam mana-mana
sukan atau pertandingan
(http://dictionary.reference.com)

Anda mungkin lihat bahawa kesemua definisi ini berkongsi bersama


pengakhiran peristiwa keputusan. Keputusan selalunya dibuat pada kemuncak
perdebatan, peristiwa, pertandingan dan sebagainya. Dalam konteks ini,
keputusan dibuat di akhir pusingan pembuatan keputusan. Jadi pembuatan
keputusan boleh dianggap sebagai aktiviti pembuatan keputusan yang
dihentikan apabila satu penyelesaian yang memuaskan hati ditemui.

Pembuatan keputusan logik adalah sebahagian daripada semua profesion sains


yang penting, iaitu pakar-pakar menggunakan pengetahuan mereka dalam
bidang-bidang tertentu untuk membuat keputusan yang bermaklumat.
Pembuatan keputusan perubatan, contohnya, sering melibatkan membuat
diagnosis dan memilih satu rawatan yang bersesuaian.

Dengan penerangan di atas, dua definisi piawai pembuatan keputusan boleh


diterima seperti berikut:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


188 X TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN

(a) Pembuatan keputusan adalah proses memilih apa hendak dilakukan


dengan mempertimbangkan kesan-kesan yang mungkin timbul mengenai
pilihan-pilihan yang berbeza.
(von Winterfeldt & Edwards, 1986; Beyth-Marom et al., 1991)

Apabila kita membuat keputusan, kita membuat pilihan sendiri daripada


satu set alternatif. Untuk membuat penilaian yang bermaklumat, kita ingin
mengenal pasti sebanyak mungkin alternatif ini dan mempertimbangkan
kesan-kesan yang mungkin, dan kemudian memilih satu yang terbaik yang
memenuhi matlamat, keinginan, gaya hidup, nilai dan sebagainya.
(b) Pembuatan keputusan adalah proses mengurangkan secukupnya
ketidaktentuan dan keraguan mengenai alternatif-alternatif untuk
membolehkan pilihan munasabah dibuat daripada kesemua alternatif
tersebut.
(Harris, R., 2009).

Dalam definisi ini, fokusnya adalah terhadap membuat pilihan berasaskan


pengurangan-risiko yang berkait dengan ketidaktentuan. Ia bermaksud
pengetahuan yang tidak lengkap mengenai isu-isu di sekeliling pilihan-
pilihan yang ada, dan pertimbangan adalah berdasarkan kepada berapa
banyak keraguan dan ketidaktentuan boleh dikurangkan.

9.2 JENIS-JENIS KEPUTUSAN


Keputusan-keputusan yang kita lakukan boleh dibahagikan kepada tiga jenis:
(a) Keputusan-keputusan „sama ada‰ adalah asas: keputusan ya/tidak, sama
ada/atau, dan bukan salah satu yang mesti dilakukan apabila kita
berhadapan dengan pilihan di antara dua alternatif. Ini termasuklah
keputusan-keputusan asas yang kita buat setiap hari seperti, „Patutkah
saya pergi menonton wayang?‰ atau „Patutkan saya beli kereta?‰
(b) Keputusan-keputusan „yang mana satu‰ adalah keputusan yang
melibatkan pilihan satu atau lebih daripada beberapa pilihan
kemungkinan.
(c) Keputusan-keputusan „kontingen‰ adalah keputusan yang mana
hasilnya bergantung kepada sesuatu keadaan dipenuhi atau sesuatu
kriteria dipenuhi. Apa-apa keputusan ditangguhkan sehingga suatu masa
adalah merupakan keputusan kontingen. Satu contoh yang baik adalah
keputusan anda untuk membeli kereta jika anda mendapat kenaikan gaji,
kenaikan pangkat atau bonus tahunan yang baik. Faktor-faktor

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN W 189

penyumbang seperti masa, harga, pendapat rakan-rakan dan keluarga,


boleh mempengaruhi hasil keputusan kontingen.

AKTIVITI 9.1

Anda adalah ketua eksekutif sebuah syarikat farmasi yang besar. Anda
telah melabur RM100 juta wang syarikat dalam projek penyelidikan
untuk mengembangkan vaksin anti-HIV. Apabila projek tersebut 90%
siap, syarikat lain mula memasarkan jenis vaksin yang sama yang
dibangunkan oleh syarikat anda. Di samping itu, vaksin daripada
syarikat pesaing adalah lebih berkesan dan lebih murah daripada
vaksin yang dibangunkan oleh syarikat anda.

Anda mesti memutuskan tindakan seterusnya, sama ada untuk


menyambung penyelidikan tersebut, mengalihkan dana kepada projek
lain, memulakan kempen pengiklanan, dsb.

Terangkan dalam kategori mana anda akan membuat keputusan:


keputusan sama ada, keputusan yang mana satu atau keputusan
kontingen.

9.3 PEMBUATAN KEPUTUSAN ADALAH


PROSES REKURSIF BERULANG-ALIK
Pembuatan keputusan adalah proses rekursif iaitu kita membuat keputusan-
keputusan dengan bergerak ke belakang dan ke depan antara alternatif-alternatif
yang kita ada yang ditentukan oleh kriteria tertentu. Ini bermaksud, selalunya
kita kembali semula ke permulaan untuk mempertimbangkan semula sesuatu
pilihan. Jadi, pembuatan keputusan bukan satu proses linear.

9.4 FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI


PROSES PEMBUATAN KEPUTUSAN
Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa proses pembuatan keputusan
adalah sangat dipengaruhi oleh gaya kognitif seseorang. Kajian-kajian juga
menunjukkan bukti mengenai perbezaan silang budaya dalam gaya pembuatan
keputusan. Terdapat beberapa versi alternatif mengenai model-model gaya
kognitif ini.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
190 X TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN

Bias juga mempengaruhi kebolehan kita untuk membuat keputusan. Bias-bias ini
sentiasa menyumbang terhadap proses pembuatan keputusan kita dan sering
mengherotkan proses pembuatan keputusan dan pertimbangan kita. Bias boleh
membawa kepada persepsi palsu dan pertimbangan yang boleh melemahkan
keberkesanan pembuatan keputusan yang baik.

Ahli sains tingkah laku Isabel Briggs Myers menyebut beberapa sumber bias
yang biasa dalam proses pembuatan keputusan kita:
(a) Pencarian bukti berpilih: Kecenderungan untuk mengumpulkan fakta-fakta
yang menyokong kesimpulan tertentu.
(b) Penamatan awal pencarian bukti: Kecenderungan untuk menerima
alternatif pertama.
(c) Kebekuan (Inertia): Ketidaksediaan untuk mengubah pola pemikiran.
(d) Bias menyokong-pilihan: Kecenderungan mengherotkan ingatan kita.
(e) Kebaharuan: Kecenderungan untuk mempercayai maklumat baharu.
(f) Bias pengulangan: Bias untuk mempercayai maklumat yang kita sering
dengar.
(g) Pemikiran kumpulan: Kecenderungan untuk akur dengan pola yang
dipegang oleh orang lain.
(h) Bias sumber kredibiliti: Kecenderungan untuk bias terhadap orang yang
kita kenali.

Sekarang, mari kita lihat teori-teori pembuatan keputusan yang dipengaruhi oleh
urusan kita dalam proses pemikiran kita:
(a) Kesan Kekaburan: Kita lebih memilih satu pilihan mengenai
kebarangkalian yang disukai daripada yang tidak diketahui.
(b) Bias Titik Buta (Blind Spot): Kita tidak mengimbangi dengan cukup bias
iaitu kita menganggap diri sebagai tidak bias berbanding orang lain.
(c) Model Kemungkinan Penghuraian (Elaboration Likelihood Model): Kita
berfikir sama ada secara logik atau sedar atau kita membiarkan ciri-ciri
luaran mempengaruhi keputusan kita.
(d) Model Pemujukan Heuristik-Sistematik: Kita menginterpretasi hujah-hujah
sama ada secara impulsif atau logik.
(e) Tidak Menghiraukan Hiperbolik (Hyperbolic Discounting): Kita inginkan
ganjaran segera, memilih faedah-faedah untuk masa kini atau jangka masa
pendek berbanding masa depan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN W 191

(f) Bias Maklumat: Mencari fakta-fakta walaupun ia tidak relevan apabila


membuat keputusan.
(g) Teori Pemprosesan Maklumat: Pemujukan memerlukan perhatian dan
perbandingan dengan pandangan-pandangan terdahulu; dan fokus
terhadap stimuli luaran.
(h) Sumber kredibiliti: Siapa yang kita lebih percaya.
(i) Teori Pemikiran Tidak Sedar: Membiarkan pemikiran tidak sedar kita
berfikir.

