You are on page 1of 11

Myspace Falling Objects

Rabu, 3 Oktober 2012


FOLIO GEOGRAFI TINGKATAN 2 (2012)

1.0 TAJUK
PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI TAMAN KERAMAT AU3, KUALA LUMPUR, WILAYAH
PERSEKUTUAN

2.0 SENARAI KANDUNGAN

Bil Perkara/Butiran Halaman/Muka Surat


1.0 Tajuk
2.0 Senarai kandungan
3.0 Penghargaan
4.0 Pendahuluan
5.0 Objektif kajian
6.0 Kawasan kajian
7.0 Kaedah kajian
8.0 Dapatan Kajian
8.1 Konsep pencemaran alam sekitara
8.2 Jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian
8.3 Punca pencemaran alam sekitar di kawasan kajian.
8.4 Kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian
8.5 Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam
sekitar di kawasan kajian
Bahan Grafik
9.0 Rumusan
10.0 Lampiran
 Foto pencemaran alam sekitar
 Borang soal selidik
11.0 Rujukan

3.0 PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kasih kurnia-NYA, saya berjaya menyiapkan tugasan yang
diberikan dalam tempoh yang ditetapkan atas bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Yusrina bt. Yusof, guru mata pelajaran Geografi
Tingkatan 2 Gigih, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur kerana dengan bantuan
dan panduan yang diberikan telah membolehkan saya menjalankan kajian ini mengikut format yang telah
ditetapkan.

Ucapan terima kasih juga kepada ibu bapa saya yang telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya
untuk menyiapkan kajian ini. Banyak masa yang telah mereka luangkan dan wang ringgit yang telah
dibelanjakan demi memastikan tugasan yang diberikan disiapkan dengan jayanya.

Akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk Taman Keramat AU3 kerana sudi
memberikan kerjasama yang baik kepada saya serta rakan-rakan seperjuangan kerana sudi berkongsi
maklumat serta pihak-pihak yang tidak disebut dalam penghargaan ini sama ada terlibat secara langsung atau
tidak langsung.

Pulau Pandan jauh ketengah


Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi baik dikenang juga.

4.0 PENDAHULUAN
Saya, Muhammad Ashraf bin Mohd Khairi, pelajar Tingkatan 2 Gigih di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman
Setiawangsa, Kuala Lumpur telah memilih tajuk Pencemaran Alam Sekitar di Taman Keramat AU3 untuk Projek
Kajian Geografi Tempatan kami.

Saya memilih Taman Keramat AU3 sebagai kawasan kajian kerana ia menepati kriteria kajian iaitu terdapat
beberapa pencemaran yang telah dikenal pasti di kawasan tersebut. Selain itu, tempat tinggal saya terletak di
kawasan kajian. Fakta ini memudahkan saya membuat kajian tentang pencemaran alam sekitar di kawasan
Taman Keramat AU3.

Masa yang diberikan untuk menyiapkan kajian ini ialah bermula dari bulan Jun hingga Ogos 2012. Selepas
mengumpulkan semua maklumat yang diperlukan, saya menulis laporan yang lengkap tentang kajian ini secara
individu.

Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat khususnya kepada saya dan amnya
kepada masyarakat di kawasan tempat tinggal saya.

5.0 OBJEKTIF KAJIAN


Kajian saya ini merangkumi objektif-objektif yang berikut:
1. Menyatakan konsep pencemaran alam sekitara di kawasan kajian
2. Mengenal pasti jenis pencemaran alam sekitara di kawasan kajian
3. Menjelaskanpunca pencemaran alam sekitar di kawasan kajian
4. Menghuraikan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian
5. Menyenaraikan cadangan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian
6. Memupuk nilai/unsur patriotise dalam dapatan kajian.

6.0 KAWASAN KAJIAN


Nama Kawasan Kajian
Kawasan kajian saya ialah Taman Keramat AU3, Ulu Klang, Kuala Lumpur yang terletak di dalam Zon 3, daerah
Mukim Hulu Kelang.

Latar Belakang/Sejarah Kawasan Kajian


Sejarah pembentukan daerah Mukim Hulu Kelang ini bermula apabila Gombak yang merupakan salah sebuah
daerah di negeri Selangor diwujudkan pada 1 Februari 1974 serentak dengan penubuhan Kuala Lumpur
sebagai Wilayah Persekutuan. Daerah Gombak dibahagikan kepada empat (4) mukim iaitu Mukim Rawang,
Mukim Batu, Mukim Hulu Kelang, dan Mukim Setapak. Daerah yang terletak di kawasan Lembah Klang ini
bersempadankan Daerah Hulu Selangor (Utara), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Selatan), Daerah Kuala
Selangor (Barat), Daerah Petaling (Barat Daya) dan Negeri Pahang (Timur).

