You are on page 1of 35

ZM ENTERPRISE

1.0 Pengenalan Perniagaan

Kumpulan kami telah bercadang untuk menjalankan perniagaan menjual sarung dan
bantal kusyen yang bercorak batik. Pada zaman moden ini, produk bercorak batik merupakan
pilihan kepada semua orang. Kebanyakkan orang, terutamanya golongan berada menempah dan
membeli sarung dan bantal kusyen bercorak batik sabagai hiasan pada kerusi mereka dan dalam
kereta mereka.

Masyarakat kini sentiasa meminati pakaian atau fabrik yang bercorak batik kerana
penggunaan corak batik menampakkan pengguna lebih elegen dan bergaya, maka syarikat kami
telah mengeluarkan produk sarung dan bantal kusyen yang dapat memenuhi permintaan
pengguna dalam menyediakan sarung dan bantal kusyen. Produk ini menggunakan fabrik yang
bermutu tinggi dan hiasan tambahan yang dijahit menggunakan tangan bagi mencantikkan dan
mengukuhkan lagi jahitan.

Kami telah menyediakan 3 jenis produk iaitu produk pertama ialah sarung bantal kusyen
yang menggunakan fabrik bercorak batik, produk kedua ialah produk yang menggunakan fabrik
tanpa corak batik tetapi dihias bercorak batik dengan menggunakan bahan hiasan dan produk
ketiga adalah bantal kusyen yang pelbagai bentuk mengikut citarasa pelanggan. Disamping itu,
kami juga menjual bahan-bahan hiasan pada fabrik dan fabrik yang bercorak batik.

Kami akan mengutamakan dua aktiviti iaitu produk dan perkhidmatan. Perkhidmatan
yang akan diberikan adalah memberi nasihat tentang fesyen atau rekaan yang sesuai dengan
bentuk sarung bantal kusyen dan menerima tempahan menjahit sarung bantal kusyen yang
dikehendaki pelanggan. Bagi produk pula kami menyediakan pelbagai bentuk dan rekaan sarung
dan bantal kusyen yang menarik dengan harga yang berpatutan.

1
ZM ENTERPRISE

2.0 Nama Dan Alamat Perniagaan

Nama syarikat kami ialah ZM Enterprise. Penggunaan ZM Enterprise akan tertera pada
label yang terdapat pada sarung bantal kusyen yang sayrikat kami keluarkan. Objektif syarikat
kami adalah untuk memberi jaminan kepada pelanggan berpuas hati dengan kualiti jahitan yang
syarikat kami lakukan. Perniagaan kami akan beroperasi di Bandar Marang Terengganu. Tujuan
kami beroperasi perniagaan kami di sana kerana populasi orang di sana banyak.
Kebanyakkannya adalah terdiri daripada golongan kaya dan golongan yang bekerja serta
berkereta. Terdapat juga di pusat peranginan dan hotel.

3.0 Tujuan Penyediaan Rancangan

Tujuan utama rancangan diperlukan adalah untuk memberi keterangan atau maklumat
berkenaan dengan sebuah perniagaan yang hendak dijalankan dan dilaksanakan. Selain itu,
dengan adanya rancangan perniagaan yang terperinci, ini akan meyakinkan para pihak yang
bekerjasama dengan syarikat kami, termasuk pihak pemiutang iaitu institusi kewangan dan pihak
pembekal bahan mentah bahawa perniagaan yang akan dijalankan dapat dimajukan dan dapat
diusahakan. Dengan penyelidikan terhadap saiz pasaran dan persaingan yang dihadapi, syarikat
boleh menyediakan rancangan yang sepatutnya untuk menghadapi saingan di pasaran. Di
samping itu, rancangan perniagaan ini juga dapat dijadikan sebagai alat untuk mempromosikan
produk yang dihasilkan oleh sesebuah organisasi. Selain itu, rancangan perniagaan juga dapat
membantu pemilik perniagaan mengenalpasti keberkesanan perniagaan yang dijalankan olehnya.

Tujuan penyediaan rancangan ini dan pihak yang memerlukannya.

 Usahawan
 Pembekal
 Institusi kewangan atau pelabur
 Kakitangan

2
ZM ENTERPRISE

Usahawan

Usahawan untuk membolehkannya memahami projek atau perniagaan yang mendalam.