AKTIVITI 9.2

1. Proses memutuskan calon mana untuk diundi dalam pilihan raya


tidak pernah bebas daripada bias. Pertimbangkan keputusan
Pilihanraya Umum 2008. Bincangkan sumber-sumber yang
mungkin mengenai bias pengundi dan bagaimana bias tersebut
mempengaruhi keputusan pengundian.
2. Terdapat beberapa sumber bias yang lain. Teroka bias-bias ini di
internet dan lihat mana yang relevan dengan anda secara kerap.
Pada pendapat anda, mana antara bias ini mungkin membawa
kesan paling buruk, dan mana yang anda fikir paling
mempengaruhi proses pembuatan keputusan anda?

9.5 EMPAT KUADRAN OTAK DAN GAYA


PEMIKIRAN BERBEZA
Beberapa ahli teori kognitif percaya bahawa otak manusia terbahagi kepada
empat kuadran gaya pemikiran. Idea ini dikembangkan oleh Ned Herrmann dan
dikenali sebagai Instrumen Otak Dominan Herrmann (Herrmann Brain
Dominance Instrument; HBDI). Herrmann menggabungkan dua model fungsi
otak untuk membentuk model otak manusia dengan dua struktur pasangan
(empat kuadran), iaitu, dua belah bahagian sistem serebral dan dua belah
bahagian sistem limbik (Rajah 9.1). Perhatikan bahawa empat kuadran dan juga
gaya pemikiran yang berkait dengan setiap kuadran. Anda jenis pemikir
bagaimana?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


192 X TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN

Empat kuadran ini dicirikan sebagai:

A: Analitikal/Logik (Atas Kiri)

B: Organisasi (Bawah Kiri)

C: Emosional/Interpersonal (Bawah Kanan)

D: Konseptual/Imaginatif (Atas Kanan)

Rajah 9.1: Model Empat Kuadran Otak, juga dikenali sebagai Ned Herrmann Model Otak
Keseluruhan (Whole Brain Model)

Disesuaikan daripada Model-model Otak: Teori-teori Organisasi Otak oleh


Charles Cave

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN W 193

Contoh-contoh berikut menggambarkan bagaimana individu yang didominasi


oleh setiap kuadran membuat pembelian komputer:
(a) Individu yang menggunakan kuadran A analitikal akan berfikir: „Saya
mahu komputer ini kerana dengan harga $2,000 saya akan dapat 3 GHz
processor, 10/100 Ethernet, 4 GB RAM, 80 GB hard drive, 2 GB DDR2
memory, pemacu DVD boleh ditulis semula dan sistem operasi Vista.‰
(b) Individu yang mengguna kuadran B organisasi akan berfikir: „Saya mahu
komputer ini kerana ia diundi mempunyai nilai terbaik oleh Laporan
Pengguna; ia mempunyai tiga tahun jaminan dan ia mempunyai sokongan
teknikal seumur hidup.‰
(c) Individu yang mengguna kuadran C emosional akan berfikir: „Saya
mahukan komputer ini kerana saya sukakan warnanya. Saya juga ingin beli
komputer ini kerana jurujualnya sangat baik dan berkata saya sentiasa
boleh hubunginya jika saya mempunyai masalah.‰
(d) Individu yang mengguna kuadran D konseptual akan berfikir: „Saya ingin
komputer ini kerana saya suka reka bentuknya yang baru dan kerana sistem
bunyinya menyerupai bunyi holofonik yang bermaksud saya boleh bermeditasi
dengan mendengar CD meditasi tanpa perlu menggunakan fon telinga.‰

HBDI telah terbukti berguna dalam budaya organisasi korporat, memupuk


komunikasi antara individu dengan pilihan mental berbeza. Apabila perbezaan-
perbezaan dalam kalangan pekerja bergabung, salah faham dapat dikurangkan
dan kerja berkumpulan ditingkatkan. Satu sinergi akan muncul dan potensi
penuh di tempat kerja dapat dicapai.

Mempelajari kuadran mana yang dominan di otak adalah penting dalam proses
pembuatan keputusan. Dengan memahami kekuatan dan kelemahan, anda dapat
menjangka bias yang menghalang proses pembuatan keputusan anda.
Contohnya, jika gaya pemikiran anda didominasi oleh kuadran D, anda lebih
mungkin melihat gambaran keseluruhan tanpa memberi perhatian kepada
perincian dan mungkin memerlukan nasihat daripada individu yang
mempunyai gaya pemikiran kuadran A yang mungkin boleh melihat perincian
sesuatu situasi untuk melengkapkan perspektif luas anda.

AKTIVITI 9.3

Katalah anda ingin membeli kereta. Senaraikan alasan-alasan anda


memilih kereta tertentu, dan bukan kereta lain. Berdasarkan alasan-
alasan untuk keputusan anda, kenal pasti jenis pemikiran anda
mengikut model HBDI.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


194 X TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN

9.6 PEMBUATAN KEPUTUSAN DALAM


KEHIDUPAN SEHARIAN
Kita membuat keputusan dalam kehidupan seharian dan kita sedar bahawa
kebanyakan keputusan, terutama keputusan yang penting dibuat selepas
kerahan mental yang banyak. Namun begitu, bahasa-bahasa kita penuh dengan
luahan yang menunjukkan keputusan dibuat secara intuitif. Dalam bahasa
Inggeris contohnya, anda sering mendengar individu mengatakan, „I have a gut
feeling that....‰ atau „I can feel it in my heart that...‰ yang menunjukkan perasaan
tahu sebenarnya datang dari bisikan hati.

Walaupun kecenderungan untuk mengatribusi keputusan-keputusan kita


kepada pelbagai organ dalaman, sebenarnya, secara sedar atau bawah sedar, kita
menggunakan beberapa alat atau teknik mudah untuk membuat keputusan
setiap hari. Ini termasuklah:
(a) Menganalisis kekuatan dan kelemahan alternatif;
(b) Mencabut lidi atau melambung duit syiling;
(c) Beralih kepada kepercayaan tahyul, ibadat atau bentuk keagamaan lain;
(d) Bergantung kepada tokoh berwibawa; dan
(e) Menerima pilihan paling mudah, paling cepat dan yang pertama.

Walaupun mekanisme untuk membuat keputusan ini berkesan, ia tidak


membenarkan kita membuat keputusan optimum. Malah dalam masa tertentu
boleh membuatkan kita membuat keputusan yang buruk. Oleh itu, kita
seharusnya menggunakan proses pembuatan keputusan yang betul dengan
sebanyak mungkin.

AKTIVITI 9.4

Pertimbangkan keputusan anda untuk mengambil kursus yang


sedang anda pelajari sekarang. Senaraikan faktor-faktor yang
mempengaruhi keputusan anda. Jika anda diberi peluang untuk
melakukannya semula, tulis langkah-langkah yang anda akan ambil
sekarang untuk mencapai keputusan kali ini. Lihat jika kedua-dua
keputusan adalah sama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN W 195

9.7 PUSINGAN PEMBUATAN KEPUTUSAN


BERPANDUKAN BUKTI
Sebanyak mana kita cuba berfikir bahawa keputusan harian kita dibuat dengan
baik, kita sering mencapai keputusan tanpa mengikut proses sepatutnya. Untuk
membuat keputusan berkesan dan tepat, kita perlu mengikuti Pusingan
Pembuatan Keputusan Berpandukan Bukti.

