You are on page 1of 6

TUGASAN KUMPULAN : BUDAYA ORGANISASI

SHAR 3063 – PEMBANGUNAN ORGANISASI

KONSEP PEMBAGUNAN ORGANISASI

Disediakan untuk:

DR. SHAH ROLLAH BIN ABDUL WAHAB

Disediakan oleh:

NAMA AHLI NO. MATRIKS

AMERA NUR SHAHIRA BINTI KAMISAN SX150240HARS04

ARIFIN BIN MOHD ISA SX140264HARS04

KUMUTHA A/P RAMACHANDRAN SX150246HARS04

NADIRAH BINTI MOHD SHAIDI SX130477HARS04

NUR NADIRAH BINTI MINAI RAJAB SX130494HARS04

WAN NOOR JANNAH BINTI WAN KHALID SX140296HARS04

Tarikh Hantar : 09 Disember 2017


TUGASAN KUMPULAN : BUDAYA ORGANISASI

KONSEP BUDAYA ORGANISASI

Budaya organisasi merupakan nilai-nilai dan kepercayaan yang dipatuhi dan diikuti oleh
seseorang di dalam organisasi. Setiap organisasi mempunyai budaya yang berbeza mengikut
kesesuaian sesebuah organisasi. Budaya organisasi juga termasuk persepsi tentang persekitaran
di tempat kerja, etika pemakaian dan sebagainya. Kebudayaan seseorng individu atau komuniti
akan mempengaruhi budaya di tempat kerja dari segi perkongsian pengetahuan. Menurut
Cummings dan Wrley (1993) menyatakan bahawa budaya organisasi terbahagi kepada empat
peringkat iaitu Basic Assumtions, Vlues, Norms, dan Artifacts. Setiap peringkat budaya ini
memberi gambaran yang berbeza terhadap sesebuah organisasi antaranya adalah seperti berikut:

1. Artifak (artifacts)

Artifak merujuk kepada apakah yang boleh dilihat apabila memasuki kedalam sesebuah
organisasi sebagai contoh Jabatan Kastam DiRaja Malaysia:

Etika Pemakaian: Beruniform


Pemakaian lencana kastam
Pemakaian lencana intergriti
Pemakaian Reben Perkhidmatan
Pemakaian lencana Etika Perkhidmatan
Misi & visi: Matlamat jangka masa panjang dan pendek menjurus kearah pengutan hasil
negara.
Persekitaran pejabat: Amalan EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam)
Keselamatan: pastikan keselamatan di ruang kerja seperti penggunaan mesin-mesin yang
berkaitan
Waktu bekerja:
WP1: 7.30 pagi – 4.30 petang
WP2: 8.00 pagi – 5.00 petang
WP3: 8.30 pagi – 5.30 petang
Waktu shift
Perhimpunan Setia : Sebulan sekali berlangsung di Putrajaya
TUGASAN KUMPULAN : BUDAYA ORGANISASI

2. Norma (norms)

Nilai bersama: i-SPEED

Nilai i-SPEED yang diperkenalkan di bawah dasar pengurusan Jabatan telah digunapakai
oleh JKDM sebagai nilai bersama di dalam Pelan Integriti Jabatan ini. i-SPEED adalah
akronim kepada enam elemen utama dalam dasar pengurusan JKDM bagi memastikan
pencapaian visi dan misi yang terdiri daripada nilai-nilai Integrity, Speed, Professional,
Efficient, Effective dan Dynamic.

Integrity – INTEGRITI
Integriti bermaksud kejujuran, ketelusan, kesempurnaan. Integriti ialah teras kepada
elemen Speed, Professional, Effective, Efficient dan Dynamic. Pengurusan JKDM pada
setiap masa memastikan perkhidmatan Kastam dihasilkan secara berintegriti, amanah,
jujur, bertingkahlaku mulia, beretika, boleh dipercayai serta memelihara kepentingan
awam dan bukannya untuk kepentingan diri sendiri.

Speed - PANTAS
Pantas bermaksud tangkas, cepat, laju, lekas, cergas atau segera. Pengurusan JKDM
mengutamakan perkhidmatan Kastam disampaikan secara pantas dan lebih cepat daripada
masa yang dijadualkan kerana masa adalah berharga kepada JKDM, pelanggan dan
stakeholders. Semakin pantas warga Jabatan menyempurnakan tugasan maka semakin
efisien perkhidmatan Kastam.