Lokasi
Taman Keramat AU3 dilingkungi oleh kawasan-kawasan sekitar yang berhampiran iaitu Taman Keramat AU1
yang juga dikenali sebagai Keramat Permai dan Taman Keramat AU2. Kawasan ini merupakan petempatan
yang padat dengan pelbagai jenis rumah dan bangunan perniagaan termasuk perindustrian

Pandang Darat Fizikal Kawasan Kajian


Dari segi geografi, perletakan Taman Keramat AU3 ialah pada latitud 3 °9 '55" Utara Khatulistiwa dan longtitud
101 ° 46 dalam peta Malaysia. Kawasan AU3 terletak dalam kawasan tanah beralun dalam Mukim Hulu Kelang
di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Dalam jarak 5km persegi, kawasan AU3 ini juga
merangkumi sebahagian kecil kawasan Taman Setiawangsa yang terletak dalam kawasan Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur.

Jarak
Taman Keramat AU3 ini terletak kira-kira 10 km daripada pusat bandar Kuala Lumpur. Terdapat beberapa
laluan jalan raya yang menghubungkan kawasan ini ke pusat bandar Kuala Lumpur seperti Persiaran
Setiawangsa dan Jalan Enggang yang menembusi jalan besar iaitu Jalan Jelatek menuju ke pusat bandar raya.
Selain itu, Taman Keramat AU3 dihubungkan melalui Lebuh Raya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH),
Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), dan Lebuh Raya Duta – Ulu Kelang untuk ke pusat bandar.
Pengangkutan awam yang terdapat di kawasan ini ialah bas, teksi, dan LRT. Stesen LRT terdekat adalah LRT
Setiawangsa dan LRT Jelatek.
7.0 KAEDAH KAJIAN
Saya menggunakan tiga jenis kaedah sepanjang menjalankan kajian ini. Kaedah tersebut ialah:

(i) Pemerhatian
Saya memerhatikan bentuk muka bumi dan punca berlakunya pencemaran alam sekitar di Taman Keramat
AU3, Ulu Klang, Kuala Lumpur. Saya juga telah mengambil beberapa gambar pencemaran yang berlaku di
kawasan kajian menggunakan kamera telefon bimbit.

(ii) Soal Selidik


Saya telah mengedarkan 25 borang soal selidik kepada penduduk sekitar kawasan kajian. Soalan-soalan yang
dikemukakan merupakan soalan tertutup dan soalan terbuka.

(iii) Rujukan
Saya telah merujuk folio kajian geografi tempatan sebelum ini sebagai panduan untuk menyiapkan aspek 1
hingga 7 . Saya juga juga telah melayari beberapa lama web untuk mencari maklumat berkaitan kawasan
kajian dan maklumat mengenai pencemaran alam sekitar..

8.0 DAPATAN KAJIAN

8.1 Konsep Pencemaran Alam Sekitar


Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil daripada aktiviti
manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan. Contoh
pencemaran alam sekitar pada masa kini ialah:

1.Pencemaran udara
2.Pencemaran air
3. Pencemaran bunyi
4. Pencemaran tanah

8.2 Jenis-jenis Pencemaran Alam Sekitar di Taman Keramat AU3


Hasil pemerhatian saya sepanjang menjalankan kajian, saya mendapati terdapat dua jenis pencemaran alam
sekitar yang utama di Taman Keramat AU3 iaitu:

(i) Pencemaran Udara


Banyak asap dan debu berterbangan di udara disebabkan pelepasan asap yang berbahaya dari kenderaan
seperti kereta, motosikal, van, lori, dan bas, jerebu daripada kesan pembakaran secara terbuka, dan asap
daripada serombong-serombong asap di kilang yang berhampiran adalah antara pencemaran udara yang
dikenali pasti berlaku di kawasan kajian.

(iii) Pencemaran Bau


Pencemaran bau disebabkan oleh sampah sarap yang tidak diurus dengan betul. Bau busuk dapat dihidu di
beberapa kawasan kajian seperti di kawasan restoran, gerai makan, kedai runcit, longkang, dan di tapak aktiviti
perniagaan pasar malam.

8.3 Punca Pencemaran Alam Sekitar di Taman Keramat AU3


Terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar di Taman Keramat AU3,
Kuala Lumpur. Antaranya ialah:

(i) Perkilangan
Terdapat kawasan perkilangan yang dikenali sebagai zon perindustrian bebas Ulu Klang yang beroperasi
berhampiran kawasan kajian. Pelepasan asap dari serombong-serombong asap di kilang-kilang berkenaan
telah menyebabkan pencemaran udara.