Pusingan ini merangkumi beberapa siri langkah yang perlu diikuti untuk
menghasilkan keputusan yang tepat dan berkesan.
(a) Pencetus
(b) Meneroka
(c) Menyoal
(d) Mengumpul
(e) Menganalisis
(f) Menginterpretasi
(g) Intervensi
(h) Menilai
(i) Refleksi

Langkah-langkah Pusingan Pembuatan Keputusan Berpandukan Bukti boleh


dikumpulkan dalam tiga tahap utama. Sekarang kita akan meneroka tahap-tahap
ini secara ringkas dengan melihat langkah-langkah yang wujud dalam setiap
tahap.
(a) Langkah permulaan ă tahap pertama proses:
(i) Pencetus: Pencetus adalah apa yang membawa kepada perhatian
anda bahawa terdapat masalah atau bidang yang perlukan
peningkatan. Ia merangkumi mana-mana data, pemerhatian atau
laporan yang memulakan proses.
(ii) Meneroka: Ini adalah penerokaan apa-apa sahaja yang mencetus
proses untuk menentukan pendekatan paling baik untuk pusingan
seterusnya.
(iii) Menyoal: Ini adalah elemen paling penting. Ia bertindak menentukan
apa keputusan perlu dilakukan dan apa yang anda harap untuk capai
dan juga cadangkan beberapa potensi penyelesaian yang berpotensi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


196 X TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN

(b) Memperoleh maklumat ă tahap pertengahan proses:


(i) Mengumpul: Ini adalah proses mendapatkan semua data dan bukti
yang akan anda gunakan dalam proses pembuatan keputusan.
(ii) Menganalisis: Ini adalah proses menganalisis data dan maklumat
yang telah dikumpul untuk mencari trend dan untuk menjawab
soalan-soalan yang telah anda kemukakan.
(iii) Menginterpretasi: Ini adalah mengumpulkan jawapan-jawapan
daripada analisis di atas. Apa yang data anda beritahu? Apa
kesimpulan yang boleh anda capai? Apa tindakan boleh anda cadang
berdasarkan data yang telah anda kumpul? Pada tahap ini, adalah
penting untuk meneliti secara kritikal maklumat yang ada untuk
memastikan anda mencapai kesimpulan yang tepat dan boleh
dipercayai.
(c) Mengubah dan menilai ă tahap akhir proses:
(i) Intervensi atau Implementasi: Tahap ini melibatkan implementasi
keputusan anda atau permulaan tindakan. Tindakan anda mestilah
berasaskan keputusan; ia mestilah sesuatu yang boleh dilakukan dan
praktikal, diberikan sumber dan persekitarannya. Lebih penting, ia
mestilah boleh diukur supaya anda boleh menilainya (lihat langkah
seterusnya).
(ii) Menilai: Tahap ini membenarkan anda menilai bagaimana bagus
keputusan yang anda telah lakukan dan sama ada pencetus awal
telah dijawab.
(iii) Refleksi: Ini adalah tahap akhir proses and melibatkan penilaian
kesilapan, pelajaran yang telah dipelajari dan penambahbaikan masa
depan. Refleksi membenarkan peningkatan berterusan mana-mana
proses untuk hasil lebih baik jika situasi sama dihadapi pada masa
hadapan.

Proses ini boleh dilihat seperti pusingan yang ditunjukkan dalam Rajah 9.2 dan
9.3. Perhatikan dalam Rajah 9.3, kotak pencetus dan langkah-langkah seterusnya
merangkumi penerokaan dan pengumpulan data dan analisis seterusnya,
membawa kepada intervensi dan kemuncak penilaian dan refleksi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN W 197

Rajah 9.2: Pusingan Pembuatan Keputusan Berpandukan Bukti

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


198 X TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN

Rajah 9.3: Satu contoh pusingan pembuatan keputusan berpandukan bukti sebenar yang
digunakan untuk menentukan bila dan bagaimana memperbaiki prosedur pengajaran
untuk meningkatkan bilangan pelajar yang memperoleh gred yang dikehendaki

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN W 199

AKTIVITI 9.5
Cari maklumat lanjut mengenai Pusingan Pembuatan Keputusan
Berpandukan Bukti di

http://www.tki.org.nz/r/governance/consider/evidence-driven-
intro_e.php dan bincangkannya dengan rakan-rakan anda.

SEMAK KENDIRI 6.3


SEMAK KENDIRI 9.1

1. Bolehkah anda berikan dua definisi piawai pembuatan


keputusan?
2. Terdapat beberapa jenis keputusan ă keputusan sama ada,
keputusan yang mana satu dan keputusan kontingen. Bezakan di
antara tiga jenis keputusan ini.
3. „Pembuatan keputusan adalah proses berbaik.‰ Apa yang anda
faham dengan kenyataan ini?
4. Berikan beberapa contoh bias yang boleh mempengaruhi proses
pembuatan keputusan.
5. Senaraikan empat kuadran otak dan jelaskan secara ringkas ciri-
ciri pemikiran setiap kuadran. Gunakan contoh-contoh untuk
membantu anda menunjukkannya. Jenis gaya pemikiran apakah
yang anda miliki?
6. Bagaimana anda membuat keputusan dalam kehidupan
seharian? Adakah keputusan harian anda umumnya berkesan
atau adakah anda fikir terdapat ruang untuk peningkatan?
7. Apa dia Pusingan Pembuatan Keputusan Berpandukan Bukti?
Jelaskan secara ringkas langkah-langkah yang terlibat dalam
pusingan ini. Buat satu contoh khayalan, mungkin daripada
pengalaman hidup sebenar anda, di mana pusingan pembuatan
keputusan berpandukan bukti telah digunakan untuk
pembuatan keputusan berkesan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


200 X TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN

9.8 KESAN KUANTITI PADA PEMBUATAN


KEPUTUSAN
Kita sering teringin untuk mengumpulkan lebih banyak maklumat daripada
yang diperlukan untuk membuat sesuatu keputusan. Ini kadangkala boleh
membawa kesan yang buruk. Jika kita mempunyai maklumat yang terlampau
banyak, kita boleh berhadapan dengan beberapa masalah, iaitu:
(a) Penangguhan dalam proses pembuatan keputusan yang disebabkan masa
yang diperuntukkan untuk mengumpulkan maklumat atau menganalisis
maklumat yang terlalu banyak;
(b) Maklumat berlebihan, menghasilkan ketidakmampuan mengurus dan
memproses maklumat, dan menyebabkan proses pembuatan keputusan
tidak berkesan atau tidak tepat;
(c) Keletihan mental disebabkan terlalu banyak pilihan yang menghasilkan
kerja yang buruk;
(d) Penggunaan maklumat berpilih disebabkan oleh ketidakmampuan
mendekati „maklumat terlalu banyak‰ secara objektif; dan
(e) Keletihan keputusan atau kelumpuhan keputusan yang terhasil akibat
terlalu banyak keputusan dan terlalu banyak pilihan, menyebabkan
keputusan yang dibuat tergesa-gesa dan tidak baik.

Untuk membayangkan kesan-kesan maklumat yang terlalu banyak terhadap


proses pembuatan keputusan, bayangkan anda terpaksa memilih pilihan
makanan daripada satu set menu seperti berikut:
(a) Menu 1 mengandungi dua item, yang memberikan hanya nama item;
(b) Menu 2 mengandungi 10 item, yang memberikan hanya nama item;
(c) Menu 3 memberikan 10 item, yang mengandungi nama item dan bahan-
bahannya; dan
(d) Menu 4 mengandungi 20 item, yang memberikan nama item, bahan-bahan,
kiraan kalori, resipi, masa diambil untuk memasak, berat, warna, dsb.

Saya berpendapat kebanyakan kita akan mendapati Menu 1 paling mudah


digunakan dan Menu 4 pastinya mustahil untuk digunakan? Adakah anda
bersetuju?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN W 201

9.9 ALIRAN KEPUTUSAN


Adalah penting memahami bahawa keputusan bukanlah proses-proses mental
terasing tetapi dilakukan dalam konteks keputusan lain. Setiap keputusan adalah
berdasarkan beberapa keputusan terdahulu dan akan seterusnya membawa
kepada beberapa keputusan lain. Interaksi antara keputusan ini dinamakan
Aliran Keputusan. Jadi, boleh dikatakan bahawa setiap keputusan:
(a) Mengikut keputusan terdahulu;
(b) Membolehkan keputusan masa depan dibuat; dan
(c) Menidakkan keputusan lain.

Faktor-faktor ini selalunya menghalang kita apabila membuat keputusan. Secara


khusus, pengetahuan kita bahawa satu keputusan menidakkan keputusan lain
boleh melumpuhkan kita secara mental dan boleh menjejaskan kebolehan kita
untuk membuat pilihan yang tepat. Bayangkan jika anda suka kedua-dua kek
cokelat dan ais krim cokelat dan tidak dapat memilih antara keduanya kerana
anda terlalu malu untuk meminta kedua-duanya di hadapan rakan-rakan anda.
Namun, adalah lebih penting bagi anda untuk membuat keputusan ă apa-apa
keputusan ă kerana keputusan yang tidak dibuat mungkin menyebabkan
pembuatan keputusan secara lalai atau keputusan dibuat untuk anda, yang
selalunya lebih buruk daripada anda membuat keputusan yang salah.

