You are on page 1of 216

Asas Keusahawanan

i
ii
PPME1013

Asas Keusahawanan
Norashidah Hashim
Ooi Yeng Keat
Mohd. Salleh Hj. Din
Hoe Chee Hee
Shuhymee Ahmad
Habshah Bakar
Mohd. Noor Mohd. Shariff
Armanurah Mohamad
Lily Julienti Abu Bakar
Norita Deraman
Muhammad Nasri Md. Hussain

Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE)


Universiti Utara Malaysia
Sintok • 2009

iii
ISBN 983-2870-94-1

Cetakan Pertama, 2004


Cetakan Kedua, 2006
Cetakan Ketiga, 2007
Cetakan Keempat, 2008
Cetakan Kelima, 2009
© Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE)

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa
jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Pusat Pendidikan Profe-
sional dan Lanjutan (PACE), Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok,
Kedah Darul Aman.

Siri Modul Kendiri merupakan bentuk bahan pengajaran dan pembelajaran


kendiri di bawah Program Pengajian Luar Kampus, Universiti Utara Malaysia.
Siri Modul Kendiri diterbitkan tanpa melalui proses penilaian. Mutu Siri Modul
Kendiri ini diperbaiki dari semasa ke semasa berdasarkan maklum balas
daripada aktiviti pengajaran. Edaran buku ini terhad dalam kawasan Universiti
Utara Malaysia sahaja.

iv
KANDUNGAN

Prakata xiii
Kata Kunci xv
Objektif Modul xvii
Pendahuluan xix

BAB 1 PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

Objektif Bab 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Perkembangan Pendidikan Keusahawanan di Institusi
Pendidikan Tinggi 2
1.3 Manfaat Pembangunan Keusahawanan 2
1.3.1 Manfaat Keusahawanan kepada Individu 2
1.3.2 Manfaat Keusahawanan kepada Masyarakat 2
1.3.3 Manfaat Keusahawanan kepada Negara 2
1.4 Konsep Keusahawanan 2
1.5 Istilah Usahawan 3
1.6 Usahawan, Peniaga Kecil dan Keusahawanan 3
1.6.1 Apakah Perbezaan Usahawan dengan Peniaga Kecil? 3
1.6.2 Hubungan Keusahawan dengan Usahawan 4
1.7 Teori dan Pendapatan Keusahawanan 4
1.8 Sudut Makro 5
1.8.1 Aspek Persekitaran 5
1.8.2 Aspek Kewangan/Modal 5
1.8.3 Aspek Anjakan (Displacement) 5
1.9 Sudut Mikro 6
1.10 Mitos Pembangunan Keusahawanan 6
1.10.1 Mitos Umum 6
1.10.2 Mitos Spesifik Mengenai Peniagaan Pertumbuhan
Tinggi 9
1.11 Trend Terkini Keusahawanan 10
1.11.1 Skop Keusahawanan 10
1.11.2 E-dagang 10
1.12 Kesimpulan 10
Soalan Penilaian Kendiri 11

BAB 2 PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN


DI MALAYSIA

Objektif bab 13
2.1 Pendahuluan 13
2.2 Pembangunan Keusahawanan 13
2.3 Tahap Pembangunan Keusahawanan 14

v
2.3.1 Budaya Keusahawanan 14
2.4 Model Pembangunan Keusahawanan – Pendekatan antara
Disiplin 15
2.4.1 Pembangunan Budaya Keusahawanan 17
2.4.2 Kesan Sosiolisasi 17
2.4.3 Jaringan Keusahawanan 17
2.4.4 Pendidikan Keusahawanan 18
2.4.5 Kesan Budaya dan Agama 18
2.5 Hubungan Usahawan dan Budaya Keusahawanan 18
2.6 Hubungan Idea Keusahawanan dengan Kerjaya Jangka
Panjang sebagai Usahawan 18
2.6.1 Kesan Faktor-Faktor ke Atas Pemilihan Kerjaya 19
2.7 Persepsi Kebolehlaksanaan 19
2.8 Ringkasan: Ke Arah Pembentukan Model Pembangunan
Keusahawanan dan Kerjaya kepada Keusahawanan 19
2.9 Pembangunan Keusahawanan di Malaysia 20
2.9.1 Kumpulan Sasaran MPPB 20
2.10 Cabaran kepada Pembangunan Keusahawanan dalam
Konteks Pembentukan MPPB 21
2.11 Kesimpulan 22
Soalan Penilaian Kendiri 22

BAB 3 KEUSAHAWANAN DARI PERSPEKTIF ISLAM

Objektif Bab 23
3.1 Pendahuluan 23
3.2 Ciri-Ciri Usahawan dari Perspektif Islam 25
3.3 Etika Keusahawanan Islam 34
3.4 Prinsip Asas Etika Keusahawanan Islam 35
3.5 Prinsip Khusus Etika Perniagaan dan Keusahawanan Islam 39
3.6 Kesimpulan 44

BAB 4 MENGENALI CIRI-CIRI USAHAWAN

Objektif Bab 47
4.1 Pendahuluan 47
4.2 Ciri-Ciri Usahawan Berjaya 48
4.2.1 Berinisiatif 48
4.2.2 Bertanggungjawab 49
4.2.3 Kerajinan, Komitmen, Keazaman dan Ketabahan 49
4.2.4 Berorientasi kepada Peluang 49
4.2.5 Kreatif dan Inovatif 49
4.2.6 Mengambil Risiko yang Sederhana 50
4.2.7 Berorientasi Matlamat dan Wawasan 50
4.2.8 Mencari Maklumat 51
4.2.9 Mencari dan Menggunakan Maklum Balas 51
vi
4.2.10 Kebolehan Menyelesaikan Masalah 51
4.2.11 Kejujuran dan Menepati Janji 52
4.2.12 Menitikberatkan Mutu Kerja yang Tinggi 52
4.2.13 Berkeyakinan Diri dan Optimistik 52
4.2.14 Motivasi untuk Kejayaan dan Berkembang Maju 53
4.2.15 Lokus Kawalan Dalaman (Internal Locus of Control) 53
4.2.16 Kesanggupan Belajar daripada Kesilapan 53
4.2.17 Keupayaan Mengurus 53
4.2.18 Berorientasikan Kecekapan 54
4.2.19 Tahap Tenaga yang Tinggi 54
4.2.20 Berorientasikan Masa Depan 54
4.2.21 Menggunakan Strategi-Strategi Pengaruh 54
4.3 Perbezaan antara Usahawan dan Peniaga 55
4.4 Perbezaan antara Usahawan dan Pengurus 56
4.5 Penilaian Diri Usahawan 57
4.6 Profil Usahawan Berjaya di Malaysia 58
4.7 Kesimpulan 62
Soalan Penilaian Kendiri 62
Jawapan Soalan dalam Teks 63

BAB 5 MEMBANGUNKAN KREATIVITI DAN


INOVASI USAHAWAN

Objektif Bab 67
5.1 Pendahuluan 67
5.2 Apakah Kreativiti? 67
5.2.1 Proses Kreatif 68
5.2.2 Ciri-Ciri Manusia Kreatif 69
5.3 Apakah Inovasi? 70
5.3.1 Jenis-Jenis Inovasi 70
5.3.2 Sumber-Sumber Inovasi 71
5.4 Kepentingan Kreativiti dan Inovasi dalam Keusahawanan 73
5.5 Halangan terhadap Kreativiti dan Inovasi 74
5.6 Teknik-Teknik Melahirkan Idea Kreatif 75
5.7 Kesimpulan 77
Soalan Penilaian Kendiri 78
Jawapan Soalan dalam Teks 78

BAB 6 MENILAI PERSEKITARAN USAHA


TEROKA

Objektif Bab 81
6.1 Pendahuluan 81
6.2 Komponen Persekitaran 82
6.3 Pengaruh Persekitaran Luaran Umum 84

vii
6.3.1 Persekitaran Makro-Politik dan Undang-Undang 84
6.3.2 Persekitaran Ekonomi 84
6.3.3 Persekitaran Sosiobudaya 85
6.3.4 Persekitaran Teknologi 86
6.4 Persekitaran Luaran Khusus (Industri) 87
6.4.1 Pelanggan 87
6.4.2 Pembekal 88
6.4.3 Pengaruh Kerajaan 88
6.4.4 Institusi Kewangan 88
6.4.5 Pesaing 89
6.4.6 Pertubuhan Bukan Kerajaan 89
6.5 Pengaruh Persekitaran Dalaman 89
6.5.1 Sumber 90
6.5.2 Struktur dan Budaya 90
6.6 Kesimpulan 91
Soalan Penilaian Kendiri 91
Jawapan Soalan dalam Teks 92

BAB 7 MENGENAL PASTI, MENJANA, MENILAI


DAN MEMILIH PELUANG PERNIAGAAN

Objektif Bab 93
7.1 Pendahuluan 93
7.1.1 Sumber-Sumber Idea 94
7.1.2 Kaedah-Kaedah Menjana Idea 96
7.1.3 Proses Menilai dan Memilih Peluang-Peluang
Perniagaan 98
7.1.4 Proses Merealisasikan Idea 102
7.2 Strategi Memulakan Perniagaan 106
7.2.1 Memulakan Sendiri 106
7.2.2 Mengambil Alih Perniagaan Sedia Ada 109
7.2.3 Perniagaan Francais 111
7.2.4 Pakatan Strategik 114
7.2.5 Jualan Langsung 116
7.3 Kesimpulan 119
Soalan Penilaian Kendiri 120
Jawapan Soalan dalam Teks 121

BAB 8 MEMULAKAN USAHA TEROKA


KEUSAHAWANAN

Objektif Bab 123


8.1 Pendahuluan 123
8.2 Faktor Kritikal Memulakan Perniagaan 123
8.2.1 Keunikan 124

viii
8.2.2 Saiz Pelaburan 125
8.2.3 Jangkaan Pertumbuhan Jualan dan Keuntungan 125
8.2.4 Kesediaan Produk 126
8.2.5 Kesediaan Pelanggan 126
8.3 Cabaran Memulakan Perniagaan 127
8.4 Aspek Perundangan dalam Memulakan Perniagaan 128
8.4.1 Bentuk dan Tatacara Perniagaan di Malaysia 128
8.4.2 Bentuk Perniagaan di Malaysia 128
8.5 Sumber Modal Usahawan 132
8.6 Jaringan Keusahawanan 134
8.6.1 Konsep Jaringan 134
8.6.2 Jenis-Jenis Jaringan Keusahawanan 135
8.6.3 Kepentingan Jaringan Keusahawanan 136
8.6.4 Strategi Membangunkan Jaringan Kerja 138
8.7 Kesimpulan 139
Soalan Penilaian Kendiri 140
Jawapan Soalan dalam Teks 140

BAB 9 PENGENALAN KEPADA RANCANGAN


PERNIAGAAN

Objektif Bab 143


9.1 Pendahuluan 143
9.2 Definisi Rancangan Perniagaan 144
9.3 Tujuan Penyediaan Rancangan Perniagaan 145
9.4 Komponen Rancangan Perniagaan 146
9.4.1 Ringkasan Eksekutif 146
9.4.2 Deskripsi Perniagaan 146
9.4.3 Analisis Pasaran 147
9.4.4 Rancangan Pengeluaran atau Operasi 147
9.4.5 Rancangan Organisasi 147
9.4.6 Rancangan Pemasaran 148
9.4.7 Rancangan Kewangan 149
9.4.8 Penilaian Risiko dan Pulangan 149
9.5 Format Rancangan Perniagaan 150
9.6 Persembahan dan Penilaian Rancangan Perniagaan yang
Mantap 153
9.7 Kesimpulan 154
Soalan Penilaian Kendiri 154
Jawapan Soalan dalam Teks 154

BAB 10 TEKNOUSAHAWAN

Objektif Bab 157


10.1 Pendahuluan 157

ix
10.2 Konsep Teknousahawan 157
10.3 Jenis-Jenis Teknousahawan 158
10.3.1 Bioteknologi 159
10.3.2 Agroteknologi 159
10.3.3 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 160
10.3.4 Automotif 161
10.4 Kepentingan Teknousahawan 162
10.4.1 Melahirkan Lebih Ramai Usahawan yang Kreatif
dan Inovatif 162
10.4.2 Produk yang Berkualiti 162
10.4.3 Memudahkan Pencapaian Maklumat 163
10.4.5 Meningkatkan Taraf Hidup Masyarakat 163
10.5 Cabaran kepada Teknousahawan 164
10.5.1 Menarik Minat Usahawan Menceburi Bidang
Teknologi Tinggi 164
10.5.2 Masalah Kewangan 164
10.5.3 Kekurangan Tenaga Kerja Mahir 164
10.6 Kesimpulan 165
Jawapan Soalan dalam Teks 166

BAB 11 PELUANG PERNIAGAAN DI PASARAN


ANTARABANGSA UNTUK USAHAWAN

Objektif Bab 167


11.1 Pendahuluan 167
11.2 Persekitaran Perniagaan Antarabangsa 168
11.3 Kenapa Usahawan Perlu Menceburi Perniagaan Global? 168
11.4 Halangan kepada Perdagangan Antarabangsa 169
11.5 Perjanjian Perdagangan Antarabangsa 171
11.5.1 General Agreement on Tariffs and Trade (GATT) 171
11.5.2 Organisasi Perdagangan Dunia (World Trade
Organization – WTO) 172
11.5.3 Asean Free Trade Area (AFTA) 172
11.5.4 European Union (EU) 172
11.5.5 North American Free Trade Agreement (NAFTA) 173
11.6 Kaedah untuk Mengembang ke Pasaran Antarabangsa 173
11.6.1 Pengeksportan 174
11.6.2 Pengimportan 174
11.6.3 Pertukaran Barang dengan Barang (Barter Trade) 174
11.6.4 Usaha Sama 174
11.6.5 Pelaburan Langsung 175
11.6.6 Pelesenan 175
11.6.7 Francais Antarabangsa 175
11.7 Kesimpulan 176

x
Soalan Penilaian Kendiri 177
Jawapan Soalan dalam Teks 177

BIBLIOGRAFI 179

LAMPIRAN A : Jawapan Soalan Penilaian Kendiri 185


LAMPIRAN B1 : Soal Selidik Penilaian Diri 193
LAMPIRAN B2 : Borang Profil Kempetensi Keusahawanan
Diri 201

xi
xii
PRAKATA

Siri Modul Asas Keusahawanan merupakan bahan pengajaran dan


pembelajaran yang ditawarkan oleh Pusat Pendidikan Profesional dan
Lanjutan (PACE), Universiti Utara Malaysia di bawah program
pendidikan jarak jauh.

Modul ini membincangkan bidang keusahawanan secara teori dan


praktikal. Pemusatan modul ini adalah memfokuskan kepada
perkembangan keusahawanan secara kontemporari. Melalui pembacaan
dan pemahaman modul ini, pelajar diharap mendapat pendedahan
seterusnya mengenai isu-isu semasa dan perkembangan dalam bidang
keusahawanan.

Modul ini ditulis dan direka bentuk khas untuk kegunaan pelajar program
pendidikan jarak jauh. Justeru itu, terdapat Soalan Dalam Teks (SDT) di
setiap bab bertujuan untuk menguji pemahaman pelajar terhadap sesuatu
pelajaran. Jawapan juga disediakan di akhir bab atau modul khusus.

Memandangkan modul ini adalah edisi pertama, para penulis mengalu-


alukan sebarang komen dan cadangan bagi mempertingkatkan lagi fakta
dan isi kandungan modul ini agar sentiasa membawa maklumat yang
terkini kepada pelajar. Sebarang komen dan cadangan hendaklah
dikemukakan terus kepada:

Ketua Jabatan Keusahawanan,


Fakulti Pengurusan Perniagaan,
Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok,
Kedah.

xiii
xiv
KATA KUNCI

Terdapat beberapa lambang yang akan anda lihat di dalam modul ini.
Lambang tersebut memberi maksud tertentu seperti yang dinyatakan di
bawah. Lambang ini disediakan bagi membimbing dan melengkapkan
proses pengajaran dan pembelajaran anda.

Soalan Dalam Teks (SDT) adalah soalan latihan yang


merujuk kepada perbincangan dalam teks yang dipelajari.
Contoh jawapan disediakan di akhir setiap bab.

Soalan Penilaian Kendiri (SPK) adalah soalan ulang kaji


yang berkaitan dengan keseluruhan perbincangan bab.
Cadangan jawapan disediakan di akhir modul kursus.

Anda boleh menyemak jawapan latihan anda dengan


cadangan/skema jawapan yang disediakan di akhir bab
atau modul kursus.

Anda dikehendaki berfikir sejenak tentang situasi di


sekeliling anda atau mengimbas kembali pelajaran yang
lepas. Pelbagai soalan berkaitan dengan pelajaran anda
akan dikemukakan.

xv
xvi
OBJEKTIF MODUL

Di akhir pembelajaran modul ini, pelajar seharusnya dapat:

1. Mendefinisikan konsep dan fungsi bidang keusahawanan.


2. Mengenal pasti kepentingan keusahawanan kepada individu,
masyarakat dan negara.
3. Menerangkan aspek-aspek penting dalam pembangunan
keusahawanan.
4. Membincangkan aspek keusahawanan dari perspektif Islam.
5. Mengenal pasti ciri-ciri dan profil usahawan yang berjaya.
6. Menghuraikan konsep kreativiti dan inovasi dalam bidang
keusahawanan.
7. Membincangkan pengaruh komponen persekitaran yang
mempengaruhi aktiviti keusahawanan.
8. Menyediakan Rancangan Perniagaan untuk tujuan memulakan
usaha teroka.
9. Menjelaskan proses pembentukan usaha teroka daripada idea
yang dijanakan.
10. Mengetahui sebab-sebab usahawan mengembangkan
perniagaan ke peringkat global.

xvii
xviii
PENDAHULUAN

Bidang keusahawanan telah memainkan peranan penting dalam


pembangunan ekonomi sesebuah negara. Dalam hal ini, kerajaan melalui
agensinya telah melancarkan banyak program pembangunan
keusahawanan dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan yang
berketerampilan dan berwawasan. Selain sebagai pemangkin
pembangunan ekonomi negara, bidang keusahawanan juga dilihat sebagai
jalan penyelesaian kepada masalah pengangguran di negara kita.

Bidang keusahawanan telah diperkenalkan dalam pendidikan seawal


peringkat menengah persekolah dan seterusnya di peringkat Institusi
Pengajian Tinggi (IPT). Ini kerana IPT merupakan sumber bekalan
usahawan dan kerajaan telah mengambil beberapa langkah proaktif bagi
mencapai tujuan tersebut. Antaranya adalah seperti memperkenalkan
kursus keusahawanan dengan harapan dapat memupuk budaya
keusahawanan di kalangan pelajar. Oleh itu, modul Asas Keusahawanan
ini telah ditulis dan direka bentuk demi mencapai hasrat murni kerajaan.
Modul ini dihasilkan dengan menstruktur dan memberi gambaran secara
asas agar pelajar dapat menyelami bidang keusahawanan sebagai langkah
pengenalan kepada disiplin ini, khasnya kepada pelajar bukan jurusan
pengurusan perniagaan.

xix
BAB 1

PENGENALAN KEPADA
KEUSAHAWANAN

OBJEKTIF BAB

Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Menerangkan perkembangan pendidikan keusahawanan.
2. Meneliti manfaat keusahawanan.
3. Mengkaji konsep keusahawanan dan hubungannya dengan
perniagaan kecil.
4. Mengenal pasti mitos-mitos keusahawanan.
5. Mendedahkan trend terkini dalam keusahawanan.

1.1 PENDAHULUAN

Keusahawanan ialah ciri-ciri yang dimiliki oleh seseorang yang


membolehkan individu tersebut menghadapi cabaran dan mengenal pasti
sesuatu peluang dan seterusnya merebut peluang tersebut. Ciri-ciri positif
keusahawanan juga dipunyai oleh individu yang berjaya dalam hidup.
Individu ini terlibat dalam perniagaan usahawan dan berjaya
menyemarakkan ekonomi dan pembangunan. Justeru itu, tidak hairanlah
perkembangan pendidikan keusahawanan amat pesat sekali di peringkat
sekolah dan institusi pendidikan tinggi.

1.2 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN


DI INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

Keusahawanan adalah bidang baru tetapi telah berkembang dengan pesat


semenjak akhir 1970-an. Pada tahun-tahun 1970-an, hanya beberapa
buah universiti sahaja yang mengendalikan kursus keusahawanan. Kini,
kursus keusahawanan ditawarkan oleh lebih kurang 1000 buah universiti
di Amerika Syarikat. Universiti-universiti terkemuka di dunia juga turut
menawarkan kursus keusahawanan. Universiti-universiti tersebut
termasuklah Harvard University, Stanford University, Northwestern
University, The Wharton School (University of Pennsylvania), Columbia
University, Massachusetts Institute of Technology, Cambridge University
dan Babson College. Kursus keusahawanan ini bukan sahaja ditawarkan
kepada pelajar bidang perniagaan tetapi juga kepada pelajar bukan
perniagaan.
1
Perkembangan bidang keusahawananan dapat dilihat dengan
peningkatan jumlah institusi pendidikan tinggi menawarkan ijazah khusus
dalam bidang keusahawanan di peringkat sarjana muda dan juga sarjana.
Di peringkat kedoktoran, bidang keusahawanan telah mendapat tempat
di banyak universiti. Penglibatan pendidikan tinggi dalam pembangunan
keusahawanan dapat dicerminkan dengan penambahan pensyarah baru,
kursus baru, program baru, jabatan baru, institut baru, pusat baru, kursi
profesor, dan endowment dalam bidang keusahawanan.

1.3 MANFAAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN

Pembangunan keusahawanan mempunyai manfaat yang banyak kepada


individu, masyarakat dan negara.

1.3.1 Manfaat Keusahawanan kepada Individu

Individu yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan dapat membantu


melahirkan individu yang berjaya kerana ciri-ciri keusahawanan juga
merupakan antara ciri positif yang dimiliki oleh individu yang berjaya.
Individu yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan mempunyai daya
survival, daya tahan dan daya saing yang tinggi.

1.3.2 Manfaat Keusahawanan kepada Masyarakat

Masyarakat yang berbudaya keusahawanan yang tinggi berjaya


melahirkan anggota masyarakat yang berdikari dan berjaya. Masyarakat
yang berbudaya keusahawanan dapat melahirkan ramai usahawan.

1.3.3 Manfaat Keusahawanan kepada Negara

Usahawan menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan daya


saing negara di peringkat global. Mereka menghasilkan produk baru dan
memasarkannya ke seluruh dunia. Keusahawanan juga memberi peluang
pekerjaan kepada kumpulan yang terpinggir, sekali gus dapat
mengurangkan kadar pengangguran dan kemiskinan di kalangan
kumpulan tersebut.

1.4 KONSEP KEUSAHAWANAN

Keusahawanan adalah bidang ilmu yang baru. Penyelidik dan ahli


akademik masih tidak dapat menerima pakai satu konsep yang dapat
diterima oleh semua. Dengan itu, tidak hairanlah keusahawanan sering
disamakan dengan peniaga. Istilah usahawan dan keusahawanan
digunakan oleh berbagai lapisan masyarakat dengan membawa erti yang

2
berbeza. Seorang pekedai runcit yang berniaga secara kecil-kecilan juga
disebut sebagai usahawan. Dengan itu istilah keusahawanan, usahawan,
peniaga kecil harus diperjelaskan.

1.5 ISTILAH USAHAWAN

Istilah usahawan dipetik daripada perkataan “entrepreneur” dalam bahasa


Inggeris. Istilah dalam bahasa Inggeris ini berasal daripada istilah bahasa
Perancis, iaitu “entreprendre” yang bermaksud memikul (tugas) atau
mencuba. Pada tahun 1725, perkataan “entrepreneur” yang digunakan oleh
Richard Cantillon, seorang ahli ekonomi, jelas mengaitkan istilah ini
dengan kegiatan perniagaan.

Dalam bahasa Melayu, istilah usahawan adalah daripada perkataan asal


“usaha”. Perkataan “usaha” adalah berkaitan dengan ciri-ciri “daya upaya
(ikhtiar, kegiatan, perbuatan, dan lain-lain) untuk mencapai
(melaksanakan, menyempurnakan) sesuatu” (Kamus Dewan, 2000).

Ciri-ciri yang dimiliki oleh individu ini dikaitkan dengan ciri-ciri


keusahawanan termasuk daya usaha, motivasi, kreativiti, kepercayaan
pada diri sendiri yang tinggi serta keupayaan mengambil risiko. Di
kalangan usahawan, ciri-ciri ini amat terserlah sekali. Ciri-ciri ini juga
dimiliki oleh individu yang berjaya, walaupun mereka tidak menceburkan
diri dalam bidang perniagaan.

1.6 USAHAWAN, PENIAGA KECIL DAN KEUSAHAWANAN

Istilah usahawan sering disalahertikan atau disamakan dengan peniaga


kecil.

1.6.1 Apakah Perbezaan Usahawan dengan Peniaga Kecil?

Seorang peniaga kecil tidak semestinya seorang usahawan kerana seorang


peniaga kecil lazimnya tidak mempunyai ciri-ciri keusahawanan di tahap
yang tinggi. Seorang usahawan mempunyai ciri-ciri keusahawanan di
tahap yang tinggi dan menceburkan diri dalam perniagaan. Walaupun
peniaga kecil memerlukan sebahagian daripada ciri-ciri ini untuk
menjalankan perniagaan kecil mereka, kebanyakan peniaga kecil tidak
menunjukkan ciri keusahawanan di tahap yang tinggi (Gibb, 1987;
Bridge, O’Neill dan Cromie, 1998). Dengan itu, usahawan boleh
dibezakan dengan peniaga kecil dari sudut tahap ciri peribadi yang ada
pada individu.

3
Seorang usahawan ialah individu yang mempunyai ciri peribadi
keusahawanan yang ketara. Seorang peniaga kecil mungkin mempunyai
semua atau sebahagian daripada ciri-ciri tersebut tetapi pada tahap yang
tidak begitu ketara seperti yang dimiliki oleh usahawan.

Rajah 1.1 menunjukkan dengan lebih jelas hubungan peniaga kecil,


usahawan, dan individu yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan yang
tinggi.

Rajah 1.1
Hubungan Usahawan, Peniaga Kecil dan Individu
yang Mempunyai Ciri-Ciri Keusahawanan yang Tinggi

Individu yang Mempunyai Ciri


Keusahawanan yang Tinggi

Usahawan

Peniaga Kecil

1.6.2 Hubungan Keusahawanan dengan Usahawan

Keusahawanan membawa maksud lebih daripada sekadar menubuh dan


menjalankan perniagaan. Keusahawanan ialah ciri-ciri yang boleh
dibentuk dan diasah dalam diri individu dan ianya boleh dipaparkan di
dalam dan luar organisasi perniagaan, bukan perniagaan, termasuk
organisasi yang bukan bertujuan untuk mendapat keuntungan. Oleh itu
tidak hairanlah, ciri-ciri keusahawanan ini dipunyai oleh “social
entrepreneurs” atau “public sector entrepreneurs”. Mereka yang berjaya ini
tidak menceburkan diri dalam perniagaan sebaliknya menceburkan diri
dalam aktiviti kemasyarakatan.

1.7 TEORI DAN PENDEKATAN KEUSAHAWANAN

Ahli-ahli sains sosial telah mempelopori kajian secara mendalam


mengenai usahawan. Di antara ahli-ahli sains sosial, ahli-ahli ekonomilah
4
yang pertama sekali membincangkan tentang ilmu keusahawanan. Dua
orang ahli ekonomi yang menonjol ialah Richard Cantillon dan J.B. Say.
Mereka telah mempelopori kajian mengenai usahawan pada awal kurun
ke-18.

Kebanyakan kajian dalam bidang keusahawanan hanya membuat kajian


dari satu sudut bidang ilmu seperti ekonomi, sosiologi atau psikologi.
Kajian dari beberapa sudut ilmu ini jelas menunjukkan bahawa kajian
dalam bidang keusahawanan memerlukan pendekatan antara disiplin.
Ahli-ahli sains sosial telah berjaya mengemukakan beberapa teori dan
model keusahawanan. Ahli ekonomi, sosiologi dan psikologi merupakan
tiga golongan utama dalam sains sosial yang menjadikan keusahawanan
dan usahawan sebagai bidang kajian.

Pendekatan kepada keusahawanan boleh dilihat dari dua sudut, iaitu


sudut makro dan sudut mikro.

1.8 SUDUT MAKRO

Dari sudut makro, pemikiran keusahawanan boleh dipecahkan kepada


tiga, iaitu: pemikiran aspek persekitaran; pemikiran aspek kewangan dan
modal; dan pemikiran aspek “displacement” atau anjakan.

1.8.1 Aspek Persekitaran

Pandangan dari sudut ini menekankan pentingnya faktor persekitaran ke


atas keusahawanan (Van de Ven, 1993). Faktor ini boleh membantu atau
membantut pembangunan keusahawanan. Faktor persekitaran ini
termasuk pengaruh institusi sokongan, budaya dan individu tertentu serta
lain-lain faktor persekitaran yang boleh mempengaruhi kejayaan
seseorang usahawan.

1.8.2 Aspek Kewangan/Modal

Pandangan ini menekankan pentingnya sokongan kewangan atau modal


untuk menjamin kejayaan keusahawanan. Sokongan kewangan atau
modal dipandang amat penting dalam pembangunan keusahawanan.
Sokongan ini boleh berbentuk pinjaman untuk pembelian aset atau
sumber, modal kerja atau modal teroka.

1.8.3 Aspek Anjakan (Displacement)

Sudut ini mengambil pendekatan bahawa seseorang individu akan


menceburkan diri dalam keusahawanan apabila beliau diketepikan
daripada memilih atau mengikuti sesuatu kerjaya selain dari

5
keusahawanan. Anjakan ini boleh berbentuk anjakan politik, anjakan
budaya dan anjakan ekonomi.

1.9 SUDUT MIKRO

Sudut ini melihat pentingnya ciri-ciri keusahawanan yang dimiliki oleh


seseorang. Ciri-ciri ini didapati mempengaruhi kejayaan seseorang dalam
keusahawanan. Di antara ciri-ciri tersebut ialah motivasi ke arah kejayaan,
kreativiti, kesungguhan dan pengetahuan teknikal. Ciri-ciri ini dikatakan
amat ketara di kalangan usahawan yang berjaya (Shaver dan Scott, 1991).

Pendekatan tersebut secara berasingan telah didapati sukar untuk


membangun keusahawanan khususnya di peringkat memulakan
perniagaan. Justeru, Gartner (1985) mencadangkan empat aspek penting
dalam pembangunan keusahawanan, iaitu individu yang menceburkan
diri dalam perniagaan, organisasi yang dipilih untuk memulakan
perniagaan, persekitaran di sekeliling yang mempengaruhi perniagaan dan
proses serta tindakan yang diambil oleh individu tersebut semasa
memulakan perniagaan, persekitaran, proses dan organisasi.

1.10 MITOS PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN

Stereotaip mengenai usahawan adalah banyak. Begitu juga dengan mitos


pembangunan keusahawanan. Mitos ini timbul kerana mereka kurang
mendalami penemuan atau hasil penyelidikan dalam pembangunan
keusahawanan. Berikut ialah beberapa mitos umum dan mitos spesifik
yang utama serta realitinya yang berasaskan penyelidikan.

1.10.1 Mitos Umum

(a) Mitos 1: Usahawan ialah pelaksana bukan pemikir

Realiti: Walaupun usahawan lebih cenderung kepada perlaksanaan,


mereka juga sering berfikir. Sebenarnya usahawan memikir secara
mendalam mengenai rancangan tindakan yang akan diambil. Mereka juga
sudah merangka beberapa alternatif lain sekiranya rancangan mereka
tidak berjaya. Ini jelas menunjukkan bahawa usahawan adalah pemikir
dan juga pelaksana.

(b) Mitos 2: Usahawan dilahirkan bukan dibentuk

Realiti: Ada usahawan dan juga bukan usahawan yang menyatakan


bahawa usahawan itu dilahirkan dengan ciri-ciri semula jadi sebagai
usahawan. Walau bagaimanapun, penyelidikan telah membuktikan
bahawa keusahawanan boleh dibentuk. Keusahawanan tidak hanya

6
khusus kepada sesuatu ras atau golongan sahaja. Keusahawanan
mempunyai model dan proses pembangunan keusahawanan.

(c) Mitos 3: Usahawan seringnya seorang pencipta

Realiti: Walaupun ramai pencipta adalah juga usahawan, ramai usahawan


yang berjaya bukan terdiri daripada kalangan pencipta. Ramai usahawan
yang berjaya mempunyai dan menggunakan daya kreatif untuk mencapai
sesuatu kejayaan dalam bidang keusahawanan. Daya kreatif ini
sebenarnya boleh diasah dan dibentuk. Mereka tidak perlu menjadi
pencipta seperti Edison untuk menjadi seorang usahawan.

(d) Mitos 4: Usahawan ialah “academic and social misfits”

Realiti: Pandangan ini timbul keranan ramai daripada usahawan ialah


mereka yang tercicir dari sekolah atau gagal dalam peperiksaan. Ada yang
terpaksa memilih kerjaya sebagai usahawan kerana dibuang kerja dan
tidak sesuai bekerja di bawah orang lain. Pada masa ini, keadaannya
berbeza di mana usahawan yang berjaya mempunyai pendidikan yang
tinggi. Mereka juga ahli profesional yang sama-sama membangunkan
masyarakat dan negara.

(e) Mitos 5: Usahawan mesti mempunyai semua ciri atau profil


tertentu

Realiti: Banyak buku dan majalah telah menyediakan senarai semak untuk
mengenal pasti sama ada seseorang itu mempunyai semua ciri yang
dinyatakan sebelum menjadi usahawan. Senarai semak ini tidak diuji
tentang validiti dan realibilitinya. Ramai usahawan yang berjaya tidak
menepati semua senarai semak yang dikemukakan. Walaupun demikian
ada instrumen yang boleh mengenal pasti ciri-ciri tertentu yang boleh
dipupuk dan dilatih untuk membantu seseorang menghadapi cabaran
keusahawanan. Tidak semestinya seseorang itu perlu mempunyai semua
ciri tertentu sebelum menceburkan diri sebagai usahawan.

(f) Mitos 6: Apa yang usahawan inginkan ialah wang

Realiti: Wang diperlukan oleh semua orang. Adalah benar bahawa


perniagaan memerlukan wang dalam bentuk modal atau modal kerja.
Memang benar banyak perniagaan yang gagal disebabkan kekurangan
sumber kewangan. Usahawan menganggapkan wang sebagai sumber dan
bukan semata-mata satu matlamat.

7
(g) Mitos 7: Apa yang diperlukan oleh usahawan hanyalah nasib

Realiti: Memang benar berada di tempat yang sesuai pada waktu yang
sesuai adalah satu kelebihan. Walau bagaimanapun, apa yang lebih
diperlukan ialah perancangan, persediaan, pengetahuan dan kesungguhan
bagi menjamin sesuatu kejayaan.

(h) Mitos 8: Usahawan mencari kejayaan tetapi mengalami


kadar kegagalan yang tinggi

Realiti: Memang benar ramai usahawan pernah menempuh kegagalan


sebelum mencapai kejayaan. Sebenarnya kegagalan boleh mengajar dan
membentuk usahawan ke arah kejayaan. Usahawan sering belajar
daripada kegagalan orang lain dan kegagalan diri sendiri merupakan asam
garam hidup usahawan sebagai pedoman di hari muka.

(i) Mitos 9: Usahawan adalah ibarat ahli judi yang mengambil


risiko tinggi

Realiti: Dalam hidup memang ada risiko. Dalam proses keusahawanan,


memang usahawan terpaksa menempuh risiko. Walau bagaimanapun,
usahawan yang berjaya didapati amat berhati-hati dalam mengambil
risiko dan risiko yang diambil oleh beliau sudah dikiranya. Dalam usaha
untuk mengurangkan risiko yang akan beliau hadapi, usahawan tersebut
akan mencari maklumat dan membuat perancangan sebelum mengambil
sesuatu tindakan. Ini bermakna usahawan mengambil risiko tetapi yang
sudah dihitungnya masak-masak terlebih dahulu. “Bumi mana yang tidak
ditimpa hujan!”. Oleh itu, usahawan sering mengamalkan peribahasa
“Sediakan payung sebelum hujan”.

(j) Mitos 10: Memulakan sesebuah perniagaan mempunyai


risiko dan sering berakhir dengan kegagalan

Realiti: Usahawan yang dapat mengenal pasti dan menilai peluang


perniagaan yang baik dengan dibantu oleh pengalaman dan pendidikan
dapat menarik sumber manusia dan sumber kewangan yang sesuai.
Usahawan ini sering mencapai kejayaan dalam perniagaan dengan
berkongsi risiko bersama pemberi modal teroka. Dalam keusahawanan,
perniagaan mungkin gagal tetapi usahawan tidak. Kegagalan akan
menyemarakkan semangat untuk berjaya. Pengalaman dalam kegagalan
ini akan membuatkan usahawan lebih kental dan masak untuk
menempuh liku-liku keusahawanan.

8
Sesungguhnya penjelasan kepada mitos-mitos tersebut dapat memberi
asas dan panduan kepada penyelidik untuk terus membuat penyelidikan
bagi menangkis sebarang mitos yang telah ada dan mungkin timbul.

1.10.2 Mitos Spesifik Mengenai Perniagaan Pertumbuhan Tinggi

Dalam aspek perniagaan yang mempunyai pertumbuhan tinggi, beberapa


mitos sering diketengahkan. Antara mitos spesifik mengenai perniagaan
pertumbuhan tinggi (high growth) ialah

(a) Mitos 1: Mengambil risiko yang tinggi

Realiti: Risiko ialah sebahagian daripada perniagaan. Memulakan


sebarang jenis perniagaan akan mendatangkan risiko, sama ada kecil atau
besar kepada kehidupan seorang usahawan. Risiko yang dihadapi oleh
usahawan teroka baru akan memberi tekanan ke atas famili, imej diri dan
juga kedudukan kewangan usahawan tersebut. Namun demikian, kajian
menunjukkan tahap risiko tertinggi (yang boleh diukur) yang dihadapi
oleh pengasas perniagaan, iaitu dalam aspek kewangan dan
keprofesionalan bukan di tahap memulakan perniagaan kerana mereka
sering mendapatkan orang lain atau organisasi lain menanggung
sebahagian besar daripada beberapa risiko pada awal perniagaan.

(b) Mitos 2: Mencipta teknologi tinggi

Realiti: Inovasi penting kepada perniagaan. Namun demikian, kajian


mendapati ciptaan baru, keluaran produk yang unik atau proses
pengeluaran yang luar biasa bukanlah satu kemestian kepada kebanyakan
perniagaan yang berjaya. Dalam banyak keadaan perniagaan yang berjaya
telah menghasilkan kelainan dan mengekalkannya dengan kerap
membuat peningkatan satu tapak di hadapan saingannya. Pemasaran
yang kuat sering menjadi kunci utama. Kualiti, fleksibiliti, kemampuan
memenuhi kehendak pelanggan lebih penting daripada sama ada
perniagaan tersebut telah mengeluarkan produk atau perkhidmatan yang
unik.

(c) Mitos 3: Mempunyai rekod pengalaman yang lama dalam


industri yang diceburi

Realiti: Hasil kajian mendapati bahawa kebanyakan pengasas mungkin


menimba pengalaman melalui proses penerokaan bidang baru. 40 peratus
daripada pengasas Inc. 500 tidak mempunyai pengalaman dalam industri
yang mereka ceburi. Kajian juga mendapati perniagaan yang berjaya
mempunyai pengasas yang responsif dan cepat menyesuaikan diri.

9
Mereka berjaya kerana dapat membuat tindakan positif serta mengambil
perhatian yang berterusan dalam usaha memenuhi kehendak pelanggan
dengan menyesuaikan produk atau perkhidmatan yang diberikan.

1.11 TREND TERKINI KEUSAHAWANAN

Trend keusahawanan dapat dilihat dari pembesaran skop keusahawanan


serta penggunaan ICT dalam e-dagang.

1.11.1 Skop Keusahawanan

Skop keusahawanan sudah merentasi kelompok yang diberi tumpuan


awal seperti perniagaan kecil dan mereka yang menceburkan diri dalam
bidang keusahawanan. Pada masa ini bidang keusahawanan
memperluaskan skopnya dengan mencakupi aspek-aspek berikut:

(i) “Intrapreneurship”.
(ii) Keusahawanan sosial (social entrepreneurship).
(iii) Francais.

1.11.2 E-dagang

E-dagang telah mendatangkan hasil jualan yang memberansangkan


kepada negara maju dan membangun. E-dagang ialah pelaksanaan aktiviti
pemasaran, promosi, belian dan jualan produk atau perkhidmatan
melalui ICT, terutamanya melalui internet. Kaedah ini memberi peluang
kepada usahawan untuk mempromosi produk atau perkhidmatan secara
meluas di dalam dan luar negara melalui internet. Penggunaan e-dagang
ini memberi peluang yang lebih luas untuk melaksanakan perniagaan. Di
samping peluang yang luas terbuka, e-dagang juga tidak terkecuali
daripada cabaran seperti menangani masalah keselamatan melalui urus
niaga elektronik dan gejala lain yang tidak sihat yang boleh dilakukan
kepada perniagaan secara on-line.

1.3 KESIMPULAN

Keusahawanan sebagai satu bidang ilmu adalah masih muda usianya.


Program keusahawanan adalah bidang baru di institusi pendidikan tinggi.
Pada tahun 1970-an, hanya beberapa buah universiti yang menawarkan
program keusahawanan. Pada masa kini, program keusahawanan telah
ditawarkan oleh lebih kurang 1000 buah universiti di Amerika Syarikat.
Universiti-universiti ini termasuk universiti-universiti yang terkemuka di
dunia. Walau bagaimanapun, mitos mengenai pembangunan
keusahawanan masih dibincangkan. Mitos ini timbul kerana kurang
mendalami penemuan penyelidikan mengenai pembangunan

10
keusahawanan. Penyelidik dari berbagai disiplin telah menunjuk minat
yang mendalam kepada bidang ini termasuk ekonomi, psikologi dan
sosiologi. Keusahawanan boleh dilihat dari aspek makro dan juga mikro.
Walau bagaimanapun, pendekatan antara disiplin yang paling sesuai.
Trend dan perkembangan bidang keusahawanan boleh dilihat menerusi
perkembangan skop dan penggunaan ICT dalam perniagaan.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Apakah manfaat–manfaat keusahawanan?


2. Nyatakan perbezaan dan persamaan usahawan dan peniaga
kecil?
3. Bincangkan beberapa pendekatan keusahawanan?
4. Senaraikan sepuluh mitos umum mengenai keusahawanan.
Apakah hujah anda bagi mematahkan setiap mitos tersebut?
5. Bincangkan trend-trend keusahawanan masa kini?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

11
BAB 2

PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN
DI MALAYSIA

OBJEKTIF BAB

Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Memahami tahap-tahap pembangunan keusahawanan.
2. Mengenal pasti aspek-aspek penting dalam pembangunan
keusahawanan.
3. Mengetahui dengan terperinci cabaran-cabaran pembangunan
Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

2.1 PENDAHULUAN

Pembangunan keusahawanan tidak lagi tertumpu kepada bidang


perniagaan tetapi telah di iktiraf kepentingannya di organisasi bukan-
untuk-keuntungan serta di sektor sosial yang lain. Pada peringkat awal,
pembangunan keusahawanan tertumpu kepada memulakan perniagaan
sendiri kemudiannya diperluaskan untuk mencakupi keusahawanan
korporat, iaitu keusahawanan dalam firma perniagaan bersaiz besar.
Timmons (1999) merumuskan bahawa keusahawanan boleh wujud atau
sebaliknya dalam perniagaan baru dan perniagaan lama; dalam perniagaan
bersaiz besar dan kecil; dalam perniagaan pertumbuhan rendah atau
tinggi; dalam perniagaan milik persendirian, organisasi bukan-untuk-
keuntungan dan sektor awam; di semua lokasi; dan dalam semua tahap
pembangunan sesebuah negara.

2.2 PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN

Keusahawanan bukanlah suatu bidang ilmu yang statik. Begitu juga


dengan proses pembangunan keusahawanan yang merupakan suatu
proses yang dinamik. Gibb (1987) mencadangkan tahap-tahap
pembangunan keusahawanan yang boleh membantu kita merangka
matlamat sesuatu program pembangunan keusahawanan.

13
2.3 TAHAP PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN

Sebagai panduan perbincangan, tahap pembangunan keusahawanan


boleh dibahagikan kepada tahap-tahap seperti berikut:

(i) Tahap pembangunan daya keusahawanan.


(ii) Tahap memula perniagaan.
(iii) Tahap penakatan (survival).
(iv) Tahap pertumbuhan dan pengembangan.

Lihat Rajah 2.1.


Rajah 2.1
Tahap Pembangunan Keusahawanan

Tahap
Pertumbuhan

Penakatan
(Survival)

Memula
Perniagaan
Masa (Start-up)

Dewasa
Pekerjaan
Kolej dan
Universiti
Budaya
Sekolah Menengah Remaja Keusahawanan

Sekolah Rendah

Prasekolah Kanak-Kanak

Taman Asuhan Kanak-Kanak

2.3.1 Budaya Keusahawanan

Secara idealnya pembangunan keusahawanan bermula dengan tahap


pembangunan budaya keusahawanan dari peringkat sekolah rendah,
sekolah menengah, pendidikan tinggi dan di kalangan belia serta

14
beliawanis. Pembentukan budaya keusahawanan ini harus bermula dari
rumah. Pembangunan ini boleh berbentuk formal atau tidak formal.

Pada peringkat ini, persepsi yang positif ke arah kerjaya sebagai usahawan
dapat ditanam sejak peringkat kanak-kanak lagi. Contoh-contoh
usahawan dalam negara dan agama sebagai model peranan yang positif
ditonjolkan. Sumbangan-sumbangan usahawan kepada individu,
masyarakat, negara dan agama ditekankan. Di samping itu, proses
pembelajaran yang bermotif dan menggalakkan pencapaian kejayaan,
daya kreatif, ketekunan serta kesungguhan ditekankan.

Pada peringkat ini, kurikulum harus merangkumi kemahiran-kemahiran


yang diperlukan oleh usahawan. Kemahiran ini termasuk kemahiran
peribadi, kemahiran teknikal dan kemahiran pengurusan. Pelajar juga
harus memahami bahawa keuntungan itu penting tetapi ianya bukan
matlamat utama usahawan. Keuntungan yang tinggi tidak semestinya
membuktikan sesebuah perniagaan itu sudah berjaya.

Bukan semua pelajar akan meneruskan pengajian ke peringkat menengah


atau prauniversiti atau kolej. Kadar keciciran ini bukan sahaja
menambahkan lagi cabaran kepada usaha membangunkan masyarakat
berilmu tetapi juga dalam usaha membentuk masyarakat berbudaya
keusahawanan (Mohd. Salleh, 1999).

2.4 MODEL PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN –


PENDEKATAN ANTARA DISIPLIN

Mohd. Salleh (1992) telah mengemukakan sebuah model pembangunan


keusahawanan yang menggabungkan beberapa bidang ilmu dan
mencadangkan pendekatan proses dalam pembangunan keusahawanan.
Model Pembangunan Keusahawanan tersebut adalah seperti dalam Rajah
2.2. Kajian beliau mengambil pendekatan Gibb dan Ritchie (1982), ahli
sosiologi terkemuka dalam bidang keusahawanan yang mempelopori
tentang pentingnya proses sosialisasi dalam pembangunan
keusahawanan.

Proses pembangunan keusahawanan melibatkan pembangunan budaya


keusahawanan, faktor-faktor positif (anjakan positif) yang menyokong
pilihan kerjaya usahawan sebagai satu kerjaya jangka panjang, faktor yang
menolak (anjakan negatif), faktor yang boleh meningkatkan persepsi
kebolehlaksanaan teroka baru serta faktor sokongan lain yang boleh
membantu pembangunan keusahawanan.

15
Rajah 2.2
Model Pembangunan Keusahawanan

Pembangunan Budaya Keusahawanan Pencetus Kerjaya Persepsi Kebolehlaksanaan Teroka Baru

LATAR
BELAKANG ANJAKAN NEGATIF KEMAHIRAN YANG DIMILIKI
DIRI DAN
KELUARGA Pemecatan kerja Kemahiran pengurusan
Berhenti kerja Kemahiran teknikal
Penghijrahan dan migrasi Kemahiran memulakan perniagaan
Kekecewaan dalam Kemahiran pengeluaran
Pekerjaan Lain-lain kemahiran
Lain-lain anjakan negatif

SOSIALISASI PEMBELAJARAN
BUDAYA
16

KEUSAHAWANAN PERSEPSI DAYA MAJU MEMULAKAN


KEUSAHAWANAN
Ahli keluarga usahawan IDEA
PERNIAGAAN/ TEROKA PERNIAGAAN/
datuk/nenek usahawan Pembelajaran formal dan PERNIAGAAN
PELUANG PERNIAGAAN TEROKA BARU
jaringan usahawan tidak formal
Pembelajaran melalui
pengalaman kerja

BUDAYA DAN
AGAMA ANJAKAN POSITIF SUMBER DAN
SOKONGAN
Pengaruh daripada:
Ibu bapa, ahli keluarga lain Kewangan
rakan, media massa Keluarga
guru/penasihat kerjaya Lain-lain sokongan
nilai pekerjaan

13
2.4.1 Pembangunan Budaya Keusahawanan

Dalam pembangunan keusahawanan, Curran dan Stanworth (1989)


menekankan tentang pentingnya keperluan elemen sosialisasi kerjaya
sebagai usahawan. Tujuan sosialisasi kerjaya ialah untuk membolehkan
seseorang itu menghayati sikap, nilai, minda psikologikal dan strategi
yang diperlukan dalam kerjaya sebagai usahawan. Mereka menekankan
proses sosialisasi ini hendaklah merangkumi tekanan dan keadaan yang
dihadapi oleh usahawan seperti keupayaan menyelesaikan masalah yang
kompleks, keupayaan bekerja dalam keadaan tidak menentu, tidak
berstruktur, berhadapan dengan risiko, membuat keputusan tanpa
rujukan dan nasihat yang terperinci, tertekan dengan waktu dan waktu
bekerja yang panjang ketika perniagaan mula beroperasi.

Berdasarkan hasil penyelidikan yang lalu serta ulasan karya yang


mendalam, Kao (1991) telah mengumpul dan mengkelaskan semua
gelagat keusahawanan kepada 11 ciri utama keusahawanan berikut:

(i) Komitmen, keazaman dan ketabahan yang sepenuhnya.


(ii) Dorongan untuk kejayaan dan berkembang maju.
(iii) Orientasi kepada peluang dan matlamat.
(iv) Mengambil inisiatif dan tanggungjawab peribadi.
(v) Membuat keputusan yang berterusan.
(vi) Realistik.
(vii) Mencari dan menggunakan maklum balas.
(viii) Lokus kawalan dalaman (internal locus of control).
(ix) Mengambil risiko yang sudah diperincikan.
(x) Dorongan yang rendah ke arah status dan kuasa.
(xi) Integriti dan boleh dipercayai.

2.4.2 Kesan Sosialisasi

Teori pembelajaran sosial (social learning theory) menekankan pentingnya


sosialisasi kepada pembangunan individu dan ianya ada kaitan dengan
pembangunan keusahawanan.

2.4.3 Jaringan Keusahawanan

Jaringan keusahawanan seseorang mempunyai kaitan dengan kejayaan


pembangunan keusahawanan individu tersebut (Birley, 1985). Jaringan
ini boleh berbentuk formal dan tidak formal. Jaringan formal termasuk
bank, akauntan dan peguam. Jaringan tidak formal pula termasuk famili,
rakan dan hubungan perniagaan.

17
2.4.4 Pendidikan Keusahawanan

Pendidikan keusahawanan yang berbentuk formal dan tidak formal telah


memberi sumbangan ke arah pembangunan keusahawanan (Bird, 1989).
Charney dan Libecap (2001) mendapati program pembangunan
keusahawanan dalam bentuk pendidikan keusahawanan di institusi
pendidikan tinggi dapat membentuk individu yang serba boleh dan
berjaya dalam kerjaya mereka. Mohd. Salleh (1992) mendapati
pengalaman bekerja dalam perniagaan bersaiz kecil dan besar dan
pengalaman bekerja bersama usahawan boleh meningkatkan
kecenderungan keusahawanan seseorang.

2.4.5 Kesan Budaya dan Agama

Setiap masyarakat mempunyai cara hidup tersendiri atau budaya. Budaya


memberi panduan kepada perkara yang dikatakan penting, betul, sesuai
dan digalakkan. Budaya sesuatu masyarakat boleh memberi kesan kepada
iklim keusahawanan. Dalam perkara ini jelaslah Islam menggalakkan
keusahawanan dan rasul-Nya Nabi Muhammad s.a.w ialah sebaik-baik
contoh usahawan.

