You are on page 1of 13

Isi kandungan

Isi kandungan Muka surat

1.0 Pengenalan 2

2.0 Kaedah kemasukan buruh cina dan india 4

2.1 Buruh cina

2.2 Buruh india

3.0 Sumbangan buruh wanita 6

3.1 Buruh wanita cina

3.2 Buruh wanita india

4.0 Kesimpulan 12

Bibliografi

1
1.0 Pengenalan

Pemerintahan British di Tanah Melayu secara tidak langsung telah menyaksikan

kemasukan imigran asing secara besar-besaran khususnya dari China dan India.

Kemasukan imigran asing ini telah bermula sejak pertengahan abad ke-19.

Pertumbuhan ekonomi kolonial di Tanah Melayu yang pesat telah mendesak

keperluan tenaga buruh yang lebih ramai terutamanya sektor perlombongan dan

perladangan.1 Pada awalnya imigran cina dan india tidak menetap di Tanah Melayu

dalam tempoh yang lama kerana mereka akan pulang ke tanah air mereka setelah

habis kontrak contohnya imigran india tinggal di estet-estet hanya dalam tempoh dua

hingga tiga tahun sahaja.2

Penghijrahan imigran cina dan india berlaku dalam kalangan buruh lelaki sahaja yang

tidak terkawal sehingga 1928 apabila Immigration Restriction Ordinance diwujudkan

dan dilaksanakan pada 1 ogos 1930 dengan mengehadkan buruh lelaki kepada 6016

orang sebulan dan pada tahun 1932 buruh lelaki dihadkan kepada 3000 orang sebulan.

Sejak abad ke-19, dasar-dasar dan ordinan British sedia ada tidak memberi perhatian

kepada buruh wanita kerana Immigration Ordinance hanya memberi perhatian kepada

masalah penyeludupan wanita sahaja.

Faktor ini telah menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan antara buruh lelaki dan

buruh wanita cina dan india di Tanah Melayu. Namun demikian, setelah Alliens

ordinance pada tahun 1932 dilaksanakan wanita cina boleh masuk ke Tanah Melayu

tanpa had kuota. Pada tahun 1934 sehingga 1937 di Pulau Pinang menunjukkan

peningkatan kemasukan buruh wanita cina sebanyak 3,231 orang kepada 12,732

orang. Tetapi had kuota buruh lelaki hanya sebanyak 500 orang sebulan pada tahun

1938 sehingga kedatangan Jepun.

1
Emerson, R. Malaysia. (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987). Hlm 39.
2
Emerson, R. Malaysia. Hlm 39.

2
Hakikatnya sumbangan wanita dalam pelbagai bidang dilihat berubah-ubah sebelum

dan selepas kedatangan penjajah. Setelah kehadiran penjajah telah berlaku

pembahagian pekerjaan mengikut bangsa dan jantina contohnya bidang perladangan

dipelopori kaum india manakala kaum cina menguasai bidang perindustrian seperti

bijih timah. Pekerjaan yang dilakukan oleh kaum wanita pada ketika itu hanya

sekadar untuk menambahkan pendapatan keluarga di samping menjalankan urusan

rumah tangga. Perubahan pentadbiran yang berlaku telah merubah kegiatan ekonomi

yang dilakukan daripada ekonomi sara diri kepada ekonomi berbentuk komersial

seperti perladangan getah dan perlombongan bijih timah.3 Faktor ini telah membuka

peluang dan ruang kepada kaum wanita imigran khususnya untuk menjalankan

aktiviti berasaskan ekonomi seperti juga golongan lelaki.

Akhir kata pengenalan, saya tidak bersetuju dengan pandangan yang mengatakan

bahawa buruh wanita india lebih menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi di

Tanah Melayu berbanding dengan buruh cina kerana terdapat bukti-bukti yang dapat

menunjukkan bahawa buruh wanita cina lebih menyumbang kepada pembangunan

sosioekonomi di Tanah Melayu berbanding buruh wanita india.