9.10 KUALITI KEPUTUSAN


Kualiti keputusan adalah ukuran sama ada sesuatu keputusan yang dibuat
adalah baik atau buruk. Adalah penting untuk mengambil ingatan bahawa
keputusan yang baik boleh menghasilkan hasil buruk dan kualiti keputusan
tidak berkait dengan hasil keputusan tetapi berkait dengan langkah-langkah
yang diambil untuk mencapai keputusan. Kita mungkin, secara kebetulan,
membuat keputusan yang menghasilkan hasil yang baik yang tidak dijangka,
tetapi ini masih lagi satu keputusan buruk kerana kita tidak mengikut langkah-
langkah pembuatan keputusan yang betul. Satu contoh yang baik diberikan di
http://www.virtualsalt.com/crebook5.htm: Jika anda membaling damak kepada
senarai saham dan membeli saham yang terkena damak, keputusan anda adalah
keputusan yang buruk, walaupun nilai saham mungkin meningkat.

Kualiti keputusan boleh dinilai dengan mempertimbangkan faktor-faktor


berikut:
(a) Adakah keputusan itu memenuhi dengan lebih baik dan berkesan objektif-
objektif yang dinyatakan berbanding alternatif lain?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


202 X TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN

(b) Adakah keputusan itu mengambil kira kesan-kesan sampingan, kelemahan


atau pertimbangan etika?
(c) Adakah keputusan itu boleh diterima oleh orang-orang yang menerima
kesannya?

Perkara ketiga adalah penting untuk dipertimbangkan apabila anda membuat


keputusan yang mempengaruhi ramai orang. Bagi sesuatu keputusan untuk
diimplementasi, adalah penting bahawa orang yang mengimplementasinya
adalah mereka yang menerima kesan, menerima keputusan pada tahap
emosional dan intelektual. Satu keputusan yang sangat baik di atas kertas
mungkin tidak praktikal atas beberapa alasan sosial. Atas sebab inilah kerajaan
selalunya membuat keputusan yang nampak kurang sempurna apabila dilihat
dari perspektif individu. Perlu diingat bahawa kerajaan perlu memuaskan hati
jutaan rakyat dan apa yang nampak jelas dan mudah kepada anda mungkin
tidak selalunya boleh diterima oleh semua.

9.11 RISIKO
Risiko adalah komponen penting dalam pembuatan keputusan kerana hasil
keputusan melibatkan ketidaktentuan. Jangan cuba untuk mengelak risiko
apabila membuat keputusan kerana jika anda melakukan demikian, anda
mungkin mengenepikan pilihan-pilihan yang radikal dan bagus. Sebaliknya,
cubalah untuk meminimumkan risiko sebanyak mungkin sambil terus membuat
keputusan berdasarkan langkah-langkah betul dan logik. Umumnya, sebelum
anda memasuki situasi bahaya, terdapat beberapa perkara untuk diambil kira
mengenai pengambilan risiko:
(a) Putuskan sama ada risiko itu perlu atau diingini
(b) Letakkan risiko kepada sebab-sebab yang betul bila anda tenang dan dapat
berfikir.
(c) Mempunyai matlamat.
(d) Tentukan kemungkinan kerugian dan juga keuntungan.
(e) Apabila mungkin, ambil satu risiko pada satu masa.
(f) Gunakan bayangan atau main peranan untuk bekerja melalui pelbagai
kemungkinan.
(g) Gunakan perancangan.
(h) Bertindak dengan tegas.
(i) Jangan mengharap kejayaan sempurna.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN W 203

Untuk mengurangkan risiko, terdapat beberapa strategi pengurusan risiko untuk


dipertimbangkan:
(a) Singkirkan kemungkinan terpencil dan tidak realistik.
(b) Sejauh mungkin, elakkan bencana/kegagalan.
(c) Kenal pasti kompromi.
(d) Maksimumkan nilai jangkaan.

AKTIVITI 9.6

Kebanyakan orang ada insurans. Insurans adalah satu bentuk


pemindahan risiko, iaitu pihak yang diinsuranskan memindahkan
kerugian kontingen kepada pihak yang menginsuranskan untuk satu
premium.

Adakah dengan memiliki insurans mengurangkan risiko? Bagaimana


apabila diinsuranskan untuk sesuatu risiko mempengaruhi
pembuatan keputusan berkait dengan risiko tersebut? Bincangkan.

Ć Pembuatan keputusan adalah proses mengurangkan ketidaktentuan dan


keraguan mengenai alternatif-alternatif untuk membenarkan pilihan
munasabah dibuat daripadanya.

Ć Terdapat tiga jenis keputusan asas ă keputusan sama ada, keputusan yang
mana satu dan keputusan kontingen.

• Pembuatan keputusan adalah proses tidak linear, berkesinambungan.

• Bias sering mempengaruhi proses pembuatan keputusan kita. Sesetengah


daripada sumber biasa bias dalam proses pembuatan keputusan termasuklah
pencarian bukti berpilih, penamatan awal pencarian bukti, kebekuan
(Inertia), kebaharuan dan bias pengulangan.

• Beberapa ahli teori kognitif percaya bahawa otak manusia dibahagi kepada
empat kuadran gaya pemikiran - Analitikal/Logik (Atas Kiri); Organisasi
(Bawah Kiri); Emosional/Interpersonal (Bawah Kanan); dan
Konseptual/Imaginatif (Atas Kanan). Mempelajari kuadran mana yang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


204 X TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN

dominan dalam otak anda adalah penting untuk proses pembuatan


keputusan.

• Untuk membuat keputusan yang berkesan dan tepat, kita perlu mengikut
Pusingan Pembuatan Keputusan Berpandukan Bukti. Pusingan ini
mempunyai langkah-langkah bersiri: pencetus; meneroka; menyoal;
mengumpul; menganalisis; menginterpretasi; intervensi; menilai dan refleksi.

• Ramai pembuat keputusan cenderung mencari lebih banyak maklumat


daripada yang diperlukan untuk membuat keputusan yang baik. Ini
mengakibatkan penangguhan dalam pembuatan keputusan.

• Terdapat banyak keputusan di sekeliling sesuatu keputusan, banyak


keputusan yang dibuat terlebih dahulu membawa kepada keputusan ini dan
menjadikannya sesuatu yang boleh direalisasi dan terbatas. Banyak lagi
keputusan akan terhasil daripadanya.

• Kualiti sesuatu keputusan tidak berkait dengan hasilnya: satu keputusan


yang baik adalah keputusan logik yang berasaskan maklumat yang ada dan
ia menggambarkan pilihan-pilihan pembuat keputusan.

• Semua keputusan melibatkan risiko. Risiko ini mesti dipertimbangkan dan


diuruskan bila mana mungkin.

Aliran keputusan Kebaharuan


Bias menyokong-pilihan Kualiti keputusan
Bias pengulangan Pembuatan keputusan
Bias sumber boleh dipercayai Pemikiran kumpulan
Instrumen Otak Dominan Herrmann Risiko
Kaku

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN W 205

1. Bagaimana anda mendefinisi pembuatan keputusan?


2. Terdapat tiga jenis keputusan asas ă keputusan sama ada, keputusan yang
mana satu dan keputusan kontingen. Bolehkah anda membezakan ketiga-
tiganya?
3. Pembuatan keputusan adalah proses tidak linear, berkesinambungan. Apa
yang anda faham dengan kenyataan ini?
4. Bias sering mempengaruhi proses pembuatan keputusan kita. Bias ini
selalu mengurangkan kebolehan kita untuk membuat keputusan yang tepat
atau mempengaruhi keputusan kita ke arah yang tidak idel. Senaraikan
dan jelaskan beberapa bentuk biasa bias-bias yang mempengaruhi
kebolehan pembuatan keputusan kita.
5. Apakah empat kuadran otak dan apakah ciri-ciri pemikiran yang dimiliki
oleh individu yang didominasi oleh setiap satu kuadran ini?
6. Pusingan Pembuatan Keputusan Berpandukan Bukti dibentuk oleh
langkah-langkah bersiri. Senarai dan terangkan dengan ringkas setiap satu
langkah ini. Bolehkah anda gambarkan dengan satu contoh bagaimana
pusingan pembuatan keputusan berpandukan bukti boleh digunakan
untuk menghasilkan kesimpulan?
7. „Keputusan dibuat sebenarnya dalam konteks keputusan-keputusan lain.‰
Apa maksud kenyataan ini kepada anda?
8. Bagaimana anda mendefinisi satu keputusan yang baik?
9. Setiap keputusan melibatkan elemen risiko. Apa yang perlu diberi
pertimbangan sebelum anda memasuki situasi bahaya?

Bellamy, L., Evans, D. L., Linder, D. E., McNeill, B. W. & Raupp, G. (1994). Team
training workbook. Arizona State University. Retrieved August 2008 dari
http://www.eas.ase.edu/~asufc/teaminginfo.teamwkbk.pdf.

