You are on page 1of 2

Respons Pengasuh Kod

Soalan 1 Adakah cikgu memiliki Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak – kanak
Permata Negara (KAP)? Jika ya, mohon cikgu kongsikan. Jika tidak,
apakah sebabnya.

Responden 1
Responden 2
Responden 3 Tidak ada KAP kerana pendidikan tidak boleh hantar semua sekali &
perlu pergi bergilir-gilir. Giliran saya belum lagi katanya. Pengasuh lain
baru sahaja habis KAP pada Januari dan baru mengambil peperiksaan di
Tanjung Malim.
Responden 4 TIDAK. Saya tidak pernah mendengar mengenai kursus KAP dan baru
memulakan tugas dalam bidang ini pada tahun 2017.

Respons Pengasuh Kod


Soalan 2 Apakah sebab utama cikgu memilih kerjaya sebagai pendidik atau
pengasuh di TASKA?

Responden 1
Responden 2
Responden 3 Saya ada anak kecik dan saya nak sambil bekerja nak mengasuh
sekali. Saya berminat dengan kanak-kanak. Saya pernah mengajar di
tadika tapi anak akak kecik tidak boleh mengasuh di Tadika.
Responden 4 Saya mempunyai pengalaman dalam menjaga budak daripada kecil dan
dari situ saya merasakan saya minat dalam bidang asuhan ini.
Tambahan lagi, ketika ditawarkan bekerja menjadi pengasuh di sini,
saya sedang mencari kerja dan kerja ini lebih fleksibel daripada kerja di
tempat lain.

Respons Pengasuh Kod


Soalan 3 Adakah cikgu mengasuh sahaja atau mendidik kanak-kanak? Terangkan
tugas cikgu.

Responden 1
Responden 2
Responden 3 Saya ada jadual, sesiapa masuk pukul 7.00 pagi akan balik pukul 5.00
petang kalau masuk pukul 8.00 akan keluar pukul 6.00 ptg. Ada minggu
sudah masuk pukul 7.00 pagi, ada minggu masuk pukul 8.00 pagi. Saya
juga akan masak mengikut menu dan berikan makan kepada kanak-
kanak. Saya ada dua tempat kerja, masa waktu kanak-kanak tidur akak
akan pergi tempat kerja transit sekolah rendah dan bila pukul 3.00 saya
akan ke Taska Waheeda balik. Penyelia ada KAP tu akan guard kita
macam mana nak mandi budak, macam mana nak mengurus kanak-
kanak. Soalan difokuskan kepada pemahaman responden.
Responden 4 Tugas saya adalah mengasuh kanak kanak. Tugas mendidik diberikan
kepada pengasuh lain yang lebih berpengalaman. Tugas saya adalah
memandikan anak anak dan menjaga anak anak.
Respons Pengasuh Kod
Soalan 4 Pada pendapat cikgu adakah kanak-kanak perlu diasuh atau diajar
mengikut usia mereka? Jika ya, mohon cikgu huraikan. Jika tidak,
huraikan apakah sebabnya.

Responden 1
Responden 2
Responden 3 setiap kanak-kanak ada kemahiran & perkembangan masing- masing.
Tahun satu lain, tahun 2 lain dan tahun 3 lain. Bila di asingkan sesuai
dengan perkembangan mereka. Kak illa bagitahu tentang tahap umur
yang ada di taska iaitu Tahap bayi 0-1 tahun, 2 tahun – 3 dan 3 tahun
– 4 tahun. Dan Aktiviti kumpulan kita tentukan.
Responden 4 TIDAK. Saya lebih suka gabungkan sahaja. Saya gemar mendidik
mereka tidak kira usia untuk menyenangkan kerja dan senang diajar.

Respons Pengasuh Kod


Soalan 5 Pada pandangan cikgu, apakah yang membantu kualiti pengasuhan dan
pengajaran cikgu?

Responden 1
Responden 2
Responden 3 Boleh cuba berkongsi dengan taska dengan kursus lain, macam mana
diorang melakukan aktiviti lain dan digunakan. Boleh kongsikan
pendapat diorang kepada kita. Kita juga boleh guna idea mereka dan
menggunakan idea kita juga.
Responden 4 Setakat ini, saya menerima bantuan latihan dari pendidik yang lebih
berpengalaman. Kursus juga penting.

Respons Pengasuh Kod


Soalan 6 Pada pendapat cikgu, apakah keperluan pengasuhan dan pengajaran
cikgu-cikgu di TASKA?

Responden 1
Responden 2
Responden 3 Ada ketika masanya kursus-kursus kecilan bengkel untuk digunnakan
untuk pembelajaran dari semasa ke semasa akan ada bengkel kecil
kecilan seperti bengkel seni dan bengkel muzik dan lain-lain bengkel
yang boleh membantu untuk mengajar anak-anak.
Responden 4 Bagi saya, bantuan kewangan dari segi peralatan bermain dan ruang
belajar yang lebih luas amat penting. Saya lebih mementingkan alatan
permainan sebab dengan adanya alatan bermain, risiko keccederaan
anak anak berkurang.

You might also like