(ii) Kenderaan
Jumlah kenderaan yang keluar masuk setiap hari terutamanya pada hari bekerja di kawasan kajian
memberikan kesan serius kepada alam sekitar, sekali gus menyebabkan pencemaran udara. Pencemaran udara
berlaku akibat pelepasan asap hasil pembakaran petroleum dan diesel.

(iii) Pembakaran Terbuka


Terdapat penduduk yang melupuskan sampah sarap mereka dengan cara membakar sampah merata-rata dan
secara terbuka tanpa memikirkan perasaan orang lain dan akibatnya. Mereka suka membakar semak samun
yang berhampiran dengan tujuan supaya nyamuk berkurangan. Antara bahan yang paling banya dibakar ialah
plastik,kertas, dan daun-daun kering. Ada juga penduduk yang membakar bahan seperti tayar terpakai yang
menyebabkan pencemaran udara dan pencemaran bau.

(iv) Sampah Sarap


Pembuangan sampah sarap oleh segelintir penduduk Taman Keramat AU3 terutamanya di tepi jalan, di
kawasan tanah terbiar , malahan did alam longkang menunjukkan golongan ini bersikap sambil lewa dalam
menjaga kebersihan alam sekitar.

(v) Pembinaan
Terdapat rumah-rumah yang diubah suai di kawasan kajian. Kadangkala selepas pengubahsuaian, sisa-sisa
pepejal akan diletakkan di tepi-tepi jalan tanpa kebenaran. Ini akan mencemarkan lagi kawasan tersebut dan
kemungkinan menjadi kawasan penternakan nyamuk.

(vi) Perniagaan
Kawasan perniagaan di Taman Keramat AU3 banyak menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Jika kita
lihat, banyak pengusaha restoran, gerai penjualan makanan, dan premis perniagaan yang gagal untuk
menyediakan sistem pembuang sampah yang teratur. Kekurangan tong-tong sampah di kawasan pasar malam
menyebabkan bekas-bekas makanan dan minuman dibuang di merata-rata tempat seperti dilonggokkan di
tepi-tepi longkang atau bahu-bahu jalan. Kadang kala tempat pembuangan sampah yang dikhususkan pun
mengeluarkan bau yang sangat busuk, berulat, dan tidak terurus. Keadaan ini dapat dilihat di kawasan pasar
basah, pasar malam, pasar tani, pasar raya dan kedai-kedai persendirian.

Nilai dan Unsur Patriotisme


Masyarakat hendaklah senantiasa prihatin dan berusaha untuk mencegah pencemaran alam sekitar ini
daripada terus berlaku. Kerjasama penduduk-penduduk setempat akan membuatkan masyarakat akan hidup
dalam keadaan selesa dan harmoni.

8.4 Kesan Pencemaran Alam Sekitar di Taman Keramat AU3


Kesan-kesan pencemaran yang telah dikenal pasti berlaku di kawasan kajian, antaranya adalah seperti di
bawah:

(i) Jerebu
Asap kenderaan dan juga asap pembakaran adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu di kawasan kajian.
Pelepasan asap kenderaan yang mengandungi gas toksik; iaitu karbon monoksida, nitrogen oksida, karbon
dioksida ini mencemarkan udara dan meningkatkan suhu atmosfera dan menyebabkan jerebu. Selain itu, gas
ini dapat juga mengancam dan menyerang tisu sistem pernafasan manusia, haiwan, dan tumbuhan.

(ii) Penyakit
Longgokan sampah-sarap di kawasan pasar malam telah menggalakkan pembiakan lalat, tikus, dan tempat
tumpuan anjing-anjing liar mencari makanan. Keadaan ini tidak sihat dan boleh mengundang penyakit kepada
penduduk sekitar.

(iii) Suhu Meningkat


Pembakaran sampah, asap dari kenderaan dan jentera berteknologi tinggi telah menyebabkan gas karbon
karbon dioksida banyak terkumpul di dalam udara. Ini menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya
suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan
kejadian pemanasan global ini di kawasan Setiawangsa.
(iv) Udara Tercemar
Udara tercemar di kawasan kajian akibat daripada pembakaran sampah, asap daripada kenderaan, dan gerai-
gerai yang menjual ikan bakar. Kesannya penduduk sering mengalami permasalahan hidung seperti
resdung, asma, dan sebagainya.

(v) Bau Busuk


Bau busuk akan terhasil apabila sampah sarap yang tidak diselenggarakan dengan baik dibiarkan sahaja.
Kehadiran lalat, ulat, dan bahan-bahan lain menyebabkan sampah ini akan mengeluarkan bau yang kurang
menyenangkan. Bau yang kurang menyenangkan penduduk setempat juga berlaku apabila petempatan
mereka berdekatan dengan tempat pembuangan sampah.