Beyth-Marom, R., Fsichoff, B., Jacobs-Quadrel, M. & Furby, L. (1991). Teaching


decision making to adolescents: A critical review. In J. Baron & R. V. Brown
(Eds.), Teaching decision making to adolescents, (pp. 19-60). Hillsdale, NJ:
Lawrence Erlbaum Associates.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


206 X TOPIK 9 PEMBUATAN KEPUTUSAN

Butler, G. A. (2007). Whole brain thinking. Retrieved August 2008, dari


http://holistic-personal-development.com/2007/11/13/whole-brain-
thinking/

Dudiy, S. (2005). Use a decision tree analysis to systematically arrive at your


smartest choice. Retrieved August 2008, dari http://www.time-
management-guide.com/decision-tree.html.

Harris, R. (2009). Introduction to decision making. Retrieved December 2011, fari


http://www.virtualsalt.com/crebook5.htm.

Infinite Innovations Ltd. (2006). Retrieved August 2008, dari


www.brainstorming.co.uk.

MindTools.com. (2010). Decision making techniques. Retrieved August 2008, dari


http://www.mindtools.com/pages/main/newMN_TED.htm.

Ministry of Education (New Zealand). (n. a.). The evidence-driven decision


making cycle. Retrieved August 2008, dari
http://www.tki.org.nz/r/governance/consider/decision-making-
cycle_e.php

Swinton, L. (n. a.). Kurt LewinÊs force field analysis: Decision making made easy.
Retrieved August 2008, dari
http://trans4mind.com/counterpoint/swinton4.html

Von Winterfeldt, D. & edwards, W. (1986). Decision analysis and behavioral


research. New York: Cambridge University Press.

Changing Minds. (2011). Theories about decision making. Retrieved dari


http://changingminds.org/explanations/theories/a_decision.htm

New Zealand Ministry of Education. (2010). The evidence-driven decision


making cycle. Retrieved December 2011, dari
http://www.tki.org.nz/r/governance/consider/decision-making-
cycle_e.php

Wikipedia. (2010). Decision making. Retrieved August 2008, dari


http://en.wikipedia.org/wiki/Decision_making

Butler, G. A. (2007). Whole brain thinking. Retrieved December 2011, dari


http://holistic-personal-development.com/2007/11/13/whole-brain-
thinking/

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik X Strategi dan
10 Alat bagi
Membuat
Keputusan
Akhir
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan pendekatan berbeza dalam pembuatan keputusan;
2. Mengenal pasti strategi pembuatan keputusan dan peranan risiko
dalam proses pembuatan keputusan;
3. Menjelaskan bentuk-bentuk berbeza Pembuatan Keputusan
Kumpulan; dan
4. Menerangkan bagaimana menggunakan alat atau teknik pembuatan
keputusan dalam proses pembuatan keputusan.

X PENGENALAN
„Saya tidak perlu lebih banyak keputusan! Saya perlu lebih banyak orang!‰

(Seorang Jeneral tanpa nama dalam pertempuran Stalingrad semasa Perang


Dunia Kedua)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


208 X TOPIK 10 STRATEGI DAN ALAT BAGI MEMBUAT KEPUTUSAN AKHIR

Dalam topik terdahulu telah diterangkan proses pembuatan keputusan dan


bentuk keputusan berbeza yang kita perlu lakukan seharian. Kemudian kita
telah terokai corak pemikiran berdasarkan kepada instrumen Herrmann Brain
Dominance yang memberi kesan kepada proses pembuatan keputusan kita. Kita
telah bincang Kitaran Pembuatan Keputusan Berpandukan Bukti yang berupaya
menjadi alat dalam membantu membuat keputusan yang tepat dan berkesan.
Kita akhiri dengan membincangkan kualiti bagi keputusan yang baik.

Topik ini akan menfokus kepada bagaimana untuk membuat keputusan


muktamad melalui beberapa pendekatan dan strategi yang berguna. Kita
kemudian akan membandingkan proses pembuatan keputusan individu dan
kumpulan. Akhir sekali, pengenalan kepada beberapa alatan dalam pembuatan
keputusan yang biasa diguna dalam bisnes dan politik akan dilakukan.

10.1 PENDEKATAN PEMBUATAN KEPUTUSAN


Satu keputusan boleh dianggap sebagai kemuncak proses pembuatan keputusan
seperti yang dibincangkan dalam Topik 9.

Dalam kehidupan peribadi, kita mungkin menjadi orang yang kerap membuat
keputusan akhir bila berhadapan pelbagai isu dan pilihan. Dalam kumpulan,
organisasi atau bisnes yang mana ada beberapa orang yang terlibat dalam
operasi seharian, pembuatan keputusan boleh dilakukan sama ada di salah satu
tahap berikut:
(a) Autoritarian
Dalam pembuatan keputusan autoritarian, ketua atau individu yang
berkuasa membuat keputusan akhir berdasarkan kepada pertimbangan
beliau atau selepas perbincangan dengan rakan sekerja dan para pekerja.
Ketua ini kemudiannya perlu menjelaskan keputusan tersebut kepada ahli
kumpulan lain yang terlibat dan memantau daripada penerimaan kepada
perlaksanaan dan penilaian.
(b) Kumpulan
Dalam pembuatan keputusan kumpulan beberapa orang yang membentuk
kumpulan berkongsi input masing-masing dalam membuat keputusan
akhir. Mereka boleh mencapai keputusan ini dengan bertukar-tukar idea
dan analisis serta lambat laun bersetuju dengan perincian perlaksanaan dan
susulan.

Pembuatan keputusan kumpulan boleh dicapai melalui sekurang-kurangnya dua


bentuk proses pembuatan keputusan:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 STRATEGI DAN ALAT BAGI MEMBUAT KEPUTUSAN AKHIR W 209

(a) Diskusi bebas: satu masalah dibincangkan secara bebas dan terbuka di
dalam kumpulan dan pelbagai pendekatan terhadap penyelesaian masalah
dicari;
(b) Diskusi perkembangan (juga dikenali sebagai diskusi berstruktur):
melibatkan pemecahan masalah kepada beberapa komponen. Kumpulan
perlu mencapai matlamat yang ditetapkan bagi setiap bahagian masalah.
Pendekatan ini kurang inovasi namun lebih menyeluruh, berkesan dan
menjimatkan penggunaan sumber. Memandangkan pembuatan keputusan
kumpulan lebih berkesan dan menjimatkan maka ia perlu dilakukan
sekerap mungkin. Sama seperti dalam kehidupan peribadi, kita kerap
mendapati dalam membuat keputusan yang besar adalah lebih baik
dengan bantuan dan pertolongan keluarga dan kawan-kawan.

Dalam senario bisnes dan kumpulan, pembuatan keputusan kumpulan telah


terbukti penting bagi alasan lain. Orang lebih cenderung untuk melaksanakan
idea yang dianggap kepunyaan mereka berbanding dengan idea yang
dipaksakan orang yang berautoriti.

10.2 STRATEGI PEMBUATAN KEPUTUSAN


Setiap masalah mempunyai beberapa penyelesaian dan sebahagian daripada
proses pembuatan keputusan adalah memilih penyelesaian terbaik daripada
beberapa pilihan. Pemilihan dalam mencari penyelesaian terbaik ditentukan oleh
faktor-faktor di bawah:
(a) Sumber yang ada termasuk sumber tenaga dan kewangan;
(b) Kekangan masa;
(c) Teknologi yang ada;
(d) Kemungkinan membuat keputusan yang salah (terutama dalam kes yang
melibatkan keputusan berkenaan kesihatan atau nyawa manusia); dan
(e) Pandangan umum

Adalah penting untuk mengambil kira kesulitan yang dihadapi dalam


melaksanakan sebarang keputusan tanpa hilang arah akan matlamat.
Bersandarkan perkara ini dalam diingatan, terdapat beberapa strategi yang
digunakan dalam memilih penyelesaian yang optima:
(i) Maximin (memaksima minimum): kemungkinan terburuk setiap
keputusan dianalisis dan keputusan yang mengandungi paling kurang
kesan buruk sebagai hasil akan dipilih. Strategi ini berguna terutama
apabila kesan membuat keputusan salah adalah sangat tidak diingini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


210 X TOPIK 10 STRATEGI DAN ALAT BAGI MEMBUAT KEPUTUSAN AKHIR

(ii) Maximax (memaksima maksimum): alternatif yang mengandungi hasil


pulangan tertinggi dipilih. Strategi ini berguna kerana mengambil risiko
adalah sesuatu yang amat diterima dan kurang kemungkinan untuk
menghasilkan kesan negatif yang ekstrem.
(iii) Optimising: pilihan terbaik bagi menyelesaikan masalah dipilih. Ini adalah
strategi yang mengandai sumber dan keupayaan tanpa had bagi
menyelesaian sebarang masalah tertentu.
(iv) Satisficing (memuaskan dan mencukupi): pilihan pertama yang
memuaskan dipilih. Ini adalah strategi yang paling banyak digunakan
dalam membuat keputusan harian seperti memilih di mana untuk meletak
kereta di parkir atau minuman apa yang hendak diminum di hari yang
panas.