2.5 HUBUNGAN USAHAWAN DAN BUDAYA


KEUSAHAWANAN

Ahli ekonomi, Kirzner (1979) menekankan bahawa seorang usahawan


dapat mengesan dan meneliti sesuatu peluang dan seterusnya merebut
peluang tersebut. Ciri-ciri keusahawanan bukan sahaja dimiliki oleh
usahawan yang berjaya, tetapi juga oleh pengurus yang berjaya
(Woodruffe, 1990) dan individu yang berpotensi untuk berjaya (Caird,
1990). Selari dengan pendapat tersebut, Gibb (1987) dan Scott (1988)
bersetuju bahawa usahawan dan ‘‘enterprising individuals’’ mempunyai ciri-
ciri yang sama. Selaras dengan itu, tidak hairanlah kajian yang
dilaksanakan oleh Charney dan Libecap (2000) mendapati bahawa
program pembangunan keusahawanan dapat melahirkan bukan sahaja
usahawan, tetapi juga “self-sufficient enterprising individuals”, pemimpin
perniagaan dan industri yang berjaya serta juara inovasi.

2.6 HUBUNGAN IDEA KEUSAHAWANAN DENGAN


KERJAYA JANGKA PANJANG SEBAGAI USAHAWAN

Seseorang yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan sering mempunyai


idea perniagaan. Mengenal pasti idea perniagaan merupakan tahap awal
seorang usahawan menggunakan kreativitinya untuk menukar idea

18
tersebut kepada peluang. Di tahap ini, Timmons (1999)
mengumpamakan “transforming caterpillars into butterflies”.

2.6.1 Faktor-Faktor ke Atas Pemilihan Kerjaya

Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi keputusan memilih kerjaya


boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu faktor yang menolak
(anjakan negatif) dan faktor yang menarik (anjakan positif) ke arah
kerjaya usahawan (Shapero dan Sokol, 1982). Kedua-dua kategori faktor
ini mempunyai kekuatan daya yang berbeza. Kombinasi kekuatan daya
ini boleh mencetuskan pemilihan kerjaya sebagai usahawan, atau
sebaliknya.

2.7 PERSEPSI KEBOLEHLAKSANAAN

Menterjemahkan idea perniagaan kepada peluang perniagaan yang


berdaya maju memerlukan kemahiran-kemahiran bersertakan sumber
dan sokongan tertentu. Vesper (1980), Gibb dan Ritchie (1982), dan
McMullen dan Long (1989) telah mengenal pasti kemahiran dan sumber
serta sokongan tertentu termasuk:

(i) Kemahiran memulakan perniagaan.


(ii) Kemahiran pengurusan.
(iii) Kemahiran pengeluaran.
(iv) Kemahiran teknikal.
(v) Sokongan sumber.
(vi) Sokongan kewangan.
(vii) Sokongan polisi.
(viii) Sokongan keluarga.
(ix) Kemahiran-kemahiran serta sokongan-sokongan lain.

2.8 RINGKASAN: KE ARAH PEMBENTUKAN MODEL


PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KERJAYA
KEPADA KEUSAHAWANAN

Daripada perbincangan di atas, pembangunan keusahawanan ke arah


kerjaya usahawan sebagai pilihan kerjaya jangka panjang melalui empat
peringkat di mana pendidikan tinggi boleh membantu. Peringkat tersebut
ialah

(i) Pembangunan keusahawanan (budaya keusahawanan).


(ii) Pembangunan idea perniagaan kepada peluang perniagaan.

19
(iii) Pencetus kerjaya yang melibatkan faktor anjakan positif dan
faktor anjakan negatif.
(iv) Pembangunan kemahiran dan sokongan sumber (dan lain-lain
kemahiran dan sokongan)

2.9 PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA

Pembangunan keusahawanan adalah penting dalam dasar-dasar


pembangunan negara seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1971-1990),
Dasar Pembangunan Negara (DPN) (1991-2000) dan Wawasan 2020
(1991-2020). DEB (1971-1990) menekankan pertumbuhan dengan
pengagihan yang saksama, melalui strategi serampang dua mata iaitu
membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Satu daripada
cabaran utama ialah kurangnya penglibatan bumiputera dalam bidang
perdagangan dan perindustrian. Dengan itu, strategi kedua ini
mempunyai sasaran iaitu 30 peratus daripada ekuiti korporat dimiliki oleh
bumiputera. Bagi mencapai matlamat ini, program penswastaan kepada
pelabur dan usahawan bumiputera adalah di antara program yang
dilaksanakan oleh kerajaan.

MPPB merupakan teras utama dalam proses penyusunan semula


masyarakat. Ianya bertujuan untuk mewujudkan lebih ramai usahawan
bumiputera yang berdaya tahan, berdaya saing dan berdaya maju. Antara
strategi yang telah dilaksanakan oleh kerajaan ialah dengan mewujudkan
lebih banyak usaha sama antara bumiputera dengan bukan bumiputera
atau rakyat asing. Di bawah strategi ini, pemindahan teknologi kepada
rakan kongsi bumiputera adalah amat digalakkan. Strategi kedua ialah
dengan menyediakan skim bantuan yang perlu kepada usahawan
bumiputera melalui program MPPB. Kerajaan juga menggalakkan
syarikat multinasional dan syarikat besar lain turut serta sebagai syarikat
induk, mentor, atau rakan usaha sama kepada usahawan bumiputera.

2.9.1 Kumpulan Sasaran MPPB

Pembangunan MPPB menumpukan empat kumpulan sasaran, iaitu


pengusaha, pemilik dan usahawan sedia ada, peserta baru, uasahawan
berpotensi dan golongan profesional/eksekutif; lepasan sekolah dan
belia; dan penuntut sekolah dan institusi pendidikan.

20
2.10 CABARAN KEPADA PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN
DALAM KONTEKS PEMBENTUKAN MPPB

Shamsuddin Hitam (1999) telah menggariskan bahawa cabaran yang


dihadapi dalam pembangunan MPPB adalah seperti berikut:

(i) Penglibatan bumiputera tertumpu dalam syarikat kecil.


(ii) Penyertaan dalam sektor pembuatan sangat berkurangan.
(iii) Bilangan dalam industri teknologi tinggi adalah di tahap
minimum.
(iv) Kemajuan bergantung pada bantuan dan program kerajaan.
(v) Budaya keusahawanan masih di tahap yang rendah.
(vi) Kurang berdaya saing.
(vii) Penglibatan sektor swasta masih terhad.
(viii) Penyertaan pekerjaan dalam kategori profesional dan pengurusan
tinggi masih rendah.

Mengikut model pembangunan keusahawanan yang dicadangkan,


cabaran-cabaran pembangunan MPPB termasuk:

(a) Cabaran kepada pembangun masyarakat budaya


keusahawanan

Pembentukan budaya keusahawanan harus bermula dari rumah dan di


peringkat sekolah rendah lagi. Di samping itu, keluarga bumiputera harus
mempunyai tanggapan positif kepada kerjaya sebagai usahawan.
Bagaimanakah kita dapat mempertingkatkan tanggapan positif kepada
kerjaya sebagai usahawan di kalangan keluarga bumiputera.

(b) Cabaran di peringkat penakatan dan perkembangan


perniagaan bumiputera

Pembentukan MPPB tidak berhenti hanya di tahap pembentukan budaya


keusahawanan serta menggalakkan lebih ramai lagi di kalangan
bumiputera untuk memulakan perniagaan serta terus hidup. Perniagaan
bumiputera harus berkembang dengan lebih kukuh serta membangunkan
pelapis usahawan bumiputera. Usahawan bumiputera ini perlu
membentuk perkongsian strategik dengan usahawan-usahawan bukan
bumiputera atau antarabangsa. Untuk mengukuhkan pelapis kedua dan
seterusnya, usahawan bumiputera perlu didedahkan kepada konsep
pengurusan profesional dan membuat perancangan ‘succession and
continuity’ dalam perniagaan.

Usahawan bumiputera perlu menerokai bidang perniagaan baru yang


belum diterokai oleh mana-mana usahawan dari kaum lain. Begitu juga

21
dengan pasaran. Usahawan bumiputera perlu digalakkan untuk
menerokai pasaran global dan menembusi pasaran-pasaran baru di
peringkat antarabangsa. Jaringan keusahawanan di kalangan usahawan
Islam di peringkat antarabangsa perlu diperkukuhkan.

Pembentukan MPPB tidak mungkin tercapai tanpa mewujudkan budaya


keusahawanan di kalangan bumiputera. Akhir sekali, tahap
memperkukuh dan memperkembangkan MPPB akan terlaksana
sekiranya ramai usahawan bumiputera menerokai pasaran global dengan
menggunakan teknologi yang terkini. Di samping itu, proses
memperkukuhkan MPPB akan berterusan jika budaya keusahawanan di
kalangan bumiputera dapat terus diperkukuhkan dan ramai bumiputera
yang berkualiti menceburkan diri dalam perniagaan serta mewujudkan
pelapis MPPB yang berkualiti.

2.11 KESIMPULAN

Skop pembangunan keusahawanan sudah mencakupi pembangunan


keusahawanan dalam sektor perniagaan dan bukan perniagaan.
Pembentukan sebuah model pembangunan keusahawanan yang
mengambil pendekatan antara disiplin adalah wajar sekali. Proses
pembangunan keusahawanan melibatkan pembangunan budaya
keusahawanan, faktor-faktor positif yang menyokong pilihan kerjaya
usahawan sebagai kerjaya jangka panjang, faktor yang boleh meningkat
persepsi kebolehlaksanaan teroka baru serta faktor sokongan lain yang
boleh membantu pembangunan keusahawanan. Walaupun program
MPPB telah lama dilaksanakan di Malaysia, tetapi pencapaiannya tidak
begitu memberansangkan.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Bincangkan tahap-tahap pembangunan keusahawanan serta


strategi yang sesuai untuk membangunkan MPPB?
2. Apakah cabaran yang dihadapi oleh kerajaan dalam
pembangunan MPPB, dan beri cadangan untuk mengatasinya.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

22
BAB 3

KEUSAHAWANAN DARI PERSPEKTIF


ISLAM

OBJEKTIF BAB

Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Mendefinisikan keusahawanan dari perspektif Islam.
2. Mengenal pasti ciri-ciri usahawan berjaya dari perspektif Islam.
3. Menyenaraikan etika perniagaan dan keusahawanan Islam.
4. Menerangkan prinsip asas etika keusahawanan Islam.
5. Menyebut prinsip khusus etika perniagaan Islam.

3.1 PENDAHULUAN

Setiap manusia perlu bekerja bagi memperolehi pendapatan untuk


menyara kehidupan. Terdapat pelbagai bidang pekerjaan yang boleh
diceburi oleh manusia seperti bercucuk tanam, bekerja di sektor kerajaan,
sektor swasta, perniagaan dan lain-lain lagi. Bidang keusahawanan adalah
salah satu pekerjaan yang boleh diceburi oleh manusia jika seseorang itu
ada faktor atau ciri-ciri keusahawanan.

Islam amat menggalakkan umatnya menceburi bidang keusahawanan


kerana ia adalah bidang ilmu kifayah dan Rasulullah s.a.w. ada bersabda
yang bermaksud:

"Sembilan persepuluh daripada sumber rezeki


adalah perniagaan.’’

(Hadis Riwayat Bukhari)

Keusahawanan dari perspektif Islam boleh didefinisikan sebagai mana-


mana aktiviti pekerjaan yang diusahakan secara perniagaan oleh
seseorang sama ada dengan menghasilkan sesuatu barangan atau
memberi sesuatu perkhidmatan bagi memperolehi rezeki yang halal iaitu
dengan cara yang tidak bertentangan dengan syariah.

Islam sebagai agama yang memberi panduan hidup untuk kesejahteraan


hidup seluruh manusia di dunia dan akhirat memandang tinggi kepada

23
aktiviti keusahawanan. Aktiviti keusahawanan termasuklah bidang
perniagaan, penghasilan, pengedaran, pertanian, perkilangan dan lain-lain.
Rasulullah s.a.w. ialah seorang usahawan yang berjaya sebagai peniaga
sebelum dibangkitkan menjadi rasul. Baginda telah menjalankan
perniagaan secara perkongsian dengan usahawan wanita berjaya pada
zaman tersebut iaitu Siti Khadiijah bt. Khuwailid. Siti Khadijah telah
memilih Rasulullah s.a.w. sebagai rakan kongsi perniagaannya kerana
beliau melihat Rasulullah s.a.w. mempunyai ciri-ciri usahawan yang
berjaya iaitu mempunyai sifat jujur, amanah, tubuh badan yang sihat dan
pintar dalam mentadbir urusan perniagaan. Perkongsian perniagaan
tersebut, akhirnya telah membawa sebuah ikatan perkahwinan antara Siti
Khadijah dengan Rasulullah s.a.w.

Para rasul sebelum Nabi Muhammad juga ramai yang menceburi bidang
keusahawanan sebelum berdakwah secara sepenuh masa menyeru
manusia kepada ajaran agama yang dibawanya. Nabi Nuh a.s ialah
seorang pengusaha pembuatan kapal yang mahir dan berjaya. Nabi Daud
a.s ialah seorang usahawan pertukangan besi yang berjaya. Beliau dapat
memenuhi permintaan pelanggannya dalam tempoh yang singkat. Allah
telah memberikan mukjizat kepadanya sehingga boleh melenturkan besi
dengan menggunakan tangannya. Nabi Ibrahim pula lahir daripada
keluarga usahawan. Bapanya bernama Azar ialah seorang usahawan
membuat patung yang terkenal. Nabi Yaakop a.s pula terlibat dengan
aktiviti penternakan binatang dan bercucuk tanam secara perniagaan.

Islam sebagai agama yang mempunyai prinsip panduan hidup yang


syumul sepatutnya boleh dijadikan asas kepada para usahawan bagi
membina kaedah pengurusan keusahawanan yang mantap dan mencipta
kejayaan. Islam melihat bidang usahawan sebagai suatu bidang yang
boleh memberi sumber ekonomi dan kekayaan kepada individu bagi
menyara kehidupan sehariannya. Keusahawanan juga dapat memberikan
perkhidmatan kepada anggota masyarakat kerana segala aktivitinya akan
memberi manfaat kepada semua yang berada dalam persekitarannya.
Aktiviti tersebut jika dijalankan dengan niat yang betul dan cara yang
diredhai Allah akan menjadi suatu ibadat dan mendapat pahala di sisi
Allah.

Bidang keusahawanan dalam perspektif Islam termasuk dalam ilmu


fardhu kifayah. Ini bererti tanggungjawab usahawan amat besar kerana ia
merupakan suatu kewajipan. Cuma kewajipan itu ialah secara
berkumpulan iaitu jika ada sesuatu pihak dalam sesuatu kumpulan telah
menjalankan aktiviti keusahawanan, maka akan terlepaslah
tanggungjawab seluruh ahli kumpulan tetapi jika tiada seorangpun
daripada kumpulan tersebut yang menjalankan aktiviti usahawan, maka
semuanya dikira berdosa oleh Allah, iaitu merupakan suatu kesalahan. Ia

24
juga dinamakan ilmu alat kerana ilmu ini digunakan sebagai alat
kehidupan. Sumber utama bagi ilmu fardhu kifayah atau ilmu alat adalah
akal fikiran. Namun prinsip-prinsip pelaksanaan boleh diambil daripada
sumber-sumber hukum iaitu al-Quran, hadis, ijmak dan qias serta
perjalanan hidup sahabat.

SOALAN DALAM TEKS

1. Berikan definisi keusahawanan dari perspektif Islam.


2. Apa kaitan bidang keusahawanan dengan ajaran
Islam?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

3.2 CIRI-CIRI USAHAWAN DARI PERSPEKTIF ISLAM

Semua manusia inginkan kejayaan. Usahawan juga sentiasa inginkan


kejayaan dalam bidang yang diceburi. Hakikatnya ada yang mencapai
kejayaan dan ada yang mengalami kegagalan. Kadangkala usahawan
tercari-cari kenapa mereka gagal sedangkan ada orang berjaya dalam
bidang yang sama. Ada yang menyalahkan pihak lain, ada yang
menyedari kesalahan atau kelemahan diri sendiri, ada yang mengatakan
sudah suratan takdir dan berbagai lagi alasan yang difikirkan.

Menurut perspektif Islam, seseorang itu berjaya kerana ia mempunyai


ciri-ciri orang yang berjaya. Allah S.W.T berfirman:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah


nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu
mengubah apa yang ada dalam diri mereka.”

(ar-Ra’du: 11)

Berdasarkan ayat-ayat al-Quran, hadis dan sirah nabi terdapat banyak


ciri-ciri orang berjaya dalam kehidupan. Antara ciri-ciri utama seseorang
untuk berjaya dalam kehidupan terutamanya bagi seorang usahawan
mengikut perspektif Islam ialah

25
(a) Mempunyai keinginan dan kesungguhan yang tinggi untuk
berjaya

Usahawan perlu mempunyai sifat keinginan dan kesungguhan yang tinggi


untuk mengecapi kejayaan. Islam sangat menggalakkan seseorang supaya
sentiasa mempunyai keinginan dan kesungguhan yang tinggi dalam
melakukan sesuatu perbuatan. Rasulullah s.a.w. telah menunjukkan
bahawa baginda merupakan seorang yang sentiasa bersungguh-sungguh
dalam menjalankan apa jua perkara sama ada dalam bidang perniagaan,
penternakan biri-biri, menjalankan dakwah Islam, membina
kemasyarakatan, mentadbir negara dan sebagainya. Dengan kesungguhan
yang dilaksanakan itu semua aktiviti tersebut mencapai kejayaan.

Usahawan perlu sentiasa menghindarkan diri daripada perasaan lemah


semangat dan putus asa dalam menjalankan aktiviti keusahawanan. Setiap
aktiviti tersebut memang terdapat halangan, kesusahan, kesukaran,
kemelut persaingan, kesulitan dan lain-lain masalah. Namun, jika ada
kesungguhan yang tinggi, setiap perkara tersebut akan ada jalan
penyelesaian dan setiap kejayaan juga tentu ada caranya. Usahawan cuma
perlu mencari cara terbaik dan melaksanakannya dengan penuh
kesungguhan. Allah menyifatkan orang-orang yang berjaya di akhirat
nanti adalah orang-orang yang sentiasa bersungguh-sungguh
menjalankan amal soleh dengan firmannya:

“Mereka itulah orang-orang yang sentiasa


bersungguh-sunguh berlumba kepada jalan
kebaikan dan merekalah yang akan mendapat
kemenangan.”
(al-Mukminun: 61)

(b) Mempunyai niat yang betul dalam menjalankan


keusahawanan

Agama Islam meletakkan niat menjadi syarat pertama yang akan


menentukan kejayaan atau kegagalan setiap aktiviti manusia. Niat ialah
tujuan bagi sesuatu tindakan. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya setiap perbuatan itu dengan


niat dan setiap perkara itu bergantung dengan
apa yang diniatkan.”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis tersebut menjelaskan bahawa setiap perbuatan manusia itu


sepatutnya hendaklah sentiasa bertujuan kerana ia akan mempengaruhi
tindakan dalam sesuatu pelaksanaan nanti. Pada masa kini ia dinamakan
26
objektif atau misi organisasi. Niat yang tinggi untuk berjaya akan
menjadikan seseorang usahawan itu sentiasa mempunyai kekuatan
dalaman dalam menjalankan aktiviti keusahawanan. Tujuan dan
keinginan pula hendaklah sentiasa diperbaharui agar ia sentiasa berada di
paras yang tinggi.

Seorang usahawan perlu mempunyai niat yang betul dalam menjalankan


sesuatu aktiviti keusahawanan. Niat yang pertama ialah mencari rezeki
dengan cara yang diredhai oleh Allah. Usahawan menjalankan perniagaan
atau apa jua aktiviti keusahawanan bagi mencari keuntungan atau rezeki
untuk menyara kehidupan dunia agar menjadi orang kaya yang bersyukur
atau menjadi mampu berdikari, tidak papa, tidak meminta belas kasihan
orang lain dan yang lebih penting menjadi orang yang sentiasa boleh
membantu orang lain dalam kehidupan.

Niat yang kedua ialah berkhidmat kepada orang lain dengan cara
mengeluarkan barangan atau perkhidmatan yang diperlukan oleh pihak
lain. Ini juga akan menjadikannya orang yang melaksanakan fardhu
kifayah iaitu menyelamatkan orang lain daripada dosa jika tidak
dilaksanakan oleh mana-mana orang dalam sesuatu kumpulan.

Niat yang ketiga ialah berniaga sambil beribadat kepada Allah. Ini bererti
bahawa semasa ia menjalankan sesuatu aktiviti keusahawanan ia berniat
beribadat kepada Allah. Allah mengiktiraf aktiviti tersebut sebagai ibadat
jika ia diniatkan kerana Allah dan cara aktiviti tersebut dilaksanakan tidak
terdapat sesuatu yang bercanggah dengan hukum Islam.

(c) Mempunyai ilmu dan kemahiran yang mencukupi dalam


bidang yang diceburi

Seorang usahawan perlu mempunyai ilmu dan kemahiran yang tinggi


dalam bidang yang diceburinya jika ingin mencapai kejayaan yang
gemilang. Ini kerana hasil kerja orang yang mahir adalah tidak sama
dengan orang yang tidak mahir. Allah berfirman dalam al-Quran yang
bermaksud:

“Katakanlah adakah sama orang-orang yang


buta (jahil) dengan orang yang melihat
(mengetahui) dalam membuat sesuatu
perkara.”
(al-An’am: 50)

Ayat tersebut diungkapkan dengan ayat pertanyaan kerana telah diketahui


umum bahawa jawapannya sudah tentu tidak sama hasil kerja antara

27
orang yang mengetahui dan orang yang tidak mengetahui sesuatu yang
dikerjakannya. Rasulullah s.a.w. pula bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang berkehendakkan dunia


hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang
berkehendakkan akhirat hendaklah dengan
ilmu dan sesiapa yang berkehendakkan
akhirat hendaklah dengan ilmu dan sesiapa
yang berkehendakkan keduanya mesti dengan
ilmu.”

(Hadis Riwayat Bukhari)

Usahawan yang memilih sesuatu bidang tertentu untuk diceburi, perlu


mempunyai ilmu dalam bidang tersebut. Pengetahuan tersebut sama ada
diperolehi daripada ilmu yang dipelajari, pengalaman sendiri, pembacaan
atau pemerhatian pengalaman orang lain. Pemilihan bidang yang telah
dimaklumi akan memudahkan seseorang mencapai kejayaan dalam
bidang keusahawanan. Seseorang usahawan mudah memperolehi
kejayaan sekiranya ia menceburi bidang keusahawanan sejak kecil. Begitu
juga jika bidang tersebut telah diceburi oleh keluarganya, ini akan
memudahkannya untuk berjaya. Rasulullah s.a.w. berjaya dalam
menjalankan perniagaan Siti Khadijah kerana bidang tersebut telah
diceburi sejak baginda berumur 12 tahun lagi. Baginda juga berjaya
menjadi pemimpin manusia di Madinah kerana ia telah biasa memimpin
sekumpulan binatang yang tiada punya akal fikiran semasa bekerja
sebagai pengembala kambing. Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"Setiap kamu ialah pengembala dan setiap


kamu akan ditanya dengan apa yang
digembalakan.’’

Seseorang usahawan perlu menjadikan semua pengalamannya sejak kecil


sehingga tahap ia ingin menjadi usahawan sebagai gabungan ilmu dan
pengajaran yang boleh digunakan dalam bidang yang ingin diceburi.

Pada peringkat awal menjalankan sesuatu aktiviti keusahawanan,


seseorang usahawan mungkin mempunyai sedikit ilmu yang sedikit
dalam bidang yang diceburi. Namun, selepas suatu jangka masa tertentu,
ia sepatutnya mempunyai kemahiran semasa kerja (on the job training) atau
mengikuti kursus-kursus yang berkaitan dengannya.

Usahawan perlu menjadi orang yang berpengetahuan kerana hanya orang


yang berpengetahuan sahaja boleh memberikan hasil atau perkhidmatan
terbaik kepada orang lain.

28
(d) Bertanggungjawab kepada semua yang berkepentingan

Usahawan perlu menjadi orang yang bertanggungjawab kepada semua


pihak yang berkepentingan dengannya. Pihak-pihak tersebut termasuklah
pelanggan, pemilik organisasi jika ia dijalankan mengikut organisasi,
pekerjanya, keluarga, masyarakat, kerajaan, pembekal, pengedar dan lain-
lain termasuk imej bangsa dan agama anutannya. Usahawan perlu
menjaga pelanggannya kerana ia memperolehi keuntungan daripada
pelanggannya. Pelanggan membeli hasil usahanya kerana ingin
menyelesaikan sesuatu masalah. Jika perkhidmatan atau barangan yang
dihasilkan tidak seperti yang diinginkan dalam proses jual beli tersebut, ia
akan menyebabkan pelanggan mendapat kesusahan bagi menyelesaikan
masalahnya. Contohnya, usahawan komputer. Pelanggan kedai komputer
membeli komputer bagi menyelesaikannya dalam masalah membuat
kerja-kerja penulisan. Jika pengilang tidak membuat komputer terbaik
seperti yang dijanjikan, ia akan menyusahkan si pelanggan yang membeli
komputer tersebut. Ia juga akan menyusahkan pekedai kerana akan
dianggap penipu dan mungkin juga pekerja teknikal kedai tersebut juga
terpaksa membuat kerja-kerja lebih masa dalam proses membaik pulih
komputer. Rasulullah s.a.w. menyuruh umatnya sentiasa
bertanggungjawab dalam apa yang dilaksanakan dengan sabdanya:

“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap


kamu akan dipertanggungjawabkan dengan
apa yang kamu pimpin.”

(Hadis Riwayat Bukhari)

Begitulah seseorang usahawan itu perlu bertanggungjawab kepada semua


pihak yang berkepentingan di sekelilingnya kerana mereka mempunyai
kaitan dengan kejayaannya. Kegagalan usahawan memenuhi kehendak
pihak-pihak tersebut akan memudahkan usahawan menemui kegagalan.

(e) Sentiasa berjimat dalam menggunakan sumber

Ajaran Islam sentiasa mengajar umatnya agar sentiasa berjimat dalam


kehidupan termasuk berjimat menggunakan faktor-faktor pengeluaran
yang terdiri daripada tanah, modal dan lain-lain. Usahawan digalakkan
agar berkira-kira dalam mengggunakan sumber. Dalam sistem ekonomi,
ia dinamakan skala ekonomi. Ini akan memastikan setiap sumber
digunakan secara optimum, cekap dan berkesan. Faktor ini akan
menjadikan setiap aktiviti usahawan ke tahap yang menguntungkan.

Berjimat bukan bererti kedekut. Maksudnya usahawan menggunakan


sumber yang sedikit tetapi hasil yang banyak. Jika sejumlah wang yang

29
banyak diperlukan untuk perbelanjaan, maka usahawan boleh
mengeluarkan wang sejumlah tersebut tetapi hasilnya jika perlu
berpatutan dengan modal yang dikeluarkan. Membazir ialah lawan bagi
berjimat. Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu membazir,


sesungguhnya orang yang membazir adalah
saudara syaitan.”
(al-Isra’: 26-27)

(f) Mempunyai kemahiran membuat keputusan yang tepat

Membuat keputusan yang cepat dan tepat ialah satu kemahiran yang
penting bagi kejayaan seorang usahawan. Ini adalah kerana usahawan
perlu pandai memilih peluang yang ada di persekitarannya. Jika sesuatu
peluang tidak diambil dengan cepat ia akan diperolehi oleh orang lain.
Usahawan juga perlu sentiasa membuat keputusan yang tepat. Keputusan
yang tepat datang daripada analisa dan telahan yang tepat. Allah S.W.T.
sentiasa menyuruh hambanya supaya sentiasa membuat pemerhatian
terhadap kejadian alam serta perubahannya supaya dapat mempelajari
sesuatu daripadanya. Rasulullah s.a.w. pula menyuruh umatnya supaya
sentiasa melakukan muhasabah terhadap apa yang terjadi supaya
dijadikan panduan terhadap tindakan akan datang.

(g) Berfikiran terkehadapan

Islam menyarankan kepada manusia supaya sentiasa berfikir ke hadapan.


Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah


kamu memerhatikan apa yang kamu siapkan
untuk hari esok.”

(al-Hasru: 18)

Usahawan berjaya sentiasa melihat ke hadapan dan terkehadapan


daripada orang lain dalam melihat peluang. Orang yang tidak dapat
melihat ke hadapan akan sentiasa ketinggalan dan akan mengalami
kegagalan. Usahawan berjaya selalu menjagka dengan tepat mengenai
keperluan pelanggan masa hadapan.

(h) Pandai berhubung dengan manusia

Islam menyuruh umatnya saling berhubungan dengan cara yang baik.


Ibnu Khaldun menjelaskan bahawa manusia itu secara semula jadinya
hidup bermasyarakat. Manusia perlu saling tolong-menolong dan
30
memerlukan antara satu sama lain. Usahawan perlu memiliki ilmu
perhubungan kemanusiaan yang tinggi. Ia patut mahir berhubung dengan
manusia sama ada pekerja, pelanggan atau pihak-pihak yang berada di
persekitarannya. Hubungan yang baik akan memudahkan perjalanan
urusan perniagaannya. Manusia perlu memahami bahawa kuasa yang
paling tinggi dalam diri manusia untuk menentukan tindakan adalah hati,
bukan otak. Otak hanyalah melaksanakan apa yang disuruh oleh hati atau
perasaan. Rasulullah s.a.w. menyuruh umatnya berhubung dengan baik
sesama manusia agar segala urusan berjalan dengan baik. Usahawan perlu
“baik” dengan pelanggan, begitu juga dengan pekerjanya kerana
pekerjalah yang akan melakukan aktiviti keusahawanannya. Cara
perhubungan Rasulullah s.a.w. merupakan contoh perhubungan yang
baik antara manusia sesama manusia. Semua sahabat yang hidup bersama
nabi berpuas hati dengan cara perhubungan yang diberikan.

(i) Sentiasa menjaga kualiti

Islam menyarankan agar kualiti tindakan dan hasil perlu dijaga dengan
baik. Islam amat menyanjung tinggi orang mukmin yang sentiasa
menjaga aktivitinya agar cemerlang sama ada pekerjaan atau amalan.
Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Orang mukmin itu ialah orang yang apabila


melakukan sesuatu ia lakukan dengan berhati-
hati dan baik.”
(Hadis Riwayat Bukhari)

Kualiti barangan perlu dijaga kerana ia akan mempengaruhi kesetiaan


pelanggan. Ia juga merupakan satu tanggungjawab besar bagi seorang
usahawan. Pelanggan akan berpuas hati dengan barangan belian yang
mempunyai kualiti tinggi. Mereka juga akan terus membeli bagi kali
kedua dan seterusnya jika barang tersebut berkualiti. Usahawan patut
merasa malu jika mereka tidak dapat melakukan perkhidmatan terbaik
kepada pelanggan kerana mereka mengambil upah daripada
perkhidmatan yang diberikan. Hal tersebut melibatkan keredhaan
pembeli dan seterusnya mempunyai kaitan dengan hukum halal dan
haram.

(j) Sentiasa menjaga agar tidak terlibat dengan aktiviti yang


diharamkan oleh Allah

Usahawan berjaya pada pandangan Islam ialah usahawan yang boleh


memperolehi keuntungan daripada aktiviti keusahawanannya dengan cara
yang bertepatan dengan kehendak syarak. Ia juga akan dikira beribadat
kepada Allah. Untuk itu, usahawan perlu memastikan agar ia tidak

31
terlibat dalam bidang yang diharamkan atau tidak terlibat dengan urus
niaga yang haram. Aktiviti keusahawanan yang halal akan menyebabkan
seseorang usahawan itu berada dalam rahmat Allah. Ini kerana segala apa
yang berlaku terhadap manusia di atas dunia ini adalah bergantung
kepada kehendak dan restu Allah. Manusia hanya boleh berikhtiar namun
ketentuan akhir adalah di tangan Tuhan. Manusia yang berada dalam
rahmat Allah akan sentiasa mencapai kejayaan.

(k) Elakkan daripada banyak berhutang

Islam amat tidak menggalakkan umatnya berhutang dalam berurus niaga.


Rasulullah s.a.w. sering menyuruh umatnya agar berdoa supaya dihindari
daripada belenggu hutang yang tidak mampu dibayar. Prinsip ini agak
berlawanan dengan prinsip kapitalis yang amat menggalakkan hutang.
Islam melarang aktiviti hutang kerana ia akan menjerat penghutang
daripada kebebasan kewangan. Usahawan yang mempunyai banyak
hutang akan lebih mudah mengalami kegagalan jika sesuatu yang tidak
baik berlaku dalam perniagaan. Menurut perspektif Islam, seboleh-
bolehnya usahawan perlu memulakan perniagaan berdasarkan modal
yang ada kemudian membesarkan perniagaannya berdasarkan
perkembangan modal tersebut. Pinjaman boleh dilakukan dalam kadar
yang minima dan dalam lingkungan kemampuan pembayaran.

(l) Sentiasa menilai tindakan dan keadaan berjaga-jaga

Usahawan yang cemerlang sentiasa menilai segala aktiviti


keusahawanannya agar sentiasa berada dalam landasan yang betul. Allah
menyuruh manusia agar sentiasa membuat penilaian terhadap semua
amalan agar ia sentiasa berjaya. Allah berfirman:

“Hitunglah terhadap dirimu (apa yang kamu


buat) sebelum diri kamu dihitung.”

Usahawan berjaya sentiasa mengawasi perubahan persekitaran sama ada


dari segi permintaan, penawaran, perancangan, persaingan dan lain-lain.
Sebarang tindak balas yang cepat bagi memenuhi perubahan tersebut
akan memberi kesan baik kepada seseorang usahawan. Usahawan juga
hendaklah sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga. Ia tidak boleh alpa
daripada melaksanakan pekerjaannya. Sebarang kelalaian atau kealpaan
dalam perniagaan akan membawa kerugian termasuk kelalaian dalam
melihat dan merebut peluang-peluang baru.

32
(m) Bersyukur dengan kejayaan

Usahawan perlu bersyukur kepada Allah jika mendapat kejayaan. Jika


kejayaan disyukuri, Allah akan menambahkan lagi kejayaan tersebut.
Allah menjelaskan perkara tersebut dalam firman yang bermaksud:

“Seandaikan kamu bersyukur di atas nikmat-


Ku, nescaya Aku akan tambah lagi,
seandainya kamu kufur, ingatlah azab-Ku
amat pedih.”
(Ibrahim: 7)

Usahawan yang bersyukur meraikan kejayaan menurut cara Islam sama


ada membantu orang miskin, membantu orang awam, sentiasa
mengerjakan amalan soleh dan yang paling penting ialah tidak
menjadikan kejayaan itu sebagai pendorong kepada perbuatan maksiat
dan kejahatan.

(n) Tidak boros dengan kekayaan dan tidak kikir

Usahawan berjaya selalunya tidak boros dan tidak kedekut. Ia sentiasa


berhati-hati dalam membuat perbelanjaan agar sentiasa mempunyai
imbangan kewangan yang baik. Ia sentiasa berbelanja secara berhemah.
Namun begitu, ia tidak terlalu kedekut dalam membuat perbelanjaan
yang patut. Segala perbelanjaan yang patut akan dikeluarkannya dengan
mudah namun ia berhati-hati agar tidak melampaui keperluan. Allah
berfirman yang bermaksud:

“Apabila ia berbelanja ia tidak boros tetapi


tidak pula kikir.’’

(al-Furqan: 67)

(o) Sentiasa membayar hutang jika berhutang

Usahawan dalam perspektif Islam sentiasa bertanggungjawab terhadap


apa yang dilaksanakannya. Apabila ia berhutang, ia akan menjelaskan
hutangnya dengan cepat dan tepat. Allah tidak suka kepada orang yang
berhutang tetapi tidak membayarnya semula. Rasulullah s.a.w.
menyifatkan orang yang tidak membayar hutang sebagai mempunyai ciri-
ciri munafik. Usahawan sepatutnya bersyukur di atas kerelaan orang
memberinya hutang sebagai suatu pertolongan yang patut dibalas baik
dan bukannya memberi masalah. Membayar hutang adalah suatu janji
yang wajib dipenuhi. Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Orang munafik itu jika berjanji ia khianat.”

33
SOALAN DALAM TEKS

3. Berikan beberapa ciri usahawan yang berjaya dari


perspektif Islam.
4. Bincangkan kenapa ciri-ciri kebaikan penting
kepada usahawan untuk mencapai kejayaan.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

3.3 ETIKA KEUSAHAWANAN ISLAM

Perkara berhubung dengan etika perniagaan banyak diperbincangkan


kerana sebarang perniagaan yang tiada nilai moral atau tidak beretika
boleh menyebabkan bahaya kepada masyarakat. Perlakuan seperti rasuah
kepada bakal pengguna, iklan yang mengelirukan, jualan makanan yang
mengandungi bahan berbahaya kepada kesihatan ialah antara contoh-
contoh perlakuan yang tidak beretika.

Islam memberi penekanan yang kuat kepada nilai etika dalam kehidupan.
Sebagai ad-din, Islam menggariskan beberapa panduan yang boleh diikuti
oleh peniaga agar dapat dicapai sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.

“Peniaga yang jujur dan beramanah akan


ditempatkan bersama-sama para Nabi, orang-
orang sahih dan para para syuhada.’’

(Hadis Riwayat Bukhari)

Seterusnya, perniagaan yang dijalankan bukan sahaja bermatlamatkan


keuntungan peribadi tetapi juga dapat membangunkan ekonomi umat
Islam sejagat.

Perkataan etika kadangkala digunakan secara sinonim dengan perkataan


moral. Kelakuan yang bermoral baik dikatakan sebagai kelakuan yang
beretika. Etika boleh membawa maksud contoh kelakuan atau garis
panduan yang patut diikuti dalam usaha mengharmonikan hubungan
kemanusiaan dan meminimakan penyalahgunaan dan bekerja untuk
kebajikan masyarakat.

34
Apa sahaja yang dilakukan oleh seorang individu muslim mesti dapat
dihubung kait dengan objektif kehidupan dunia dan objektif kehidupan
akhirat. Hanya dengan mengetahui bahawa diri sentiasa dalam
pengawasan Allah S.W.T. seseorang individu itu dapat merasai betapa
pentingnya melakukan sesuatu pada tahap yang terbaik. Dalam usaha
merealisasikan dan menjayakan etika yang diutarakan oleh Islam
kemantapan rohani amat diperlukan.

Penghayatan kepada al-Quran dan as-Sunnah dapat membantu usahawan


kepada pembentukan tauhid yang sebenar dan merupakan akar umbi
kepada pembentukan etika dan budi yang tinggi. Sifat-sifat mulia yang
hakiki seperti adil, jujur, amanah, menepati janji, ihsan, sabar dan
berdisiplin, hanya dapat dibentuk dengan prinsip tauhid yang tinggi.
Tanpa tauhid, sifat-sifat ini mungkin bersifat sementara. Tauhid juga
dapat menghapuskan sifat yang bertentangan dengan Islam seperti zalim,
menipu, dan memberi rasuah.

SOALAN DALAM TEKS

5. Mengapa usahawan perlu beeretika?


6. Apakah perkaitan antara etika dengan kejayaan
seseorang usahawan?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

3.4 PRINSIP ASAS ETIKA KEUSAHAWANAN ISLAM

Usahawan perlu sentiasa beretika. Menurut perspektif Islam, setiap


tindakan yang dilakukan mempunyai nilai moral dan agama yang mesti
disedari. Tuntuan moral dan agama ini bertujuan mendekatkan diri
kepada Allah S.W.T. Terdapat beberapa prinsip etika Islam yang secara
asasnya diliputi dalam al-Quran dan as-Sunnah. Prinsip-prinsip tersebut
ialah

(i) Kebenaran.
(ii) Amanah.
(iii) Keikhlasan.
(iv) Persaudaraan.
(v) Sains dan pengetahuan.
(vi) Keadilan.
35
(a) Kebenaran

Usahawan perlu mempunyai sifat benar dalam menjalankan aktiviti


perniagaan. Kebenaran adalah nilai asas etika dalam Islam. Dalam
perniagaan seseorang perlu jujur, tidak menipu atau bersumpah palsu dan
mengeluarkan iklan palsu. Prinsip ini bukanlah satu strategi perniagaan
dalam Islam tetapi adalah satu tanggungjawab bagi setiap individu
muslim. Dalam al-Quran Allah telah menjelaskan melalui firman-Nya
yang bermaksud:

“Hai orang-orang beriman! Patuhlah


kepada Allah dan hendaklah kamu
bersama-sama orang yang benar.”

(at-Taubah: 119)
Allah juga berfirman yang bermaksud:

“(Dengan itu) Allah akan menyeksa lelaki


dan perempuan yang beriman palsu, dan
lelaki dan perempuan yang
mempersekutukan Tuhan.Allah menerima
taubat lelaki dan perempuan yang beriman,
dan Allah itu pengampun dan penyayang.”

(al-Ahzab: 73)

(b) Amanah

Usahawan perlu mempunyai sifat amanah. Amanah adalah prinsip


akauntabiliti kepada Allah. Dalam Islam, kehidupan dan segala
sumbernya adalah amanah yang diberikan kepada manusia. Dalam
perniagaan, harus berlaku amanah kepada masyarakat, individu dan
Allah. Oleh itu, sumber-sumber perniagaan harus dimanfaatkan secara
paling beramanah tanpa menyebabkan sebarang kemudharatan kepada
masyarakat dan persekitaran. Keperluan amanah ini ditegaskan dalam al-
Quran melalui firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu


memberikan barang-barang kepercayaan
kepada yang punya dan bila menghukum di
antara manusia hendaklah menghukum
dengan adil; bahawa dengan itu Allah
memberikan pelajaran yang sebaik-baiknya
kepada kamu; sesungguhnya Allah itu
mendengar dan melihat.”

(an-Nisa’: 58)

36
Allah berfirman lagi yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman! Janganlah


kamu berkhianat kepada Allah dan Rasul, dan
juga jangan berkhianat kepada amanat-amanat
yang dipercayakan kepada kamu sedang kamu
mengetahui.’’

(al-Anfal: 27)
(c) Keikhlasan

Usahawan perlu ada sifat keikhlasan dalam menjalankan kerja. Dalam


menjalankan pekerjaan dan perniagaan, seseorang itu perlu ikhlas dan
bersungguh. Sikap sedemikian dapat mewujudkan keefisienan dan
peningkatan dalam produktiviti. Ia juga dapat mengelakkan manipulasi
hak orang lain. Berkaitan prinsip keikhlasan ini, Allah berfirman yang
bermaksud:

“Dan mereka hanya diperintahkan supaya


menyembah Allah dengan tulus ikhlas
beragama untuk Allah semata-mata, berdiri
lurus mengerjakan sembahyang, membayar
zakat dan itulah dan itulah agama yang betul.’’

(al-Bayyinah: 5)

(d) Persaudaraan

Usahawan perlu mempunyai sifat bersaudara dengan sesama manusia


kecuali musuh yang akan melemahkannya. Islam menganggap semua
manusia itu bersaudara. Sikap ini harus diamalkan oleh seorang ahli
perniagaan terhadap pekerjanya, pelanggan dan orang awam.
Perhubungan baik yang terjalin akan dapat mewujudkan suasana damai
dan harmoni yang seterusnya menjauhkan sifat dengki sesama sendiri.
Prinsip ini banyak ditegaskan dalam al-Quran antaranya melalui firman
Allah yang bermaksud:

“Dan berpegang eratlah kamu sekalian


dengan tali Allah, dan janganlah berpecah-
belah. Ingatlah kurnia Allah kepada kamu,
ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, lalu
dipersatukannya hati kamu (dalam agama
Allah) sehingga dengan kurnia Allah itu, kamu
menjadi bersaudara. Dan kamu dahulu berada
di tepi lubang neraka, maka dilepaskan Allah
daripadanya. Begitulah Allah menjelaskan

37
dalam keterangan-keterangan-Nya kepada
kamu supaya kamu menurut jalan yang
benar.’’
(al-Imran: 103)

Allah juga berfirman yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang datang sesudah


mereka mengucapkan: Wahai Tuhan kami.
Ampunilah kami dan saudara-saudara kami
yang telah beriman lebih dahulu dari kami!
Dan janganlah Engkau adakan kedengkian
dalam hati kami terhadap orang-orang yang
beriman! Wahai Tuhan kami! Engkau
sesungguhnya maha penyantu dan
penyayang.’’
(al-Hasyr: 10)

(e) Sains dan Imu Pengetahuan

Usahawan perlu menjalankan aktivitinya berteraskan ilmu pengetahuan.


Menuntut ilmu wajib bagi semua umat Islam. Ilmu perlu untuk
meneruskan kemajuan umat manusia. Kepentingan ilmu banyak sekali
disentuh dalam al-Quran malahan ayat pertama yang diturunkan kepada
Rasulullah s.a.w. menyentuh tentang ilmu. Firman Allah yang bermaksud:

“Bacalah dengan nama Tuhan Engkau, yang


menciptakan. Dialah yang telah menciptakan
manusia dari segumpal darah.Bacalah! Dan
Tuhan engkau itu Maha Pemurah. Yang
mengajarkan dengan pena. Mengajarkan
kepada manusia apa yang belum
diketahuinya.’’

(al-Alaq: 1-5)

(f) Keadilan

Usahawan perlu adil dalam semua perkara. Keadilan bermaksud setiap


orang mesti diperlakukan sesuai dengan apa yang sepatutnya (meletakkan
sesuatu pada tempatnya), tanpa diskriminasi. Ia diperlukan terutama
dalam perletakan harga, kualiti pengeluaran, layanan kepada pekerja,
persekitaran dan keputusan perniagaan. Prinsip keadilan disentuh dalam
al-Quran melalui firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah memerintahkan


keadilan, berbuat kebaikan dan memberi

38
kepada kerabat-kerabat, dan Tuhan melarang
perbuatan keji, perlanggaran dan
kedurhakaan. Dia mengajari kamu supaya
kamu mengerti.’’
(al-Nahl: 90)

SOALAN DALAM TEKS

7. Huraikan prinsip asas etika keusahawanan dari


perspektif Islam.

Semak jawapan anda akhir bab ini.

3.5 PRINSIP KHUSUS ETIKA PERNIAGAAN DAN


KEUSAHAWANAN ISLAM

Ajaran Islam yang syumul tidak mengetepikan pentingnya perniagaan


dalam kehidupan manusia. Namun, urus niaga yang dijalankan haruslah
menepati garis panduan yang telah ditetapkan dalam Islam. Sistem
kapitalis yang meluas dilaksanakan dalam perniagaan dunia kerapkali
membuka peluang kepada peniaga untuk memperolehi kekayaan segera
dengan jalan mudah misalnya rasuah. Kadangkala cara yang beretika pula
memerlukan masa yang panjang untuk memperolehi keuntungan. Sebagai
seorang Islam, matlamat mencari keredhaan Allah S.W.T. yang
menjangkau dari hanya kehidupan dunia semata-mata seharusnya
membataskan tindakan kepada kaedah yang berkat dan dituntut oleh
agama.

Dalam Islam, panduan khusus untuk menjalankan perniagaan digariskan


agar perniagaan dijalankan mengikut etika Islam. Antara panduan
tersebut ialah

(a) Pematuhan terhadap kontrak

Usahawan perlu sentiasa mematuhi kontrak yang ditandatangani. Islam


memandang berat terhadap janji. Prinsip asas seperti kebenaran,
kejujuran dan amanah seperti yang digariskan perlu diikuti. Seorang
peniaga atau pengurus Islam patut mematuhi amanah, janji dan kontrak

39
yang dilakukannya. Dalam Surah al-Mukminun ayat 8 Allah berfirman
yang maksudnya:

“Dan orang-orang yang memelihara


kepercayaan dan memenuhi janjinya.’’

Melalui ayat ini jelas bahawa penting bagi seorang yang beriman itu
menunaikan janjinya, misalnya sekiranya membayar sewa seperti dijanji
melalui kontrak Al-Ijarah atau menyerahkan barang bila tiba masanya
dalam kontrak Jual Salam. Sesetengah kontrak seperti hutang perlu ditulis
untuk menjelaskan tentang tempoh dan syarat lain kontrak hutang agar
tiada pihak yang teraniaya.

(b) Penipuan dan salah tafsir iklan

Usahawan perlu mengelakkan diri daripada aktiviti penipuan. Sebarang


penipuan akan memberi kesan negatif dalam jangka masa panjang. Firma
perniagaan banyak menghabiskan perbelanjaan untuk iklan. Tetapi kerap
juga barangan yang diiklan berbeza atau tidak menepati barangan yang
diiklankan. Kadangkala iklan yang dibuat menyebabkan pengguna
membuat tafsiran yang tidak tepat. Dalam etika Islam, perkara ini jelas
dilarang. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Tidak boleh menjual barang yang rosak


kecuali yang rosak itu telah ditunjukkan
kepada pembeli.”

(Hadis riwayat Bukhari)

(c) Timbangan yang Tepat

Usahawan tidak dibenarkan membuat penipuan dalam aktiviti


timbangan. Peniaga yang tidak jujur menipu timbangan untuk mendapat
untung yang lebih. Menipu timbangan merupakan kaedah penipuan dan
eksploitasi yang telah dilakukan sejak sekian lama. Dalam al-Quran,
Allah S.W.T. banyak berfirman agar timbangan dilakukan dengan tepat.
Firman Allah dalam Surah al-Israa’ ayat 35 yang bermaksud:

“Dan penuhkanlah sukatan, bila kamu


menyukat (menakar) dan menimbanglah
dengan neraca yang betul. Itulah yang paling
baik dan elok kesudahannya.”

Dalam surah al-A’raaf ayat 85 Allah juga berfirman yang maksudnya:

40
“Dan kepada penduduk Madyan Kami utus
saudaranya Syu’aib, dia mengatakan : Hai
kaumku! Hendaklah kamu menyembah Allah.
Kamu tidak mempunyai Tuhan selain
daripada-Nya. Sesungguhnyatelah datang
bukti yang terang kepada kamu dari Tuhanmu
sebab itu, cukupkanlah sukatan dari
timbangan, dan jangan kurangkan hak-hak
manusia itu. Janganlah kamu membuat
bencana di muka bumi ini sesudah ada
perbaikan. Itulah yang baik untuk kamu, kalau
Kamu orang yang beriman.’’

(d) Sorok barang

Usahawan tidak boleh membuat aktiviti tidak sihat dalam menguasai atau
manupulasi pasaran. Amalan sorok barang untuk tujuan mendapat
untung ketika harga naik atau menyorok barang ketika masyarakat
kekurangan barang tersebut merupakan satu eksplotasi kepada
masyarakat dan pengguna. Orang yang melakukan sorok barang ini jelas
melalukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam. Mereka
tergolong dalam golongan orang yang bersifat bakhil dan tamak. Allah
melarang sifat bakhil ini melalui firmannya dalam surah al-Imran ayat 180
yang bermaksud:

“Janganlah orang-orang yang bakhil


memberikan dengan apa yang telah
dikurniakan Allah kepadanya mengira bahawa
kebakhilan itu baik untuk mereka. Tidak!
Melainkan membahayakan mereka; nanti
harta yang mereka bakhilkan itu akan
digantungkan di lehernya di hari kiamat. Allah
yang mempusakai langit dan bumi dan
mengetahui apa yang kami kerjakan.’’

(e) Penghapusan keluaran berlebihan

Usahawan tidak digalakkan membazir atau mensia-siakan rezeki kurniaan


Tuhan. Telah menjadi amalan dalam kaedah moden untuk
menghapuskan barang berlebihan agar harga tidak jatuh. Matlamat
memaksimakan untung ini dilakukan tanpa mengambil kira nilai-nilai
etika. Islam melarang perbuatan ini kerana barangan dan sumber ialah
milik Allah dan manusia adalah pemegang amanah. Manusia sepatutnya
mencari jalan untuk menggunakan lebihan tadi. Firman Allah dalam
surah al-Baqarah ayat 205 yang bermaksud:

41
“Dan bila dia pergi, dia berusaha di muka
bumi membuat bencana dan merosakkan
sawah-ladang dan binatang ternak. Dan Allah
tidak menyukai bala-bencana.”

(f) Perniagaan melibatkan riba

Usahawan perlu menjauhkan diri dari aktiviti riba. Riba akan memberi
kesan negatif kepada kehidupan manusia dalam jangka masa panjang.
Amalan riba ini walaupun sudah sebati dengan dunia perniagaan barat
mestilah dihindari. Terdapat pelbagai alternatif kaedah muamalat yang
boleh dilaksanakan untuk mengelakkan diri daripada riba.

(g) Amalan pengambilan pekerja

Pengambilan pekerja harus dilakukan dengan adil, orang yang boleh


melaksanakan tanggungjawab dan boleh adil terhadap apa yang
diamanahkan kepadanya. Allah berfirman dalam surah an-Nisa’ ayat 58
yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu


memberikan barang-barang kepercayaan
kepada yang punya; dan bila menghukum di
antara manusia, hendaklah menghukum
dengan adil, bahawa dengan itu Allah
memberikan pelajaran yang sebaik-baiknya
kepada kamu; sesungguhnya Allah itu
mendengar dan melihat.”

Jelas berdasarkan ayat di atas, Allah menyuruh jika memilih pekerja atau
menyerahkan sesuatu tugas, harus mengikut kebolehan dan kepakaran
pekerja yang diambil, bukan berdasarkan pilih kasih atau melibatkan
unsur-unsur diskriminasi. Kerana pemilihan sedemikian boleh
menggalakkan berlakunya amalan rasuah dan kegagalan dalam
melaksanakan tanggungjawab.