Professional - PROFESIONAL
Profesional bermaksud mempunyai kemampuan atau kemahiran khusus untuk
melaksanakan tugas tertentu. Pengurusan JKDM mementingkan output perkhidmatan yang
dihasilkan oleh warga Jabatan yang berkemahiran, berpengetahuan dan berkeupayaan
dalam tugas yang dilakukannya melalui pematuhan undang-undang, peraturan, perintah,
pekeliling dan undang-undang yang berkaitan. Sikap profesional memberikan kepuasan
kepada pelanggan, stakeholders, rakyat dan komuniti antarabangsa.
TUGASAN KUMPULAN : BUDAYA ORGANISASI

Efficient -CEKAP
Cekap bermaksud mahir, berwibawa, terampil atau pandai dalam melaksanakan tugas dan
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Pengurusan JKDM mengutamakan output
perkhidmatan Kastam dihasilkan melalui pengendalian sumber secara bijaksana serta dapat
mencapai sesuatu tujuan.

Effective - BERKESAN
Berkesan bermaksud menimbulkan hasil seperti yang diharapkan. Pengurusan JKDM
memastikan output perkhidmatan Kastam berupaya memberikan kesan kebaikan dan
impak berfaedah kepada semua pihak dalam JKDM, pelanggan, stakeholders dan rakyat
secara menyeluruh. Dynamic - DINAMIK Dinamik bermaksud bersifat cergas, bertenaga
dan berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan
kemajuan. Pengurusan JKDM bersifat dinamik serta membolehkan pelanggan termasuk
organisasi mereka maju serta mampu bersaing di peringkat global. Output perkhidmatan
Kastam dihasilkan melalui proses kerja yang ditambahbaik secara berterusan selaras
dengan keperluan semasa semua pihak.

3. Nilai (value)

Nilai-nilai yang mempengaruhi perilaku dan tindakan setiap individu.

I. Komitmen menyeluruh terhadap pelanggan

Proaktif / Sensitif / Responsif

II. Kewibawaan tanpa kompromi

Jujur / Boleh dipercayai / Keikhlasan / Dedikasi / Adil

III. Hormat dan prihatin

Semangat berpasukan / bekerjasama / Saling hormat menghormati /


Bersopan santun / Kesefahaman / Berfikiran terbuka.
TUGASAN KUMPULAN : BUDAYA ORGANISASI

4. Dasar andaian (basic assumptions)

Budaya Organisasi: TRUST (Together, Respect, Understanding, Spiritual & Totality)

Etika Perkhidmatan: A.B.I.D (Amanah, Berkhidmat, Ikhlas Dedikasi)

AMANAH BERKHIDMAT

AMANAH berkhidmat kepada masyrakat, jabatan dan Negara dengan


bertanggungjawab dan jujur, tidak menyeleweng, tidak menyalahgunakan kuasa
dan tidak pecah amanah.

AMANAH dalam berusaha membangunkan kemajuan diri dan perkhidmatan


melalui penghayatan nilai – nilai ilmiah yang praktikal dalam segala tindakan dan
keputusan serta menjauhkan diri dari sikap negative yang merugikan.

AMANAH dan tegas menegakkan kebenaran dan keadilan berlandaskan undang –


undang dan peraturan, yakin, sabar dan tenang menghadapi cabaran serta sentiasa
berusaha menguasai pengaruh sentiment prasangka dan hasad dengki.

IKHLAS

IKHLAS memberi kerjasama dan saling membantu dalam perkara – perkara yang
baik dan berfaedah.

IKHLAS memberi dan menerima teguran yang baik serta bersedia mengakui
kelemahan yang ada di samping berusaha untuk mengatasinya.

IKHLAS berkhidmat kepada masyrakat, jabatan dan Negara serta merasa bangga
di atas segala tanggungjawab yang diamanahkan.

IKHLAS berkhidmat kepada masyrakat , jabatan dan Negara serta merasa bangga
di atas segala tanggungjawab yang diamanahkan.
TUGASAN KUMPULAN : BUDAYA ORGANISASI

DEDIKASI

DEDIKASI dalam mencari kemajuan dan berusaha ke arah perubahan yang baik
untuk kepentingan kerjaya dan perkhidmatan.

DEDIKASI memimpin melalui teladan dan amalan yang luhur kea rah memupuk
persefahaman , perpaduan, kerjasama dan semangat kekitaan (esprit de corps) di
kalangan semua pengawai dan kakitangan.

You might also like