10.3 PEMBUATAN KEPUTUSAN KUMPULAN:


KAEDAH
Kita telah lihat dalam Bahagian 10.1 bahawa pembuatan keputusan kumpulan
adalah lebih berkesan dan sempurna berbanding pembuatan keputusan
individu. Kita sekarang akan bincang secara ringkas sebahagian kaedah
pembuatan keputusan kumpulan.

Johnson & Johnson (2000) menerangkan tujuh kaedah yang mana kumpulan
boleh guna untuk membuat keputusan yang berkesan. Ini boleh diringkaskan
sebagai berikut:
(a) Keputusan yang dibuat pihak berwajib tanpa perbincangan kumpulan;
(b) Keputusan oleh pakar;
(c) Keputusan dengan mengambil purata pandangan individu;
(d) Keputusan yang dibuat oleh pihak berwajib setelah perbincangan
kumpulan;
(e) Keputusan oleh minoriti;
(f) Keputusan oleh undian majoriti; dan
(g) Keputusan oleh sebulat suara.

Walaupun setiap keputusan di atas ada kekuatan dan kelemahan masing-masing,


kaedah terakhir, keputusan sebulat suara selalunya adalah kaedah paling berkesan
dan memberikan keputusan terbaik dalam tempoh lama. Oleh itu, jika anda berada
dalam keadaan membimbing atau memandu arah terhadap proses pembuatan
keputusan kumpulan, cuba untuk mengemudi arah agar keputusan akhir yang
dibuat berdasarkan kepada keputusan sebulat suara kumpulan.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 10 STRATEGI DAN ALAT BAGI MEMBUAT KEPUTUSAN AKHIR W 211

SEMAK KENDIRI 10.1


1. Terdapat dua pendekatan utama kepada pembuatan keputusan
iaitu pembuatan keputusan autoritarian dan pembuatan
keputusan kumpulan. Bandingkan kedua-dua pendekatan ini.
Antara dua pendekatan ini yang mana lebih baik? Kenapa anda
berfikir sedemikian?
2. Kita telah bincang empat strategi pembuatan keputusan. Secara
ringkas terangkan setiap strategi dan bandingkannya.
3. Kita telah lihat kepada lima cara untuk membuat keputusan.
Bolehkah anda senarai dan terangkan setiap satu daripadanya?
4. Kita juga telah bincangkan tujuh kaedah yang boleh digunakan
dalam pembuatan keputusan kumpulan. Bolehkah anda
mengingati semula kesemuanya? Kaedah yang mana satukah
yang anda akan gunakan sekiranya anda berada di dalam
kumpulan? Huraikan pilihan anda.

AKTIVITI 10.1
1. Layari
http://www.foundationcoalition.org/home/keycomponents/teams
/decision2.html dan buat nota kelebihan dan kekurangan (dipanggil
Kekuatan dan Kekurangan dalam jadual yang tertera di laman
sesawang) bagi setiap kaedah pembuatan keputusan kumpulan.
Catatkan masa paling sesuai menggunakan setiap kaedah ini.
Dengan menggunakan informasi tersebut, bincang sesama sendiri
contoh kisah benar yang mana salah satu daripada kaedah ini boleh
digunakan bagi mendapatkan keputusan terbaik dan juga
sebahagian daripada kaedah yang dibukti berkesan.
2. Membuat keputusan kebiasaannya adalah soal antara hidup dan
mati bagi askar dalam perang. Pilih tiga kaedah pembuatan
keputusan kumpulan yang boleh digunakan dalam situasi
berperang. Terangkan bgaimana anda rasakan kaedah ini berkesan.
3. Fikirkan keputusan yang baru dibuat oleh sebuah kumpulan yang
mana anda telah menjadi sebahagian daripada ahli (misalnya
keluaga, jabatan, kumpulan tutorial, kumpulan sukan dan kelab
peminat). Senaraikan kekuatan dan kelemahan kaedah yang
digunakan dalam pembutan keputusan tersebut? Adakah keputusan
tersebut berkemungkinan menjadi keputusan terbaik?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


212 X TOPIK 10 STRATEGI DAN ALAT BAGI MEMBUAT KEPUTUSAN AKHIR

10.4 ALAT-ALAT PEMBUATAN KEPUTUSAN


Ada beberapa alat atau teknik yang boleh digunakan untuk membantu anda
membuat keputusan yang sesuai. Alat-alatan ini membantu anda untuk melakar
kebarangkalian keputusan, menentukan kepentingan faktor individu dan
pemilihan tindakan terbaik untuk diambil. Sebagai contoh alatan pembuatan
keputusan termasuklah:
(a) Analisis Grid ă membuat pemilihan di antara pilihan yang baik;
(b) Pokok Keputusan ă pemilihan antara pilihan dengan memberi tumpuan
kepada hasil berkemungkinan berlaku;
(c) PMI ă menimbang persetujuan dan keputusan;
(d) Analisis Force Field ă menganalisis tekanan yang menyokong dan
menentang perubahan;
(e) Analisis Pareto ă memilih perubahan paling penting untuk dibuat;
(f) Analisis Perbandingan Berpasangan ă menilai kepentingan relatif pilihan
berbeza;
(g) Enam Topi Pemikiran ă melihat keputusan daripada pelbagai arah;
(h) Analisis Kos/Keuntungan ă mengambil kira sama ada perubahan wajar
dilakukan.

Teknik-teknik ini dibentuk ke atas alatan yang telah dibincangan dalam bahagian
Alatan Pembuatan Keputusan (Topik 8), dalam pembuatan keputusan ia
mengikut pemahaman situasi tersebut. Walau bagaimanapun, alatan ini hanya
wujud bagi membantu keintelektualan dan akal budi yang sebenarnya
merupakan aset penting dalam pembuatan keputusan yang baik.

Sekarang kita akan lihat sebahagian alatan ini dengan lebih terperinci.

10.4.1 Analisis Grid: Membuat Pemilihan di mana


Banyak Faktor Perlu Dipertimbangkan
Analisis Grid adalah teknik mudah yang biasa digunakan untuk memilih antara
beberapa pilihan yang baik. Ia adakalanya juga dikenali sebagai Analisis Matrik
Keputusan atau Analisis Matrik Pugh. Analisis Grid dilakukan dengan
membentuk grid jadual dan menyenaraikan pilihan sebagai baris dalam jadual
dan faktor sebagai lajur. Bila ini telah dilakukan, anda beri markah kepada setiap
kombinasi pilihan/faktor dan kemudian jumlahkan markah bagi mendapat
markah keseluruhan bagi setiap pilihan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 STRATEGI DAN ALAT BAGI MEMBUAT KEPUTUSAN AKHIR W 213

Proses dalam Analisis Grid boleh diringkaskan seperti berikut:


(a) Senaraikan pilihan anda sebagai baris dalam jadual dan senaraikan faktor
dalam lajur;
(b) Tentukan kepentingan setiap faktor dan letakkan nombor bagi
melambangkan kepentingan berbanding pilihan lain;
(c) Bagi setiap pilihan faktor, beri markah dalam julat 0 (lemah) kepada 5
(sangat baik) sehingga jadual penuh.
(d) Darab markah bagi setiap pilihan dengan pemberat yang ditentukan untuk
setiap faktor pada No.2 di atas; dan
(e) Tambah markah bagi setiap pilihan dan banding keputusan keseluruhan
untuk mencapai keputusan anda.

Jadual 10.1 memberi ilustrasi proses dalam Analisis Grid.

Jadual 10.1: Analisis Grid Menunjukkan Penilaian pemberat Bagaimana Setiap Jenis
Kereta Memuaskan Setiap Faktor
Ruang
Faktor Kos Board Keselesaan Kegembiraan Paparan Jumlah
Simpan
Berat 4 5 1 2 3 4 19
Kereta 4 0 0 2 9 12 27
Sukan
SUV/ 4x4 0 15 2 4 3 4 28
Kereta 8 10 1 6 0 0 25
Keluarga
Wagon 8 15 3 6 0 4 36
Sumber: http://www.mindtools.com/pages/article/newTED_03.htm

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


214 X TOPIK 10 STRATEGI DAN ALAT BAGI MEMBUAT KEPUTUSAN AKHIR

AKTIVITI 10.2

Menggunakan Jadual 10.1 sebagai templet, bina analisis grid untuk


membuat keputusan. Satu contoh yang baik adalah untuk menentukan,
sama seperti di atas, kereta apa yang hendak dibeli untuk diri sendiri.
Isikan jadual yang setara untuk menentukan bagaimana anda akan
sampai kepada pembuatan keputusan.

