You are on page 1of 6

Rokok

Rokok merupakan silinder kertas berukuran panjang antara 70 hingga


120 mm (variasi bergantung kepada negara) dengan garis pusat sekitar 10 mm
yang berisi daun-daun tembakau yang telah dicincang. Rokok dibakar pada
salah satu hujungnya dan dibiarkan membara supaya asapnya dapat disedut
melalui mulut pada hujung yang lain.

Terdapat dua jenis rokok, iaitu rokok yang bertapis dan tidak bertapis. Rokok
yang bertapis dibuat daripada bahan busa serabut sintetik yang berfungsi
untuk menyaring nikotin.

Rokok biasanya dijual dalam bungkusan berbentuk kotak atau


kemasan kertas yang dapat dimasukkan dengan mudah ke dalam kantung.
Kebelakangan ini, bungkusan-bungkusan tersebut juga umumnya disertai
dengan pesanan kesihatan yang memperingatkan perokok akan bahaya
kesihatan akibat merokok, misalnya kanser paru-paru atau serangan jantung.

Manusia terawal di dunia yang merokok ialah suku bangsa Asli di Amerika.
Mereka merokok untuk memuja dewa atau roh. Pada abad 16, ketika bangsa
Eropah menemukan benua Amerika, sebahagian para penjelajah Eropah terikut
untuk menghisap rokok dan kemudian membawa tembakau ke Eropah.
Kemudian, kebiasaan merokok mulai muncul di kalangan bangsawan Eropah.
Berlainan dengan bangsa Asli Amerika yang merokok untuk keperluan
pemujaan, orang Eropah merokok hanya untuk kesenangan semata-mata. Pada
abad ke-17 para pedagang Sepanyol membawa masuk rokok ke Turki dan mulai
saat itu, ia terus menular ke negara-negara Islam.

Isi kandungan

• 1Bahan kimia di dalam rokok


• 2Penggunaan
• 2.1Bahan kimia yang terkandung dalam rokok
• 3Jenama-jenama rokok terkenal
• 4Lihat Juga
• 5Rujukan
• 6Pautan luar

Bahan kimia di dalam rokok[sunting | sunting sumber]


Beberapa bahan kimia yang terkandung di dalam rokok:

Nikotin, kandungan yang menyebabkan perokok berasa tenang.

Tar, yang terdiri daripada lebih 4000 bahan kimia yang mana 60 bahan
kimianya bersifat karsinogen.

Sianida, sebatian kimia yang mengandungi kumpulan siano.

Benzena, juga dikenali sebagai bensol, bahan kimia organik yang mudah
terbakar dan tidak berwarna.

Kadmium, logam yang sangat beracun dan radioaktif.

Metanol (alkohol kayu), alkohol yang paling ringkas yang juga dikenali sebagai
metil alkohol.

Asetilena, merupakan sebatian kimia tak tepu yang juga merupakan


hidrokarbon alkuna yang paling sederhana.

Amonia, boleh ditemui di mana-mana, tetapi sangat beracun dalam gabungan


dengan unsur-unsur tertentu.

Formaldehid, cecair yang sangat beracun yang digunakan untuk mengawetkan


mayat.

Hidrogen sianida, racun yang digunakan sebagai fumigan untuk membunuh


semut. Zat ini juga digunakan sebagai bahan pembuat plastik dan racun
perosak.

Arsenik, bahan yang terdapat dalam racun tikus.

Karbon monoksida, bahan kimia toksik yang ditemui dalam asap buangan
kereta
Penggunaan[sunting | sunting sumber]
Kira-kira 5.5 trilion rokok dihasilkan secara global pada setiap tahun dan
dihisap oleh lebih 1.1 bilion penduduk atau lebih besar daripada satu per enam
penduduk dunia. Meskipun kadar merokok telah mendatar atau menurun di
negara-negara maju, kadar merokok terus naik di bahagian yang sedang
membangun dalam dunia. Kadar merokok di Amerika Syarikat telah jatuh
sebanyak separuh dari 1965 hingga 2006 iaitu daripada 42% ke 20.8% untuk
orang dewasa. [1] Dalam negara membangun, penggunaan tembakau sedang
meningkat 3.4% pada setiap tahun.[2]
Kecenderungan merokok mengikut jantina
Peratus merokok
Kawasan Lelaki Wanita
Afrika 29 4
Amerika Syarikat 35 22
Mediterranean Timu
35 4
r
Eropah 46 26
Asia Tenggara 44 4
Pasifik Barat 60 8
Sumber: Pertubuhan Kesihatan Sedunia anggaran, 2000