(h) Adil kepada pekerja

Menjadi tanggungjawab organisasi perniagaan untuk menjaga kebajikan


pekerja, memberi gaji yang setimpal dan tempat kerja yang baik. Dalam
suasana semasa di mana terdapat pekerja asing yang sama-sama bekerja
dalam organisasi, perkara ini perlu diperingatkan agar tuntutan agama
tidak diketepikan. Islam tidak memilih warna kulit atau rupa sebaliknya
taqwa adalah ukuran disisi Allah.

42
(i) Penjagaan alam sekitar

Usahawan perlu beretika menjaga alam sekitar dalam menjalankan aktiviti


perniagaannya. Kerap terjadi pada masa kini bencana-bencana yang
disebabkan oleh kegiatan manusia yang mencari keuntungan jangka
pendek tanpa memikirkan kesan kepada alam sekitar dan hidupannya.
Misalnya, kekurangan air di Selangor pada suatu masa dahulu dikatakan
berlaku akibat penebangan hutan yang berhampiran kawasan tadahan.
Jerebu yang melanda negara juga ialah kesan daripada pembakaran hutan
oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Allah berfirman yang
maksudnya:

“Telah kelihatan kerosakan di darat dan di


laut, disebabkan usaha tangan manusia,
kerana Tuhan hendak merasakan kepada
mereka sebahagian dari akibat perbuatan
mereka, supaya mereka kembali.’’

(ar- Rum: 41)

Usahawan tidak harus menjalankan perniagaan untuk memaksimakan


untung semata-mata tanpa memikirkan tanggungjawab sosial dan
penjagaan alam sekitar. Alam semula jadi ialah anugerah Allah yang boleh
digunakan tanpa merosakkannya. Berkait dengan konsep ini, Allah
berfirman dalam surah an-Nahl ayat 81 yang bermaksud:

“Dan Allah menjadikan dari sebahagian


ciptaan-Nya menjadi naungan buat kamu, dan
dijadikan-Nya buat kamu pakaian untuk
memelihara kamu dari panas, dan pakaian
(baju besi) untuk melindungi kamu dalam
peperangan. Begitulah Tuhan mencukupkan
nikmat-Nya buat kamu, supaya kamu patuh
kepada-Nya.”

SOALAN DALAM TEKS

8. Berikan prinsip-prinsip khusus etika keusahawanan


dari perspektif Islam.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

43
3.6 KESIMPULAN

Islam amat menggalakkan umatnya menceburi bidang keusahawanan


kerana ia adalah bidang ilmu kifayah dan Rasulullah s.a.w. sendiri ada
bersabda yang bermaksud:

“Sembilan persepuluh daripada sumber rezeki


adalah perniagaan.”

Keusahawanan dari perspektif Islam boleh didefinisikan sebagai mana-


mana aktiviti pekerjaan yang diusahakan secara perniagaan oleh
seseorang sama ada dengan menghasilkan sesuatu barangan atau
memberi sesuatu perkhidmatan bagi memperolehi rezeki yang halal iaitu
dengan cara yang tidak bertentangan dengan syariah. Bidang
keusahawanan dalam perspektif Islam termasuk dalam ilmu fardhu
kifayah.

Menurut perspektif Islam, seseorang itu berjaya kerana ia mempunyai


ciri-ciri orang yang berjaya. Ini kerana Allah S.W.T berfirman bahawa
sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu
melainkan kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka.
Berdasarkan ayat-ayat al-Quran, al-Hadis dan sirah nabi terdapat banyak
ciri-ciri orang berjaya dalam kehidupan. Antara ciri-ciri utama seseorang
untuk berjaya dalam kehidupan terutamanya bagi seorang usahawan
mengikut perspektif Islam ialah

(i) Mempunyai keinginan dan kesungguhan yang tinggi untuk berjaya.


(ii) Mempunyai niat yang betul dalam menjalankan keusahawanan.
(iii) Mempunyai ilmu dan kemahiran yang mencukupi dalam bidang
yang diceburi.
(iv) Bertanggungjawab kepada semua yang berkepentingan dengannya.
(v) Sentiasa berjimat dalam menggunakan sumber.
(vi) Mempunyai kemahiran membuat keputusan yang tepat.
(vii) Berfikiran terkehadapan.
(viii) Pandai berhubung dengan manusia.
(ix) Sentiasa menjaga kualiti.
(x) Sentiasa menjaga agar tidak terlibat dengan aktiviti yang
diharamkan oleh Allah.
(xi) Elakkan daripada banyak berhutang.
(xii) Sentiasa menilai tindakan dan keadaan berjaga-jaga.
(xiii) Bersyukur dengan kejayaan.

44
(xiv) Tidak boros dengan kekayaan dan tidak kikir.
(xv) Sentiasa membayar hutang jika berhutang.

Semasa menjalankan aktiviti keusahawanan, seseorang usahawan itu


perlu sentiasa menjaga etika perniagaan dan keusahawanan sama ada
prinsip umum etika Islam atau etika khusus.

45
BAB 4

MENGENALI CIRI-CIRI USAHAWAN

OBJEKTIF BAB

Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Menjelaskan ciri-ciri usahawan berjaya.
2. Mengenal pasti perbezaan antara usahawan dan peniaga kecil.
3. Membezakan antara usahawan dan pengurus.
4. Menilai diri untuk melihat orientasi kecenderungan
keusahawanan.
5. Membincangkan profil beberapa tokoh usahawan berjaya
tempatan.

4.1 PENDAHULUAN

Usahawan merupakan pemangkin kepada pembangunan dan


pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Maju dan mundur ekonomi
sesebuah negara adalah bergantung kepada usahawan yang dinamis dan
berpandangan jauh. Mereka adalah individu yang unik dan berbeza
dengan insan biasa. Ciri-ciri keusahawanan yang ada pada individu
usahawan berupaya membangunkan bukan sahaja diri usahawan sendiri,
tetapi juga bertanggungjawab kepada pembangunan masyarakat dan
negara. Malah hasil usaha usahawan mampu memberi kesejahteraan
kepada masyarakat seluruh dunia. Ini adalah kerana usahawan merupakan
daya penggerak yang mewujud, memulakan dan sentiasa berusaha
memperkembangkan sesuatu usaha teroka yang diceburi. Justeru itu
mereka dapat mencipta pekerjaan kepada penduduk sesebuah negara. Ini
seterusnya dapat mengatasi atau mengurangkan masalah pengangguran
negara. Usahawan juga berperanan untuk meningkatkan pendapatan dan
meninggikan taraf hidup masyarakat secara keseluruhan.

Bab ini akan memfokuskan perbincangan secara mendalam tentang ciri-


ciri usahawan berjaya, perbezaan antara usahawan dengan peniaga kecil
dan perbezaan antara usahawan dengan pengurus serta penilaian potensi
kecenderungan keusahawanan dalam diri seseorang. Pelajaran ini turut
memaparkan profil tokoh-tokoh usahawan terulung tempatan dan
kejayaan yang ditempah oleh mereka.

47
4.2 CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA

Usahawan berjaya mempunyai ciri-ciri dan profil tertentu yang boleh


membezakan mereka dengan orang lain. Kompetensi keusahawanan
iaitu kemampuan dan kemahiran diri yang dimiliki oleh usahawan
membolehkan mereka melakukan fungsi-fungsi keusahawanan dengan
berkesan.

Jadual 4.1 menunjukkan suatu senarai kompetensi keusahawanan diri


hasil daripada suatu kajian yang dijalankan oleh McClelland dan Mc Ber
& Co dalam tahun 1985 antara budaya di Malawi, India dan Ecuador
terhadap usahawan-usahawan berjaya.

Jadual 4.1
Kompetensi Keusahawanan Diri

Bil Ciri-Ciri Umum


1. Inisiatif
2. Melihat dan merebut peluang
3. Kecekalan
4. Mencari maklumat
5. Menitikberatkan mutu kerja yang tinggi
6. Komitmen terhadap perjanjian kerja
7. Berorientasi ke arah kecekalan
8. membuat perancangan yang sistematik
9. Menyelesaikan masalah secara kreatif
10. Keyakinan diri
11. Ketegasan
12. Meyakinkan orang lain
13. Menggunakan strategi-strategi pengaruh

Sumber: MEDEC. (1998).

Berikut ialah ciri-ciri umum yang sering dikaitkan dengan usahawan


berjaya. Walaupun senarai ini tidak lengkap sepenuhnya tetapi ia dapat
memberikan kita gambaran tentang usahawan dan perspektif
keusahawanan.

4.2.1 Berinisiatif

Usahawan mempunyai inisiatif untuk memulakan dan mewujudkan


sesuatu usaha teroka baru, walaupun ianya dianggap pelik dan asing oleh
orang lain. Mereka sentiasa berusaha untuk mempelbagaikan perniagaan
produk atau servisnya ke dalam bidang-bidang yang baru berdasarkan
peluang-peluang perniagaan yang telah dikenal pasti. Mereka mempunyai
daya inisiatif yang tinggi di mana mereka mempunyai kecenderungan
untuk melihat, menganalisis sesuatu situasi dan mengambil tindakan

48
secara proaktif. Usahawan biasanya tidak menunggu peluang datang
bergolek. Kemahiran dan keupayaan ini menjadikan usahawan sentiasa
terkehadapan dan bergerak lebih pantas daripada orang lain.

4.2.2 Bertanggungjawab

Usahawan bertanggungjawab ke atas sebarang keputusan usaha teroka


yang diceburi. Mereka berasa bertanggungjawab di atas kejayaan atau
kegagalan usaha teroka yang dilakukan. Sifat tanggungjawab yang ada
pada usahawan ini menjadikan usahawan orang yang beretika. Usahawan
mempunyai tanggungjawab dan beretika terhadap pihak-pihak tertentu
yang mempunyai hubungan secara langsung atau tidak langsung dalam
perniagaan mereka. Usahawan bertanggungjawab terhadap pelanggan,
pembekal, rakan kongsi, pemegang syer, masyarakat dan negara.

4.2.3 Kerajinan, Komitmen, Keazaman dan Ketabahan

Keempat-empat ciri di atas mempunyai hubung kait antara satu sama lain
dalam diri usahawan. Semua usaha teroka memerlukan kerajinan,
komitmen, keazaman dan ketabahan untuk mengatasi pelbagai rintangan,
cabaran, masalah dan kegagalan yang mungkin timbul pada peringkat
awal dan halangan-halangan yang wujud seterusnya. Dengan adanya ciri-
ciri ini, usahawan tidak akan berputus asa, malah terus berusaha berulang
kali atau mencari cara lain yang terbaik untuk mengatasi halangan-
halangan dan masalah-masalah yang timbul.

4.2.4 Berorientasi kepada Peluang

Kejayaan usahawan banyak bergantung kepada kebolehan dan


kemampuan mereka dalam mencari, melihat dan merebut peluang-
peluang yang ada dan boleh dimanfaatkan. Satu keistemewaan yang ada
pada usahawan ialah mereka juga mempunyai keupayaan untuk melihat
peluang lebih jauh ke dalam melalui bayangan atau imaginasi mereka.
Usahawan tidak sekadar melihat dan mengenal pasti peluang tetapi
bertindak dengan segera untuk merebut peluang dan kesempatan yang
ada bagi memulakan perniagaan. Usahawan yang cemerlang dalam
usaha teroka terdiri daripada mereka yang peka terhadap peluang-
peluang perniagaan yang wujud di sekeliling dan pandai merebut peluang
itu sebelum direbut oleh orang lain.

4.2.5 Kreatif dan Inovatif

Kemahiran ini boleh meletakkan usahawan ke tahap yang dapat


mengatasi pesaing-pesaing mereka. Usahawan yang kreatif mempunyai
daya pemikiran, daya imiginasi dan kebolehan untuk mencipta atau

49
menghasilkan sesuatu keluaran atau perkhidmatan baru. Contoh unsur
kreativiti dapat dilihat pada Syarikat IBM yang pertama sekali
mengeluarkan beberapa jenis komputer baru yang dapat beroperasi
menggantikan tenaga manusia.

Usahawan yang inovatif ialah usahawan yang berkebolehan untuk


melakukan pembaharuan atau pengubahsuaian ke atas produk atau
servis yang sedia ada untuk mempertingkatkan atau memperbaiki
mutunya dan menjadikan produk atau servis itu lebih baik.

Usahawan yang mempunyai sifat kreatif dan inovatif akan dapat bertahan
lama dalam dunia perniagaan yang mencabar. Mereka akan mempunyai
kelebihan saingan dan sentiasa berada di hadapan pesaing untuk terus
kekal dalam perniagaan. Ini kerana, cita rasa pengguna sentiasa berubah.

4.2.6 Mengambil Risiko yang Sederhana

Usahawan yang cemerlang memastikan bahawa risiko yang diambil itu


adalah sederhana iaitu boleh dikawal, munasabah dan berpatutan, dan
setara dengan ganjaran yang akan diterima. Mereka hanya melibatkan diri
dalam usaha teroka setelah memperinci dan mengira terlebih dahulu
risiko yang akan dialami.

Risiko yang sederhana adalah risiko yang boleh dihitung, mampu dikawal
dan diuruskan oleh usahawan. Jadi, untuk berjaya, usahawan mestilah
juga mempunyai kebolehan untuk mengurus risiko dengan baik. Mereka
boleh menguruskan risiko dengan memindahkan sebahagian daripada
risiko tersebut kepada pelabur, pihak bank, pelanggan, pembekal, dan
pihak-pihak tertentu. Ini adalah kerana usahawan sedar bahwa setiap
usaha teroka akan terdedah kepada pelbagai risiko. Risiko-risiko ini
bermula apabila usahawan membuat keputusan untuk menceburkan diri
dalam bidang keusahawanan sehinggalah mereka berada di peringkat
kemajuan atau kematangan. Dengan pengurusan yang bijak dan kawalan
yang rapi, usahawan dapat menjadikan risiko untuk menghasilkan
keuntungan.

4.2.7 Berorientasikan Matlamat dan Wawasan

Usahawan yang berjaya biasanya mempunyai matlamat yang jelas yang


boleh diukur pencapaiannya dan berwawasan. Ini kerana mereka tahu
hala tuju usaha teroka mereka. Berwawasan bermaksud usahawan
mempunyai satu impian yang akan dicapai atau dilihat pada masa
hahapan. Usahawan menetapkan matlamat dan wawasan untuk jangka
masa terdekat dan juga untuk jangka masa panjang. Oleh itu,
pembentukan matlamat dan wawasan ini memerlukan perancangan dan

50
penelitian yang rapi serta pola pemikiran yang cemerlang. Mereka peka
kepada kemampuan mereka dan mengenal pasti halangan-halangan
dalaman dan luaran supaya dapat mengatasi halangan-halangan tersebut
bagi pencapaian matlamat dan wawasan mereka. Sebelum menetapkan
matlamat dan wawasan, usahawan akan mengenal pasti peluang, cabaran,
ancaman dan risiko dengan teliti dan sistematik. Dengan itu, mereka
boleh memfokuskan usaha dan tenaga dalam memilih peluang-peluang
yang bersesuaian dan boleh mencapai matlamat dan wawasan yang
ditetapkan.

4.2.8 Mencari Maklumat

Maklumat diperlukan oleh usahawan dalam setiap peringkat usaha


teroka mereka. Dengan ini mereka sentiasa mencari dan peka kepada
maklumat. Maklumat yang diperolehi usahawan daripada pelbagai
sumber mempunyai banyak kegunaan. Mereka mengumpul maklumat
yang bermutu, terkini dan mencukupi untuk membuat keputusan
perniagaan. Selain itu, maklumat yang diperolehi digunakan untuk
memperbaiki dan meningkatkan pencapaian prestasi diri usahawan dan
perniagaan mereka. Maklumat yang dikumpul boleh digunakan sebagai
maklum balas dalam usaha untuk memberi produk dan servis yang boleh
memenuhi kehendak pelanggan. Dengan bermaklumat, usahawan mudah
meluaskan pasaran, memajukan perniagaan dan menjadikan perniagaan
usahawan lebih berdaya saing.

4.2.9 Mencari dan Menggunakan Maklum Balas

Dengan mencari maklum balas, usahawan dapat mengetahui prestasi dan


pencapaian usaha teroka mereka. Maklumat dan pengetahuan yang
diperolehi daripada maklum balas digunakan sebagai pengukuhan dan
untuk membaiki prestasi mereka sendiri dan usaha teroka mereka.
Dengan ini, usahawan yang berjaya adalah diibaratkan sebagai pendengar
yang cemerlang dan pelajar yang pantas mempelajari sesuatu. Usahawan
mempunyai keinginan yang tinggi untuk menggunakan maklumat,
pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi bagi membaiki prestasi
usaha teroka mereka. Dengan mencari maklum balas usahawan dapat
belajar dari kegagalan dan kesilapan yang lepas.

4.2.10 Kebolehan Menyelesaikan Masalah

Usahawan akan berhadapan dengan pelbagai masalah dalam menjalani


usaha teroka mereka, contohnya masalah kewangan, pemasaran,
pengurusan atau pengeluaran. Bagi usahawan setiap masalah ada jalan
penyelesaiannya. Usahawan tidak menganggap masalah-masalah ini
sebagai malapetaka yang boleh membantutkan mereka. Usahawan akan

51
mencari jalan menyelesaikan masalah dengan lebih kreatif dan inovatif.
Di samping itu, mereka mencari strategi-strategi alternatif yang lebih
efektif daripada yang sedia ada bagi penyelesaian masalah.

4.2.11 Kejujuran dan Menepati Janji

Kejujuran dan menepati janji ialah satu kualiti keusahawanan yang sangat
penting. Sikap kejujuran membolehkan usahawan mendapat kepercayaan
daripada semua pihak.yang mempunyai kepentingan dengan mereka. Ini
termasuklah pelanggan, pembekal, pekerja, bank, pekongsi dan
pemegang saham.

Perhubungan usahawan dengan pihak-pihak tertentu akan terjejas


sekiranya usahawan didapati tidak jujur dan tidak menepati janji. Tanpa
sikap ini usahawan tidak akan mendapat kredit atau pinjaman daripada
pembekal atau bank. Para pelanggan akan memutuskan langganan
mereka. Pekerja pula akan hilang kesetiaan mereka kepada usahawan. Ini
seterusnya memberi kesan yang negatif terhadap diri usahawan dan
perkembangan perniagaannya.

4.2.12 Menitikberatkan Mutu Kerja yang Tinggi

Melalui mutu kerja yang tinggi, usahawan dapat menghasilkan produk


atau servis yang bermutu serta mendapat kepuasan daripadanya. Mereka
mengkaji dan membuat perbandingan dari segi kualiti produk atau servis
mereka dengan orang lain supaya setanding atau lebih baik daripada
orang lain. Sikap menitikberatkan mutu kerja yang tinggi menjadikan
usahawan lebih berdaya saing di samping meningkatkan lagi prestasi serta
imej perniagaan dan diri mereka sendiri.

4.2.13 Berkeyakinan Diri dan Optimistik

Usahawan mempunyai keyakinan diri dan optimistik dalam menjayakan


sesuatu usaha teroka yang diceburi mereka. Mereka yakin dan optimis
akan keupayaan, kebolehan dan kemampuan diri sendiri. Sikap ini
membolehkan mereka berhadapan dan mengatasi rintangan dan cabaran
yang dihadapi. Usahawan juga berpendirian dalam menyatakan
keputusan sendiri walaupun mendapat tentangan hebat. Ini kerana
mereka berani, yakin dan optimis dapat mencapai matlamat dan cita-cita
mereka dengan kemampuan diri yang ada pada mereka. Usahawan yakin
terhadap apa yang diusahakan. Sifat ragu-ragu tidak pernah wujud dalam
diri usahawan.

52
4.2.14 Motivasi untuk Kejayaan dan Berkembang Maju

Motivasi dalaman yang tinggi dan berkobar-kobar dalam diri usahawan


merupakan faktor utama yang mendorong dan menggerakkan usahawan
untuk sentiasa berkembang ke hadapan. Mereka mengejar kejayaan dan
kecemerlangan untuk mencapai matlamat usaha teroka mereka. Mereka
jarang didesak oleh dorongan luaran seperti status dan kuasa. Apa yang
diinginkan oleh usahawan ialah untuk memenuhi impian dan mendapat
ganjaran kepuasan diri dan keuntungan hasil usaha teroka mereka. Ini
diperolehi setelah usahawan menempuhi pelbagai cabaran dalam
memulakan dan membangunkan usaha teroka mereka.

4.2.15 Lokus Kawalan Dalaman (Internal Locus of Control)

Sifat ini seiring dengan ciri motivasi kepada kejayaan dan pencapaian,
kesediaan untuk mengambil tanggungjawab dan berkeyakinan diri. Lokus
kawalan dalaman bermaksud apa yang usahawan cuba capai adalah dalam
kawalan mereka sendiri. Di sini nasib bukanlah penentu kepada kejayaan
dan kegagalan sesuatu usaha teroka mereka. Mereka percaya kejayaan dan
kegagalan sesuatu usaha teroka itu adalah dari kawalan dalaman mereka
sendiri. Mereka penuh yakin bahawa sikap, tindakan dan kelakuan
mereka sendiri merupakan penyebab yang mempengaruhi hasil usaha
teroka mereka.

4.2.16 Kesanggupan Belajar daripada Kesilapan

Usahawan tidak mudah menuding jari kepada sesiapa jika berhadapan


dengan kegagalan. Usahawan sanggup menghadapi kenyataan jika usaha
teroka mereka gagal. Apa yang dimaksudkan kegagalan bagi usahawan
ialah kegagalan perniagaan mereka, bukannya kegagalan usahawan.
Mereka tidak berasa sedih, terkejut, lemah dan tertekan sebaliknya akan
terus berusaha mencari peluang-peluang. Jika usaha teroka mereka gagal,
bukan bererti mereka terus gagal selama-lamanya. Bagi usahawan, setiap
kegagalan dan kesilapan itu adalah pengalaman baru untuk mereka.
Mereka sanggup belajar daripada kesilapan. Kesilapan memberi motivasi
kepada usahawan untuk berusaha lagi. Setiap kegagalan merupakan satu
pengajaran supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama. Sikap ini
menjadikan usahawan sentiasa bergerak untuk mencapai kejayaan.

4.2.17 Keupayaan Mengurus

Keupayaan mengurus bermaksud usahawan berkebolehan untuk


merancang, mengorganisasi, mengarah dan mengawal aktiviti-aktiviti
perniagaan dengan berkesan. Mereka berkeupayaan menguruskan

53
sumber-sumber organisasi untuk mencapai tujuan usaha teroka dengan
cara yang lebih cekap dan efektif.

4.2.18 Berorientasikan Kecekapan

Dalam menjalani aktiviti usaha teroka, usahawan sentiasa berorientasi ke


arah kecekapan. Mereka mencari jalan untuk meningkatkan produktiviti
produk dan servis mereka. Usahawan berikhtiar untuk menghasilkan
produk atau memberi servis dengan kos yang terendah atau dengan masa
yang pantas tanpa menjejaskan kualiti produk atau servis yang
ditawarkan. Orientasi kepada kecekapan membantu usahawan supaya
berdaya saing di pasaran, mengurangkan pembaziran sumber-sumber dan
dalam masa yang sama meningkatkan keuntungan usahawan. Pelanggan
memperoleh faedah kesan daripada orientasi usahawan terhadap
kecekapan.

4.2.19 Tahap Tenaga yang Tinggi

Usahawan bekerja keras dan bekerja lebih dari masa yang lazimnya
digunakan oleh orang biasa. Mereka dikatakan mempunyai tahap tenaga
yang tinggi. Tenaga dalaman dan luaran menjadi faktor pendorong
untuk menjayakan usaha teroka yang dijalankan. Ini adalah kerana
usahawan perlu melakukan tugas-tugas yang luar biasa bagi mencapai
matlamat perniagaan mereka.

4.2.20 Berorientasi Masa Depan

Orientasi masa depan memerlukan usahawan untuk bijak melihat,


mengenal pasti dan mengambil peluang daripada persekitaran melalui
proses unjuran dan pemantauan yang berterusan. Sikap orientasi pada
masa depan membolehkan usahawan melihat dan mencari serta merebut
peluang-peluang yang belum dan boleh diterokai.

4.2.21 Menggunakan Strategi-Strategi Pengaruh

Usahawan mempunyai jaringan yang luas dengan pelbagai pihak. Mereka


berkecenderungan menggunakan strategi untuk mempengaruhi,
memujuk, mengajak dan meyakinkan orang lain untuk mencapai
matlamat perniagaan.

54
SOALAN DALAM TEKS

1. Senaraikan semua ciri-ciri umum yang dimiliki oleh


usahawan berjaya.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

4.3 PERBEZAAN ANTARA USAHAWAN DAN PENIAGA

Usahawan tidak boleh disamaertikan dengan peniaga. Sebenarnya bukan


semua peniaga berjaya menjadi usahawan. Tetapi semua usahawan ialah
peniaga. Terdapat beberapa ciri yang membezakan antara usahawan
dengan peniaga terutamanya peniaga kecil. Jadual 4.2 menunjukkan
perbezaan fungsi antara peniaga kecil dan usahawan.

Jadual 4.2
Perbezaan Fungsi antara Peniaga Kecil dan Usahawan

Fungsi Peniaga Kecil Usahawan


Takrif Umum Melibatkan diri dalam aktiviti Menjalankan perniagaan sendiri untuk
perniagaan untuk mendapat mendapatkan keuntungan di samping
keuntungan bagi diri sendiri mengutamakan kepuasan pelanggan, dan
dan keluarga. memberi sumbangan kepada masyarakat
dan negara.

Membentuk Perniagaan Membentuk perniagaan baru Membentuk perniagaan baru. Peringkat


Baru tetapi skala operasi adalah kecil. awal skala operasinya kecil, tetapi
berupaya berkembang maju dari semasa
ke semasa.

Kebolehan Mengenal Sukar mengembangkan Berkebolehan mencari, melihat dan


pasti Peluang Perniagaan perniagaan kerana kurang merebut peluang perniagaan secara
berkebolehan untuk mengenal berterusan untuk mengembangkan usaha
pasti peluang-peluang teroka.
perniagaan.
Tahap Pengambilan Biasanya peniaga cenderung Sanggup mengambil risiko yang
Risiko mengambil risiko yang rendah sederhana atau risiko yang diperincikan.
dan cuba mengelakkan risiko.

Menggembleng Sumber Mengembleng sumber-sumber Menggembleng sumber-sumber bagi


untuk penerusan perniagaan. pembangunan usaha teroka.

Sumber: Diubahsuai daripada MEDEC. (1998).

Banyak kajian yang dijalankan dalam bidang keusahawanan menunjukkan


gambaran yang jelas mengenai kaitan antara usahawan dan peniaga kecil
(Mohd. Salleh dan Gibb, 1991; Bridge, O’ Neill dan Cromie, 1998).
Walaupun peniaga kecil memerlukan sebahagian daripada ciri-ciri

55
keusahawanan untuk menjalankan peniagaan kecil mereka, kebanyakan
peniaga kecil tidak menunjukkan ciri keusahawanan di tahap yang tinggi
(Bridge, O’ Neill dan Cromie, 1998). Manakala seorang usahawan pula
mempunyai ciri-ciri keusahawanan di tahap yang ketara dalam
menjalankan perniagaan yang diceburi mereka.

SOALAN DALAM TEKS

2. Bincangkan perbezaan antara usahawan dan


peniaga kecil.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

4.4 PERBEZAAN ANTARA USAHAWAN DAN PENGURUS

Usahawan ialah seorang pengurus yang berkesan, tetapi seorang


pengurus tidak semestinya seorang usahawan. Usahawan mempunyai
perbezaan dalam beberapa aspek dengan pengurus. Jadual 4.3 memberi
gambaran perbezaan antara seorang usahawan dengan seoarang pengurus
terutamanya pengurus tradisional.

Jadual 4.3
Perbezaan antara Pengurus Tradisional dan Usahawan

Aspek Pengurus Tradisional Usahawan


Motif Utama Kenaikan pangkat, ganjaran, dan Mencapai impian dan pencapaian
kuasa. diri melalui
kebebasan serta mencari peluang-
peluang perniagaan yang dapat
dimanfaatkan.

Risiko Berhati-hati dengan pengambilan Mengambil risiko yang sederhana


risiko.
Kegagalan dan Cuba mengelak kegagalan dan Tidak takut kepada dengan
Kesilapan kesilapan. kegagalan dan kesilapan.

Orientasi Masa Depan Sensitif kepada masa depan dan Berorientasikan masa depan
sanggup menangguhkan ganjaran. berdasarkan kepada impian
peribadi.

Hak Milik Mempunyai kedudukan dalam Memiliki hak milik ke atas entiti
organisasi tetapi biasanya tidak perniagaan.
mempunyai hak milik ke atas
perniagaan atau organisasi.

56
Peraturan Menitikberatkan peraturan. Peraturan sebagai garis panduan.

Perancangan Membuat perancangan yang teliti. Dorongan kepada tindakan.

Aktiviti Lebih kepada penyeliaan dan Melibatkan diri secara langsung


delegasi kerja. dalam aktiviti perniagaan yang
dijalankan.
Membuat Keputusan Biasanya bersetuju dengan Membuat keputusan berdasarkan
keputusan pihak pengurusan atasan peluang-peluang.
organisasi.
Status Menitikberatkan simbol status. Tidak menitikberatkan simbol
status.
Perhubungan dengan Wujudnya hierarki yang Perhubungan dengan orang lain
Orang Lain menentukan asas perhubungan. sebagai asas perhubungan
perniagaan.

Sumber: Diubahsuai daripada Scarborough, N.M. & Zimmerer, T.W. (1999). Effective
small business management: An entrepreneurial approach (6th ed.). Prentice Hall
dan Aini Hayati et al. (2000). Pengajian perniagaan. Petaling Jaya: Longman.

SOALAN DALAM TEKS

3. Bincangkan perbezaan antara usahawan dengan


pengurus tradisional.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

4.5 PENILAIAN DIRI USAHAWAN

Tujuan penilaian diri ialah untuk melihat orientasi kecenderungan


seseorang kepada keusahawanan. Penilaian diri bukanlah bertujuan untuk
menentukan sama ada seseorang layak atau tidak untuk menjadi seorang
usahawan, tetapi ia adalah bagi memperlihatkan tahap orientasi
kecenderungan seseorang kepada keusahawanan. Dengan mengenal pasti
orientasi kecenderungan kepada keusahawanan, seseorang itu boleh
melihat kelebihan dan kekurangan yang ada pada dirinya dan berusaha
mempertingkatkan lagi ciri-ciri tertentu dalam proses pembangunan
keusahawanan dalam dirinya.

Banyak instrumen yang boleh digunakan untuk menilai dan mengukur


kecenderungan seseorang kepada keusahawanan. Antaranya ialah
instrumen yang dikemukakan oleh Robinson, Stimpson, Huefner dan
Hunt (1991). Selain itu, terdapat banyak ujian dan kuiz kecenderungan
keusahawanan yang boleh dilakukan secara interaktif atau secara online.
Anda boleh mencuba kuiz secara online dengan melayari

57
http://bizmove.com/other/quiz.htm. Anda juga boleh menggunakan ujian
soal selidik penilaian diri seperti dalam lampiran untuk mengenal pasti
orientasi kecenderungan keusahawanan pada diri anda.

SOALAN DALAM TEKS

4. Apakah tujuan penilaian diri usahawan?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

4.6 PROFIL USAHAWAN BERJAYA DI MALAYSIA

Kebanyakannya orang yang terkaya dan berjaya di dunia adalah terdiri


daripada mereka yang bergelar usahawan. Begitu juga dengan senarai
orang yang paling kaya di Malaysia, adalah terdiri daripada golongan
usahawan yang cemerlang. Berikut ialah profil dua orang tokoh
usahawan terulung Malaysia yang juga merupakan antara orang yang
terkaya di Malaysia. Untuk melihat rahsia kejayaan usaha teroka kedua-
dua tokoh ini, marilah kita lihat ciri-ciri dan profil yang ada pada mereka
sehingga menyebabkan mereka begitu hebat.

Contoh Profil:

T. ANANDA KRISHNAN
Taikun Telekomunikasi
Aset: RM8.7 bilion

T. Ananda Krishnan berharap untuk menjadikan Maxis, pengendali


telefon selular terbesar Malaysia, sebagai sebahagian konglomerat
multimedia elit. Sebagai tambahan kepada Maxis – yang dimulakannya
bersama AT&T dan British Telecom pada tahun 1995 – Krishnan
memiliki sistem satelit Malaysia yang pertama dan koleksi filem
berbahasa Cina terbesar di dunia. Pada April 2001, beliau membeli semua
saham AT&T dan BT dalam Maxis. Dengan 1.7 juta pelanggan, Maxis
kini menguasai 30 peratus pasaran telefon selular tempatan.

Ananda mempunyai rekod yang baik untuk mengharapkan kejayaan lebih


besar. Beliau merupakan pemaju KLCC dengan Menara Berkembar
Petronas, bangunan paling tinggi di dunia, dan ketika diduduki semasa

58
krisis kewangan 1997 ia hampir habis disewa. Empat tahun berikutnya
keadaan ekonomi terus merudum, tetapi paras penghunian masih sekitar
75 hingga 80 peratus. Pada tahun 2000 beliau menjual 10 peratus saham
Measat 1, satelit sulung Malaysia, kepada Microsoft. Harga jualan tidak
dinyatakan tetapi pembantu Ananda dipetik berkata, jutawan itu
memperoleh semula AS$300 juta pelaburan awalnya.

Seorang etnik Tamil Sri Lanka di negara yang orang Melayu


mendominasi politik dan Cina menguasai ekonomi, Ananda
bagaimanapun berjaya membangunkan hubungan perniagaannya. Beliau
ialah rakan bekas Perdana Menteri Malaysia. Beliau menjaga anak Tun
Dr. Mahathir Mohamad yang belajar di Amerika Syarikat. Secara
kebetulan Ananda tinggal di sana pada tahun 1970-an.

Ananda merupakan lulusan Sekolah Perniagaan Harvard dan salah


seorang pencipta kekayaan paling berjaya di Malaysia. Beliau yang juga
terdidik di Australia membuat duit pada tahun 1980-an sebagai pedagang
minyak. Daripada minyak, beliau melangkah ke studio kartun Hollywood
di Malaysia. Pada awal 1990-an, beliau mula membina empayar
multimedia yang sekarang meliputi Astro (rangkaian TV berbayar), Maxis
dan Measat. Beliau juga mempunyai saham dalam TVB.com, cabang
interaktif stesen penyiar utama Hong Kong dan Shaw Brother, arkib
filem (“Bagaimana mahu jadi kaya: Usahawan terulung Malaysia,” 2003).

LIM GOH TONG


Menawan Gunung-Ganang

Kemahsyuran tempat perniagaan tanah tinggi Genting sering menjadi


buah mulut orang ramai sejak tahun 1965. Namun ramai tidak
mengetahui dengan mendalam orang yang menjadi tunggak kemahsyuran
tempat tersebut. Pada hakikatnya, tanah tinggi Genting yang terkenal
tidak akan wujud tanpa impian Tan Sri Lim Goh Tong, seorang
usahawan yang bermimpi meneroka gunung-ganang yang berdiri teguh
dan membina kota yang mencecah awan.

Sebenarnya, tidak banyak bahan yang menyiarkan tentang Tan Sri Lim.
Beliau dan isteri beliau Puan Sri Lee Kim Huan dan keenam-enam orang
anak beliau mempunyai sikap merendah diri. Beliau telah dikurniakan
beberapa anugerah dari dalam negara dan di peringkat antarabangsa sejak
tahun 1985. Beliau pernah diisytiharkan sebagai orang yang terkaya oleh
majalah Forbes. Selain itu, beliau juga diberi anugerah The International
Real Estate Federation’s Property Man of The Year Award pada tahun 1984
atas sumbangan beliau kepada negara.
59
Kisah kehidupan Tan Sri Lim agak klasik dan penuh pengajaran yang
boleh dijadikan sumber inspirasi generasi masa kini. Zaman awalnya
bermula di Fukien, China. Beliau meninggalkan China dan bermigrasi ke
Malaysia untuk mencuba nasib pada tahun 1937. Di Malaysia, beliau
diajar berdagang oleh bapa saudaranya pada usia yang masih muda. Pada
tahun 1951, beliau telah menubuhkan perniagaannya yang pertama iaitu
Kian Huat Bhd. yang melibatkan kerja-kerja melombong dan pembinaan.
Dalam masa empat tahun beliau berjaya mendapatkan kontrak untuk
projek-projek pembangunan kerajaan. Sembilan tahun kemudian barulah
beliau mendapat idea untuk meneroka hutan dan membangunkan
Genting yang dahulunya dikenali sebagai Gunung Hulu Kali. Beliau
berazam membina hotel yang tinggi, sederhana dengan 38 bilik dan juga
dengan infrastruktur yang asas. Namun mengikut beliau dalam bukunya
yang berjudul My Dream, segala yang dicapai sekarang adalah amat
berbeza dengan apa yang dirancang oleh beliau pada 35 tahun dahulu.
Pembangunan yang dilakukan lebih cepat daripada perancangan awalnya.
Beliau menyatakan bahawa perkembangan yang cepat ini adalah
disebabkan oleh harapan beliau yang setinggi gunung.

Usahawan yang terkenal ini pernah menjadi pekerja kolar biru, jurutera
dan juga pengurus semasa pembinaan jalan masuk dari Batu 20 iaitu jalan
lama Bentong pada tahun 1965. Mustahil bagi seorang yang bukan pakar
dalam bidang penerokaan memikirkan pembinaan kota di kawasan
12,000 ekar dan 5,000 kaki dari aras laut. Ramai yang sangsi dan curiga
terhadap impiannya membina kota di atas tanah tinggi tersebut. Namun
ketabahan dan kesabarannya telah membuahkan hasil dan impiannya
menjadi realiti.

Menurut Tan Sri Lim, Jabatan Pekerja juga pernah menyimpan hasrat
untuk membina menara telekomunikasi di Gunung Hulu Kali semasa
beliau mempunyai niat untuk membangunkan tanah tinggi tersebut.
Maka beliau telah dipilih untuk melaksanakan rancangan itu semasa
beliau masih bekerja dalam membina jalan masuk ke Tanah Tinggi
Genting. Kerajaan memberi subsidi dan mengenakan syarat setelah
beliau menerima pelawaan tersebut. Syarat yang dikenakan ialah beliau
mesti menyelesaikan kerja pembinaan jalan dalam masa tiga tahun
daripada tahun sebenar yang ditetapkan iaitu enam tahun.

Bagi beliau ia bukanlah satu masalah yang besar. Beliau telah


memperkenalkan satu sistem round the clock. Tan Sri Lim menubuhkan
dua pasukan yang menjalankan kerja-kerja pemerhatian dan juga kerja-
kerja fizikal yang melibatkan kerja penerbangan, menggunakan jentera

60
penyodok serta melaksanakan kerja kontrak jalan raya. Namun ketiadaan
jentera yang canggih dan keadaan geografi kawasan tanah tinggi
melambatkan kerja pembangunan.

Selain daripada rancangan Genting, beliau juga memikul satu lagi tugas
yang berat iaitu rancangan pengairan Kemubu, Kelantan. Beliau terpaksa
menghabiskan masa dengan berulang alik dari Kelantan ke Kuala
Lumpur dan juga ke kawasan pembinaan tanah tinggi Genting untuk
mengawasi, mengkoordinasikan kedua-dua projek supaya berjalan lancar
walaupun pada hari cuti umum. Beliau telah melabur sebahagian besar
harta dan keuntungan yang diperolehi dalam rancangan pengairan
Kemubu bagi projek tersebut yang memerlukan 2.5 juta. Untuk tujuan
tersebut, beliau menjual tanahnya seluas 2,000 ekar di Segamat, Johor.
Selain itu, beliau turut melabur hasil keuntungan yang diperolehi dalam
perlombongan besi dan kontrak yang dibuat dahulu.

Akhirnya pada 30 Jun 1972 hotel yang pertama berjaya dibina dan telah
dirasmikan oleh Sultan Pahang. Beliau tidak berhenti di situ sahaja, malah
berusaha lebih keras untuk mengembangkan empayar perniagaannya.
Selepas tiga tahun, Hotel Genting dirasmikan sekali gus dengan
pemasangan sistem kereta kabel yang boleh membawa penumpang terus
ke hotel.

Pada tahun 1997, sistem kabel ini digantikan dengan sistem skyway yang
telah mendapat tempat dalam Malaysian Book of Record. Sistem ini
merupakan sistem yang terpanjang dan terpantas di Asia Timur Selatan.
Seterusnya pada tahun 1982, Tan Sri Lim memperkenalkan
perkhidmatan yang dikenali sebagai fire-fighting iaitu memasang sistem jam
pembunyi, peralatan keselamatan dan operasi penyelamat kebakaran.
Servis ini dikendalikan oleh kumpulan Genting selama 30 tahun dan
telah diambil alih oleh kerajaan pada tahun 1997.

Kesungguhan Tan Sri Lim memajukan tanah tinggi Genting menjadikan


beliau seorang pemimpin dalam industri pelancongan. Dengan usahanya
yang berterusan, beliau dapat menarik berjuta-juta pengunjung ke tanah
tinggi Genting yang merupakan taman tema yang terbesar di Malaysia
(“Conquering a mountain,” 2002).

Selain daripada dua tokoh usahawan di atas terdapat ramai lagi usahawan
berjaya di Malaysia. Antaranya ialah Tan Sri Robert Kuok Hock Nien,
Tan Sri Teh Hong Piow, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhari, Tan Sri
Mustapha Kamal, Tan Sri Yeoh Teong Lay, Datuk Hamdan Mohamad
dan Tan Sri Azman Hashim. Kesemua tokoh usahawan ini juga memiliki
kebanyakan ciri-ciri keusahawanan yang telah dibincangkan.

61
SOALAN DALAM TEKS

5. Senaraikan nama tokoh-tokoh usahawan terulung


Malaysia?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

4.7 KESIMPULAN

Usahawan mempunyai ciri-ciri keusahawanan yang membolehkan


mereka menjalankan tugas-tugas keusahawanan dengan berkesan. Ciri-
ciri ini membezakan mereka dengan orang biasa. Orang-orang yang
berjaya juga memiliki kebanyakan daripada ciri-ciri yang ada pada
usahawan. Peniaga kecil memiliki sebahagian daripada ciri-ciri
keusahawanan tetapi ciri-ciri tersebut adalah di tahap yang rendah.
Pengurus, terutamanya pengurus tradisional mempunyai ciri-ciri dan
fungsi yang berbeza dengan usahawan. Seseorang boleh melihat
kemahiran dan ciri-ciri keusahawanan yang ada pada diri mereka melalui
ujian profil potensi kecenderungan keusahawanan. Profil usahawan
berjaya boleh dijadikan sumber inspirasi dalam membangunkan ciri-ciri
keusahawanan.

Sila jawab semua soalan dalam Lampiran A dan buat analisis mengenai
status kecenderungan anda ke arah keusahawanan.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Huraikan cabaran yang dihadapi oleh Tan Sri Lim Goh Tong
dalam menjalani usaha terokanya.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

62
JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Ciri-ciri umum yang dimiliki oleh usahawan ialah

(i) Berinisiatif.
(ii) Bertanggungjawab.
(iii) Kerajinan, komitmen dan ketabahan.
(iv) Berorientasi kepada peluang.
(v) Kreatif dan inovatif.
(vi) Mengambil risiko yang sederhana.
(vii) Berorientasikan matlamat dan wawasan.
(viii) Mencari maklumat.
(ix) Mencari dan menggunakan maklum balas.
(x) Kebolehan menyelesaikan masalah.
(xi) Kejujuran dan menepati janji.
(xii) Menitikberatkan mutu kerja yang tinggi.
(xiii) Berkeyakinan diri dan optimistik.
(xiv) Motivasi untuk kejayaan dan berkembang maju.
(xv) Lokus kawalan dalaman.
(xvi) Kesanggupan belajar daripada kesilapan.
(xvii) Keupayaan mengurus.
(xviii) Berorientasikan kecekapan.
(xix) Tahap tenaga yang tinggi.
(xx) Berorientasi masa depan.
(xxi) Menggunakan strategi-strategi pengaruh.

2. Perbezaan fungsi antara peniaga kecil dan usahawan


Fungsi Peniaga Kecil Usahawan
Takrif Umum Melibatkan diri dalam Menjalankan perniagaan sendiri untuk
aktiviti perniagaan untuk mendapatkan keuntungan di samping
mendapat keuntungan bagi mengutamakan kepuasan pelanggan dan
diri sendiri dan keluarga. memberi sumbangan kepada masyarakat
dan negara.
Membentuk Membentuk perniagaan Membentuk perniagaan baru. Peringkat
Perniagaan Baru baru tetapi skala operasi awal skala operasinya kecil, tetapi berupaya
adalah kecil. berkembang maju dari semasa ke semasa.
Kebolehan Sukar mengembangkan Berkebolehan mencari, melihat dan
Mengenal Pasti perniagaan kerana kurang merebut peluang perniagaan secara
Peluang Perniagaan berkebolehan untuk berterusan untuk mengembangkan usaha
mengenal pasti peluang- teroka.
peluang perniagaan.
Tahap Pengambilan Biasanya peniaga Sanggup mengambil risiko yang sederhana
Risiko cenderung mengambil atau risiko yang diperincikan.
risiko yang rendah dan
cuba mengelakkan risiko.
Menggembleng Menggembleng sumber- Menggembleng sumber-sumber bagi
Sumber sumber untuk penerusan pembangunan usaha teroka.
perniagaan.

63
Banyak kajian yang dijalankan dalam bidang keusahawanan
menunjukkan gambaran yang jelas mengenai kaitan antara
usahawan dan peniaga kecil (Mohd. Salleh dan Gibb, 1991; Bridge,
O’ Neill dan Cromie, 1998). Walaupun peniaga kecil memerlukan
sebahagian daripada ciri-ciri keusahawanan untuk menjalankan
peniagaan kecil mereka, kebanyakan peniaga kecil tidak
menunjukkan ciri keusahawanan di tahap yang tinggi (Bridge, O’
Neill dan Cromie, 1998). Manakala seorang usahawan pula
mempunyai ciri-ciri keusahawanan di tahap yang ketara dalam
menjalankan perniagaan yang diceburi mereka.

3. Perbezaan antara pengurus tradisional dan usahawan.

Aspek Pengurus Tradisional Usahawan


Motif Utama Mengikut arahan bagi Mencapai impian dan
mengembangkan sesebuah pencapaian diri melalui
organisasi di samping kebebasan, mencari peluang
berkehendakkan kepada kenaikan perniagaan yang dapat
pangkat, ganjaran, dan kuasa. memanfaatkan masyarakat,
di samping memperolehi
keuntungan kepada dirinya.
Risiko Berhati-hati dengan pengambilan Mengambil risiko yang
risiko. terancang.
Kegagalan Cuba mengelak kegagalan dan Tidak takut kepada dengan
dan kesilapan kesilapan. kegagalan dan kesilapan.
Orientasi Sensitif kepada masa depan dan Berorietasikan masa depan
masa depan sanggup menangguhkan ganjaran. berdasarkan kepada impian
peribadi.
Hak Milik Mempunyai kedudukan dalam Memiliki hak milik ke atas
organisasi tetapi biasanya tidak entiti perniagaan.
mempunyai hak milik ke atas
perniagaan atau organisasi.
Peraturan Menitikberatkan peraturan. Peraturan sebagai garis
panduan.
Perancangan Membuat perancangan yang Dorongan kepada tindakan.
teliti.
Aktiviti Lebih kepada penyeliaan dan Melibatkan diri secara
delegasi kerja langsung dalam aktiviti
perniagaan yang dijalankan.
Membuat Biasanya bersetuju dengan Membuat keputusan
Keputusan keputusan pihak pengurusan berdasarkan peluang-
atasan organisasi. peluang.
Status Menitikberatkan simbol status. Tidak menitikberatkan
simbol status.
Perhubungan Wujudnya hierarki yang Perhubungan dengan orang
dengan orang menentukan asas perhubungan. lain sebagai asas
lain perhubungan perniagaan.

64
4. Tujuan penilaian diri ialah untuk melihat orientasi kecenderungan
seseorang kepada kepada keusahawanan. Penilaian diri bukanlah
bertujuan untuk menentukan sama ada seseorang layak atau tidak
untuk menjadi seorang usahawan, tetapi ia adalah bagi
memperlihatkan tahap orientasi kecenderungan seseorang kepada
keusahawanan. Dengan mengenal pasti orientasi kecenderungan
kepada keusahawanan, seseorang itu boleh melihat kelebihan dan
kekurangan yang ada pada dirinya dan berusaha mempertingkatkan
lagi ciri-ciri tertentu dalam proses pembangunan keusahawanan
dalam dirinya.

5. Antara tokoh usahawan terulung Malaysia ialah T. Ananda


Krishnan, Tan Sri Lim Goh Tong, Tan Sri Robert Kuok Hock
Nien, Tan Sri Teh Hong Piow, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhari,
Tan Sri Mustapha Kamal, Tan Sri Yeoh Teong Lay, Datuk
Hamdan Mohamad dan Tan Sri Azman Hashim.

65
BAB 5

MEMBANGUNKAN KREATIVITI DAN


INOVASI USAHAWAN

OBJEKTIF BAB

Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Mendefinisikan konsep kreativiti dan inovasi.
2. Menjelaskan proses kreatif yang dipelajari.
3. Menyenaraikan jenis-jenis inovasi.
4. Mengenal pasti kepentingan kreativiti dan inovasi dalam
keusahawanan.
5. Menyatakan halangan-halangan kepada kreativiti dan inovasi.
6. Menyenaraikan teknik-teknik melahirkan idea kreatif di
kalangan usahawan.

5.1 PENDAHULUAN

Kreativiti dan inovasi merupakan fungsi utama dalam proses


keusahawanan. Penggunaan kreativiti dan inovasi boleh menghasilkan
kepelbagaian dalam aktiviti keusahawanan seperti penciptaan telefon
bimbit bergambar, komputer bimbit dan mesin faks. Penciptaan produk
baru itu dapat membantu menyelesaikan banyak masalah semasa.

Kreativiti dan inovasi adalah penting apabila kita membincangkannya


dalam konteks mengembang, mengubah dan meningkatkan perniagaan.
Kreativiti dan inovasi juga penting di semua peringkat perniagaan dalam
memastikan usahawan terus berdaya saing lalu mengekalkan
kesinambungan perniagaan di pasaran.

5.2 APAKAH KREATIVITI?

Mohd. Azhar Abd. Hamid (2001) mentakrifkan kreativiti sebagai satu


usaha secara sedar yang melibatkan penglahiran idea kreatif berserta
tindakan kreatif terhadap suatu konsep atau pendekatan atau ciri-ciri
lama. Manakala menurut Kuratko dan Hodgetts (2004), kreativiti
merupakan penjanaan idea yang menyebabkan peningkatan dalam
kecekapan dan keberkesanan sesuatu sistem. Terdapat dua aspek penting
dalam kreativiti, iaitu proses dan manusia. Proses adalah berorientasikan

67
matlamat iaitu ia direka bentuk untuk mencapai sesuatu penyelesaian
terhadap masalah yang timbul. Manusia pula adalah sumber yang
menentukan penyelesaian. Proses adalah sama tetapi pendekatan yang
digunakan manusia adalah berbeza-beza. Justeru, manusia haruslah
berfikiran kreatif untuk mengatasi sesuatu permasalahan melalui proses-
proses tertentu.

Ringkasnya, daripada definisi-definisi yang diterangkan, kreativiti


merupakan kebolehan menjana sesuatu idea yang baru serta dapat
menggunakan idea tersebut untuk menyelesaikan permasalahan yang
dihadapi.

5.2.1 Proses Kreatif

Sesiapa sahaja boleh menjadi manusia kreatif. Ini adalah kerana kreativiti
adalah sesuatu yang boleh dibangunkan. Menurut Kuratko dan Hodgetts
(2004), terdapat empat peringkat atau langkah yang terlibat dalam proses
kreatif, iaitu

(a) Latar belakang atau pengumpulan maklumat

Peringkat ini melibatkan proses penyelidikan dan pengumpulan


maklumat melalui pembacaan majalah, surat khabar atau jurnal,
perbualan dengan orang yang sama bidang kerjanya, menghadiri seminar
dan bengkel, dan sebagainya. Maklumat boleh diperolehi menerusi
pendidikan formal atau tidak formal yang pernah dilalui oleh seseorang
usahawan.

(b) Proses inkubasi

Di peringkat kedua ini, usahawan membiarkan minda mereka bebas dari


memikirkan belenggu masalah sambil melakukan aktiviti riadah,
membaca buku yang tiada kena mengena dengan masalah atau persoalan
tersebut atau berbual-bual dengan rakan.

(c) Pengalaman idea

Biasanya, peringkat ini adalah yang paling menyeronokkan dalam proses


kreatif. Di sini, usahawan telah mendapat jawapan yang selama ini dicari-
carinya. Peringkat ini juga dikenali sebagai “faktor eureka”. Sesuatu idea
dikatakan wujud atau datang tatkala seseorang itu sedang sibuk
melakukan sesuatu kerja yang tiada kaitan dengan permasalahan yang
difikirkan seperti semasa makan, mandi, bersembang, bersukan dan lain-
lain baik secara berperingkat mahupun secara mendadak.