10.4.2 Analisis Pokok Keputusan: Memilih antara


Pilihan-pilihan dengan Tumpuan kepada Hasil
Berkemungkinan Berlaku
Pokok Keputusan adalah alat yang boleh digunakan untuk membolehkan anda
memilih daripada beberapa kemungkinan tindakan. Dengan menggambarkan
risiko dan pilihan yang berkaitan dengan setiap pilihan tindakan membolehkan
anda untuk menimbang akibat kebarangkalian keputusan sebelum anda benar-
benar membuat keputusan tersebut.

Rajah 10.1 menunjukkan gambaran pokok keputusan mudah. Ikut cara berikut
untuk melukis pokok keputusan:
(a) Keputusan anda dilambangkan dengan sebuah kotak di bahagian kiri
kertas anda;
(b) Lukiskan garisan ke bahagian kanan dari kotak itu bagi memberi gambaran
setiap kemungkinan keputusan;
(c) Di hujung setiap garisan, pertimbangkan keputusan bagi pemilihan. Jika
pemilihan membawa kepada keputusan yang jelas jadikan ia pengakhiran
garisan. Jika pemilihan membawa kepada keputusan yang samar
tunjukkan ia dengan melukis bulatan. Jika satu lagi pemilihan perlu dibuat
tunjukkan dengan melukis satu lagi kotak; dan
(d) Teruskan proses ini sehingga kesemua hasil anda telah dilukis dengan jelas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 STRATEGI DAN ALAT BAGI MEMBUAT KEPUTUSAN AKHIR W 215

Rajah: 10.1: Contoh Pokok Keputusan

Pokok Keputusan boleh menjadi sangat rumit dan juga boleh melibatkan
nilai yang dikira bagi setiap nod. Layari laman sesawang berikut untuk
maklumat lanjut dan contoh bagaimana untuk membina pokok keputusan
yang berkesan.
• http://www.trans4mind.com/counterpoint/swinton4.shtml
• http://www.time-management-guide.com/decision-tree.html
• http://www.scenarioplus.org.uk/download_diagrams_text.html

10.4.3 PMI: Menimbang Persetujuan dan Penolakan


Keputusan
PMI bermakna „Plus/Minus/Interesting‰ (Campur, Tolak, Menarik) dan ia alat
yang sangat mudah serta berguna untuk membuat keputusan yang cepat dan
berkesan. Juga amat berguna bagi menentukan sama ada anda perlu membuat
keputusan di peringkat awal kerana ada ketikanya pilihan terbaik mungkin
adalah tidak mengambil tindakan langsung.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


216 X TOPIK 10 STRATEGI DAN ALAT BAGI MEMBUAT KEPUTUSAN AKHIR

Sama seperti Analisis Grid, PMI juga dalam bentuk jadual:


(a) Buat jadual dengan tiga lajur dengan label Plus, Minus dan Interesting;
(b) Dalam lajur Plus, senaraikan semua akibat positif daripada pengambilan
tindakan tertentu;
(c) Dalam lajur Minus, senaraikan semua akibat negatif;
(d) Dalam lajur Interesting, tulis sebarang implikasi, ketidaktentuan, komen
dsb yang mungkin mempengaruhi keputusan atau mengubah pilihan ada;
dan
(e) Berikan markah positif atau negatif bagi setiap poin kemudian jumlahkan
markah bagi menunjukkan tindakan mana yang perlu diambil; jika ada.

Contoh di bawah menunjukkan bagaimana kaedah PMI dilakukan.

Sekiranya seorang ahli profesional muda sedang memilih di mana hendak


tinggal. Soalan beliau, „Adakah saya perlu berpindah ke bandar besar?‰ Beliau
melakar jadual PMI seperti Jadual 10.2

Jadual 10.2: Menimbang Kelebihan dan Kekurangan Sebuah Keputusan

Plus Minus Interesting


Banyak perkara berlaku Perlu jual rumah (-6) Lebih mudah untuk
(+5) mencari kerja baru? (+1)
Lebih mudah berjumpa Lebih banyak pencemaran Bertemu lebih ramai orang?
kawan-kawan (+5) (-3) (+2)
Lebih mudah ke banyak Kurang ruang (-3) Sukar menyiapkan kerja
tempat (+3) sendiri? (-4)
Tiada luar bandar (-2)
Susah ke tempat kerja (-4)
+13 -18 -1
Sumber: http://www.mindtools.com/pages/article/newTED_05.htm

AKTIVITI 10.3
Semak semula contoh pembentukan kerangka PMI dalam laman
sesawang berikut:

http://lpg.fsu.edu/charting /InstructionalStrategies/howto-
tactics/ht-k5epmifr.asp#UseInLesson.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 STRATEGI DAN ALAT BAGI MEMBUAT KEPUTUSAN AKHIR W 217

Terdapat beberapa alat pembuatan keputusan lain yang tidak dibincangkan. Ini
termasuk Analisis Pareto, Analisis Perbandingan Berpasangan, Analisis Force
Field, Teknik Enam Topi Pemikiran dan Analisis Kos/Keuntungan. Anda
dijemput untuk meneroka teknik ini dengan mencari informasi di internet.
Sebahagian daripada teknik ini seperti Analisis Kos/Keuntungan adalah spesifik
kepada senario bisnes manakala yang lain seperti Teknik Enam Topi Pemikiran
mungkin bermanfaat dalam pembuatan keputusan individu.

Gunakan lama sesawang di bawah sebagai langkah permulaan untuk


mendapatkan maklumat lanjut bagi teknik-teknik berikut:
(a) Analisis Pareto
http://www.mindtools.com/pages/article/newTED_01.htm;
(b) Analisis Perbandingan Berpasangan
http://www.trans4mind.com/counterpoint/swinton4.shtml dan
http://wwwmindtools.com/pages/article/newTED_02.htm;
(c) Analisis Force Field
http://www.mindtools.com/pages/article/newTED_06.htm;
(d) Teknik Enam Topi Pemikiran
http://www.mindtools.com/pages/article/newTED_07.htm

AKTIVITI 10.4

Imbas kembali masa anda buat keputusan untuk mengambil kursus


yang anda ikuti sekarang. Gunakan alat pembuatan keputusan yang
diberikan dalam bahagian ini untuk melihat keputusan anda dari
perspektif berbeza. Adakah keputusan anda akan berbeza sekiranya
anda menggunakan alatan ini waktu itu?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


218 X TOPIK 10 STRATEGI DAN ALAT BAGI MEMBUAT KEPUTUSAN AKHIR

10.5 BEBERAPA PANDUAN BAGI


PEMBUATAN KEPUTUSAN AKHIR
Poin di bawah hanyalah sebahagian daripada garis panduan umum kepada
pembuatan keputusan yang baik. Kebanyakannya adalah „common sense‰ dan
anda mungkin telah memikirkannya di masa tertentu.
(a) Buat keputusan hanya pada keputusan yang anda perlu buat sahaja.
(b) Membuat keputusan adalah dengan membuat pemilihan daripada pelbagai
alternatif. Ia bukanlah membuat pilihan antara betul dengan salah.
(c) Elakkan daripada membuat keputusan yang terburu-buru. Buat segera bagi
keputusan boleh berubah tetapi ambil masa bagi keputusan yang tidak
boleh berubah.
(d) Buat keputusan bila mana masih ada masa. Ini kerana membuat pilihan
tepat di masa yang salah sama seperti membuat keputusan yang salah di
masa yang betul.
(e) Tulis pemikiran anda sewaktu membuat keputusan. Nota dan idea anda
akan membantu anda menimbangkan semua informasi berkaitan bila
membuat keputusan akhir.
(f) Pemikiran anda akan menjadi lebih jelas dan hujah menjadi lebih senang
difahami sekiranya anda menyenaraikan kelebihan dan kelemahan setiap
tindakan. Ini juga akan menjadikan keputusan yang dibuat lebih mantap.
(g) Jangan biarkan keputusan yang kecil terkumpul menjadi keputusan yang
besar, pemutusan kompleks, yang mungkin akan membebankan dan
menjadi sukar untuk ditangani. Buat keputusan yang kecil dari semasa ke
semasa.
(h) Mereka yang terlibat dalam keputusan anda perlu turut dilibatkan dalam
proses pembuatan keputusan bila mana perlu. Ini akan meningkatkan
komitmen mereka.
(i) Anda tidak mungkin mendapat kepastian sepenuhnya bahawa anda telah
membuat keputusan yang tepat kerana kesan keputusan anda hanya akan
berlaku di masa akan datang. Buat keputusan dan jangan risaukannya lagi.
(j) Gunakan pendekatan OAR dalam pembuatan keputusan. Lihat pada O
(objektif) yang ingin dicapai, A (alternatif) yang ada untuk anda dan R
(risiko) terhadap alternatif yang anda sedang pertimbangkan.
(k) Ingat bahawa tidak membuat keputusan adalah keputusan untuk tidak
mengambil tindakan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 STRATEGI DAN ALAT BAGI MEMBUAT KEPUTUSAN AKHIR W 219