Rancangan ini boleh memberi rujukan kepada usahawan untuk menguruskan perniagaan tersebut
dan tujuan pelaburan dan pembiayaan.

Pembekal

Rancangan perniagaan yang terperinci memberikan keyakinan kepada pembekal yang


bekerjasama dengan syarikat. Dengan itu, kami boleh mendapat bekalan dan bahan yang
diperlukan secara kredit.

Institusi kewangan atau pelabur

Rancangan perniagaan disediakan kepada institusi kewangan adalah untuk memantapkan


permohonan bagi pembiayaan projek melalui pinjaman, skim khas atau mendapatkan rakan
kongsi pelaburan tambahan untuk perniagaan yang dijalankan.

Kakitangan

Rancangan perniagaan mendedahkan kakitangan syarikat dengan arah tujuan syarikat, oleh itu,
kakitangan mempunyai matlamat yang jelas untuk membantu syarikat mencapai objektif yang
ditetapkan.

3
ZM ENTERPRISE

4.0 Latar Belakang Perniagaan

Nama Perniagaan: ZM Enterprise

Alamat Perniagaan: No 13, Bangunan Mara, Bandar Marang, 21600 Marang, Terengganu

Alamat surat Menyurat: ZM Enterprise, No 13, Bangunan Mara, Bandar Marang, 21600 Marang,
Terengganu

No telefon: 09-6182223/09-6182224

Bentuk syarikat: Perkongsian

Kegiatan utama: Menjual produk sarung dan bantal kusyen

Tarikh mulakan perniagaan: 17 Oktober 2013

Tarikh pendaftaran: 14 Ogos 2013

Nombor pendaftaran: PG0036918-W

Modal permulaan : RM 300,000.00

Nama bank: CIMB Bank

Jenis Akaun: Akaun semasa

Nombor akaun Syarikat: 2009203698710170

Syarikat kami adalah berbentuk perkongsian yang terdiri daripada 2 orang pekongsian.
Kedua-dua daripada kami bukan sahaja merupakan pekongsi kepad syarikat tetapi juga
merupakan orang yang bertugas dalam bahagian pentadbiran, pengeluaran, kewangan dan
pemasaran. Syarat-syarat perkongsian yang akan dipersetujui oleh kami adalah tertakluk kepada
Akta Perkongsian 1967. Dalam aspek modal permulaan, modal yang diperlukan adalah sejumlah
RM300,000.00.

4
ZM ENTERPRISE

Oleh kerana syarikat kami merupakan syarikat yang bermodal kecil maka setiap pekongsi akan
mengeluarkan wang simpanan sendiri atau bantuan ahli keluarga untuk memulakan perniagaan
ini.

4.1 Senarai kakitangan pengurusan

Nama Jawatan Bil


Muhd Zulkifli Bin Hamzah Pengurus besar, pentadbiran dan Operasi 1
Mastura `Aqasiah binti Muktar Pengurus Kewangan dan Pemasaran 1

4.2 Latar belakang pemilik (rakan kongsi)

4.2.1 Latar belakang rakan kongsi 1

Jawatan : Pengurus Besar, Pentadbiran dan Operasi

Nama penuh: Muhd Zulkifli Bin Hamzah

No I/C : 871017-11-5553

Tarikh lahir: 17 Oktober 1987

Umur : 26 tahun

Jantina : Lelaki

Alamat Tetap : Lot 1353 Kg Telaga Batu, 21600 Marang Terengganu.

No Telefon: 013-333888

Taraf Perkahwinan : Bujang

Kursus Yang Pernah Dihadiri : seminar keusahawanan, sesi motivasi francaisi-francaisor,


bengkel perdagangan, kursus pengurusan syarikat, seminar pembuatan, seminar pengurusan
pengeluaran operasi, kursus kualiti barangan.

5
ZM ENTERPRISE

Pengalaman: ketua pentadbiran, pengarah eksekutif,penolong pengarah eksekutif, Penolong


penyelia, pembantu penolong operasi.

Modal sumbangan : RM 150,000.00

4.2.2 Latar belakang rakan kongsi 2

Jawatan : Pengurus Kewangan dan Pemasaran

Nama penuh : Mastura `Aqasiah binti Muktar

No I/C : 890621 – 06 – 5558

Tarikh lahir: 21 Jun 1989

Umur : 24 tahun

Jantina : Perempuan

Alamat Tetap : No. 342 Blok C, Bukit Kechil,Kuala Terengganu.