3
Emerson, R. Malaysia. (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987). Hlm 39.

3
2.0 Kaedah kemasukan buruh Cina dan India

2.1 Buruh Cina

Sistem kredit merupakan sistem terawal yang membawa imigran China ke Tanah

Melayu kerana mereka yang tidak mampu membayar tambang sendiri akan dibiayai

oleh orang tengah. Melalui perjanjian antara orang tengah dan imigran cina, mereka

akan bekerja bagi satu tempoh masa sehingga hutang mereka selesai dan bebas

setelah membayar hutang perjalanan mereka. Orang tengah akan sedaya upaya

membawa sebanyak mungkin bakal imigran cina ini juga dikenali “singkheh” ke

Tanah Melayu kerana mereka akan memperolehi keuntungan yang besar menerusi

komisen yang diberikan. Terdapat juga imigran cina yang hadir ke Tanah Melayu

melalui persendirian dengan bantuan rakan atau ahli keluarga ataupun perbelanjaan

sendiri. Kebanyakkan mereka yang datang setelah kerajaan China memansuhkan

undang-undang menyekat penghijrahan penduduk pada tahun 1897.

Selain itu, sistem pengambilan rumah kongsi juga merupakan cara kemasukan

imigran cina yang dilakukan oleh pegawai di negara China yang dilantik oleh sebuah

rumah kongsi. Pegawai tersebut akan membiayai segala perbelanjaan dan mereka

akan diserahkan kepada tuan punya rumah kongsi apabila setibanya di Tanah Melayu.

Mereka akan bekerja dengan tuan punya rumah kongsi sehigga selesai hutang. Sistem

Kangcu pula telah diperkenalkan oleh Temengggung Ibrahim di Johor bagi

menggalakkan imigran cina berpindah dan menetap di Johor kerana di bawah sistem

ini imigran digalakkan membuka ladang-ladang lada hitam, bunga cengkih, kopi,

gambir dan teh.4

4
Institute Pentadbiran Awam Negara. Negara Sejarah, Pentadbiran & Dasar-Dasar Pembangunan. (Kuala Lumpur:
Perpustakaan Negara Malaysia, 1980). Hlm 113.

4
2.2 Buruh India

Kedatangan imigran india ke Tanah Melayu pada awal abad ke-19 adalah ekoran

pembukaan Pulau Pinang pada 1786 dan Singapura pada 1819. Penubuhan Negeri-

Negeri selat telah menggalakkan British membawa lebih banyak buruh-buruh dan

banduan-banduan dari India. Sebaliknya penghijrahan imigran india secara besar-

besaran bermula pada 1840 ekoran perkembangan dalam bidang penanaman getah.

Kebanyakkan imigran india yang berhijrah adalah berasal dari India Selatan

teruatamanya wilayah Madras iaitu Tamil Nadu dan India Utara dari Punjab.5

Kedatangan imigran india ke Tanah Melayu adalah melalui sistem buruh kontrak

seperti juga sistem yang digunakan untuk mengambil imigran cina iaitu sistem kredit.

Mereka diwajibkan bekerja dengan majikan untuk satu tempoh masa tertentu

kebiasaannya lima tahun.6 Selain sistem ini terdapat juga imigran yang datang secara

persendirian dengan biaya masing-masing iaitu dipanggil sistem buruh bebas.

Kedatangan mereka diaturkan oleh orang atau kumpulan tertentu kerana kepentingan

ekonomi. Setelah tiba di Tanah Melayu, mereka bebas untuk memilih tempat dan

pekerjaan yang dikehendaki.