Pengguna utama rokok pada 1998[3]


Populas Penggunaan
Penggunaan rokok
Negara i rokok
(per kapita)
(juta) (bilion)
China 1248 1643 1320
Amerika
270 451 1670
Syarikat
Jepun 126 328 2600
Rusia 146 258 1760
Indonesia 200 215 1070
Bahan kimia yang terkandung dalam rokok[sunting | sunting
sumber]
Beberapa bahan kimia yang terkandung di dalam rokok:

Nikotin, kandungan yang menyebabkan perokok berasa tenang.

Tar, yang terdiri daripada lebih 4000 bahan kimia yang mana 60 bahan
kimianya bersifat karsinogen.

Sianida, sebatian kimia yang mengandungi kumpulan siano.


Benzena, juga dikenali sebagai bensol, bahan kimia organik yang mudah
terbakar dan tidak berwarna.

Kadmium, logam yang sangat beracun dan radioaktif.

Metanol (alkohol kayu), alkohol yang paling ringkas yang juga dikenali sebagai
metil alkohol.

Asetilena, merupakan sebatian kimia tak tepu yang juga merupakan


hidrokarbon alkuna yang paling sederhana.

Amonia, boleh ditemui di mana-mana, tetapi sangat beracun dalam gabungan


dengan unsur-unsur tertentu.

Formaldehid, cecair yang sangat beracun yang digunakan untuk mengawetkan


mayat.

Hidrogen sianida, racun yang digunakan sebagai fumigan untuk membunuh


semut. Zat ini juga digunakan sebagai bahan pembuat plastik dan racun
perosak.

Arsenik, bahan yang terdapat dalam racun tikus.

Karbon monoksida, bahan kimia toksik yang ditemui dalam asap buangan
kereta

Jenama-jenama rokok terkenal[sunting | sunting sumber]


• LA Lights
• LA Menthol
• Daffidof
• Djarum BLACK
• Djarum Coklat
• Djarum Super
• Dunhill
• Country
• A Mild
• Clas Mild
• Bentoel
• Benson & Hedges
• Lestees
• Lintang Enam
• Dji Sam Soe
• Marlboro
• Gudang Garam
• Lucky Strike
• X Mild
• U Mild
• Ten Mild
• Win Mild
• Urban Mild
• Wismilak
• Star Mild
• Bheta
• Gulden Elite
• Pensil Mas International
• Absolute Mild
• Minna Internasional
• Minak Djinggo
• Winston light
• winston filter
• SKL
• Gudang Garam
• Nusantara
• Semporna
• Canyon
• PINE
• Rokok Daun
• League
• Saat
• Lufman
• John
• Dusk
• D&J
• Canyon

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]


• Mesej amaran pembungkusan produk tembakau

Rujukan[sunting | sunting sumber]


1. Panjat^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan autogenerated1 tidak disediakan

2. Panjat^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan autogenerated2 tidak disediakan

3. Panjat^ Cigarette numbers from WHO[1], population from: China: China Population Information and
Research Center (estimate?)[2], USA: US Census estimate[3], Japan: National Statistics Center intercensal
estimate[4], Russia: Population Reference Bureau[5], Indonesia: average of 1995 and 2000 figures from
Statistics Indonesia[6], all accessed on 2 August 2008. Per capita consumption given to 3 significant
figures.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikimedia Commonsmempunyai media berkaitan Rokok

• Smoking Calculator - Mengira dan meramal jangka hayat perokok dan jumlah
wang dikeluarkan untuk membeli rokok.

You might also like