Telefon: 013 - 9177777

Taraf Perkahwinan : Berkahwin

Kursus Yang Pernah Dihadiri : seminar keusahawanan, kurus kewangan syarikat, seminar
perdagangan, bengkel pemasaran, kursus pelanggan dan pengguna

Pengalaman: pengurus kewangan, juruaudit, Wakil jualan, eksekutif pemasaran

Modal sumbangan : RM 150,000.00

6
ZM ENTERPRISE

5.0 Latar Belakang Projek

5.1 Lokasi tapak projek

Alamat: ZM Enterprise, No 13, Bangunan Mara, Bandar Marang, 21600 Marang,


Terengganu

7
ZM ENTERPRISE

5.2 Bangunan-pelan lantai

8
ZM ENTERPRISE

6.0 Rancangan Pemasaran

6.1 Analisa pasaran

Konsep utama syarikat kami adalah berdasarkan keutamaan dan keperluan pelanggan. Selain tiu,
syarikat juga mementingkan persaingan yang sedia ada dalam pasaran. Oleh itu, rancangan
pemasaran syarikat kami juga mengambil faktor persaingan yang wujud dalam pasaran,
perniagaan ini berpotensi di kawasan ini sebab terdapat bilangan yang sedikit di kawasan ini.
Oleh itu, persaingan adalah terhad dan perniagaan ini mempunyai potensi yang cerah untuk
berkembang di kawasan ini.

9
ZM ENTERPRISE

6.2 Bentuk pasaran

Aktiviti perniagaan dan perkhidmatan:

 Penjualan pelbagai rekabentuk bantal dan sarung bantal kusyen.

 Perkhidmatan tempahan rekabentuk sarung bantal kusyen pelanggan

 Memberi nasihat dan pereka fesyen pelanggan tetap.

Potensi perniagaan

 Tren pasaran

Pasaran produk bantal dan sarung bantal kusyen yang semakin meningkat di
Malaysia telah menjadi salah satu sebab wujudnya produk sayrikat kami. Kami juga
menyedari potensi yang sedia ada di dalam perniagaan ini kerana terdapat permintaan
yang tinggi terhadap produk bantal dan sarung bantal kusyen yang bersesuaian dan
memberi satu kepuasan kepada pengguna.

Dalam menentukan tren pasaran untuk memasarkan produk ini, kami akan
memberi tumpuan kepada pasaran di Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun dan
Kuantan pada permulaannya. Setelah perniagaan ini mencapai peringkat yang lebih
stabil, kami akan mengembangkan skop pasaran yang lebih luas dan bercadang untuk
membuka cawangan di lokasi yang berlaianan jika keadaan membenarkan syarikat
berbuat demikian. Syarikat kami juga berhasrat akan mengembangkan pasaran sehingga
peringkat antarabangsa.

 Jangkaan permintaan dan tren permintaan yang memberangsangkan

Secara umumnya, permintaan terhadap produk sayrikat kami iaitu rekabentuk


baru batanl dan sarung bantal kusyen dijangka akan mengalami peningkatan. Keadaan ini
adalah selaras dengan perubahan zaman iaitu zaman sekarang menekankan keunikan
rekabentuk bantal dan sarung bantal kusyen untuk keselesaan dan kecantikan hiasan

10
ZM ENTERPRISE

mereka. Para pemilk kereta juga sudah meminta untuk menyediakan bantal dan sarung
bantal kusyen yang sesuai untuk diletakkan dalam kereta mereka.

 Perubahan demografi penduduk

Dengan bertambahnya saiz penduduk dan lebih ramai pemilik kereta dan
penghuni rumah yang berkeluarga pada zaman sekarang, maka bertambahlah permintaan
ke atas produk keluaran syarikat kami ini terutamanya produk yang dijamin berkualiti
dan bertepatan dengan kehendak pengguna. Oleh itu, perniagaan ini mat berpotensi untuk
dikembangkan.