Sistem kangani juga merupakan cara kemasukan imigran ke Tanah Melayu di mana

seorang kangani yang bekerja dengan majikan akan menjalankan proses mengrekrut

pekerja yang berkebolehan untuk datang bekerja di Tanah Melayu. Sistem ini telah

berjaya menggalakkan kedatangan imigran india dan kebanyakkan yang datang

bersama keluarga namun terdapat juga unsur penipuan dan penindasan terhadap

imigran india apabila orang tengah tidak memberikan gaji yang diberikan oleh pihak

majikan.7

5
Hairi Abdullah. Penduduk Semenanjung Malaysia. (Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1989). Hlm 59.
6
Ruslan Zainuddin, Mohd Mahadee, Zaini Othman. Kenegaraan Malaysia Edisi Kedua. (Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.,
2010). Hlm 64.
7
Ibid, hlm 65.

5
3.0 Sumbangan buruh wanita di Tanah Melayu

3.1 Buruh wanita cina

Kedatangan buruh cina telah menggalakkan perkembangan perusahaan bijih timah di

Tanah Melayu terutamanya di kawasan Larut, Kinta, Lembah Klang, Lukut dan

Sungai Ujong. 8 Permintaan terhadap eksport bijih timah dunia meningkat daripada

6,500 tan pada tahun 1850 kepada 77,000 tan pada tahun 1937 telah membuka

peluang pekerjaan kepada buruh wanita cina. Buruh wanita cina yang datang bekerja

di sektor perlombongan bijih timah adalah dengan melakukan aktiviti mendulang.

Buruh wanita cina merupakan pekerja yang paling ramai bekerja di lombong bijih

timah dengan pertambahan pendulang berdaftar iaitu 12,000 orang pada tahun 1936

meningkat kepada 23,000 pada tahun 1946. Pertambahan buruh wanita cina yang

mendadak disebabkan oleh polisi imigresen yang mengehadkan buruh lelaki cina di

bawah Ordinan Aliens dengan menggalakkan kaum wanita cina.

Kadar gaji yang dibayar kepada buruh wanita cina lebih rendah daripada lelaki cina

iaitu sebanyak 60 sen berbanding buruh lelaki cina 70 sen. Kadar upah yang kecil ini

telah memberikan keuntungan yang besar kepada pemilik-pemilik lombong dengan

mengeksploitasi hasil tenaga kerja wanita yang tidak setimpal dengan kerja yang

dilakukan. Selain peranan wanita cina sebagai pendulang di lombong bijih timah

mereka juga menjalankan kerja-kerja di rumah, menjaga anak dan suami seperti biasa

walaupun mereka bekerja di luar.

Menurut Purcell, beliau menyatakan bahawa jumlah perlombong wanita cina ialah

seramai 8,712 orang berbanding perlombong wanita india sebanyak 546 orang dan

perlombong wanita melayu hanya 65 orang sahaja. Aktiviti mendulang yang

8
Nik Hasnaa Nik Mahmood (terj.). Orang-orang Cina Di Tanah Melayu. ( Johor: Universiti Teknologi Malaysia, 1997). Hlm
257.

6
kebanyakkannya perlombong wanita cina bersuku Hakka. 9 Mereka akan tunduk

berjam-jam lamanya di bawah panas matahari dan air di paras lutut serta bayi yang

diikat di belakang mereka. 10 Keadaan ini menunjukkan bahawa buruh wanita cina

mendominasi aktiviti yang berkaitan perlombongan berbanding buruh india.

Buruh wanita cina terlibat juga dalam sektor pembuatan atau perindustrian kerana

pertambahan kilang-kilang pemprosesan makanan, bahan mentah serta industri yang

membuat batu bata, simen, besi dan kilang papan. Menurut Blythe, kilang pembuatan

seperti industri membuat mancis banyak dilakukan oleh buruh wanita cina.

Kebiasaannya kadar gaji bulanan bagi buruh lelaki adalah $95 beserta dengan

pemberiaan makanan daripada majikan namun agak kecil amaunnya kepada buruh

wanita hanya memperolehi $50 sebulan tanpa bekalan makanan daripada pihak

majikan.

