You are on page 1of 2

BAB 2 : PROSES DAN KAEDAH KAWALAN KUALITI

Maksud kawalan kualiti: Proses pemeriksaan produk yang dihasilkan bagi memastikan
produk menepati standard atau piawai yang telah ditetapkan.
Kepentingan kawalan kualiti:
1. Mengurangkan kos pengeluaran. ·
2. Mengelakkan liabiliti produk terhadap pengguna. ·
3. Meningkatkan keyakinan dan kepuasan pelanggan. ·
4. Membentuk imej perniagaan yang baik.

Objektif kawalan kualiti: ·


1. Menghasilkan produk berkualiti tinggi dan dapat memuaskan kehendak dan
keperluan pengguna. ·
2. Mengelakkan kecacatan pada produk. ·
3. Mengelakkan kesilapan semasa proses pengeluaran. ·
4. Mengurangkan kos dan perbelanjaan organisasi. ·
5. Meningkatkan daya saing perniagaan.

Proses kawalan kualiti: Proses Kawalan Kualiti


1. Rancang (Plan) - Memperkukuhkan objektif dan proses-proses yang perlu
untuk hasil selaras dengan keperluan pelanggan dan polisi organisasi.
2. Buat (Do) - Melaksanakan proses-proses
3. Semak (Check) - Memantau dan mengukur proses-proses dan produk yang
bertentangan polisi, objektif-objektif dan keperluan untuk semua produk dan laporkan
hasilnya.
4. Tindakan (Act) - Mengambil tindakan untuk penambahbaikan berterusan
terhadap prestasi

KAEDAH PEMERIKSAAN
1. Pemeriksaan menyeluruh · Pengawalan kualiti terhadap semua produk
yang dikeluarkan.Setiap produk melalui proses pemeriksaan.Sesuai untuk
produk yang dihasilkan dalam kuantiti yang kecil.Tidak sesuai untuk
pengeluaran secara besar-besaran kerana masa yang panjang, penggunaan
sumber yang banyak.
2. Pelan persampelan · Beberapa sampel produk diambil secara rawak bagi
mewakili satu kumpulan atau satu lot produk. · Sekiranya sampel yang
diperiksa mematuhi piawai yang ditetapkan, lot produk tersebut akan diterima.
· Jika didapati sampel mempunyai kecacatan , lot produk akan ditolak.

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PERSAMPELAN BERBANDING PEMERIKSAAN


MENYELURUH:
Kebaikan – lebih jimat, kurang kerosakan pada barangan, kurang operator
pemeriksaan, kerja pemeriksaan daripada “butir-demi-butir” kepada “lot-demi-lot”
lebih mudah dan mencabar.
Keburukan – risiko menerima barangan yang buruk dan risiko meolak barangan
yang baik, memakan masa, maklumat ttg barangan kurang.

http://pengajianperniagaanstpm.blogspot.my/

You might also like