68
(d) Penilaian dan pelaksanaan

Pada peringkat akhir ini, usahawan sudah dapat mengenal pasti idea yang
boleh dijalankan berasaskan kemahiran yang terdapat pada diri dalam
usaha menyelesaikan sebarang masalah. Selain itu, ia memerlukan
usahawan memiliki semangat keberanian, disiplin diri serta ketabahan diri
yang kental demi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya
kegagalan pelaksanaan idea baru. Disebabkan terdapat banyak idea kasar
dijana semasa peringkat ketiga, iaitu pengalaman idea, idea-idea tersebut
perlulah terlebih dahulu dinilai, dimodifikasi dan diuji sebelum ia boleh
dilaksanakan dengan lancar. Adakalanya idea tersebut merupakan
penyelesaian terbaik kepada permasalahan tanpa perlu diubahsuai.

Rajah 5.1
Proses Pemikiran Kreatif

Inkubasi

Pengumpulan Proses
Maklumat Kreatif Idea

Penilaian dan
Pelaksanaan

Sumber: Kuratko, D.F. & Hodgetts, R.M. (2004).

5.2.2 Ciri-Ciri Manusia Kreatif

Menurut Ainon Mohd. dan Abdullah Hassan (1996), terdapat beberapa


ciri yang dimiliki pada seseorang individu yang kreatif. Antaranya adalah
seperti berikut:

(i) Berani membuat keputusan dan sedia bertanggungjawab di atas


hasil keputusan mereka.
(ii) Bersikap terbuka dan sedia menerima kenyataan bahawa ada
kalanya mereka tidak rasional.
(iii) Adanya kawalan diri.
(iv) Panjang akal, tidak mahu menerima jawapan “TIDAK” dan akan
terus berusaha.

69
(v) Mudah menerima hakikat akan kelemahan dan kekurangan yang
ada pada dirinya.
(vi) Berani dan suka mencuba perkara baru yang tinggi risikonya.
(vii) Meminati seni dan berjiwa halus.

SOALAN DALAM TEKS

1. Takrifkan definisi kreativiti.


2. Jelaskan proses kreatif yang telah anda pelajari.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

5.3 APAKAH INOVASI?

Inovasi merupakan satu istilah yang sukar didefinisikan. Inovasi boleh


ditakrifkan sebagai satu proses mencipta dan melaksanakan satu idea
baru (Hellriegel, Jackson dan Slocum, 2002). Untuk tujuan pelajaran ini,
inovasi boleh dikaitkan dengan penggunaan teknologi tinggi atau proses
perubahan yang berlaku (Kirby, 2003). Dalam hal ini, inovasi ialah
transformasi idea yang kreatif dalam bentuk aplikasi yang berguna, iaitu
yang boleh dipasarkan. Bagaimanapun, kreativiti merupakan prasyarat
kepada inovasi. Sebagai misalannya, Jeff Bezos, pengasas Amazon.com
telah mereka cipta cara baru untuk menjual atau membeli buku melalui
internet.

5.3.1 Jenis-Jenis Inovasi

Secara umumnya, terdapat empat jenis inovasi, iaitu

(a) Rekaan (invention)

Mereka cipta sesuatu produk, perkhidmatan atau proses baru yang


selalunya merupakan yang terkini atau tidak pernah dicuba. Misalannya,
penciptaan penghawa dingin oleh Willis Carrier atau motosikal Honda
oleh Soichiro Honda.

70
(b) Perluasan (extension)

Pengembangan terhadap sesuatu produk, perkhidmatan atau proses yang


telah wujud. Contohnya, Colgate memperkenalkan “Simply White”
kepada pelanggannya selain menjual ubat gigi biasa yang menjadi produk
popular.

(c) Penyalinan (duplication)

Menyalin semula produk, perkhidmatan atau proses yang telah wujud


dengan menambahkan ciri-ciri baru demi meningkatkan persaingan
sesuatu produk, perkhidmatan atau proses dengan sentuhan inovatif
daripada usahawan berkenaan. Contohnya, terdapat kemudahan
“Multimedia Messaging Service” atau MMS dalam telefon mudah alih.

(d) Sintesis (synthesis)

Merupakan penggabungan konsep atau faktor yang sedia ada ke dalam


rumusan baru. Ini melibatkan penggunaan beberapa idea baru dan
penyesuaian item yang sedia ada untuk membentuk aplikasi baru.
Contohnya, penggabungan teknologi Web dan internet telah
menghasilkan e-dagang dan e-runcit atau penggabungan konsep haba
dan urutan refleksiologi melahirkan tuku refleksi.

Tahukah anda, daripada mana datangnya sumber-sumber


inovasi seseorang usahawan?

5.3.2 Sumber-Sumber Inovasi

Sesuatu inovasi boleh diilhamkan daripada perkara-perkara seperti


berikut:

(a) Perubahan ciri demografi

Perubahan ciri demografi dari segi umur, tahap pendidikan, jenis


pekerjaan dan lokasi geografi boleh merangsang inovasi usahawan
terhadap produk dan perkhidmatan. Contohnya, pembukaan rumah
jagaan orang-orang tua akibat daripada terdapatnya ramai anak-anak yang
terlalu sibuk bekerja dan tidak dapat menjaga ibu bapa mereka.

71
(b) Kejadian yang tidak dijangka

Keadaan ini berlaku apabila tumpuan yang diberikan kepada sesuatu


perkara penting tetapi yang timbul adalah idea sampingan yang juga
boleh dimanfaatkan. Contohnya, tujuan asal utama komputer dicipta
adalah untuk memudahkan kerja-kerja pengiraan dan pendokumentasian,
tetapi telah dijadikan sebagai alat hiburan.

(c) Perubahan pasaran dan industri

Perubahan cita rasa pengguna, kemajuan dalam teknologi dan


pertumbuhan industri telah menyebabkan peralihan yang berterusan
dalam pasaran. Misalannya, untuk menjimatkan kos dan ruang, pengguna
cenderung membeli kereta yang bersaiz kecil.

(d) Konsep berasaskan pengetahuan

Pada zaman teknologi ini, banyak rekaan baru adalah berasaskan


pengetahuan. Pakar-pakar dalam bidang tertentu seperti kejuruteraan,
automobil dan telekomunikasi menghasilkan produk yang merupakan
pemikiran dan pengetahuan baru. Misalannya, syarikat Honda
mengeluarkan “Asimo” yang berupa robot yang boleh bergelagat seperti
manusia dan ia berperanan untuk mengambil alih tempat manusia dalam
menjalankan aktiviti-aktiviti berbahaya atau untuk memudahkan kerja-
kerja manusia.

SOALAN DALAM TEKS

3. Definisikan konsep inovasi.


4. Senaraikan jenis-jenis inovasi yang telah anda
pelajari.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Pada pendapat anda, mengapakah kreativiti dan inovasi


itu sangat penting kepada usahawan?

72
5.4 KEPENTINGAN KREATIVITI DAN INOVASI DALAM
KEUSAHAWANAN

Antara kepentingan kreativiti dan inovasi ialah

(a) Pembangunan dan penambahbaikan ciptaan

Usahawan melakukan penambahbaikan terhadap keluaran yang sedia ada


dengan menurunkan kos, membaiki ciri-ciri prestasi dan membaiki
kelemahan keluaran. Misalannya, penggunaan internet untuk membeli
tiket kapal terbang yang ditawarkan oleh Syarikat AirAsia Malaysia.

(b) Penggunaan sumber asli

Menurut Drucker (1985), inovasi sebenarnya mewujudkan sumber.


Justeru, usahawan yang kreatif dan inovatif akan mengeksploitasi sumber
alam yang ada demi mewujudkan peluang perniagaan dan dapat
dimanfaatkan oleh para pengguna. Contohnya, mengeksploitasi
tumbuhan Tongkat Ali sebagai makanan kesihatan.

(c) Membuka pasaran baru

Usahawan yang kreatif dan inovatif sentiasa cuba mengeluarkan produk


atau perkhidmatan baru demi memenuhi permintaan pengguna. Produk
dan perkhidmatan tersebut kemudiannya akan dipasarkan ke tempat lain
yang masih belum diterokainya. Contohnya penciptaan “walkman” oleh
syarikat Sony dari Jepun telah berjaya membuka banyak pasaran baru di
seluruh dunia.

Persoalannya adalah bagaimana untuk membina kreativiti dan inovasi itu


dalam diri seorang usahawan? Aktiviti berikut boleh dilakukan untuk
mencapai maksud tersebut:

(i) Baca buku-buku tentang teknik melahirkan pemikiran kreatif dan


inovatif atau dari internet dan mencubanya.
(ii) Menghadiri kursus-kursus pemikiran kreatif dan inovatif.
(iii) Simpan sebuah jurnal harian dan catatkan pemikiran, idea,
lakaran dan lain-lain setiap kali terlintas dalam fikiran.
(iv) Libatkan diri dalam aktiviti riadah agar minda dapat berehat dan
memberi masa kepada minda separa sedar mencerna maklumat.
(v) Bentuk minat dalam beberapa bidang yang tiada kaitan dengan
apa yang dibuat agar minda dapat “disibukkan” dengan perkara-
perkara baru.
(vi) Jangan bekerja terlalu keras supaya minda tidak terlalu ‘letih’
untuk berkreatif dan berinovatif.

73
SOALAN DALAM TEKS

5. Apakah kepentingan kreativiti dan inovasi kepada


seseorang usahawan?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

5.5 HALANGAN TERHADAP KREATIVITI DAN INOVASI

Terdapat beberapa kekangan yang boleh membantutkan pemikiran


kreatif dan inovatif seseorang manusia akibat gangguan mental dan
keadaan di sekelilingnya. Di antaranya adalah seperti berikut:

(a) Tidak dapat mengenal pasti masalah sebenar

Penting untuk usahawan membezakan isu atau masalah pokok daripada


hal-hal remeh sebelum memikirkan sesuatu jalan penyelesaian untuk
mengatasinya. Keyakinan diri dapat membantu mengenal pasti teknik
atau kaedah yang sesuai dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan.

(b) Ketidakyakinan dan ketakutan dalam menjalankan tugas

Kebimbangan akan kegagalan, dikritik dan mengambil risiko merupakan


faktor penghalang kepada pembangunan kreativiti dan inovasi seseorang
usahawan. Keyakinan mencuba dan tidak takut pada kegagalan membuka
ruang kejayaan kepada seseorang usahawan.

(c) Sikap kritikan kendiri (self-criticism)

Sesetengah usahawan sentiasa mengatakan pada dirinya bahawa


sememangnya dia tidak memiliki sebarang kemahiran kreatif dan inovatif.
Elakkan sikap mengkritik diri yang keterlaluan yang boleh menyebabkan
usahawan “membunuh” daya kreativiti dan inovasinya sebelum mencuba
sesuatu yang baru.

(d) Pengaruh persekitaran hidup

Jangan terlalu terikat dengan peraturan, prosedur, adat resam dan budaya
setempat yang boleh menghalang perkembangan kreativiti dan inovasi.

74
(e) Mengehadkan kepakaran kepada bidang pengkhususan

Usahawan perlulah mengelakkan diri daripada terlalu bertumpu pada satu


bidang pengkhususan sahaja supaya percambahan fikiran dapat
menjangkau banyak alternatif lain.

(f) Kepayahan mendapat modal

Masalah modal merupakan penghalang kepada kreativiti dan inovasi.


Maka, usahawan perlulah cuba mengenal pasti sumber modal supaya idea
baru dapat dibiayai. Maklumat boleh diperolehi melalui pembacaan,
menghadiri seminar, bengkel dan lain-lain.

SOALAN DALAM TEKS

6. Apakah kekangan-kekangan yang boleh


membantutkan pemikiran kreatif dan inovatif
seseorang usahawan?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

5.6 TEKNIK-TEKNIK MELAHIRKAN IDEA KREATIF

Seseorang usahawan boleh dilatih untuk menjadi kreatif. Berikut ialah


antara teknik-teknik yang boleh digunakan.

(a) Teknik sumbangsaran (brainstorming)

Setiap ahli kumpulan akan memberi sumbangan idea, komen dan


pendapat yang walaupun dianggap tidak logik, mentah, lawak dan
sebagainya. Kesemua idea, komen dan pendapat tersebut perlu
dicatatkan dan tidak boleh dikritik atau dibangkang. Seterusnya
satu perbincangan bersama akan diadakan dalam usaha mencari
penyelesaian terbaik.

75
(b) Teknik analogi paksaan (forced analogy)

Setiap idea akan dibandingkan dengan masalah yang mempunyai sedikit


persamaan atau tiada langsung lalu mendapat satu kefahaman baru yang
mendalam sebagai keputusannya. Cara yang boleh digunakan adalah
dengan mempunyai pemilihan objek atau kad bersama gambar untuk
membantu menjana idea. Pilih objek atau kad secara rawak dan melihat
hubungan di antaranya.

(c) Teknik papan cerita (storyboarding)

Teknik ini boleh diibaratkan sebagai “mengambil” pemikiran semua


pihak yang terlibat kemudian “menyebarkannya” di atas dinding dalam
menyelesaikan sesuatu masalah atau melakukan sesuatu projek. Segala
idea yang timbul akan “diletakkan” di atas papan cerita. Dari sini,
hubungan antara setiap idea dapat diperhatikan, bagaimana setiap idea
tersebut berkaitan dengan yang lain dan bagaimana setiap keping papan
(idea) dapat digabungkan. Apabila idea mula terjana, setiap ahli akan
melibatkan diri dalam masalah tersebut dan “mengembara” kepada idea-
idea ahli lain. Untuk melakukan teknik ini, papan “cork” boleh digunakan
supaya kad indeks dapat dilekatkan. Terdapat empat jenis papan cerita
yang meliputi perancangan, idea, komunikasi dan papan organisasi.
Semasa sesi papan cerita, semua idea yang berkaitan harus
dipertimbangkan tanpa mengambil kira kebolehlaksanaan.

(d) Teknik peniruan (imitation)

Teknik ini meniru apa yang sudah dibuat oleh orang lain sehingga
mendapat sesuatu yang baru sebagaimana diinginkan. Bagaimanapun,
sebelum sesuatu idea ditiru, ia haruslah difahami secara mendalam supaya
ia dapat diubahsuai atau diperbaiki menjadi idea baru.

(e) Teknik peta minda (mind mapping)

Untuk memulakan teknik ini, seseorang akan bermula di tengah-tengah


muka surat dengan idea utama, kemudian diikuti dengan segala idea atau
pendapat lain yang berkenaan membentuk cabang-cabang atau arah yang
pelbagai. Teknik ini mempunyai beberapa ciri utama seperti memori
visual, kata kunci, penglibatan secara sedar, pengelompokan dan
perkaitan (“association”).

76
SOALAN DALAM TEKS

7. Senaraikan teknik-teknik yang boleh digunakan


boleh digunakan oleh usahawan untuk melahirkan
idea kreatif.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

5.7 KESIMPULAN

Kreativiti dan inovasi merupakan aktiviti penting dalam penciptaan dan


mempelbagaikan produk dan perkhidmatan yang diperlukan oleh
pengguna. Usahawan perlu sentiasa mencari pembaharuan untuk
memastikan mereka sentiasa di hadapan. Kreativiti dan inovasi adalah
milik semua orang yang sanggup melalui peringkat demi peringkat dalam
proses kreatif dan inovatif di samping beberapa halangan yang mungkin
terpaksa dihadapi semasa proses tersebut berjalan.

Cara mewujudkan persekitaran kreatif dan inovatif boleh dilakukan


melalui cara berikut:

(i) Memberikan ganjaran kepada diri sendiri apabila dapat


menghasilkan idea yang bernas.
(ii) Memaksa diri sendiri dengan meletakkan “deadline” untuk
mendapatkan idea baru dan meneruskan usaha membangunkan
idea baru tersebut sehingga ia menjadi kenyataan.
(iii) Bebaskan diri daripada terlalu berhati-hati atau terkongkong
dengan peraturan. Cuba idea tersebut dengan berbagai-bagai cara
dalam keadaan relaks.
(iv) Fokus pada suatu sudut perkara/benda dalam satu masa.
(v) Memberi perhatian kepada idea baru anda tanpa meletakkan
pengadilan. Biarkan ia bebas.

77
SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Usahawan yang kreatif dan inovatif sentiasa cuba menghasilkan


sesuatu produk, perkhidmatan atau proses baru bagi memenuhi
permintaan semasa pelanggan. Nyatakan dengan jelas sumber-
sumber inovasi yang dapat menginspirasikan usahawan tersebut.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Kreativiti adalah kebolehan menjana sesuatu idea yang baru serta


dapat menggunakan idea tersebut untuk menyelesaikan
permasalahan yang dihadapi.

2. (i) Latar belakang atau pengumpulan maklumat.


(ii) Proses inkubasi.
(iii) Pengalaman idea.
(iv) Penilaian dan pelaksanaan.

3. Inovasi ditakrifkan sebagai satu proses mencipta dan melaksanakan


satu idea baru.

4. (i) Rekaan.
(ii) Perluasan.
(iii) Penyalinan.
(iv) Sintesis.

5. (i) Pembangunan dan penambahbaikan ciptaan.


(ii) Penggunaan sumber asli.
(iii) Membuka pasaran baru.

6. (i) Tidak dapat mengenal pasti masalah sebenar.


(ii) Ketidakyakinan dan ketakutan dalam menjalankan tugas.
(iii) Sikap kritikan kendiri.
(iv) Pengaruh persekitaran hidup.

78
(v) Pengehadan kepakaran kepada bidang pengkhususan.
(vi) Kepayahan mendapat modal.

7. (i) Teknik sumbangsaran.


(ii) Teknik analogi paksaan.
(iii) Teknik papan cerita.
(iv) Teknik peniruan.
(v) Teknik peta minda.

79
BAB 6

MENILAI PERSEKITARAN
USAHA TEROKA

OBJEKTIF BAB

Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Mengenal pasti komponen-komponen persekitaran yang
mempengaruhi usahawan.
2. Menghuraikan kepentingan setiap komponen persekitaran
luaran umum.
3. Membincangkan pengaruh persekitaran industri dan
kepentingannya kepada usahawan.
4. Membincangkan pengaruh persekitaran dalaman dan
kepentingannya kepada usahawan.

6.1 PENDAHULUAN

Persekitaran usaha teroka perniagaan sering kali dikaitkan dengan


pelbagai aspek sama ada pemasaran, ekonomi, pengurusan dan
sebagainya. Dalam pelajaran ini kita akan membincangkan topik
persekitaran sebagai satu persiapan sebelum kita menceburkan diri dalam
dunia keusahawanan. Persekitaran boleh didefinisikan sebagai satu
keadaan, situasi atau suasana yang boleh mempengaruhi sama ada unit
keluarga, organisasi, syarikat, masyarakat dan sebagainya. Dari sudut
keusahawanan, persekitaran merujuk kepada keadaan-keadaan dalaman
atau luaran yang mempengaruhi usahawan dalam membuat keputusan
perniagaannya.

Usahawan dapat mencari maklumat-maklumat yang penting bagi


membantu mereka membuat keputusan tentang aktiviti keusahawanan.
Maklumat tersebut dapat membantu pihak pengurusan bagi
membolehkan organisasi beroperasi dengan baik dan dapat mencapai
semua matlamat yang telah ditetapkan. Maklumat-maklumat yang
didapati dari persekitaran dapat membantu usahawan mengawal aktiviti
perniagaan.

Bagi memulakan satu usaha teroka yang baru usahawan perlu mencari
peluang-peluang yang ada dan mengenal pasti ancaman-ancaman yang
wujud dalam persekitaran kerana ini akan membantutkan penubuhan
81
satu-satu usaha teroka. Seterusnya usahawan bolehlah menyediakan satu
perancangan perniagaan yang lengkap dengan mengambil kira segala
peluang dan ancaman yang wujud dalam persekitaran.

Sebelum seseorang usahawan dapat memulakan sesuatu perniagaan, ia


perlu menentukan jenis perniagaan yang ingin diceburinya. Ini
memerlukan usahawan mengetahui sumber-sumber yang boleh
memberinya idea perniagaan yang baru seperti pelanggan,
produk/syarikat sedia ada, saluran pengedaran dan lain-lain lagi. Selepas
mendapat idea yang sesuai usahawan perlu menjana dan menguji idea
tersebut sebelum ianya dapat direalisasikan melalui kaedah-kaedah seperti
kumpulan fokus, sumbangsaran dan analisis inventori masalah. Setelah
usahawan menjana dan menguji idea perniagaan, beliau perlu membuat
proses penilaian dan pemilihan peluang-peluang perniagaan yang wujud
dan memilih salah satu yang terbaik untuk dimajukan. Bagi
merealisasikan idea perniagaan, usahawan perlu melalui proses
perancangan dan pembangunan produk yang melibatkan lima peringkat
sebelum sesuatu produk yang berkebarangkalian tinggi untuk berjaya
dapat dilancarkan dan pembentukan perniagaan dapat dibuat. Usahawan
juga boleh memilih pelbagai strategi bagi memulakan sesuatu perniagaan
bergantung kepada kehendak dan kemampuan seseorang usahawan.

6.2 KOMPONEN PERSEKITARAN

Persekitaran boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu persekitaran


luaran umum, persekitaran luaran khusus dan persekitaran dalaman.
Persekitaran luaran umum juga boleh dikenali sebagai persekitaran
makro, manakala persekitaran luaran khusus dikenali sebagai persekitaran
mikro. Pada permulaan ini, eloklah kalau kita membincangkan tentang
persekitaran luaran khusus dahulu.

Persekitaran luaran umum atau persekitaran makro adalah penting


kepada usahawan untuk mengenal pasti peluang dan ancaman.
Persekitaran ini mempengaruhi keputusan dan aktiviti-aktiviti usahawan
secara tidak langsung. Terdapat empat pemboleh ubah-pemboleh ubah
dalam persekitaran luaran umum iaitu politik dan undang-undang,
ekonomi, sosio-budaya, dan teknologi (P.E.S.T.). Elemen-elemen ini
tidak dapat dikawal oleh usahawan dalam jangka masa pendek.

Manakala persekitaran luaran khusus mempengaruhi secara langsung


keputusan dan aktiviti-aktiviti usahawan. Ianya terdiri daripada beberapa
elemen atau kumpulan iaitu pelanggan, pesaing, pembekal, institusi
kewangan, agensi kerajaan, dan pertubuhan bukan kerajaan. Persekitaran
ini juga dikenali sebagai persekitaran industri.

82
Jenis persekitaran yang ketiga ialah persekitaran dalaman. Adalah suka
diingatkan bahawa persekitaran ini memberikan pengaruh secara
langsung terhadap segala keputusan dan aktiviti keusahawanan.
Persekitaran dalaman pula merangkumi pemboleh ubah-pemboleh ubah
yang merupakan kekuatan atau kelemahan dalam organisasi dan
membentuk suasana kerja usahawan. Ianya terdiri daripada pemboleh
ubah-pemboleh ubah seperti struktur organisasi, budaya dan sumber-
sumber. Sila rujuk Rajah 6.1.
Rajah 6.1
PERSEKITARAN
MAKRO/LUARAN UMUM

PERSEKITARAN
MIKRO/ LUARAN Ekonomi
Sosiobudaya KHUSUS

Agensi Kerajaan Pelanggan

PERSEKITARAN
DALAMAN
Pertubuhan
bukan kerajaan Struktur Pesaing
Budaya
Sumber

Institusi kewangan
Pembekal

Politik dan Teknologi


Undang-Undang

Sumber: Diubahsuai daripada Kuratko, D. F. & Hodgetts, R. M. (2004).

SOALAN DALAM TEKS

1. Senaraikan komponen-komponen yang terdapat


dalam persekitaran?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

83
6.3 PENGARUH PERSEKITARAN LUARAN UMUM

Mari kita lihat pengaruh persekitaran luaran umum yang perlu dinilai oleh
usahawan. Dengan penilaian ini, usahawan berupaya untuk membuat
perancangan bagi usaha teroka.

6.3.1 Persekitaran Makro-Politik dan Undang-Undang

Sebagai seorang usahawan, aspek politik dan undang-undang tidak boleh


diabaikan. Usahawan perlu mengambil kira tentang keadaan politik di
mana usaha terokanya beroperasi. Keadaan politik yang stabil dalam
sesebuah negara adalah satu suasana yang kondusif yang dapat
membantu usaha teroka berkembang maju. Contohnya, keadaan politik
yang stabil di negara kita dapat membantu ramai usahawan untuk
memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka.

Usahawan juga terikat dengan undang-undang dan peraturan serta dasar-


dasar kerajaan. Bagi memulakan sesuatu usaha teroka usahawan perlu
mematuhi peraturan dengan mendaftarkan perniagaannya terlebih dahulu
dan mengetahui aspek-aspek perundangan yang terlibat. Begitu juga
kalau beliau ingin mengembangkan perniagaannya di peringkat
antarabangsa, peraturan dan undang-undang bagi memasuki pasaran
antarabangsa perlu diketahui dan dipatuhinya. Terdapat perbezaan
peraturan dan undang-undang antara satu negara dengan negara lain.
Dasar-dasar kerajaan mendatangkan kesan kepada usahawan secara tidak
langsung. Contohnya, bila kerajaan Malaysia menjalankan Dasar Pandang
ke Timur, maka ini telah membuka peluang-peluang perniagaan antara
usahawan-usahawan Malaysia dan negara Jepun. Oleh itu, usahawan
perlu mengambil kira faktor politik dan undang-undang serta dasar-dasar
kerajaan dalam menjalankan aktiviti keusahawanannya.

6.3.2 Persekitaran Ekonomi

Persekitaran ekonomi menentukan kejayaan atau kegagalan bagi sesuatu


aktiviti keusahawanaan dan mempengaruhi aktiviti usahawan secara tidak
langsung. Keadaan ekonomi yang kukuh dan stabil di sesebuah negara
dapat menggalakkan aktiviti keusahawanan tapi jika sebaliknya berlaku,
kegiatan keusahawanan juga terganggu. Dalam situasi sekarang ini, iaitu
dunia tanpa sempadan atau perkampungan sejagat ini, faktor ekonomi
mendatangkan kesan terhadap aktiviti ekonomi.

Penilaian dan penganalisaan terhadap persekitaran ekonomi perlu untuk


mengenal pasti peluang dan ancaman yang wujud kepada aktiviti
keusahawanan mereka. Apabila usahawan ingin memulakan usaha teroka
atau mengembangkannya dengan menggunakan modal dari simpanan

84
sendiri, mereka perlu membuat penyiasatan dan penganalisaan yang teliti
terhadap persekitaran ekonomi agar dapat mengelak daripada risiko
kerugian berlaku.

Usahawan bolehlah mengemukakan beberap persoalan dalam menilai


persekitaran ekonomi ini. Contohnya ialah

(i) Bagaimana keadaan ekonomi semasa negara?


(ii) Bagaimana keadaan pasaran buruh semasa?
(iii) Berapakah kadar pengangguran semasa negara?
(iv) Berapakah kadar inflasi semasa negara?
(v) Berapakah jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar semasa dan
ramalan akan datang?
(vi) Berapakah kadar tukaran asing negara atau nilai RM semasa?

Usahawan juga perlu mengambil kira petunjuk-petunjuk ekonomi seperti


tabungan, pelaburan, harga, gaji, produktiviti dan perbelanjaan kerajaan,
usahawan akan dapat gambaran menyeluruh mengenai iklim ekonomi
sesuatu perniagaan. Adalah satu kelebihan bagi usahawan yang
mempunyai latar belakang pengetahuan dalam ekonomi secara umumnya
untuk dapat memahami dan menilai persekitaran ini. Ianya dapat
membantu usahawan untuk merangka strategi perniagaan kerana ianya
melibatkan kuantiti keluaran, jualan dan penggunaan barang, dan servis
dalam sistem ekonomi.

6.3.3 Persekitaran Sosiobudaya

Kita akan membincangkan dua aspek penting dalam persekitaran


sosiobudaya ini. Pertama ialah aspek demografi dan kedua ialah aspek
budaya. Kedua-dua aspek ini memerlukan penganalisaan bagi
memungkinkan usahawan mengenal pasti peluang dan ancaman yang
terdapat dalam persekitaran tersebut.

Aspek demografi yang perlu dikenal pasti dan dianalisa oleh usahawan
ialah seperti umur, jantina, dan lain-lain yang akan mempengaruhi
usahawan dalam membuat keputusan tentang lokasi dan jenis keluaran.
Data tentang faktor demografi ini boleh didapati daripada sumber-
sumber seperti laporan jabatan perangkaan atau lain-lain data sekunder.
Usahawan perlu menganalisa faktor budaya kerana terdapat peluang-
peluang perniagaan yang boleh diteroka.

Asas kepada analisis demografi ialah perubahan jumlah penduduk,


kumpulan etnik, struktur penduduk mengikut umur, jantina, kedudukan
geografi dan agihan pendapatan di kalangan penduduk. Permintaan
pelanggan, kuasa beli pengguna dan kapasiti industri berpunca daripada

85
elemen-elemen ini. Sebagai contohnya, peningkatan jumlah penduduk
wanita yang berkerjaya di sesuatu tempat membuka banyak peluang
perniagaan kepada usahawan seperti penyediaan pusat penjagaan
kecantikan, penjualan barangan keperluan elektrik jimat masa yang dapat
membantu suri rumah menguruskan rumahtangga, agensi pembantu
rumah dan sebagainya. Begitu juga apabila berlaku perubahan nilai-nilai
sosial seperti kesedaran terhadap penjagaan kecantikan dan kesihatan,
hak pengguna, pemeliharaan alam sekitar dan lain-lain lagi, perlu diteliti
dan dinilai oleh usahawan untuk mengintai peluang-peluang perniagaan
yang wujud.

6.3.4 Persekitaran Teknologi

Satu lagi pemboleh ubah yang perlu kita bincangkan dalam menganalisa
persekitaran luaran makro ialah persekitaran teknologi yang menyediakan
peluang-peluang baru bagi usahawan. Teknologi boleh ditakrifkan
sebagai satu kajian teknik atau ilmu teknik tentang cara mencipta barang-
barang dalam perusahaan seperti bangunan, jentera, mesin dan lain-lain.
Boleh juga kita katakan bahawa tekonologi ini merupakan satu cabang
ilmu yang berkaitan dengan seni industri, sains gunaan, kejuruteraan,
proses penciptaan, inovasi ataupun satu kaedah untuk melakukan sesuatu
perkara.

Usahawan perlu membuat penganalisaan teknologi dengan membuat


penelitian dan pemantauan terhadap hasil penyelidikan hingga kepada
pembangunan produk dan pemasaran. Penilaian juga perlu dilakukan
terhadap operasi, penciptaan dan inovasi. Penciptaan sesuatu produk
baru yang berlainan daripada produk yang sedia ada merupakan salah
satu elemen perubahan teknologi. Biasanya penciptaan sesuatu yang baru
tidak mempunyai persaingan pada peringkat awal, dan hanya dimonopoli
oleh individu atau pihak yang memiliki hak cipta sahaja. Walau
bagaimanapun, penciptaan baru ini mempunyai risiko kerana masih
belum mempunyai pasaran lagi. Oleh itu, usahawan perlu berhati-hati
dalam memperkenalkan sesuatu yang baru kerana kemungkinan ianya
tidak mempunyai nilai pasaran yang tinggi.

Proses inovasi merupakan jenis perubahan teknologi yang kedua. Ianya


bertujuan untuk membantu industri yang sedia ada agar lebih cekap.
Tujuan inovasi ialah untuk memastikan produk sentiasa terkini, dengan
kos yang paling minima. Proses inovasi merujuk kepada perubahan
dalam reka bentuk, rumusan produk, dan perkilangan, bahan-bahan dan
perkhidmatan penghantaran.

86
SOALAN DALAM TEKS

2. Mengapa usahawan perlu menganalisa komponen-


komponen tersebut?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

6.4 PERSEKITARAN LUARAN KHUSUS (INDUSTRI)

Seterusnya kita akan membincangkan tentang jenis persekitaran yang


kedua iaitu persekitaran luaran khusus atau mikro. Persekitaran ini juga
dikenali sebagai persekitaran industri. Ianya terdiri daripada komponen-
komponen yang wujud dalam industri tersebut. Usahawan perlu meneliti
dan menilai persekitaran ini kerana ianya mempengaruhi secara langsung
aktiviti keusahawanan dari luar usaha teroka. Walau bagaimanapun, agak
sukar bagi usahawan untuk mempengaruhi gelagat pihak-pihak yang
wujud dalam persekitaran industri ini. Oleh itu, usahawan perlu
memikirkan strategi-strategi tertentu bagi mempengaruhi mereka.
Persekitaran ini terdiri daripada kumpulan pelanggan, pesaing, pembekal,
institusi kewangan, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan.

6.4.1 Pelanggan

Siapakah kumpulan pelanggan? Pelanggan merupakan pengguna kepada


produk yang dikeluarkan oleh usahawan dan merupakan kumpulan
sasaran utama dalam perniagaan. Perlu diingat oleh usahawan iaitu jika
tiada pelanggan maka tidak wujud perniagaan walaupun barangan atau
servis tersebut merupakan satu ciptaan atau inovasi yang sangat unik.

Pelanggan boleh kita kategorikan kepada dua iaitu individu dan


kumpulan. Individu-individu dalam masyarakat seperti suri rumah,
pekerja, pelajar dan lain-lain lagi merupakan pelaggan. Selain daripada itu,
kelompok manusia seperti pejabat kerajaan, sekolah, hospital dan lain-
lain organisasi yang membeli barangan atau servis usahawan adalah juga
pelanggan.

Apabila pelanggan tidak puas hati dengan produk yang ditawarkan oleh
usahawan kepada mereka, maka mereka tidak akan membeli lagi produk
tersebut dan kadang kala menceritakan kepada orang lain
pengalamannya. Keadaan ini boleh menjejaskan keuntungan usaha

87
teroka. Oleh itu, kita boleh katakan bahawa pelanggan diibaratkan seperti
raja dan usahawan perlu mengutamakan kepuasan pelanggan bagi
menjamin penerusan perniagaan.

6.4.2 Pembekal

Usahawan bergantung kepada pembekal untuk menyalurkan input seperti


bahan mentah, peralatan, mesin, dan lain-lain lagi. Bagi usahawan,
mereka akan mendapatkan input daripada pembekal yang menawarkan
harga yang rendah dan kualiti bahan yang terbaik. Hubungan yang baik
antara usahawan dan pembekal adalah perlu untuk menjamin proses
pengeluaran dapat dijalankan dengan baik, kualiti produk terjamin dan
menepati masa yang ditetapkan untuk memasarkan produk.

6.4.3 Pengaruh Kerajaan

Pengaruh persekitaran luaran mikro yang seterusnya ialah pihak kerajaan.


Aktiviti keusahawanan dipengaruhi secara langsung oleh pihak kerajaan
melalui penggubalan dasar-dasar seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar
Penswastaan Malaysia, Dasar Pertanian Malaysia, Dasar Pembangunan
Nasional dan sebagainya. Kebanyakan dasar kerajaan dapat membantu
melahirkan usahawan-usahawan yang berdaya maju dan membangunkan
bidang keusahawanan di negara ini. Usahawan perlu peka terhadap
sebarang perubahan dasar dan prosedur kerajaan kerana ianya
mempengaruhi aktiviti usahawan sama ada secara langsung atau tidak
langsung. Usahawan juga dipengaruhi oleh pihak kerajaan kerana mereka
juga menyediakan pelbagai sokongan dan bantuan dalam bentuk
penyediaan prasarana, bantuan kewangan, khidmat nasihat dan lain-lain
lagi.

6.4.4 Institusi Kewangan

Bank perdagangan, syarikat kewangan dan syarikat insurans merupakan


komponen institusi kewangan yang penting dalam mempengaruhi aktiviti
keusahawanan. Institusi kewangan merupakan sumber modal kewangan
untuk memulakan usaha teroka, membiayai kos operasi atau
mengembangkan perniagaan. Usahawan berhubung dengan intitusi
kewangan untuk mendapatkan pinjaman. Perlu diingat bahawa pinjaman
akan melibatkan kos mengikut kadar faedah yang ditetapkan. Apabila
usahawan menghadapi kesukaran mendapatkan pembiayaan, ini akan
menjejaskan perkembangan perniagaan. Pemiutang atau pelabur yang
mengenakan kadar faedah atau keuntungan yang tinggi boleh
menjejaskan prestasi usaha teroka.

88
6.4.5 Pesaing

Pemboleh ubah yang berikutnya perlu dianalisa oleh usahawan ialah


pesaing. Usahawan perlu mengetahui siapakah pesaing yang berada
dalam industri yang sama agar dapat membentuk strategi perniagaan yang
berkesan. Usahawan perlu membuat analisa terhadap kekuatan dan
kelemahan yang ada pada pesaing-pesaing dalam industri tersebut.
Dengan ini usahawan dapat mengenal pasti peluang-peluang untuk
menambah pelanggan dan meluaskan pasaran dengan memberi kelebihan
persaingan terhadap produk yang dikeluarkan. Usahawan perlu
mewujudkan strategi produk berkualiti, harga berpatutan, promosi yang
menyeluruh dan perkhidmatan yang cekap.

6.4.6 Pertubuhan Bukan Kerajaan

Pengaruh pertubuhan bukan kerajaan seperti persatuan pengguna,


pertubuhan politik, persatuan-persatuan keagamaan, persatuan-persatuan
perniagaan dan pertubuhan-pertubuhan kebajikan juga tidak boleh
diabaikan oleh usahawan. Kempen-kempen yang dijalankan oleh
pertubuhan-pertubuhan ini mungkin menjejaskan pasaran produk
usahawan dan kemungkinan akan menjejaskan penjualan di pasaran.
Usahawan perlu peka isu yang sensitif kepada masyarakat seperti alam
sekitar, kesihatan dan kebersihan, hak-hak pengguna dan lain-lain.

SOALAN DALAM TEKS

3. Mengapa usahawan perlu menganalisa komponen-


komponen yang terdapat dalam persekitaran luaran
khusus?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

6.5 PENGARUH PERSEKITARAN DALAMAN

Jenis persekitaran yang terakhir yang mempengaruhi dan boleh


dipengaruhi oleh usahawan ialah persekitaran dalaman. Ia merupakan
unsur yang paling dekat dengan usahawan dan mempengaruhi secara
langsung aktiviti perniagaan usaha teroka. Usahawan perlu menilai
kekuatan dan kelemahan yang ada dalam organisasinya. Komponen
persekitaran dalaman terdiri daripada sumber, struktur dan budaya.

89
6.5.1 Sumber

Sumber merupakan aset utama bagi pengeluaran produk. Sumber ini


termasuklah usahawan sendiri, aset kewangan, sumber manusia, bahan
mentah, kemudahan fizikal, teknologi dan reputasi. Usahawan perlu
menguruskan sumber-sumber ini dengan cekap agar perniagaan terus
maju. Usahawan sendiri merupakan sumber yang paling dekat dengan
perniagaan. Diri usahawan yang menyumbang tenaga, idea, kemahiran,
pengetahuan dan pengalaman. Usahawan perlu berkerja keras, jujur,
berwawasan, bersemangat, tidak mudah putus asa, menepati janji.
Usahawan perlu memegang amanah perniagaannya dengan baik.

Sumber kewangan diperlukan untuk mendapat lain-lain sumber. Sumber


kewangan terdiri daripada modal sendiri, pinjaman bank, pinjaman
daripada saudara mara atau rakan, pelabur-pelabur, dan penjaan sumber
kewangan dalaman. Usahawan perlu menilai kos yang terlibat untuk
mendapatkan sumber kewangan melalui pinjaman. Sumber kewangan ini
perlu diuruskan dengan berkesan.

Sumber manusia atau pekerja merealisasikan matlamat usahawan.


Sumber ini melibatkan pekerja yang mempunyai pengetahuan, kemahiran
dan pengalaman yang diperlukan bagi melakukan pekerjaan. Kesilapan
pekerja akan menyebabkan kualiti produk tidak bermutu dan
kemungkinan usahawan kehilangan pelanggan. Kekerapan berhenti kerja
boleh menyebabkan aktiviti pekerjaan terganggu dan kehilangan pekerja
berkemahiran.

Manakala sumber fizikal ialah harta digunakan dalam pengeluaran dan


pentadbiran usaha teroka. Ianya terdiri daripada bangunan, peralatan,
mesin dan jentera serta semua harta yang ada dilokasi usaha teroka.
Sumber teknologi pula melibatkan proses, sistem atau transformasi
fizikal. Ianya terdiri daripada makmal, kemudahan untuk penyelidikan
dan pembangunan, dan teknologi untuk membuat ujian dan kawalan
kualiti. Sumber reputasi adalah persepsi pihak-pihak persekitaran
terhadap syarikat. Reputasi bukan sahaja wujud sebagai kesetiaan
pelanggan terhadap jenama sesuatu produk tetapi termasuk juga imej
syarikat.

6.5.2 Struktur dan Budaya

Struktur usaha teroka ialah kaedah mengorganisasikan terma komunikasi,


rantaian perintah, autoriti dan aliran kerja. Struktur organisasi yang
fleksibel sesuai untuk usaha teroka yang sering terdedah kepada
perubahan persekitaran yang cepat. Manakala budaya organisasi berkaitan
pula dengan corak kepercayaan, jangkaan dan nilai yang dikongsi oleh

90
ahli organisasi. Usahawan perlu menanam budaya yang positif dalam
organisasi perniagaan daripada peringkat awal penubuhan usaha teroka.
Ini perlu untuk memastikan satu suasana yang baik wujud dalam
organisasi bagi pengurusan yang lebih berkesan.

SOALAN DALAM TEKS

4. Senaraikan komponen-komponen yang terdapat


dalam persekitaran dalaman.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

6.6 KESIMPULAN

Perbincangan di atas penting untuk kita mengenal pasti jenis-jenis


persekitaran dan kepentingan bagi penelitian dan penganalisaan dibuat ke
atas setiap elemen dalam persekitaran tersebut. Usahawan dapat
mengenal pasti peluang-peluang dan ancaman-ancaman yang wujud
dalam persekitaran. Dengan itu beliau dapat bersedia menghadapinya
dengan membentuk strategi-strategi tertentu dalam membuat
perancangan. Daripada perbincangan di atas dapatlah dirumuskan
bahawa usahawan tidak dapat mempengaruhi persekitaran luaran tetapi
boleh merebut peluang yang ada dan bersikap kreatif dan inovatif dalam
menghadapi ancaman yang wujud. Manakala persekitaran dalaman dapat,
mempengaruhi dan dapat dipengaruhi oleh usahawan secara langsung.
Seterusnya usahawan perlu bersiap sedia untuk mengatur langkah dalam
merebut peluang dan menghadapi ancaman dalam persekitaran yang
tidak menentu di luar organisasi.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Mengapakah usahawan perlu mengkaji persekitaran sebelum


membuat keputusan tentang penubuhan atau pengembangan
usaha teroka.
2. Bagaimana persekitaran luaran makro, persekitaran luaran khusus
dan persekitaran dalaman mempengaruhi usahawan?

91
3. Huraikan elemen-elemen yang terdapat dalam persekitaran luaran
makro, persekitaran luaran khusus dan persekitaran dalaman?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Persekitaran boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu


persekitaran luaran umum, persekitaran luaran khusus dan
persekitaran dalaman. Terdapat empat pemboleh ubah-pemboleh
ubah dalam persekitaran luaran umum iaitu politik dan undang-
undang, ekonomi, sosio-budaya, dan teknologi. Manakala
persekitaran luaran khusus terdiri daripada beberapa elemen atau
kumpulan iaitu pelanggan, pesaing, pembekal, institusi kewangan,
agensi kerajaan, dan pertubuhan bukan kerajaan. Persekitaran ini
juga dikenali sebagai persekitaran industri.

2. Keadaan politik yang stabil dalam sesebuah negara ialah satu


suasana kondusif yang dapat membantu usaha teroka berkembang
maju. Persekitaran ekonomi menentukan kejayaan atau kegagalan
bagi sesuatu aktiviti keusahawanaan dan mempengaruhi aktiviti
usahawan secara tidak langsung. Keadaan ekonomi yang kukuh
dan stabil di sesebuah negara dapat menggalakkan aktiviti
keusahawanan tapi jika sebaliknya berlaku, kegiatan keusahawanan
juga terganggu. Aspek demografi dan aspek budaya memerlukan
penganalisaan bagi memungkinkan usahawan mengenal pasti
peluang dan ancaman yang terdapat dalam persekitaran tersebut.
Persekitaran teknologi menyediakan peluang-peluang baru bagi
usahawan.

3. Usahawan perlu meneliti dan menilai persekitaran ini kerana ianya


mempengaruhi secara langsung aktiviti keusahawanan daripada
luar usaha teroka. Walau bagaimanapun, agak sukar bagi usahawan
untuk mempengaruhi gelagat pihak-pihak yang wujud dalam
persekitaran industri ini. Oleh itu, usahawan perlu memikirkan
strategi-strategi tertentu bagi mempengaruhi mereka.

4. Sumber merupakan aset utama bagi pengeluaran produk. Sumber


ini termasuklah usahawan sendiri, aset kewangan, sumber manusia,
bahan mentah, kemudahan fizikal, teknologi dan reputasi.
Usahawan perlu menguruskan sumber-sumber ini dengan cekap.
Struktur usaha teroka ialah kaedah mengorganisasikan terma
komunikasi, rantaian perintah, autoriti dan aliran kerja.

92
BAB 7

MENGENAL PASTI, MENJANA, MENILAI


DAN MEMILIH PELUANG PERNIAGAAN

OBJEKTIF BAB

Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Mengenal pasti sumber-sumber idea perniagaan.
2. Menjelaskan kaedah-kaedah yang digunakan untuk menjana idea.
3. Menjelaskan empat langkah penting yang perlu usahawan
lakukan sebelum mengenal pasti, mengkaji, dan memilih peluang-
peluang perniagaan yang ada.
4. Membincangkan lima peringkat dalam proses perancangan dan
pembangunan produk bagi merealisasikan idea perniagaan.
5. Menyenaraikan strategi-strategi dalam memulakan sesuatu
perniagaan serta kebaikan dan keburukannya.

7.1 PENDAHULUAN

Sebelum seseorang usahawan dapat memulakan sesuatu perniagaan,


mereka perlu menentukan jenis perniagaan yang ingin diceburi. Ini
memerlukan usahawan mengetahui sumber-sumber yang boleh
memberikan idea perniagaan yang baru seperti pelanggan,
produk/syarikat sedia ada, saluran pengedaran dan lain-lain lagi. Selepas
mendapat idea yang sesuai usahawan perlu menjana dan menguji idea
tersebut sebelum ianya dapat direalisasikan melalui kaedah-kaedah
tertentu.

Setelah usahawan menjana dan menguji idea perniagaan, beliau perlu


membuat proses penilaian dan pemilihan peluang-peluang perniagaan
yang wujud dan memilih salah satu yang terbaik untuk dimajukan. Bagi
merealisasikan idea perniagaan, usahawan perlu melalui proses
perancangan dan pembangunan produk yang melibatkan lima peringkat
sebelum sesuatu produk dapat dilancarkan dan pembentukan perniagaan
dapat dibuat.

93
7.1.2 Sumber-Sumber Idea

Sebelum seseorang usahawan dapat memulakan sesuatu perniagaan,


mereka perlulah memikirkan jenis perniagaan yang akan dijalankan yang
memerlukan kepada daya pemikiran atau idea. Idea perniagaan
merupakan buah fikiran yang datang daripada seseorang usahawan untuk
mencapai cita-cita perniagaan yang diingininya. Ianya berpunca daripada
pelbagai sumber seperti berikut:

(a) Keperluan dan kehendak manusia

Keperluan dan kehendak manusia berubah-ubah dari semasa ke semasa.


Manusia memerlukan sesuatu untuk memenuhi kehendak dan keperluan
hidup. Usahawan yang peka akan sentiasa mendapat idea perniagaan
daripada perubahan permintaan keperluan dan kehendak tersebut.

(b) Melalui masalah yang telah sedia ada

Usahawan boleh menggunakan masalah yang telah sedia ada sebagai


sumber idea perniagaan. Masalah-masalah ini boleh dilihat sebagai punca
masalah atau penyelesaian kepada masalah dan ini merupakan peluang
perniagaan kepada usahawan.

(c) Pergaulan harian dan bacaan

Pergaulan dan perhubungan harian sesama manusia setiap hari dapat


menjadi sumber idea perniagaan pada usahawan. Ini dapat dilakukan
melalui pengumpulan informasi yang diterima daripada pelbagai pihak.

Usahawan juga digalakkan supaya selalu membaca bagi memperolehi


maklumat atau teknologi terkini seterusnya menjadikannya sebagai satu
peluang perniagaan.

(d) Produk dan syarikat sedia ada

Bakal usahawan juga perlu melihat dan menilai produk atau


perkhidmatan yang kompetitif yang telah sedia ada di pasaran. Melalui
produk yang telah sedia ada dari syarikat yang telah wujud, usahawan
mendapat idea bagaimana untuk menghasilkan produk atau
perkhidmatan yang lebih menarik dan mempunyai nilai tambah.

(e) Kemahiran yang dimiliki

Seseorang usahawan boleh mendapat idea perniagaan berasaskan


kemahiran/skil yang dimilikinya. Dengan memiliki kemahiran tertentu,

94
usahawan boleh “menjual” kemahirannya kepada orang lain dan ini
merupakan satu kelebihan kepada usahawan.

(f) Saluran pengedaran

Saluran pengedaran juga merupakan sumber idea utama usahawan di


mana mereka yang terlibat dengan saluran pengedaran ini lebih
memahami keperluan dan kehendak pengguna. Selain dapat memberi
idea produk atau perkhidmatan baru, mereka juga dapat membantu
dalam memasarkan produk atau perkhidmatan baru yang dibangunkan
oleh usahawan.

(g) Penyelidikan dan pembangunan

Seseorang usahawan boleh juga mendapat idea baru perniagaan melalui


penyelidikan dan pembangunan (R&D) sama ada secara formal melalui
agensi-agensi seperti MIMOS, PORLA, MARDI, SIRIM dan lain-lain
dengan penggunaan pelbagai jenis kaedah atau secara tidak formal di
mana usahawan boleh menjalankan penyelidikan sendiri melalui kajian
pemasaran atau soal selidik.

(h) Dasar-dasar kerajaan

Banyak dasar kerajaan atau rancangan kerajaan yang boleh dijadikan


sebagai sumber idea baru oleh usahawan. Sesuatu idea tentang produk
atau perkhidmatan boleh dihasilkan kesan dari pelaksanaan atau
penguatkuasaan peraturan kerajaan seperti pemasangan lampu brek
ketiga, pemasangan tali pinggang keledar kenderaan, dan pemasangan
kotak hitam ke atas semua kenderaan awam. Kerajaan melalui pelbagai
kementerian dan agensi-agensinya telah menyediakan banyak program
pembangunan yang merangkumi aspek-aspek seperti pertanian, industri,
perniagaan, pendidikan dan sebagainya.

SOALAN DALAM TEKS

1. Jelaskan secara ringkas empat sumber-sumber idea


perniagaan.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

95
7.1.3 Kaedah-Kaedah Menjana Idea

Walaupun terdapat banyak sumber idea yang boleh didapati, menjadikan


idea ini satu kenyataan masih lagi menjadi satu kesukaran. Usahawan
memerlukan beberapa kaedah yang boleh digunakan bagi membantu
beliau menjana dan menguji idea berkenaan. Antara kaedah-kaedah ini
termasuklah:

(a) Sumbangsaran (brainstorming)

Merupakan satu kaedah berkumpulan bagi mendapatkan idea dan


penyelesaian baru. Manusia boleh diransang menjadi lebih kreatif dengan
menemukan mereka dengan kumpulan berpengalaman yang tersusun.
Antara peraturannya yang perlu diikuti dalam kaedah ini agar hasil
keputusan yang baik bakal diperolehi ialah larangan membuat sebarang
kritikan atau komen negatif dalam kumpulan, penggalakan idea yang
bebas dan banyak serta penggalakan kombinasi dan penambah baikan
idea. Sesi sumbangsaran juga perlulah menyeronokkan dan tidak terdapat
sebarang tekanan dan dominasi oleh seseorang individu tertentu bagi
memastikan perbincangan ini berjalan dengan lancar.

(b) Kumpulan fokus

Melibatkan sekumpulan individu di antara lapan hingga 14 orang yang


menyumbangkan maklumat dalam format yang berstruktur. Kaedah ini
menggunakan sekumpulan individu yang terdiri daripada mereka yang
mempunyai latar belakang sosio ekonomi yang berlainan bagi
mempelbagaikan lagi idea. Seorang moderator atau orang tengah akan
memandu kumpulan ini melalui perbincangan terbuka dan mendalam
secara terarah atau tak terarah bagi mengenal pasti produk baru. Kaedah
kumpulan fokus bukan saja dapat menjana idea baru malah ia juga
merupakan kaedah yang baik untuk menyaring idea dan konsep baru
sebelum ianya dapat direalisasikan.