Walaupun amaun gaji yang kecil namun terdapat seramai 12,017 orang jumlah tenaga

kerja wanita dalam aktiviti perkilangan pada tahun 1931. Dalam aktiviti pemprosesan

bahan mentah misalnya memproses getah aktiviti yang dilakukan ialah penggredan,

membuat barangan getah dan membungkus kepingan getah banyak didominasi oleh

kaum wanita cina. Manakala terdapat 426 orang wanita cina terlibat dalam aktiviti

berkaitan membaiki besi dan mesin walaupun bidang ini agak teknikal dan didominasi

oleh kaum lelaki namun kemampuan kaum wanita setaraf dengan lelaki. Terdapat

juga buruh wanita cina dalam bidang pembuatan di kilang batu bata, kaca dan

termbikar yang berjumlah 160 orang pekerja.

Selain itu, terdapat juga aktiviti-aktiviti lain yang dilakukan oleh buruh wanita cina

selain daripada sektor perlombongan dan pembuatan. Sektor yang menjadi tumpuan

ialah perkhidmatan iaitu melalui peranan golongan amah cina. Pada era tahun

9
Nik Hasnaa Nik Mahmood (terj.). Orang-orang Cina Di Tanah Melayu. ( Johor: Universiti Teknologi Malaysia, 1997). Hlm
259.
10
Ibid. hlm 259.

7
sebelum 1930-an, sektor perkhidmatan ini banyak dikuasai oleh golongan lelaki cina

yang dikenali juga cookboy dan houseboy namun selepas era tahun 1930-an,

golongan wanita cina telah mula mendominasi bidang ini kerana kemasukan beramai-

ramai mereka menerusi Ordinan Aliens. Kelebihan yang dimiliki oleh seorang wanita

yang berkebolehan dalam segala aspek rumah tangga seperti memasak, menjahit,

menjaga anak-anak dan menguruskan rumah telah mengatasi peranan seorang lelaki.11

Layanan yang mesra juga telah menarik perhatian majikan-majikan mereka untuk

terus kekal bekerja.

Golongan amah cina ini bekerja di rumah orang Eropah atau Asiatik yang kaya dan

dikatakan mereka bekerja dengan majikan asing ini lebih kurang 20 tahun.

Pendapatan mereka bekerja dalam sektor perkhidmatan ini juga agak selesa jika

dibandingkan dengan perlombongan dan pembuatan kerana kadar gaji yang diberikan

di antara $80 sehingga $120 sebulan sekiranya bekerja di bawah orang Asiatik

manakala di rumah orang Eropah pula di antara $140 sehingga $180 sebulan. Setelah

kawalan imigrasi baru dilaksanakan pada tahun 1953, golongan amah telah mendapat

tempat dalam kalangan majikan dan sentiasa diberi peluang dalam bidang pekerjaan

ini.

Terdapat juga penglibatan buruh wanita cina dalam perkhidmatan domestik seperti

bekerja di restoren, hotel dan kelab-kelab. Pada tahun 1931, jumlah pekerja dalam

bidang ini dicatatkan sebanyak 2,472 orang dan kemudiannya meningkat kepada

4,365 pada tahun 1947 namun pada tahun 1957 telah berlaku pengurangan kepada

3,350 orang buruh wanita cina yang terlibat dalam sektor ini. Penglibatan buruh

wanita cina dalam sektor berbentuk perkhidmatan sebenarnya telah meningkatkan

kemajuan ekonomi Tanah Melayu.

11
Nik Hasnaa Nik Mahmood (terj.). Orang-orang Cina Di Tanah Melayu. ( Johor: Universiti Teknologi Malaysia, 1997). Hlm
260.