(l) Yakin pada diri sendiri untuk membuat keputusan dan berupaya untuk
menghadapi akibat sewajarnya.
(m) Jangan buang masa membuat keputusan yang tidak perlu dibuat.
(n) Tentukan langkah alternatif sesuatu tindakan sebelum mengumpul data.
(o) Sekiranya anda membuat keputusan individu sebagai ganti keputusan
kumpulan, berhati-hati bahawa ada kemungkinan kurang komitmen
daripada mereka yang terlibat.
(p) Proses pembuatan keputusan anda perlu memasukkan rancangan
perlaksanaan.
(q) Anda perlu melangkah ke hadapan apabila keputusan sudah dibuat. Kesan
keputusan tersebut telah pun berjalan. Oleh itu jangan toleh ke belakang
atau menyesal. Ia adalah langkah yang betul pada masa tersebut. Apakah
langkah sepatutnya sekarang?
(r) Buat gambaran mental bagaimana anda hendak melaksanakan keputusan
dan bayangkan hasilnya.
(s) Bagi mendapatkan idea yang segar, anda boleh dapatkan komitmen
daripada kakitangan anda sekiranya anda libatkan mereka dalam sesi
sumbang saran yang dijalankan.
(t) Jangan ambil masa terlalu lama untuk membuat pertimbangan, mahupun
memikirkan keputusan. Buat dan laksanakannya.
(u) Setelah keputusan dibuat, usah fikirkan „apa kalau‰ dan beri komitmen
kepada melaksanakan rancangan tindakan anda.

• Terdapat dua pendekatan utama pembuatan keputusan dalam organisasi


terdiri daripada kaedah autoritarian iaitu seorang eksekutif membuat
keputusan bagi kumpulan dan keadah kumpulan yang mana kumpulan
menentukan apa yang hendak dilakukan.

• Terdapat dua jenis sesi pembuatan keputusan kumpulan iaitu diskusi bebas
di mana masalah dibentangkan untuk kumpulan bincangkan; dan diskusi
perkembangan atau diskusi berstruktur yang mana masalah dipecahkan
kepada langkah-langkah dan bahagian-bahagian kecil dengan matlamat
khusus.

• Terdapat beberapa strategi digunakan untuk memilih daripada beberapa


keputusan ă Optimising, Satisficing, Maximax dan Maximin.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


220 X TOPIK 10 STRATEGI DAN ALAT BAGI MEMBUAT KEPUTUSAN AKHIR

• Terdapat banyak cara untuk membuat keputusan akhir, untuk mendapat


keputusan penyelesaian atau mencari persetujuan. Sebahagian daripada cara
yang popular dalam membuat keputusan termasuklah persetujuan, sebulat
suara, tolak ansur, undi majoriti, keputusan oleh ketua dan timbang tara.

• Banyak model pembuatan keputusan yang boleh digunakan. Ini termasuklah


keputusan yang dibuat oleh autoriti tanpa keputusan kumpulan, keputusan
oleh pakar, keputusan dengan mempuratakan pandangan-pandangan
individu, keputusan oleh pihak berautoriti setelah diskusi kumpulan,
keputusan oleh minoriti, keputusan oleh undi majoriti dan keputusan
dengan persetujuan sebulat suara. Keputusan dengan persetujuan sebulat
suara mungkin sebagai alatan paling berguna yang mempunyai kesan positif
berhubung dengan pembuatan keputusan berpasukan lama.

• Terdapat beberapa alatan atau teknik yang boleh digunakan untuk mencapai
keputusan yang bersesuaian. Alatan ini membantu untuk melakar kesan
keputusan, melaksana kepentingan faktor individu dan memilih jalan terbaik
untuk diambil. Contoh bagi alatan pembuatan keputusan ini termasuklah:
- Analisis Grid ă membuat pemilihan antara pilihan yang baik;
- Pokok Keputusan ă pemilihan antara pilihan dengan memberi tumpuan
kepada hasil berkemungkinan berlaku;
- PMI ă menimbang persetujuan dan penolakkan sebuah keputusan;
- Analisis Force Field ă menganalisis tekanan yang menyokong dan
menentang perubahan;
- Analisis Pareto - memilih perubahan paling penting untuk dibuat;
- Analisis Perbandingan Berpasangan ă menilai kepentingan relatif pilihan
berbeza;
- Enam Topi Pemikiran ă melihat keputusan dari pelbagai arah;
- Analisis Kos/Keuntungan ă mengambil kira sama ada perubahan wajar
dilakukan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 STRATEGI DAN ALAT BAGI MEMBUAT KEPUTUSAN AKHIR W 221

Analisis Grid Pembuatan Keputusan Autoritarian


Analisis Pokok Pembuatan Keputusan Kumpulan
Diskusi Bebas PMI
Diskusi Perkembangan

1. Terdapat dua pendekatan utama pembuatan keputusan dalam organisasi


iaitu kaedah autoritarian dan kaedah kumpulan. Bandingkan kedua-dua
kaedah tersebut.
2. Terdapat beberapa strategi digunakan untuk memilih keputusan. Berikan
satu contoh dan terangkannya secara ringkas.
3. Terdapat tujuh kaedah/proses yang mana sebuah pasukan mungkin
menggunanya untuk membuat keputusan. Apakah tujuh kaedah ini?
Bincang dan bandingkan kelebihan dan kelemahan mana-mana dua
daripada tujuh kaedah itu.
4. Terdapat beberapa alatan yang boleh digunakan untuk mencapai sesuatu
keputusan yang sesuai. Alatan ini membantu anda untuk melakar
kemungkinan kesan keputusan, menentukan kepentingan faktor individu
dan memilih jalan terbaik untuk diambil. Jelaskan berserta contoh
penggunaan satu daripada alatan ini.
5. Bandingkan antara Analisis Pareto dan Analisis Perbandingan
Berpasangan.
6. Apakah teknik pembuatan keputusan PMI? Bilakah teknik ini patut
digunakan?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


222 X TOPIK 10 STRATEGI DAN ALAT BAGI MEMBUAT KEPUTUSAN AKHIR

Bellamy, L., Evans, D. L., Linder, D. E., McNeill, B. W., & Raupp, G. (1994). Team
training workbook. Arizona State University. Retrieved August 2008 from
http://www.eas.asu.edu/~asufc/teaminginfo/teamwkbk.pdf.

Buttler, G. A. (2007). Whole brain thinking. Retrieved August 2008 from


http://holistic-personal-development.com/2007/11/13/whole-brain-
thinking/

Dudiy, S. (2005). Use a decision tree analysis to systematically arrive at your


martest choice. Retrieved August 2008 from http:// www.time-
managementguide.com/decision-tree.html

Infinite Innovations Ltd. (2006). Retrieved from www.brainstorming.co.uk

MindTools.com. (2010). Decision making techniques. Retrieved August 2008


from http://www.mindtools.com/pages/main/mewMN_TED.htm

Johnson, D. W., & Johnson, F. P. (2000). Group theory and Group Skills. 7th. ed.
Boston: Allyn and Bacon.

Ministry of Education (New Zealand). (n.a.). The evidence-driven decision


making cycle. Retrieved August 2008 from
http://www.tki.org.nz/r/governance/consider/decision-making-
cycle_e.php

Swinton, L. (n.a.). Kurt LewinÊs force field analysis: Decision making made easy.
Retrieved from August 2008
http://trans4mind.com/counterpoint/swinton4.shtml

Wikipedia. (2010). Decision making. Retrieved August, 2008, from


http://en.wikipedia.org/wiki/Decision_making

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


MODULE FEEDBACK
MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:

1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my

OR

2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myINSPIRE.

Thank you.

Centre for Instructional Design and Technology


(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi )
Tel No.: 03-27732578
Fax No.: 03-26978702

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

You might also like