You are on page 1of 3

TUGASAN 2 : REFLEKSI

EDUP2033 PEDAGOGI

Bagi pelajar Diploma Pendidikan Lepas Ijazah, subjek pedagogi merupakan subjek umum
yang perlu diambil pada semester pertama pengajian. Subjek ini mempunyai tiga
pembahagian tugasan. Tugasan pertama berkisarkan teori-teori yang boleh digunakan oleh
penulis sebagai seorang guru bagi meningkatkan perkembangan kognitif pelajar dalam
Pendidikan Islam. Manakala tugasan kedua pula, memerlukan pelajar menyatakan refleksi
hasil perlaksanaan teori tersebut dalam sesi PdPc di sekolah masing-masing.

Semasa melaksanakan tugasan pertama, saya telah memilih kelas 2F sebagai kelas
perintis. Ini kerana, hasil pemerhatian sepanjang saya mengajar kelas tersebut pada tahun
lepas, murid-murid kelas 2F memberi respon kurang berminat dengan pelajaran yang
disampaikan. Fokus terhadap pelajaran hanya sekejap sahaja. Tetapi, apabila guru cuba
membawa sesuatu yang baru seperti permainan, perbincangan pembentangan ke dalam
sesi pembelajaran barulah mereka akan menumpukan perhatian.

Persediaan PdPc dilakukan dengan rujukan dari teori-teori pembelajaran yang dipilih
pada tugasan pertama. Antaranya ialah teori perkembangan kognitif dan teori
konstruktivisme. Kedua-dua teori ini memfokuskan perkembangan kognitif manusia. Sesi
pembelajaran dijalankan dalam bentuk pembentangan, perbincangan berkumpulan,
tayangan video dan gambar.

Sepanjang pembelajaran berlangsung mengikut pelan yang dirancang, secara


peribadinya saya merasakan beberapa kekuatan, kelemahan, penambahbaikan yang boleh
dilakukan pada masa akan datang datang dan mendapat ilmu baru di dalam dunia
pendidikan. Pada pendapat saya, antara kekuatan atau kelebihan melaksanakan PdPc
mengikut teori-teori berkenaan, ialah penyampaian pelajaran semasa sesi pembelajaran
mendapat perhatian sepenuhnya daripada murid 2F. Pembelajaran dilihat lebih berkesan
apabila penyampaian maklumat sampai kepada maksud yang ingin dicapai.

Penyampaian pembelajaran diadakan dalam beberapa kaedah. Pertama, kaedah


perbincangan kumpulan atau lebih berkesan dengan aktiviti “Three Stay One Stray”. Murid
pada mulanya akan berbincang secara aktif dengan rakan yang lain untuk membina
pengetahuan mengenai tajuk yang diberi. Proses tersebut melibatkan aktiviti kognitif.
Selepas itu, mereka menerangkan pelajaran kepada kumpulan lain hasil pemahaman sendiri
terhadap pelajaran. Selain itu, dilaksanakan juga kaedah pembentangan topik-topik
TUGASAN 2 : REFLEKSI
EDUP2033 PEDAGOGI

pelajaran. Interaksi semasa penyediaan pembentangan berlaku dengan aktif bagi


memastikan semua orang dapat membentang dengan baik. Kerjasama pasukan juga
tampak zahir untuk membantu rakan-rakan yang belum memahami topik. Hasil ini
konsepnya sama dengan zon perkembangan proksima Vygotsky. Bimbingan dari rakan-
rakan membantu murid yang agak lambat pemahaman memperkembangkan kognitif murid
tersebut kea rah yang lebih tinggi. Apabila masuk ke dalam topik berkenaan akidah atau
kisah hidup nabi saw, saya menggunakan gambar atau video bagi memahamkan murid. Ini
kerana, penggunaan media di dalam proses pendidikan menjadikan proses pemahaman
pelajaran lebih mendalam selain dapat menvariasikan aktiviti pembelajaran (Syamsulaini
Sidek & Mashitoh Hashim, 2016). Tambahan pula, pengajaran dan pembelajaran yang
berasaskan ICT atau Web Based Learning adalah menarik dan tidak membosankan

Kelemahan dalam perlaksanaan teori pembelajaran di sekolah tempat saya


berkhidmat ialah dari aspek insfrastruktur. Keadaan sekolah yang sudah uzur serta keadaan
kerusi dan meja yang kurang memuaskan. Ia mendatangkan rasa tidak selesa kepada
murid. Dari sudut prasarana seperti makmal komputer juga agak terhad. Semua kelas
bergantung kepada dua buah bilik makmal komputer sahaja. Jadi, pembelajaran yang
menggunakan slaid dan video amat jarang untuk dilaksanakan atas faktor makmal tersebut
digunakan oleh kelas lain yang lebih berkepentingan.

Jika diimbas kembali sebenarnya masih banyak lagi ilmu perguruan yang masih
bleum saya dalami. Terutamanya berkaitan dengan mental dan kognitif pelajar. Walaupun
begitu, ada juga ilmu baru yang saya perolehi dari perlaksanaan teori tersebut. Seorang
guru perlu menyediakan atau memikirkan cara bagaimana untuk menyampaikan pelajaran
supaya dapat difahami oleh semua murid. Ini merupakan cabaran utama kerana setiap
murid, penerimaannya terhadap benda yang baru berbeza. Samada cepat ataupun lambat.
Selain itu, pemahaman guru berkenaan perkembangan kognitif juga sangat digalakkan.
Supaya membantu perkembangan kognitif murid dan bukannya membantutkan
perkembangan kognitif mereka.

Akhir sekali,pemantauan dari aspek sebegini perlu dibuat ke atas murid-murid yang
diajar. Sesi pembelajaran dan pengajaran akan berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.
Guru juga tidak membazirkan usaha dan tenaga dengan sia-sia.
TUGASAN 2 : REFLEKSI
EDUP2033 PEDAGOGI

You might also like