(c) Analisis inventori masalah

Merupakan satu kaedah untuk mendapatkan idea dan penyelesaian baru


dengan memfokuskan kepada masalah-masalah yang wujud. Pelanggan
akan diberikan senarai masalah bagi kategori produk umum. Mereka
kemudiannya dikehendaki mengenal pasti dan membincangkan produk
dalam kategori itu yang mempunyai masalah tertentu. Kaedah ini lebih
berkesan kerana lebih mudah untuk mengaitkan produk yang telah
dikenal pasti dengan masalah yang dicadangkan dan seterusnya mendapat
idea produk baru berbanding dengan mendapatkan keseluruhan idea
produk baru secara sendiri. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk

96
menguji idea produk baru. Contoh pendekatan ini dalam industri
makanan ditunjukkan di bawah.

Rajah 7.1
Analisis Inventori Masalah dalam Industri Makanan

Psikologi Deria Aktiviti Beli-Guna Psikologi/Sosial


A. Berat A. Rasa A. Perancangan A. Mudah-Alih A. Sediakan kepada
makan Syarikat
* Menggemukkan. * Pahit. * Makan diluar.
* Tiada kalori. * Masin. *Lupa. * Makan tengah hari. * Tidak disediakan
* Tidak *Bosan. untuk tetamu.
berperisa. * Persediaan akhir
yang terlalu lama.

B. Lapar B. Rupa B. Penyimpanan B. Bahagian B. Makan Sendiri

* Masih lapar selepas * Warna. * Habis. * Kandungan * Terlalu banyak


makan. * Bentuk. * Pakej tidak dalam pakej tidak tenaga untuk
* Mengenyangkan. * Tidak muat. cukup. memasak bagi
menaikkan * Meninggalkan sisa. seorang.
selera. * Rasa ralat bila
sediakan hanya
untuk seorang
sahaja.

C. Imej Diri

* Disediakan oleh
orang yang malas
masak.
* Bukan ibu/isteri
yang baik.

D. Kesihatan D. Masakan D. Kerosakan

* Sukar dicerna. * Hangus. * Menjadi masam.


* Tidak baik untuk * Melekat. * Menjadi lapuk.
gigi.
* Sukar mengantuk.
* Berasid.

E. Penyucian E. Kos

* Mengotorkan * Mahal.
oven. * Menggunakan
* Peti ais bahan-bahan yang
berbau. mahal.

Sumber: Edward M. Tauber. (1975).

SOALAN DALAM TEKS

2. Jelaskan tiga kaedah yang digunakan untuk menjana


idea perniagaan.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

97
7.1.4 Proses Menilai dan Memilih Peluang-Peluang Perniagaan

Setiap perniagaan bermula daripada peluang yang dapat dikenal pasti dan
diambil kesempatan untuk dimajukan. Kewujudan peluang perniagaan
dalam pasaran bergantung kepada perubahan faktor-faktor persekitaran
seperti ekonomi, politik, undang-undang, sosiobudaya, dan teknologi. Ini
kerana faktor-faktor ini mempengaruhi perubahan dalam kehendak dan
keperluan pengguna. Maka proses memerhati dan menilai perubahan ini
sangat penting kepada seseorang usahawan dalam merebut peluang
perniagaan yang akan wujud. Terdapat empat langkah utama yang perlu
dilakukan oleh seseorang usahawan sebelum mereka dapat mengenal
pasti, mengkaji dan memilih peluang-peluang perniagaan yang wujud.
Langkah-langkah tersebut termasuklah:

(a) Kenal pasti keperluan dan kehendak pelanggan

Peluang perniagaan bermula kesan daripada wujudnya keperluan dan


kehendak pengguna terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan.
Keperluan merujuk kepada sesuatu yang asas yang diperlukan oleh
manusia dan mesti dimiliki dalam hidup ini seperti makanan dan pakaian.
Sementara kehendak pula merupakan keinginan peribadi yang lebih
sempurna daripada yang asas seperti makanan yang lebih sedap dan
mahal. Kehendak seseorang banyak dipengaruhi oleh budaya, tahap
pendidikan, tahap kemampuan dan keperibadiannya.

(b) Membuat analisis tentang persekitaran, penilaian diri dan


penilaian masyarakat

Dalam proses meninjau peluang-peluang perniagaan, usahawan perlu


mengambil kira tiga faktor penting iaitu

1. Persekitaran

Keadaan persekitaran banyak menawarkan peluang perniagaan yang


boleh diambil kesempatan oleh usahawan untuk dimajukan. Keadaan
persekitaran boleh dilihat secara umum dari sudut makro dan secara
khusus dari sudut mikro. Contohnya dalam sektor pertanian. Dari sudut
makro sektor ini boleh menawarkan peluang-peluang secara umum
dalam beberapa industri seperti perhutanan, perladangan, penternakan,
dan perikanan. Sementara dari sudut mikro peluang-peluang perniagaan
secara khusus boleh ditawarkan seperti dalam industri penternakan yang
melibatkan kegiatan ternakan haiwan, pemprosesan haiwan mahupun
sebagai pemborong/pengedaran haiwan.

98
Faktor-faktor persekitaran lain juga tidak kurang pentingnya dan perlu
diberi penekanan oleh usahawan seperti berikut:

(i) Perubahan cita rasa pengguna – membuka lebih peluang


perniagaan seperti kewujudan lebih banyak makanan segera
akibat perubahan trend dan penerimaan pengguna kepada
makanan segera seperti roti canai dan karipap segera.

(ii) Peningkatan pendapatan – akan meningkatkan kuasa beli dan


kemampuan pengguna justeru itu mewujudkan peluang
perniagaan yang sesuai dengan taraf hidup dan pendapatan
masyarakat setempat.

(iii) Komposisi penduduk – perubahan komposisi penduduk boleh


membawa peluang perniagaan yang baru. Contohnya, jika
pecahan golongan kanak- kanak lebih besar daripada golongan
lain, maka peluang perniagaan yang berkaitan dengan keperluan
dan kehendak kanak-kanak akan meningkat.

(iv) Masalah sosial setempat – Kewujudan masalah sosial


sebenarnya merupakan peluang perniagaan kepada para
usahawan. Contohnya seperti masalah penjagaan anak,
keselamatan rumah apabila ditinggalkan yang membawa kepada
peluang membuka pusat asuhan kanak-kanak dan penghasilan
alat-alat keselamatan seperti sistem penggera dan sebagainya.

(v) Rantaian industri – kehadiran sesebuah industri akan


memerlukan input juga menjadi input daripada/kepada industri
lain untuk terus beroperasi. Maka akan wujud interaksi atau
rantaian juga sokongan antara industri daripada sektor yang sama
atau berlainan. Contohnya, perkembangan perusahaan
pelancongan akan mewujudkan peluang pertumbuhan lain-lain
perniagaan sama ada secara langsung atau tidak langsung seperti
dalam Rajah 7.2.

(vi) Kajian terhadap sumber tempatan dan penemuan teknologi


baru – penggunaan sumber tempatan yang berpotensi untuk
dimajukan dan penemuan teknologi baru yang dapat memajukan
sumber-sumber berkenaan membuka peluang baru seperti dalam
industri kraftangan.

(vii) Rancangan pembangunan kerajaan dan swasta – Terdapat


pelbagai program pembangunan ekonomi kerajaan dan pihak
swasta yang telah memberi peluang perniagaan kepada usahawan

99
secara langsung dan tidak langsung. Contohnya seperti Kompleks
Kerajaan di Putra Jaya, projek KLIA, Program PROSPER dan
lain-lain.

(viii) Meneliti peluang perniagaan melalui akhbar, majalah


tempatan dan luar negeri – peluang perniagaan juga boleh
dikenal pasti melalui pembacaan majalah dan akhbar. Contohnya
iklan untuk menjadi wakil pengedar atau menjadi francaisi kepada
sesuatu produk francais, iklan tender dan sebut harga yang
merupakan peluang perniagaan kepada usahawan.
Rajah 7.2
Rantaian Industri Perusahaan Pelancongan

Rantaian ke Belakang Rantaian ke Hadapan

1. Perhotelan
1. Restoran/gerai 2. Katering
Perusahaan
makan 3. Pusat-pusat
Pelancongan
2. Agensi hiburan
pelancongan 4. Pengangkutan
3. Pengangkutan 5. Kraftangan
4. Agensi pengiklanan

2. Penilaian diri

Usahawan juga perlu melihat apa kelebihan diri dan persediaan mereka
sebelum meninjau peluang-peluang perniagaan yang ada. Penilaian diri
perlu dibuat dan diseimbangkan dengan peluang-peluang yang ada
sebelum dimajukan. Antara faktor-faktor diri yang perlu usahawan
berikan penekanan adalah seperti berikut:

(i) Kedudukan Kewangan - merupakan faktor penentu sama ada


peluang perniagaan dapat dimajukan atau sebaliknya. Sumber
kewangan yang mencukupi akan menentukan jenis perniagaan
dan saiz pelaburan yang terlibat.

(ii) Pengetahuan dan kemahiran – penting bagi menentukan yang


seseorang itu benar-benar mahir dan tahu apa yang perlu
dilakukan ke atas perniagaan yang diceburinya.

(iii) Pengalaman – perniagaan yang hendak dijalankan mestilah


sesuai dengan pengalaman yang dimiliki terutamanya pengalaman
kerjaya.

100
(iv) Jaringan perhubungan – menjadi satu kelebihan kepada
usahawan sekiranya mempunyai jaringan perhubungan yang luas
dalam perniagaannya.

(v) Minat – menjalankan perniagaan juga merupakan satu profesion


yang memerlukan tanggungjawab dan komitmen yang tinggi,
maka minat perlu ada sebelum sesuatu perniagaan boleh
dimajukan.

3. Nilai masyarakat

Usahawan perlu tentukan bahawa peluang perniagaan yang akan diceburi


itu selaras dengan nilai-nilai masyarakat setempat. Penting bagi usahawan
menentukan perniagaan yang bakal dijalankan tidak bertentangan dengan
nilai masyarakat setempat.

Contohnya, perniagaan kelab malam walaupun menguntungkan dan sah


disisi undang-undang tetapi ia bertentangan dengan nilai masyarakat
Melayu yang beragama Islam.

(c) Membuat penilaian yang terperinci tentang peluang-


peluang perniagaan yang wujud

Usahawan mungkin ada dua atau lebih peluang perniagaan yang menarik
dan ingin dimajukan. Maka adalah perlu bagi usahawan membuat
penilaian dan memilih satu peluang perniagaan yang benar-benar sesuai
dan menguntungkan.

Dalam proses penilaian ini usahawan perlu melihat faktor-faktor seperti


berikut:

(i) Keperluan modal - memastikan bahawa sumber modal yang ada


bersesuaian dengan perniagaan yang akan dijalankan. Ini bagi
memastikan bahawa tidak akan wujud masalah kekurangan modal
selepas perniagaan bermula.

(ii) Tahap risiko - penting bagi usahawan untuk mengambil kira


risiko (kewangan dan perniagaan) yang bakal dihadapi dalam
memajukan sesuatu peluang perniagaan. Risiko merujuk kepada
peratusan kemungkinan kejayaan atau kegagalan sesuatu
perniagaan. Tinggi atau rendahnya risiko pada umumnya
bergantung kepada tiga faktor ini; iaitu susah atau senang untuk
memasuki sesuatu bidang perniagaan; jumlah pelaburan atau
modal yang terlibat; dan kadar pulangan atau keuntungan yang
bakal diterima.

101
(iii) Kesahan dari segi undang-undang - peluang perniagaan yang
hendak dimajukan mestilah sah di sisi undang-undang dan
dilaksanakan mengikut peraturan. Contohnya, perniagaan
menjual bunga api dan mercun adalah dilarang dan salah di sisi
undang-undang.

(iv) Kuasa monopoli dan tahap persaingan - usahawan juga harus


memilih peluang perniagaan yang tidak dimonopoli oleh sesuatu
pihak atau kumpulan tertentu. Ini adalah kerana ia akan
mendatangkan banyak masalah terutamanya masalah sabotaj dan
pasaran yang tak terkawal. Usahawan juga perlu memilih peluang
perniagaan yang mempunyai tahap persaingan yang rendah atau
sederhana bagi memudahkan penguasaan pasaran.

(d) Membuat pemilihan terhadap peluang-peluang perniagaan


yang wujud dan merangka rancangan perniagaan

Setelah membuat penilaian kepada beberapa peluang perniagaan,


usahawan akan memilih satu saja peluang yang akan dimajukan dan
untuk menentukan sama ada peluang tersebut boleh dilaksanakan atau
tidak bergantung kepada kajian yang dibuat dalam merangka Rancangan
Perniagaan, sila rujuk Bab 9 untuk keterangan lanjut tentang rancangan
perniagaan.

7.1.5 Proses Merealisasikan Idea

Apabila sesuatu idea muncul ia memerlukan kepada penapisan dan


pembangunan yang berterusan agar produk atau perkhidmatan tersebut
mempunyai nilai dan boleh ditawarkan kepada pasaran. Proses ini
dikenali sebagai perancangan dan pembangunan serta memerlukan
penilaian kriteria yang menyeluruh bagi setiap peringkat pembangunan
produk. Proses ini juga melibatkan kitaran hayat produk iaitu peringkat-
peringkat yang harus dilalui oleh sesuatu produk bermula dari peringkat
pengenalan sehinggalah kepada peringkat penurunan. Kriteria penilaian
ini termasuklah peluang pasaran, persaingan, sistem pemasaran, faktor-
faktor kewangan dan faktor-faktor pengeluaran. Proses perancangan dan
pembangunan produk melibatkan lima peringkat seperti pada Rajah 7.3
iaitu

(a) Peringkat idea

Penilaian terhadap idea-idea dibuat dan hanya idea yang praktikal dan
boleh dimajukan saja akan dibincangkan dengan lebih mendalam. Ini
membolehkan organisasi menggunakan sumber dengan maksimum. Satu
kaedah penilaian yang digunakan dengan jayanya pada peringkat ini ialah

102
senarai semakan penilaian pasaran sistematik, di mana setiap idea produk
baru dinyatakan dalam bentuk nilai utamanya, merit dan faedah-faedah.
Pelanggan akan diberi satu senarai nilai produk-produk baru yang perlu
dipilih sama ada boleh dimajukan atau tidak.

Syarikat dapat menguji banyak alternatif idea produk baru menggunakan


kaedah penilaian ini. Idea yang boleh dimajukan boleh terus dibangunkan
dan sumber organisasi dapat digunakan dengan sebaik mungkin. Amat
penting untuk menentukan keperluan bagi produk baru dan nilai produk
tersebut kepada syarikat. Jika tiada keperluan terhadap produk yang
dicadangkan, atau idea produk baru tidak mempunyai nilai atau faedah
kepada syarikat, pembangunan tidak perlu diteruskan. Bagi menentukan
nilai produk baru kepada syarikat, satu senarai rujukan nilai seperti dalam
Jadual 7.1 boleh digunakan.

(b) Peringkat konsep

Selepas idea produk baru dikenal pasti diperingkat idea sebagai


berpontensi untuk dimajukan, ia perlu dibangunkan dan disaring melalui
interaksi dengan pengguna. Pada peringkat ini idea yang telah disaring
diuji bagi menentukan penerimaan pengguna tanpa melibatkan kos
pengilangan produk secara fizikal. Respon atau reaksi awal terhadap
konsep ini diperolehi daripada bakal pengguna atau ahli-ahli saluran
pengedaran yang berkenaan.

Salah satu kaedah mengukur penerimaan pengguna ialah melalui temu


duga dengan responden yang dipilih. Mereka akan didedahkan kepada
kenyataan yang menggambarkan ciri-ciri dan sifat fizikal idea produk.
Jika terdapat produk pesaing, ia boleh dibandingkan dengan ciri-ciri
utama produk pesaing yang telah wujud. Dengan menganalisis maklum
balas daripada responden, ciri-ciri produk yang disukai dan yang tidak
disukai boleh dikenal pasti. Maka ciri-ciri yang disukai tadi boleh
dimasukkan dalam idea produk baru. Ini boleh mempastikan bahawa
produk yang akan ditawarkan ini menepati dan memenuhi cita rasa
pengguna.

(c) Peringkat pembangunan produk

Pada peringkat ini reaksi pengguna terhadap produk fizikal ditentukan.


Salah satu kaedah yang digunakan pada peringkat ini ialah menggunakan
panel pelanggan, di mana sekumpulan bakal pengguna diberikan sampel
produk untuk dicuba. Pengguna yang dipilih akan menyimpan rekod
penggunaan produk tersebut dan membuat komen tentang kelebihan dan

103
kekurangan produk. Panel bakal pelanggan juga boleh diberikan sampel
produk-produk pesaing serentak dengan sampel produk yang hendak
dinilai.

(d) Peringkat ujian pemasaran

Walaupun hasil di peringkat pembangunan produk menyediakan asas


kepada rancangan pemasaran, ujian pasaran perlu dijalankan bagi
meningkatkan lagi keyakinan terhadap kejayaan di peringkat
pengkomersialan. Langkah terakhir dalam proses penilaian di peringkat
ujian pemasaran akan memberikan hasil sebenar jualan,
yang akan menunjukkan tahap penerimaan pengguna dan hasil keputusan
ujian yang positif menunjukkan darjah kebarangkalian kejayaan produk
yang dilancarkan.

(e) Peringkat komersialisasi

Merupakan peringkat terakhir dalam proses perancangan dan


pembangunan produk yang melibatkan kitaran hayat produk. Syarikat
perlu pastikan bagaimana untuk mengkormersialkan produk baru ini
supaya tahap penurunan dalam kitaran hayat produk boleh dielakkan
atau dikurangkan.

Rajah 7.3
Proses Perancangan dan Pembangunan Produk

Peringkat Peringkat Peringkat Peringkat


Idea Konsep Pembangunan Ujian
Produk Pemasaran

Peringkat Pengkomersialan
Kitaran Hayat Produk
Percubaan rancangan seperti komersial
Operasi pengeluaran percubaan (Pilot)
Pembangunan Makmal
Penilaian

Penilaian

Penilaian

Penilaian
Idea

Pengenalan Kematangan
Perkembangan Penurunan

Sumber: Robert D. Hisrich & Michael P. Peters. (1991). Marketing decision for new and
mature products (2nd ed.). Macmillan College Publishing Company Inc.

104
Jadual 7.1
Senarai Rujukan untuk Menetapkan Nilai Produk Baru

Menentukan Nilai Idea Produk Baru


Nilai yang perlu dipertimbangkan:
Kos ($)
Aliran Keluar Tunai
*Kos penyelidikan dan pembangunan
*Kos pemasaran
*Kos modal peralatan
*Lain-lain kos
Aliran Masuk Tunai
*Jualan produk baru
*Kesan ke atas jualan tambahan produk sedia ada
*Nilai sisaan/salvage
Aliran Bersih Tunai
*Pendedahan maksimum
*Masa untuk pendedahan maksimum
*Tempoh pendedahan
*Jumlah pelaburan
*Tunai bersih maksimum pada tahun terlibat
Keuntungan
*Keuntungan daripada produk baru
*Keuntungan kesan daripada jualan tambahan produk sedia ada
*Pecahan keuntungan keseluruhan syarikat
Pulangan Relatif
*Pulangan ke atas ekuiti pemegang saham
*Pulangan ke atas pelaburan
*Kos modal
*Nilai kini (PV)
*Aliran tunai terdiskaun (DCF)
*Pulangan ke atas jualan
*Pulangan ke atas aset yang digunakan
Perbandingan dengan Pelaburan Lain
*Perbandingan dengan peluang-peluang produk lain
*Perbandingan dengan peluang-peluang pelaburan lain

Sumber: Robert D. Hisrich & Michael P. Peters. (1991). Marketing decision for new
and mature products (2nd ed.). Macmillan College Publishing Company
Inc.

105
SOALAN DALAM TEKS

3. Lakarkan dan labelkan lima peringkat proses


perancangan dan pembangunan produk.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

7.2 STRATEGI MEMULAKAN PERNIAGAAN

Selepas menjana dan menilai segala idea perniagaan dengan terperinci,


seseorang usahawan boleh memulakan perniagaan seperti yang
dirancangkan. Perniagaan yang dipilih hendaklah berdaya maju dan dapat
memberi pulangan yang lumayan serta berpeluang berkembang ke tahap
yang lebih luas. Terdapat beberapa strategi atau kaedah yang boleh
usahawan pilih dalam memulakan sesuatu perniagaan bergantung kepada
kehendak dan kemampuan seseorang usahawan.

7.2.1 Memulakan Sendiri

Seseorang usahawan boleh memulakan perniagaan sendiri jika ia


berkeyakinan dan berkebolehan mengendalikan sendiri sesuatu
perniagaan. Terdapat beberapa perkara yang harus diberi pertimbangan
dan perhatian sebelum usahawan itu boleh memulakan perniagaan
sendiri, antaranya termasuklah

(i) Modal dan kedudukan kewangan - untuk memulakan sesuatu


perniagaan sendiri, memerlukan seseorang itu memiliki sejumlah
modal yang mencukupi untuk tujuan membeli kelengkapan dan
barang keperluan pejabat, membayar sewa bangunan, gaji pekerja
dan lain-lain. Bagaimanapun, jumlah modal yang diperlukan
bergantung kepada saiz organisasi, jenis perniagaan dan lokasi
kedai.

(ii) Kemampuan diri dan minat - seseorang usahawan menceburi


bidang perniagaan mengikut kemampuan dirinya, iaitu dari segi
pengalaman yang dimiliki, pengetahuan dan kemahiran dalam
bidang perniagaan tersebut, minat dan sokongan daripada
keluarga dan sebagainya. Justeru itu, usahawan mesti mengetahui
kemampuan dirinya dan mempunyai minat terhadap jenis
perniagaan yang diceburi demi menjamin kejayaan dan
kesinambungan perniagaannya.
106
(iii) Lokasi perniagaan - pemilihan lokasi kedai yang strategik
merupakan antara faktor penting yang akan menentukan kejayaan
perniagaan atau sebaliknya. Fenomena ini disebabkan sekiranya
lokasi kedai terletak jauh daripada tumpuan pelanggan, maka
operasi perniagaan akan terjejas. Sebaliknya, jika lokasi
perniagaan terletak di kawasan yang mempunyai pelanggan yang
mempunyai daya beli yang tinggi dan kurang pesaing, nescaya ia
akan membawa keuntungan kepada perniagaan.

(iv) Persaingan - faktor ini harus diberi pertimbangan demi


memastikan usahawan yang baru menubuhkan perniagaannya
tidak menghadapi masalah. Usahawan perlu membuat kajian
untuk mengenal pasti pesaing-pesaing yang wujud, bilangan
pesaing serta menganalisis kekuatan dan kelemahannya. Untuk
bersaing dengan pesaing, usahawan boleh menggunakan pelbagai
kaedah seperti strategi pemasaran, strategi peletakan harga atau
menunjukkan kelebihan persaingannya terhadap pelanggan demi
menarik perhatian mereka.

(v) Bekalan bahan mentah - untuk memastikan bekalan stok


perniagaan sentiasa mencukupi, usahawan perlu mengetahui
tempat-tempat di mana bekalan barang-barang boleh didapati
dengan harga yang berpatutan. Usahawan juga perlu mengetahui
pembekal-pembekal yang ada di sekitar kawasan perniagaannya
yang dapat menawarkan harga yang kompetitif.

(vi) Peraturan dan undang-undang - usahawan perlu mengetahui


segala undang-undang, peraturan-peraturan, akta-akta dan
perundangan lain yang mengawasi perjalanan perniagaan.
Lantaran, perniagaan yang bakal ditubuhkan haruslah tidak
melanggari perundangan yang ditetapkan. Contohnya usahawan
mesti mendaftarkan perniagaannya dengan pihak berkuasa seperti
Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran atau Majlis Tempatan di
samping mematuhi berbagai-bagai akta perniagaan seperti Akta
Perihal Dagangan 1972, Akta Kawalan Harga 1946, Akta
Kawalan Bekalan 1961 dan lain-lain.

(a) Kebaikan memulakan perniagaan sendiri

(i) Kebebasan - seseorang yang memulakan perniagaan sendiri


mempunyai kebebasan untuk membuat sesuatu keputusan. Ini
adalah penting supaya seseorang usahawan itu dapat melakukan
sesuatu bagi menentukan hala tuju perniagaannya tanpa
melibatkan campur tangan pihak lain. Kebebasan membuat
keputusan termasuklah menentukan jenis perniagaan, lokasi

107
perniagaan, jenis produk atau perkhidmatan yang akan
ditawarkan dan juga hal-hal berkaitan pengambilan pekerja dan
pemilihan pembekalnya.

(ii) Kepakaran - seseorang usahawan yang memiliki kepakaran


tertentu dalam bidang yang bakal diceburinya akan mempunyai
kelebihan persaingan dan kebarangkalian untuk berjaya adalah
lebih tinggi. Ini disebabkan seseorang itu mempunyai
pengetahuan tentang selok-belok perniagaan itu.

(iii) Pemilihan lokasi perniagaan - seseorang usahawan bebas


memiliki lokasi perniagaan yang difikirkannya sesuai. Pemilihan
lokasi yang tepat bakal menjamin kejayaan perniagaan yang
dijalankan atau sebaliknya. Bagaimanapun, pemilihan lokasi
perniagaan bergantung kepada modal yang dimiliki dan
kesesuaian produk atau perkhidmatan yang akan dipasarkan.

(b) Keburukan memulakan perniagaan sendiri

(i) Risiko perniagaan - seseorang usahawan akan menghadapi


risiko yang tinggi untuk mengalami kerugian atau muflis jika
perniagaan mereka tidak mendapat sambutan pelanggan dan
kegagalan perniagaan baru menghadapi pesaing-pesaing sedia ada
yang lebih bereputasi baik.

(ii) Pinjaman - usahawan yang baru memulakan perniagaan, agak


sukar untuk mendapat pinjaman daripada pihak bank. Ini kerana
kebanyakan institusi kewangan tersebut hanya memberi pinjaman
kepada syarikat yang telah wujud dan berprestij baik dari segi
kewangan dan kedudukan di pasaran. Kebiasaannya institusi
kewangan memerlukan sesuatu cagaran sebagai kolateral bagi
meyakinkan pihak mereka sebelum sesuatu pinjaman diluluskan.

(iii) Pelanggan - oleh kerana baru memulakan perniagaan, maka


agak sukar bagi usahawan mendapat pelanggan tetap. Justeru,
untuk mendapat perhatian pelanggan, usahawan itu mesti
menggunakan pelbagai kaedah seperti pengiklanan dan promosi
dengan harapan dapat menarik pelanggan ke kedainya dan
keadaan ini akan menelan kos yang banyak dan masa yang lama.

(iv) Tiada kesinambungan perniagaan - sekiranya pemilik atau


usahawan itu meninggal dunia, maka perniagaannya terpaksa
ditutup atau dibubarkan. Ini mungkin disebabkan tiada waris

108
yang berminat untuk meneruskan perniagaannya walaupun
perniagaan itu maju. Maka, mereka akan menjual perniagaan
kepada pihak lain yang sedia mengambil alihnya.

7.2.2 Mengambil Alih Perniagaan Sedia Ada

Pengambilalihan sesuatu perniagaan boleh dilakukan sekiranya seseorang


usahawan itu berminat terhadap perniagaan yang sedia ada. Dengan
mengambil alih sesuatu perniagaan, bermaksud seseorang usahawan
membeli sesuatu perniagaan yang sedang maju daripada pihak tertentu
dan meneruskannya mengikut cara mereka. Pengambilalihan perniagaan
merupakan salah satu jalan pintas bagi usahawan untuk memulakan
perniagaan dengan mudah kerana mungkin perniagaan tersebut sudah
mempunyai pasaran sasaran yang sedia ada dan dikenali ramai.

Walau bagaimanapun, sebelum membeli sesuatu perniagaan, usahawan


perlu memastikan perniagaan itu berpotensi untuk berkembang dan
berjaya. Antara perkara-perkara yang harus diberi pertimbangan sebelum
mengambil alih sesuatu perniagaan adalah seperti berikut:

(i) Kedudukan kewangan perniagaan

Sesebuah perniagaan yang ingin diambil alih perlu dibuat kajian


awal bagi menilai kedudukan kewangan perniagaan tersebut
supaya hanya perniagaan yang mempunyai kedudukan kewangan
yang kukuh sahaja yang akan dipertimbangkan. Ini termasuklah
mengkaji aset perniagaan dan liabiliti yang ditanggung agar
pemilik baru tidak menanggung beban hutang pemilik lama.

(ii) Potensi berkembang

Usahawan perlu melihat potensi perniagaan yang akan diambil


alih ini sama ada mampu berkembang atau tidak. Ini penting bagi
memastikan usahawan hanya mengambil alih perniagaan yang
berpotensi untuk berkembang dan mendapat keuntungan. Kajian
masa hadapan boleh dilakukan dengan melihat rekod-rekod
kewangan perniagaan untuk beberapa tahun dan juga keadaan
pasaran industri yang melibatkan perniagaan tersebut.

(iii) Reputasi perniagaan

Perniagaan yang ingin diambil alih perlu mempunyai reputasi


yang baik sebelum diambil alih. Ini dapat menolong usahawan
yang mengambil alih meneruskan perniagaan tanpa menghadapi
banyak masalah. Jika perniagaan yang hendak diambil alih

109
mempunyai reputasi yang kurang baik, ia akan menjejaskan
perjalanan perniagaan tersebut yang boleh membawa kepada
kerugian kepada usahawan.

(iv) Pasaran sasaran tersedia ada

Usahawan juga perlu melihat peratusan pasaran yang sedia ada


(syer pasaran) bagi perniagaan itu dan adakah ianya kompetitif
berbanding dengan pesaing-pesaing lain. Mampukah perniagaan
ini bersaing dengan pesaing-pesaing lain dan dapat menguasai
pelanggan.

(a) Kebaikan mengambil alih perniagaan sedia ada

(i) Reputasi yang baik - salah satu kelebihan mengambil alih


perniagaan adalah peluang untuk mengambil manfaat daripada
nama lama yang telah dikenali ramai. Fenomena ini akan dapat
meningkatkan keyakinan pelanggan untuk terus membeli dan
menyokong perniagaan tersebut. Ini membolehkan usahawan
baru menjimatkan kos bagi mempromosikan perniagaannya.

(ii) Pasaran yang tersedia ada - lazimnya, apabila mengambil alih


sesuatu perniagaan, usahawan tersebut juga ‘mengambil alih’
pelanggan sedia ada. Dengan itu, usahawan tidak perlu mencari
pasaran baru apabila memiliki perniagaan itu. Sokongan
berterusan daripada pelanggan akan memastikan keuntungan
kepada usahawan.

(iii) Pekerja yang mahir - perniagaan sedia ada mempunyai para


pekerja yang mengetahui selok-belok perniagaan seperti produk,
harga dan pelanggan merupakan satu aset penting kepada
usahawan yang baru mengambil alih perniagaan. Usahawan tidak
perlu menghabiskan kos dan masa yang banyak untuk melatih
pekerja baru.

(iv) Hubungan dengan pihak bank dan pembekal - hubungan


baik antara pihak bank dan pembekal dengan pemilik lama akan
berkekalan walaupun perniagaan itu diambil alih. Lantaran itu,
usahawan baru kurang menghadapi masalah untuk berurusan
dengan kedua-dua pihak tersebut. Ini kerana untuk mendapat
kepercayaan pihak bank dan pembekal memerlukan masa yang
lama dan hubungan dengan kedua-dua pihak ini sangat penting
bagi menjamin kesinambungan perniagaan.

110
(b) Keburukan mengambil alih perniagaan sedia ada

(i) Kehilangan pekerja mahir - pekerja lama yang sudah biasa


mengamalkan cara lama bekerja di organisasi berkemungkinan
mengalami kejutan budaya disebabkan pertukaran pihak
pengurusan lama kepada yang baru. Ini menyebabkan ramai di
antara pekerja terutamanya pekerja berkemahiran memilih untuk
berhenti bekerja menyebabkan syarikat kehilangan pekerja yang
berkemahiran. Kesan kehilangan pekerja mahir amat besar
terutamanya kepada perniagaan yang sangat bergantung kepada
pekerja mahir dalam operasi hariannya, contohnya seperti kedai
perabot, bengkel membaiki kereta dan lain-lain.

(ii) Menanggung beban kewangan - ada kemungkinan usahawan


terpaksa menanggung hutang lama yang “diwarisi” dari
perniagaan lama apabila mengambil alih sesuatu perniagaan.
Sekiranya ini berlaku, ia akan menjadi satu beban kepada
usahawan. Maka adalah sangat penting seseorang usahawan yang
ingin mengambil alih perniagaan yang sedia ada memastikan
perkara seperti ini tidak akan berlaku.

(iii) Rekod dan reputasi buruk - usahawan yang ingin mengambil


alih perniagaan perlu meneliti rekod dan reputasi perniagaan yang
ingin diambilalihnya bagi memastikan tidak terdapat rekod buruk
dalam perniagaan tersebut. Kemungkinan perniagaan itu
menghadapi masalah yang menyebabkan pemiliknya ingin
menjual perniagaan tersebut. Masalah-masalah ini termasuklah
seperti persaingan yang hebat, ketidakmampuan menyelesaikan
hutang syarikat, lokasi perniagaan yang tidak sesuai, tidak
mendapat sambutan pelanggan dan lain-lain lagi.

7.2.3 Perniagaan Francais

Usahawan boleh memulakan perniagaan melalui cara francais dengan


mendapat lesen francais daripada francaisor (pemilik francais).
Perniagaan francais merujuk kepada satu bentuk perniagaan di mana
syarikat induk (pemilik francais) memberikan kebenaran, hak atau
keistimewaan (nama perniagaan dan cap dagangan) kepada seseorang
individu atau syarikat tertentu untuk menjalankan perniagaan mengikut
peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan oleh francaisor.

Francaisor ialah tuan punya atau pengeluar atau pengedar yang


mempunyai hak istimewa terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan
atau orang yang memberi francais kepada francaisi. Sementara francaisi
merupakan individu atau organisasi yang mendapat hak francais ke atas

111
produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh francaisor. Contoh
perniagaan francais ialah seperti Kyros Kebab, McDonald’s, BATA,
Nelson, KFC, Chicken King Fast Food Restaurant dan sebagainya.
Terdapat tiga jenis perniagaan francais iaitu

(i) Sistem mengikut tajaan pengeluar terhadap peruncit - ia


melibatkan pengagihan produk atau perkhidmatan secara terus
daripada francaisor kepada francaisi dalam bentuk produk siap.

(ii) Sistem tajaan pengeluar terhadap pemborong - ia melibatkan


pengagihan barangan secara separuh siap. Bentuk sistem ini
banyak berlaku dalam industri minuman ringan.

(iii) Sistem tajaan syarikat perkhidmatan kepada peruncit - ia


melibatkan pemberian hak kepada francaisi mengusahakan
syarikat untuk mengurus dan menyediakan sistem sebagaimana
yang diamalkan oleh francaisor. Ini bermakna francaisi akan
menawarkan perkhidmatan terus kepada pelanggan.

Bagi memulakan perniagaan francais, terdapat beberapa faktor yang


harus diberi pertimbangan oleh seseorang usahawan. Antaranya:

(i) Rekod perniagaan francaisor - Demi meminimakan risiko


pelaburan, perniagaan francais yang dipilih haruslah mempunyai
rekod kejayaan yang baik di samping kadar pertumbuhan
perniagaan adalah tinggi untuk beberapa tahun.

(ii) Jenis perniagaan - Usahawan perlu memilih sesuatu perniagaan


berasaskan kepada minat dan kepakaran yang ada. Pemilihan
yang tepat akan menjamin kemajuan perniagaan dan keuntungan
berterusan kerana usahawan yang menjalankan perniagaan
berdasarkan minat dan kepakaran biasanya mempunyai semangat
yang tinggi dan lebih arif tentang selok-belok perniagaan
tersebut.

(iii) Bantuan/khidmat sokongan - Francaisi harus memastikan


agar francaisor akan memberi khidmat sokongan sepenuhnya
sebelum francaisi boleh memulakan perniagaan. Khidmat
sokongan dari aspek teknikal dan operasi termasuklah latihan
mengurus dan mengoperasikan kedai, cara menyediakan
makanan, cara melayani pelanggan dan lain-lain. Lebih lengkap
pakej latihan yang diberi, maka lebih baik bagi kejayaan sesuatu
perniagaan yang dijalankan.

112
(iv) Yuran francais - Francaisi harus memastikan terlebih dahulu
bahawa yuran francais yang dikenakan adalah munasabah dan
sepadan dengan apa yang bakal diterima daripada perjanjian
francais dan juga jenis perniagaan yang bakal dijalankan. Francaisi
juga perlu menilai kemampuan kewangan mereka dengan
keperluan yuran francais.

(v) Hak eksklusif perniagaan - Pihak francaisor harus


menentukan hak eksklusif perniagaan kepada setiap francaisi agar
tidak timbul masalah perebutan pelanggan antara francaisi di
kawasan tertentu. Bagaimanapun, penentuan wilayah tersebut
bergantung kepada saiz penduduk, bilangan pelanggan,
kesenangan memperolehi sumber bekalan dan demografi.

(a) Kebaikan perniagaan francais

(i) Risiko yang lebih rendah - risiko yang lebih rendah jika
dibandingkan dengan percubaan memulakan satu perniagaan
baru. Dengan kata lain kebarangkalian untuk perniagaan francais
maju dan berjaya adalah lebih tinggi.

(ii) Khidmat nasihat dan sokongan - francaisi mendapat khidmat


nasihat dan sokongan sepenuhnya daripada francaisor. Francaisor
berperanan untuk mengajar francaisi cara-cara mengurus dan
memajukan perniagaan seperti cara menyediakan produk atau
perkhidmatan, cara melayan pelanggan, cara membungkus
barangan dan lain-lain.

(iii) Jenama produk/servis yang sudah terkenal - francaisi


berpeluang memperdagangkan sesuatu produk yang sudah
terkenal jenamanya di kalangan pelanggan. Masalah untuk
mempromosikan produk atau mendapatkan pelanggan tidak
timbul. Kebarangkalian kejayaan adalah lebih tinggi.

(iv) Panduan perniagaan yang lengkap - terdapat panduan


perniagaan yang lengkap bagi seseorang pengusaha memulakan
perniagaan. Maka, seseorang boleh menceburi sesuatu bidang
perniagaan walaupun tiada pengalaman memperniagakan produk
atau perkhidmatan tertentu.

(b) Keburukan perniagaan francais

(i) Peraturan dan prosedur yang ketat - operasi perniagaan


francaisi tertakluk kepada peraturan dan kaedah pengoperasian
francaisor walaupun ia merupakan entiti perniagaan yang

113
berasingan. Maka tiada kepelbagaian dalam perniagaan. Ini
kerana biasanya perniagaan francais hanya tertumpu pada
penjualan satu jenis produk khusus. Maka francaisi tidak dapat
menawarkan pelbagai produk atau perkhidmatan lain terhadap
pelanggannya.

(ii) Yuran yang tinggi - perlu membuat bayaran yang kadangkala


terlalu besar untuk mendapatkan hak ke atas jenama produk dan
bagi mendapat pakej yang disediakan oleh pihak francaisor.
Contohnya untuk mendapat lesen francais Habib Jewals, francaisi
perlu menyediakan bayaran antara RM500,000.00 hingga RM1
juta.

(iii) Masalah imej - jika seseorang francaisor atau francaisi tidak


melayani pelanggan dengan baik, maka ia akan menjejaskan nama
baik keseluruhan perniagaan tersebut dan sekiranya seseorang
usahawan itu memilih nama francais itu, dia juga akan terjejas
walaupun baru memulakan perniagaan.

7.2.4 Pakatan Strategik

Pakatan strategik boleh ditakrifkan sebagai satu ikatan secara sukarela


antara dua syarikat atau pekongsi dalam tempoh tertentu yang bertujuan
untuk mencapai objektif ekonomi, iaitu mendapat keuntungan dengan
lebih cepat dan lebih cekap daripada melakukannya bersendirian.
Terdapat beberapa faktor yang menggalakkan pakatan strategik semakin
popular di kalangan syarikat terutama syarikat multinasional. Antaranya
adalah seperti berikut:

(i) Mencapai globalisasi - pakatan strategik telah menjadi strategi


utama syarikat global. Banyak syarikat multinasional telah
membuat pakatan dengan pekongsinya di negara lain. Ini
memudahkan syarikat untuk menembusi pasaran negara tertentu
di samping dapat menggunakan sumber pengeluaran yang sedia
ada di negara rakan pekongsi.

(ii) Kemasukan ke pasaran baru - pada masa kini, banyak syarikat


telah membentuk pakatan strategik bagi mempercepatkan proses
kemasukan ke sesuatu pasaran. Dengan berbuat demikian, ia
dapat mengurangkan kos tetap yang tinggi seperti pembangunan,
pengagihan dan pemasaran produk dan boleh berkongsi
maklumat mengenai pelanggan dan struktur pasaran seperti cita
rasa pelanggan, kuasa pembelian pelanggan, dan saiz pasaran di
samping syarikat mendapat manfaat dari segi syer pasaran
dengan syarikat pekongsi tanpa perlu bersaing.

114
(iii) Pembangunan teknologi - pada zaman moden ini, keupayaan
untuk mengikuti perubahan teknologi ialah kunci utama bagi
sesebuah syarikat untuk terus wujud. Bagaimanapun, untuk
membangun dan mencipta teknologi baru bukanlah mudah dan
mampu dilakukan oleh semua syarikat. Melalui pakatan strategik,
ia membantu syarikat membangun dan memperoleh sesuatu
teknologi daripada syarikat lain dan berkongsi maklumat.

(a) Kebaikan pakatan strategik

(i) Berkongsi kepakaran - selain daripada berkongsi teknologi dan


memperolehi kemahiran, pakatan strategik juga membolehkan
syarikat berkongsi kepakaran dengan syarikat lain. Syarikat boleh
berkongsi pakar-pakar yang terdapat dan sumber kemudahan
yang ada pada setiap entiti perniagaan demi kebaikan kedua-dua
pihak terlibat. Contohnya kerjasama antara Proton dengan
Mitshubishi.

(ii) Mengurangkan persaingan - apabila terjalin satu pakatan


dalam sesuatu industri, nescaya ia dapat mengurangkan
persaingan di pasaran. Ini kerana semua pihak terlibat telah
berpakat dalam semua aspek perniagaan bermula dari soal
mengeluar dan memasarkan produk serta menikmati keuntungan
bersama. Kesannya, pengguna akan menikmati produk yang lebih
berkualiti dan murah kerana syarikat sentiasa berusaha untuk
mengekalkan pelanggan sedia ada.

(iii) Memperolehi kemahiran - sesebuah syarikat menyertai pakatan


strategik bertujuan memperolehi kemahiran tertentu yang
diperlukan untuk mencapai objektifnya dengan lebih berkesan,
pada kos yang rendah atau setidak-tidaknya mengurangkan risiko
jika dibandingkan ia bertindak bersendirian. Contohnya, syarikat
yang berkemahiran dalam pemasaran tetapi “lemah” dari segi
teknologi akan mencari pekongsi yang dapat menawarkan
kepakaran/kemahiran pemasaran dan satu pihak lagi akan
menyediakan modal dan teknologi.

(iv) Berkongsi teknologi - melalui pakatan strategik, pemindahan


teknologi dapat dilakukan. Ini bermakna syarikat yang memiliki
sesuatu teknologi akan berkongsi teknologi dengan syarikat lain
yang masing-masing mempunyai kepentingan. Perpindahan
teknologi ini membolehkan kos pengeluaran sesebuah syarikat
berkurangan, pengeluaran menjadi lebih cekap dan berkesan

115
seterusnya menikmati ekonomi bidangan. Contohnya, syarikat
pengeluar cip komputer Intel melabur dan berkongsi teknologi
pembuatan cip dengan pekongsinya di Malaysia.

(b) Keburukan pakatan strategik

(i) Kesukaran mencapai persetujuan - disebabkan setiap pihak


yang terlibat mempunyai kepentingan dan objektif masing-
masing, maka adalah sukar untuk membolehkan kedua-dua pihak
mencapai kata sepakat dalam sebarang perkara berhubung
perniagaan. Setiap pihak akan berusaha demi mencapai objektif
masing-masing walaupun di bawah satu pakatan.

(ii) Keserasian antara pekongsi - satu kemungkinan bahawa


sebahagian individu akan mewarisi atau harus menyesuaikan diri
terhadap amalan atau budaya kerja pihak lain yang secara
keseluruhannya berlainan, tidak dapat diterima dan tidak diingini.
Apabila satu pihak sudah menetapkan objektif jangka panjang
organisasinya perlu berubah disebabkan pekongsi lain tidak
setuju, maka ia akan menyebabkan berlaku perselisihan pendapat.
Begitu juga apabila budaya atau amalan perniagaan pekongsi
adalah berbeza. Contohnya, adakah semua pihak dapat menerima
budaya kerja Jepun?

(iii) Tiada tanggungjawab - persoalan yang akan timbul adakah


setiap pihak yang terlibat sedia menerima tanggungjawab yang
diagihkan? Adakah pihak terbabit sedia menyokong secara sama
rata setiap kerja yang diberikan? Persoalan seperti itu sering
menimbulkan konflik apabila ada salah satu pihak tidak bersedia
memikul tanggungjawab yang diberikan kerana mempunyai
kepentingan tertentu atau merasakan tanggungjawab tersebut
tidak setimpal dengan hasil yang diterimanya.

(iv) Kepercayaan - adakah setiap ahli yang terlibat dalam pakatan


strategik boleh dipercayai sepenuhnya? Perkara ini menjadi sangat
sensitif apabila ia melibatkan maklumat rahsia dan sangat bernilai.
Mungkin maklumat tersebut membolehkan wujudnya kelebihan
persaingan terhadap pakatan tersebut tetapi ia tidak dikongsi
bersama.

7.2.5 Jualan Langsung

Perniagaan jualan langsung merupakan sejenis perniagaan yang


berformatkan peruncitan di mana jurujual akan sentiasa menghubungi
pelanggannya secara langsung di lokasi yang sesuai, mendemonstrasikan

116
kelebihan produk, mengambil pesanan dan seterusnya menghantar
produk yang dipesan kepada pelanggan. Untuk memastikan kejayaan
perniagaan jualan langsung ini, ia memerlukan perhubungan yang baik
antara jurujual dengan pelanggan.

Antara kategori produk yang dijual melalui perniagaan jualan langsung


adalah seperti kosmetik, minyak wangi, pencuci vakum, peralatan masak-
memasak, barangan kemas, produk pemakanan kesihatan, bahan-bahan
pendidikan dan banyak lagi.

Terdapat tiga jenis perniagaan jualan langsung. Antaranya ialah

(i) Pemasaran satu lapis - jenis perniagaan ini melibatkan


penjualan produk terus daripada syarikat jualan angsung kepada
pengguna akhir atau syarikat jualan langsung kepada wakil atau
pengedar syarikat.

(ii) Pemasaran pelbagai lapis - melalui sistem ini, produk yang


diagihkan akan melalui beberapa lapisan saluran agihan sebelum
ia sampai ke tangan pengguna. Contohnya, Propolis Gold akan
menjual melalui stokisnya kepada wakil ejen yang sah, selepas itu
wakil ejen tersebut akan menjual produk kepada pelanggan.

(iii) Jualan melalui satu parti - mengikut sistem ini syarikat jualan
langsung akan mengadakan satu parti di rumah atau tempat salah
seorang wakil jualannya dan menjemput semua orang yang
dikenali seperti saudara mara, sahabat handai atau orang di
kawasan sekeliling untuk “menghadiri” parti berkenaan dan
membuat persembahan produknya kepada semua.

(a) Kebaikan perniagaan jualan langsung

(i) Risiko kegagalan yang rendah - kemungkinan untuk jurujual


mengalami kegagalan perniagaan adalah sangat rendah. Oleh itu,
risiko perniagaan ini sangat kecil. Jurujual sendiri yang akan
menentukan kejayaan atau kegagalan perniagaannya.

(ii) Kos perniagaan yang rendah - kos untuk memulakan


perniagaan jualan langsung adalah rendah jika dibandingkan
dengan bentuk perniagaan lain. Ini kerana ia tidak memerlukan
pengusahanya memiliki premis yang besar, mengambil pekerja
yang ramai, membayar sewa premis dan yuran pendaftaran yang
tidak membebankan. Justeru itu, jenis perniagaan ini semakin
mendapat perhatian ramai sejak kebelakangan ini.

117
(iii) Hubungan yang rapat dengan pelanggan - disebabkan
pelanggan berpeluang berjumpa secara langsung dengan jurujual
syarikat, maka ia dapat mewujudkan satu suasana atau hubungan
yang mesra antara kedua pihak. Sekiranya pelanggan mempunyai
sebarang kemusykilan, dia boleh menghubungi terus jurujual
untuk mendapatkan penjelasan. Perhubungan langsung antara
jurujual dengan pelanggan membolehkan jurujual menerangkan
kepada pelanggan cara penggunaan sesuatu produk dengan lebih
jelas dan terperinci lagi.

(iv) Keuntungan tidak terhad - jurujual boleh mendapatkan


keuntungan tanpa had. Lagi banyak yang dijual lagi tinggi
keuntungan yang bakal diperolehi oleh jurujual. Kita boleh lihat
ramai jurujual yang telah berjaya mendapat rumah, kereta, pakej
pelancongan dan bermacam-macam lagi hasil dari perniagaan
jualan langsung seperti Amway, Avon, Neutrimetic, Alkein dan
banyak lagi.

(v) Fleksibel - apabila seseorang itu menjalankan perniagaan jualan


langsung, beliau boleh melakukannya pada bila-bila masa tanpa
terikat dengan waktu kerjanya. Ini bermakna perniagaan itu boleh
dijalankan tanpa mengira seseorang itu berada di mana, pada
waktu bila dan dengan cara apa pun. Jurujual juga bebas
mempraktikkan cara penjualan terhadap jenis pelanggan yang
berbeza dengan cara dan masa yang berbeza.

(vi) Pasaran dapat disasarkan (targetability) - oleh kerana


seseorang jurujual itu mempunyai ramai kenalan atau sudah
mengetahui corak pembelian sesuatu kawasan, maka beliau dapat
mengenal pasti sasaran pasarannya dengan lebih mudah, iaitu
keperluan individu terhadap sesuatu produk dan cuba mencapai
kehendak individu tersebut. Ini seterusnya membolehkan jurujual
menjalankan perniagaan dengan lancar.

(b) Keburukan perniagaan jualan langsung

(i) Persaingan yang semakin sengit - persaingan dalam


perniagaan jualan langsung semakin sengit akibat bertambahnya
bilangan jualan langsung baru yang memasuki pasaran ini.
Contohnya pada hari ini, untuk barangan kosmetik saja, terdapat
pelbagai jenis jenama produk yang dijual oleh pelbagai syarikat
jualan langsung seperti AVON, Cosway, Nutrimetics, Amway
dan banyak lagi.

118
(ii) Gelagat jurujual - terdapat sesetengah jurujual yang berperangai
buruk seperti menipu pelanggan, memberi maklumat silap dan
memberi janji manis sehingga menyebabkan pelanggan marah
dan benci dengan kehadiran mereka. Ini menyebabkan jenis
perniagaan ini yang banyak bergantung pada jurujual terjejas.
Pembeli tidak lagi mempercayai jurujual walaupun jurujual yang
dilantik adalah baik kerana imej jurujual telah terhakis.

(iii) Keuntungan jurujual yang tidak menentu - pendapatan


jurujual adalah bergantung pada komisen atas jumlah jualan yang
dapat dilakukannya. Sekiranya jurujual tidak membuat jualan
disebabkan sakit dan sebagainya, maka beliau tidak akan
mendapat hasil. Ini boleh menyebabkan jurujual mengalami
masalah kewangan.

(iv) Kaedah jualan yang telah ketinggalan zaman - disebabkan


jenis perniagaan ini telah lama wujud, maka para pengguna sudah
jemu dengan cara penjualan secara langsung yang dianggap
ketinggalan zaman. Pembeli lebih gemar kepada sesuatu yang
inovatif dan kreatif serta bebas daripada gangguan jurujual
apabila mereka membeli sesuatu produk, contohnya MOG atau
melalui internet.

SOALAN DALAM TEKS

4. Bincangkan tiga faktor yang perlu diberi


pertimbangan oleh usahawan sebelum ia boleh
memulakan perniagaan sendiri.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

7.3 KESIMPULAN

Pelajaran ini telah mendedahkan kepada kita bahawa usahawan yang


ingin memastikan usaha terokanya mencapai kejayaan perlu
mendapatkan sumber-sumber idea perniagaan yang berpotensi. Setelah
idea diperolehi, ia perlu dijana dan diuji bagi memastikan keberkesanan
idea tersebut. Kemudian proses penilaian dan pemilihan peluang-peluang
perniagaan dijalankan bagi memilih yang terbaik. Bagi mempastikan idea

119
boleh direalisasikan dan perniagaan boleh ditubuhkan, proses
perancangan dan pembangunan produk perlu dilaksanakan. Usahawan
boleh memilih pelbagai kaedah/strategi bagi memulakan sesuatu
perniagaan bergantung kepada kehendak dan kemampuan mereka.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

A. Soalan Objektif:

1. Antara berikut yang manakah BUKAN sumber idea perniagaan?

A. Produk dan syarikat sedia ada.


B. Saluran pengedaran.
C. Minat seseorang.
D. Penyelidikan dan pembangunan

2. Proses perancangan dan pembangunan produk melibatkan lima


peringkat. Yang manakah di antara berikut mengikut susunan
peringkat yang betul?

