You are on page 1of 7

Keunikan dan Keindahan negeri

Terengganu
Negeri terengganu sebenarnya juga dikenali sebagai
negeri pelancongan. Hal ini demikian kerana, Kerajaan
telah memperkenalkan negeri ini sebagai sebuah pusat
pelancongan yang baru. Keindahan dan keunikannya
menjadi penggerak utama kepada perkenalan ini.
Negeri Terengganu mempunyai banyak pusat-pusat
percutian yang menarik untuk dilawati, contohnya
Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Kapas dan
Pantai Batu Burok. Keunikan pulau-pulau ini telah
menjadi pencetus kepada kemajuan terengganu,
Contohnya, pulau yang cantik dan bersih, banyak
hidupan laut yang unik, batu karang yang istimewa
dan lain-lain lagi.

Tempat-tempat ini merupakan tarikan utama


pelancongan di negeri Terengganu. Keunikan ini telah
menyebabkan negeri Terengganu ini menjadi maju
serta menjadi tumpuan utama pelancongan juga
disamping negeri-negeri yang lain yang juga
mempunyai pusat pelancongan. Keindahan pantai dan
pulau yang melatari keindahan Terengganu kini
menjadi rujukan penting kepada pelajar dan pengkaji
bio marin.
10 Tempat Menarik di Kuala
Terengganu
Terengganu cukup terkenal sebagai salah satu destinasi
pelancongan popular di Malaysia.

Pelbagai tarikan di janjikan jika kita berkunjung ke Negeri


Terengganu ini. Dari keindahan ikon-ikon bangunan negeri
Terengganu di Kuala Terengganu sendiri sehingga keindahan
tasik dan pantai serta seterusnya kecantikan pulaunya .
Pelbagai makanan istimewa juga menambahkan lagi alasan
untuk kita ke Terengganu.
Di Kuala Terengganu itu sendiri, 10 tempat paling menjadi
tumpuan pelancong adalah

1. Taman Tamadun Islam


Taman Tamadun Islam merupakan sebuah kembara
interaktif monumen Islam di serata dunia. Ia terletak di Pulau
Wan Man, Kuala Terengganu. Taman ini seluas 23 hektar.
Taman Tamadun Islam menempatkan monumen-monumen
bersejarah seperti Masjid Negara, Dome of the Rock, Masjidil
Haram, Al-Hambra Citadel, Taj Mahal, Mimbar Kalyan,
Makam Abu Nasr Masjid Mohd Ali, Masjid Besar Qairawan,
Aleppo Citadel, Masjid Sulaiman Turki, Masjid Kul Syarif Russia
dan Mimbar Xian, China.
Sebahagian Momnumen di Taman Tamadun Islam

2. Masjid Kristal

Masjid Kristal yang menjadi salah satu mercu tanda


kebanggaan negeri Terengganu & Malaysia Khususnya. Masjid
Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam
kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan
Man, Terengganu

Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar


pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter
persegi.
3. Muzium Negeri Terengganu
Muzium Terengganu adalah muzium terbesar di Asia
Tenggara dengan menempatkan empat blok utama selain
mempunyai muzium maritim dan lima rumah tradisional.

Muzium Terengganu terletak di Bukit Losong, Kuala


Terenggan. Kompleks ini dibina dengan senibina yang
menarik dan diinspirasikan dari istana lama di Terengganu. Ia
turut dibina dengan landskap taman yang indah.

Muzium Negeri Terengganu

4. Masjid Terapung @ Masjid Tengku Tengah Zaharah


Masjid Tengku Tengah Zaharah juga dikenali sebagai Masjid
Terapung. Masjid ini terletak di Jalan Sultan Mahmud,
perjalan kira-kira 10 minit dari pusat bandar Kuala
Terengganu.
Masjid Tengku Tengah Zaharah dibina di atas pelantar
terapung dan menggunakan batu marmar & seramik.
Diinspirasikan dari Almarhum Sultan Terengganu, Al-Marhum
Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ibni al-Marhum Sultan
Ismail Nasiruddin Shah.

5. Pasar Besar Kedai Payang


Pasar Payang merupakan salah satu destinasi pelancongan
terkenal di Kuala Terengganu dan merupakan satu destinasi
'wajib' jika ke Kuala Terengganu.

Pasar dalam bangunan moden ini menawarkan pelbagai jenis


hasil kraftangan tradisional masyarakat Terenggau seperti
kain batik, kain sutera dan songket hasil tenunan tangan.
Paling menarik harganya jauh lebih murah daripada di
tempat lain. Bagi mereka yang bijak dan rajin tawar-
menawar, Pasar Payang sudah pasti menjadi lokasi paling
digemari.

Pasar Besar Kedai Payang


Selain 5 tempat tumpuan pengunjung di atas, 5 tempat lain
yang boleh dilawati adalah :

6. Dataran Shahbandar

7. Waterfront Kuala Terengganu

8. Bukit Puteri Kuala Terengganu


9. Chinatown, Kuala Terengganu.

10. Pulau Warisan - i-City Terengganu.

You might also like