8
Seterusnya ialah perkembangan sektor perniagaan di Tanah Melayu apabila

penglibatan secara langsung orang cina dalam perniagaan secara kecil-kecilan di

kawasan bandar dan juga di sekitar kawasan perlombongan. Ketika zaman penjajahan

Jepun, peranan wanita cina hanya sekadar membantu kaum lelaki dalam

menambahkan pendapatan keluarga namun selepas perang dunia kedua setelah Jepun

tewas, golongan wanita cina bergiat aktif dalam aktiviti perniagaan seperti pertanian,

penternakan dan ada juga membuka gerai jalanan kesan daripada desakan hidup

ketika zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu. 12 Pada tahun 1946, permohonan

lesen penjaja telah meningkat kepada 7,063 orang dan lebih daripada separuh

permohonan tersebut iaitu sebanyak 5,788 orang adalah daripada golongan cina. Ini

menunjukkan bahawa golongan cina terlibat secara langsung dalam aktiviti

perniagaan di Tanah Melayu dan telah meningkatkan taraf hidup mereka.

Di samping sumbangan buruh wanita cina dalam pembangunan ekonomi di Tanah

Melayu tidak dapat diketepikan juga pembangunan dalam aspek sosial seperti

pendidikan walaupun pada permulaannya pendidikan tidak diberi penekanan oleh

wanita cina dalam aspek kehidupan mereka namun selepas tahun 1900, pendidikan

kepada wanita cina mula diperkuatkan dengan kemunculan tokoh-tokoh revolusi dan

pemodenan daripada negara China ke Negeri-Negeri Selat misalnya Kang Youwei.

Kang Youwei telah menubuhkan hampir 30 buah sekolah di Nanyang. Pada tahun

1908, Beliau telah menubuhkan Sekolah Perempuan Knen Cheng di Kuala Lumpur.

Pada tahun 1904, Sekolah Konfucius Chung Hua telah menjadi sekolah moden

pertama di Pulau Pinang. Kesedaran terhadap pendidikan dalam kalangan buruh

wanita cina telah mula memberikan impak apabila penubuhan sekolah-sekolah seperti

Sekolah Perempuan Pi Joo pada tahun 1912, Sekolah Perempuan Ching Hua pada

12
Nik Hasnaa Nik Mahmood (terj.). Orang-orang Cina Di Tanah Melayu. ( Johor: Universiti Teknologi Malaysia, 1997). Hlm
256.

9
tahun 1916 dan 1920 yang merupakan sekolah terbesar ketika itu dan masih kekal

wujud sehingga sekarang di Pulau Pinang.

3.2 Buruh wanita india

Sumbangan buruh wanita india dalam pembangunan sosioekonomi di Tanah Melayu

juga tidak dapat dinafikan kerana mereka juga telah memberikan impak yang positif

kepada pembangunan ekonomi dan sosial pada era itu. Buruh wanita india juga

terlibat secara langsung dalam aktiviti perlombongan bijih timah tetapi jumlahnya

tidaklah sebanyak buruh wanita cina iaitu seramai 546 orang sahaja. Jumlah buruh

wanita india yang sedikit ini adalah kerana budaya tradisi masyarakat india tidak

membenarkan wanita untuk mencari rezeki melainkan dalam keadaan terdesak. Pada

hujung abad ke-19, jumlah kedatangan wanita india dan kanak-kanak meningkat

daripada 20% kepada 25% dan meningkat berganda iaitu 43% pada tahun 1947.

Sumbangan buruh wanita india selain sektor perlombongan adalah melalui bidang

perkhidmatan menjadi amah. Mereka diberikan tanggungjawab untuk membuat segala

kerja rumah seperti memasak, mengemas, membasuh menjaga anak seperti yang

diberikan oleh majikan.13 Terdapat perbezaan dari segi upah yang diberikan kepada

amah india kerana mereka tidak diberikan sebarang bayaran jika dibandingkan

dengan amah cina. Pelbagai halangan dihadapi buruh wanita india dari segi tradisi dan

budaya, gaji upahan dan sebagainya untuk mereka melangsungkan kehidupan.14

Sumbangan buruh wanita dari segi aspek pembangunan sosial seperti pendidikan agak