A. Idea, konsep, pembangunan produk, ujian pemasaran,


komersialisasi.
B. Idea, pembangunan produk, konsep, ujian pemasaran,
komersialisasi.
C. Idea, konsep, ujian pemasaran, pembangunan produk,
komersialisasi.
D. Idea, pembangunan produk, ujian pemasaran, konsep,
komersialisasi.

3. Berikut ialah kebaikan perniagaan Francais KECUALI:

A. Risiko perniagaan yang rendah


B. Mendapat khidmat nasihat dan sokongan
C. Kadar pulangan yang tinggi
D. Terdapat panduan perniagaan yang lengkap.

120
B. Soalan Esei:

1. Nyatakan tiga kebaikan strategi mengambil alih perniagaan sedia


ada.
2. Perniagaan bermula dengan idea. Bagaimanakah seseorang
usahawan boleh merealisasikan idea perniagaan dengan
menggunakan kaedah perancangan dan pembangunan produk?

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Idea perniagaan boleh diperolehi dari pelbagai sumber.


Antaranya ialah seperti berikut:

(i) Keperluan dan kehendak manusia - keperluan dan


kehendak manusia ini sentiasa berubah dari semasa ke
semasa. Usahawan perlulah sensitif kepada perubahan
permintaan keperluan dan kehendak tersebut.

(ii) Produk dan syarikat sedia ada – melalui produk dan


syarikat yang telah sedia ada usahawan boleh mendapat idea
yang lebih kompetitif, lebih menarik dan mempunyai lebih
nilai tambah untuk ditawarkan kepada pengguna.

(iii) Saluran pengedaran – melalui mereka yang terlibat


dengan saluran pengedaran usahawan mendapat idea yang
lebih baik dan tepat kerana mereka ini lebih memahami
keperluan dan kehendak pelanggan.

(iv) Masalah yang telah sedia ada – usahawan boleh


menggunakan masalah sedia ada sebagai sumber idea
dengan cuba mencari penyelesaian kepada masalah
tersebut.

2. Bagi menjana idea perniagaan, terdapat tiga kaedah yang selalu


digunakan. Kaedahnya ialah

(i) Sumbangsaran (brainstorming) – kaedah berkumpulan


untuk dapatkan idea dan penyelesaian baru. Idea diperolehi
melalui perbincangan dengan kumpulan berpengalaman
yang tersusun. Sesi ini perlulah menyeronokkan dan bebas

121
daripada sebarang tekanan daripada individu tertentu.
Mengikut peraturan kaedah ini kritikan dan komen negatif
dilarang, idea yang bebas dan banyak digalakkan, dan
penambahbaikan serta kombinasi idea sangat digalakkan.

(ii) Kumpulan fokus – melibatkan individu di antara lapan


hingga 14 orang yang menyumbangkan maklumat dalam
format yang berstruktur. Individu ini terdiri daripada
mereka yang mempunyai latar belakang sosio ekonomi
yang berbeza dan dibantu oleh seorang moderator yang
membantu perbincangan terbuka dan mendalam secara
terarah atau tidak terarah.

(iii) Analisis inventori masalah – kaedah penyelesaian dengan


menfokuskan kepada masalah-masalah yang wujud pada
produk umum. Pelanggan diminta kenal pasti dan
membincangkan produk dalam kategori itu yang
mempunyai masalah tertentu. Kaedah ini lebih mudah dan
berkesan kerana telah kenal pasti masalah yang dihadapi.

3. Sama seperti pada Rajah 7.3.

4. Antara faktor-faktor yang perlu diberi perhatian oleh usahawan


sebelum memilih untuk memulakan perniagaan sendiri ialah

(i) Modal dan kedudukan kewangan – usahawan perlu


memiliki modal yang cukup bagi tujuan memulakan
perniagaan sendiri. Modal ini bergantung kepada saiz
perniagaan, jenis perniagaan, dan lokasi kedai. Tujuan
modal adalah untuk membeli kelengkapan dan barang
niaga, bayar sewa dan gaji pekerja, dan lain-lain lagi.

(ii) Kemampuan diri dan minat – usahawan perlu tahu


kemampuan dirinya serta minatnya dalam sesuatu bidang
perniagaan. Kemampuan usahawan dilihat dari segi
pengalaman yang ada, pengetahuan dan kemahiran yang
usahawan miliki. Minat usahawan pula mestilah selari
dengan jenis perniagaan yang diceburinya.

(iii) Bekalan bahan mentah – bekalan bahan-bahan mentah


mestilah mencukupi dan usahawan tahu di mana untuk
mendapatkan bekalan yang berkualiti pada harga yang
rendah dan mendapat belian kredit.

122
BAB 8

MEMULAKAN USAHA TEROKA


KEUSAHAWANAN

OBJEKTIF BAB

Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Menyatakan faktor-faktor kritikal dalam memulakan
perniagaan.
2. Mengenal pasti cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi untuk
memulakan perniagaan.
3. Mencatat aspek-aspek perundangan untuk memulakan
perniagaan.
4. Mengkategorikan sumber-sumber modal yang boleh
diperolehi oleh seseorang usahawan.
5. Membincangkan definisi dan jenis-jenis jaringan usahawan.

8.1 PENDAHULUAN

Sesiapa sahaja yang berminat untuk mendalami bidang keusahawanan


dan seterusnya menceburkan diri dalam bidang perniagaan seharusnya
mempunyai jati diri dan persediaan yang secukupnya supaya perniagaan
yang diceburi olehnya tidak akan gagal. Sehubungan dengan itu,
seseorang yang berminat untuk meneruskan kerjayanya sebagai seorang
usahawan mestilah memahami faktor-faktor kritikal memulakan
perniagaan serta bersedia menghadapi cabaran-cabaran memulakan
perniagaan. Mereka juga harus tahu aspek-aspek perundangan di dalam
memulakan perniagaan serta sumber-sumber modal yang boleh
diperolehi. Seseorang usahawan juga perlu mempunyai jaringan
perniagaan dan jaringan peribadi yang baik untuk memastikan
kesinambungan perniagaannya dapat diteruskan.

8.2 FAKTOR KRITIKAL MEMULAKAN PERNIAGAAN

Apabila memulakan usaha teroka baru, adalah penting bagi kita mengenal
pasti beberapa fasa utama penerokaan yang akan membantu kita dalam
membuat penilaian faktor-faktor kritikal sebelum memulakan perniagaan.
Fasa-fasa tersebut ialah

123
(i) Fasa pra-permulaan.
(ii) Fasa permulaan.
(iii) Fasa pos-permulaan.

Fasa pra-permulaan mendedahkan kita mengenai cara untuk menjana


idea sehinggalah kita menemui peluang-peluang baru dalam penerokaan,
sementara fasa permulaan bermula daripada aktiviti jual-beli, produk atau
perkhidmatan diterima oleh pelanggan dan seterusnya fasa ini akan
berakhir apabila perniagaan tidak menerima banyak ancaman dan mulai
stabil. Memandangkan fasa prapermulaan dan permulaan adalah fasa
yang paling kritikal, kita tidak akan membincangkan dengan lebih lanjut
fasa pos-permulaan yang telah melepasi fasa-fasa permulaan penerokaan.

Sebentar tadi, anda telahpun mendapat sedikit maklumat mengenai


maksud fasa pra-permulaan dan fasa permulaan. Jadi, apakah pula faktor-
faktor kritikal yang mempengaruhi kedua-dua fasa ini? Ada beberapa
faktor kritikal yang perlu diambil perhatian oleh seseorang usahawan
dalam fasa prapermulaan dan permulaan usaha teroka. Antara faktor-
faktor tersebut adalah keunikan perniagaan, saiz pelaburan, jangkaan
jualan dan keuntungan, kesediaan produk di dalam pasaran dan akhir
sekali kesediaan pelanggan untuk membeli produk tersebut. Mari kita
lihat satu persatu faktor-faktor ini dengan lebih terperinci.

SOALAN DALAM TEKS

1. Nyatakan fasa-fasa yang terlibat dalam usaha


teroka baru.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

8.2.1 Keunikan

Perniagaan yang unik adalah perniagaan yang mempunyai kelainan


daripada perniagaan lain. Perniagaan yang unik memerlukan inovasi
supaya perluasan segmentasi pasaran dapat dilakukan. Inovasi adalah
suatu alat pembezaan produk atau perkhidmatan yang utama kepada
usahawan. Keunikan sesebuah perniagaan dapat memberi kelebihan
bersaing kepada seseorang usahawan.

124
Jadi, apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang
usahawan untuk memastikan perniagaan mereka adalah
unik?

Mungkin salah satu daripada tekaan anda adalah betul. Seseorang


usahawan perlulah mengambil langkah-langkah berikut untuk
memastikan perniagaan mereka unik.

(i) Usahawan perlulah membentuk Rancangan Perniagaan yang baik


(ii) Mereka juga perlu komited terhadap perniagaan mereka.
(iii) Mereka perlu peka terhadap peluang-peluang yang ada di dalam
persekitaran.
(iv) Bakat dan kemahiran yang mereka ada perlu digunakan
sepenuhnya.
(v) Identiti perniagaan juga mestilah unik.
(vi) Faktor-faktor keuntungan, pemasaran dan jualan perlu diberi
perhatian serius.
(vii) Sumber kewangan juga mestilah mencukupi.
(viii) Usahawan juga perlu ada keyakinan diri.
(ix) Mereka perlu mementingkan kualiti.
(x) Perbelanjaan juga perlu sentiasa dipantau.
(xi) Usahawan perlu belajar daripada kesilapan.
(xii) Sentiasa bersedia untuk mencuba pasaran baru.

8.2.2 Saiz Pelaburan

Sebentar tadi anda telahpun dapat mengenal pasti langkah-langkah yang


boleh diambil untuk memulakan sebuah perniagaan yang unik.
Bagaimana pula dengan saiz pelaburan? Adakah ianya juga antara faktor
kritikal yang penting? Sudah semestinya, kerana berapa banyak modal
yang diperlukan untuk memulakan usaha teroka turut bergantung kapada
saiz dan jenis usaha teroka yang dipilih. Untuk itu, seseorang usahawan
perlu melihat sama ada jualan boleh mengatasi kos atau tidak, sama ada
beliau mempunyai simpanan kewangan untuk menjamin pelaburan awal,
jaringan kerja yang baik untuk mendapatkan peluang-peluang serta rekod
prestasi kewangan yang baik.

8.2.3 Jangkaan Pertumbuhan Jualan dan Keuntungan

Untuk pengetahuan anda, usaha teroka telah diklasifikasikan kepada tiga


bentuk, iaitu

125
(i) Usaha teroka gaya hidup.
(ii) Usaha teroka berkeuntungan kecil.
(iii) Usaha teroka pertumbuhan tinggi.

Usaha teroka gaya hidup tidak bergantung kepada usaha teroka lain,
bersifat autonomi dan mengawal, sementara usaha teroka berkeuntungan
kecil pula perlu mengambil kira hal-hal berkaitan kewangan. Ia juga
bersifat autonomi dan mengawal jualan supaya tidak terlalu tinggi
sehingga mengakibatkan pengaliran tunai yang tinggi. Usaha teroka
pertumbuhan tinggi pula melibatkan pertumbuhan jualan dan
keuntungan yang signifikan untuk menarik modal melalui pelaburan.
Seperti mana yang anda pelajari sebentar tadi, fasa permulaan
mempunyai margin keuntungan yang rendah. Walau bagaimanapun, ia
akan semakin bertambah baik dan dapat dijadikan panduan untuk
menjangka pertumbuhan masa hadapan perniagaan.

Jadi, apakah persoalan-persoalan yang perlu diberi


perhatian oleh seseorang usahawan dalam menguruskan
pertumbuhan jualan?

Pertama, usahawan perlu mengetahui apakah paten pertumbuhan jualan


dan keuntungan usaha teroka baru, melihat sama ada pertumbuhan yang
kecil dapat menghasilkan keuntungan yang tinggi atau tidak, melihat
adakah pertumbuhan jualan dan keuntungan meningkat atau menurun
bersama-sama dan adakah keuntungan awal akan terhad dengan
meningkatnya pertumbuhan keuntungan dari tahun ke tahun?

8.2.4 Kesediaan Produk

Anda telahpun melihat faktor-faktor kritikal berkaitan keunikan


perniagaan, saiz pelaburan dan jangkaan pertumbuhan jualan dan
keuntungan. Bagaimana pula dengan produk? Saya percaya kejayaan
produk bergantung kepada kesediaannya untuk berada dalam pasaran.
Produk perlu mempunyai persediaan yang rapi sebelum dipasarkan. Oleh
yang demikian seseorang usahawan perlu membuat pengujian sebelum
produk dipasarkan supaya tidak menimbulkan masalah di kemudian hari.
Produk yang diubahsuai juga perlu dibuat kajian dan pengujian yang teliti
supaya dapat memberi kepuasan kepada pengguna.

8.2.5 Kesediaan Pelanggan

Kalau tadi saya menerangkan berkaitan kesediaan produk, kali ini kita
akan lihat bagaimana kejayaan produk tersebut mempunyai kaitan
126
dengan kesediaan pelanggan untuk membeli pula. Adalah agak berisiko
bagi sesebuah perniagaan sekiranya ia tidak mempunyai sasaran pasaran
yang jelas. Jadi, usahawan perlulah membuat kajian pasaran untuk
memastikan siapakah bakal-bakal pelanggan mereka dan tabiat pembelian
mereka.

SOALAN DALAM TEKS

2. Apakah faktor-faktor kritikal yang perlu diambil


perhatian dalam fasa prapermulaan dan
permulaan usaha teroka?
3. Senaraikan enam langkah yang perlu diambil
untuk memberi keunikan kepada sesebuah
perniagaan.
4. Klasifikasikan tiga jenis usaha teroka yang terlibat
dalam faktor kritikal jangkaan pertumbuhan
jualan dan keuntungan.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

8.3 CABARAN MEMULAKAN PERNIAGAAN

Setiap usahawan yang ingin berjaya tentulah terpaksa menghadapi


cabaran-cabaran dalam perniagaan mereka. Menurut Arnord C. Cooper
(1993), antara cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh para usahawan
adalah risiko pengeluaran produk atau perkhidmatan baru, pasaran yang
agak sempit dan juga sumber yang terhad. Selain itu, beliau turut
mengatakan bahawa usahawan perlu menghadapi cabaran untuk
mencapai matlamat peribadi mereka, melepasi proses-proses pencarian
usaha teroka dan memilih jenis-jenis usaha teroka yang sesuai. Untuk
memastikan anda lebih memahami apakah yang dimaksudkan dengan
cabaran-cabaran tersebut, cuba lihat Rajah 8.1 sebagai ringkasan kepada
pernyataan di atas.

Apakah yang dapat anda simpulkan daripada Rajah 8.1?

127
Rajah 8.1
Elemen-Elemen yang Mempengaruhi Prestasi Usaha Teroka Baru

Persekitaran

Ciri-ciri usahawan Proses pencarian Ciri-ciri awal firma Prestasi

Sumber: Arnold C. Cooper. (1993).

BENAR, rajah ini menunjukkan bahawa ciri-ciri seorang usahawan,


proses pencarian, serta ciri-ciri awal firma memberi kesan terhadap
prestasi seseorang usahawan. Elemen-elemen itu turut bergantung
kepada kejayaan usahawan untuk melepasi cabaran-cabaran yang telah
disebutkan sebelum ini.

8.4 ASPEK PERUNDANGAN DALAM MEMULAKAN


PERNIAGAAN

8.4.1 Bentuk dan Tatacara Perniagaan di Malaysia

Setelah anda memahami faktor-faktor kritikal yang perlu diberi perhatian


sebelum memulakan perniagaan serta cabaran-cabaran yang harus
dihadapi oleh seseorang usahawan dalam menjalankan perniagaan
mereka, anda juga perlu tahu aspek-aspek berkaitan perundangan
sebelum memulakan perniagaan di Malaysia.

Sekarang, mari kita lihat apakah faktor-faktor utama yang menentukan


pemilihan bentuk perniagaan di Malaysia. Pertama, seseorang usahawan
perlu tahu jenis perniagaan yang telah dirancangkan dan saiz perniagaan
tersebut. Usahawan juga perlu mengenal pasti modal yang diperlukan.
Selain itu, usahawan perlu ada perancangan jangka panjang perniagaan
serta jenis dan kadar cukai, serta syarat-syarat perundangan yang perlu
diikuti.

8.4.2 Bentuk Perniagaan di Malaysia

Biasanya, kita dapat perhatikan ada banyak bentuk perniagaan di Malaysia


dan ianya dapat dibezakan dengan melihat nama bagi setiap perniagaan.
Apakah sebenarnya bentuk-bentuk perniagaan yang ada di Malaysia?
Secara lazimnya, terdapat lima bentuk perniagaan yang telah dikelaskan di
Malaysia iaitu

128
(a) Perniagaan milikan tunggal

Perniagaan jenis ini dimiliki oleh seorang pemilik sahaja dan selalunya
dinamakan dengan nama pemilik itu sendiri. Ia adalah entiti milik tunggal
di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Seperti mana yang anda
biasa lihat, kebanyakan perniagaan-perniagaan di luar bandar di Malaysia
adalah berbentuk milikan tunggal.

Liabiliti pemilik adalah tidak terhad di mana kerugian perniagaan boleh


melibatkan ke semua harta benda pemilik. Manakala keuntungan juga
akan diperolehi oleh pemilik seorang. Pendaftaran perniagaan hendaklah
dilakukan di pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Bayaran
pendaftaran yang dikenakan ialah sebanyak RM25.00 sekiranya pemilik
menggunakan namanya sendiri, manakala RM50.00 dikenakan kepada
perniagaan yang menggunakan nama rekaan yang lain.

Kebaikan perniagaan jenis ini ialah

(i) Mudah diuruskan.


(ii) Mudah untuk dibubarkan.
(iii) Kebebasan bertindak.
(iv) Keuntungan hak milik seorang.
(v) Tidak tertakluk kepada perundangan kerajaan.

Manakala keburukan perniagaan jenis ini ialah

(i) Masalah mendapatkan modal.


(ii) Tanggungan tidak terhad.
(iii) Kesinambungan perniagaan yang terhad.

(b) Perniagaan perkongsian

Sebentar tadi, kita telahpun mempelajari tatacara penubuhan perniagaan


milik tunggal. Sekarang, mari kita lihat bagaimanakah pula tatacara
penubuhan perniagaan perkongsian. Perniagaan Perkongsian terletak di
bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan mesti dianggotai oleh
sekurang-kurangnya dua orang tetapi mestilah tidak melebihi 20 orang.

Liabiliti ahli perkongsian adalah tidak terhad. Semua ahli yang terlibat
dalam perkongsian akan bertanggungjawab ke atas tanggungan
perniagaan termasuk hutang piutang perniagaan. Perniagaan perkongsian
juga harus didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia di bawah
pendaftar perniagaan.

129
Kebaikan perniagaan perkongsian:

(i) Mudah mendapat kredit.


(ii) Dapat membahagikan tanggungjawab.
(iii) Kepelbagaian idea dan kemahiran.

Keburukan perniagaan perkongsian:

(i) Liabiliti tidak terhad.


(ii) Keuntungan yang terpaksa dibahagikan.
(iii) Kesinambungan perniagaan yang tidak boleh diharapkan.

(c) Syarikat sendirian berhad

Syarikat Sendirian Berhad yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965


memerlukan sekurang-kurangkan dua orang ahli dan tidak melebihi 50
orang ahli dalam satu-satu masa. Pemegang saham tidak mempunyai
kuasa ke atas urusan harian syarikat dan hanya boleh bersuara dalam
mesyuarat agung sahaja.

Liabiliti ahli hanya terhad kepada jumlah saham yang dibeli. Tidak seperti
jenis perniagaan yang sebelumnya, pendaftaran syarikat perlu melalui
Pendaftar Syarikat di pejabat SSM. Syarikat Sendirian Berhad tidak
dibenarkan mengiklan sahamnya untuk dibeli oleh orang ramai.
Penjualan saham hanya boleh dibuat secara lisan kepada orang-orang
yang dikenali sahaja.

Kebaikan Syarikat Sendirian Berhad ialah

(i) Liabiliti yang terhad kepada jumlah sumbangan modal.


(ii) Kesinambungan syarikat yang terjamin.
(iii) Mudah mendapat bantuan modal.
(iv) Pemegang-pemegang saham dilindungi tatacara perundangan.
(v) Potensi untuk berkembang.
(vi) Pemegang saham tidak terbeban dengan tugas-tugas pengurusan.

Keburukan Syarikat Sendirian Berhad ialah

(i) Syarikat terlalu tertakluk kepada Akta Syarikat.


(ii) Pelbagai jenis cukai terpaksa dibayar.
(iii) Saham syarikat tidak dapat dipasarkan secara terbuka.

130
(d) Syarikat umum berhad

Seperti mana Syarikat Sendirian Berhad yang anda lihat sebelum ini,
Syarikat Umum Berhad juga adalah di bawah takluk Akta Syarikat 1965
dan mempunyai ciri-ciri yang sama. Syarikat Umum Berhad secara
ringkasnya berasal daripada Syarikat Sendirian Berhad yang ingin
menambah bilangan ahlinya kepada lebih daripada 50 orang. Bilangan
ahli syarikat ini adalah tidak terhad tetapi mestilah mempunyai sekurang-
kurangnya tujuh orang ahli.

Berbeza dengan Syarikat Sendirian Berhad, Syarikat Umum Berhad boleh


mempelawa orang ramai membeli sahamnya. Sebelum itu, syarikat
mestilah menyiapkan prospektus yang diluluskan oleh pendaftar syarikat.
Seperti mana yang anda selalu lihat di akhbar-akhbar, prospektus yang
telah diluluskan ini akan disiarkan di akhbar-akhbar tempatan. Selain itu,
saham Syarikat Berhad juga boleh dijual beli di pasaran saham.

Kebaikan Syarikat Umum Berhad adalah seperti berikut:

(i) Saham syarikat boleh dijual beli di pasaran saham.


(ii) Syarikat juga boleh mempelawa orang ramai membeli saham.
(iii) Mendapat kemudahan pinjaman daripada institusi-institusi
kewangan.

Keburukan Syarikat Berhad pula ialah

(i) Bilangan ahli dan pemegang saham yang terlalu ramai.


(ii) Perhubungan yang tidak begitu rapat di kalangan pihak
pengurusan.
(iii) Rumit untuk diuruskan.
(iv) Terpaksa mengedarkan kunci kira-kira beraudit kepada Pendaftar
Syarikat bersama-sama laporan tahunan pada setiap tahun.
(v) Pelbagai jenis cukai yang terpaksa dibayar.

Untuk pengetahuan anda semua, ada satu jenis syarikat lagi yang ada di
Malaysia iaitu Syarikat Kerjasama Serbaguna Berhad. Tetapi, kita tidak
akan membincangkan syarikat ini dengan lebih lanjut kerana syarikat
jenis ini mempunyai bilangan yang tidak begitu banyak berbanding
dengan syarikat-syarikat lain yang telah dibincangkan sebelum ini. Anda
boleh membuat rujukan tambahan berkenaan Syarikat Kerjasama
Serbaguna Berhad ini di buku-buku rujukan lain yang ada di pasaran.

131
SOALAN DALAM TEKS

5. Apakah lima faktor utama yang menentukan


pemilihan struktur rasmi sesuatu perniagaan?
6. Senaraikan empat bentuk perniagaan yang
lazimnya ditubuhkan di Malaysia.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

8.5 SUMBER MODAL USAHAWAN

Setelah anda mengetahui jenis-jenis usaha teroka yang boleh diceburi,


anda tentulah ingin mengetahui bagaimanakah perniagaan-perniagaan
tersebut boleh mendapatkan bantuan modal. Mengikut senarai yang
disediakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan, terdapat lebih
daripada 50 sumber modal yang disediakan kepada para usahawan, tetapi
kita akan hanya menyentuh sepuluh daripadanya, iaitu sumber modal
yang sering diguna pakai oleh para usahawan. Mari kita lihat satu persatu
sumber-sumber modal tersebut.

(a) Skim pembiayaan Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Skim ini menyediakan kemudahan pembiayaan kepada usahawan-


usahawan Bumiputera yang terlibat di dalam perdagangan dan
perindustrian yang bersaiz kecil dan sederhana.

(b) Skim jaminan usahawan kecil

Skim ini menyediakan kemudahan kredit kepada usahawan-usahawan


kecil dari RM10,000 sehingga RM50,000. Skim ini diuruskan oleh Credit
Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC).

(c) Tabung usahawan siswazah

Tabung ini memberi peluang kepada para siswazah untuk mendapatkan


ilmu pengetahuan dan mengembangkan perniagaan mereka.

(d) Modal teroka berteknologi tinggi

Ia membantu usahawan bumiputera mengembangkan perniagaan mereka


di dalam perniagaan-perniagaan yang melibatkan teknologi tinggi.
132
(e) Skim galakan usaha sama

Ia membantu usahasama di antara bumiputera dengan bukan bumiputera


serta rakyat asing yang mendapat pembiayaan perniagaan.

(f) Skim bantuan pembangunan francais

Skim ini membantu usahawan francais mendapatkan pembiayaan


daripada institusi-institusi kewangan terpilih.

(g) Skim jaminan untuk perbankan tanpa faedah

Skim ini memberi jaminan pinjaman kepada sektor-sektor yang


melibatkan semua bank perdagangan dan syarikat kewangan yang
menyediakan kemudahan pembiayaan tanpa faedah di bawah konsep
perbankan Islam.

(h) Tabung perfileman

Ia bertujuan untuk mengangkat mutu industri penyiaran dan


memperkaya seni budaya negara.

(i) Tabung penerbitan

Ia menggalakkan perkembangan penerbitan dan pemasaran penerbitan


serta membantu usahawan-usahawan yang berbakat dalam bidang
penerbitan.

(j) Skim bantuan khas wanita

Ia bertujuan membantu membiayai perniagaan usahawan-usahawan


wanita. Skim ini telah dipakejkan khas dan disesuaikan dengan usahawan-
usahawan wanita.

Seperti mana yang dibincangkan, masih banyak lagi sumber pembiayaan


yang ada di Malaysia untuk membantu pembiayaan usahawan mengikut
jenis perniagaan mereka. Untuk mendapatkam maklumat yang lebih
lengkap anda bolehlah melayari www.kpun.gov.my.

133
SOALAN DALAM TEKS

7. Senaraikan lima sumber pembiayaan usahawan


dan terangkan setiap satu daripadanya secara
ringkas.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

8.6 JARINGAN KEUSAHAWANAN

8.6.1 Konsep Jaringan

Setiap usahawan memerlukan jaringan yang efektif untuk


mengembangkan dan mengukuhkan perniagaan mereka selaras dengan
perkembangan semasa. Jadi, setiap orang yang ditemui oleh usahawan
mempunyai potensi untuk menjadi sebahagian daripada jaringan
keusahawanan.

Mengikut Holt (1992), jaringan keusahawanan ialah suatu proses


mencipta pakatan dengan orang ramai dan organisasi yang melepasi terus
sempadan sesuatu perniagaan. Dengan kata lain, ianya adalah proses
membina hubungan dengan orang yang betul untuk menghasilkan
sesuatu yang berguna, dan perbezaan antara perniagaan yang berjaya dan
gagal bergantung kepada “knowing people in the right places”.

Pinson P. (1993) telah mendefinisikan jaringan sebagai pertukaran idea


dan maklumat yang dilakukan dalam kehidupan kita seharian di mana
kita cuba untuk memperolehi faedah-faedah tertentu daripadanya. Lebih
ramai usahawan berjumpa dengan orang ramai dan jaringannya, lebih
luas promosi perniagaannya dapat dilakukan, dapat mempelajari lebih
banyak persekitaran perniagaan dan seterusnya akan menjadikan
usahawan itu lebih berkeyakinan. Manakala Dubini dan Aldrich (1991)
telah menyatakan, jaringan usahawan ialah satu proses meluaskan ruang
kepercayaan di kalangan usahawan yang juga merupakan suatu proses
perundingan.

Usahawan perlu menjalinkan hubungan yang baik dan efektif dengan


pihak-pihak yang berkepentingan (stakeholders) seperti pekerjanya,
pembekal, pengedar, pelanggan, pihak bank, dan sebagainya dalam
proses untuk menambah dan mengukuhkan jaringan keusahawanannya.

134
Hubungan yang dimaksudkan mungkin terlibat secara langsung atau
tidak langsung serta tidak terhad kepada hubungan kekeluargaan atau
perniagaan sahaja.

8.6.2 Jenis-Jenis Jaringan Keusahawanan

Terdapat tiga jenis jaringan keusahawanan yang sangat penting iaitu


jaringan peribadi, jaringan perniagaan dan jaringan awam.

(a) Jaringan peribadi

Jaringan peribadi merujuk kepada jaringan yang tidak formal antara


usahawan dengan orang lain. Menurut Birley (1997), jaringan ini
melibatkan hubungan secara langsung antara usahawan dengan pihak
lain seperti ahli keluarga, rakan-rakan, pekerja-pekerja, ahli-ahli persatuan
sosial dan sebagainya. Hubungan ini mempunyai ikatan yang kukuh
antara satu sama lain dan tidak terhad kepada urusan perniagaan semata-
mata tetapi ia boleh melepasi had tersebut seperti pergaulan sosial
dengan masyarakat setempat dan hubungan sebagai ahli keluarga.
Jaringan ini sangat penting kepada seseorang usahawan kerana mereka
akan menjadi penyokong utama kepada usahawan itu sendiri selain
daripada menjadi pelanggan atau pengguna produk yang dikeluarkan oleh
usahawan itu.

(b) Jaringan perniagaan

Jaringan perniagaan merujuk kepada jaringan formal yang melibatkan


hubungan antara usahawan dengan pihak lain yang berlandaskan urusan
perniagaan. Ia juga melibatkan kepentingan tertentu antara kedua-dua
belah pihak di mana mereka akan cuba untuk memenuhi kepentingan
masing-masing. Beberapa orang pengkaji mendapati bahawa sebilangan
besar usahawan yang berjaya telah memperuntukkan lebih kurang 20
peratus daripada masanya untuk mewujudkan jaringan sosial dengan
pihak lain (Holt, 1992). Antara pihak yang terlibat dalam jaringan ini ialah
pengedar, pembekal, pelanggan, pelabur, peminjam, ahli-ahli lembaga
pengarah, ahli-ahli kelab atau persatuan, badan-badan profesional dan
lain-lain. Jaringan ini secara langsung atau tidak langsung akan
memudahkan urusan dan menguntungkan usahawan kerana ia akan
menyediakan lebih banyak peluang perniagaan, boleh bertukar-tukar
maklumat dan idea serta boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada
pihak yang mempunyai kepakaran tertentu.

135
(c) Jaringan awam

Jaringan awam melibatkan usahawan dengan sumber-sumber yang dapat


memberi maklumat dan ilmu pengetahuan kepada usahawan. Menurut
Salleh et al. (2000), sumber awam terdiri daripada majalah, surat khabar,
buku, televisyen, radio, video, internet dan lain-lain bahan yang dapat
digunakan untuk kepentingan perniagaan usahawan. Usahawan perlukan
sumber-sumber ini untuk mendapatkan pengetahuan dan maklumat
terkini yang mana ianya amat berguna untuk membuat perancangan,
merangka strategi dan melakukan kawalan terhadap perniagaannya.

SOALAN DALAM TEKS

8. Bincangkan jenis-jenis jaringan keusahawanan.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

8.6.3 Kepentingan Jaringan Keusahawanan

(a) Pencapaian maklumat

Menurut Blawatt (1998), kepentingan jaringan keusahawanan ialah


usahawan dapat bertukar-tukar maklumat perjanjian, komitmen dan
produk sesama usahawan atau pihak lain yang berkepentingan. Melalui
jaringan ini usahawan dapat memperolehi maklumat-maklumat yang
dikehendaki dengan mudah dan cepat. Usahawan boleh menghubungi
jaringan peribadinya atau perniagaannya seperti kenalan, pembekal,
pengedar, pelanggan dan lain-lain untuk bertanya atau mendapatkan
maklumat mengenai perniagaan, peluang-peluang perniagaan dan
sebagainya. Jaringan awam akan membantu memudahkan usahawan
memperolehi segala pengetahuan dan maklumat terkini mengenai
perkembangan ekonomi, politik, sosial dan teknologi yang akan
digunakan dalam proses membuat keputusan perniagaannya.

(b) Memudahkan urusan

Amalan birokrasi yang ketat yang diamalkan oleh sesetengah organisasi


kerajaan dan swasta akan melambatkan sesuatu proses yang penting.
Melalui jaringan yang baik antara usahawan dengan individu tertentu

136
dalam sesebuah organisasi akan dapat mengurangkan halangan birokrasi
tersebut terutamanya yang melibatkan polisi, prosedur dan peraturan
tertentu semasa berurusan dengan organisasi tersebut.

(c) Khidmat nasihat

Usahawan perlu menjalinkan hubungan dengan individu-individu yang


dikenali semasa menghadiri seminar, kursus, atau sebarang majlis
keilmuan. Kepentingan hubungan ini kepada usahawan ialah usahawan
boleh mendapatkan bantuan khidmat nasihat daripada seseorang yang
mahir atau pakar dalam bidang tertentu untuk menyelesaikan masalah
yang timbul dalam perniagaannya. Usahawan juga boleh mendapatkan
khidmat nasihat dan pendapat dari pihak-pihak yang berkebolehan tadi
untuk membantu memperkembangkan lagi perniagaannya.

(d) Meningkatkan imej diri

Melalui pergaulan dan hubungan yang baik dengan pihak-pihak yang


mempunyai status dan pangkat yang tinggi, personaliti yang menarik dan
lain-lain, secara tidak langsung akan meningkatkan imej dan kedudukan
usahawan tersebut. Mewujudkan hubungan yang erat dengan usahawan-
usahawan korporat yang telah berjaya akan membantu usahawan dikenali
oleh pelbagai pihak lain dan seterusnya menarik minat mereka untuk
berurusan dengan usahawan.

(e) Menjana idea-idea baru

Hasil perbincangan dan pertukaran pendapat sesama usahawan dan


dengan pihak-pihak tertentu akan dapat menjana atau menghasilkan idea-
idea dan inovasi baru yang boleh digunakan oleh usahawan untuk
memajukan perniagaannya. Pergaulan dengan pihak-pihak yang
mempunyai kepakaran tertentu dan usahawan-usahawan lain akan
membolehkan usahawan mengetahui teknik atau kaedah baru dan terkini
dalam penghasilan sesuatu produk atau menyelesaikan sesuatu masalah.
Lawatan ke lokasi perniagaan usahawan dan kenalan lain membolehkan
usahawan memerhatikan peluang-peluang yang mungkin wujud di
kawasan tersebut. Di samping itu, usahawan juga boleh mendapatkan
idea-idea dan pandangan yang kreatif dari jaringan peribadi dan
perniagaannya melalui pengetahuan dan maklumat serta pengalaman
yang mereka ada.

137
SOALAN DALAM TEKS

9. Huraikan kepentingan jaringan keusahawanan


kepada seseorang usahawan.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

8.6.4 Strategi Membangunkan Jaringan Kerja

Penting untuk usahawan membangun, mengukuh dan seterusnya


mengekalkan jaringan yang telah dibina atau dibentuk selama ini.

(a) Membangunkan jaringan

Menurut Kao dan Liang (2001), setiap usahawan hendaklah sentiasa


membina atau membangunkan hubungan yang baik dengan sesiapa
sahaja yang berurusan dengannya terutama yang melibatkan urusan
perniagaan. Usahawan perlulah menyenaraikan setiap ahli-ahli jaringan
mereka agar mudah untuk dihubungi apabila diperlukan. Bertukar-tukar
kad perniagaan ketika berjumpa di majlis-majlis tertentu merupakan
langkah pertama dalam membangunkan hubungan antara usahawan
dengan usahawan lain atau individu-individu yang mungkin dapat
membantu usahawan di masa depan. Di samping itu, usahawan juga
perlu menonjolkan diri mereka untuk mendapatkan lebih ramai kenalan
melalui kegiatan sosial dan kemasyarakatan, aktiviti-aktiviti persatuan
perniagaan dan seumpamanya.

(b) Mengukuhkan jaringan

Aziz (2003) menyatakan strategi ini bertujuan untuk mengukuh dan


mengeratkan lagi hubungan antara usahawan dengan pihak-pihak yang
pernah usahawan berurusan dan pihak-pihak yang bakal usahawan akan
berurusan di masa depan. Pada peringkat ini, usahawan perlulah merekod
dan menyimpan segala maklumat berkenaan dengan pihak-pihak yang
menjadi jaringan kepada usahawan. Antara maklumat yang penting ialah
nama, alamat, nombor telefon, pekerjaan dan apakah kepentingan
jaringan ini kepada usahawan. Ini akan memudahkan usahawan untuk
memilih siapa yang patut usahawan hubungi ketika hendak mendapatkan
maklumat atau menyelesaikan sesuatu masalah.

138
(c) Mengekalkan jaringan

Adalah penting untuk usahawan mengekalkan jaringan yang dibina atau


dibangunkan agar hubungan tersebut tidak berlaku sebarang masalah
atau terputus (Salleh et al. 2000). Usahawan hendaklah sentiasa menjaga
imej diri dan syarikat seperti pembayaran mengikut jadual kepada
pembekal, penghantaran produk yang cepat kepada pemborong dan
peruncit, urusan pembayaran balik pinjaman dengan pihak bank dibuat
dalam masa yang ditetapkan, mempunyai hubungan yang baik dengan
rakan kongsi serta para pekerja dan sentiasa berhubung dengan jaringan
lain walaupun tiada sebarang urusan penting. Penghantaran kad atau
bunga pada majlis-majlis tertentu atau hari-hari terpenting kepada
jaringan dapat mengerat dan mengukuhkan lagi hubungan antara
usahawan dengan jaringannya. Penggunakan teknologi terkini seperti
telefon, SMS dan e-mel untuk bertanya khabar adalah satu langkah yang
bijak kerana ia dapat menjimatkan masa dan kos.

SOALAN DALAM TEKS

10. Nyatakan strategi-strategi dalam membangun


dan menguruskan jaringan kerja keusahawanan.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

8.7 KESIMPULAN

Usaha teroka yang dibentuk daripada perancangan yang rapi akan dapat
mengekalkan kewujudannya. Oleh yang demikian, penilaian terhadap
faktor-faktor kritikal perlulah dilakukan dengan mengambil kira keunikan
perniagaan, saiz pelaburan, jangkaan pertumbuhan jualan dan
keuntungan, kesediaan produk dan kesediaan pelanggan.

Anda juga telah diberi penerangan mengenai empat jenis perniagaan yang
ada di Malaysia iaitu perniagaan milikan tunggal, perkongsian, syarikat
awam berhad dan syarikat umum berhad. Perniagaan-perniagaan yang
ada ini boleh mendapat bantuan modal dan pinjaman daripada beberapa
sumber modal yang bersesuaian.

Selain daripada itu, usahawan memerlukan jaringan yang berkesan untuk


mengukuhkan lagi perniagaannya. Antara tiga jenis jaringan yang boleh
dibentuk oleh usahawan adalah jaringan peribadi, jaringan perniagaan
139
dan jaringan awam. Antara tiga strategi yang boleh menjadikan jaringan-
jaringan ini lebih efektif adalah dengan membangunkan, mengekalkan
dan mengukuhkan lagi jaringan sedia ada.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Fasa permulaan usaha teroka bermula dengan pengenalan kepada


aktiviti jualan dan berakhir apabila
______________________________________________.
2. Ciri-ciri firma, proses pencarian dan
_________________________adalah antara elemen-elemen yang
boleh mempengaruhi prestasi usaha teroka baru.
3. Liabiliti Perniagaan Milikan Tunggal
adalah______________________dan melibatkan semua harta
benda pemilik di dalam masa kerugian.
4. Perniagaan Perkongsian boleh dianggotai oleh sekurang-kurangnya
________orang ahli.
5. Syarikat Umum Berhad boleh mempelawa orang ramai membeli
sahamnya dengan syarat syarikat tersebut
mempunyai___________________yang telah diluluskan oleh
Pendaftar Syarikat.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Usaha teroka baru melibatkan tiga fasa penting iaitu fasa pra-
permulaan, permulaan dan pos-permulaan.

2. Antara faktor-faktor-faktor kritikal yang perlu diambil perhatian


dalam fasa pra-permulaan dan permulaan adalah keunikan
perniagaan, saiz pelaburan, jangkaan jualan/keuntungan,
kesediaan produk dan kesediaan pelanggan.

3. Antara enam langkah yang perlu diambil untuk memberi


keunikan kepada sesebuah perniagaan ialah membentuk
rancangan perniagaan yang baik, memberi komitmen penuh
kepada perniagaan, mengambil peluang-peluang, menggunakan
140
bakat dan kemahiran yang ada, membentuk identiti yang unik
dan memberi perhatian kepada keuntungan, pasaran dan jualan.

4. Kebanyakan usaha teroka diklasifikasikan kepada usaha teroka


gaya hidup, usaha teroka berkeuntungan kecil dan usaha teroka
pertumbuhan tinggi.

5. Lima faktor utama yang menentukan pemilihan bentuk struktur


sesebuah perniagaan ialah jenis perniagaan, saiz perniagaan,
modal, rancangan jangka panjang perniagaan dan jenis serta kadar
cukai kerajaan, syarat-syarat dan perundangan.

6. Terdapat empat bentuk perniagaan yang lazimnya ada di Malaysia


iaitu Perniagaan Milikan Tunggal, Perniagaan Perkongsian,
Syarikat Berhad dan Syarikat Kerjasama Berhad.

7. Antara lima sumber pembiayaan usahawan ialah seperti berikut:

(a) Skim pembiayaan Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Skim ini menyediakan kemudahan pembiayaan kepada


usahawan-usahawan bumiputera yang terlibat di dalam
perdagangan dan perindustrian yang bersaiz kecil dan
sederhana.

(b) Skim jaminan usahawan kecil

Skim ini menyediakan kemudahan kredit kepada usahawan-


usahawan kecil dari RM10,000 sehingga RM50,000. Skim
ini diuruskan oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia
Berhad (CGC).

(c) Tabung usahawan siswazah

Tabung ini memberi peluang kepada para siswazah untuk


mendapatkan ilmu pengetahuan dan mengembangkan
perniagaan mereka.

(d) Modal teroka berteknologi tinggi

Ia membantu usahawan bumiputera mengembangkan


perniagaan mereka dalam perniagaan-perniagaan yang
melibatkan teknologi tinggi.

141
(e) Skim galakan usaha sama

Ia membantu usaha sama di antara bumiputera dengan


bukan bumiputera serta rakyat asing yang mendapat
pembiayaan perniagaan.

8. Terdapat tiga jenis jaringan keusahawanan yang sangat penting


kepada setiap usahawan iaitu

(i) Jaringan peribadi


(ii) Jaringan perniagaan
(iii) Jaringan awam

9. Kepentingan jaringan keusahawanan ialah

(i) Dapat memperolehi maklumat yang dikehendaki dengan


cepat.
(ii) Memudahkan urusan perniagaan.
(iii) Mudah mendapat khidmat nasihat daripada pihak yang
mempunyai kepakaran yang diperlukan.
(iv) Meningkatkan imej diri.
(v) Menjana idea-idea baru hasil perbincangan dan
pertukaran pendapat dengan pihak lain.

10. Strategi-strategi untuk membangun dan menguruskan jaringan


kerja keusahawanan adalah seperti berikut:

(i) Membangunkan jaringan.


(ii) Mengukuhkan jaringan.
(iii) Mengekalkan jaringan.

142
BAB 9

PENGENALAN KEPADA RANCANGAN


PERNIAGAAN

OBJEKTIF BAB

Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Memberi definisi Rancangan Perniagaan.
2. Menyenaraikan kepentingan Rancangan Perniagaan.
3. Menyatakan tujuan penyediaan Rancangan Perniagaan.
4. Memberikan contoh format Rancangan Perniagaan.
5. Menjelaskan kefahaman tentang bagaimana Rancangan
Perniagaan yang mantap dipersembahkan dan dinilai.

9.1 PENDAHULUAN

Rancangan Perniagaan merupakan dokumen penting untuk usahawan


baru yang ingin menceburi bidang perniagaan atau usahawan yang ingin
mendapatkan pembiayaan tambahan untuk mengembangkan perniagaan
mereka pada masa depan. Seorang arkitek memerlukan pelan atau bagi
membina sebuah rumah atau bangunan. Begitu juga pengusaha yang
ingin mendapatkan pembiayaan, perlu merangka pelan tindakan yang
boleh meyakinkan para pemiutang atau pelabur mengenai daya maju
perniagaan yang mereka akan/atau sedang jalankan.

Menurut artikel yang ditulis oleh Sahlman (1999) di dalam buku Harvard
Business Review on Entrepreneurship, beliau menyatakan kebanyakan
Rancangan Perniagaan menekankan nombor atau angka tetapi kurang
memberi penekanan kepada maklumat-maklumat penting bagi
menjayakan sebuah Rancangan Perniagaan. Beliau menyenaraikan empat
faktor kritikal yang penting bagi kejayaan sebuah usaha niaga baru iaitu

(i) Manusia atau pengusaha itu sendiri.


(ii) Peluang yang ada bagi perniagaan tersebut.
(iii) Konteks atau gambaran yang menyeluruh.
(iv) Kebarangkalian untuk menghadapi risiko dan pulangan apabila
menceburi bidang perniagaan tersebut.
143
Walaupun begitu, nombor atau angka bagi Rancangan Perniagaan adalah
juga penting untuk menjayakan sesuatu usaha niaga seperti yang
disarankan oleh Hodgetts dan Kuratko (1998), Hisrich dan Peters (2002),
dan Longenecker, Moore dan Petty (1994). Penyediaan Rancangan
Perniagaan melalui pendekatan konvensional melalui rancangan
berasaskan penggunaan angka seperti rancangan kewangan, pengeluaran,
pemasaran, jualan dan lain-lain boleh membantu usahawan untuk
meyakinkan kepada pelanggan, pembekal, pemodal atau pemiutang
tentang rancangan berdaya maju bagi jangka pendek ataupun jangka
panjang.

9.2 DEFINISI RANCANGAN PERNIAGAAN

Dalam bahagian pengenalan telah dinyatakan bahawa tugas bagi seorang


arkitek sebelum membina rumah atau bangunan pencakar langit seperti
bangunan tinggi berkembar Petronas ialah dengan merangka rancangan
atau pelan rumah atau bangunan tersebut. Begitulah juga bagi seorang
usahawan apabila membeli atau memulakan sesuatu perniagaan yang
sedia ada atau baru, perlu menyediakan Rancangan Perniagaan.
Usahawan tersebut akan memasukkan kesemua maklumat yang boleh
difahami oleh orang yang ingin mengetahui tentang usaha niaga tersebut.
Ia akan memaksa seorang usahawan untuk memikirkan secara sistematik
mengenai konsep perniagaan yang akan diceburi dan ini membantu
menambahkan pengalaman usahawan tersebut bagi menyediakan satu
dokumen yang komprehensif meliputi semua aspek yang perlu diketahui
oleh pembaca.

Rancangan Perniagaan boleh didefinisikan seperti berikut:

(i) Dokumen bertulis yang menyediakan aspek kritikal, andaian-


andaian dan jangkaan kewangan mengenai satu usaha niaga. Ia
juga merupakan dokumen asas bagi menarik minat dan bantuan
samaada di segi kewangan atau sebaliknya bagi satu konsep
perniagaan yang baru (Stevenson et al., 2000).
(ii) Dokumen bertulis yang dipersembahkan secara sistematik
menerangkan mengenai perniagaan atau projek yang hendak
dijalankan secara menyeluruh (MEDEC, 2000).
(iii) Dokumen bertulis yang disediakan oleh bakal usahawan dengan
mengambil kira semua faktor luaran dan dalaman yang terlibat
untuk membentuk satu usaha niaga baru yang berisiko (Hisrich
dan Peters, 2002).

Penyediaan Rancangan Perniagaan memerlukan masa yang lama, kajian


yang sistematik dan terperinci serta penglibatan yang menyeluruh. Oleh
itu, terdapat segolongan penulis yang berpendapat bahawa penyediaan

144
Rancangan Perniagaan mengambil masa yang lama dan bukan mudah
untuk disediakan lebih-lebih lagi keputusan diperlukan dengan segera
serta mengambil kira keadaan persekitaran yang sentiasa berubah. Walau
bagaimanapun, Rancangan Perniagaan diperlukan kerana jika seorang
usahawan tersilap langkah menjalankan perniagan tanpa Rancangan
Perniagaan, ia akan mengakibatkan perbelanjaan kos yang tinggi dan
mungkin menyebabkan kerugian yang besar kepada perniagaan tersebut.
Bak kata perpatah “sesal dahulu berpendapatan, sesal kemudian tidak
berguna”.

9.3 TUJUAN PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN

Seorang usahawan yang ingin menyediakan Rancangan Perniagaan


perlulah memahami tujuan sebenar Rancangan Perniagaan yang hendak
dipersembahkan. Tujuan atau matlamat usahawan itu menjalankan
perniagaan yang sedia ada atau baru akan menggariskan langkah-langkah
yang perlu diambil tindakan olehnya. Ini termasuklah bagi kepentingan
diri sendiri atau pihak tertentu yang berkepentingan “stakeholders”
untuk menilai perniagaan tersebut secara lebih objektif.

Tujuan menyediakan Rancangan Perniagaan adalah seperti berikut:

(i) Membantu usahawan supaya Rancangan Perniagaan mempunyai


matlamat, objektif dan polisi bagi memandu perniagaan
usahawan supaya dapat berkembang, menghadapi ranjau-ranjau
perjalanan ekonomi yang tidak menentu, menggunakan peluang-
peluang yang ada dan menghadapi risiko keadaan atau yang tidak
pasti.
(ii) Menjelaskan kepada pembekal komitmen usahawan itu
menjalankan perniagaan yang mantap. Ini untuk meyakinkan
pembekal bahawa kontrak yang ditandatangani oleh kedua-dua
pihak atau bekalan yang di kirimkan oleh pembekal sentiasa
dipenuhi oleh usahawan tersebut hasil daripada Rancangan
Perniagaan yang teliti.
(iii) Meyakinkan pelanggan bahawa usahawan sentiasa menjaga kualiti
barangan atau perkhidmatan agar pelanggan mempunyai
kepuasan terhadap barangan atau perkhidmatan tersebut. Ini
dapat dilihat menerusi misi dan objektif usahawan yang
digariskan dalam Rancangan Perniagaan.
(iv) Meyakinkan pemiutang dan pemodal mengenai potensi yang ada
dalam Rancangan Perniagaan. Potensi untuk membayar balik
hutang dan faedah kepada pemiutang dan memberikan
keuntungan modal serta dividen kepada pemodal melalui aliran
tunai, pajakan, sumbangan ekuiti yang boleh membantu
meningkatkan kekayaan kepada pemodal atau pemegang ekuiti.

145
SOALAN DALAM TEKS

1. Apakah tujuan usahawan menyediakan


Rancangan Perniagaan?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

9.4 KOMPONEN RANCANGAN PERNIAGAAN

Dalam merangka Rancangan Perniagaan, hendaklah difahami bahawa


Rancangan Perniagaan perlulah ringkas dan ditulis dengan jelas.
Komponen-komponen yang terdapat dalam Rancangan Perniagaan
hendaklah dihuraikan dengan lebih bersifat argumentif dengan bukti-
bukti yang nyata. Jika boleh dapatkan nasihat daripada rakan-rakan atau
individu-individu mengenai pengalaman mereka menyediakan Rancangan
Perniagaan dan mendapatkan modal. Di samping itu, berbicara dengan
para akauntan, pelabur yang disasarkan serta peguam yang menjadi
penasihat juga boleh memberi panduan kepada usahawan mengenai
penyediaan Rancangan Perniagaan yang mantap.

Rancangan Perniagaan boleh dibahagikan kepada beberapa komponen


iaitu

9.4.1 Ringkasan Eksekutif

Ringkasan Eksekutif iaitu maklumat yang ringkas dan jelas mengenai


kedudukan syarikat dan pengurusan, jenis perniagaan atau perkhidmatan
yang dijalankan dan kebaikan yang boleh diberikan kepada pengguna,
ciri-ciri pasaran dan pesaing-pesaing bagi produk atau perkhidmatan
tersebut, prospek kewangan secara ringkas dan jumlah wang yang
diperlukan dan bagaimana wang tersebut dibelanjakan.

9.4.2 Deskripsi Perniagaan

Deskripsi Perniagaan ialah bahagian mengenai latar belakang usahawan


dan sejarah usaha niaga atau syarikat, pernyataan misi dan objektif yang
ingin dicapai, serta penerangan mengenai produk, lokasi dan para pekerja
dalam organisasi. Dalam bahagian ini perlulah dihuraikan secara
terperinci latar belakang usahawan atau pemilik usaha niaga tersebut dan
jika perlu maklumat lanjut diletakkan di bahagian apendiks Rancangan
Perniagaan tersebut.