 Keadaan ekonomi yang baik dan berkemampuan setiap individu

Harga produk keluaran sayrikat kami adalah berpatutan dan para pengguna adalah
berkeupayaan membeli. Di samping itu, sayrikat kami juga terpaksa bertukar-tukar
maklumat dan mendapatkan informasi terkini seperti majalah-malajah dekorasi dan buku-
buku rekabentuk kerusi terkini sebagai panduan kepada sayrikat kami untuk
menghasilkan produk yang seiring dengan kemajuan rekabentuk kerusi mengikut
kehendak pengguna.

6.3 Aktiviti perniagaan dan perkhidmatan

Produk keluaran dapat dibahagikan kepada dua jenis dan harganya dapat dilihat
dalam jadual di bawah :

Produk Harga(RM)/1unit

Bantal kusyen 15

Sarung bantal kusyen 35

Jumlah 50

11
ZM ENTERPRISE

6.4 Pelanggan

Sasaran pelanggan syarikat adalah:

 Pemilik kereta

 Penghuni rumah yang berkeluarga

 Pejabat kerajaan dan swasta

 Pengeluar perabot kerusi

 Hotel dan pusat peranginan

6.5 Saiz pasaran

Terdapat lebih kurang 5 ribu penduduk yang berkeluarga, 10 ribu pemilik kereta,
30 syarikat dan pejabat dan 10 pengeluar perabot kerusi.

6.6 Pesaing sedia ada

Nama syarikat pesaing Kekuatan/kelebihan Kelemahan/keburukan

RY Design Mempunyai rekabentuk yang Jauh dari Bandar (lokasi tidak


pelbagai dan fabrik yang strategik) dan harga produk
berkualiti tinggi serta mahal.
peralatan yang sempurna.

6.7 Penyediaan ramalan jualan

Bulan Tahun pertama (unit) Tahun kedua (unit)

Januari 830 950

Februari 870 1010

12
ZM ENTERPRISE

Mac 900 1080

April 930 1150

Mei 950 1180

Jun 1000 1230

Julai 1100 1250

Ogos 1230 1300

September 1300 1350

Oktober 1500 1400

November 1800 1500

Disember 1990 1600

Jumlah 14400 15000

6.8 Strategi penjualan

Semasa pemasaran produk kami, usaha-usaha promosi, barangan yang bermutu dan harga
yang berpatutan tidak akan memberikan makna selagi barangan tidak diedarkan berhampiran
dengan pelanggan. Oleh yang demikian, sistem jualan yang mantap akan dapat memastikan
setiap barangan sampai di tangan pembeli pada masa yang sesuai dengan efektif. Bakal
pelanggan akan berasa kecewa jika mereka tidak dapat memiliki barangan yang telah diiklankan
kerana kegagalan pihak perniaga membekalkan barangan di pusat-pusat jualan.

Syarikat kami mengamalkan 2 jenis strategi pengagihan iaitu “zero-level channel” yang
merupakan jualan secara terus dari pengeluar kepada pengguna. Manakalan “one-level channel”
iaitu jualan dengan cara pengeluar menjual kepada pengusaha perabot kerusi dan pegusaha
perabot kerusi menjual bersama kerusi kepada pengguna.

13
ZM ENTERPRISE

 Strategi “zero-level cahnnel”

Dalam strategi ini syarikat kami akan mengedarkan produk sarung dan bantal
kusyen ZM Enterprise kepada pengguna secara terus tanpa pengantaraan. Tujuan syarikat
kami memilih strategi ini adalah untuk memegang kuasa kawalan dalam urusniaga jualan
produk kami. Maka syarikat tidak bercadang mengagihkan kepada pengedar-pengedar
untuk menjualkannya dan pembeli akan membuat pembelian di kedai kami.

 Strategi “one-level channel”

Melalui strategi ini kami akan mengedarkan produk sarung dan bantal kusyen
keluaran syarikat kami kepada pihak pengeluar perabot kerusi dan seterusnya akan
memasarkan praoduk kami bersama-sama dengan produk mereka. Strategi ini dapat
membantu syarikat kami menjalankan kerja pengkhususan tenaga pekerja dan tidak perlu
menumpukan perhatian yang lebih dalam hal pengedaran dan penembusan pasaran lain.
Ini adalah kerana penjualan produk kami kepada pengeluar perabot kerusi dapat
memudahkan sistem saluran pengagihan dan meluaskan pengedaran ke pasaran lain yang
lebih luas.