kurang memberangsangkan di Tanah Melayu jika dibandingkan dengan buruh wanita

cina. Pendidikan dalam kalangan anak-anak pekerja india tidak begitu diberi perhatian

pada mualanya terutamanya anak perempuan berbanding anak lelaki misalnya pada

13
Nisha Batt. Sejarah Sosio-ekonomi Pekerja Estet Wanita India di Tanah Melayu, 1900-1957. (Pulau Pinang: Universiti Sains
Malaysia, 2000). Hlm 35.
14
Ibid. hlm 39.

10
tahun 1934, terdapat 7633 murid lelaki berbanding 3156 murid perempuan di sekolah-

sekolah Tamil di Negeri-Negeri Bersekutu.

Aspek pendidikan anak-anak pekerja india di estet-estet di Tanah Melayu telah

menjadi tanggungjawab majikan melalui pelaksanaan Kod Buruh 1912 dan 1923

namun tiada usaha yang ditunjukkan oleh majikan bagi membantu memberikan taraf

pendidikan sempurna kepada mereka. 15 Melalui undang-undang ini, pihak majikan

perlu menyediakan sekolah di estet-estet sekiranya terdapat lebih daripada 10 orang

kanak-kanak yang berumur 6 sehingga 12 tahun.

15 Nisha Batt. Sejarah Sosio-ekonomi Pekerja Estet Wanita India di Tanah Melayu, 1900-1957. (Pulau Pinang: Universiti Sains
Malaysia, 2000). Hlm 43.

11
4.0 Kesimpulan

Natijahnya, kedatangan imigran ke Tanah Melayu telah menyebabkan berlaku

perubahan besar dalam masyarakat. Hal ini adalah disebabkan oleh penjajahan British

ingin mengeksploitasi hasil bumi di Tanah Melayu sehingga membawa kepada

kemasukan buruh cina dan india yang seterusnya telah memberi kesan menyeluruh di

Tanah Melayu khususnya dalam aspek pembangunan sosioekonomi.

Sebagai akhir kata, saya ingin menegaskan bahawa saya tidak bersetuju dengan

pandangan yang mengatakan bahawa buruh wanita india lebih menyumbang kepada

pembangunan sosioekonomi di Tanah Melayu berbanding dengan buruh cina kerana

terdapat bukti-bukti yang dapat menunjukkan bahawa buruh wanita cina lebih

menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi di Tanah Melayu berbanding

buruh wanita india.

Hal ini terbukti kerana mereka telah memberikan sumbangan dari segi sosial seperti

pertambahan bilangan penduduk dan pendidikan manakala dari segi ekonomi mereka

telah menyumbang dalam bidang perlombongan, perkhidmatan, perniagaan dan

sebagainya.

12
Bibliografi

Blyth, Wilfred L. “A Historical Sketch of Chinese Labour in Malaya”. Journel of the


Malayan Branch of the Royal Asiatic Society. Jil 20. Bhg. 1. 1947.

Emerson, R. Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987.

Hairi Abdullah. Penduduk Semenanjung Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti


Kebangsaan Malaysia, 1989.

Institute Pentadbiran Awam Negara. Negara Sejarah, Pentadbiran & Dasar-Dasar


Pembangunan. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia, 1980.

Nik Hasnaa Nik Mahmood (terj.). Orang-orang Cina Di Tanah Melayu. Johor:
Universiti Teknologi Malaysia, 1997.

Nisha Batt. Sejarah Sosio-ekonomi Pekerja Estet Wanita India di Tanah Melayu,
1900-1957. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, 2000.

Purcell, Victor. The Chinese in Malaya. Kuala lumpur: Oxford University Press,
1967.

Ruslan Zainuddin, Mohd Mahadee, Zaini Othman. Kenegaraan Malaysia Edisi


Kedua. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd., 2010.

13

You might also like