146
9.4.3 Analisis Pasaran

Analisis Pasaran mengkaji bagaimana produk atau perkhidmatan yang


ditawarkan boleh berkembang dengan pesat seiring dengan potensi atau
saiz pasaran yang besar bagi produk atau perkhidmatan tersebut. Di
samping itu, produk atau perkhidmatan yang ditawarkan perlu
mempunyai daya penarik (attractiveness) dalam industri supaya usahawan
dapat mengaut keuntungan yang tinggi. Contohnya ialah industri
perkhidmatan maklumat seperti Bloomberg Financial Markets dan First Call
Corporation yang menyediakan data-data kewangan kepada firma-firma
yang memerlukan perkhidmatan tersebut.

Komponen mengenai analisis industri perlu dijalankan terutamanya


dalam memilih industri yang besar dan/atau berkembang dan
mempunyai struktur yang menarik. Seterusnya langkah-langkah yang
dapat dilakukan oleh usahawan mengenai analisis industri ialah
menjelaskan bagaimana Rancangan Perniagaan dapat dilaksanakan dalam
keadaan tersebut dan jika tidak mempunyai ciri-ciri industri yang
dikehendaki usahawan perlu menyatakan bagaimana usaha niaga tersebut
dapat memberi keuntungan kepada pelabur atau pembekal yang ingin
menyertainya.

9.4.4 Rancangan Pengeluaran atau Operasi

Rancangan Pengeluaran atau Operasi ialah mengenai penyediaan


rancangan pengeluaran kilang atau operasi kilang di mana usahawan
perlu menentukan bagaimana produk itu dikeluarkan (product specification),
proses pengeluaran dilakarkan dalam bentuk carta aliran (flow chart),
kemudahan atau prasarana yang diperlukan seperti tapak bangunan,
penggunaan bahan mentah dengan kuantiti dan kosnya serta jadual dan
keupayaan pengeluaran tersebut. Senarai nama-nama mesin dan peralatan
tersebut, harganya dan pembekal yang berkenaan perlu dinyatakan bagi
projek baru atau projek yang hendak dibesarkan. Bagi projek yang sedia
ada hanya senarai mesin, peralatan, harga dan tahun yang dibeli perlu
dinyatakan. Susun atur ruang untuk kilang juga perlu disediakan dalam
bentuk lukisan rajah.

Jika penyediaan rancangan pengeluaran beroperasi perkhidmatan atau


servis, perlu dinyatakan cara perkhidmatan diberikan dan jika bidang
peruncitan atau pembekalan, proses pembekalan perlu dinyatakan.

9.4.5 Rancangan Organisasi

Rancangan Organisasi menerangkan mengenai latar belakang, matlamat


dan strategi organisasi serta pengurusan. Carta organisasi yang sesuai

147
disediakan berdasarkan kepada matlamat dan strategi organisasi. Pekerja
yang ada, dan yang diperlukan ialah seperti nama, jawatan, kelayakan
minima, kemahiran/pengalaman yang perlu ada bagi pekerja serta
huraian tugas bagi setiap pekerja. Gaji/upah dan insentif pekerja perlu
juga dinyatakan dalam bentuk kenaikan gaji, bonus, perubatan percuma,
cuti sakit, KWSP/SOCSO dan sebagainya.

9.4.6 Rancangan Pemasaran

Rancangan Pemasaran menjelaskan mengenai strategi produk atau


perkhidmatan, peletakan harga, pengedaran serta promosi. Di bahagian
ini perlu dinyatakan bagaimana cara produk tersebut dijual atau
perkhidmatan ditawarkan secara borong, harga runcit, harga jualan terus,
dan sebagainya. Nyatakan juga bagaimana pelanggan sasaran pengusaha
dikenal pasti dan bagaimana kesedaran boleh dibangunkan melalui
pengiklanan, promosi, atau mel terus. Rancangan Pemasaran ini juga
perlu memberi maklumat lanjut mengenai saluran pengedaran yang akan
digunakan, dan bagaimana produk itu akan dijual samaada melalui
kakitangan jualan terus, mel terus dan sebagainya. Bahagian ini juga akan
merujuk bagaimana pengusaha memperkenalkan produknya di pasaran.
Ini termasuklah perhubungan awam, promosi khas, iklan dan sebagainya.

Di samping itu, analisis mengenai arah aliran pasaran sekarang dan yang
akan datang juga dinyatakan. Pelabur serta “stakeholders” ingin keyakinan
daripada pengusaha bahawa pengusaha telah mengkaji pasaran,
memahami keadaan pasaran dan ingin memenuhi kehendak pasaran.
Dalam Rancangan Pemasaran perlu digariskan beberapa perkara seperti
berikut:

(i) Saiz, kadar pertumbuhan, dan ciri-ciri pembelian oleh sasaran


pasaran. Pelabur akan berminat serta ingin diberi keyakinan oleh
pengusaha bahawa pengusaha telahpun memahami segmen atau
bahagian pasaran, proses pembelian dan bagaimana keputusan
pembelian itu dibuat.
(ii) Perspektif pengusaha terhadap pasaran. Adakah pengusaha telah
membawa sesuatu yang baru kepada pasaran? Apakah arah aliran
bagi pasaran yang dilihat oleh pengusaha serta perubahan yang
bakal pengusaha jangkakan pada masa depan?
(iii) Reaksi yang dijangkakan oleh pengusaha terhadap pasaran.
Apakah halangan-halangan yang bakal diterima oleh pengusaha
jika memperkenalkan produk atau perkhidmatan tersebut?
Bagaimanakah cara untuk mengatasi halangan-halangan tersebut?
Apakah ciri-ciri dan kebaikan-kebaikan produk atau
perkhidmatan yang boleh dijangkakan oleh pengusaha sebagai
diminati oleh pelanggan.

148
9.4.7 Rancangan Kewangan

Rancangan Kewangan meliputi penyediaan anggaran kewangan dalam


bentuk nilaian ringgit bagi tempoh tiga hingga lima tahun. Maklumat-
maklumat yang dikehendaki dalam Rancangan Kewangan termasuklah
penyata pendapatan, kunci kira-kira, unjuran penyata aliran tunai dan
analisis atau carta pulang modal. Penyediaan anggaran kewangan dalam
tempoh tersebut perlulah menyeluruh dan menggariskan secara ringkas
dimensi utama prestasi kewangan usaha niaga tersebut daripada segi
jualan, pendapatan dan lebihan (kurangan).

Di samping itu, kos perlaksanaan usaha niaga (misalnya tapak, bangunan,


mesin, alat kelengkapan, sewa, perbelanjaan awal seperti pendawaian,
ubahsuai, deposit untuk air, api dan telefon, modal kerja) perlu
dinyatakan dan sumber pembiayaan projek (modal sendiri, bantuan
daripada rakan-rakan dan keluarga dan punca-punca lain) didapati bagi
membiayai pelaksanaan usaha niaga tersebut.

Pelabur juga berminat untuk melihat potensi usaha niaga berdasarkan


kepada analisis nisbah. Usahawan perlu juga membuat analisis nisbah
berdasarkan kepada aspek keberuntungan, kecairan, hutang dan aktiviti.

9.4.8 Penilaian Risiko dan Pulangan

Penilaian risiko dan pulangan penting dari segi menetapkan strategi


usahawan ke arah mengenal pasti risiko bagi mencapai matlamat dan
objektif Rancangan Perniagaan. Rancangan Perniagaan ialah seperti
lakaran peta bagi seorang pengembara (usahawan) untuk mengetahui
arah mana yang ingin dituju dan mengurangkan risiko perjalanan jika
adanya panduan. Mitos mengenai usahawan sebagai penggemar risiko
adalah salah dan usahawan yang tulen ingin memindahkan semua risiko
yang di alaminya kepada orang lain. Walau bagaimanapun, risiko tidak
boleh dielakkan dan mengenal pasti risiko yang akan dialami oleh
usahawan adalah penting. Penilaian risiko oleh usahawan boleh dilakukan
dengan langkah-langkah berikut:

(i) Usahawan perlu mengenal pasti potensi risiko yang akan ia


dialaminya dalam perniagaan.
(ii) Perbincangan mengenai hal-hal yang mungkin berlaku sekiranya
risiko menjadi kenyataan.
(iii) Strategi bagi menghalang, meminimun atau bertindak balas perlu
dibincangkan.

149
SOALAN DALAM TEKS

2. Kenapakah komponen analisis pasaran perlu


disediakan oleh usahawan?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

9.5 FORMAT RANCANGAN PERNIAGAAN

Secara asas perkara yang perlu dimasukkan dalam Rancangan Perniagaan


ialah bahagian-bahagian berikut:

(a) Muka surat tajuk

(b) Muka surat isi kandungan

(c) Ringkasan eksekutif perniagaan

Ringkasan eksekutif ini mungkin merupakan bahagian yang paling


penting sekali dalam Rancangan Perniagaan kerana di sinilah
membolehkan usaha menarik minat pembaca. Dengan menumpukan
kepada perkara-perkara utama, pembaca akan dapat membuat keputusan
awal sama ada usaha niaga itu berpotensi ataupun tidak. Seperti yang
disebutkan dalam komponen ringkasan eksekutif sebelum ini, usahawan
mestilah menerangkan dalam beberapa perenggan apakah usaha niaga
yang dijalankan oleh usahawan dan mengapa ia akan berjaya. Apakah
yang boleh ditawarkan kepada pengguna bagi produk/perkhidmatan
tersebut?

Jadi tujuan ringkasan ini ialah untuk memikat pembaca supaya membaca
keseluruhan kertas Rancangan Perniagaan, memanggil usahawan untuk di
temu duga, dan seterusnya menyokong atau meluluskan permohonan
usaha niaga tersebut. Contoh format ringkasan adalah seperti berikut:

(i) Jenis perniagaan.


(ii) Keluaran/perkhidmatan.
(iii) Pasaran.
(iv) Persaingan.
(v) Pengurusan.
(vi) Modal yang diperlukan.
(vii) Kegunaan modal.
150
(viii) Cagaran.
(ix) Unjuran kewangan.

(d) Badan utama rancangan perniagaan

Bahagian ini merupakan bahagian yang paling panjang sekali dalam kertas
Rancangan Perniagaan kerana di sini terdapat semua maklumat terperinci
tentang usaha niaga. Secara khususnya, bahagian ini menjawab soalan-
soalan berikut:

(i) Apa?
(ii) Siapa?
(iii) Di mana?
(iv) Kenapa?
(v) Bagaimana?

Rangka badan kertas kerja Rancangan Perniagaan adalah seperti berikut:

1. Pendahuluan

Bahagian ini menghuraikan secara ringkas bidang usaha niaga yang


sedang atau akan diceburi terutamanya dari segi kedudukan semasa,
potensinya untuk berkembang dan juga sebab-sebab kenapa usaha niaga
tersebut dipilih.

2. Tujuan

Nyatakan tujuan menyediakan kertas kerja Rancangan Perniagaan.


Contoh, seperti tujuan/kegunaan kertas kerja ini disediakan ialah untuk
panduan bagi perancangan usaha niaga baru, untuk
mendapatkan/meyakinkan ahli kongsi, membesar/memodenkan usaha
niaga yang sedia ada dan mendapat bantuan pembiayaan/pinjaman.

3. Latar belakang usahawan

Nyatakan nama, alamat, nombor kad pengenalan, umur, tarikh lahir, taraf
perkahwinan, tanggungan, kelulusan dan pengalaman, pekerjaan sekarang
dan perniagaan-perniagaan lain yang dimiliki.

4. Latar belakang projek/perniagaan

Nyatakan nama projek/perniagaan, alamat projek/perniagaan, jenis


projek/perniagaan, taraf/bentuk projek/perniagaan (lampirkan dokumen
yang berkenaan seperti Surat Perjanjian Perkongsian dan keterangan peribadi tiap-
tiap seorang), Undang Tubuh Syarikat Sendirian Berhad (dengan
keterangan peribadi Ahli Lembaga Pengarah), lesen perniagaan/tarikh
151
daftar (jika perniagaan sudah didaftarkan) jika belum didaftarkan,
langkah-langkah yang telah diambil untuk mendaftar perniagaan (untuk
Syarikat Sendirian Berhad, borang seperti “Memorandum” dan “Article of
Association”, dan sebagainya) modal permulaan (jika syarikat sendirian
berhad, berikan pecahan modal, nombor akaun bank/nama bank).

5. Maklumat tapak dan bangunan tapak

Nyatakan nombor lot, luas, mukim/daerah, tuan punya (kalau kepunyaan


orang) surat perjanjian sewa/persetujuan hendaklah dilampirkan,
kedudukan fizikal (keterangan dan lampiran/rajah), bangunan(jenis
bangunan, luas lantai) kalau sewa (lampirkan surat perjanjian sewa) kalau
hendak dibuat baru (lampirkan pelan cadangan bangunan tersebut,
kelulusan pihak yang berkuasa, anggaran kos, kemudahan asas seperti
jalan raya, elektrik, air dan lain-lain, mesin dan peralatan yang sedia ada
(projek yang sedia ada) senarai mesin dan peralatan tersebut, nyatakan
harganya dan tahun yang dibeli, mesin dan peralatan yang diperlukan
(bagi projek yang hendak dibesarkan atau projek baru) senarai nama-
nama mesin dan peralatan tersebut dengan harganya sekali dan
pembekal-pembekal yang berkenaan (lampirkan sebut harga yang
berkenaan).

6. Kos projek (pelaburan)

Tentukan kos projek keseluruhan(baru/tambahan, pembiayaan dan


sumbangan) harta tetap, modal pusingan dan lain-lain.

7. Pengeluaran/peruncitan

Tentukan keluaran (product specification) dan gambaran mutu serta jenis


perkhidmatan, proses pengeluaran (carta aliran, bahan mentah yang
digunakan, kuantiti dan kos, jadual dan keupayaan pengeluaran). Jika
bidang peruncitan atau pembekalan, nyatakan proses pembekalan dan
jika perkhidmatan, nyatakan juga cara perkhidmatan diberikan.

8. Pengurusan

Lakarkan carta organisasi, pekerja dan kakitangan. Nyatakan nama, tugas


dan kelayakan.

9. Pemasaran

Tentukan lokasi perniagaan, pelanggan dan pengguna, persaingan, cara


edaran, strategi dan galakan jualan, anggaran barangan untuk dipasarkan
(kuantiti dan jumlah harga).

152
10. Kewangan

Sediakan anggaran hasil/jualan/upahan yang diperolehi dalam tempoh


enam hingga 12 bulan pertama, anggaran untung/rugi bagi satu hingga
tiga tahun, anggaran aliran tunai bagi satu hingga tiga tahun, nisbah
kewangan yang tertentu (pulangan atas jualan, pulangan atas pelaburan
dan lain-lain). Bagi projek yang sedang berjalan, kenyataan Kewangan
Audit hendaklah dilampirkan juga, butir pinjaman (jumlah pinjaman,
kadar faedah/pembiayaan setahun, tempoh bayaran dan cara bayaran
balik, cagaran/jaminan) tarikh (keterangan butir-butir berkenaan harta
tersebut dan di sertakan dokumen yang berkenaan), perkara mengenai
cagaran/jaminan adalah mustahak dimasukkan jika laporan ini
dimaksudkan untuk mendapat pinjaman/pembiayaan, kiranya tidak bagi
tujuan tersebut butir-butir ini tidak perlu.

11. Penutup dan justifikasi

Keterangan/kenyataan/rumusan yang meyakinkan bahawa projek ini


mempunyai potensi kejayaan yang baik atau berdaya maju (viable) yang
mana ianya boleh diwujudkan ataupun patut diperbesarkan.

12. Lampiran

Bahagian ini ialah bahagian terakhir kertas Rancangan Peniagaan. Ia


bertujuan untuk memberikan maklumat tambahan yang menyokong
kertas kerja. Walaupun demikian, pembaca tertentu akan menganggap
terlalu terperinci atau tidak penting dan mungkin tidak dibaca secara
mendalam.

9.6 PERSEMBAHAN DAN PENILAIAN RANCANGAN


PERNIAGAAN YANG MANTAP

Menyedia dan mempersembahkan Rancangan Perniagaan bukanlah satu


perkara yang mudah. Ia memerlukan penelitian yang terperinci serta
menyeluruh dan ada usahawan yang mendapatkan khidmat syarikat
perunding untuk menyediakan kertas kerja Rancangan Perniagaan.
Walaupun demikian, seorang usahawan itu perlu tahu menyediakan
Rancangan Perniagaan dan usaha yang ditumpukan kepada penyediaan
Rancangan Perniagaan akan membuahkan hasil dan besar kemungkinan
kelak usaha niaga tersebut akan berjaya.

Penilaian Rancangan Perniagaan banyak bergantung kepada latar


belakang usahawan itu, bentuk dan ciri-ciri usaha niaga dan industri yang
menarik, kelebihan yang ada pada usaha niaga, bentuk tawaran yang
dicadangkan, kebolehan kakitangan yang memegang teraju usaha niaga

153
tersebut dan akhir sekali memberi keuntungan/pulangan kepada
“stakeholders” dengan mengkaji penyata kewangan usaha niaga tersebut.

9.7 KESIMPULAN

Perbincangan di atas penting untuk usahawan menyediakan Rancangan


Perniagaan sebagai titik permulaan untuk menjalankan perniagaan yang
sedia ada atau baru. Rancangan Perniagaan memastikan usahawan
memikirkan secara sistematik mengenai konsep perniagaan yang akan
diceburi dan ini melatih usahawan itu supaya jangan tersilap langkah
menjalankan perniagaan tanpa Rancangan Perniagaan.

Seseorang usahawan itu perlulah memahami tujuan sebenar Rancangan


Perniagaan yang hendak dipersembahkan agar kepentingan diri sendiri
atau pihak tertentu yang berkepentingan “stakeholders”, dijaga dan dinilai
secara lebih objektif.

Akhir sekali persembahan dan penilaian Rancangan Perniagaan banyak


bergantung kepada latar belakang usahawan, bentuk dan ciri-ciri usaha
niaga dan industri yang menarik, kelebihan yang ada pada usaha niaga,
bentuk tawaran yang dicadangkan, kebolehan kakitangan yang
memegang teraju usaha niaga tersebut dan keuntungan/pulangan kepada
“stakeholders”.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Mengapakah usahawan perlu menyediakan Rancangan


Perniagaan sebelum menjalankan perniagaan?
2. Bincangkan tujuan rancangan pemasaran kepada usahawan.
3. Huraikan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh usahawan
terhadap penilaian risiko.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Tujuan menyediakan Rancangan Perniagaan ialah membantu


usahawan itu sendiri dalam mencapai matlamat, objektif dan
polisi yang telah dirancangkan supaya perniagaan itu
berkembang, menghadapi keadaan ekonomi yang tidak menentu,
menggunakan peluang yang ada serta menghadapi keadaan risiko
154
atau yang tidak pasti. Penyediaan Rancangan Perniagaan juga
bertujuan untuk meyakinkan pembekal, pelanggan serta
pemiutang dan pemodal bahawa perniagaan tersebut mempunyai
potensi untuk maju.

2. Komponen analisis pasaran perlu disediakan oleh usahawan


untuk menilai potensi produk atau perkhidmatan yang
ditawarkan boleh berkembang dengan pesat dengan mengambil
kira saiz pasaran yang besar bagi produk atau perkhidmatan
tersebut. Di samping itu, produk atau perkhidmatan mestilah
mempunyai daya penarik (attractiveness) dalam industri yang
berkaitan supaya usahawan dapat mengaut keuntungan yang
tinggi.

155
BAB 10

TEKNOUSAHAWAN

OBJEKTIF BAB

Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Menjelaskan konsep teknousahawan.
2. Mengenal pasti jenis-jenis teknousahawan terutamanya daripada
perspektif negara Malaysia.
3. Menyenaraikan kepentingan teknousahawan kepada negara.
4. Mengenal pasti cabaran serta halangan dalam melahirkan lebih
ramai teknousahawan di Malaysia.

10.1 PENDAHULUAN

Dalam era ekonomi berasaskan pengetahuan, Malaysia memerlukan


kumpulan teknousahawan berinovatif yang menguasai ilmu, keupayaan
teknologi tinggi dan mahir dalam bidang keusahawanan. Ini penting bagi
membantu meningkatkan tahap daya saing negara ke arah usaha
menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020. Namun
begitu masih ramai lagi yang belum memahami sepenuhnya kepentingan
melahirkan lebih ramai usahawan yang berteraskan kepada penggunaan
teknologi tinggi dalam perniagaan mereka. Bagi melahirkan
teknousahawan yang berjaya dan berinovatif dalam industri-industri
strategik pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan melalui
Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan pihak swasta.

10.2 KONSEP TEKNOUSAHAWAN

Teknousahawan mempunyai pengertian yang amat luas dan meliputi


pelbagai bidang dalam keusahawanan. Sebenarnya konsep
teknousahawan masih lagi baru kepada kita. Hingga kini, tidak ada satu
pun definisi yang tepat yang dapat menjelaskan secara terperinci maksud
teknousahawan. Walaupun demikian, terdapat pelbagai konsep dari
pelbagai skop cuba diutarakan oleh pelbagai pihak mengikut kepentingan
dan perspektif masing-masing.

Menurut Datuk Ir. Ahmad Zaidee Laiden, Pengerusi SIRIM Berhad,


teknousahawan ialah usahawan-usahawan yang mempunyai kemahiran

157
dan kemampuan menguasai teknologi tinggi dan canggih dalam
melaksanakan dan mengembangkan perniagaan mereka. Kementerian
Pembangunan Keusahawanan pula menyatakan teknousahawan terdiri
dari usahawan yang mengaplikasikan sains dan teknologi yang bertujuan
untuk bersaing dalam sesuatu industri. Kelebihan teknologi ini akan
digunakan untuk mencapai objektif syarikat dan dilaksanakan secara
sistematik. Manakala Teague (2000), mendefinisikan teknousahawan
sebagai orang yang cuba menggunakan teknologi terbaru yang
diperkenalkan oleh pihak lain dan disesuaikan dengan keupayaannya
untuk menukar perniagaan dan industri yang diceburinya. Jadi, usahawan
tersebut akan menghasilkan sesuatu yang baru dengan menggunakan
kelebihan teknologi tersebut. Teknologi yang dimaksudkan ialah satu
teknik bagi mewujudkan kreativiti dan inovasi yang dapat meningkatkan
keupayaan sesuatu perkara (Roberta dan Bernard, 2003).

Berdasarkan definisi-definisi di atas dapatlah disimpulkan bahawa


teknousahawan ialah usahawan-usahawan yang menggunakan kelebihan
dari teknologi tinggi hari ini dalam proses mengeluarkan produk dan
perkhidmatan. Penggunaan sesuatu teknologi tersebut mungkin berlaku
pada proses input, penukaran (tranformasi) atau output. Tujuan
penggunaan sesuatu teknologi adalah untuk meningkatkan kualiti,
kuantiti dan mempercepatkan proses pengeluaran sesuatu produk atau
perkhidmatan melalui satu inovasi baru dalam proses tersebut.

SOALAN DALAM TEKS

1. Terangkan tentang konsep teknousahawan.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

10.3 JENIS-JENIS TEKNOUSAHAWAN

Terdapat pelbagai bidang teknousahawan yang boleh diceburi oleh


usahawan-usahawan tempatan, yang sesuai dengan keupayaan dan
kemampuan mereka. Antara jenis-jenis teknologi tinggi yang sedang
berkembang pesat di Malaysia dan dapat dimanfaatkan oleh usahawan
tempatan ialah seperti dalam bidang bioteknologi, agroteknologi,
teknologi maklumat dan komunikasi, dan automotif.

158
10.3.1 Bioteknologi

Menurut Dr. Md Ishak (2002), bioteknologi adalah kaedah atau teknologi


moden berasaskan biologi pada peringkat molekul untuk menghasilkan
produk baru. Menurut kamus “The Oxford”, bioteknologi boleh
ditakrifkan sebagai “branch of technology concerned with the forms of industrial
production that use micro-organisms and their biological processes, it is catalytic
technology and not an industrial sector”. Secara ringkasnya bioteknologi ialah
satu aplikasi ilmu berhubung dengan organisma hidup dan bahagian-
bahagiannya untuk menyediakan produk baru dan menjana proses
industri baru.

Apabila disebut sahaja perkataan bioteknologi, kita akan membayangkan


proses pengubahsuaian gen asal atau juga dikenali sebagai kejuruteraan
genetik. Proses saintifik ini seterusnya akan menghasilkan baka haiwan
atau tumbuhan yang tahan penyakit dan mengeluarkan hasil dalam
kuantiti yang lebih tinggi untuk tempoh masa yang singkat berbanding
baka induk asal. Melalui pendekatan bioteknologi, sesuatu genetik boleh
dipindahkan daripada organisma mikro, haiwan atau tumbuhan asal
kepada hidupan lain. Ia bertujuan untuk menghasilkan hidupan baru yang
mempunyai ciri-ciri yang telah dikenal pasti mempunyai manfaat kepada
manusia seterusnya ia dapat dikomersialkan oleh usahawan-usahawan
tempatan.

Di Malaysia, bidang bioteknologi banyak digunakan dalam bidang


pertanian yang menumpukan kepada peningkatan mutu tumbuhan dan
haiwan ternakan. Antara kejayaan negara dalam bidang bioteknologi ialah
menghasilkan lima proses bioteknologi iaitu jus jernih, penyuburan tulip
mengikut keperluan, prototaip kit pengesan penyakit pembawa Typhoid,
semburan vaksin Pasteurella dan suntikan bakteria sebagai baja tiruan.
Tidak ketinggalan ialah enam penemuan yang terbaru iaitu empat gen
beras dan anggerik serta dua gen virus JE. Hari ini, didapati bahawa
bidang bioteknologi kian pesat dan Malaysia juga tidak ketinggalan
meneroka pelbagai penyelidikan dan penemuan baru dalam bidang
tersebut. Perkembangan sains terkini seperti pengklonan,
pengubahsuaian genetik dan ancaman penyakit baru telah menjadikan
bidang berteknologi tinggi ini semakin penting.

10.3.2 Agroteknologi

Agroteknologi merupakan satu bentuk perkembangan baru yang


diperkenalkan kepada usahawan dalam bidang teknologi pertanian. Ianya
berkaitan penggunaan peralatan dan proses yang berteknologi tinggi serta
teknik pertanian yang lebih efisien dalam proses pengeluaran sesuatu
tanaman. Ini kerana kaedah lama yang digunakan tidak sesuai dengan

159
keperluan dan permintaan hari ini. Jadi teknologi tertentu diperlukan
dalam menghasilkan tanaman yang berkualiti tinggi dengan kuantiti yang
banyak serta memerlukan tempoh masa yang singkat dalam
penghasilannya.

Sebenarnya Malaysia menghadapi masalah kekurangan tenaga mahir dan


separa mahir dalam bidang agroteknologi yang berasaskan sumber asli.
Pembekalan bahan pertanian yang tidak berterusan, ketidakcekapan
dalam pengeluaran, kesukaran melakukan pemasaran dan tahap
penyelidikan dan pembangunan (R & D) yang rendah masih
membelenggu sistem pertanian negara. Perlaksanan sistem pertanian di
Malaysia lebih berorientasikan tenaga buruh dan pengimportan hasil
pertanian dan bahan mentah dari negara asing. Ini menunjukkan bahawa
kita sebenarnya masih jauh di belakang dalam penggunaan bidang
agroteknologi berbanding dengan negara-negara maju lain khususnya
negara-negara barat. Jadi, kerajaan perlulah memberi pendedahan kepada
usahawan-usahawan tempatan tentang kepentingan serta peluang-
peluang perniagaan dalam bidang pertanian yang boleh diteroka oleh
mereka. Penumpuan dan peningkatan latihan profesional ke atas
usahawan dalam bidang agroteknologi juga akan dapat memanfaatkan
inovasi-inovasi dan hasil-hasil penyelidikan. Ini adalah bertujuan untuk
mengeluarkan hasil-hasil pertanian baru, kaedah pengeluaran yang baru
dan pendekatan pemasaran yang betul serta efektif kepada golongan
usahawan ini.

10.3.3 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) ialah satu bidang yang


mendedahkan kita kepada teknologi bercirikan maklumat dan
komunikasi yang secara langsung melibatkan perkakasan dan perisian
komputer. Kerajaan Malaysia mempunyai objektif untuk melahirkan
lebih ramai usahawan yang terlibat dalam industri berasaskan teknologi
maklumat dan komunikasi selaras dengan era globalisasi yang dilaung-
laungkan selama ini. Sehingga Mac 2002, seramai 1,600 usahawan
Industri Kecil dan Sederhana telah menceburi bidang ICT dan jumlah
tersebut dijangka akan meningkat kepada 2,600 menjelang akhir tahun
2003. Selain daripada itu, kerajaan juga berhasrat untuk
mempertingkatkan kadar pemilikan talian tetap, penggunaan internet,
pemilikan komputer peribadi dan pelanggan telefon bimbit sehingga
mencapai antara 25 hingga 35 peratus pada tahun 2005 sebagai strategi
untuk meningkatkan kadar akses teknologi maklumat dan komunikasi di
negara ini. Ini secara tidak langsung akan membantu golongan usahawan
tempatan yang menceburi industri berasaskan ICT mengembangkan
perniagaan mereka dengan menyertai dan cuba memenuhi keperluan dan
kehendak pelanggan dalam bidang ICT.

160
Kerajaan menerusi Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia
telah merancang pelbagai program dan latihan untuk mendorong lebih
ramai usahawan tempatan menceburi perniagaan berasaskan teknologi
maklumat dan komunikasi. Kesungguhan kerajaan dalam meningkatkan
industri ICT ini dapat dibuktikan dengan kewujudan Koridor Raya
Multimedia (MSC) yang bertempat di Putrajaya. Penubuhan MSC di
Malaysia bertujuan untuk mempercepatkan pengaliran teknologi terkini
dan canggih dengan menarik minat syarikat-syarikat asing agar melabur di
Malaysia. Ia secara tidak langsung akan memberi peluang perniagaan
kepada usahawan tempatan.

10.3.4 Automotif

Bidang automotif dilihat semakin berkembang maju di Malaysia.


Sokongan secara langsung oleh kerajaan telah membantu industri
automotif negara bersaing dengan industri automotif dari negara-negara
maju. Tetapi kejayaan ini hanya terhad kepada industri motokar dan
mosikal sahaja. Pengeluaran kereta menerusi syarikat Proton dan
motosikal menerusi Modenas telah membawa era baru kepada industri
pemotoran negara. Pelbagai teknologi tinggi telah digunakan untuk
menghasilkan produk syarikat Proton dan Modenas berkualiti supaya
dapat bersaing dengan pesaing asing di pasaran tempatan dan global.
Kejayaan ini telah membantu usahawan tempatan untuk turut serta
dalam menyedia dan memenuhi permintaan ke atas komponen-
komponen kenderaan tersebut. Ini secara tidak langsung memotivasikan
usahawan tempatan untuk menggunakan teknologi terkini bagi
menghasilkan komponen-komponen yang berkualiti dan mencapai
piawaian yang dikehendaki oleh syarikat Proton dan Modenas.
Penyertaan Petronas dalam sukan motor Formula Satu telah membawa
satu dimensi baru kepada negara yang bertujuan untuk mempelajari dan
membawa masuk teknologi Formula Satu ke Malaysia. Penglibatan
Petronas dengan sukan Formula Satu tersebut akan menaikkan nama
Malaysia dalam industri pemotoran dunia.

Walau bagaimanapun, bidang automotif dalam industri yang lebih berat


seperti pengeluaran trak, pacuan empat roda, lori berkuasa tinggi masih
lagi belum dimajukan di Malaysia. Jadi, usahawan tempatan perlulah
mengambil peluang di atas kekurangan tersebut untuk menceburi
industri yang memerlukan teknologi yang lebih tinggi ini dengan
mengadakan kerjasama dengan syarikat-syarikat dalam industri tersebut.

Selain itu, terdapat bidang-bidang lain yang turut menggunakan teknologi


tinggi yang boleh diceburi oleh teknousahawan seperti dalam industri
aeroangkasa, petroleum dan gas, tenaga elektrik serta solar, kejuruteraan

161
laut, peralatan serta persenjataan pertahanan, pembuatan mesin
perindustrian dan sebagainya yang hingga kini masih lagi dianggap baru
dan masih belum berkembang pesat di Malaysia.

SOALAN DALAM TEKS

2. Nyatakan jenis-jenis teknousahawan.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

10.4 KEPENTINGAN TEKNOUSAHAWAN

10.4.1 Melahirkan Lebih Ramai Usahawan yang Kreatif dan


Inovatif

Penggunaan teknologi tinggi terkini sememangnya dapat membantu


usahawan untuk menghasilkan suatu inovasi baru terhadap proses dan
produk yang dapat dipasarkan kepada pengguna. Penekanan kepada
teknousahawan akan membolehkan kerajaan melahirkan usahawan yang
dapat menghasilkan teknologi pengeluaran produk dan perkhidmatan
baru, kaedah pengeluaran baru, pasaran baru, punca sumber yang baru,
dan membentuk organisasi baru dengan hasil yang lebih baik dan
berkesan.

Teknousahawan juga akan dapat mewujudkan kecemerlangan intelektual


usahawan-usahawan Malaysia melalui bidang sains dan teknologi. Ianya
dapat memesatkan penguasaan dan pemilikan usahawan-usahawan dalam
bidang sains dan teknologi yang strategik pada abad ke-21. Selain itu,
teknousahawan juga akan memantapkan sinergi bagi meningkatkan
bilangan teknousahawan bumiputera yang berdaya maju dalam bidang
yang strategik serta membuka, merangsang dan menyemarak minda
mereka melalui pendekatan yang kreatif dan inovatif untuk menerajui
kecemerlangan akademik dan kemajuan intelektual dalam bidang sains
dan teknologi.

10.4.2 Produk yang Berkualiti

Bidang bioteknologi dan agroteknologi telah membuktikan teknologi


dapat membantu menghasilkan produk yang berkualiti, tempoh
pengeluaran yang singkat dan mempunyai jangka hayat yang lama. Jadi,

162
usahawan perlu mengambil peluang ini untuk mengeluarkan produk
tersebut dalam jumlah yang banyak dan dikomersialkan di pasaran dalam
dan luar negara. Penghasilan sesuatu produk yang berkualiti dan
disokong dengan program pemasaran yang efektif akan membantu
usahawan untuk bersaing di pasaran global.

10.4.3 Memudahkan Pencapaian Maklumat

Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah


membantu usahawan untuk memperolehi maklumat dengan cepat dan
tepat. Usahawan yang menggunakan kemudahan teknologi ICT akan
dapat mengembangkan perniagaan mereka dengan mudah. ICT boleh
menjadi pengantara usahawan dan pembekal, pelanggan, pengedar dan
lain-lain dalam menyampai dan memperolehi maklumat penting yang
terkini dengan mudah dan cepat.

10.4.4 Meningkatkan Taraf Hidup Masyarakat

Sumbangan bioteknologi, agroteknologi, industri automotif, elektronik


dan kemudahan yang disediakan oleh ICT telah membantu masyarakat
secara amnya dan usahawan tempatan khususnya dalam meningkatkan
taraf hidup mereka. Perkembangan bidang-bidang tersebut telah
memberi peluang kepada usahawan tempatan untuk memaju dan
mengembangkan perniagaan mereka. Ini adalah kerana, penggunaan
teknologi-teknologi ini akan membolehkan usahawan memasarkan
produk atau perkhidmatan mereka secara efektif dan efisien. Selain itu,
usahawan juga berpeluang untuk menyertai program vendor atau sebagai
pembekal kepada industri-industri lain. Kewujudan usaha teroka
usahawan ini juga akan memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat
setempat yang mana secara tidak langsung turut meningkatkan ekonomi
negara.

SOALAN DALAM TEKS

3. Kenapa teknousahawan sangat penting pada hari


ini?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

163
10.5 CABARAN KEPADA TEKNOUSAHAWAN

Terdapat beberapa cabaran dalam melahirkan lebih ramai teknousahawan


yang berkualiti dan berjaya. Antara cabaran-cabaran yang perlu dihadapi
ialah

10.5.1 Menarik Minat Usahawan Menceburi Bidang Teknologi


Tinggi

Kesukaran mendapatkan pinjaman, kekurangan pengetahuan, dan


pengalaman dalam bidang teknologi tinggi serta kurangnya sokongan dari
agensi kerajaan dan pihak swasta adalah antara sebab-sebab yang telah
dikenal pasti kenapa ramai usahawan tempatan tidak berani menerokai
industri-industri yang berasaskan teknologi tinggi. Ini ditambah pula
dengan sikap usahawan itu sendiri yang enggan melakukan perubahan
terhadap proses pengeluaran produk dan juga perjalanan perniagaannya.
Mereka lebih senang menggunakan kaedah atau sistem lama yang telah
sedia ada. Ia secara tidak langsung membantutkan usaha kerajaan untuk
melahirkan lebih ramai teknousahawan dalam bidang teknologi tinggi di
Malaysia.

10.5.2 Masalah Kewangan

Kewangan merupakan masalah utama kepada teknousahawan tempatan


pada tahap memula dan mengembangkan perniagaan mereka. Masalah
ini berkait rapat dengan kesukaran untuk mendapatkan pinjaman dan
bantuan kewangan daripada institusi kewangan dan agensi-agensi
kerajaan. Kesukaran ini disebabkan oleh kedudukan kewangan
teknousahawan yang tidak kukuh dan rekod bayaran pinjaman yang tidak
memuaskan.

Kesukaran untuk mendapat pembiayaan kewangan ini akan menyukarkan


usahawan melakukan perubahan dan pengembangan perniagaanya kerana
kekurangan modal. Ini seterusnya akan menjejaskan hasrat usahawan
untuk beralih kepada penggunaan teknologi terkini seperti penggunaan
mesin dan komputer dalam proses pengeluaran produk dan kesan
sesuatu inovasi baru tidak dapat dilaksanakan. Akhirnya, ia mendorong
usahawan untuk kekal dengan sistem atau kaedah lama dalam proses
pengeluaran produknya.

10.5.3 Kekurangan Tenaga Kerja Mahir

Negara sehingga kini masih lagi kekurangan tenaga kerja mahir dan
separa mahir dalam bidang teknousahawan. Usahawan tempatan masih
lagi mengharapkan tenaga kerja mahir dari luar negara untuk memberi

164
tunjuk ajar tentang penggunaan sesuatu teknologi terbaru. Ini disebabkan
oleh teknologi tersebut dibawa masuk dari negara asing dan bukannya
dihasilkan oleh usahawan atau syarikat tempatan. Masalah ini timbul
disebabkan oleh ketidakupayaan usahawan tempatan untuk menghadiri
atau menghantar pekerja-pekerjanya ke luar negara untuk menjalani
latihan-latihan tertentu mengenai teknologi terkini yang hendak
digunakan di syarikatnya.

Dalam bidang aeroangkasa, bioteknologi dan agroteknologi yang


berasaskan sumber asli, kita masih jauh ketinggalan jika dibandingkan
dengan negara-negara maju lain. Kelemahan ini disebabkan oleh
kurangnya tenaga kerja mahir yang berfungsi untuk meningkat dan
menghasilkan satu inovasi baru ke atas sesuatu produk dalam bidang
yang diceburi. Kerajaan sebenarnya perlu memantapkan bakal usahawan
dengan maklumat dan pengetahuan yang berkaitan dengan program
pembangunan teknousahawan. Antara komponen-komponen program
pembangunan teknousahawan yang perlu diberi pendedahan ialah
daripada aspek bimbingan teknologi (teori dan praktikal), perundingan
teknikal, reka bentuk dan pembangunan produk, kemudahan dan
sokongan penyelidikan, ruang inkubator teknologi, runding cara
perniagaan, promosi pemasaran dan latihan keusahawanan.

SOALAN DALAM TEKS

4. Senaraikan cabaran-cabaran yang dihadapi untuk


melahirkan lebih ramai teknousahawan.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

10.6 KESIMPULAN

Mempunyai ramai teknousahawan adalah impian setiap negara tetapi


melahirkan teknousahawan yang berkualiti merupakan suatu usaha yang
sukar. Teknousahawan terdiri daripada usahawan yang menggunakan
kelebihan teknologi tinggi serta canggih dalam proses mengeluarkan
produk atau perkhidmatan. Terdapat pelbagai bidang teknousahawan
yang boleh dibincangkan tetapi untuk pelajaran ini hanya bioteknologi,
agroteknologi, teknologi maklumat dan komunikasi serta automotif
sahaja yang dibincangkan.

165
Terdapat beberapa kepentingan teknousahawan kepada negara.
Kepentingan pertama ialah untuk melahirkan lebih ramai usahawan yang
kreatif dan inovatif selaras dengan kehendak dan keperluan pelanggan
hari ini. Kedua ialah meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan
yang dihasilkan agar dapat membantu usahawan bersaing di peringkat
global. Ketiga ialah memudahkan pencapaian maklumat melalui
penggunaan rangkaian teknologi maklumat dan komunikasi, dan yang
terakhir ialah meningkatkan taraf hidup masyarakat. Walau
bagaimanapun, kerajaan masih lagi gagal untuk melahirkan lebih ramai
teknousahawan tempatan yang berkualiti. Antara cabaran-cabaran dalam
proses melahirkan teknousahawan ialah kesukaran untuk menarik minat
usahawan tempatan untuk menceburi bidang teknologi tinggi, masalah
kewangan yang dihadapi oleh usahawan dan kekurangan tenaga kerja
mahir dalam bidang teknologi tinggi.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Teknousahawan adalah usahawan-usahawan yang menggunakan


kelebihan daripada teknologi tinggi hari ini dalam proses
mengeluarkan produk dan perkhidmatan. Penggunaan sesuatu
teknologi tersebut mungkin berlaku pada proses input,
penukaran (tranformasi) atau output.

2. Terdapat pelbagai jenis teknousahawan seperti bioteknologi,


agroteknologi, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT),
automotif, aeroangkasa, petroleum dan gas, tenaga elektrik serta
solar, kejuruteraan laut, peralatan serta persenjataan pertahanan,
pembuatan mesin perindustrian dan sebagainya.

3. Teknousahawan sangat penting kerana

(i) Dapat melahirkan lebih ramai usahawan yang kreatif dan


inovatif.
(ii) Menghasilkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti.
(iii) Memudahkan pencapaian maklumat.
(iv) Meningkatkan taraf hidup masyarakat.

4. Antara cabaran-cabaran yang dihadapi untuk melahirkan lebih


ramai teknousahawan ialah

(i) Kesukaran menarik minat usahawan tempatan untuk


menceburi bidang yang berteknologi tinggi.
(ii) Masalah kewangan.
(iii) Kekurangan tenaga kerja mahir.

166
BAB 11

PELUANG PERNIAGAAN DI PASARAN


ANTARABANGSA UNTUK USAHAWAN

OBJEKTIF BAB

Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Mengetahui peluang dan kepentingan pasaran antarabangsa.
2. Memahami kenapa usahawan perlu mengembangkan perniagaan
mereka ke pasaran antarabangsa
3. Mengenal pasti halangan-halangan perdagangan antarabangsa.
4. Mengenal pasti dan memahami kaedah untuk berkembang ke
pasaran antarabangsa.
5. Memahami jenis perjanjian perdagangan yang dimeterai oleh
negara-negara tertentu.

11.1 PENDAHULUAN

Pada zaman globalisasi dan pasaran tanpa sempadan, pasaran


antarabangsa merupakan peluang perniagaan yang terbesar sekali dan
penting untuk seseorang usahawan mengembangkan perniagaannya. Jika
usahawan tidak mengembangkan perniagaan mereka ke pasaran luaran,
dan hanya menumpukan aktiviti perniagaan mereka kepada pasaran
tempatan, ini amat merugikan. Ini adalah kerana, saiz pasaran tempatan
di negara-negara kecil seperti Malaysia yang cuma mempunyai 22.3 juta
penduduk adalah kecil dan terhad, jika dibandingkan dengan peluang dan
saiz yang lebih besar di pasaran luar negeri. Maka, seseorang usahawan di
Malaysia yang ingin mendirikan sesuatu perniagaan yang maju dan
berjaya perlu memikirkan kemungkinan untuk menceburi pasaran
antrarabangsa.

Usahawan yang ingin menceburi pasaran antarabangsa perlu meneliti


persekitaran perniagaan antarabangsa kerana terdapat banyak peraturan
yang perlu dipatuhi. Peraturan yang digunakan untuk mengawal selia
perdagangan dan urusan perniagaan adalah banyak dan kompleks. Oleh
itu, usahawan perlu membuat persiapan yang rapi untuk menangani
segala kemungkinan yang bakal dihadapi. Pengetahuan yang luas dan
mendalam mengenai persekitaran dan iklim perniagaan di negara-negara
167
yang ingin dimasuki adalah penting bagi usahawan. Ini adalah untuk
memastikan usahawan dapat menembusi pasaran antarabangsa dengan
jayanya.

11.2 PERSEKITARAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA

Dalam era globalisasi dan perniagaan tanpa sempadan, seseorang


usahawan memerlukan pemikiran kontemporari. Ini kerana dengan
teknologi yang canggih seperti teknologi komunikasi maklumat
(Information Communication Technology – ICT) pengguna kini boleh memilih
produk, idea dan perkhidmatan dari seluruh dunia. Dengan adanya
kemudahan internet, pengguna kini dapat mencari maklumat tentang
produk dan perkhidmatan yang ditawarkan di seluruh dunia. Ini
bermakna, pengguna zaman sekarang lebih sedar dan arif mengenai apa
yang ditawarkan oleh firma-firma lain di seluruh dunia. Maka mereka
dapat membuat pemilihan berdasarkan kepada jenis dan kualiti produk,
harga yang lebih kompetitif, tahap servis yang disediakan oleh penjual
dan lain-lain aspek pasaran. Pada masa dulu, aktiviti perniagaan
antarabangsa hanya mampu dijalankan oleh firma besar yang mempunyai
sumber-sumber seperti kewangan, kepakaran dan keupayaan
pengeluaran. Tetapi dengan adanya kemudahan internet, firma kecil kini
mampu berbuat demikian. Menerusi internet, firma kecil yang hanya perlu
menyewa laman web dengan kadar sewa yang minimum boleh
mempromosi dan mengiklankan produk serta perkhidmatan mereka ke
seluruh sudut dunia.

SOALAN DALAM TEKS

1. Terangkan kenapa kemudahan internet penting


kepada seseorang usahawan.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

11.3 KENAPA USAHAWAN PERLU MENCEBURI


PERNIAGAAN GLOBAL?

Pasaran antrabangsa merupakan satu sasaran yang mencabarkan dan juga


berpotensi untuk usahawan mengembangkan perniagaan mereka.
Walaupun perniagaan antarabangsa mungkin membebankan sesebuah

168
firma terutamanya yang kecil, tetapi usahawan yang mengambil
keputusan untuk mengembangkan perniagaan ke pasaran luar negara
mungkin mendapat kebaikan berikut:

(i) Mengimbangkan kemerosotan jualan di pasaran tempatan.


(ii) Menambahkan jualan dan keuntungan.
(ii) Melanjutkan kitaran hayat produk (product life cycle).
(iv) Mengurangkan kos pengeluaran.
(v) Meningkatkan daya saingan dan mutu produk.

11.4 HALANGAN KEPADA PERDAGANGAN ANTARABANGSA

Untuk menjaga kepentingan ekonomi dan persekitaran perniagaan di


pasaran sendiri, kerajaan negara di seluruh dunia mengenakan berbagai
peraturan atau halangan perniagaan. Peraturan yang dikuatkuasa boleh
menyebabkan harga barangan yang diimport menjadi lebih mahal dan
tidak kompetitif jika dibandingkan dengan barangan tempatan yang jauh
lebih murah dan senang untuk didapati di pasaran negara berkenaan.
Peraturan sebegini diamalkan oleh kebanyakan negara bagi menghasilkan
halangan perdagangan dengan mengenakan cukai untuk barangan
import. Langkah ini bertujuan untuk melindungi firma tempatan dan
para pekerjanya daripada persaingan dengan firma asing.

Halangan perdagangan yang biasa digunakan oleh kerajaan negara asing


dibahagikan kepada dua jenis, iaitu halangan berbentuk tarif dan bukan
tarif. Halangan yang bukan berbentuk tarif termasuk kuota, subsidi,
piawaan kerajaan, politik dan perundangan.

(a) Tarif

Tarif ialah cukai langsung yang dikenakan ke atas barangan import.


Tujuan utama tarif adalah untuk menaikkan harga barangan tersebut.

(b) Kuota

Kuota merupakan sekatan atau halangan bukan tarif ke atas jumlah


barangan yang boleh diimport ke sesebuah negara. Ia bertujuan
melindungi pasaran negara tersebut daripada persaingan barangan
keluaran luar negara yang mungkin lebih murah, kualiti yang lebih tinggi
atau berjenama yang terkenal.

169
(c) Subsidi

Subsidi juga merupakan halangan bukan tarif. Ia merupakan pembayaran


dan bantuan yang diberikan oleh kerajaan bagi melindungi firma
tempatan daripada persaingan dengan firma asing. Pembayaran ini
diberikan secara langsung atau tidak langsung dalam pelbagai bentuk
seperti pinjaman jangka panjang yang berkadar rendah, geran, pelepasan
cukai, taraf perintis (pioneer status). Dengan adanya subsidi ini, firma
tempatan dapat bantuan untuk membangun dan memperluaskan
penawaran barangan dan perkhidmatan mereka secara lebih kompetitif
berbanding dengan barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh
firma asing.

(d) Politik dan perundangan

Halangan politik merupakan halangan bukan berbentuk tarif.


Kadangkala, atas sebab-sebab politik dan perundangan antarabangsa,
negara asing boleh menghalang pengeksportan barangan tertentu ke
negara tertentu. Sebagai contoh, Malaysia tidak membenarkan sebarang
jenis perdagangan dijalankan dengan negara Israel. Malahan rakyat
Malaysia tidak dibenarkan melawat negara tersebut. Ini adalah kerana
pendirian politiknya yang melibatkan isu kebebasan dan hak asasi rakyat
Palestin. Satu contoh yang lebih terkenal ialah embargo minyak yang
dikenakan oleh negara-negara pengeluar minyak Arab semasa perang
Arab-Israel pada tahun 1970-an. Contohnya, Amerika Syarikat tidak
membenarkan pengeksportan barangan seperti senjata, kapal terbang
perang dan lain-lain jenis barangan ke negara-negara tertentu seperti
Korea Utara dan Cuba.

(e) Piawaian kerajaan

Satu lagi jenis halangan bukan tarif ialah piawaian kerajaan. Untuk
melindungi kesihatan dan keselamatan warganegaranya, pihak kerajaan
boleh menghalang kemasukan barangan tertentu. Barangan import yang
tidak menepati piawaian kerajaan tidak dibenarkan masuk ke pasaran
tempatan kerana khuatir ianya akan memudaratkan kesihatan dan
keselamatan rakyatnya. Contohnya, seperti ubat atau racun rumput-
rumpai atau bahan kimia pertanian yang boleh memberi kesan buruk
kepada petani dan pengguna tidak boleh diimport ke Malaysia.

170
SOALAN DALAM TEKS

2. Halangan perdagangan boleh dibahagikan kepada


dua jenis. Nyatakan dua jenis halangan
perdagangan.
3. Nyatakan kelima-lima halangan perdagangan yang
digunakan oleh negara di seluruh dunia.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

11.5 PERJANJIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA

Selain daripada mengenal pasti dan memahami halangan perdagangan


yang dikenakan oleh kerajaan bagi sesebuah negara, usahawan yang ingin
menceburi pasaran antarabangsa perlu mengetahui perjanjian
perdagangan antarabangsa yang dimenteraikan oleh negara-negara
tertentu. Antara perjanjian perdagangan yang penting ialah General
Agreement on Tariffs and Trade (GATT), World Trade Organisation (WTO),
North American Free Trade Agreement (NAFTA) dan Asean Free Trade
Agreement (AFTA).

11.5.1 General Agreement on Tariffs and Trade (GATT)

GATT yang ditubuhkan pada tahun 1947 merupakan perjanjian tarif


global yang pertama. Objektif utama GATT ialah untuk mewujudkan
satu set peraturan asas untuk perbincangan dan perjanjian perdagangan.
Ianya juga mewujudkan satu mekanisme untuk memantau pelaksanaan
peraturan perdagangan yang telah dipersetujui. Kesemua ini adalah untuk
mengurangkan tarif antara negara yang menjadi ahli dan untuk
menggalakkan perdagangan di seluruh dunia. Pada mulanya, ianya
dimeterai oleh Amerika Syarikat dan 22 buah negara yang lain. Kini,
GATT mempunyai 124 negara yang menjadi ahli dan menjalankan
hampir 90 peratus daripada perdagangan seluruh dunia. Pusingan
perbincangan GATT yang terakhir diadakan pada Disember 1993 dan
digelar sebagai Uruguay Round.

171
11.5.2 Organisasi Perdagangan Dunia (World Trade
Organization – WTO)

WTO ditubuhkan pada 1 Januari 1995 dan merupakan organisasi payung


yang mentadbir sistem perdagangan antarabangsa. Tugasnya ialah untuk
mengawasi perjanjian perdagangan antarabangsa, tetapi ianya tidak
mengambil alih GATT. GATT yang telah diubahsuai masih menjadi
salah satu tiang tonggak perundangan sistem perdagangan dunia.