Dengan menggunakan strategi ini syarikat dapat merendahkan risiko syarikat


dengan membahagikan produk kepada pengedar-pengedar yang berlainan tempat.
Sekirannya syarikat pengeluar perabot kerusi berlaku masalah, syarikat kami tidak perlu
risau tentang keuntungan syarikat kerana terdapat pengedar perabot kerusi lain yang akan
menyumbangkan keuntungan kepada syarikat. Selain itu, strategi ini dapat menjimatkan
masa dan kos syarikat untuk mengedarkan hasil syarikat kami ke tempat yang lebih jauh.

14
ZM ENTERPRISE

7.0 Rancangan Organisasi

7.1 Matlamat dan strategi organisasi

Misi organisasi

 Memaksimumkan keuntungan perniagaan dalam jangka masa pendek dan jangka masa
panjang.

 Menyediakan produk bantal dan sarung bantal kusyen yang dapat memenuhi kepuasan
dan permintaan pengguna.

 Menghasilkan rekabentuk sarung dan bantal kusyen yang terkini.

 Memastikan kemampuan perniagaan untuk bersaing dengan pesaing di pasaran.

Matlamat organisasi

Matlamat uatam setiap organisasi adalah untuk memperolehi keuntungan dan terus kekal
sebagai sebuah organisasi yang berdaya saing. Matlamat organisasi ini adalah untuk:

 Memastikan perniagaan terus unggul dalam memberikan produk perkhidmatan yang


terbaik.

 Memastikan hubungan yang baik antara pihak pengurusan, pekerja dan pelanggan.

 Memastikan kebajikan pekerja terjamin.

7.2 Strategi jangka pendek

 Memberikan kepuasan maksimum kepada pelanggan

 Mengekalkan kesetaian pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan yang terbaik.

 Memaksimumkan keuntungan.

 Menghasilkan produk sarung dan bantal kusyen mengikut standard piawaian yang telah
ditetapkan.

15
ZM ENTERPRISE

 Memperluaskan pasaran.

 Sentiasa memberikan layanan mesra kepada pelanggan.

7.3 Strategi jangka panjang

 Sentiasa menyediakan bantal dan sarung bantal kusyen mengikut piawaian standard.

 Mengekalkan harga standard

 Memaksimumkan kepuasan pelanggan

 Meluaskan pasaran dengan membuka cawangan-cawangan di setiap negeri di Malaysia.

7.4 Carta organisasi

7.5 Fungsi dan tanggungjawab

Pengurus besar, pentadbiran dan operasi

 Merancang dan mengenalpasti dasar-dasar syarikat, menentukan misi, membentuk


peraturan dan prosedur syarikat.

 Mengawal dan memberi arahan kepada kakitangan bawahan.

16
ZM ENTERPRISE

 Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah dengan berkesan.

 Menjaga kebajikan pekerja.

 Berfungsi menyusun jadual dan menguruskan hal produktiviti pengeluaran.

 Mengawal mutu pengeluaran, jumlah pengeluaran dan urusan pembelian input.

 Memastikan perkhidmatan bermutu dan kualiti sentiasa berada dalam keadaan yang
terbaik.

 Menyelenggara komen, pendapat dan sebagainya daripada pelanggan.

 Memastikan produk yang dikeluarkan sentiasa mencukupi.

 Membuat penyata keperluan stok dan inventori

 Merekod jualan harian

 Memastikan keadaan kedai sentiasa berada dalam keadaan kemas dan bersih.

Pengurus kewangan dan pemasaran

 Menyelia belanjawan bulanan dan tahunan syarikat agar selaras seperti yang dirancang.

 Melakukan urusan pembahagian keuntungan, penyata untung rugi, penyata pendapatan


dan penyata kira-kira.

 Bertanggungjawab dalam mengeluarkan dan menyimpan wang syarikat ke dalam bank


untuk dijadikan sebagai modal pusingan dan urusan-urusan lain yang berkaitan dengan
perniagaan.

 Memastikan hasil keluaran mendapat tempat dan memenuhi kehendak pelanggan.

 Menyelia urusan promosi serta menghebahkan kemunculan syarikat kepada orang ramai.

 Mengeluarkan tanda pengenalan syarikat kepad aorang ramai.