Nilai dan Unsur Patriotisme


Kesan-kesan negatif yang berlaku akibat pencemaran alam sekitar dapat dihindar jika kita bersama-sama
menghargai kebersihan. Semailah dalam diri, cintailah alam sekitar yang bebas daripada pencemaran.

8.6 Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Pencemaran Alam Sekitar


di Kawasan Taman Keramat AU3

(i) Kempen Cintai Alam Sekitar


Kempen Cintai Alam Sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio, dan juga melalui `road show’ hendaklah
dihayati supaya masyarakat lebih sedar pentingnya alam sekitar bagi memenuhi keperluan hidup dalam
keadaan yang bersih dan selamat. Bukan itu sahaja, pihak kerajaan juga perlu mengadakan kempen cintai alam
sekitar dengan lebih giat lagi seperti `Cintailah Sungai Kita’, kempen kitar semula, dan sebagainya. .

(ii) Pendidikan Alam Sekitar


Untuk menanamkan sikap untuk mencintai alam sekitar, kerajaan hendaklah memasukkan pendidikan alam
sekitar dalam aktiviti ko-kurikulum sekolah untuk mendidik generasi sekarang untuk mencintai alam sekitar.

(iii) Petrol Tanpa Plumbum


Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap
kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi di kawasan
kajian dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selesema.

(iv) Catalytic Converter (Pengubah Pemangkin)


Penggunaan alat catalytic converter ini telah berupaya menukarkan gas beracun seperti karbon monoksida
dan nitrogren oksida kepada bentuk gas yang tidak memudaratkan seperti karbon dioksida dan nitrogen
sebelum ia dilepaskan ke atmosfera. Ini akan mengurangkan kadar pengeluaran asap serta memastikan
kenderaan terbabit memenuhi standard kadar pelepasan yang dibenarkan.

Nilai dan Unsur Patriotisme


Semua pihak harus memberi kerjasama dan komitmen dalam usaha untuk mengurangkan kesan pencemaran
alam sekitar di kawasan kajian. Rasa tanggungjawab memelihara alam sekitar harus disemai dalam diri setiap
individu bagi membolehkan setiap cadangan dapat dilaksanakan dan supaya alam sekitar bersih dan selamat
untuk generasi akan datang.

9.0 RUMUSAN
Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah wajar dan berkesan
patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja,
malah ia adalah tanggungjawab semua pihak. Pengguna memainkan peranan yang terpenting dalam
menangani masalah pencemaran. Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran,
sudah tentu bumi akan dipanjangkan usianya. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan
masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara pada masa akan
datang.
10.0 LAMPIRAN
1. Gambar-gambar pencemaran alam sekitar di Taman Keramat AU3, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.
2. Borang soal-selidik (20 helai)

No. Jenis Pencemaran


Responden

11.0 RUJUKAN
1. Buku teks Geografi - Berikan nama buku
2. Internet - Berikan nama-nama laman web yang telah dilawati

BAHAN GRAFIK - Bagi menyokong dapatan kajian.

1. JADUAL
Maklumat di dalam jadual ini diperolehi daripada borang soal-selidik yang telah diedarkan kepada 20 responden
yang tinggal di kawasan persekitaran Taman Keramat AU3 bagi mendapatkan maklum balas dan mengenal pasti
jenis-jenis pencemaran yang berlaku di kawasan kajian.
Udara Air Tanih Bunyi Bau

1 1 0 0 1 1
2 1 0 0 1 1
3 1 1 1 1 1
4 1 0 0 0 1
5 1 1 0 1 1
6 1 0 0 1 0
7 1 0 0 0 0
8 1 0 1 0 0
9 1 0 0 0 0
10 1 0 0 1 1
11 1 0 0 0 0
12 1 0 0 1 0
13 1 0 1 1 1
14 0 1 1 0 0
15 0 0 1 0 1
16 1 0 0 1 0
17 0 0 0 0 1
18 1 0 0 0 0
19 0 1 0 0 1
20 1 0 0 0 0
Jumlah 16 4 5 9 10

Jenis Pencemaran
Udara Air Tanih Bunyi Bau

16 4 5 9 10
2.0 CARTA PAI

Carta Pai di atas menunjukkan jenis-jenis pencemaran yang berlaku di Taman Keramat AU3, Kuala Lumpur.
Berdasarkan jadual dan carta pai di atas, adalah dikenal pasti bahawa jenis pencemaran yang paling banyak
berlaku di Taman Keramat AU3 ialah pencemaran udara (36%), diikuti dengan pencemaran bau (23%),
pencemaran bunyi (21%), pencemaran tanih (11%), dan pencemaran air (9%).
PETA-PETA - Untuk dimuatkan dalam butiran kawasan kajian.
Oleh CS pada 10/03/2012 12:55:00 PG

You might also like