Bilangan ahli dalam WTO telah bertambah daripada 75 negara asal yang
menubuhkan organisasi ini pada tahun 1995 ke 132 ahli pada tahun 1999.
Ianya mengandungi hampir kesemua negara maju dan kebanyakan negara
sedang membangun serta merangkumi 90 peratus daripada perdagangan
seluruh dunia. Pusingan persidangan yang terakhir WTO telah diadakan
di Cancun, Mexico pada September, 2003.

11.5.3 Asean Free Trade Area (AFTA)

AFTA merupakan perjanjian perdagangan yang dimenterai oleh negara


ASEAN (Association of South East Asian Nations). ASEAN
mengandungi 10 negara yang menjadi ahli iaitu Brunei, Indonesia,
Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan
Vietnam. Dengan adanya perjanjian ini tarif bagi produk keluaran negara-
negara yang terlibat akan dikurangkan dan/atau dimansuhkan.
Pelaksanaan perjanjian ini dijalankan secara berperingkat-peringkat
mengikut kategori produk yang telah ditentukan. Dari segi saiz pasaran,
jumlah populasi ASEAN lebih daripada 500 juta orang penduduk. Dari
segi lokasi, Malaysia terletak secara strategik, iaitu di tengah-tengah
ASEAN. Tambahan pula, dengan adanya rakyat yang berbilang kaum,
agama dan budaya, ini memberikan banyak peluang kepada rakyat dan
firma Malaysia untuk menjalinkan hubungan perniagaan dengan negara-
negara ASEAN. Maklumat lebih lanjut mengenai ASEAN boleh didapati
di laman web www.aftaonline.com.

11.5.4 European Union (EU)

EU ditubuhkan pada tahun 1957 dan European Economic Community (EEC)


merupakan nama asalnya. Pada tahun 1992, EU menjadi satu kesatuan
ekonomi yang penuh (full-fledged economic union). Antara objektif EU
termasuk:

(i) Pemansuhan duti cukai antara kesemua negara yang menjadi ahli.
(ii) Aliran secara bebas barangan dan perkhidmatan antara kesemua
ahli-ahli.
172
(iii) Mewujudkan polisi perdagangan yang diterima pakai oleh
kesemuaa ahli.
(iv) Pengaliran modal dan pekerja secara bebas antara negara-negara
dalam kesatuan EU.
(v) Menggalakkan pembangunan ekonomi di seluruh blok kesatuan
EU.
(vi) Ko-ordinasi kewangan dan fiskal antara negara-negara yang
menjadi ahli.

11.5.5 North American Free Trade Agreement (NAFTA)

Perjanjian ini dimenterai antara Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico


dan berkuasa pada 1 Januari 1994. NAFTA meliberalisasikan
perdagangan antara ketiga-tiga negara ini. Di bawah perjanjian kawasan
perdagangan bebas (free trade area), negara yang terlibat bersetuju untuk
menghapuskan halangan perdagangan, iaitu kedua-dua jenis yang
berbentuk tarif dan yang bukan bertarif antara negara berkenaan. Ini
bermakna tiada halangan perdagangan dikenakan antara satu negara sama
lain. Jumlah populasi yang terdapat di tiga negara ahli adalah 450 juta.
Pada masa akan datang, negara Latin Amerika (Amerika Selatan) seperti
Chile besar kemungkinan akan memasuki blok perdagangan NAFTA.

SOALAN DALAM TEKS

4. Huraikan tujuan WTO.


5. Jelaskan tujuan GATT ditubuhkan.
6. Senaraikan negara-negara yang menjadi ahli NAFTA.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

11.6 KAEDAH UNTUK MENGEMBANG KE PASARAN


ANTARABANGSA

Seseorang usahawan boleh memasuki pasaran antarabangsa melalui


berbagai kaedah. Antara kaedah-kaedah yang sering digunakan ialah
pengeksportan, pengimportan, usaha sama, pelaburan asing, pelesenan
dan francais.

173
11.6.1 Pengeksportan

Cara yang paling mudah dan selamat untuk berkembang ke pasaran


antarabangsa ialah melalui strategi eksport. Melalui kaedah ini, produk
keluaran tempatan dihantar ke destinasi luar negara untuk pengguna
pasaran antarabangsa. Melalui kaedah ini, firma tempatan dapat
meningkatkan kadar pengeluaran untuk memenuhi permintaan pasaran
antarabangsa. Mengikut keluk pembelajaran (learning curve), kaedah ini
akan dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan daya pengeluaran
syarikat berkenaan. Secara langsung ia akan dapat mengurangkan kos
pengeluaran. Risiko yang ditanggung oleh firma yang menggunakan
strategi lebih rendah jika dibandingkan dengan kaedah lain.

11.6.2 Pengimportan

Seseorang usahawan atau firma boleh mengimport produk keluaran


negara asing untuk dijual di pasaran tempatan. Strategi pengimportan ini
sudah lama digunakan oleh usahawan tempatan oleh kerana pada masa
dulu, Malaysia tidak mempunyai kebolehan atau kilang yang boleh
mengeluarkan produk keperluan pengguna tempatan. Produk yang
memerlukan teknologi yang tinggi seperti kereta, kereta api, kapal
terbang, berbagai jenis jentera, bahan-bahan dan peralatan perubatan
masih perlu diimport. Selain itu, oleh kerana perbezaan iklim atau
kesesuaian tanah di negara asing, produk seperti susu, keju, binatang
ternakan dan buah-buah seperti epal, anggur dan limau terpaksa diimport
oleh firma tempatan.

11.6.3 Pertukaran Barang dengan Barang (Barter Trade)

Pertukaran barang dengan barang atau perkhidmatan adalah satu lagi cara
menjalankan perdagangan dengan negara asing. Malaysia merupakan
salah sebuah negara yang masih menggunakan strategi seperti menukar
minyak kelapa sawit dengan jagung dan gandum dengan negara China.
Malaysia juga membeli kapal terbang perang buatan Rusia dengan
membayar sebahagian daripada pembelian itu dengan minyak sawit.
Kebaikan perniagaan secara pertukaran barang akan dapat menstabilkan
harga jualan minyak sawit di mana Malaysia merupakan pengeluar
terbesar di dunia.

11.6.4 Usaha Sama

Strategi usaha sama melibatkan dua atau lebih firma bergabung untuk
mewujudkan satu entiti baru di pasaran antarabangsa. Firma yang
menggunakan strategi ini akan berusaha sama untuk mengendalikan
suatu entiti ekonomi atau firma yang baru. Ini bermaksud, firma yang
174
terlibat akan dapat bergabung, mengumpul dan menggunakan segala aset,
premis, kepakaran, rangkaian perniagaan dan lain-lain kemudahan bagi
tujuan mengeluarkan produk dan perkhidmatan.

Dengan adanya penglibatan firma tempatan, seseorang usahawan akan


dapat mengetahui secara dekat dan lebih tepat keadaan dan faktor
persekitaran di pasaran antarabangsa. Ini juga bermaksud, setiap rakan
kongsi dalam usaha sama ini akan dapat berkongsi serta menggunakan
sumber yang ada kepada firma-firma yang terlibat dalam pakatan ini.
Tetapi strategi sebegini mungkin akan menghadapi masalah jika rakan
kongsi yang tidak sesuai atau tidak secocok dengannya digabungkan.

11.6.5 Pelaburan Langsung

Kaedah ini melibatkan pelaburan oleh sesebuah firma luar negeri ke atas
firma atau loji pengeluaran di sesebuah negara. Pada amnya, pelaburan
sebegini melibatkan hak pemilikan antara 10 hingga 25 peratus stok
pengundian di syarikat luar negeri tersebut. Pelaburan secara langsung
dipilih sebagai salah satu strategi untuk mengendalikan perniagaan di
negara asing disebabkan faktor-faktor tertentu. Faktor pertama ialah
wujudnya halangan perdagangan atau larangan pengimportan produk
tertentu. Larangan ini akan menyebabkan kos pengeksportan meningkat
atau tidak dapat dijalankan. Faktor kedua ialah kemungkinan negara asing
memberi insentif kepada firma dari luar negeri yang melabur di negara
berkenaan.

11.6.6 Pelesenan

Selain dari mengeksport dan menjual secara langsung kepada pelanggan


di pasaran antarabangsa, ada sesetengah usahawan atau firma akan
menerokai pasaran antarabangsa dengan memberikan lesen kepada firma
di pasaran asing. Dengan membayar royalti atau yuran yang dipersetujui
oleh kedua-dua pihak yang terlibat, firma yang mendapatkan lesen
sebegini boleh mengeluar, mengedar dan menjual perkhidmatan serta
produk dengan menggunakan paten, jenama, nama dagangan, hak cipta,
teknologi, kaedah atau logo syarikat asal.

11.6.7 Francais Antarabangsa

Satu lagi strategi yang sama dengan pelesenan adalah pemberian pakej
francais. Sejak beberapa dekad yang lepas, bilangan perniagaan secara
francais yang tertarik dengan peluang untuk beroperasi di pasaran
antarabangsa semakin meningkat. Kebanyakan perniagaan francais yang
berkembang ke pasaran antarabangsa adalah berasal dari Amerika
Syarikat. Ini disebabkan oleh pasaran perniagaan francais di Amerika
175
Syarikat yang sudah sampai ke tahap matang dan tidak ada banyak lagi
peluang atau ruang untuk berkembang. Tambahan pula, pada pasaran
antarabangsa masih belum diterokai terutamanya di negara yang sedang
membangun. Peluang untuk memperkenalkan perniagaan francais di
negara-negara ini adalah baik. Francaisor makanan segera seperti
McDonalds, Kentucky Fried Chicken dan A & W, serta juga sektor
perniagaan yang lain seperti Holiday Inn (sektor hotel), PharmaCare
(sektor farmasi), Starbucks (sektor kafe) dan lain-lain telah dapat
menembusi pasaran antarabangsa dengan jayanya. Ini bermakna, firma
francais telah dapat menambahkan kadar jualan mereka dan mengaitkan
lebih banyak keuntungan.

Dalam sistem perniagaan francais, sesebuah syarikat yang digelar


francaisor akan memberi satu lesen kepada francaisi untuk
mengendalikan format perniagaan yang sama seperti firma induknya.
Dengan membayar yuran francais dan juga royalti, francaisi akan
diberikan satu pakej atau format perniagaan yang lengkap. Ini
termasuklah tanda niaga atau logo, jenama, sistem pengurusan,
perakaunan, promosi dan pengiklanan. Francaisi juga diberi latihan yang
lengkap supaya mereka dapat mengendalikan perniagaan secara sendiri.
Selain itu, francaisor juga memberikan sokongan, penyeliaan dan
pengawasan ke atas operasi perniagaan francaisi sepanjang tempoh
perjanjian francais berkenaan.

SOALAN DALAM TEKS

7. Senaraikan tujuh kaedah perniagaan antarabangsa.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

11.7 KESIMPULAN

Aktiviti perniagaan secara global kini merupakan strategi yang


menguntungkan dan juga digemari oleh usahawan. Blok perdagangan
seperti NAFTA, EU dan AFTA merupakan daya ekonomi yang kuat
untuk mewujudkan peluang perniagaan untuk usahawan di pasaran
antarabangsa.

176
Pelajaran ini membincangkan cara-cara seseorang usahawan boleh
menjalankan aktiviti perniagaan secara aktif di pasaran antarabangsa.
Cara-cara yang dibincangkan adalah import, eksport, usaha sama,
pelesenan, francais dan pelaburan langsung. Akhir sekali, halangan
perdagangan yang berbentuk tarif dan bukan tarif juga dibincangkan.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Huraikan lima kaedah untuk seseorang usahawan mengembangkan


perniagaannya ke pasaran antarabangsa.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Dengan adanya kemudahan internet, pengguna kini dapat mencari


maklumat tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan di
seluruh dunia. Ini bermakna, pengguna zaman sekarang lebih
sedar dan arif mengenai apa ditawarkan oleh firma-firma lain di
seluruh dunia.

2. Yang berbentuk tarif dan bukan berbentuk tarif.

3. (i) Cukai.
(ii) Kuota.
(iii) Subsidi.
(iv) Politik dan perundangan.
(v) Piawaian kerajaan.

4. Tugasnya ialah untuk mengawasi perjanjian perdagangan


antarabangsa, tetapi ianya tidak mengambil alih GATT. GATT
yang telah diubahsuai masih menjadi salah satu tiang tonggak
perundangan sistem perdagangan dunia.

5. Objektif utama GATT ialah untuk mewujudkan satu set


peraturan asas untuk perbincangan dan perjanjian perdagangan.
Ianya juga mewujudkan satu mekanisme untuk memantau
pelaksanaan peraturan perdagangan yang telah dipersetujui.

177
6. Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

7. (i) Pengeksportan.
(ii) Pengimportan.
(iii) Usaha Sama.
(iv) Pelesenan.
(v) Francais antarabangsa.
(vi) Pertukaran barang dengan barang (barter trade).

178
BIBLIOGRAFI

Ab. Aziz Yusof. (2001). Usahawan dan keusahawanan: Satu penilaian.


Prentice Hall Sprintprint Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.

Ab. Aziz Yusof. (2002). Prinsip keusahawanan. Selangor: Prentice Hall.

Ab. Aziz Yusof. (2003). Prinsip keusahawanan. Petaling Jaya: Prentice Hall.

Abdul Rahman Hj Abdullah. (2001). Falsafah dan kaedah pemikiran. Kuala


Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Adnan Alias. (1992). Konsep keusahawanan. In MEDEC, Asas


keusahawanan. Shah Alam: Biroteks.

Ahmad Ibrahim Abu Sin. (1997). Pengurusan Islam. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ainon Mohd. & Abdullah Hassan. (1996). Belajar berfikir: Teknik


menajamkan daya fikiran. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributions Sdn. Bhd.

Al-Qardhawiy, Yusof. (1985). Iman dan kehidupan. Shah Alam: Dewan


Bahasa dan Pustaka.

Al-Qardhawi, Muhamad Yusuf. (1987). Halal dan haram dalam Islam


(Muammal Hamidy, Trans.). Surabaya: Pustaka Bina Ilmu.

Arnold C. Cooper. (1993). Challenges in predicting new firm


performance. Journal of Business Venturing.

Bagaimana mahu jadi kaya: usahawan terulung Malaysia. (2003, Mei 10-
16). Massa, 32-33.

Bird, B. (1989). Entrepreneurial behavior. Glenview, Ill.: Scott, Foresman


and Company.

Birley, S. (1985). The role of network in the entrepreneurial process.


Journal of Business Venturing, 1 (1).

Birley, S. & Muzyka, D. F. (1997). Mastering enterprise. London: Pitman.

Bizmove.com. (2003). The small business knowledge base: The entrepreneur test.
Retrieved from: http://www.bizmove.com/other/quiz.htm.

179
Blawatt, K. R. (1998). Entrepreneurship: Process and management. Ontario:
Prentice Hall.

Bridge, S., O’Neill, K. & Cromie, S. (1998). Understanding enterprise,


entrepreneurship and small business. London: Macmillan.

Caird, S. (1990). What does it mean to be enterprising. British Journal of


Management, 1.

Carrel, Michaeal R. (1997). Fundamentals of organizational behavior. New


York: Prentice Hall.

Charney, A. & Libecap, G. D. (2000). Impact of entrepreneurship education.


Kansas City, Missouri: Kauffman Center for Entrepreneurial
Leadership.

Conquering a mountain. (2002, November 2). New Straits Times, 26-27.

Curran, J. & Stanworth, J. (1989). Education and training for enterprise:


some problems of classification, evaluation, policy and research.
International Small Business Journal, 7(2), 11-22.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (1992). Kamus Dewan. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka

Dollinger, M.J. (1995). Entrepreneurship: Strategies and resources. Illinois:


Irwin.

Drucker, P. F. (1985). Innovation and entrepreneurship. New York: Harper &


Row.

Drucker, P.F. (1985). Innovation and entrepreneurship: Practice and principles.


London: Heinemann.

Edward M. Tauber. (1975). Discovering new product opportunities with


problem inventory analysis. Journal of Marketing.

Gartner, W.B. (1985). A conceptual framework for describing the


phenomenon of new venture creation. Academy of Management
Review, 10(4).

Gibb, A. A. & Ritchie, J. (1982). Understanding the process of starting


small business. European Journal of Small Business, 1.

180
Gibb, A. A. (1987). Enterprise culture: Its meaning and implications for
education and training. Journal of European Industrial Training, 11 (2).

Halim Wahab. (2003, February 16). Wealthiest of them all!. Malaysian


Business, 19-23.

Hellriegel, D., Jackson, S.E. & Slocum, J.W. Jr. (2002). Management: A
competency-based approach (9th ed.). US: South-Western, Thomson
Learning.

Hisrich, R.D. & Peters, M.P. (1991). Marketing decision for new and mature
products (2nd ed.) Macmillan College Publishing Company Inc.

Hisrich R.D., & Peter, M.P. (1998). Entrepreneurship (4th ed.). Irwin:
McGraw Hill.

Hisrich, R.D. & Peters, M.P. (1998). Entrepreneurship - starting, developing


and managing a new enterprise (4th ed.) Irwin.

Hisrich, R.D & Peters, M.P. (2002). Entrepreneurship (5th ed.). Irwin:
McGraw Hill.

Holt, D. H. (1992). Entrepreneurship: New venture creation. New Jersey:


Prentice Hall.

Kao, J.J. (1991). The entrepreneur. Englewood Cliffs: Prentice Hall.

Kao, R. W. Y. & Liang, T. W. (2001). Entrepreneurship and enterprise


development in Asia. Singapore: Prentice Hall.

Kirzner, I. M. (1979). Perception, opportunity and profit. Chicago: University


of Chicago Press.

Kuratko, D.F & Hodgetts, R.M. (1998). Entrepreneurship (4th ed.). The
Dryden Press.

Kuratko, D.F., & Hodgetts, R.M. (2001). Entrepreneurship: a contemporary


approach (5th ed.). The Dryden Press.

Kuratko, D. F. & Hodgetts, R. M. (2004). Entrepreneurship (6th ed.).


Thomson.

Kuratko, D.F. & Hodgetts, R.M. (2004). Entrepreneurship: A contemporary


approach (6th ed.). Harcourt College Publishers.

181
Kuratko, D.F. & Hodgetts, R.M. (2004). Entrepreneurship: Theory, process,
practice (6th ed.). US: South-Western.

Lambing, P., & Kuehl, C. (1997). Entrepreneurship. Prentice Hall Inc.

Laudon, Kenneth C. & Laudon, Jane P. (2000). Management information


system (6th ed.). UK: Prentice Hall International Inc.

Longenecker, J.G, Moore, C.W & Petty, J.W. (2003). Small business
management: An entrepreneurial emphasis. South Western: Thompson.

Malaysia dalam era bioteknologi: Halatuju bidang bioteknologi negara.


(2003, Julai 5-11). Massa, 10-13. Kuala Lumpur: Kumpulan Utusan.

McMullan, W. E. & Long, W. A. (1987). Entrepreneurship education in


the nineties. Journal of Business Venturing, 2.

Md. Ishak Ismail. (2002). Penjanaan usahawan di dalam bidang bioteknologi.


Kertas Kerja Seminar dan Pameran: Kesedaran dan Keusahawanan
Bioteknologi. PWTC, Kuala Lumpur.

Mohd Nasir Omar. (1992). Falsafah etika: Perbandingan Islam dan barat.
Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri.

Mohd. Azhar Abd. Hamid. (2001). Pengenalan pemikiran: Kritis dan kreatif.
Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd. Salleh Hj. Din & Gibb, A. A. (1990). Entrepreneurship education: An


innovative approach. Working Paper presented to The International
Conference on Small and Medium Scale Enterprises, Langkawi,
Malaysia.

Mohd. Salleh Hj. Din & Gibb, A.A. (1991). Universities, small business
and entrepreneurship education: towards a holistic approach. Small
Enterprise Development – An International Journal,1(4).

Mohd. Salleh Hj. Din (1992). Enterprise and entrepreneurship


development in higher education in Malaysia. PhD Thesis. England:
University of Durham.

Mohd. Salleh Hj. Din (1992). Entrepreneurship and enterprise: The


influence of work experience on enterprising tendency-an empirical
evidence. Malaysian Management Journal, 1.

182
Mohd. Salleh Hj. Din et al. (1997a). Pembangunan usahawan. Kuala
Lumpur: Kementerian Pembangunan Usahawan.

Mohd. Salleh Hj. Din et al. (1997b). Keusahawanan: Pendekatan amali. Kuala
Lumpur: Kementerian Pembangunan Usahawan.

Mohd. Salleh Hj. Din. (1999). Pembangunan pendidikan dan guna tenaga
bagi memenuhi keperluan agenda bumiputera. Kongres Ekonomi
Bumiputera Keempat. Kuala Lumpur.

Mohd. Salleh Hj. Din, Abu Bakar Hamed, Shahrol Aman Ahmad &
Azahari Ramli. (2003). Keusahawanan. Universiti Utara Malaysia,
Sintok: Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan.

Mustafa Haji Daud. (1994). Pekerjaan dan perusahaan menurut Islam. Kuala
Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Nor Aishah Buang. (2002). Asas keusahawanan, siri pengurusan Fajar Bakti.
Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Pinson, L. & Jinnett, J. (1993). The home-based entrepreneur: The complete guide
to working at home. New York: Upstart.

Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia. (MEDEC). (1998).


Keusahawanan. MEDEC.

Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC). (2000). Asas


keusahawanan. Shah Alam: Universiti Teknologi MARA.

Roberta, S. R. & Bernard, W. T. (2003). Operation management. New York:


Prentice Hall.

Robinson, P.B., Stimpson, D.V., Huefner, J.C., Hunt, H.K. (1991). An


attitude approach to the prediction of entrepreneurship: Theory and practice,
15(4), 13-33.

Sahlman, W.A. (1999). Harvard business review on entrepreneurship. Harvard


Business School Press.

Scarborough, N.M. & Zimmerer, T.W. (2002). Effective small business


management (6th ed.). New Jersey-Prentice Hall Inc.

Shaari A Hamid, Yaakob Ibrahim & Badriyah Minai. (1999). Menguruskan


perniagaan (2nd ed.). Kuala Lumpur: Institut Pengurusan Malaysia.

183
Shamsudin Hitam. (1999). Pencapaian bumiputera dalam bidang
ekonomi. Kongres Ekonomi Bumiputera Keempat. Kuala Lumpur.

Shapero, A. & Sokol, L. (1982). The social dimensions of


entrepreneurship. In C. A. Kent (Eds.), Encyclopedia of
entrepreneurship. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall Inc.

Shaver, K.G. & Scott, L.R. (1991). Person, process, choice: The
psychology of new venture creation. Entrepreneurship Theory and
Practice. Winter.

Sheikh Ghazali Sheikh Abod. (1991). Pengurusan perniagaan Islam. Shah


Alam: Hizbi Sdn. Bhd.

Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa. (2002). Pengantar perniagaan
Islam. Kuala Lumpur: Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn Bhd.

Syed Muhamad Dawilah Al-Edrus. (1993). Epestimology Islam: Teori ilmu


dalam al- Quran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Teague, P. E. (2000). Technopreneurs. Design News, 55 (14), 9.

Timmons, J. A. (1999). New venture creation: entrepreneurship for the 21st century
(5th ed.). Singapore: McGraw-Hill.

Ven de Ven, A. (1993). The development of an infrastructure for


entrepreneurship. Journal of Business Venturing, May.

Wan Azmi Wan Omar. (1996). Pengurusan Islam abad ke-21. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Woodruffe, C. (1990). Assessment centers. London: Institute of Personnel


Management.

World population. (July, 2002). New York: United Nations Statistical


Office, United Nations.

Zimmerer, T.W., & Scarborough, N.M. (1996). Entrepreneurship and the


new venture formation. Prentice Hall International Inc.

Zimmerer, T.W., & Scarborough, N.M. (1998). Essentials of entrepreneurship


and small business management (2nd ed.). Prentice Hall International
Inc.

184
LAMPIRAN A

JAWAPAN SOALAN PENILAIAN KENDIRI

BAB 4

1. Pada tahun-tahun awal pembangunan projek Genting, Tan Sri


Lim Goh Tong mengaku bahawa beliau tidak mendapat
keuntungan, bahkan beliau terpaksa menjual sebahagian besar
asetnya iaitu tanahnya seluas 2,000 ekar di Segamat, Johor,
dengan harga 2.5 milion ringgit untuk membiayai kos yang
diperlukan. Semasa pembinaan dijalankan, beliau telah
menghdapi tiga masalah besar, iaitu masalah pembinaan jalan
raya, masalah elektrik, dan masalah bekalan air. Masalah-masalah
ini timbul akibat daripada kedudukan puncak pergunungan yang
tinggi itu. Adalah amat sukar bagi projek pembinaan dijalankan
kerana masalah kedudukan gunung yang tinggi itu.

2. Masalah utama yang dihadapi ialah masalah pembinaan jalan raya


berikutan masalah bekalan elektrik dan masalah air. Masalah
pembinaan jalan raya haruslah diselesaikan terlebih dahulu
kemudian barulah masalah elektrik dan masalah bekalan air dapat
diatasi. Pada waktu itu, Jabatan Kerja telah merancang untuk
mendirikan sebuah menara telekomunikasi di pertengahan bukit.
Tan Sri Lim Goh Tong telah mencadangkan untuk mendirikan
menara telekomunikasi itu di puncak seiring dengan projek beliau
untuk membangunkan kawasan itu. Kerajaan telah bersetuju
dengan cadangan beliau malah memberikan subsidi kepada
beliau untuk menyiapkan pembinaan jalan raya tersebut tetapi
dengan syarat beliau mesti menyiapkan pembinaan jalan raya itu
dalam masa tiga tahun daripada yang masa yang dijangkakan oleh
Tan Sri Lim Goh Tong iaitu selama enam tahun. Oleh itu, jalan
perlu dibina untuk membangun dan membuka kawasan Gunung
Ulu Kali. Akhirnya pada 30 Jun tahun 1972, fasa pertama
Genting Highland telah siap dibina. Hotel pertama telah
dirasmikan oleh Sultan Pahang pada ketika itu.

BAB 5

1. Idea-idea bergeliga diperlukan oleh seseorang usahawan untuk


menghasilkan sesuatu produk, perkhidmatan atau proses baru.
Antara sumber-sumber inovasi adalah seperti berikut:

185
(a) Perubahan ciri demografi

Perubahan ciri demografi dari segi umur, tahap pendidikan,


jenis pekerjaan dan lokasi geografi boleh menjadi sumber
inovasi bagi seseorang usahawan. Peralihan ciri-ciri
demografi dalam masyarakat masa kini mewujudkan banyak
peluang baru kepada bidang keusahawanan.

(b) Kejadian yang tidak dijangka

Kadang-kadang usahawan mendapat sumber inovasinya


apabila dirancang. Keadaan ini berlaku apabila tumpuan
yang diberikan kepada sesuatu perkara penting tetapi yang
timbul adalah idea sampingan yang juga boleh
dimanfaatkan.

(c) Perubahan pasaran dan industri

Perubahan cita rasa pengguna, kemajuan dalam teknologi


dan pertumbuhan industri telah menyebabkan peralihan
yang berterusan dalam pasaran. Pasaran dan industri
sentiasa mengalami perubahan dalam struktur, reka bentuk
dan lain-lain.

(d) Konsep berasaskan pengetahuan

Pada zaman teknologi ini, setiap hari terdapat ciptaan baru.


Dalam hal ini, rekaan baru memainkan peranan penting di
mana ia merupakan salah satu jenis inovasi. Rekaan baru
adalah berasaskan pengetahuan. Biasanya, ia dilakukan oleh
pakar-pakar dalam bidang tertentu seperti kejuruteraan,
automobil dan telekomunikasi untuk menghasilkan produk
yang merupakan pemikiran dan pengetahuan baru.

BAB 6

1. Usahawan perlu mengkaji persekitaran sebelum membuat


keputusan tentang penubuhan atau pengembangan usaha teroka
kerana daripada persekitaran, usahawan dapat mencari
maklumat-maklumat penting bagi membantu mereka membuat
keputusan tentang aktiviti keusahawanan. Daripada persekitaran
juga, usahawan dapat mengintai dan merebut peluang-peluang
dan mengenal pasti ancaman yang wujud sebelum merangka
strategi perniagaan. Selain itu, daripada persekitaran juga
usahawan dapat mengetahui sumber-sumber yang boleh

186
memberinya idea perniagaan yang baru seperti pelanggan,
produk/syarikat sedia ada, saluran pengedaran dan lain-lain lagi.

2. Persekitaran luaran umum mempengaruhi keputusan dan aktiviti-


aktiviti usahawan secara tidak langsung. Manakala persekitaran
luaran khusus dan persekitaran dalaman mempengaruhi
usahawan secara langsung.

3. Sila rujuk Rajah 6.1 yang menerangkan tentang komponen-


komponen persekitaran.

BAB 7

A. Soalan Objektif:

1. C
2. A
3. C

B. Soalan Esei:

1. Antara kebaikan strategi mengambil alih perniagaan sedia ada


ialah

(i) Pasaran yang telah tersedia ada - usahawan tidak perlu


lagi mencari pasaran baru iaitu pelanggan baru untuk
pastikan penerimaan perniagaannya. Sokongan berterusan
daripada pelanggan sedia ada akan memastikan
keuntungan perniagaan.

(ii) Reputasi perniagaan yang baik - satu kelebihan jika


mengambil alih perniagaan yang telah dikenali ramai.
Pelanggan telahpun mengetahui perniagaan tersebut,
maka ini akan menjimatkan belanja usahawan
terutamanya daripada segi promosi.

(iii) Telah ada pekerja-pekerja yang mahir ketika usahawan


mengambilalih perniagaan itu, maka memudahkan dan
mengurangkan kos usahawan untuk melatih pekerja-
pekerja baru memandangkan pekerja merupakan aset
paling penting syarikat, terutamanya bagi perniagaan yang
memerlukan pekerja berkemahiran untuk beroperasi
seperti bengkel kereta, bengkel membaiki alat-alat elektrik
dan sebagainya.

187
2. Apabila sesuatu idea muncul ia memerlukan kepada penapisan
dan pembangunan yang berterusan agar produk atau
perkhidmatan tersebut mempunyai nilai dan boleh ditawarkan
kepada pasaran. Proses ini dikenali sebagai perancangan dan
pembangunan serta memerlukan penilaian kriteria yang
menyeluruh bagi setiap peringkat pembangunan produk. Proses
ini juga melibatkan kitaran hayat produk iaitu peringkat-peringkat
yang harus dilalui oleh sesuatu produk atau perkhidmatan
bermula dari peringkat pengenalan sehinggalah kepada peringkat
penurunan.

Proses perancangan dan pembangunan produk melibatkan lima


peringkat iaitu

(a) Peringkat idea


(i) Penilaian terhadap idea-idea dibuat dan hanya idea yang
praktikal dan boleh dimajukan saja akan dibincangkan
dengan lebih mendalam. Ini membolehkan organisasi
menggunakan sumber dengan maksimum.
(ii) Satu kaedah penilaian yang digunakan dengan jayanya pada
peringkat ini ialah senarai semakan penilaian pasaran
sistematik, di mana setiap idea produk baru dinyatakan
dalam bentuk nilai utamanya, merit dan faedah-faedah.
(iii) Pelanggan akan diberi satu senarai nilai produk-produk
baru yang perlu dipilih sama ada boleh dimajukan atau
tidak. Syarikat dapat menguji banyak alternatif idea produk
baru menggunakan kaedah penilaian ini. Maka idea yang
boleh dimajukan boleh terus dibangunkan dan sumber
organisasi dapat digunakan dengan sebaik mungkin.
(iv) Amat penting untuk menentukan keperluan kepada produk
baru dan nilai produk tersebut kepada syarikat. Jika tiada
keperluan terhadap produk yang dicadangkan, atau idea
produk baru tidak mempunyai nilai atau faedah kepada
syarikat pembangunan tidak perlu diteruskan.
(v) Keperluan kepada produk baru dapat ditentukan dengan
lebih efektif dengan mentakrifkan potensi keperluan
pasaran dalam bentuk penentuan masa, kepuasan,alternatif,
faedah dan risiko, jangkaan masa depan, ciri-ciri prestasi
produk, saiz dan struktur pasaran dan keadaan ekonomi.
(vi) Bagi menentukan nilai produk baru kepada syarikat, satu
senarai rujukan nilai boleh digunakan.

188
(b) Peringkat konsep
(i) Selepas idea produk baru dikenal pasti di peringkat idea
sebagai berpontensi untuk dimajukan, ia perlu dibangunkan
dan disaring melalui interaksi dengan pengguna.
(ii) Pada peringkat ini idea yang telah disaring diuji bagi
menentukan penerimaan pengguna tanpa melibatkan kos
pengilangan produk secara fizikal.
(iii) Respon atau reaksi awal terhadap konsep ini diperolehi
daripada bakal pengguna atau ahli-ahli saluran pengedaran
yang berkenaan. Salah satu kaedah mengukur penerimaan
pengguna ialah melalui temu duga dengan responden yang
dipilih. Mereka akan didedahkan kepada kenyataan yang
menggambarkan ciri-ciri dan sifat fizikal idea produk.
(iv) Jika terdapat produk pesaing, ia boleh dibandingkan dengan
ciri-ciri utama produk pesaing yang telah wujud. Dengan
menganalisis maklum balas daripada responden ciri-ciri
produk yang disukai dan yang tidak disukai boleh dikenal
pasti. Maka ciri-ciri yang disukai tadi boleh dimasukkan
dalam idea produk baru.

(c) Peringkat pembangunan produk


(i) Pada peringkat ini reaksi pengguna terhadap produk fizikal
ditentukan. Salah satu kaedah yang digunakan pada
peringkat ini ialah menggunakan panel pelanggan, di mana
sekumpulan bakal pengguna diberikan sampel produk
untuk dicuba.
(ii) Pengguna yang dipilih akan menyimpan rekod penggunaan
produk tersebut dan membuat komen tentang kelebihan
dan kekurangan produk.
(iii) Panel bakal pelanggan juga boleh diberikan sampel produk-
produk pesaing serentak dengan sampel produk yang
hendak dinilai.

(d) Peringkat ujian pemasaran


(i) Walaupun hasil di peringkat pembangunan produk
menyediakan asas kepada rancangan pemasaran, ujian
pasaran boleh dijalankan bagi meningkatkan lagi keyakinan
terhadap kejayaan di peringkat pengkomersialan.
(ii) Langkah terakhir dalam proses penilaian di peringkat ujian
pemasaran akan memberikan hasil sebenar jualan, iaitu ia
akan menunjukkan tahap penerimaan pengguna.
(iii) Hasil keputusan ujian yang positif menunjukkan darjah
kebarangkalian kejayaan produk yang dilancarkan dan
pembentukan syarikat.

189
(e) Peringkat komersialisasi
(i) Merupakan peringkat terakhir dalam proses perancangan
dan pembangunan produk yang melibatkan kitaran hayat
produk.
(ii) Syarikat perlu pastikan bagaimana untuk mengkomersialkan
produk baru ini supaya tahap penurunan dalam kitaran
hayat produk boleh dielakkan atau dikurangkan.

BAB 8

1. Perniagaan mulai kukuh dan kurang ancaman.


2. Ciri-ciri usahawan.
3. Tidak terhad.
4. Dua orang.
5. Prospektus.

BAB 9

1. Rancangan Perniagaan akan memaksa seorang usahawan untuk


memikirkan secara sistematik mengenai konsep perniagaan yang
akan diceburi dan ini membantu menambahkan pengalaman
usahawan tersebut bagi menyediakan satu dokumen yang
komprehensif meliputi semua aspek yang perlu diketahui oleh
pembaca. Rancangan Perniagaan diperlukan kerana jika
seseorang usahawan tersilap langkah menjalankan perniagaan
tanpa Rancangan Perniagaan, ia akan mengakibatkan
perbelanjaan kos yang tinggi dan mungkin menyebabkan
kerugian yang besar kepada perniagaan tersebut.

2. Rancangan pemasaran menjelaskan secara terperinci mengenai


strategi produk atau perkhidmatan, perletakan harga, pengedaran
serta promosi yang akan dilakukan oleh usahawan terhadap usaha
niaga tersebut.

3. Langkah-langkah yang boleh dilakukan ialah usahawan itu perlu


mengenal pasti potensi risiko yang akan dialaminya dalam
perniagaan. Langkah kedua ialah perbincangan mengenai hal-hal
yang mungkin berlaku sekiranya risiko menjadi kenyataan. Akhir
sekali, strategi bagi menghalang, meminimun atau bertindak balas
perlu dibincangkan.

190
BAB 11

(a) Pengeksportan

Cara yang paling mudah dan selamat untuk berkembang ke pasaran


antarabangsa ialah melalui strategi eksport. Melalui kaedah ini, produk
keluaran tempatan dihantar ke destinasi luar negara untuk pengguna
pasaran antarabangsa. Melalui kaedah ini, firma tempatan dapat
meningkatkan kadar pengeluaran untuk memenuhi permintaan pasaran
antarabangsa. Risiko yang ditanggung oleh firma yang menggunakan
strategi adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan kaedah lain.

(b) Pengimportan

Seseorang usahawan atau firma boleh mengimport produk keluaran


negara asing untuk dijual di pasaran tempatan. Strategi pengimportan ini
sudah lama digunakan oleh usahawan tempatan oleh kerana pada masa
dulu, Malaysia tidak mempunyai kebolehan atau kilang yang boleh
mengeluarkan produk keperluan pengguna tempatan. Produk yang
memerlukan teknologi yang tinggi seperti kereta, kereta api, kapalterbang,
berbagai jenis jentera, bahan-bahan dan peralatan perubatan masih perlu
diimport. Selain dari itu produk seperti susu, keju, binatang ternakan dan
buah-buah seperti epal, anggur dan limau terpaksa diimport oleh firma
tempatan.

(c) Pertukaran barang dengan barang (barter trade)

Pertukaran barang dengan barang atau perkhidmatan adalah satu lagi cara
menjalankan perdagangan dengan negara asing. Malaysia menggunakan
strategi menukar minyak kelapa sawit dengan jagung dan gandum dengan
negara China. Malaysia juga membeli kapal terbang perang buatan Rusia
dengan membayar sebahagian daripada pembelian itu dengan minyak
sawit.

(d) Usaha sama

Strategi usaha sama melibatkan dua atau lebih firma bergabung untuk
mewujudkan satu entiti baru di pasaran antarabangsa. Firma yang
menggunakan strategi ini akan berusaha sama untuk mengendalikan
suatu entiti ekonomi atau firma yang baru. Ini bermaksud, firma yang
terlibat akan dapat bergabung, mengumpul dan menggunakan segala aset,
premis, kepakaran, rangkaian perniagaan dan lain-lain kemudahan bagi
tujuan mengeluarkan produk dan perkhidmatan.

191
(e) Pelaburan langsung

Kaedah ini melibatkan pelaburan oleh sesebuah firma luar negeri ke atas
firma atau loji pengeluaran di sesebuah negara. Ada dua faktor yang
menyokong penggunaan kaedah ini. Faktor pertama ialah wujudnya
halangan perdagangan atau larangan pengimpotan produk tertentu.
Larangan ini akan menyebabkan kos pengeksportan meningkat atau tidak
dapat dijalankan. Faktor kedua ialah kemungkinan negera asing
memberikan insentif kepada firma dari luar negeri yang melabur di
negara berkenaan.

(f) Pelesenan

Ada sesetengah usahawan atau firma akan menerokai pasaran


antarabangsa dengan memberikan lesen kepada firma di pasaran asing.
Dengan membayar royalti atau yuran yang dipersetujui oleh kedua-dua
pihak yang terlibat, firma yang mendapatkan lesen sebegini boleh
mengeluar, mengedar dan menjual perkhidmatan serta produk dengan
menggunakan paten, jenama, nama dagangan, hak cipta, teknologi,
kaedah atau logo syarikat asal.

(g) Francais antarabangsa

Dalam sistem perniagaan francais, sesebuah syarikat yang digelar


francaisor akan memberi satu lesen kepada francaisi untuk
mengendalikan format perniagaan yang sama, seperti dengan firma
induknya. Dengan membayar yuran francais dan juga royalti, francaisi
akan diberikan satu pakej atau format perniagaan yang lengkap. Ini
termasuklah tanda niaga atau logo, jenama, sistem pengurusan,
perakaunan, promosi dan pengiklanan. Francaisi juga diberi latihan yang
lengkap supaya mereka dapat mengendalikan perniagaan secara sendiri.
Selain itu, francaisor juga memberi sokongan, penyeliaan dan
pengawasan ke atas operasi perniagaan francaisi sepanjang tempoh
perjanjian francais berkenaan.

192
LAMPIRAN B1
SOAL SELIDIK PENILAIAN DIRI

PEMARKAHAN SOAL SELIDIK PENILAIAN DIRI

ARAHAN:

1. Masukkan skala penilaian bagi tiap-tiap pernyataan di dalam


ruang kosong di atas nombor balingan pernyataan-pernyataan
tersebut. Nombor bilangan pernyataan disusun mengikut
urutannya ke bawah dalam tiap-tiap baris

2. Jumlahkan nilai-nilai skala untuk tiap-tiap kompetensi mengikut


tanda tolak dan campurnya.

3. Tolakkan jumlah skor tiap-tiap kompetensi dengan Angka Faktor


Pembetulan (iaitu jumlah skor untuk (14) - (28) – (42) – (56) +
18 = faktor pembetulan ialah seperti berikut:

FAKTOR PEMBETULAN ANGKA PEMBETULAN

24 – 25 7
22 – 23 5
20 – 21 3
Bawah 20 0

193
SOAL SELIDIK PENILAIAN DIRI

Arahan: Bagi setiap pernyataan di bawah, sila pilih salah satu daripada
nilai skala di bawah ini yang dapat memperihalkan diri anda.

5 - Amat tepat sekali


4 - Memperihalkan dengan baik
3 - Lebih kurang begitu
2 - Kurang tepat
1 - Tidak berkaitan

Tuliskan nilai yang telah dipilih di sebelah kanan tiap-tiap soalan.

1. Saya mencari perkara-perkara yang hendak disiapkan.

2. Saya suka kepada cabaran dan peluang-peluang baru.

3. Bila berhadapan dengan masalah yang rumit, saya


akan memberikan banyak masa untuk
menyelesaikannya.

4. Saya banyak mengumpulkan maklumat apabila


memulakan sesuatu projek yang baru.

5. Saya merasa gelisah apabila sesuatu tidak berjalan


dengan lebih baik.

6. Saya akan memberikan segala tumpuan ke atas kerja


saya.

7. Saya akan mencari cara-cara untuk membuat kerja


dengan lebih cepat.

8. Cara saya merancang projek yang besar ialah


memecahkannya kepada kerja-kerja kecil.

9. Saya memikirkan penyelesaian yang unik untuk


masalah-masalah.

10. Saya berasa yakin yang saya akan berjaya di dalam apa
yang saya cuba lakukan.

194
11. Saya akan memberitahu pekerja saya apabila
pekerjaan mereka tidak dibuat seperti yang
dijangkakan.

12. Saya akan mendapatkan orang lain untuk menyokong


cadangan-cadangan saya.

13. Sata akan mengatur strategi-strategi untuk


mempengaruhi orang lain.

14. Tidak kira dengan siapa saya bercakap, saya adalah


seorang pendengar yang baik.

15. Saya membuat kerja yang patut dilaksanakan sebelum


diminta berbuat demikian oleh orang lain.

16. Saya lebih suka kepada aktiviti-aktiviti yang saya tahu


dah selasa bagi saya.

17. Saya akan cuba beberapa kali untuk mendapatkan


orang lain membuat apa yang ingin saya lakukan.

18. Saya akan mendapatkan nasihat daripada orang yang


tahu berkenaan dengan masalah yang sedang saya
hadapi.

19. Amatlah mustahak bagi saya membuat kerja-kerja


bermutu tinggi.

20. Saya bekerja lewat dan membuat pengorbanan diri


untuk menyiapkan kerja dalam masa yang ditentukan.

21. Saya tidak pandai menggunakan masa saya dengan


baik.

22. Saya akan fikirkan tentang kebaikan dan keburukan


berkenaan cara-cara yang berlainan untuk
melaksanakan sesuatu kerja.

23. Saya memikirkan banyak idea-idea baru.

24. Saya akan menukar fikiran saya jika ramai yang tidak
bersetuju dengan saya.

195
25. Jika saya marah (ataupun) berduka dengan seseorang,
saya akan beritahu orang yang berkenaan.

26. Saya mempengaruhi orang lain tentang idea-idea saya.

27. Saya tidak menggunakan banyak masa berfikir


bagaimana cara untuk mempengaruhi orang lain.

28. Saya merasa tidak puas hati apabila saya tidak dapat
apa yang saya kehendaki.

29. Saya membuat sesuatu kerja sebelum ianya jelas yang


ia benar-benar mesti dilakukan.

30. Saya mengenal pasti peluang-peluang membuat kerja-


kerja baru.

31. Bila sesuatu perkara merintangi apa yang hendak saya


lakukan, saya akan cuba laksanakan apa yang saya
mahu.

32. Saya bertindak tanpa merujuk kepada maklumat-


maklumat.

33. Pekerjaan yang saya lakukan adalah lebih baik


daripada orang lain yang bekerja bersama saya.

34. Saya akan membuat apa saja untuk menyiapkan


sesuatu kerja.

35. Saya merasa gelisah apabila masa terbuang begitu


sahaja.

36. Saya cuba memikirkan semua masalah yang saya


hadapi dan merancang bagaimana mengatasi masalah-
masalah berkenaan jika ia berlaku.

37. Bila saya telah memilih satu-satu pendekatann untuk


menyelesaikan masalah, saya tidak akan mengubah
pendekatan itu dengan yang lain pula.

38. Apabila mencuba sesuatu yang rumit dan mencabar,


saya merasa yakin yang saya akan berjaya.

196
39. Adalah sukar untuk saya mengarah orang membuat
kerja.

40. Saya mahukan orang lain melihat bagaimana saya


dapat melaksanakan apa yang telah saya rancang
untuk melakukannya.

41. Saya dapatkan orang-orang terkenal untuk menolong


saya mencapai matlamat.

42. Saya pernah mengalami kegagalan di masa lalu.

43. Saya bertindak sebelum saya pasti yang saya mesti


melakukannya.

44. Saya mencuba sesuatu yang baru dan berlainan


daripada apa yang saya lakukan dahulu.

45. Bila bersemuka dengan masalah yang rumit, saya


cepat-cepat lari kepada perkara yang lain.

46. Apabila membuat sesuatu projek untuk orang lain,


saya bertanyakan banyak soalan untuk memastikan
yang saya faham akan apa yang dikehendaki.

47. Apabila sesuatu yang sedang saya kerjakan ternyata


baik, saya tidak menggunakan lebih masa untuk
membuatnya lebih elok.

48. Apabila saya membuat sesuatu kerja untuk seseorang,


saya akan cuba sedaya upaya membuat orang itu
berpuas hati dengan kerja saya.

49. Saya mencari jalan membuat pekerjaan dengan kos


yang kurang.

50. Saya menyelesaikan masalah apabila ia timbul


daripada cuba menjangka kedatangan masalah itu.

51. Saya memikirkan berbagai-bagai cara untuk


menyelesaikan masalah.

52. Saya melakukan kerja yang berisiko.

197
53. Kalau saya tidak bersetuju dengan orang lain, saya
akan memberitahu mereka.

54. Saya bersifat mendesak dengan orang lain.

55. Untuk mencapai matlamat saya, saya memikirkan


penyelesaian yang memberi manfaat kepada setiap
orang yang terlibat dengan masalah itu.

56. Pernah terjadi di mana saya mengambil kesempatan


dengan orang lain.

57. Saya menunggu arahan daripada orang lain sebelum


mengambil apa-apa tindakan.

58. Saya mengambil kesempatan daripada peluang-


peluang yang timbul.

59. Saya mencuba beberapa cara untuk mengatasi


perkara-perkara yang menghalang dalam mencapai
matlamat saya.

60. Saya merujuk kepada beberapa sumber yang


berlainan untuk mendapat maklumat bagi
menyelesaikan masalah/projek.

61. Saya mahu syarikat saya menjadi syarikat yang terbaik


dalam kategorinya.

62. Saya tidak membiarkan kerja saya mengganggu


keluarga atau kehidupan peribadi saya.

63. Saya mendapat sepenuhnya faedah wang yang saya


ada untuk melaksanakan sesuatu projek atau tugas.

64. Saya mengambil pendekatan yang logikal dan


sistematik untuk sesuatu aktiviti.

65. Jikalau sesuatu pendekatan untuk mengatasi sesuatu


masalah itu tidak berhasil, saya memikirkan suatu
pendekatan yang lain pula.

66. Saya berpegang teguh dengan keputusan saya


walaupun orang lain tidak bersetuju langsung dengan
saya.

198
67. Saya memberitahu orang lain apa yang harus mereka
lakukan walaupun mereka tidak mahu membuatnya.

68. Saya idak boleh menukar fikiran orang yang


mempunyai pendapat atau idea yang teguh.

69. Saya cuba berkenalan dengan orang yang boleh


menolong saya mencapai matlamat.

70. Bila saya tidak mengetahui akan sesuatu, saya akan


mengakuinya.

199
200
LAMPIRAN B2
BORANG PROFIL KOMPETENSI KEUSAHAWANAN DIRI
PENILAIAN UNTUK SKOR ANGKA JUMLAH KOMPETENSI
PERNYATAAN PEMBETULAN SETELAH KEUSAHA-WANAN
PEMBETULAN
___ + ___ + ___ + ___+ ___ + 6 = _____ - __________ = ___________ Inisiatif
_
(1) (15) (29) (43) (57)
___ + ___ + ___ + ___+ ___ + 6 = _____ - __________ = ___________ Melihat dan
_ Merebut peluang
(2) (16) (30) (44) (58)
___ + ___ + ___ + ___+ ___ + 6 = _____ - __________ = ___________ Cekal
_
(3) (17) (31) (45) (59)
___ + ___ + ___ + ___+ ___ + 6 = _____ - __________ = ___________ Mencari maklumat
_
(4) (18) (32) (46) (60)
___ + ___ + ___ + ___+ ___ + 6 = _____ - __________ = ___________ Menitikberatkan
_ mutu kerja yang
(5) (19) (33) (47) (61) tinggi
___ + ___ + ___ + ___+ ___ + 6 = _____ - __________ = ___________ Komitmen terhadap
_ perjanjian kerja
(6) (20) (34) (48) (62)
___ + ___ + ___ + ___+ ___ + 6 = _____ - __________ = ___________ Orientasi ke arah
_ kecekapan
(7) (21) (35) (49) (63)
___ + ___ + ___ +___ + ___ + 6 = _____ - __________ = ___________ Membuat
_ perancangan yang
(8) (22) (36) (50) (64) sistematik
___ + ___ + ___ +___ + ___ + 6 = _____ - __________ = ___________ Penyelesaian
_ masalah
(9) (23) (37) (51) (65)
___ + ___ + ___ +___ + ___ + 6 = _____ - __________ = ___________ Keyakinan diri
_
(10) (24) (38) (52) (66)
___ + ___ + ___ +___ + ___ + 6 = _____ - __________ = ___________ Ketegasan
_
(11) (25) (39) (53) (67)
___ + ___ + ___ +___ + ___ + 6 = _____ - __________ = ___________ Kemampuan
_ meyakinkan orang
(12) (26) (40) (54) (68) lain
___ + ___ + ___ +___ + ___ + 6 = _____ - __________ = ___________ Mampu
_ menggunakan
strategi pengaruh

(13) (27) (41) (55) (69)


___ + ___ + ___ +___ + ___+ 6 = ___________ = FAKTOR PEMBETULAN
(14) (29) (42) (56) (70)

ARAHAN:
1. Masukkan skor setelah pembetulan untuk tiap-tiap kompetensi
ke dalam graf profil di bawah dengan menandakan “X” di atas
garisan melintang pada skor yang berkaitan, bertentangan dengan
satu-satu kompetensi itu.

2. Lukis garisan tebal di atas garisan melintang dari garisan tegak


“0” melalui tanda “X” yang telah anda lakukan. Misalnya, jika
skor untuk inisiatif ialah 19, melihat dan merebut peluang ialah
24, kecekalan ialah 16 dan seterusnya, tindakan seperti berikut:

201
0 5 10 15 20 25
Inisiatif
Melihat dan
merebut peluang
Kecekalan

0 5 10 15 20 25
1. Inisiatif
2. Melihat dan merebut peluang
3. Kecekalan
4. Mencari maklumat
5. Menitikberatkan mutu kerja yang tinggi
6. Komitmen kepada perjanjian kerja
7. Orientasi ke arah kecekapan
8. Membuat perancangan yang sistematik
9. Penyelesaian masalah
10. Keyakinan diri
11. Ketegasan
12. Kemampuan meyakinkan orang lain
13. Kemampuan menggunakan strategi
pengaruh

Sumber: Pusat Pembangunan Usahawan (MEDEC). (2002). Asas keusahawanan.


MEDEC.

202

You might also like