17
ZM ENTERPRISE

 Mengeluarkan tanda pengenalan syarikat (papan tanda dan tanda arah)

 Memastikan sasaran pasaran harian tercapai dan pelanggan berpuas hati dengan mutu
nperkhidamatan syarikat.

 Melakukan pelbagai aktiviti untuk menghargai pelanggan seperti potongan harga,


pemberian baucer serta kad ahli.

7.6 Senarai kakitangan

Bil Jawatan Bilangan pekerja

1. Pengurus besar, operasi dan pentadbiran 1

2. Pengurus pemasaran dan kewangan 1

3. Pekerja am 2

4. Pereka 3

5. Tukang jahit 6

6. Jurujual 3

Jumlah 16

7.7 Bayaran imbuhan kepada kakitangan

 Cuti sakit

Sekiranya terdapat pekerja yang mengalami kecedraan ataupun kemalangan semasa


bekerja, pihak syarikat akan memberi cuti bergaji di samping memberi rawatan perubatan
secara percuma.

18
ZM ENTERPRISE

 Cuti tahunan

Pihak syarikat akan memberi cuti tahunan kepada pekerja selama dua minggu ataupun 14
hari.

 Kenaikan gaji

Pekerja yang menunjukkan prestasi kerja yang memuaskan akan diberi kenaikan gaji.
Pihak syarikat juga kan memberi gaji bonus pada setiap hujung tahun bergantung kepada
peratus keuntungan yang diperolehi pada tahun berkenaan.

 Kumpulan Wang SImpanan Pekerja (KWSP)

Bagi menjamin masa depan pekerja, mereka diwajibkan mendaftar dalam KWSP.

8.0 Rancangan Operasi

8.1 Senarai barangan yang dihasilkan

Produk Harga

Sarung bantal kusyen yang menggunakan fabrik RM35


bercorak batik

Sarung bantal kusyen yang menggunakan RM45


hiasan sebagai corak batik

Bantal kusyen RM15

Tempahan mengikut rekaan pengguna Bergantung pada penggunaan bahan dan


kesukaran.

19
ZM ENTERPRISE

8.2 Carta aliran proses

8.3 Senarai bahan mentah yang diperlukan (bulanan)

Bahan Kuantiti Harga/kuantiti (RM) Jumlah (RM)

Fabrik bercorak batik 1000 M 28/M 28 000.00

Farik kosong 1000 M 10/M 10 000.00

Benang 150 gelung 98/gelung 14 700.00

Hiasan 100 kotak 40/kotak 4000.00

Kapas 100KG 4.10/KG 410.00

Jumlah RM 57,110

20
ZM ENTERPRISE

8.4 Senarai mesin, perabot, dan alat kelengkapan

Jenis mesin Model Bilangan Harga seunit Jumlah (rm)

Trimmer quality ADX-112 1 104,100 104,100


controller and
labeling machine

Industrial DB-736 4 25,588 102,350


lockstitch and
other machines

Industrial NV-4000 2 49,275 98,550


overlock
machines and
accessories

Embroidery NV-700E 2 97,500 195,000


sewing machines

JUMLAH 500,000

8.5 Perabot dan kelengkapan pejabat

Pejabat kami dilengkapi dengan beberapa bilik kakitangan syarikat. Selain itu, pejabat kami juga
mempunyai sebuah stor untuk penyimpanan barang dan sebagainya. Bagi alatan komunikasi dan
teknologi pula, pejabat kami mempunyai beberpa buah telefon pejabat, mesin faks, komputer dan
internet. Pejabat kami mempunyai banyak almari untuk menyimpan stok-stok baru dan stok
tempahan. Bilik tetamu pejabat kami dilengkapi dengan 3 buah sofa, sebuah meja. Televisyen,
astro dan rak majalah supaya pelanggan kami dapat menunggu atau berehat dalam keadaan yang
selesa. Pejabat kami dilengkapi dengan alat penghawa dingin pada setiap bilik termasuk bilik
tetamu dan ruang hadapan pejabat.

21
ZM ENTERPRISE

9.0 Rancangan Kewangan

9.1 Kos projek

Perkara Unit Status Nilai (RM)

Bangunan 1 buah Sewa 24,000 (2,000/bulan)

Van 1 buah Pinjaman 40,000

Peralatan Pejabat 6 set Belian tunai 2,500

Mesin Pemproses 9 buah Belian tunai dan 500,000


kredit

Perabot dan almari 10 set Belian tunai 31,500

Komputer 5 set Belian tunai 15,000

Jumlah 613,000

9.2 Sumber pembiayaan

Modal sendiri (Ahli kongsi) Nilai Sumbangan

Muhd Zulkifli Bin Hamzah RM 150,000.00

Mastura `Aqasiah binti Muktar RM 150,000.00

Pinjaman RM 500 000.00

Jumlah RM 800 000.00

22
ZM ENTERPRISE

9.3 Pinjaman

Tujuan memohon pinjaman : Sebagai modal tambahan untuk membiayai syarikat


pinjaman dibuat melalaui Bank Bumiputera- Commerce pada kadar faedah 5% setahun.
Jangkamasa pembayaran balik pinjaman RM 500,000 adalah dalam tempoh 5 tahun.

9.4 Jadual bayaran balik pinjaman

Jumlah Pinjaman : RM 500,000.00

Kadar Faedah: 5%

Jangka bayar balik : 5 Tahun

Kaedah : Bayaran Bulanan

9.5 Jadual susut nilai aset tetap

Jenis Aset : Mesin Pemproses ( 8 buah)

Jumlah Harga : RM 500,000.00

Hayat Ekonomi: 5 tahun

Nilai skrap : RM 250,000

23
ZM ENTERPRISE

9.6 Aliran tunai

ZM ENTERPRISE
Penyata Aliran Tunai
Bagi Tahun 2013

24
ZM ENTERPRISE

ZM ENTERPRISE
Penyata Aliran Tunai
Bagi Tahun 2013

25
ZM ENTERPRISE

26
ZM ENTERPRISE

9.7 Proforma untung rugi

27
ZM ENTERPRISE

ZM ENTERPRISE
KUNCI KIRA-KIRA PADA 31 DISEMBER 2013
___________________________________________________________

28
ZM ENTERPRISE

ZM ENTERPRISE
KUNCI KIRA-KIRA PADA 31 DISEMBER 2014
___________________________________________________________

29
ZM ENTERPRISE

10.0 Jadual Perlaksanaan Projek

Tinjauan Pemasaran
Tempoh : Tiga Bulan

Penyediaan Perancangan Perniagaan


Tempoh : Sebulan

Permohonan Pinjaman
Tempoh : Enam Bulan

Penyediaan Hasil
Tempoh: Satu Tahun
11.0 Rumusan

Daripada perancangan yang kami hasilkan, kami berpendapat bahawa syarikat kami iaitu
ZM Enterprise, sebuah perniagaan yang berasaskan produk sarung dan bantal kusyen bercorak
batik mampu melangkah jauh dalam bidang perniagaan ini dan bersaing secara sihat dengan
syarikat-syarikat sarung kusyen lain yang ada di pasaran.

Dengan modal yang mencukupi dan komitmen yang padu daripada setiap ahli, maka
kami optimis dengan perniagaan yang kami ceburi ini. Tambahan pula, masyarakat kini, tidak
kira tua atau muda masing-masing menitikberatkan keselesaan dan dekorasi di dalam rumah
mahupun kereta.

Dalam pengalaman dan cara pemasaran yang rapi yang telah kami atur, kami mampu
untuk bersaing dengan syarikat-syarikat yang telah sedia ada. Dalam operasi kami menggunakan
mesin jahit industri yang tahan lasak dan pekerja-pekerja yang mahir dan terlatih. Dengan ini
kami berupaya mengeluarkan produk yang berkualiti dan memenuhi cita rasa pengguna. Kami
juga amat yakin bahawa perniagaan ini akan terus berkembang lagi masa hadapan selara dengan
perkembangan teknologi dan gaya hidup terkini.

30
ZM ENTERPRISE

12.0 Lampiran

Di bawah merupakan produk eksklusif syarikat ZM Enterprise iaitu sarung kusyen bertema
batik.

31
ZM ENTERPRISE

Di bawah adalah contoh – contoh kusyen beraneka bentuk, rupa dan saiz daripada syarikat ZM
Enterprise.

32
ZM ENTERPRISE

33
ZM ENTERPRISE

34
ZM ENTERPRISE

Ini merupakan logo bagi syarikat ZM Enterprise :

ZM ENTERPRISE
SOFT & COMFORT

35

You might also like